Anda di halaman 1dari 27

Wafak dalam naskah melayu: Kajian Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu

oleh
Mohd Ramli Raman
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
ramlimr@um.edu.my
mohdramli.multiply.com
kemuningwarisan.blogspot.com
• Pengenalan:
• Memahami dunia mistik Melayu bukan mudah. Penjalanan
panjang bangsa Melayu merentasi sejarah bermula dari
animisme, Hindu-Budha, Islam dan Barat menjadikan dunia
Melayu penuh misteri. Bertolak dari kepercayaan Sang Mak
Hyiang, sang penakluk alam, kepada konsep dunia penuh
dewa-dewa penguasa sampailah kepada konsep Allah Tuhan
Segala Alam.
• 1. Animisme suatu kepercayaan berkaitan kuasa ghaib atau
semangat yang menguasai sungai, bukit, laut, tasik, tanah dan
yang seumapamanya. Sesetengah suku asli misalnya dunia ini
dijadikan dalam tiga lapisan yak ni Tanah Julang (dunia atas-
atas langit), Tanah Kelam (bumi-tempat mereka hidup) dan
Tanah Lirang (bawah tanah-dunia kematian). Manusia, roh
nenek moyang, semangat dan segala yang dianggap “hidup
dan bernyawa” menghuni Tanah Kelam dan dunia roh dan
orang yang telah mati menghuni Tanah Lirang, tanah inilah
dianggap alam roh dan akhirat yang juga disebut surgaak atau
mangkah sagar.
• 2. Hinduisme menanggap alam semesta ini dicipta oleh
Brahma berbentuk sepertti telur yang dikenali sebagai
Brahmanda yang mempunyai 21 lapisan. Dunia terletak
dilapisan ketujuh, di bawahnya terdapat tujuh Patala dan di
bawah tujuh patala ini pula terletaknya neraka. Syurga yakni
alam atas disebut Ilavrita. Semua berasal dari air, dan apabila
telur tadi pecah maka bermulalah penciptaan.
• Bumi mempunyai beberapa tanah yang disebut Dvipa
yang dikelilingi oleh laut dan pusat kosmosnya
terletak di puncak agung Mahameru yang kemudian
menjadi terus kewujudan bangsa Melayu dari bukit
Seguntang Mahameru yang rajanya turun dari
kayangan seperti yang pernah diceritakan dalam
Sejarah Melayu.
• Islam dan Ilmu Hikmah mengikut Imam Malik ialah
ilmu mengenal agama ( al-adin) dan beramal
dengannya. Manakala Ibnu Sina dalam Risalah al-
Tabi’iyyat menafsirnya sebagai penyempurnaan jiwa
insan dengan tasawur/tasauf dalam segala kegiatan
yang berkaitan dengan teori (nazariah) dan
amalan/amali (amaliah) yang melibatkan kefahaman
(al-fahm), tulisan dan kitab ( al-kitabah), kebaikan
agama dan dunia, ibu segala kebaikan (abu salih),
kenabian (al-nubuwwah), ilmu laduni (ilmu
anugerah) dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan
dengan amal makruf nahi mungkarnya.
• Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu. Iaitu segala ilmu yang
berkaitan dengan amalan-amalan perubatan, penyakit, cara
rawatan dan sebagainya yang menggunakan kaedah Islam dan
keadah Melayu yang melibatkan azimat, sihir, jampi serapah,
wafak, tangkal dan seumpamanya yang dapat dirujuk dalam
kitab Senjata Hikmat karya Uthman Abdul Rauf Ahmad, Juga
Seribu Hikmat dan Dunia Hikmah, hasil tulisan Ali Zulfikar.
