Anda di halaman 1dari 3

Satu ketika, Nabi s.a.w telah beli seekor kuda daripada seorang arabi. Akad telah berlaku.

Telah
berlaku jual beli cuma pada ketika itu Nabi s.a.w tidak bawa duit. Nabi s.a.w ajak arabi itu ikut
baginda untuk pergi ambil duit. Dua-dua pihak telah bersetuju. Dalam perjalanan, ada satu orang
tawarkan pada arabi itu untuk beli kuda tersebut. Setelah berbincang, arabi itu bersetuju untuk
jual kuda pada orang kedua. Dia kata, wahai Muhammad, kamu nak beli kuda ni? Nabi s.a.w
kata, aku dah beli kuda itu, kita sudah bersetuju. Arabi tu kata, aku tak jual pun lagi kuda ni
pada kamu. Dia telah nafikan kata-kata Nabi s.a.w. Arabi tu kata, kalau betul kata-kata kamu,
bawakan saksi, tiada siapa pun lihat akad jual beli tersebut. Satu orang sahabat, Huzaimah bin
Sabit, lalu di situ dan dia kata aku sedia jadi saksi. Aku bersaksi bahawa baginda s.a.w telah beli
kuda kamu. Rasulullah s.a.w tanya pada Huzaimah, kenapa kamu berani jadi saksi atas perkara
yang kamu tidak lihat. Huzaimah kata, wahai Rasulullah, kamu telah beritahu pasal syurga,
neraka, mizan, mahsyar, kubur, kehidupan selepas mati, semua itu kami tidak nampak, tetapi
kami yakin 100% apa yang telah nabi kata. Takkanlah perkara yang kecil macam ini kami tidak
boleh percaya. Begitu sekali yakin para sahabat kepada Nabi s.a.w. Sejak dari itu, Nabi s.a.w
kata kekuatan saksi Huzaimah sama dengan dua orang.
Apakah sabar dan apakah syukur yang sebenar? Kita kena faham. Maulana Saad
memberitahu, sabar ialah kita menahan diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
s.w.t. Kesyukuran ialah kita menundukkan diri kita, menggunakan diri kita mengikut perintah Allah
s.w.t. Syukur bukanlah balasan bagi nikmat, apabila kita ada sesuatu kita bersyukur. Seseorang
itu tidak ada apa-apa, tidak ada duit, tidak ada rumah, dan tiada segalanya tetapi dia tetap
gunakan dirinya mentaati perintah Allah s.w.t. maka dialah orang yang bersyukur.
Begitu juga ibadat bukan balasan bagi nikmat. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Nikmat-nikmat dunia
ini bukanlah balasan dari ibadat yang kita lakukan kerana nikmat dunia ini hina di sisi Allah s.w.t.,
nikmat dunia tidak layak dijadikan balasan bagi ibadat yang dilakukan. Seseorang yang telah
mati, dia minta untuk balik ke dunia sekejap sahaja untuk sebut satu Subhanallah dan untuk itu
dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya kalau dia ada harta sebanyak dunia ini. Allah s.w.t.
tidak akan terima permintaannya. Seluruh dunia ini tidak ada nilai berbanding dengan satu
Subhanallah. Jadi bagaimana duni ini hendak dijadikan balasan untuk ibadat?

Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dengan
memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dengan zikir kalimah Untuk yakin pada
diri kita dan untuk dapat ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:
1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah
2) Bercakap Nizam Allah yg ghaib
Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak nampak dan Dakwah Ghairullah Tanpa kita
keluarkan yakin kepada ciptaan allah barulah kita akan dapat yakin qudratullahMaulana Yusuf
rah.a berkata, asbab2 dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala Allah

