Anda di halaman 1dari 412

HATIKU MILIK SIAPA?

PENULIS JUMLAH BAB

: :

FARIN ASYIKIN 66 413 TERMASUK MUKA DEPAN DAN SINOPSIS

JUMLAH MUKA SURAT:

SINOPSIS HATIKU MILIK SIAPA?

Pertemuan yang tidak disengajakan antara dia dan Hariez telah membawanya jauh ke negeri orang. Pelarian yang tidak berdestinasi dan atas dasar simpati, Hariez membawanya masuk ke dunia gah miliknya. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta lahir dan menimbulkan rasa yang sukar ditafsirkan dalam hati milik Hariezul Zikri.

Namun, entah di mana silapnya, rahsia yang tersimpan kemas semakin hari semakin terungkap dan tragedi yang bagai semalam baru dikuburkan semakin menjerut jiwa Hafiqah.

Kehadiran Fariez teman yang mengubati hidup yang semakin dihimpit tekanan membuatkan Hafiqah bagai terlupa kesedihan yang dialami. Perikemanusiaan sudah semakin sirna, simpati semakin jauh tersisih, dan cinta tidak mungkin wujud dalam hati milik lelaki itu. Kata-kata nista yang hampir dapat dijangka mindanya namun masih cuba disangkal dek hati, akhirnya membuatkan Hafiqah nekad untuk pelarian kedua kali. Meninggalkan setiap insan yang pernah wujud dalam seluruh kehidupannya. Hanya dia. Ya, dia perlukan ketenangan. Walaupun bukan itu yang dipinta, namun hanya dia yang membela nasibnya sendiri. Hariez: Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan

pastikan masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Apatah lagi berangan-angan nak kahwin dengan orang yang macam kami ni. Perempuan murah! Fariez: Andai ku punya hati, ingin ku berikan kepadamu. Dan andai hatimu kumiliki, inginku jadikan ia satu dengan hatiku. Walau apapun masa silammu, aku akan setia menanti saat kau bersedia menjadi suri hidupku Hafiqah: Andai aku punya rasa, pasti aku akan menangis di sini. Andai aku punya cinta, pasti aku akan bahagia di sampingnya. Namun, hatiku tiada lagi. Bagaimanakah bisaku merasakan cinta? Andai hati, seandainya kau mahu berbicara, milik siapakah hati ini.

BOOM!! Serentak itu kaki Hariez menekan brek keretanya sekuat hati dan dipulas stereng kereta agar terpusing 360. Isyarat kecemasan juga terpasang memberitahu

kepada kereta teman-temannya yang mengekori rapat dan laju kala itu. Mereka juga memberhentikan kereta dengan serta-merta, terkejut dengan bunyi yang amat kuat itu. Accident lah! Cepat-cepat, tolong orang tu! Hariez berlari menuju ke arah Perodua Kancil yang sudah terbalik diikuti Ikmal, Fariez, Armin dan Fikri. Ya Allah! Perempuan.. tolong Im, dah tak sedarkan diri dia ni. Melihatkan darah yang mengalir tak henti-henti dari dahi, hidung, dan hampir seluruh tubuh wanita itu, Hariez dan Ikmal dengan berhati-hati cuba menariknya keluar. Mujur juga tubuh wanita itu kecil dan kurus, tidak sukar untuk dikeluarkan. Fariez yang melihat terus memegang pergelangan tangan wanita yang telah terkulai layu itu, untuk diperiksa nadinya. Masih hidup lagi, detik hatinya. Kita bawa dia ke hospital. Masih boleh diselamatkan lagi ni. Ujar Fariez. Tayar kereta ni meletup. Mungkin dipandu terlalu laju tadi, tu yang boleh terbalik. Fikri yang dari tadi berpusing-pusing di keliling Perodua Kancil itu memberikan pendapat. Cepat angkat dia. Fariez, ambil kereta kau. Kereta kau yang paling dekat. Hariez memberikan arahan. Okey. Dengan segera Fariez berlari dan sebentar sahaja Mitsubishi Lancer kuning kesayangannya sudah berada di sisi mereka. Dengan penuh berhati-hati, wanita

dalam lingkungan umur 20-an itu dimasukkan ke sebelah tempat pemandu agar tidak memburukkan keadaan yang sudah sememangnya teruk itu. Hospital mana ni? Ikmal yang masih terkejut itu bertanya. Masing-masing berpandangan. Mana-mana yang kau nampak dulu tu la yang kita singgah nanti. Private or government, anything will do. Hariez berlari ke Mitsubishi Lancer putihnya dan sebentar kemudian kelima-lima Lancer itu hilang daripada pandangan.

Hafiqah cuba membuka mata. Dapat dirasakan sakit yang menerpa urat saraf otaknya saat ini. Tangan yang cuba menahan kesakitan itu digagahkan untuk memegang kepala, namun tidak berjaya. Bisanya dirasakan sehingga ke tulang belikat. MasyaAllah, apa dah jadi dengan aku ni Dalam kekaburan pandangannya, Hafiqah dapat melihat beberapa susuk tubuh manusia duduk dan berdiri di kelilingnya. Siapa mereka ni? Di mana aku? Akhirnya, mata itu dapat dibuka sepenuhnya dan dengan jelasnya Hafiqah dapat melihat wajahwajah mereka yang langsung tidak dikenalinya itu berdiri di hadapannya. Aaaa Tidak terkeluar bicaranya. Masih berperang emosi dan akalnya. Memikirkan di mana dia berada dan apa yang telah terjadi. Cik jangan gerak-gerak sangat. Luka awak tu masih teruk lagi. Belum kering betul tu. Nanti terbuka balik jahitannya. Yang paling rapat dengannya itu bersuara. Awak dekat hospital Mersing ni, semalam awak kemalangan. Sungguh. Saat itu, dia

merasakan alangkah baiknya jika nyawanya ditarik terus. Semalam? Bermakna sudah sehari dia tidak sedarkan diri. Peristiwa terakhir yang diingatinya adalah saat dia gagal mengawal keretanya dan terbalik. Selepas Kereta saya.. Dah kami hantarkan ke bengkel. Mungkin ambil masa berminggu juga untuk disiapkan semula. Tayar depan awak meletup, tapi mungkin sebab awak memandu laju sangat tu yang sampai terbalik. Semakin lemah nadinya mendengarkan bicara itu. Ke mana aku nak pergi? Macam mana?! Selimut yang menutup hampir tiga suku badannya ditarik terus menutupi wajah. Antara dengar dengan tidak sahaja kata-kata yang lahir dari mulut teman-teman lelaki itu. Orang dah selamatkan dia bukan nak ucapkan terima kasih. Kata yang seorang itu. Entahnya. Orang dah tolong tu agak-agak la pun! Menusuk hingga ke sanubari. Tambah yang lainnya. Eisy..tak baik betul la korang ni. Entah dia tengah fikirkan macam mana nak bayar sewa hospital ni ke, nak bayar bil betulkan kereta ke, manalah tau! Korang ni pun, Entah yang mana pula berbicara. Hafiqah akhirnya tersedar. Sewa hospital? Bil betulkan kereta?Be..be..berapa ribu tu? Perlahan-lahan selimut dibukanya. Mereka semua telah tiada. Marah ke mereka dengan sikap tidak mengenang budiku tadi? Hafiqah mengetap bibir. Menyesali keterlanjuran tindakannya.

Dengan sepenuh usaha, dan cuba melawan kesakitan yang wujud di setiap urat dan inci badannya, Hafiqah bangun dan berjalan menuju ke pintu. Ini wad peribadi, mesti mahal. Aku kena tanya berapa kos yang aku dah tanggung sekarang ni. Kaki yang masih berbalut itu diseretnya menuju ke koridor. Mencari di mana kaunter. Hafiqah tidak mahu mengambil risiko untuk berlama-lama di hospital ini. Andai dia sudah tidak mampu, dengan badan yang sakit ini dia sanggup berjalan kaki untuk ke hentian bas. Dia sudah tidak mahu membazirkan masa, wang dan tenaga di Bandar ini. Di daerah ini. Sedaya upaya dia melangkah. Sakit yang mencucuk-cucuk seakan-akan tidak dapat mengalahkan kesakitan jiwanya yang sememangnya sudah parah. Cik, boleh saya tau, berapa bil perubatan saya? Bilik no 308 tu. Gadis dalam lingkungan 20-an itu segera menaip-naip sesuatu di komputernya dan kemudian, Menurut di sini, sewa wad RM400, belanja ubat-ubatan RM250 dan konsultan dan pemeriksaan doktor RM250. Jumlah keseluruhan RM900 hingga ke hari ini. Ya Allah, mana aku nak cari duit ni.. Serta merta itu, dia teringatkan beg duitnya yang tidak diketahui lokasi semenjak dia sedarkan diri tadi. Barang-barang saya ada di mana ya? Ada sesiapa yang tinggalkan di sini? Maaf cik, kalau tak silap saya, barang-barang cik masih ada dengan kawankawan cik lagi. Ataupun mungkin mereka dah letakkan dalam laci di wad cik. Kalau macam tu, tak mengapa ye. Terima kasih. Langkah dihayun ke wad 308 semula. Berdoa agar beg duitnya ada diletakkan seperti yang dimaksudkan.

Hafiqah duduk di hadapan laci di sebelah katil. Mata dan tangannya mencari-cari beg duit Milk Teddy buruknya. Itu sahaja yang sempat dibawa bersama-sama beg bajunya. Entah di mana lah budak-budak tu letakkan. Tiba-tiba jemarinya merasakan sesuatu. Aha..ada pun! Hehe.. nasib baik mereka letak di sini. Senanglah aku nak larikan diri. Hehe.. Namun, senyuman itu hanya seketika. Di dalamnya hanya ada 2 keping RM50 dan 3 keping RM10 dan beberapa keping RM1 yang mewarnai beg yang lusuh itu. Seingat Hafiqah, baki di dalam akaunnya pun ada tidaklah sebanyak mana. Cukuplah untuk bertahan 2-3 bulan ini. Tapi tidak termasuk untuk kos membaiki kereta dan wad yang sedang ditanggungnya kini. Sudahlah kereta itu dipinjam dari adiknya, mujur sudah habis dibayar tiga bulan yang lalu. Mana aku nak cekau duit ni. Aku kena keluar dari sini malam ni jugak. Mungkin boleh minta diskaun. Masih berkira-kira lagi tentang baki yang tinggal sekiranya kos hospital ini habis dibayar. Adui apalah nasib aku ni. Masih tak hilang agaknya b adi aku ni. Entah-entah, mereka dah sumpah aku jadi macam ni. Air mata mula membasahi pipi. Esakan halus mula mengisi kesunyian ruang wad yang sunyi dan gelap itu. Kalaulah aku bijak sedikit Kalaulah aku sedar diri Kalaulah aku tak mudah percaya dengan mereka Dan kalaulah aku masih di sana Kalau itu hanya kalau kerana saat ini, dia berada di sini. Di dunia baru yang masih gelap untuknya. Mak, abah, orang tak salah. Ini semua bukan salah orang. Kenapa mak dan abah tak percayakan orang? Kenapa? Siapa mereka tu, kan mak dan abah yang besarkan orang.

Tak pelah kalau along dan adik-adik tak percayakan orang tapi, mak, abah, Bibir diketap lagi. Sedang tangan pula menyeka air mata yang tak henti-henti berlinangan. Hafiqah cuba memejamkan mata. Hidupnya kucar kacir kini. Tak sama seperti yang dahulu. Peristiwa itu kian menghimpit segenap ruang yang gelap itu. Gelap dan akhirnya dia tertidur bersama esakan yang lemah. Tanpa disedari, setiap perlakuannya diperhatikan seseorang. Asyik dengan kesungguhannya. Ada sesuatu tentang gadis itu yang tak dapat diluahkan dari kata-kata tetapi terlahir dari raut wajahnya yang penuh kesedihan itu.

Kad kredit miliknya bertukar tangan. Semua bil telah pun dijelaskan. Tak mahu menimbulkan masalah kemudian kepada tuan punya badan. Dia tahu, gadis itu tidak punya wang untuk membayar semua kos tersebut. Lagipun dia yang menghantar gadis itu ke sini. Ditambah pula dengan wad kelas atasan yang memang tinggi bayarannya. Hariez tidak kisah untuk menggunakan wangnya untuk membayar semua itu. Ini pun dilakukan atas dasar tanggungjawab. Semalam dia mendengar gadis itu merintih tentang sesuatu yang dia pun tak pasti. Menangis dan akhirnya tertidur. Dia yang duduk di dalam gelap langsung tidak disedari kehadirannya, sekadar mendengar agar tidak mengejutkan gadis itu. Awak jangan risau tentang bil hospital awak. Saya dah bayar tadi. Salah saya yang hantar awak ke mari. Patutnya saya hantar awak masuk kelas biasa sahaja. Gadis itu tunduk. Diam. Hariez mati kata-kata. Aku salah cakap ke? Aku cuma nak beritahu dia supaya dia tak risaukan nak bayar bil hospital yang dia tak mampu ni. Terima kasih encik. Saya tak tahu dah berapa banyak saya berhutang dengan encik. Hutang nyawa, hutang duit, hutang jasa. Dengan kawan-kawan encik pun. Saya memang tak mampu nak bayar duit encik tu sekarang ni, tapi saya akan usahakan untuk bayar secara beransur-ansur. Jari-jemari yang runcing itu dikepal-kepal. Ada kekesalan terpancar di raut itu. Tak apalah. Awak tak perlu risau tentang tu. Kawan-kawan saya pun tak marah dengan awak. Boleh saya tahu, awak nak ke mana lepas ni? Kereta awak tu masih belum

baik lagi. Sekadar bertanya. Risau juga dia andai gadis itu tidak punya siapa-siapa di sini. Saya tak pasti lagi encik. Ikut kaki melangkah. Kereta s aya pun dah rosak. Nak baiki tak mampu. Tengok lah ke mana ada rezeki saya encik. Ikut rezeki? Awak tak ada saudara mara di sini? Awak dari mana sebenarnya? Nak saya hubungi sesiapa? Masih berbasa-basi. Hanya gelengan menjawab soalansoalannya. Andai di rumah encik perlukan orang gaji, ambillah saya. Mungkin saya tak sebaik mana tapi saya akan sedaya upaya bekerja. Saya dah tak tahu ke mana arah tujuan saya selepas ini encik. Kelu. Hariez tidak menyangka yang gadis itu sanggup untuk menjadi orang gaji. Hariez garu kepala. Mana nak letak? Boleh caya ke ni? Entah-entah nak mengorat aku tak? Eh, takkanlah sampai macam tu sekali. Jadi orang gaji ni bukan mahal pun pendapatannya. Tak rasa menyesal ke? Kerja banyak, non-stop you see? Hariez menggeleng-gelengkan kepala. Lagipun, saya bukan orang sini. Tempat tinggal saya jauh dari sini. Di di mana tu encik? Hafiqah ragu-ragu. Dia sendiri pun tak pasti. Betulkah dia ingin menjadi orang gaji? Saya tinggal di Kuala Lumpur. Hafiqah terdiam. Jauhnya. Tapi, semakin jauh aku pergi, semakin baik untuk diriku. Menjadi orang gaji, mungkin ini peluang untukku hilang dari pandangan orang lain.

10

Andai saya rela kerja begitu, encik sudi ambil saya bekerja? Hafiqah tidak mahu berputus asa. Rasanya, kulit mukanya sudah tebal dari saat Hariez membayarkan sewa hospitalnya. Andai Hariez benar-benar orang yang berhati mulia, dia rela menjadi orang gaji seumur hidup selagi dia dapat bersembunyi jauh daripada mereka yang dia kenali. Hariez mendiamkan diri. Berfikir. Hm mungkin dia betul-betul terdesak. Lagipun apa salahnya tambah seorang lagi pembantu untuk Mak Teh. Setakat anak saudara Mak Teh yang hingusan tu takkan larat nak kemas Villa Kasih yang gedabak besar. Umi dan papa mesti tak kisah punya. Bukan senang nak cari orang gaji ni. Dah dia pun tak kisah gaji kecil. Okey. Deal. Tapi jangan menyesal kalau gaji awak kecil. Tak cukup nak bergaya-gaya. Cuma, makan dan tempat tinggal tu ditanggunglah. Jangan risau. Dan lagi satu, saya tak terus balik ke KL. Sebenarnya, rancangan saya dan kawan-kawan dah tergendala 2 hari gara-gara awak. Tajam dia memandang Hafiqah. Ha? Saya? Rancangan apa? Hafiqah bingung. Tak sangka dia telah mengganggu rancangan orang lain. Patutlah kawan-kawan Hariez marah sangat dengan dia. Ke Pulau Tioman!

ANGIN malam yang sepoi dan lembut menampar-nampar ke pipi menjadikan Hafiqah kesejukan di kala ini. Mengenangkan budi yang ditaburkan Hariez kepadanya semenjak kemalangan itu membuatkan Hafiqah merasakan diri amat kerdil saat ini.

11

Tapi saya tak ada duit encik nak ke sana. Macam mana? Macam nilah. Saya akan tanggung tempat tinggal dan makan minum awak masa di sana. Tapi, semua bayaran tu akan ditolak secara ansur-ansur dari gaji bulanan awak. Boleh? Atau awak ikut jalan awak dan awak boleh tunggu saya balik dari bercuti dengan kawan-kawan saya minggu depan? Nak yang mana? Eh, baik betul aku jadi majikan ni.. Hafiqah terdiam. Bersungguhkah apa yang dikatakan oleh Encik Hariez itu? Sebaik itukah dia? Tanpa berfikir panjang dan tidak memikirkan kesan atau apa-apa yang negatif, Hafiqah menurut syarat yang pertama. Dan akhirnya, di sinilah dia bersama-sama Encik Hariez dan empat orang temannya. Saat itu, mereka yang lain sedang makan di kafetaria resort penginapan mereka. Untuk dirinya, Hafiqah telah belikan beberapa bungkus Maggi Cup sebagai bekalan. Dia tidak mahu semakin banyak gajinya yang dipotong. Cukuplah untuk kos penginapan. Semenjak mereka tiba di pulau itu tengahari tadi, Hariez tidak langsung memanggilnya untuk sebarang aktiviti mereka. Mungkin tidak mahu menyusahkan dirinya yang masih terkial-kial berjalan. Mujur juga, setiap aktiviti mereka tidak melibatkan dirinya. Jika tidak, mahu haru juga dia ke sana ke mari dengan luka yang belum betul sembuh itu. Kesunyian berada di tepi pantai begitu mencengkam jiwanya yang lara. Dalam usia yang baru mencecah 23 tahun itu, dia kini sudah menjadi pelarian di dunianya sendiri. Dibuang keluarga, dihina oleh teman-teman. Huh, itukah namanya teman?! Menikam orang lain dari belakang. Air mata Hafiqah gugur lagi. Sarat hatinya dengan pelbagai masalah. Jauh dari keluarga dan tiada hala tuju.

12

Dia pernah punya hidup yang bahagia. Amat bahagia. Dia ada segalanya. Keluarga, teman, pendidikan, dan kerjaya. Walaupun tidak se-gah orang lain, tapi padanya itu sudah memadai. Hafiqah langsung tidak terfikir tentang bala yang mendatang. Baginya, hidup yang dimiliki sudah cukup untuk dirinya. Tapi siapa sangka, bala itu memang sudah lama sedia menunggunya. Hanya menanti masa yang sesuai untuk menunjukkan diri. Dan, bala itu adalah dari teman baik dan adik kesayangannya sendiri. Air mata yang jatuh diseka lagi. Cukuplah Fiqa. Mulai saat ini, bina satu Hafiqah yang baru. Tinggalkan Hafiqah yang dah hancur tu. Tak usah bawa kenangan itu bersama. Saat ini, tika ini, tanamkan ia. Biarkan ia karam di dasar pantai ini. Jangan hidup bersama kenangan semalam, Fiqa. Jalan untukmu masih ada. Ya Allah, terima kasih atas pertemuanku ini dengan Encik Hariez. Kau berkatilah hidupnya. Amin.

KAU percaya ke kat perempuan tu Hariez? Entah-entah dia nak ambil kesempatan sebab kau kaya. Kalau aku dah tak percaya dah. Fariez meluahkan pendapatnya. Dia sememangnya sukar untuk terus menyukai dan menerima kehadiran seseorang yang tidak dikenali dalam masa yang singkat. Ish..tak baik betul kau fikir dia macam tu. Orang tengah ada masalah kau lagi nak fikir buruk-buruk. Cubalah positif kan sikit pemikiran kau tu, Fariez. Dia tak kisah kerja jadi orang gaji. Okeylah tu. Makan pakai ditanggung, gaji pun kecil. Tak rugi lah aku ambil dia tu. Umi dan papa aku mesti tak kisah punya tambah seorang lagi. Bersungguh Hariez menjelaskan kepada Fariez.

13

Ke kau dah berkenan kat dia tu? Armin pula menyampuk. Tersedak Hariez yang sedang meneguk air di hadapannya. Kau gila ke apa?! Kau ingat aku dah tak ada taste lagi? Entah apa latar belakang dia pun aku tak tau, nak kata aku berkenan. Kau nak aku kena buang keluarga dengan papa aku ke? Lancer aku tu nak sedekah kat siapa?! Teman-teman yang lain sudah tergelak besar. Sedar dengan keadaan keluarga Hariez yang amat menjaga taraf dan latar belakang mereka. Setakat orang gaji, apalah sangat pada mereka tu. Tapi, kau tanggung perbelanjaan dia dari hospital sampai ke sini, kau tak rasa ke kau macam sedang buat pelaburan yang besar untuk sesuatu yang kecil? Tak berbaloi la my dear friend. Its not worth it, you know? Fikri pula bersuara. Kau ingat ni semua percuma ke untuk dia? Eh, kena bayar baliklah my friend. Bayar ansur-ansur tolak pada gaji dia tau. Kau ingat aku gila ke nak tolong dia free-free macam tu aje. Kecuali kos kat hospital tu saja sebab kita yang hantar dia ke hospital dan masukkan dia ke kelas satu. Memang dia tak mampu nak bayar pun. Aku boleh halalkanlah yang tu. Selamba dan penuh berlagak mereka berbicara. Sama ada Hariez atau pun siapa-siapa dari mereka berlima, masing-masing tidak peduli. Mereka dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan berharta. Apa yang mereka inginkan boleh dibeli bila-bila masa. Tidak pernah kenal erti kesusahan orang lain. Aku kasihankan dia tu. Mungkin betul dia memang tak ada duit. Tak salah rasanya kita tolong dia. Kalau dia ada duit, takkanlah dia nak tinggalkan kereta dia tu kat bengkel saja. Setelah gelak mereka reda, barulah Hariez bersuara semula.