Selain itu terdapat banyak lagi kitab-kitab sedemikian rupa
seperti Kitab Ilmu Tabib, Kitab Batu Permata, Kitab Ilmu Jimak,
Kitab Firasat, Perdukunan Melayu, Kitab Tibb Petua, Azimat,
Kitab Raksi dan sebagainya yang ribuan jumlahnya.
Kebanyakan kitab-kitab di atas bersumberkan kitab
mujarrabat Tajul Muluk
• Taj Al Muluk (Tajul Muluk), kitab yang disusun oleh Haji
Ismail Acheh ini telah disempurnakan penulisan dan
penyalinannya pada hari sabtu 28 hb. Rabiul awal tahun
1306, yang mengandungi empat bahagian utama iaitu
bahagian kitab Siraj Nur adz ‘Dzolam (karya Syeikh
Abbas Acheh), bahagian kedua Kitab Fal (tanpa
pengarangnya), kumpulan mujarrabat dan ilmu
kepustakaan tradisional (tidak dinyatakan pengarangnya)
dan terjemahan Hadis Arba’in (karya terjemahan Tuan
Hassan Besut ibn Al-Marhum Tuan Ishak Fatani).
• A. Dalam salinan Siraj Nur adz ‘Dzolam mengandungi dua
bab iaitu bab pertamanya penjelasan bagaimana
mengenal tarikh dan bulan-bulan arab dan dalamnya
terdapat lapan fasal. Fasal-fasal di bab pertama ini lebih
kepada sumber rujukan dan terjemahan dari kitab
Wasilah At ‘Tolab karangan Syeikh Yahya ibn Muhammad
Khatab al ‘Maliki yang berkaitan huraian mengenal tarikh
bulan Arab. Terdapat juga terjemahan rujukan dari kitab
Amadah at ‘ Tolabu fi Tarikh al Arab, Syamsi al ‘Ma’arif al
‘Kubra. Natijah al ‘Miqat dan Nazam Siraj al .Munir yang
semuanya terkandung dalam lapan fasal bab pertamanya.
• Dalam bab dua pula terkandung sembilan fasal. Fasal
pertama berkaitan dengan sirah/syarah haribulan
yang disandarkan pada fahaman mazhab Jaafari
(Jaafar ash ‘Shadiq}. Fasal kedua berkaitan dengan
nahas di dalam sebulan berdasarkan mazhab yang
sama. Fasal ketiga berhubungan dengan saat baik
dan buruk dalam tiap-tiap hari dalam tujuh hari
seminggu dengan peperangan atau berkelahi
berdasarkan pandangan beberapa ulamak.
• Fasal keempat pula berkaitan baik buruk setiap hari
dalam sebulan (tanpa sumber rujukan). Fasal lima
berkaitan satu muharam bersandarkan Syarah/sirah
Natijah al Miqat karangan Syeikh Muhammad Al
Marzuki. Manakala fasal enam menyatakan Rijal Al
Ghaib,dengan rujukan kitab karangan Syeikh Abdul
Wahab al Syarani. Fasal tujuh berhubungan ghalib
dan maghlub berteraskan mazhaz Jaafari. Fasal lapan
satu lagi kaedah mengenal ghalib dan maghlub atas
mazhab Abu Masyar al Falaki dan fasal sembilan
berkaitan mengenal kifayah suatu hayat (kehidupan)
berdasarkan mazhab Jaafari.
• 2. Jenis jenis ilmu kepustakaan tradisional Melayu ini
terkandung dalam 50 bab yang meliputi ilmu
perkasih, ilmu berahi, ilmu kebal, azimat-azimat dan
tangkal, ilmu nafas, ilmu gerak atau Qaf, ilmu buang
baris yang barkauitan raksi suami isteri, bab isim, ilmu
bercucuk tanam, firasat mimpi dan segala macam
ilmu kepustakaan tradisonal yang dapat disimpulkan
sebagai, ilmu kutika, katurangan, perubatan dan
perbomohan, mendirikan rumah dan bangunan,
racun, pertanian, seksologi dan sebagainya.