jadikan langit dan bumi, bintang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan)
AllahDi samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam di kalangan
ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala Seterusnya dalam menguruskan
nizamNya, Nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam semua keadaan hanya pada
Allah
Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan
kehidupan org2 Islam akan bersatu dengan kehidupan org2 bukan Islam Org yg mmebuat
dakwah akan mendapat nusrah Allah terus menerus Qudrat Allah akan membantu org2 yg
beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah,
bantuan Allah tidak akan bersama2 dengannya Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin
kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar.
Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu bersangka baik kepada Allah
kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat
taat Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan Abi bin Hatim ra dahulunya
adalah seorang Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam Beliau ra telah bertanya
kepada Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan mereka
telah menjadikan paderi2 mereka sebagai Rabb mereka
Rasulullah saw bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana
apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg
halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan
kamu.
Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan Allah (wahdaniyyah)
Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus daripada (yakin dan harap
kepada) ghairullah melalui dakwah kita akan dapat marifah daripada qudrat Allah Ibnu
Masud ra ingin memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak
memerlukannya Kata Ibnu Masud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2
kamu Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya
( istiqamah)membaca surah al Waqiah.
Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita
memberi sadaqah, kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah hari ini org2
mengambil insuran untuk melindungi masa depannya Nabi saw ada bersabda mafhumnya,
barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya kepada apa yg
diyakininya.
Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah tetapi janganlah kita gunakannya
dengan yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat) dengan amal akan datang
bantuan Allah Taala Org Islam hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada
barang2 dalam kedainya.
Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar Maulana yusuf rah.a berkata, apabila
kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan perkara yg haram Oleh itu, dalam
asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah daripada sumber yg haram dan doa

org yg seperti ini tidak akan diterima Allah (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana
kita yakin dengan asbab, kita tidak yakin dengan amal Allah mengadakan asbab untuk menguji
iman manusia Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menunaikan keperluan manusia
tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya.

Dalam Quran Allah berfirman, siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang
buat dakwah, mengajak manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh. Dalam ayat ini Allah s.w.t
terangkan bahawa jalan atau cara yang paling berkesan untuk seseorang itu hampir pada Allah
s.w.t ialah melalui 2 perkara iaitu dakwah illallah dan amal soleh. Satu orang yang mengajak
manusia kepada Allah s.w.t dan pada masa yang sama melakukan amal-amal soleh dalam
kehidupan, inilah jalan yang paling berkesan, yang paling pasti untuk seseorang itu hampir dan
dekat pada Allah s.w.t.
Dengan meninggalkan dakwah, seseorang itu tidak dapat istiqamah dalam amal. Mana-mana
kaum yang meninggalkan dakwah, maka dengan mudah fikir dia, agama dia, pegangan dia akan
ditinggalkan. Satu orang yang tinggalkan dakwah, dia akan mudah terkesan dengan perkaraperkara lain. Dia dengan mudah akan meninggalkan agama. Akan tetapi satu orang yang buat
dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bagi istiqamah dalam amalan
agama. Perkara ini kita kena faham dan kena yakin. Tanpa melakukan dakwah, susah untuk
seseorang itu untuk istiqamah dalam amal agama. Satu orang yang ada 2 perkara ini iaitu
dakwah dan amal soleh, Allah s.w.t akan himpunkan dalam diri dia kekuatan untuk amalkan
agama dan berpegang teguh pada agama dan dapat amalkan agama secara amali dalam
kehidupan.
Satu orang sahabat, Abdullah bin Huzaifah, telah pergi ke Rom. Raja nasrani telah tawarkan
pada dia bahawa kalau kamu tinggalkan Islam, tinggalkan Muhammad, kamu akan dapat
separuh dari kerajaan Rom. Abdullah bin Huzaifah kata, bukan setakat separuh kerajaan, kalau
bagi seluruh kerajaan Arab dan Rom pun, saya tidak sedia untuk tinggalkan agama yang dibawa
oleh Muhammad s.a.w walaupun sekelip mata. Kekuatan ini datang bila seseorang itu buat
dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh. Oleh itu, khusus pada rakanrakan seusaha dan seluruh umat Islam umumnya, kita kena ada keyakinan bahawa dengan kerja
dakwah, Allah s.w.t akan sempurnakan agama, Allah s.w.t akan wujudkan kekuatan dalam diri
kita untuk amalkan agama dalam kehidupan dan dapat berpegang teguh dengan agama.

Anda mungkin juga menyukai