Anda di halaman 1dari 18

 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Falsafah Occultisme dalam Kitab Melayu Klasik  Taj Al-


Mulk 
Indriaty Ismail

 Abstrak 
Occultisme merupakan suatu bentuk falsafah kebatinan yang merangkumi pelbagai
cabang ilmu yang cuba menerokai perkara-perkara misteri yang sukar diketahui oleh
  pancaindera dan pengalaman manusia. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan
mengenai elemen occultisme yang terdapat di dalam kitab Melayu klasik Taj al-Mulk.
Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah bersifat kajian kepustakaan. Hasil 
kajian menemui bahawa sebahagian besar dari kitab ini mengandungi elemen falsafah
occultisme yang antaranya ialah seperti numerologi, astrologi, divinasi, ilmu tangkal azimat 
dan lain-lain.

Pengenalan
Perkembangan occultisme secara formal di dalam dunia Islam dapat dilihat paling awal
dalam pemikiran aliran Ikhwan al-Safa` dan kemudiannya dipraktikkan oleh ahli-ahli
falsafah Islam yang juga merupakan saintis Islam terkenal, seperti J bir ibn Hayyn, al-R zi,
al-Tughr ’i, al-Majriti dan lain-lain. Occultisme secara tidak formal terus berkembang dan
mendapat tempat di kalangan orang awam yang tidak mengetahui hujung pangkal ilmu ini.
Occultisme menjadi suatu budaya dan adat tradisi masyarakat Islam sejak beberapa lama. Ia
  juga kelihatan terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia khususnya di
kalangan orang-orang Melayu. Amalan-amalan ini dipelihara oleh golongan tua dari semasa
ke semasa sehingga mereka dikenali sebagai orang yang berilmu dan luas pengalaman di
kalangan generasi muda. Occultisme kemudiannya diwarisi oleh golongan generasi muda
yang terus menjadi pendokong utama yang mempertahankannya daripada pupus di telan
zaman. Baik secara individu atau kolektif, masyarakat Melayu sebenarnya belum benar-
 benar mengenali apakah occultisme yang selama ini menjadi kepercayaan dan pakaian harian
mereka. Penerokaan terhadap occultisme sebagaimana tersurat di dalam penulisan-penulisan
tinggalan masyarakat dan yang tersirat di dalam dada dan amalan masyarakat akan
membuahkan hasil perbandingan yang kritis dengan ciri-ciri occultisme yang telah menjadi
elemen terpenting dalam berbagai agama lain selain Islam. Penganalisisan ini juga
  bermatlamatkan untuk melihat sedekat mungkin keserasian occultisme atau sejauhmana
 perjalanannya bertunjangkan kepada pendekatan yang dibawa oleh syiar Islam.

Falsafah Occultisme Dan Kitab-Kitab Masyarakat Melayu


The Living Webster Encyclopedia Dictionary menghuraikan occult  sebagai sains awal
yang menumpukan kepada kualiti fizikal yang terdapat pada benda-benda di alam yang sukar 
diketahui melalui kefahaman fikiran tetapi dapat disingkap melalui pengalaman. Ia juga

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 1/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1133

merupakan suatu sains


agen-agen misteri dan yang
ghaib.berkaitan
Websterdengan unsur-unsur
Encyclopedia magik, astrologi
menyimpulkan dan penggunaan
occultisme sebagai
suatu doktrin, kajian dan kepercayaan terhadap unsur-unsur ghaib dan berkomunikasi
dengannya. Manakala occultist ialah orang yang mengamalkan occultisme dan mengabdikan
diri dengan ilmu-ilmunya (The Living Webster Encyclopedia Dictionary t.th.,1:655).
Menurut The Encyclopedia Americana, occultisme ialah falsafah yang berkaitan dengan
  perkara-perkara misteri atau tersembunyi; ‘The philosophy of hidden matters’ . Istilah ini
merangkumi amalan-amalan yang didasarkan kepada teori-teori dan kepercayaan-
kepercayaan yang kemudiannya membentuk falsafah ini. Dalam kata lain, occultisme pada
kebiasaannya mengandungi kepercayaan mistik dan amalan magik rahsia (The Encyclopedia
 Americana 1972,20:609).
Pengumpulan data-data mengenai occultisme dalam masyarakat Islam Malaysia
diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber-sumber bertulis dan tidak bertulis. Kajian
ke atas sumber-sumber bertulis dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kitab-kitab agama
  bertulisan Arab dan Jawi dan buku-buku berunsur agama bertulisan rumi. Sumber-sumber 
occultisme yang tidak bertulis pula terdiri daripada kajian-kajian ke atas amalan, pegangan
dan kepercayaan individu dan masyarakat yang diwarisi secara tradisi lisan sejak turun-
temurun.
Kitab-kitab bertulisan Jawi yang memuatkan beberapa bahagian ilmu occultisme
sebagaimana yang ditemui oleh pengkaji ialah seperti berikut: Kitab Bintang Dua Belas (Abi
Macsyar al-Falaki:1957), Kitab Pati Rahsia (Haji Nik Mahmud bin Ismail:1946) dan  Kitab
Taj al-Mulk (Tuan Hassan ibn Tuan Ishak Fatani:t.th.). Kitab-kitab di atas merupakan kitab-
kitab terbitan dan cetakan tempatan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultisme.
Manakala kitab-kitab berbahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang banyak 
memuatkan ilmu-ilmu occultisme dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah seperti
 berikut: Syams al-Macarif al-Kubra (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:1970), Manbac Usul al-
 Hikmah (Ahmad ibn cAli al-Bayyuni:t.th.), Sir al-Asr r wa Kanzu al-Anwr (Daud al-Antaki
al-Darir:1928),   Kitab
Mujarrobat al-Iman Mujarobat (Al-Syaykh
( Al-Syaykh Abi cAbd AllahAhmad al-Dairabi
Muhammad al-Kabir:t.th.)
ibn Yusuf dan  Kit b
al-Sanusi al-Husni).
Kitab-kitab bahasa Arab tersebut di atas ini amat hebat pengaruhnya di kalangan
masyarakat Melayu. Selain itu, terdapat ratusan buah buku-buku bahasa Melayu dan
Indonesia yang dikesan oleh pengkaji mengandungi elemen-elemen occultisme yang begitu
sebati di dalam masyarakat Islam. Buku-buku tersebut dapat disenaraikan seperti berikut: 
 Hikmat Ayatul Kursi (Ali Zulfakar:t.th.),   Dunia Hikmat (Ali Zulfakar:1955),  Intisari Ilmu
Ghaib (Imam Ghazali:t.th.,Terj.),   Rahasia Mujarobat Lengkap (MS Mariyah:1994),
Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof:1993),   Kitab Mujarabat (M.A. Romdon: 1986), Mujarrobat 
Madiinatul Asroor  (t.p:t.th.), Buku   Primbon Lengkap Kunci Keselamatan (t.p:t.th.),
Miftahusy Syifa’ Primbon Lengkap Kunci Kesembuhan (Ahmad Thoha Abdul Ghani:t.th.),
 Kunci Mencari Rezeki (K.H. Zahwan Anwar:1988) dan berbagai nama kitab lagi.
Pengkaji juga menemui beberapa buah buku berbahasa Inggeris yang pada hemat
  pengkaji turut menyelitkan fahaman occultisme. Kemungkinan besar buku-buku ini
mendapat tempat utama di kalangan para intelek Melayu meskipun kedudukannya di
kalangan orang awam dipercayai adalah terhad. Buku-buku bahasa Inggeris yang
dikenalpasti itu ialah: The Book of Sufi Healing (Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) (Shaykh
Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin:1985) dan Sufi Expressions of The Mystic Quest  
(Laleh Bakhtiar:1976).
Perbincangan mengenai occultisme di dalam kitab-kitab tersebut dapat diselami menerusi
ilmu-ilmu occultisme yang terdiri daripada numerologi, astrologi, divinasi,  palmistry dan
lain-lain. Di dalam kajian ini pengkaji hanya akan menumpukan kepada sebuah kitab sahaja
iaitu Taj al-Mulk . Pemilihan ini dibuat memandangkan kitab ini amat popular di kalangan
orang Melayu dan kandungan falsafah kebatinannya juga hampir merangkumi sebahagian

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 2/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1134 / ISoIT 2004

 besar cabang falsasah


yang ditemui occultisme.
sepanjang Pengkaji
kajian sebagai akan memuatkan
membuktikan fakta-fakta
penampilan dan contoh-contoh
ilmu-ilmu occultisme di
dalam kitab ini.

Elemen Occultisme Di Dalam Kitab Taj Al-Mulk  


Setelah membuat analisis ke atas data-data yang dikumpulkan dari kitab agama klasik 
masyarakat Melayu ini, pengkaji merumuskan untuk membentangkan tiga unsur occultisme
yang utama dan terbanyak dihuraikan di dalam kitab tersebut dan juga masih diamalkan di
kalangan masyarakat. Unsur-unsur tersebut terdiri dari Numerologi, Astrologi dan Divinasi.

