Anda di halaman 1dari 64

PERUBATAN TRADISIONAL DAN KELUARGA BAHAGIA

KANDUNGAN MUKA SURAT

SEKALUNG BUDI I
KATA-KATA ALUAN II
SEKAPUR SIREH III

BAB I:
MENEROKAI ALAM JIN V

BAB II
MASALAH STRUKTUR ANGGOTA DAN RAWATANNYA 20

BAB III
PENYAKIT KULIT DAN RAWATANNYA 29

BAB IV
JENIS- JENIS PENYAKIT DAN RAWATANNYA 37

BAB V
WANITA 44
BAB VI
KELUARGA BAHAGIA 52

BAB VII
SENAMAN UNTUK KESIHATAN BADAN 57
SEKAPUR SIREH
DARI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL

‫السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬


‫الحمد هلل الذى نحمده ونستعينه ونستعينه ونعوذ باهلل من شرور انفسنا ومن سئات اعمالنا من يهدى‬
‫عن ابن سعيد الخدرى رضى‬ ‫اهلل فال هدى له والصالة والسالم لى محمد وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد‬
‫ بسم اهلل ارقيك من‬:‫ قال‬,‫ قال نعم‬,‫ يا محمد اشتيكيت‬:‫اهلل عنه ان جبريل عليه السالم اتى النبى (ص) فقال‬
‫كل شىء يؤذيك من شركل نفس او عين حاسد اهلل يشفيك بسم اهلل ارقيك‬
‫ رواه مسلم‬-
Maksudnya:-
Sesungguhnya Jibril As mendatangi Nabi SAW lalu berkata: “Wahai
Muhammad adakah kamu sakit?” jawab Baginda, “Ya” kata Jibril: “ Dengan nama Allah
aku jampi dari setiap sesuatu yang menyakitkan kamu dari kejahatan setiap jiwa atau
setiap mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku
jampi”( Riwayat Muslim)
Dalam meniti kehidupan yang serba moden ini, kita tidak dapat lari dari
menghadapi pelbagai perubahan. Perubahan ini termasuklah juga dalam bidang
perubatan. Kebanyakkan manusia zaman sekarang telah mula melupakan rawatan lama
iaitu secara tradisional. Walau bagaimanapun kita juga mesti ingat, dalam zaman serba
moden ini kita masih lagi memerlukan perubatan dalam bentuk tradisional. Kerana masih
terdapat lagi penyakit yang tidak dapat di rawat dengan peralatan moden. Atas dasar
inilah sudah lama saya memikirkan satu jalan agar dapat saya sampaikan kepada sahabat
semua tentang cara- cara perubatan tradisional mengikut apa yang telah saya pelajari.
Dengan keizinan Dari Allah ta`ala yang telah memberikan kemampuan
kepada saya untuk membukukan segala yang saya pelajari bagi tatapan, bacaan dan
panduan kepada sahabat semua. Saya juga telah menamakan buku saya ini dengan
“Perubatan Tradisional dan Keluarga Bahagia”. Pemilihan nama ini berdasarkan ianya
merangkumi pelbagai kaedah perubatan tradisional, sedikit rawatan moden dan hal-hal
yang berkaitan dengan kehidupan seorang muslim dan muslimah.

Dalam buku ini dikhususkan kepada perubatan secara tradisional dan


dimuatkan juga sedikit cara perubatan moden kerana saya tidaklah begitu arif dalam
bidang rawatan moden. Sesungguhnya apa yang saya harapkan adalah teguran dan
tunjuk ajar dari sahabat semua sekiranya berlaku kesilapan dan kelemahan didalam
kandungan buku saya ini.
Akhir kata, apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu
datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Wassalam.
Mohd Zawawie Bin Ismail
Pengamal Perubatan Tradisional
Kuliah Syariah Islamiah, Tanta.
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫ ألدم فسجدوا اال‬8


‫ واذ قلنا للملئكة اسجدوا‬:‫ وما خلقت الجن واألنسان اال ليعبدون وقال‬: ‫قال تعالى‬
‫ وانه كان رجال من الألنسان يعوذون برجال من الجن‬:‫ابليس كان من الجن ففسق عن امر ربه وقال تعالى‬
‫فزادوهم رهق‬

Apakah Itu Makhluk Halus( Jin)?


Jin ialah satu makhluk Allah yang di cipta hidup di alam lain ( khusus) bukan
dialam manusia ( zahir) dan bukan dialam malaikat. Di antara Jin dan manusia ada
mempunyai ciri-ciri persamaan seperti keduanya bersifat dengan sifat pemikiran dan
kemampuan termasuk dari sudut mampu memilih antara jalan kebaikan dan keburukan.
Namun begitu, perbezaan antara mereka dengan manusia juga ada contohnya dari segi
asal penciptaan yang mana Jin dicipta daripada api sementara manusia dicipta daripada
tanah.

Mengapakah Dinamakan Jin?


Makhluk ini dinamakan Jin kerana ia memberi makna tersembunyi dan
kerana tersembunyinya serta terlindungnya mereka itu daripada pandangan mata kasar.

28 ‫االعراف‬- ‫ هووقبيله من حيث التروهم‬8


‫ انه يراكم‬:‫قال تعالى‬
Maksudnya:-
Sesungguhnya dia dan golongannya melihat kamu sedangkan kamu tidak
dapat melihat mereka.

Perbezaan Antara Jin Dan Syaitan.


Bagi sesetengah orang ataupun kita sendiri berpendapat bahawa antara Jin
dan Syaitan adalah sama. Namun begitu bagi dua golongan ini adalah berbeza pada
istilah hakikatnya, dan inilah yang menjadi sedikit punca perselisihan pendapat dikalangan
Ulama` dalam menentukan adakah Jin itu daripada Syaitan atau Syaitan itu daripada Jin.
Mengikut pendapat yang terkuat, Syaitan merupakan sebahagian daripada
Jin. Ini dapat difahami secara jelasnya mengikut sesetengah takrif yang kita temui
menyebut bahawa Syaitan itu adalah setiap yang berperangai jahat samada daripada
manusia, Jin atau haiwan.
- ‫ ألدم فسجدوا اال ابليس كان من الجن ففسق عن امر ربه‬8
‫ واذ قلنا للملئكة اسجدوا‬:‫قال تعالى‬
50 ‫الكهف‬
Asal Usul.
Tentang masalah asal usul Jin ini di sana terdapat banyak pendapat Ulama`
dalam menentukan bilakah Jin dicipta dan dari apakah penciptaannya.

A) Bilakah ia dicipta?
Golongan Jin dan Syaitan dicipta sebelum Allah menciptakan Nabi Adam
lagi. Walau bagaimanapun Ulama` berselisih pendapat tentang lama manakah jaraknya
diantara penciptaan Nabi Adam itu. Dalam masalah ini ada pendapat yang mengatakan
ianya dicipta dua ribu tahun sebelum penciptaan Nabi Adam. Ini berdasarkan kepada
hadis yang berbunyi:-

‫عن عبداهلل ابن عمرو بن العاص رضى اهلل عنه قال خلق اهلل تعالى بنى الجان قبل آدم بألفى سنة‬

Ini disokong pula oleh hadis yang menunjukan bumi ini adalah dimakmurkan
oleh golongan Jin terlebih dahulu yang berbunyi:-

‫ لكل سماء‬.‫ كان الجن سكان االرض والمالئكة سكان السماء وهم عمارها‬:‫عن ابن عباس رضى اهلل عنهما‬
‫ فكل السماء فوق سمائهم اشد عبادة واكثر دعاء وصالة وتسبيحا‬,‫مالئكة ولكل اهل سماء صالة وتسبيح ودعاء‬
‫ فكانت المالئكة عمار السماء والجن عمار االرض‬,‫من الذين تحتهم‬

Ada sesetengah Ulama` yang mengatakan 40 tahun sebelum penciptaan


Nabi Adam berdasarkan kepada riwayat yang berbunyi:-
‫ ان ابليس وجنوده اقاموا فى االرض قبل خلق آدم اربعين سنة‬:‫عن حبيب ابن ابى ثابت أو غيرة‬
a) Dari apakah ia diciptakan.?
Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah Ta`ala didalam Al-Qur`an
bahawa asal usul Jin ialah Allah mencipta golongan itu daripada api. Ini berdalilkan
kepada beberapa ayat antaranya:-

27‫ الحجر‬- ‫والجان خلقناه من قبل من نار السموم‬


15 ‫ الرحمن‬- ‫وخلق الجان من مارج من نار‬
‫ خلقت الملالئكة من نور وخلق الجان من النار وخلق‬:‫عن عائشة عن البى صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫رواه مسلم‬- ‫آدم مما وصف لكم‬

Jenis- Jenis Makhluk Halus ( Jin)


Secara kasarnya makhluk ini terbahagi kepada tiga jenis atau golongan.
1) Golongan yang mempunyai sayap dan terbang diudara.
2) Golongan berupa ular dan anjing atau yang sejenis dengannya.
3) Golongan yang naik turun silih ganti.
Ini jelas kita maklumi menerusi hadis yang berbunyi:-

‫ صنف‬,‫ خلق اهلل تعالى جن ثالثة اصناف‬:‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫عن ابى الدرداء قال‬
‫ وخلق اهلل تعالى‬.‫حيات وعقارب وخشاش االرض وصنف كالريح فى الهوى وصنف عليهم الحساب والعقاب‬
‫صنف كالبهائم وصنف اجسادهم اجساد بنى آدم وارواحهم ارواح الشيطان وصنف فى‬,‫االنس ثالثة اصناف‬
‫ظل اهلل تعالى يوم ال ظل اال ظلة‬

Dalam riwayat lain berbunyi:-


‫ صنف لهم اجنحة يطيرون فى الهوى‬,‫ الجن ثالثة اصناف‬: )‫ قال رسول اهلل (ص‬:‫عن ابى ثعلبة قال‬
‫وصنف حيات وكالب وصنف يحلونويطعنون‬
Maksudnya:-
Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap dan terbang
di udara, golongan yang sejenis ular dan anjing dan golongan pergi mari( naik turun).

Warna.
Jin juga merupakan satu makhluk yang mempunyai warna tertentu.
Mengikut penjelasan yang dibuat oleh Jin yang telah memeluk Islam (‫)مصطفى كنجور‬: “
Golongan kami ada yang berwarna merah, putih, hitam, kuning dan sebagainya.

Sruktur Organisasi Iblis.


Kita perlu ketahui bahawa iblis juga mempunyai sistem pentadbiran yang
tersusun yang terdiri daripada kerajaan, menteri, pegawai tinggi, kehakiman, mandub-
mandub, rakyat dan lainnya sebagaimana alam manusia juga.

Mandub- Mandub Iblis.


Sebahagian daripada mandub yang besar tugasnya yang mesti kita ketahui
adalah lima:-
1) Thabar:- antara tugasnya ialah mendatangi orang yang di timpa bala
atau musibahsepertiberlaku kematian orang yang disayangi dengan cara menyuruh
mereka menampar-nampar pipi mereka, istihar memerangi Allah dan mengajak
kepada mengeluarkan kata- kata buruk serta marah kepada qada` dan qadar Allah
Ta`ala.

Cara menhindarinya dengan membaca:-


‫أعوذ باهلل من الشيطان ثبر الرجيم وجنوده وابناءه‬

2) Dasim:- antara tugasnya ialah memecah belahkan kehidupan suami


isteri dengan mewujudkan perasaan benci membenci sehingga berlakunya
penceraian.
Cara menghindarinya dengan membaca:-
‫اعوذ باهلل من الشيطان داسم الرجيم وجنوده وابناءه‬

3) Al -A`war: Tugasnya ialah mencari dan memudahkan jalan kearah


melakukan hubungan haram dan perzinaan.

4) Maswat: Tugasnya membuat pembohongan dan pengeliruan


terhadap manusia dalam keputusan mereka.Termasuklah dengan cara menjelma
sebagai ahli sidang didalam satu-satu persidangan atau mesyuarat dan akan
mengeluarkan kata-kata pembohongan kearah perkara yang Allah murka.

5) Zalnabur: Tugasnya dipasar-pasar atau kedai dengan mengajak


manusia supaya melakukan penipuan dalam timbangan,berbantah-bantah,bertikam
lidah,bertumbuk dan akhirnya membawa kepada pembunuhan-biasanya berada pada
perempuan.

6) Khinzab: Tugasnya ialah mewas-waskan gerak kerja manusia.

Nama /Gelaran
Mengikut sebutan biasa - dinamakan Jin.
Yang melakukan kejahatan - dinamakan Syaitan.
Yang lebih jahat lagi - dinamakan Marid.
Yang lebih jahat juga - dinamakan Ifrit.
Yang suka tinggal dikediaman manusia - dinamakan A`mmar.
Yang suka mengusik kanak-kanak - dinamakan Arwah.

Tempat Tinggal:
Sebagaimana manusia,Jin dan Syaitan juga mempunyai tempat tinggal dan
kampung halaman. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan ini ialah:
a) Tempat usang atau binaan-binaan yang tidak didiami.
b) Tempat-tempat najis seperti tandas,tempat pembuangan
sampah sarap dan kubur.
c) Kubur yang dipuja.
d) Pasar-pasar.
e) Sahara /padang pasir.
f) Rekahan-rekahan dan lubang-lubang ditanah.
g) Kandang-kandang unta dan lembu.
h) Tempat-tempat gelap.
i) Bukit-bukit - Jin Bunian.
j) Diatas air - terdapat istana Jin.
k) Dirumah-rumah manusia.

Secara ringkasnya, makhluk ini tinggal disemua tempat yang ada dibumi ini
malah lebih ramai lagi daripada manusia, ini jelas diketahui jika kita melihat bahawa
manusia hanya tinggal didaratan yang hanya 28% berbanding keluasan lautan seluas
72% bumi.
Perlu diketahui juga, bukan semua golongan jin itu tinggal ditempat kotor
tetapi yang kafir sahaja sementara yang islam dan baik tinggal ditempat yang cuci dan
wangi-wangian.

Adakah Jin Makan Dan Minum?.


Ada tiga pendapat dalam masalah ini:-
1- Semua jin tidak makan dan minum.
2- Golongan yang setengahnya makan dan minum dan
setengahnya lagi tidak makan dan minum
3- Semuanya makan dan minum. Pendapat ini khilaf dalam
masalah cara makan. Ada yang mengatakan dengan cara hidu
dan yang mengatakan dengan cara kunyah dan telan seperti
manusia.

Makanan.
Diantara makanan yang dimakan oleh golongan jin ialah najis binatang dan
tulang. Ini jelas kita ketahui berdasarkan daripada hadis-hadis Rasullah SAW. yang mana
diantaranya ketika apabila sekumpulan jin datang bertemu baginda mananyakan tentang
barang yang menjadi makanan mereka:-

‫ انه كان يحمل مع النبى(ص) اداوة لوضوئه وحاجته فقلت ما بال‬:‫عن ابى هريرة رضى اهلل عنه‬
‫ وانه اثآنى وفد جن نصينين ونعم الجن فسالونى الزاد فدعوت اهلل‬.‫ هما من طعام الجن‬:‫العظم والروثة؟ قال‬
‫ صحيح البخارى‬- .‫ عليها طعاما‬8
‫لهم ان ال يمروا بعظم وال روثة اال واجدوا‬

Takhta Iblis.
Takhta atau arasy yang dimiliki oleh iblis ialah dilautan sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Iman Ahmad Bin Jabir, Rasulullah bersabda:-
‫الخ‬...‫ان ابليس يضع عرشه على المأ ثم يبعث سراياه فادناهم عن منزل اعظمهم فتنة‬

Tempat Majlis Syaitan.


