Anda di halaman 1dari 11

REFLEKSOLOGI SPIRITUAL ISLAM; SATU KAEDAH RAWATAN PENAGIH DADAH DAN PESAKIT HIV

Pembentang Dr. Hj Jahid Bin Hj Sidek

Dibentangkan Di Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK) Kota Bharu, Kelantan

Tarikh: 8hb Disember 2012 Masa: 9.00 pagi 12.00 tengah hari

Anjuran Persatuan Anti Dada/ AIDS Malaysia (PADAM)

Pendahuluan

Adam a.s dan Hawa adalah manusia yang mula-mula diserang oleh penyakit semasa keduanya berada di syurga. Kedua-duanya telah terpedaya oleh tipu daya iblis sehingga kedua-duanya melakukan larangan Allah, memakan Buah Khuldi. Iblis adalah faktor luaran yang utama yang menjadi punca penyakit Adam, Hawa dan anak cucunya sehingga hari kiamat. Syahwat atau berbagai dorongan nafsu yang Allah jadikan di dalam diri manusia supaya hidup manusia menjadi aktif dan membangun, adalah merupakan faktor dalaman yang menjadi punca kelemahan hidup manusia dan punca berbagai penyakit. Agama Islam yang Allah syariatkan adalah untuk menentukan supaya hidup manusia tetap aktif dan positif, tidak negetif. Iblis telah berjaya menawan syahwat kedua-dua Adam dan Hawa apabila kedua-duanya menerima baik nasihat iblis. Iblis menegaskan kepada kedua-duanya dengan katanya; Tuhan kamu berdua tidaklah melarang kamu berdua daripada (memakan buah) pokok ini kecuali supaya kamu tidak menjadi malaikat atau supaya kamu berdua tidak boleh kekal hidup di syurga ini. (Al-Araf, 20) Kerana kedua-duanya ingin menjadi malaikat dan kekal hidup di syurga, maka kedua-duanya melanggar perintah Allah, lalu memakan buah larangan itu. Akibatnya, iblis, Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga untuk hidup diatas muka bumi, demikian juga anak cucu kedua-duanya, sehinggalah datangnya hari kiamat. Islam mengajarkan kepada ummatnya tentang wujudnya dua aspek penyakit, rohani dan jasmani. Bagaimanapun, penyakit rohani adalah menjadi punca kepada berbagai penyakit jasmani. Maka kaedah rawatan bagi berbagai penyakit jasmani ialah menerusi rawatan rohani. Adam dan Hawa dengan pimpinan Jibril a.s dapat mengatasi penyakit rohani mereka. Bukan sahaja taubat mereka telah diterima oleh Allah, tetapi juga Adam dan Hawa dapat keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang baik sehingga Adam layak dilantik sebagai nabi dan rasul kepada anak cucunya.

Iblis, Syaitan Dan Anak Cucunya Punca Penyakit Allah mengingatkan bahaya iblis dan anak cucunya, syaitan tetap akan menjadi punca berbagai penyakit manusia dengan firmanNya yang bermaksud;

Wahai anak-anak Adam, jaganlah sekali-kali syaitan mengfitnah kamu sebagaimana ia telah mengeluaran kedua ibu bapa kamu dari syurga (Al-Araf, 27) Syaitan apabila telah berjaya menawan syahwat manusia maka bererti ia akan mudah manawan akal dan hati. Akal tidak akan berfungsi secara normal. Mereka yang tidak boleh menggunakan akal untuk menerima kebenaran Allah seperti orang-orang kafir di sebutkan oleh Allah sebagai orang-orang yang tidak mampu menggunakan akal secara normal bagi menerima kebenaran Allah. Hati yang telah ditawan oleh syaitan pula akan menjadi lalai, keras, berpenyakit, buta dan mati hati. Manusia yang telah ditawan akal dan hatinya sepenuhnya oleh syaitan akan berubah sifat-sifat, perangai dan perbuatannya. Manusia tersebut akan menjadi seperti binatang ternak malah lebih buruk daripada binatang ternak. Firman Allah bermaksud; Sesungguhnya Kami sediakan untuk isi nereka ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi mereka tidak boleh menggunakan hati mereka bagi memahami kebenaran Allah, mereka ada mata tetapi mereka tidak boleh melihat kebenaran Allah, mereka ada telinga, tetapi mereka tidak boleh menggunakannya bagi mendengar kebenaran Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan keadaan mereka lebih buruk lagi daripada binatang ternak. Mereka itulah golongan orang-orang yang lalai (AlAraf 179) Apa yang Allah maksudkan ada mata tidak boleh digunakan untuk melihat, ada telinga tidak boleh digunakan untuk mendengar kebenaran ialah akal fikiran mereka tidak berfungsi kerana telah dikuasai oleh syaitan.

