SEKALUNG BUDI I
KATA-KATA ALUAN II
SEKAPUR SIREH III
BAB I:
MENEROKAI ALAM JIN V
BAB II
MASALAH STRUKTUR ANGGOTA DAN RAWATANNYA 20
BAB III
PENYAKIT KULIT DAN RAWATANNYA 29
BAB IV
JENIS- JENIS PENYAKIT DAN RAWATANNYA 37
BAB V
WANITA 44
BAB VI
KELUARGA BAHAGIA 52
BAB VII
SENAMAN UNTUK KESIHATAN BADAN 57
SEKAPUR SIREH
DARI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL
A) Bilakah ia dicipta?
Golongan Jin dan Syaitan dicipta sebelum Allah menciptakan Nabi Adam
lagi. Walau bagaimanapun Ulama` berselisih pendapat tentang lama manakah jaraknya
diantara penciptaan Nabi Adam itu. Dalam masalah ini ada pendapat yang mengatakan
ianya dicipta dua ribu tahun sebelum penciptaan Nabi Adam. Ini berdasarkan kepada
hadis yang berbunyi:-
عن عبداهلل ابن عمرو بن العاص رضى اهلل عنه قال خلق اهلل تعالى بنى الجان قبل آدم بألفى سنة
Ini disokong pula oleh hadis yang menunjukan bumi ini adalah dimakmurkan
oleh golongan Jin terlebih dahulu yang berbunyi:-
لكل سماء. كان الجن سكان االرض والمالئكة سكان السماء وهم عمارها:عن ابن عباس رضى اهلل عنهما
فكل السماء فوق سمائهم اشد عبادة واكثر دعاء وصالة وتسبيحا,مالئكة ولكل اهل سماء صالة وتسبيح ودعاء
فكانت المالئكة عمار السماء والجن عمار االرض,من الذين تحتهم
صنف, خلق اهلل تعالى جن ثالثة اصناف: قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم:عن ابى الدرداء قال
وخلق اهلل تعالى.حيات وعقارب وخشاش االرض وصنف كالريح فى الهوى وصنف عليهم الحساب والعقاب
صنف كالبهائم وصنف اجسادهم اجساد بنى آدم وارواحهم ارواح الشيطان وصنف فى,االنس ثالثة اصناف
ظل اهلل تعالى يوم ال ظل اال ظلة
Warna.
Jin juga merupakan satu makhluk yang mempunyai warna tertentu.
Mengikut penjelasan yang dibuat oleh Jin yang telah memeluk Islam ()مصطفى كنجور: “
Golongan kami ada yang berwarna merah, putih, hitam, kuning dan sebagainya.
Nama /Gelaran
Mengikut sebutan biasa - dinamakan Jin.
Yang melakukan kejahatan - dinamakan Syaitan.
Yang lebih jahat lagi - dinamakan Marid.
Yang lebih jahat juga - dinamakan Ifrit.
Yang suka tinggal dikediaman manusia - dinamakan A`mmar.
Yang suka mengusik kanak-kanak - dinamakan Arwah.
Tempat Tinggal:
Sebagaimana manusia,Jin dan Syaitan juga mempunyai tempat tinggal dan
kampung halaman. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan ini ialah:
a) Tempat usang atau binaan-binaan yang tidak didiami.
b) Tempat-tempat najis seperti tandas,tempat pembuangan
sampah sarap dan kubur.
c) Kubur yang dipuja.
d) Pasar-pasar.
e) Sahara /padang pasir.
f) Rekahan-rekahan dan lubang-lubang ditanah.
g) Kandang-kandang unta dan lembu.
h) Tempat-tempat gelap.
i) Bukit-bukit - Jin Bunian.
j) Diatas air - terdapat istana Jin.
k) Dirumah-rumah manusia.
Secara ringkasnya, makhluk ini tinggal disemua tempat yang ada dibumi ini
malah lebih ramai lagi daripada manusia, ini jelas diketahui jika kita melihat bahawa
manusia hanya tinggal didaratan yang hanya 28% berbanding keluasan lautan seluas
72% bumi.
Perlu diketahui juga, bukan semua golongan jin itu tinggal ditempat kotor
tetapi yang kafir sahaja sementara yang islam dan baik tinggal ditempat yang cuci dan
wangi-wangian.
Makanan.
Diantara makanan yang dimakan oleh golongan jin ialah najis binatang dan
tulang. Ini jelas kita ketahui berdasarkan daripada hadis-hadis Rasullah SAW. yang mana
diantaranya ketika apabila sekumpulan jin datang bertemu baginda mananyakan tentang
barang yang menjadi makanan mereka:-
انه كان يحمل مع النبى(ص) اداوة لوضوئه وحاجته فقلت ما بال:عن ابى هريرة رضى اهلل عنه
وانه اثآنى وفد جن نصينين ونعم الجن فسالونى الزاد فدعوت اهلل. هما من طعام الجن:العظم والروثة؟ قال
صحيح البخارى- . عليها طعاما8
لهم ان ال يمروا بعظم وال روثة اال واجدوا
Takhta Iblis.
Takhta atau arasy yang dimiliki oleh iblis ialah dilautan sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Iman Ahmad Bin Jabir, Rasulullah bersabda:-
الخ...ان ابليس يضع عرشه على المأ ثم يبعث سراياه فادناهم عن منزل اعظمهم فتنة
Waktu Beroperasi:
Waktu yang paling banyak digemari yang menjadi kebiasaan bagi syaitan itu
beroperasi serta berkeliaran ialah diwaktu senja dan malam, ini disebut oleh Rasulullah
didalam hadis yang berbunyi:-
, فان الشيطان تنتشر حينئذ, اذا كان جنح اليل أو امسيتم فكفوا صبيانكم:ان رسول اهلل (ص) قال
رواه- .فاذا ذهب ساعة من اليل فحلوهم واغلقوا االبواب واذكروا اسم اهلل فان الشيطان ال يفتح بابا مغلقا
البخارى
Tujuan Besar Syaitan.
Matlamat utama syaitan memerangi manusia ialah untuk:-
1- Membawa manusia kepada kufur, syirik dan memerangi Allah Ta`ala.
2- Membawa manusia kepada perkara bida`ah, fasik dan maksiat.
3- Membawa manusia kepada melakukan dosa samada kecil atau besar.
4- Menyekat manusia melakukan ketaatan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah
tugas yang paling rendah.
Perkahwinan.
Golongan jin dan makhluk halus ini juga hidup dalam keadaan berkeluarga
iaitu mereka turut berkahwin dan beranak pinak. Ini berdalilkan kepada ayat yang
menunjukan mereka juga mengetahui proses yang melibatkan perkahwinan:-
Tegahan yang dibuat itu juga menunjukan bahawa perkara itu boleh berlaku,
kalau tidak mengapakah ianya dikatakan makruh. Sebenarnya itu adalah untuk
menyekatnya daripada terus berlaku dikalangan manusia sehingga akhirnya dapat
memecah belahkan keharmonian dan keadaan. Lantaran itu, tidak hairanlah jika di sana
ada sesetengah Ulama` yang mengatakan haram kerana menyalahi perintah Allah
dengan berdalilkan kepada ayat yang berbunyi:-
21 الروم- ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة:قال تعالى
Ayat ini menunjukan bahawa Allah menjadikan manusia ini adalah untuk
berpasangan sesama mereka bukan dengan golongan lain untuk mengecapi nikmat kasih
sayang.