Diantara tempat yang menjadi kegemaran dan kesukaan jin dan syaitan
ialah tempat diantara bayang dan cahaya matahari. Kerana inilah adanya tegahan
daripada duduk diantara dua tempat itu.

Waktu Beroperasi:
Waktu yang paling banyak digemari yang menjadi kebiasaan bagi syaitan itu
beroperasi serta berkeliaran ialah diwaktu senja dan malam, ini disebut oleh Rasulullah
didalam hadis yang berbunyi:-

,‫ فان الشيطان تنتشر حينئذ‬,‫ اذا كان جنح اليل أو امسيتم فكفوا صبيانكم‬:‫ان رسول اهلل (ص) قال‬
‫ رواه‬- .‫فاذا ذهب ساعة من اليل فحلوهم واغلقوا االبواب واذكروا اسم اهلل فان الشيطان ال يفتح بابا مغلقا‬
‫البخارى‬
Tujuan Besar Syaitan.
Matlamat utama syaitan memerangi manusia ialah untuk:-
1- Membawa manusia kepada kufur, syirik dan memerangi Allah Ta`ala.
2- Membawa manusia kepada perkara bida`ah, fasik dan maksiat.
3- Membawa manusia kepada melakukan dosa samada kecil atau besar.
4- Menyekat manusia melakukan ketaatan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah
tugas yang paling rendah.

Perkahwinan.
Golongan jin dan makhluk halus ini juga hidup dalam keadaan berkeluarga
iaitu mereka turut berkahwin dan beranak pinak. Ini berdalilkan kepada ayat yang
menunjukan mereka juga mengetahui proses yang melibatkan perkahwinan:-

56 ‫ الرحمن‬- ‫ لم يطمثهن انس قبلهم وال جان‬:‫قال تعالى‬

Ramai Ulama` yang telah mentafsirkan kalimah ( (‫ طمث‬dengan tiga wajah:-


ada yang mengertikan dengan jima`, pergaulan secara langsung dan hamil. Antara
lainya:-
50 ‫ الكهف‬- ‫ افتتخذونه وذريته أولياء من دونى وهم لكم عدو‬:‫قال تعالى‬
35 ‫ يس‬-‫ فسبحان الذى خلق االزواج كلها مما تنبت االرض ومن انفسهم ومماال يعلمون‬:‫قال تعالى‬
Perkahwinan atau peniduran jin terhadap manusia bolehlah kita golongkan dalam
tiga keadaan:-
- Keadaan yang pertama: paling bahaya. Ia menjelmakan dirinya yang
bertubuh badan seperti manusia biasa dan melakukan hubungan jenis. Cara ini adalah
cara yang paling bahaya kepada manusia yang menjadi mangsanya.

- Keadaan yang kedua: Ia melakukan hubungan tanpa menjelmakan tubuh


badan tapi dapat dirasakan oleh mangsa sebagaimana yang realiti walaupun tidak dapat
dilihat. Biasanya ini berlaku diantara waktu sedar dan lena.

- Keadaan yang ketiga: Ia melakukan hubungan melalui mimpi yang diluar


kebiasaan mangsa seperti berlalu berturut- turut atau perkarayang sama. Samada bagi
lelaki ataupun perempuan. Biasanya ini berlaku pada waktu diantara lena dan hampir
jaga.
Bolehkah Jin Mengahwini Manusia:
Kita pernah mendengar dan terbaca bahawa ada cerita yang mengatakan
bahawa ada dikalangan kita manusia yang berkahwin atau dikahwini oleh makhluk halus
samada salah seorang daripada pasangan itu menyedari ataupun tidak, dikerasi atau
sebaliknya. Sebenarnya perkara ini merupakan perkara yang tidak mustahil berlaku
kerana antara keduanya tidak jauh berbeza cuma yang ketara ialah dari segi dapat dilihat
atau tidak. Konsep kehidupan dan pengibadahan juga adalah setanding dengan sama-
sama memikul amanah yang ditaklifkan oleh Allah Ta`ala. Pendapat ini turut disebut dan
disokong oleh Iman Ibnu Taimiah.:
64 ‫ االسراء‬- ‫ وشاركهم فى االموال واالوالد‬:‫قال تعالى‬

Sekiranya berlaku persetubuhan dengan makhluk jin maka tidak mustahil


juga akan berlaku kehamilan dan kandungan biasa samada dipihak manusia ataupun jin
sendiri cuma yamg menjadi masalahnya ialah kepada siapakah akan dinasabkan anak
tersebut.
Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa walaupun berlaku
percampuran benih tetapi benih tersebut tidak akan bersenyawa disebabkan oleh
perbezaan jenis.

Apakah Perkahwinan Itu Disyariatkan.


Pada dasarnya perkahwinan diantara dua golongan itu adalah merupakan
perkara yang mungkin. Tetapi di sana terdapat banyak dan berbagai- bagai pendapat
yang mengatakan perbuatan itu tidak elok dan akan menimbulkan suatu fitnah yang besar
kepada individu dan masyarakat itu sendiri. Dikalangan Ulama` Syafieah itu sendiri, juga
khilaf tetapi kebanyakkannnya dan pendapat yang terkuat adalah boleh. Namun begitu,
Ulama` menghukum ianya makruh kerana ada riwayat yang menegah perbuatan
mengahwini golongan jin walaupun hadis tersebut berada diperingkat mursal.
Contohnya:-

‫ نهى رسول اهلل (ص) عن نكاح الحن‬:‫عن الزهرى قال‬

Tegahan yang dibuat itu juga menunjukan bahawa perkara itu boleh berlaku,
kalau tidak mengapakah ianya dikatakan makruh. Sebenarnya itu adalah untuk
menyekatnya daripada terus berlaku dikalangan manusia sehingga akhirnya dapat
memecah belahkan keharmonian dan keadaan. Lantaran itu, tidak hairanlah jika di sana
ada sesetengah Ulama` yang mengatakan haram kerana menyalahi perintah Allah
dengan berdalilkan kepada ayat yang berbunyi:-

21 ‫ الروم‬- ‫ ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة‬:‫قال تعالى‬

Ayat ini menunjukan bahawa Allah menjadikan manusia ini adalah untuk
berpasangan sesama mereka bukan dengan golongan lain untuk mengecapi nikmat kasih
sayang.
Bagi pendapat Syafie makruh berkahwin dengan jin bagi lelaki tetapi bagi
perempuan ia adalah haram.

Adakah Wajib Mandi Jika Disetubuhi Oleh Jin?.


Mengikut sesetengah pendapat Hanafiah dan setengah Hanabilah: tidak
wajib bagi perempuan yang ditiduri oleh jin walaupun ia merasakan seperti ditiduri oleh
suaminya sendiri. Bagi Syafieah wajib mandi sekiranya berlaku inzal.

Tanda- Tanda Ganguan( Sentuhan).


Tanda- tanda tersebut boleh kita bahagikan kepada dua ketegori, ketika jaga
dan ketika tidur:
1- Ketika jaga termasuklah:
i. Sakit kepala atau pening yang berpanjangan dan ianya bukan
disebabkan oleh sakit mata, gigi, hidung dan sebagainya.
ii. Terhalang iaitu daripada dapat berzikir, sembahayang atau lain
perkara kebajikan ibadah.
iii. Selalu mengelamun tanpa dipinta.
iv. Berasa malas dan jemu dalam pergerakan badan.
v. Merasa sakit- sakit pada angota badan yang tidak dapat dikesan
oleh Doktor atau alat canggih.
vi. Meracau dalam berbagai bentuk.
vii. Dapat melihat benda-benda aneh.
viii. Bercakap tanpa apa-apa motif atau tujuan.

2- Ketika tidur atau ditempatnya termasuklah:


a. Payah untuk melelapkan mata sehingga menjadi kerusingan. Ia
dinamakan Al- Araq (‫)االرق‬
b. Pening atau pusing kepala yang disebabkan banyak berjaga
malam. Ia dinamakan Al- qalq ‫) )القلق‬
c. Melihat didalam mimpi atau tidurnya suatu yang menekan perasaan
dan dalam masa yang sama dia cuba untuk melepaskan dirinya
atau meminta tolong tetapi tak berdaya. Boleh dikatakan dengan
tindihan ini dinamakan. Al- kawabis ‫) )الكوابيس‬
d. Mengalami mimpi yang mengejutkan.
e. Bermimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,
musang, tikus dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan
makhluk halus.
f. Mengacing gigi taring dalam tidur.
g. Mengeluh-ngeluh dalam tidur.
h. Berjalan dalam keadaan tidur tanpa disedari.
i. Bermimpi seolah- olah jatuh dari tempat tinggi.
j. Bermimpi dirinya berada dikubur, tempat perbuangan sampah atau
dijalan- jalan kotor
k. Bermimpi melihat orang yang terlalu tinggi atau rendah atau
manusia yang berwarna hitam legam.
l. Bermimpi dipaksa makan benda haram.

Jenis- Jenis Sentuhan:


Sentuhan atau gangguan jin dan syaitan itu terbahagi kepada empat jenis:
1- ( ‫)مس كلى‬: ) Sentuhan jin terhadap keseluruhan badan manusia.
2- ( (‫)مس جزئى‬: Sentuhan jin yang melibatkan anggota-anggota tertentu
seperti lidah,tangan, dan sebagainya.
3- ( (‫)مس دائم‬:Sentuhan jin yang berpanjangan atau lama dalam badan
manusia.
4- ( ‫)مس طائف‬: )Sentuhan jin yang melibatkan masa yang singkat atau
beberapa minit sahaja seperti kawabis atau disifatkan sebagai tindihan.

Sebab- Sebab Dirasuk Jin.


Setiap yang berlaku itu tidak asing daripada sebab dan musababnya. Begitu
juga disana banyak sebab yang boleh memberikan peluang kepada jin dan syaitan
merasuk badan manusia samada sedar atau tidak. Antaranya:-
1 -Kezaliman atau kesalah manusia terhadap golongan mereka sendiri
seperti mencurahkan air panas, merosakan tempat tinggal mereka dan
sebagainya.
2 -Mempunyai perasaan yang sangat takut. 3 -Sangat marah.
4 -Terlalu melayan nafsu syahwat.
5 -Pelupa atau nyayuk yang amat.
6 -Keasyikan jin itu sendiri kepada manusia yang ia ingini.
7 -Sifat nakal jin itu sendiri.
8 -Dengki kepada manusia kerana rahmat Allah.
9 -Sesetengah jin itu memusuhi manusia.

Bagaimana Cara Jin Memasuki Badan Manusia.


Jin adalah merupakan satu makhluk halus dan diumpamakan seperti angin
sementara badan manusia pula ialah seperti tempat- tempat rongga yang boleh dimasuki
oleh sesuatu. Oleh yang demikian, keadaan tersebut memungkinkan jin memasuki mana-
mana tempat ruang yang ada didalam tubuh manusia. Dalilnya:-
15 ‫ الرحمن‬- ‫ وخلق الجان من مارج من النار‬:‫قال تعالى‬
Mengikut Ibnu Abbas, Ianya dicipta daripada hujung pucuk api iaitu hawa
yang paling panas yang keluar daripada api ( secara fatamorgana) ketika mana jin
memasuki badan manusia ia secara langsung akan menuju ke otak dan dari sinilah ia
akan mampu memberi kesan kepada anggota- anggota yang berpusat diotak.
Berkaitan dengan ini, sesungguhnya kajian doktor telah mengesahkan
bahawa mangsa rasukan itu terdapat kesan-kesan aliran ganjil yang terdapat diurat saraf.
Perkara ini juga dijelaskan oleh pengarang kitab “ ‫ ”وقاية االنسان من الجن والشيطان‬Iaitu Wahid Abdul
Salam Bali.

Kadar Masa Kehidupan Jin.


Untuk menentukan kadar jangkamasa kehidupan dan umur bagi satu-satu
golongan jin atau syaitan, para Ulama` tidak dapat menetapkan secara tepat atau
berpandukan kepada ghalibnya. Tetapi bagi iblis yang di laknati oleh Allah ia akan kekal
sehingga ke akhir kiamat sebagaimana digambarkan oleh Allah dalam surah Al- A`raf ayat
yang ke14 atau 15.
Adapun yang selain daripada iblis juga tidak dapat diketahui melainkan yang
pentingnya mereka telah menjalani kehidupan dibumi ini sebelum Nabi Adam lagi dan
mereka mempunyai kadar umur yang panjang.

Kematian.
Menyentuh soal kematian maka tidak syak bahawa semua yamg dijadikan
hidup diatas dunia ini pasti akan merasai kematian termasuklah jin dan syaitan kerana
mereka juga termasuk di dalam ayat Allah Ta`ala yang berbunyi:-
26 ‫ الرحمن‬- ‫ ويبقى وجه ربك ذوالجالل واالكرام‬,‫ كل من عليها فان‬:‫قال تعالى‬
Ini disebut juga didalam Sahih Bukhari yang berbunyi:-
‫ اعوذ بعزتك الذى الاله اال انت الذى اليموت والجن‬:‫ ان النبى(ص) كان يقول‬:‫عن ابن عباس رضى اهلل عنه‬
‫واالنس يموتون‬

Apakah Jin Juga Diazab Dengan Api?.


Ada juga terdapat setengah golongan yang keliru dan berpendapat bahawa
jin tidak akan diseksa dengan api kerana medan penciptaanya juga adalah daripada api.
Itu adalah tidak mungkin.
Kita menjawab Ya!! sebagaimana manusia, jin juga akan diazab dengan api
neraka kelak walaupun dengan bahan asal kejadiannya, antara dalillnya:-
‫ االعراف‬- ‫ قال ادخلوا فى امم قد خلت من قبلكم من الجن واالنس فى النار‬:‫قال تعالى‬
119 ‫هود‬- ‫وتمت كلمة ربك لألمألن جهنم من الجنةوالناس اجمعين‬
94,95 ‫ الشعراء‬- ‫ وجنود ابليس اجمعين‬.‫فكبكبوا فيها هم الغاوون‬

- Pengakuan daripada golongan jin sendiri dalam surah jin ayat 14 dan 15.
- Kita manusia yang berasal daripada tanah dan apakah kita tidak terasa
sekiranya diazab dengan tanah begitu juga api dengan api.Semuanya berada dalam
kuasa dan kehendak Allah Ta`ala.

Rawatan Gangguan Makhluk Halus.


