Anda di halaman 1dari 39

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI


Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Kambing dan Bebiri
BUKU PANDUAN TERNAKAN KAMBING DAN BEBIRI

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drpd 39
ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

1.0 Pendahuluan ................................................................................ 4

2.0 Baka Kambing .................................................................................. 5- 9


2.1 Kambing Katjang ...........................................................
2.2 Kambing Jamnapari .......................................................
2.3 kambing Saanen.............................................................
2.4 kambing Boer.................................................................
2.5 Kambing Anglo Nubian...................................................

3.0 Baka Bebiri 10 - 12


3.1 Bebiri Malin.....................................................................
3.2 Bebiri Dorset Horn .........................................................
3.3 Bebiri Dorper...................................................................
3.4 Bebiri Damara .................................................................

4.0 Cara Pemilihan Baka.............................................................................. 12 - 14


4.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan...............................
4.2 Cara Pemilihan Konformasi badan...............................
4.3 Perolehan ternakan........................................................
4.4 Penerimaan ternakan dan masa peralihan......................

5.0 Cara Pemeliharaan ............................................................................ 14


5.1 Pemilihan Kawasan........................................................
5.2 Sistem Pemeliharaan......................................................

6.0 Panduan Perumahan ........................................................................ 15 - 17


6.1 Pembinaan Kandang......................................................
- Lantai, Dinding, Bumbung, Palung Makanan

7.0 Pengurusan Ternakan .................................................................... 17 - 20


7.1 Peringkat lahir hingga cerai susu.................................
7.2 Cerai Susu....................................................................
7.3 Peringkat Pembesaran.................................................
7.4 Peringkat Pembiakan/Pengawanan.............................
7.5 Peringkat bunting hingga melahirkan anak.................
7.6 Kolostrum.....................................................................

8.0 Formulasi Makanan kambing............................................................ 21

9.0 Pengurusan Am ............................................................................... 22 - 37


9.1 Pengendalian/Pengekangan Ternakan……………………….
9.2 Menimbang Ternakan..................................................
9.3 Identifikasi................................................................... .
9.4 Memotong Kuku...........................................................
9.5 Memotong Bulu ...........................................................
9.6 Mencegah dan Mengawal Penyakit.............................

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drpd 39
9.7 Penyakit Yang Biasa Menyerang Kambing...................
9.8 Panduan Wabak Penyakit Berjangkit........................................
9.9Panduan Kesihatan Gerompok..................................................
9.10Menyimpan Rekod..................................................................
9.11 Pengurusan sisa kumbahan ...................................................
9.12 Biosekuriti...............................................................................

10.0 Sembelihan/Pungutan Hasil......................................................................... 37 - 39


10.1 - Rumah Sembelih......................................................................
10.2 - Definisi penyembelihan...........................................................
10.3 - Prinsip penyembelihan ............................................................
10.4 - Pembuangan Kulit / Melapah......................................... ………
10.5 - Evisceration/Pengeluaran organ dalaman................................
10.6 - Penyejuk – bekuan dan penyimpanan……………………………………

11.0 Glosari ....................................................................................................... 39

12.0 Rujukan ...................................................................................................... 40

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drpd 39
1.0 PENDAHULUAN

Pemeliharaan kambing dan bebiri telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu  (7,000 -
6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan
dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara
oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti
sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protein haiwan bagi
keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-
pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup.

Pada hari ini, industri ternakan kambing telah mula berkembang. Banyak syarikat dan orang
perseorangan memelihara kambing untuk tujuan pengeluaran daging dan juga susu bagi
memenuhi tuntutan permintaan daging sebagai sumber protein. Industri ini dapat
menyumbangkan di antara 12% – 15% keperluan negara dalam bidang daging kambing/bebiri.

Klasifikasi kambing adalah seperti berikut :

Kelas : Mamalia
Order : Ungulata (haiwan bertanduk)
Famili : Ovidae
Genus : Bos
Spesis : Capra hircus (kambing)

Klasifikasi bebiri adalah seperti berikut :

Kelas : Mamalia
Order : Artiodactyla
Famili : Caprine
Genus : Ovis
Spesis : Ovis aries (Bebiri)

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drpd 39
Peta Kawasan Ladang 16, Seksyen Ternakan, Taman Pertanian Universiti, Kampus Serdang

Kambing E1
6.156 ha 7.337 ha

Rusa
9.649 ha F
D1 4.645 ha
5.520 ha

A
22.67 ha
C1
B 10.7 ha
9.435 ha

C2 C3
5.522 ha 9.821 ha

B2
10.41 ha
Cut & carry
7.617 ha

B3
3.593ha

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drpd 39
2.0 BAKA KAMBING

Baka kambing:
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan
yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing jenis ini
juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.

Di antara baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:


1. Kambing Katjang/Kacang
2. Jamnapari/Ettawah
3. Saanen
4. Boer
5. Anglo Nubian
6. Kacukan

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka
kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti
Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan.
Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak
mengeluarkan susu.

2.1 Kambing Katjang/Kacang


 Baka tempatan berasal dari Malaysia dan Indonesia
 50% dari jumlah kambing di Malaysia
 Pada amnya badan kecil dan kaki pendek
 Tanduk berbentuk sabit melengkok ke atas dan belakang
 Telinga pendek dan tegak ke sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher pendek dan
bahagian belakangnya lebih tinggi dari bahu. Bulu pendek bersinar dan kasar
 Kambing jantan biasanya mempunyai bulu yang kasar dan panjang di bahagian tengkuk.
Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok putih di kaki, perut
dan kepala
 Biasanya kambing jantan mempunyai janggut tetapi jarang terdapat pada kambing
betina. Purata ketinggian 55 - 65 cm dan panjang 100 - 140 cm
 Biasanya berat badan kambing dewasa ialah antara 20 - 30 kg jantan dan betina 20 - 25
kg. Biasanya berat lahir jantan 1.6 kg dan betina 1.8 kg.
 Kambing betina boleh membiak dua kali dalam masa 15 -18 bulan. Jangkamasa bunting
ialah 142 -155 hari
 Peratus beranak kembar ialah antara 30% - 49%. Kegunaan utama kambing Katjang ialah
untuk daging dan sedikit saja untuk pengeluaran susu
 Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6
bulan.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drpd 39
Kambing Katjang

2.2 Kambing Jamnapari

 Kambing Jamnapari berasal dari India


 Ia mempunyai pelbagai warna campuran putih, coklat dan hitam
 Telinga panjang melampai ke bawah dan kadangkala berlipat-lipat. Pandangan dari
sisi menunjukkan mukanya yang cembung dan hidungnya berbentuk Roman
 Tanduknya melentur ke atas dan belakang seperti sabit. Badannya lurus serta kaki
dan tengkuknya panjang
 Kulit badannya mempunyai bulu yang agak kasar dan panjang terutamanya di
belakang kaki, belakang dan juga di tengkuk dan kepala.
 Biasanya berat badan kambing ialah antara 68 - 90 kg bagi jantan dan 36 - 65 kg bagi
betina. Berat lahir anak biasanya 3 – 4 kg (jantan dan betina).
 Purata tinggi ialah 91 - 127 cm bagi jantan dan 76 - 92 cm untuk betina
 Daripada segi pembiakan, biasanya ia akan beranak sekali sahaja dalam setahun dan
jumlah anak yang dilahirkan ialah seekor
 Baka ini adalah daripada jenis dwiguna untuk penghasilan daging dan susu

Kambing Jamnapari

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drpd 39
2.3 Kambing Saanen

 Baka ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.