 Numerologi
  Numerologi merupakan ilmu dalam occultisme yang paling popular di kalangan
masyarakat Islam di Tanah Melayu di mana ia telah diamalkan dan diperturunkan sejak dari
zaman silam lagi. Ilmu numerologi ini di dalam bahasa Arab disebut sebagai c Ilm al-Huruf .
Pengkaji melihat bagi kebanyakan penulis kitab-kitab occultisme baik berbahasa Melayu atau
Arab, mereka beranggapan bahawa huruf-huruf samada secara bersendirian atau tersusun
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Huruf-huruf hijaiah ini dijadikan wifiq dan
  bentuknya yang tersusun dijadikan sebagai azimat. Setiap huruf dipercayai mempunyai
tabiat-tabiat tertentu yang membolehkan seseorang memahami ciri-ciri, kaifiyat, darjat dan
martabat kerohanian sesuatu benda.
Penggunaan ilmu huruf di kalangan ulamak occultisme di dalam kitab Taj al-Mulk dan
kebiasaannya di dalam kitab-kitab yang sealiran dimulai dengan memberi nilai kepada huruf-
huruf hijaiah tersebut. Menurut kajian pengkaji sistem nilai abjad yang dipraktikkan ini tidak 
mempunyai sedikit perbezaan pun dengan yang digunakan oleh masyarakat Chaldean,
masyarakat Yahudi dan falsafah aliran Pythagorean.
Berikut ialah nilai abjad huruf-huruf hijaiah yang diambil dari kitab Melayu yang lain
dan diperturunkan di sini disebabkan kitab Taj al-Mulk  sendiri tidak mencatatkan huraian
nilaiannya:

JADUAL 3.1: Angka-Angka Menurut Hitungan (Hisab) Abjad


Alif  =   =   = 1 Yaa =   =   = 10
Baa` =   =   = 2 Kaaf  =   =   = 20
Jim =    =   = 3 Laam =   =   = 30
Daal =    =   = 4 Miim =   =   = 40
Haa =    =   = 5  Nuun =   =   = 50
Wawu =   =   = 6 Siin =   =   = 60
Zay =   =    = 7 Ain =   =
Haa` =   = = 8 Faa =   =   
 =
=
70
80
Thoo =    =   = 9 = Shood =   =   = 90
Qoof  =   =   = 100 = Khoo` =   =   = 600
Roo =   =   = 200 = Dzaal =   =   = 700
Syiin =   =   = 300 Dhood =   =   = 800
Taa` =   =   = 400 Zhoo =    =   = 900
Tsaa =   =   = 500 Ghoin =   =   = 1000
 Ng =  N =   =   50
G = - =   =   100

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 3/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1135

  Ny = Y = =  10
Sumber: Mujarobat Madiinatul Asroor:t.th., 2:35-37 
Para numerologis dan occultis Melayu Islam amat fanatik dengan ilmu huruf atau sistem
nilai abjad ini kerana ia menjadi asas yang paling penting dalam segala pekerjaan yang lain.
Sebagai contoh, ilmu hitungan diperlukan dalam menentukan jumlah nama seseorang, sifat
dan karakter peribadinya, keserasian seseorang dengan pasangannya, mengetahui hal manusia
dan bintangnya, mengetahui kiraan orang yang akan bermusafir, mengetahui hajat tercapai
atau penyakit sembuh, mengetahui punca sesuatu penyakit, mengetahui menang atau kalah,
menentukan jantina bayi yang dikandung dan lain-lain.

Mengetahui Keserasian antara Dua Sahabat atau Pasangan Suami Isteri


Bab yang paling laris di dalam pegangan ilmu numerologi ialah penentuan keserasian di
antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga atau antara dua sahabat
sebelum memulakan sesuatu perkongsian kerja. Banyak kitab-kitab Melayu lama dan moden
tidak ketinggalan memuatkan perbincangan khusus mengenai aspek ini. Dalam analisis
  pengkaji, perincian terhadap ilmu keserasian ini dapat ditemui di dalam Kitab   Pati Rahsia 
(Nik Mahmud 1946:145),  Bintang   Dua Belas (Abi Macsyar al-Falaki 1957: 3), Taj al-Mulk  
(Tuan Hassan t.th.:25), Buku Mengenal Lelaki (Ibnu Yusof 1993,45-46) dan lain-lain lagi.
Kitab Taj al-Mulk secara khusus telah mencatatkan hal ini dengan;
“Jika engkau kehendaki kenal hal laki-laki dan perempuan adakah muafakat antara keduanya atau
  berbantah antara keduanya atau jadi bercerai kemudiannya atau adakah mati satu seorang daripada
keduanya maka hendaklah engkau hisab akan nama laki-laki dan nama ibunya dan bilangan hari bulan
dan esa  iaitu dua puluh tiga cadad   hari maka buang majmuk tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang
tersebut dan dihisab akan nama perempuan dan ibunya dan cadad  hari dan bilangan haribulan dan
esanya iaitu dua puluh maka buang tiga puluh tiga puluh seperti kaedah yang tersebut jua kemudian
maka dilihat pada dua  Luh maka jika jatuh cadad  laki-laki dan perempuan dalam  Luh al-Hayt  maka
dua orang itu muafakat dan apabila seorang dalam  Luh al-Hayt  dan seorang lagi dalam Luh al-Mamt  
maka dua orang itu bercerai kemudiannya atau yang jatuh dalam Luh al-Mamt itu mati dan yang jatuh
dalam   Luh al-Hayt  itu hidup dan qiyas olehmu atas demikian itu segala pekerjaan yang lain-lain.
Demikian lagi jika engkau kehendaki kenal akan dua orang yang berkehendak bersahabat antara
keduanya atau berkehendak bersyarikat pada berniaga umpamanya maka hendaklah engkau hisab antara
dua nama orang itu dan cadad nya hari dan bilangan haribulan dan esa bermula esa itu dua puluh jua
tiada lebih tiada kurang selama-lamanya dan qiyas olehmu akan segala pekerjaan yang lain-lain” (Tuan
Hasan t.th.:25-26).
Pengkaji melihat terdapat kelainan pada jumlah pengiraan nilai-nilai nama yang
dilakukan oleh pengarang Kitab Taj al-Mulk ini dengan kitab-kitab Melayu yang lain kerana
  jumlah pengurangan angka agak besar iaitu dibuang 30, 30. Pengarang juga mengamalkan
kaifiyat mengenali sesuatu hajat dan mengetahui sesuatu dengan berdasarkan kaedah yang
 beliau namakan Luh al-Hayt dan Luh al-Mamt  (Tuan Hasan t.th.:25). Jadual Luh al-Hayt  
dan Luh al-Mamt  yang digunakan oleh pengarang kitab ini ialah seperti berikut:

JADUAL 3.1.1: Luh al-Hayat dan Luh al-Mamat Kitab Taj al-Mulk 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 4/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1136 / ISoIT 2004

Sumber: Tuan Hasan t.th.:26


Pengarang kitab ini menjelaskan lagi bagaimana menentukan bilangan hari dengan
katanya:
“Adapun cadad hari itu maka Ahad itu 1 cadad nya, Isnin itu 2 cadad nya dan Selasa itu 3 cadad nya dan
Rabu itu 4 cadad nya dan Khamis itu 5 cadad nya dan Jumaat itu 6 cadad nya dan Sabtu itu 7 cadad nya”
(Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual   Luh al-Hayt  dan   Luh al-Mamt  tersebut di atas digunakan oleh pengarang
sebagai asas numerologi di dalam kitabnya dan disarankan kepada orang ramai sebagai
rujukan dalam pengiraan mereka untuk menentukan berbagai perkara selain muafakat dua
sahabat atau keserasian suami isteri seperti menentukan kalah menang seseorang dengan
lawannya, menentukan orang yang sakit sembuh atau tidak, mengenalpasti punca sesuatu
 penyakit, mengetahui keadaan orang yang musafir atau ghaib, mengetahui hajat akan tercapai
atau tidak, mengenali pekerjaan yang musykil, mengetahui jantina anak dalam kandungan
dan hidup atau mati anak itu dan lain-lain lagi (Tuan Hasan t.th.:24-27).

