Anda di halaman 1dari 17

1.0 PENDAHULUAN .....................................................................................................................

2
2.0 ASBAB NUZUL SURAH AL-JIN ........................................................................................... 3
3.0 TEMA SURAH AL-JIN ........................................................................................................... 4
4.0 FIZIKAL DAN BENTUK JIN ................................................................................................. 4
5.0 TEMPAT TINGGAL JIN ........................................................................................................ 5
6.0 KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP JIN ...................................... 5
7.0 PERTALIAN HIDUP ANTARA MAKHLUK JIN DAN MANUSIA.................................. 7
8.0 KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN KARUT MENGENAI MAKHLUK JIN................. 8
9.0 GOLONGAN YANG TIDAK PERCAYA KEPADA JIN TIDAK MEMPUNYAI
ALASAN ................................................................................................................................................ 9
10.0 MAKHLUK JIN MEMPUNYAI DWI TABIAT SAMA SEPERTI MANUSIA .............. 10
11.0 MAKHLUK JIN TIDAK MENGETAHUI URUSAN GHAIB .......................................... 11
12.0 PENGAKUAN DARI MAKHLUK JIN TENTANG AL-QURAN..................................... 13
13.0 PENDAPAT IBN KATHIR DAN SAYYID QUTB TENTANG PERISTIWA
ROMBONGAN JIN MENDENGAR AL-QURAN. ......................................................................... 14
14.0 AL-QURAN SUMBER MAKLUMAT KEJADIAN-KEJADIAN YANG GHAIB .......... 15
15.0 ISLAM MEMBERI MAKLUMAT ALAM GHAIB KEPADA MANUSIA...................... 16
16.0 KESIMPULAN ........................................................................... Error! Bookmark not defined.
17.0 RUJUKAN ............................................................................................................................... 17

1
1.0 PENDAHULUAN

Surah Jin ini adalah surah Makiyyah yang mengadungi 28 ayat. Dalam surah ini,
Allah memberitahu kita perihal tentang jin. Mereka dinamakan ‘jin’ kerana kita tak nampak
mereka. Perkataan jin dari katadasar ‫ جنن‬yang bermaksud ‘ditutup’. Ada beberapa kalimat
yang kita biasa gunakan juga adalah dari katadasar yang sama . Sebagai contoh, Syurga
dinamakan Jannah kerana pokok tumbuhan begitu lebat di dalam syurga, sampaikan tidak
nampak tanah di bawah. Janin juga dinamakan demikian kerana kita pun tidak nampak apa
yang ada dalam perut ibu.

Jin-jin hidup dalam alam mereka sendiri. Kisah tentang jin ini satu topik yang amat
menarik minat manusia, sentiasa manusia bercakap-cakap tentangnya. Dan memang banyak
disebut tentang jin, dalam Quran ada 40 ayat yang menyebut tentang jin. Yang paling banyak
diceritakan tentang Jin adalah dalam surah Jin ini. Kerana dalam surah ini, khusus disebut
tentang mereka sampaikan surah ini sendiri dinamakan surah Jin.

Oleh kerana memang telah jelas disebutkan Jin dalam Quran, maka kita kena percaya
dengan kewujudan jin. Ini penting kerana ada yang tidak mahu menerima kewujudan Jin ini
kerana mereka kata tak boleh nampak jin. Dan kononnya, mereka itu orang sains, maka kena
percaya dengan percaya kepada perkara yang nampak sahaja.

Padahal, ada banyak lagi benda yang kita tak nampak tapi kita tahu ianya wujud –
sebagai contoh, kita tidak nampak angin, tapi kita tahu ianya wujud, Kepercayaan kepada
kewujudan Jin ini adalah sebahagian dari iman. Kalau kita tak percaya ada Jin, bermakna kita
telah menolak ayat Quran sebenarnya. Jadi, ini bukan perkara main-main.

2
2.0 ASBAB NUZUL SURAH AL-JIN

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: telah


mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami
telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah membacakan
al-Quran kepada Jin, dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah bersama-sama
rombongan Sahabatnya menuju ke pasar 'Ukkadh, sesampainya di Tuhamah Rasulullah saw.
Dan rombongan berhenti untuk solat subuh, hal ini menyebabkan berita-berita di langit yang
biasa dicuri syaitan terhalang, malahan mereka mendapat lemparan bintang-bintang, sehingga
terpaksa pulang kepada kaumnya.