 Mukanya berbentuk cekung serta telinganya pendek dan tegak
 Badannya berbulu pendek dan berwarna putih atau krim dengan bintik hitam di
hidung, telinga dan tetek.
 Ekornya tipis dan pendek manakala telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan
ke depan
 Tanduk terdapat pada kambing jantan dan betina
 Janggut lebih kerap terdapat pada kambing jantan
 Baka ini sangat peka kepada sinaran matahari yang berlebihan. Oleh itu ia
memerlukan tempat perlindungan bagi penghasilan susu yang optimum
 Purata berat badan pada baka dewasa ialah 60 - 90 kg bagi jantan dan 30 - 63 kg bagi
betina. Manakala berat lahir 3 kg jantan dan 3.3 kg betina.
 Purata ketinggian bagi jantan ialah 89 cm dan bagi betina 76 cm
 Baka ini dipelihara untuk susu. Hasil susu lebih kurang 500 kg hingga 1,200 kg dalam
tempoh 250 hari

Kambing Saanen

2.4 Kambing Boer

 Baka ini berasal dari Afrika Selatan.


 ‘Boer’ bermaksud petani
 Badan berwarna putih dan tengkuk coklat atau hitam
 Kambing boer mudah membiak dan subur sepanjang tahun
 Kambing boer juga tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan
diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
 Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain.
Dagingnya pula lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan
protein
 Biasanya dipelihara untuk daging

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drpd 39
Kambing Boer

2.5 Kambing Anglo – Nubian

 Berasal dari England dengan asal usul yang bercampur


 Punyai ciri kambing Nubian dari Mesir dan Jamnapari dari India
 Badan bersaiz besar dan telinganya panjang melampai ke bawah
 Warna badan merah, coklat atau putih atau campuran antara keduanya
 Hidung melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang
 Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu
badan yang pendek
 Purata ketinggian badannya 80 cm
 Purata berat badan pada baka dewasa ialah 70 – 85 kg bagi jantan dan 55 – 70 kg bagi
betina. Berat lahir anak pula biasanya 3.5 kg jantan dan 3.9 kg betina
 Digunakan untuk susu dan daging

Anglo-Nubian

2.6 Baka Kacukan


 Hasil dari kacukan kambing Katjang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian,
Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti
Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
 Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma
40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing Katjang.
 Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. 

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drpd 39
 Berat badan 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Manakala berat lahir lebih
kurang 2 – 2.5 kg.
 Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing
Katjang.

Kambing Kacukan

3.0 BAKA BEBIRI

3.1 Bebiri Malin (baka tempatan)

 Baka bebiri yang banyak terdapat di negara ini. 


 Berat jantan 25 – 30 kg manakala betina15 – 25 kg.
 Bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam
di bahagian kepala dan kaki. 
 Bulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan
bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk. 
 Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial). 
 Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah ia tahan kepada cuaca dan penyakit.

3.2 Bebiri Dorset Horn

 Baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal. 
 Berat jantan 60 – 110 kg manakala betina 40 – 70 kg.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drpd 39
 Bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana
tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
 Baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap
membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3. 
 Baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah
sangat menggalakkan.

3.3 Bebiri Dorper   

 Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset
Horn dengan baka Blackhead Persian.
 Berat jantan 40 – 60 kg manakala betina 40 – 50 kg.
 Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
 Daya keibuan yang sangat baik.
 Tahan lasak – mampu hidup di kawasan sejuk serta bersalji.
 Daya tahan penyakit yang agak tinggi.
 Menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaik di dunia.

3. 4 Bebiri Damara  

 Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir.


 Berat jantan 45 – 60 kg manakala betina 40 – 50 kg.
 Bebiri yang mempunyai ‘hair’ dan bukannya ‘wool’.
 Mempunyai ekor yang gemuk.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drpd 39
 Daya keibuan yang sangat baik.
 Tahan lasak – boleh hidup di kawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air
yang terhad sehingga 3 hari.
 Daya tahan penyakit yang agak tinggi.

4.0 CARA PEMILIHAN BAKA

Tujuan pemeliharaan kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Oleh sebab itu,
pemilihan baka kambing yang terbaik amatlah penting. Kita perlulah memilih baka kambing yang
memiliki sifat-sifat yang dikehendaki.

Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran berikut:

i. Baka dan keturunan


ii. Bentuk badan atau konformasi:
a. Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah). Bentuk badan atau
konformasi yang ideal (3/5).

4.1 Cara pemilihan baka dan keturunan

Memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing. Antara rekod yang perlu di dalam
pemilihan ini adalah :

i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi.


ii. Kenaikan berat badan yang cepat.
iii. Berat badan semasa satu tahun.
iv. Keluaran susu yang banyak.
v. Jarak kelahiran yang rapat.

Ciri-ciri Anggaran ukuran


Badan Sederhana besar (3/5)
Pengeluaran susu 1.5-2 kg/hari
Tumbesaran 100gm-130gm/hari
Berat lahir anak Betina 1.2-1.8kg

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drpd 39
Berat lahir anak Jantan 1.5-1.8kg
Berat Dewasa Betina 20-40kg
Berat Dewasa Jantan 25-50kg
Umur Kematangan Betina 6 bulan berat 18-23kg
Umur Kematangan Jantan 9 bulan berat 28-32kg

4.2 Cara pemilihan konformasi badan

i. Cara pengamatan
Iaitu dari segi sifat iaitu warna, kulit dan bulu, saiz badan, kepala, leher dan bahu,
dada, rangka, badan, bahagian belakang, kaki hadapan, kaki belakang, tapak kaki,
buah zakar dan zakar, ambing susu, tabiat dan juga kesihatan.
ii. Cara perabaan
Perabaan perlu apabila kambing yang bakal dipilih dari jenis yang mempunyai bulu
panjang. Untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau
memastikan tiada sebarang kecederaan atau kecacatan.
iii. Teknik berdasarkan penilaian
Iaitu memberikan gred kepada setiap fizikal badan yang dinilai contohnya kepala,
badan, anggota (sikap, kekuatan, besarnya persendian dan pergerakannya),
ambing/skrotum, pengambilan secara umum (keseimbangan di antara bahagian
tubuh) dan keistimewaannya.

4.3 Pemilihan untuk tujuan pengeluaran daging


i. Pusat pengeluaran induk dan penjantan
ii. Penggemukan - projek pengeluaran daging pada usia 6 bulan untuk   disembelih dan
mencapai berat hidup minimum 30 kg

4.4 Perolehan Ternakan


Stok ternakan hendaklah diperolehi dari gerompok yang ’bebas penyakit” di mana semua
ternakan mesti bebas dari penyakit tertentu melalui ujian darah dan seumpamanya kecuali
protokol jabatan yang mengecualikannya. Pergerakan ternakan dilakukan hanya setelah
mendapat Sijil Kesihatan dari Pegawai Veterinar dan kebenaran masuk dari Jabatan Haiwan
Negeri.