Mengetahui Kalah Menang Seseorang Dengan Musuhnya


Kitab Taj al-Mulk  telah mengemukakan dua bentuk pengiraan kalah menang dengan
 berpandukan mazhab Imam Jacfar al-Sadiq r.a. (Tuan Hasan t.th.:23) dan mengikut kaedah
mazhab Abi Macsyar al-Falaki (Tuan Hasan t.th.:24).
Pengarang kitab ini menyebutkan di dalam “Fasal kepada menyatakan  ghalib dan
maghlub atas mazhab Imam Jacafar al-Sidiq r.a.”,
“Adapun kaifiyat mengenal itu maka hendaklah dihisab huruf antara dua nama yang berbantah atau
  berbetulan dengan huruf abjad dengan hisab  jumal kabir . Dan murad dengan   jumal kabir itu seperti

hisab seseorang yang bernama Ahmad, maka hisab dengan jumal kabir itu: ( ) itu satu cadad nya dan (
 ) itu 8 cadad nya dan (   ) itu 40 cadad nya dan (  ) itu 4 cadad nya maka jadi jumlah itu 53 cadad  
  bakinya. Adapun hisab jumal saghir itu maka diiktibar (  ) itu 3 huruf makhraj iaitu (   ), maka (  ) 
itu satu cadad , (   ) itu 30 cadad , dan (   ) itu 80 cadad . Dan (  ) itu 2 huruf iaitu (  ) dan (  ) itu 8
   ) itu 3 huruf ( ), maka (   ) itu 40 cadad nya, dan (  ) itu 10
cadad dan (   ) itu satu cadad . Dan (
c
adad nya, dan (   ) yang kedua itu 40 cadad nya jua . Dan (  ) itu 3 huruf asalnya iaitu (  ), maka
iaitu 4 cadad  dan (  ) itu satu cadad nya, dan ( ) itu 30 cadad nya. Maka jadi jumlah lafaz Ahmad ( )
dengan hisab   jumal saghir itu 245 cadad nya. Maka qiyas olehmu akan nama yang lain daripada
“Ahmad” (Tuan Hasan t.th.:23).
“Setelah sudah maklum akan dua nama orang yang berkehendak berkelahi bantah umpamanya maka
dihisab huruf bagi nama masing-masing orang itu maka dibuang masing-masing nama orang akan 9, 9.
Adapun jika bersamaan pada nama keduanya maka kita lihat pada ilmunya dan  sya`n  dan warna
kulitnya dan bangsanya dan sifat kejadiannya. Maka barang yang lebih ilmu atau tua umur atau lebih
warna kulit bangsa atau lebih sifat kejadiannya maka iaitulah menang. Bermula warna hitam itu keras

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 5/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1137

daripada
lainnya” warna yang lain
(Tuan Hasan dan
t.th.: warna merah itu keras daripada warna yang putih dan qiyas olehmu akan
23).
“Adapun jika tinggal esa dengan 9, ghalib esa maghlub 9. Dan jika esa dengan 8, ghalib 8 maghlub esa
. Dan jika esa dengan 7, ghalib esa maghlub 7. Dan jika esa dengan 6, maka ghalib 6 maghlub esa.
Dan jika esa dengan 5, maka iaitu ghalib esa maghlub 5. Dan jika esa dengan 4, maka iaitu ghalib 4
maghlub esa. Jika dengan 3, maka iaitu  ghalib esa maghlub 3. Dan jika esa dengan 2, maka iaitu
 ghalib 2 maghlub esa. Dan jika esa dengan esa, maka barang yang mendatang itu  ghalib dan yang
didatang itu maghlub” (Tuan Hasan t.th.:23).
Pengarang kitab ini seterusnya membincangkan lebih panjang bilangan angka tunggal di
antara dua nama iaitu 2 dengan 9, 3 dengan 9, 4 dengan 9, 5 dengan 9, 6 dengan 9, 7 dengan
9, 8 dengan 9 dan terakhir 9 dengan 9 (Tuan Hasan t.th.:23-24). Perbincangan tersebut
mengkhususkan kepada pengiraan mengikut mazhab Abi Jacafar al-Sadiq. Manakala
 perbincangan seterusnya ialah dikhususkan kepada `Fasal pada menyatakan satu kaedah lagi
  pada mengenal ghali  b dan maghlub atas mazhab Abi Macsyar al-Falaki’ (Tuan Hasan
t.th.:24-25). Pengarang mencatatkan,
“Dan adalah kaedah ini tersebut dalam dua bait dalam Kitab Abu Ma csyar al-Falaki jua. Maka
kaifiyatnya hendaklah dihisabkan antara dua nama orang yang berkelahi bantah atau lainnya dengan
hisab  jumal kabir . Setelah sudah dihisab maka nyatalah maksudnya dalam dua bait syair Arab yang
  bermaksud: “Yakni ghaliblah matlub ertinya  ghaliblah yang datang kepadanya dan maghlub yang
mendatang apabila bersamaan antara dua nama pada genapnya. Dan  ghaliblah talib ertinya ghaliblah
yang mendatang dan maghlub yang datang tatkala bersamaan antara dua nama pada kasal nya. Dan
 jadilah  ghaliblah yang terkurang cadad nya pada tatkala seorang genap cadad nya dan seorang kasal 
yakni pada tatkala seorang genap dan seorang kasal  itu  ghalib yang terkurang cadad nya dan jadi
maghlub yang banyak cadad nya dan ghaliblah yang banyak  cadad nya pada tatkala bersalah-salahan ia”
(Tuan Hasan t.th.:24).
Pengkaji mendapati terdapat kesukaran dalam memahami kaedah mengenali  ghalib
maghlub mengikut mazhab Abi Macsyar al-Falaki seperti keterangan di atas. Walau
 bagaimanapun pengarang telah menghuraikan kenyataannya itu dengan memberikan contoh-
contoh bagi setiap bentuk nilai abjad. Pengarang menerangkan,
“Adapun kehasilan surah dalam dua bait syair itu empat, pertama, surah bersamaan antara nama pada
genapnya maka adalah surah enam ghaliblah yang didatang kepadanya dan maghlub yang mendatang,
misal, seorang Muhammad namanya seorang lagi namanya pun Muhammad jua maka Muhammad itu
92 cadad nya. Maka yang mendatang itu maghlub dan yang datang itu ghalib. Kedua, surah bersamaan
antara dua nama pada kasal  maka adalah surah ini  ghaliblah yang mendatang dan maghlub yang
didatang, misal, seorang namanya Salam dan seorang lagi namanya Salim, maka Salam itu 131
c
adad nya jua maka adalah surah ini ghalib yang mendatang dan maghlub yang didatang. Ketiga, surah
seorang genap dan seorang kasal , misal seorang bernama Ahmad dan seorang bernama Husin maka
Ahmad itu 53 cadad nya dan Husin itu 128 cadad nya maka surah ini memanglah yang terkurang
c
adad nya daripada yang banyak yakni ghalib Ahmad dan maghlub Husin. Keempat, surah ghalib yang
  banyak tatkala bersalah-salahan cadad nya pada genap antara dua nama atau kasal antara dua namanya,
misalnya, bersalahan pada genap itu seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Yusof, maka Ali itu
110 banyak  cadad nya dan Yusof itu 156 cadad nya maka Yusof itu  ghalib dan Ali itu maghlub kerana
c c
 banyak  adad nseorang
Ibrahim dan ya daripada adad  Ali
lagi bernama dan missal
Sulaiman, makabersalah-salahan
Ibrahim itu 259pada
c kasal 
adad  itu Sulaiman
nya dan seorang bernama
itu 191
c c
adad nya maka Sulaiman itu maghlub dan Ibrahim itu  ghalib kerana banyak  adad  Ibrahim daripada
c
adad  Sulaiman dan qiyaskan olehmu akan yang lain-lain daripadanya. Wallahuaclam” (Tuan Hasan
t.th.:23-24).

Mengetahui Jantina Anak di Dalam Kandungan


 Numerologi juga digunakan untuk penentuan jantina bayi yang dikandung. Kitab Taj al-
Mulk mempunyai persepsi yang berbeza dari kitab-kitab lain kerana membuat pengiraan ke

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 6/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1138 / ISoIT 2004

atas sesuatu
Mamat  dengan meletakkan sesuatu di atas kaedah  Luh al-Hayat dan   Luh al-
perkaramenegaskan,
. Pengarang
“Jika dikehendaki kenal orang yang bunting dan budak adakah laki-laki atau perempuan dan adakah
mati budak itu atau hidup atau adakah orang yang bunting itu mati dalam hal wiladah atau tiada, maka
iaitu bahawa engkau hisab akan nama perempuan dan nama ibunya dan cadad  hari dan bilangan
haribulan dan ditambah atasnya esa iaitu dua puluh kemudian maka dibuang 30, 30 hingga tinggal 30
atau kurang maka jatuh dalam   Luh al-Hayat pada cadad  yang kasal  adalah perempuan itu beranak 
  perempuan dan jika jatuh dalam  Luh al-Hayat pada cadad  yang genap adalah perempuan itu beranak 
laki-laki. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka bahawasanya anak itu tiada hidup sekali-kali. Dan
demikian lagi ibunya jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah ia mati dan hal beranak jatuh dalam
 Luh al-Hayat itu maka adalah ia hidup, InsyaAllah” (Tuan Hasan t.th.:26).
Jadual abjad dalam kedua-dua   Luh al-Hayat dan al-Mamat  adalah seperti yang
dibincangkan di dalam bahagian keserasian antara lelaki dan perempuan atau dua sahabat.