Setibanya di tempat kaumnya, syaitan itu ditanya: "Apa yang terjadi sehingga kalian
kembali? Mereka menjawab "Kami terhalang untuk mendapat berita dari langit, bahkan kami
dikejar bintang-bintang". Kaumnya berkata: "Tak mungkin terhalang antara kita dengan
berita langit. Tentu ada sebabnya. Berpecahlah kalian ke timur dan ke barat mencari sebab
penghalang tersebut, sehingga sampailah sebagian dari mereka ke Tuhamah tempat
Rasulullah saw berhenti untuk solat fajar (subuh).

Mereka mendengar bacaan Rasulullah serta memperhatikannya dan mereka berkata


"Demi Allah, ini yang menghalangi kita dengan berita langit". Mereka pun pulang ke
kaumnya dan menyampaikan kejadian itu serta mengagumi al-Qur'an yang membawa mereka
kejalan petunjuk Allah sehingga mereka beriman.

Berkenaan dengan kejadian tersebut, maka turunlah al-Qur'an Surat Al-Jin ayat 1
sebagaimana tertulis di atas, sebagai pemberitahuan kepada Nabi saw untuk memberitahu
kepada ummatnya tentang kejadian itu.1

1
Rasiyam Hidayat. asbabun nuzul surat al-jin

http://www.rasiyambumen.com/2016/10/asbabun-nuzul-surat-al-jin.html . (oktober 18 2016)

3
3.0 TEMA SURAH AL-JIN

Tema utama surah ini berkisar pada huraian tentang makhluk halus yang bernama Jin
yang tercipta dari api dan memiliki sifat dan kemampuan yang berbeza dengan manusia. Di
sini dihuraikan pula tentang keragaman sikap mereka terhadap ajaran agama dan bahwa
sebagian mereka percaya kepada Keesaan Allah swt, Kiamat, dan Kebenaran Al-quran yang
mengagumkan mereka.

Surah ini bertujuan untuk meluruskan kepercayaan yang keliru sebahagian orang yang
menduga bahwa jin memunyai kemampuan luar biasa sehingga berusaha berhubungan dan
mematuhinya, padahal kepatuhan kepada jin tidak memberikan apa-apa kecuali kesulitan
dan kemudharatan. Di samping itu, ia juga bertujuan menunjukkan kemuliaan Nabi
Muhammad saw yang ajarannya melampaui jenis manusia, bahkan disambut baik oleh jin.

4.0 FIZIKAL DAN BENTUK JIN

Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeza dari bentuk rupa manusia, iaitu
mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung, mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya,
sebagaimana yang dimiliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai
manusia. Hanya perbezaan fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia.

Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan bermacam-macam
warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan Jin Islam yang fasik
memiliki rupa yang buruk dan menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras
yang elok. Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar 3 hasta
sahaja.

Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang sehinggai beribu-ribu
tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi kecepatan cahaya dalam suatu waktu.
Disebabkan Jin terdiri dari mahkluk yang halus dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia
dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil juga boleh diduduki
oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.

Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat mengatakan bahawa
jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sehingga hari kiamat dikalikan dengan haiwan-

4
haiwan, dikalikan dengan batu-batu, dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-
tumbuhan, itu pun hanya satu per sepuluh dari jumlah Jin. Sedangkan jumlah Jin adalah satu
per sepuluh dari jumlah Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya
saja yang mengetahuinya.2

5.0 TEMPAT TINGGAL JIN

Alam tempat Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithali iaitu suatu
alam yang terletak di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah
kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak
akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah mereka.
Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya segera kembali ke rumah
apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah harus ditutup, agar tidak dimasuki
oleh syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah:
“Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah
anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu
ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama
Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta
sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika
menutupnya) “ Hadith di atas bererti bahawa Jin dan syaitan tidur di waktu siang dan
menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan, baik lelaki mahupun
perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak.

6.0 KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP JIN

Banyak orang berpendapat bahawa di dalam dunia ini, selain daripada manusia,
terdapat pula sejenis makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat zatnya, tapi boleh dilihat kesan-

2
saiful “fizikal dan bentuk jin”
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=695428

5
kesan dan kegiatannya yang berhubung dengan manusia dalam berbagai-bagai bidang hidup
yang lain. Di samping itu makhluk ghaib juga mempunyai satu kebolehan istimewa, iaitu
boleh memberitahu hal-hal ghaib dan boleh menjelma ke dalam tubuh manusia. Di samping
itu makhluk yang ghaib juga mempunyai satu kebolehan istimewa, iaitu boleh memberitahu
hal-hal yang ghaib dan boleh menjelma ke dalam tubuh manusia bercakap dengan lidahnya
dan bergerak dengan gerak gerinya.