4.5 Penerimaan ternakan dan masa peralihan


Ternakan perlu diangkut dalam keadaan selesa, elakkan daripada terlalu berpanas. Bagi
perjalanan yang jauh, rancang perjalanan dengan mengutamakan keselesaan ternakan dan
pemandu. Persiapan kandang hendaklah dilaksanakan 1 – 2 hari sebelum tarikh ternakan
diterima. Kandang perlu dibersihkan dan disanitasi bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Sebaik sampai ternakan diberi ”anti stress’ dan dibiarkan rehat sekurangnya selama 3 hari,
sebelum sesuatu aktiviti berkaitan ternakan dijalankan. Ternakan diberi makanan sama seperti
tempat asal dan diubah secara perlahan-lahan kepada sistem pemakanan yang baru. Ternakan
perlu dikuarantin dalam tempoh satu bulan. Rekodkan aktiviti dalam;

 Borang Terimaan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Terima Ternakan)


 Buku Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/ Stok-
Kelahiran)

5.0 CARA PEMELIHARAAN

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drpd 39
5.1 Pemilihan kawasan
 Kawasan ladang berjarak lebih 20m dari kawasan perumahan dan bandar
 Tempat terbuka, perudaraan baik dan sinaran cahaya matahari
 Kawasan tinggi, tidak mudah banjir atau berair
 Keselamatan terjamin

5.2 Sistem pemeliharaan

Sistem Ciri-ciri
Sistem Intensif  kambing dipelihara dalam kandang sepenuh masa
 sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepada
cahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan,
tumbesaran dan kesihatan yang baik
 kambing tidak dapat merayau merata-rata tempat dan
ini memudahkan pengurusan
 kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan
pengesanan penyakit
 Makanan dan minuman akan diberikan seperti rumput
potong dan angkut, pelet dan juga garam mineral
 Sistem intensif diamalkan di Seksyen Ternakan TPU,
Kampus Serdang, UPM
Sistem Separa Intensif  Kambing-kambing dibiarkan bebas mencari makanan
sendiri seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai.
 Ia dilepaskan pada waktu pagi dan dimasukkan ke dalam
kandang pada waktu petang
 Dapat memberi kesempatan untuk anak kambing
bersenam dan mendapat cahaya matahari yang
secukupnya.
 Kawasan ragut 100 ekor/1 ekar rumput yang ditanam
 Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan apabila kambing
masuk ke kandang pada waktu petang.
Sistem Lepas Bebas  Kambing dibiarkan meragut sepanjang masa
 Penternak tidak memerlukan kos yang banyak untuk
membina kandang, tetapi ianya tidak digalakkan
 Kambing boleh merayau dan merosakkan tanaman lain
 Pengawasan terhadap kambing juga sukar dilakukan
kerana tidak dapat melihat ternakan sepanjang masa

6.0 PANDUAN PERUMAHAN

Perumahan adalah penting kepada kambing di Malaysia kerana cuaca yang panas dan hujan
sepanjang tahun menyebabkan kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan kandang bolehlah dibuat supaya :


i. mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya
kawasan ragut/sumber makanan mestilah dekat dengan kandang jika boleh.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drpd 39
ii. Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah
sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan
penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan penting untuk menentukan kesihatan dan


kesejahteraan kambing adalah :
i. sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang.
ii. Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama
matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara – Selatan.
iii. Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang.
iv. Tidak terkena angin yang kencang.
v. Terpelihara dari hujan dan panas.
vi. Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar.
vii. Ruang makan dan minum yang mencukupi.
viii. Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah
tulang.

Kandang kambing Seksyen Ternakan, TPU

6.1 Pembinaan Kandang


Kandang boleh dibuat di atas tanah atau secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai
tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan juga
senang dicuci.

Lantai
Pembinaan kandang mestilah mempunyai ciri-ciri lantai seperti berikut:
 Tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
 Mudah dicuci, tidak licin, tidak mencederakan dan tidak mudah lembab
 Dibuat daripada kayu beroti berukuran 1.5 cm x 3.5 cm
 Jarak antara kayu lantai 1.2 - 1.8cm (cukup untuk najis jatuh dan kaki ternakan tidak
telus ke bawah)
 Keluasan lantai kandang untuk 1 ekor kambing dewasa ialah 0.7 - 1.4 meter persegi (8-15
kaki persegi)
 Keluasan padang ragut yang sesuai ialah 8 ekor kambing/ekar tanah.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 15 drpd 39
Lantai kandang kambing

Dinding
 Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing
mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Dari lantai
sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih
rapat antara 1.5 - 2.0 cm. untuk mengelakkan kesejukan.
 Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah. Jaraknya di antara satu dengan
yang lain 9 - 12 cm.

Dinding kandang kambing

Bumbung
 Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung seperti asbestos dan aluminium untuk udara
sejuk
 Rekabentuk bertingkat/bersilang untuk perudaraan
 Ketinggian hujung kayu alang bumbung daripada lantai 8-9 kaki

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 16 drpd 39
Bumbung kandang kambing

Tiang
 5.5 – 6 kaki dari tanah
 ½ - 1 kaki tinggi pelapik tiang
 Saiz tiang 4’’ x 4’’ x 14’
 9 kaki tinggi daripada lantai ke hujung kayu alang
Palung Makanan
 Mudah, tahan lasak dan bersesuaian
 Palong plastik untuk dedak makanan (senang dicuci/dibersihkan)
 Palong kayu; lebar palung bahagian bawah ialah 0.3m dan 0.45m di bahagian atas (saiz 5
kaki x 28’’ x 4 kaki persegi)

Palung minuman
 Palung plastik atau automatik (nipple drinker) untuk memastikan bekalan air bersih dan
menjimatkan

Palung makanan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 17 drpd 39
Bekas minuman

7.0 PENGURUSAN TERNAKAN

Pengurusan kambing yang sistematik dan rapi adalah perlu untuk mencapai tahap pengeluaran
yang baik. Setiap kerja pengurusan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut
peringkat umur yang tertentu. Ini dapat menjamin hasil ternakan yang bermutu dan berfaedah.

