Anda di halaman 1dari 4

4 Perniagaan Yang Menguntungkan (1)

Filed under IMAN 3

digg

Semalam selepas solat maghrib, Ustaz No. 1 Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, Ustaz Abdul Hadi datang ke surau Al-Hikmah untuk memberikan ceramah perdana beliau untuk tahun 2011 ini. Selepas 4 bulan sejak dari Ramadan 1431H Ustaz Hadi tidak ke Al-Hikmah kerana bulan puasa, syawal, musim haji dan cuti sekolah. Setelah berehat panjang, maka Ustaz Hadi dengan penuh semangat membuka majlis dengan membaca surah Al-Asr. Seperti biasa Ustaz Hadi dengan nada yang mulanya perlahan dan kemudian semakin bersemangat memberikan peringatan kepada kami di Al-Hikmah dengan kupasan surah Al-Asr.

Quran Explorer [Sura : 103, Verse : 1 - 3] Apa yang menarik apabila Ustaz Hadi meneruskan huraian dengan menghuraikan ayat pertama dan kedua di atas bahawa sesungguhnya kita umat mukmin sesungguhnya didalam kerugian yang teramat sangat jika kita tidak melakukan 4 jenis perniagaan yang sangat menguntungkan. Masa amat cemburu dengan kita jika kita tidak mengambil peluang yang cukup lumayan ini. Allah SWT dengan Sifat RahimNya dan sifat PemurahNya amat perihatin dengan hambaNya dengan memberikan 4 jenis perniagaan yang cukup menguntungkan ini. Jika kita tak ambil peluang maka masa itu sudah terlepas dan macam pepatah melayu berkata, masa itu emas maka kita kena ambil peluang itu sebelum terlambat.

Ustaz Hadi menjelaskan bahawa Allah SWT menegaskan bahawa masa umur yang Allah kurniakan pada kita inilah amat berharga. Apa yang perlu kita buat?Kita perlu memerahnya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian. Maka perniagaan yang pertama adalah perniagaan Imanl. Yakni perniagaan Yakin kepada Rabb kita, Pencipta kita, yakni Allah SWT. Masa yang Allah beri kena kita gunakan untuk meningkatkan Iman kita, Tawajjuh kita kepada Allah SWT. Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa. Setiap hari kita kena berdoa agar Allah SWTtingkatkan Iman kita kerana kita sebagai manusia Iman kita kadangkala naik dan kadangkala turun. Oleh itu kita kena berdoa supaya Allah tingkatkan Iman kita setiap hari sehingga tiba masa untuk kita membawa Iman kita mengadap Allah SWT nanti. Para Malaikat iman mereka stabil, iman mereka tidak naik dan tidak pula turun kerana mereka 100% yakin kepada kuasa Allah SWT. Iman para Nabi dan ambia sentiasa meningkat tapi iman manusia biasa seperti kita ada pasang-surutnya. Oleh itu amat penting untuk kita minta dengan Allah sebab soal perniagaan iman ini, hidayat ini adalah milik Allah. Allah sahaja yang boleh memberikan hidayat kepada semua makhlukNya. Soal iman ini cukup penting terutama masa kini, zaman ini yang mana kita lihat umat islam rata-rata iman mereka cukup lemah termasuk kita semua. Banyak masalah sosial dewasa ini disebabkan soal iman. Iman tidak kukuh, ada kes buang anak, iman lemah ada kes bapa rogol anak, iman cetek ada kes buang emak, iman songsang ada kes manusia boleh naik ke langit dan bermacam lagi. Semua ini adalah disebabkan lemahnya iman. Nabi SAW selama 13 tahun bercakap dan tarbiah para sahabat mengenai iman di Mekah. Nabi SAW tidak bercakap soal akidah, muamalat, muasyarat dan ibadah kepada mereka. 13 tahun solid Nabi SAW cerita soal iman. Apa itu iman? Erti Iman ( )secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman.

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.

Aisyah r.a. pula berkata: Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Maka soal iman ini cukup penting, jika tidak manakan Nabi SAW dakwahkan soal iman ini sampai 13 tahun.

Ayuh kita ke perniagaan yang kedua.

