Anda di halaman 1dari 4

BAYAN HJ ABD WAHAB

pada 7 Nov 2015


jam 10.30 pagi
(Ijtimak Raiwind 2015).
Kita yang bagi bayan jangan menganggap kita yang pandai, orang yang
dengar bayan semua tidak pandai. Kita yang bayan perlu wujudkan dalam hati
takut pada Allah.
Majma yang duduk di sini kata hj Abd Wahab, sesiapa yang tawaduk kerana
Allah, Allah akan tinggikan darjatnya disisi Allah. Hj Abd Wahab tanya Mufti
Izarul Hassan tawaduk tu apa? Kata mufti tawaduk ialah dia anggap dia tidak
tahu apa apa.
Orang yang membuat usaha agama menganggap dia sudah pandai maka
usahanya Allah akan tolak. Hj Abd Wahab mengatakan ada orang yang
belajar di madrasah menganggap mereka yang berpelajaran dan orang lain
tidak belajar.
1.Kalimah Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah. Maksudnya bagaimana
nak ubah yakin hati dalam hati kita bahawa Allah yang berkuasa atas segala
galanya. Allah yang mencipta makhluk dengan kudrat Allah. Semua kebaikan
yang ada, Allah yang letak.
Allah yang mewujudkan sesuatu sifat pada benda dan Allah berkuasa menarik
sifat itu. Kepandaian itu milik Allah. Allah yang memberi pandai kepada
seseorang. Seperti pisau untuk memotong, sifat memotong bukan milik pisau,
sifat memotong dari Allah.

Allah hanya pinjamkan sifat memotong pada pisau. Jika Allah tarik sifat
memotong pada pisau maka ia tak boleh memotong. Api sifatnya membakar.
Jika Allah tarik dari sifat membakar maka ia tidak boleh membakar. Apa
sahaja yang kita nampak semua dari Allah. Apabila Allah tidak hendak
sesuatu itu berlaku maka ia tidak berlaku.
Kita perlu bercakap dengan penuh tawaduk atau rendah diri. Allah sedang
lihat saya, Allah tengok hati kita, dalam hati takut kepada Allah ke tidak.
Dalam hati kita ada rendah diri atau tidak. Dalam hati kita ada besar diri atau
tidak. Allah hendak tengok dalam hati kita dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki takut kepada Allah atau tidak.
Kita kena bercakap kebesaran Allah lagi dan lagi sehingga kebesaran Allah
masuk dalam hati kita. Mula mula lidah kita bercakap kemudian hati kita
membenarkan nya. Dan seterusnya akal kita akan membenarkan nya.
Seterusnya roh kita akan membenarkan apa yang kita cakap. Ini adalah cara
untuk sampai kepada Allah.
Haji Abd Wahab berkata bahawa beliau akan selalu membacakan bayan
bayan Maulana Yusuf. Dengan cara ini usaha kita akan sampai ke tempat
yang dituju. Dalam menuju kepada penghampiran kepada Allah, kita tidak
boleh sesuka hati. Kita perlu tanya kepada ulamak.
2.Sembahyang yang khusuk
3.Ilmu dan zikir.
Dalam zaman Nabi, sabda Rasul & firman Allah jadi umum. Tumpuan Sahabat
hanya pada Allah dan Rasul sahaja. Setiap diri Sahabat belajar perkara ini
maka setiap diri mereka terkesan dengan dengan sabda Rasul & firman Allah.

Hari ini kata Haji Abd Wahab kita sebok kepada perkara selain Allah. Dengan
itu tumpuan kita sebok selain dari Allah. Apabila ada jasbah dengan al Quran
dan Hadith maka baru nur akan datang dalam amal. Dengan itu baharulah
ada jasbah atau kebolehan untuk mengamalkan agama.
Untuk itu orang yang baca takim baca dengan sungguh sungguh dan yang
mendengar dengar dengan tawajjuh. Dalam duduk taklim kita perlu sentiasa
membayangkan Allah sedang lihat saya, Allah dengar kata kata saya. Berapa
banyak tawajjuh, nur akan datang. Kita dengar hadith tentang fadael
sembahyang kemudian latih sembahyang.
4.Ikram Muslimin
Untuk dapat hakikat ikram muslimin, kita perlu latih dengan bersohbat dengan
orang islam. Kebaikan tidak terdapat dalam kitab. Kitab hanya petunjuk
sahaja. Kebaikan ada pada diri manusia. Apabila sohbat jumpa manusia maka
kita akan dapat kebaikan mereka.
5 .Ikhlas niat.
6.Mujahadah fisabilillah.
Untuk membina sifat itu kita perlu keluar di jalan Allah. Kebaikan yang kita
lakukan di rumah jauh bezanya dengan kebaikan yang kita lakukan di jalan
Allah, iaitu 700,000 kali ganda. Setiap amalan dibuat semasa di jalan Allah
nilainya beratus ratus ribu kali ganda.
Dengan kita lazimkan keluar di jalan Allah, akan hancurkan kebatilan. Kita
perlu fikir dan risau bagaimana manusia dapat hidayat. Berapa banyak Nabi
telah susahkan diri baginda untuk hidayat. Kita juga latih sifat sifat mulia
sahabat dengan mujahadah dan tekan nafsu.

Orang yang sakit di jalan Allah pahalanya sangat besar. Buat ghast
kumpulkan orang tempatan, maksudnya nak sediakan mereka bersama jumpa
manusia bercakap kebesaran Allah dan bawa ke masjid. Dengan banyak
membuat dakwah hubungan diri kita kpd Allah akan bertambah.
Ghast adalah kekuatan untuk amal. Jika tidak, dakwah akan jadi fitnah. 6 sifat
dengan usulnya, perlu di latih supaya kita dapat hakikat sifat itu dalam diri kita.
Semasa infradi, kitab fadael amal perlu dibaca sendiri.
Kata Hj Abd Wahab, kita kena buat kerja atas nehaz Maulana Elyas, Maulana
Yusuf dan Maulana Innamul Hassan. Kata Maulana Ahmad Lat jika kita
membuat usaha atas nehaz elders, kita akan senantiasa dalam khair atau
kebaikan.
Ditulis oleh hj Othman Sipol di medan Ijtimak Raiwind 2015.

Anda mungkin juga menyukai