Bagi pendapat Syafie makruh berkahwin dengan jin bagi lelaki tetapi bagi
perempuan ia adalah haram.
Kematian.
Menyentuh soal kematian maka tidak syak bahawa semua yamg dijadikan
hidup diatas dunia ini pasti akan merasai kematian termasuklah jin dan syaitan kerana
mereka juga termasuk didalam ayat Allah Ta`ala yang berbu:-
26 الرحمن- ويبقى وجه ربك ذوالجالل واالكرام, كل من عليها فان:قال تعالى
Ini disebut juga didalam Sahih Bukhari yang berbunyi:-
اعوذ بعزتك الذى الاله اال انت الذى اليموت والجن: ان النبى(ص) كان يقول:عن ابن عباس رضى اهلل عنه
واالنس يموتون
- Pengakuan daripada golongan jin sendiri dalam surah jin ayat 14 dan 15.
- Kita manusia yang berasal daripada tanah dan apakah kita tidak terasa
sekiranya diazab dengan tanah begitu juga api dengan api.Semuanya berada dalam
kuasa dan kehendak Allah Ta`ala.
1 -Rasukan syaitan.
Ini berlaku dengan sebab syaitan yang masuk kedalam badan manusia dan
menguasai seluruh gerak geri dan pemikiran. Ini dinamakan Takhabbut ( )تخبط
Cara rawatan:-
Langkah pertama:-
الفاتحة
صلوات على النبى
سالم على االنبياء
سالم على المالئكة
دعاء الهيكل
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,اهلل الاله اال هوالحى القيوم ,التأخذه سنة وال نوم ,له ما فى السموات وما فى
االرض ,من ذاالذى يشفع عنده اال باذنه ,يعلم ما بين ايديهم وما خلفهم وال يحيطون بشىء من علمه اال بماشاء
وسع كرسيه السموات واالرض وال يؤده حفظهما وهو العلى العظيم
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,اذ قالت امرات عمران رب انى نذرت لك ما فى بطنى محررا فتقبل منى انك
انت السميع العليم .سنة من قد ارسلنا قبلك من رسلنا والتجد لسنتنا تحويال .اقم الصلوة لدلوك الشمس الى
غسق الليل وقرآن الفجر ان قرآنالفجر كان مشهودا .ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى ان يبعثك ربك مقاما
محمودا .وقل رب ادخلنى مدخل صدق واخرجنى مخرج صدق واجعل لى من لدنك سلطانا نصيرا
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,امن الرسول بما انزل اليه من ربه والمؤمنون كل آمن باهلل وملئكته وكتبه
ورسله ال انفرق بين احد من رسله وقالوا سمعنا واطعنا غفرانك ربنا واليك المصير .اليكلف اهلل نفسا اال
وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا ال تواءخذنا ان نسيينا او اخطأنا ربنا وال تحمل علينا اصرا كما
حملته على الذين من قبلنا ربنا وال تحملنا ما ال طاقة لنا به واعف عنا واغقرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا
علي القوم الكفرين
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,قال رب انى وهن العظم منى واشتعل الراءس شيبا ولم اكن بدعائك رب شقيا,
وانى خفت الموالى من ورائى وكانت امراتى عاقرا فهب لي من لدنك وليا ,يرثنى ويرث من ال يعقوب واجعله
رب رضيا ,لقد صدق اهلل رسوله الرؤيا بالحق ,لتدخلن المسجد الحرام ان شاء اهلل امنين .محلقين رؤسكم
ومقصرين التخافون فعلم ما لم تعلموا فجعل من دون ذلك فتحا قريبا
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,قل اوحي الى انه استمع نفر من الجن فقالوا انا سمعنا قرآنا عجبا ,يهدى الى
الرشد فامنا به ولن نشرك لربنا احدا ,وانه تعالى جد ربنا ما اتخذ صاحبة وال ولدا وانه كان يقول سفيهنا على
اهلل شططا
اعيذ نفسى باهلل العلى العظيم ,وان يكاد الذين كفروا ليزلقونك بابصارهم لما سمعوا الذكر ويقولون انه
لمجنون وما هو اال ذكر للعلمين
ومن يتق اهلل يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث ال يحتسب ومن يتوكل على اهلل فهو حسبه ان اهلل بالغ امره قد
جعل اهلل لكل شىء قدرا
سورة يس
82 دان63 اية
بسم اهلل الرحمن الرحيم
هذه جهنم التى كنتم توعدون انما امره اذا اراد شئا ان يقول له كن فيكون
Langkah kedua
بسم اهلل الرحمن الرحيم
بسم اهلل توكلت على اهلل
بسم اهلل ماشاء اهلل
بسم اهلل انشاء اهلل
بسم اهلل ال حول وال قوة اال باهلل العلى العطيم
87 سورة االنبياء اية
Histeria
Pakar- pakar psikologi menafikan histeria itu berpunca daripada gangguan
syaitan. Tetapi bagi kita yang beriman dengan Allah dan Rasul setelah dibuat kajian
didapati perkara- perkara ganjil yang berlaku keatas pengidap histeria itu tidak lain dan
tidak bukan ialah berpunca dari gangguan jin. Misalnya ramai pengidap histeria menjerit-
menjerit ketakutan kerana dia melihat orang-orang lain disekelilingnya berwajah dengan
rupa yang menakutkan dan sebagainya. Dalam bahasa arab juga dinamakan histeria.
سورة
82 يس اية
بسم اهلل الرحمن الرحيم
Kita hanya berikhtiar sekadar yang termampu, hanya kepada Allah tempat
memohon pertolongan
Was-Was.
Ia terbahagi kepada dua iaitu was-was dalam akidah dan was-was dalam
amal ibadat dengan pelbagai persoalan secontoh bagi orang yang was-was dalam akidah
ialah syaitan membisikan kepadanya bagaimana rupa Allah? dimana Allah? mana
mungkin Allah tiada permulaan? dan sebagainya. Manakala orang yang was-was dalam
ibadatnya sentiasa ragu-ragu dan syak terhadap kesempurnaan dan kesohihan ibadatnya.
Ia berwuduk berulang-ulang kali, mandi wajib berjam-jam, mengulang -ulang takbir ketika
solat, mengulang-ulang menyebut kalimah-kalimah tertentu dalam bacaan solat dan lain-
lain.
Ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit was-was ini ialah
dengan memperbanyakan membaca Al-Quran, mendalami ilmu agama terutamanya
Feqah dan Tauhid serta menbentengi diri dengan zikir-zikir pertahanan serta setiasa
berada dalam keadaan berwuduk
Orang yang was-was ini memerlukan kepada seorang penasihat yang sabar,
tabah dan penyayang serta tekun mengikuti perkembangan diri, ia tidak memerlukan
sama sekali kepada orang yang mencerca dan memperbodohkan dirinya sekalipun dia
seorang Ustaz dan sebagainya. Penyakit was-was ini ada banyak peringkat. Ada yang
ringan, sederhana dan serius. Ia dinamakan dengan was-wasah, was-was, was-was.
Syaitan bagi penyakit ini juga dinamakan Was-was sebagaimana yang sabiti didalam
surah An` Nass.
