Anda di halaman 1dari 18

 

Falsafah Occultisme dalam Kitab Melayu Klasik  Taj Al-


Mulk 
Indriaty Ismail

 Abstrak
Occultisme merupakan suatu bentuk falsafah kebatinan yang merangkumi pelbagai
cabang ilmu yang cuba menerokai perkara-perkara misteri yang sukar diketahui oleh
 pancaindera dan pengalaman manusia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan
mengenai elemen occultisme yang terdapat di dalam kitab Melayu klasik Taj al-Mulk.
Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah bersifat kajian kepustakaan. Hasil
kajian menemui bahawa sebahagian besar dari kitab ini mengandungi elemen falsafah
occultisme yang antaranya ialah seperti numerologi, astrologi, divinasi, ilmu tangkal azimat
dan lain-lain.

Pengenalan
Perkembangan occultisme secara formal di dalam dunia Islam dapat dilihat paling awal
dalam pemikiran aliran Ikhwan al-Safa` dan kemudiannya dipraktikkan oleh ahli-ahli
falsafah Islam yang juga merupakan saintis Islam terkenal, seperti J bir ibn Hayyn, al-R zi,
al-Tughr ’i, al-Majriti dan lain-lain. Occultisme secara tidak formal terus berkembang dan
mendapat tempat di kalangan orang awam yang tidak mengetahui hujung pangkal ilmu ini.
Occultisme menjadi suatu budaya dan adat tradisi masyarakat Islam sejak beberapa lama. Ia
 juga kelihatan terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia khususnya di
kalangan orang-orang Melayu. Amalan-amalan ini dipelihara oleh golongan tua dari semasa
ke semasa sehingga mereka dikenali sebagai orang yang berilmu dan luas pengalaman di
kalangan generasi muda. Occultisme kemudiannya diwarisi oleh golongan generasi muda
yang terus menjadi pendokong utama yang mempertahankannya daripada pupus di telan
zaman. Baik secara individu atau kolektif, masyarakat Melayu sebenarnya belum benar-
 benar mengenali apakah occultisme yang selama ini menjadi kepercayaan dan pakaian harian
mereka. Penerokaan terhadap occultisme sebagaimana tersurat di dalam penulisan-penulisan
tinggalan masyarakat dan yang tersirat di dalam dada dan amalan masyarakat akan
membuahkan hasil perbandingan yang kritis dengan ciri-ciri occultisme yang telah menjadi
elemen terpenting dalam berbagai agama lain selain Islam. Penganalisisan ini juga
 bermatlamatkan untuk melihat sedekat mungkin keserasian occultisme atau sejauhmana
 perjalanannya bertunjangkan kepada pendekatan yang dibawa oleh syiar Islam.

Falsafah Occultisme Dan Kitab-Kitab Masyarakat Melayu


The Living Webster Encyclopedia Dictionary  menghuraikan occult   sebagai sains awal
yang menumpukan kepada kualiti fizikal yang terdapat pada benda-benda di alam yang sukar
diketahui melalui kefahaman fikiran tetapi dapat disingkap melalui pengalaman. Ia juga
 

Indriaty Ismail / 1133

merupakan suatu sains yang berkaitan dengan unsur-unsur magik, astrologi dan penggunaan
agen-agen misteri dan ghaib. Webster Encyclopedia menyimpulkan occultisme sebagai
suatu doktrin, kajian dan kepercayaan terhadap unsur-unsur ghaib dan berkomunikasi
dengannya. Manakala occultist  ialah orang yang mengamalkan occultisme dan mengabdikan
diri dengan ilmu-ilmunya (The Living Webster Encyclopedia Dictionary t.th.,1:655).
Menurut The Encyclopedia Americana, occultisme ialah falsafah yang berkaitan dengan
 perkara-perkara misteri atau tersembunyi; ‘The philosophy of hidden matters’ . Istilah ini
merangkumi amalan-amalan yang didasarkan kepada teori-teori dan kepercayaan-
kepercayaan yang kemudiannya membentuk falsafah ini. Dalam kata lain, occultisme pada
kebiasaannya mengandungi kepercayaan mistik dan amalan magik rahsia (The Encyclopedia
 Americana 1972,20:609).
Pengumpulan data-data mengenai occultisme dalam masyarakat Islam Malaysia
diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber-sumber bertulis dan tidak bertulis. Kajian
ke atas sumber-sumber bertulis dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kitab-kitab agama
 bertulisan Arab dan Jawi dan buku-buku berunsur agama bertulisan rumi. Sumber-sumber
occultisme yang tidak bertulis pula terdiri daripada kajian-kajian ke atas amalan, pegangan
dan kepercayaan individu dan masyarakat yang diwarisi secara tradisi lisan sejak turun-
temurun.
Kitab-kitab bertulisan Jawi yang memuatkan beberapa bahagian ilmu occultisme
sebagaimana yang ditemui oleh pengkaji ialah seperti berikut: Kitab Bintang Dua Belas (Abi
c
Ma syar al-Falaki:1957), Kitab Pati Rahsia (Haji Nik Mahmud bin Ismail:1946) dan  Kitab
Taj al-Mulk   (Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani:t.th.). Kitab-kitab di atas merupakan kitab-
kitab terbitan dan cetakan tempatan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultisme.
Manakala kitab-kitab berbahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang banyak
memuatkan ilmu-ilmu occultisme dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah seperti
 berikut:  Syams al-Macarif al-Kubra  (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:1970), Manbac  Usul al-
 Hikmah (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:t.th.), Sir al-Asr r wa Kanzu al-Anwr  (Daud al-Antaki
al-Darir:1928),  Kitab Mujarobat   (Al-Syaykh Ahmad al-Dairabi al-Kabir:t.th.) dan  Kit b
Mujarrobat al-Iman ( Al-Syaykh Abi cAbd Allah Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi al-Husni).
Kitab-kitab bahasa Arab tersebut di atas ini amat hebat pengaruhnya di kalangan
masyarakat Melayu. Selain itu, terdapat ratusan buah buku-buku bahasa Melayu dan
Indonesia yang dikesan oleh pengkaji mengandungi elemen-elemen occultisme yang begitu
sebati di dalam masyarakat Islam. Buku-buku tersebut dapat disenaraikan seperti berikut: 
 Hikmat Ayatul Kursi (Ali Zulfakar:t.th.),  Dunia Hikmat   (Ali Zulfakar:1955),  Intisari Ilmu
Ghaib  (Imam Ghazali:t.th.,Terj.),  Rahasia Mujarobat Lengkap  (MS Mariyah:1994),
Mengenal Lelaki  (Ibnu Yusof:1993), Kitab Mujarabat   (M.A. Romdon: 1986), Mujarrobat
Madiinatul Asroor   (t.p:t.th.), Buku  Primbon Lengkap Kunci Keselamatan (t.p:t.th.),
Miftahusy Syifa’ Primbon Lengkap Kunci Kesembuhan  (Ahmad Thoha Abdul Ghani:t.th.),
 Kunci Mencari Rezeki (K.H. Zahwan Anwar:1988) dan berbagai nama kitab lagi.
Pengkaji juga menemui beberapa buah buku berbahasa Inggeris yang pada hemat
 pengkaji turut menyelitkan fahaman occultisme. Kemungkinan besar buku-buku ini
mendapat tempat utama di kalangan para intelek Melayu meskipun kedudukannya di
kalangan orang awam dipercayai adalah terhad. Buku-buku bahasa Inggeris yang
dikenalpasti itu ialah: The Book of Sufi Healing (Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi)  (Shaykh
Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin:1985) dan Sufi Expressions of The Mystic Quest  
(Laleh Bakhtiar:1976).
Perbincangan mengenai occultisme di dalam kitab-kitab tersebut dapat diselami menerusi
ilmu-ilmu occultisme yang terdiri daripada numerologi, astrologi, divinasi,  palmistry  dan
lain-lain. Di dalam kajian ini pengkaji hanya akan menumpukan kepada sebuah kitab sahaja
iaitu Taj al-Mulk . Pemilihan ini dibuat memandangkan kitab ini amat popular di kalangan
orang Melayu dan kandungan falsafah kebatinannya juga hampir merangkumi sebahagian
 

1134 / ISoIT 2004

 besar cabang falsasah occultisme. Pengkaji akan memuatkan fakta-fakta dan contoh-contoh
yang ditemui sepanjang kajian sebagai membuktikan penampilan ilmu-ilmu occultisme di
dalam kitab ini.

Elemen Occultisme Di Dalam Kitab Taj Al-Mulk  


Setelah membuat analisis ke atas data-data yang dikumpulkan dari kitab agama klasik
masyarakat Melayu ini, pengkaji merumuskan untuk membentangkan tiga unsur occultisme
yang utama dan terbanyak dihuraikan di dalam kitab tersebut dan juga masih diamalkan di
kalangan masyarakat. Unsur-unsur tersebut terdiri dari Numerologi, Astrologi dan Divinasi.