Hakikat Penagih Dadah Dan Pesakit HIV Orang yang akal dan hatinya telah ditawan sepenuhnya oleh syaitan bukan sahaja dapat dilihat fenomenanya dalam kehidupan penagih dadah dan pesakit HIV, tetapi yang lebih teruk lagi, yang tidak dapat dilihat dan diketahui oleh masyarakat kita ialah mereka yang mungkin kelihatan sihat tubuh badan, berkereta besar, berumah besar, berharta banyak, hidup penuh kemewahan tapi mereka adalah tawanan syaitan. Misalnya Firaun dan orang-orang seperti Firaun, Qarun dan orang-orang seperti Qarun,

Haman dan orang-orang seperti Haman adalah lebih teruk dari penagih dadah dan pesakit HIV. Penagih dadah, begitu juga pesakit HIV, syaitan telah berjaya masuk ke tubuh mereka dan menjadi penghuni tetap di dalamnya yang sukar dikeluarkan. Biasanya syaitan akan memilih dibahagian tubuh tertentu yang mudah digunakan untuk mengawal hati, akal, pandangan, pendengaran, emosi, perasaan penagih atau pesakit HIV. Biasanya syaitan akan berada di dalam perut, di bawah dagu, bawah telinga, dan di bahagian kepala, tengkuk, di kedua-dua belah tangan, bawah ketiak, tulang belakang, kedua-dua tapak tangan, tulang serangka dan tulangtulang rusuk. Mata dan hidung juga adalah bahagian anggota yang digemari oleh syaitan untuk diduduki. Demikian juga di bahagian punggung, peha, lutut dan lain-lainnya. Menerusi pemeriksaan yang ringkas dengan kemahiran dan pengalaman, maka dimana syaitan berada di dalam tubuh akan dapat diketahui. Biasanya syaitan akan berada di urat-urat kecil dan besar yang terletak dibawah kulit. Nabi bersabda yang bermaksud; Sesungguhnya syaitan belari-lari dalam pembuluh darah anak Adam.

Menimbulkan Kesedaran Akal Akal penagih dadah dan pesakit HIV mestilah disedarkan oleh perawat terlebih dahulu. Mereka perlu dibantu oleh perawat untuk meningkatkan kesedaran akal fikirannya. Perawat perlulah bijak memberikan kaunseling yang sesuai dan benar-benar dapat membantu meningkatkan kesedaran akalnya. Kaedah menimbulkan kesedaran akal memang menjadi salah satu ciri yang penting dalam sejarah dakwah nabi-nabi dan rasul-rasul. Dalam Al-Quran banyak kisah-kisah disekitar dakwah nabi-nabi dan rasulrasul kepada umatnya yang menumpukan kepada kesedaran akal. Misalnya, dalam sejarah dakwah Nabi Ibrahim a.s. ketika berdakwah kepada Namrud. Firman Allah :

ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?" maka tercenganglah orang Yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum Yang zalim. (Al-baqarah ayat 258)

Sewaktu sesi kaunseling tersebut, perawat hendaklah sentiasa membaca ayat ke-5-7 surah al-Fatihah di dalam hatinya. Selain daripada itu, hendaklah diselang-selikan dengan bacaan selawat Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik-baiknya selawat seperti yang selalu dibaca di dalam tahiyat. Sesi kaunseling ini diakhiri dengan mentalkinkan selawat Nabi kepada orang yang dirawat itu sekurang-kurangnya 3 kali dan sebaik-baiknya 7 kali. Kesan daripada kaunseling tersebut, biasanya akal fikiran mangsa tersebut menjadi lebih sedar terutamanya mengenai apa yang telah terjadi pada dirinya selama ini.