14

Iyalah. Kau tu memang baik hati sangat. Mudah sangat nak tolong orang. Kenal pun tak, dah nak bawa balik rumah jadi orang gaji. Nasib baik jadi orang gaji, bukan jadi isteri. Fikri masih lagi mengusik. Senyap je Im, kau kenapa? Armin bertanya kepada Ikmal yang lebih mesra dengan panggilan Im itu demi melihat teman yang sentiasa ceria itu senyap sahaja malam itu. Kau tak ajak dia makan sekali ke tadi? Semua mereka bertukar pandangan. Tadi aku ada ajak dia. Tapi, dia cakap dia ada bawa bekal. Nak berjimatlah tu kot. Nanti bil dia tinggi. Hariez sempat lagi tersengih memikirkan reaksi gadis itu bila diajak makan bersama tadi. Patutlah beriya-iya nak singgah ke kedai beli maggi cup. Bekal apa yang dia bawa? Ikmal masih lagi bertanya. Pelik demi mendengarkan soalan yang berterusan tentang gadis itu dari Ikmal, Hariez mengerutkan dahi. Aik, apasal kau risau sangat tentang dia tu? Aku majikan dia pun tak ambil pusing. Kau ke yang dah jatuh hati pada dia ni? Terhambur sekali lagi gelak mereka. Tak adalah. Tapi kalau iya pun, aku rasa okey saja. Rupa pun cute jugak. Masih boleh tengoklah. So, esok kita diving. Malam ni kita nak buat apa? Aku ingat nak balik tidurlah. Kau orang pun macam tak biasa dengan aku ni. Waktu macam ni, memang waktu berehat aku. Bagi meyakinkan kata-katanya, serentak itu juga, Fikri menguap. Kau tak sudah-sudah tidur. Datang Tioman jauh-jauh semata-mata nak tidur. Buang masa betullah kau ni Fik. Fariez menepuk bahu Fikri. Antara mereka berlima,

15

Fariez paling rapat dengan Hariez. Bagaikan kembar. Wajah mereka pun hampir seiras ditambah pula dengan susuk tubuh yang hampir serupa. Hubungan mereka bermula dari zaman universiti. Ditambah pula dengan ibu-ibu mereka yang aktif dengan aktiviti datin-datin dan mem-mem besar di Kuala Lumpur itu, menjadikan persahabatan mereka semakin akrab. Bapa mereka pula saling mengenali dan apabila salah seorang menganjurkan parti hari lahir atau majlis di rumah, mesti temanteman perniagaan akan dijemput. Ikmal dan Fariez pula sudah saling mengenali dari sekolah menengah lagi. Berterusan sehingga masuk ke matrikulasi yang sama seterusnya ke peringkat universiti. Armin pula mula mengenali mereka melalui kelab Mitsubishi Lancer mereka yang sering berkumpul pada setiap malam Jumaat ketika zaman kolej. Fikri yang menjadi saudara Armin pula berkenalan dengan mereka semua apabila sering diajak Armin mengikuti aktiviti mereka. Kesenangan hidup yang dimiliki, sehinggalah tamat pengajian dan kemudian memasuki alam pekerjaan menjadikan mereka tidak pernah belajar untuk melihat ke bawah. Seringkali bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang disukai dan pergi ke mana pun yang disukai. Ibu bapa mereka tidak pernah menghalang, lagi pula mereka sudah saling mengenali. Bekerja di syarikat milik keluarga. Punya setiap ciri yang diidamkan wanita. Ada paras rupa yang kacak, susuk tubuh yang tough, kereta mewah, kerjaya, dan yang penting wang. Walaupun begitu, mencari wanita bukanlah menjadi aktiviti mereka setiap kali keluar membuang masa. Bila-bila saja mereka boleh dapatkan dan yang penting, perkahwinan yang akan mereka miliki pasti dengan orang yang setaraf sahaja.

16

Selesai makan, mereka bingkas menuju ke pantai untuk menghirup udara malam yang menyegarkan jiwa.

17

PEREMPUAN tak tahu malu! Kau ingat rumah ni apa ha? Tempat pelacuran ke? Dengan pandangan yang masih kabur, Hafiqah memandang keadaan sekeliling. Hairan kepada siapakah ayat yang keras itu ditujukan. Hoi, perempuan! Ini rumah kami tahu. Kalau kau nak conteng arang ke muka mak ayah kau, itu aku tak mahu campur. Tapi sekarang ni, kat rumah kami. Kau nak tarik kami sekali dalam maksiat yang kau buat ni? Serentak itu, rambutnya yang panjang ditarik dan dirinya dihumbankan ke dinding. Berdentum bunyi kepalanya terhantuk. Kak Mi, tak baik buat macam tu. Ziq dengan dia tak ada buat apa-apa pun. Ziq pun tak tahu macam mana Ziq boleh ada dalam bilik ni. Haziq, adik bongsu Kak Mira bersuara. Hafiqah terpempan. Dari mana pula datang Haziq. Apa yang dah berlaku ni sebenarnya? Hafiqah cuba mengingat semula peristiwa semalam. Balik dari kedai semalam, Haziq memang sudah ada di rumahnya. Alasannya, sedang menunggu Kak Mira. Ada hal urgent, katanya. Kebetulan, Alisa juga berada di dalam rumah. Jadi, dia langsung tidak memikirkan apa-apa yang negatif. Sedang dia membuka pintu rumah, Alisa keluar membawa air minuman. Dia yang tidak punya rasa syak, terus meneguk cawan yang disuakan. Dah memang haus pun. Langkah kanan, harap-harap si Alisa ni dah siap masak sekali. Ya. Air itu. Selepas minum, dia memang tidak ingat apa-apa lagi. Pandangannya kabur dan bangun-bangun dia dah dimaki sebegini rupa. Tapi, Hafiqah masih tidak dapat menangkap situasi yang berlaku sekarang.

18

Sudahlah tu Kak Mi. Dia tak sangkalah tu kita dapat tangkap dia berdua. Buat muka terkejut konon. Memang dasar tak tahu malu. Hei, Fiqa, macam ni ke cara kau balas budi kami hah?! Hafiqah terkedu mendengar herdikan Alisa. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Lis, apa ni? Apa yang dah jadi? Kenapa Haziq ada kat bilik aku? Masih lagi berlembut walaupun sakit dihumban dan dipukul Kak Mira masih lagi terasa. Sudahlah Fiqa. Aku dah malas nak bercakap dengan kau. Tak sangka kau yang selama ni nampak baik rupa-rupanya perangai macam pelacur! Bagaikan dipanah petir, kata-kata Alisa meresap ke dasar hati Hafiqah. Lis, cakap baik-baik sikit. Aku tak pernah buat benda-benda macam tu tahu! Kau siapa nak cakap macam tu dekat aku! Haziq, tolong terangkan pada mereka yang saya tak bersalah. Tolong terangkan macam mana awak boleh ada dalam bilik saya ni! Tolonglah. Di saat ini, wajah Haziq dipandangnya sayu. Air mata sudah mula bergenang ke pipi. Haziq pula masih kelu. Dia juga masih lagi kabur dengan kejadian yang berlaku. Antara sedar dengan tidak, dia menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Sudahlah Fiqa. Kau jangan nak berpura-pura lagi. Aku tahu kau yang perangkap adik aku kan? Entah apa yang kau dah bagi sampai adik aku ni boleh tidur dengan kau. Huh! Memang dasar perempuan murahan. Jangan harap aku nak suruh dia kahwin dengan kau semata-mata nak cover malu kau tu. Dah pandai buat, tanggung sendiri. Adik aku ni lelaki. Kau tu perempuan. Sedarlah diri tu sedikit! Saat itu, wajah Haziq dipandangnya. Lelaki itu masih lagi kaku. Tak bersuara. Juga masih terperanjat dengan apa yang terjadi.

19

Aku bagi masa untuk kau berambus dari sini sampai tengahari ni. Angkut semua barang kau. Kalau tak cukup masa, kau tak perlu risau. Aku boleh tolong campakkan barang kau tu keluar. Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham?! Haziq yang masih lagi terpisat-pisat itu diam tidak berkutik. Hafiqah memandang wajah Alisa sekilas. Entah kenapa wajah Alisa dirasakan bagai sedang mengejek kesuraman hatinya. Masih terlihat sumbingnya senyuman temannya yang paling akrab itu. Persahabatan yang terjalin sejak 5 tahun yang dahulu bagaikan tidak memberi erti demi mendengarkan kata-kata Alisa yang setajam belati itu. Apakah itu sahabat? Yang selama ini berkongsi apa sahaja cerita. Tidur juga kadangkadang sebantal. Itukah dia rupanya seorang teman baik? Apa sebenarnya alasan Alisa memperlakukan dirinya sedemikian rupa? Seorang demi seorang termasuk Haziq meninggalkan rumah itu. Hafiqah masih lagi diam tidak bergerak-gerak. Ringtone OST cerita korea Without Words menyedarkannya dari lamunan. Panggilan dari rumah. Mungkin mak atau abah atau mungkin juga adik. Segera ditekan butang hijau dan dilekapkan telefon bimbit ke telinga. Angah! Kenapa kau buat macam ni kat mak dan abah? Apalah dosa kami besarkan kau ngah! Apa mak dengan abah nak cakap pada jiran-jiran kita, ngah. Sampai hati kau buat kami begini. Kami dah tua ngah. Tak lama lagi nak mati. Kenapa kau kejam sangat ngah?! Serentak dengan itu esakan mak kedengaran. Hafiqah masih lagi menahan tangis. Mana emak dan abah tahu apa yang terjadi? Siapa punya angkara sebenarnya ini? Apa alasan mereka?

20

Ngah, kau jangan balik lagi ke sini. Abah dan mak dah tak nak tengok muka kau. Perangai kau tu dah macam perempuan pelacur tahu? Mereka tak ada anak macam kau tu! Aduhai kata-kata daripada Aimi Adira adik bongsu kesayangannya terlalu kejam kedengaran. Entah bila telefon bertukar tangan, Hafiqah kelu dan akhirnya talian telefon diputuskan. Telefon dimatikan dan terus disimpan dalam saku seluarnya. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di sini. Di daerah ini. Semuanya terlalu perit untuk diterima. Segera dikemaskan barang-barangnya. Pakaian dan kesemua sijil yang disimpan, beg tangan dan laptop yang dimilikinya. Mujur, itu semua milik peribadinya dan tidak dikongsi dengan siapa pun. Selesai berkemas, segera dia menulis surat letak jawatan. Dia ingin pergi jauh. Jauh dari semua orang. Jauh yang mungkin. Agar boleh dilupakan apa yang telah terjadi. Surat letak jawatan ini akan diserahkan kepada pak guard dalam perjalanan nanti. Biarlah dia dihina masyarakat di sini. Sudah ditakdirkan sama ada dia masih kekal bekerja atau tidak, maruahnya sudah hilang. Dia harus pergi. Pergi dan tidak mungkin kembali sementara tidak ada orang di sini yang melihat pemergiannya. Kau kejam Alisa Dengan tangisan dalam hati yang masih berbeku, Hafiqah mengangkut barangbarang peribadinya ke dalam Perodua Kancil milik adiknya yang digunakan semenjak setengah tahun yang lalu. Dia masih belum mampu untuk memilikinya sendiri. Mujur ada Uda. Uda tolong izinkan Angah pinjam kereta Uda ni ya? Keluar dari perkarangan rumah yang telah mencipta kenangan kejam ini untuknya membuatkan hati Hafiqah bertambah sebak. Nurul Hafiqah, bawalah dirimu jauh dari sini. Kau layak untuk mengecapi bahagia seperti mereka.

21

SUDAH hampir 3 bulan Hafiqah bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Rizan. Sepanjang berkhidmat, barulah Hafiqah mengenali kerenah dan perangai setiap penghuni di Villa Kasih. Walaupun mereka kaya, tapi mereka tidak sombong hatta dengan orang gaji. Itulah yang membuatkan Hafiqah merasakan dirinya selamat untuk terus tinggal di sini. Tambahan pula, dia juga tidak keluar ke mana-mana dan dengan cara itu, rahsianya kekal dan tidak diketahui. Encik Hariez pula tidak menyusahkan dirinya. Kadang-kadang mereka terserempak di villa itu. Tidak pula dia ambil kisah dengan aktiviti harian lelaki yang seorang itu. Biarlah dia dengan dunianya, asalkan dia bahagia. Hafiqah sedar, dia hanya menumpang di rumah orang. Sehingga kini, Hafiqah banyak belajar memasak dengan Mak Teh, orang gaji veteran di Villa Kasih. Petang-petang dia diajar membuat kuih kegemaran penghuni di villa tersebut. Barulah dia tahu, Tuan Rizan dan Encik Hariez suka makan jemput-jemput kentang dicecah dengan sambal kicap. Puan Hazrina pula suka makan puding jagung, manakala Puan Azrin, kakak Encik Hariez suka makan kuih pengat. Untuk Encik Hafiz, anak sulung keluarga itu, dia sememangnya tidak cerewet dalam bab makanan. Tapi bila dihidangkan kuih koci, memang boleh dihabiskan semuanya seorang. Airin, adik yang bongsu pula tidak begitu gemar dengan makanan tradisi. Dia begitu gemar membuat spageti goreng kegemarannya walaupun usianya baru mencecah 15 tahun dan bakal menduduki PMR pada tahun ini.

22

Itulah rutin Hafiqah semenjak 3 bulan yang lalu. Tanpa ragu-ragu dia diterima bekerja di sini. Hubungannya dengan Airin juga rapat kerana sering mengajar Airin memasak spageti kegemarannya. Al-maklumlah, Hafiqah mahir memasak spageti ketika di zaman kolejnya. Tetapi itu masih kekal menjadi rahsia hidupnya. Tiada kolej, tiada kerjaya. Dia sebagai Nurul Hafiqah yang baru. Yang menjadi pelarian di dunia sendiri. Orang gaji kepada Tuan Rizan dan Puan Hazrina di Villa Kasih. Hah! Tak ada kerja lain ke? Berangan saja kerjanya. Kak Fiqa ni tak bosan ke berangan je? Sambil tangan mencapai jemput-jemput kentang yang sedang ditoskan minyaknya di dalam bekas, sempat lagi Airin memeranjatkannya. Hariez yang berada di belakangnya juga tidak disedari kehadirannya. Akak teringatkan Abang Hariez ya? Keningnya diangkatkan sebelah. Airin jangan mengarutlah. Ada pulak ke situ. Akak tengah merancang masa depan ni. Sambil itu, tangan masih ligat menggoreng jemput-jemput ke dalam kuali. Iyalah tu. Fikirkan Abang Hariez pun masa depan jugak. Pandailah dia. Ni ha, akak fikirkan macam mana nak ajar Airin basuh baju, masak nasi, lauk pauk. Ni untuk masa depan Airinlah. Bukan masa depan akak! Dengan sengihan di bibir dia mengangkat tangan. Buat apa masa depan Airin pulak. Airin baru 15 tahun. Baru nak ambil periksa tahun ni. Tak baik tahu akak paksa-paksa Airin kahwin. Akak tu, nak jadi orang gaji sampai bila? Kahwin je dengan Abang Hariez tu. Dah kaya dah. Boleh dia makan jemput-jemput kentang tiap hari. Papa pun merasa sama. Tangan masih lagi menyuakan jemput-jemput ke mulut.

23

Airin ni dengar dek abang Hariez kamu tu, malu tau akak. Akak ni orang gaji kamu je tau. Kalau setakat nak makan jemput-jemput kentang, tiap hari akak dan Mak Teh boleh buatkan. Tak payah tunggu dia kahwin dengan akak pun tahu. Hafiqah malu berbicara soal Hariez. Dia sedar diri. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia juga yang malu sendiri nanti. Iyalah tu. Nanti kak Azrin balik dia kata nak ajak akak keluar sekali. Jom kak. Kita jalan-jalan. Mesti akak bosan duduk dalam rumah saja kan? Jomlah ye. Kan Abang Hariezi? Mahu tercabut dibuatnya jantung Hafiqah saat itu bila nama Hariez disebut Airin tiba-tiba. Agaknya dia dengarlah tu apa yang dibebelkan oleh Airin sepanjang masa tadi. Dirasakan mukanya sudah merah saat itu. Mesti dah kembang semua salur darah di muka. Adoisi Airin ni memang nak kena tahu. Siap dia malam nanti! Dah-dah. Jom ke depan. Jangan kacau cik akak kita ni memasak. Dahlah tak reti nak tolong. Asyik menghabiskan saja. Bilalah nak habis orang tu menggoreng. Jom! Serentak itu, ditariknya tangan Airin bersamanya keluar dari dapur. Dibiarkan Hafiqah terkulat-kulat seorang diri di dapur. Masih lagi bengang dengan kejadian tadi. Bye-bye kak. Jangan celup muka yang comel tu dalam kuali sebab nak cover malu ye. Nanti Rin belikan topeng Power Rangers untuk akak tau! Sempat lagi Airin mengusik Hafiqah. Hafiqah yang sudah terbiasa dengan keletah si adik kecil itu sekadar menggelengkan kepala. Entah apalah anak orang kaya yang satu ni. Suka sangat bergurau. Aku yang malu dibuatnya. Selesai menggoreng jemput-jemput, Hafiqah membawa hidangan beserta dengan minuman ke meja taman. Memang begitulah aktiviti harian keluarga mereka di hujung

24

minggu. Hariez pun jarang ada di villa. Kalau ada pun sekadar memerap di dalam bilik dengan aktiviti tidurnya. Marilah duduk sekali kak Fiqa. Ajak Airin sambil mulutnya mengunyah jemput-jemput. Jika dahulu dia tidak begitu gemarkan sajian ini, sekarang pantang ada pasti akan disumbatnya ke dalam mulut. Sering sahaja dia mengadu berat badannya sudah bertambah. Tetapi melihatkan cara hidupnya yang malas bersenam dan asyik makan sahaja, Hafiqah jadi geli hati. Complaint aje dia. Senam malas. Tengok tu, mulut pun tak henti-henti mengunyah! Apalah akak ni. Dari dapur bawa ke luar asyik berangan saja. Dah tu ketawa sendiri. Are you okay, kak? Dengan mulut yang hampir tersembur makanan itu, Airin masih lagi mengusiknya. Airin tulah. Asyik cakap dah gemuk, dah gemuk, tapi makan saja kerjanya. Akak suruh bersukan petang-petang tak mahu pula. Geram dengan keletah Airin yang suka mentertawakannya. Betullah tu Rin. Abang tengok Airin asyik makan saja. Dulu, Airin bukan suka makanan macam ni. Sekarang abang tengok macam dah tak cukup mulut. Tengah bercakap pun boleh mengunyah lagi. Hariez yang dari tadi senyap menambah. Sesekali dia memandang ke arah Hafiqah yang masih lagi memandang Airin makan. Hariez tidak menafikan kehadiran Hafiqah dalam keluarganya ada membawa sedikit perubahan. Seluruh ahli keluarganya bagaikan menyenangi Hafiqah. Masakan yang sedap. Kemasan rumah yang teliti. Hatta anak-anak saudaranya Aiman dan Helmi juga menjadi rapat dengan Hafiqah. Tapi, sehingga kini, latar belakang Hafiqah masih lagi menjadi tanda tanya di dalam benak fikirannya.

25

Ni semua salah kak Fiqa lah! Tiba-tiba Airin membentak. Kemudian, dia tersengih. Akak masak sedap sangat. Airin tak mampu nak lawan. Hehe.. Bulat mata Hafiqah mendengarkan kenyataan itu. Eh, budak ni! Aku tak masak untuk dia karang! Akak, duduklah sini. Airin ada benda nak tanya kat akak ni. Akak ni asal dari mana ya? Tak pernah pun Airin tengok akak telefon keluarga akak. Akak ada keluarga lagi tak? Hafiqah terpempan. Soalan yang tidak mahu dia jawab. Tidak terlintas sedikit pun di hatinya Airin atau Hariez untuk bertanyakan soalan itu. Lehernya bagaikan dijerut saat ini. Hariez yang terdengar soalan berani mati Airin juga memandangnya. Sedikit sebanyak dia juga mahu tahu apa yang bersembunyi di hati gadis itu. Hafiqah masih lagi sepi tanpa kata. Akhirnya dia bangun. Akak ada banyak kerja nak buat. Saya ke belakang dulu lah Encik Hariez. Hariez juga terpempan. Itulah Hafiqah yang dibawanya ke dalam keluarga ini. Masih lagi berahsia. Tetapi, andai itu yang membuatkan dia bahagia, Hariez rela. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang kewujudan gadis itu. Rahsia yang tidak diketahui. Wajah itu sentiasa sepi tanpa kata. Hanya semenjak Airin menjadi temannya, baru terlihat perbezaan. Jika tidak, sedikit ditanya, sedikit juga jawapan yang lahir. Begitu payahnya dia mahu mendengar bibir itu berbicara. Abang, Airin ni bukan apa. Airin tahu kak Fiqa tu cuma orang gaji tapi, Airin suka kawan dengan dia. Abang pun tak kenal sangat dengan dia. Abang jumpa masa kami ke Pulau Tioman hari tu. Bukan dia kawan abang pun.

26

Kak Azrin kata nak ajak kita jalan-jalan minggu depan. Kita bawa kak Fiqa sekali ya? Boleh ya? Dipandang raut adik yang seorang tu. Penuh mengharap. Okey. Abang tak kisah. Tapi jangan libatkan abang ye kalau papa tanya. Sertamerta Airin menganggukkan kepala.