Dalam islam berubat adalah di izinkan kerana ia dianggap sebagai satu
ikhtiar. Di mana institusi perawat adalah golongan yang berusaha menyembuhkan
penyakit dan tidak mempunyai kuasa penyembuh. Kuasa penyembuh yang sebenarnya
adalah Allah SWT. Apabila Allah SWT. menghendaki suatu penyakit itu sembuh maka
Allah akan menurunkan keserasian kepada ubat- ubat tertentu kepada hambanya.
Skop Bidang Perubatan Islam.
Sumber- sumber perubatan islam adalah luas dan merangkumi:-
1- Tibb Nabawi
2- Jampi- jampi daripada Al Qur`an dan hadis- hadis serta doa- doa yang
telah dihimpunkan oleh Salafus Soleh dan para Aulia`.
3- Penggunaan herba-herba, tanaman serta binatang-binatang tertentu
yang mempunyai khasiat-khasiat yang tersendiri.
4- Pemahaman kaedah-kaedah dan petua- petua yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam.

Penggunaan Jin Dan Khadam.


Terdapat perawat-perawat yang menyeru nama-nama jin tertentu yang
disebut sebagai khadam. Biasanya golongan ini mengamalkan ilmu hitam. Ketika
seorang perawat menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur`an dalam rawatan pula, ayat-ayat
suci itu yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW. Menjadi pengusir kepada jin- jin yang
menggangu. Rawatan seperti itu tidaklah bererti perawat tersebut menggunakan jin dalam
perubatannya.
Didalam Al-Qur`an, Allah Ta`ala menceritakan bahawa Rasul- Rasul juga
dituduh menggunakan jin didalam berdakwah. Sedangkan tuduhan tersebut adalah
bertujuan untuk meliarkan masyarakat yang ada terhadap para Rasul dan dakwah mereka
sebagaimana firman Allah Ta`ala dalam surah Al-Saff ayat 6.

Bentuk- Bentuk Gangguan Syaitan Dan Sihir Serta Cara Rawatan.


Segala apa yang dinyatakan disini hanyalah merupakan sebahagian
daripada bentuk- bentuk gangguan syaitan atau sihir. Kadang kala perkara tersebut
terjadi dengan sebab permainan sihir orang yang mensyirikkan Allah SWT. Dan ada
kalanya ia berlaku oleh gangguan syaitan itu sendiri tanpa disuruh oleh ahli- ahli sihir yang
hina dina itu.

1 -Rasukan syaitan.
Ini berlaku dengan sebab syaitan yang masuk kedalam badan manusia dan
menguasai seluruh gerak geri dan pemikiran. Ini dinamakan Takhabbut ( ‫)تخبط‬

Cara rawatan:-
‫‪Langkah pertama:-‬‬

‫الفاتحة‬
‫صلوات على النبى‬
‫سالم على االنبياء‬
‫سالم على المالئكة‬
‫دعاء الهيكل‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬اهلل الاله اال هوالحى القيوم‪ ,‬التأخذه سنة وال نوم‪ ,‬له ما فى السموات وما فى‬
‫االرض‪ ,‬من ذاالذى يشفع عنده اال باذنه‪ ,‬يعلم ما بين ايديهم وما خلفهم وال يحيطون بشىء من علمه اال بماشاء‬
‫وسع كرسيه السموات واالرض وال يؤده حفظهما وهو العلى العظيم‬

‫بسم اهلل الرمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬اذ قالت امرات عمران رب انى نذرت لك ما فى بطنى محررا فتقبل منى انك‬
‫انت السميع العليم‪ .‬سنة من قد ارسلنا قبلك من رسلنا والتجد لسنتنا تحويال‪ .‬اقم الصلوة لدلوك الشمس الى‬
‫غسق الليل وقرآن الفجر ان قرآنالفجر كان مشهودا‪ .‬ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى ان يبعثك ربك مقاما‬
‫محمودا‪ .‬وقل رب ادخلنى مدخل صدق واخرجنى مخرج صدق واجعل لى من لدنك سلطانا نصيرا‬

‫بسم اهلل الرمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬امن الرسول بما انزل اليه من ربه والمؤمنون كل آمن باهلل وملئكته وكتبه‬
‫ورسله ال انفرق بين احد من رسله وقالوا سمعنا واطعنا غفرانك ربنا واليك المصير‪ .‬اليكلف اهلل نفسا اال‬
‫وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا ال تواءخذنا ان نسيينا او اخطأنا ربنا وال تحمل علينا اصرا كما‬
‫حملته على الذين من قبلنا ربنا وال تحملنا ما ال طاقة لنا به واعف عنا واغقرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا‬
‫علي القوم الكفرين‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا وننزل من القرآن ما هو شفاء‬
‫ورحمة للمؤمنين‪ ,‬واليزيد الظلمين اال خسارا‪ ,‬واذا انعمنا على االنسان اعرض ونابجانبه‪ ,‬واذا مسه اشر كان‬
‫يؤسا‪ ,‬قل كل يعمل على شاكلته فربكم اعلم بمن هو اهدى سبيال‪ ,‬ويسئلونك عن الروح قل الروح من امر ربى‬
‫وما اوتيتم من العلم اال قليال‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬قال رب انى وهن العظم منى واشتعل الراءس شيبا ولم اكن بدعائك رب شقيا‪,‬‬
‫وانى خفت الموالى من ورائى وكانت امراتى عاقرا فهب لي من لدنك وليا‪ ,‬يرثنى ويرث من ال يعقوب واجعله‬
‫رب رضيا‪ ,‬لقد صدق اهلل رسوله الرؤيا بالحق‪ ,‬لتدخلن المسجد الحرام ان شاء اهلل امنين‪ .‬محلقين رؤسكم‬
‫ومقصرين التخافون فعلم ما لم تعلموا فجعل من دون ذلك فتحا قريبا‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬قل اوحي الى انه استمع نفر من الجن فقالوا انا سمعنا قرآنا عجبا‪ ,‬يهدى الى‬
‫الرشد فامنا به ولن نشرك لربنا احدا‪ ,‬وانه تعالى جد ربنا ما اتخذ صاحبة وال ولدا وانه كان يقول سفيهنا على‬
‫اهلل شططا‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم‪ ,‬وان يكاد الذين كفروا ليزلقونك بابصارهم لما سمعوا الذكر ويقولون انه‬
‫لمجنون وما هو اال ذكر للعلمين‬

‫اية سريبو دينار‬


‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫ومن يتق اهلل يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث ال يحتسب ومن يتوكل على اهلل فهو حسبه ان اهلل بالغ امره قد‬
‫جعل اهلل لكل شىء قدرا‬
‫سورة يس‬
82‫ دان‬63 ‫اية‬
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫هذه جهنم التى كنتم توعدون انما امره اذا اراد شئا ان يقول له كن فيكون‬

Langkah kedua
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬
‫بسم اهلل توكلت على اهلل‬
‫بسم اهلل ماشاء اهلل‬
‫بسم اهلل انشاء اهلل‬
‫بسم اهلل ال حول وال قوة اال باهلل العلى العطيم‬
87 ‫سورة االنبياء اية‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫الاله اال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬

Histeria
Pakar- pakar psikologi menafikan histeria itu berpunca daripada gangguan
syaitan. Tetapi bagi kita yang beriman dengan Allah dan Rasul setelah dibuat kajian
didapati perkara- perkara ganjil yang berlaku keatas pengidap histeria itu tidak lain dan
tidak bukan ialah berpunca dari gangguan jin. Misalnya ramai pengidap histeria menjerit-
menjerit ketakutan kerana dia melihat orang-orang lain disekelilingnya berwajah dengan
rupa yang menakutkan dan sebagainya. Dalam bahasa arab juga dinamakan histeria.

Rawatan Dibaca Pada Pesakit.


‫الفاتحة‬
‫كلمة التامة‬
‫اعوذ بوجه اهلل الكريم وبكلمات اهلل التامات التى اليجاوزهن وال فاجر من شرما ينزل من السماء ومن شرما‬
‫يخرج فيها ومن شرما ذرأ فى االرض ومن شرما يخرج منها ومن فتن الليل والنهار ومن طوارق الليل‬
‫والنهار اال طارق يطرق بخير يا رحمن‬

‫سورة‬
82 ‫يس اية‬
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫انما امره اذا اراد سيئا ان يقول له كن فيكون‬


‫سورة الكافرون‬
‫سورة االخالص‬
‫سورة الفلق‬
‫سورة الناس‬

Kita hanya berikhtiar sekadar yang termampu, hanya kepada Allah tempat
memohon pertolongan

Was-Was.
Ia terbahagi kepada dua iaitu was-was dalam akidah dan was-was dalam
amal ibadat dengan pelbagai persoalan secontoh bagi orang yang was-was dalam akidah
ialah syaitan membisikan kepadanya bagaimana rupa Allah? dimana Allah? mana
mungkin Allah tiada permulaan? dan sebagainya. Manakala orang yang was-was dalam
ibadatnya sentiasa ragu-ragu dan syak terhadap kesempurnaan dan kesohihan ibadatnya.
Ia berwuduk berulang-ulang kali, mandi wajib berjam-jam, mengulang -ulang takbir ketika
solat, mengulang-ulang menyebut kalimah-kalimah tertentu dalam bacaan solat dan lain-
lain.
Ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit was-was ini ialah
dengan memperbanyakan membaca Al-Quran, mendalami ilmu agama terutamanya
Feqah dan Tauhid serta menbentengi diri dengan zikir-zikir pertahanan serta setiasa
berada dalam keadaan berwuduk
Orang yang was-was ini memerlukan kepada seorang penasihat yang sabar,
tabah dan penyayang serta tekun mengikuti perkembangan diri, ia tidak memerlukan
sama sekali kepada orang yang mencerca dan memperbodohkan dirinya sekalipun dia
seorang Ustaz dan sebagainya. Penyakit was-was ini ada banyak peringkat. Ada yang
‫‪ringan, sederhana dan serius. Ia dinamakan dengan was-wasah, was-was, was-was.‬‬
‫‪Syaitan bagi penyakit ini juga dinamakan Was-was sebagaimana yang sabiti didalam‬‬
‫‪surah An` Nass.‬‬
‫‪Rawatan:‬‬
‫‪1- Membaca surah Al-Fatihah‬‬
‫‪2- Membaca surah An` Nass‬‬
‫”‪3- Membaca ayat “ Tujuh‬‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫التوبة ‪51‬‬ ‫قل لن يصيبنا اال ما كتب اهلل لنا هو مولنا وعلى اهلل فليتوكل المؤمنين ‪-‬‬

‫وان يمسسك اهلل بضر فال كاشف له االهو‪ ,‬وان يردك بخير فال راد لفضله يصيب به من يشاء من عباده وهو‬
‫الغفور الرحيم ‪ -‬سورة يونس ‪107‬‬

‫وما من دآبة فى االرض اال علىاهلل رزقها ويعلممستقرها ومستودعها كل فى كتاب مبين ‪ -‬هود ‪6‬‬

‫انى توكلت علىاهلل ربى وربكم ما من دآبة اال هو آخذ بناصيتها ان ربى على صراط مسنقيم ‪ -‬سورة هود ‪56‬‬

‫وكأين من دآبة ال تحمل رزقها اهلل يرزقها واياكم وهو السميع العليم ‪ -‬سورة العنكبوت ‪60‬‬

‫ما يفتح اهلل للناس من رحمة فال ممسك لها وما يمسك فال مرسل له من بعده وهو العزيز الحكيم ‪ -‬سورة‬
‫فاطر ‪2‬‬

‫ولئن سئلتهم من خلق السموات واالرض ليقولن اهلل قل افرايتم ما تدعون من دون اهلل ان ارادنى اهلل بضر هل‬
‫هن كاشفات ضره او ارادنى برحمة هل هن ممسكات رحمته قل حسبى اهلل عليه يتوكل المتوكلون ‪ -‬الزمر‬
‫‪38‬‬

‫‪Jin Mencintai Manusia.‬‬


‫‪Kerap kedengaran tentang manusia yang berkahwin dengan orang bunian‬‬
‫‪sebelum terjadinya perkahwinan, si fulan atau si fulanah ini selalu bermimpi atau melihat‬‬
ketika jaga seorang wanita yang sangat menawan dan cantik atau seorang yang sangat
kacak dan sebagainya. Jika si fulan atau si fulanah ini tidak sukakan dirinya, ia akan
diganggu dengan berbagai jenis gangguan seperti mimpi yang menakutkan, hantu-hantu
yang datang mengacau diwaktu malam dan sebagainya. Ia dinamakan “ Isyqul Jin Lil
Ins`”( ‫)عشق الجن لالنس‬

Rawatan:-
1- Surah Al-Fatihah
2- Doa ( ‫ )هيكل‬seperti yang lepas.
3- Ayat Tujuh seperti yang lepas
4- Surah Al- Khafirun
Surah Al- Ikhlas
Surah Al- Falaq
Surah An` Nass.

Masalah lain pula ialah seorang suami yang bersyahwat apabila ingin
menyetubuhi isterinya alat kelaminnya menjadi kendur. Oleh itu, satu persengamaan
diantara suami dan isteri tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia memandang
kepada perkara-perkara lain yang menaikan syahwatnya seperti gambar-gambar dan
filem-filem lucah, wanita- wanita selain isterinya yang mendedahkan bahagian yang
sensitif dan sebagainya maka alat kelaminnya boleh menegang semula secara normal. Ia
dinamakan Rabat( ‫ )ربط‬atau Aqad(‫ )عقد‬ia berbeza dari lemah syahwat kerana orang yang
lemah syahwat secara tabie`nya syahwatnya memang dingin dan lemah.

Kepada perempuan pula Rabat itu terbahagi kepada empat:-

1 - ‫ ربط المنع‬:-Keadaan ini membuatkan paha si perempuan tidak dapat


dibuka dan seakan menjadi bertangkup.
2 - ‫ ربط التبلد‬:-Ialah sihir yang di hantarkan kepada perempuan untuk
mempengaruhi otak dan pemikiran sewaktu bersetubuh sehingga ia tidak dapat
merasai nikmat yang ada dan seolah-olah tidak ada apa- apa yang berlaku.
3 - ‫ ربط االنسداد‬:-Iaitu terasa seperti ada sesuatu yang menghalang daripada
melakukan hubungan jenis.
4 - ‫ ربط التغوير‬:-Iaitu terasa atau mendapai seolah-olah pasangannya tidak
mempunyai alat kelamin ketika ingian bersetubuh.
Rawatan:
1- Surah Al- Fatihah2 -Kalimah Tammah( ‫ )التامة‬yang telah lepas
3 -Doa Haikal( ‫ )هيكل‬Yang telah lepas 4 -Surah Al- Qadar
5 -Surah Al- Fiil
6 -Surah Al- Khafirun
Surah Al- Ikhlas
Surah Al- Falaq
Surah An` Nass.

Bayi Menangis Malam.


Sering kita temui anak kecil yang menangis malam secara berlarutan.
Adakalanya tangisannya itu luar dari kebiasaanya. Ini disebabkan bayi tersebut dapat
melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita.

Rawatan:
1 -Ayat kursi dibaca dan ditiup pada telingga kanan kanak-kanak tersebut
beberapa kali
2 -Ayat seribu dinar seperti yang telah lepas dibaca dan ditiup pada
telinga kiri beberapa kali.
3 -Ayat dari surah yassin ayat 63 dibaca dan ditiup beberapa kali dikepala
bayi itu.