Rawatan:
1- Membaca surah Al-Fatihah
2- Membaca surah An` Nass
”3- Membaca ayat “ Tujuh
التوبة 51 قل لن يصيبنا اال ما كتب اهلل لنا هو مولنا وعلى اهلل فليتوكل المؤمنين -
وان يمسسك اهلل بضر فال كاشف له االهو ,وان يردك بخير فال راد لفضله يصيب به من يشاء من عباده وهو
الغفور الرحيم -سورة يونس 107
وما من دآبة فى االرض اال علىاهلل رزقها ويعلممستقرها ومستودعها كل فى كتاب مبين -هود 6
انى توكلت علىاهلل ربى وربكم ما من دآبة اال هو آخذ بناصيتها ان ربى على صراط مسنقيم -سورة هود 56
وكأين من دآبة ال تحمل رزقها اهلل يرزقها واياكم وهو السميع العليم -سورة العنكبوت 60
ما يفتح اهلل للناس من رحمة فال ممسك لها وما يمسك فال مرسل له من بعده وهو العزيز الحكيم -سورة
فاطر 2
ولئن سئلتهم من خلق السموات واالرض ليقولن اهلل قل افرايتم ما تدعون من دون اهلل ان ارادنى اهلل بضر هل
هن كاشفات ضره او ارادنى برحمة هل هن ممسكات رحمته قل حسبى اهلل عليه يتوكل المتوكلون -الزمر
38
Rawatan:-
1- Surah Al-Fatihah
2- Doa ( )هيكلseperti yang lepas.
3- Ayat Tujuh seperti yang lepas
4- Surah Al- Khafirun
Surah Al- Ikhlas
Surah Al- Falaq
Surah An` Nass.
Masalah lain pula ialah seorang suami yang bersyahwat apabila ingin
menyetubuhi isterinya alat kelaminnya menjadi kendur. Oleh itu, satu persengamaan
diantara suami dan isteri tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia memandang
kepada perkara-perkara lain yang menaikan syahwatnya seperti gambar-gambar dan
filem-filem lucah, wanita- wanita selain isterinya yang mendedahkan bahagian yang
sensitif dan sebagainya maka alat kelaminnya boleh menegang semula secara normal. Ia
dinamakan Rabat( )ربطatau Aqad( )عقدia berbeza dari lemah syahwat kerana orang yang
lemah syahwat secara tabie`nya syahwatnya memang dingin dan lemah.
Rawatan:
1 -Ayat kursi dibaca dan ditiup pada telingga kanan kanak-kanak tersebut
beberapa kali
2 -Ayat seribu dinar seperti yang telah lepas dibaca dan ditiup pada
telinga kiri beberapa kali.
3 -Ayat dari surah yassin ayat 63 dibaca dan ditiup beberapa kali dikepala
bayi itu.
لقد سمع اهلل قول الذين قالوا ان اهلل فقير ونحن اغنياء سنكتب ما قالوا وقتلهم االنبياء بغير حق ونقول ذوقوا
عذاب الحريق -ال عمران 181
الم ترالى الذين قيل لهم كفوا ايديكم واقيموا اللصلوة واتوا الزكوة فلما كتب عليهم القتال اذا فريق منهم يخشون
الناس كخشية اهلل او اشد خشية وقالوا ربنا لم كتبت علينا القتال لوال اخرتنا الى اجل قريب قل متاع الدنيا قليل
واالخرة خير لمن اتقى وال تظلمون فتيال -النساء 77
واتل عليهم نباء ابنى آدم بالحق اذ قربا قربانا فتقبل من احدهما ولم يثقبل من االخر قال لألقتلنك قال انما يتقبل
اهلل من المتقين -المائدة 27
قل من رب السموات واالرض قل هلل قل افتخذتم من دونه اولياء ال يملكون آلنفسهم نفعاوالضرا قل هل
يستوى االعمى والبصيرام هل تستوى الظلمات والنور .ام جعلوا هلل شركاء خلقوا كخلقه
الرعد 16 فتشابه الخلق عليهم قل اهلل خالق كل شىء وهو الواحد القهار -
RUJUKAN
@وقاية االنسان @القرآن الكريم @حوار صحفى مع جنى المسام “مصطفى كنجور” -محمد عيسى داو
من الجن والشيطان -وحيد عبد السالم بالى
@ عالم الجن والشيطان -عمر سليمن االشقر @عالم الجن اسراره ونفاياه -مصطفى عاشور @ الدليل
@ اخر الكالم فى اخراج والبرهان على بطالن اعراض المس ومحاورةالجان -الشيخ مدحة عاطف
@ التعاوىذ -محمد ابراهيم ساليم الجن بالقرآن -محمد المفاورى @ الندواى بالقرآن واالشتشفاء بالرقى
@ دليل المعالجين بالقرآن الكريم -رياض محمد @ البيان المبين فى اخبار الجن والشيطان -ابن تيمية
سماحة @غرائب وعجائبالجن -ابرهيم محمد الجمل
مجدى محمد- @ العالج الربانى للسحر عكاشة عبد المنان- @ الشيطان فى ظالل القرآن
@ لقط المرجان عادل عزة محمد العارف- @ اسرار وغرائب عالم الجن الشهاوى
فيما يتعلق بالجن
PATAH TULANG
Patah tulang boleh berlaku bila-bila masa dan pada sesiapa saja baik kanak-
kanak atau orang dewasa dan patah ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-
1 -Patah terbuka
2 -Patah tertutup
Rawatan
Rawatan terhadap pesakit patah terbahagi kepada dua bahagian iaitu
moden dan tradisional. Bagi rawatan moden pesakit patah akan menjalani pemeriksaan
X-ray bagi mengenal pasti sejauh manakah seriusnya patah pada tulangnya. Jika didapati
patahnya serius bahagian ini akan disimen dan sekiranya tulang itu patah terbuka doktor
akan melakukan pembedahan dengan memasukan logam untuk menstabilkan kedudukan
tulang.
Manakala rawatan tradisional pula bahagian tulang yang patah tadi akan
dimasukkan mengikut keadaan patahnya kemudian bahagian yang patah tadi akan dibalut
dengan alat-alat atau ubat-ubat kampung seperti telur ( putih telur ), bawang putih,
bawang merah, lada hitam, pembalut besar dan batang kayu. Semua bahan diatas akan
ditumbuk sehingga lumat dan dimasukkan ke dalamnya putih telur, selepas itu dilumurkan
bahagian yang patah itu beserta dibalut dengan kain pembalut besar bersama batang
kayu. Balutan ini akan dibuka pada waktu yang ditetapkan oleh perawat itu.
Kebiasaanya pesakit patah akan mengambil masa selama 1 bulan untuk kembali
sembuh seperti asalnya berbanding kanak-kanak, ianya mengambil masa yang singkat
kerana tulangnya masih muda dan dalam proses pembesaran lagi.
Urutan tubuh badan adalah penting kepada kita semua kerana dengan cara
ini dapat melegakan kesakitan dalaman yang bersangkut paut dengan otot-otot dan urat-
urat. Kesakitan ini biasanya berpunca daripada kerja kuat juga disebabkan oleh
kemalangan- kemalangan kecil, urutan juga boleh mendatangkan mudarat seandainya
sering dilakukan semasa masih muda. Ini diseebabkan kerana urat pada masa itu masih
belum diusik, masalah ini akan terasa pada usia yang menjankau tua dan juga akan timbul
masalah sekiranya urutan tidak mengikut caranya yang betul.
