Anda di halaman 1dari 5

*‫*بسم الله الرحمن الرحيم‬

*‫*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم‬

*KULIAH TAUHID. ABUYA*

Tuhan Yang Maha Pencipta.

1) .Tuhan adalah satu zat yang bukan dicipta ertinya ia bukan berjenis.

Dia adalah Maha Pencipta, yang cipta segala-galanya samada yang dapat dilihat atau
tidak. Mencipta langit dan bumi.

2). Tiada Permulaan dan Akhir.

Oleh kerana Dia tidak dicipta, ertinya Dia tiada permulaan.

Tidak hebatkah satu zat yang tiada permulaannya sedangkan kita dilahirkan?

Saya ada permulaan iaitu 60 tahun yang lalu.

Dulu tidak ada sekarang baru ada.

Apa hebatnya kita? Sedangkan Tuhan tidak pernah tidak ada.

Kalau itu pun kita bayangkan, kita terasa hebatnya Tuhan. Kalau Dia bukan dicipta
tapi Dia Pencipta, Dia tidak sama dengan yang dicipta.

Ertinya Dia tidak sama dengan langit bumi, dunia, akhirat.

3). Tuhan Tidak Terlibat Dengan Ruang

Yang dicipta terpaksa menempuh satu sistem. Tidak boleh lari dari sistem. Saya
hendak sebut sebahagian darinya.

Yang diwujudkan oleh Tuhan, ia ada sistem tersendiri.

Contohnya, binatang, kayu, batu, bolehkah tidak terlibat dengan masa? Bolehkah
tidak terlibat dengan ruang? Boleh berlaku atau tidak?

Itu sistem makhluk Jadi makhluk ada ruang dan hendak keluar dari ruang tidak
mungkin.

Bolehkah makhluk tidak terlibat dengan malam dan siang? Tuhan tidak begitu. Dia
terkeluar dari sistem makhluk-Nya.

Dia ada cara tersendiri yang malaikat pun tidak tahu. Tidak hebatkah Tuhan? Tidak
istimewakah Tuhan? Itu baru satu dua

4). Tidak Sama Seperti Makhluk.

Dia tidak tidur, tidak makan dan tidak minum.

Tuhan tidak perlu isteri dan anak. Tuhan tidak ada nafsu, akal, roh, fizikal kerana
fizikal perlu ruang.

Bagaimana hendak digambarkan?

Bila tidak boleh digambarkan itulah Tuhan.

Bila boleh digambarkan, itu dari syaitan walaupun sebesar habuk.

Tuhan itu tidak sama dengan makhluk sekalipun sebesar habuk. Tidak hebatkah Tuhan?

5). Tuhan Itu Esa.

Dia Esa. Bukan satu. Satu itu boleh dibahagi-bahagi. Contohnya habuk, ia kecil tapi
boleh dibahagi-bahagi.

Esa jangan diertikan satu. Bagaimana hendak digambarkan itu?

Kita dikenalkan Tuhan. Contoh seperti kita dikenalkan istana, orang pesan pada kita
bila pergi istana, kena jaga semua. Itu syariat sebab di istana itu ada orang
besar.

Kita sudah 20 tahun kerja di istana tapi tidak kenal orang besar itu. Tidak
anehkah?

Sudah 20 tahun amal syariat tapi Tuhan tidak kenali. Tidak anehkah?

*Sebab itu buat ibadah pun tidak ada perasaan timbang rasa, tidak rasa susah dengan
kesusahan orang.*

6). Tuhan Maha Mendengar.

Sifat lain bagi Tuhan ialah Maha Mendengar. Makhluk lain, kalau tidak ada alat,
adakah dia boleh mendengar?

Katalah dia tidak ada telinga, tidak ada suara, apakah dia boleh mendengar? Apakah
istimewanya manusia itu?

Sedangkan Tuhan mendengar tanpa alat, Tidak perlu telinga. Jauh dan dekat sama
sahaja boleh didengari-Nya.

Manusia kalau jauh sangat tidak boleh dengar.

Kalau dekat sangat, bahaya pulak kerana boleh jadi pekak.

Pendengaran Tuhan samada ada suara atau tidak, jauh atau dekat, Dia boleh
mendengar.

Pendengaran Tuhan tidak pernah tergendala atau tersekat-sekat.

Kalau JAKIM dengar Tauhid ini, dia akan sesatkan sebab saya tidak rujuk sifat 20.
Untuk mengenali Tuhan ada ribuan jalan sebenarnya. Sekarang ilmu sudah canggih dan
moden.

Mustahillah cara hendak kenal Tuhan dengan kaedah itu lagi.

Selama ini Tuhan sekadar dipercayai tapi tidak dirasai.

7). Tuhan Maha Melihat


Tuhan Maha Melihat tidak perlu menggunakan mata. Tidak perlu cahaya. Dekat atau
jauh, tersembunyi, semua Dia nampak.

Manusia tidak dapat melihat yang jauh. Yang dekat sangat pun tidak nampak.

Sepatutnya semakin dekat semakin nampak. Apalah istimewanya kita"

Sudahlah mata itu alat, perlu alat lagi iaitu cermin mata untuk melihat

Begitu lemahnya kita pun, kita hendak rasa diri besar lagikah?

8). Tuhan Maha Berkuasa.