FIQA, nanti tolong kemaskan bilik saya ya? Nanti malam dalam pukul 9 ada kawan saya nak tumpang tidur di bilik saya. Kalau ada baju yang bersepah-sepah tu awak basuh sajalah ya. Kemas apa-apa yang patut. Selesai berkata-kata Hariez terus berlalu meninggalkan Hafiqah yang masih terpinga-pinga. Apa sajalah orang tua ni. Sedap-sedap dia saja kalau nak bagi arahan tu. Last minute baru nak suruh kemas. Dah pukul berapa ni? Mata dikerling ke arah jam dapur yang tergantung di dinding. Pukul 630? Bagai lipas kudung, Hafiqah mencari bakul dan vakum untuk dibawa ke bilik Hariez. Paling tidak pun cuma baju bersepah dan vakum sikit-sikit saja untuk sedut pasir atau buang habuk-habuk dalam bilik tu. Tetapi, buka sahaja pintu bilik Hariez bagai nak tercabut tangkai jantung Hafiqah. Mak oii..bersepah gila! Dengan bekas CD di sana sini, baju bersepah macam dah tak ada almari, plastik-plastik makanan ringan berterabur di atas lantai, ingatkan orang kaya ni macam dalam tv tu semua bilik besar-besar, kemas-kemas. Rupa-rupanya Memandangkan masa yang sudah semakin suntuk, Hafiqah terus mengumpulkan baju-baju yang berterabur di atas lantai dan kerusi. Berulang-alik dia ke dapur untuk mencari kain basahan dan plastik sampah. Patutlah orang kaya ni perlukan orang gaji,

27

sibuk sangat sampai tak boleh kemaskan bilik sendiri! Sempat lagi Hafiqah mengomel dalam hati. Hampir setengah jam juga dia mengemaskan hiasan yang bersepah sebelum dia mula mengvakum bilik tersebut. Letih juga bila buat kerja macam caca-merba ni, kena lagi bilik yang macam tongkang pecah. Sehingga kini, ini baru kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik Hariez. Dia cuma pernah masuk ke bilik Airin sahaja sebelum ini. Itupun kerana Airin memang sudah dari hari pertama dia bekerja, telah memberikan arahan untuk membersihkan biliknya. Budak kecil tu memang nampak pun pemalasnya. Hehe.. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, Hafiqah meneruskan kerjanya. Nasib baik dia seorang yang agak teliti dan teratur. Mungkin sebab itu, kemasan dan hiasan di villa itu menjadi tanggungjawabnya kini. Selesai vakum, Hafiqah menanggalkan plug vakum. Dikemaskan dan diletakkan di satu sudut. Bakul yang berisi penuh dengan baju Hariez diangkatnya. Banyak betul. Nasib baik tak ada yang kecil-kecil. Ish.. Maak! Terlepas pegangan di tangan. Mata ditutup dengan tangan. Dia ni dah kenapa hah?! Hariez tersengih. Tak teringat pula dia yang dia ada memberi arahan supaya mengemaskan biliknya tadi. Sekarang ini, dia baru sahaja selesai mandi dan apabila dia masuk ke bilik dilihatnya Hafiqah sedang bernyanyi kecil dengan gembiranya. Dia terpaku melihat keceriaan gadis kecil itu. Hatinya bagaikan diusik. Tidak sedar yang dia hanya bertuala sahaja saat itu. Mujur papa dan umi tak ada di rumah.

28

Melihatkan Hafiqah yang diam tidak bergerak, masih lagi menutup matanya dengan tangan. Lucu pula Hariez melihat aksi comel itu. Pemalu juga dia ni. Fiqa.. Sepi. Nurul Hafiqah. Encik Hariez, saya tahu saya cuma orang gaji. Tapi jangan anggap saya murah. Jangan malukan saya macam ni. Saya anggap Encik Hariez orang baik-baik. Saya cari rezeki saja di sini. Dengan wajah yang masih tunduk dan mata yang masih terpejam, Hafiqah bersuara. Ada air mata di tubir matanya. Bayangan peristiwa lalu terlayar di mata. Hafiqah, saya tak ada niat nak buat apa-apa yang jahat. Saya baru saja mandi ni. Awak dah salah faham ni, Hariez garu kepala. Alamak, dia dah salah faham ni! Adoi Macam nilah Encik Hariez. Saya minta maaf. Saya dah siap kemaskan bilik encik ni. Jadi sekarang saya nak keluar. Tumpang lalu. Tidak sedar dirinya menghalang pintu, Hariez sekadar memandang Hafiqah berdiri di hadapannya. Encik Hariez, saya nak keluar ni. Boleh beri laluan? Kalau betul Encik Hariez tak ada niat jahatlah. Sempat lagi dia memerli Hariez. Serentak itu, Hariez bagaikan tersedar dan bergerak ke sisi. Terima kasih. Namun, dengan pantas pergelangan tangan Hafiqah digapainya. Tubuh Hafiqah yang kecil itu terdorong ke belakang sementelah tangannya ditarik. Encik Hariez, apa ni? Lepaslah! Gadis itu sedikit cuak dengan perlakuan Hariez yang tiba-tiba itu.

29

Kalau betul saya berniat jahat, Hafiqah, saya dah buat masa saya bawa awak ke Tioman dulu. Saya ni baik hati tahu. Tak ada terfikir pula nak buat benda-benda jahat tu dengan awak. Sudahlah Hafiqah, pergi siapkan kerja awak tu. Kejap lagi kawan saya sampai, saya tak nak dia tengok bilik yang bersepah ni. Terima kasih daun keladi. Lain kali tolong lagi ya. Jangan segan-segan. Di hujung kata-katanya sempat lagi dia menghadiahkan sebuah senyuman. Sekadar melegakan hati sang gadis. Pegangan tangan dileraikan. Saat memandang mata Hafiqah, ada satu perasaan aneh yang singgah di hati miliknya. Cinta? Takkanlah! Sayang? Eh, mana ada! Lupakan perasaan ini. Terkocoh-kocoh Hafiqah keluar dari bilik itu. Semakin dia lama di bilik itu, semakin dia teringat akan peristiwa hitam itu. Selebihnya dia malu dengan Hariez kerana memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Berdosa sungguh aku dengan dia tu. Kenapa dia masih tidak boleh melupakan kata-kata penghinaan tersebut? Hafiqah berteleku di sudut bilik. Mujur bilik tersebut tidak dikongsi dengan orang lain. Walaupun kecil tetapi tetap selesa dan kemas. Setelah lama berfikir, akhirnya Hafiqah bangun dan menuju ke bilik air. Baik aku mandi dan solat. Tenangkan jiwa yang semakin bergelodak ni. Duhai hati, lukamu masih belum kering lagi walaupun tidak berdarah. Ya Allah, kau berikanlah ketenangan dalam jiwaku yang berduka ini. Andai aku berdosa kepada-Mu, Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Aku hamba-Mu menumpang di bumi yang fana. Bantulah diriku dalam menghadapi hari-hari yang mendatang ini, Ya Rabbul-alamin

30

JAM 830 malam, dua dari empat teman Hariez yang pernah membantu Hafiqah dulu tiba. Air dihidangkan kepada mereka walaupun tahu mata mereka memandang ke arahnya. Tidak selesa dengan pandangan mata mereka, Hafiqah dengan segeranya menuju ke dapur. Boleh tahan dia gelabah. Aku baru je tengok dia. Laju mencicit ke belakang. Haha.. Fariez ketawa besar sebaik sahaja Hafiqah hilang daripada pandangan. Dia memang macam tu. Pemalu. Dengan aku pun bukan dia bercakap sangat. Airin okeylah. Budak tu pun memang terkenal dengan kepoh dia tu. Hariez membuang pandang ke kaca televisyen. Ikmal pula hanya tersengih-sengih. Eh, Abang Im dengan Abang Fariez! Dah lama sampai? Airin yang kebetulan baru turun dari tingkat atas menegur. Di tangannya ada beberapa buku latihan dan bekas pensil. Baru saja. Rajin Airin belajar ya? Ni nak tengok t.v. ke? Fariez berbasa-basi. Airin agak rapat juga dengannya. Airin menggeleng. Airin nak pergi bilik kak Hafiqah. Nak minta dia ajar Airin subjek matematik tambahan ni. Airin tak secekap dia. Fariez dan Hariez saling bertukar pandang. Iya? Mana Airin tahu ni? Ditarik gadis sunti itu agar duduk di sebelahnya. Walaupun usia sudah menjangkau 15 tahun tetapi tingkah kebudak-budakan Airin menyebabkan dia masih dilayan seperti anak kecil oleh orang-orang di sekelilingnya.

31

Mestilah. Kak Hafiqah tu dulu dia SPM 8A tau. Dia ada degree in Business Admin lagi. Hehe.. Sambil mendabik dada, Airin bercerita. Bangga kerana mengetahui sesuatu tentang Hafiqah. Ish, Abang Hariez ni. Airin ada nampak dekat dalam fail kak Hafiqah hari tu masa Airin cari barang dalam bilik dia. Airin nampak sijil SPM dia. Janganlah ingat Airin geledah barang dia pulak. Ingat Airin ni James Bond ke? Cepat-cepat Airin menjelaskan sebaik terpandangkan mata Hariez yang sudah membulat kepadanya. Wow! Degree in Business Admin! Degree apa tu? Kau ni bagi gaji dia berapa ha? Orang gaji ada degree. Dahsyat betul kau cari orang gaji. Ikmal bagaikan tersampuk hantu. Hariez pula terdiam. Siapa dia ni sebenarnya? Apa motif dia? Ada degree tapi masih nak bekerja sebagai orang gaji. Tak pernah keluar dari villa pula tu. Manalah Hariez tidak pelik. Sepanjang perkenalannya dengan ramai gadis, tidak ada satu pun yang tidak berminat untuk punya gaji besar, kereta sendiri, dan teman lelaki yang kacak. Ada degree sekadar untuk melengkapkan hidup tetapi berlainan benar dengan gadis yang mereka jumpai ini. Tidak ambil peduli dengan penampilan, gaji yang kecil, jawatan sebagai orang gaji, tiada kereta, tidak keluar shopping dengan teman-teman apatah lagi untuk bergaya dan mencukur harta lelaki. Pakaian pun sekadar t-shirt buruk, seluar slack panjang dan bertudung ala kadar. Wajah pun tidak dioles dengan bedak make-up seperti gadis-gadis lain. Benar, dulu dia memang ada merasakan bahawa Hafiqah cuma mahu berkenalan dengan lelaki-lelaki kaya dan kemudian cuba untuk mengambil kesempatan. Tetapi

32

setelah diamati semenjak kehadirannya di Villa Kasih 3 bulan yang lalu, dia yakin gadis itu seperti sedang melarikan diri daripada sesuatu. Kalau lari dari bebanan hutang, tak mungkin dia tak kisah tentang gaji. Kalau dia lari dari teman lelaki, takkan dia langsung tidak menghubungi ahli keluarganya seperti yang diceritakan Airin. Dan jika dia lari dari keluarga, atas alasan apa dan tidakkah dia punya kawan yang boleh diharapkan? Umi dan papa kau pergi mana? Ikmal memulakan bicara malam itu. Hariez menjemput mereka tidur di Villa Kasih malam itu memandangan Tuan Rizan dan Puan Hazrina tiada. Umi aku ikut papa aku pergi seminar di Langkawi. Bosan aku tinggal berdua saja dengan si Airin tu. Tu pasallah aku panggil kau orang ni datang tinggal sini. Jelas Hariez. Dulu kau bukan main rapat lagi dengan Airin, takkan sekarang dah ada individu baru dalam rumah, jadi bertambah bosan pula? Dah beralih kasihkah Airin? Dengan tawa, Fariez menyampaikan perlinya. Kau tengoklah tadi tu. Macamlah aku ni tak pandai matematik. Dengan orang gaji juga dia minta berguru. Apa punya adiklah budak kecil tu. Buat hilang muka saja aku dengan Hafiqah tu. Hariez mencebik. Sebenarnya dia tidak mahu bersendirian dengan Hafiqah sahaja walaupun masih ada Airin. Mak Teh pun selepas makan malam pasti pulang ke rumahnya dengan anak saudaranya, Ain. Semenjak akhir-akhir ini, dia suka melihat Hafiqah. Dia boleh saja menonton televisyen di ruang atas tetapi dia memilih untuk berada di ruang tamu bawah. Tingkah laku yang amat cermat dalam berbicara, tidak ayu tetapi amat sopan. Very mysterious!

33

Kau tak takutkah kalau tiba-tiba kena tinggal berdua dengan Hafiqah tu? Hanya berdua? Ikmal bersuara dalam senyum sumbing karatnya. Mengarutlah engkau ni. Mana ada si Airin tu nak tinggalkan kakak sayang dia tu dengan aku. Aku ni yang dia tak percaya kau tahu! Kenyataan itu menambahkan ketawa Fariez dan Ikmal meletus lagi. Begitu sekali sukanya Airin kepada Hafiqah? Aku ingat nak suruh orang siasat latar belakang Hafiqah tu. Rahsia sangat sampai satu apa pun aku tak tahu tentang dia. Lagi-lagi dia tu ada ijazah dan SPM. Semua tu merisaukan aku. Tak pernah telefon keluarga, tak ada kawan-kawan. Macam sebatang kara. Kereta dia tu pun, kalau tak silap aku masih lagi tersadai di bengkel yang kita hantar tu. Hariez berfikir sejenak. Lagipun, ada sesuatu tentang dia tu yang buat aku nak tahu lebih lagi. Mungkin kau orang kata aku ni dah gila, tapi aku rasa aku macam dah sukakan dia. Wajah Hariez ditenung dalam Fariez dan Ikmal. Pengakuan berani matikah itu? Hariez, macam nilah. Apa kata kau upah penyiasat persendirian? Mana tahu boleh dapat maklumat lagi cepat. Lagipun dah tiga bulan dia tinggal di rumah kau. Parents kau pun macam dah suka dia. Mungkin kena caranya, mereka boleh setuju kalau kau nak ambil dia jadi isteri kau. Ikmal memberikan pendapat. Isteri? Kau ni dah jauh sangat berfikir. Belum sampai tahap tu lagilah. Aku baru cakap aku sukakan dia. Bukan cinta. Hariez menafikan. Betul, suka bukan cinta.

34

DASAR perempuan murahan! Berambus kau dari rumah ni! Serentak itu, Hafiqah membuka matanya. Subhanallah, aku bermimpi rupanya. Tanpa sedar, air jernih itu kembali bertakung. Hafiqah cuba membangunkan diri, namun kepalanya dirasakan amat berat. Diraba dahinya. Panas! Aku demam ke ni? Demi melegakan tekak yang amat haus, Hafiqah tetap menggagahkan diri untuk bangun ke dapur. Nasib baiklah biliknya terletak di belakang dapur. Jadi, tidak sukar untuk dia ke sana mendapatkan minuman. Aduhai, kenapa sakit sangat kepala aku ni? Hafiqah memicit-micit kepalanya yang berat. Setibanya di ruangan dapur, Hafiqah menuju ke kabinet yang menyimpan ubat-ubatan. Diambilnya 2 butir panadol dan diteguk secawan air. Kerana terlalu berat, Hafiqah terduduk di sisi kabinet dapur. Suatu ketika dahulu, apabila dia demam, pasti mak dah abah akan sibuk bertanyakan, Kepala demam lagi ngah? ataupun Cuba tengok ubat abah atas peti tu dan yang paling dahsyat sekali bila abah sudah siapkan ubat dan air untuk dimakan kerana yang pasti Hafiqah memang seorang yang penakut dalam hal makan ubat. Bukan dia tidak mahu menghubungi keluarga atau teman-temannya, tetapi Hafiqah malu. Dia pernah membuka Facebook menggunakan komputer riba Airin tetapi, apa yang dibacanya amat menyayat hati. Nurul Hafiqah aka Miss Hafiqah is not a virgin anymore. Miss Hafiqah is missing due to loss of dignity. Nurul Hafiqah is being punished by her own family.

35

Dan macam-macam lagi. Yang paling teruk, Hafiqah, jangan kembali pada keluarga ini. Bagi kami, kamu dah mati. Biarpun tidak bernisan, tetapi kewujudan kamu tiada ertinya pada kami. Tidak cukup dengan itu, saat dia menghidupkan talian mudah alihnya, pelbagai mesej menderu-deru masuk. Dia berdoa agar mesej pengampunan dan kasih sayang dari mak dan abah atau dari adik beradiknya yang masuk. Tetapi, Hafiqah, kami tak tahu daripada siapa kamu dapat perangai buruk kamu tu. Tapi abah memang dah tak mampu nak terima kehadiran kamu dalam keluarga kita. Pergilah Hafiqah. Abah ampunkan dosa kamu. Tetapi jangan kembali lagi, sebab abah tak mampu melihat wajahmu lagi. Sesungguhnya, hati Hafiqah bagai dirobek-robek dan maruah dirinya bagai disiatsiat dan tanpa rasa simpati dibuang ke jalan agar dipijak orang ramai. Hafiqah sedih. Kata-kata itu senantiasa menemani tidurnya. Menjadi mimpi ngeri pada setiap malamnya. Sampai bila dia harus begini? Sampai bila dia harus dikejar kenangan silam itu? Hafiqah teresak di sudut kabinet. Dia terlalu lemah saat itu. Lemah untuk melakukan apa sahaja. Walaupun untuk berjalan ke bilik. Pandangannya semakin berbalam-balam dan akhirnya Hafiqah diam di dalam gelap malam.

FARIEZ yang kehausan di tengah malam itu perlahan-lahan bangun untuk ke dapur. Entah kenapa, tekaknya begitu kehausan. Sampai di ruangan dapur yang gelap, dia mencari-cari suis lampu. Namun, kedengaran suara tangisan seseorang di hujung dapur

36

dan akhirnya senyap. Berderau juga darah Fariez. Tetapi sebagai lelaki, dia masih memberanikan diri mencari suis lampu. Masya Allah! Hafiqah! Dengan segera dia mendapatkan gadis yang sudah tidak sedarkan diri itu. Fariez agak terpaku dengan keadaan Hafiqah yang tidak bertudung dan terbaring di tepi kabinet dapur. Cantik. Sempat lagi Fariez memuji kebesaran Ilahi. Tangan Hafiqah disentuhnya. Panas! Tubuh Hafiqah segera dicempungnya. Ringan sahaja jika dibandingkan dengan tubuhnya yang tegap itu. Satu rasa yang tidak pernah dialami mengalir dalam dirinya. Inilah kali pertama dia berada sebegitu hampir dan dekat dengan seseorang wanita yang bukan muhrim seumur hidupnya. Wajah dan desah nafas yang amat hampir itu membuatkan dia hilang seketika dari dunia yang nyata. Fariez membuka mata. Tubuh Hafiqah yang kini berada di dalam pangkuan dihantar ke biliknya dengan teliti agar tidak menyedarkannya. Diletakkan di atas katil dengan lembut agar demam yang terasa tidak ditambah dengan sakit di badan lagi. Ketika dia mahu berpusing menuju ke dapur, dia mendengar jeritan halus dari Hafiqah. Tolong abah. Angah tak salah. Ampunkan Angah. Angah kena fitnah Bah. Mak, Angah banyak buat dosa dengan mak. Tapi, Angah tak pernah malukan mak. Jangan buang Angah dari hidup mak. Angah rindukan mak. Tangisan yang lebih kuat dari tadi mula kedengaran.

37

Fariez yang agak panik terus duduk di sisi katil Hafiqah dan cuba menyedarkannya. Hafiqah, bangun. Awak meracau ni. Tubuh kecil itu digoncang sedikit. Abah, Angah minta ampun dari abah. Jangan buang angah macam ni. Angah sakit. Hati ni menderita. Angah sayang abah. Pegangan Fariez ditepis tetapi dengan tibatiba juga tubuh itu dipeluk kuat. Fariez terpempan. Angah janji, Angah takkan pernah sakiti hati keluarga kita. Angah takkan tinggalkan mak dan abah lagi. Teresak-esak wajah di dalam dakapannya. Tidak sedar. Dan akhirnya senyap. Dengan perlahan-lahan, Fariez membaringkan tubuh Hafiqah yang lesu ke pembaringan. Lama ditatap wajah itu. Inilah kali pertama dia melihat Hafiqah tanpa tudung. Ketika di hospital dahulu, Hariez meminta agar jururawat yang bertugas agar memakaikan tudung untuk Hafiqah. Tetapi, hari ini, pada jarak yang amat rapat ini, Fariez melihat wajah itu sedalam-dalamnya. Fariez tahu dia salah saat ini. Dengan cepat dia bangun dan keluar dari bilik itu. Namun, sekali lagi dia terperanjat melihat Hariez sedang meneguk air di depan mata. Apa kau buat dalam bilik Hafiqah? Jerkahan itu walaupun perlahan tetapi cukup menampar pendengarannya. Aku angkat dia jatuh di dapur tadi. Kau jangan tipu aku Fariez. Sungguh! Aku nampak dia terbaring di tepi kabinet tadi dalam gelap. Dia demam panas tu! Salah ke? Suara Fariez sedikit meninggi. Bukan kerana cuba menegakkan benang yang kelihatan basah pada pandangan orang lain tetapi kerana cara Hariez yang seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya sebagai teman baik.

38

Demam? Kau biar betul?! Hariez terus menerpa ke bilik Hafiqah. Dilihatnya Hafiqah sedang tidur dengan wajah yang amat lesu. Diletakkan tangan ke dahi. Memang panas. Segera dia keluar dari bilik kecil itu dan mengambil tuala kecil dan dibasahkan sedikit. Diperah airnya agar tidak menitis dan kemudian masuk semula dan diletakkan ke dahi Hafiqah. Kipas di dalam bilik itu dibuka semaksimumnya dan diselubungkan tubuh Hafiqah dengan selimut. Macam mana kau boleh nampak dia? Entah. Aku buka lampu tadi masa nak ambil air. Nampak-nampak sahaja dia terbaring tak sedarkan diri. Terus aku angkat dia letak dalam bilik. Panas juga tu. Kalau tak elok esok pagi, aku rasa kita hantar dia ke kliniklah. Fariez memberikan pendapat. Apa-apa hal kita tunggu esok saja. Jomlah, kita tidur balik. Bila dilihatnya Fariez masih dengan muka risau seolah-olah mahu menemani Hafiqah tidur, dengan selambanya tangan teman itu ditarik. Ada juga yang tak tidur ni.