Di samping itu manusia pula mempunyai jampi mentera yang dapat memanggil
makhluk ghaib itu bila dikehendaki dan boleh mempergunakannya untuk maksud
menyampaikan kehendak-kehendak mereka dan untuk mendapatkan berita-berita yang
tertentu. Makhluk ghaib itu terkenal dengan nama jin menurut panggilan manusia dan kitab
suci. Di samping pendapat ini terdapat pula satu golongan yang berpendapat, tidak ada dalam
dunia ini, selain manusia, satu makhluk yang mempunyai sifat-sifat seperti tadi. Hanya
manusia sahaja yang ada di dunia ini.

Kedua-dua pendapat ini merupakan aliaran-aliran pemikiran manusia dalam hal


kebendaan dan kerohanian. Di tengah-tengah pertentangan pendapat-pendapat yang
melampau itu, datanglah kitab-kitab suci yang membuat penjelasan secara sederhana tentang
makhluk jin itu. Kitab-kitab suci mengaku adanya jin dan ada pula sifat-sifatnya yang
tertentu, tetapi ia menafikan sifat-sifat jin yang diada-adakan oleh fikiran manusia yang
melampau-lampau itu.

Walau pun begitu banyak bomoh-bomoh dan tukang tenung menanamkan


kepercayaan-kepercayaan yang karut marut pada orang-orang yang lemah iman dan bodoh.
Mereka mengatakan jin itu masuk ke dalam tubuh manusia dan merekalah orang yang boleh
mengeluarkannya, mereka mengaku boleh menggunakan jin-jin di dalam menimbulkan kasih
dan benci, menyebabkan berkahwin dan bercerai, boleh membawa kebajikan dan menolak
bala.

Mereka mendakwa menggunakan jin untuk mencari barang-barang yang hilang atau
meramalkan perkara-perkara yang akan berlaku dan mengubat orang-orang yang sakit
sehingga menjadi satu mata pencarian hidup yang lumayan dengan menipu manusia. Mereka
telah merosakkan kehidupan orang ramai dan memesongkannya. Dari situ orang ramai tidak
seharusnya membiarkan tukang-tukang tenung dan bomoh-bomoh itu membodohkan akal
mereka, malah mereka harus menentangi dan membersihkan masyarakat dari orang-orang
seperti ini.

6
7.0 PERTALIAN HIDUP ANTARA MAKHLUK JIN DAN MANUSIA

Sesungguhnya manusia dan jin hidup di segala tempat yang yang Allah ciptakan
untuk mereka. Mereka hidup di permukaan bumi, di langit, di udara dan di air. Di tempat-
tempat ramai, di tempat lapang dan di seluruh alam ini. Kedua makhluk ini hidup dan
memakan setiap makanan yang diciptakan Allah untuk mereka.

Manusia diciptakan dari tanah, maka tubuhnya menjadi subur dan berkembang bila
memakan makanan yang berasal dari tanah seperti, biji-bijian, buah-buahan, tumbuh-
tumbuhan dan berbagai jenis tanaman lainnya. Manusia hidup dalam berbargai fasa, hingga
akhirnya menemui kematian dan kembali menjadi tanah. Adapun jin, makhluk ini diciptakan
dari api, maka tubuhnya sendiri dari unsur dan bahan-bahan api.

Seperti halnya manusia, makhluk ini akan menjalani kehidupan untuk kemudiannya
menenemui kematian dan kembali kepada api, kecuali jika ia menjelma kepada tubuh-tubuh
ketanahan (tubuh yang diciptakan dari bahan tanah) seperti manusia, dan binatang , lalu ia
menemui kematiannya pada tubuh yang dijelmakannya, maka ia akan tetap dalam corak dan
bentuk yang demikian itu. Seperti hanya jin yang menjelma dengan rupa seekor ular besar,
sebagaimana telah diungkapkan dalam hadith terdahulu, maka ia menemui kematiannya
dalam rupa seekor ular.

