Anda di halaman 1dari 8

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]

Kita sambung baca syarah kitab ni....insyaAllah sampai siri 40...

SIRI 21.

Hari ni kita baca kitab tasawuf Qatrul Ghaisiyah, muka surat 13. Kita baca, Bermula fana dan baqa.
Ini, istilah orang tasawuf, lain daripada istilah orang tauhid. Istilah tauhid, baqa tu makna kekal. Jadi,
sapa yang baqa ? Allah saja, lain tak dak ! Fana, lain daripada Allah, fana. Alam ni dia kata fana. Tak
kekal, bila tak kekal, dia kata fana. Dalam ayat Quran kata ; ُ ‫ش ْيءٍ هَا ِلكٌ ِإ اَّل َوجْ َهه‬
َ ‫كُ ُّل‬

[ Kullu syai’in haalikun illa wajhah ]

Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah Allah.

(QS. Al-Qashash : 88)

Yang tu fana ilmu tauhid. Mai ilmu tasawuf, fana tu makna nya, apabila kita merasai. Fana ni sifat
hati. Apabila kita merasai kita tak bolih buat apa pun. Gerak sikit apa pun tak bolih. Lain pun gitu
juga. Kita tengok alam ni, apa pun tak bolih, tak ada fungsi apa. Tu kata fana. Fana daripada melihat
alam ni ada buatan. Itu fana. Baqa ni makna, berasa Allah yang dok atur. Tengok benda berjalan,
tengok pokok tumbuh, tengok hujan turun, berasa Allah lah yang dok atur. Tu baqa. Baqa ni kita
berasa Allah yang atur, memanglah Allah atur. Tapi kadang-kadang kita tak berasa, kita berasa
orang. Berasa makhluk yang dok buat kerja sesuatu. Itu tak ada baqa.

Jadi, bolih jadi orang ni, dia bersifat fana, bersifat baqa. Dia berasa diri dia tak ada fungsi apa, berasa
Allah dok atur dia. Itu kata fana dan baqa. Kadang-kadang dia berasa satu saja, berasa sebelah saja.
Berasa dia tak bolih buat apa, tu fana. Berasa Allah yang dok atur, yang tu baqa. Ini sifat yang paling
tinggi lah. Orang, kalau dia sampai fana dan baqa, tinggi-lah kedudukan sifat batin dia. Ini kita baca
baris 12....

‫لرحْ َم ِن ۘا ا‬
‫لرحِ ِيم‬ َ ‫بِس ِْم ۘاهللِ ۘا‬

Bermula fana dan baqa’ ini yaitu dua hal yang sangat mulia

Hal tu, makna sifat batin. Dua hal, makna dua sifat batin yang sangat mulia. Bersih lah. Orang ni,
kalau dia sampai maqam fana maqam baqa, bersih diri dia. Tak ada dok teringat apa-apa.

Hal yang sangat mulia bagi mereka itu ahlus syuhud ,

Jadi, fana tu, bukan macam fana kita baca dalam ilmu tauhid. Ilmu tauhid, bila binasa semua fana
lah. Yang ni tidak, kta duduk sekarang ni pun, cuma kita tak berasa kata kita. Itu fana. Orang-orang
solih ni, nak pi mana ? Pi (pergi). Hujan turun, dia tak beasa kata hujan. Kadang-kadang Tuhan tak
bagi basah. Dia memang tahu hujan turun, tapi dia nampak hujan ni, nampak macam kita tengok di-
kertas, kita tengok gambar hujan. Berasa macam tu saja. Bukan apa, macam bayang-bayang.
Nampak la hujan tapi tak berasa kata hujan tu bolih kena dia, bolih basah baju apa semua, tak
berasa. Berasa, Allah yang menurun hujan. Kalau kebetulan dia pi masuk dalam hujan, dia basah. Dia
tak berasa kata hujan tu yang bagi basah dia, dia berasa Allah bagi basah baju dia. Jadi, orang macam
ni, selalu dia pi dalam hujan, dia tak basah-lah. Dia tak berasa kata hujan. Tengok hujan, macam dia
tengok dalam gambar.

Hari tu dia berjalan, harimau dok tengah jalan, harimau dok sekat orang, di-padang pasir, harimau
besar. Harimau padang pasir, tinggi. Harimau sekat tengah jalan, mana dia berasa kata harimau tu
bolih buat apa dekat dia. Memang harimau tak bolih buat apa. Dia jalan pi. Harimau tak buat apa
juga dekat dia. Itu-lah orang yang dia dah terlalu kuat. Hati dia gantung kepada Allah terlalu kuat,
segala yang lain tak bolih menguasai. Baik, kita baca kitab....qala musannif...