Tuhan berkuasa tanpa batas. Kehebatan kuasa Tuhan itu bila menciptakan habuk dan
menciptakan gunung sama sahaja.

Buat kuih kita rasa senang sedikit. Buat kereta terasa susah.. Hendak buat kapal
terbang lagi terasa susah.

Kalau begitu lemahnya manusia itu, apakah kita hendak cakap besar sedangkan
kemampuan kita terbatas?

Kemampuan Tuhan tidak terbatas. Tuhan ciptakan dunia dengan ciptakan habuk, sama
sahaja. Cuba angkat meja dengan sebelah tangan seperti kita angkat cawan? Samakah?

Kalau begitu, layakkah kita bercakap besar?

9). Tuhan Maha Berkehendak.

Kehendak Tuhan pula tiada yang boleh menghalang.

Kalau boleh berpakatlah di antara sesama manusia, jin, binatang, malaikat untuk
bersatu menghalang kehendak Tuhan. Tapi ini tidak boleh dilakukan. Tidak hebatkah
Tuhan? Kehendak Tuhan tidak terbatas, pasti berlaku.

Kehendak kita pula, perlu buat sesuatu dahulu, barulah menjadi.

Bagi Tuhan kalau Dia kata jadi, maka jadilah.

Kalau Tuhan kata sakit, sakitlah kita. Tidak hebatkah kehendak Tuhan yang tidak ada
sesiapa boleh menghalang-Nya?

10). Ilmu Tuhan Tidak Terbatas.

Ilmu Tuhan tidak terbatas. Ilmu-Nya tidak terhingga dan tidak boleh disukat.

Apa sahaja yang telah ada dan kemudian tidak ada, Dia tahu. Yang sedang ada, yang
bakal tidak ada,

Tuhan tahu sejak azalli lagi. Dia tahu apa sahaja sejak azalli lagi.

*Azalli maksudnya suatu waktu yang tidak ada permulaan.*

Cuba ingatkan kita pernah ada barang, kemudian hilang, senaraikan semua barang yang
ada kemudian tidak ada itu.

Kita pasti tidak mampu menyenaraikannya.


Begitulah sahaja kemampuan manusia samada saintis, pensyarah dan sebagainya. la
sangat terbatas.

Sedangkan Tuhan, pengetahuan-Nya tidak pernah hilang. Pengetahuannya tidaklah dulu


tahu sikit, sekarang bertambah banyak.

Tuhan tidak bersifat seperti kita. Sepanjang masa, Dia sentiasa tahu semuanya.

11. Hayat (Hidup) Tuhan.

Hidup-Nya bukan dengan nyawa, darah daging, udara, tidak perlu air, tidak perlu
makan.

Kalau manusia, satu hari tidak dapat air, lemah. Kalau satu hari tidak dapat udara,
"Innalillah..." Matilah kita.

Kalau tidak makan tiga hari, kita rasa lemah. Ini berlaku ke atas kita samada kita
orang biasa atau raja.

Tuhan tidak perlukan nyawa, darah daging, dan lain-lain Tuhan hidup tidak bersebab.
Ini adalah kerana Dia kekal abadi.

12). Sifat Tuhan berlaku serentak.

Sifat Tuhan itu banyak tidak dapat dikira. Cuma yang wajib kita tahu 13. Yang
hebatnya tentang sifat Tuhan ini yang berbagai corak ini boleh berlaku serentak.

Bila manusia makan, pendengaran sudah kurang, mata sudah kurang sebab kita tumpu
pada perbuatan makan.

Tidak boleh berlaku serentak sifat-sifat manusia itu pada kita.

Berbeza dengan Tuhan. Waktu Tuhan Mendengar,

Dia boleh melihat, berkehendak dan lain-lain. Sedangkan kita bila dengar pengajian,
yang banyak berperanan ialah telinga dan mata. Kehendak tiada.

Bila sudah berhenti baru terasa hendak makan dan minum. Itulah yang dikatakan Tuhan
itu maha Agung, Maha Besar.

Sebab itu disuruh kita besarkan dan sucikan Tuhan sebab Tuhan itu sebesar habuk pun
tidak ada penyerupaan dengan makhluknya. Itulah dzat yang kita sembah.

Kalau begitu kita rasa tentang kehebatan Tuhan, barulah kita menyembah-Nya dengan
rasa sedap.

Barulah ada rasa takut. Barulah ada pendorong untuk kita beribadah. Nanti kalau ada
masa saya akan syarahkan mengapa Tuhan itu perlu ditakuti dan dicintai.

Tuhan itu kalau ditakuti atau tidak, dicintai atau tidak, Dia tidak terjejas.

Mencintai Dia tidak akan menaikkan darjat-Nya sebab Dia sudah sempurna.

Mengapa disuruh takut sedangkan kalau tidak takut pun, Dia tidak terjejas?

Kalau ada masa, saya akan syarahkan. Setakat itu dahulu penjelasan tentang Tuhan
sebagai mukaddimah kursus.

Mudah-mudahan dengan kita kenal Tuhan, kita akan menjadi bertambah takut, bertambah
cinta dan bertambah ghairah untuk beribadah pada Tuhan.

Baca oleh Syeikh Hashim di dalam bas XPDC ke Melaka bersama rombongan dari Sabah
Sarawak Indonesia

Anda mungkin juga menyukai