7.1 Peringkat lahir hingga cerai susu

i. Sebaik sahaja anak kambing dilahirkan ibu akan menjilatnya untuk mengeringkan bulu
untuk memudahkan pernafasan. Dibantu sekiranya terdapat komplikasi semasa beranak,
hubungi Pegawai Veterinar.
ii. Anak kambing yang baru dilahirkan perlu diberikan rawatan pada tali pusatnya
menggunakan tinture iodine untuk meggelakkan jangkitan dan serangan penyakit
berjangkit.
iii. Berat badan anak kambing diambil untuk mengetahui berat lahir.
iv. Apabila anak kambing sudah boleh berdiri dan menghampiri ibu, ia akan menghisap susu
ibunya. Sekiranya anak itu tidak menyusu selepas dua jam ia akan diajar untuk menyusu
sendiri, sekiranya gagal, susu perlulah diperah atau dapatkan susu tepung dan diberikan
melalui botol. Susu ibu diberikan hingga anak kambing berumur lapan minggu.
v. Susu kolostrum MESTILAH diberikan dalam masa 4 jam selepas dilahirkan untuk imuniti
anak sebagai antibodi untuk melawan penyakit dan merangsang sistem cernaan supaya
bekerja dengan sempurna.
vi. Kambing yang diternak untuk daging, anaknya dibiarkan bersama ibunya. Manakala
untuk pengeluaran susu, kambing diasingkan tetapi susu awal diperah untuk anaknya.
vii. Pada peringkat anak kecil, penceraian susu boleh dibuat secara beransur, anak kambing
juga didedahkan kepada rumput dan makanan tambahan (pelet) untuk menggalakkan
perkembangan rumen.

Rekodkan kelahiran dalam Buku Log Stok Identifikasi dan Kelahiran Ternakan
(OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran) dan timbang ternakan dalam Buku Log Timbang
Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Timbang)

7.2 Cerai susu


 Anak dipisahkan daripada ibu selepas cerai susu iaitu 1 ½ - 2 bulan
 Diasingkan mengikut umur dan jantina ke petak lain
 Makan dan minum dikawal rapi
 Makanan diperlukan antara 100-250gm/hari dan juga rumput 200gm/hari

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 18 drpd 39
 Air yang mencukupi

7.3 Peringkat pembesaran


 Bekalan makanan yang berkualiti tinggi dan mencukupi seperti rumput, makanan
konsentrat dan garam mineral.
 Ubat cacing dan ubat kutu diberikan jika perlu
 Diasingkan mengikut umur dan jantina
 Makan dan minum dikawal rapi

7.4 Peringkat pembiakan/pengawanan


 Peringkat pembiakan kambing ialah apabila ia mencapai usia kematangan atau saiz yang
sesuai untuk pembiakan
 Umur kambing boleh dikenalpasti melalui rekod ataupun gigi kambing.
 Umur yang sesuai untuk mendapatkan baka yang baik adalah di dalam lingkungan 1
tahun hingga 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg
 Pembiakan secara semulajadi, nisbah kambing jantan dengan betina ialah 1: 25

Gambarajah untuk mengenalpasti umur kambing melalui gigi kambing

Tanda estrus yang perlu diawasi untuk mengetahui bahawa kambing tersebut telah biang ialah:
i. Ia kerap mengembek
ii. Vulva yang berwarna merah.
iii. Suka memanjat kambing lain.
iv. Suka menggoyangkan ekornya.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 19 drpd 39
7.5 Peringkat bunting hingga melahirkan anak
 Kambing yang bunting dikurung di dalam kandang satu hingga dua minggu sebelum
beranak.
 Jangkamasa bunting bagi seekor kambing adalah 142 -155 hari (lebih kurang lima bulan).
 Makanan yang cukup dan bermutu hendaklah dibekalkan agar:
i. Bilangan kematian ibu dan anak rendah
ii. Berat badan anak yang baik semasa kelahiran
iii. Pengeluaran susu yang banyak.
 Selepas melahirkan anak, ibu kambing hendaklah diawasi agar tidak menghadapi masalah
mastitis dan metritis
 Ibu kambing boleh dikahwinkan semula dua - tiga bulan selepas beranak

7.6 Pengurusan Penggemukan


 Pemilihan untuk tujuan daging dan penjagaan yang mudah
 Perkara penting adalah makan, minum, kandang yang baik dan mudah dilaksanakan
 Anak kambing akan masuk dalam kumpulan ini pada usia 2 bulan dan dijual pada usia 6
bulan atau anggaran berat hidup 30 kg ke atas
 Makanan diperlukan 150gm-650gm/hari/ekor
 Rumput 200gm-500gm/hari/ekor
 Satu petak kandang untuk 20 ekor betina dan 10 ekor jantan
 Asingkan mengikut jantina

7.7 Pengurusan Kambing Sakit Dan Cedera


 Ternakan yang sakit diasingkan
 Buat rawatan sendiri jika boleh dilakukan, jika tidak hubungi Pegawai Veterinar
 Buat langkah segera jika terdapat tanda-tanda serangan penyakit berjangkit yang
melibatkan kelompok ternakan banyak
 Penyakit biasa adalah cirit-birit, kurap, cacing dan kutu jika ternakan dilepaskan meragut
 Cirit-birit juga kerap berlaku bagi anak yang masih menyusu. Sekiranya berlaku kurangkan
pemberian susu berterusan, jadualkan masa menyusu anak yang sesuai dan asingkan
anak untuk menggelakkan penyusuan yang berterusan (tujuan untuk merehatkan perut)

7.8 Kolostrum
 Kolostrum ialah bahan rembesan dari tetek kambing pada tiga hari pertama selepas
melahirkan anak.
 Mengandungi globulin, vitamin A dan D, zat besi, kalsium, magnesium, klorin dan
fosforus.
 Kolostrum dapat merangsangkan sistem saluran makanan dan memudahkan
penyerapannya.

Jadual 1: Peratus kandungan kolostrum dengan susu biasa.


Kandungan Peratus Pengeluaran
Kolostrum Susu biasa
Pepejal 24.75 % 12.86%
Abu 1.12% 0.72%
Lemak 6.00% 3.60%
Protein 11.35% 3.25%
Imunoglobin mg/ml(antibodi) 38.23 % -

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 20 drpd 39
8.0 FORMULASI MAKANAN KAMBING

Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk
pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu
perusahaan ternakan. Makanan hijauan seperti rumput dan kekacang mempunyai kandungan air
yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat seperti pelet pula
mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan
menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
 protein
 karbohidrat (kanji)
 lemak
 vitamin
 mineral
 zat galian

Kambing perlu diberi makan rumput segar sekurang-kurangnya sekali sehari. Seekor kambing
dewasa memerlukan lebih kurang 4kg rumput sehari. Jika rumput tidak mencukupi, makanan
tambahan (pelet) diberikan pada kambing. Selain itu, garam mineral juga perlu dibekalkan
kepada kambing untuk sumber protein.

Air juga penting dalam pemakanan untuk membantu dalam pengawalan suhu badan dan juga
pengambilan zat oleh badan.

Jika makanan tidak mencukupi, kambing akan menjadi tidak sihat, kecil dan tidak membiak.

Contoh Rumput :

Rumput guinea - Panicum maximum


Rumput napier – Pennisetum purpureum
Rumput setaria – Setaria splendida

Selain itu makanan seperti daun segar boleh juga diberi seperti : Daun ubi, daun nangka, petai
belalang, gliricidia, mengkudu, mulberi dan lain-lain lagi.