 Numerologi
 Numerologi merupakan ilmu dalam occultisme yang paling popular di kalangan
masyarakat Islam di Tanah Melayu di mana ia telah diamalkan dan diperturunkan sejak dari
zaman silam lagi. Ilmu numerologi ini di dalam bahasa Arab disebut sebagai c Ilm al-Huruf .
Pengkaji melihat bagi kebanyakan penulis kitab-kitab occultisme baik berbahasa Melayu atau
Arab, mereka beranggapan bahawa huruf-huruf samada secara bersendirian atau tersusun
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Huruf-huruf hijaiah ini dijadikan wifiq dan
 bentuknya yang tersusun dijadikan sebagai azimat. Setiap huruf dipercayai mempunyai
tabiat-tabiat tertentu yang membolehkan seseorang memahami ciri-ciri, kaifiyat, darjat dan
martabat kerohanian sesuatu benda.
Penggunaan ilmu huruf di kalangan ulamak occultisme di dalam kitab Taj al-Mulk   dan
kebiasaannya di dalam kitab-kitab yang sealiran dimulai dengan memberi nilai kepada huruf-
huruf hijaiah tersebut. Menurut kajian pengkaji sistem nilai abjad yang dipraktikkan ini tidak
mempunyai sedikit perbezaan pun dengan yang digunakan oleh masyarakat Chaldean,
masyarakat Yahudi dan falsafah aliran Pythagorean.
Berikut ialah nilai abjad huruf-huruf hijaiah yang diambil dari kitab Melayu yang lain
dan diperturunkan di sini disebabkan kitab Taj al-Mulk   sendiri tidak mencatatkan huraian
nilaiannya:

JADUAL 3.1: Angka-Angka Menurut Hitungan (Hisab) Abjad


Alif =   =   = 1 Yaa =   =   = 10
Baa` =   =   = 2 Kaaf =   =   = 20
Jim =    =   = 3 Laam =   =   = 30
Daal =    =   = 4 Miim =   =   = 40
Haa =    =   = 5  Nuun =   =   = 50
Wawu =   =   = 6 Siin =   =   = 60
Zay =    =   = 7 Ain =   =   = 70
Haa` =    =   = 8 Faa =   =   = 80
Thoo =    =   = 9 = Shood =   =   = 90
Qoof =   =   = 100 = Khoo` =   =   = 600
Roo =   =   = 200 = Dzaal =   =   = 700
Syiin =   =   = 300 Dhood =   =   = 800
Taa` =   =   = 400 Zhoo =    =   = 900
Tsaa =   =   = 500 Ghoin =   =   = 1000
 Ng =  N =   =   50
G = - =   =   100
 

Indriaty Ismail / 1135

 Ny = Y =   =   10

Sumber: Mujarobat Madiinatul Asroor:t.th., 2:35-37 


Para numerologis dan occultis Melayu Islam amat fanatik dengan ilmu huruf atau sistem
nilai abjad ini kerana ia menjadi asas yang paling penting dalam segala pekerjaan yang lain.
Sebagai contoh, ilmu hitungan diperlukan dalam menentukan jumlah nama seseorang, sifat
dan karakter peribadinya, keserasian seseorang dengan pasangannya, mengetahui hal manusia
dan bintangnya, mengetahui kiraan orang yang akan bermusafir, mengetahui hajat tercapai
atau penyakit sembuh, mengetahui punca sesuatu penyakit, mengetahui menang atau kalah,
menentukan jantina bayi yang dikandung dan lain-lain.

Mengetahui Keserasian antara Dua Sahabat atau Pasangan Suami Isteri


Bab yang paling laris di dalam pegangan ilmu numerologi ialah penentuan keserasian di
antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga atau antara dua sahabat
sebelum memulakan sesuatu perkongsian kerja. Banyak kitab-kitab Melayu lama dan moden
tidak ketinggalan memuatkan perbincangan khusus mengenai aspek ini. Dalam analisis
 pengkaji, perincian terhadap ilmu keserasian ini dapat ditemui di dalam Kitab  Pati Rahsia 
c
(Nik Mahmud 1946:145),  Bintang   Dua Belas (Abi Ma syar al-Falaki 1957: 3), Taj al-Mulk  
(Tuan Hassan t.th.:25), Buku Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof 1993,45-46) dan lain-lain lagi.
Kitab Taj al-Mulk  secara khusus telah mencatatkan hal ini dengan;
“Jika engkau kehendaki kenal hal laki-laki dan perempuan adakah muafakat antara keduanya atau
 berbantah antara keduanya atau jadi bercerai kemudiannya atau adakah mati satu seorang daripada
keduanya maka hendaklah engkau hisab akan nama laki-laki dan nama ibunya dan bilangan hari bulan
dan esa  iaitu dua puluh tiga cadad   hari maka buang majmuk tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang
tersebut dan dihisab akan nama perempuan dan ibunya dan cadad   hari dan bilangan haribulan dan
esanya iaitu dua puluh maka buang tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang tersebut jua kemudian
maka dilihat pada dua  Luh maka jika jatuh cadad   laki-laki dan perempuan dalam  Luh al-Hayt   maka
dua orang itu muafakat dan apabila seorang dalam  Luh al-Hayt   dan seorang lagi dalam Luh al-Mamt  
maka dua orang itu bercerai kemudiannya atau yang jatuh dalam  Luh al-Mamt  itu mati dan yang jatuh
dalam  Luh al-Hayt   itu hidup dan qiyas olehmu atas demikian itu segala pekerjaan yang lain-lain.
Demikian lagi jika engkau kehendaki kenal akan dua orang yang berkehendak bersahabat antara
keduanya atau berkehendak bersyarikat pada berniaga umpamanya maka hendaklah engkau hisab antara
dua nama orang itu dan cadad nya hari dan bilangan haribulan dan esa bermula esa itu dua puluh jua
tiada lebih tiada kurang selama-lamanya dan qiyas olehmu akan segala pekerjaan yang lain-lain” (Tuan
Hasan t.th.:25-26).
Pengkaji melihat terdapat kelainan pada jumlah pengiraan nilai-nilai nama yang
dilakukan oleh pengarang Kitab Taj al-Mulk  ini dengan kitab-kitab Melayu yang lain kerana
 jumlah pengurangan angka agak besar iaitu dibuang 30, 30. Pengarang juga mengamalkan
kaifiyat mengenali sesuatu hajat dan mengetahui sesuatu dengan berdasarkan kaedah yang
 beliau namakan Luh al-Hayt  dan Luh al-Mamt   (Tuan Hasan t.th.:25). Jadual Luh al-Hayt  
dan Luh al-Mamt   yang digunakan oleh pengarang kitab ini ialah seperti berikut:

JADUAL 3.1.1: Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat Kitab Taj al-Mulk
 

1136 / ISoIT 2004

Sumber: Tuan Hasan t.th.:26


Pengarang kitab ini menjelaskan lagi bagaimana menentukan bilangan hari dengan
katanya:
“Adapun cadad   hari itu maka Ahad itu 1 cadad nya, Isnin itu 2 cadad nya dan Selasa itu 3 cadad nya dan
Rabu itu 4 cadad nya dan Khamis itu 5 cadad nya dan Jumaat itu 6 cadad nya dan Sabtu itu 7 cadad nya”
(Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual  Luh al-Hayt   dan  Luh al-Mamt   tersebut di atas digunakan oleh pengarang
sebagai asas numerologi di dalam kitabnya dan disarankan kepada orang ramai sebagai
rujukan dalam pengiraan mereka untuk menentukan berbagai perkara selain muafakat dua
sahabat atau keserasian suami isteri seperti menentukan kalah menang seseorang dengan
lawannya, menentukan orang yang sakit sembuh atau tidak, mengenalpasti punca sesuatu
 penyakit, mengetahui keadaan orang yang musafir atau ghaib, mengetahui hajat akan tercapai
atau tidak, mengenali pekerjaan yang musykil, mengetahui jantina anak dalam kandungan
dan hidup atau mati anak itu dan lain-lain lagi (Tuan Hasan t.th.:24-27).