Mengetahui Keadaan Orang Yang Bermusafir atau Ghaib


Kitab Taj al-Mulk telah membincangkan fasal ini berdasarkan kaedah Luh al-Hayat dan
 Luh al-Mamat seperti yang telah diperkenalkannya. Pengarangnya juga telah menggabungkan
 perbincangan dan pengiraan dua perkara serentak iaitu keadaan-keadaan orang yang musafir 
atau ghaib dengan hal keadaan orang yang sakit. Beliau menyatakan,
“Tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra, “Apabila engkau kehendak ketahui hal orang sakit dan
yang ghaib dan yang musafir dan barang yang hasil atas keduanya maka kenal olehmu akan nama hari
yang datang penyakit atas orang sakit itu, nama hari pergi orang yang musafir yang sudah ghaib dan
hisab olehmu akan nama orang itu dan nama ibunya dengan hisab   jumal kabir yang termazkur dan
c
adad hari dan murad dengan esa itu dua puluh banyaknya. Setelah sudah engkau himpun sekeliannya
maka buang olehmu 30, 30 hingga tinggal 30 atau kurang daripada 30. Setelah itu maka engkau lihat
akan cadad  yang tinggal mana Luh yang tempat jatuh cadad  yang tinggal itu. Maka jika jatuh dalam
 Luh al-Hayat maka adalah orang sakit itu hidup dan orang yang musafir itu selamat dan orang ghaib
 pun selamat, InsyaAllahTaala. Dan jika jatuh dalam Luh al-Mamat maka adalah orang yang sakit itu
mati dan orang yang musafir itu kesukaran dan orang yang ghaib itu kesakitan atau lambat kembali”
(Tuan Hasan t.th.:25).
Pengarang kitab ini seterusnya membawakan contoh,
“Misal orang yang sakit atau kedagangan umpamanya itu Ibrahim dan nama ibunya Hajar dan nama
hari itu Ahad dan bilangan hari bulan Arab masa ditanyai itu 6 haribulan umpamanya. Maka kita hisab
Ibrahim itu 259 dan Hajar itu 208 cadad nya maka jadi majmuk itu 417 (Pengkaji mendapati kiraan ini
salah kerana 259 + 208 = 467). Maka kita tambah pula 1 iaitu cadad hari dan kita tambah pula 6 iaitu
  bilangan haribulan yang sudah lalu maka jadi majmuk 424 cadad nya. Kemudian maka kita tambah
 pula esa hari bulan iaitu 20 cadad nya maka jadi majmuk, semuanya 444 cadad nya. Kemudian maka kita
  buang akan dia 30, 30 maka jadi tinggalnya itu 24 maka kita dapat 24 cadad nya itu dalam   Luh al-
Mamat maka nyatalah bagi kita orang itu mati dalam kedagangan” (Tuan Hasan t.th.:25).

Mengetahuai Hal Pekerjaan Yang Sangat Musykil


Kitab Taj al-Mulk membincangkan,
“Jika dikehendaki kenal pekerjaan yang sangat musykil maka hendaklah dihisab seperti kaedah yang
tersebut. Maka jika jatuh dalam   Luh al-Hayat maka adalah pekerjaan itu jadi mudah dan jika jatuh
dalam Luh al-Mamat maka adalah pekerjaan itu bertambah-tambah kesukaran dan qiyas olehmu akan
tiap-tiap pekerjaan atas pekerjaan ini maka adalah kaedah mengetahui akan pekerjaan suatu kaedah Luh
al-Hayat  dan   Luh al-Mamat itu betul lagi sahih sudah dicoba-coba akan dia dan sedikit tersalah.
Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26).
Pengarangnya menjelaskan lagi sambil menasihatkan,

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 7/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1139

“Tak dapat
dan Luh tiada bagi orang
al-Mamat itu denganyang berkehendak
hisab yang sahih kenal pekerjaan
jua dan yang
diketahui musykilpun
haribulan atasdengan
kaedah Luh al-Hayat 
sahih jua maka 
apabila jatuh pekerjaan yang dikehendaki kenal dalam   Luh al-Hayat maka kerjakan olehmu serta
engkau tawakkal kepada Allah Taala dan jika jatuh dalam   Luh al-Mamat maka sabar olehmu maka
Allah Taala serta orang yang sabar. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:26-27).

Astrologi
Astrologi adalah elemen kedua terbanyak yang ditemui oleh pengkaji menjadi kegunaan
orang-orang Melayu di dalam kehidupan mereka. Kebanyakan pengarang dan penyusun-
 penyusun kitab-kitab Melayu membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan astrologi secara
terang-terangan dan meluas tanpa sedikitpun menunjukkan keraguan terhadapnya. Dengan
tidak membicarakan mengenai asal usul astrologi, pengarang-pengarang kitab tersebut terus
memulakan perbincangan mengenai kelebihan-kelebihan dan kegunaan astrologi kepada
kehidupan harian selepas mengenali pembahagian bintang-bintang kepada 12 buruj. Antara
kegunaan astrologi ialah tertumpu kepada mengaplikasikannya dalam beberapa perkara
seperti menghurai tabiat seseorang, mengetahui maksud bintang tujuh, mengetahui maksud
hari-hari yang menjadi awal tahun, mengenali waktu yang baik untuk mencari rezeki,
mengenali hari yang baik dan hari yang nahas, mengetahui waktu yang baik dan waktu yang
nahas dalam sehari, mengenali jadual waktu yang baik atau nahas dalam sebulan dan lain-lain
lagi.

Mengetahui Tafsiran Bintang Tujuh


Pengkaji melihat hanya kitab Taj al-Mulk  membincangkan mengenai huraian pengaruh
Bintang Tujuh ini dalam kehidupan seseorang. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Syarah
Bintang Tujuh’ yang telah tersebut di dalam jadual, pengarang menyatakan,
“Adapun pada ketika Syams barang kehendak kita kerjakan nescaya beroleh sentosa jika berjalan
 bertemu dengan orang berbangsa dan beroleh nikmat diperjamu orang akan dikau…Adapun saat Zuhrah
maka barang kerjanya baik atau beristeri atau bertemu dengan kekasih atau memakai kain itu
  baik…Adapun saat Utarid maka barang kerjanya baik dan jika mengambil upahan atau menyurat atau
mesyuarat suatu pekerjaan atau mengadap raja-raja atau menanam sesuatu maka iaitu baik. Adapun
saat Qamar maka barang kerjanya terlalu baik tetapi pekerjaan yang jahat jangan dikerja dalam saat ini.
Adapun saat Zuhal itu maka barang kerjanya terlalu jahat kerana Zuhal itu nahas akbar  dan jika
  berperang tiada menang jika pergi kepada suatu nescaya kesukaran dan terkadang bertemu orang
  jahat…Adapun saat Musytari itu barang kerjanya terlalu baik kerana Musytari itu  sacad akbar  jika
dikehendaki mengadap raja-raja atau berjual beli maka iaitu pun baik…Adapun saat Marikh itu maka
 barang pekerjaannya tiada baik kerana Marikh itu nahas asghar . Wallahuaclam.” (Tuan Hasan t.th:15-
16).

Mengetahui Saat Dalam Setiap Hari Yang Tujuh


Pengkaji mendapati pengaruh astrologi amat ketara dalam pemikiran pengarang Taj al-
Mulk yang berusaha membahagikan saat dalam setiap tujuh hari dalam seminggu, mengikut
 buruj-buruj dalam sistem astrologi. Di dalam `Fasal Pada Menyatakan Saat Dalam Tiap-tiap
Hari Yang Tujuh’, pengarang menyebut,
“Kata setengah hukamak adalah dalam satu qaus hari itu dibahagi tujuh saat. Inilah jadual mengenal
saat yang tujuh dalam qaus tiap-tiap hari yang tujuh dan murad dengan qaus hari itu daripada waktu
terbit matahari hingga masuk matahari. Inilah jadual. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:12-13).

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 8/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1140 / ISoIT 2004

JADUAL
Sumber: 3.2.2
Tuan : Saat
Hasan Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh
t.th.:13

Pengarang Taj al-Mulk seterusnya membahagikan satu hari dalam seminggu itu kepada
dua puluh empat saat. Pengkaji melihat usaha beliau ini tidak lain darpada mengembangkan
cabang-cabang astrologi di dalam analisis hari. Beliau mencatatkan,
“Kata setengah hukamak seperti yang tersebut di dalam Syams al-Macarif al-Kubra adalah dalam sehari
semalam itu dua puluh empat saat maka jadilah dalam satu qaus hari itu dua belas saat dan dalam satu
malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua belas dalam satu qaus hari itu
dua belas saat dan dalam satu malam itupun dua belas saat jua. Inilah jadual mengenal saat yang dua
  belas dalam satu qaus bagi tiap-tiap hari bermula jadual ini (Tuan Hasan t.th.:13). (Pengkaji tidak 
membawakan di sini contoh jadual yang dimaksudkan demi untuk menjimatkan ruangan).

Mengetahui Keadaan Baik Atau Buruk Menerusi Hari Yang Jadi Awal
Permulaan Sesuatu Tahun
Huraian astrologi hari yang menjadi awal tahun mengikut kitab Taj al-Mulk pula pada
fikiran pengkaji merupakan huraian yang paling ringkas dan padat di antara semua kitab. Di
dalam `Fasal pada menyatakan Hari Awal Tahun Yakni Sehari Bulan Muharram’, pengarang
telah mencatatkan,
“Kata Syeikh Muhammad al-Marzuqi dalam Syarh Natijah al-Miqat, maka apabila masuk awal tahun
itu hari Ahad, maka talicnya itu bintang Syams. Adalah tahun itu menunjukkan atas wujud zalim pada
segala raja-raja dan orang besar-besar dan sedikit hujan. Adapun jika adalah Muharam itu hari Isnin
maka talicnya bintang Qamar maka tahun itu menunjuk atas wujud baik segala raja-raja dan hulubalang
dan adalah hujan itu banyak. Adapun jika awal tahun itu hari Selasa maka talic nya bintang Marikh
maka adalah tahun itu menunjukkan atas mati segala orang yang besar-besar dan banyak orang
  bertumpah darah dan sangat mahal dagangan dan mahal makanan dan sedikit hujan. Adapun jika
c
adalah awal Muharram itu hari Arbi ca maka tali nya itu bintang Utarid maka adalah tahun itu menunjuk 
atas pertengahan hal pada segala waktu dan rakyat dan hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Khamis maka talicnya Musytari maka adalah tahun itu menunjuk atas wujud adil segala raja-raja
dan hulubalang dan baiklah hal segala qadi dan fuqahak dan banyaklah kebajikan dan rezeki dan hujan.
Adapun jika adalah awal Muharram itu hari Jumaat maka talicnya bintang Zuhrah maka adalah tahun itu
menunjuk atas wujud zalim raja-raja dan hulubalang dan segala orang besar-besar dan bersalahan antara
segala manusia pada bicara dan pekerjaan dan sedikit hujan. Adapun jika adalah awal Muharram itu
hari Sabtu maka talicnya bintang Zuhal maka adalah tahun itu menunjuk atas kesukaran manusia pada
segala pekerjaan mereka itu dan kehidupan mereka itu dan jadi kekerasan hamba orang dan orang supih 
dan orang fasik banyak ketakutan dalam tahun itu. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:21).