Dua hal yang sangat mulia bagi mereka itu ahli syuhud karena adalah kedua-duanya itu faedah
musyahadah.

Apa makna faedah musyahadah ? Makna, ekoran daripada musyahadah lah. Makna, selalu, selalu
dia buat sesuatu, berasa Allah yang buat. Itu nama musyahadah kan ! Jadi, ekorannya sampailah
fana daripada yang lain, baqa serta Allah. Tu kata baqa serta Allah.

Jadi, sekarang ni, macamana kita nak jadi fana, nak jadi baqa ? Nak buat macamana ? Ini pemberian
Allah. Kita usaha, ajar hati saja. Usaha kita, kita ajar hati, berasa kata Allah yang dok atur. Kita tak
berasa kita. Kalau selalu, Tuhan bagi-lah hal fana, hal baqa.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]

Orang-orang dulu gitu-lah, mereka duduk buat apa ? Zikirullah saja, buat apa ! Depa cari nafkah,
kalau depa ada keluarga, ada anak-anak, yang depa kena sara, depa cari-lah nafkah, buat kerja. Buat,
pi berniaga, pi tanam, bela binatang ternak. Tapi hati tu, kalau dia tanam, tanaman dia naik subur,
tak berasa kata dia. Dia berasa Allah bagi rezeki dekat anak-anak dia. Itu gantung. Kalau dia tinggal
seorang diri, lama-lama tinggal seorang diri, senang, tak payah. Kadang-kadang tinggal suami isteri
pun, isteri pun musyahadah juga pada Allah. Tak ada apa satu, dok buat ibadat saja. Tak makan dua
hari, tak teringat kata tak makan dua hari. Tuhan bagi makan, ha ! makan. Jadi, ini hal orang dulu,
orang fana. Mari sekarang, macamana ? Kalau kita cakap macam ni ? Orang kata tak ada logik. Orang
tasawuf tak ada logik. Adakah pula duduk tak cari apa, nak makan apa ! Manusia ni, ada Tuhan bagi,
ada dua macam, dua jenis manusia ni. Satu yang Tuhan direct, Dia sendiri yang perintah. Satu lagi,
yang Tuhan bagi melalui usaha. Jadi, ada orang yang Tuhan bagi rezeki tanpa usaha. Ada orang yang
Tuhan bagi rezeki melalui usaha. Dua-dua tu baik. Orang Tuhan bagi rezeki tanpa usaha, tak dak
usaha la. Tak payah usaha lah kan, supaya hati tumpu buat ibadat pada Allah saja. Jadi, senanglah
kan ! Orang yang Tuhan bagi rezeki kena usaha, usaha lah ! Usaha-usaha dapat rezeki, sudah. Usaha,
dapat-lah apa yang untuk keperluan, cukup. Bila mai yang belakang ni, ada-kah yang Tuhan bagi
rezeki tanpa usaha ? Ada juga. Tapi Tuhan bagi rezeki tanpa usaha, dia usaha juga. Usaha juga,
kadang pi ambil kerja lain, kerja cari rezeki tak ada, dia pi ambil kerja lain, dia usaha. Yang tu-lah,
yang dia tak tau nak letak nikmat Allah. Macam orang-orang pencen, yang tu Tuhan bagi rezeki
tanpa usaha. Dah Tuhan bagi rezeki tanpa usaha, buatlah ibadat, buat 24 jam. Tidak, dia ada usaha
lain. Usaha itu lah ini lah, tengok anak tengok cucu, itu usaha dia. Dia nak tanam pokok bunga
dirumah, tak dak pasai-pasai. Dah Tuhan bagi rezeki tanpa usaha, buatlah ibadat sepenuh. Tidak, dia
usaha lain, ikhtiar dia, pi cari segala kerja-kerja nak buat itu ini. Tak pandai letak nikmat Allah. Orang
cari rezeki dengan usaha, usaha dapat keperluan, cukup. Ni tidak, dapat keperluan dia usaha lagi,
dapat keperluan dia usaha lagi, usaha lagi, lagi banyak. Lepas tu, bila Tuhan bagi dah banyak, usaha
pula, nak letak sana sini, nak pusing sana sini, putar. Tak pandai nak letak. Pemberian Allah ni, kita
tak pandai letak. Macam budak-budak, bapa dia cari makan. Dia duduk mengaji. Mengaji-lah, bukan
payah usaha cari rezeki. Rezeki ada dah, bapa dia bagi. Mengaji saja 24 jam, baca buku, tulis. Tidak,
dia usaha ikut lain la. Usaha cari hiburan, cari ikut lain, buang masa gitu. Tak pandai letak, lepas tu
campur pula dengan didikkan ibu-bapa pun tak berapa ada. Jadi, budak tu rugi masa-lah. Patutnya
dia bolih buat-lah kerja-kerja baik, sebab dia tak payah dah usaha rezeki. Tapi dengan sebab tak
pandai atur, dan orang yang nak atur dia pun tak pandai atur. Dia jadi buang masa.