Rujuk Log Makanan Tambahan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Makanan Tambahan)

Rumput potong angkut dan pelet

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 21 drpd 39
9.0 PENGURUSAN AM

9.1 Pengendalian/Pengekangan Ternakan


 Pengendalian/pengekangan ternakan bergantung kepada beberapa faktor iaitu umur,
berat, saiz badan, samada ia bertanduk atau tidak.
 Pengekangan penting supaya pengurusan am berkaitan ternakan seperti penimbangan
kambing, tagging, tatoo dan pemotongan kuku dapat dilakukan dengan selamat.
 Pakaian dan kasut yang bersesuaian.
 Semasa mengekang perlu dielakkan dari stress, kesakitan atau kecederaan pada
ternakan. Asingkan ternakan yang sakit, cedera, luka dan sebagainya.

Pakaian yang sesuai untuk mengendalikan ternakan

Ikat kambing pada dinding untuk memudahkan pengendalian/rawatan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 22 drpd 39
9.2 Menimbang ternakan

Ternakan perlu ditimbang sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Bagi anak yang baru lahir
timbangan juga perlu diambil untuk mengetahui berat semasa dilahirkan. Ini penting untuk
tujuan penyimpanan baka. Rujuk rekod Log Timbang Ternakan
(OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Timbang).

Cara-cara penimbangan kambing:

Peralatan :

Tali Penimbang

Kekang kambing dengan tali

Gantungkan kambing pada alat timbangan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 23 drpd 39
Ambil bacaan berat badan kambing dan rekodkan

9.3 Identifikasi (Memberi Nombor Pengenalan Ternakan)


 Dua jenis pengenalan kambing digunakan di TPU ialah dengan cara tatoo dan tagging.
 Bertujuan untuk mengetahui umur dan bilangan kambing serta kerja-kerja yang dilakukan
dapat direkodkan (contonya; pemberian ubat cacing, rawatan, pembiakan).
 Tatoo dan tagging biasanya dilakukan selepas usia anak satu bulan.
 Nombor identifikasi atau nombor pengenalan ini adalah berdasarkan rekod Stok
Identifikasi dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)

9.3.1 Tagging :

Cara-cara tagging kambing:


Peralatan :

Tali Tag, tag aplicator, makerpen Handgraving

Kekang kambing dengan tali pada dinding

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 24 drpd 39
Tagkan telinga dengan tagging

9.3.2 Tattoing:
Alat :
1. Tatoo set.
2. Tatoo paste (Warna hijau atau hitam)

Cara- cara :
1. Susunkan nombor yang dikehendaki pada tatoo set.
2. Tentukan susunan nombor adalah betul dengan menguji pada sekeping
kertas.
3. Pegang anak kambing supaya tidak bergerak.
4. Sapukan tatoo paste pada telinga anak kambing.
5. Kemudian barulah tatoo dilakukan pada telinga anak kambing tersebut.
6. Gosokkan tatoo paste ke bahagian yang ditatoo.

Cara-cara tatoo kambing:

Peralatan :

Tali Tatoo Set Tatoo Paste

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 25 drpd 39
Kekang kambing dengan tali pada dinding atau kekang secara manual (restrain)

Tatookan telinga

9.4 Memotong Kuku

 Memotong kuku penting untuk memberi keselesaan kepada ternakan dan mengelakkan
berlakunya penyakit foot rot pada ternakan.
 Kuku kambing dipotong dua – tiga bulan sekali.

Cara-cara potong kuku:

Peralatan :

Hoof cutter Tali

Kekang kambing dengan tali pada dinding

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 26 drpd 39
Potong kuku dengan cara yang betul

9.5 Memotong bulu

 Bulu biri-biri perlu dipotong setiap 6 bulan untuk menyejukkan badan dan juga
mengelakkan kekotoran atau Ialat bertelur di celah-celah bulu yang mungkin lembap.
 ‘clipper’ atau gunting khas digunakan untuk memotong bulu bebiri.

9.6 Mencegah dan Mengawal Penyakit

Dalam industri ternakan, mengenal tanda-tanda kambing sakit atau sihat adalah langkah yang
penting sebelum jenis-jenis penyakit dapat ditentukan dan langkah-langkah pencegahan diambil.

Jadual 2 : Sifat kambing yang sihat dan yang sakit.

Sifat kambing/bebiri yang sihat Sifat kambing/bebiri yang sakit

Kelihatan sihat, cergas dan sentiasa Kelihatan muram, tidak bermaya dan kurang
meragut bila dilepaskan selera makan apabila dilepaskan di padang

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 27 drpd 39
ragut
Matanya kelihatan bersinar Matanya pudar, pucat kemerahan hidung
tersumbat dan terdapat lelehan bendalir
Mengeluarkan najis yang bulat dan Mengeluarkan najis yang lembut, cair dan
berbentuk bintil serta sederhana kerasnya. tidak bulat
Purata suhu badan bagi kambing ialah 38.5 0 Suhu lebih tinggi atau rendah dari suhu
C (normal) normal
Bulunya berkilat serta kulitnya licin dan Bulunya kering dan mengeremang
lembut apabila disentuh.
Badannya tidak kurus Badannya kurus kering
Keseluruhan anggota badannya berfungsi Anggota badan sakit, cacat
dengan normal.

9.7 Penyakit yang biasa menyerang ternakan kambing/bebiri


 Kambing dikategorikan sakit jika ia monyok / kelihatan tidak bermaya, tidak mahu makan,
mengasingkan diri, membuat bising, tahi tidak bulat, bulu kering / meremang dan kurus
kering.
 Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

  Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan


Puru (Contagious Anak-anak kambing vaksinasi  semasa berumur Mengasingkan anak-
Ecthyma)   menjadi kurus dan lemah di antara 3 minggu - 1 anak kambing yang
disebabkan oleh kerana susah hendak bulan dan sekali lagi 3 atau berpenyakit untuk
virus, menyerang makan. 4 bulan selepas vaksinasi  menjauhi jangkitan
anak-anak kambing Terdapat gelembung- pertama. dari gelembung yang
yang masih menyusu gelembung yang telah pecah.
mengandungi air pada Membersih dan
bahagian kulit lembut, mengubat luka-luka
mulut, gusi dan juga bibir. akibat dari
Bila gelembung-gelembung gelembung yang
ini pecah, ianya akan pecah dengan
menjadi keruping dan menggunakan iodine
kadangkala merekah dan atau 'gentian violet'
berdarah. (ubat biru).