Secara umumnya setiap urutan hendaklah dimulakan dari atas dan diurut
turun kebawah disini saya ingin nyatakan secara terperinci cara-cara urutan tubuh badan
manusia:-
1 -Bermula dari buku lali hingga kehujung jari-jemari:-
Urutannya bermula dari buku lali dan diurut turun kehujung setiap jari kaki
2 -Lutut hingga kebuku lali
Urutan dilakukan dari atas atau bawah lipatan hingga ke buku lali
3 -Sakit dikawasan paha pula
Urutannya bermula dari pangkal paha( sendi paha) hingga ke kepala lutut
4 -Sakit dikawasan belakang badan
Urutannya bermula dari atas bahu hingga kepangkal punggung melalui kedua-
dua belah urat belikat ( iaitu yang berada dikiri kanan tulang belakang)
Cara kedua bagi urutan belakang ialah dengan mengurut dari tengah badang
turun kesisi tepi ( lambung ). Urutan ini adalah untuk melegakan penafasan.
5 -Bagi urutan diperut
Urutannya bermula dari ulu hati turun kepundi kencing. Cara keduanya ialah
dengan bermula dari tengah perut turun ke tepi. Bagi kedua-dua masalah ini
boleh dilakukan dengan uritan biasa atau dengan urutan yang lebih khusus
seolah-olah cara pacat berjalan iaitu dengan hujung-hujung jari.
6 -Bagi kawasan pergelangan tangan ke hujung jari
Urutannya bermula dari pergelangan tangan hingga ke hujung setiap jari
7 -Bagi sakit dikawasan lengan
Urutan bermula dari siku hingga ke pergelangan tangan
8 -Bagi kesakitan dikawasan atas siku
Urutan bermula dari sendi bahu hingga ke siku
9 -Bagi kesakitan kawasan dada
Urutannya bermula dari tengah dada turun ke tepi mengikut tulang rusuk
10- Bagi kesakitan kawasan tengkuk
Urutannya ialah dengan cara menolak ke atas dan ke bawah
11 -Bagi kesakitan kawasan kepala
Urutannya ialah dengan meletakkan kedua ibu jari tangan pada hujung telinga
sebelah belakang dan hujung jari telunjuk di letakkan ditengah-tengah antara
hujung kening dan rambut setentang dengan atas telinga( side burn ) kemudian
ditolak ibu jari ke atas kepala dilakukan berulang-ulang kali.
2 -Lutut
Sendi lutut mempunyai satu sendi dan satu tempurung.
a) Selalunya ia terseliuh ke kiri, kanan, belakang dan sekiranya
kehadapan ia adalah patah. Cara memasukkan sendi lutut yang terseliuh ialah
dengan tangan kanan perawat memegang betis pesakit dan tangan kiri
perawat memegang paha pesakit serta tangan kanan perawat tadi menarik betis
pesakit ke bawah bagi mengembalikan sendi itu kepada keadaan asalnya.
Boleh juga dilakukan dengan tangan kanan perawat memegang diatas lutut
pesakit dan tangan kirinya memegang dibawah sendi lutut( lipatan) berserta
menarik kedua- dua tangan perawat tadi serentak. Apabila selesai menarik
kebawah, urutan hendaklah dilakukan secara mengelilingi sendi itu dengan
perlahan- lahan.
b) Bagi terpurung lutut pula ianya boleh tercabut ke kiri, kanan, atas dan
bawah biasanya
berlaku keatas dan kebawah di sebabkan kerana ianya tiada
penghalang. Cara memasukkannya adalah sama dengan cara memasukan buku
lali yang terkeluar.
PENYAKIT KULIT
Hasil daripada kajian dan sebagaimana yang telah saya pelajari penyakit
kulit ini adalah penyakit yang berlaku dibahagian luar kulit atau dalam kulit samada ianya
berjangkait atau tidak berjangkit yang disebabkan oleh kuman-kuman yang tertentu.
Penyakit-penyakit kulit terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyakit yang berada diluar
kulit dan yang berada dibahagian dalam kulit.
1 - Badam
Menurut perubatan tradisional penyakit badam ialah penyakit gatal yang
berlaku dipermukaan kulit khususnya dibahagian tangan dan kaki. Pada kebiasaannya ia
berlaku dalam bentuk merekah dan kemerah- merahan.
Penyakit ini mudah menyerang apabila seseorang itu sentiasa berjalan
dikawasan yang lembab, contohnya diatas lantai simen berair dan sebagainya. Selain
daripada itu, ianya juga disababkan oleh seseorang itu bermain air kotor. Ianya juga
cepat merebak apabila seseorang itu sentiasa menggunakan pakaian yang telah lama
tidak dibasuh atau kotor.
Rawatan.
Cara-cara rawatan yang saya pelajari menurut perubatan tradisional
penyakit ini boleh diubati dengan menggunakan tumbuhan semulajadi seperti pucuk daun
gelenggang, lengkuas genting, selain daripada itu kita juga boleh menggunakan minyak
tanah dan belerang. Rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al- Quran memerlukan
bahan-bahan seperti berikut:-
1 -Sebotol air2 -Garam ( mengikut keadaan penyakit tersebut) 3
-Sebilah pisau nipis
iv- Kemudian tuliskan ayat syifa` pada kertas dengan dakwat kering
dan dimasukkan ke dalam air sehingga luntur. Kemudian diberi minum
air tadi kepada pesakit. ayatnya adalah seperti berikut:-
** Pilih salah satu daripada lima cara-cara di atas jangan gunakannya pada
waktu yang sama untuk merawat.
2 -Kayap( Shingles)
Rawatan ( Tradisional)
Bahan-bahannya;-
1 -Sirih Pinang dan kapur 2 –Beras 3 -Rumput
sambai( Rumput yang banyak akar)
4 –Air 5 -menggunakan ayat Al- Qur`an
Cara-caranya:-
1 -Diniatkan terlebih dahulu untuk menyembuhkan penyakit. Kemudian ambilkan
sirih dan pinang dan dicampurkan dengan kapur serta dibaca padanya:-
i -Al- Fatihah ii -Ayat Kursi iii-Doa Haikal seperti dalam bab Jin
iv-Ayat tujuh seperti dalam bab jin
2 -Ambilkan beras dan ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air
kemudian dijadikan bedak sejuk. Selepas itu ambilkan rumput sambal tadi dibasuh
akarnya dan dicelup pada bedak sejuk tadi dan disapukan pada kayap.
3 -Panau
Panau adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada badan pesakit itu
sendiri. ianya terbahagi kepada dua jenis:-
i -Panau Bunga.
Panau jenis ini biasanya tumbuh pada kulit manusia secara
bertompok-tompok seperti bunga. Kebiasaannya melekat pada
kulit pesakit.
ii -Panau Debu.
Ianya berbentuk seperti debunga tetapi tidak bertompok( secara
bersendirian). Jikalau digosok atau digaru padanya ianya akan
mengeluarkan debu dan menjadi kemerah- merahan dibahagian
tersebut.
4 -Kurap.
Ianya adalah sejenis penyakit yang berbentuk butiran yang berair dan
berukuran sederhana besar. ianya amat gatal dan warnanya butirnya kemerah-merahan.
Sebab- sebab dijangkiti penyakit ini ialah dengan sentiasa memakai pakaian yang lembab
dan ia juga penyakit yang berjangkit.
5 -Gatal-Gatal Berair.