Baik, jadi kita baca tadi, apa ? Fana dan baqa ni dia kata apa ?

Faedah musyahadah artinya yang hasil keduanya itu daripadanya.

Daripadanya tu, dari musyahadah. Bila orang musyahadah dengan Allah, sudah-sudah, dia fana-lah
daripada yang lain, dia berasa Allah yang dok atur semua. Iaitu seorang wali Allah yang nama dia,
Syekh Abdullah. Dia doa, Tuhan bagi doa makbul. Apa dia minta semua Tuhan bagi, dia wali Allah
yang atasan lah. Minta apa pun Tuhan bagi, doa makbul. Bila orang Mongolia langgar islam, langgar
ikut Baghdad. Mai masuk ikut Basrah tu, langgar Baghdad. Depa bunuh habis orang islam, depa kerja
bunuh saja. Depa tak kira, orang islam tu lawan kah, tak lawan ka, kecil kah, orang perempuan kah,
depa kira bunuh. Masuk-masuk kampung, ada sebelas ribu, sebelas ribu bunuh, tu orang Mongolia.
Depa dapat perintah dari ketua dia, bunuh. Jadi, orang islam yang tak mau kena bunuh, lari pi mana-
kah, lari tinggal semua lah. Tinggal negeri kosong. Lagi ada, bunuh. Jemberang sungai Furrat tu dok
tengah-tengah Baghdad.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]

Jemberang sungai Furrat, nak pi ikut mana ? Dulu bukan ada jambatan, ada sikit hujung sungai tu
ada sempit sikit. Depa pi situ, depa pi masuk dalam khutubkanah. Perpustakaan Baghdad, kitab-kitab
tu dekat billion apa, kitab dulu. Depa ambil kitab, lungguk masuk dalam sungai. Lungguk tengelam,
lungguk tengelam, lungguk tengelam, lungguk lagi, lungguk lagi. Lama-lama tak tengelam. Lama-
lama bumbun kitab tu dalam sungai. Landa kuda atas tu. Tu banyak habis kitab-kitab pusaka islam,
habis kan. Orang tak bolih bertahan. Pasai apa orang islam tak bolih bertahan ? Askar-askar khalifah
sangat zalim. Mereka rampas harta orang semua, berasa nak ambil apa semua tu, jadi rakyat ni
dengan khalifah sudah jadi renggang. Orang orang yang keduniaan ni dok berniaga, depa cari harta
banyak-banyak, tak peduli dah, jihad apa tak peduli dah. Jadi, tentera mujahid tak ada, harap askar
khalifah tu bukan tahu perang. Tau buat zalim saja. Mana nak bolih bertahan dengan orang
Mongolia. Askar khalifah pun lari tinggal. Orang mujahid, askar mujahid yang sukarela mana ada.
Cuma ada orang yang cari duit saja, cari harta. Jadi, orang pergilah pada Syekh Abdullah ni. Tuan Sidi,
depa panggil syaidi. Wahai Syaiyidi, doalah supaya Tuhan binasakan orang Mongolia. Dia jawab ;
‘Inni wahibbu ma ahabballah’. Saya suka, apa yang Tuhan kehendaki. Kalau Tuhan kehendaki supaya
orang Mongolia bunuh orang islam, biar pi. Nak kacau buat apa, kita nak atur Tuhan buat apa kan !
Nak dok atur Tuhan bagi Tuhan binasa orang Mongolia, buat apa.
Aku suka apa yang dikehendaki Allah, biar pi. Minta dia, dia tak doa. Kalau doa, Tuhan bagi . Ya Allah
binasalah orang Mongolia, sekejap mata binasa. Yang tu kerja kita, kita doa. Doa bagi Tuhan binasa
orang kafir. Orang kafir dok bom orang islam. Jadi, kenapa Tuhan binasakan orang islam masa itu ?
Sebab orang islam sudah tidak mempertahankan agama. Yang dok cari harta, cari harta, askar-askar
Khalifah zalim, buat ainaya dekat orang semua. Jadi orang tak peduli nak perelok agama, nak ajak
orang perhidupkan ajak pi sembahyang jemaah pun tak ada masa tu.