Mengetahui Kalah Menang Seseorang Dengan Musuhnya


Kitab Taj al-Mulk   telah mengemukakan dua bentuk pengiraan kalah menang dengan
 berpandukan mazhab Imam Jacfar al-Sadiq r.a. (Tuan Hasan t.th.:23) dan mengikut kaedah
c
mazhab Abi Ma syar al-Falaki (Tuan Hasan t.th.:24).
Pengarang kitab ini menyebutkan di dalam “Fasal kepada menyatakan  ghalib  dan
maghlub atas mazhab Imam Jacafar al-Sidiq r.a.”,
“Adapun kaifiyat mengenal itu maka hendaklah dihisab huruf antara dua nama yang berbantah atau
 berbetulan dengan huruf abjad dengan hisab  jumal kabir . Dan murad   dengan  jumal kabir   itu seperti

hisab seseorang yang bernama Ahmad, maka hisab dengan  jumal kabir  itu: (  ) itu satu cadad nya dan (
  ) itu 8 cadad nya dan (    ) itu 40 cadad nya dan (   ) itu 4 cadad nya maka jadi jumlah itu 53 cadad  
 bakinya. Adapun hisab jumal saghir  itu maka diiktibar (  ) itu 3 huruf makhraj iaitu (   ), maka (  ) 
itu satu cadad , (   ) itu 30 cadad , dan (   ) itu 80 cadad . Dan (  ) itu 2 huruf iaitu (  ) dan (  ) itu 8
c

adad   dan (   ) itu satu cadad . Dan (    ) itu 3 huruf ( ), maka (   ) itu 40 cadad nya, dan (  ) itu 10
c
adad nya, dan (   ) yang kedua itu 40 cadad nya jua . Dan (  ) itu 3 huruf asalnya iaitu (   ), maka
iaitu 4 cadad   dan (  ) itu satu cadad nya, dan (  ) itu 30 cadad nya. Maka jadi jumlah lafaz Ahmad ( )
dengan hisab  jumal saghir   itu 245 cadad nya. Maka qiyas olehmu akan nama yang lain daripada
“Ahmad” (Tuan Hasan t.th.:23).
“Setelah sudah maklum akan dua nama orang yang berkehendak berkelahi bantah umpamanya maka
dihisab huruf bagi nama masing-masing orang itu maka dibuang masing-masing nama orang akan 9, 9.
Adapun jika bersamaan pada nama keduanya maka kita lihat pada ilmunya dan  sya`n  dan warna
kulitnya dan bangsanya dan sifat kejadiannya. Maka barang yang lebih ilmu atau tua umur atau lebih
warna kulit bangsa atau lebih sifat kejadiannya maka iaitulah menang. Bermula warna hitam itu keras
 

Indriaty Ismail / 1137

daripada warna yang lain dan warna merah itu keras daripada warna yang putih dan qiyas olehmu akan
lainnya” (Tuan Hasan t.th.: 23).
“Adapun jika tinggal esa dengan 9,  ghalib esa maghlub 9. Dan jika esa dengan 8, ghalib 8 maghlub  esa
. Dan jika esa dengan 7,  ghalib  esa maghlub  7. Dan jika esa dengan 6, maka  ghalib 6 maghlub esa.
Dan jika esa dengan 5, maka iaitu  ghalib esa maghlub 5. Dan jika esa dengan 4, maka iaitu ghalib 4
maghlub  esa. Jika dengan 3, maka iaitu  ghalib  esa maghlub  3. Dan jika esa dengan 2, maka iaitu
 ghalib  2 maghlub  esa. Dan jika esa dengan esa, maka barang yang mendatang itu  ghalib  dan yang
didatang itu maghlub” (Tuan Hasan t.th.:23).
Pengarang kitab ini seterusnya membincangkan lebih panjang bilangan angka tunggal di
antara dua nama iaitu 2 dengan 9, 3 dengan 9, 4 dengan 9, 5 dengan 9, 6 dengan 9, 7 dengan
9, 8 dengan 9 dan terakhir 9 dengan 9 (Tuan Hasan t.th.:23-24). Perbincangan tersebut
mengkhususkan kepada pengiraan mengikut mazhab Abi Jacafar al-Sadiq. Manakala
 perbincangan seterusnya ialah dikhususkan kepada `Fasal pada menyatakan satu kaedah lagi
 pada mengenal  ghali b dan maghlub  atas mazhab Abi Macsyar al-Falaki’ (Tuan Hasan
t.th.:24-25). Pengarang mencatatkan,
“Dan adalah kaedah ini tersebut dalam dua bait dalam Kitab Abu Ma csyar al-Falaki jua. Maka
kaifiyatnya hendaklah dihisabkan antara dua nama orang yang berkelahi bantah atau lainnya dengan
hisab  jumal kabir . Setelah sudah dihisab maka nyatalah maksudnya dalam dua bait syair Arab yang
 bermaksud: “Yakni  ghaliblah matlub  ertinya  ghaliblah yang datang kepadanya dan maghlub  yang
mendatang apabila bersamaan antara dua nama pada genapnya. Dan  ghaliblah talib ertinya  ghaliblah
yang mendatang dan maghlub  yang datang tatkala bersamaan antara dua nama pada kasal nya. Dan
 jadilah  ghaliblah yang terkurang cadad nya pada tatkala seorang genap cadad nya dan seorang kasal
yakni pada tatkala seorang genap dan seorang kasal   itu  ghalib  yang terkurang cadad nya dan jadi
maghlub yang banyak cadad nya dan ghaliblah yang banyak cadad nya pada tatkala bersalah-salahan ia”
(Tuan Hasan t.th.:24).
Pengkaji mendapati terdapat kesukaran dalam memahami kaedah mengenali  ghalib
maghlub  mengikut mazhab Abi Macsyar al-Falaki seperti keterangan di atas. Walau
 bagaimanapun pengarang telah menghuraikan kenyataannya itu dengan memberikan contoh-
contoh bagi setiap bentuk nilai abjad. Pengarang menerangkan,
“Adapun kehasilan surah dalam dua bait syair itu empat, pertama, surah bersamaan antara nama pada
genapnya maka adalah surah enam  ghaliblah yang didatang kepadanya dan maghlub  yang mendatang,
misal, seorang Muhammad namanya seorang lagi namanya pun Muhammad jua maka Muhammad itu
92 cadad nya. Maka yang mendatang itu maghlub dan yang datang itu  ghalib. Kedua, surah bersamaan
antara dua nama pada kasal   maka adalah surah ini  ghaliblah yang mendatang dan maghlub  yang
didatang, misal, seorang namanya Salam dan seorang lagi namanya Salim, maka Salam itu 131
c
adad nya jua maka adalah surah ini  ghalib yang mendatang dan maghlub yang didatang. Ketiga, surah
seorang genap dan seorang kasal , misal seorang bernama Ahmad dan seorang bernama Husin maka
Ahmad itu 53 cadad nya dan Husin itu 128 cadad nya maka surah ini memanglah yang terkurang
c
adad nya daripada yang banyak yakni  ghalib Ahmad dan maghlub Husin. Keempat, surah ghalib yang
 banyak tatkala bersalah-salahan cadad nya pada genap antara dua nama atau kasal  antara dua namanya,
misalnya, bersalahan pada genap itu seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Yusof, maka Ali itu
110 banyak cadad nya dan Yusof itu 156 cadad nya maka Yusof itu  ghalib dan Ali itu maghlub  kerana
 banyak cadad nya daripada cadad   Ali dan missal bersalah-salahan pada kasal   itu seorang bernama
Ibrahim dan seorang lagi bernama Sulaiman, maka Ibrahim itu 259 cadad nya dan Sulaiman itu 191
c
adad nya maka Sulaiman itu maghlub  dan Ibrahim itu  ghalib  kerana banyak cadad   Ibrahim daripada
c
adad   Sulaiman dan qiyaskan olehmu akan yang lain-lain daripadanya. Wallahuaclam” (Tuan Hasan
t.th.:23-24).

Mengetahui Jantina Anak di Dalam Kandungan


 Numerologi juga digunakan untuk penentuan jantina bayi yang dikandung. KitabTaj al-
Mulk   mempunyai persepsi yang berbeza dari kitab-kitab lain kerana membuat pengiraan ke
 

1138 / ISoIT 2004

atas sesuatu perkara dengan meletakkan sesuatu di atas kaedah Luh al-Hayat   dan  Luh al-
Mamat . Pengarang menegaskan,
“Jika dikehendaki kenal orang yang bunting dan budak adakah laki-laki atau perempuan dan adakah
mati budak itu atau hidup atau adakah orang yang bunting itu mati dalam hal wiladah atau tiada, maka
iaitu bahawa engkau hisab akan nama perempuan dan nama ibunya dan cadad   hari dan bilangan
haribulan dan ditambah atasnya esa iaitu dua puluh kemudian maka dibuang 30, 30 hingga tinggal 30
atau kurang maka jatuh dalam  Luh al-Hayat   pada cadad   yang kasal adalah perempuan itu beranak
 perempuan dan jika jatuh dalam  Luh al-Hayat   pada cadad   yang genap adalah perempuan itu beranak
laki-laki. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat   maka bahawasanya anak itu tiada hidup sekali-kali. Dan
demikian lagi ibunya jika jatuh dalam  Luh al-Mamat   maka adalah ia mati dan hal beranak jatuh dalam
 Luh al-Hayat   itu maka adalah ia hidup, InsyaAllah” (Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual abjad dalam kedua-dua  Luh al-Hayat   dan al-Mamat   adalah seperti yang
dibincangkan di dalam bahagian keserasian antara lelaki dan perempuan atau dua sahabat.