Orang Mati Yang Dimasuki Pemeliharaan( jin)


Kita mungkin pernah temui atau mendengar orang yang telah mati tapi
masih berkeadaan seperti orang yang masih hidup dan masih makan minum seperti biasa
malah lebih banyak daripada kebiasaannya. Keadaan ini berlaku sekiranya orang
tersebut menpunyai peliharaan ( Jin) semasa hidupnya sebagai penjaga dirinya, harta dan
keluarganya.

Rawatan Kepada Si mati.


1- Surah Al- Fatihah2- Ayat 41 surah Al- An`am 3- Ayat 81 surah
Yunus 4- Ayat Lima:-

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


‫الم ترالى المألمن بنى اسرائيل من بعد موسى اذقالوا لنبى لهم ابعث لنا ملكا نقاتل فىسبيل اهلل قال هل‬
‫عسيتم ان كتب عليكم القتال ان ال تقاتلوا قالوا وما لنا ان ال نقاتل فى سبيل اهلل وقد اخرجنا من ديارنا وابنائنا‬
‫فلما كتب عليهم القتال تولو اال قليال منهم واهلل عليم بالظالمين ‪ -‬البقرة ‪246‬‬

‫لقد سمع اهلل قول الذين قالوا ان اهلل فقير ونحن اغنياء سنكتب ما قالوا وقتلهم االنبياء بغير حق ونقول ذوقوا‬
‫عذاب الحريق ‪ -‬ال عمران ‪181‬‬

‫الم ترالى الذين قيل لهم كفوا ايديكم واقيموا اللصلوة واتوا الزكوة فلما كتب عليهم القتال اذا فريق منهم يخشون‬
‫الناس كخشية اهلل او اشد خشية وقالوا ربنا لم كتبت علينا القتال لوال اخرتنا الى اجل قريب قل متاع الدنيا قليل‬
‫واالخرة خير لمن اتقى وال تظلمون فتيال ‪ -‬النساء ‪77‬‬

‫واتل عليهم نباء ابنى آدم بالحق اذ قربا قربانا فتقبل من احدهما ولم يثقبل من االخر قال لألقتلنك قال انما يتقبل‬
‫اهلل من المتقين ‪ -‬المائدة ‪27‬‬

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫قل من رب السموات واالرض قل هلل قل افتخذتم من دونه اولياء ال يملكون آلنفسهم نفعاوالضرا قل هل‬
‫يستوى االعمى والبصيرام هل تستوى الظلمات والنور‪ .‬ام جعلوا هلل شركاء خلقوا كخلقه‬
‫الرعد ‪16‬‬ ‫فتشابه الخلق عليهم قل اهلل خالق كل شىء وهو الواحد القهار ‪-‬‬

‫‪RUJUKAN‬‬
‫@وقاية االنسان‬ ‫@القرآن الكريم @حوار صحفى مع جنى المسام “مصطفى كنجور” ‪ -‬محمد عيسى داو‬
‫من الجن والشيطان ‪ -‬وحيد عبد السالم بالى‬
‫@ عالم الجن والشيطان ‪ -‬عمر سليمن االشقر @عالم الجن اسراره ونفاياه ‪-‬مصطفى عاشور @ الدليل‬
‫@ اخر الكالم فى اخراج‬ ‫والبرهان على بطالن اعراض المس ومحاورةالجان ‪ -‬الشيخ مدحة عاطف‬
‫@ التعاوىذ ‪ -‬محمد ابراهيم ساليم‬ ‫الجن بالقرآن ‪ -‬محمد المفاورى @ الندواى بالقرآن واالشتشفاء بالرقى‬
‫@ دليل المعالجين بالقرآن الكريم ‪ -‬رياض محمد‬ ‫@ البيان المبين فى اخبار الجن والشيطان ‪ -‬ابن تيمية‬
‫سماحة @غرائب وعجائبالجن ‪ -‬ابرهيم محمد الجمل‬
‫ مجدى محمد‬- ‫@ العالج الربانى للسحر‬ ‫ عكاشة عبد المنان‬- ‫@ الشيطان فى ظالل القرآن‬
‫@ لقط المرجان‬ ‫ عادل عزة محمد العارف‬- ‫@ اسرار وغرائب عالم الجن‬ ‫الشهاوى‬
‫فيما يتعلق بالجن‬

PATAH TULANG

Patah tulang boleh berlaku bila-bila masa dan pada sesiapa saja baik kanak-
kanak atau orang dewasa dan patah ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-
1 -Patah terbuka
2 -Patah tertutup

Daripada dua jenis ini patah tertutupkurang bahaya kerana tidak


menyebabkan luka pada bahagian tulang yang patah manakala patah terbuka yang
menyebabkan luka mudah dijangkiti kuman. Ianya berpunca daripada terjatuh,
kemalangan, kecederaan, bermain bola dan sebagainya. Bagi megenal pasti tulang itu
patah ataupun tidak, boleh dikesan terhadap pesakit itu dengan beberapa keadaan:-
1 -Bengkak pada bahagian yang patah
2 -Merasa sakit dibahagian yang patah serta sukar untuk mengerakkannya
3 -Luka yang jelas kelihatan pada tulang yang patah terbuka

Rawatan
Rawatan terhadap pesakit patah terbahagi kepada dua bahagian iaitu
moden dan tradisional. Bagi rawatan moden pesakit patah akan menjalani pemeriksaan
X-ray bagi mengenal pasti sejauh manakah seriusnya patah pada tulangnya. Jika didapati
patahnya serius bahagian ini akan disimen dan sekiranya tulang itu patah terbuka doktor
akan melakukan pembedahan dengan memasukan logam untuk menstabilkan kedudukan
tulang.
Manakala rawatan tradisional pula bahagian tulang yang patah tadi akan
dimasukkan mengikut keadaan patahnya kemudian bahagian yang patah tadi akan dibalut
dengan alat-alat atau ubat-ubat kampung seperti telur ( putih telur ), bawang putih,
bawang merah, lada hitam, pembalut besar dan batang kayu. Semua bahan diatas akan
ditumbuk sehingga lumat dan dimasukkan ke dalamnya putih telur, selepas itu dilumurkan
bahagian yang patah itu beserta dibalut dengan kain pembalut besar bersama batang
kayu. Balutan ini akan dibuka pada waktu yang ditetapkan oleh perawat itu.
Kebiasaanya pesakit patah akan mengambil masa selama 1 bulan untuk kembali
sembuh seperti asalnya berbanding kanak-kanak, ianya mengambil masa yang singkat
kerana tulangnya masih muda dan dalam proses pembesaran lagi.

CARA URUTAN TUBUH BADAN

Urutan tubuh badan adalah penting kepada kita semua kerana dengan cara
ini dapat melegakan kesakitan dalaman yang bersangkut paut dengan otot-otot dan urat-
urat. Kesakitan ini biasanya berpunca daripada kerja kuat juga disebabkan oleh
kemalangan- kemalangan kecil, urutan juga boleh mendatangkan mudarat seandainya
sering dilakukan semasa masih muda. Ini diseebabkan kerana urat pada masa itu masih
belum diusik, masalah ini akan terasa pada usia yang menjankau tua dan juga akan timbul
masalah sekiranya urutan tidak mengikut caranya yang betul.
Secara umumnya setiap urutan hendaklah dimulakan dari atas dan diurut
turun kebawah disini saya ingin nyatakan secara terperinci cara-cara urutan tubuh badan
manusia:-
1 -Bermula dari buku lali hingga kehujung jari-jemari:-
Urutannya bermula dari buku lali dan diurut turun kehujung setiap jari kaki
2 -Lutut hingga kebuku lali
Urutan dilakukan dari atas atau bawah lipatan hingga ke buku lali
3 -Sakit dikawasan paha pula
Urutannya bermula dari pangkal paha( sendi paha) hingga ke kepala lutut
4 -Sakit dikawasan belakang badan
Urutannya bermula dari atas bahu hingga kepangkal punggung melalui kedua-
dua belah urat belikat ( iaitu yang berada dikiri kanan tulang belakang)
Cara kedua bagi urutan belakang ialah dengan mengurut dari tengah badang
turun kesisi tepi ( lambung ). Urutan ini adalah untuk melegakan penafasan.
5 -Bagi urutan diperut
Urutannya bermula dari ulu hati turun kepundi kencing. Cara keduanya ialah
dengan bermula dari tengah perut turun ke tepi. Bagi kedua-dua masalah ini
boleh dilakukan dengan uritan biasa atau dengan urutan yang lebih khusus
seolah-olah cara pacat berjalan iaitu dengan hujung-hujung jari.
6 -Bagi kawasan pergelangan tangan ke hujung jari
Urutannya bermula dari pergelangan tangan hingga ke hujung setiap jari
7 -Bagi sakit dikawasan lengan
Urutan bermula dari siku hingga ke pergelangan tangan
8 -Bagi kesakitan dikawasan atas siku
Urutan bermula dari sendi bahu hingga ke siku
9 -Bagi kesakitan kawasan dada
Urutannya bermula dari tengah dada turun ke tepi mengikut tulang rusuk
10- Bagi kesakitan kawasan tengkuk
Urutannya ialah dengan cara menolak ke atas dan ke bawah
11 -Bagi kesakitan kawasan kepala
Urutannya ialah dengan meletakkan kedua ibu jari tangan pada hujung telinga
sebelah belakang dan hujung jari telunjuk di letakkan ditengah-tengah antara
hujung kening dan rambut setentang dengan atas telinga( side burn ) kemudian
ditolak ibu jari ke atas kepala dilakukan berulang-ulang kali.

SENDI, MASALAH DAN RAWATANNYA

Sendi-sendi manusia selalunya akan membawa masalah walaupu tidak


mengalami kemalangan atau sebagainya kerana ia merupakan tempat lipatan yang selalu
digunakan dalam setiap pergerakan manusia sehari-hari, oleh itu insya-Allah saya akan
mengetegahkan masalah serta rawatannya sebagaimana yang saya ketahui dan saya
mulakan dari bawah ke atas;-

1 - Kaki ( sendi buku lali hingga ke hujung jari)


Masalah yang sering dihadapi adalah seperti sedi termasuk kedalam
disebabkan oleh sukan dan sebagainya Cara urutannya:-
a)- Urutan umum
Diurut daripada sendi kaki turun ke hujung jari sebelah atas kemudian
dari anak kaki hingga ke buku lali sebelah tepi dan tepi ibu jari hingga ke
buku lali. Selepas itu diurut buku lali hingga ke tumit kemudian bawah
tapak kaki bermula dari hujung( tumit hingga ke hujung jari sebelah
bawah)

b)- Urutan khusus bagi sendi yang bermasalah sahaja

i -Sendi ibu jari dan jari-jari lain


Caranya pegang sendi yang besar dan sendi kura-kura kaki, tolak
secara berlawanan atau bertentangan
ii -Sendi ditepi kura-kura kaki
Selalunya tidak banyak membawa masalah.
iii -Pergelangan kaki
Pastikan samada sendi itu keluar ataupun tidak, sekiranya keluar
masukkannya dengan beberapa cara antaranya:-
1) Jikalau sendi keluar sebelah kiri kembalikan kaki kepada
keadaan asal sama juga bagi yang keluar sebelah kanan
dengan sebelah tangan memegan pada buku lali dan sebelah
lagi memegan pada tumit kemudian tolak secara
bertentangan.
2) Jikalau keluar sebelah depan angkat hujung jari dan tolak
sendi sebelah atas kebelakang dan sebelah bawah kedepan
secara serentak. Sama juga jika terkeluar sebelah belakang
cuma yang berbeza pada hujung jari.
iv -Terseliuh bukulali biasanya tercabut kebawah.
Cara memasukkannya dengan menolak buku lali keatas disamping
menolak lendir-lendir yang ada diatasnya untuk laluan buku lali masuk
ketempat asalnya.
v -Bagi sendi jari yang terseliuh kedalam
Pastikan terlebih dahulu jari itu ditarik keluar dan selepas itu
urutlah ia ke hujung jari secara lilitan.

2 -Lutut
Sendi lutut mempunyai satu sendi dan satu tempurung.
a) Selalunya ia terseliuh ke kiri, kanan, belakang dan sekiranya
kehadapan ia adalah patah. Cara memasukkan sendi lutut yang terseliuh ialah
dengan tangan kanan perawat memegang betis pesakit dan tangan kiri
perawat memegang paha pesakit serta tangan kanan perawat tadi menarik betis
pesakit ke bawah bagi mengembalikan sendi itu kepada keadaan asalnya.
Boleh juga dilakukan dengan tangan kanan perawat memegang diatas lutut
pesakit dan tangan kirinya memegang dibawah sendi lutut( lipatan) berserta
menarik kedua- dua tangan perawat tadi serentak. Apabila selesai menarik
kebawah, urutan hendaklah dilakukan secara mengelilingi sendi itu dengan
perlahan- lahan.
b) Bagi terpurung lutut pula ianya boleh tercabut ke kiri, kanan, atas dan
bawah biasanya
berlaku keatas dan kebawah di sebabkan kerana ianya tiada
penghalang. Cara memasukkannya adalah sama dengan cara memasukan buku
lali yang terkeluar.

3 -Sendi Paha ( cawan paha)


Kebiasaannya sendi paha ini akan terkeluar kearah luar dan ianya
tidak menghadapi masalah lain. cara memasukkannya seperti berikut:
a) Sebelah tangan kanan perawat memegang paha pesakit pada sebelah
dalam dan sebelah lagi diletakan pada sendi yang terkeluar kemudian tolak
sendi itu kedalam. Pastikan sendi tersebut memasuki lubangnya seterusnya
urutalah pada tempat tersebut.

PENYAKIT KULIT

Sebagaimana yang telah kita ketahui penyakit kulit boleh menjangkiti


seseorang itu tanpa mengira usia. Tetapi apa yang harus kita ingat semua ini datangnya
daripada Allah SWT. untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya. Oleh yang
demekian setiap penyakit yang dialami pasti ada ubatnya. Kita sebagai hambanya
hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubati penyakit dan memohon kepada Allah agar
dijauhi daripada penyakit-penyakit ini.

Hasil daripada kajian dan sebagaimana yang telah saya pelajari penyakit
kulit ini adalah penyakit yang berlaku dibahagian luar kulit atau dalam kulit samada ianya
berjangkait atau tidak berjangkit yang disebabkan oleh kuman-kuman yang tertentu.
Penyakit-penyakit kulit terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyakit yang berada diluar
kulit dan yang berada dibahagian dalam kulit.

Bab I :Penyakit kulit ( Luar Kulit).

1 - Badam
Menurut perubatan tradisional penyakit badam ialah penyakit gatal yang
berlaku dipermukaan kulit khususnya dibahagian tangan dan kaki. Pada kebiasaannya ia
berlaku dalam bentuk merekah dan kemerah- merahan.
Penyakit ini mudah menyerang apabila seseorang itu sentiasa berjalan
dikawasan yang lembab, contohnya diatas lantai simen berair dan sebagainya. Selain
daripada itu, ianya juga disababkan oleh seseorang itu bermain air kotor. Ianya juga
cepat merebak apabila seseorang itu sentiasa menggunakan pakaian yang telah lama
tidak dibasuh atau kotor.