Ustaz Hadi meneruskan dengan menghuraikan bahawa perniagaan yang kedua adalah soal amal soleh. Macam Ustaz Hadi huraikan tadi, bahawa ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Bila sudah beriman dengan Allah maka kita kena beramal. Yakni amalkan agama ini secara sempurna seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Dan amal soleh inilah yang diikuti oleh para sahabat sehingga mereka mendapat gelaranRadiallahuanhu waradhu-an , yakni mereka redha Allah sebagai Tuhan, dan Allah telah redha mereka sebagai hamba. Maka macamana nak amal agama secara sempurna? Ambil contoh bagaimana Nabi SAW tarbiah sahabat. Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam? Abu Hurairah menjawab: menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah, Baginda kemudian bersabda, Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini? Aku menjawab, Ya Rasulullah? Jawab Baginda, Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga. Bermakna setiap hari kita kena kaitkan segala aktiviti atau kerja kita dengan agama Allah SWT. Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi SAW cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., dan begitulah cara Nabi dan para sahabat mengamalkan agama ini sehingga Allah SWT suka dengan mereka dan redha dengan mereka. Rasanya esok sahaja Al-Hikmah sambung cerita ini. Sebab panjang lagi. Bertandang lagi ke sini untuk ikuti sambungan kisah ini.

4 Perniagaan Yang Menguntungkan (2)


Filed under IMAN 0

digg

Salam semua, ingatkan Al-Hikmah hendak sambung artikel ini esok tapi Alhamdulillah hari ini ada masa untuk habiskan artikel ini.

Semalam Ustaz Hadi meneruskan huraian beliau dengna melontarkan soalan. Mengapa umat hari ini jauh dari agama? maka beliau menjawap bahawa manusia hari ini jauh dari agama adalah kerana iman umat hari ini terlalu lemah. Jadi untuk memantapkan iman umat kita hari ini kenalah mantapkan iman kita sendiri dulu, kemudian keluarga kita dan barulah iman orang lain. Selagi iman kita di takuk lama maka jangan mimpi umat ini akan berubah kecuali dengan izin Allah SWT. Ustaz Hadi menjelaskan bahawa selain itu, Allah SWT menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Bermakna perniagaan yang seterusnya ada dakwah yakni mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Setelah kita beriman dan beramal soleh maka kita kena dakwahkannya kepada orang lain terutama keluarga kita. Kepada yang belum bertudung, disuruh memakai tudung dan kepada yang sudah, hijablah secara sempurna. Dakwah supaya seluruh umat lelaki dapat taat perintah Allah, solat berjemaah di masjid atau surau; seluruh wanita memakai hijab yang sempurna; dan seluruh anak-anak taat perintah ibubapa, maka akan sejahteralah kehidupan penduduk di kariah kita, insyaAllah.

Kita sebagai orang biasa kita dakwah dengan mennunjukan akhlak yang mulia, supaya semua orang faham bahawa islam itu indah zahir dan batin. Contohnya begini, bila kita bersama isteri, bantulah dia bila dia di laman menanam bunga contohnya. Kita boleh terus bercerita kepada dia

Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang.., Sang isteri akan mengangguk-angguk, bermakna dia sudah tahu.. begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada agama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..

Bila si isteri mengangkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, aku mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan aku sambung bercerita.. AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang? Aku sambung lagi:

Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman. Jadi, cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguhIMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri Kemudian mulut aku masih lagi berkata-kata: BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklah dahannya.. Aku menyambung lagi:

Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat berteduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR Lidah ku terus bergerak-gerak BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa manis, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam.. Aku menyambung lagi.. Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah.. Begitulah bila kita berdakwah secara berhemah dengan isteri serta keluarga.

Dan terakhir sekali kita kena mempunyai sifat sabar. Inilah intipati seluruh kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Kita kena sentiasa bersabar. Untuk kita ceritakan kepada orang mengenai agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita amalkan agama ini, kita kena bersabar. Untuk kita dakwahkan agama ini kita kena bersabar.

Lalu ditanya apa itu sabar? Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung menyeret ke kemaksiatan).

