1.0 Pendahuluan
Ubat dan perubatan merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dalam agama
Islam. Malahan kewujudannya telah menjadi bukti dan pelengkap kepada kesyumulan
agama Islam. Tidak wujud secara nyata dan bersistematik bidang perubatan ini di dalam
agama lain. Bahkan perubatan China yang tidak kurang hebatnya itupun telah cuba
disingkapkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan teori-teori perubatan yang dicetuskan
oleh Ibnu Sina, tokoh perubatan Islam.
Terdapat banyak keterangan dan bukti sama ada daripada al-Quran ataupun hadith
yang menerangkan secara langsung ataupun tidak berhubung dengan bidang perubatan
di dalam Islam. Umpamanya Allah Swt telah menerangkan bahawa ayat-ayat al-Quran
sendiri menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman seperti mana yang
difirmankan:
وننزل من القرأن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين وال يزيد الظالمين اال خسارا
Maksudnya:
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan
sebaliknya Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keengkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra’:82)
Seterusnya Allah SWT berfirman lagi:
قل هو للذين أمنوا هدى وشفاء والذين ال يؤمنون فى أذانهم وقر وهو عليهم عمى
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta
penawar begi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman,
(Al-Quran itu) menjadi satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar);
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya
yang menerangi).
(Fussilat :44)
Selain dari itu, terdapat juga hadith-hadith Rasulullah SAW yang memperkuatkan
lagi peripentingnya bidang perubatan di dalam Islam, antaranya Baginda bersabda:
عليكم بالشفاء والقرأن والعسل
Maksudnya:
Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara iaitu al-Quran dan madu.
Seterusnya sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a yang
berbunyi:
ما انزل هللا من داء اال أنزل له شفاء:قال رسول صلى هللا عليه السالم
Maksudnya:
Sabda ýRasulullah SAW. Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan
diturunkan (juga) penawarnya.
Hadith tersebut telah diperkuatkan lagi dengan hadith lain yang diceritakan oleh
Imam Ahmad bin Hambal:
يا رسول هللا اتداوى؟ قال: كنت عند رسول هللا عليه وسلم وجاءت االعراب فقالوا:عن أسامة بن شريك قال
يا عباد هللا تداووا فان هللا لم يضع له شفاء غير داء واجد قالوا ما هو قال الهزم, نعم.
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW,
datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami
mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Yam wahai hamba-hamba Allah berubatlah
kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan
dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya
apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”.
Menurut para ulama’ yang dimaksudkan dengan a’fiat itu ialah keadaan yang lebih
baik daripada sihat. Atau dengan kata lain seseorang itu akan ditambahkan nikmat dan
rahmat daripada Allah SWT setelah keyakinannya itu.
2.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN DAN KESIHATAN
Doa-doa yang dibaca adalah berupa zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa keselamatan serta
perlindungan. Di antara amalan berbentuk doa pendinding ialah doa pagar di dan rumah.
lain-lain keperluan dalam perubatan ialah:
i. senaman
ii. mengurut
SENAMAN
Pelbagai jenis senaman yang diajar untuk mengekalkan pelbagai jenis kesihatan
seperti untuk penggang, suara, awet muda, kekuatan tenaga, nafas dan sebagainya.
Ia juga dapat membina kekuatan mental dan menghapuskan perasaan negatif yang
berselindung dalam diri.
Menurut sejarah, sesetengah senaman diubah kepada tarian yang bertujuan
menguatkan otot-otot, sendi atau melancarkan pergerakan tubuh badan. Sebenarnya
senaman tadi elok dilakukan di waktu pagi dan sebelum tidur.
MENGURUT
Mengembalikan kepulihan urat saraf, dapat melancarkan perjalanan darah, angin,
lendir dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Waktu terbaik untuk mengurut ialah
waktu pagi dan malam. Alat yang biasa digunakan ialah minyak.
PEMAKANAN
Mengawal kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik adalah lebih
diutamakan berbanding dengan menggunakan kapsul-kapsul, pil-pil atau ubatan yang
sepertinya. Di dalam Islam, pemakanan yang baik itu dilihat dari segi halal, tiada shubhah
dan khasiatnya yang tinggi. Kadar pemakanan yang baik telah disebut oleh Rasulullah
SAW.
Masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah menghadapi makanan yang
syubhah dan tidak berkhasiat, di samping itu juga mereka terdedah dengan bahan
makanan yang boleh merosakkan keseimbangan kesihatan mereka.
e) Tension
Perasaan tertekan yang ketara menyebabkan hilangnya pertimbangan mental,
dan kawalan bertindak sebarang yang boleh mengurangkan tekanan tersebut boleh
digunakan untuk merawati pesakit tersebut.
f) Histeria
g) Lelah
Burung but-but, burung ciak rumah, udang galah
Boleh juga melakukan rawatan dengan melumurkan tilikan sulung minyak dari
sumbu pelita pada lubang tengkuk yang terlatak di antara dua lubang selangka.
h) Mengelakkan was-was
Was-was adalah satu daripada tipu daya syaitan. Untuk mengelakkannya,
seseorang itu hendaklah membaca
i) Gastrik
Mereka yang menghidapi gastrik hendaklah mengamalkan meminum air susu
tepung tanpa gula di setiap pagi. Lain-lain barang beralkali juga boleh meredakan
penyakit.
k) Mengelakkan kesantauan
Kesantauan lebih kerap berlaku melalui santau angin tetapi terdapat beberapa
santau lain yang sering kali dilakukan oleh anggota masyarakat kita. Cara
mengelakkannya ialah dengan membaca di bawah sebelum tidur.
Di samping itu sesetengah ulama’ menambah supaya membaca suratul ma’un
l) Menghilangkan kerinduan
Kerinduan itu tanda kasih tetapi kerinduan keterlaluan boleh memudharatkan diri
sendiri. Untuk mengelakannya, seseorang itu boleh melakukan:
i-melayan perassan tersebut dengan sekali lalu sahaja (kaedah ini banyak
menekankan pronsip ilmu jiwa).
ii-menyediakan dan mencium pakaian keluarga yang dirundui. Pakaian itu
hendaklah terdiri daripada pakaian yang sudah dipakai belum dibasuh.
iii-membaca surah Ad-Dhuha 7 kali pada air di waktu pagi.
Kemudian meminum dan menyapu muka dengan air tersebut.
HAID
Seringkali sebelum atau selepas kedatangan haid, seseorang perempuan akan
merasai sakit-sakit pada bahagian perut dan kemaluannya di samping malas, letih, berat
badan dan sebagainya. Melatih diri dengan senaman dapat mengurangkan bebanan
tersebut.
BEBERAPA CATATAN
Disediakan oleh,
Al-Fadhil Ustaz Hanafi Abdul Rahman,
Kuliah Syariah Islamiah
Kaherah.