39

PAGI itu, Hafiqah bangun dengan penuh ketenangan. Mimpi yang dialami sungguh indah dan memberi satu semangat baru kepadanya. Abah dan mak dah maafkan aku. Walaupun cuma dalam mimpi, tapi itu dah cukup bagiku. Akan aku ingat mimpi itu sampai bila-bila. Walaupun demam yang dirasakan masih belum betul-betul sembuh, Hafiqah tetap bersemangat meneruskan kerja hariannya seperti biasa. Malah bernyanyi-nyanyi kecil walaupun lirik yang dinyanyikan entah apa-apa. Bakul yang berisi pakaian yang telah diperah mesin itu diangkat ke ampaian. Hari yang cerah. Satu demi satu helaian baju disidai. Bibir yang comel itu terus menyanyi tanpa menyedari ada mata yang memerhati. Come stop your crying It will be all right Just take my hand Hold it tight I will protect you from all around you I will be here Don't you cry For one so small, you seem so strong My arms will hold you, keep you safe and warm

40

This bond between us Can't be broken I will be here Don't you cry 'Cause you'll be in my heart Yes, you'll be in my heart From this day on Now and forever more You'll be in my heart No matter what they say You'll be here in my heart, always Why can't they understand the way we feel They just don't trust what they can't explain I know we're different but, deep inside us We're not that different at all And you'll be in my heart Yes, you'll be in my heart From this day on Now and forever more Don't listen to them

41

'Cause what do they know We need each other, to have, to hold They'll see in time I know When destiny calls you You must be strong I may not be with you But you've got to hold on They'll see in time I know We'll show them together 'Cause you'll be in my heart Yes, you'll be in my heart From this day on, Now and forever more Oh, you'll be in my heart No matter what they say You'll be in my heart, always Always

Sehingga tamat lagu itu dinyanyikan. Hafiqah menujukan lagu itu kepada mak dan abahnya. Gila juga aku ni kalau dah happy sangat. Nasib baik pagi-pagi macam ni

42

orang di rumah ni belum bangun lagi. Kalau tak, malu juga aku mereka dengar suara aku yang sumbang ni. Hehe.. Dah lama jadi artis? Satu suara kasar kedengaran betul di belakang Hafiqah. Terhenti segala perlakuannya. Boleh tahan suara awak. Mana belajar menyanyi? Sambungnya lagi. Maaf kalau suara saya mengejutkan encik. Hafiqah sedaya-upaya tidak mahu memandang empunya suara. Tak pusing pun dia sudah tahu siapakah tuannya. Awal awak bangun? Demam awak dah okey? Lelaki itu masih lagi bertanya. Mungkin dia berjalan-jalan untuk mengambil angin pagi. Pelik betul mamat ni! Tiba-tiba rajin bangun pagi-pagi buta ni. Baru pukul 7! Saya okey je. Mana ada saya demam encik. Hati lelaki Hariez berbunga. Dah panjang sikit ayatnya. Encik nak sarapan ke? Saya belum siapkan lagi sebab selalunya encik sarapan pukul 830 pagi. Tak mengapa. Saya pun saja terbangun awal sebab dengar orang menyanyi dari tadi. Nak tidur balik rasa macam rugi saja. Saya pun jalan-jalan di belakang ni. Gadis itu masih lagi meneruskan kerjanya menyidai pakaian. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Hariez. Mungkin masih lagi malu mengenangkan Hariez mendengar suaranya menyanyi. Tidak perasan bahawa setiap tingkahnya menjadi perhatian Hariez. Saya ke dalam dulu ya encik. Bakul baju yang telah kosong diangkat bersama. Hm, Hafiqah Serta-merta itu langkah Hafiqah terhenti. Tubuhnya dipusingkan menghadap Hariez. Demam awak betul ke dah okey ni? Wajah pucat gadis itu diperhatikannya.

43

Hafiqah diam. Mana dia tahu aku demam? Senyuman kosong dilemparkan kepada Hariez. Saya dah makan ubat tadi. Sekarang ni dah okey. Dah tak apa-apa lagi. Boleh saya sambung kerja saya? Melihat Hariez membalas senyumannya, Hafiqah terus masuk ke dapur untuk memulakan kerja memasak pula. Sebelum ni awak kerja di mana Fiqa? Hariez mengekori Hafiqah dengan ekor matanya. Di pagi yang sunyi itu, di kala penghuni lain di rumah itu masih belum terjaga dari lena, dan Mak Teh yang belum tiba, Hariez menggunakan peluang itu untuk mencungkil sedikit rahsia tentang Hafiqah. Kerja kilang. Panjang itu sahaja. Belajar di mana? Lepas SPM terus kerja. Diam lagi. Airin kata awak ni degree holder in Business Admin. Boleh saya tahu apa maksudnya tu? Geram dia dengan jawapan yang lahir tadi. Aku nak tengok jauh mana kau nak berahsia. Hafiqah mula rasa terjerut. Manalah budak kecil tu tahu aku ada degree ni Ersaya Kenapalah asyik kena sembur saja dengan Encik Hariez ni? Yang dia ni pula kenapa nak sibuk-sibuk hal aku? Hafiqah, saya ni bukan nak menyibuk hal awak. Tapi, awak dah tinggal dengan keluarga saya hampir 3 bulan tau! Satu benda pun kami tak tahu tentang awak. Entahentah awak ada niat jahat ke dengan kami. Saya cuma nak berhati-hati. Lagipun, saya yang recommend awak bekerja di sini. Hariez sekadar mengingatkan Hafiqah. Dalam masa yang sama dia seronok mengenakan Hafiqah.

44

Saya berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Mersing. Saya tinggal bersama kawan saya dan sekarang saya bekerja di Villa Kasih. Umur saya 23 tahun ini dan saya baru bergraduat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan peringkat Sarjana Muda tahun lepas di UPM. Saya lahir pada 25 Mei di Johor. Saya rasa cukuplah dengan maklumat yang saya dah beri pada encik tu. Mungkin encik perlukan resume penuh saya? Atau mungkin encik sudah tidak perlukan khidmat saya di sini? Hafiqah jelas terasa dengan kata-kata Hariez. Hariez serba-salah. Bukan niat di hati untuk menyakiti gadis itu. Tetapi sekadar untuk berbual-bual. Encik, kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak encik ke depan. Saya rasa tak boleh buat kerja kalau encik terus-terusan di sini tanya macam-macam soalan. Satu senyuman ikhlas dilemparkan kepada Hariez. Hariez terkesima. Gadis di hadapannya ini tidak pernah marah. Setiap tuturnya begitu teratur dan dijaga agar tidak menyakiti hati orang lain. Teman lelaki ada? Hafiqah memandang wajah Hariez. Dilihatnya lelaki itu tersengih-sengih. Ada? Soalan itu diulangnya. Terkulat-kulat wajah itu dibuatnya. Apa yang encik mengarut ni? Dahlah tu. Encik ke depan ya? Hafiqah masih lagi bertutur lembut. Kenapa kak Azrin awak boleh panggil akak, Airin awak tak panggil cik tapi dengan saya awak sentiasa letak encik di depan? Terkedu lagi gadis itu. Sebab saya hormat encik. Kak Rin dan Airin awak tak hormat? Serta merta m enggelengkan kepala. Macam mana nak terangkan pada tuan aku yang satu ni?

45

Bukan macam tu. Kan encik yang selamatkan saya. Takkanlah saya nak layan encik macam saya layan kak Azrin dan Airin. Mereka tu dah macam kakak dan adik saya. Lagipun mereka kan perempuan? Hafiqah cuba menjelaskan. Saya ni awak tak anggap macam abang awak pula? Ish, kalau kau abang aku dah lama aku sekeh kepala kau tu supaya tak tanya banyak-banyak soalan yang pelikpelik macam sekarang ni. Hafiqah menggigit bibir. Geram dengan soalan demi soalan yang diutarakan. Pelik dengan sikap Hariez yang tiba-tiba ramah pagi itu. Encik Hariez ni mamai lagi eh? Itu lah, kalau mengantuk lagi, pergi sambung balik tidur tu. Saya tak kacau encik Hariez, encik pun tak kacau saya. Risau pulak saya kalau encik ni sebenarnya tengah mengigau sambil berjalan. Karang kalau tiba-tiba encik tertidur dekat dapur ni payah pula saya nak angkat. Selesai mengungkapkan kata-kata tersebut yang agak selamba kedengaran, Hariez melepaskan ketawanya. Belum pernah dia mendengar Hafiqah berkata dengan cara yang sebegitu. Hafiqah terkebil-kebil dengan aksi Hariez pagi itu. Betul ke tak betul dia ni? Jangan buat aku takutlah! Awak tu cik Fiqa oi! Seketika tawanya berhenti. Tak pelik dengan diri sendiri ke? Sebelum ni bukan main susah nak dengar awak bercakap. Tapi hari ni selamba saja awak katakan saya ya? Sengaja dia merenung ke wajah Hafiqah. Biar dia bertambah gelabah. Ish! Encik Hariez ni dah kenapa hari ni? Tak kacau saya macam selalu tak boleh agaknya. Encik Hariez duduklah kat depan ke kat luar ke, sekarang ni juga saya siapkan sarapan ya? Tak kacau dia macam selalu? Suka betul dia kalau aku biarkan dia tenang.

46

Saya bosan. Orang lain semua tengah tidur. Awak saja yang dah berjaga. Awak sajalah yang boleh saya ajak berbual. Pergilah tidur balik! Macam tak biasa tidur bangun lewat pulak! Saya rasa saya dah banyak tidur sebelum ni. Tiba pagi ni tak boleh nak tidur pula. Awak tahu kenapa? Hafiqah sekadar menjungkitkan bahu. Manalah aku tahu. Mata dia tanya orang pulak! Sebab pagi tadi ada orang menyanyi. Dahlah sumbang, kuat pulak tu! Meletus tawa Hariez pagi itu. ENCIK HARIEZ!!!!!! Hafiqah sudah mengejar lelaki itu. Geramnya aku!!!!!!!!

47

HAH! Tengok apa tu? Airin yang entah dari mana datangnya muncul tiba-tiba. Hampir terlepas aiskrim Aiman yang berada di tangan. Kak Azrin dan suaminya entah sudah ke mana. Tinggal dia menjaga Aiman dan Helmi di foodcourt. Airin ni kalau tak terperanjatkan akak memang tak sah agaknya. Suka sangat kalau akak kena heart attack. Marahnya sambil tangan yang satu lagi mengurut dada. Senak dengan tingkah gadis sunti yang suka menyakat itu. Akak tu yang suka sangat berangan. Orang lain pun berangan juga tapi tak adalah sampai tak nampak orang keliling. Nak kata ada boyfriend tak pulak! Airin masih tersengih-sengih menayangkan sebaris gigi yang cantik. Akak bukan berangan tapi tengok orang yang lalu lalang ni. Tidak sedar bila pula Hariez muncul lalu duduk di sebelah Hafiqah. Aiskirim Aiman yang dipegangnya diberikan semula kepada anak kecil itu. Helmi yang masih menggunakan kereta bayi dicubit-cubit pipinya. Dia memang sukakan kanakkanak dari dahulu lagi. Jadi, Hafiqah memang tidak keberatan untuk menjaga kedua-dua anak itu. Petang itu, Kak Azrin dan Abang Hakimi mengajak mereka ke Mid Valley. Memang itu perancangannya semenjak minggu lepas lagi. Tetapi setibanya di sini, Kak Azrin dan Abang Hakimi telah menghilangkan diri meninggalkan dia dan Airin untuk menjaga dua anak kecil mereka.

48

Namun,

Hafiqah

tidak

keberatan.

Memang

itulah

pentingnya

mereka

mengajaknya. Apa guna ada orang gaji kalau mereka juga yang jaga. Hehe.. Jom ikut Airin cari butik ni. Auntie Mell cakap baju kurung di sana cantikcantik. Tangan Hafiqah dipegangnya sambil tangan yang satu lagi mengunjukkan sekeping kertas iklan. Hariez sekadar memandang mereka. Airin pergilah. Akak duduk sini jaga Aiman dan Helmi. Ajak Encik Hariez. Sengaja dia menyebut nama Hariez agar lelaki itu beredar bersama Airin. Hafiqah jadi tidak betah dengan kehadiran lelaki yang satu ini. Semenjak peristiwa seminggu yang lalu, tingkahnya begitu berlainan daripada biasa. Menjadi ramah secara tiba-tiba. Akak ikut sekalilah ya. Boleh belikan baju untuk akak sekali. Airin senyum meleret. Entah kenapa dia bersungguh-sungguh mengajak Hafiqah bersama. Padanya, rugi petang itu ke mari jika sekadar duduk di foodcourt. Ikut sajalah gerak si Airin ni Fiqa. Awak pun bukan selalu dapat keluar macam ni. Lembut sekali suara bisikan itu terjah di telinganya. Membulat mata Hafiqah. Serentak itu dia bangun. Tersenyum sumbing Hariez dan Airin melihatnya. Hafiqah buat tidak nampak sahaja. Cepatlah! Tadi nak jalan sangat. Kita dah bangun dia duduk-duduk lagi! Yang pasti, kulit mukanya sudah tebal saat ini. Dengan senyuman yang masih bersisa, dua beradik itu bangun dan bergegas mereka mengejar Hafiqah yang sudah menonong menolak kereta bayi Helmi sambil memegang Aiman.

49

TANGAN yang sakit dilibas dengan beg tangan yang keras itu diurut-urutnya. Itulah, tadi orang ajak duduk dalam sekali taknak. Segan konon! Kan dah kena. Hei! You ni buta ke? Tak nampak orang lalu?! Gadis itu tanpa segan silu sudah bertempik ke arahnya tanpa melihat siapa yang melanggarnya. Eh, siapa langgar siapa ni? Aku ke dia? Aku bercakap dengan kau ni! Bukan dengan tunggul. Dah langgar orang tak reti reti nak minta maaf. Ingat jalan ni kau yang punya ke?! Suara itu seperti sering didengarinya. Hafiqah kaku. Tidak berpusing untuk melihat tuan empunya suara. Dia hanya mahu lari dari situ. Mujur Helmi dan Aiman ditinggalkan di dalam butik baju itu bersama Hariez dan Airin sementara dia menunggu di luar. Melihat Hafiqah yang diam tanpa reaksi, gadis tadi menarik bahu Hafiqah kasar. Wajahnya sungguh terkejut tidak terkata. Kau Fiqa?! Perlahan-lahan matanya dibuka. Sungguh, Hafiqah tidak mahu menghadapi hari ini. The day she stood still. Hidup lagi kau di sini ya? Aku ingatkan kau dah pergi cari pak sanggup kat mana-mana. Tak malu lagi kau rupanya ya? Masih lagi keluar bebas macam biasa? Keras kedengaran suara Alisa. Wajah itu kelihatan begitu mengejek pada pandangan Hafiqah. Inilah insan yang sering berkongsi rahsia dengannya. Suka dan duka. Kenapa aku perlu malu? Apa salah yang aku dah buat? Tertahan-tahan bicara yang ingin dikeluarkan. Matanya tidak sanggup memandang ke wajah itu. Wajah yang boleh menaikkan kemarahannya. Tetapi dia tidak mampu saat ini. Cuma mahu menghilangkan dirinya sahaja.

50

Hai tak sangka aku kau ni memang tak tahu malu! Aku menyesal sangat jadi kawan kau. Dah tidur dengan lelaki, lepas tu buat tak bersalah pulak! Aku tak buat semua tu! Kau yang buat! Hafiqah menekup telinganya dengan tangan. Hariez yang kebetulan baru keluar dari butik tersebut pelik dengan Hafiqah yang sedang membelakangkannya. Kelihatan seorang wanita di hadapannya dengan pandangan yang jelik. Aku pulak! Kau tu yang tidur dengan Haziq, ingat aku tak nampak? Bukan main mesra lagi! Bibir itu mencebik. Alisa puas hati. Memang dia punya angkara. Dia memang benci dengan Hafiqah. Walaupun mereka teman baik, tetapi itu bukan halangan untuknya menjatuhkan Hafiqah. Dia benci melihatnya! Kenapa?Sinis soalan itu ditujukan kepada Hafiqah. Tangannya masih ditekupkan ke telinga. Aku tak tahu macam mana dia ada dalam bilik tu. Aku tak tahu. Hafiqah menggelengkan kepala. Tidur dengan Haziq? Siapa? Hah, yang ni siapa pulak? Mangsa baru? Nampak macam orang kaya. Oh, nak tangkap orang kaya pulaklah sekarang ni? Pandai betul kau ni bermuka-muka ya? Wajah itu masih lagi mengejeknya. Siapa? Hafiqah berpaling. Dilihat Hariez sedang memandang ke arahnya dengan satu pandangan yang asing. Menggigil seluruh tubuh Hafiqah lebih-lebih lagi teringatkan kata-kata Alisa tadi.

51

Saya bukan macam tu, encik. Saya bukan macam tu! Langkah diundur ke belakang. Kalaulah dia tidak mengikut mereka ke sini Hariez diam. Masih lagi memandangnya. Sedang Alisa sudah menuju ke arahnya yang semakin mengundur ke belakang. Encik, saya bagi nasihat. Jangan percaya pada perempuan ni. Dia ni memang suka ambil kesempatan. Tidur sama pun sanggup kalau encik offer kat dia ni. Gila hartalah katakan! Selamba sahaja Alisa berbicara sambil jarinya menuding-nuding ke arah Hafiqah. Tipu! Tu semua tipu! Hafiqah sudah tidak sanggup mendengar apa-apa lagi. Tempat ini terlalu asing baginya. Dia sudah melangkah. Bukan langkah, tetapi lebih tepat dikatakan berlari. Ya, dia mahu lari jauh dari tempat ini. Dari mereka ini. Hafiqah! Namun, Hafiqah terus berlari. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Lupa siapa dia yang sekarang. Dia dihimpit dengan kenangan lalu yang terlalu sukar dilupakan. There were days when the sun was so cruel That all the tears turned to dust And I just knew my eyes were Drying up forever

I finished crying in the instant that you left

52

And I can't remember where or when or how And I banished every memory you and I had ever made

Kenapa perlu mimpi itu muncul lagi hari ini menjadi satu kenyataan yang sukar dipadamkan? Kenapa perlu ada Hariez yang mendengarkan kata-kata nista itu dilemparkan kepadanya? Kenapa saat dia sudah mula selesa dengan hidup ini? Dia sudah hampir tiada air mata lagi untuk ditangiskan. Kenapa? Mungkin kerana dia terlupa. Terlupa asal usul diri. Dia bukan dari keluarga ini. Dia menumpang. Dia sepatutnya berada di dapur Villa Kasih. Bukan mengikut mereka berjalan-jalan di sini. Namun, layanan yang mereka berikan kepadanya membuatkan dia terlupa kepada semua itu. Hafiqah tidak layak. Langkah dihayun semakin laju. Akhirnya Hafiqah berhenti di tangga keluar. Di situ dia terduduk dan menjatuhkan diri bersama air mata yang bagaikan sudah tidak sabar untuk menitis. Hafiqah memegang dadanya yang terasa sakit. Hatinya sakit dengan kehidupannya. Sakit dengan tuduhan yang dilemparkan. Namun yang paling teruk, Hariez pasti memandang serong terhadapnya. Tanpa suara, Hafiqah menangis di sudut tangga itu. Empangan hatinya telah pecah. Tangannya ditekupkan ke telinga. Bagai terngiang-ngiang kata-kata tadi di telinganya. Cukup! Aku tak mahu dengar lagi. Cukuplah! Ya Allah, hati ini terlalu parah. Bantulah aku dalam meredakan kelukaan ini. Sesungguhnya aku begitu lemah saat ini.

53

Hafiqah masih lagi teresak di situ. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika tidak pulang ke Villa Kasih, ke mana lagi dia mahu melarikan diri? Dia sudah tewas menjadi pelarian di dunianya sendiri. Kakinya sudah tidak boleh berlari lagi. Dia benar-benar malu dengan Hariez. Kenapa dia perlu mendengar semua pembohongan itu? Pasti Hariez menganggapnya sebagai perempuan yang sanggup menjual diri demi mendapatkan harta. Hafiqah. Cepat-cepat air mata yang masih jatuh disekanya. Tidak mahu dilihat dalam keadaan yang lemah begini. Namun, dia masih tidak mampu untuk menghadapi lelaki itu. Hariez berdiri di belakang Hafiqah yang masih lagi duduk di tangga. Tanpa suara, tangan Hafiqah dipegangnya dan dipaksa gadis itu berdiri. Saya tak salah encik! Saya tak pernah buat macam tu! Mata itu berair semula. Hafiqah benar-benar terseksa saat ini. Ikut saya! Dan bagaikan satu paksaan, Hafiqah menurut. Apalah dayanya mahu melawan sedang pegangan tangan Hariez lebih kuat lagi. Tiba di kereta Hariez, lelaki itu menyuruhnya masuk. Hafiqah sekadar menurut. Entah apa yang mahu dilakukan kepadanya saat itu, Hafiqah tidak tahu. Secara tiba-tiba bahu Hafiqah dipegang erat dan Hafiqah yang masih terkejut itu cuba dicium pipinya. Melihat perlakuan tiba-tiba itu, Hafiqah segera menolak tubuh itu. Terpempan Hariez seketika. Kenapa? Marah? Takut? Awak kan memang tunggu saya buat macam ni pada awak? Awak memang nak lelaki kayakan?

54

Menggigil tubuh Hafiqah. Bukan kerana takut tetapi kerana malu diperlakukan sebegitu rupa. Sebegitu hebat kuasa fitnah. Patutlah dosa orang yang melemparkan fitnah lebih dahsyat daripada membunuh! Tanpa sepatah bicara, Hariez memandu keluar dari bangunan Mid Valley menuju ke jalanraya. Ke mana tujuannya hanya Hariez sahaja yang tahu. Hafiqah masih diam tidak bersuara. Sesekali dia membuang pandang ke arah Hariez yang menumpukan pemanduan ke jalanraya. Mitsubishi Lancer itu dipandu laju merentas jalanraya yang semakin suram di kelilingnya. Akhirnya kereta itu memasuki perkarangan Tasik Putrajaya. Hariez berhenti di kawasan yang tidak ramai pengunjung dan berlalu keluar dari keretanya. Hafiqah mengikut tingkahnya. Siapa awak sebenarnya, Hafiqah? Apa yang awak nak sebenarnya daripada kami sekeluarga? Perlahan suara Hariez. Hafiqah tergamam. Saya Nurul Hafiqah, encik. Saya cuma minta untuk bekerja sebagai orang gaji saja di rumah encik. Saya tak minta harta encik macam yang encik dengar tadi tu. Tapi awak nakkan lelaki kaya macam saya. Itu sebenarnya matlamat awak kan? Pandangannya tajam jatuh ke wajah suram Hafiqah. Saya tak minta keluarga encik layan saya macam puteri. Saya sedar diri saya orang gaji. Jadi tolong layan saya macam orang gaji encik. Bukan macam yang encik buat tadi tu. Saya tak pernah harapkan layanan yang lebih baik daripada orang gaji. Siapa saya untuk meminta encik? Encik siapa, saya siapa? Sebak hati Hafiqah.

55

Awak memang minta diri saya! Dalam hati awak, saya tahu sedikit mesti ada. Mana mungkin ada orang yang tidak ada niat untuk memiliki orang seperti saya?! Katakata dari lelaki itu semakin menusuk ke dasar hatinya. Mungkin untuk perempuan lain, ya! Tetapi tidak dia. Dia tidak punya hati lagi. Kaya atau tidak, dia bukan orangnya untuk ada impian itu lagi. Tidak pernah sekalipun hati kecilnya memikirkan lelaki itu. Betulkan? Hafiqah tidak mampu mengangkat wajahnya menentang pandangan lelaki itu. Encik Hariez, kalaulah saya ni layak untuk bermimpi yang indah-indah, mungkin itu perkara pertama yang saya akan buat sekarang ni. Sebelum ini encik asyik bertanyakan asal-usul saya, siapa diri saya, tapi encik dah buka mata dan minda encik untuk dengarkan semua tu? Sedangkan tadi pun encik dah terima bulat-bulat kata-kata orang yang encik tak kenal. Pasti sekarang ni encik dah pun anggap saya ni perempuan murahkan? Yang sanggup tidur dengan mana-mana lelaki untuk mendapatkan harta kan? Hafiqah menyeka air mata yang jatuh. Pernah saya minta duit encik? Pernah saya bermanja-manja dengan encik? Bayaran untuk hospital dan ke Tioman dulu pun encik tolak dari gaji saya bulan-bulan. Dan gaji tu, encik bagi percuma ke pada saya? Saya bekerja di rumah encik untuk gaji itu! Saya bukan duduk goyang kaki buang masa jadi mem besar di rumah encik! Kalau encik rasa gaji tu tak patut encik beri pada saya, jadi encik jangan bagi. Cukuplah tanggung makan, minum dan tempat tinggal saya. Anggap saja saya ni orang menumpang di rumah encik. Atau encik pun dah tak boleh nak tengok muka saya lagi? Halaulah saya encik. Halaulah saya. Suaranya semakin mengendur. Tenggelam dalam esakan.

