Anda di halaman 1dari 27

1.

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari
anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-
sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha
sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang
menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati
anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-
Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika
anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan
menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila
masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara
memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda
terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal
pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki
akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang
perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa
badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan
perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan.
Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan,
semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk
didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan
hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik,
mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal
pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan
menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan
sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling
mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa
atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan
dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada
berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan
hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika
mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka
melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak
berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian
atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan –
tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai
oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada
anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej
dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita
didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada
bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian
daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini
menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan
kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk
menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan
dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini
membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan
ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka
kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru,
cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan
yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu,
menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki
kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan
dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak
batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki
seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak
tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang
dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan
emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal
pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan
atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta
maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut
terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan
secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah,
dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah
sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan
bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 83 Komen »


.: 76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA :.
Mei 23, 2008 oleh ayatayatcinta

1.      Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara

lain dan peluklah dia.

2.      Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah

yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3.      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4.      Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat

memahami anda.

5.      Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama

setengah jam setiap hari.

6.      Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih

lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7.      Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu

hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8.      Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,

tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9.      Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10.  Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12.  Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat

persediaan.

13.  Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang

hal itu.

14.  Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara,

katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15.  Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan

kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat

merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16.  Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda

akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18.  Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah

dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan

tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-

bukan.

19.  Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan

tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20.  Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar

yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21.  Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk

membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas

yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22.  Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan

tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan

dilakukannya.

23.  Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan

jangan lupa pula membelinya.

24.  Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25.  Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,

maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan

pada waktu yang terluang.

26.  Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang

menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27.  Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28.  Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29.  Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30.  Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.

Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31.  Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan

berikan nombor telefon tempat itu.

32.  Basuhkan kereta yang dipakainya.

33.  Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia

suka.
34.  Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda.

Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35.  Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36.  Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37.  Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan

pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38.  Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39.  Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan

lumpuh.

40.  Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh

dia memilih apa yang dia memang gemar.

41.  Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk

menentukan di mana hendak makan.

42.  Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi,

selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43.  Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44.  Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45.  Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di

khalayak ramai.

46.  Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda

menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih

awal sebagai contoh kepada mereka.

47.  Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.


48.  Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen

dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit

kemudiannya.

49.  Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang

mahu dijadikan kenangan.

50.  Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51.  Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan

ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52.  Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak

terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan

anda boleh laju.

53.  Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan

anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak

letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya

dan sebaliknya.

54.  Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia

tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55.  Solat bersama dan berdoa bersama.

56.  Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58.  Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk

itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda

lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk

melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59.  Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60.  Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui

telefon.

61.  Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62.  Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang

dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan,

letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63.  Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64.  Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa

anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai,

pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65.  Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca,

dan pada orang lain yang dia hubungi.

66.  Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring

dengannya.

67.  Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu

keluar rumah.

68.  Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69.  Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70.  Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71.  Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia

dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki.

Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72.  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73.  Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74.  Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.


75.  Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan

perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita

ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan

anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai.

Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76.  Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan

mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa

lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia

perlukan.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 4 Komen »

.:10 RESEPI RAHSIA CINTA:.


Mac 13, 2008 oleh ayatayatcinta
1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu
kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan
orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak
menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu
sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri
sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat
dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada
diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih
dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima.
Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk
meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu
berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati


terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk
mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan
fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin
membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan
terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,


menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan
membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama
Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan
kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali


kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi
milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk
dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.
Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku
melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku-
hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu
berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang
yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan
pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah
melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan
kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang
yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu
katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan
tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki
hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti
mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara
hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang
terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari
komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat
diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu
dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari
cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari -
hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa
percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan
merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh
mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh
pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai
tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar
- benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar
mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu
harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih
jauh dengannya.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 60 Komen »

.: KEPERCAYAAN CINTA ? :.