Mengetahui Keadaan Orang Yang Bermusafir atau Ghaib


Kitab Taj al-Mulk   telah membincangkan fasal ini berdasarkan kaedah Luh al-Hayat   dan
 Luh al-Mamat  seperti yang telah diperkenalkannya. Pengarangnya juga telah menggabungkan
 perbincangan dan pengiraan dua perkara serentak iaitu keadaan-keadaan orang yang musafir
atau ghaib dengan hal keadaan orang yang sakit. Beliau menyatakan,
“Tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra, “Apabila engkau kehendak ketahui hal orang sakit dan
yang ghaib dan yang musafir dan barang yang hasil atas keduanya maka kenal olehmu akan nama hari
yang datang penyakit atas orang sakit itu, nama hari pergi orang yang musafir yang sudah ghaib dan
hisab olehmu akan nama orang itu dan nama ibunya dengan hisab  jumal kabir   yang termazkur dan
c
adad   hari dan murad   dengan esa itu dua puluh banyaknya. Setelah sudah engkau himpun sekeliannya
maka buang olehmu 30, 30 hingga tinggal 30 atau kurang daripada 30. Setelah itu maka engkau lihat
akan cadad   yang tinggal mana  Luh  yang tempat jatuh cadad   yang tinggal itu. Maka jika jatuh dalam
 Luh al-Hayat   maka adalah orang sakit itu hidup dan orang yang musafir itu selamat dan orang ghaib
 pun selamat,  InsyaAllahTaala. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat   maka adalah orang yang sakit itu
mati dan orang yang musafir itu kesukaran dan orang yang ghaib itu kesakitan atau lambat kembali”
(Tuan Hasan t.th.:25).
Pengarang kitab ini seterusnya membawakan contoh,
“Misal orang yang sakit atau kedagangan umpamanya itu Ibrahim dan nama ibunya Hajar dan nama
hari itu Ahad dan bilangan hari bulan Arab masa ditanyai itu 6 haribulan umpamanya. Maka kita hisab
Ibrahim itu 259 dan Hajar itu 208 cadad nya maka jadi majmuk itu 417 (Pengkaji mendapati kiraan ini
salah kerana 259 + 208 = 467). Maka kita tambah pula 1 iaitu cadad hari dan kita tambah pula 6 iaitu
 bilangan haribulan yang sudah lalu maka jadi majmuk 424 cadad nya. Kemudian maka kita tambah
 pula esa hari bulan iaitu 20 cadad nya maka jadi majmuk, semuanya 444 cadad nya. Kemudian maka kita
 buang akan dia 30, 30 maka jadi tinggalnya itu 24 maka kita dapat 24 cadad nya itu dalam  Luh al-
Mamat  maka nyatalah bagi kita orang itu mati dalam kedagangan” (Tuan Hasan t.th.:25).

Mengetahuai Hal Pekerjaan Yang Sangat Musykil


Kitab Taj al-Mulk  membincangkan,
“Jika dikehendaki kenal pekerjaan yang sangat musykil maka hendaklah dihisab seperti kaedah yang
tersebut. Maka jika jatuh dalam  Luh al-Hayat   maka adalah pekerjaan itu jadi mudah dan jika jatuh
dalam  Luh al-Mamat   maka adalah pekerjaan itu bertambah-tambah kesukaran dan qiyas olehmu akan
tiap-tiap pekerjaan atas pekerjaan ini maka adalah kaedah mengetahui akan pekerjaan suatu kaedah  Luh
al-Hayat   dan  Luh al-Mamat   itu betul lagi sahih sudah dicoba-coba akan dia dan sedikit tersalah.
Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26).
Pengarangnya menjelaskan lagi sambil menasihatkan,
 

Indriaty Ismail / 1139

“Tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak kenal pekerjaan yang musykil atas kaedah  Luh al-Hayat  
dan Luh al-Mamat   itu dengan hisab yang sahih jua dan diketahui haribulan pun dengan sahih jua maka
apabila jatuh pekerjaan yang dikehendaki kenal dalam  Luh al-Hayat   maka kerjakan olehmu serta
engkau tawakkal kepada Allah Taala dan jika jatuh dalam  Luh al-Mamat   maka sabar olehmu maka
Allah Taala serta orang yang sabar. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26-27).

Astrologi
Astrologi adalah elemen kedua terbanyak yang ditemui oleh pengkaji menjadi kegunaan
orang-orang Melayu di dalam kehidupan mereka. Kebanyakan pengarang dan penyusun-
 penyusun kitab-kitab Melayu membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan astrologi secara
terang-terangan dan meluas tanpa sedikitpun menunjukkan keraguan terhadapnya. Dengan
tidak membicarakan mengenai asal usul astrologi, pengarang-pengarang kitab tersebut terus
memulakan perbincangan mengenai kelebihan-kelebihan dan kegunaan astrologi kepada
kehidupan harian selepas mengenali pembahagian bintang-bintang kepada 12 buruj. Antara
kegunaan astrologi ialah tertumpu kepada mengaplikasikannya dalam beberapa perkara
seperti menghurai tabiat seseorang, mengetahui maksud bintang tujuh, mengetahui maksud
hari-hari yang menjadi awal tahun, mengenali waktu yang baik untuk mencari rezeki,
mengenali hari yang baik dan hari yang nahas, mengetahui waktu yang baik dan waktu yang
nahas dalam sehari, mengenali jadual waktu yang baik atau nahas dalam sebulan dan lain-lain
lagi.

Mengetahui Tafsiran Bintang Tujuh


Pengkaji melihat hanya kitab Taj al-Mulk   membincangkan mengenai huraian pengaruh
Bintang Tujuh ini dalam kehidupan seseorang. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Syarah
Bintang Tujuh’ yang telah tersebut di dalam jadual, pengarang menyatakan,
“Adapun pada ketika Syams barang kehendak kita kerjakan nescaya beroleh sentosa jika berjalan
 bertemu dengan orang berbangsa dan beroleh nikmat diperjamu orang akan dikau…Adapun saat Zuhrah
maka barang kerjanya baik atau beristeri atau bertemu dengan kekasih atau memakai kain itu
 baik…Adapun saat Utarid maka barang kerjanya baik dan jika mengambil upahan atau menyurat atau
mesyuarat suatu pekerjaan atau mengadap raja-raja atau menanam sesuatu maka iaitu baik. Adapun
saat Qamar maka barang kerjanya terlalu baik tetapi pekerjaan yang jahat jangan dikerja dalam saat ini.
Adapun saat Zuhal itu maka barang kerjanya terlalu jahat kerana Zuhal itu nahas akbar   dan jika
 berperang tiada menang jika pergi kepada suatu nescaya kesukaran dan terkadang bertemu orang
 jahat…Adapun saat Musytari itu barang kerjanya terlalu baik kerana Musytari itu  sacad akbar   jika
dikehendaki mengadap raja-raja atau berjual beli maka iaitu pun baik…Adapun saat Marikh itu maka
 barang pekerjaannya tiada baik kerana Marikh itu nahas asghar . Wallahuaclam.” (Tuan Hasan t.th:15-
16).

Mengetahui Saat Dalam Setiap Hari Yang Tujuh


Pengkaji mendapati pengaruh astrologi amat ketara dalam pemikiran pengarang Taj al-
Mulk   yang berusaha membahagikan saat dalam setiap tujuh hari dalam seminggu, mengikut
 buruj-buruj dalam sistem astrologi. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Saat Dalam Tiap-tiap
Hari Yang Tujuh’, pengarang menyebut,
“Kata setengah hukamak adalah dalam satu qaus hari itu dibahagi tujuh saat. Inilah jadual mengenal
saat yang tujuh dalam qaus tiap-tiap hari yang tujuh dan murad   dengan qaus hari itu daripada waktu
terbit matahari hingga masuk matahari. Inilah jadual. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:12-13).
 

1140 / ISoIT 2004

JADUAL 3.2.2 : Saat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh


Sumber: Tuan Hasan t.th.:13

Pengarang Taj al-Mulk   seterusnya membahagikan satu hari dalam seminggu itu kepada
dua puluh empat saat. Pengkaji melihat usaha beliau ini tidak lain darpada mengembangkan
cabang-cabang astrologi di dalam analisis hari. Beliau mencatatkan,
“Kata setengah hukamak seperti yang tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra adalah dalam sehari
semalam itu dua puluh empat saat maka jadilah dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satu
malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus hari itu
dua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua
 belas dalam satu qaus bagi tiap-tiap hari bermula jadual ini (Tuan Hasan t.th.:13). (Pengkaji tidak
membawakan di sini contoh jadual yang dimaksudkan demi untuk menjimatkan ruangan).