56

Hariez tidak terkata apa. Memang benar. Tetapi itu mungkin satu langkah untuk gadis sepertinya mendekati lelaki kaya sepertinya. Hariez bingung. Untuk pengetahuan encik, saya memang ada degree. Saya memang ada kerja dahulu. Walaupun saya tak seberjaya kawan-kawan saya tapi saya masih mampu menanggung diri sendiri. Saya hidup dengan usaha sendiri. Tetapi, itupun masih ada yang tak puas hati dengan saya. Saya diperangkap tidur dengan lelaki yang saya kenali sebagai adik tuan rumah yang saya sewa. Saya dihina, dimaki, dibuang keluarga kerana kesalahan yang tidak saya lakukan. Maruah saya dah hilang lama encik semenjak peristiwa tu. Saya sanggup campak semua yang saya miliki untuk jadi orang gaji di rumah encik, asalkan saya ada tempat berlindung. Berlindung dari semua yang saya lalui tu. Dan mungkin lebih baik lagi kalau encik biarkan saya mati saja hari itu supaya saya tak rasakan derita yang sama ni untuk kali kedua. Sungguh hatinya sakit. Maruahnya yang baru dibina tercalar buat kesekian kali. Hafiqah menutup matanya. Dapat didengar suara-suara mengejek di sekelilingnya. Kenapa awak tidur dengan dia? Masakan awak tak tahu dia tidur dengan awak? Soalan yang berbaur perli itu bertanya lagi. Entahlah Hafiqah. Saya tak kenal awak. Awak boleh reka seribu satu cerita tentang hidup awak. Tapi, awak jangan harap awak boleh permainkan saya dengan harapan nak jadi sebahagian daripada ahli keluarga saya. Lebih baik awak buangkan harapan awak tu sekarang. Saya tak nak tengok lagi awak rapat dengan adik beradik saya. Jalankan kerja awak seperti layaknya orang gaji. Jangan menangguk di air yang keruh. Adakah itu satu nasihat? Ya, itu nasihat. Untuk Hafiqah dan juga dirinya. Hati lelaki Hariez juga merasakan sakit yang tidak tehingga saat itu. Melihat wajah sayu itu

57

membuatkan hatinya jadi tidak tentu arah. Di saat dia sudah menyenangi kehadiran gadis itu pada satu bahagian dalam dirinya, dia dihadiahkan dengan cerita kejam itu sebagai tanda perkenalan. Hariez marah semula apabila memikirkan semua itu. Dan ingat, tolong jangan beritahu pada sesiapa tentang ni. Nanti, awak juga yang malu. Lupakan semua angan-angan bodoh awak tu! Huh! Hariez merengus kasar. Dia benar-benar kecewa. Mari balik! Langkah diatur semula ke kereta. Hafiqah buru-buru mengekorinya. Mujur lelaki itu masih mahu membawanya pulang ke Villa Kasih. Jika tidak, entah ke manalah boleh dibawa diri itu pergi. Dan sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah bicara pun yang terluah. Keduaduanya melayani perasaan sendiri. Marah dan malu pada diri sendiri. Letih dengan kejadian yang menimpa diri, ditambah pula dengan kesunyian malam, akhirnya Hafiqah terlena meninggalkan Hariez dengan perasaannya.

58

HARIEZ menyandarkan kepalanya ke katil. Walaupun dia sudah menghalau bayangan gadis itu, semakin banyak bayangan lain yang muncul. Semuanya dia. Hafiqah, Hafiqah, Hafiqah! Dia ragu-ragu. Padanya Hafiqah bukan orang yang sebegitu. Tak mungkin Hafiqah orang yang semudah itu. Namun, begitu sukar untuk melupakan apa yang didengarinya petang tadi. Membuat dirinya mencari kebenaran di sebalik cerita tersebut. Hariez bangun dari katil dan menuju ke dapur. Dikerlingnya jam di dinding. Pukul tiga pagi. Papa dan umi mesti dah tidur. Perlahan-lahan dia melangkah ke dapur. Lampu dipasangnya dan kemudian matanya melilau mencari peti ais. Sesekali matanya dikerling ke arah bilik Hafiqah yang pastinya sudah berkunci itu. Apa yang pasti, hatinya tidak mahu diri dipertemukan dengan Hafiqah. Ketika waktu makan tadi pun Hariez menyembunyikan diri di dalam bilik dengan alasan sudah makan. Hafiqah, sudah makankah dia? Hariez ketuk kepala. Yang asyik nak fikirkan tentang dia tu kenapa? Cawan yang sudah kosong diletakkan ke dalam sinki tidak berbasuh. Dia tidak akan membasuhnya kecuali disuruh Airin. Adik kecilnya itu lebih garang daripada umi. Jangan tambahkan kerja kak Fiqa. Itu katanya. Dah memang itu gunanya orang gaji. Dibuka pula bahagian freezer dan dikeluarkan aiskrim vanilla kegemarannya. Perasaan yang tidak menentu itu menjadikan dia kepingin untuk menikmati aiskrim

59

tersebut walaupun pada saat yang sejuk itu. Tanpa mengambil bekas terus diceduk sedikit dengan sudu dan disuakan ke mulut. Brurr.sejuknya! Aiskrim tersebut dinikmati dengan sepenuh hati. Tadi pun dia ada nampak sebekas lagi yang baru dibeli kak Azrin. Mungkin dibeli semasa di Mid Valley tadi. Airin yang marah dengannya kerana menghilangkan diri bersama Hafiqah juga terpaksa pulang dengan kak Azrin. Memuncung bibir gadis itu dan bagai boleh diikat dengan tali. Kriuk! Pintu bilik itu terbuka. Hariez terkesima. Terhenti suapannya memandang ke wajah Hafiqah. Kelihatan pucat dan berpeluh-peluh seolah-olah dia baru sahaja berlari 5 kilometer. Hafiqah sekadar berlalu tanpa mengambil peduli kehadirannya. Terus menuju ke bilik air. Hariez meneruskan suapannya. Demam ke dia? Pucat macam hari tu. Ah, tak apalah. Esok mesti dah okey punya. Hari tu pun sama juga. Tidak lama kemudian, Hafiqah keluar semula dari bilik air dengan muka yang basah. Seboleh-boleh dia tidak mahu memandang ke arah Hariez dan dipercepatkan langkah. Hariez juga buat tidak ambil peduli dengan kewujudan Hafiqah. Dia tidak mahu melayan perasaan dan kemudian membenarkan gadis itu mencapai apa yang dihajatkan. Hajatnya untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ini. Jalan pintas untuknya mengecapi segala kemewahan yang ada. Huh! Terus terbantut selera Hariez. Dipandang ke bekas aiskrim. Tinggal lagi dua sudu sahaja untuk dihabiskan. Dah alang-alang ni, baik suap saja. Hish, geram betul aku dengan dia ni!

60

Selesai suapan terakhir, Hariez bingkas dan melangkah ke biliknya. Dibiarkan bekas aiskrim itu di atas meja. Aku takkan biarkan kau rasa selesa lagi tinggal di sini, Hafiqah!

HAFIQAH melipat telekung yang telah digunakan. Tangan mencapai Al-Quran di atas meja kecil lalu dia mula membaca ayat suci tersebut. Hatinya mulai tenang. Semenjak peristiwa petang tadi, dia asyik teringatkan katakata Alisa. Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi malah lebih teruk daripada biasa. Bangun daripada tidur, bantalnya sudah bermandikan peluh. Ketika hendak keluar ke bilik air tadi pula, dia terserempak dengan Hariez. Lelaki itu kelihatan amat bersahaja. Makan aiskrim tanpa sedikit pun memandangnya. Hafiqah tidak betah berhadapan dengan lelaki itu. Malu pada kejadian petang tadi, juga malu pada dirinya sendiri. Sebenarnya niat Hafiqah keluar dari bilik tadi untuk mencari panadol. Kepalanya sakit lagi apabila terjaga dari mimpi ngeri itu. Namun, apabila terlihatkan Hariez yang sedang enak menikmati aiskrim, terus dilupakan niatnya dan masuk ke bilik air. Setelah solat, dirasakan kepalanya mula berdenyut. Mungkin migrain lagi. Hafiqah sering sakit kepala setiap kali dia bermimpi seperti itu. Dahulu, dia cuma mengalami sakit kepala yang teruk ketika musim peperiksaan ataupun jika dia mempunyai tekanan yang boleh dikategorikan sebagai amat dahsyat. Tetapi kini, sakit kepalanya pasti diiringi demam. Mujur selepas makan panadol, demamnya itu akan kebah pada keesokan harinya.

61

Tamat satu muka membaca, Hafiqah meletakkan al-Quran kecil itu ke atas meja. Kepala yang semakin sakit itu ditekan-tekan. Dengan kain telekung yang masih terikat di kaki, Hafiqah baring perlahan-lahan di atas katil. Akhirnya, Hafiqah terlena.

62

SELESAI mengemaskan diri, Hariez terus menggapai briefcase dan kunci kereta di atas meja. Menuruni tangga dan terus menuju ke pintu utama. Kamu tak sarapan hari ni Hariez? Tegur Tuan Rizan kepadanya. Hariez berpaling. Kelihatan uminya sedang menyapu mentega ke roti sebelum disuapkan ke mulut. Airin tiada. Sudah pergi ke sekolah, barangkali. Tak sempatlah pa. Hari ni Hariez ada temu janji dengan kawan. Nak breakfast sekali. Pandangannya tertancap pada wajah itu. Hafiqah meletakkan air minuman di dalam teko ke atas meja makan tersebut. Hm, kalau dah macam tu tak apalah. Tapi Hariez jangan lupa makan tau. Begitu lembut suara Puan Hazrina kepada anak terunanya. Hariez mengangguk. Cepat-cepat dia memakai kasut dan melangkah ke kereta. Dia cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Hafiqah yang masih tidak memandangnya itu. Persetankan dia!

PINTU pejabat Hariez diketuk perlahan. Tanpa menunggu jawapan, dibukanya dan Hariez yang sedang berada di talian hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Fariez yang memahami terus duduk di hadapan Hariez tanpa dipelawa. Seminit dua kemudian Hariez meletakkan gagang. Tersenyum melihat teman yang datang. Tersengih-sengih dan lagaknya seperti dilamun cinta.

63

Pagi kawan! Dah makan? Sahlah dia dilamun cinta. Hariez melebarkan senyuman. Kau ni dah gila ke? Tiba-tiba masuk pejabat aku tanya dah makan ke belum. Tak pernah pun sebelum ni kau tanya aku. Teman itu tertawa. Tak adalah. Aku ni ambil berat akan kesihatan kawan. Nanti kau gastrik aku juga yang susah. Sengihan itu semakin melebar. Kau ni dah kenapa? Jatuh cinta? Terhambur ketawa Fariez sekali lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan. Aku? Jatuh cinta? Kau ni dah mengarut ke? Im just feeling great! Baru balik dari New Jersey. Of course lah aku gembira pagi ni. Fariez menghadiahkan mimik muka yang pelbagai kepada Hariez. Semakin pelik Hariez dengan sikap Fariez pagi itu. Ha, yelah. Ni mesti kau jumpa someone masa atas flight. Tak pun kau dah tangkap cintan dengan minah saleh kat sana ni.. Hariez terus-terusan mencucuk jarum. Tidak pernah dia melihat Fariez segembira ini kecuali ketika Fariez jatuh cinta monyet semasa di matrikulasi dahulu. So, tell me all about it friend! Janganlah nak simpan-simpan pulak! Melihatkan Hariez yang bersungguh-sungguh untuk mencungkil rahsianya, Fariez menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku dah belikan hadiah saja. Tak tahu bila nak bagi. Fariez mengeluarkan sesuatu daripada beg yang dibawa bersama. Hariez tergamam. Ini untuk awek! Perh, sejak bila pula si Fariez jadi romantik bangat ni?!

64

Dibelek-belek kotak kristal itu. Cantik. Tiba-tiba tangan Fariez menekan sesuatu pada kotak itu dan Oh my! This is very romantic! Who do you want to give this to? Hariez terpegun dengan kekreatifan kotak muzik yang diperbuat daripada kristal itu. Apabila Fariez menekan butang di luar kotak itu, keluar satu patung kristal perempuan dengan seluruh tubuhnya menari. Tidak lama selepas itu, patung lelaki pula menemani tarian sang gadis. Yang pasti, muzik yang mengiringi tarian itu adalah muzik lagu klasikal yang jarang sekali didengar di radio. Lagu ni boleh ditukar. Boleh set macam MP3. Dalam ni aku dah masukkan lagu-lagu yang aku rasa romantik untuk dihayati. Ketika itu, baru Hariez perasan MP3 set yang terletak di bahagian bawah kotak itu. Keluar beberapa perkataan yang jelas sekali menyatakan tajuk lagu yang dimainkan. Kau nak bagi pada siapa ni? Keningnya diangkat sebelah. Cemburu juga bila Fariez sudah ada teman. Tetapi bagus juga jika dia sudah bersedia untuk berumahtangga. Mana boleh bagi tahu lagi! Aku in process nak mengurat lagi lah. Bila kami dah go on steady, baru aku kenalkan dia dengan kau orang semua. Jangan takutlah. Yang pasti dia ni memang cantik pada pandangan mata aku. Cinta. Tak cantik pun jadi cantik juga. Beauty lies in the eyes of the beholder. Tak pasti sama ada luaran atau dalaman. Tetapi, Fariez selalunya memandang kecantikan luaran, kemudian barulah dia menilai kecantikan dalaman. Dia mencari seorang yang sempurna dalam hidup. Tak mungkin ada untuk mereka!

65

Hariez mengeluh. Hafiqah sebagai contoh. Luaran sedap mata memandang. Dalam hati, siapa menyangka yang dia punya niat lain. Hei, apa ni? Aku gembira yang kau mengeluh ni kenapa? Takkan sebab aku rahsiakan siapa dia kau dah merajuk dengan aku ni? Alahai, lelaki merajuk dengan lelaki tak sesuailah! Geli tahu! Menggeletik badan Fariez saat menyebut kata-kata itu. Lucu memikirkan keakraban seumpama itu walaupun dengan teman-teman rapatnya. Mengarutlah kau ni! Apa pulak aku nak merajuk dengan kau? Tak ada kaitanlah! Dah, dah. Ambil hadiah kau ni sebelum aku simpan buat harta pusaka. Kotak kristal itu diserahkan semula kepada Fariez. Tersengih Fariez mendengar kata-kata itu. Kotak kristal itu dimasukkan kembali ke dalam beg yang dibawanya tadi. Tengahari ni kau balik rumah ke makan kat luar? Hariez angkat kepala. Kenapa, kau nak belanja aku makan ke? Fariez tersenyum. Entah apa yang bermain di fikirannya kali ini. Tak adalah. Aku ada nak pergi satu tempat tengahari ni. Tak dapat join kau orang lunch sekali. Semakin melebar senyumannya. Nak aku belanja, next time lah ya? Ha, iyalah tu! Nak jumpa dengan wanita idaman tulah kan? Macam aku tak tahu. Ingatkan kau nak join kami lunch dengan Dato Zahir. Dia tu baru balik dari umrah. So, dia jemput makan tengahari ni di rumah dia. Its okay if you dont want to join us. Dalam ketawa, Hariez sempat lagi mahu menyindir Fariez. Namun Fariez sekadar ketawa, faham dengan sindiran teman yang umpama adik beradiknya sendiri itu. Penatlah aku layan kau tu. Dah tua-tua pun masih nak merajuk. Bilalah kau nak ada isteri kalau macam tu selalu. Girlfriend kau mesti pening kepala punya.

66

Langkah terus dihalakan ke pintu. Beg di tangan digenggamnya kemas. Ada misi penting tengahari ini.

67

10

ANAK kucing comel yang tidak pernah dilihat itu diberikan makanan. Dihidangkan sedikit susu. Hafiqah bukan seorang yang mesra dengan haiwan, oleh itu kucing itu sekadar dilihat dari tepi dan dibiarkan makan sendiri. Rumah besar itu telah siap dikemas sejak pagi tadi. Sekarang dia hanya menunggu Mak Teh pulang dari pasar bersama Ain. Bosan menunggu, Hafiqah bangun dan mula bergerak ke laman. Kepala yang masih pening itu sekadar dipicit kuat. Kalau diikutkan nanti makin malaslah dia. Pili dibuka dan air dipancurkan ke pokok-pokok yang terhias indah di sekeliling Villa Kasih. Luas dan cantik, itulah yang sering diucapkan Hafiqah. Seperti biasa, pada waktu seperti ini, Puan Hazrina memang tiada di rumah kerana ke rumah teman-temannya untuk aktiviti persatuan. Pak Sim pemandu pun bersamanya. Airin ke sekolah. Tinggallah dia, Mak Teh dan Ain di villa ini. Sedang enak menyiram pokok-pokok itu, Hafiqah merasakan kepalanya semakin berat. Lantas dia menggulung semula getah paip dan menutup pili air. Malangnya, tubuhnya dirasakan semakin ringan dan nyaris Hafiqah tersembam ke pasu bunga melur yang berada di situ. Segera Hafiqah mendudukkan diri di atas tanah. Subhanallah kenapa dengan kepala aku ni? Sakit sungguh! Dalam bias menahan kesakitan yang menyerang, Hafiqah sayup-sayup terdengar bunyi loceng ditekan berulang kali. Digagahkan kaki untuk berdiri, namun, Hafiqah akhirnya tersungkur dengan pandangan yang dirasakan semakin kelam.

68

FARIEZ masih lagi menekan loceng. Masakan tiada orang di villa pada waktu ini. Pasti Mak Teh atau Hafiqah sibuk di dapur. Tangan terus dibiarkan menekan loceng. Dia yakin, pasti ada seseorang di dalam. Kamu buat apa di sini Fariez? Suara menyergah daripada belakang itu hampir menerbangkan seluruh semangat Fariez yang berkobar-kobar dari tadi. Mak Teh dan Ain yang sedari tadi memerhatikan perlakuan anak muda itu sekadar tersengih. Tak pernah-pernah datang sorang-sorang tiba-tiba hari ni buang tabiat pulak! Bisik hati Ain. Eh, Mak Teh! Ain! Keluar rupanya. Patutlah dari tadi saya tekan loceng tak ada orang yang buka. Tak ada orang rupanya. Sengaja tidak mahu menjawab soalan Mak Teh. Mak Teh ke pasar tadi dengan Ain. Hafiqah ada di dalam tu. Entah apa dibuatnya anak dara seorang tu sampai tak dengar bunyi loceng. Tangannya sibuk mencari lubang kunci. Melihat kepayahan Mak Teh membuka pintu dengan segala barang di tangan, Fariez segera menawarkan pertolongan. Abang Fariez ke sini sebab apa? Tak pernah pun datang tengah-tengah hari macam ni. Peliknya! Fariez sekadar tersenyum. Tanpa bicara, langkah diatur ke pintu hadapan. Namun, telinganya menangkap bunyi sesuatu. Air? Hafiqah tengah siram pokok bunga kot Dengan senyuman sumbing masih bersisa di bibir, Fariez terus menuju ke laman. Namun,

69

Hafiqah! Fariez dengan pantas menerpa ke tubuh yang terbaring di tanah itu. Habis lencun baju gadis itu dek disiram air. Hei, Hafiqah, awak ni kenapa? Digoncang-goncang tubuh kecil itu lagi. Melihatkan tiada reaksi, pantas Fariez mencempung Hafiqah. Mak Teh dan Ain yang terpempan melihat Hafiqah yang pengsan di tengah laman sekadar memerhati. Barang-barang di tangan terus diletakkan ke atas kerusi di tepi garaj. Terkocoh-kocoh mereka mendapatkan Fariez dan Hafiqah yang masih tidak sedarkan diri itu. Mak Teh, saya bawa Hafiqah ke kliniklah. Risau pula saya tengok dia ni. Demam agaknya. Panas juga badan dia ni. Mak Teh tolong ambilkan baju dia. Nanti kena sakit perut pula. Bungkusan di tangannya masih tidak dilepaskan. Fariez pun hampir terlupa dengan hadiah itu, tetapi mujur tangannya tidak terlepas pegang beg yang dibawanya itu. Tiada pesakit ketika mereka tiba di Klinik Perdana tengahari itu. Doktor yang bertugas mengarahkan agar Hafiqah ditempatkan di wad manakala Fariez diarahkan keluar. Fariez mengambil kesempatan itu untuk membuat panggilan ke pejabat. Hello, Hariez, aku tak dapat masuk cepat lepas lunch ni. Ada emergency sikitlah. Emergency apa? Teruk ke? Hariez di hujung talian menjawab. Ketika itu, dia dan Tuan Rizan sedang menikmati hidangan tengahari di rumah Dato Zahir. Kawan aku ni sakit. Ni aku kat klinik hantarkan dia. Sorry sangat-sangat! Kesal juga dia, dalam masa yang sama Fariez tidak mahu Hariez mengesyaki apa-apa tentang

70

perasaannya kepada Hafiqah sehingga dia jelas bahawa Hariez tiada apa-apa dengan gadis itu. Okeylah kalau macam tu. Nanti aku inform bos untuk kau. Sekilas matanya dikerling ke wajah Tuan Rizan yang sedang asyik berbual mesra dengan Dato Zahir. Entah apa tajuk perbincangan mereka, tetapi Hariez yakin yang mereka pasti sedang membicarakan soal perniagaan.

71

11

SELESAI menyiapkan kertas kerja yang dibawa pulang ke rumah, Hariez bangun. Niatnya ingin ke dapur. Malam ini, Hafiqah tidak menyediakan air seperti kebiasaannya. Hendak bertanya, segan pula dia. Akhirnya, Hariez sendiri mendapatkannya. Tiba di ruang tamu, Airin dilihatnya sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Semakin rajin adik bongsunya itu belajar semenjak akhir-akhir ini. Mungkin kerana Hafiqah seorang yang gemar memberi semangat kepadanya. Tak minta tunjuk dengan kak Fiqa? Dia mula berbasa-basi. Tak. Airin tak mahu ganggu dia. Mak Teh kata dia tak sihat hari ni. Tak sihat kenapa pulak? Sakit apa lagi dia tu? Banyak betul penyakit dia ye? Kalau dah malas tu, malas jugalah. Sengaja nak bagi banyak-banyak alasan. Huh! Bibir dicebikkan. Geram pula dengan Hafiqah yang semenjak akhir-akhir itu seringkali memberi alasan tidak sihat. Apa abang Hariez ni! Dia memang tak sihatlah! Siang tadi dia pengsan kat laman tu. Abang Fariez yang tolong hantarkan dia ke klinik. Kalau tak, tak tahulah Mak Teh nak buat apa. Dahlah Kak Ain tu pun bukan besar sangat. Airin menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan tuduhan abangnya itu. Tu semua alasan dia saja. Dia nak mengada-ngada minta simpati Fariez lah tu. Macamlah abang tak tahu. Perempuan macam tu memang ramailah Airin, jenis yang suka ambil kesempatan. Airin janganlah jadi macam tu. Kalau nak duit, beritahu je dengan abang. Jangan sesekali buat perkara tak bermaruah macam tu!