Lepas tu, bila orang kutip, ada juga yang insaf, buat pasukan jihad, orang islam yang sedar lah. Depa
buat pasukan jihad, tubuhkan pasukan jihad, Syekh Abdullah ada masuk juga. Yang tu kerja dia,
menentang orang-orang kafir, yang tu kerja dia. Ada pun nak ubah perkara yang Allah menentukan,
yang tu bukan kerja dia. Depa nak suruh buat supaya Tuhan ubahkan benda yang di-tentu, mana
bolih ! Yang tu bukan kerja dia. Daftar diri jadi tentera mujahid untuk jihad, yang tu kerja dia. Pi
perang dengan orang Mongolia. Orang Mongolia bunuh dia, mati syahid. Syekh Abdullah tu syahid
lah. Mati syahid, tak pa kan ! Jadi nak ubah perkara yang Tuhan atur, yang tu bukan kerja kita. Jadi,
kita buat kerja kita, sekarang apa kerja kita ? Kerja kita tumpu hati pada Allah, laksana ibadat,
buatlah kalau ada kesempatan dakwah, menyumbangkan ajaran Allah, tu kerja kita. Apa-apa yang
berlaku, yang tu kerja Tuhan. Dia-lah atur macamana-macamana. Kadang-kadang kita nasihat orang
pada jalan Allah, orang tak ikut kita. Biar pi, bukan kerja kita. Orang ikut kita, bukan kerja kita. Kerja
kita nasihat, ada orang yang tak mau ikut jalan Allah, kita nasihat dia. Lepas tu, dia nak ikut-kah kita ?
Yang tu bukan kerja kita, kerja kita bagi nasihat saja. Orang nak pakai tak pakai, bukan kerja kita.
Macam guru mengajar la, kerja dia mengajar. Sapa pun pun tak ikut ! Yang tu biar pi. Yang tu kerja
Allah. Itu habis kita baca pasai fana dan baqa. Baca kitab, baris 14...qala musannif...

Dan setengah mereka itu yang musyahadah mereka itu akan sifat Allah yang zahir ia di dalam
mendapat mereka itu akan sifat akuan,

Akuan ni apa ? Akuan ni alam lah, makhluk. Makhluk ni akuan. Ini kata, musyahadah akan sifat Allah.
Hari tu kita baca musyahadah akan perbuatan Allah. Yang ini yang kedua. Yang pertama tang mana ?
Kita tengok balik muka 12 tu, Ketahui olih mu. Kita tengok muka 12, patah balik (buka kitab muka
12).

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]

Tak sat kita baca muka 13, muka 12 baris 5 hujung tu...setengah mereka itu yang musyahadah
mereka itu akan Allah Taala dalam tiap-tiap mendapat mereka itu akan akuan. Itu musyahadah yang
pertama. Yang tu kata musyahadah perbuatan Allah. Kita buka balik muka 13 ini musyahadah sifat
Allah.

Setengah mereka itu yang musyahadah mereka itu akan sifat Allah yang zahir ia didalam mendapat
mereka itu akan sifat akuan.

