Anda di halaman 1dari 19

GELOMBANG METAFORA

Oleh AIMAN FAIZ MOHD ARIFF

ENTAH sudah berapa lama aku menyepikan bicara, duduk bersendiri melayan cerpen dan puisi

yang dikarang oleh kumpulan Alumni Minggu Penulis Remaja 2016. Pendingin hawa pasaraya

terus setia menghela udara sejuk beku melawan bahang manusia yang menyesakkan ruang legar

pusat membeli-belah. Bertemankan suara kanak-kanak bermain di ruangan hiburan berdekatan,

aku menjadi tertarik.

Puas aku mencari jawapan, masih dangkal di penghujung jalan. Huh. Ternyata aku tidak

dipinjamkan anugerah akal genius seperti Shareen, ataupun idea prodigi yang cekap menjangka

seperti Farisya. Tetapi, aku tetap sedar akan bertapa istimewanya aku. Melihatkan riangnya

kanak-kanak itu bermain, seakan mereka tidak kenal pahit dan duka. Sedangkan, negara baru

sahaja mengalami banjir darah yang tragik. Agaknya,kemana kanak-kanak ini semua

bersembunyi? Ke mana mereka berlari? Adakah mereka ada kini, hasil perlindungan ibu bapa

atau sememangnya mereka tabah menghadapi segalanya bersendiri?

Tanpa dijemput, kenangan menyinggah memori. Aku dan sahabat-sahabat aku telah

melalui jalan berduri yang menyakitkan untuk hidup sekarang. Siapa sangka? Hitamnya sejarah

13 Mei yang tercarik di langit Malaysia masih berbaki kelabunya di bumi Tanah Melayu. Siapa

sangka? Bangsa yang kelihatan berdiam diri, rela kaya seorang diri tanpa menghiraukan ekonomi

negara, rupanya menyimpan segugus dendam di pepohon damai. Gugur buah itu dari ranting

jatuh ke tanah menjadi anak benih benci yang menumbuhkan pucuk peperangan.

1
Andaikan Farisya dan Shareen tiada di sisi aku sewaktu itu, tidak pasti sama ada jantung

ini masih berpeluang manyanyikan rentaknya atau akan lumat dimakan tanah makam. Bertapa

cerita ini, akan Nampak dengan jelasnya kehebatan mereka berdua menyelamatkan aku dari

gempita masyarakat. Sehingga tamat cerita ini, masih tidak tahu di mana aku kan muncul untuk

membantu. Tetapi, aku sudah cukup yakin bahawa aku telah membantu.

Oh. Mengenangkan sejarah hitam negara, 13 Mei 1969. Aku teringat pula akan

penulisan-penulisan oleh cerpenis dan novelis yang prihatin mengarang karya berunsur sejarah

dengan tinta patriotisma. Pertama kali aku membaca cerpenAtma Dan Darah oleh Muzammil

Rahim, disambung pula dengan cerpen keduanya, Cerita Seorang Kelana, semakin tertarik hati

ini dengan karya sedemikian rupa. Buku di tangan kini, merupakan antalogi kumpulan cerpen

dan puisi alumni MPR 2016. Seronok tak seronok, khatamkan baru tahu.

Menutup buku, aku mengelamun seketika. Membiar khayal aku merangkak atas pepasir

sejarah. Nostalgik apabila hati mengingatkan Shareen dan Farisya yang banyak mengajar aku

cahaya kehidupan. Ilmu ukhrawi. Batas kesyukuran. Dan yang lebih menyentuh hati, mereka itu

sendiri adalah bukti keadilan, keagungan, kekuasaan dan segala apa yang disandarkan kepada-

Nya adalah benar.

* * *

Mentari senja masih tegar menyiram bumi dengan bahang membakar. Samar logamaya

tidak lelah memperdaya pandangan dari tengah jalan. Sesekali, ada saja kenderaan membelah

laju jalan raya, menghalau tarian lenggok logamaya buat seketika. Kereta peronda pasukan

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia tidak putus berganti masa menjalankan tugas. Pergi sepasukan,

datang sepasukan yang lain.

2
Aku hanya mampu melihat dari halaman Masjid Batu Hitam. Sengaja memenjarakan diri

dari keluar melepasi pagar sanggar ibadah ini. Tiada guna keluar ke bandar kerana arahan

berkurung telah diuar-uarkan sementara darurat ini berlangsung. Waima, tukang sapu jalanan

juga tidak bertugas mengutip kertas-kertas yang menghiasi tepian jalan apatah menyapu dedaun

kering yang setiap hari pasti ada saja yang jatuh berguguran. Segalanya serabut.

Bosan aku melepaskan pandangan keluar pagar kawasan masjid, bangun dari tangga

pintu masuk. Aku berbaring di satu sisi masjid bersama dua lagi kawan aku. Sahabat karib aku,

pembetulan. Berbantalkan lengan yang bersilang, beratapkan kubah aku melayan awan-awan

persoalan yang terapung di langit pemikiran ingin tahu ini. Sampai bila harus begini?