Menimbulkan Kemahuan Hati Hanya penagih dadah dan pesakit HIV yang benar-benar ada kemahuan hati untuk melepaskan diri dari masalah yang mereka hadapi sahaja yang akan berjaya disembuhkan. Allah telah menetapkan syarat tersebut seperti yang tersebut dalam firmannya; Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan yang ada pada seseorang sehingga orang itu sendiri merubah apa yang ada di dalam hati mereka (Ar-Radhu 11) Biasanya pesakit yang tidak ada kemahuan hati tidak akan berjaya diubati. Mereka yang datang berubat kerana didesak atau didorong oleh keluarga atau rakan atau orang-orang tertentu biasanya tidak akan dapat disembuhkan. Biasanya mereka tidak ada semangat untuk berubat dan akan melarikan diri dari menerima rawatan. Perawat perlu mengambil peluang keemasan untuk menimbulkan kemahuan hati pesakit yang datang tanpa ada kemahuan tersebut.

Kadang-kadang satu sesi kaunseling yang ringkas dan tepat boleh membantu menimbulkan kesedaran hati.

Ketaqwaan Perawat Yang Tinggi Masalah penagih dadah dan pemulihan pesakit HIV, hendaklah dilihat juga dari sudut perawat itu sendiri, kerana usaha menangani dan memberi rawatan terhadap mereka adalah merupakan satu masalah dakwah yang besar dan sulit. Perawat mesti mampu mengikut kaedah dakwah yang Allah sebutkan di dalam al-Quran, firman Allah bermaksud; Serulah mereka ke jalan agama Tuhan kamu Allah dengan hikmah Illahiyyah dan nasihat yang baik dan berilah hujah dengan yang terbaik. (An-Nahlu 125) Perawat bukan hanya mesti bergantung kepada Allah dan memandang Allah, tetapi juga hendaklah menggunakan kaedah dakwah bilisan al-hal yang merujuk kepada sifat-sifat ketaqwaan yang unggul dan gerak-geri serta amal perbuatan yang menarik perhatian dan memberi kesan pada zahir dan batin pesakit. Syeikh Ibrahim Bajuri seorang ulamak mesir yang pernah menjadi naib kenselor Universiti Al-Azhar pada pentengahan abad ke sembilan belas menegaskan, bahawa jika ada seorang pendakwah yang mampu menyampaikan dakwah bilisan al-hal, dia akan berjaya mendakwah beribu orang.

Pusat-Pusat Serenti Dalam konteks perawat tersebut, mungkin kita perlu membuat penyemakan dan penelitian semula terhadap kemampuan semua pusatpusat serenti di seluruh Negara. Jika boleh satu pendekatan baru yang didasarkan kepada kaedah Rawatan Spiritual Islam (RSI) yang sebenar harus dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila kita dapati pelatih-pelatih yang telah keluar dari pusat-pusat serenti kebanyakkannya akan tercebur semula dalam pengambilan dadah. Nampaknya masalah penagihan dadah yang semakin meruncing pada hari ini lebih banyak menyedarkan kita untuk segera kembali kepada kaedah RSI. Disamping itu kaedah pemulihan yang digunakan dipusat-pusat serenti telah pun berjalan begitu lama dan banyak kelemahan yang perlu segera diatasi. Penulis ada pengalaman melawat secara dekat di dua Pusat Serenti di Tampin, Negeri Sembilan dan Sungai Bakau, Rawang Selangor. Kekurangan yang jelas ialah pendekatan secara RSI.