Oleh kerana itulah, tatkala Allah mengancam kedua makhluk ini sebab mereka
melampaui batas-batas kehambaan dan padahal keduanya tidak mempunyai kekuatan dan
melainkan daripada Allah. Maka Allah melahirkan kelemahan-kelemahan keduanya
sepenuhnya, kerana dalam keadaan yang bagaimanapun juga kedua makhluk ini tidak
berdaya untuk bangun menentang kehendak dan kekuasaan Allah. Allah SWT, berfirman:
“Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan
bumi, makan lintasilah, kamu tidak dapat menembuskannya melainkan dengan kekuatan”. (,
Ar-Rahman, 55:33)

Dengan demikian, nyatalah bahwa di antara kedua jenis makhluk ini terdapat pertalian
kehidupan dunia dan dalam menerima kematian. Kerana sesungguhnya tubuh jin dan manusia
terdiri dari bahan-bahan yang boleh musnah. Maka, masalah kematian dan kepunahan itu
sama-sama dialami oleh kedua makhluk ini. Bukti kebenaran masalah ini adalah firman Allah
yang berbunyi: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu
yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman, 55: 26-27)

7
Maka, akan musnah dan binasalah jin dan manusia. Tidak seorang pun tertinggal kecuali
Allah, Tuhan Pencipta alam semesta.3

8.0 KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN KARUT MENGENAI MAKHLUK JIN

Selain dari itu, pengakuan ini juga membetulkan banyak kepercayaan yang karut
mengenai alam jin yang terlekat di dalam jiwa orang-orang arab yang mula-mula menerima
surah ini, juga terlekat di jiwa manusia seluruhnya dahulu dan sekarang. Pengakuan ini telah
meletakkan hakikat alam ghaib ini di tempatnya yang sebenar tanpa keterlaluan dan meraba-
raba.

Orang-orang arab yang mula-mula menerima al-quran ini beranggapan bahawa jin itu
mempunyai kuasa di bumi ini. Oleh kerana itu, apabila seseorang dari mereka berada di
sebuah wadi atau di kawasan tandus dia memohon perlindungan pada tuan wadi ini dari
orang-orang yang nakal dan bebal dari kaum yang mendiaminya. “kemudian ia bermalam di
situ dengan aman. Begitu juga mereka beranggapan bahawa jin itu mengetahui perkara-
perkara yang ghaib dan merekalah yang memaklumkannya kepada ahli-ahli nujum yang
memberi berbagai-bagai ramalan itu. Di antara mereka ada yang menyembah jin dan
menghubungkan di antara Allah dan jin dengan satu pertalian persemendaan. Mereka
beranggapan bahawa allah mempunyai seorang isteri dari bangsa jin dan isteri inilah yang
melahirkan malaikat-malaikat.

Kepercayaan yang seperti ini atau sebagainya mengenal jin adalah lumrah dalam
setiap masyarakat jahiliyah. Kepercayaan-kepercayaan dan dongeng-dongeng yang karut ini
masih kuat di dalam bebagai-bagai masyarakat hingga ke hati ini.

Sementara kepercayaan dan dongeng-dongeng yang karut mengenai jin ini menguasai
hati, perasaan dan fikiran manusia di zaman silam dan zaman sekarang. Di sana terdapat pula
pada hari ini barisan manusia yang menginkarkan sama sekali kewujudan jin. Mereka
sifatkan semua cerita mengenai makhluk yang ghaib ini sebagai cerita-cerita tahyul belaka.

3
ustaz abdul aziz bin harjin “pertalian antara jin dan manusia”
http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pertalian-di-antara-jin-dan-manusia.html?m=1

8
Diantara rekaan khayal yang berlebih-lebihan dengan keingkaran yang melulu inilah
islam menjelaskan hakikat makhluk jin dan membetulkan kepercayaan-kepercayaan umum
yang karut mengenainya serta membebaskan hati manusia dari takut dan tunduk kepada
kuasa jin yang tidak wujud itu.4

9.0 GOLONGAN YANG TIDAK PERCAYA KEPADA JIN TIDAK MEMPUNYAI


ALASAN

Surah ini telah membetukan kepercayaan orang-orang arab yang salah tentang
kekuasaan makhluk jin dan peranan mereka di alam ini. Adapun orang-orang yang ingkarkan
kewujudan makhluk jin, maka saya tidak tahu di atas asas apakah mereka landaskan
keingkaran mereka yang begitu tegas dan pasti itu, dan mengapa mereka mengejek-ngejek
kepercayaan tentang wujudnya jin ini dan menamakannya sebagai kepercayaan tahyul.