Dua hari yang lalu,

Rakyat bangsa cina dengan sengaja meniupkan semboyan pertelingkahan dengan nafas

dendam. Bualan orang ramai kebelakangan ini menyatakan, orang cina semakin berang dengan

sikap orang melayu yang pura-pura bijak berpolitik. Apabila cina bersuara, dikatakan mereka

hanya berlidahkan harta tanpa ilmu pemerintahan. Kesabaran bangsa kedua ini mencanak apabila

politik Malaysia semakin tunggang-langgang, porak-peranda. Masalah ekonomi, hak rakyat yang

tidak terbela, pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang bahkan perang dingin perdana

menteri dengan mantan perdana menteri juga berlaku di negara yang bermukakan aman harmoni.

Kemuncaknya, segerombolan masyarakat cina bangkit mengangkat senjata. Tidak

mampu untuk terus menikam pemerintah, mereka memenggal rakyat yang tidak berdosa sebagai

langkah pertama. Bermula dari ibu kota, perlahan menyusur ke Negeri Kelantan. Negeri Johor

pantas menjulang nilu rmembina dermaga bagi menahan ombak gelora yang mengucar-

ngacirkan pertiwi.

3
Ramai yang terkorban pada awal serangan. Aku yang berada di tempat kejadian, menjadi

sebak langsung tidak dapat membantu. Aku pergi dengan langkah berat terpaksa meninggalkan

darah bangsa sendiri terus menyiram tanah kelahiran. Esoknya, ramai yang membanjiri jambatan

pengantara Malaysia-Singapura. Sedaya upaya, sehabis baik kami mencari perlindungan. Hari

ini, segalanya suram. Pihak berkuasa RELA tidak sudah meronda setiap inci kota. Darurat telah

pun dikhabarkan, perintah berkurang sudah pun diwara-warakan. Esok? Siapa yang tahu.

* * *

“Aku ada rancangan.” Perlahan Farisya berbisik kepada kami. Dalam kekalutan suasana

dan debaran keadaan kami kini yang tidak tahu di mana penghujungnya, Farisya mengatur akal

fikirnya dengan seribu ketenangan bersama satu kebijaksanaan.

Aku dan Shareen sekadar mengangguk terima sebarang hamparan ideologi yang bakal

dibentangkan Farisya. Darurat ini tidak akan reda tanpa sebab. Sebagaimana halilintar akan

berhenti menjerit apabila hujan gerimis berganti tempat, kami akan mencari di mana gerimis itu

berada agar jeritan pembunuh dan mangsa ini dapat dihentikan.

Setiap perincian Farisya kami telan pahit bersama realiti. Sedikit garam mustahil dapat

kami rasakan dalam menjayakan rancangan ini. Tetapi, setiap persoalan keraguan yang Shareen

lontarkan dibalas positif oleh Farisya. Tak salah kita mencuba. Andai gagal, di situ Yang Maha

Memiliki segalanya akan memipin kita ke arah perancangan-Nya yang lebih baik dan sempurna.

Sebenarnya, itu arah destinasi kita.

Seusai segala percaturan kami simpan dalam minda perancangan, lekas kami bertiga

menuju ke sebuah tokong yang agak besar. Kami kira, ini adalah tempat ibadah penganut

4
Buddha utama dalam bandar. Sedikit keluhan berbisikkan pernafian Shareen tiupkan pada buah

fikir Farisya sebelum kami bergerak.

“Mengapa perlu kita menjejakkan kaki kita atas tempat yang tak diredhai Allah

sebegini?” Aku juga menelan sedikit keraguan untuk meneruskan rancangan. Tetapi jawapan

Shareen nyata telah menghadamkan kegalauan yang bersarang di kalbu menjadi tenaga yakin

buat aku meneruskan langkah.

“Dunia melihat kita tunduk kepada mereka. Tetapi Allah melihat kita tundukkan ego kita.

Mungkin masyarakat akan kata, demi nyawa sanggup kita memalukan agama. Tetapi itu hanya

untuk beberapa seketika. Dunia akan tertanya, andaikan kita tidak melakukan perkara sebegini

apakah darurat akan berhenti dengan sendiri? Maaflah Farisya. Saya janji hanya kali ini saja.”

Shareen seakan dapat mendengar suara masa hadapan. Dalam bicaranya, dia terpaksa meminta

maaf andai keputusannya tidak sebulat dengan pemikiran kami. Tapi entah mengapa, aku dan

Farisya seakan tidak dapat mendengar sesuatu yang Shareen telah dengari.