Sifat makhluk. Sekarang, sifat Allah ada ka ? Ada, sifat Allah, sifat-sifat yang kesempurnaan yang
wajib kepada Allah. Kita baca dalam tauhid ada, 7 lah sifat maani kan ! Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayya,
Sama’, Bashar dan Kalam. Ada lagi ? Ada lagi. Sifat kesempurnaan yang wajib bagi Allah, tidak
terhingga. Ada lagi, macam Rahmah, Imata, Ar Riqqu, bagi rezeki. Bagi rezeki pun sifat Allah juga.
Tapi kita tak bilang-lah dalam tauhid. Dalam tauhid kita bilang 7 yang besar-besar. Lain pada tu
banyak lagi, sifat Allah ni tak terhingga. Semua sifat-sifat kesempurnaan, wajib bagi Allah. Bila wajib
bagi Allah, pada kita, ada-kah ? Pada kita tak ada. Jadi, semua sifat yang wajib bagi Allah, kita tak ada
lah. Kita baca tauhid, kata Esa Allah pada sifat, makna semua sifat yang wajib bagi Allah tu, Allah
saja. Tidak ada bagi yang lain sifat, seperti sifat Allah. Tak dak ! Itu makna musyahadah pada sifat.
Dalam tauhid kita baca hak tu. Tapi kita tak berasa. Cuma kita tahu lah, kita tahu bahwa tidak ada
bagi yang lain sifat seperti sifat Allah. Kemudian kita kata apa sifat Allah, kita kata dengar. Allah
dengar, sifat sama’. Kita dengar kah ? Kita tak dengar. Jadi, tak kan kita tak dengar ? Kita dengar ni.
Sebenarnya kita tak dengar. Yang dengar ni, Allah saja. Lepas tu, bila saya bercakap, Tuhan bawa
suara saya, pi masuk telinga orang lain, masuk sampai otak, faham. Itu kita namakan dengar. Jadi kta
nama saja dengar, bukan sungguh dengar. Kalau Tuhan tak bawa suara ni, atau pun suara kalau
pelan, ini yang tambah speakar. Kalau pelan mana dengar. Jadi Tuhan bawa suara, tu kalau ada
suara, kalau tak ada suara mana nak dengar. Kalau kita lubang telinga tutup, mana nak dengar. Jadi,
bila Tuhan bawa suara ni, suara ni berjalan masuk telinga kita, kita namakan dengar. Sebenarnya
bukan dengar. Jadi, pada musyahadah sifat ni, dia kata tidak ada yang mendengar melainkan Allah.
Makna Allah, Dia dengar, bukan pasai apa. Bukan ada suara ka. Samaada benda tu ada suara kah,
benda tak ada suara kah, jauh kah dekat kah, mana kah, tak kira. Suara pelan kah nyaring, tak kira.
Itu dengar. Makna, bila kita berkata-kata, samaada kita berkata-kata dengan suara, atau kita
berkata-kata dalam hati saja, Allah mendapat perkataan kita itu, menerusi sama’ Nya. Itu kata Dia
dengar.

Kita, bila orang bercakap, adakah kita dapat perkataan orang tu, menerusi sama’ kita, adakah ? Tidak
! Kita, bila orang bercakap, Allah yang bawa suara tu, mai pada kita, Dia buka telinga kita, Dia buka
otak kita, yang tu kita kata kita dengar. Jadi sebenanya kita bukan dengar. Jadi, apa-apa sifat Allah,
tidaklah makhluk ini bersifat. Makhluk ini tak bersifat dengan sifat Allah. Cuma dia semacam tentang
nama saja. Tuhan dengar kita dengar, Tuhan berkata-kata, kita berkata-kata. Semacam pada nama
saja. Tuhan melihat kita melihat. Padahalnya bukan sama. Kita melihat macamana ? Kita nak nanti
ada alat, nanti ada mata, nanti ada ruh. Kalau mata kita ada, kita dok lena, mana kita lihat, mata
terjege tak nampak. Kita ada alat, kita ada syarat. Lepas tu, Allah bawa rupa tu mai masuk dalam
mata kita. Kita namakan kita lihat. Jadi, dalam musyahadah ni, kita kata tidak ada yang melihat
melainkan Allah. Macam kita misal baharu ni, kalau kita kata kapalterbang tu terbang, betulkah ?
Kita kata saja, sebenarnya kapalterbang mana bolih terbang. Kapalterbang bolih terbang kah ? Tak
bolih. Kapalterbang ni, bila nak terbang kena ada orang pi bawa, pulas nu pulas ni, kena ada minyak
kena jalan injin, baru bolih terbang. Semacam kah dengan burung terbang ? Burung tidak,
tergayak...terus terbang. Kapalterbang mana bolih, kita katok dia, dia tak terbang.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]

