Anda di halaman 1dari 5

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.

 Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat
sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
 Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu
itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
 Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis,
maka harga dirinya hilang kerana air mata  adalah perhiasan hati wanita.
 Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
 Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya
dan kebersihan hatinya.
 Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan
menunaikan janji bila berjanji.
 Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara
berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
 Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa  perlu
disebutkan.
 Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu
diminta terlebih dahulu.
 Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
 Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak
bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
 Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan
cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
 Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak
berjudi, berzina atau minum arak.
 Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
 Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada
wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya
itu.
 Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan
berkerut-kerut dahinya.

Siapakah orang yang sombong –


-Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada
yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin
dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya
     -Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat
Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan
didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya


- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi
menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering
merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat


- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan> kemarahannya ketika ia di dalam
kemarahan.

 Siapakah orang yg lemah


- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan> kemaksiatan di depan matanya
tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil


- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta


- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca  dan meniliti akan kebesaran Al
Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli


-Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak
di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk


-Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-
olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya


- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."  Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara


 -Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu
mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir
airmatanya.

Siapakah orang yg kaya


 -Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba
akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah orang yg miskin
 -Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa 
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg pandai


- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana
dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yg bodoh


 -Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya
sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya


 -Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya


 -Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal
dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu


 -Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat
saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama
sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi


 -Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu di tipu


 -Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik


 -Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas


 -Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit


 -Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-
amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal


- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa> neraka.

Siapakah orang yg tidak berakal


 -Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya
mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan
siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.

wallahu a'lam. sekian


 

Jadilah orang yang disenangi!

Sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan
masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda
tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan!

1. buangkan ego diri yang menjadi pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri
kita dengan orang lain adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi
dengan baik.

2. usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting. Keinginan menjadi orang yang
penting meruapakan sifat semulajadi manusia dan rangsangan yang paling berkesan
pada sifat manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya kata-katanya
dipertimbangkan dan dihargai; setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam
sesuatu lingkungan, walaupun kecil dan setiap orang ingin mendengar penghargaan
yang tulus ikhlas.
 

3. jika berbuat kesalahan dengan orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai
amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri; “Maaf, ibu terpijak kaki
Along” atau sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini akan mendidik diri
bersopan santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan mengucap “maaf’, “tolong”, “terima
kasih” dan sebagainya.

4. anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki suatu keistimewaan yang tidak ada
pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih
murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoan akan
dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun di khalayak ramai.
 

5. jadilah seorang pendengar yang baik. Untuk memahami seseorang, kita perlu
mendengar perbicaraan mereka. Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan
permasalahan yang mereka hadapi, mendengar sudah cukup untuk mengurangkan
tekanan mereka. jika dalam percakapan atau tindakan seseorang itu terdapat sesuatu
yang tidak kena, elakkan mengkritik ketika itu juga. Lihat pula suasana dan moodnya.
Kadang kala persahabatan yang ingin terus dikekalkan memerlukan kesabaran kita.
Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun pandangan kita adalah benar. Memberi
kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan yang ketara terhadap seseorang
yang mudah tersinggung.
 
 
 
 
Ke Indeks

Site Sponsors

Anda mungkin juga menyukai