Taubat Dan Inabah Terpimpin Penagih dan pesakit HIV mesti diajak bertaubat dari semua dosa dan kesalahan. Taubat dan inabah yang dilakukan mestilah secara terpimpin. Kegagalan taubat yang dilakukan oleh masyarakat adalah disebabkan tidak ada pemimpin. Pemimpin atau mentor adalam taubat adalah seorang alim yang mempunyai kelayakan seperti yang pernah diterangkan oleh golongan sufiyyah. Para sahabat yang ingin bertaubat biasanya mereka akan segera menemui Rasulullah s.a.w untuk menyatkan penyesalan diri dan keinginan mereka untuk bertaubat. Mereka juga biasanya meminta supaya Rasulullah s.a.w mendoakan dan meminta keampunan dari Allah untuk diri mereka. Firman Allah bermaksud; ... kalaulah mereka ketika menganiaya diri sendiri (kerana melakukan dosa) datang kepadamu (Wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani... (Al-Nisa,64)

Ciri-ciri Mentor Yang Baik Seorang alim yang mampu membimbing amalan taubat mestilah mempunyai ilmu yang lengkap, bukan hanya ilmu di lidah, tetapi mestilah ada di hati dan di dalam ruh, agar berbagai nasihat dan tunjuk ajar masuk ke dalam telinga sampai ke dalam hati dan ruh. Orang alim ini dalam ilmu dan amalan tasawuf dikenali sebagai seorang yang arif atau seorang muhsin atau ulu al-Albab. Orang inilah yang mampu menjadi mentor yang sebai-baiknya memberikan bimbingan mengikut kaedah Islam yang sebenar seperti yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) Dengan hikmah ilahiyyah dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. -al-Nahl: 125Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa sebaik-baik orang alim yang perlu kita dampingi selalu untuk mendapat nasihat dan bimbingannya ialah seorang alim yang mempunyai tiga ciri;

Pertama: Bila dilihat menjadikan hati orang yang melihatnya ingatkan Allah. Kedua: Kata-katanya mendengarnya. menambahkan ilmu orang yang

Ketiga: Amal perbuatannya dan tingkah lakunya mendorongkan hati seseorang gemar kepada akhirat. Orang alim yang mempunyai ciri di atas akan berjaya memberi bimbingan menerusi dua saluran bimbingan iaitu bi lisan al-maqal (bimbingan dengan kata nasihat) dan bi lisan al-hal (bimbingan dengan kesan tingkah laku). Shaikh Ibrahim al-Bajuri yang pernah menjadi naib canselor universiti al-Azhar semasa hidupnya pernah menegaskan bahawa seribu orang pendakwah yang berdakwah hanya kepada seorang sahaja menerusi dakwah bi lisan al-maqal belum tentu dapat merubah seorang yang didakwah oleh mereka itu. Sebaliknya, seorang pendakwah yang menggunakan dakwah bi lisan al-hal di samping dakwah bi lisan al-maqal akan berjaya walaupun orang didakwahnya itu seramai seribu orang.

Minum Air Yang Dicampur Air Limau Lipis Dan Garam Halus Sesudah penagih dan pesakit diberi kaunseling yang sewajarnya dan setalah dilakukan pemeriksaan oleh perawat, maka hendaklah diberi minum segelas air yang telah di doakan dan dicampur dengan air limau lipis dan garam halus. Sebaik-baiknya air minuman ini hendaklah disejukkan seberapa sejuk yang boleh. Jika sekiranya minuman tersebut sesuai, maka penagih begitu juga pesakit akan muntah mengeluarkan berbagai unsur yang kotor yang menjadi punca ketagihan dan penyakit. Antaranya lendir yang berali-tali akan keluar, diikuti dengan bau yang tidak menyenangkan. Sekiranya pesait tidak boleh muntah, unsur-unsur yang tidak dikehendaki akan keluar mengikut najis. Warna najis biasanya hitam dan berbau sangat busuk.

Rawatan Refleksologi Spiritual Islam (RRSI) Sesudah diberi minum maka rawatan secara RSI bolehlah dilakukan. RRSI ini didasarkan kepada beberapa asas yang terdapat dalam Islam; Pertama, diasaskan diatas hukuman sebatan kepada pesalah-pesalah tertentu seperti minum arak atau berzina bagi yang belum bernikah.