Rawatan.
Cara-cara rawatan yang saya pelajari menurut perubatan tradisional
penyakit ini boleh diubati dengan menggunakan tumbuhan semulajadi seperti pucuk daun
gelenggang, lengkuas genting, selain daripada itu kita juga boleh menggunakan minyak
tanah dan belerang. Rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al- Quran memerlukan
bahan-bahan seperti berikut:-
1 -Sebotol air2 -Garam ( mengikut keadaan penyakit tersebut) 3
-Sebilah pisau nipis

Cara-cara merawat dengan menggunakan bahan-bahan diatas terbahagi kepada


lima cara:-

1 -Dau pucuk gelenggang tadi hendaklah dimasukkan ke dalam minyak


tanah dan direndam selama 10 — 20 minit. Kemudian digosok pada tempat sakit
itu sehingga kulit berwarna kemerahan.

2 -Lengkuas genting( hanya berada didalam hutan) hendaklah dibasuh


terlebih dahulu. Lengkuas ini tidak boleh dicium sama sekali dan dipotong sedikit
kemudian digosok pada tempat sakit tadi( bahagian lengkuas yang dipotong).
Hendaklah digosok sehingga kemerahan dibahagian sakit.

3 -Daun pucuk gelenggang hendaklah dimasukkan ke dalam air dan


dicampurkan dengan belerang. Rendamkan bahan-bahan tadi selama satu hari
semalam. selepas itu gosokkan pada tempat yang sakit tadi sehingga terasa
pedih.
4 -Dengan menggunakan sebilah pisau, kikis bahagian badam tadi
sehingga kemerah-merahan kemudian lumurkan dengan garam bahagian yang
dikikis tadi.

5 -Ambilkan sebotol air dan dibaca padanya:-


i - Al- Fatihah ii - Doa penawar penyakit iii-
Bismilllah 4

‫بسم اهلل توكلت على اهلل‬


‫بسماهلل ما شاء اهلل‬
‫بسم اهلل انشاء اهلل‬
‫بسم اهلل ال حول وال قوة اال باهلل العلى العظيم‬

iv- Kemudian tuliskan ayat syifa` pada kertas dengan dakwat kering
dan dimasukkan ke dalam air sehingga luntur. Kemudian diberi minum
air tadi kepada pesakit. ayatnya adalah seperti berikut:-

14 ‫التوبة‬- ‫ويشف صدور قوم مؤمنين‬


57 ‫ يونس‬- ‫وشفاء لما فى الصدور‬
64 ‫ النحل‬- ‫يخرج من بطونها شراب مختلف الوانه فيه شفاء للناس‬
82 ‫ االسراء‬- ‫وننزل من القرآن م هو شفاء ورحمة للؤمنين‬
80 ‫ الشعراء‬- ‫واذا مرضت فهو يشفين‬
44 ‫فصلت‬- ‫قل هو للذين امنوا هدى وشفاء‬

** Pilih salah satu daripada lima cara-cara di atas jangan gunakannya pada
waktu yang sama untuk merawat.

2 -Kayap( Shingles)

Mengikut perubatan tradisional kayap terbahagi kepada dua jenis iaitu:-


i - Kayap jenis tapak anjing.
Kayap jenis ini berbentuk butiran besar yang berisi air
dibahagian permukaan kulit secara bertompok.
ii - Kayap jenis ular.
Kayap jenis ini berisi air berada dipermukaan kulit tetapi
berbentuk menjalar yang mengelilingi badan. Pada kebiasaannya ia
dijangkiti pada bahagian pinggang.

Sebab- Sebab Dijangkiti Kayap.


Ianya sejenis penyakit yang berjangkit dan mudah berjangkit pada orang lain
melalui bertukar-tukar pakaian dengan pesakit.

Rawatan ( Tradisional)

Bahan-bahannya;-
1 -Sirih Pinang dan kapur 2 –Beras 3 -Rumput
sambai( Rumput yang banyak akar)
4 –Air 5 -menggunakan ayat Al- Qur`an

Cara-caranya:-
1 -Diniatkan terlebih dahulu untuk menyembuhkan penyakit. Kemudian ambilkan
sirih dan pinang dan dicampurkan dengan kapur serta dibaca padanya:-
i -Al- Fatihah ii -Ayat Kursi iii-Doa Haikal seperti dalam bab Jin
iv-Ayat tujuh seperti dalam bab jin

** Selepas itu dikunyah sehingga lumat kemudian disemburkan pada kayap


tadi, setiap kali sembur hati hendaklah mengingati Allah semoga disembuhkan.

2 -Ambilkan beras dan ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air
kemudian dijadikan bedak sejuk. Selepas itu ambilkan rumput sambal tadi dibasuh
akarnya dan dicelup pada bedak sejuk tadi dan disapukan pada kayap.

** Cara rawatan yang pertama hendaklah didahulukan daripada rawatan yang


kedua. Rawatan yang kedua hendaklah dilakukan selang tiga hari selepas rawatan
pertama. Sekiranya rawatan yang pertama tadi dilakukan tiga hari berturut-turut maka
rawatan yang kedua hendaklah dilakukan selang tiga hari selepas hari terakhir pada
rawatan yang pertama.
** Penyakit ini boleh membahayakan si pesakit sekiranya terkena hujan, minum
air kelapa, dan sebagainya kerana ia boleh meninggalkan kesan parut pada badan
pesakit.

3 -Panau

Panau adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada badan pesakit itu
sendiri. ianya terbahagi kepada dua jenis:-
i -Panau Bunga.
Panau jenis ini biasanya tumbuh pada kulit manusia secara
bertompok-tompok seperti bunga. Kebiasaannya melekat pada
kulit pesakit.
ii -Panau Debu.
Ianya berbentuk seperti debunga tetapi tidak bertompok( secara
bersendirian). Jikalau digosok atau digaru padanya ianya akan
mengeluarkan debu dan menjadi kemerah- merahan dibahagian
tersebut.

Sebab-Sebab Jangkitan dan Rawatan Seperti Penyakit Badam

4 -Kurap.
Ianya adalah sejenis penyakit yang berbentuk butiran yang berair dan
berukuran sederhana besar. ianya amat gatal dan warnanya butirnya kemerah-merahan.
Sebab- sebab dijangkiti penyakit ini ialah dengan sentiasa memakai pakaian yang lembab
dan ia juga penyakit yang berjangkit.

Cara rawatannya ialah seperti penyakit badam.

5 -Gatal-Gatal Berair.
Ia adalah sejenis butiran berair yang tumbuh pada kulit diseluruh badan
khususnya dibahagian belakang badan, tangan dan bahagian punggung. Sebab-sebab
dijangkiti ialah dengan memakai pakaian kotor dan juga sentiasa terdedah pada benda-
benda kotor. Memakan makanan yang gatal seperti sotong, udang dan sebagainya.

Rawatan:-
Dengan melumurkan minyak panas seperti minyak hijau dan yang sejenis
dengannya, juga dengan menggunakan bedak yang sesuai seperti Johnson Baby dan
yang selembut dengannya.

6 -Bertih
Adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada manusia yang berbentuk
butiran yang berair serta tumbuh secara beransur-ansur diseluruh tubuh dan ianya
berwarna putih kehitaman. sebab jangkitan penyakit ini adalah boleh dikatakan berpunca
dari makanan yang tidak seimbang.

Rawatan;-

Bahan-bahannya ialah
1 - Beras semangkuk 2 - Air sebotol

Cara-caranya ialah masukkan tiga biji beras kedalam air kemudian dibaca
padanya:-
1 - Al- Fatihah
2 - Doa Penawar Penyakit
3 - Bismillah 4 seperti yang lepas, dalam bab badam
4 - Ayat Syifa` seperti yang lepas.

Kemudian air tadi diberi minum kepada pesakit tiga kali sehari sehingga habis.
Ambilkan semangkuk beras tadi kemudian dibaca padanya:-
1 - Al- Fatihah
2 - Ayat Kursi
3 - Doa Haikal seperti yang telah lepas.

Kemudian tumbukkan beras tadi sehingga lumat dan dicampur dengan sedikit air
yang telah di jampi tadi, sapukan pada butiran bertih tadi.

** Hindarkan dari terkena hujan, garu ditempat sakit tadi dan juga makan
benda- benda gatal. Jangan biarkan pesakit berada ditempat yang panas terik kerana
bmengakibatkan kesan parut dan bertambah sakit.
7- Campak

Sejenis butiran yang tidak banyak air berwarna kemerah-merahan dan ia


berada diseluruh tubuh dan diikuti dengan demam yang kertelaluan. Sebab-sebab
jangkitan dan cara rawatannya adalah sama seperti penyakit bertih.

Bab II: Penyakit kulit ( Dalaman)

1- Bisul
Biasanya penyakit ini menyerang antara bahagian pinggang ke bawah. Ianya
sejenis butiran berbonjol serta bernanah dan bercampur darah. Ia akan membesar serta
bermata sehingga sebesar ibu jari kaki berwarna merah kehitaman. Penyakit ini
diebabnya pengambilan makanan tidak seimbang, kekurang vitamin dalam badan dan
sebagainya.

Rawatan:
Bahan- bahan yang diperlukan:-
1- Pisau, gunting dan sarung tangan
2- Putik kapas dan pelekat luka
3- Sebiji botol dan sebotol air
4- Bawang putih dan bawang merah
5- Garam dan panadol
6- Bahan bakar

Caranya terbahagi kepada tiga:-

1 -Pastikan bisul itu sudah tua, pakai sarung tangan kemudian bedah bisul
tadi dengan pisau secara memanjang, keluarkan darah dan nanah serta cucikan
dengan menggunakan putik kapas sehingga benar- benar bersih. Guntingkan
tempat itu supaya menjadi luas untuk memudahkan panadol yang di tumbuk
lumat dimasukkan kedalam lubang yang dibedah tadi, selepas itu tampalkan
dengan kapas dan dilekatkan dengan pelekat luka.
2 -Nyalakan bahan bakar kemudian dimasukkan ke dalam botol dan
ditutupkan dilubang bisul( seperti berbekam)
3 -Bagi bisul yang belum tua, ambilkan sedikit garam lumurkan disekililing
bisul khususunya perbanyakan dibahagian mata bisul, kemudian lekatkan
dengab kapas serta dengan pelekat( jangan buka sebelum tiga hari). Selepas itu
ambilkan sebotol air lalu dibaca padanya:-
1- Al- Fatihah
2- Surah Al- Kauthar 3x
3- ( ‫)الاله اال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬
4- Surah Al- Fiil 3 x
5- Surah Al- Khafirun
Surah Al- Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An` Nass.
Kemudian diberi minum kepada pesakit 3x sehari.

2 -Kudis Buta
Penyakit ini biasanya menyerang pada bahagian tangan dan bahagian lutut
ke bawah ianya tidak bermata dan bernanah besarnya lebih kurang dengan bisul. Sebab-
sebabnya juga sepeti bisul.

Rawatan.

Antara bahan- bahan yang diperlukan:-


1- Beras semangkuk
2- Buah limau nipis( bilangan mengikut kudis)
3- Pisau dan sebotol air
4- Garam

Caranya, semangkuk beras tadi dibaca padanya:-


1- Surah Al- Mudatstsir ayat 1-5
2- Doa Haikal
3- Surah Al- Qadar
4- Surah Al- Asr
5- Surah Quraisy
6- Surah Al- Kauthar
7- Quul
Kemudian setelah dibaca ayat tadi hendaklah ditiup pada beras tadi serta ditumbuk
sehingga lumat untuk disapu pada kudis tersebut.
-Bacakan pada limau nipis dan dipotong untuk disapu atas kudis
-Masukkan garam dalam lubang kudis
-ditiup pada air untuk diberi minum pada pesakit.

3- Kudis Malam.
Penyakit ini tumbuh pada waktu malam dibahagian tertentu seperti dibawah
lengan, paha dan sisi betis. Ia berwarna kemerah- merahan disekeliling dan bernanah
ditengahnya tetapi tidak bertunas. Sebab- sebabnya sama seperti bisul dan rawatannya
adalah seperti rawatan untuk kudis buta.

4- Raja Satong.
Ialah sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaanya
kebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telingga. Ianya bernanah
bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawah
kulit, amat membahayakan pesakit. Sebabnya adalah sama seperti bisul.

Rawatannya:-
1- Pembedahan akan dilakukan seperti bisul tetapi memerlukan kepada
pemerhatian yang rapi kerana penyakit ini menguasai dibahagian dalaman.
2- Sekiranya ia berada dalam rongga telingga, ambil pokok Raja Satong
kemudian diasah dengan air dan dititikan kedalam rongga telingga itu.

Reumatism

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫ وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للؤمنين‬:‫قال تعالى‬


Maksudnya:-
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al- Qur`an ayat- ayat suci
yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang- orang yang beriman kepadanya.
(surah Al- Israa` 82)
Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari penyakit yang mana ianya adalah
dugaan daripada Allah untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesabaran seseorang
hambanya. Kita sebagai hambanya haruslah sedar bahawa setiap penyakit ada ubatnya
sepertimana yang dijelaskan dalam ayat diatas. Apa yang perlu bagi kita ialah berikhtiar
atau berusaha untuk mengubatinya atau menjauhi daripadanya dengan apa cara
sekalipun yang tidak melanggar syariat islam.

Pengenalan.
Apakah yang dimaksudkan dengan reaumatism?
Reaumatism ialah sejenis penyakit yang mana ianya menyeranng pada sendi-sendi
tulang dan mengakibatkan bengkak- bengkak pada bahagian tersebut.Kesannya akan
bertambah buruk apabila ia terdedah kepada udara.

Sebab-Sebabnya:-
Mengikut kajian, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Kita sebagai
seorang islam mempercayai bahawa ianya adalah dugaan daripada Allah. Walau
bagaimanapun air dan udara merupakan punca sampingan berlakunya penyakit ini.

Cara Mencengahnya:-
1- Bagi mereka yang telah diserang penyakit ini hendaklah memastikan
tubuh lebih-lebih lagi tempat yang terkena penyakit ini agar sentiasa kering
daripada terkena basahan air dan juga terdedah kepada udara.

2- Bagi mereka yang belum diserang penyakit ini hendaklah berwaspada


dengan penggunaan air di Mesir ini supaya tidak terlalu lama membasahi tubuh
dan tidak terdedah kepada udara seperti memakai pakaian yang terlalu nipis.

Cara Rawatan ( pembedahan)

1- Tradisional( yang telah dikaji)


Antara keperluannya ialah:-
1- Pisau dan Gunting 2- Sarung tangan
3- Kapas, putik kapas dan tisu 4- Limau nipis.
Bacaan sebelum melakukan pembedahan:-
1- Mengucap dua kalimah syahadah 2- Istighfar
3- Selawat keatas Nabi Muhammad SAW. 4- Membaca Al- Fatihah

Cara Membedah

Hendaklah memakai sarung tangan terlebih dahulu kemudian dibedah


secara memanjang dengan menggunakan pisau yang tajam untuk mengeluarkan air
didalamnya. Bersihkan tempat yang dibedah tadi dengan menggunakan putik kapas.
Guntingkan tempat pembedahan tadi agar menjadi luas kemudian masukkan ubat luka ke
dalamnya. Ambilkan kapas dan balut ditempat yang dibedah tadi dan lekatkan dengan
pelekat luka.