Mengetahui Keadaan Baik Atau Buruk Menerusi Hari Yang Jadi Awal
Permulaan Sesuatu Tahun
Huraian astrologi hari yang menjadi awal tahun mengikut kitab Taj al-Mulk   pula pada
fikiran pengkaji merupakan huraian yang paling ringkas dan padat di antara semua kitab. Di
dalam `Fasal pada menyatakan Hari Awal Tahun Yakni Sehari Bulan Muharram’, pengarang
telah mencatatkan,
“Kata Syeikh Muhammad al-Marzuqi dalam Syarh Natijah al-Miqat, maka apabila masuk awal tahun
itu hari Ahad, maka talicnya itu bintang Syams. Adalah tahun itu menunjukkan atas wujud zalim pada
segala raja-raja dan orang besar-besar dan sedikit hujan. Adapun jika adalah Muharam itu hari Isnin
maka talicnya bintang Qamar maka tahun itu menunjuk atas wujud baik segala raja-raja dan hulubalang
dan adalah hujan itu banyak. Adapun jika awal tahun itu hari Selasa maka talic nya bintang Marikh
maka adalah tahun itu menunjukkan atas mati segala orang yang besar-besar dan banyak orang
 bertumpah darah dan sangat mahal dagangan dan mahal makanan dan sedikit hujan. Adapun jika
adalah awal Muharram itu hari Arbi ca maka talicnya itu bintang Utarid maka adalah tahun itu menunjuk
atas pertengahan hal pada segala waktu dan rakyat dan hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Khamis maka talicnya Musytari maka adalah tahun itu menunjuk atas wujud adil segala raja-raja
dan hulubalang dan baiklah hal segala qadi dan fuqahak dan banyaklah kebajikan dan rezeki dan hujan.
Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Jumaat maka talicnya bintang Zuhrah maka adalah tahun itu
menunjuk atas wujud zalim raja-raja dan hulubalang dan segala orang besar-besar dan bersalahan antara
segala manusia pada bicara dan pekerjaan dan sedikit hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Sabtu maka talicnya bintang Zuhal maka adalah tahun itu menunjuk atas kesukaran manusia pada
segala pekerjaan mereka itu dan kehidupan mereka itu dan jadi kekerasan hamba orang dan orang  supih 
dan orang fasik banyak ketakutan dalam tahun itu. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:21).
 

Indriaty Ismail / 1141

Pengkaji melihat kelainan yang terdapat pada huraian dalam kitab ini ialah
 penumpuannya pada aktiviti raja-raja, pembesar-pembesar dan hulubalang-hulubalang secara
khusus. Kemungkinan huraian ini adalah bersesuaian dengan jodol kitabnya iaitu Taj al-
Mulk . Oleh itu huraian tentang baik buruk aktiviti rakyat jelata kurang diberi penekanan
khusus.

Mengetahui Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari


Perbincangan mengenai kegunaan astrologi dalam aspek ini banyak ditemui di dalam
c
kitab Bintang Dua Belas (Abi Ma syar al-Falaki 1957:6-8), kitab Sir al-Asrar wa Kanzu al-
 Anwar  (Daud al-Antaki 1928:23-24), kitab Taj al-Mulk  (t.th.:19) dan Kitab Pati Rahsia (Nik
Mahmud 1946:99-107). Kitab Taj al-Mulk  turut membicarakan hal ini di dalam `Fasal Pada
Menyatakan Saat Yang Baik Dan Yang Jahat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh’. Kitab ini
menyatakan,
“Dengan peperangan atau berkelahi bantah atas mazhab setengah hukamak inilah jadual saat baik dan
 jahat atas mazhab setengah hukamak dalam hari yang tujuh dengan nisbah bagi peperangan dan adalah
dalam qaus hari lima saat. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:19).

JADUAL 3.2.4: Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari

Sumber: Tuan Hasan t.th.:19

Kitab ini menghuraikan,



“Adapun syarah huruf rumuz   yang tersebut maka ( ) itu alamat ghalib dan (   ) itu alamat ghalib jua
 
tetapi ada merbahaya sedikit dan (   ) itu alamat bagi maghlub dan (  ) itu alamat saat itu tiada  ghalib 
dan tiada maghlub. Adapun mengadap tatkala mendatang akan musuh atau menahan akan musuh
dengan nisbah bagi saat lima bagi tiap-tiap hari yang tersebut maka iaitu jika pada hari Ahad atau Isnin
maka hendaklah mengadap dari Selatan ke Utara atau dari Timur mengadap ke barat jati. Dan jika pada
hari Selasa maka hendaklah mengadap dari masyriq ke maghrib atau dari utara ke selatan. Dan jika hari
Arbica mengadap dari barat laut ke selatan atau dari barat laut ke timur pedang nescaya menanglah ia
dan jika pada hari Khamis maka hendaklah tatkala berang mengadap dari timur pedang ke utara atau
dari utara ke selatan nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Jumaat, maka hendaklah mengadap dari
Timur Laut ke Barat Daya atau Timur Jati ke maghrib nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Sabtu
maka hendaklah tatkala berperang mengadap dari maghrib  ke masyriq  atau dari utara mengadap ke
selatan nescaya menanglah ia” (Tuan Hasan t.th.:19).
Pengkaji melihat terdapat keistimewaan di dalam huraian hari yang baik atau nahas
seperti yang dibuat oleh kitab Taj al-Mulk   di atas. Selain daripada memaparkan saat yang
 

1142 / ISoIT 2004

 baik atau buruk dalam sehari, pembaca kitab ini ditunjukkan panduan bagaimana untuk
mengekalkan kemenangan di dalam perbalahan atau peperangan dengan mengikut strategi
 bertindak yang terancang dan mengelak dari kekalahan menurut jadual nahas tersebut.

Mengetahui Nahas Dalam Sebulan


Pengkaji menemui satu fungsi astrologi yang tidak kurang pentingnya iaitu untuk
mengetahui nahas dalam satu bulan. Fungsi ini didapati huraiannya di dalam kitabTaj al-
Mulk  di dalam `Fasal Pada Menyatakan Nahas di dalam Sebulan Atas Mazhab Jaafar al-Sadiq
r.a.’. Pengarang telah mencatatkan,
“Dan telah berhimpunlah dalam satu bait syair yang bermaksud : Yakni maka barang yang ada ia huruf
 bertitik maka iaitu nyatalah nahasnya hasil dan barang yang tiada bertitik maka iaitu bahagia yang
dapat ia dan tersebut dalam Syams al-Macarif al-Kubra bermula nahas dan bahagia yang tersebut dalam
 bait syair itu khusus atau qaul itu jua. (Inilah jadual) mengenal haribulan yang nahas dalam sebulan atas
mazhab Jaafar al-Sadiq seperti yang tersebut dalam Syams al-Macarif al-Kubra dan Irsyad al-Sari dan
maksud kami perbuat jadual ini supaya segera mudah faham bagi mubtadi,  InsyaAllah” (Tuan Hasan
t.th.:18-19).

Mengetahui Saat Yang Baik Atau Buruk Dalam Tiap-Tiap Haribulan Yang
Tiga Puluh Hari
Ini merupakan peranan astrologi yang terakhir menurut hemat pengkaji dapat dilihat di
dalam kitab Taj al-Mulk . Di dalam `Fasal Pada menyatakan Saat Yang Baik dan Jahat Dalam
Tiap-tiap Hari Bulan yang Tiga Puluh Hari’, pengarang menyatakan,
“Ketahui olehmu adalah hukamak membahagi akan qaus tiap-tiap haribulan itu lima saat. Inilah
 jadual lima saat di dalam satu qaus haribulan. Wallahuaclam”. (Tuan Hasan t.th.:20) (Pengkaji tidak
membawakan jadual yang dimaksudkan di ruangan ini).
Pengarang menghuraikan,
“Dan apabila sudah sampai lima haribulan maka kembali kepada enam hari bulan hingga sepuluh hari
 bulan. Demikianlah hingga genap tiga haribulan (Adapun) saat maisuri maka barang kerjanya baik jika
engkau perang nescaya menang engkau,  InsyaAllah Taala. Dan jadilah alah musuh jika engkau pergi
kepada suatu tempat nescaya bertemu dengan orang baik parasnya. Jika mengadap raja-raja itu baik.
(Adapun) saat kal   itu maka barang kerjanya itu jahat jika pergi-pergian itu jahat bertemu dengan orang
dusta atau berkelahi bantah jika berperang nescaya tiada menang. (Adapun) saat  sirri  maka barang
kerjanya baik jika engkau perang musuh baik jika engkau diperang akan dikau tiada baik. (Adapun)
saat berham itu maka barang kerjanya tiada baik dan pada satu qaul pada saat itu jika diperang akan
musuh baik jika diperang orang akan dikau tiada baik. (Adapun) saat bisan maka barang kerjanya tiada
 baik jika ber-jalan bertemu dengan orang berkelahi bantah jika bertanaman tiada baik dan pada suatu
qaul jika berperang tiada menang pada saat itu dan pada satu qaul lagi jika diperang musuh menang
engkau dan jika diperang orang akan dikau tiada baik (Tuan Hasan t.th.:20-21).

Divinasi
Elemen occultisme yang seterusnya ditemui di dalam persekitaran masyarakat Melayu
ialah divinasi. Divinasi boleh difahami sebagai ilmu untuk mengetahui, menilik dan
meramalkan sesuatu atau tentang masa depan. Pengkaji melihat walaupun ilmu divinasi ini
kurang popular sebagaimana ilmu huruf (numerologi) dan ilmu bintang (astrologi), namun ia
merupakan antara yang terbanyak diajarkan di dalam kitab-kitab Melayu. Aspek-aspek ilmu
divinasi yang berbagai jenis telah dikupas di dalam banyak bahagian kitab-kitab tersebut
tetapi tidak menggunakan istilah divinasi yang khusus. Antara ilmu-ilmu divinasi yang telah
 

Indriaty Ismail / 1143

dikumpulkan dan dianalisis oleh pengkaji ialah seperti berikut: Palmistry, Phrenology, Empat


unsur alam: Air, Api, Tanah, Angin, Dowsing , Ilmu Tilik/Ramalan, Ilmu Gerakan Anggota
Badan, Ilmu Mentac bir Mimpi, Ilmu Tubuh Badan Manusia, Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T.,
Wifiq dan Ilmu Tangkal Azimat.

