Anda di halaman 1dari 7

Apa itu Jin?

Home
BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Contact us
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas
Alkaline Water dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama
Soalan dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi
None setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib,
Produk
tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud
mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah
Mandi Ais
segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu
Tanda ditubuh diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin
Caj & Rawatan termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak
Kisah Benar ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang
wujudnya.
Berita

Penawar
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia
Kursus tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat
Tangkap Jin kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya,
Siapa aku ? kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita
rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari
Sel / Aura / Masa NW
kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat
Denggi
mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini
Forum wujudnya.
Tips Kesihatan  
Tips diet APAKAH ITU JIN?
Mandul Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam
Air
bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris )
yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang
Peluang Perniagaan
tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya
Birthday dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah
Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal,
berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and
hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari
Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu :
Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular
dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

 
AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia,
dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia
mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi
bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api
yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

 
BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya,
boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5
bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki
oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka
seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa &
kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak
berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka,
alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari
Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha,
penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
 
TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat
yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada
yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat
pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan
lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam
rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah
kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali
makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama
penghuni rumah."

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya.


Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-
tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu
bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia
mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu
dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah
kamu kencing dilubang."
(HR. An-Nas'i)
 
KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-
menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga
mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai :

 Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar.


Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan
atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun
kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya
dan menyatakan permusuhannya kepada Allah.
Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa
musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap
ketentuan Allah atas dirinya.
 Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang
selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk
mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa
benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri,
sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak
kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat
besar.
 Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh
penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan
mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya
menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita
ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita
masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan
yang besar. Segala persoalan yang menyangkut
keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan
pejabat besar mereka.
 Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam
menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun
kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya
lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri
dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu
pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu
menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya
disebarkan pula oleh manusia.
 Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu
ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia.
Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki,
perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( **


Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath /
Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-
anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid
bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima
anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu.
Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar,
Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

 
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan
dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak
dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada
sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa
kumpulan, antaranya ialah :-

 Kumpulan yang menunggu kubur


 Kumpulan yang menunggu gua
 Kumpulan yang menunggu mayat
 Kumpulan yang menunggu air mata air
 Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala,
pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri.
Antaranya ialah :-

 Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab,


Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan
Maimon.
 Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang
mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri
kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith,
Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
 Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail,
Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail
dan Kasfiyaail.
 Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama
THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang
mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun
yang bergelar QUTBUL JALALAH.

JENIS-JENIS JIN

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan
Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.

ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG


BESAR

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan


bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan
siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai,
jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan
akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan
sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan
dan pembunuhan.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG


MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama
dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan
mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu.
Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada
golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap
hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara
Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-

 (a.) - Hantu Raya


 (b.) - Hantu Toyol
 (c.) - Hantu Pelesit
 (d.) - Hantu Kubur
 (e.) - Hantu Jerangkung
 (f.) - Hantu Galah
 (g.) - Hantu bungkus
 (h.) - Hantu Bidai
 (i.) - Harimau Jadian
 (j.) - Hantu Pontianak
 (k.) - Hantu Langsuir
 (l.) - Hantu Air
 (m.) - Hantu Pari
 (n.) - Hantu Laut
 (o.) - Jin Tanah
 (p.) - Hantu Pochong
 (q.) - Hantu Pari-Pari
 (r.) - Jembalang Tanah
 (s.) - Hantu Polong
 (t.) - Harimau Penanggal
 (u.) - Hantu Bukit
 (v.) - Hantu Punjut
 (w.) - Hantu Bawah Tangga
 (x.) - Hantu Kum-Kum
 (y.) - Hantu Mati Dibunuh
 (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
 (zz) - Hantu Tengelong

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN


Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika
sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil
dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu
anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat
si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya
Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita
yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang
bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia
pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan
tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang
setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia


hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.
2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya
tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat
( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman
keras )
5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang
yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.
6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja
penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) :
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-
berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera
dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api dan matahari.

Anda mungkin juga menyukai