Ia adalah sejenis butiran berair yang tumbuh pada kulit diseluruh badan
khususnya dibahagian belakang badan, tangan dan bahagian punggung. Sebab-sebab
dijangkiti ialah dengan memakai pakaian kotor dan juga sentiasa terdedah pada benda-
benda kotor. Memakan makanan yang gatal seperti sotong, udang dan sebagainya.
Rawatan:-
Dengan melumurkan minyak panas seperti minyak hijau dan yang sejenis
dengannya, juga dengan menggunakan bedak yang sesuai seperti Johnson Baby dan
yang selembut dengannya.
6 -Bertih
Adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada manusia yang berbentuk
butiran yang berair serta tumbuh secara beransur-ansur diseluruh tubuh dan ianya
berwarna putih kehitaman. sebab jangkitan penyakit ini adalah boleh dikatakan berpunca
dari makanan yang tidak seimbang.
Rawatan;-
Bahan-bahannya ialah
1 - Beras semangkuk 2 - Air sebotol
Cara-caranya ialah masukkan tiga biji beras kedalam air kemudian dibaca
padanya:-
1 - Al- Fatihah
2 - Doa Penawar Penyakit
3 - Bismillah 4 seperti yang lepas, dalam bab badam
4 - Ayat Syifa` seperti yang lepas.
Kemudian air tadi diberi minum kepada pesakit tiga kali sehari sehingga habis.
Ambilkan semangkuk beras tadi kemudian dibaca padanya:-
1 - Al- Fatihah
2 - Ayat Kursi
3 - Doa Haikal seperti yang telah lepas.
Kemudian tumbukkan beras tadi sehingga lumat dan dicampur dengan sedikit air
yang telah di jampi tadi, sapukan pada butiran bertih tadi.
** Hindarkan dari terkena hujan, garu ditempat sakit tadi dan juga makan
benda- benda gatal. Jangan biarkan pesakit berada ditempat yang panas terik kerana
bmengakibatkan kesan parut dan bertambah sakit.
7- Campak
1- Bisul
Biasanya penyakit ini menyerang antara bahagian pinggang ke bawah. Ianya
sejenis butiran berbonjol serta bernanah dan bercampur darah. Ia akan membesar serta
bermata sehingga sebesar ibu jari kaki berwarna merah kehitaman. Penyakit ini
diebabnya pengambilan makanan tidak seimbang, kekurang vitamin dalam badan dan
sebagainya.
Rawatan:
Bahan- bahan yang diperlukan:-
1- Pisau, gunting dan sarung tangan
2- Putik kapas dan pelekat luka
3- Sebiji botol dan sebotol air
4- Bawang putih dan bawang merah
5- Garam dan panadol
6- Bahan bakar
1 -Pastikan bisul itu sudah tua, pakai sarung tangan kemudian bedah bisul
tadi dengan pisau secara memanjang, keluarkan darah dan nanah serta cucikan
dengan menggunakan putik kapas sehingga benar- benar bersih. Guntingkan
tempat itu supaya menjadi luas untuk memudahkan panadol yang di tumbuk
lumat dimasukkan kedalam lubang yang dibedah tadi, selepas itu tampalkan
dengan kapas dan dilekatkan dengan pelekat luka.
2 -Nyalakan bahan bakar kemudian dimasukkan ke dalam botol dan
ditutupkan dilubang bisul( seperti berbekam)
3 -Bagi bisul yang belum tua, ambilkan sedikit garam lumurkan disekililing
bisul khususunya perbanyakan dibahagian mata bisul, kemudian lekatkan
dengab kapas serta dengan pelekat( jangan buka sebelum tiga hari). Selepas itu
ambilkan sebotol air lalu dibaca padanya:-
1- Al- Fatihah
2- Surah Al- Kauthar 3x
3- ( )الاله اال انت سبحانك انى كنت من الظلمين
4- Surah Al- Fiil 3 x
5- Surah Al- Khafirun
Surah Al- Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An` Nass.
Kemudian diberi minum kepada pesakit 3x sehari.
2 -Kudis Buta
Penyakit ini biasanya menyerang pada bahagian tangan dan bahagian lutut
ke bawah ianya tidak bermata dan bernanah besarnya lebih kurang dengan bisul. Sebab-
sebabnya juga sepeti bisul.
Rawatan.
3- Kudis Malam.
Penyakit ini tumbuh pada waktu malam dibahagian tertentu seperti dibawah
lengan, paha dan sisi betis. Ia berwarna kemerah- merahan disekeliling dan bernanah
ditengahnya tetapi tidak bertunas. Sebab- sebabnya sama seperti bisul dan rawatannya
adalah seperti rawatan untuk kudis buta.
4- Raja Satong.
Ialah sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaanya
kebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telingga. Ianya bernanah
bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawah
kulit, amat membahayakan pesakit. Sebabnya adalah sama seperti bisul.
Rawatannya:-
1- Pembedahan akan dilakukan seperti bisul tetapi memerlukan kepada
pemerhatian yang rapi kerana penyakit ini menguasai dibahagian dalaman.
2- Sekiranya ia berada dalam rongga telingga, ambil pokok Raja Satong
kemudian diasah dengan air dan dititikan kedalam rongga telingga itu.
Reumatism
Pengenalan.
Apakah yang dimaksudkan dengan reaumatism?
Reaumatism ialah sejenis penyakit yang mana ianya menyeranng pada sendi-sendi
tulang dan mengakibatkan bengkak- bengkak pada bahagian tersebut.Kesannya akan
bertambah buruk apabila ia terdedah kepada udara.
Sebab-Sebabnya:-
Mengikut kajian, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Kita sebagai
seorang islam mempercayai bahawa ianya adalah dugaan daripada Allah. Walau
bagaimanapun air dan udara merupakan punca sampingan berlakunya penyakit ini.
Cara Mencengahnya:-
1- Bagi mereka yang telah diserang penyakit ini hendaklah memastikan
tubuh lebih-lebih lagi tempat yang terkena penyakit ini agar sentiasa kering
daripada terkena basahan air dan juga terdedah kepada udara.
Cara Membedah
Bahan-Bahan keperluannya:-
1- Pisau dan batang mancis
2- Daun kayu yang baru dipetik( kecuali yang gatal)
3- Mancis
4- Buah limau nipis dan air sebotol
Cara- Caranya:-
Ambil pisau dan letakkan pada tempat yang sakit kemudian ambil sebiji
limau nipis yang dibelah terlebih dulu dan sapukan pada bahagian atas pisau yang
diletakan pada tempat yang sakit tadi terlebih dahulu. Kemudian sapukan pula pada
bahagian bawah pisau tersebut. Selepas itu angkat pisau dari tempat sakit tadi dan
dibakar. Kemudian ambil sebilah mancis dan dipotong dengan membaca ayat syifa` iaitu;-
Di antara ketiga-tiga jenis penyakit ini yang paling bahaya ialah uluran angin.
Penyakit angin ini tidak dapat disembuhkan ataupun tidak dapat dibuang samada dengan
cara moden atau pun tradisional kerana ianya bersangkut paut dengan nafsu syahwat.
Ianya berpunca daripada memakan makanan jenis sejuk seprti buah pisang,
timun, labu, terung dan sebagainya. Penyakit ini juga boleh merebak dengan meminum
minuman yang bergas, ais, teh dan sebagainya. Penyakit ini juga disebabkan penahanan
membuang air kecil yang mana boleh membawa kepada penyakit batu karang ( Uluran
Batu).