• 3. asas rajah-rajah azimat dan tangkal banyak ditemui dalam kitab
ini yang berdasar rajah angka dan huruf Yunani yang dikembangkan
lagi oleh ahli-ahli falsafah Arab khususnya oleh Jabir Ibnu Al
Hayyan, Ismail al Khayyali yang diadunkan pula dengan teori-toeri
perubatan Jalinus dan Hipocrates yang dikaitkan pula dengan
matemati Pithagoras. Nombor-nombor dan aksara disusun dalam
petak-petak tertentu dalam satu kumpulan (wakaf) dan dalam
beberapa kumpulan (beberapa wakaf) yang diikat dengan beberapa
syarat sebelum proses penulisannya dilakukan seperti berpuasa
inin khamis, puasa tiga hari, solat sunat hajat, membaca ayat-ayat
Al Quran, menggunakan minyak zafron dan seumpamanya yang
disertakan pula dengan pembakaran stanggi dan lain-lain lagi.
• Sistem nombor atau akrasa yang digunakan
menggunakan konsep huruf-huruf al jummal sistem
abjad hawwaz. Sistem ini menggunakan huruf Arab
atau Jawi mengikut tertib alif, ba..jim, dal, ha, wa
zai…ya. Nombor-nombor ini pula ditafsir mengikut
mazhab Phitagoras bagi tujuan ilmu kasih sayang,
kebal, pelaris, seksologi, penunduk, penjauh,
pendinding diri dan ilmu kiriman.
• Ilmu huruf atau yang juga dikenali sebagai ilmu simia
atau juga dipanggil ilmu rahsia huruf atau ilmu
wafaq. Ilmu wafaq melibatkan rajah bulatan,
segiempat, tiga segi, berbentuk manusia, haiwan,
tumbuhan dan sebagainya menggunakan nombor-
nombor, aksara arab dan jawi atau sepenuhnya ayat-
ayat Al Quran.
• Beberapa contoh wafak samada dalam bentuk
azimat yang dibalut kain hitam, kain merah, pada
objek perhiasaan diri seperti pending, dokoh, gelang,
pada senjata, alat-alat kelengkapan rumah tangga
seperti tempat menyimpan ubat, peti simpanan
barang perhiasan dan sebagainya.
• Huruf-huruf, Malaikat dan khadam
• 1. Alif khadamnya malaikat Hatmataqiya
• 2. Ba khadamnya malaikat Jarmahya
• 3. Jim khadamnya malaikat tholqotyaa
• 4. Dal khadamnya malaikat Sak mahyaa
• 5. Ha khadamnya malaikat Ifriyaa
• 6. Wau khadamnya malaikat Thufiyaa
• 7. Zha khadamnya malaikat Almasyaa
• 8. Haa khadamnya malaikatnTifyaa
• 9. tho khadamnya malaikat Asthiyaail
• Contoh-contoh wafak: Membuka kunci birahi perempuan

Wafak ini dilukis di atas tapak tangan kiri kemudian diusap pada
bahagian sulit perempuan.Ianya dikatakan dapat membuka nafs
• Contoh wafak memujuk kembali kekasih atau isteri yang
bercerai

Penulisan wafak jenis ini hendaklah ditulis pada malam jumaat yan
Wafak mengikat isteri lebih setia dan tambah
birahi/bernafsu terhadap suaminya

Tulislah wafak ini pada pakaian isteri dan panaskannya pada


cahaya lilin/lampu atau jamung, necaya nafsu dan kasihnya
• Wafak merawat impotensi

• Tulislah rajah ini dipiring putih dengan dakwat


merah,kemudian airnya diminum setiap hari selama
tujuh hari berturut.
• Wafak pada pending
• Koleksi Walikota

w
• Wafak pada azimat

Wafak ilmu pengasih


• Wafak pada keris
• Wafak pada senjata
• Wafak pada bekas ubat
• Wafak pada peti simpanan barang kemas

Anda mungkin juga menyukai