Anda di halaman 1dari 57

Kalam Hamba

Mohd Ghazali Shapiie


Pembuka kata
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca antologi ini.
Antologi ini dinamakan Kalam Hamba kerana apa yang terkandung didalamnya adalah kalam
atau kata-kata hamba Allah iaitu diri saya. Memandangkan ia adalah kalam hamba tentulah
tiada kesempurnaan berbanding kalam Allah yang maha sempurna.

Terimalah karya ini seadanya dan jangan dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih baik
iaitu mereka yang telah bergelar Sasterawan Negara ataupun mereka yang telah
memenangi anugerah utama sayembara Kata-Pilar yang lalu.

Yang mempunyai banyak kelemahan,

Mohd Ghazali Bin Shapiie.


1) Lahir

Untuk apa aku lahir ke dunia ?


untuk berfoya-foya ?
untuk mengumpul harta ?
untuk berbuat sesuatu yang mendapat
pujian manusia ?

Namun ke mana selepas itu ?


derita atau sengsara ?

Segalanya hanya diri sendiri yang mejawabnya dan pilihan itu diri sendiri
yang menentukan.
2) Kampung Pisang Yang Sepi
( Buat Sutradara Mamat Khalid )

Kampung Pisang kini sepi


tiada hilai tawa seperti dulu.

Tiada lagi hilai tawa


hantu Kak Limah
acahan golok tajam
Pak Karim
serta keletah kelam-kabut
Si Barkoba.

Kedai Pak Jabit


tiada pelanggan kini
setelah bersemadinya
sutradara yang menjadi
teraju utamanya.

Tinggallah engkau di alam fana


hanya curahan air tahlil dan air mawar
yang mampu kami curahkan
berserta dengan taburan daun pandan dan bunga
di atas pusaramu.
3) Kepada Siapakah Hang Tuah Memihak

Hang Tuah berjuang menegak maruah bangsa dan agama


hingga nama bangsa mekar ke segenap pelosok
nusantara dan antarabangsa.

Bangsa disegani rakan dan digeruni musuh


tiada siapa yang berani membuat onar dan nista.

Kini setelah Hang Tuah meninggalkan alam maya


bumi Melaka terbahagi kepada tiga panji-panji
perjuangan yang masing-masing mengaku
memperjuangkan agama bangsa dan negara.

Andaikata Hang Tuah hidup semula


kepada siapakah Hang Tuah akan memihak ?
4) Menulis Di Dalam Gelap

Aku menulis di dalam gelap


tanpa menggunakan deria penglihatan
kerana tiada apa yang dapat ku lihat.

Aku menggunakan deria pendengaran


yang ku dengar hanyalah bunyi burung hantu dan pungguk
sungguh mendayu-dayu bunyinya.

Agaknya ia merintih kerana bulan tidak muncul


ataupun pasangannya yang menghilang entah ke mana.

Aku juga mendengar bunyi salakan anjing yang melolong panjang


tidak ku tahu adakah ia sakit atau lapar.

Aku menggunakan pula deria pernafasan


yang ku hidu hanyalah bau yang busuk hanyir dan hancing.

Aku pasti bau itu datangnya daripada najis bangkai


sampah dan sisa-sisa makanan dan minuman yang terbazir.

Namun aku terus juga menulis


ketika mereka yang berada di dalam cahaya terang-benderang
berpesta ria berdansa diiringi lagu-lagu
pelbagai rentak yang menghiburkan
juga jamuan pelbagai makanan dan minuman
yang enak melimpah ruah
sambil melupakan aku
yang terus berada di dalam gelap.
5) Nyamuk

Seekor nyamuk berterbangan


untuk menghisap darah manusia
tanpa mereka sedari.

Tetapi sang nyamuk


mampu untuk membunuh
penghisap darah yang paling zalim
di kalangan manusia

Insaallah.
6) Sang Berudu Seni

Seekor berudu seni berjuang mencapai matlamat

berenang-renang ke sana sini.

