Anda di halaman 1dari 36

Tasawwur Islam

Minggu 3
Salah Faham Terhadap Islam
Perbincangan:

Terdapat anggapan-anggapan salah dan kadang kala


begitu liar yang disuarakan oleh orang-orang bukan
Islam; sama ada dari masyarakat Barat mahupun
yang lain, bahkan dari kalangan umat Islam sendiri.

Bincangkan beberapa isu tersebut seperti yang


dibangkitkan dan dicanangkan kepada dunia.
Isu-isu Muslim
Isu-isu yang melanda Muslim atau dunia Islam
- Hak asasi manusia
- Islamophobia
- “Labelling”
- “Globalization”
- Idealogi Asing
- Lifestyle – West selling lifestyle
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kekeliruan
Terhadap Islam

Faktor terjadinya demikian berpunca dari dua sudut:

Pertama: Faktor Luaran


Iaitu perencanaan jahat para musuh Islam dengan cara kekuatan serangan pemikiran
( ‫) ا ْلغَ ْزَوةُ ا ْلِفكِيَّْرُة‬. Ia disokong oleh gerakan orientalis serta tulisan-tulisannya yang
mengelirukan.
“Akan datang suatu masa, dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu
mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti orang rakus yang berkerumun untuk berebut
hidangan makanan yang ada di sekitar mereka”. Salah seorang shahabat bertanya: “Apakah karena
kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit?” Rasulullah menjawab: “Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat
banyak jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan. Allah telah mencabut rasa takut
kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menancapkan di dalam hati kalian ‘wahn’”.
Seorang shahabat Rasulullah bertanya: “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan ‘wahn’ itu?” Dijawab
oleh Rasulullah s.a.w:
“Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati”.
(At Tarikh Al Kabir, Imam Bukhari; Tartib Musnad Imam Ahmad, XXIV/31-32; “Sunan Abu Daud”,
Kedua: Faktor Dalaman
Seperti kejahilan umat Islam sendiri terhadap agamanya, sikap
taqlid buta, pemerintah umat Islam yang mengabaikan
tanggungjawabnya, serta adanya ulama jahat ( ُ‫) ا ْلُعلََماءُ ا ُّلس ْوء‬
yang pentingkan dunia telah menambahkan lagi kekeliruan
tersebut.

Dari Al-Ahwas bin Hakim dari bapanya dia meriwayatkan: Seorang lelaki
telah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kejahatan. Beliau bersabda:
“Jangan kamu tanya kepada ku tentang kejahatan. Tanyalah aku tentang
kebaikan”. Diulangkannya tiga kali. Kemudian beliau sabda: “Melainkan
sesungguhnya sejahat-jahat kejahatan ialah kejahatan para ulamanya.
Dan sebagus kebaikan ialah kebaikan ulama”.
Riwayat Al-Darami
Pertama: Pengaruh Luar yang Merosakkan
Kehidupan Muslim
Terdapat banyak pengaruh-pengaruh luar dari
pelbagai aspek yang telah menjejas kehidupan
Muslim.
2 aspek yang paling utama ialah:

(1) Ideologi
(2) Sosial atau Gaya Hidup
Penularan Ideologi-Ideologi Asing

• Pelbagai ideologi asing dari Barat telah ditularkan kepada dunia


secara umum. Masyarakat dunia yang melihat Barat sebagai
kononnya simbol kemodenan & kemajuan tanpa menapis terus
mengadapt ideologi-ideologi mereka walaupun terbukti tidak
efektif, seperti kapitalisme & sosialisme yang kini sudah lapuk
ditelan zaman.

• Pada hari ini, antara ideologi yang semakin popular disebarkan


kepada dunia ialah:

Sekularisme
Hedonisme
Liberalisme
Gaya Hidup Barat
• Kesan daripada 3 ideologi tadi ialah budaya-
budaya berikut:

– Materialisme
– Konsumerisme
– Liberalisme – atas nama Hak Asasi Manusia
– Dehumanisasi “Survival of the fittest”
Ideologi dan gaya hidup Barat tersebar
melalui 2 aspek utama:-

• Penjajahan Pendidikan

• Globalisasi Media Massa


• Penjajah apabila menguasai tanah-tanah jajahannya,
perkara pertama yang dipinda ialah sistem pendidikan
di mana sistem yang selari dengan visi dan misi mereka
akan dikuatkuasakan ke atas penduduk di tanah jajahan
tersebut.