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 9/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1141

Pengkaji melihat
 penumpuannya kelainan
pada aktiviti yang
raja-raja, terdapat pada huraian
pembesar-pembesar dalam kitab ini secara
dan hulubalang-hulubalang ialah
khusus. Kemungkinan huraian ini adalah bersesuaian dengan jodol kitabnya iaitu Taj al-
Mulk . Oleh itu huraian tentang baik buruk aktiviti rakyat jelata kurang diberi penekanan
khusus.

Mengetahui Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari


Perbincangan mengenai kegunaan astrologi dalam aspek ini banyak ditemui di dalam
c
kitab Bintang Dua Belas (Abi Ma syar al-Falaki 1957:6-8), kitab Sir al-Asrar wa Kanzu al-
 Anwar (Daud al-Antaki 1928:23-24), kitab Taj al-Mulk (t.th.:19) dan  Kitab Pati Rahsia (Nik 
Mahmud 1946:99-107). Kitab Taj al-Mulk turut membicarakan hal ini di dalam `Fasal Pada
Menyatakan Saat Yang Baik Dan Yang Jahat Dalam Tiap-tiap Hari Yang Tujuh’. Kitab ini
menyatakan,
“Dengan peperangan atau berkelahi bantah atas mazhab setengah hukamak inilah jadual saat baik dan
 jahat atas mazhab setengah hukamak dalam hari yang tujuh dengan nisbah bagi peperangan dan adalah
dalam qaus hari lima saat. Wallahuaclam” (Tuan Hasan t.th.:19).

JADUAL 3.2.4: Waktu Yang Baik Atau Nahas Dalam Sehari

Sumber: Tuan Hasan t.th.:19

Kitab ini menghuraikan,



“Adapun syarah huruf rumuz yang tersebut maka ( ) itu alamat ghalib dan ( 
) itu alamat ghalib jua
 
tetapi ada merbahaya sedikit dan (   ) itu alamat bagi maghlub dan (  ) itu alamat saat itu tiada ghalib 
dan tiada maghlub. Adapun mengadap tatkala mendatang akan musuh atau menahan akan musuh
dengan nisbah bagi saat lima bagi tiap-tiap hari yang tersebut maka iaitu jika pada hari Ahad atau Isnin
maka hendaklah mengadap dari Selatan ke Utara atau dari Timur mengadap ke barat jati. Dan jika pada
hari Selasa maka hendaklah mengadap dari masyriq ke maghrib atau dari utara ke selatan. Dan jika hari
Arbica mengadap dari barat laut ke selatan atau dari barat laut ke timur pedang nescaya menanglah ia
dan jika pada hari Khamis maka hendaklah tatkala berang mengadap dari timur pedang ke utara atau
dari utara ke selatan nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Jumaat, maka hendaklah mengadap dari
Timur Laut ke Barat Daya atau Timur Jati ke maghrib nescaya menanglah ia. Dan jika pada hari Sabtu
maka hendaklah tatkala berperang mengadap dari maghrib ke masyriq atau dari utara mengadap ke
selatan nescaya menanglah ia” (Tuan Hasan t.th.:19).
Pengkaji melihat terdapat keistimewaan di dalam huraian hari yang baik atau nahas
seperti yang dibuat oleh kitab Taj al-Mulk  di atas. Selain daripada memaparkan saat yang

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 10/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1142 / ISoIT 2004

 mengekalkan
baik atau buruk dalam sehari,
kemenangan pembaca
di dalam kitab ini
perbalahan atauditunjukkan
peperangan panduan bagaimana
dengan mengikut untuk 
strategi
 bertindak yang terancang dan mengelak dari kekalahan menurut jadual nahas tersebut.

Mengetahui Nahas Dalam Sebulan


Pengkaji menemui satu fungsi astrologi yang tidak kurang pentingnya iaitu untuk 
mengetahui nahas dalam satu bulan. Fungsi ini didapati huraiannya di dalam kitab Taj al-
Mulk di dalam `Fasal Pada Menyatakan Nahas di dalam Sebulan Atas Mazhab Jaafar al-Sadiq
r.a.’. Pengarang telah mencatatkan,
“Dan telah berhimpunlah dalam satu bait syair yang bermaksud : Yakni maka barang yang ada ia huruf 
  bertitik maka iaitu nyatalah nahasnya hasil dan barang yang tiada bertitik maka iaitu bahagia yang
dapat ia dan tersebut dalam Syams al-Macarif al-Kubra bermula nahas dan bahagia yang tersebut dalam
 bait syair itu khusus atau qaul itu jua. (Inilah jadual) mengenal haribulan yang nahas dalam sebulan atas
c
mazhab Jaafar al-Sadiq seperti yang tersebut dalam Syams al-Ma arif al-Kubra dan Irsyad al-Sari dan
maksud kami perbuat jadual ini supaya segera mudah faham bagi mubtadi,  InsyaAllah” (Tuan Hasan
t.th.:18-19).

Mengetahui Saat Yang Baik Atau Buruk Dalam Tiap-Tiap Haribulan Yang
Tiga Puluh Hari
Ini merupakan peranan astrologi yang terakhir menurut hemat pengkaji dapat dilihat di
dalam kitab Taj al-Mulk . Di dalam `Fasal Pada menyatakan Saat Yang Baik dan Jahat Dalam
Tiap-tiap Hari Bulan yang Tiga Puluh Hari’, pengarang menyatakan,
“Ketahui olehmu adalah hukamak membahagi akan qaus tiap-tiap haribulan itu lima saat. Inilah
  jadual lima saat di dalam satu qaus haribulan. Wallahuaclam”. (Tuan Hasan t.th.:20) (Pengkaji tidak 
membawakan jadual yang dimaksudkan di ruangan ini).

Pengarang menghuraikan,
“Dan apabila sudah sampai lima haribulan maka kembali kepada enam hari bulan hingga sepuluh hari
  bulan. Demikianlah hingga genap tiga haribulan (Adapun) saat maisuri maka barang kerjanya baik jika
engkau perang nescaya menang engkau, InsyaAllah Taala. Dan jadilah alah musuh jika engkau pergi
kepada suatu tempat nescaya bertemu dengan orang baik parasnya. Jika mengadap raja-raja itu baik.
(Adapun) saat kal itu maka barang kerjanya itu jahat jika pergi-pergian itu jahat bertemu dengan orang
dusta atau berkelahi bantah jika berperang nescaya tiada menang. (Adapun) saat  sirri maka barang
kerjanya baik jika engkau perang musuh baik jika engkau diperang akan dikau tiada baik. (Adapun)
saat berham itu maka barang kerjanya tiada baik dan pada satu qaul pada saat itu jika diperang akan
musuh baik jika diperang orang akan dikau tiada baik. (Adapun) saat bisan maka barang kerjanya tiada
  baik jika ber-jalan bertemu dengan orang berkelahi bantah jika bertanaman tiada baik dan pada suatu
qaul jika berperang tiada menang pada saat itu dan pada satu qaul lagi jika diperang musuh menang
engkau dan jika diperang orang akan dikau tiada baik (Tuan Hasan t.th.:20-21).

Divinasi
Elemen occultisme yang seterusnya ditemui di dalam persekitaran masyarakat Melayu
ialah divinasi. Divinasi boleh difahami sebagai ilmu untuk mengetahui, menilik dan
meramalkan sesuatu atau tentang masa depan. Pengkaji melihat walaupun ilmu divinasi ini
kurang popular sebagaimana ilmu huruf (numerologi) dan ilmu bintang (astrologi), namun ia
merupakan antara yang terbanyak diajarkan di dalam kitab-kitab Melayu. Aspek-aspek ilmu
divinasi yang berbagai jenis telah dikupas di dalam banyak bahagian kitab-kitab tersebut
tetapi tidak menggunakan istilah divinasi yang khusus. Antara ilmu-ilmu divinasi yang telah

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 11/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1143

dikumpulkan dan Api,


unsur alam: Air, dianalisis
Tanah,oleh pengkaji
Angin, ialah ,seperti
 Dowsing  berikut: Palmistry, Phrenology,
Ilmu Tilik/Ramalan, Empat
Ilmu Gerakan Anggota
Badan, Ilmu Mentac bir Mimpi, Ilmu Tubuh Badan Manusia, Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T.,
Wifiq dan Ilmu Tangkal Azimat.