Cara-Cara Mencegah:
Penyakit ini dapat dicegah dengan menjauhi memakan makanan sejuk dan
benda- benda yang boleh mengaktifkan penyakit ini serta hendaklah menjauhi daripada
menahan pembuangan air kecil.
Rawatan.
Proses-Proses rawatan bagi penyakit ini terbahagi kepada:-
1- Tradisional 2- Moden
Cara- cara mengunakan ayat ini bagi menghancurkan lendir dan batu seperti
berikut:-
Rawatan Moden.
Mengikut perubatan moden, penyakit lendir dan batu akan dibuang dengan
cara pembedahan, Sekiranya pesakit diserang oleh uluran angin yang serius, biasanya
suntikan akan diberikan untuk menahan sakit.
Ubat-ubatan tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit ini seperti berikut:-
1- Hati Unta- hendaklah dibakar untuk dimakan
2- Burung ciak- hendaklah dibakar untuk dimakan
3- Hati Tupai- disembelih dahulu kemudian digoreng hatinya.
4- Burung Merpati- hendaklah dibuat sup.
Sekiranya cara diatas masih lagi tidak berjaya, bolehlah menggunakan cara
yang kedua iaitu dengan mengambil sebotol air dan dimasukkan tiga biji beras serta di
baca padanya ayat-ayat berikut:-
1- Al- Fatihah
2- Ayat 7 sebagaimana dalam bab Jin m/s15
3- Surah Yasin ayat 82
Setelah dibaca ayat diatas hedaklah ditiup dalam air kemudian diberi minum
kepada pesakit.
Serangan Cacing.
Sebenarnya dalam perut manusia telah wujud cacing-cacing secara
semulajadi lagi. Cacing ini akan membiak dan seterusnya membawa masalah pada
manusia di atas beberapa sebab. Disini saya akan mengenengahkan sebab yang
penting:-
Cara Rawatan.
Rawatan Tradisional
Selepas itu rapatkan kedua-dua kaki pesakit kemudian letakkan sebiji telur
dicelah hujung kaki dan sebiji lagi letakkan dipinggang pesakit kemudian dibaca Al-
Fatihah dan ( )الاله اال انت سبحانك انى كنت من الظلمينserta berdoa kepada Allah agar dikeluarkan
cacing dalam tubuh pesakit dan dimasukkan kedalam telur tadi. Setelah selesai rawatan
tadi hendaklah dipecahkan telur didalam bekas untuk melihat cacing. Sekiranya cacing itu
ada atau tiada diperahkan sebiji asam limau nipis dan 7 sudu garam selepas itu telur tadi
hendaklah dibuang. asam limau yang selebihnya lagi diperah airnya untuk diminum oleh
pesakit tanpa campuran air lain. Sebelum minum hendaklah dibaca:-
1- Selawat keatas Nabi Muhammad SAW.
2- membaca doa penawar penyakit sebanyak 3 kali
3- membaca Bismillah 4 seperti dalam bab badam
4- Ayat 7 seperti dalam bab jin m/s 15
WANITA
Wanita adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah Ta`ala untuk menjadi
pasangan kepada lelaki, bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia hidup berpasangan.
Jika tidak dijadikan Hawa masakan Adam mendapat Habil dan Qabil.
Wanita juga merupakan kaum yang lemah yang patut diberi pertolongan dan perlindungan
daripada kaum lelaki. Sebagaimana yang kita ketahui juga, wanita asalnya daripada
tulang rusuk lelaki. Didalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa kaum lelaki adalah
lebih tinggi martabatnya daripada wanita
الرجال قوامون علي النساء
.
Sifat - Sifat Wanita.
فقال رسول,ما روى عن النبى(ص) قال للمغيرة بن شعبة وقد خطب امراة ليتزوجها نظرت اليها قال ال
ان بؤد ما بينكم (ص) انظر اليها فانه اخرى
Hadis diatas menunjukkan bahawa harus kita melihat kepada wanita yang
ingin dijadikan isteri serta menyelami hati budinya terlebih dahulu. Walaupun begitu di
dalam mazhab Syafi`e menghadkan kepada kita tempat-tempat yang harus dilihat iaitu
dikawasan muka dan tangannya sahaja kerana yang lainnya adalah aurat. Dimana
wajahnya menunjukkan kejelitaan dan keayuan seseorang perempuan itu, manakala
tangannya pula menunjukkan kesuburan tubuh badannya. Disini saya akan menjelaskan
serba sedikit mengenai tanda-tanda untuk mengenal wanita.
Bahagian Muka.
Muka yang bulat tandanya mudah manakala yang bujur tandanya susah.
1) Telinga.
Bagi wanita yang telinganya tertutup biasanya mempunyai sifat degil dan
susah menerima nasihat suami, dan sebaliknya yang terbuka mudah untuk diberi tunjuk
ajar.
2) Mata.
Wanita yang mempunyai biji mata yang besar dan bulat biasanya tidak
pemalu dan panas baran. Wanita ini juga biasanya suka bercakap dengan lelaki tanpa
rasa malu. Juga lebih bersikap terbuka sebaliknya wanita yang menpunyai mata yang
kuyu( susah untuk didapati pada wanita melayu) adalah pemalu sedikit dan mempunyai
kasih sayang mempunyai kelentet kolopak mata yang membekak sedikit dan kelihatan
seakan lebam merupakan seorang pemalu juga boleh dikatakan manja.
3) Bulu Mata
Biasanya wanita yang mempunyai bulu mata yang lebat dan agak melentik
keatas kelihatan menarik dan menawan. Tetapi harus diingat wanita ini kebiasaan
memiliki kelakuan biasa, agak pemarah dan inginkan kebebasan, Ia juga agmemilih dalam
mencari pasangan. Bagi wanita yang mempunyai bulu mata yang mendata atau
menjunam sedikit adalah seorang yang peramah dan boleh dikatakan tidak terlalu
memilih pasangan.
4) Hidung
Kebanyakan lelaki menyukai hidung wanita yang mempunyai batang hidung
yang tirus dan bahagian sisinya seperti pelepah kelapa tetapi nampak timbul sedikit
dihujungnya.
5) Pipi
Megikut kajian yang dibuat rata-rata kaum lelaki menyukai wanita yang
berlesung pipit, berpipi gebu dan tembam sedikit.
6) Mulut
Mulut yang sempit dan tebal juga mulut yang luas sedikit tetapi bibir kedua-
duanya nipis amat disukai oleh lelaki kerana dapat mengeratkan lagi kasih sayang
antara keduanya.
Bahagian Tangan.
1) Jari
Jari jemari yang gembur dan membentuk tirus dihadapan boleh dikatan
mencermikan kesuburan wanita itu.
2-Kuku
Lelaki rata-ratanya tidak menyukai wanita yang berkuku panjang dan kalau
memotongnya tidak dipotong sepenuhnya.
** Diminta perhatian supaya tidak terlalu terikat dengan cara-cara ini kerana
ianya tidak akan didapati sepenuhnya pada seorang perempuan. Oleh yang demikian kita
hendaklah memilih citarasa masing- masing dan kenalah menerima ketentuan daripada
Allah.