Adakah kerana mereka telah mengetahui seluruh makhluk yang ada di alam buana ini
dan di antara makhluk-makhluk itu mereka tidak pernah menemui makhluk jin? Tiada
seorang pun ahli sains yang memberi pendapat seperti ini hingga hari ini. Di bumi ini sahaja
terdapat berbagai-bagai makhluk hidup yang diketahui wujudnya hari demi hari. Tiada
seorang pun yang berkata bahawa siri penemuan makhluk-makhluk hidup di bumi ini telah
terhenti atau akan terhenti pada suatu hari yang tertentu.

Adakah kerana mereka telah mengetahui segala kuasa dan kekuatan yang tersembunyi
di alam buana ini, sedangkan mereka tidak menemui kuasa dan kekuatan jin di antara kuasa-
kuasa dan kekuatan-kekuatan itu? Tiada seorang pun yang membuat dakwaan seperti ini,
kerana disana terdapat berbagai-bagai kuasa dan kekuatan yang ditemui setiap hari,
sedangkan kelmarin ia belum lagi diketahui. Ahli-ahli sains sedang bersungguh-sungguh
untuk mengenal pasti kuasa-kuasa alam , dan mereka dengan rendah diri setelah didorong
oleh penemuan-penemuan ilmiyah mereka mengumumkan bahawa mereka masih berdiri di

4
Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. Tafsir fi zilal

https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/ (9 oktober 1906)

9
tepi batas yang majhul di alam buana ini dan mereka boleh dikatakan belum lagi memulakan
penerokaan itu.

Apakah kerana meraka telah melihat segala kuasa yang digunakan mereka, sedangkan
mereka tidak melihat kuasa jin di antara kuasa-kuasa itu? Ini pun tidak juga, kerana mereka
memperkatakan tentang kuasa electron dengan sifatnya sebagai satu hakikat ilmiyah sejak
mereka Berjaya meleburkan atom, tetapi tiada seorang pun dari mereka yang melihat electron
itu, kerana tidak ada di makmal-makmal mereka alat-alat yang dapat mereka asingkan salah
satu dari zarah-zarah electron yang diperkatakan mereka itu.

10.0 MAKHLUK JIN MEMPUNYAI DWI TABIAT SAMA SEPERTI MANUSIA

Kedua-dua sangakaan atau fikiran itu salah belaka. Ia membayangkan kejahilan dan
kekuranagan pengertian terhadap hikmat Allah yang menciptakan manusia. Allah
menciptakan manusia dengan dari kesedihan semulajadi, iaitu kesediaan untuk kebaikan dan
kejahatan, untuk kesesatan dan hidayat. Dari surah ini juga kita dapat mengetahui bahawa
makhluk jin juga mempunyai dwi kesedihan seperti manusia kecuali jin yang menumpukan
kegiatannya kepada kejahatan sahaja seperti iblis. Ia telah diusir dari rahmat Allah kerana
melanggar perintah Allah dan akhirnya menjadi jahat semata-mata tanpa mempunyai dwi
kesediaan lagi.5

5
Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. Tafsir fi zilal

https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/ (9 oktober 1906)

10
11.0 MAKHLUK JIN TIDAK MENGETAHUI URUSAN GHAIB

Di zaman moden ini, masih ramai di kalangan umat Islam yang mempercayai tukang
tilik. Mereka menyakini tukang tenung boleh menyelami rahsia alam ghaib sama ada
mengetahui siapakah pencuri yang melakukan pengkhianatan atau meramalkan perkara yang
akan datang dan perkara-perkara yang ghaib yang akan berlaku. Tukang tilik dan para bomoh
yang suka meramal dan menceritakan sesuatu sama ada berkaitan hal jenayah dan sebagainya
itu sebenarnya adalah menerima bisikan daripada syaitan atau jin yang suka melakukan
pendustaan dan pembohongan sedangkan mereka memang tidak sedikitpun mengetahui alam
ghaib.