Tapi kita kata kapalterbang tu terbang, sebenarnya kapalterbang bukan terbang. Kena ada injin, ada
kipas dia, lepas tu ada orang pula dok pi kronas tang mana pula, baru bolih terbang. Yang kita kata
kapalterbang terbang tu, tak berapa betul. Kalau burung terbang, betul. Burung pun bukan ada siapa
kacau dia, tak ada injin apa pun. Burung terbang betul. Itu kalau kita misal baharu, macam itu lah.
Kata, motokar jalan pun tak betul. Mana pula motokar berjalan. Motokar mana bolih berjalan.
Motokar jalan pun tak betul. Manusia berjalan, binatang berjalan, bolih. Yang tu betul, kita ada sifat
berjalan, kalau kita banding baharu ni ! Demikianlah kalau kita banding, antara baharu dengan Allah.
Allah sahaja yang mendengar, kita tak dengar. Kita tunggu Allah bagi kita faham, baru kita berasa
kita dengar. Tunggu kita dapat sesuatu melalui mata kita. Jadi, Allah bawa mai, Dia bawa rupa mai
masuk mata kita, kita berasa kita lihat. Begitu juga kita kata, kita mengetahui. Tidak, sebenarnya kita
bukan mengetahui. Tunggu Allah bagi tahu kita. Bila Allah habaq (bagi tahu), kita dapatlah sesuatu.
Kita dapatlah sesuatu, kita kata kita mengetahui. Macam ni, kita kata bukan hakikat. Perkataan yang
bukan hakikat, macam kapalterbang tadi, bukan hakikat. Burung terbang itu hakikat. Kapalterbang
terbang tu, dia tak kata hakikat, dia kata majaz [ mim jin alif zai ]. Majaz tu macam kita kata pinjaman
saja. Macam motokar berjalan tu kita kata majaz. Kronas sana kronas sini, injin berjalan dia pun
berjalan. Sebenarnya injin berjalan, dia pun berjalan, ta kata majaz.

Demikian, Allah melihat pada hakikatnya. Kita melihat majaz, pinjaman. Kita pinjam saja. Jadi, nama
sifat tu serupa. Hakikat, lain-lain. Ini, mai kita baca tengok...tadi kita baca

Setengah mereka itu yang musyahadah mereka itu akan sifat Allah yang zahir ia didalam mendapat
mereka itu akan sifat akuan yaitu tiap-tiap sifat yang tertentu ia bagi Zat Allah Taala jua pada
hakikatnya. Dan jika dibangsa akan dia kepada akuan (makhluk) sekalipun maka yaitu atas jalan
majaz jua,

Akuan tu makhluk. Majaz ni lawannya hakikat. Jadi Allah melihat pada hakikat. Kita melihat majaz
saja. Majaz ni kata, pinjaman. Perkataan tu kita pinjam saja, bukan sungguh. Kita bukan hakikat. Baca
kitab...qala musannif...

Dan yaitu seperti kudrah.

Kita ada kuasa-kah ? Tak dak ! Tapi kita kata ; Eh, orang tu kuat. Pasai apa kuat ? Tu, dia angkat besi
sampai berapa ratus paun tu ! Berapa kilo, tu orang-orang yang dok bertanding angkat berat tu,
berulas-ulas badan dia. Kuat-kah, sebenarnya dia angkat-kah ? Bukan dia angkat. Allah yang angkat,
jadi Allah angkat besi tu dengan tangan-tangan dia sekali. Tapi dia berasa dia-lah kan ! Dia berasa
dia. Berasa dia yang angkat besi tu, sebenarnya tidak. Kalau Tuhan tak angkat dia bolih angkat-kah ?
Tak bolih, kitab ni pun kita tak bolih nak angkat. Bila kita bawa kitab, Allah yang gerakkan kitab. Kita
pegang nasi, angkat mai mulut kita. Allah yang gerak tangan kita, Dia angkat nasi. Kalau Tuhan tak
angkat nasi, kita nak angkat nasi, riang kita tak bolih ! Tambah nak angkat besi, lagi tak bolih. Bila
orang kata dia tu kuat, angkat besi. Tidak. Dia ada kudrah ka ? Kita kata orang tu ada kudrah atas
jalan majaz, bukan hakikat. Hakikatnya Allah saja, kudrah ni Allah saja, gitu-lah. Jadi, kita tengok
orang angkat besi, kita kata dia angkat ? Tidak, Allah yang angkat. Dia angkat lebih dari orang lain,
orang lain angkat 100 kilo, dia angkat sampai 100 lebih, dia menang lah, dapat no 1, dapat cup
(hadiah). Allah yang bagi, pada dia Allah bagi lebih angkat besi tu daripada orang lain. Sebab saja
Tuhan nak bagi dia menang. Sampai pi pertandingan angkat berat pun, perbuatan Allah kah ? Ha !
Perbuatan Allah ! Eh Tuhan na, semua Dia, sampai orang pertandingan angkat berat pun Dia juga !
Ha, saja ! Kita kata manusia apa yang angkat berat tu. Atas jalan majaz, kita kata manusia-lah,
hakikatnya Allah yang angkat. Pertandingan angkat berat tu, Allah tu. Allah yang angkat, Dia yang
buat. Bukan pertandingan angkat berat saja. Pertandingan baca Quran pun Allah juga.