Aku dan Farisya hanya tunduk. Kaki telah pun menapak di atas bumi ibadah bagi mereka

yang kafir. Terlambat untuk berpatah balik. Membenarkan kata-kata orang ramai, aku melihat

sendiri bertapa bersihnya tempat mereka bersembahyang. Tetapi tidak hairan. Kerana agama

mereka telah melantik seorang ahli agama yang wajib mengabdikan diri dalam menjaga

kebajikan tokong ini. 24 jam membersih. 24 jam beribadah. Tiada keseimbangan antara rohani

dan jasmani, duniawi dan ukhrawi.

Ahli agama inilah yang perlu kami temui. Pada awalnya, aku sedikit tertanya. Apa yang

mampu orang tua seperti dia lakukan? Mungkin, darurat yang berlaku di luar pun dia tak ketahui.

Apatah lagi hendak menghentikan.

5
Sebaliknya, Shareen bertegas. Mungkin dia orang tua yang terpenjara dari khabar dunia.

Tetapi, dia telah berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan pengalaman membenarkannya

melihat lebih dari satu dunia. Dia akan bawa kita ke alam bangsa cina, di mana dalamnya

terdapat dunia berbeza. Kita akan mencari mereka yang sedunia dengan kita walau tidak

sebangsa seagama.

* * *

“Aima, cantikkan burung-burung tu semua.” Farisya sekadar melepaskan pandangan ke

langit. Tanpa menoleh, aku juga pandang ke langit.

Aku, Farisya dan Shareen berbaring menghadap angkasa, menenangkan jiwa. Shareen

telah terbuai lena. Biarkanlah. Tinggal aku dan Farisya, berbisik mengisi ruang perbualan. Tetapi

sekian lama terbawa dalam sepi, Farisya membuka peti bicara dengan satu kunci idea. Aku

sekadar mendiamkan diri tidak membalas kata-kata Farisya. Seakan diri ini terpukau dengan apa

yang dimaksudkan Farisya. Burung-burung?

Ya. Memang indah burung-burung itu terbang berkejaran dalam ruang angkasa senja.

Biasanya, analogi kebebasan akan digunapakai oleh sasterawan kebanyakan dalam

perlambangan seronoknya burung-burung menari menghias hamparan awan. Aku juga berasa

sedemikian. Apakah sayap mereka tidak pernah bertemu duka? Seksa atau paksa? Penindasan

dan derita? Ah, cukuplah dengan khayalan! Realitinya, aku lebih hebat. Walau tak mampu

mengibas sayap bahagia di angkasa derita, sekurangnya aku dapat terus mengorak langkah

terpaksa di bumi gembira.

6
“Segalanya jelas, Aima. Mereka berlegar dalam lingkungan 200 ke 230 meter dari bumi.”

Aku terdiam dalam kesima. Cuba aku sembunyikan riak terkejut, tapi aku yakin Farisya dapat

mengesan perubahan rentak jantung aku. Penganggaran hukum fizik?

Kali pertama aku mendengarkan sesuatu yang luar biasa secara terus dari seorang

manusia. Biasanya, watak seperti Farisya hanya hidup dalam novel dan filem penuh fantasi yang

bermukakan logik realiti. Tetapi, Farisya itu wujud di sisi aku. Oh… apa nak dihairankan? Lihat

sahaja bertapa luar biasanya aku sekarang. Mengapa perlu diresahkan keajaiban ciptaan-Nya

sedangkan diri ini juga sudah menjadi satu keajaiban. Cumanya, aku yang tidak merasakan aku

satu yang istimewa. Tidak sedar mungkin.

“Berkeliaran dalam radius 50 meter dari pusat sfera. Kelajuan, 40-50 kilometer perjam.”

Farisya terus dengan perkiraan dan anggarannya. Cuba aku mencari kesahihan. Tetapi

memperlihatkan logistik dalam bicara Farisya dan apa yang dipersembahkan burung-burung itu,

aku tersenyum gagal menyangkal. Genius ini benar-benar menculik hati aku. Hanya

memaksimakan penggunaan mata, tanpa kalkulator atau lakaran jalan kira, Farisya menghitung

dengan perhitungan yang menghampiri ketepatan.

“Tetapi, Aima.” Aku kembali fokus dengan kata-kata Farisya. Jauh dalam benakku,

wanita ini ada sesuatu yang aku boleh pelajari. “Tidak pernah jangkaan aku menepati kehendak

Allah Azzawajalla. Sebaliknya, kehendak Dia yang membuatkan sesuatu itu menepati jangkaan

aku. Mudah kata, aku rancangkan batu. Andai batu yang datang maka itu atas kemahuan-Nya.

Andai bukan batu tetapi air yang hadir, maka air itu adalah sesuatu yang lebih baik yang telah

dirancangkan Allah buat aku.”

7
Mendalam. Aku diam merenung langit serta apa yang ada di hamparannya. Berfikir

sedalam-dalam dengan apa yang dimaksudkan Farisya. Mungkin maksudnya jelas pada dasar,

tetapi aku perlu lebih jauh selami kata-katanya dengan pemahaman berhikmah. Tadabbur dengan

buah fikir Farisya.