Setelah tercapai matlamat maka bertapalah

ia selama sembilan purnama di ruang yang gelap.

Apabila tamat pertapaan keluarlah berudu seni

masuk ke alam insan dan di sini

berjuanglah ia mencapai matlamat mendapatkan

harta kuasa dan takhta.

Sesudah mendapat matlamat ketiga-tiga

keinginan tadi maka bertukarlah ia menjadi

angkuh sombong serta menindas insan

yang lain tanpa belas ehsan

hingga terlupa asal ia hanyalah

sang berudu seni.


7) Seratus Tahun Mendatang

Suluh Budiman berkembang mekar


satu abad masa dilalui
pelbagai cabaran telah ditempuhi
melahirkan pejuang cendekiawan dan ulama.

Namun apakah nasib Suluh Budiman


pada seratus tahun mendatang
di kala cabaran yang lebih tegar
di alam nyata dan alam maya.

Dapatkah Suluh Budiman terus bertahan


atau Suluh Budiman hilang lenyap
bersama-sama menara gading yang lain
angkara dajjal dan bala tenteranya
yang benci kepada manusia berilmu
agar mudah ditakluki dan digelang hidungnya
serta ditarik mengikut telunjuk mereka.
8) Seratus Tahun Sebelum Lahirnya Suluh Budiman

Di kota kemegahan bangsa putih


tempat yang kini menjadi liga bolasepak terbesar di dunia
dua bangsa memfaraid harta yang bukan milik mereka
tanpa rasa malu dan bersalah memisahkan rantau nusantara
lantaran kemaruk harta dan kuasa.

Terpisahlah bumi nusantara di bawah


jajahan dua kuasa yang bongkak dan angkuh
meleraikan bumi Dipo Nigoro dan Hang Tuah.

Hadir penjajah ke bumi nusantara


pergolakan pula di bumi yang kaya dengan bijih timah
perebutan takhta keluarga diraja berkecamuk
lupa akan saudara lantaran tamak.

Si penjajah mengambil kesempatan menusuk jarum


akhirnya tergadai bumi bertuah dirampas penjajah.

Namun berkat kuasa ilahi di bumi ini lahirnya Suluh Budiman


tempat muallim ulama dan cendekiawan menggali ilmu
membalas apa yang diperlakukan si penjajah dahulu
berani bersuara menuntut hak yang dirampas
membebaskan bumi dari cengkaman dan kekejaman.
9) Munajat

Berapa kali aku telah bermunajat pada malam hari


memohon ampun atas segala dosa-dosaku
namun pada siang hari aku kembali melakukan dosa.

Oh! Tuhan betapa mudahnya aku membohongimu


dan juga diriku sendiri
lantaran kelemahan diriku sendiri
yang mudah terpengaruh dengan fatamorgana dunia.

Namun aku tidak berputus asa bermunajat


kepadamu walaupun aku tahu
aku tidak berkata benar
kerana aku percaya suatu hari kebenaran
pasti akan mengatasi kebohongan.
10) Daun Keladi

Daun keladi tak mampu menyerap air


walau dihujani dengan selebat-lebatnya
atau disirami air dari seribu sungai
mahupun tujuh lautan
tetap daun keladi tidak menyerap air.

Namun tanpa disedari daun keladi


mampu menampung air diatasnya
untuk pengembara menghilangkan haus
ketika kehabisan air di belantara

atau ketika pahlawan yang ingin


bermandi embun
untuk menambah tenaga di tubuh.
11) Tubuh Badan

Hati menjadi tuan kepada tubuh badan

akal menjadi penasihai kepada hati

tubuh badan pula seakan hamba

yang taat kepada tuan.

Segala arahan tuan akan dituruti

segala rahsia tuan akan disimpan

tanpa bocor kepada sesiapa.

Namun ketika hari pembalasan

tubuh badan menjadi penderhaka kepada tuan

membongkar segala rahsia hati yang tersimpan

kepada tuhan.

Bertanya hati kepada tubuh badan

bukankah kamu semua telah berjanji

akan taat kepada tuanmu ?