Taqiyuddin Abdul Rahman, [4/26/2022 6:47 PM]


Dia-lah bentuk lidah kawan ni, rengkong kawan ni, Dia-lah bagi suara kawan ni sedap sikit. Dia bagi
nafas kawan ni panjang sikit. Macam tu, kemudian Dia bagi kawan tu menang. Bukan saja
pertandingan Quran, pertandingan menyanyi pun Dia juga. Mai orang menyanyi suara garok macam
burung hantu, mana nak bolih dapat johan. Kawan menyanyi, sudah-sudah dapat johan, mai-lah juru
acara bawa mike, dia kata Alhamdulillah Tuhan bagi saya menang dapat johan, betul tu ? Itu betul-
kah ? Ha ! kira-kira betul-lah. Sebenarnya tak betul na ! Tuhan bagi dia buat maksiat, mana bolih kata
Alhamdulillah. Dia kena kata ; Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (‫)انا هلل وانا اليه راجعون‬. Tuhan takdir kan
saya buat maksiat, saya taubat-lah pada Allah. Patutnya gitu-lah. Ini tidak-kan, dia kata Alhamdulillah
Tuhan bagi saya menang. Menang pertandingan menari. Moga-moga bila saya pi pertandingan
antarabangsa lagi, bolih menang lagi. Memang Tuhan yang buat, tapi maksiat. Macam orang minum
arak tu. Tuhan-kah bagi dia minum arak ? Saja la. Ingat dia minum sendiri kah ? Mana bolih, arak pun
mana bolih kita buat. Arak tu pun Allah bagi jadi, Dia bagi jadi arak, kalau Dia tak bagi jadi, mana ada.
Kalau Dia tak bagi jadi, Dia tak larang la ! Dia larang apa jangan minum arak, kalau arak tak buat. Dia
buat arak tu membinasakan, adalah beberapa perkara yang membinasa. Dia kata, ini arak, hampa
jangan minum, jangan. Ada usaha juga nak minum, Dia bagi juga. Tapi bila kita minum arak, tak-kan
nak kata Alhamdulillah, Tuhan bagi saya minum arak, mana bolih. Dah Tuhan bagi dia buat maksiat,
tak-kan kata Alhamdulillah. Kena kata ;

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (‫ )انا هلل وانا اليه راجعون‬.

Baik, kita baca kitab.....qala musannif...

Seperti kudrah dan iradah dan ilmu dan hayah dan samak dan bashar dan kalam ,

Jadi, semua sifat-sifat Allah. Kita tak ada, kita ada pada majaz saja, pada nama saja, tidak pada
hakikat, tak serupa.

Dan rahmat dan ‘affuw (kemaafan) ,

Dia kata maaf, kita minta maaf dekat seseorang, orang tu maaf kita. Kita buat salah dekat dia, dia
maaf. Sebenarnya maaf tu, Allah. Allah bagi dia maaf.

Dan ghufran dan ihsan dan man’u (menegah) dan ‘atha’ (memberi)

Kalau kita tengok orang miskin, kita ambil duit seringgit bagi dekat dia. Kita-kah yang memberi ?
Tidak, bukan kita yang beri, Allah yang memberi. Tapi Dia gerakkan tangan kita, Dia bagi dekat kita
duit. Bila Allah nak bagi dekat orang miskin. Dia jadikan orang miskin Dia jadikan duit itu dekat kita,
Dia gerakkan tangan kita, Dia jadikan hati kita berasa nak bagi, kita pun bagi. Sebenarnya Allah yang
bagi, tu kata ‘atha’.
Dan barang yang lain daripada yang tersebut itu daripada segala sifat yang tertentu bagi Allah Taala
pada hakikatnya.

Sudah, kita berhenti. Kita baca kitab tasawuf ni, sikit-sikit saja bukan bolih baca banyak-banyak.

Wallahuaqlam.

Anda mungkin juga menyukai