Tiada salah bicara dia. Segala perancangan manusia adalah atas dasar kemungkinan dan

pengiraan peratus kejayaan. Andai kosong perpuluhan satu kegagalan itu wujud dalam

perhitungan, maka itu boleh terjadi atas kehendak-Nya.

Farisya benar-benar menzahirkan keadilan Yang Maha Berkuasa. Walau ditarik nikmat

mendengar, akalnya ligat berfikir dengan apa yang dilihat dan sibuk menyusun kata hikmah

sebelum berbicara sebarang.

* * *

Mentari senja kelihatan samar-samar cuba menyembunyikan diri. Perlahan membawa

kelam malam menyelubungi alam. Indah, bahkan lebih lagi.

Ironi, aku bersama dua wanita yang merupakan sahabat baik tidak dapat menikmati

pemandangan nostalgik itu. Kerana di sebalik merah senja yang memukau jiwa, bumi kini

dibanjiri merah darah dek pembunuhan tidak berperikemanusiaan oleh mereka yang durjana.

Warga cina tanpa belas menetak dan menikam darah melayu. Tanpa berdiam diri, orang melayu

juga memukul dan menebas jasad bangsa yang dibenci. Parang, tukul, sabit, paku keluli banyak

bertaburan di jalan-jalan tar. Bukan ditinggalkan si pengguna, tetapi apakan daya si pengguna

mati oleh tangan musuh bangsa.

8
Bangunan Jakel kini menjadi tempat perlindungan orang-orang melayu yang tidak mahu

melawan. Hendak dikata selamat, hanya Tuhan yang dapat menentukan. Pasukan RELA hanya

mampu mengawasi kami dan bukannya melindungi. Andai serangan dilakukan oleh orang cina,

pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa. Silap langkah, mereka juga bakal menjadi mangsa. Mana

tidaknya, mereka bukanlah pasukan khas tentera! Mereka hanya sepasukan badan beruniform

yang mempunyai lesen menggunakan senjata api dalam keadaan terdesak bersama peluru yang

terhad. Tiba waktunya, pasukan keselamatan ini bukan sesiapa.

“Apa lagi yang kau fikirkan, Farisya? Aku penat dengan apa yang telah berlaku. Kita

hanya mampu berada di sini sekitar 3 hari saja. Berdasarkan bunyi senjata, jeritan, hiruk-pikuk

dunia luar itu, aku dapat lihat bangunan ini akan dapat ditembusi dalam masa yang terdekat.”

Shareen bertanya tanpa menoleh. Walaupun bertudung, sengaja dia mengayakan hoodie yang

disarungkan ke kepala bersama cermin mata hitam. Watak seperti perempuan yang cuba

menyembunyikan identiti sendiri.

Aku sekadar mampu diam. Melihatkan Farisya yang masih memeluk lutut memandang ke

luar tingkap, membuatkan diri ini juga ingin tahu. Apakah yang kau fikirkan, Farisya?

Rancangan apa lagi yang cuba kau caturkan. Tetapi, bicara minda itu hanya terhenti pada niat.

Tidak tegar aku untuk meluahkan.

“Aku ada idea. Tetapi aku tak tahu bagaimana hendak melangsungkannya.” Akhirnya,

Farisya bersuara.

“Ah… itu yang kita perlukan. Idea asas. Ceritakan Farisya, idea yang kau maksudkan.

Bagaimana dan apa kita boleh persoalkan kemudian.” Shareen hanya berkata dengan pandangan

9
kosong yang dilepaskan ke satu ruang kamar itu. Atau sebenarnya, dia tidak pandang apa-apa

melainkan hitam.

Farisya terus termenung ke luar tingkap. Dia seakan buat tidak tahu dengan apa yang

Shareen bicarakan. Atau hakikatya, dia memang tidak dapat mendengar sebarang apa yang

bergema di ruang bilik melainkan sepi.

Seketika diam membawa hening suara. “Kita perlu mencari gula dalam pasir. Kau faham

maksud aku? Manusia-manusia di luar sana yang sengaja menghuru-harakan negara, mencipta

sejarah hitam buat tamadun Malaysia hanya diibaratkan pasir yang memedihkan mata saja.

Tetapi, aku dapat dengar bisikan rayu di sebalik jeritan padu dari mereka yang durjana. Suara

merayu itulah gula yang perlu kita cari bagi membacuh tasik peristiwa dengan manisnya madah

kebenaran. Kita, antara gula yang tersembunyi dalam busut pepasir. Dan aku yakin, di luar sana

masih ada lagi mereka yang kata-katanya mampu membawa manis dalam peristiwa yang pahit

ini.”

Walau berat analogi yang dimainkan Farisya, aku faham dengan pemikiran berhikmah.