Jawab tubuh badan, memang benar

tapi hari ini kami minta maaf


kerana hari ini tuhan lebih berkuasa
daripada tuan.

12) Izazil

Berkatalah Si Izazil

akulah makhluk paling mulia

dijadikan daripada api

api boleh membakar segalanya

tiada apa boleh melawan.

Berbanding tanah yang duduk di dasar

tanpa apa-apa yang istimewa

hanya tempat jejak makhluk-makhluk.

Sambil menyalakan api Izazil berbangga

lantas terhambur tanah ke atas api

maka terpadamlah api

Si Izazil kelu tidak berkata-kata.


13) Fenomena Mat Kilau

Fenomena Mat Kilau melanda tanah air

anak-anak muda kini tak malu bertanjak


dan tak malu berbusana Melayu lagi bersamping.

Kini anak-anak muda tidak lagi memuja


perwira barat yang berseluar dalam di luar
atau srikandi yang memakai bikini ke sana-sini.

Mat Kilau mengubah anak-anak muda

yang selama ini terjajah minda

perwira dan srikandi palsu ciptaan barat.


14) Putih Hitam

Putih hitam lambang darjat manusia.

Yang putih dipandang cantik dan mulia

sementara yang hitam dipandang hodoh dan hina.

Namun hakikatnya kedua-duanya saling memerlukan.

Lihatlah pada bendera Pahang dan Terengganu

andaikata warna putih dan hitam diasingkan

dapatkah kita kenal yang mana satu

bendera Pahang dan yang mana satu

bendera Terengganu ?
15) Katak

Sang katak yang suka melompat ke sana sini

lantas bertanya aku kepada sang katak

wahai sang katak kenapa kamu suka melompat

ke sana dan ke sini ?

Lantas menjawablah sang katak

aku melompat mencari kolam yang airnya lebih dingin

dan kolam yang mempunyai lalat yang gemuk

andaikata kolam itu airnya mula hangat

dan lalat-lalatnya mulai kurus

melompatlah aku mencari kolam yang baru.

Lalu aku bertanya lagi

andaikata kesemua kolam telah kau lompat

ke mana pula haluan kamu ?

Sang katak menjawab


andai kesemua kolam telah ku lompat
maka aku akan membina kolam baru
dan aku ternak lalat-lalat yang gemuk
kemudian akan ku panggil kesemua
katak-katak yang sehaluan dengan ku
untuk melompat ke dalam kolam ciptaan ku.

16) Pak Pung

Pak Pung mama

pak pung babah

lekas anak besar.

Pak pung mama

pak pung babah

jadi orang berguna.

Pak pung mama

pak pung babah

jangan makan suap.

Pak pung mama

pak pung babah

jangan lupa tuhan.

Pak pung mama

pak pung babah


ingat hari akhirat.

( Sajak untuk mendodoi anak dalam buaian. Kalau mereka nak dengarlah. )

17) Gula

Manis-manis gula

sedap bila dimakan

namun kita harus waspada

andai terlebih gula bencana

pula akan menimpa.

Najis cair yang keluar

dihadapan menjadi manis

kepala terhoyong-hayang pitam.

Kaki yang sihat akan

bertukar menjadi kaki robotik.

Sampai ke tahap kronik

membawa kita kea lam

yang asing tak kembali.


18) Empat Warna

Empat warna menjadi teras

panji-panji negaraku.

Merah putih biru dan kuning

kesemua warna-warna ini tidak bercampur

namun tetap harmoni kehidupannya.

Kini terdapat cerdik pandai

yang cuba mencipta idealisme baru

mencampurkan keempat-empat warna ini.

Tapi suasana menjadi huru-hara

kehidupan menjadi caca merba

lantaran tak tahu apa yang

hendak dinamakan warna baru ini

setelah ia dicampur adukkan.

Adakah cerdik pandai ini


benar-benar pandai ?

atau si tolol yang berlagak pandai.