• Anak-anak tanah jajahan juga dihantar ke negara asal


penjajah untuk menyambung pengajian di peringkat
yang lebih tinggi. Minda mereka dijajah dan disuntik
perasaan kagum pada Barat dengan dakwaan kononya
lebih akademik dan terbuka, sedangkan Islam adalah
kolot atau konservatif, jumud dan tidak bebas.
• Globalisasi pula merupakan satu lagi fenomena yang
tidak dapat dielakkan hari ini. Dunia menjadi semakin
kecil atau dikenali juga dengan “global village”.

• Dengan globalisasi, kemajuan Sains & Teknologi Barat


telah dibawa ke seluruh pelusuk dunia.

• Bukan itu sahaja, nilai-nilai dan gaya hidup Barat


turut sama di“eksport”; kaedah yang paling berkesan
lagi efektif adalah melalui media massa.
• Media massa adalah alat /sarana yang penting bagi dunia
untuk menyebar-luaskan berita, analisis, komentar, material
pendidikan dan banyak lagi termasuklah budaya dan hiburan.

• Hakikat media massa hari ini dikuasai oleh Barat


memudahkan lagi penularan cara pemikiran, budaya dan gaya
hidup mereka ke seluruh dunia.

• Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi


penontonnya lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak
nafsu dan tanpa kawalan.

• Tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi media massa dalam


beberapa hal akibat kurangnya kawalan telah menyumbang
kepada kerendahan budi dan kerosakan adab.
Tasawwur terhadap Agama:
Dunia Barat vs Dunia Islam
Barat: Berpendapat agama (nasrani) dan authority
agama (churches, popes) bertanggung-jawab dalam
menyebabkan masyarakat mundur ke belakang &
tidak maju ke hadapan.

Islam: Hakikatnya, kedatangan Islam ke Tanah Arab


membebaskan manusia dari belenggu Jahiliyyah dan
memartabatkan kedudukan manusia seterusnya
membawa pembangunan bagi masyarakat Arab pada
waktu itu.
• Malah, jika dikaji kedatangan Islam ke pulauan
Melayu atau daerah Nusantara sendiri telah
membebaskan kita dari perhambaan kepada Raja,
dari kepercayaan yang karut atau mitos dan dari
kejumudan berfikir.

• Semasa Zaman Kegemilangan Islam pada Zaman


Abbasiyyah, para ahli falsafah dan ahli sains, serta
jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak
menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan
ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan
tradisi-tradisi yang awal (ilmu fardhu ‘ain), serta
dengan menambahkan rekaan-rekaan dan
pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual
mekar pada zaman keemasan itu.
Barat: Berpendapat bahawa untuk mencapai
kemajuan, agama harus dipisahkan dari
urusan negara, bahkan dari kehidupan
seharian. Agama tidak lain hanyalah
merupakan ritual; hanya satu aspek kecil
dalam kehidupan manusia.
Islam: Islam sebagai agama yang syumul
(holistik) lengkap menetapkan panduan bagi
manusia dalam semua aspek hidup. Jika
dipisahkan agama dari kehidupan seharian,
maka tunggulah kehancuran umat Islam.
• Era evolusi Barat (Eropah):
Zaman Gelap (Dark Age)

Zaman Pencerahan (Enlightenment)

Zaman Kebangkitan (Renaissance)

Kemodenan

Soalan: Kemodenan = Kemajuan & Kejayaan??


• Jatuh-bangun Islam
Puncak Kegemilangan Islam
(Zaman Rasulullah di Madinah hingga Zaman Kerajaan Uthmaniyyah)

Zaman Jahilyyah
Dimanakah Umat Islam hari Ini???
Kesimpulannya…
• Barat melalui suatu evolusi yang menurut mereka
membawa kemajuan bila agama di tolak ke tepi.

• Islam pula menghadapi jatuh-bangun di mana, jika


kita susuri sejarah, kita dapat melihat pembangunan
yang terhebat berlaku bila agama didaulatkan,
manakala kejatuhan apabila agama kurang
dipraktikkan.