Allah SWT mewakilkan kepada malaikat untuk memastikan supaya mengazab jin
apabila mereka mengingkari arahan dan perintah Nabi Allah Sulaiman a.s iaitu dengan
membakar mereka. Jin telah diperintahkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s supaya
membangunkan suatu bangunan, maka mereka semua melakukan siang dan malam tanpa
hentinya, kerana terlalu takut. Sehinggalah Nabi Sulaiman wafat di hadapan mereka
sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan mereka tidak mengetahui alam
ghaib. Kalaulah mereka mengetahui tentang kewafatan Nabi Sulaiman a.s tentulah mereka
akan berhenti daripada meneruskan pembinaan bangunan itu. Sedangkan bangunan yang
diarahkan itu memang terlalu sukar untuk dibangunkan sebagaimana yang telah disebutkan
oleh Allah SWT didalam al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s wafat di hadapan mereka pun tidak dapat mereka kesan.
Bagaimana pula untuk membolosi rahsia alam ghaib dan perkara-perkara yang hanya Allah
sahaja mengetahuinya. Sebenarnya golongan jin ini sebelum turunnya al-Quran boleh
mencuri berita dari langit tetapi setelah al-Quran diturunkan mereka tidak lagi dapat menaiki
langit sebagimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan Sesungguhnya kami Telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, Maka kami
mendapatinya penuh dengan penjagaan yang Kuat dan panah-panah api. Dan Sesungguhnya
kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan
(berita-beritanya). tetapi sekarang[1524] barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan
(seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). Dan
Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang

11
dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi
mereka."

Ar-Razi di dalam kitab tafsirnya menghuraikan tentang kematian Nabi Sulaiman a.s
sedangkan jin bekerja di hadapan baginda dan tidak mereka sedari, dengan katanya jin
memang mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Maka takdir kematian Nabi
Sulaiman a.s adalah ilmu ghaib, manusia tidak diberi ilmu melainkan amat sedikit, banyak
perkara yang nyata mereka tidak ketahui, dan jin pula tidak mengetahui yang zahir walaupun
dinisbahkan oleh manusia perkara itu adalah tersembunyi. Maka nyatalah memang mereka
tidak megetahui alam ghaib. Sekiranya mereka mengetahui alam ghaib itu tentulah mereka
tidak akan meneruskan kerja yang amat berat, kerana menganggap Nabi Allah Sulaiman
masih hidup.

Begitu juga apabila mereka ditegah mengintai untuk mencuri berita dari langit mereka
tidak tahu mengapa mereka ditegah berbuat demikian sehingga meeka bertanya sesama
sendiri dan sekiranya mereka tahu alam ghaib tentulah mereka mengetahui mengenai
kebangkitan Nabi SAW terlebih dahulu. Jin memang boleh terbang kesana dan kemari
dengan cepat dan segera, oleh itu mereka mampu mengetahui peristiwa yang telah berlaku di
benua yang jauh atau peistiwa yang berlaku yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimana
pun apa yang mereka sampaikan tidak semestinya betul kerana berita itu dibawa oleh satu jin
yang boleh jadi lurus dan betul atau mungkin berdusta, kerana di kalangan mereka ada yang
maksiat, kafir dan sebagainya.

As Syeikh Mohammad Al Ghazali mengatakan jin itu mempunyai kuasa melebihi


kuasa atau kudrat manusia, mereka boleh menyeberangi udara dengan tenaga biasa sejak
zaman dahulu kala lagi tetapi mereka tidak mengetahui alam ghaib. Adakalanya berita itu
ghaib nisbah kepada kita tetapi tenyata zahir nisbah kepada meeka. Contohnya sekarang kita
dapat mengetahui apa yang belaku di negara lain sama ada melalui satelit televisyen
sedangkan jarak kita dengan mereka amat jauh. Ini bukanlah bererti kita mengetahui alam
ghaib, sekadar peristiwa yang jauh dari pandangan mata di alam nyata.

Untuk mengetahui pekara-perkara yang ghaib di masa akan datang sesuatu yang
mustahil melainkan melalui wahyu. Dengan hal yang demikian, kalau seseorang yang

12
bertanya kepada tukang tilik atau tukang tenung dan ia menjelaskan perkara-perkara yang
akan datang maka itu adalah suatu perkhabaran yang jelas membawa kepada kebinasaan.6

12.0 PENGAKUAN DARI MAKHLUK JIN TENTANG AL-QURAN

Apabila kita melampaui fenomena ini yang dari awal lagi mencuit hati dan terus
memasuki ke dalam maudhu’-maudhu’ surah, konsep-konsep dan tujuan-tujuannya, kita
dapati surah ini dpenuh dengan berbagai-bagai tujuan dan saranan.Ia bermula dengan stu
pengakuan dan penyaksian dari sebuah alam yang lain mengenai banyak persoalan ‘aqidah
yang diingkarkan oleh kaum musyrikin. Mereka begitu hebat mempertikaikan persoalan-
persoalan itu secara meraba-raba tanpa bersandar kepada sesuatu hujah.