Empat Unsur Alam: Air, Api, Tanah Dan Angin


Menurut analisis pengkaji Air, Api, Tanah dan Angin merupakan empat elemen alam
yang sering digandingkan di dalam perbincangan falsafah terutama di dalam memberi
  penerangan mengenai asal usul sesuatu perkara. Pergandingan unsur ini dikesan wujud
 paling awal dalam falsafah bangsa Chaldean dan tersebar penggunaannya di dalam pemikiran
 bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Pengkaji melihat empat unsur alam ini juga amat laris
di dalam perbincangan kitab-kitab Melayu. Kitab Taj al-Mulk turut membincangkan sedikit
mengenai empat unsur alam ini. Di dalam fasal “Pada menyatakan segala ubat yang dimakan
akan menghilangkan segala penyakit dan membaik pada segala anggota”, pengarang kitab
menyebut,
“(Sebermula) dan dijadikan Allah Taala tanah itu akan gunanya tempat air dan api itu akan gunanya
tatkala ubat sangat maraknya. Air memadamkan api itu pun demikian dengan airnya. (Adapun) angin
itu akan gunanya menyerapkan air dan api itu maka tiada dapat angin itu lalu. Maka jadilah lemah
segala acdha’ . Inilah kita ini sebutnya” (Tuan Hasan t.th.:85).

Dowsing
Kitab Taj al-Mulk merupakan kitab Melayu yang paling banyak membicarakan tentang
aspek dowsing .  Dowsing ialah cara lama untuk mencari benda-benda tersembunyi seperti air,
galian berharga dan lain-lain dengan menggunakan satu daripada pancaindera yang mana
kebanyakan daripada kita tidak sedar mereka memiliki keistimewaan tersebut iaitu keupayaan
untuk mengesan benda-benda yang tidak boleh ditanggapi oleh orang lain.  Dowsing  
digunakan untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat seperti mengesan mata air di bawah tanah
atau tempat yang kurang baik supaya dapat berhati-hati sebelum membina bangunan atau
rumah di atasnya.
Kitab Taj al-Mulk di dalam `Bab Pada Menyatakan bumi Yang Baik dan Yang Jahat’,
telah mencatatkan,
“Hendaklah kita ketahui akan dia dan jika bumi itu tinggi ke maghrib dan rendahnya ke masyriq maka
iaitu yang afdal   dan jikalau ada bumi itu tinggi ke masyriq dan rendahnya ke maghrib maka janganlah
engkau diam di sana tiada baik padahnya dan jikalau ada dalam bumi itu tinggi ke selatan rendah ke
utara beroleh laba yang duduk dan jikalau ada bumi itu samaratanya maka iaitu pertengahan dan jikalau
ada bumi tiu tinggi ke masyriq dan warnanya pun putih rasa manis baunya harum maka iaitu afdal dan
 jika ada bumi itu merah rasanya kelat baunya pedas atau manis beroleh laba yang diam di sana dan jika
ada bumi itu hitam airnya masam-masam baunya busuk janganlah diam di sana kerana beroleh
kesakitan dan papa (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).

Pengarang menjelaskan lagi,


“(Adapun) bumi yang baik pertama warnanya putih kedua kuning ketiga hitam keempat bersih kelima
hijau itulah yang amat baik faedahnya. (Adapun) bumi yang jahat itu pertama warnanya hitam kedua
berjul ketiga baunya busuk keempat berbulu kelima berdekat-dekat keenam berlubang-lubang ketujuh
terban.  Itulah bumi yang jahat janganlah diam di sana (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan
t.th.:71).
Pengarang menjelaskan lagi,
“Bermula jika bumi itu ditepi sungai ada bukit besar atau kayu tiada baik diam di sana perolehnya
dukacita dan kematian dan kesakitan kerana itu tempat jin dan jika kau diam di sana hendaklah dipindah
 pintunya pada pihak maghrib (Wallahuacalam bi al-Sawab)” (Tuan Hasan t.th.:71).

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 12/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1144 / ISoIT 2004

Terdapat beberapa
dowsing yang bahagian
sama tujuannya laindidalam
seperti kitab
atas. Ini ini dilihat
dapat yang memokuskan kepada
pada perbincangan amalan
pengarang
 berkenaan `Fasal Pada Menyatakan Bekas Rumah atau Dusun atau negeri’ adakalanya baik 
dan adakalanya jahat (Tuan Hasan t.th.:87), `tempat bumi bekas rumah’ (t.th.:87), `Syarat
  berbuat tempat bekas rumah’, `memilih bumi akan tempat rumah duduk segala manusia’
(t.th.:93-94), `Syarat melantai rumah itu’ (t.th.:94), `bumi yang jahat dan nahas’ dan `tanah
yang baik dan jahat’ (t.th.:95).
Sebagai contoh terakhir, pengkaji memetik tulisan pengarang di dalam `Fasal ini Pada
Mengetahuikan Memilih Bumi akan Tempat Rumah Duduk Segala Manusia’. Penulis
mencatatkan,
“Ketahui olehmu hai talib (Adapun) jika bumi itu rendah ke masyriq itulah yang beroleh baik dan jika
ada bumi itu senget ke utara itulah yang maha utamanya. (Jika) ada bumi itu sama rata tinggi
rendahnya naik jika bumi itu senget ke masyriq warnanya putih rasanya manis baunya harum itulah
yang terlebih utama rahmatnya (Jika) bumi itu hijau warnanya lagi kuning meseri warnanya manis
rasanya pedas barangsiapa diam di sana alamat beroleh isteri baik bangsawan dan hartawan datang
kepada anak cucunya selamat diam di sana (Jika) bumi perak pertamanya putih kedua merah ketiga
kuning keempat kelabu kelima hijau keenam hungan ketujuh mesrinya warnanya itulah yang maha
utama tempat kita diam di sananya InsyaAllah Taala yang memberi berkat. Adapun tiga perkara yang
nahas itu pertamanya yang berbukit-bukit tinggi rendah barangsiapa diam di sana alamat segala hamba
sahayanya dan anak cucunya derhaka kepada ibubapanya dan lari segala hamba sahaya
 padahnya…..hingga akhir (Tuan Hasan t.th.:93-94).
Pengkaji mendapat terdapat sedikit kelainan di dalam huraian pengarang di atas dengan
huraian beliau yang lain mengenai klasifikasi tanah yang baik atau sesuai dengan yang tidak 
sesuai untuk didiami. Dalam huraian di atas, beliau telah memasukkan kriteria warna, bau
dan rasa dalam menentukan jenis bumi tersebut. Terdapat juga beberapa perkataan yang
tidak dapat difahami oleh pengkaji seperti hungan, mesrinya dan mesri. Walau
  bagaimanapun yang dapat dipastikan di sini, pengarang telah mengaplikasikan metode
(dowsing ) di sini.

Ilmu Gerakan Anggota Badan


Berdasarkan analisis pengkaji, kitab Taj al-Mulk  memberi tumpuan yang agak meluas
dalam menghuraikan ilmu gerakan anggota badan. Hampir seluruh anggota badan manusia
dari hujung rambut hingga ke tapak kaki yang mengalami gerakan dihurai dan ditafsirkan.
Sebagai contoh, di dalam `Bab ini pada Menyatakan Seni Kaf dinamai Gerak’, pengarang
menyatakan,
“Jika sebuah kepala bergerak-gerak dari kanan, alamat sakit hati. Jika pihak kepala dari kiri bergerak-
gerak alamat beroleh kebesaran. Jika tendon bergerak alamat dukacita jika perempuan alamat segera
  bersuami. Jika kening kanan bergerak-gerak alamat yaman tetapi ada sedikit bahaya. Jika kening kiri
  bergerak-gerak alamat melihat perempuan. Jika bibir mata dari bawah bergerak akan menangis. Jika
  pohon mata kanan bergerak-gerak alamat luput daripada penyakit. Jika ekor mata kanan bergerak-
gerak, alamat melihat orang datang dari jauh ……” (Tuan Hasan t.th.:59).
Pengarang memberi tafsiran tentang pergerakan anggota badan ini yang merangkumi
kepala, kening, mata, biji mata, hidung, telinga, muka, bibir, lidah, leher, bahu, belikat,
lengan, siku, jari jemari, tapak tangan, dada, lembing, tubuh, pinggang, pusat, peha, lutut,
kaki, tapak kaki dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:60-67).
Antara contoh tafsiran gerakan anggota badan yang dikupas oleh pengarang kitab ini
ialah,
“Jika paha kanan bergerak alamat sakit, jika paha kiri bergerak alamat sukacita, jika lutut kanan
  bergerak alamat pergi-pergian barang ke mana segera datang, jika betis kira bergerak alamat sukacita,
  jika pergelangan kaki kanan bergerak alamat orang dengki, jika pergelangan kaki kiri bergerak alamat