Kembung i. Mengeluarkan air


Kembung terjadi liur i. mengurangkan i. Memberi makan
apabila terdapat ii. Perut buncit memberi minyak kacang.
banyak gas (angin) di terutama di kekacang dan
dalam perut. sebelah kiri bahan-bahan yang ii. Minyak
Keadaan ini adalah iii. Bunyi yang kuat mempunyai sayur/minyak jagung.
disebabkan oleh apabila diketuk kandungan  
bahan-bahan yang iv. Pemafasan yang nitrogen yang
banyak susah tinggi
mengandungi bahan v. Keadaan gelisah, ii. Memelihara
nitrogen seperti bising dan kerap padang ragut
kekacang. buang air kecil supaya tidak lebih
dari 50% kekacang
Paru- i. Kelihatan moyok i. Asingkan supaya i. Ditempatkan di

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 28 drpd 39
paru/Selsema/Sejuk dan mengasingkan tidak berjangkit tempat yang kering
(Pneumonia) diri ii. Menjaga dan bersih.
Batuk basah - ii. Lemah dan tidak kebersihan
disebabkan serangan terdaya kandang supaya ii. Laporkan kepada
bakteria yang iii. Menjadi kurus tidak lembab Pegawai Veterinar
menyerang kambing, iv. Pernafasan cepat iii. Elakkan ia untuk rawatan
ketika berada dalam v. Kadangkala batuk berhujan
keadaan tenat dan terdapat
seperti kesejukan, bendalir keluar dari
perudaraan yang hidung seperti
kurang baik dan hingus. Tekanan
kesesakan dadanya.  yang berlebihan
boleh
menyebabkan
kematian
Cirit-birit i. Najis cair dan tidak i. Memberi ubat i. Memberi
(Diarrhoea) berbentuk bulat cacing untuk banyak air
i. Cacing seperti biasa mengurangkan terutama
ii. Protozoa ii. Kotor dan basah di beban cacing yang
(koksidia) sekeliling pangkal ii. Menjaga keadaan mengandung
iii. Kuman ekor kandang supaya i glukos
iv. Salah makan. iii. Kambing akan bersih dan tidak ii. Memberi
kelihatan monyok dijangkiti kuman ubat yang
& mengasingkan merbahaya boleh
diri iii. Memberi mengurangk
iv. Kadangkala najis makanan yang an berak
berbau busuk betul. Jika hendak seperti
menukar makanan 'kaolin' yang
hendaklah dibuat boleh
  beransur-ansur mengalas
kulit perut
iii. Ubat
pembunuh
kuman
ataupun
cacing
Kurang Darah i. Muka pucat i. Memberi  
(Anaemia)  bibir, gusi dan makanan yang
Kekurangan darah lidah yang pucat cukup dan berzat
adalah satu keadaan  lapisan dalam ii. Menambahkan zat
di mana bilangan kelopak mata juga besi
sel-sel darah merah  keputihan iii. Memberikan
kurang daripada ii. Lemah vitamin untuk
biasa. iii. Bulu meremang selera makan
iv. Badan kurus iv. Ubat cacing
v. Pembasmian kutu

Kancing Gigi
disebabkan oleh i. Keseluruhan badan i. Suntikan toxoid i. Tetanus

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 29 drpd 39
racun sejenis kuman menggigil dan semasa 3 bulan antitoxin dan
yang boleh menggeletar yang ii. Mengubat luka- toxoid
merosakan saraf. Ini tidak boleh luka terutama ii. Ubat pelali
biasa terjadi apabila dikawal. Keempat- 'puncture wound'
terdapat luka-luka empat kaki akan
kecil badan/kulit menjadi lurus,
temakan itu. tegang dan keras
Kemungkinan ii. Mulut akan
termasuk kotoran di terkancing (kancing
mana kuman ini gigi) dan kepala
dapat membiak biasanya
mendongak ke
atas. Kalau terjadi
semasa berdiri,
ianya akan
tumbang
iii. Tanda-tanda ini
menjadi lebih teruk
apabila terdapat
rangsangan bunyi
yang kuat dan juga
cahaya yang terang
Luka-luka    
Luka boleh i. Asing segera i. sekeliling
disebabkan oleh Ternakan akan gelisah ternakan yang kudis dicukur
benda-benda yang terutama jika ia mula luka berulat dan dicuci
tajam. Walaupun merebak dan berulat ii. Rawatan 2 kali bersih
ianya dianggap sehari sehingga dengan ubat
ringan tetapi jika luka kering dan kuning
tidak diberi sembuh (iodine)
perhatian akan supaya tiada
menjadi busuk dan terdapat
berulat. kekotoran,
habuk atau
ulat (jika ada)
ii. Sapukan
'lorexane'
pada luka
iii. Semburkan
ubat penjauh
lalat seperti
'gusanex'
atau
'negasunt'
Kurap Keguguran bulu pada  Jaga kebersihan kandang. Kurap yang
Kurap boleh terjadi beberapa bahagian tubuh Jauhkan dari kelembapan disebabkan oleh
disebabkan oleh dan kadangkala disertai yang tinggi. kulat boleh disapu
kulat atau dengan kudis-kudis yang dengan iodine
ektoparasit (mange) bemanah kerana parasit ini Asingkan ternakan yang tetepi kurap yang
menggali lapisan kulit kurap dari kumpulan. disebabkan oleh
menyebabkan gatal dan 'mange' pula

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 30 drpd 39
kerosakan akar rambut. dikehendaki untuk
  dirawat dengan ubat
serangga seperti I%
larutan malathion
yang membunuh
parasit dewasa. 
Rawatan hendaklah
diulangi tiap-tiap 10 -
14 hari selama 3 kali.

Buruk Kuku i. Kambing kelihatan  Potong kuku yang Kuku yang buruk
Keadaan tempat tempang berbentuk ‘kasut alladin’ dipotong dan kaki
yang lembab ii. Celah tapak kaki sebelum ia rosak. dibasuh bersih. Kuku
membawa penyakit diperantaraan tersebut direndam di
ini. la disebabkan kukunya bengkak dalam 5% formalin
serangan bakteria dan berbau busuk atau 10% Kuprum
pada kuku. Sulfat (CuSO4) sekali
sehari selama 3 hari.

Mastitis Dalam keadaan akut atau •Menjaga kebersihan Bersihkan kawasan


sub akut biasanya terjadi kandang yang terkena
Inflamasi pada tetek, pembengkakan pada • Menjaga kebersihan jangkitan
sering berlaku pada ambing dengan tanda- semasa pemerahan, menggunakan air
kambing yang tanda : peralatan pemerahan, hangat dicampur
menyusukan anak a. merah kambing pada saat dengan antiseptik.
b. panas sebelum pemerahan dan Tujuan penggunaan
c. keras sesudah pemerahan air hangat adalah
d. sakit bila disentuh • semasa pemerahan, susu untuk membantu
e. fungsi terganggu mesti diperah sampai dalam aliran darah
(produksi menurun) habis tetapi tidak yang boleh
merosakkan ambing menambah
Tanda-tanda keseluruhan • diperah sampai masa pengeluaran susu.
a. demam (pyrexia) kering kerana sisa susu Antiseptik berfungsi
b. severe depression setelah tidak disusu oleh untuk membunuh
c. anorexia penurunan anak kambing dapat atau menghalangi
nafsu makan membiak bakteria pembiakan kuman di
d. warna susu berubah sehingga terjadi kawasan ambing.
warna - kuning/merah peradangan.
keadaan - pekat/merah
bau.
Untuk subklinikal mastitis,
tidak ada perubahan yang
nyata pada susu.Penyakit
hanya bisa dikenali melalui
pemeriksaan serum
(patologi klinikal).

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 31 drpd 39
 Jika terdapat kambing yang sakit dilaporkan kepada Pegawai Veterinar Isi Rekod Kesihatan
Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan).
 Jika terdapat kambing yang mati isi Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan).
 Jika terdapat haiwan yang sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, rujuk kepada Hospital
Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar (Kampus Serdang).
 Jika kambing tersebut perlu ditakai/lupus, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Veterinar dan
tanam di tempat yang disediakan atau dihantar ke Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan
Veterinar.