19) Bubar

Berakhir sudah teka-teki

berakhir sudah kemelut

berakhir sudah pertikaman lidah.

Kini dada ku tepuk

selera ku buka luas

untuk ku tanya.

Namun dada ku tepuk

hingga sesak nafas

selera ku tanya

tapi tiada jawaban.

Mungkin dadaku semput

mungkin seleraku berserabut

pening kepala tak tahu memilih

lantaran keliru mereka berjuang


untuk nusa dan rakyat

atau sekadar melepaskan

tengkuk sendiri.

20) Bersatu

Ada bersatu pada nama parti

ada bersatu pada cogankata parti

ada bersatu pada laungan.

Mereka mengajak rakyat

marhaen bersatu bersama mereka

tanpa mengira bangsa agama dan budaya.

Jika terlalu banyak pihak

yang menjemput bersatu

mana satukah yang menyatukan kita ?

Tidakkah bersatu ini

akhirnya menjadi berderai ?


21) Puisi Mati

Kata mereka puisi sudah mati

jika mati di mana kuburnya ?

Kata mereka puisi sudah mati

jika mati bila tarikh matinya ?

Kata mereka puisi sudah mati

jika mati siapa yang mengkafankan

dan menyembahyangkan jenazahnya ?

Ternyata mereka tidak dapat

menjawab soalan-soalan tadi

kerana puisi masih belum mati


yang mati hanyalah fikiran mereka.
22) Fenomena Pilihanraya

Ketika parlimen sudah terbubar

maka datanglah mereka

yang manis muka dan mulut

bertemu masyarakat sekitar.

Dengan murah hati menghulurkan

bantuan berupa keperluan harian

atau pakaian yang indah

dengan sampul yang berhiaskan

wajah mereka yang menjadi calon.

Salam dihulur sambil mulut

tak henti-henti perkataan

jangan lupa undi saya ya.

Demikianlah fenomena setiap kali

hampir lima tahun berulang-ulang.


23) Kalam Hamba

Kalam hamba penuh dusta

kalam tuhan penuh kebenaran.

Kalam hamba menghina insan

kalam tuhan mendidik insan.

Kalam hamba mementingkan diri

kalam tuhan mengenal diri.

Kalam hamba berutusan syaitan

kalam tuhan berutusan rasul pilihan.

Kalam hamba sengsara di neraka

kalam tuhan bahagia di syurga.


24) Songsang

Aku jemu dengan kebiasaanku

yang hanya menggerakkan otak kiriku.

Ku cuba sesuatu yang baru

menggunakan otak kananku

dan tangan kiriku.

Walaupun tak sebaik biasa

tapi aku mencuba juga

dan berharap ia menjadi

kebiasaan suatu hari nanti.

( Teks asal puisi ini ditulis menggunakan tangan kiri. )


25) Ringgit

R- Ramai yang jadi huru-hara kerananya.

I – Ibu dan anak renggang juga kerananya.

N- Namun inagatlah rezeki itu ditangan Allah.

G - Gagal dan berjaya Allah yang tentukan.

G - Gunakan akal yang waras agar engkau tak tersasar.

I – Ingat akan balasan akhirat agar ia tidak mempengaruhi mu.

T – Takutlah azab di sana andai engkau melebihkan ia daripada

segalanya.
26) Solat

Q
i
a
m

kuk
u
R

j
u u
S d

D
uduk
Salam.

27) Warna Pelangi

M – Meriahnya alam ciptaan tuhan.

J – Jika manusia tahu menilainya.

K – Kurangkan bahan yang mencemarkan alam.

H – Hingga dunia aman untuk didiami.

B – Bersama-sama kita tanamkan tekad.

I – Ingatlah dunia bukan untuk generasi kita


sahaja.

U – Untuk generasi seterusnya akan kita warisi


ia.
28) Cahaya Rabiul Awal

Rabiul Awal bersinar cahaya


yang menerangi alam semesta
yang memadam api biara Majusi
lantaran lahirnya insan mulia.