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 13/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1145

 kebesaran,
jika tapak jika
kakikura-kura kaki kanan
kanan bergerak bergerak
alamat alamat berlaba,
mendengar jika kura sakit,
khabar keluarga kaki kiri
jikabergerak
telunjukalamat
kaki sakit,
kanan
  bergerak alamat berhati suci, jika telunjuk kaki kiri bergerak alamat yaman hati ….” (Tuan Hasan
t.th.:60-61).
Di dalam bahagian lain bukunya ini, pengarang sekali lagi telah menyentuh tentang ilmu
gerakan anggota badan. Di dalam `Bab ini Peri Menyatakan Segala Seri Gempa di dalam
Besar Kita’, pengarang telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang,
“Alamat baik dan jahat supaya diketahui pada barang yang pada badan kita daripada gerak Allah jua
maka ia bergerak. Bermula jikalau sekelian tubuh kita bergerak kanak kiri atas alamat melihat indah-
indah sesuatu pula hampir ajal atau keruh. Jika tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan. Jika
ubun-ubun alamat menjadi menteri atau raja-raja atau beroleh harta banyak orang pun kasih akan dia.
Jika kepala kanan alamat barang pekerjaannya beroleh laba. Jika semua kepalanya alamat beroleh
sukacita. Jika dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal. Jika tengkuk bergerak alamat
 banyak orang kaya-kaya kasih akan dia. Jika kening kanan alamat berbahagia akan datang. Jika kening
 yasar ma man mati lagi bertemu dengan kekasihnya” (Tuan Hasan t.th.:108).
Dalam pengamatan pengkaji seterusnya mendapati pengarang telah mentafsirkan alamat-
alamat bagi anggota-anggota badan yang lain yang bergerak. Ini terdiri dari kelopak mata,
hidung, pelipis, telinga, pipi, bibir, dagu, leher, bahu, lengan, siku, lidah, bahu, belikat,
lambung, belakang, perut, pinggang, dubur, hati, pusat, paha, lutut, pergelangan kaki, kura-
kura kaki, mata kaki dan terakhir, ibu kaki (Tuan Hasan t.th.:108-110).

Ilmu Mentac bir Mimpi


Ilmu mentac bir mimpi merupakan suatu ilmu dan kemahiran manusia yang paling lama di
warisi sejak zaman berzaman. Banyak kitab-kitab Melayu membincangkan mengenai ilmu
ini. Pengarang Taj al-Mulk  telah mengkhususkan Fasal Pada Menyatakan Tac  bir Mimpi
Baiknya dan Jahat ditunjukkan Allah Taala’ untuk membicarakan tentang ilmu ini.
Pengarang menyebut,
“Telah berkata syaikhuna wa ustazuna wa cazizuna wa qudwatuna Sayyidi al-Syaykh Muhammad ibn
al-Syaykh cAbd al-Karim al-Samani al-Madani. (Adapun) mimpi orang yang awam itu ditac birkan dan
mimpi yang khawas tidak ditac  birkan seperti mimpi itulah. (Adapun) mimpi orang yang awam itu
lihatlah olehmu apa hurufnya yang pertamanya jika huruf () maka sambut dengan ayat:
(       ). Alamatnya segala dukacitanya telah diluputkan oleh Allah Taala
(Dan jika) mimpi awalnya huruf (   ) maka disambut dengan ayat (       ).  Alamatnya
 barang citanya diberi Allah Taala hendak berbuat jahat tiada akan menjadinya (Dan jika) awalnya huruf 
(  ) maka disambut dengan ayat (     ) alamatnya akan datang gaduh dan gendala segala
 pekerjaan ingat-ingat malam dan siang ……” (Tuan Hasan t.th.:71-72).
Pengarang menghuraikan metode mentac  bir mimpi ini dengan mendasarkannya kepada
huruf-huruf hijaiyah dan mengaitkannya dengan ayat-ayat al-Quran yang bermula dengan
setiap satu daripada huruf-huruf hijaiyah tersebut. Dalam pengamatan pengkaji metode yang
digunakan oleh pengarang seperti di atas merupakan salah satu metode yang digunakan oleh
c
 pengarang untuk menta bir mimpi di dalam bukunya ini. Metode ini belum pernah ditemui
oleh pengkaji diaplikasikan oleh kitab-kitab Melayu yang lain. Manakala metode mentac bir 
mimpi dalam bahagian lain dalam bukunya ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan
 pengarang-pengarang kitab-kitab lain di mana tac biran sesebuah mimpi tidak lagi dikaitkan
dengan mana-mana ayat al-Quran tetapi dihuraikan dengan maksud-maksud tertentu tanpa
dinyatakan sumber daripada mana makna maksud-maksud mimpi tersebut diperolehi.
Antara contoh-contoh lain tac biran mimpi oleh pengarang yang boleh dirujuk oleh orang
yang ingin mengetahui tentang maksud mimpi mereka ialah merangkumi “bermimpi melihat
titian sirat, melihat Luh Mahfuz, berjumpa empat sahabat Nabi, sepuluh sahabat Nabi,
melihat hari qiyamat, melihat matahari dan bulan sujud kepadanya, matahari atau bintang

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 14/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1146 / ISoIT 2004

 turun ke rumahnya,
beliung, naik
angin keras, ke atas
mimpi udara,
mandi, airmatahari terbelah
sungai jernih, dua, mimpi
minum hujanperahu
air sungai, lebat, puting
karam,
melimpah sungai besar, air laut menjadi najis, mimpi makan nasi, berkata-kata dengan orang
mati, mimpi minum arak dan lain-lain” (Tuan Hasan t.th.:73-74).
Oleh kerana perbincangan mengenai huraian mimpi ini terlalu meluas pengarang telah
mengkategorikannya mengikut fasal-fasal tertentu. Misalnya di dalam fasal yang berkaitan
dengan manusia, pengarang telah menyenaraikan mimpi-mimpi berkenaan melihat Rasulullah
s.a.w., melihat qadhi yang adil, pendeta, faqir, Abu Bakar, Uthman cUmar, cAli, ulamak,
hukamak, lelaki atau perempuan banyak, kanak-kanak, melihat kubur, mimpi dibunuh, mimpi
 belayar, berniaga, berkahwin, gigi patah, mata buta dan sebagainya lagi (Tuan Hasan t.th.:76-
78). Di dalam fasal yang berkaitan dengan binatang pula disenaraikan mimpi-mimpi seperti
makan daging kambing, melihat gajah, harimau, membunuh binatang, menaiki kuda,
membunuh tikus, babi, menyembelih biri-biri, pelanduk dan lain-lain (Tuan Hasan t.th.:78)
Kategori-kategori mimpi yang lain yang boleh dirujuk di dalam kitab ini ialah mimpi-
mimpi yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, bukit, manusia, pakaian yang mulia, intan
  permata, emas perak, sungai, laut, tanah, binatang-binatang yang melata, hal-hal yang
 berkaitan dengan api dan kebakaran, makanan, makan gula, makan pisang, minuman, minum
susu, amalan-amalan yang baik, sembahyang, sujud, memberi sedekah, sesuatu yang
 berkenaan dengan najis, peralatan menangkap ikan, buah-buahan, batu-batu bumi dan lain-
lain lagi. Semua jenis mimpi-mimpi yang dinuqilkan oleh pengarang telah diberi tafsiran dan
makna-makna tertentu sama ada baik atau buruk (Tuan Hasan t.th.:79-84).

Ilmu Tubuh Badan Manusia


Pengkaji mendapati pengarang kitab Taj al-Mulk turut membincangkan mengenai ahwal
segala tubuh badan manusia dan tafsirannya dalam rangka untuk mengenali peribadi
seseorang manusia. Dengan berpandukan kepada sebuah hadith pengarang menyatakan;
“Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Ketakut olehmu daripada firasat segala mukmin bahawa sanya
ia menilik dengan cahaya Allah Taala”. (Syahdan) kembalilah faqir pada menyatakan perkataan firasat
hukumnya yang tersebut iaitu mengambil dalil dan qiyas daripada melihat ahwal segala tubuh manusia
daripada perkataan dan warnanya. (Adapun) tubuh yang merah lagi halus tanda melawan dan tubuh
seperti warna api tanda malang pada segala kerjanya dan amanah lagi kurang akal dan tubuh warna
hijau bercampur hitam tanda jahat perangai dan warna tubuh bercampur merah tanda segera pada segala
 pekerjaan dan tubuh sangat putih tanda tiada baik” (Tuan Hasan t.th.:64-65).
Huraian pengarang di atas adalah mengenai warna tubuh manusia. Beliau juga turut
menghuraikan berkenaan rambut manusia sebagaimana katanya,
“Rambut yang ikal lagi hitam berkilat tanda caqil lagi sempurna kelakuan dan rambut antara merah dan
hitam tanda kebajikan dan rambut yang sederhana tanda baik dan rambut yang sangat hitam tanda
 berakal dan rambut yang lemah tanah penyakit sejuk otak lagi kurang bebal lagi tamak dan rambut yang
kuning tanda kurang akal lagi segera marah dan rambut yang sangat lebat tanda kurang akal” (Tuan
Hasan t.th.:65).
Aspek-aspek tubuh badan manusia yang lain yang diberi tafsiran dan maknanya oleh
kitab ini merangkumi kepala; kepala yang besar, yang sederhana, yang pipih, dahi; dahi yang
 besar lagi luas, yang sederhana, yang bujur, kening; yang lurus, sederhana lagi hitam, kening
 panjang lagi jarang, kening yang bertemu, mata; mata sederhana, mata jarang terkelip-kelip,
mata yang sangat hitam, mata yang merah, mata yang kecil, warna mata; yang sangat biru
hampir kepada putih, yang biru hampir kepada kuning, yang merah bercampur kuning,
hidung; yang panjang lagi mancung, yang pendek hujungnya, mulut, bibir, lidah, suara, nafas,
  pipi, tahi lalat, janggut, warna muka, telinga; yang besar, yang kecil, yang lekat cuping,
telinga yang lembut, muka, leher, pinggang, hasta, tapak tangan; dengan anak jari yang
 panjang, tangan yang lembut, yang tipis, tapak tangan dengan anak jari yang pendek, dada,