Di belakang mereka yang dahagakan darah membela dendam, ada juga mereka yang laparkan

ukhuwah memburu kedamaian. Cumanya, menjadi adat mereka yang bersenjata adalah mereka

mereka yang berkuasa. Kami yang berniat damai tidak mampu menetak parang apatah menebak

peluru. Kalau kita berjumpa dan bersatu dengan mereka yang segerabak dengan kita sekali pun,

senjata apa yang mampu membuatkan sabit dan belati mereka semua diam dari bicara berdarah?

“Tenang, Aima. Kau tahu bahawa akal lebih pantas dan lebih padu dari peluru, bukan?”

aku menjadi kesima dengan balas kata Farisya. Adakah dia mendengar bicara hati aku? “Dan aku

nak kau tahu, ada satu senjata yang lebih tajam dari mata pedang dan itu senjata kita.”

10
* * *

Pagi itu terasa ringan dengan tiupan bayu yang membelai tubuh. Mentari kelihatan masih

betah untuk bingkas menampakkan sinar wajahnya. Redup malam masih membayangi alam

berhiaskan awan-awan pagi yang tidak lelah mengibarkan sayap putihnya di ruang angkasa.

Langit indigo ini entah bagaimana seakan merampas gelora jiwa bagi yang melihatnya dengan

pandangan sedalam kalbu. Suara alam sengaja menyepikan diri membawa kedamaian kepada

yang mendengar dengan ketenangan atma. Sesekali, dapat dirasakan oleh gelombang iman akan

gema zikir yang dilaungkan flora ke atas Yang Maha Esa.

Aku, Farisya dan Shareen dalam perjalanan ke kedai runcit 7-Eleven berdekatan. Dengan

pakaian T lengan panjang yang dilabuhkan ke paras lutut bersama tudung sarung paras dada,

kami kelihatan seiras pagi itu. Dingin pagi serba sedikit menenangkan nafas kami yang sebentar

tadi tercungap sebaik menamatkan larian senaman. Shareen bercadang untuk duduk santai dalam

kedai runcit berhawa dingin yang menyediakan ruang untuk pelanggan – 7Eleven.

Sehingga jam 9 pagi kami berborak mengenai itu dan ini. Mengingati keadaan diri yang

masih tidak terurus dan bilikyang ditinggalkan tidak berjaga, kami bersetuju untuk bergerak

pulang ke hotel yang disewa.

Menyusuri ruang pejalan kaki, keadaan agak gamat dengan ragam masyarakat yang asyik

melayan masa dan kerja. Sekejap ada yang melihat jam tangan, sekejap ada yang melayan

panggilan telefon. Pelbagai bangsa, tanpa budaya mereka sama sahaja. Bukanlah nak dikatakan

generasi dewasa ini alpakan budaya bangsa, tetapi itu adat perubahan zaman.

Leka menghitung langkah, siren berbunyi memecah gegendang telinga kami. Sedikit

kaget aku mendengarkannya. Difikirkan apalah yang telah berlaku, rupanya sekadar van cina

11
yang meminta barang-barang lama tukar baru. Huh! Tak pernah-pernah siren dibunyikan. Agak

kenapa lain pula apek kali ini? Ngomel aku sendiri. Mana tidaknya, biasanya pembesar suara

akan melaungkan dua bahasa memaklumkan masyarakat akan perkhidmatan pertukaran barang.

Tetapi kali ini, ditambah pula dengan siren yang memetirkan suasana.

Tiba-tiba, tangan aku digerap keras oleh Shareen. Seakan sedar dari lamunan, aku mula

menjadi hairan. Keadaan sekeliling entah kenapa huru-hara dengan larian orang-orang kota.

Waima, mereka yang berada dalam bangunan berdekatan juga keluar dengan tergesa-gesa. Jauh

dalam bicara hati aku, van cina tadi mengumumkan sesuatu yang di luar kebiasaan. Bukan

seperti promosi pertukaran barang yang biasa, tetapi lebih kepada arahan atau amaran.

Pertuturannya pula hanya dalam bahasa cina, langsung tanpa terjemahan.

“Kita perlu pergi!” Shareen deras menarik tangan aku dan Farisya.

“Apa yang berlaku, Reen!” Farisya cuba bersuara dalam paksa. Nafasnya tidak teratur

kerana tiba-tiba perlu berlari anak sebegini. Aku hanya berdiam seribu bahasa.

Mahu tak mahu, aku dan Farisya terpaksa lari di hadapan memimpin Shareen. Tanpa

mengetahui apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku, kami sekadar mampu percaya akan

kata-kata Shareen. Segelintir dari masyarakat juga ada yang berlari seperti kami, dan ada yang

berdiri tergumam seakan bingung tidak tahu hendak berbuat apa. Eh? Kenapa kami seakan

mengikut landasan orang-orang cina yang berlari? Mengapa mereka yang bukan berbangsa cina

tidak berlari? Apakah gerangan yang telah berlaku? Ah, aku tak faham!