Rabiul Awal bersinar cahaya


yang menerangi manusia
yang sebelum ini dalam kegelapan
lantaran jahil ilmu kebenaran.

Kini Rabiul Awal terus dikenang


akan hari kelahiran rasul junjungan
disambut setiap tahun
tanda cinta kepada baginda.
29) Hadiah Hari Lahir Buatmu

Aku tak dapat hadiahkan

dikau emas dan permata

atau hartanah bernilai ribu juta.

Cukuplah puisi ini untuk

aku lahirkan ingatanku padamu.

Andainya puisi ini bernilai untukmu

maka tulislah ia kembali

dengan tinta emas

dan dijadikan hiasan dinding kamarmu.

Andainya puisi ini tidak bernilai

maka di sudut sana ada bakul sampah

yang sentiasa ternganga luas mulutnya kelaparan.

Mungkin akan ada pegutip sampah

yang mengitar semula puisi ini


menjadi sesuatu yang lebih bernilai.

30) Tangan Najis

Tangan kiri dipandang hina

lantaran digunakan

untuk membasuh najis.

Yang biasa dengan kiri

dianggap pelik dan ganjil

berbanding yang biasa dengan kanan.

Namun kedua-duanya

saling memerlukan

kerana kedua-duanya

ciptaan tuhan.

Janganlah menghina

golongan kiri kerana

mereka berhak untuk hidup.

( Teks asal puisi ini ditulis dengan tangan kiri. )


31) Manifesto Tuhan

Manifesto tuhan amat mudah

mintalah kepadaku maka akan

ku perkenankan permintaanmu.

Tidak berubah-ubah dari

dulu kini dan selamanya

walaupun berkali-kali pilihanraya diadakan.

Mengapa kita lebih mempercayai

manifesto calon-calon pilihanraya

berbanding manifesto tuhan ?

ada yang kata telah ku pinta

berkali-kali tapi kenapa tak diperkenankan ?

Janganlah lupa firman tuhan

dalam kitab sucinya

bahawa balasan yang sempurna


hanyalah di alam sana.

Masih mempercayai manifesto

pilihanraya daripada manifesto tuhan ?

32) Angan Mat Jenin

Mat Jenin mati jatuh pokok

kononnya ketika berangan-angan

habis satu kampung tahu akan kisahnya.

Cerita Mat Jenin terus dimomokkan

dari generasi ke generasi hingga

saat ini dari moyang cucu cicit dan seterusnya.

Namun jika diamati apa yang

ada di akal Mat Jenin ketika itu

sebenarnya adalah cita-cita

dan perancangan perniagaan

Jadi siapakah yang sebenarnya

memfitnah beliau hingga

kita menerimanya bulat-bulat

tanpa usul periksa ?


33) Kidal

Sentuhan yang luarbiasa


daripada insan yang
dianggap ganjil.

Menghasilkan irama
yang memukau halwa telinga
dengan petikan gitar
dari sebelah kirinya.

Jimi Hendrix Kurt Cobain dan Paul McCartney


dari Negara atas angin
telah memukau dunia
begitu juga Man Kidal dan Joe Wings
juga tak kurang hebatnya.

Biar dianggap ganjil


oleh manusia normal
insan kidal terus
medominasi seni petikan
yang mungkin tak mampu
dicapai oleh golongan kanan.
( Teks asal puisi ini ditulis dengan tangan kiri )

34) Sebaran Fitnah

Bermula mata celik hingga pejam mata

saban hari dan saban waktu

Sebaran fitnah semakin menjadi-jadi.

Kini fitnah bukan lagi dibawa

oleh kombinasi mulut dan lidah

tapi melalui jari-jemari yang

menari-nari dengan bantuan

gajet yang moden lagi canggih.

Tidak kira yang berusia emas

atau yang belum akhil baligh

semuanya akan menjadi mangsa

atau pemangsa.

demi keuntungan harta

atau melebar pengaruh kuasa

atau sekadar suka-suka.