Empat Unsur Alam: Air, Api, Tanah Dan Angin


Menurut analisis pengkaji Air, Api, Tanah dan Angin merupakan empat elemen alam
yang sering digandingkan di dalam perbincangan falsafah terutama di dalam memberi
 penerangan mengenai asal usul sesuatu perkara. Pergandingan unsur ini dikesan wujud
 paling awal dalam falsafah bangsa Chaldean dan tersebar penggunaannya di dalam pemikiran
 bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Pengkaji melihat empat unsur alam ini juga amat laris
di dalam perbincangan kitab-kitab Melayu. Kitab Taj al-Mulk   turut membincangkan sedikit
mengenai empat unsur alam ini. Di dalam fasal “Pada menyatakan segala ubat yang dimakan
akan menghilangkan segala penyakit dan membaik pada segala anggota”, pengarang kitab
menyebut,
“(Sebermula) dan dijadikan Allah Taala tanah itu akan gunanya tempat air dan api itu akan gunanya
tatkala ubat sangat maraknya. Air memadamkan api itu pun demikian dengan airnya. (Adapun) angin
itu akan gunanya menyerapkan air dan api itu maka tiada dapat angin itu lalu. Maka jadilah lemah
segala acdha’ . Inilah kita ini sebutnya” (Tuan Hasan t.th.:85).

Dowsing
Kitab Taj al-Mulk   merupakan kitab Melayu yang paling banyak membicarakan tentang
aspek dowsing .  Dowsing  ialah cara lama untuk mencari benda-benda tersembunyi seperti air,
galian berharga dan lain-lain dengan menggunakan satu daripada pancaindera yang mana
kebanyakan daripada kita tidak sedar mereka memiliki keistimewaan tersebut iaitu keupayaan
untuk mengesan benda-benda yang tidak boleh ditanggapi oleh orang lain.  Dowsing  
digunakan untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat seperti mengesan mata air di bawah tanah
atau tempat yang kurang baik supaya dapat berhati-hati sebelum membina bangunan atau
rumah di atasnya.
Kitab Taj al-Mulk   di dalam `Bab Pada Menyatakan bumi Yang Baik dan Yang Jahat’,
telah mencatatkan,
“Hendaklah kita ketahui akan dia dan jika bumi itu tinggi ke maghrib dan rendahnya ke masyriq maka
iaitu yang afdal   dan jikalau ada bumi itu tinggi ke masyriq dan rendahnya ke maghrib maka janganlah
engkau diam di sana tiada baik padahnya dan jikalau ada dalam bumi itu tinggi ke selatan rendah ke
utara beroleh laba yang duduk dan jikalau ada bumi itu samaratanya maka iaitu pertengahan dan jikalau
ada bumi tiu tinggi ke masyriq dan warnanya pun putih rasa manis baunya harum maka iaitu afdal   dan
 jika ada bumi itu merah rasanya kelat baunya pedas atau manis beroleh laba yang diam di sana dan jika
ada bumi itu hitam airnya masam-masam baunya busuk janganlah diam di sana kerana beroleh
kesakitan dan papa (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).
Pengarang menjelaskan lagi,
“(Adapun) bumi yang baik pertama warnanya putih kedua kuning ketiga hitam keempat bersih kelima
hijau itulah yang amat baik faedahnya. (Adapun) bumi yang jahat itu pertama warnanya hitam kedua
berjul   ketiga baunya busuk keempat berbulu kelima berdekat-dekat keenam berlubang-lubang ketujuh
terban.  Itulah bumi yang jahat janganlah diam di sana ( Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan
t.th.:71).
Pengarang menjelaskan lagi,
“Bermula jika bumi itu ditepi sungai ada bukit besar atau kayu tiada baik diam di sana perolehnya
dukacita dan kematian dan kesakitan kerana itu tempat jin dan jika kau diam di sana hendaklah dipindah
 pintunya pada pihak maghrib (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).
 

1144 / ISoIT 2004

Terdapat beberapa bahagian lain dalam kitab ini yang memokuskan kepada amalan
dowsing   yang sama tujuannya seperti di atas. Ini dapat dilihat pada perbincangan pengarang
 berkenaan `Fasal Pada Menyatakan Bekas Rumah atau Dusun atau negeri’ adakalanya baik
dan adakalanya jahat (Tuan Hasan t.th.:87), `tempat bumi bekas rumah’ (t.th.:87), `Syarat
 berbuat tempat bekas rumah’, `memilih bumi akan tempat rumah duduk segala manusia’
(t.th.:93-94), `Syarat melantai rumah itu’ (t.th.:94), `bumi yang jahat dan nahas’ dan `tanah
yang baik dan jahat’ (t.th.:95).
Sebagai contoh terakhir, pengkaji memetik tulisan pengarang di dalam `Fasal ini Pada
Mengetahuikan Memilih Bumi akan Tempat Rumah Duduk Segala Manusia’. Penulis
mencatatkan,
“Ketahui olehmu hai talib (Adapun) jika bumi itu rendah ke masyriq itulah yang beroleh baik dan jika
ada bumi itu senget ke utara itulah yang maha utamanya. (Jika) ada bumi itu sama rata tinggi
rendahnya naik jika bumi itu senget ke masyriq  warnanya putih rasanya manis baunya harum itulah
yang terlebih utama rahmatnya (Jika) bumi itu hijau warnanya lagi kuning meseri  warnanya manis
rasanya pedas barangsiapa diam di sana alamat beroleh isteri baik bangsawan dan hartawan datang
kepada anak cucunya selamat diam di sana (Jika) bumi perak pertamanya putih kedua merah ketiga
kuning keempat kelabu kelima hijau keenam hungan  ketujuh mesrinya  warnanya itulah yang maha
utama tempat kita diam di sananya InsyaAllah Taala yang memberi berkat. Adapun tiga perkara yang
nahas itu pertamanya yang berbukit-bukit tinggi rendah barangsiapa diam di sana alamat segala hamba
sahayanya dan anak cucunya derhaka kepada ibubapanya dan lari segala hamba sahaya
 padahnya…..hingga akhir (Tuan Hasan t.th.:93-94).
Pengkaji mendapat terdapat sedikit kelainan di dalam huraian pengarang di atas dengan
huraian beliau yang lain mengenai klasifikasi tanah yang baik atau sesuai dengan yang tidak
sesuai untuk didiami. Dalam huraian di atas, beliau telah memasukkan kriteria warna, bau
dan rasa dalam menentukan jenis bumi tersebut. Terdapat juga beberapa perkataan yang
tidak dapat difahami oleh pengkaji seperti hungan, mesrinya  dan mesri. Walau
 bagaimanapun yang dapat dipastikan di sini, pengarang telah mengaplikasikan metode
(dowsing ) di sini.

Ilmu Gerakan Anggota Badan


Berdasarkan analisis pengkaji, kitab Taj al-Mulk   memberi tumpuan yang agak meluas
dalam menghuraikan ilmu gerakan anggota badan. Hampir seluruh anggota badan manusia
dari hujung rambut hingga ke tapak kaki yang mengalami gerakan dihurai dan ditafsirkan.
Sebagai contoh, di dalam `Bab ini pada Menyatakan Seni Kaf dinamai Gerak’, pengarang
menyatakan,
“Jika sebuah kepala bergerak-gerak dari kanan, alamat sakit hati. Jika pihak kepala dari kiri bergerak-
gerak alamat beroleh kebesaran. Jika tendon bergerak alamat dukacita jika perempuan alamat segera
 bersuami. Jika kening kanan bergerak-gerak alamat yaman tetapi ada sedikit bahaya. Jika kening kiri
 bergerak-gerak alamat melihat perempuan. Jika bibir mata dari bawah bergerak akan menangis. Jika
 pohon mata kanan bergerak-gerak alamat luput daripada penyakit. Jika ekor mata kanan bergerak-
gerak, alamat melihat orang datang dari jauh ……” (Tuan Hasan t.th.:59).
Pengarang memberi tafsiran tentang pergerakan anggota badan ini yang merangkumi
kepala, kening, mata, biji mata, hidung, telinga, muka, bibir, lidah, leher, bahu, belikat,
lengan, siku, jari jemari, tapak tangan, dada, lembing, tubuh, pinggang, pusat, peha, lutut,
kaki, tapak kaki dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:60-67).
Antara contoh tafsiran gerakan anggota badan yang dikupas oleh pengarang kitab ini
ialah,
“Jika paha kanan bergerak alamat sakit, jika paha kiri bergerak alamat sukacita, jika lutut kanan
 bergerak alamat pergi-pergian barang ke mana segera datang, jika betis kira bergerak alamat sukacita,
 jika pergelangan kaki kanan bergerak alamat orang dengki, jika pergelangan kaki kiri bergerak alamat
 