Satu jam lamanya kami berlari anak tanpa henti. Shareen begitu tegas tidak mahu kami

berhenti setelah kami seakan berputus asa meneruskan langkah dengan alasan, tiada apa yang

berlaku. Hampir 1 kilometer jauhnya kami dari tempat asal berlakunya huru-hara tadi. Shareen

12
masih tegar hendak meneruskan langkah, tetapi had kudratnya menghalang niat. Kami mencuri

nafas yang hilang dalam lelah.

Kini, kami sengaja mempergunakan pendingin hawa di dalam balai polis untuk

mengeringkan keringat kepenatan. Apabila aku dan Farisya berhenti di sebuah perhentian bas,

dalam tercungap Shareen memaksa kami mencari balai polis atau balai bomba atau apa-apa yang

berkaitan dengan pihak keselamatan. Aku dan Farisya seakan bayi yang belum mampu membuka

mata, tidak mampu melihat apa yang Shareen lihat. Sekadar berupaya memenuhi kehendak dia

atas dasar percaya.

“Kenapa kau tak beri kami amaran, Aima!” Shareen bersuara berang dalam penatnya.

Aku sedikit tersentak dengan perubahan drastik wanita yang memegang keras lengan aku,

Shareen. Seperti biasa, aku hanya berdiam tanpa alasan atau sebab yang terlintas di jejantas

pemikiran aku.

“Reen. Sebenarnya apa yang kau dengar? Riak wajah Aima tadi jelas memberitahu aku,

dia sendiri bingung dengan apa yang kau lakukan.” Farisya hanya mampu bertanya sedemikian

apabila memperlihatkan lagak Shareen terhadap aku.

“Huh…” Shareen mengeluh. Lelahnya sedikit reda walau dadanya masih turun naik

mencari rentak jantung. “ Aku dengar suara gelisah, keliru dan cemas. Apabila siren berbunyi

serentak dengan pengumuman berbahasa cina yang hanya difahami satu bangsa saja, aku dapat

dengar rentak langkah manusia dan gerak bicara masyarakat langsung berubah. Sungguh jelas

pada pendengaran aku. Mereka berbangsa cina mula cemas dan bergegas meninggalkan kawasan

itu. Mereka yang sebaliknya, hanya bingung bertanya sama sendiri. Fikir aku, dari duduk diam

13
mengikut mereka yang keliru, lebih baik mengikut lagak mereka yang seakan tahu apa yang

berlaku dan apa yang akan berlaku. Jangkaan aku, ini isu rasisme.”

Shareen menamatkan bicaranya. Kedua belah tangah mengurut perlahan kepalanya

seakan berat untuk menerima. Farisya hanya bersandar di bahu Shareen seakan malas mengambil

pusing dengan hal yang jauh perkaitananya dengan mereka. Atau barangkali, akal liciknya

sememangnya sudah menghasilkan buah fikir yang belum sempurna untuk dipetik. Aku hanya

terus mengunci bicara. Mendengarkan kata-kata Shareen, aku menjadi lebih terpana.

Berani menarik aku dan Farisya agar lekas berlari dari tempat yang huru-hara sebentar

tadi, tetapi dia buta! Apakah yang difikirkan olehnya? Rela atau tidak, aku dan Farisya wajib

meminta wanita tidak celik ini. Itu satu hal yang kecil, mengusik rasa ingin tahu aku. Tetapi apa

yang telah menampar keras jiwa aku, mengapa bukan antara aku dan Farisya yang sedar akan

gejolak masyarakat yang berlaku? Pengumuman berbahasa cina bersama siren amaran.

Kebingungan kelompok melayu yang hilang arah tuju. Cemasnya golongan cina meninggalkan

kerja dan urusan demi menjauhi tempat kejadian. Aku sedar akan semua itu. Aku yakin, Farisya

juga dapat melihat semua itu dengan jelas.

Tetapi entah kenapa, kami buta dari melihat pergolakan bangsa. Isu perkauman yang

dijangka Shareen tadi terselit bersama ideologi yang sarat dengan logistik. Shareen, walaupun

dibutakan pandangannya dari melihat dunia, dia seakan yang paling celik antara kami. Dalam

masyarakat yang bercelaru fikiran dengan apa yang dilihat, Shareenlah yang paling melihat

dunia dan tahu apa yang perlu dibuat.

14
Aku sekadar mampu mengetap bibir. Antara aku dan Farisya yang dapat melihat, butanya

Shareen memberitahu kami sesuatu yang kami tidak nampak. Dialah yang buta. Tetapi dia yang

paling celik pandangan. Allahu Rabbi.