35) Kata Mereka

Kata mereka ikan di laut

tidak bertukar menjadi masin

biar bertahun-tahun di laut

tapi kenapa bila naik ke darat

menjadi ikan masin ?

Kata mereka air dicincang takkan putus

tapi kenapa boleh dipotong

setelah menjadi bongkah ais ?

Kata mereka sabut timbul di air

tapi kenapa berus sabut tenggelam ?

Kata mereka batu tenggelam di air

tapi kenapa jambu batu dan air batu timbul ?

Sebenarnya tiada apa

yang mustahil di dunia

kerana semuanya adalah


rahsia yang hanya diketahui

oleh maha pencipta.

36) Gegaran Sfera Kecil

Sfera kecil mengggegar lagi

hingga tergongangnya
sfera besar tempat kediaman makhluk.

Biarpun hanya sebesar noktah


diatas padang yang
dikejar dua puluh dua manusia.

Sfera besar bergegar andai


sfera kecil menerobos jarring.

Gegak-gempita sfera besar


di seluruh pelosok dan ceruk.
sfera kecil menjadi penentu
siapa yang bergelar jaguhan dunia
fenomena yang sama berulang
setiap empat tahun mendatang.
37) Nuri Yang Malang

Sang nuri yang gagah di angkasa raya

suatu ketika dahulu

menjadi wira ketika aman dan darurat.

Menyelamatkan nyawa manusia

tak terperi banyaknya

daripada petaka dan bencana.

Kini nuri sudah tidak diendah jasanya

menjadi bahan jenaka dan senda

mereka yang berusia emas

serta yang belum akil baligh.

Kenapakah demikian nasib sang nuri

adakah nuri yang semakin uzur

atau penjaga nuri sendiri yang cuai lagi culas

hingga nuri sering terhempas dan berderai.


38) Karaoke Jamban

Aku perhatikan pelbagai suara

di sini dengan pelbagai klon

ada Siti Jamal Salim Ella Amy dan lainnya.

Ada suara yang layak bergelar artis rakaman

dan ada juga yang biasa-biasa sahaja

masing-masing cuba menyumbangkan suara

walaupun ada suara yang sememangnya sumbang.

Di pusat karaoke jamban ini

tempat mereka melupakan masalah seketika

tentang ekonomi yang meredum

tentang politik yang bercelaru

dan tentang keluarga yang berantakan.

Suara dikeluarkan seumpama

mengeluarkan masalah dalam diri

yang tidak ada sesiapa yang peduli ia.


Persetankan suara yang sumbang

asalkan hati senang.

39) Sang Semut Dan Sang Lebah

Sang semut dan sang lebah

dua makhluk kecil yang tinggal di alam.

Walaupun kecil namun keduanya

diabadikan dalam kitab suci

pegangan kita.

Sang lebah tinggal di pokok

yang tinggi melangit dan

sang semut melata di bumi

tempat yang menjadi jejak kaki

makhluk-makhluk lain.

Sang lebah menghasilkan manisan sendiri

dan sang semut pula mencuri manisan

untuk kelangsungan hidup.

Namun kedua-dua makhluk seni ini

memberi banyak pengajaran kepada


mereka yang mahu belajar.

40) Sang Ketam

Berkata sang ketam kepada anaknya

wahai anakku berjalanlah kau dengan lurus

ikut seperti yang ayah ajarkan.

Pelbagai teknik dan teori

diajarkan bapa ketam kepada anaknya.

Kemudian bertanya anak ketam

kenapa ayah berjalan bengkang-bengkok ?

Ikut apa yang ayah ajarkan

dan bukan apa yang ayah buat.

Namun anak ketam tetap

mengikut apa yang diamalkan

ayahnya tanpa mengikut

apa yang diajarkan.

Demikianlah cerita ini berulang

generasi demi generasi.


41) Asap Puaka

Asap puaka disedut sehingga

memenuhi kerongkong dan paru-paru

kemudian dihembus keluar kembali.

Ramai yang ketagih akan ia

biar harganya makin menggunung

tiada individu atau kesatuan

yang menyatakan bantahan.