Rawatan
Selepas melahirkan anak si ibu memerlukan rawatan bagi memulihkan
kesan luka pada faraj seperti sediakala. Rawatan ini terbahagi kepada moden dan
tradisional. Bagi rawatan moden doktor akan menjahit bahagian faraj yang terkoyak
semasa melahirkan bayi dan memberi nasihat serta ubat -ubat yang sewajarnya. Dan
bagi rawatan tradisional kebanyakkannya menggunakan ubat-ubat daripada tumbuhan
semulajadi.
Penjagaan Faraj.
Faraj merupakan anugerah Allah kepada seseorang wanita. Ia merupakan
nikmat azali yang mana wanita perlu bersyukur kepada Allah dengan menjaganya sebaik
mungkin. Oleh itu saya akan menerangkan beberapa cara penjagaannya. Ianya terbahagi
kepada dua peringkat:-
1- Sebelum berkahwin.
2- Selepas berkahwin.
*** Jalan yang sebaiknya ialah kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya
seperti yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul.
Rawatan
Setelah kehamilan itu dikesan, si pesakit akan dibedah, dalam pembedahan,
janin, urinya serta bahagian tisu yang rosak akan dibuang dan jika kehamilan itu telah
sampai ke peringkat yang serius tiub fallopio itu akan dibuang untuk memberhentikan
pendarahan serta mengawal jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain. Adakalanya ovari
atau indung telur akan dibuang.
Walaupu pakar bedah berjaya menyelamatkan tiub fallopio dari dibedah
buang dan bahagian luka ditampal dengan tisu namun ianya menjadi kurang elok atau
tersumbat, ini menyebabkan kehamilan yang seterusnya menjadi sukar atau langsung
tidak boleh hamil lagi. Bagi wanita terdapat dua tiub fallopio, jika hanya satu yang tidak
boleh digunakan dia masih boleh hamil dengan sebelah lagi.
Senggugut
Penyakit yang dihidapi oleh golongan wanita sahaja, ia adalah merupakan
ketulan-ketulan lendir yang sedia ada didalam perut wanita yang mana ia akan merasa
sakit apabila ketulan tadi bergerak ke segenap bahagian perut, ianya seolah-olah
memulas urat perut dan akan merasa kesakitan yang keterlaluan ketika kedatangan haid.
Kebiasan penyakit ini akan meyerang wanita-wanita bermula akil baligh hingga
berkahwin dan ada kalanya penyakit ini akan berlarutan walaupun sudah berumah
tangga.Tetapi penyakit seggugut ini berbeza sebelum berkahwin dan selepas berkahwin,
ketika belum kahwin ianya akan menyerang wanita itu saja, berlainan pula selepas
berkahwin penyakit ini akan menyerang kehamilan yang berlaku dalam rahim
menyebabkan berlakunya keguguran. Kebanyakannya penyakit ini berlaku disebabkan
pengambilan makanan dari jenis sejuk dan makanan yang boleh menggalakkan lagi
penyakit ini.
Rawatan ( Tradisional )
Bahan yang diperlukan:-
1-Buah timun batang mengikut bulan kalau gugur bulan pertama satu biji,
kalau dua, dua biji begitulah seterusnya
2-Sekotak mancis dan air sebotol
3-Minyak sejuk, lada hitam dan asam limau
Cara-caranya:-
Buah timun dicucuk dengan bilah mancis pada kedua-dua hujung dan
ditengahnya kamudian dimakan pada tempat yang tidak terkena cucuk, selepas itu ambil
asam limau nipis diperah dan dicampur dengan air untuk diminum dan masukkan lada
hitam kedalam minyak sejuk untuk diurut bahagian perut.
Cara urutan pula pengurut hendaklah merapatkan kedua-dua belah tangan
dan melakukan urutan bermula dari atas ke bawah dengan perlahan- lahan sebagaimana
urutan bagi orang mengandung. Apa yang penting disini pengurut hendaklah
menggunakan tapak tangan dalam urutannya jikalau sebaliknya ia akan menambahkan
kesakit kepada pesakit tersebut
Rawatan Moden.
Selalunya pihak doktor akan memastikan punca sebenarnya penyakit itu,
sekiranya ia merupakan senggugut pihak doktor akan memberi ubat penahanan sakit
seperti panadol, pil perancang dan sebagainya.
ولقد كرمنا بنى آدم وحملناهم فى البر والبحر ورزقناهم من الطيبات وفضلناهم على كثير ممن خلقنا
70 النساء- تفصيال
Dan setiap makhluk dicipta oleh Allah Taala berpasangan. Lebih-lebih lagi
manusia yang mana mereka mempunyai akal dan boleh memilih yang antara yang baik
dan buruk. Maka sudah tentulah setiap manusia lelaki dan perempuan mahukan
pasangan yang baik dan mampu untuk bekerjasama dalam menghadapi setiap masalah
dan dalam mendidik anak.
Rasulullah SAW sendiri menggesa kita untuk berkahwin dan memilih
pasanganyang terbaik kerana inilah satu-satunya jalan untuk memperbesarkan lagi
bilangan umat manusia dan sekaligus menambah bilangan umat Islam. Sebagaimana
sabda Rasulullah:
Setiap isteri inginkan suami yang soleh yang dapat mendidik dan
membimbing mereka ke arah kebaikan. Dan bukan menjadikan diri isteri mereka sebagai
tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata.
اذا جأكم من ترخون دينه وخلقه فزوجوح اال تفعلوا تكن فتنة فى االرض وفساد كبير
Begitu juga dengan suami, mereka juga inginkan isteri yang solehah dalam
meneruskan kehidupannya, serta dapat mendidik anak-anak dan membantu mereka
dalam menghadapi masalah.
Mendidik Anak-Anak.
Pembinaan istittusi keluarga bahagia adalah satu-satunya perkara yang
diimpikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Selepas mendirikan
rumah tangga Insya-Allah mereka akan dikurniakan dengan cahaya mata yang menjadi
penghias dan penhibur bagi pasangan itu. Disinilah ibu-bapa mesti menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan ibu, tugas ini telah diamanahkan oleh Allah
untuk mereka supaya mendidik anak-anak dengan sempurna. Oleh itu Peranan ibu bapa
untuk mendidik anak-anak amat penting supaya anak-anaknya mendapat sepenuhnya
pendidikan agama, ilmu-ilmu yang berfaedah dan sebagainya.
Apabila dinamakan manusia tidak dapat tidak kita akan diduga oleh Allah dengan
berbagai masalah dalam kehidupan dan kita sebagai hambanya hendaklah menerima
dugaan itu, dengan sikap tersebut akan menjadikan kita sebagai insan yang bertaqwa
kepadanya. Oleh itu sama-samalah kita memohon perlindungan dari Allah supaya
dipermudahkan urusan kehidupan didunia yang fana ini.
Antara dugaan Allah ialah dalam bentuk gangguan emosi yang
menyebabkan seseorang itu hilangnya pertimbangan untuk berfikir secara waras yang
mana ianya disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa samada masalah diri
sendiri atau masalah anasir-anasir luar dan masalah-masalah lain.
Ianya berlaku disebabkan terlalu banyak menanggung masalah umpamanya
masalah peperiksaan. Dimana individu yang akan menduduki exam tetapi individu itu
tidak dapat membuat persiapan yang baik. Oleh yang demikian individu itu akan
memikirkan keputusan peperiksaannya nanti samada lulus ataupun gagal. Dengan terlalu
memikirkan masalah itu, berbagai tekanan yang akan menimpanya. Selain daripada itu
masalah keluarga seperti ayah dan ibu bercerai, tidak mendapat perhatian dari kedua ibu-
bapa, beselisih faham antara ahli keluarga dan sebagainya. Dengan keadaan sedemikian
mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencari keputusan atau jalan penyelesaian yang
baik.