Cara Rawatan ( tidak melakukan pembedahan)

Bahan-Bahan keperluannya:-
1- Pisau dan batang mancis
2- Daun kayu yang baru dipetik( kecuali yang gatal)
3- Mancis
4- Buah limau nipis dan air sebotol

Cara- Caranya:-
Ambil pisau dan letakkan pada tempat yang sakit kemudian ambil sebiji
limau nipis yang dibelah terlebih dulu dan sapukan pada bahagian atas pisau yang
diletakan pada tempat yang sakit tadi terlebih dahulu. Kemudian sapukan pula pada
bahagian bawah pisau tersebut. Selepas itu angkat pisau dari tempat sakit tadi dan
dibakar. Kemudian ambil sebilah mancis dan dipotong dengan membaca ayat syifa` iaitu;-

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

14 ‫ التوبة‬- ‫ويشف صدور قوم مؤمنين‬

82 ‫االسراء‬- ‫وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين‬

Uluran ( Penyakit Angin)


Uluran boleh diertikan sebagai satu penyakit yang menimpa orang- orang
lelaki sahaja tanpa berkaitan dengan orang perempuan secara semulajadi. Umumnya
penyakit ini mula menyerang apabila seseorang lelaki itu diawal akil baligh dan berterusan
sehingga akhir hayat. Penyakit ini terbahagi kepada tiga bahagian:-
1- Uluran angin 2- Uluran batu ( batu karang) 3- Uluran lendir

Di antara ketiga-tiga jenis penyakit ini yang paling bahaya ialah uluran angin.
Penyakit angin ini tidak dapat disembuhkan ataupun tidak dapat dibuang samada dengan
cara moden atau pun tradisional kerana ianya bersangkut paut dengan nafsu syahwat.

Punca-Punca Penyakit Uluran.

Ianya berpunca daripada memakan makanan jenis sejuk seprti buah pisang,
timun, labu, terung dan sebagainya. Penyakit ini juga boleh merebak dengan meminum
minuman yang bergas, ais, teh dan sebagainya. Penyakit ini juga disebabkan penahanan
membuang air kecil yang mana boleh membawa kepada penyakit batu karang ( Uluran
Batu).

Cara-Cara Mencegah:

Penyakit ini dapat dicegah dengan menjauhi memakan makanan sejuk dan
benda- benda yang boleh mengaktifkan penyakit ini serta hendaklah menjauhi daripada
menahan pembuangan air kecil.

Rawatan.
Proses-Proses rawatan bagi penyakit ini terbahagi kepada:-
1- Tradisional 2- Moden

Cara Tradisional terbahagi pula kepada;-


1- Urutan 2- Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur`an

Langkah pertama( urutan)


Dimulai dengan meletakkan kedua-dua belah tangan diatas ulu hati
kemudian kedua-dua tangan tadi ditarik kesisi bawah mengikut bentuk tulang rusuk secara
serentak. Kemudian diambil dari sisi kiri atau kanan dan diurut sampai pertengahan perut
secara berasingan. Selepas itu dari sisi kanan ke kiri melalui pundi kecing dan
seterusnya dari sisi kiri ke kanan melalui tempat yang sama. Akhirnya diurut melalui ulu
hati dan turun ke pusat.

Langkah Kedua( Menggunakan Ayat-Ayat Suci Al-Qur`an).


Ayat- Ayat Al- Qur`an dugunakan untuk menghancurkan lendir dan batu.
Ayat- Ayat yang digunakan bagi merawat penyakit ini:-
1- Surah Al- Fatihah
2- Surah Al- Qadar
3- surah Al- Fiil
4- Surah Al- Masad
5- Surah Al- Khafirun
6- Surah Al- Ikhlas
7- Surah Al- Falaq
8- Surah An` Nass.

Cara- cara mengunakan ayat ini bagi menghancurkan lendir dan batu seperti
berikut:-

1- Tentukan dimana terdapatnya lendir dan batu kemudian letakkan ibu


jari kawasan itu dan seterusnya baca surah- surah diatas selepas itu hendaklah
ditekan serta memusingkan mengikut pusingan jam. Cara ini hendaklah diulang
beberapa kali sehingga hancur.

Rawatan Moden.
Mengikut perubatan moden, penyakit lendir dan batu akan dibuang dengan
cara pembedahan, Sekiranya pesakit diserang oleh uluran angin yang serius, biasanya
suntikan akan diberikan untuk menahan sakit.

Penyakit Lelah ( asma )


Penyakit lelah ( asma ) ialah penyakit yang disebabkan oleh kesukaran
untuk bernafas yang dialami oleh pesakit kerana ketidak seimbangan jantung untuk
mengawal penafasan Ia juga berlaku ekoran daripada gangguan kerongkong. Disamping
itu juga penyakit ini merupakan petanda seseorang itu hendak menghadapi demam.
Hasil dari kajian penyakit ini terlalu mudah menyerang ataupun pada
kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak yang berumur lingkungan 2 - 5 tahun. Bagi
pesakit yang menghidapi sehingga dewasa ianya disebabkan oleh keturunan. Penyakit
lelah berlaku terutamanya ketika sejuk.
Antara cara-cara bagi mengelak seorang itu diserang penyakit lelah ini ialah
jangan bermain hujan, elakan daripada kesejukan dan menjauhkan diri daripada debu-
debu.

Ubat-ubatan tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit ini seperti berikut:-
1- Hati Unta- hendaklah dibakar untuk dimakan
2- Burung ciak- hendaklah dibakar untuk dimakan
3- Hati Tupai- disembelih dahulu kemudian digoreng hatinya.
4- Burung Merpati- hendaklah dibuat sup.

Apabila penyakit menyerang hedaklah disapukan minyak angin pada dada


pesakit serta diurut dari atas ke bawah mengikut tulang-tulang rusuk. Jangan biarkan
orang ramai mengelilingi pesakit kerana memberi ruang kepada pesakit untuk bernafas.

Sekiranya cara diatas masih lagi tidak berjaya, bolehlah menggunakan cara
yang kedua iaitu dengan mengambil sebotol air dan dimasukkan tiga biji beras serta di
baca padanya ayat-ayat berikut:-

1- Al- Fatihah
2- Ayat 7 sebagaimana dalam bab Jin m/s15
3- Surah Yasin ayat 82

Setelah dibaca ayat diatas hedaklah ditiup dalam air kemudian diberi minum
kepada pesakit.

Serangan Cacing.
Sebenarnya dalam perut manusia telah wujud cacing-cacing secara
semulajadi lagi. Cacing ini akan membiak dan seterusnya membawa masalah pada
manusia di atas beberapa sebab. Disini saya akan mengenengahkan sebab yang
penting:-

1- Yang disebabkan oleh makanan.


Penyakit ini berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang
tidak seimbang menyebabkan keperluan tubuh badan tidak mencukupi kerana
zat-zat makanan itu telah diserap oleh cacing. Selalunya pesakit yang diserang
penyakit ini menunjukkan beberapa tanda:-
i -Deman keterlaluan bersama dengan muntah- muntah
ii -Kepala besar daripada tubuh
iii-Perut buncit dan keras.

Cara Rawatan.

Terdapat dua cara untuk mencegah penyakit ini:-


1- Moden
2- Tradisional.

Rawatan Tradisional

Cara untuk merawat pesakit ini dengan:-


1- Dua biji telur ayam kampung 2- Garam 7 sudu teh
3- Tujuh biji asam limau nipis 4- Benang mentah( sumbu pelita)

Selepas itu rapatkan kedua-dua kaki pesakit kemudian letakkan sebiji telur
dicelah hujung kaki dan sebiji lagi letakkan dipinggang pesakit kemudian dibaca Al-
Fatihah dan ( ‫ )الاله اال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬serta berdoa kepada Allah agar dikeluarkan
cacing dalam tubuh pesakit dan dimasukkan kedalam telur tadi. Setelah selesai rawatan
tadi hendaklah dipecahkan telur didalam bekas untuk melihat cacing. Sekiranya cacing itu
ada atau tiada diperahkan sebiji asam limau nipis dan 7 sudu garam selepas itu telur tadi
hendaklah dibuang. asam limau yang selebihnya lagi diperah airnya untuk diminum oleh
pesakit tanpa campuran air lain. Sebelum minum hendaklah dibaca:-
1- Selawat keatas Nabi Muhammad SAW.
2- membaca doa penawar penyakit sebanyak 3 kali
3- membaca Bismillah 4 seperti dalam bab badam
4- Ayat 7 seperti dalam bab jin m/s 15

WANITA

Wanita adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah Ta`ala untuk menjadi
pasangan kepada lelaki, bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia hidup berpasangan.

“ ‫“انا خلقناكم ازواجا‬

Jika tidak dijadikan Hawa masakan Adam mendapat Habil dan Qabil.
Wanita juga merupakan kaum yang lemah yang patut diberi pertolongan dan perlindungan
daripada kaum lelaki. Sebagaimana yang kita ketahui juga, wanita asalnya daripada
tulang rusuk lelaki. Didalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa kaum lelaki adalah
lebih tinggi martabatnya daripada wanita
‫الرجال قوامون علي النساء‬
.
Sifat - Sifat Wanita.

‫فقال رسول‬,‫ما روى عن النبى(ص) قال للمغيرة بن شعبة وقد خطب امراة ليتزوجها نظرت اليها قال ال‬
‫ان بؤد ما بينكم‬ ‫(ص) انظر اليها فانه اخرى‬

Hadis diatas menunjukkan bahawa harus kita melihat kepada wanita yang
ingin dijadikan isteri serta menyelami hati budinya terlebih dahulu. Walaupun begitu di
dalam mazhab Syafi`e menghadkan kepada kita tempat-tempat yang harus dilihat iaitu
dikawasan muka dan tangannya sahaja kerana yang lainnya adalah aurat. Dimana
wajahnya menunjukkan kejelitaan dan keayuan seseorang perempuan itu, manakala
tangannya pula menunjukkan kesuburan tubuh badannya. Disini saya akan menjelaskan
serba sedikit mengenai tanda-tanda untuk mengenal wanita.

Bahagian Muka.
Muka yang bulat tandanya mudah manakala yang bujur tandanya susah.
1) Telinga.
Bagi wanita yang telinganya tertutup biasanya mempunyai sifat degil dan
susah menerima nasihat suami, dan sebaliknya yang terbuka mudah untuk diberi tunjuk
ajar.

2) Mata.
Wanita yang mempunyai biji mata yang besar dan bulat biasanya tidak
pemalu dan panas baran. Wanita ini juga biasanya suka bercakap dengan lelaki tanpa
rasa malu. Juga lebih bersikap terbuka sebaliknya wanita yang menpunyai mata yang
kuyu( susah untuk didapati pada wanita melayu) adalah pemalu sedikit dan mempunyai
kasih sayang mempunyai kelentet kolopak mata yang membekak sedikit dan kelihatan
seakan lebam merupakan seorang pemalu juga boleh dikatakan manja.

3) Bulu Mata
Biasanya wanita yang mempunyai bulu mata yang lebat dan agak melentik
keatas kelihatan menarik dan menawan. Tetapi harus diingat wanita ini kebiasaan
memiliki kelakuan biasa, agak pemarah dan inginkan kebebasan, Ia juga agak memilih
dalam mencari pasangan. Bagi wanita yang mempunyai bulu mata yang mendata atau
menjunam sedikit adalah seorang yang peramah dan boleh dikatakan tidak terlalu
memilih pasangan.

4) Hidung
Kebanyakan lelaki menyukai hidung wanita yang mempunyai batang hidung
yang tirus dan bahagian sisinya seperti pelepah kelapa tetapi nampak timbul sedikit
dihujungnya.

5) Pipi
Megikut kajian yang dibuat rata-rata kaum lelaki menyukai wanita yang
berlesung pipit, berpipi gebu dan tembam sedikit.

6) Mulut
Mulut yang sempit dan tebal juga mulut yang luas sedikit tetapi bibir kedua-
duanya nipis amat disukai oleh lelaki kerana dapat mengeratkan lagi kasih sayang
antara keduanya.
Bahagian Tangan.

1) Jari
Jari jemari yang gembur dan membentuk tirus dihadapan boleh dikatan
mencermikan kesuburan wanita itu.

2-Kuku
Lelaki rata-ratanya tidak menyukai wanita yang berkuku panjang dan kalau
memotongnya tidak dipotong sepenuhnya.

** Diminta perhatian supaya tidak terlalu terikat dengan cara-cara ini kerana
ianya tidak akan didapati sepenuhnya pada seorang perempuan. Oleh yang demikian kita
hendaklah memilih citarasa masing- masing dan kenalah menerima ketentuan daripada
Allah.

Kehamilan Dan Langkah Menyambut Kelahiran Bayi


Di sini ingin saya bincangkan bagaimanakah langkah-langkah untuk
menyambut kelahiran bayi, didalam tubuh wanita terdapat satu rahim dimana merupakan
tempat pembesaran bayi sebelum dilahirkan. Apabila sperma lelaki dipacutkan kedalam
alat kelamin perempuan ia akan berenang menuju ke tiup fallopio untuk disenyawakan
dengan ovum dipanggil persenyawaan akan melalui proses kehamilan bayi sebagaimana
yang diterang oleh Allah tentang kejadian manusia yang bermula daripada setitik air mani
kemudian menjadi seketul darah dan seterusnya membentuk daging-daging dan tulang-
tulang sehingga membentuk anggota badan manusia yang sempurna.
Proses perkembangan janin dalam rahim ibu berlaku selama 9 bulan. Dalam
tempoh ini pengambilan makanan oleh si ibu hendaklah seimbang seperti protein,
vitamin, zat-zat dan sebagainya, kerana ianya penting bagi menjaga kesihatan ibu serta
bayi dalam kandungannya membesar. Tidak salah juga sekiranya ibu-ibu mengamalkan
pantang larang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam antaranya:-

1- Jangan mengambil makanan yang boleh menyebabkan berlakunya


keguguran seperti makanan yang memanaskan badan “ sejenis jatung pisang,
pucuk daun semeru dan sebagainya” terutamanya bagi janin yang berusia1- 4
bulan.
2- Jangan bersukan, berlari, melompat dan yang seumpama dengannya

Ibu-ibu dinasihatkan memperbanyakkan waktu rehat dan selalu


mendapatkan nasihat doktor serta bagi ibu-ibu yang beriman kepada Allah dinasihatkan
supaya memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran dan berzikir agar dimudahkan
ketika melahirkan anaknya nanti.
Kebiasaannya apabila cukup 9 bulan bayi akan dilahirkan dan persediaan
menyambutnya mestilah mempunyai beberapa langkah yang biasa dilakukan oleh
perubatan tradisional dan moden. Antara langkah-langkah perubatan tradisional:-

1- Memastikan keadaan bayi itu selamat untuk dilahirkan( tidak


songsang).
2- Menyuruh si ibu agar meneran bayi dalam kandungan itu.
2- Apabila munculnya kepala bayi dipintu faraj penyambut ( bidan)
hendaklah memegang kepala bayi itu dengan cermat dan menariknya
serentak dengan peneranan ibu secara perlahan sehinggalah
terkeluarnya seluruh tubuh bayi itu, kemudian penyambut hendaklah
memotong tali pusat yang menyambung antara anak dan ibunya.
Penyambut juga hendaklah membersihkan semua lendir yang berada
dibadan bayi samada diluar atau didalam. Cara membersihkan lendir
didalam badan bayi ialah dengan menunggingkan bayi kepala
kebawah serta merenjak-renjakkan secara perlahan-lahan sehingga
keluarnya lendir-lendir itu, selepas daripada itu hendaklah dimandikan
dengan air suam.