72

Tanpa disedari, setiap bait kata yang terucap itu didengari oleh satu hati yang telahpun terluka. Menusuk, dan mencarik-carik jiwa yang telah rapuh dan semakin hancur itu. Abang Hariez tak sepatutnya cakap macam tu. Airin tak suka. Kalau abang tak suka dengan kak Fiqa sekalipun, abang jangan pernah cakap macam tu tentang dia dengan Airin. Airin tak suka! Habis sahaja berkata-kata, segala buku yang ada di atas meja dikemas dan diangkut bersama ke biliknya. Hariez tercengang melihat kemarahan Airin. Airin tak kenal lagi Hafiqah tu macam mana. Abangi cuma tak nak Airin terpengaruh saja dengan dia tu. Hariez meneruskan langkahnya ke dapur. Perut yang lapar bagai minta diisi. Pintu peti ais dibuka dan dikeluarkan kepingan pizza segera yang ada dan dimasukkan ke dalam ketuhar. Kalau dah nama pun bujang yang pemalas Beberapa ketika, matanya mengerling ke bilik Hafiqah yang tertutup. Entah kenapa, semakin dia cuba membenci gadis itu, semakin kuat naluri lelakinya menyuruh untuk mengambil tahu semua yang berkaitan dengannya. Biarpun cuba dihapuskan wajah gadis itu, semakin kuat pula ingatannya terhadap Hafiqah. Kenapalah aku mesti teringat tentang dia tu? Tak sangka wujud lagi perempuan yang macam dia ni. Hariez menggelengkan kepala. Wait a minute! Apahal Fariez datang rumah aku tengah hari tadi? Bukan dia kata dia ada emergency ke? And most importantly, bukankah dia nak Hariez tepuk dahi. Oh no Fariez, kau dah terperangkap dalam permainan cinta Hafiqah!

73

DI dalam bilik itu, Hafiqah menangis menyesali nasib diri yang terus-terusan diuji. Luruh hatinya mendengarkan kata-kata yang diucapkan Hariez. Begitu rendah martabatku pada pandangan matanya. Air mata yang jatuh disekanya perlahan. Namun, semakin diseka, semakin banyak yang berguguran. Ubat migrain yang diberikan Doktor Hazmi tadi dikeluarkan dari bekas. Ditelan satu persatu bagi mengurangkan sakit kepala yang semakin terasa. Ubat ni sekadar untuk membantu mengurangkan sakit yang dirasa untuk satu jangka waktu sahaja. Jangan terlalu bergantung pada ubat. Cuba kawal emosi dan uruskan tekanan yang awak hadapi. Itu merupakan satu faktor besar yang menyumbang kepada migrain yang awak alami. Mungkin, kalau awak tenang sedikit, rasa sakit kepala tu pun tak selalu awak rasa. Bagai terbayang-bayang di fikiran nasihat yang diberikan oleh Doktor muda dalam lingkungan 30-an itu. Hafiqah mengambil beg yang diberikan Fariez ketika di klinik Doktor Hazmi siang tadi. Dikeluarkan sebuah kotak kecil yang berbalut cantik di dalam beg itu. Helaian demi helaian balutan ditanggalkan. Alangkah terperanjatnya Hafiqah melihat isi di dalamnya. Sungguh cantik. Tapi, kenapa Encik Fariez beri aku barang ni? Segera dia mencari seandainya ada apa-apa nota yang ditinggalkan bersama. Ya, sekeping kad kecil yang diselitkan bersama di dalam beg tersebut dibuka lipatannya.

74

Andai ku punya hati, ingin ku berikan kepadamu. Dan andai hatimu milikku, inginku jadikan ia satu dengan hatiku. Walau apapun masa silammu, aku akan setia menanti saat kau bersedia menjadi suri hidupku. Fariezul Fikri

Ikhlaskah dia? Mahukah Fariez menerima andai dia tahu masa silamku? Hafiqah pejam mata. Wajah ikhlas Fariez siang tadi terlayar di mata. Lelaki itu yang menghantarnya ke Klinik Doktor Hazmi dan dia juga yang menghantarnya pulang. Ketika itu, hanya Airin yang sudah pulang dari sekolah. Risau gadis itu melihat keadaan Hafiqah yang letih dan begitu lemah. Kedengaran sayup di telinga Hafiqah bunyi telefon yang tidak dikenalinya. Semakin lama semakin kuat berdering dan barulah Hafiqah menyedari ada sebuah telefon bimbit Sony Ericsson Z550i diletakkan bersama di dalam beg hadiah tersebut. Dipandangnya dalam ke telefon itu, nama Fariezul Fikri terpapar di skrin. Assalamualaikum. Senyap Hello, Hafiqah, awak ke ni? Masih diam tidak bersuara. Waalaikumussalam Encik Fariez. Ya, saya ni. Kedua-duanya kelu. Awak dah makan ubat? Dah okey? Hafiqah mengangguk. Hafiqah Fariez bersuara lagi apabila Hafiqah diam membisu. Encik Fariez, kenapa buat macam ni? Kenapa Encik buat baik dengan saya? Bagi saya hadiah dan beri saya telefon. KenapahmEncik tulis macam tu? Perkara yang asyik bermain di benak akhirnya terluah jua.

75

Fariez diam. Di raut wajahnya, senyuman terukir, walaupin tidak dapat dilihat Hafiqah. Siang tadi, saya memang ikhlas tolong awak. Awak tak sihat. Kalau jadi pada Mak Teh pun saya akan buat perkara yang sama. Maksud saya, tentang hadiah ni. Encik akan bagi pada Mak Teh juga ke? Atau Ain? Tentang hadiah tu, saya memang nak beri pada awak. Masa saya ke oversea minggu lepas, bila saya nampak kotak Kristal tu, saya cuma rasa nak beri pada awak saja. Bukan untuk orang lain. Saya tak tahu Hafiqah. Kenapa sejak saya kenal awak, saya tak boleh nampak orang lain. Saya harap awak faham. Sungguh, hatinya sudah terlalu menyukai Hafiqah. Encik Fariez, orang macam saya ni tak layak pun untuk berkawan apatah lagi untuk bergandingan dengan orang macam encik. Kalau encik terlupa, lebih baik saya ingatkan yang saya ni orang gaji encik. Dan majikan saya tu kawan encik, Encik Hariez. Saya sedar siapa diri saya encik. Hafiqah mengetap bibir. Semua yang diucapkan Hariez sebentar tadi mula berlegar-legar di ruang mata. Sungguh, dirinya rasa sangat terhina. Saya tak pandang pangkat atau kedudukan awak Hafiqah. Saya dah ada semua tu. Untuk apa saya perlukan seorang isteri yang ada apa yang saya ada kalau saya mampu untuk berikan apa yang terbaik untuknya? Fariez tarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicara. Bagaimanapun layanan Hariez atau keluarganya pada awak, tak mampu ubah persepsi dan perasaan saya pada awak. Saya nak bawa awak keluar dari rumah itu. Saya

76

nak awak hidup bebas seperti yang awak patut dapat. You deserve so much better Fiqa. You can be someone! Encik, saya ni bukan sama taraf dengan encik. Malah lebih rendah. Terlalu rendah. Saya tak nak, nanti orang kata saya ambil kesempatan pada kesenangan hidup encik. Saya tak sanggup nak dengar kata-kata manusia yang menghina maruah saya. Saya rasa lebih baik begini. Listen here Hafiqah! Saya tak pernah nak pilih orang untuk saya jatuh cinta. Perasaan tu datang dengan sendiri tahu! Saya pun tak pernah sangka untuk sukakan awak. Tapi, inilah hakikatnya. Saya kenal awak, saya lihat awak, dan perasaan tu ada sendiri. Bukan saya pilih-pilih sama ada awak kaya ataupun tidak. Dan saya tahu, awak bukan orangnya yang suka ambil kesempatan. Kalau tak, awak mesti dah larikan diri lepas dapat apa yang awak nak. Ah! I dont even give a damn even if you do such things to me as long as you love me the way I do love you. Hafiqah menahan sebak di dada. Ikhlaskah dia? Jujurkah kata-katanya itu? Hafiqah menyandarkan kepalanya ke dinding. Encik Fariez, saya tak mampu nak teruskan hidup saya macam ni. Saya cuma harap, saya boleh cari ketenangan dari hidup yang saya baru nikmati ni. Saya tak yakin saya mampu lakukannya. Encik Fariez carilah orang lain yang lebih baik. You deserve better than me. Hafiqah, saya tak tahu masalah awak sebab awak sendiri pun tak pernah ceritakan pada sesiapa. Saya tak kisah kalau awak tak nak ceritakan pada saya. Tapi, kalau awak tak mampu hadapinya seorang diri, saya ada di sini, di sisi awak untuk bantu awak. Saya sanggup serahkan bahu saya ni untuk awak basahkan dengan air mata awak.

77

Saya nak jadi orang yang awak boleh percayai sebab saya nak awak percayakan saya Awak faham tak? Di dalam kesuraman lampu meja, Hafiqah menundukkan wajah. Tangisan yang ditahan semakin meruntun jiwa. Tidak, aku tak boleh menangis padanya. Aku bukan lemah. Tapi, aku sudah tak mampu. Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayah-Mu. Mungkin, kita boleh bermula sebagai kawan yang saling mempercayai satu sama lain. Peganglah janji saya ini Hafiqah, untuk siapa pun awak pada masa silam, saya nak kenal siapa awak yang sekarang. Masa silam tu kita sama-sama jadikan ia pengajaran supaya kita tak mudah untuk dijatuhkan lagi. Yakinilah saya. Encik Fariez Dan sebagai permulaan, jangan panggil saya Encik lagi. Mungkin dengan Hariez awak kena panggil dia encik sebab dia memang majikan awak, tapi saya, just Fariez. Betul ke boleh saya panggil dengan nama Fariez saja? Ya, Fiqa. Cukuplah sekadar Fariez. Sekarang kita kawan ya? Hafiqah melakarkan senyuman ke wajahnya. Tika itu, satu ketenangan mengalir dalam tubuhnya. Malam itu, buat pertama kalinya Hafiqah tidur tanpa ditemani mimpi-mimpi ngeri yang seringkali bertandang di kala tidur.

78

12

SAMBIL bernyanyi-nyanyi kecil, Hafiqah menyiapkan sarapan pagi di Villa Kasih hari itu. Hafiqah benar-benar bersyukur mengenali Fariez ketika ini. Semenjak hari itu, Fariez pasti akan menelefonnya setiap malam. Kesudian Fariez menjadi teman berbicara mencuri hatinya untuk mempercayai dan meyakini keikhlasan lelaki itu sebagai seorang teman yang didambakan. Namun, tanpa diketahui, keceriaan yang dimiliki telah menarik perhatian Hariez. Hairan dengan tingkah dan lagak yang bahagia itu, Hariez yang telah sekian lama tidak duduk bersarapan pagi merupakan orang yang paling awal menjamu selera. Bahagia nampak! Dah dapat tangkap anak orang kaya mana pulak kali ni? Pedas dan tanpa selindung Hariez berbicara. Terhenti setiap perlakuan Hafiqah. Tanpa memandang ke wajah Hariez, kerjanya kembali diteruskan. Air Milo panas yang telah dibancuh dituangkan ke dalam cawan Hariez. Dah tenang ke sekarang? Dah tak ada sakit kepala lagi? Dah sihat? Seolah-olah mengambil berat, tetapi Hafiqah tahu soalan itu hanya sekadar perlian untuk ke penghinaan yang seterusnya. Aku tahu, kau sengaja nak curi tulang kan? Nak tarik perhatian orang dalam rumah ni. Airin tu bolehlah kau nak tipu dia. Dia budak lagi. Kalau dia tahu niat kau tu mesti dia pun menyampah dengan kau. Selesai berkata-kata, Hariez terus bangun tanpa menghabiskan makanan di pinggan. Ah dah tak ada selera nak makan tengok muka kau tu! Huh!

79

Terkulat-kulat wajah Hafiqah demi mendengarkan kata-kata Hariez. Bagai baru ditikam dengan belati yang sangat tajam, Hafiqah hampir jatuh terduduk di situ. Mujur dia sempat bertahan di dinding. Ditahan air mata agar tidak gugur. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia tidak mahu mimpi-mimpi buruk itu muncul lagi. Hafiqah tekad, semua kisah semalam itu pasti dilupuskan. Di dalam kereta, Hariez menghentak tangannya ke stereng dengan kuat. Melepaskan kemarahan yang amat terhadap Hafiqah. Ketenangan dan keceriaan yang dipamerkan telah mengganggu egonya. Namun begitu, Hariez sebenarnya pelik, apa yang menyebabkan Hafiqah berubah menjadi segembira itu. Betulkan dia telah bertemu dengan seseorang? Tetapi siapa dan bila? Sepanjang hari dia hanya duduk di villa dan tidak bertemu dengan orang luar selain dari ahli keluarganya. Fariez! Mungkinkah Fariez yang menyebabkan perubahan Hafiqah? Bila difikirkan semula, Hariez mula mencari kemungkinan-kemungkinan yang ada. Gadis yang sering disebut-sebut Fariez dan kehadiran Fariez ketika dia tiada di villa. Damn you girl! Kalau betul kau berani perangkap kawan aku, aku akan pastikan hidup kau lebih menderita dari yang kau sedang alami. Akan aku pastikan kau menyesal bertemu denganku, Hafiqah!

SEPANJANG pagi Fariez mengemas fail-fail di kabinet di dalam pejabatnya. Dia sebenarnya sedang mencari pelan rekaannya yang hampir siap minggu lepas. Puas dicari di rumahya semenjak semalam tetapi tidak ditemui. Mungkin ditinggalkan di pejabat.

80

Semenjak ketiadaan Emili yang cuti bersalin semenjak dua minggu yang lalu, kerja Fariez memang semakin tunggang-langgang. Mujur ciri-ciri 5S yang diamalkan memudahkannya mencari dokumen-dokumen yang diperlukan. Tetapi kini, yang dicarinya itu merupakan gulungan kertas A3 yang entah dimana diletakkan. Bingung mencari tetapi masih tidak berjumpa, Fariez duduk bersandar di sofa. Nasib baiklah tiada mesyuarat pada hari ini. Jika tidak, haru biru juga jadual kerjanya hari ni. Seketika wajah Hafiqah melintas di minda. Cantik dan tenang. Hmbukanlah cantik sangat pun tapi, adorable. Tengok sekali pasti nak tengok lagi. Tiap kali menjawab panggilannya, Hafiqah pasti tidak banyak bercakap. Tetapi kini, Fariez sudah mengerti tekanan yang dihadapi. Nyata, Hafiqah selesa menceritakan kisah hidupnya kepada Fariez. Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Tidak lama, Hariez menjengulkan kepalanya. Pelik melihat Fariez bersandar di sofa. Oit, apahal dengan kau ni? Fariez sekadar memandang Hariez yang mundar-mandir dan akhirnya duduk di hadapannya. Ada apa? Kau tu kenapa? Dia memandang sekilas ke sekitarnya. Kau mengamuk ke apa ni? Kau tahulah. Design yang minggu lepas aku buat tu kan dah 70% siap. Aku ingat minggu ni cuma nak buat touch-up sikit. Lepas tu baru aku nak finalize kan dia. Tapi, aku

81

cari dari semalam tak jumpa. Ingatkan kat rumah, pun tak jumpa jugak. Tangan meraup rambut yang terurai jatuh. Walaupun dateline untuk rekaan tersebut masih ada sebulan lagi, Fariez bukan orangnya yang akan menyiapkan kerja pada saat-saat akhir. Mungkin, jika perlu, dia bermula dari awal. Fariez, aku nak tanya kau sesuatu ni. Fariez mengangkat muka. Gadis yang kau suka tu, bila kau nak kenalkan dengan kawan-kawan kau terutamanya aku? Fariez melebarkan senyum. Kau dah kenal pun. Tak perlu aku kenalkan lagi. Nanti tiba masanya, aku akan umumkan siapa dia. Masih nak berteka-teki? I dont think so. Yup, aku akan cuba tengok di bilik Hafiqah sama ada kotak muzik Kristal itu ada padanya ataupun tidak. Apalah yang kau nak berahsia sangat ni? Kau ingat aku nak rampas girlfriend kau ke? Ups kau orang dah declare couple ke? Hariez masih lagi cuba untuk mendapatkan rahsia. Setakat ni belum lagi. Kami mula sebagai kawan dulu. Well, build people trust first. Aku tunggu dia sampai dia sedia. Senyuman di wajah Fariez semakin menyeri. Hariez sedar, setiap kali berbicara tentang gadis misteri itu, sinar bahagia terpancar di wajah Fariez. Sudah lama Hariez tidak melihat sinar itu. Nantilah. Aku akan umumkan pada kau orang semua. Buat masa ni aku masih lagi tak pasti tentang perasaan dia pada aku. Nanti aku juga yang malu. If we start as a friend, we might as well end it as a friend. Kan lebih baik macam tu daripada lepas putus nanti, masing-masing dah tak nak tunjuk muka lagi? Bahu Hariez ditepuk.

82

Dont worry my dear friend. Anyway, I need to start working now. If you dont mind, can we continue our conversation later? Hariez mengangguk-angguk tanda faham dan mulai bergerak ke pintu. Kemudian dia berpaling. Aku harap kau tak terkecewa lagi kawan. Aku t ak nak dia permainkan kau. Take care. Hariez menutup pintu dan beredar ke pejabatnya.

83

15

SAMPAI hati ya bang Fiqa buat kita macam ni. Apalah salah kita dalam membesarkan dia tu sampai jadi macam ni. Sambil menongkat dagu, Halimah memandang suaminya yang sedang asyik membersihkan kereta di laman. Haji Amir masih tetap meneruskan aktiviti membasuhnya. Cermin hadapan kereta dilap dan disimbah dengan air. Langsung tidak diendahkan kata-kata kesalan isteri kesayangannya itu. Namun, jauh di sudut hati, dia juga masih terkilan dengan Hafiqah yang sehingga kini masih tidak pulang-pulang ke kampung untuk mempertahankan diri dan menjelaskan perkara yang sebenar. Tetapi, adakah dia memberikan peluang untuk anaknya itu membela diri? Dan untuk apakah dia membela dirinya lagi sedangkan tindakan yang dipamerkan ini sudah jelas menunjukkan keterlanjuran tingkahnya? Anaknya itu mungkin telah dilepaskan lama untuk menjadi lebih dewasa. Malang itu sesungguhnya memang tidak berbau. Anak yang sangat ceria, suka mengusik terlalu tega menconteng arang ke muka ibu bapanya sendiri. Lantas, dari berita yang disampaikan Aimi kepadanya, disampaikan amarah kepada seluruh keluarga. Tiada seorang pun yang dibenarkan berhubung dengan Hafiqah. Hubungan keluarga telah ditamatkan bermula dari saat tragedi yang memalukan itu terjadi. Melihat soalan yang dilemparkan tidak berjawab, Halimah perlahan-lahan bangun menuju ke taman. Bangku yang ditempatkan di laman sememangnya berguna tika

84

petang-petang hari begini. Di kawasan perumahan mereka, pasti suasana meriah dengan penghuni di kawasan sibuk beriadah di kawasan taman permainan kanak-kanak yang berhampiran. Kita ni Imah, tak perlu fikirkan sangat tentang si Hafiqah tu. Dia dah besar. Itu jalan yang dia pilih. Saya pun tak nak bersubahat dengan perangai buruk dia tu. Biarlah dia pergi dari dia terus memalukan kita di sini. Biar dia tak balik-balik lagi daripada jiranjiran kita ni tahu perkara sebenar. Saya malu dah nak mengaku dia tu anak saya lagi. Halimah diam. Haji Amir menarik nafas. Mujur dia tak balik lagi. Kalau tak, saya takut saya dah bunuh dia tu Imah. Mengucap panjang Halimah demi mendengarkan ungkapan terakhir suaminya itu. Semarah-marah dia kepada Hafiqah, masih tidak tergamak untuk dia mengakhiri nyawa anaknya itu. Jangan sampai begitu bang. Kita dengarkan dulu apa yang dia nak kata. Selama ini pun bukan dia pernah buat perkara-perkara macam tu. Hafiqah tu budak baik. Saya yakin dia masih ada pegangan. Mungkin ada orang nak aniayakan dia tu. Dia masih cuba untuk bersangka baik terhadap anaknya itu. Jauh di sudut hati, Hafiqah bukan jenis yang liar dan tegar seperti yang orang perkatakan. Itulah awak! Dah perangai macam tu pun awak masih tak nak buka mata lagi. Bukalah mata awak tu Imah oi! Hafiqah yang sekarang ni dah 23 tahun! Bukan anak kecil 3 tahun lagi! Mencerlung mata Haji Amir merenung tajam ke arah isterinya. Bukan dia tidak menyayangi Hafiqah, tetapi, kini setiap bicara tentang Hafiqah membuatkan hati tuanya semakin terguris. Dia terlalu kecewa. Sukar untuk dia percaya.

85

Tetapi, kehilangan tanpa berita itu, benar-benar membuktikan bahawa dia memang bersalah. Siapalah yang nak aniayakan dia tu mak? Cuba mak beritahu Aimi. Kan yang sampaikan tu kak Alisa, kawan baik kak Fiqa? Kalau tak betul, takkanlah kak Alisa tu nak aniayakan dia pulak? Cuba mak beritahu. Aimi yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul di belakang Halimah. Emak bukan tak percaya, cuma mak masih tak boleh terima Fiqa tu akan buat perkara terkutuk. Dia belajar tinggi, kerja pun bagus, teman lelaki pun tiada. Macam mana pula dia boleh Emak tu kalau tentang kak Fiqa semua memang nampak baik. Sebab itulah mak tak nampak benda buruk walaupun dah jadi depan mata. Macam mana dia nak bawa teman lelaki kenalkan kat mak abah kalau dia sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana? Perempuan kalau dah banyak duit ni, kebanyakan mereka dah tak kisah kalau tak berkahwin. Ramai wanita sekarang dah berkerjaya. Dah mula menyombong diri. Lupa asal usul. Lupa keluarga. Lupa agama semua. Banyak dah Aimi tengok terjadi pada budak-budak satu tempat kerja dengan Aimi dulu. Mujur Aimi dah tak kerja di situ lagi. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Aimi. Panjang berjela penerangan yang diberikan Aimi kepada emaknya yang masih jelas tidak percaya dengan setiap peristiwa yang telah terjadi. Halimah bangun semula dari duduknya dan berjalan ke pintu rumah. Dia juga sudah tidak mampu untuk memikirkan yang mana benar dan yang mana palsu. Bukti sudah jelas, apa lagi yang dia mahukan untuk menerangkan lagi keadaan yang sudah sedia bersuluh itu.