Kadang-kadang mereka menyangka bahawa nabi Muhammad s.a.w menerima


perkara-perkara yang dikemukakan kepada mereka itu dari makhluk jin, lalu datanglah
pengakuan dari makhluk jin itu sendiri mengakui kebenaran persoalan-persoalan yang
diingkar dan dipertikaikan mereka, dan seterusnya mendustakan dakwaan mereka bahawa
nabi Muhammad s.a.w mengambil sesuatu dari makhluk jin, keran makhluk jin tidak tahu
tentang al-quran melainkan sesudah mereka mendengar nabi Muhammad s.a.w
membacakannya kepada mereka.

Mereka begitu terpesona dan tertarik dengan isi kandungannya yang menakjubkan
hingga mereka tidak dapat mendiamkan diri terhadap ayat al-quran yang didengar oleh
mereka dan tidak dapat mengungkapkan secara umum dan ringkas terhadap hakikat yang
diketahui dan dirasakan mereka itu, lalu mereka bercakap denagn rasa keterharuan seseorang
yang amat kagum dan tkjub terhadap peristiwa yang agung ini, yang mendapat perhatian
penuh dari langit dan bumi, manusia dan jin, malaikat dan bintang-bintang, dan
meninggalkan implikasi-implikasi dan hasil-hasilnya di seluruh alam. Pengakuan ini tentulah
merupakan satu pengakuan yang amat berharga kepada manusia seluruhnya.

6
Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. Tafsir fi zilal

https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/ (9 oktober 1906)

13
13.0 PENDAPAT IBN KATHIR DAN SAYYID QUTB TENTANG PERISTIWA
ROMBONGAN JIN MENDENGAR AL-QURAN.

Ibn kathir dalam tafsirnya telah mengulaskan riwayat ibn ishaq ini dengan katanya;
cerita ini betul, tetapi cerita mengenai jin-jin itu mendengar bacaan al-quran pada malam itu
adalah dipertikaikan, kerana mendengar bacaan al-quran itu pada permulaan diwahyukannya
sebagaimana yang dapat difaham dari cerita ibn ‘abbas r.a yang telah lalu, sedangkan
pemergian rasulullah s.a.w ke ta’if itu ialah selepas kematian bapa saudaranya, iaitu kira-kira
setahun atau dua tahun sebelum hijrah sebagaimana yang ditegaskan oleh ibn ishaq dan
lainya.wallahualam.

Andainya cerita ibn ishad ini sahih iatiu cerita yang mengatakan bahwaa peristiwa
kumpulan jin mendengar bacaan al-quran itu adalah berlaku selepas rasulullah s.a.w pulang
dari ta’if denagn perasaan patah hati kerana menerima layanan yang busuk dan degil dari
pembesar-pembesar thaqif dan selepas beliau mengangkatkan do’a patah hatinya dan cinta
kasihnya kepada Allah, maka dari segi ini, cerita ini amat menarik sekali kerana ia
mengisahkan bagaimana Allah mendorongkan sekumpulan jin pergi mendengar bacaan al-
quran dari rasulullah s.a.w dan kemudian menceritakan kepada beliau apa yang telah
dilakukan dan apa yang telah dikatakan jin-jin itu kepada kaum mereka. Cerita ini
mengandungi pengertian-pengertian dan isyarat-isyarat yang halus yang memberi bayak
ilham.

Walaupaun di waktu mana dan dengan sebab apa sekalipun berlakunya peristiwa ini,
namun kandungan cerita ini yang diusulkan dengan pengakuan makhluk jin tentang
kebenaran al-quran dan agama islam ini adalah tetap membawa pengertian-pengertian yang
amat besar. Sekarang marilah kita ikuti penerangan al-quran sendiri. 7

7
Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. Tafsir fi zilal

https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/ (9 oktober 1906)

14
14.0 AL-QURAN SUMBER MAKLUMAT KEJADIAN-KEJADIAN YANG GHAIB

Jadi, apa alasan untuk menafikan kewujudan jin itu dengan penafian yang sedemikian
tegas dan pasti sedangkan ilmu pengetahuan manusia tentang alam, kuasa-kuasanya dan
penghuni-penghuninya masih terlalu sedikit hingga seorang yang menghormati akalnya tidak
sanggup mengatakan tentang sesuatu itu dengan kepastian? Apakah kerana makhluk yang
bernama jin ini telah dilumpuri oleh berbagai-bagai kepercayaan dan dongeng yang karut-
marut? Tetapi dalam hal yang seperti ini, maka cara yang diiukuti oleh kita ialah berusaha
menghapuskan kekarutan-kekarutan dan dongeg-dongeng itu sebagaimana dilakukan oleh al-
quran, bukanya menunjukkan kesombongan menafikan makhluk ini dari akar umbinya tanpa
alasan dan tanpa dalil.