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 15/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1147

 perut, punggung,
dan akhir tembon betis, kaki; yang(Tuan
yang sederhana kecil Hasan
lagi lembut, tumit; yang besar, langkah; yang jarang
t.th.:65-68).
Pengkaji akan memperincikan di sini berkenaan dengan tahi lalat yang ada di tubuh
  badan manusia. Ilmu mengenai tahi lalat ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu
sehingga terdapat buku-buku khusus yang diterbitkan mengenai tafsiran tahi lalat sahaja. Di
dalam zaman teknologi moden kini ilmu tafsiran tahi lalat Taj al-Mulk boleh diakses melalui
SMS (Short Message Services) atau dial ke pusat servis telefon yang tertentu. Pengarang
kitab Taj al-Mulk menghuraikan,
“(Adapun) tahi lalat pada kesudahan kepala atau di atas tanda tiada hasil segala maksudnya dan tahi
lalat antara kedua mata tanda hasil segala maksudnya dan tahi lalat pada kelopak mata dan pada kening
tanda kesukaan dan tahi lalat yang pada bibir tanda   sir sir dan tahi lalat pada batang leher tanda
 permulia orang dan tahi lalat pada lengan tanda ada tolong segala manusia barang hajat dan tahi lalat
 pada belakang tapak tangan tanda kikir dan jika pada tapak tangan kanan tanda tiada tetap padanya harta
dan tahi lalat pada zakar tanda kuat jima c dan tahi lalat pada punggung tanda sentiasa dalam suruhan
orang dan tahi lalat pada lidah tanda ia mancut darah dan tahi lalat pada muka yang tiada dinyatakan
tanda tuma, demikianlah lagi tahi lalat pada batang hidung” (Tuan Hasan t.th.:67).
Dalam kenyataan di atas terdapat beberapa perkataan tulisan jawi yang tidak dapat
difahami dengan baik oleh pengkaji seperti  sir sir , mancut   dan tuma. Dalam hal ini
  pengkaji serahkan sendiri kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui huraian makna
tanda-tanda tahi lalat ini supaya merujuk kepada kitab asal tersebut dan bertanyalah kepada
orang yang lebih mengetahui dan yang sentiasa mempraktikkan tafsiran ilmu ini.

Ilmu Pal Kalam Allah S.W.T.


Salah satu aspek divinasi yang tidak kurang popularnya ialah bibliomancy.  Bibliomancy 
 bermaksud meneka tentang sesuatu perkara dengan berpandukan kepada kitab suci. Amalan
ini pada asalnya ditemui di dalam masyarakat Kristian di mana mereka membuka lembaran
kitab  Bible dan menunjuk kepada bahagian-bahagian tertentu untuk diramalkan maksudnya
sama ada baik atau buruk.
Pengarang kitab Taj al-Mulk  di dalam fasal `Inilah Pal Kalam Allah S.W.T’ telah
menghuraikan,
“Barangsiapa hendak mengerjakan sesuatu pekerjaan yang besar-besar hendaklah dahulunya itu melihat
Pal Kalam Allah. Jika baik padanya nescaya dikerjakannya dan jika palnya jahat maka disabarkan
dahulu supaya sempurna sekelian pekerjaan dengan berkat kalam Allah. Adapun syarat membukakan
  pal ini dengan mengambil air sembahyang dahulu. Maka diambil mashaf dan adab serta merendahkan
dirinya kepada hadrat Allah Taala dengan dibaikkan niat serta ikhlas hatinya. Setelah itu maka
membaca surah sekali dan (    ) tiga kali dan membaca mucawwizatayn  sekali. Maka
membaca doa ini:

“                ”
Maka membaca salawat sepuluh kali maka dicitanya barang yang dikehendak. Maka

tatkala sudah dicita maka dibukakan mashaf makadengan


dibilang, tujuh warq
 pula tujuh satr yang dikanan. Maka jika bertemu huruf  maka
(   ) nescaya dibilang
adalah pal
itu terlalu baik lagi sempurna pekerjaan itu.

(              ).  Dan jika bertemu dengan huruf ( ) nescaya
adalah yang empunya pal itu barang pekerjaan kebajikan maka barang yang dipintanya
diperoleh dengan kurnia Allah Taala
(           )…..” (Tuan Hasan t.th.:31-32).
Demikianlah seterusnya keterangan pengarang iaitu bermula dari bertemu dengan huruf (
 
) sehingga huruf hijaiyah terakhir (  ). Setiap satu huruf diiringi dengan sepotong ayat al-
Quran yang bermula dengan huruf-huruf hijaiyah tersebut. Pengkaji mendapati ayat-ayat

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 16/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

1148 / ISoIT 2004

tersebut menjadi penguat


contoh, ayat-ayat atau penentu
yang bermaksud kepadakemuliaan
ketinggian, huraian atau
atau tafsiran pengarang.
kegembiraan Sebagai
yang dijanjikan
Allah Taala maka ia menandakan kemenangan, kebahagiaan dan kebaikan bagi seseorang.
Begitu juga ayat-ayat yang bermaksud kecelakaan, penyesalan atau janji-janji buruk Allah
Taala kepada hamba-Nya di dalam al-Quran telah ditafsirkan oleh pengarang sebagai
menandakan hal-hal yang tidak baik yang harus dielakkan oleh seseorang.
Sebenarnya terdapat banyak lagi unsur-unsur occultisme di dalam kitab klasik  Taj al-
Mulk  ini yang tidak dapat dipertontonkan di sini memandangkan keluasan ilmu tersebut.
Bagi individu yang berminat untuk mengkaji selanjutnya mereka akan bertemu dengan lain-
lain ilmu occultisme seperti ilmu-ilmu wifiq, ilmu azimat dan tangkal. Ilmu-ilmu ini
menggunakan berbagai bentuk gambarajah yang ganjil, bahasa yang janggal dan simbol yang
 pelik yang sudah tentu bukannya simbol bahasa Arab yang digunakan di dalam al-Quran atau
 bahasa Arab yang mudah difahami.

Penutup
Kitab Taj al-Mulk  adalah di antara kitab-kitab lama yang kaya dengan perbendaharaan
ilmu di dalamnya. Ilmu-ilmu yang tidak terusik di dalam kitab ini setelah dianalisis
memaparkan kepada kita bahawa ianya banyak diselitkan dengan ilmu-ilmu falsafah
kebatinan atau occultisme. Tiga bentuk ilmu yang paling banyak digunapakai dan dihuraikan
ialah Numerologi, Astrologi dan Divinasi. Numerologi membantu seseorang untuk 
mengenali seseorang yang lain menerusi jumlah nama, mengenalpasti keserasian antara dua
sahabat atau pasangan suami isteri, mengesan punca-punca penyakit dan lain-lain. Manakala
Astrologi membolehkan kita mengetahui tabiat seseorang, mengetahui waktu yang baik atau
  buruk dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun dan lain-lain. Divinasi pula
memperkenalkan ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu tafsiran tapak tangan, tengkorak kepala,
c
ilmu ramalan,
azimat, ilmu
wifiq dan menta bir
lain-lain. mimpi, ilmudan
Kepelbagaian menafsir
keluasantahi lalat,
ilmu yangilmu gerakan anggota
terkandung di dalambadan,
kitab-
kitab Melayu ini menampakkan pembangunan fikiran orang-orang Melayu yang amat tinggi
sejak zaman silam dalam memahami dan menyelesaikan persoalan kehidupan mereka. Ilmu-
ilmu mereka adalah lambang sains dan teknologi mereka yang tentunya berbeza sekali
dengan sains dan teknologi moden dan terkini. Tetapi persoalannya adakah ilmu-ilmu ini
 boleh disesuaikan dengan ajaran akidah dan syariat Islam yang sebenar?

Bibliography
Al-Quran al-Karim
The encyclopedia Americana. 1972. USA: Americana Corporation. Vol. 20. International Edition. 
The living Webster encyclopedia dictionary of the English language. t.th.. Chicago: Institute of America
Inc. Vol. 1. First Edition.
c
Hassan ibn Tuan Ishak Fatani. t.th.  Kitab Taj al-mulk. Pulau Pinang : Percetakan al-Ma arif Sdn.
TuanBhd.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 17/18


 

5/10/2018 kita b tajul muluk - slide pdf.c om

Indriaty Ismail / 1149

http://slide pdf.c om/re a de r/full/kita b-tajul-muluk 18/18

Anda mungkin juga menyukai