Indriaty Ismail / 1145

kebesaran, jika kura-kura kaki kanan bergerak alamat berlaba, jika kura kaki kiri bergerak alamat sakit,
 jika tapak kaki kanan bergerak alamat mendengar khabar keluarga sakit, jika telunjuk kaki kanan
 bergerak alamat berhati suci, jika telunjuk kaki kiri bergerak alamat yaman hati ….” (Tuan Hasan
t.th.:60-61).
Di dalam bahagian lain bukunya ini, pengarang sekali lagi telah menyentuh tentang ilmu
gerakan anggota badan. Di dalam `Bab ini Peri Menyatakan Segala Seri Gempa di dalam
Besar Kita’, pengarang telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang,
“Alamat baik dan jahat supaya diketahui pada barang yang pada badan kita daripada gerak Allah jua
maka ia bergerak. Bermula jikalau sekelian tubuh kita bergerak kanak kiri atas alamat melihat indah-
indah sesuatu pula hampir ajal atau keruh. Jika tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan. Jika
ubun-ubun alamat menjadi menteri atau raja-raja atau beroleh harta banyak orang pun kasih akan dia.
Jika kepala kanan alamat barang pekerjaannya beroleh laba. Jika semua kepalanya alamat beroleh
sukacita. Jika dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal. Jika tengkuk bergerak alamat
 banyak orang kaya-kaya kasih akan dia. Jika kening kanan alamat berbahagia akan datang. Jika kening
 yasar ma man mati lagi bertemu dengan kekasihnya” (Tuan Hasan t.th.:108).
Dalam pengamatan pengkaji seterusnya mendapati pengarang telah mentafsirkan alamat-
alamat bagi anggota-anggota badan yang lain yang bergerak. Ini terdiri dari kelopak mata,
hidung, pelipis, telinga, pipi, bibir, dagu, leher, bahu, lengan, siku, lidah, bahu, belikat,
lambung, belakang, perut, pinggang, dubur, hati, pusat, paha, lutut, pergelangan kaki, kura-
kura kaki, mata kaki dan terakhir, ibu kaki (Tuan Hasan t.th.:108-110).

Ilmu Mentac bir Mimpi


Ilmu mentac bir mimpi merupakan suatu ilmu dan kemahiran manusia yang paling lama di
warisi sejak zaman berzaman. Banyak kitab-kitab Melayu membincangkan mengenai ilmu
c
ini. Pengarang Taj al-Mulk   telah mengkhususkan Fasal Pada Menyatakan Ta bir Mimpi
Baiknya dan Jahat ditunjukkan Allah Taala’ untuk membicarakan tentang ilmu ini.
Pengarang menyebut,
“Telah berkata syaikhuna wa ustazuna wa cazizuna wa qudwatuna Sayyidi al-Syaykh Muhammad ibn
al-Syaykh cAbd al-Karim al-Samani al-Madani. (Adapun) mimpi orang yang awam itu dita c birkan dan
mimpi yang khawas  tidak ditac birkan seperti mimpi itulah. (Adapun) mimpi orang yang awam itu
lihatlah olehmu apa hurufnya yang pertamanya jika huruf ( ) maka sambut dengan ayat:
(       ). Alamatnya segala dukacitanya telah diluputkan oleh Allah Taala
(Dan jika) mimpi awalnya huruf (   ) maka disambut dengan ayat (          ).  Alamatnya
 barang citanya diberi Allah Taala hendak berbuat jahat tiada akan menjadinya (Dan jika) awalnya huruf
(  ) maka disambut dengan ayat (     ) alamatnya akan datang gaduh dan gendala segala
 pekerjaan ingat-ingat malam dan siang ……” (Tuan Hasan t.th.:71-72).
Pengarang menghuraikan metode mentac bir mimpi ini dengan mendasarkannya kepada
huruf-huruf hijaiyah dan mengaitkannya dengan ayat-ayat al-Quran yang bermula dengan
setiap satu daripada huruf-huruf hijaiyah tersebut. Dalam pengamatan pengkaji metode yang
digunakan oleh pengarang seperti di atas merupakan salah satu metode yang digunakan oleh
c
 pengarang untuk menta bir mimpi di dalam bukunya ini. Metode ini belum pernah ditemui
oleh pengkaji diaplikasikan oleh kitab-kitab Melayu yang lain. Manakala metode mentac bir
mimpi dalam bahagian lain dalam bukunya ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan
c
 pengarang-pengarang kitab-kitab lain di mana ta biran sesebuah mimpi tidak lagi dikaitkan
dengan mana-mana ayat al-Quran tetapi dihuraikan dengan maksud-maksud tertentu tanpa
dinyatakan sumber daripada mana makna maksud-maksud mimpi tersebut diperolehi.
Antara contoh-contoh lain tac biran mimpi oleh pengarang yang boleh dirujuk oleh orang
yang ingin mengetahui tentang maksud mimpi mereka ialah merangkumi “bermimpi melihat
titian sirat, melihat Luh Mahfuz, berjumpa empat sahabat Nabi, sepuluh sahabat Nabi,
melihat hari qiyamat, melihat matahari dan bulan sujud kepadanya, matahari atau bintang
 

1146 / ISoIT 2004

turun ke rumahnya, naik ke atas udara, matahari terbelah dua, mimpi hujan lebat, puting
 beliung, angin keras, mimpi mandi, air sungai jernih, minum air sungai, perahu karam,
melimpah sungai besar, air laut menjadi najis, mimpi makan nasi, berkata-kata dengan orang
mati, mimpi minum arak dan lain-lain” (Tuan Hasan t.th.:73-74).
Oleh kerana perbincangan mengenai huraian mimpi ini terlalu meluas pengarang telah
mengkategorikannya mengikut fasal-fasal tertentu. Misalnya di dalam fasal yang berkaitan
dengan manusia, pengarang telah menyenaraikan mimpi-mimpi berkenaan melihat Rasulullah
c c
s.a.w., melihat qadhi yang adil, pendeta, faqir, Abu Bakar, Uthman Umar, Ali, ulamak,
hukamak, lelaki atau perempuan banyak, kanak-kanak, melihat kubur, mimpi dibunuh, mimpi
 belayar, berniaga, berkahwin, gigi patah, mata buta dan sebagainya lagi (Tuan Hasan t.th.:76-
78). Di dalam fasal yang berkaitan dengan binatang pula disenaraikan mimpi-mimpi seperti
makan daging kambing, melihat gajah, harimau, membunuh binatang, menaiki kuda,
membunuh tikus, babi, menyembelih biri-biri, pelanduk dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:78)
Kategori-kategori mimpi yang lain yang boleh dirujuk di dalam kitab ini ialah mimpi-
mimpi yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, bukit, manusia, pakaian yang mulia, intan
 permata, emas perak, sungai, laut, tanah, binatang-binatang yang melata, hal-hal yang
 berkaitan dengan api dan kebakaran, makanan, makan gula, makan pisang, minuman, minum
susu, amalan-amalan yang baik, sembahyang, sujud, memberi sedekah, sesuatu yang
 berkenaan dengan najis, peralatan menangkap ikan, buah-buahan, batu-batu bumi dan lain-
lain lagi. Semua jenis mimpi-mimpi yang dinuqilkan oleh pengarang telah diberi tafsiran dan
makna-makna tertentu sama ada baik atau buruk (Tuan Hasan t.th.:79-84).

Ilmu Tubuh Badan Manusia


Pengkaji mendapati pengarang kitab Taj al-Mulk  turut membincangkan mengenai ahwal
segala tubuh badan manusia dan tafsirannya dalam rangka untuk mengenali peribadi
seseorang manusia. Dengan berpandukan kepada sebuah hadith pengarang menyatakan;
“Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Ketakut olehmu daripada firasat segala mukmin bahawa sanya
ia menilik dengan cahaya Allah Taala”. (Syahdan) kembalilah faqir pada menyatakan perkataan firasat
hukumnya yang tersebut iaitu mengambil dalil dan qiyas daripada melihat ahwal segala tubuh manusia
daripada perkataan dan warnanya. (Adapun) tubuh yang merah lagi halus tanda melawan dan tubuh
seperti warna api tanda malang pada segala kerjanya dan amanah lagi kurang akal dan tubuh warna
hijau bercampur hitam tanda jahat perangai dan warna tubuh bercampur merah tanda segera pada segala
 pekerjaan dan tubuh sangat putih tanda tiada baik” (Tuan Hasan t.th.:64-65).
Huraian pengarang di atas adalah mengenai warna tubuh manusia. Beliau juga turut
menghuraikan berkenaan rambut manusia sebagaimana katanya,
“Rambut yang ikal lagi hitam berkilat tanda caqil lagi sempurna kelakuan dan rambut antara merah dan
hitam tanda kebajikan dan rambut yang sederhana tanda baik dan rambut yang sangat hitam tanda
 berakal dan rambut yang lemah tanah penyakit sejuk otak lagi kurang bebal lagi tamak dan rambut yang
kuning tanda kurang akal lagi segera marah dan rambut yang sangat lebat tanda kurang akal” (Tuan
Hasan t.th.:65).
Aspek-aspek tubuh badan manusia yang lain yang diberi tafsiran dan maknanya oleh
kitab ini merangkumi kepala; kepala yang besar, yang sederhana, yang pipih, dahi; dahi yang
 besar lagi luas, yang sederhana, yang bujur, kening; yang lurus, sederhana lagi hitam, kening
 panjang lagi jarang, kening yang bertemu, mata; mata sederhana, mata jarang terkelip-kelip,
mata yang sangat hitam, mata yang merah, mata yang kecil, warna mata; yang sangat biru
hampir kepada putih, yang biru hampir kepada kuning, yang merah bercampur kuning,
hidung; yang panjang lagi mancung, yang pendek hujungnya, mulut, bibir, lidah, suara, nafas,
 pipi, tahi lalat, janggut, warna muka, telinga; yang besar, yang kecil, yang lekat cuping,
telinga yang lembut, muka, leher, pinggang, hasta, tapak tangan; dengan anak jari yang
 panjang, tangan yang lembut, yang tipis, tapak tangan dengan anak jari yang pendek, dada,
 