Di samping itu juga individu itu terlalu mengikut emosi tanpa berfikir dengan
panjang lebar. Ini akan menyebabkan kekusutan fikiran contohnya ditinggal kekasih( putus
cinta). Dimana individu ini akan dibayangi oleh kenangan ketika dilamun cinta dan akan
memikirkan masalah-masalah ketika terjadinya putus cinta. Selain daripada yang diatas
gangguan perasaan juga boleh disebabkan oleh gangguan syaitan, syaitan ini yang
dinamakan Al-Thabar. Ia akan memasuki tubuh manusia dan menjadi tabiatnya
menguasai fikiran seseorang itu ketika ditimpa masalah dan secara tidak langsung ia
menolak qada` dan qadar Allah Taa`la.
2- Rawatan dalaman.
Sekiranya rawatan yang pertama masih lagi menemui jalan kebuntuan
perlulah bagi kita mencuba rawatan dalaman yang mana menggunakan ayat-ayat Al-
Quran yang lebih mujarab:-
1- Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
2- Salam kepada para anbia`.
3- Salam kepada para malaikat.
4- Al-Fatihah.
5- Surah Al-Qadar.
6- Surah Al-fiil.
7- Membaca doa sebagaimana diawal perbincangan masalah ini tadi.
Seandainya kedua-dua diatas masih lagi tidak berkesan bolehlah selalu
mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ianya merupakan petunjuk,
penyembuh dan sebagainya kepada semua yang beriman dengannya. Di dalamnya juga
mempunyai ayat-ayat syifa` yang mana boleh kita jadikan amalan harian. Antara ayat-ayat
yang dikhususkan untuk amalan:-
1- Al-fatihah.
2- Ayat kursi.
3- Doa Haikal dan selebihnya lagi.
13) Tunduk kedepan tangan dipegan pada lipatan ( belakang lutut) tunduk
rapat kepala kelutut
15) Angkat sebelah kaki, kemudian pegan pada pengelangan kaki ( atas
buku lali) dan rapatkan kedada, buat kiri dan kanan.
16) Lipat kaki kebelakang. tangan pegan pada hujung jari kaki kemudian
tarik dan rapatkan kepunggung, buat kiri dan kanan
17) Letakkan sebelah kaki atas suatu benda paras pinggang kemudian
tunduk kepala sampai kelutut,buat kiri dan kanan beberapa kali
18) Letakkan kaki sebelah atas suatu benda paras pinggang kemudian
turunkan badan dengan memegan kaki yang sebelah bawah, buat kiri
dan kanan beberapa kali
21) Tidur melentang, letakkan tangan dibawah kepala dan angkat kedua-
dua kaki paras 90 darjah turunkan keparas 45 darjah tahan sekejap.
kemudian turunkan keparas 30 darjah tahan sekejap dan turun pula
paras
23) Kedudukan yang sama cuma bangunkan kepala tapi jangan bagi kaki
terangkat, buat beberapa kali dengan cepat.
24) Kedudukan yang sama cuma angkat kedua-duanya( kaki dan kepala)
kemudian turunkan balik kedua-duanya, lakukan beberapa kali
28) Duduk seperti hendak pamping tapi kaki diangkat sebelah kemudian
pamping, tukar kiri dan kanan
29) Duduk mencangkung, hulurkan sebelah kaki kedepan kemudian
bangun dan duduk, ulang beberapa kali kemudian tukar kaki
30) Duduk seperti hendak merangkak, tangan dan lutut dibuka, kemudian
bengkukkan tangan sambil menolak kepalakedepan dan undur
semula pada kedudukan asal( seperti harimau mengeliat) ulang
beberapa kali
31) Rapatkan tapak kaki kiri dengan tapak kaki kanan kemudian tarik
serta rapatkan kekangkang seterusnya tangan menekan lutut biar
rapat kelantai kemudian tunduk kepala kelantai sehingga rapat.
32) Silangkan kaki kiri dari kanan macam bersila biar kemas kemudian tidur
dengan meletakkan tangan dibawah kepala. Angkat kaki tadi jangan
bagi
terbuka,ulang beberapa kali
34) Rapatkan punggung pada lantai kemudian luruskan kedua kaki kedepan.
Selepas itu tunduk sambil membuka tangan rapatkan kepala kelutut
setakat yang boleh
35) Rapatkan sebelah lutut ke lantai dan sebelah lagi dibuka seluas-luasnya
dan tangan diletakkan ke lantai rapatkan kedua-dua tangan tadi
kemudian pamping sambil lutut yang dibuka tadi sama-sama rapat
ke
lantai
36) Duduk mencangkung hanya dengan jari kaki. kemudian bangun dan
duduk beberapa kali
37) Duduk antara dua sujud kemudian letakkan tangan dilantai kedepan
sedikit serta rapatkan kedua-duanya. tunduk kepala sambil menolak
kedepan dan undur semula kepada asal (tegak) pastikan kedua-
dua
lutut rapat, ulang beberapa kali
38) Buka kangkang dan pastikan tumit dalam keadaan setentang antara kiri
dan kanan. Bengkukkan sedikit kaki kemudian duduk kebawah dan
bangun, ulang beberapa kali
1 -Melembutkan urat
i -Lipat setiap sendi berulang kali.
ii -Meliupkan badan kedepan dan kebelakang setiap hari
iii -Sebelum kahwin :-
Duduk dengan merapatkan punggung ke lantai dan meluruskan
kedua kaki kedepan serta rapatkan kedua belah kaki kemudian tunduk kepala rapat
Selepas kahwin:-
Duduk, rapatkan punggung ke lantai kemudian rapatkan kedua kaki
kedalam selepas itu tunduk biar mencecah lantai
2) Bahagian Tengkok.
1- Hisap tengkoknya dengan gigitan kecil (10 minit), kedua-dua belah kiri
dan kanan.
3) Bahagian Tangan.
1- Jilat atau kucup tangannya sambil mengusap tangannya dengan lembut
( 15 minit).
2- Lakukan pada kiri dan kanan.
5) Bahagian Pusatnya.
1- Gunakan dengan lidah dibahagian atas pusat (5 minit).
2- Gunakan dengan tangan atau tapak tangan (10 minit).
6) Bahagian Punggung.
1-Ramas punggungnya dengan kedua belah tangan (10 minit).
7) Bahagian Paha.
1- Hisap paha dengan mulut kiri dan kanan selama (10 minit).
2- Ramas dengan lembut (5 minit).
8) Bahagian Betis.
1- Digosok dengan betis kita(10 minit).
9) Bahagian Kaki.
1- Lipatkan kakinya kemudian ramaskan jari-jari kakinya dengan lembut.
Tips Ketiga:-
Tips Keempat:-
Tips Kelima:-
Tips Keenam:-
RUJUKAN
1 AL- QURAN
2 AL- HADIS
3 DR MIRIAM STOPPARD
4 DR E. H. RUDDOCK
5 DR ASHAR ABDULLAH
6 ISMAIL JUSOH ( PERUBATAN TRADISIONAL)
7 ZAIDI ZAWAWI