Antara langkah-langkah moden:-


Ianya adalah sama dengan perubatan tradisional tetapi yang berbezanya
apabila bayi itu berkedudukan songsang pihak hospital akan melakukan pembedahan ke
atas ibu bagi mengeluarkan bayi itu.

Rawatan
Selepas melahirkan anak si ibu memerlukan rawatan bagi memulihkan
kesan luka pada faraj seperti sediakala. Rawatan ini terbahagi kepada moden dan
tradisional. Bagi rawatan moden doktor akan menjahit bahagian faraj yang terkoyak
semasa melahirkan bayi dan memberi nasihat serta ubat -ubat yang sewajarnya. Dan
bagi rawatan tradisional kebanyakkannya menggunakan ubat-ubat daripada tumbuhan
semulajadi.

Penjagaan Faraj.
Faraj merupakan anugerah Allah kepada seseorang wanita. Ia merupakan
nikmat azali yang mana wanita perlu bersyukur kepada Allah dengan menjaganya sebaik
mungkin. Oleh itu saya akan menerangkan beberapa cara penjagaannya. Ianya terbahagi
kepada dua peringkat:-
1- Sebelum berkahwin.
2- Selepas berkahwin.

Penjagaan Faraj Sebelum Berkahwin


Tidak melakukan aktiviti sukan lasak seperti menunggang basikal, berlumba
lari, lompat jauh dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan rosaknya bahagian faraj
dan sekaligus kehilangan dara kewanitaanya. Selain daripada itu wanita juga hendaklah
menjaga bahagian punggungnya daripada terjatuh dan sebagainya kerana ini juga akan
menyebabkan kerosakkan pada bahagian dalam faraj wanita.

Penjagaan Faraj Selepas Berkahwin.

Penjagaan ini pula terbahagi kepada dua peringkat:-


1-Sebelum melahirkan anak
2-Selepas melahirkan anak.

Sebelum melahirkan anak boleh dijaga dengan cara membersih dengan


menggunakan wap air panas. Ia dapat memulihkan sel-sel yang musnah akibat
berlakunya hubungan kelamin. Cara menggunakan wap air panas ini, panaskan air
sehingga mendidih kemudian masukkan kedalam bekas besar, selepas itu duduk
mencangkung diatas bekas tadi serta megemukkan faraj seperti hendak membuang air
kecil bagi memberi wap air memasuki faraj itu.
Manakala selepas melahirkan anak wanita didalam pantang hendaklah
bertuku kerana dengan cara ini ia dapat mengecutkan faraj yang membengkak setelah
melahirkan anak serta dapat menyegarkan dalaman wanita itu, disamping itu juga
mandian dengan menggunakan air akar kayu juga dapat memulihkan sel-sel dalamannya,
air akar kayu itu campuran diantara daun sena, akar setunjang bumi, pohon raja wali dan
kayu tongkat ali perempuan. Cara sebelum melahirkan anak juga boleh dilakukan ketika
ini.

Mengandung Diluar Rahim( Ektopik).


Dalam keadaan normal kehamilan akan berlaku di dalam rahim. Dalam
keadaan tertentu terdapat juga bayi yang dikandung di luar rahim tetapi ini jarang berlaku.
Keadaan berlaku kerana telur biasanya di senyawakan oleh sperma didalam tiub fallopio.
jika tiub fallopio itu ada terkoyak sedikit atau terdapat kelainan dari keadaan biasanya
mungkin disebabkan oleh pengguna pil perancang, maka ini akan menyebabkan telur itu
tersekat perjalannannya hingga menjadi subur dan terus melekat disitu
Kehamilam di luar rahim ini adalah serius dan jangan dipandang ringan oleh
bakal ibu, doktor atau bidan. Ini adalah kerana bayi itu akan membesar hingga
memecahkan tempat kandungan
( di luar rahim) misalnya, terkeluar dari tiub fallopio yang mana ini akan
menyebabkan pendarahan, jangkitan kuman, jatuh dan mungkin membawa maut kepada
ibu.

Sebab-sebab terjadinya hal demikian:-


a) Wanita lambat berkhawin hingga usia masuk 40 an
b) Takut tidak cukup rezeki jika anak ramai
c) Terpengaruh dengan cara hidup orang barat yang sudah hilang pedoman
hidup beragama.

*** Jalan yang sebaiknya ialah kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya
seperti yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul.

Rawatan
Setelah kehamilan itu dikesan, si pesakit akan dibedah, dalam pembedahan,
janin, urinya serta bahagian tisu yang rosak akan dibuang dan jika kehamilan itu telah
sampai ke peringkat yang serius tiub fallopio itu akan dibuang untuk memberhentikan
pendarahan serta mengawal jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain. Adakalanya ovari
atau indung telur akan dibuang.
Walaupu pakar bedah berjaya menyelamatkan tiub fallopio dari dibedah
buang dan bahagian luka ditampal dengan tisu namun ianya menjadi kurang elok atau
tersumbat, ini menyebabkan kehamilan yang seterusnya menjadi sukar atau langsung
tidak boleh hamil lagi. Bagi wanita terdapat dua tiub fallopio, jika hanya satu yang tidak
boleh digunakan dia masih boleh hamil dengan sebelah lagi.

Senggugut
Penyakit yang dihidapi oleh golongan wanita sahaja, ia adalah merupakan
ketulan-ketulan lendir yang sedia ada didalam perut wanita yang mana ia akan merasa
sakit apabila ketulan tadi bergerak ke segenap bahagian perut, ianya seolah-olah
memulas urat perut dan akan merasa kesakitan yang keterlaluan ketika kedatangan haid.
Kebiasan penyakit ini akan meyerang wanita-wanita bermula akil baligh hingga
berkahwin dan ada kalanya penyakit ini akan berlarutan walaupun sudah berumah
tangga.Tetapi penyakit seggugut ini berbeza sebelum berkahwin dan selepas berkahwin,
ketika belum kahwin ianya akan menyerang wanita itu saja, berlainan pula selepas
berkahwin penyakit ini akan menyerang kehamilan yang berlaku dalam rahim
menyebabkan berlakunya keguguran. Kebanyakannya penyakit ini berlaku disebabkan
pengambilan makanan dari jenis sejuk dan makanan yang boleh menggalakkan lagi
penyakit ini.

Rawatan ( Tradisional )
Bahan yang diperlukan:-
1-Buah timun batang mengikut bulan kalau gugur bulan pertama satu biji,
kalau dua, dua biji begitulah seterusnya
2-Sekotak mancis dan air sebotol
3-Minyak sejuk, lada hitam dan asam limau

Cara-caranya:-
Buah timun dicucuk dengan bilah mancis pada kedua-dua hujung dan
ditengahnya kamudian dimakan pada tempat yang tidak terkena cucuk, selepas itu ambil
asam limau nipis diperah dan dicampur dengan air untuk diminum dan masukkan lada
hitam kedalam minyak sejuk untuk diurut bahagian perut.
Cara urutan pula pengurut hendaklah merapatkan kedua-dua belah tangan
dan melakukan urutan bermula dari atas ke bawah dengan perlahan- lahan sebagaimana
urutan bagi orang mengandung. Apa yang penting disini pengurut hendaklah
menggunakan tapak tangan dalam urutannya jikalau sebaliknya ia akan menambahkan
kesakit kepada pesakit tersebut
Rawatan Moden.
Selalunya pihak doktor akan memastikan punca sebenarnya penyakit itu,
sekiranya ia merupakan senggugut pihak doktor akan memberi ubat penahanan sakit
seperti panadol, pil perancang dan sebagainya.

Ciri-ciri Suami Yang Soleh Dan Isteri Yang Solehah

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


21 ‫ الروم‬- ‫ ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة‬:‫قوله تعالى‬

Allah Taala telah menciptakan manusia dan meletakkan mereka pada


tempat yang mulia dan tinggi melebihi makhluk-makhluk lain yang diciptanya
sebagaimana firmanNya:

‫ولقد كرمنا بنى آدم وحملناهم فى البر والبحر ورزقناهم من الطيبات وفضلناهم على كثير ممن خلقنا‬
70 ‫ النساء‬- ‫تفصيال‬

Dan setiap makhluk dicipta oleh Allah Taala berpasangan. Lebih-lebih lagi
manusia yang mana mereka mempunyai akal dan boleh memilih yang antara yang baik
dan buruk. Maka sudah tentulah setiap manusia lelaki dan perempuan mahukan
pasangan yang baik dan mampu untuk bekerjasama dalam menghadapi setiap masalah
dan dalam mendidik anak.
Rasulullah SAW sendiri menggesa kita untuk berkahwin dan memilih
pasanganyang terbaik kerana inilah satu-satunya jalan untuk memperbesarkan lagi
bilangan umat manusia dan sekaligus menambah bilangan umat Islam. Sebagaimana
sabda Rasulullah:
Setiap isteri inginkan suami yang soleh yang dapat mendidik dan
membimbing mereka ke arah kebaikan. Dan bukan menjadikan diri isteri mereka sebagai
tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata.

Di antara ciri-ciri suami yang soleh adalah seperti berikut:


1 . Mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah Taala.
2 Berpendidikan agama dan terus-menerus mendalami ilmu agama serta
berilmu.
1. Datang dari keluarga yang baik, dalam erti kata lain lelaki tersebut
berasal dari keturunan yang baik.
2. Mempunyai sifat penyabar dan bertanggungjawab dalam
menghdapi setiap karenah dan pemasalahan yang dihadapi dalam keluarga
dan seterusnya dalam masyarakat sekeliling.
3. Mempunyai sifat penyayang dan bertimbang rasa terhadap isteri,
anak-anak dan keluarga.
4. Mestilah lelaki itu mempunyai akhlak yang baik sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

‫اذا جأكم من ترخون دينه وخلقه فزوجوح اال تفعلوا تكن فتنة فى االرض وفساد كبير‬

Begitu juga dengan suami, mereka juga inginkan isteri yang solehah dalam
meneruskan kehidupannya, serta dapat mendidik anak-anak dan membantu mereka
dalam menghadapi masalah.

Di antara ciri-ciri isteri solehah ialah:


1. Bertaqwa serta berpendidikan agama dan berilmu.
2. Mempunyai akhlak yang mulia dan terjaga dari melakukan perkara
yang tidak baik.
3. Datang daripada keturunan yang baik. Rasulullah saw telah
menggesa
kaum lelaki
4. dalam hadisnya agar memilih calon isteri daripada perempuan-
perempuan yang mempunyai rupa paras yang baik, berharta,
berketurunan baik dan beragama. Di akhir hadisnya Rasulullah saw
menyebut ......
‫فاظفر بذات الدين تربت يداك‬
5. Mempunyai sifat penyabar dan betanggung jawab.
6. Mempunyai sifat penyayang dan bertimbang rasa.
7. Menjaga kehormatan diri dan suami agar tidak berlaku fitnah terhadap
diri, suami dan keluarganya.
8. Tidak menzahirkan kecantikan dirinya kepada masyarakat sekeliling.

Tanggungjawab Suami Isteri.


Apabila seseorang itu berumah tanggga mereka tidak dapat tidak mesti
memikul tanggungjawab masing-masing. Si suami mempunyai tanggungjawab yang
tersendiri begitu juga dengan isteri.
AntaraTanggungjawab Suami
1 -Memberi nafkah kepada isteri zahir dan batin
2 -Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak
3-Menjaga kehormatan isteri dan anak-anak serta keharmonian
rumahtangga
Antara Tanggungjawab Isteri:-
1 -Taat serta patuh kepada suruhan suami selagi tidak bercanggah dengan
islam
2 -Melayang kehendak suami mengikut suruhan agama
3 -Sentiasa menjaga kehormatan suami
4 -Menutup aurat ketika ketiadaan suami dirumah atau ketika melayan
tetamu.
Antara Tanggungjawab Suami dan Isteri:
1 -Saling bantu-membantu dalam menangani masalah yang timbul
2 -Mendidik dan melatih anak-anak dari segi jasmani dan rohani
3 -Saling bertolak ansur dan tegur-menegur kearah kebaikan

Mendidik Anak-Anak.
Pembinaan istittusi keluarga bahagia adalah satu-satunya perkara yang
diimpikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Selepas mendirikan
rumah tangga Insya-Allah mereka akan dikurniakan dengan cahaya mata yang menjadi
penghias dan penhibur bagi pasangan itu. Disinilah ibu-bapa mesti menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan ibu, tugas ini telah diamanahkan oleh Allah
untuk mereka supaya mendidik anak-anak dengan sempurna. Oleh itu Peranan ibu bapa
untuk mendidik anak-anak amat penting supaya anak-anaknya mendapat sepenuhnya
pendidikan agama, ilmu-ilmu yang berfaedah dan sebagainya.

Gangguan Perasaan( Emosi).


‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬
‫اللهم انا نعوذ بك من الهم والحزن ونعوذ بك من العجز والكسل ونعوذ بك من الجبن والبخل ونعوذ بك من‬
‫غلبة الدين وقهر الرجال‬
Maksudnya:-
Ya Allah!Aku berlindung denganmu dari perasaan keluh kesah dan
dukacita, dan aku berlindung denganmu dari sikap kelemahan dan kemalasaan, dan aku
berlindung denganmu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung denganmu
dari tekanan hutang dan kekerasan lelaki.