86

Tika ini, dia hanya mahu berehat. Masuk ke dapur dan ingin mencari sedikit kerja di dalam yang masih ada. Dia mahu melepaskan semua kekesalan yang masih ada di hati. Haji Amir sekadar memandang. Merajuklah tu. Kamu ni pun Aimi, janganlah berkeras sangat dengan emak kamu tu. Nanti dia kecil hati, merajuk, kamu juga yang kena memasak nanti. Siap sedia sajalah kamu nak memujuk. Kamu bukan tak tahu perangai emak kamu tu! Sempat juga dia membebel kepada anak bongsunya sebelum dia menyudahkan aktiviti membasuh keretanya. Air sabun di dalam baldi, disimbah ke dalam longkang di hadapan rumah. Aimi tersengih. Biasalah abah. Nanti sejuklah tu. Sampai bila mak tu nak tetap tegakkan apa yang dah jelas-jelas salah dibuat kak Fiqa tu? Biarlah mak ambil masa, asalkan dia sedar, yang kak Fiqa tu bukan orang yang sama macam sepuluh dua puluh tahun dulu. Haji Amir juga setuju. Aimi melihat sahaja perbuatan ayahnya yang masih mengemas laman itu sebelum orang tua itu akhirnya masuk ke rumah mencari emaknya. Dalam hati Aimi tersenyum puas. Dendamnya terhadap Hafiqah akhirnya terbalas. Sudah lama dia cemburu dengan layanan abah dan emak yang keterlaluan menyayangi Hafiqah biarpun dia anak yang bongsu. Mungkin kerana Hafiqah menjadi anak yang sentiasa membanggakan ibu dan bapanya. Semenjak dari sekolah rendah lagi, jika dibandingkan dengan dirinya, keputusan Hafiqah sentiasa berada di antara kelompok yang teratas. Mungkin kerana Along juga mempunyai keputusan yang baik, oleh itu, Aimi seringkali dibandingkan. Uda pula walaupun keputusannya tidak secemerlang Hafiqah, dia cemerlang di dalam bidang

87

sukan dan aktif berkokurikulum. Mampu juga menjejakkan kaki ke universiti. Sedangkan dia, hanya mampu berjaya sehingga ke Politeknik. Berkenalan dengan Alisa di rumah sewa Hafiqah menjadikan mereka semakin rapat. Dan akhirnya, dia juga menyedari ada cemburu di hati Alisa. Haziq, adik lelaki kak Mira si tuan rumah hanya nampak Hafiqah sahaja di mata. Sedikit demi sedikit rahsia hati Alisa dicungkil dan akhirnya terbit rancangan untuk menyingkirkan Hafiqah dari hidup mereka.

Kak Lis, aku tak boleh ada dekat rumah kau masa kejadian tu. Kalau aku ada, macam mana aku nak sampaikan berita tu dengan segera? Alisa berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata-kata Aimi. Baiklah, macam ni. Akak tunggu dekat rumah. Once dia dah balik saja, akak terus keluar beri air pada dia. Tentang si Haziq tu, akak katalah dekat dia yang kak Mira nak jumpa dan dia suruh tunggu sekejap sebab dia akan sampai lambat sedikit. Lebih cantik lagi kalau akak minta dia tunggu sebab Hafiqah pun dah nak pulang. Dasar jantan gatal, mahu perempuan cantik saja. Macamlah dia tu kacak sangat dan aku terhegehhegeh pada dia! Tangan dikepal-kepal dan ruas-ruas jari dipatah-patahkan. Keletapkeletup bunyinya. Tapi make sure dua-dua dah terlingkup tau kak? Kak Mira pun kalau boleh jangan sampai dia ada dekat rumah. Baru senang nak buat orang yakin yang diorang berdua dalam rumah. Aimi mengangguk-anggukkan kepala. Sudah terbayang-bayang wajah dua manusia itu dianiayanya dan menangis-nangis minta dibantu.

88

Cuma nanti penat sikitlah akak nak angkut dua orang makhluk tu letak dalam bilik. Mujur bilik bawah. Kalau bilik atas, mesti aku kena seret saja badan 2 orang tu naik tangga. Nanti akak bagi kaw-kaw punya ubat pada Haziq tu. Biar dia mamai dan tak boleh bercakap. Kalau dia ingat, nanti jadi cerita lain pula! Sambil tergelak-gelak mereka merancang. Sungguh, benci dia melihat Haziq asyik menyebut nama Hafiqah sedangkan gadis itu langsung tidak memandangnya. Kak Mira tu pun satu. Yang duk gatal nak recommend si Hafiqah tu dekat adik dia buat apa? Dah perempuan tu tak mahu, transferlah dekat aku. Ni sibuk nak paksapaksa. Padan muka dia. Biar dengan dia, dan adik dia sekali malu! Abah dengan emak mesti kecewa habis dengan Angah. Biarkan dia rasa macam mana kecewanya bila asyik nama dia saja yang disebut-sebut. Jumpa mak cik ni sebut nama Angah, jumpa pak cik ni sebut nama dia lagi. Sampai sibuk orang nak kenenkan dia jadi menantu. Aku yang memang duduk dekat rumah ni macam tunggul kayu! Huh! Apa pun tak boleh! Hutang mesti dibayar. Biar kena pada harganya. Itu prinsip yang Aimi simpan sejak dari dahulu lagi. Kalau sekali orang lukakan hati manusia bernama Aimi Adira Binti Haji Amir, selamanya dia akan menyesal. Dendam itu pasti akan dibayar walau apa pun cara. Biar betapa banyakpun hati lain yang akan sama terluka dek kerana dendam yang tiada penghujungnya itu. Dan yang pasti, ada jiwa yang akan merana kerana perbuatan kejam dan tidak berhati mereka itu.

89

Kisah pertemuan Alisa dengan Hafiqah di Kuala Lumpur baru-baru ini juga tidak akan sesekali disampaikan kepada emak dan abahnya. Biar itu menjadi senjata pada suatu masa nanti. Namun, kisah itu kadang kala menambah tahap kekejaman mereka terhadap Hafiqah. Kau tau Mi, akak jumpa dengan si Fiqa tu tadi. Haha, kasihan betul aku dengan dia tu. Tapi masih tak bunuh diri lagi gamaknya dia tu kan? Dengan gelak jahat yang masih bersisa Alisa masih berusaha untuk menyampaikan cerita. Aku jumpa dia dekat Mid Valley tadi. Kau tahu aku jumpa dengan siapa? Dengan jantan! Ui bukan main kacak lagi! Pandai juga dia cari orang ya nak ditangkap? Aku terlanggar dia depan butik yang orang kaya saja berani masuk. Aimi semakin melekapkan telefon di cuping telinga. Kalau boleh, mahu disatukan sahaja telefon itu dengan telinganya agar setiap butir bicara Alisa jelas dan menangkap masuk ke otaknya. Lepas tu, apa reaksi dia nampak akak tadi? Muka dia macam tak berdarah. Tegak tak cakap apa. Takut sangatlah tu! Ingat aku ni kalau dah buat sesuatu tu separuh jalan saja? Sia-sialah kerja jahat aku macam tu. Hehe Habis tu, boyfriend baru dia tu tak pelik pula tengok dia macam tu kak? Mahunya tak pelik? Akak sembur dia kaw-kaw tadi depan mamat tu. Kalau aku jadi lelaki tu mesti aku terus tinggalkan dia. Akak cakap dia memang suka nak perangkap lelaki kaya. Tu sebab dia sanggup tinggalkan keluarga dan tak tahu malu masih berani

90

tunjuk muka depan orang lagi. Selebihnya hanya ditambah bagi menyedapkan lagi cerita. Betul akak buat macam tu? Bagus! Biar padan dengan muka dia. Ingat dia bagus sangat? Baik tak bertempat. Kerja nak menyusahkan orang saja. Aimi turut tergelak mendengar cerita tersebut. Dalam hatinya sudah tiada rasa sayang lagi buat kakaknya itu. Walau lahirnya dari rahim yang sama, namun itulah manusia. Andai kejahatan dan syaitan sudah bertakhta di dalam hati, memang hilang semua pertalian kasih sayang yang dibina selama ini. Tapi aku tengok mamat tu macam orang kaya. Hai, macam manalah dia asyik dapat orang yang kacak dan kaya saja kan? Yang bagus semua nak bagi dekat dia. Habis tu, kita ni nak dapat apa? Alisa tekad. Dia selagi Hafiqah masih disukai orang selagi itulah dia akan menghancurkan hidup wanita itu. Wanita yang pernah menjadi teman tidurnya. Yang sentiasa bersama dengannya semenjak bertahun yang dahulu. Aimi mengangguk-angguk kepala walaupun tidak dapat dilihat oleh Alisa. Terkadang, dia juga pelik kenapa Alisa yang begitu rapat dengan Hafiqah boleh ditikam sebegitu rupa oleh Alisa. Sedangkan Hafiqah begitu mempercayainya. Itulah sahaja sahabat yang paling rapat dia pernah ada. Dan sahabat itulah yang telah memusnahkan seluruh hidupnya. Bahaya juga dia ni! Kalau Kak Fiqa dia boleh buat macam tu, tak mustahil aku yang lagi muda daripada dia, dia akan buat benda yang sama. Aku kena berhati-hati. Baik-baik juga dengan aku, tapi jangan sampai kena dekat aku pula.

91

Kalau dah tengok muka macam orang innocent, mestilah orang suka kak. Orang pandai berlakon, memang hebat. Dari dulu lagi perangai dia dah memang macam tu. Kedua-duanya diam sebelum Aimi menyambung semula bicara. Hm, okey kak. Aku nak pergi ke luar ni. Nanti kita sambung semula ya bila ada masa lagi. Bye! Sengaja menipu. Bukan Alisa ada di Johor Bahru pun saat ini. Dia jauh di Kuala Lumpur. Malas pula nak memanjang-manjangkan cerita tentang Hafiqah. Kalau boleh dia mahu menamatkan cerita tentang wanita yang hampir boleh dikatakan sudah tiada lagi dalam daftar keluarganya. Dan dengar cerita dari emak, abah telah sedikit demi sedikit menukar penama untuk harta-hartanya. Marah sungguh abah! Tapi, baguslah, tinggi sedikit syer aku nanti. Aimi mengilai tawa kegembiraan sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke laman.

92

16
MALAM ni kau ikut aku pergi kondo. Dua hari lagi kawan aku dari oversea datang nak tumpang tinggal di sana. Jadi, aku nak kau kemaskan kondo tu seelok mungkin. Lepas maghrib ni kau siap-siap kita terus gerak. Selesai memberikan arahan, Hariez terus beredar mendaki tangga di banglo dua tingkat itu menuju ke biliknya. Hafiqah yang terkulat-kulat kebingungan hanya sekadar memerhati susuk tubuh Hariez yang semakin menghilang. Hafiqah juga sedar, Hariez kini semakin berbeza dengan Hariez yang dikenalinya semasa kemalangan tempoh hari. Hariez hari ini sudah tidak betah tersenyum kepadanya. Hanya pandangan sinis dilemparkan dan lirikan mata yang penuh kejelikan untuk dirinya. Tak apalah Fiqa, kita ni orang gaji, ikut saja rentak tuan rumah. Hafiqah memujuk hati sendiri. Hah, kak Fiqa membebel apa lagi tu? Bebelkan Airin ke? Airin yang muncul entah dari mana hampir membuatkan Hafiqah terkena kejutan jantung. Airin ni kan kalau tak terperanjatkan akak tak sah agaknya. Kalau akak dah gol nanti baru nak bercakap sopan santun dengan akak. Dah ada dua tiang, baru pandai nak bagi salam bila nak bercakap dengan akak, kan? Dalam memarahi Airin, dia masih mampu berseloroh. Ah, aku bukan macam tuan Hariez tu yang suka ikut perasaan. Marahkan orang pun aku boleh senyum lagi. Ha, tu senyum seorang-seorang dah kenapa pula? Buang tebiat agaknya kak Fiqa ni? Mesti tengah syok bercinta ni Ceritalah pada Airin. Nak juga Airin tahu, siapa mamat yang bertuah dapat mengorat akak tu? Sambil mulutnya sibuk berceloteh, tangannya jugak sibuk membantu Hafiqah menguli karipap. Dia tidak pandai mengelim

93

bahagian tepi karipap seperti kak Hafiqah, oleh itu, Airin hanya sekadar membantu mengisi inti ke tepung yang telah siap dileperkan. Ish, akak ni orang gaji saja Rin, jadi kelas-kelas akak pun mestilah orang gaji juga. Macam Pak Sim ke? Sambil itu dia menyenggolkan siku ke bahu Airin. Habis bersepah inti sardin tidak sempat jejak ke kulit karipap. Ha, siapa berani mengorat Pak Sim tu? Meh khabar dengan Mak Teh. Amboi, orang tua tu pun bukan main ye, ada hati juga nak kahwin lagi. Kemunculan Mak Teh yang tiba-tiba di dapur meletuskan tawa dua gadis itu. Bukanlah Mak Teh. Tak ada orang pun yang berani berebut Pak Sim tu dari Mak Teh. Tu bunuh diri namanya. Sambil berusaha menghabiskan sisa tawanya, Airin masih cuba menyambungkan hujahnya, Kami ni tengah bagi contoh saja calon-calon jodoh yang bersesuaian untuk kak Fiqa ni. Bukannya cerita pasal Pak Sim tu pun. Sekali saja kot tersebut nama dia dalam cerita kita tadi kan Kak Fiqa? Mak Teh berpaling kepada Hafiqah meminta kepastian. Hafiqah mengangguk kepala dalam tawanya yang masih bersisa itu. Kami pun tak ada hati nak jadi madu Mak Teh lagi buat masa ni. Hehe Ingatkan Pak Sim kamu tu ada skandal dah tua-tua macam ni. Terkejut Mak Teh dibuat kamu berdua ni. Dalam hati, dia bersyukur diberi peluang berbakti kepada keluarga ini. Hafiqah juga menyenangkan hatinya. Itulah Mak Teh, orang cakap lain kali bagi salam dahulu sebelum menyampuk. Kan dah malu sendiri. Saat itu juga telinga Airin ditarik oleh Mak Teh. Amboi! Tak habis lagi gelakkan Mak Teh ya? Ambil ni, pulasan telinga Mak Teh! Terlompat-lompat Airin menahan sakit dalam cubaannya melepaskan diri. Hafiqah

94

hanya mampu tersenyum dalam cubaannya menahan tawa dari meletus. Kalau tidak, dia juga bakal menerima nasib yang sama. Tunggu Airin siapkan karipap ni, akak dah boleh goreng dan makan sekali. Macam mana nak siap kalau kerjanya nak main-main saja. Airin semakin melebarkan sengihannya. Masakan kak Hafiqah memang kadangkala lebih sedap berbanding masakan uminya. Uminya juga boleh dikatakan jarang memasak. Iyalah, orang sudah punya orang gaji, apa guna masih duduk di dapur, kan? Akak nak kena siapkan kerja cepat. Malam ni abang Airin nak bawa akak ke kondo dia. Nak suruh akak kemaskan sebab lagi 2 hari ada kawan yang nak menumpang di situ dari oversea. Nanti kalau akak lambat siap, lagilah dia marahkan akak. Eh, kawan mana pula yang baru balik dari oversea? Ish, budak Airin ni. Macamlah aku kenal semua kawan abang dia tu! Nanti Airin nak ikut sekalilah. Boleh Airin tolong akak kemas kondo tu kan? Semoga abang Hariez membenarkan dia ikut sekali. Hafiqah juga mengharapkan perkara yang sama. Takut juga dia bila difikirkan semula. Hanya dia dan Hariez di sana. Pelbagai perkara boleh berlaku. Tetapi, mungkinkah pelbagai perkara itu berlaku sepertimana berlakunya tragedi itu? Encik Hariez tidak mungkin akan melakukan perkara yang sama. Pujuk hati Hafiqah.

Petang itu, seusai keluarga Tuan Rizan menikmati minum petang, Hafiqah mengemas semula pinggan kotor di sinki dan membersihkan bahagian dapur sebelum masuk ke bilik bagi menyiapkan diri untuk ke kondominium milik Hariez.

95

Tatkala itu, telefon pemberian Fariez berbunyi dan pohon diangkat. Dan demi melihat nama lelaki itu tertera di skrin, Hafiqah mengukirkan senyuman. Assalamualaikum. Selamat Sore bu Fiqa, gimana keadaan kamu hari ini sih? Lembut suara lelaki itu menyapa telinganya. Melahirkan pelbagai rasa yang sukar diungkap. Inilah sebabnya suara itu boleh menyumbang kepada penzinaan kecil. Nauzubillah! Waalaikumussalam. Saya baik-baik aja. Pak Parij nya gimana sih keadaannya? Baik-baik aja kan pak? Tiap kali berbicara, lelaki ini bagaikan mengubati luka yang tidak terlihat zahirnya. Oh tidak. Cukuplah. Tak sanggup saya untuk bercakap bahasa Indonesia ni lagi. Rasa macam lagi teruk daripada Indon yang belajar cakap Malaysia saja. Fariez ketawa. Ha, tahu pun awak! Dah tu, yang gatal-gatal mulut nak bercakap Indonesia dengan saya lagi tu kenapa? Mau cari cewek Indonesia ya Pak buat bikin isteri? Hafiqah masih mahu mengusik. Buat apalah saya nak cari yang jauh-jauh kalau yang dekat Malaysia ni dah ada depan mata. Lagipun teruk sangat bunyi nama saya tu bila di Indonesiakan oleh awak. Pak Parij, kalau silap sebut boleh jadi Pak Parit. Tawa Fariez berderai lagi. Dah, jangan nak mengarut pula ya petang-petang begini En Fariez. Goosebump saya dibuatnya. Namun, ada bunga-bunga bahagia pada kata-kata Fariez itu. Eh, mana ada saya mengarut pula. Saya cakap benda yang betul ni. Saya ikhlas dah nak kenalkan awak sebagai teman istimewa saya ni. Itupun kalau awak setuju. Ada getar saat dia mengungkapkan kata-kata itu. Saya tak sedia lagi. Itulah jawapannya.

96

Saya akan tunggu. Kali ini saya serius. Saya nak awak jadi isteri saya. Keluarga saya tak seperti keluarga Hariez. Mereka tak kisah siapa awak. Yang penting, saya bahagia dengan pilihan saya. Dan saya tahu, pilihan saya ni tepat. Saya sanggup tunggu awak. Sejauh mana awak berlari, selama mana awak bersembunyi. Saya tak mahu awak menanggung beban hidup saya. Jawapannya masih lagi sesingkat itu sahaja. Awak pernah dengar orang lelaki lafazkan akad? Aku terima nikahnya? Pernah? Lafaz akad itu mudah. Tak semudah itu. Bukan setakat aku terima nikahnya, tapi aku terima setiap dosa, kekurangan, kelebihan, serta apa sahaja tentang dirinya, yang meletakkan tanggungjawab di atas bahu suami. Maka terlepaslah, bapa dari tanggungan dosa si anak perempuannya itu. Awak pernah dengar? Itulah yang tersirat di sebalik lafaz yang diucapkan. Panjang lebar penjelasan Fariez dan dia mengharapkan agar Hafiqah memahami apa yang tersirat di hatinya. Saya lebih selesa begini. Sampai bila? Mungkin sampai bila-bila. Awak tak mahu ubah hidup awak? Saya dah penat berubah. Awak berubah kerana orang lain. Cuba ubah untuk diri sendiri. Diam. Ada betulnya. Tapi, saat ini, dia tidak mahu berubah lagi. Dia hanya mahu mengikut rentak kehidupannya. Takut tersasar lagi.

97

Awak pasti semua orang dalam hidup awak akan menerima saya? Keluarga? Kawan baik awak kalau dia tahu saya sukakan awak? Awak sukakan saya? Sama ada Fariez tersilap dengar atau Hafiqah yang tersilap cakap. Maksud saya, tentang hubungan awak dan saya? Hafiqah sedar dia terlepas bicara. Namun, dia masih tidak mahu berterus terang. Hm selagi keluarga saya tak menentang, saya tiada masalah dengan kawankawan baik saya. Mereka pasti akan menyokong saya. Ada nada kecewa saat mendengar penjelasan Hafiqah. Terlalu sukar untuk membuka hati gadis ini. Beri saya masa. Itulah yang terluah. Hafiqah sudah habis idea mahu menolak. Dia tidak mahu menyakiti hati lelaki itu. Fariez terlalu baik untuknya. Bukan dia tidak sukakan Fariez. Hanya kerana dia yang tidak cukup istimewa untuk Fariez. Tak apalah Fariez. Saya pun nak bersiap-siap ni. Malam ni saya kena kemas rumah Encik Hariez. Nanti lambat saya kena marah lagi. Oh, yakah? Baiklah. Assalamualaikum. Waalaikumussalam.

Bila dia mendekati diriku, Hatiku rasa sesuatu, Bila dia senyum pada diriku, Hatiku rasa tak menentu Kekadang hatiku bertanya,

98

Adakah dia dah berpunya, Kerana diriku berasa, Aku jatuh hati padanya Aku ingin memilikinya, Aku ingin menjaga dia, Aku ingin mencinta dia, Aku ingin hidup dengannya, Aku suka dia. Ya, aku sukakan Hafiqah! Hati Fariez menjerit. Pandang ke kiri, ke kanan, hanya wajah Hafiqah yang bermain di mata. Seperti bait-bait lagu yang berkumandang itu, seolah-olah kena dengan apa yang dirasainya saat ini. Mahu sahaja dia terus ke rumah Hariez dan melamar gadis itu untu dijadikan surinya. Amboi-amboi, anak ibu ni bukan main gembiranya! Macam orang tengah angau, sampai ibu panggil minum petang pun tak dengar ya? Teringatkan siapalah tu ya? Puan Jasmin menyinggahkan punggung ke katil Fariez. Fariez tersipu-sipu malu. Terlalu asyik mengingati Hafiqah sehingga tidak mendengar panggilan ibunya. Bahkan entah bila ibunya membuka pintu bilik pun dia tidak sedar. Tak adalah ibu, Fariez berangan je tadi. Layankan lagu dekat radio tadi. Amboi! Ni kalau dah berangan bila dengar lagu dekat radio mesti dah ada ehemehem ni. Tak nak kenalkan pada ibu ke? Diusap-usap kepala anak bujangnya itu. Itulah satu-satunya anak tunggal lelakinya. Sudahlah satu-satunya lelaki, sulung pula. Adik Fariez, Izy Natasha kini sudah belajar di Kolej Matrikulasi.