* * *

“Kalian!!” satu suara bergema mengisi senja yang agak gempita dengan peperangan yang

masih lagi tidak berkesudahan. “Mohon kalian, hentikan pembunuhan ini! Cukuplah dengan api

dendam yang takkan terpadam. Kalian semua rasakan bahawa yang kamu bunuh itu ialah musuh

bangsa, tetapi sebenarnya mereka ialah saudara setanah kita! Sampai bila darah kita mahu terus

tumpah dari tubuh? Sampai bila mata senjata kita mahu terus tumpul kemudian diasah kembali

hanya kerana mengikut nafsu? Sampai bila saudara! Apakah sehingga mayat-mayat ini reput

dimakan tanah, baru kalian ingin berhenti?”

Suara pemuda cina itu seakan berat untuk dipendam. Terus luah bersama serak emosi dan

nafas terpaksa. Aku, Farisya, Shareen dan beberapa orang dari tiga bangsa utama, berdiri atas

bangunan separa runtuh melepaskan pandangan ke bawah yang menempatkan perusuh-perusuh

cina dahagakan darah musuh bangsa. Beberapa anggota RELA dan unit khas menjaga rapi

kedudukan kami. Ada yang bersama di sisi atas bangunan, ada juga yang menjaga bahagian

bawah sebagai pertahanan pertama.

Sebagaimana perancangan Farisya, inilah kumpulan gula yang bersatu bagi membawa

transformasi dari pahitnya sejarah tercalar kepada manisnya tamadun dilakar. Bersuara

membatah tindakan gila musuh keamanan. Itulah senjata yang kami miliki, lebih tajam dari

parang yang menetak rusuk.

15
“Sudah! Kau duri dalam daging bangsa cina. Seharusnya aku bawa kau mengikut melayu

yang celaka. Kau tali barut terhadap kaum sendiri. Sewajarnya kau mati!”

Bang!!!

Revolver milik seorang anggota unit keselamatan khas sengaja memuntahkan peluru ke

langit. Menghalau terus keberanian membantah perusuh cina yang tadi menjerit dengan amarah.

“Semua. Sedarlah sikit. Mereka yang menjadi duri dalam daging itu bukan kami. Tetapi

kamu semua! Musuh dalam selimut terhadap negara. Tali barut terhadap pemerintahan pertiwi!

Ya, memang benar kami berdarah sebangsa dengan kamu. Tetapi atas dasar patriotisma, kalian

ialah musuh apabila sengaja mencipta sejarah hitam kali kedua buat Tanah Melayu.” Farisya

menyambung bicara pemuda cina yang terputus tadi.

Apabila semua terpana dikejutkan jeritan senjata api milik pasukan keselamatan elit,

Farisya tampil tiada gentar. Bunyi yang mengganas bagai halilintar, seakan satu bisikan buat

Farisya. Atau sebenarnya, dia tidak mendengar sebarang bunyi tembakan.

“Budak! Balik rumah tolong nenek siang bawanglah. Disebabkan melayu bodoh seperti

kaulah, kami terpaksa menggunakan kekerasan untuk menyedarkan otak kalian yang sudah

terlalu lama lena. Orang melayu sudah tidak layak memiliki kerajaan!” Cina yang lain terus

bersuara tidak puas hati.

“Tenang semua, sabarkan hati. Dengar aku, celaka!” seorang lelaki psiko, muncul dengan

lagak ingin membunuh. “Kami melayu mungkin dungu kerana merosakkan negara sendiri.

Hancurkan politik, abaikan ekonomi dan tiada batas sosial. Semuanya punah kerana kebodohan

kami sendiri apatah langsung menyombong diri tidak mahukan bantuan bangsa lain. Tidak

16
hairan kalian naik berang atas sistem pengurusan negara yang kucar-kacir. Tetapi, hairan aku

jadinya. Setelah perjanjian antara bangsa terlaksana damai, kini kalian pula ingin mencemar duli.

Persetujuan untuk hidup bersatu dalam harmoni langsung tidak kamu semua hormati. Celakalah!

Kami hormati kau sebagai tetamu negara. Sistem quo kami usahakan mengenang jasa kalian

memerdekakan negara. Jadi, apa lagi? Jika tidak puas hati, balik saja ke Negara China! Apakah

tidak malu menumpang tempat orang? Terus buat onar di bumi orang. Khianat! Dangkalkah akal

kalian tidak mampu memikirkan cara terbaik menyampaikan kritik dan cadangan terhadap

pemerintah? Hentikan segalanya!”

* * *

Seorang lelaki muda, lingkungan 20-an muncul dari ruang permainan kanak-kanak

bersama seorang budak perempuan kecil berlari comel ke arahku. Aku bingkas dari bangku,

membiar kanak itu memeluk aku dengan ghairah. Sangat comel pada pandangan aku. Lelaki itu

perlahan mendekati aku dengan gaya yang agak mencairkan hati aku. Suami? Ah, mana

mungkin! Dia merupakan kawan sekuliah aku. Sengaja menemani aku dengan alasan boleh

menjaga anak buah yang asyik bermanja-manja mahu mengikut aku ke pasar raya. Bersama

senyum suka, kami pulang ke kampong aku di Kampung Melayu, Johor Bahru.