Adapun ungkapan sabar separuh dari iman (yang merupakan makna penuh sebuah hadis: al-shabru nishful iimaan), penjelasannya begini:

Kerana iman adalah gabungan dari pembenaran dan amal baik, maka ia memerlukan dua syarat: keyakinan dan kesabaran. Yang pertama, keyakinan, maksudnya adalah pengetahuan dan keyakinan kita akan adanya Allah SWT, para malaikat, para nabi, dan perkara-perkara lain yang harus diyakini (sesuai pengetahuan kita dari ayat-ayat dan sunnah Nabi). Dan kedua, kesabaran, maksudnya adalah amal perbuatan yang harus kita laksanakan dengan penuh keteguhan hati sesuai kerangka keyakinan kita. Kerana keyakinan/pengetahuanlah yang akan menunjukkan kita mana perbuatan baik (taat) dan mana yang buruk (maksiat).

Kemudian bila kita ada permasalahan maka kita minta pertolongan dengan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)

Oleh itu marilah kita berebut peluang keemasan ini untuk melakukan 4 jenis perniagaan yang menguntungkan ini, yakni:

Iman Amal Soleh Dakwah Kesabaran yang mana ganjaran cukup lumayan di sisi Allah SWT.

Oleh itu ayuh kita hayati hadis ini,

Dari Alqamah bin Harits ra, dia menceritakan, Aku datang kepada Rasulullah saw dan aku adalah orang ketujuh di antara tujuh orang dari kaumku yang telah memeluk Islam. Lalu kami memberi salam kepada Rasulullah saw dan Beliau pun menjawab salam kami. Kemudian kami berbincang-bincang dengan Beliau dan Beliau pun merasa takjub dengan pembicaraan kami, lalu Beliau bertanya, Kalian ini siapa? Kami menjawab, Kami adalah orang yang beriman. Beliau bertanya, Setiap ucapan mempunyai hakikat (bukti), maka apakah hakikat keimanan kalian?

Mereka menjawab, Ada lima belas (15) bukti keimanan kami. 5 perkara yang telah engkau perintahkan kepada kami, 5 perkara yang telah diperintahkan oleh para utusan Engkau kepada kami, dan 5 perkara lagi sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kami sejak zaman jahiliyyah hingga sekarang, kecuali jika Engkau melarangnya.

Maka Rasulullah saw bertanya, Apakah lima perkara yang telah Aku perintahkan kepada kalian! Mereka menjawab, Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya :

1. 2. 3. 4. 5.

Beriman kepada Allah Para Malaikat-Nya Kitab-Kitab-Nya Rasul-Rasul-Nya Taqdir Allah yang baik maupun yang buruk. Beliau bertanya, Apakah 5 perkara yang diperintahkan oleh para utusanku kepada kalian? Mereka menjawab, Para utusan Engkau telah memerintahkan kepada kami supaya kami:

1. 2. 3. 4. 5.

Bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bersaksi bahwa Engkau adalah utusan Allah. Mendirikan solat fardhu Menbayar zakat fardhu Puasa di bulan Ramadhan Menunaikan Ibadah Haji jika mampu. Beliau bertanya lagi, Dan apakah 5 perkara yang sudah menjadi kebiasaan kamu sejak zaman jahiliyyah? Mereka menjawab, Kami senatiasa :

1. 2. 3. 4. 5.

Bersyukur di kala senang Bersabar di kala mendapat musibah Bertahan ketika berhadapan dengan lawan Redha dengan apa yang telah ditentukan Allah Tidak bergembira dengan musibah yang menimpa musuhnya. Setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah SAW berkata pada parasahabat, Mereka adalah kaum yang pandai, mahir dalam tata cara berbicara, apa-apa yang dikatakan mereka hampir menyerupai para Nabi. Lalu beliau tersenyum. Kemudian Beliau bersabda, Aku menasihati kalian dengan 5 (lima) perkara supaya Allah menyempurnakan kebaikan yang ada pada diri kamu semua, iaitu :

1. 2. 3. 4. 5.

Janganlah kalian mengumpulkan sesuatu yang tidak kamu makan Janganlah mendirikan rumah yang tidak kamu diami Janganlah berlumba-lumba dengan dunia yang akan kamu tinggalkan Takutlah kepada Allah yang kepada-Nya kalian akan dikumpulkan dan akan dihadapkan Kumpulkanlah bekal untuk akhirat yang akan kamu tempati dengan kekal abadi di dalamnya! (HR Hakim, seperti terdapat dalam kitab Al Kanz jilid I halaman 69).

Anda mungkin juga menyukai