• Jadi, apabila Barat adopt sekularisme, adakah patut


kita umat Islam meniru satu lagi fahaman dan budaya
mereka yang keliru???
• Sebahagian dari Ideologi dan budaya Barat
sebenarnya merupakan satu ancaman yang
amat merbahaya yang telah menyerang umat
Islam dari segi gaya hidup dan pola pemikiran.
Perbincangan

Renungkan cara pemikiran dan gaya hidup


kebanyakan Muslim Singapura hari ini dan beri
contoh-contoh yang menandakan pengaruh
luar telah berjaya menyusup masuk ke dalam
kehidupan kita.
Kedua: Faktor Dalaman yang
Merosakkan Kehidupan Muslim

Disamping pengaruh luaran, terdapat beberapa


faktor dalaman yang memberi kesan terhadap
kelemahan Umat Islam hari ini – antara yang utama:

(1) “Ulama’ Suu’” – “Ulama” yang tidak baik


(2) “Muslim” Liberal
Ulama’ Suu’
َ‫ ال‬: ‫ال‬ َّ ‫ َسأ ََل َر ُج ُل النَّبِ َّي (ص) َع ِن‬: ‫ال‬
َ ‫ َف َق‬. ‫الش ِّر‬ ‫ِن‬ َ َ‫ص بْ ِن َح ِك ْي ٍم َع ْن أَبِْي ِه ق‬
ِ ‫َع ِن اْألَ ْح َو‬
َّ‫ إال‬: ) ‫ال ( صلى‬ َ َ‫ ثُ َّم ق‬. ‫ َي ُقولُ َها ثَالَثًا‬. ‫اسأَلُْونِ ْي َع ِن الْ َخ ْي ِر‬ْ َ‫و‬ . ‫ر‬
ِّ َّ
‫الش‬ ِ
‫ن‬ ‫ع‬
َ ‫ي‬ ِ
ْ ‫تَ ْسأَلُْون‬
. ‫ رواهُ ال ّد َارِم ّي‬. ‫ار الْعُلَ َم ِاء‬ ‫ي‬‫خ‬ِ ‫َن َخير الْ َخي ِر‬ َّ
ُ َ ْ َ ْ َ َ ُ ُ َ َّ ‫أن َش َّر‬ ‫أ‬‫و‬ . ِ ‫الش َّر ِشرار الْعلَم‬
‫اء‬ َّ
Dari Al-Ahwas bin Hakim dari bapanya dia meriwayatkan:
Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang
kejahatan. Beliau bersabda: “Jangan kamu tanya kepada ku
tentang kejahatan. Tanyalah aku tentang kebaikan”.
Diulangkannya tiga kali. Kemudian beliau sabda: “Melainkan
sesungguhnya sejahat-jahat kejahatan ialah kejahatan para
ulamanya. Dan sebaik-baik kebaikan ialah kebaikan ulama”.
Riwayat Al-Darami

)) ‫(( َوي ٌل ألُ َّمتِي ِمن ُعل َما ٍء سُـو ٍء‬


Dalam hadis-hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:

‫َوي ٌل ألُ َّمتِي ِمن ُعل َما ٍء سُـو ٍء‬


“Binasalah umatku kerana ulama’ yang jahat”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

“Ulama’ itu adalah kepercayaan Rasul selama dia itu tidak


bercampur dengan Sulthan (penguasa) dan dia tidak
dimasukkan ke dalam urusan dunia. Maka tatkala dia
bercampur dengan Sulthan dan memasuki urusan duniawi,
maka sungguh-sungguh dia itu adalah khianat kepada Rasul.
Maka hati-hatilah terhadap mereka”.
Ciri-Ciri Ulama’ Suu’
• Terlalu konservatif dan taksub, rigid dan
jumud
• Kuat berpegang kepada pendapat-pendapat
tradisi – walaupun masalah itu bersifat
khilafiyyah
• Memperbesarkan masalah furu’ sementara
yang usul diremeh-temehkan
• Saling menyalahkan dan mengkufurkan antara
satu sama lain
• Mempelajari dan mendalami ilmu agama demi
status, kuasa dan pengaruh
• Mengkhianati agama dengan berkompromi untuk
menyesuaikannya mengikut keadaan sosial, politik
dan arus kemodenan
• Menyingkirkan daripada Islam perkara-perkara yang
menjadi asas kepada ajarannya
• Menokok tambah ajaran-ajaran yang bukan dari
Islam
• Tidak menghormati serta memperlekehkan pendapat
Ulama’ assalafussoleh
ISLAM LIBERAL: Aliran Pemikiran
Terkini
• Wacana pemikiran Islam terkini telah melihat
kemunculan aliran Islam Liberal yang lebih
bebas dan longgar dalam mentafsirkan
sebahagian ajaran-ajaran agama.