Pelik pelik pelik.

Asap puaka terus disedut dan ditagih

biarpun banyak nyawa yang melayang angkaranya

disedut pada bila-bila masa dan di mana-mana

tanpa memikirkan akibat kepada makhluk sekitar.


42) Janji Baru Dan Lama

Gendang PRU telah dipalu


kempen calon-calon bermula selalu.

Menemui pengundi dengan membawa


janji-janji baru hendak
melaksanakan ini dan itu.

Ketika ditanya bagaimana


dengan janji yang lalu ?
maka katanya dalam tempoh
pelaksanaan dan berjalan.

Andai mereka diberi mandat


segala-galanya akan selesai.

Lalu teringat kisah junjungan


ketika mikraj ke langit
akan manusia yang tak mampu
mengangkat beban tapi
beban ditokok lagi.

Adakah ini si fulan


yang baginda maksudkan ?
43) Pertolongan

Yang meminta pertolongan penuh harapan


yang memberi pertolongan berbagai niat.

Ada pertolongan mulut penuh bunga-bunga


selepas memberi pertolongan bunga berganda-ganda
membuat orang menerima pertolongan menjadi gila.

Ada pertolongan tersembunyi agenda


yang datang hampir setiap lima tahun sekali
mengharap kertas bertanda memihak dirinya.

Ada pertolongan menarik hati orang tua


yang memiliki anak dara jelita
semoga jodoh si anak sampai kepadanya.

Dan ada pertolongan dengan niat tulus suci


namun jumlahnya amat jarang sekali
ibarat gigi pak tua pada gusi
yang semakin banyak gugur.
44) Makan

Makan nasi perut kenyang


makan angain luas pemandangan
makan hati memencil diri
murung dan sugul.

Makan suap jangan diamalkan


perosak bangsa dan negara
dikutuk perundangan dan agama.

Makan diri sesal sendiri


akibat tak jaga perbuatan dan pertuturan
rasailah engkau akan akibatnya
kini dan hari mendatang.
45) Perginya Si Ratu

Si ratu dipuncak kuasa


selama tujuh dekad masa berlalu
berbagai agenda dan penaklukan
telah dilaksanakan oleh
hulubalang dan supui-supui upahan baginda.

Telah banyak wilayah dan tanah


telah ditakluki dan
hasil bumi telah dikaut dan disakau
dalam tanah jajahan baginda.

Banyak darah yang mengalir


di bumi dan berapa banyak
nyawa melayang mempertahankan
pergerakan hulubalang dan supui-supui baginda.

Kini dikau di alam


yang kekal abadi dan menghadap
raja yang sebenar-benar raja
untuk diadili segala tingkah-lakumu
sepanjang hayat di puncak kuasa.
46) Nusantara Yang Tenggelam

Mana ? Dimanakah dikau wahai Nusantara ?


ke manakah tenggelamnya dikau kini ?

Dahulu dikau gagah dipersada mayapada


semangat hulubalang Hang Tuah Maharajalela
Mat Kilau Mat Salleh dan Rentap
suatu ketika dahulu digeruni di manakah kini ?

Ku hunus keris walaupun ini bukan keris


hikmat Taming Sari namun semangatnya tetap ada.

Nusantara tenggelam dalam lena bangunlah


setelah bergema suara kokok sang jalak jantan.

Bangunlah bangun! bangun! bangun!

( Sajak ini dialunkan sebelum menyanyikan lagu Cinta Nusantara )


47) Telur

Ku selusuri desa dan Bandar


memenuhi kehendak anak terunaku
yang tidak ingin menukar menu kegemarannya
walaupun sudah bertambah usia.

Namun sukar aku mencari di mana


gerangan bahan makanan kegemarannya.

Apakah sudah terjadi lantas terlalu


sukar mendapatkan telur ketika ini ?

Adakah terdapat kapitalis tamak haloba


yang ingin memonopoli pasaran ?