Apabila dinamakan manusia tidak dapat tidak kita akan diduga oleh Allah dengan
berbagai masalah dalam kehidupan dan kita sebagai hambanya hendaklah menerima
dugaan itu, dengan sikap tersebut akan menjadikan kita sebagai insan yang bertaqwa
kepadanya. Oleh itu sama-samalah kita memohon perlindungan dari Allah supaya
dipermudahkan urusan kehidupan didunia yang fana ini.
Antara dugaan Allah ialah dalam bentuk gangguan emosi yang
menyebabkan seseorang itu hilangnya pertimbangan untuk berfikir secara waras yang
mana ianya disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa samada masalah diri
sendiri atau masalah anasir-anasir luar dan masalah-masalah lain.
Ianya berlaku disebabkan terlalu banyak menanggung masalah umpamanya
masalah peperiksaan. Dimana individu yang akan menduduki exam tetapi individu itu
tidak dapat membuat persiapan yang baik. Oleh yang demikian individu itu akan
memikirkan keputusan peperiksaannya nanti samada lulus ataupun gagal. Dengan terlalu
memikirkan masalah itu, berbagai tekanan yang akan menimpanya. Selain daripada itu
masalah keluarga seperti ayah dan ibu bercerai, tidak mendapat perhatian dari kedua ibu-
bapa, beselisih faham antara ahli keluarga dan sebagainya. Dengan keadaan sedemikian
mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencari keputusan atau jalan penyelesaian yang
baik.
Di samping itu juga individu itu terlalu mengikut emosi tanpa berfikir dengan
panjang lebar. Ini akan menyebabkan kekusutan fikiran contohnya ditinggal kekasih( putus
cinta). Dimana individu ini akan dibayangi oleh kenangan ketika dilamun cinta dan akan
memikirkan masalah-masalah ketika terjadinya putus cinta. Selain daripada yang diatas
gangguan perasaan juga boleh disebabkan oleh gangguan syaitan, syaitan ini yang
dinamakan Al-Thabar. Ia akan memasuki tubuh manusia dan menjadi tabiatnya
menguasai fikiran seseorang itu ketika ditimpa masalah dan secara tidak langsung ia
menolak qada` dan qadar Allah Taa`la.

Penyakit ini boleh dicegah dan dirawat dengan dua cara:-


1- Rawatan biasa:-
Seseorang yang menghadapi gangguan perasaan ini sepatutnya
mengadu atau memberitahu kepada orang lain seperti sahabat yang akrab
dengannya ataupun individu yang lebih tua daripadanya dan boleh dipercayai
serta berpengalaman. Disamping itu juga seseorang yang menghadapi
masalah ini hendaklah berfikir secara rasional agar tidak tergopoh-gapah dalam
membuat sesuatu keputusan serta hendaklah tenang dalam menghadapi
keadaan tersebut.

Selain daripada itu individu yang mengalami masalah ini hendaklah


menerima qada` dan qadar Allah Taa`la yang ditentukan kepada kita walaupun ianya amat
pahit untuk diterima kerana qada` dan qadar merupakan salah satu daripada rukun
iman.Oleh itu setiap muslimin dan muslimat hendaklah menerima ketetapan tersebut
kerana Allah Ta`ala amat mengetahui segala urusan seseorang individu itu samada dari
rezeki, ajal maut dan sebagainya.
Oleh itu wajib keatas setiap muslim mempercayai dan meyakini akan
ketentuan yang ditetapkan oleh Allah kepada kita semua mempunyai hikmah disebalik
ketentuan itu. Dengan demikian itu akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita
semua kepada Allah Ta`ala yang mencipta kita semua sebagaihambanya.

2- Rawatan dalaman.
Sekiranya rawatan yang pertama masih lagi menemui jalan kebuntuan
perlulah bagi kita mencuba rawatan dalaman yang mana menggunakan ayat-ayat Al-
Quran yang lebih mujarab:-
1- Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
2- Salam kepada para anbia`.
3- Salam kepada para malaikat.
4- Al-Fatihah.
5- Surah Al-Qadar.
6- Surah Al-fiil.
7- Membaca doa sebagaimana diawal perbincangan masalah ini tadi.
Seandainya kedua-dua diatas masih lagi tidak berkesan bolehlah selalu
mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ianya merupakan petunjuk,
penyembuh dan sebagainya kepada semua yang beriman dengannya. Di dalamnya juga
mempunyai ayat-ayat syifa` yang mana boleh kita jadikan amalan harian. Antara ayat-ayat
yang dikhususkan untuk amalan:-
1- Al-fatihah.
2- Ayat kursi.
3- Doa Haikal dan selebihnya lagi.

SENAMAN UNTUK KESIHATAN BADAN

Senaman untuk lelaki

1) Setempat beberapa minit sehingga keluar peluh ( 10 - 15 minit )

2) Gerakkan( palingkan) muka kekanan, kiri, bawah dan atas

3) Pusing bahu mengikut arah pusingan jam kemudian bertentangan,


buat kiri dan kanan.

4) Tangan kanan diletakkan diatas bahu kemudian tangan kiri menolak


siku kanan ke tengkak begitu juga tangan kiri

5) Bawa tangan kanan keatas dan letakkan siku dibelakang kepala.


Kemudian turunkan (lipatkan ) tangan kebelakang selepas itu tangan
kiri menekan siku kanan yang berada dibelakang tadi kebawah. begitu
juga kiri

6) Letakkan tangan kanan dipunggung kemudian tangan kiri menarik


kesebelahnya dan begitu juga dengan kiri

7) Ramaskan tangan dengan membuka dan tutup( kepal) kedua-dua kiri


dan kanan

8) Pusingkan pergelangan tangan kemudian tukar arah kiri dan kanan

8) Tangan di cekakkan kepinggang kemudian pusing dan tukar arah


pusingan

9) Rapatkan kedu-dua belah kaki kemudian pusingkan lutut dan tukar


arah pusingan

10) Hulurkan kaki kanan kedepan sedikit kemudian pusingkan. Selepas


itu tukar arah pusingan. Buat kiri dan kanan

12) Tekan tubi ( Pumping)


i -Dua belah tangan dibuka
ii -Kepal tangan
iii-Dengan jari tangan
iv-Dengan sebelah tangan, tukar kiri dan kanan.

13) Tunduk kedepan tangan dipegan pada lipatan ( belakang lutut) tunduk
rapat kepala kelutut

14) Melentikkan badan kebelakang, kalau boleh sehingga dapat


bertongkat dengan tangan kelantai lebih baik

15) Melentik ( membengkukkan) badan kesisi tepi kanan dan kiri

15) Angkat sebelah kaki, kemudian pegan pada pengelangan kaki ( atas
buku lali) dan rapatkan kedada, buat kiri dan kanan.

16) Lipat kaki kebelakang. tangan pegan pada hujung jari kaki kemudian
tarik dan rapatkan kepunggung, buat kiri dan kanan

17) Letakkan sebelah kaki atas suatu benda paras pinggang kemudian
tunduk kepala sampai kelutut,buat kiri dan kanan beberapa kali

18) Letakkan kaki sebelah atas suatu benda paras pinggang kemudian
turunkan badan dengan memegan kaki yang sebelah bawah, buat kiri
dan kanan beberapa kali

20) Tangan berpegan pada suatu benda( dinding ), condongkan kepala


kedepan, kemudian tangan dibengkukkan agar badan kita dapat rapat
pada benda tersebut. kemudian betulkan balik supaya badan tegak
semula, buat beberapa minit.

21) Tidur melentang, letakkan tangan dibawah kepala dan angkat kedua-
dua kaki paras 90 darjah turunkan keparas 45 darjah tahan sekejap.
kemudian turunkan keparas 30 darjah tahan sekejap dan turun pula
paras

22) Tahan sekejap, seterusnya turun keparas 5 darjah tahan sekejap


kemudian angkatkan semula keparas 90 darjah dan ulangi beberapa
kali

23) Kedudukan yang sama cuma bangunkan kepala tapi jangan bagi kaki
terangkat, buat beberapa kali dengan cepat.

24) Kedudukan yang sama cuma angkat kedua-duanya( kaki dan kepala)
kemudian turunkan balik kedua-duanya, lakukan beberapa kali

25)Kedudukan yang sama lagi cuma depakan kedua-dua


tangan, angkat
( bangunkan ) kedua-dua ( kaki dan kepala)
kemudian bengkukkan kaki dan betulkan balik,
lakukan beberapa kali

26) Tidur secara meniarap, letakkan tangan dikepala kemudian


bangunkan kepala jangan biarkan kaki terangkat, lakukan beberapa
kali

27) Tidur meniarap dan buka kankang seluas yang boleh

27) Tidur pada sebelah sisi ( lambung) kanan, kemudian angkat


punggung sedikit dan hayungkan kedepan dan kebelakang,beberapa kali,
begitu juga pada kiri

28) Duduk seperti hendak pamping tapi kaki diangkat sebelah kemudian
pamping, tukar kiri dan kanan

29) Duduk mencangkung, hulurkan sebelah kaki kedepan kemudian


bangun dan duduk, ulang beberapa kali kemudian tukar
kaki

30) Duduk seperti hendak merangkak, tangan dan lutut dibuka, kemudian
bengkukkan tangan sambil menolak kepalakedepan dan
undur semula pada kedudukan asal( seperti harimau
mengeliat) ulang beberapa kali

31) Rapatkan tapak kaki kiri dengan tapak kaki kanan kemudian tarik
serta rapatkan kekangkang seterusnya tangan menekan
lutut biar rapat kelantai kemudian tunduk kepala kelantai
sehingga rapat.

32) Silangkan kaki kiri dari kanan macam bersila biar kemas kemudian tidur
dengan meletakkan tangan dibawah kepala. Angkat kaki
tadi jangan bagi
terbuka,ulang beberapa kali

33) Kedudukkan yangsama cuma bangun seperti duduk bersila, kemudian


angkat kaki tadi jangan bagi te, ulang beberapa kali

34) Rapatkan punggung pada lantai kemudian luruskan kedua kaki kedepan.
Selepas itu tunduk sambil membuka tangan rapatkan
kepala kelutut
setakat yang boleh

35) Rapatkan sebelah lutut ke lantai dan sebelah lagi dibuka seluas-luasnya
dan tangan diletakkan ke lantai rapatkan kedua-dua tangan
tadi
kemudian pamping sambil lutut yang dibuka tadi sama-
sama rapat ke
lantai
36) Duduk mencangkung hanya dengan jari kaki. kemudian bangun dan
duduk beberapa kali

37) Duduk antara dua sujud kemudian letakkan tangan dilantai kedepan
sedikit serta rapatkan kedua-duanya. tunduk kepala sambil
menolak
kedepan dan undur semula kepada asal (tegak) pastikan
kedua-dua
lutut rapat, ulang beberapa kali

38) Buka kangkang dan pastikan tumit dalam keadaan setentang antara kiri
dan kanan. Bengkukkan sedikit kaki kemudian duduk
kebawah dan
bangun, ulang beberapa kali

39) Bukakan kangkang seluas yang boleh kemudian turunkan tangan


kedepan dan pamping.

Senaman Untuk Wanita

** Melentikkan badan adalah penting.

1 -Melembutkan urat
i -Lipat setiap sendi berulang kali.
ii -Meliupkan badan kedepan dan kebelakang setiap hari
iii -Sebelum kahwin :-
Duduk dengan merapatkan punggung ke lantai dan meluruskan
kedua kaki kedepan serta rapatkan kedua belah kaki kemudian tunduk kepala rapat

Selepas kahwin:-
Duduk, rapatkan punggung ke lantai kemudian rapatkan kedua kaki
kedalam selepas itu tunduk biar mencecah lantai
Tips Semasa Melakukan Persetubuhan.

Tips Pertama :- Secara umum.

1- Bercakap-cakap dengannya seperti hendak menggunakannya.


2- Gunakan bahagian mukanya sahaja untuk beberapa ketika (30 minit).
3- Gunakan tengkuknya sahaja beberapa ketika (10 minit).
4- Gunakan bahagian tangan sahaja beberapa ketika (15 minit).
5- Gunakan buah dadanya sahaja beberapa ketika (30 minit).
6- Gunakan pusatnya sahaja (15 minit).
7- Gunakan punggungnya sahaja (10 minit).
8- Gunakan pahanya sahaja (15 minit).
9- Gunakan betisnya sahaja (10 minit).
10- Gunakan kakinya sahaja (5 minit).

Tips Kedua:- 1) Bahagian Muka.

1- Pertemukan mulut kita dengan mulutnya sambil tangan memegang sisi


kepala dengan lembut.
i- Menggunakan bibir bawah sahaja(5 minit).
ii- Menggunakan bibir atas sahaja(5 minit).
iii- Menggunakan lidah(20 minit).

1- Hisap lidahnya dengan lembut.


2- Hisap lidahnya dengan keras sedikit.
3- Hisap lidahnya lama sedikit, sampai tak boleh bernafas.

2) Bahagian Tengkok.
1- Hisap tengkoknya dengan gigitan kecil (10 minit), kedua-dua belah kiri
dan kanan.

3) Bahagian Tangan.
1- Jilat atau kucup tangannya sambil mengusap tangannya dengan lembut
( 15 minit).
2- Lakukan pada kiri dan kanan.
4) Bahagian Buah Dada.
1- Gunakan dengan mulut sahaja (10 minit).
2- Gunakan dengan tangan sambil mulut bertemu dengan mulut (20 minit).

5) Bahagian Pusatnya.
1- Gunakan dengan lidah dibahagian atas pusat (5 minit).
2- Gunakan dengan tangan atau tapak tangan (10 minit).

6) Bahagian Punggung.
1-Ramas punggungnya dengan kedua belah tangan (10 minit).

7) Bahagian Paha.
1- Hisap paha dengan mulut kiri dan kanan selama (10 minit).
2- Ramas dengan lembut (5 minit).

8) Bahagian Betis.
1- Digosok dengan betis kita(10 minit).

9) Bahagian Kaki.
1- Lipatkan kakinya kemudian ramaskan jari-jari kakinya dengan lembut.

Tips Ketiga:-

1- Hisap mulutnya sambil tangan menggosok dengan lembut dibelakangnya.


2- Hisap tengkoknya sambil tangan meraba dibelakangnya.
3- Hisap mulutnya sambil meramas buah dadanya.
4- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas punggungnya.
5- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas pusatnya.
6- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas pahanya
7- Hisap betisnya sambil meramas-ramas tangannya.
8- Hisap pahanya sambil meramas-ramas buah dadanya.
9- Hisap buah dadanya sambil menggosokkan kaki kita dengan kaki dia.
10- Hisap mulutnya sambil meramas-ramas farajnya.
Tips Keempat:-

1- Hisap mulut sambil meramas-ramas buah dadanya dan farajnya.


2- Hisap buah dadanya sambil meramas-ramas faraj dan punggungnya.
3- Gontel farajnya sambil meramas-ramas buah dadanya.
4- Gontel farajnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sambil
duduk di celah kangkangnya serta mulut mengusap pusatnya
5- Sentuh seluruh tubuhnya dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan dan kaki serta mulut sekali..

Tips Kelima:-

1- Bersetubuh dengannya sambil tidur.


2- Bersetubuh sambil tidur dengan sebelah kakinya diangkat keatas bahu
kita.
3- Bersetubuh dengannya disisi.
4- Lipat kedua kakinya kepunggung kemudian bersetubuh.
5- Angkat kedua belah kakinya keatas bahu kita saeterusnya bersetubuh.
6- Hulurkan kedua kaki kita kedepan kemudian letakkan dia diatas paha
kita dan bersetubuh.

** Dan sebagainya lagi.

Tips Keenam:-

1- Selepas bersetubuh tidur diatasnya seketika.


2- Selepas bersetubuh peluk dan cumbuilah dia dengan lembut
seterusnya peluklah ia buat selama-lamanya.

RUJUKAN

1 AL- QURAN

2 AL- HADIS
3 DR MIRIAM STOPPARD

4 DR E. H. RUDDOCK

5 DR ASHAR ABDULLAH

6 ISMAIL JUSOH ( PERUBATAN TRADISIONAL)

7 ZAIDI ZAWAWI

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

Anda mungkin juga menyukai