9.8 Panduan Wabak Penyakit Berjangkit


 Penyakit berjangkit boleh menyebabkan kerugian ekonomi atau perdagangan adalah
penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah manakala Penyakit Tuberkulosis
adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia.

 Penyakit Kuku dan Mulut atau Foot and Mouth Disease (FMD)
 adalah penyakit yang berkepentingan ekonomi dan merebak dengan sangat
pantas. Penyakit ini boleh menjangkiti semua ternakan ruminan seperti lembu,
kerbau dan kambing.
 Penyakit ini bukan zoonotik dan tidak berjangkit kepada manusia.
 Cara penyebarannya :
 Punca - susu, najis, air kencing, darah, air liur, cairan daripada vesikel
Udara, sentuhan
 Makanan tercemar
 Pergerakan ternakan / manusia
 Virus dalam daging yang belum dimasak
 Kawalan :
 Pengharaman sembelih di kawasan terlibat
 Sekatan pergerakan ternakan keluar/masuk kawasan terlibat
 Membuat kuarantin
 Vaksinasi
 Kawasan diisytihar wabak
 Disinfektan sesuai untuk membersih kandang, kenderaan, foot bath
 Pergerakan kenderaan / manusia ke paras minimum
 Diagnosis :
 Tanda-tanda klinikal dan latar belakang kes
 Menghantar contoh darah, organ terlibat, susu ke makmal
 Rawatan :
 Tiada

Penyakit Kuku dan Mulut

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 32 drpd 39
 Aktiviti Kawalan Penyakit
 Program kawalan dan pembasmian disediakan. Seperti foot bath dan tyre dip.
 Pemvaksinan kesihatan gerompok berjadual.
 Takaian ternakan positif ujian
 Jarum suntikan, sarung tangan yang telah digunakan hendaklah dibuang dengan cara
yang sesuai (Clinical Waste Bin) supaya tidak berjangkit atau merbahayakan orang
lain.
 Membersihkan kawasan/kandang dengan bahan pembasmian kuman.

 Garis Panduan Kepada Pekerja Ladang (staf) :

 Memakai pakaian yang disediakan oleh pihak pengurusan (cover-all)


 Memakai kasut getah (boot).
 Memakai sarung tangan.
 Menggunakan penutup hidung jika tempat terlalu sesak dan berdebu.
 Membersihkan tangan dengan sabun pembunuh kuman sebelum makan dan minum
dan selepas bekerja.
 Tidak dibenarkan makan dan minum semasa menjalankan tugas di ladang melainkan
semasa waktu rehat.
 Mandi dan bersihkan diri dengan sabun dan air selepas selesai bekerja.
 Melaporkan kepada pihak pengurusan jika ternampak tanda-tanda atau simptom
(batuk, cirit-birit, vesicle dan lain-lain) pada ternakan.
 Melaporkan kepada pihak pengurusan jika mengalami sebarang masalah kesihatan
diri supaya diberi rawatan perubatan dengan segera.
 Mendapatkan suntikan anti tetanus sekurang-kurangnya sekali dalam perkhidmatan.

9.9 Panduan Kesihatan Gerompok

Kesihatan Gerompok ialah program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Program ini
adalah berjadual, yang mana dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimum
bagi mencapai pengeluaran optimum.
  
Tujuan utama Program Kesihatan Gerompok dijalankan adalah untuk:

 Mengekalkan kesihatan dan pengeluaran ternakan ditahap lebih cekap untuk


mendapat pulangan ekonomi yang maksimum.
 Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada
ternakan dan memberi kesan ke atas ekonomi.
 Mengurangkan ketahap minimum pencemaran alam sekitar oleh sisa hasilan
ternakan dan mencegah penyakit zoonotik.

Senarai aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Gerompok:


 
1. Vaccination  (vaksinasi/imunisasi)
- yang berkaitan dengan kambing iaitu : FMD
2. Deworming  (Pemberian ubat cacing)
3. Deticking (nyahkutu)

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 33 drpd 39
Aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Gerompok
 
Vaksin Perkara
Vaksinasi Penyakit Kuku dan Kumpulan sasaran
Mulut (FMD)  Ternakan berumur 6 minggu ke atas
 Kekerapan
 Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
 Dos kedua 2-3 minggu selepas dos
pertama                        
 Dos booster setiap tahun
Kaedah
 suntikan sub-cutenous

Vaksinasi Penyakit Pasteurellosis Kumpulan sasaran


 Ternakan berumur 6 minggu ke atas
Kekerapan
 Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
 Dos kedua 2-3 minggu selepas dos
pertama                        
 Dos booster setiap tahun 
Kaedah
 suntikan sub-cutenous

Pemberian Ubat Cacing Kumpulan sasaran


 Ternakan berumur 6 - 8 minggu ke atas
Kekerapan
 Bergantung pada bebanan cacing iaitu berdasarkan
Fecal Egg Count (F.E.C) serta tanda-tanda klinikal
pada ternakan yang dijangkiti. Untuk cacing pita
pemberian ubat cacing hendaklah berpandukan
kepada kehadiran segment cacing pada tinja.
Kaedah
 Secara oral atau dalam minuman

Nyahkutu (deticking) Tujuan


 Menghapus/mengurangkan ekto-parasit
 Mengelak jangkitan penyakit bawaan vektor
     Kumpulan sasaran
 Semua ternakan
     Kekerapan
 Bergantung kepada bebanan kutu
    Kaedah
 Menggunakan tikisid (tickicide) yang paling
berkesan. Sama ada secara mandian (dipping,
spraying), pour-on atau suntikan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 34 drpd 39
Setiap kali menjalankan program kesihatan gerompok, rekodkan di dalam Rekod Kesihatan
Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan).

Cara-cara pemvaksinan:

Peralatan :

Jarum suntikan dan picagari Vaksin FMD

Kekang kambing dengan tali pada dinding atau secara manual

Ambil vaksin mengikut kuantiti yang betul

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 35 drpd 39
Cucuk vaksin secara sub-cuteneous (SQ), bagi vaksin FMD yang digunakan (1ml/ekor kambing)

9.10 Menyimpan Rekod


Penyimpanan rekod adalah perlu bagi menentukan kecekapan dan keuntungan dalam menternak
kambing. Rekod juga boleh membantu pengusaha mengukur prestasi ternakan dan sebagai
sumber untuk membuat sesuatu anggaran belanjawan dan polisi penternakan yang dilakukan.
Antara rekod yang penting yang perlu ada :

a) Log Stok Identifikasi dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/ STOK-


KELAHIRAN)
b) Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)
c) Rekod Kesihatan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan)
d) Rekod Makanan Buku Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/
MAKANAN TAMBAHAN)

9.11 Pengurusan Sisa Kumbahan


 Sisa buangan ternakan terdiri dari najis, sisa sembelihan dan air basuhan kandang perlu
dikawal dan diminimakan bau dalam mengekalkan biodiversiti persekitaran.
 Sisa najis kambing mestilah dibersihkan setiap pagi.
 Najis dibuang ke dalam lubang sedalam 1.5m bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang
tidak diingini.
 Lantai di bawah kandang mestilah dibersih dengan air untuk mengelakkan ammonia dari air
kencing dan juga untuk kebersihan kandang.
 Saliran sistem perparitan mestilah berkeadaan baik.