Atau sang ayam yang telah mogok


tak mahu bertelur lantaran layanan
tuan yang memelihara tak menjaga
kebajikan mereka ?
48) Belit
Ada belit yang mencari makan

menjadikan mangsa untuk mengisi perut.

Ada belit untuk melepaskan diri


dari menjadi mangsa atau setelah
tembelang diketahui.

Ada belit yang manja setelah kenyang


perut dijamu tuan yang memelihara.

Namun belit tetap menjadi musibah


kepada pembelit dan yang terkena belit
terpulanglah cara mana belit
itu berlaku dan siapa mangsanya.

49) Kira

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

31 32 33 34 35 35 37 38 39 40

41 42 43 44 45 46 47 48 49 50

51

Hey ! adakah kamu sedang mengira puisi untuk dihantar ke sayembara ?

Bukan aku hanya mengira tahun unmurku dan

segala amal kebajikan serta amal kejahatan

yang ku lakukan sepanjang tempoh tersebut.

50) 50 Dalil

50 dalil menjadi sebab kepada

timbalan ketua negara gagal


ke Putrajaya walaupun kaki sudah

sebelah memasukinya.

Membawa beliau perjalanan ke

jeriji besi setelah gagal segala strategi.

Kini beliau telah bebas dari jeriji besi

dan pereka 50 dalil pun telah tiada kini.

Namun beliau masih gagal ke puncak kuasa

adakah 50 dalil menjadi kambing hitam ?

atau beliau sendiri yang lemah akal

hingga semua perancangan tak menjadi ?

51) Mati

Dia datang tak kira masa


atau dimana kita berada
Sama ada kita bersedia atau tidak
ibadah cukup atau tidak
tetap dia datang menjemput kita
untuk mengadili kita di alam sana.

Mahkamah tertinggi lagi agung


bersama hakim yang tidak dapat
dipertikaikan lagi.

Penutup kata
Telah dapat saya siapkan 51 puisi dalam antologi ini dengan jayanya. Sama dengan umur
saya tahun ini 51 tahun. Antologi yang bermula dengan Lahir dan berakhir dengan mati.
Sama seperti perjalanan hidup.
Agak mencabar juga hendak menyiapkannya disamping saya terpaksa melakukan tugas
hakiki saya sebagai penjawat awam. Segala karya dalam antologi ini adalah tulisan saya yang
asli dan belum pernah disiarkan di mana-mana media cetak atau media elektronik mahupun
laman sosial.
Saya juga memohon maaf kerana susunan puisi dalam antologi ini ada yang tidak mengikut
mukasurat yang tepat kerana kurang mahir mengendalikan Microsoft Word dan dalam masa
yang sama saya juga memohon maaf andai terdapat kesalahan ejaan dalam puisi saya.
Sekian jumpa lagi pada masa yang lain.

Mohd Ghazali Bin Shapiie.


Biodata Penulis

Mohd Ghazali Shapiie lahir pada 7 Mei 1971 di Kampung Seri Keledang Hulu Selangor
namun alamat pada sijil lahir ditulis Slim River Perak. Pencapaian dalam bidang
sastera antaranya memenangi hadiah saguhati Pertandingan Mengarang Syair
Bertemakan Sejarah Dan Lagenda anjuran RTM tahun 2011. Karya penulis juga
pernah disiarkan dalam majalah Tunas Cipta. Selain daripada itu pernah juga
disiarkan dalam antologi Puisi Merdeka susunan Profesor Dato’ Dr. Aminah Ayob
Naib Canselor UPSI dan antologi Suara Kedamaian susunan Dr. Raja Ahmad Shalaby
Raja Hassan.

Pernah juga menyertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia
dan menyertai Sayembara Penyampaian Syair 4 Zon anjuran Jabatan Warisan
Negara. Pernah menyertai Sayembara Menulis Puisi Kata-Pilar yang pertama dan
memenangi tawaran potongan harga pembelian buku-buku puisi terbitan Kata-Pilar.

Anda mungkin juga menyukai