Kedua, diasaskan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Terdapat banyak riwayat yang menunjukan bahawa baginda memukul pesakit dengan serban yang dipintal kemas, dan kadang-kadang baginda menggunakan tepukan tangan yang kuat. Ketiga didasarkan kepada amalan sahabat dan orang-orang alim dan para ulamak. Khalifah Umar pernah memukul dengan tongkat kepala seorang sahabat yang dirasuk oleh syaitan. Imam Ahmad Ibnu Hambal mengeluarkan syaitan dari tubuh pesakit dengan cara memukul tubuh badan pesakit dengan kasutnya. Ibnu Taimiyyah (w725H), memukul pesakit yang dirasuk oleh syaitan dengan tongkat. RRSI ini akan dilakukan oleh perawat berdasarkan kepada hasil diagnosis yang telah dibuat. Biasanya RRSI ini dilakukan kira-kira satu jam atau lebih bergantung kepada keadaan penagih atau pesakit.

Mandi Sunat Taubat Seleas RRSI selesai dilakukan, penagih dan pesakit mesti dimandikan dengan mandi sunat taubat. Sebelum dimandikan hendaklah disuruh untuk bersuci terlebih dahulu termasuklah mengambil air sembahyang (kecuali jika pesakit dan seorang perempuan yang sedang unzur). Cara memandikan hendaklah dengan cara yang betul dantertip seperti berikut; 1. Penagih atau pesakit hendaklah berniat mandi sunat taubat dari semua dosa, zahir batin, kecil dan besar. Niat ini boleh dibuat pada jirusan kali pertama pada tubuh mereka. 2. Air hendaklah diratakan ke seluruh tubuh badan. 3. Potongan limau lipis yang dikenakan pada garam halus hendaklah digoroskkan keseluruh anggota pesakit terutamanya dibahagian, bahagian tertentu yang disyaki dijadikan tempat tinggal syaitan. 4. Sesudah seluruh anggota digosok dengan limau dan garam maka hendaklah dibilas dengan air batu yang cukup sejuk. Jirusan air batu hendaklah dibuat secara perlahan-lahan, bermula dari atas kepala, kemudian ke bahagian tubuh badan yang lain. Adalah sangat berkesan jika jirusan dilakukan dengan cara mengalirkan air batu yang sejuk itu secara terjunan, misalnya dengan menggunakan bekas yang tertentu seperti jag atau ceret air. Lebih baik lagi pancutan dibuat dengan satu alat yang boleh memancutkan air secara perlahan-lahan.

Mengenai minum dan mandi ais tersebut telah disyariatkan dalam Islam. Allah berfirman; dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: " Sesungguhnya Aku diganggu oleh Syaitan Dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (sadd, 40-41)

Solat Sunat Taubat Dan Hajat Serta Zikrullah Penagih dan pesakit hendaklah juga dipimpin untuk melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Kedua-dua sembahyang hendaklah dilakukan secara yang ringkas dan ringan, sekira-kira tidak membebankan dan menyusahkan. Sesudah kedau-dua sembahyang dilakukan maka hendaklah mereka diajak berzikrullah terutamanya dengan zikir tahlil dan mengulang-ulang sebut ism al-zat, Allah.. Allah.

Penagih Dan Pesakit HIV Melakukan Suhbah Suhbah bermaksud penagih dan pesakit HIV mesti mengeratkan hubungan zahir dan batin dengan perawat yang merawat mereka. Penagih dan pesakit akan dapat kesan yang sangat baik dari keeratan hubungan tersebut, sebagaimana para sahabat dapat kesan yang sangat positif dari keeratan hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud; keadaan agama seseorang banyak dipengaruhi oleh keadaan agama rakan rapatnya, maka hendaklah seseorang itu meneliti sebaik-baiknya siapakah orang yang nak dijadikan kawan yang rapat.

CADANGAN DARI PENULIS Kita syorkan supaya pihak yang berwajib menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengatasi masalah dadah.

Anda mungkin juga menyukai