Mengenangkan peritnya drama ulangan 13 Mei 1969, aku menjadi sendu. Di waktu aku,

Shareen dan Farisya berlari meninggalkan bangsa sendiri ditikam kejam oleh bangsa cina,

sekelumit sesal seakan tercalit di atma. Sedikit bersyukur aku sandarkan pada Yang Maha

Berkuasa kerana meminjamkan ilham buat Shareen untuk menyedari apa yang berlaku. Tetapi,

apakan daya aku hanya mampu melihat sahaja. Hendak dibantu, itu merupakan idea paling

mengarut dan bodoh untuk diusahakan oleh seorang perempuan yang tidak berdaya. Kekadang,

17
aku marah kepada diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa-apa waima berfikir mencari cara

juga seakan tidak pernah.

Dengan pemikiran Farisya yang dapat ‘mendengar’ suara golongan anti-peperangan,

kami mengumpulkan insan-insan berani menentang pemberontak demi keamanan. Prodigi

Farisya merasmikan rencana dengan mencari orang berilmu tinggi agama Buddha. Mudah cerita,

‘Pak Kitab’ bagi orang cina. Kata Farisya, dia adalah manusia yang mengenali golongan yang

cintakan kedamaian berbanding burukan hak dunia. Tambahan pula, menjadi kebiasaan ahli

agama seperti orang tua itu lebih dihormati masyarakat atas dasar ilmu dan kedudukan di sisi

‘tuhan’ mereka.

Setelah berkumpul kami golongan pembela kemanan negara, bergeraklah dari bandar ke

bandar menyedarkan pemberontak yang mabukkan darah musuh bangsa. Pasukan RELA dan

unit pertahanan khas banyak memeri tumpuan kepada usaha kami, kerana gerakan ini akan

menjadi katalis terhadap kemunduran orang-orang yang berperang. Dari masa ke masa, pasukan

yang disatukan oleh kami bertiga terus bermadah dengan berhikmah. Ada juga dalam kalangan

kami yang bicaranya lebih pedas dan tidak bertapis. Tetapi, memang itu yang kami perlukan buat

sesetengah keadaan.

Seperti yang dijangka, sebulan berlalu nyata tiada beza. Pertumpahan darah terus berlaku.

Ironinya, Shareen seakan dapat mengesan ketara perubahan. Tatkala ada yang berputus asa dari

terus menyampaikan bicara ilmu kepada akal-akal kosong, Shareen sering membangkitkan

semangat dengan menceritaka segala kejayaan yang beliau ‘nampak’ atas usaha kami. Kami

tidak lihat apa-apa perubahan. Tetapi, kata-kata Shareen memberi logikal yang luar biasa

membuatkan ramai yang percaya. Apabila gerakan kami telah terhenti dek menyampah melayan

kedegilan perosak pertiwi, semua berpecah kembali.

18
Menjadi satu yang menyentuh hati. Dua bulan kemudian, pemberontakan telah dihentikan

secara beransur. Pihak berkuasa berjanji tidak menghukum mereka yang menyerah diri

sebaliknya dikerah melakukan kerja amal membaikpulih keadaan negara selama empat bulan

bagi setiap yang bersalah. Disebabkan itu, majoriti rela menyerah diri. Seperti yang Farisya

pernah katakana, sejarah hitam ini dihiasi dengan kilauan-kilauan usaha yang kami taburkan.

Walaupun berita amat pedih untuk kami dengar mengutuk keadaan negara sendiri, tetapi di

penghujungnya sentiasa ada senyuman yang menceritakan usaha golongan anti-pemberontakan.

Hebat bukan sahabat-sahabat aku? Hah, jangan berani kalian pertikaikan! Farisya,

walaupun sudah ditulikan pendengarannya, tetapi dialah yang perancang segala langkah. Antara

kami yang dapat mendengar suara jeritan dan gema simpati, Farisya dapat ‘mendengar’ bisikan

alam yang memberitahunya di mana jawapan seterusnya. Shareen, meskipun tiada daya melihat

dunia kerana ditakdirkan untuknya buta, tetapi dialah yang memberitahu kami apa yang kami

tidak nampak. Antara kami yang celik pada suasana, Shareen dapat ‘melihat’ jelas keadaan

dunia.

Tetapi, aku? Walaupun aku tidak sehebat mereka. Tetapi, aku tetap yakin bahawa aku

sebahagian daripada bukti keagungan Yang Maha Esa. Buktinya? Lihat sahaja aku sebagai

perempuan yang bisu tidak dapat berbicara. Antara mereka yang berupaya untuk bersuara, cerita

aku sampai ke sarata tanah air. Melalui karya ini, atas satu sebab yang tertentu, Tanah Melayu

dengar dengan jelas suara hatiku.

19

Anda mungkin juga menyukai