9.12 Biosekuriti Ladang


 Sekeliling kawasan ladang dipagar menggunakan sistem pemagaran yang sesuai dan
diletakkan tanda – tanda amaran yang jelas di lokasi yang strategik. Kemasukan kenderaan
dan orang awam yang tidak berkenaan tidak dibenarkan. Setiap pelawat mesti dipandu
mendapat kebenaran dari pihak berkuasa ladang.
 Pintu masuk ladang dan setiap unit ternakan disediakan tyre dip/foot bath untuk mengawal
jangkitan penyakit berjangkit, dengan menggunakan larutan antibakteria / germicidial.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 36 drpd 39
Foot bath yang disediakan di Unit Kambing

10.0 SEMBELIH/PUNGUTAN HASIL


 Hasil utama peternakan adalah daging.
 Jualan daging, sumbangan dan takai perlu menggunakan Borang Pelupusan
(OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

10.1 Rumah Sembelih


 Penyembelihan dilakukan di rumah sembelih
 Tujuan penyembelihan adalah untuk mendapatkan daging, tulang dan organ dalam untuk
dijual di Pusat Jualan TPU

 Faktor – faktor yang perlu diberi perhatian dalam proses penyembelihan :


 Bekalan air yang banyak dan bersih
 Tempat pembuangan sisa yang lengkap dan tidak mencemarkan
 Peralatan dan perkakasan yang lengkap, tajam dan disimpan di tempat yang selamat
 Kawalan serangga dan tikus untuk menjaga kebersihan
 Bilik sejuk atau peti sejuk yang sempurna
 Sistem kebersihan yang teratur

Rumah Sembelih Bilik Sejuk

10.2 Definisi penyembelihan:


 Penyembelihan adalah proses mematikan haiwan ternakan dengan cara tertentu untuk
menghasilkan daging dan bahan–bahan makanan yang lain untuk kegunaan manusia.
Manakala penyembelihan mengikut kaedah cara Islam adalah proses dimana mesti
diputuskan saluran darah (arteri dan vein), saluran pernafasan (trachea), saluran

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 37 drpd 39
makanan (esophagus) dan urat saraf di leher dengan pisau tajam, cukup panjangnya,
dengan tidak diangkat sehingga semua saluran tadi putus.

10.3 Prinsip penyembelihan:


 Ternakan hendaklah masih bernyawa atau diyakini masih hidup ketika penyembelihan
dilakukan.
 Ternakan direhat sebelum disembelih. Kurangkan stress dan tidak dibekalkan makanan
dalam tempoh 24 jam tetapi pastikan bekalan air ada.
 Pisau diasah cukup tajam, tidak retak atau sumbing
 Ternakan perlu diikat erat supaya ia tidak dapat meronta semasa disembelih. Ikatan
mestilah tidak menyakitkan ternakan serta mudah dilepaskan setelah saluran pernafasan
dan esophagus diputuskan
 Ternakan dibaringkan di atas rusuk kirinya dengan lembut dan kepalanya diangkat sedikit
 Mengadap arah kiblat
 Membaca / menyebut nama Allah
 Apabila ikatan pada ternakan dilepaskan, biarkan ternakan meronta tanpa sekatan. Ini
akan membuat darah mengalir sebanyak yang mungkin dari ternakan yang disembelih.

10.4 Pembuangan Kulit / Melapah


Merupakan proses memisahkan bahagian kepala, kaki, kulit dan ekor dari tubuh ternakan.
 Setelah habis pendarahan, kepala, dan empat kaki diasingkan. Kulit dilapah dan
diasingkan dari badan ternakan.
 Elakkan menggunakan pisau yang hujungnya runcing apabila mengasingkan kulit dari
badan ternakan. Ini untuk mengelak daripada daging dan kulit terhiris.
 Elakkan daging tersentuh dengan bahagian kulit luar.
 Pencemaran karkas berlaku melalui pisau melapah, tangan yang kotor, cangkuk, baju
pekerja yang dicemari dengan darah dan kulit yang kotor.
 Pisau, cangkuk dan tangan hendaklah dibasuh dengan kerap setiap kali tersentuh kulit
bagi menghindar pembiakan kuman dan mencemar karkas yang lain.

10.5 Evisceration / Pengeluaran organ dalaman


 Dilakukan selepas pembuangan kulit.
 Organ dalaman seperti organ di rongga torasik (thorasic) dan rongga abdomen
dikeluarkan dari karkas.
 Organ-organ alat kelamin juga diasingkan.
 Proses ini perlu dilakukan dengan teliti agar isi usus tidak ditembusi hingga mencemari
karkas dan kawasan pelapahan.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 38 drpd 39
10.6 Penyejuk – bekuan dan penyimpanan
 Daging ternakan mudah tercemar oleh bakteria semasa penyembelihan dan proses
melapah.
 Selepas haiwan disembelih, suhu karkas lebih kurang 37°C. Untuk mengawal
pertumbuhan bakteria serta mengekalkan mutu daging, suhu permukaan daging harus
diturunkan.
 Daging yang disimpan pada suhu sejuk 0 °C akan rosak dalam tempoh 10 hari,
bergantung pada keadaan awal pencemaran dan suhu penyimpanan.
 Daging beku boleh disimpan selama 6 – 12 bulan pada suhu – 10 ° C.
 Daging yang sudah dibungkus akan dihantar ke Pusat Jualan TPU untuk dijual.
 Rekodkan hasil ke dalam Buku Log Pengeluaran Hasil (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/
KELUARAN HASIL).

Berikut adalah senarai harga kambing, TPU

KATEGORI JUALAN HARGA (RM) / KG


Jualan Hidup RM15.00/kg.
Kambing (daging) RM 20.00/kg
Kambing takai (daging) RM 12.00/kg

11.0 GLOSARI
1. Roman – hidung berbentuk cembung
2. Peka – sensitif atau alah
3. Estrus – tanda biang / berahi pada kambing
4. Mastitis – bengkak pada tetek/ ambing kambing
5. Metritis – penyakit pada rahim kambing
6. Kaustik – bahan beralkali

12.0 RUJUKAN

1. Aminudin Adam, Mohd Yusoff Mustapha, Teo Kim Yong,


T. Subramaniam, Yew Kek Ong. (1989). Pengeluaran Ternakan Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd

2. Ibrahim Bin Mokhtar, Daniel T.F Chin, Chia Soo Phin,Yeo Boon Kiat- Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak, Sabah Editor Towards Improved Animal
Health And Livestock Production In Sabah

3. Edey T.N (1983). The Dominion Press, Melbourne A Course Manual In Tropical Sheep And
Goat Production

4. Azizol Bin Mohd Sharun - Jabatan Perkhidmatan Haiwan


Panduan Pengeluaran Kambing Pedaging Prime Malaysia(Kaprima)

5. Protokol-Protokol Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan ,


Kementerian Pertanian Malaysia.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 01
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 39 drpd 39

Anda mungkin juga menyukai