Indriaty Ismail / 1147

 perut, punggung, betis, kaki; yang kecil lagi lembut, tumit; yang besar, langkah; yang jarang
dan akhir tembon yang sederhana (Tuan Hasan t.th.:65-68).
Pengkaji akan memperincikan di sini berkenaan dengan tahi lalat yang ada di tubuh
 badan manusia. Ilmu mengenai tahi lalat ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu
sehingga terdapat buku-buku khusus yang diterbitkan mengenai tafsiran tahi lalat sahaja. Di
dalam zaman teknologi moden kini ilmu tafsiran tahi lalat Taj al-Mulk  boleh diakses melalui
SMS (Short Message Services) atau dial ke pusat servis telefon yang tertentu. Pengarang
kitab Taj al-Mulk  menghuraikan,
“(Adapun) tahi lalat pada kesudahan kepala atau di atas tanda tiada hasil segala maksudnya dan tahi
lalat antara kedua mata tanda hasil segala maksudnya dan tahi lalat pada kelopak mata dan pada kening
tanda kesukaan dan tahi lalat yang pada bibir tanda  sir sir   dan tahi lalat pada batang leher tanda
 permulia orang dan tahi lalat pada lengan tanda ada tolong segala manusia barang hajat dan tahi lalat
 pada belakang tapak tangan tanda kikir dan jika pada tapak tangan kanan tanda tiada tetap padanya harta
dan tahi lalat pada zakar tanda kuat jima c  dan tahi lalat pada punggung tanda sentiasa dalam suruhan
orang dan tahi lalat pada lidah tanda ia mancut   darah dan tahi lalat pada muka yang tiada dinyatakan
tanda tuma, demikianlah lagi tahi lalat pada batang hidung” (Tuan Hasan t.th.:67).
Dalam kenyataan di atas terdapat beberapa perkataan tulisan jawi yang tidak dapat
difahami dengan baik oleh pengkaji seperti  sir sir   , mancut   dan tuma. Dalam hal ini
 pengkaji serahkan sendiri kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui huraian makna
tanda-tanda tahi lalat ini supaya merujuk kepada kitab asal tersebut dan bertanyalah kepada
orang yang lebih mengetahui dan yang sentiasa mempraktikkan tafsiran ilmu ini.

Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T.


Salah satu aspek divinasi yang tidak kurang popularnya ialah bibliomancy.  Bibliomancy 
 bermaksud meneka tentang sesuatu perkara dengan berpandukan kepada kitab suci. Amalan
ini pada asalnya ditemui di dalam masyarakat Kristian di mana mereka membuka lembaran
kitab Bible dan menunjuk kepada bahagian-bahagian tertentu untuk diramalkan maksudnya
sama ada baik atau buruk.
Pengarang kitab Taj al-Mulk   di dalam fasal `Inilah Pal Kalam Allah S.W.T’ telah
menghuraikan,
“Barangsiapa hendak mengerjakan sesuatu pekerjaan yang besar-besar hendaklah dahulunya itu melihat
Pal Kalam Allah. Jika baik padanya nescaya dikerjakannya dan jika palnya jahat maka disabarkan
dahulu supaya sempurna sekelian pekerjaan dengan berkat kalam Allah. Adapun syarat membukakan
 pal ini dengan mengambil air sembahyang dahulu. Maka diambil mashaf dan adab serta merendahkan
dirinya kepada hadrat Allah Taala dengan dibaikkan niat serta ikhlas hatinya. Setelah itu maka
membaca surah sekali dan (     ) tiga kali dan membaca mucawwizatayn  sekali. Maka
membaca doa ini:

“                ”
Maka membaca salawat sepuluh kali maka dicitanya barang yang dikehendak. Maka
tatkala sudah dicita maka dibukakan mashaf maka dibilang, tujuh warq  maka dibilang
 pula tujuh satr   yang dikanan. Maka jika bertemu dengan huruf  (   ) nescaya adalah pal
itu terlalu baik lagi sempurna pekerjaan itu.

(              ).  Dan jika bertemu dengan huruf (   ) nescaya
adalah yang empunya pal itu barang pekerjaan kebajikan maka barang yang dipintanya
diperoleh dengan kurnia Allah Taala
(           )…..” (Tuan Hasan t.th.:31-32).
Demikianlah seterusnya keterangan pengarang iaitu bermula dari bertemu dengan huruf (
 
 ) sehingga huruf hijaiyah terakhir (  ). Setiap satu huruf diiringi dengan sepotong ayat al-
Quran yang bermula dengan huruf-huruf hijaiyah tersebut. Pengkaji mendapati ayat-ayat
 

1148 / ISoIT 2004

tersebut menjadi penguat atau penentu kepada huraian atau tafsiran pengarang. Sebagai
contoh, ayat-ayat yang bermaksud ketinggian, kemuliaan atau kegembiraan yang dijanjikan
Allah Taala maka ia menandakan kemenangan, kebahagiaan dan kebaikan bagi seseorang.
Begitu juga ayat-ayat yang bermaksud kecelakaan, penyesalan atau janji-janji buruk Allah
Taala kepada hamba-Nya di dalam al-Quran telah ditafsirkan oleh pengarang sebagai
menandakan hal-hal yang tidak baik yang harus dielakkan oleh seseorang.
Sebenarnya terdapat banyak lagi unsur-unsur occultisme di dalam kitab klasik Taj al-
Mulk ini yang tidak dapat dipertontonkan di sini memandangkan keluasan ilmu tersebut.
Bagi individu yang berminat untuk mengkaji selanjutnya mereka akan bertemu dengan lain-
lain ilmu occultisme seperti ilmu-ilmu wifiq, ilmu azimat dan tangkal. Ilmu-ilmu ini
menggunakan berbagai bentuk gambarajah yang ganjil, bahasa yang janggal dan simbol yang
 pelik yang sudah tentu bukannya simbol bahasa Arab yang digunakan di dalam al-Quran atau
 bahasa Arab yang mudah difahami.

Penutup
Kitab Taj al-Mulk   adalah di antara kitab-kitab lama yang kaya dengan perbendaharaan
ilmu di dalamnya. Ilmu-ilmu yang tidak terusik di dalam kitab ini setelah dianalisis
memaparkan kepada kita bahawa ianya banyak diselitkan dengan ilmu-ilmu falsafah
kebatinan atau occultisme. Tiga bentuk ilmu yang paling banyak digunapakai dan dihuraikan
ialah Numerologi, Astrologi dan Divinasi. Numerologi membantu seseorang untuk
mengenali seseorang yang lain menerusi jumlah nama, mengenalpasti keserasian antara dua
sahabat atau pasangan suami isteri, mengesan punca-punca penyakit dan lain-lain. Manakala
Astrologi membolehkan kita mengetahui tabiat seseorang, mengetahui waktu yang baik atau
 buruk dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun dan lain-lain. Divinasi pula
memperkenalkan ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu tafsiran tapak tangan, tengkorak kepala,
ilmu ramalan, ilmu mentac bir mimpi, ilmu menafsir tahi lalat, ilmu gerakan anggota badan,
azimat, wifiq dan lain-lain. Kepelbagaian dan keluasan ilmu yang terkandung di dalam kitab-
kitab Melayu ini menampakkan pembangunan fikiran orang-orang Melayu yang amat tinggi
sejak zaman silam dalam memahami dan menyelesaikan persoalan kehidupan mereka. Ilmu-
ilmu mereka adalah lambang sains dan teknologi mereka yang tentunya berbeza sekali
dengan sains dan teknologi moden dan terkini. Tetapi persoalannya adakah ilmu-ilmu ini
 boleh disesuaikan dengan ajaran akidah dan syariat Islam yang sebenar?

Bibliography
Al-Quran al-Karim
The encyclopedia Americana. 1972. USA: Americana Corporation. Vol. 20. International Edition.  
The living Webster encyclopedia dictionary of the English language. t.th.. Chicago: Institute of America
Inc. Vol. 1. First Edition.
Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani. t.th.  Kitab Taj al-mulk. Pulau Pinang : Percetakan al-Macarif Sdn.
Bhd.
 

Indriaty Ismail / 1149

Anda mungkin juga menyukai