• Premis awal pemikiran Islam Liberal ini


nampaknya tidaklah bersifat negatif
• Seperti golongan modenis, mereka juga
menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad dan
penyeruan ke arah kefahaman Islam yang
terbuka dan progresif.

• Namun arah aliran fahaman Islam mereka


nampaknya berkecenderungan untuk
melewati parameter keagamaan apabila
mereka menuntut tafsiran Islam yang pluralis
dan subjektif, pemisahan politik dan agama,
dan pembebasan dari tafsiran ulama silam.
• Istilah-istilah yang digunakan dalam wacana
mereka juga agak membimbangkan seperti
Islam warna-warni,Islam tanpa Shariah dan
penegasan akar-akar sekularisme dalam Islam
Antara gagasan penting Islam
Liberal
i) keterbukaan pintu ijtihad dalam pelbagai bidang
termasuk teologi dan ibadah.
ii) penekanan kepada semangat religio-etik bukan
kepada literal sebuah teks;
iii) kebenaran yang relatif, terbuka dan plural. Ini
berdasarkan premis bahawa setiap pentafsiran
agama dianggap sebagai kegiatan manusiawi, yang
terkongkong pada konteks sejarah dan keperluan
semasa yang berubah-ubah, justru ia akan sentiasa
terbuka kepada kesilapan;
iv) pemihakan kepada golongan minoriti dan yang
tertindas. Maka, atas nama keadilan, golongan
minoriti harus dibela. Golongan ini termasuk
minoroti agama, etnik, ras, budaya, jantina dll;
v) kebebasan beragama dan kepercayaan. Persoalan
agama adalah hak peribadi yang harus dilindungi,
maka tidak ada pemaksaan kepada sesuatu
kepercayaan yang dipilih oleh seseorang individu ;
vi) pemisahan otoriti duniawi dan ukhrawi, agama dan
politik. Agama tidak harus tidak dijadikan nilai yang
dipaksa dalam bidang politik kerana ia adalah milik
perseorangan dan persendirian. Bidang politik,
dengan kata lain, seharusnya bebas agama.
Ciri-Ciri Pemikiran Muslim Liberal
• Rasionalisme – Akal fikiran secara maksimum mampu
menemukan kebenaran yang hakiki

• Pluralisme – Semua agama sama; semuanya menuju jalan


kebenaran

• Menonjolkan Isu Hak Asasi Manusia Dan Kebebasan Individu

• Menghina Ulama’ dan meremeh-temehkan pendapat mereka

• Menggunakan falsafah liberal Barat dalam semua perkara


termasuk agama, lantas memberikan tafsiran yang
mengelirukan tentang Islam
Moderate Muslim
• Menurut pandangan Barat

• “Not against Islam nor Muslim” George Bush

• Toleransi, terbuka (openness) sokong


demokrasi dan terima peranan penting wanita

• Aman (Peace) dan Kesederhanan


(Moderation)
Muslim Moderat?
• Kita terperangkap dengan cetusan arus global
kebangkitan Islam – Goh Chok Tong

• Kenapa moderat? – Adakah kita terima


panggilan muslim sebegini?

• Kesan Sept 11 atau 911 dan JI (Jemaah


Islamiyyah) memaksa kita terima slogan ini
Perbincangan
(1) Berdasarkan apa yang telah kamu pelajari, lakarkan
rumusan bagi faktor-faktor yang menyebabkan
kekeliruan terhadap tasawwur Islam secara grafik.

(2) Setelah menyedari pengaruh-pengaruh luaran dan


juga dalaman yang memerangi Umat Islam,
bincangkan bagaimana kita dapat membina sistem
ketahanan diri dari ancaman-ancaman tersebut.
Kenapa Muslim runsing?
Apabila kita tinggalkan
dua perkara penting…….

Al-Quran
As-sunnah

Anda mungkin juga menyukai