Kejadian yang ghaib seperti ini pastilah diambil beritanya dari sumbernya yang
tunggal yang dipercayai kesahihanya, dan sumber ini tidak patut ditentang dengan
kefahaman-kefahaman yang terdahulu yang tidak diambil darinya, kerana apa yang
dijelaskan oleh sumber al-quran ini merupakan kata pemutus dalam persoalan-persoalan
seperti ini.

Surah yang ada di hadapan kita sekarang ini di samping surah-surah yang lepas telah
memberi satu sumbangan yang besar dalam membentuk kefahaman islam tentang hakikat
ketuhanan dan hakikat kehambaan, juga tentang alam dan penghuninya serta hubungan di
antara berbagai-bagai makhluk ini.8

8
Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. Tafsir fi zilal

https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/ (9 oktober 1906)

15
15.0 ISLAM MEMBERI MAKLUMAT ALAM GHAIB KEPADA MANUSIA

Hanya islam sahaja yang berdiri tegak di atas batu keyakinan. Ia memberi maklumat-
maklumat alam ghaib yang majhul kepada manusia sekadar yang dapat memberi kebaikan
kepada mereka. Ia menjimatkan tenaga akal fikiran manusia untuk digunakan dalam kerja-
kerja pentadbiran menegakkan pemerintahan Allah di bumi. Ia menyediakan bidang-bidang
tertentu kepada akal manusia agar la dapat bekerja dengan aman dan memberi petunjuk
kepada mereka ke jalan yang benar dan lurus, sama ada dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan urusan ghaib yang majhul atau dalam perkara yang bukan berhubung
dengan urusan ghaib.

16.0 KESIMPULAN

Sebagai hamba allah yang yang mengikut perintahnya wajib percaya apa yang telah
beritahu dalam al-quran dan Sunnah nabi kita termasuk semua ilmu-ilmu seperti alam kubur,
alam malaikat, alam ghaib dan lain-lain. Oleh yang demikian, jin adalah salah satu jenis
makhluk allah yang ghaib yang wajib kita percaya dengan kewujudan mereka disebabkan
allah telah berfirman dalam al-Quran, maka kita perlu percaya dengan kewujudan jin ini.

Dari surah jin kita dapat ketahui bahawa surah ini membuktikan lagi kewujudan jin
dengan sebab nuzul surah tersebut. Rasulullah membaca al-quran lalu mereka mendengar,
memperhatikannya dan mereka berkata "Demi Allah, ini yang menghalangi kita dengan
berita langit.

Jin duduk dalam dunia sama seperti manusia tetapi jin mempunyai alam yang
berlainan dengan manusia, tempat Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithali
iaitu suatu alam yang terletak di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan
oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari
atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah
mereka.

Surah yang ada di hadapan kita sekarang ini di samping surah-surah yang lepas telah
memberi satu sumbangan yang besar dalam membentuk kefahaman Islam tentang hakikat
ketuhanan dan hakikat kehambaan, juga tentang alam dan penghuninya serta hubungan di
antara berbagai-bagai makhluk ini.

16
17.0 RUJUKAN

1.Ustaz Abd Aziz bin Harjin. (july 24 2013). Asbabun nuzul.


http://asbabunnuzulharjin.blogspot.my/2013/07/surah-al-jin.html
2. Rasiyam Hidayat. (oktober 18 2016) asbabun nuzul surat al-jin
http://www.rasiyambumen.com/2016/10/asbabun-nuzul-surat-al-jin.html
3. Ustaz Adli. (jun 4 2015) tafsir surah al-jin
https://tafsirsunnah.me/2015/06/04/jin-ayat-1-7/
4.Al Quran dan Al Sunnah. (ogos 25 2014) surah al-jin
https://www.facebook.com/alqurandanalsunnah/posts/571617326284019
5.Saiful (januari 18 2013) fizikal dan betuk jin
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=695428
6.Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili. (9 oktober 1906) Tafsir fi zilal
https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/
7. ustaz abdul aziz bin harjin “pertalian antara jin dan manusia”

http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pertalian-di-antara-jin-dan-manusia.html?m=1

17

Anda mungkin juga menyukai