Februari 21, 2008 oleh ayatayatcinta

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi
akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai.
Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia.
Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu
meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu
melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan
kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang
dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan
dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh Ã
¢â‚¬Ëœmenjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal


Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si
dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan
boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari
melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi
jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu
dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui
bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan
, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri
masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih
yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap
kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut
menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini
membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk
kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin
mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang
terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya


Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu.
Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari
tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha
untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.
Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin
perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan


Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah
pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia
mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan
hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak
dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha
menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi
bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang
boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh
mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh
hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan
menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si
dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat


Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha
terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan
pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu
sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam


Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi
punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam
ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin
berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka


Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada
dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin
bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik
ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu
berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak
semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur


Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja
dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur
yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap
didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkapÃ
¢â‚¬â„¢ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi


Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan
asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani
kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu
mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan
kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati


Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar.
Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan
memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua
namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu.
Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa
hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja
dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling
memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan


Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’
jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi
merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan
yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya
akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling
menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia
dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat
segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu
pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu
perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu
memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya.
Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya.
Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu
serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik


Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’
dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali
kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi,
hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap
kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama


Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau
kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan
yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi
kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam
perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 22 Komen »

.: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.


Februari 21, 2008 oleh ayatayatcinta

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling


menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-


kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus


jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut


mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat


dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 45 Komen »

.: NOVEL AYAT AYAT CINTA :.


Januari 30, 2008 oleh ayatayatcinta
novel_ayat_ayat_cinta.pdf

Ayat Ayat Cinta - Novel Pembangun Jiwa

Karya
Habiburrahman Saerozi

Alumnus Universitas Al Azhar, Cairo

“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.


Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”
Sambil terisak Aisha melantunkan ayat:
Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii

(Hai jiwa yang tenang


Kembalilah kamu kepada Tuhanmu
dengan hati puas lagi diridhai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 216 Komen »

.: AYAT AYAT CINTA OST :.


Januari 30, 2008 oleh ayatayatcinta

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 145 Komen »

.: KEJUJURAN BUKTI CINTA SEJATI ? :.


Januari 30, 2008 oleh ayatayatcinta
PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai
Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum
sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala
jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah
cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam
percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang
berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang
lain menyimpan dalam memori sendiri.

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah
kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah
dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi
seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya
sepenuh hati.

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru
setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda
bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:

 Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
 Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
 Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
 Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan
pasangan ketika ini.
 Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam
hubungan cinta.
 Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk
menceritakan kisah percintaan masa lalu.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 30 Komen »

.: BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. :.


Januari 30, 2008 oleh ayatayatcinta

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu
menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu
mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga
yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang
sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau
sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh
diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak
boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga
menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah.
Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash,
semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa
diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya
indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak
tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 19 Komen »

.: TENTANG CINTA :.
Januari 30, 2008 oleh ayatayatcinta

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah
sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin
sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu
padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa
menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang
remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan
selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu
berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal
mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah
berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan
melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm
satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita
sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta
seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta
yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk
membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Dikirim dalam .: AYAT AYAT CINTA :. | 34 Komen »

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

 a
Pilih kategori

 :.POS TERKINI .:
o .: TIPS MENAWAN HATI WANITA :.
o .: 76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA :.
o .:10 RESEPI RAHSIA CINTA:.
o .: KEPERCAYAAN CINTA ? :.
o .: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.
 :. TAKWIM .:
April 2009
A I S R K J S
« Mei    
  1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30  
 :. ARKIB .:
o Mei 2008
o Mac 2008
o Februari 2008
o Januari 2008
o Disember 2007
o November 2007
o Oktober 2007
o September 2007
o Ogos 2007
o Julai 2007
o Jun 2007
o Mei 2007
o April 2007
 :. POS POPULAR .:
o .: KATA KATA CINTA :.
o .: LOVE MESSAGES :.
o .: TIPS MENAWAN HATI WANITA :.
o .: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.
o .: RAHSIA WANITA :.
o .:10 RESEPI RAHSIA CINTA:.
o .: KEPERCAYAAN CINTA ? :.
o :. ABOUT LOVE .:
o .: 76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA :.
o .: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.
 :. KOMEN ANDA .:

mYhEaRt pada .: IFTITAH :.

ikki pada .: TIPS MENAWAN HATI WANITA…

shar... pada .: KATA KATA CINTA :.

Leya pada .: KATA KATA CINTA :.

madi pada .: TIPS MENAWAN HATI WANITA…

 :. STATISTIK PENGUNJUNG .:
o 606,325 hits
 :. ANDA DARI MANA .:

Blog di WordPress.com.

Tema: Mistylook oleh Sadish.

Anda mungkin juga menyukai