99

Nantilah, kalau Fariez dah sedia nanti Fariez bawa jumpa ibu ye? Kepala dilabuhkan ke riba Puan Jasmin. Walaupun sudah dewasa, anak terunanya tetap manja dengan dirinya. Melihat anaknya ceria, hatinya juga turut ceria. Kerana itu, dia tidak pernah memaksa anakanaknya untuk menurut setiap kehendaknya. Asalkan anak-anaknya tidak melanggar peraturan Negara dan agama, dia sudah cukup bersyukur. Kalau dia bukan orang berduit macam kita, ibu terima tak dia? Sekadar untuk melihat reaksi ibunya. Kenapa? Dia orang susah ke? Taklah susah sangat. Cuma tak semewah kita. Ibu terima tak? Diulang soalan yang sama. Masih tidak berpuas hati tanpa jawapan yang jelas daripada Puan Jasmin. Ibu tak kisah, janji kalau ibu tengok Fariez bahagia, itu dah cukup untuk ibu. Apa yang nak diberatkan isu mewah atau tak. Asal Fariez bahagia pun cukuplah. Lega. Dia tahu ibunya tidak menitikberatkan isu harta benda dan pangkat. Ibunya juga berasal dari kampung. Cuma mungkin kerana asal datuk dan nenek mereka memang orang berharta yang memungkinkan dirinya untuk menikmati kemewahan yang dikurniakan. Anak ibu ni kan dah kaya. Buat apalah nak isteri kaya lagi kan? Janji dia boleh jaga makan pakai Fariez sudah. Takkanlah ibu juga yang nak kena jaga Fariez sampai ke tua kan? Promise you will not treat the woman I love differently just because shes not as wealthy as us? Promise me? Tersengih Fariez meminta perakuan janji dengan Puan

100

Jasmin. Dan bagai melayan keletah anak kecil, Puan Jasmin membuat kinky promise dengan Fariez.

101

17
Airin nak ikut abang Ri ni, bolehlah ye? Airin masih lagi masih cuba untuk memujuk Hariez agar membawanya ke kondominiumnya bersama. Namun, wajah Hariez masih keras seperti tadi. Tanpa senyuman dan penuh dengan keseriusan. Semenjak akhir-akhir ini, abang Harieznya amat tegas. Gurau senda juga sudah semakin kurang didengari. Kan Abang cakap tak boleh tu tak bolehlah maknanya! Airin dah besarkan takkan tak faham lagi apa yang abang cakapkan tadi? Suara Hariez yang lantang di ruang tamu benar-benar membuatkan Hafiqah semakin kecut perut. Hancurlah harapan aku nak si Airin ni ikut sekali, detik hatinya. Yang perempuan seorang ni tak siap-siap lagi ni kenapa? Bukan aku nak bawa pergi candlelit dinner pun nak siap cantik-cantik. Hafiqah! Jeritan itu membuatkan Hafiqah terkocoh-kocoh ke ruang tamu. Mujur dia hanya akan ke kondo lelaki itu, maka dia sekadar bersiap ala kadar. Dengan kemeja T dan seluar sukan dihiaskan dengan tudung segera di kepala. Serabai macam ni pun ada orang nak dekat kau ya Fiqa, perli Hariez dalam hatinya. Satu sengihan sumbing dihadiahkan kepada Hafiqah menunjukkan betapa jeleknya diri melihat pemakaian gadis itu. Kemudian ditinggalkan dan terus menuju ke Lancer. Hafiqah buat-buat tidak mengerti. Dah kau kata tadi bukan nak ajak aku pergi candlelit dinner pun. Buat apa nak cantik-cantik sangat kan? Langkah dihayun mengekori Hariez ke kereta. Dan tiba saat yang paling membuatkan dirinya kekok, bersama dengan lelaki itu di dalam ruangan yang sempit.

102

Walaupun penghawa dingin dipasang, tetapi nafas dirasakan tercungap-cungap. Peluh dingin membasahi dahi walaupun kesejukan terasa sehingga ke tulang belakang. Dan sungguh, senyuman lelaki itu benar-benar menyentap sanubarinya. Hafiqah kaget. Hati mula terasa tidak selesa. Menggeletar seketika tubuhnya. Serta-merta kenangan lalu singgah di fikiran. Sesekali Hariez menjeling ke arah Hafiqah. Kau ni kenapa? Sejuk sangat? Pantas tangan menurunkan suhu penghawa dingin kereta. Tak, saya okey. Dia cuba menenangkan diri. Dihalau pergi kenangan lalu. Dah tu, aku tengok kau macam tak sihat je, kalau tak sihat aku patah balik. Nanti aku bawa Mak Teh je untuk kemas esok. Dalam hati Hariez mengharap agar Hafiqah masih tetap ke kondonya. Eh, tak apa. Saya tak ada apa-apa. Dan, dia berjaya mengawal diri walaupun tadi dia sedikit cuak. Tidak mahu membebankan Mak Teh dengan tugas yang masih boleh dilakukannya. Kau tidurlah dulu. Dah sampai nanti aku kejut. Setengah jam juga nak ke kondo aku tu. Kalau jalan sesak lagi lambat. Dia perlu bersabar. Biarkan dia berehat. Sebentar lagi dia mesti penat. You will have a very long journey ahead Hafiqah. Just because you met me. Dan Hafiqah tertidur dalam jaganya

103

18

KAU ingat aku nak bagi kau berbahagia dengan Fariez, dan biarkan kawan baik aku tu ditipu kau hidup-hidup? Jangan kau berani nak bermimpi Hafiqah! Not even in your dreams! Hariez melemparkan senyuman sinis kepada Hafiqah. Sebelum kau berjaya musnahkan kebahagiaan kawan aku tu, aku akan pastikan masa depan kau hancur sampai kau rasa hina untuk hidup di dunia ni. Apatah lagi berangan-angan nak kahwin dengan orang yang macam kami ni. Perempuan murah! Herdikan demi herdikan yang diluahkan Hariez begitu mencengkam ke lubuk hati Hafiqah. Betapa kerdilnya diri dirasakan. Petang itu, Hariez mengatakan mahu membawanya ke kondo itu untuk dikemaskan. Sebaik sahaja berada di dalam Lancer milik lelaki, dia tertidur dan memang di sinilah destinasi mereka. Dirinya diminta untuk mengemas kondominium mewah yang baru dibeli itu. Namun, kondominium itu sudah dikemas sepenuhnya. Dan motif lelaki itu, hanya untuk mempermainkan dirinya. Untuk pengetahuan kau Hafiqah, aku dah buat laporan pada JAKIM yang ada orang berkhalwat dalam rumah ni. Mungkin sekejap lagi ada penguatkuasa tiba. Bersedialah kau untuk dimalukan Hafiqah. Sesungguhnya, seluruh jiwa Hafiqah sudah hilang. Ditelan ketawa Hariez yang bergembira dengan kehancuran hidupnya. Hanya kerana dia dan Fariez, sebegini teruk dan hina balasan yang diberikan. Hafiqah bangkit dan berlari ke pintu. Dan dengan tangkas, tubuhnya ditarik Hariez dan dihumban ke atas sofa.

104

Kau ingat aku nak biarkan usaha aku ni sia-sia? Jangan harap! Hafiqah sudah teresak-esak. Encik Hariez nak buat apa? Kalau kena tangkap, Encik sanggup nak berkahwin dengan saya? Tidak bukan? Jadi tolonglah lepaskan saya dan jangan buat saya begini. Kenapa? Apa salah saya? Kalau Encik sangat bencikan saya dan tak suka saya berkawan dengan Encik Fariez, saya boleh pergi. Saya tak akan muncul lagi dalam hidup sesiapa yang Encik kenal. Tapi, tolong jangan aniaya saya begini Encik, Rayuan yang meniti dari bibir kecil itu disertai dengan tangisan. Mengerekot tubuh Hafiqah apabila Hariez semakin menghampiri dirinya. Kau ingat aku akan yakin dengan kata-kata perempuan murah macam kau ni? Akan datang kau akan muncul semula. Ataupun kau pergi tapi dalam diam kau main cinta lagi dengan Fariez. Kau ingat aku ni bodoh?! Ya Aku memang akan kahwin dengan kau, tapi kau jangan ingat nak jadi mem besar dalam rumah aku! Walaupun kau dah jadi isteri aku, kau akan tetap kekal sebagai orang gaji dalam rumah tu. Cuma kau, takkan ada peluang untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain terutama Fariez selagi aku tak lepaskan kau. Faham?! Tudung gadis itu ditarik kasar. Suasana sepi, hanya tangisan Hafiqah yang semakin kuat kedengaran. Hariez mendengus kasar. Benci melihat tangisan itu. Benci melihat wajah gadis itu. Benci dengan segala-galanya tentang dia. Ketukan di pintu mematikan setiap kata. Sinis senyuman yang terukir di bibir Hariez. Dengan segera jemari meleraikan kemeja yang dipakai dan tudung Hafiqah direntap ganas tanpa mempedulikan reaksi Hafiqah yang semakin ketakutan. Dicampak ke sudut dan langkah segera diatur ke pintu, dan sebelum sempat Hafiqah mencapai tudungnya, muncul beberapa lelaki sebaik pintu dibuka.

105

Ya Encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Manis bicara Hariez dengan wajah tenangnya. Benci Hafiqah terhadapnya. Kami dapat laporan bahawa ada orang yang belum bernikah duduk berdua-duaan dalam rumah ni. Boleh kami periksa? Boleh bagi kami kad pengenalan dan surat nikah anda berdua kalau ada? Lelaki yang berkopiah itu menyatakan. Sedang Hafiqah sudah terkaku, kelu tanpa kata. Ini kali kedua maruahnya dihina. Dan kata-kata seterusnya yang lahir dari mulut lelaki berkopiah itu membuatkan seluruh nafasnya pergi. Anda berdua didapati telah duduk berdua-duaan di dalam rumah ini dalam keadaan mencurigakan tanpa hubungan yang sah. Anda boleh disabitkan dengan kesalahan berkhalwat. Cukup hanya itu! Aku tak mahu dengar lagi! Tolong hentikan! Tangannya dilekapkan ke telinga. Tidak sanggup mendengar kata-kata seterusnya. Hafiqah berdiri. Dia sudah tidak punya apa-apa lagi untuk dipegang. Sedang mereka sibuk berbicara tentang masa depan yang tiada lagi untuknya, kakinya melangkah ke balkoni. Untuk apa dia hidup lagi sedangkan hidupnya sudah tiada makna lagi. Apalah gunanya menjadi isteri Hariez jika kebahagiaan itu sudah dijamin tiada oleh Hariez? Itu belum lagi dengan pandangan masyarakat tentangnya. Keluarga lelaki itu. Fariez. Dan keluarganya Kaki sudah memanjat ke dinding balkoni. Dan sesaat, tubuhnya ditarik ke belakang. Terbaring dalam dakapan yang entah milik siapa. Kau dah gila? Nak mati?! Benci dia mendengar suara itu.

106

Lepaskan aku! Kenapa tak biarkan aku mati? Biar kau puas hati! Kan kau nak jaminan supaya kau yakin aku tak musnahkan hidup kau dan kawan-kawan kaya kau? Hafiqah meronta minta dilepaskan. Tidak dipedulikan lagi berapa banyak mata yang memandang. Maruahnya sudah lama ditelan angin lalu. PANG! Kau ingat aku nak biarkan kau mati terjun dari balkoni rumah aku? Perempuan tak sedar dek untung! Dahlah kau menyusahkan aku sekarang kau nak tunjuk baik?! Berjuraian air mata Hafiqah. Segera dia melarikan tubuhnya ke sudut. Sudah tidak betah dengan mata-mata yang memandang. Tersedu-sedu tubuhya menahan tangis. Hariez pula bagaikan tidak tercuit dengan peristiwa yang berlaku terus bangun dan menuju ke arah pegawai yang ada. Tidak lama selepas itu, Tuan Rizan tiba bersama Abang Hakimi. Fariez juga muncul dari belakang mereka berdua. Terperanjat besar Hariez. Tidak menyangka Fariez juga mendapat berita itu. Rupa-rupanya Fariez berada di Villa Kasih ketika berita itu disampaikan. I cannot believe this Hariez. Macam mana Hariez boleh duduk dekat sini dengan Fiqa? Lembut tetapi begitu tegas diiringi dengan jelingan tajam ke Hafiqah. Kami memang suka sama suka ayah. DUSH! Penumbuk yang amat kuat singgah di muka Hariez membuatkan dirinya jatuh terduduk. Apa ni Fariez?! Diraba pipinya. Sakit.

107

Kau ingat aku nak percaya?! Hafiqah tak mungkin sukakan kau, bangsat! Kemarahan yang tidak pernah ditunjukkan Fariez selama ini. Mana kau tau? Kau ada hubungan dengan dia juga? Sinis. Damn you! Dengan pantas Fariez ingin menuju ke Hariez, namun sempat ditahan Abang Hakimi. Sabar Fariez, bergaduh tak akan selesaikan apa-apa. Baik kita ke balai polis. Kita selesaikan perkara ni dengan baik. Uncle tak mahu kau orang ni bergaduh. Kau orang dah kenal lama. Tak kan sebab perempuan yang entah siapa-siapa tu kau orang nak berbunuhan pula? Fariez terdiam. Lantas teringatkan Hafiqah. Saat dia berpaling ke posisi gadis itu, Hafiqah sudah pun terkulai di lantai. Tubuh lemah itu diterpa dan dirapatkan ke tubuhnya. Kalau apa-apa jadi pada dia, aku putuskan hubungan dengan kau Hariez! Dicempung tubuh itu dan diusung keluar. Kesihatan Hafiqah lebih penting daripada segala-galanya. And you, young man! I want full explanation and your responsibility on this! Hariez sekadar menundukkan wajah tanda kesal sedang hatinya, bersorak keriangan kerana kejayaan yang hina itu. Be prepared for the worst to come Hafiqah! Hahaha Hariez gelak jahat dari dalam hatinya. Maafkan Hariez, Umi, Papa

108

19

Hariez memang sukakan dia. Dah dia pun sukakan Hariez. Hariez tak sangka pulak yang Fariez pun kawan dengan dia. Dikerling sahabat baik yang masih kekal berdiam diri. Dont tell me you dont know shes being friend with both of you? What is she? A princess? Hariez sekadar menjungkitkan bahu. Tuan Rizan sudah menyinga. Hafiqah sudah disuruh mendiamkan diri di dalam bilik belakang. Umi tak sangka Hariez sanggup buat macam ni pada kami. Kenapa pilih perempuan macam tu untuk jadi pilihan Hariez? Umi dan papa dah pilihkan anak Dato Zahir. Kan malu umi dan papa pada mereka. Sayup tapi suara itu sedikit sebanyak mengganggu emosi Hariez. Puan Hazrina sudah teresak-esak di bahu Kak Azrin. Bukan Hariez tidak kasihankan uminya, tetapi hatinya nekad untuk

memperjudikan maruah Hafiqah demi dendamnya. Macam ni lah papa, Hariez akan bertanggungjawab untuk kes ni. Hariez sedia untuk berkahwin dengan Hafiqah demi maruah keluarga kita. Tersentak Fariez mendengarkan kata-kata Hariez itu. Berkahwin? No no no! Papa tak setuju. Hariez ni dah memang betul-betul gila agaknya! Dahlah sukakan perempuan yang kita tak tahu asal usul. Dah tu berani-berani pulak dia untuk kawan dengan kamu berdua. Sekaligus pulak tu. No! Papa tak mahu terima dia sebagai menantu papa. Habis tu papa sanggup biar kes Hariez turun naik mahkamah? Keluar dekat surat khabar biar satu Malaysia tahu? Gertak Hariez. Selebihnya, dia sudah nekad, dia tetap akan memperisterikan Hafiqah.

109

Macam manalah Hariez sanggup sukakan perempuan macam tu. Hariez tak sedar ke yang Hariez dan Fariez ni dah kena perangkap dia? Kak Azrin yang sedari tadi menenangkan uminya menyampuk. Kak, macam mana dia perangkap Hariez pun, Hariez tetap akan kahwin dengan dia. Hariez tak nak kes ni jadi meleret-leret kemudian hari. Mungkin ini lebih elok daripada dia terus-terusan perangkap kawan-kawan Hariez. Mana tahu, lepas kahwin nanti Hariez boleh ubah dia jadi perempuan yang ada maruah diri? Mujur Airin sudah disuruh papa dan umi awal-awal supaya menguncikan diri di dalam bilik dan tidak mencampuri urusan orang tua. Jika tidak, pasti rancangannya tidak berjaya. Hariez bukan kenal mak dan ayah dia pun. Macam mana Hariez nak kahwin dengan dia? Puan Hazrina sudah mula kelihatan tenang. Hariez akan pergi jumpa mak ayah Hafiqah. Mungkin lebih baik Hariez percepatkan semua ni sebelum dia melarat jadi lebih teruk lagi. What do you think Fariez? You are so damn quiet about this. Dont you have anything to say? Baginya Fariez juga berhak untuk mengatakan sesuatu. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sedari tadi. Saya nak jumpa dengan Hafiqah dulu Uncle. Masih ada urusan yang tak selesai antara kami berdua. Dia masih lagi tidak mempercayai setiap patah bicara Hariez. Baginya, Hafiqah yang dikenali sehingga kini tidak mungkin akan menyukai Hariez. Aku rasa tu tak perlu. Kenapa? Apa hubungan kau dengan dia? Hariez perlu mendapatkan pengesahan tentang perasaan sebenar lelaki itu. Masih tega

menyembunyikan setiap perasaannya.

110

Aku juga rasa aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Urusan aku hanya dengan Hafiqah. Kali ini Fariez perlu tegas. Hati dan perasaannya perlu diberikan jawapan yang paling jelas. Setiap urusan Hafiqah dah jadi urusan aku sebab aku akan berkahwin dengan dia. Aku cintakan dia dan lebih baik kau lupakan apa-apa sebab aku tahu dia tak pernah sukakan kau. Selama ini pun dia tak pernah sebut tentang kau, jadi tak mungkin dia ada perasaan pada kau. Tuan Rizan yang sedari tadi membiarkan dua sahabat itu bertelagah kini semakin marah dengan gadis itu. Ternyata gadis itu terlalu licik sehingga berjaya membuat hubungan dua teman yang selama ini terlalu akrab menjadi renggang deminya. Dia belum jadi isteri Hariez lagi. Jadi papa rasa Fariez masih ada peluang untuk berjumpa dengan Hafiqah buat kali terakhir sebelum dia jadi isteri Hariez. So, Fariez, uncle nak kamu selesaikan apa yang patut dengan Hafiqah dan tolong, selepas ini lupakan apa saja tentang dia. Kita selesaikan semuanya malam ini. Dan Hariez, I think you are making a very big mistake for wishing to marry her. Papa akan ikut kehendak Hariez ni tapi papa tak mahu Hariez menyesal kemudian hari dengan perkahwinan ni. Papa beri masa sehingga hari Ahad ini untuk Hariez selesaikan majlis perkahwinan Hariez. Ada 3 hari lagi dari sekarang, jadi, papa serahkan segalanya pada Hariez. Papa tak mahu ada lagi kisah ni selepas hari Ahad nanti. Selesai berkata-kata, Tuan Rizan terus beredar meninggalkan ruang tamu banglo itu yang kini bagaikan dilanggar garuda. Pintu bilik kecil itu ditolak perlahan. Sungguh dia merasa tidak selesa dengan keadaan ini. Kekecewaan dan kesabaran yang silih berganti masih menakluki hati. Kosong! Mana pula dia ni?

111

Hafiqah Sepi. Diteliti ke setiap sudut bilik. Terlihat sekujur tubuh cuba menyembunyikan diri di antara celah kecil di sebelah almari baju bilik itu. Didekatinya perlahan. Tolonglah pergi Fariez. Saya malu berdepan dengan awak. Hafiqah cuba menahan tangis. Semenjak pulang dari balai polis tadi dia menangis. Namun, dia tidak mahu lelaki yang sedikit demi sedikit menakluki hatinya melihat dia menangis. Hafiqah. Sukar untuk dia meluahkan rasa. Bagai dijerut. Fariez duduk berteleku di hadapan Hafiqah. Melihat wajah suram gadis yang terlalu misteri itu. Apa sebenarnya yang terjadi padamu sayang? Awak nak sayangkan saya? Diam. Tiada reaksi. Masih diam membisu menahan tangis seperti tadi. Kenapa awak tak pernah cakap yang awak sukakan Hariez? Kelihatan air mata semakin banyak bertakung di tubir mata. Kenapa awak sampai hati buat kami berdua macam ni? Kan awak tahu saya kawan baik Hariez. Semua yang awak beritahu saya selama ni bohong ke? Esakan gadis itu sudah semakin kedengaran. Tersedu-sedu dia menahan tangis. Namun masih membisu dan wajah masih memandang ke lantai. Patutlah setiap kali saya minta jawapan dari awak, awak masih berteka-teki saja. Rupa-rupanya Saya tak tipu! Saya diperangkap! Semua yang Encik Hariez cakap tu tipu! Dia bencikan saya. Dia tak pernah sukakan saya! Air mata mengalir semakin deras. Esakan semakin kuat. Namun, untuk memandang ke wajah lelaki itu, dia masih tidak mampu.

112

Untuk apa dia perangkap awak kalau dia boleh dapat yang lebih baik dari awak? Semua ni tak logik! Tak masuk dek akal! Awak cakap yang awak ke kondo tu untuk mengemas. Tapi kondo tu dah terlalu kemas. Nak kemaskan apa lagi! Suaranya sudah mula meninggi. Fariez tidak menyedari setiap kata-katanya itu benar-benar menjerut hati Kristal Hafiqah. Dia tidak mempercayaiku. Itu cuma alasan kamu berdua kan? Alasan untuk berdua-duaan jauh dari orang lain kan? Nada suara sudah mulai longgar. Hatinya sungguh sakit. Hafiqah Awak sukakan saya atau dia? Hafiqah tidak terkata apa. Saya nak kahwin dengan awak. Jadi awak pilih, sama ada awak nak kahwin dengan saya atau Hariez. Saya tak akan paksa awak. Jadi, awak buatlah pilihan sekarang. Beritahu saya. Saya tak pernah sukakan dia. Dan dia juga tak pernah sukakan saya. Saya juga tak berharap untuk jatuh cinta pada awak Fariez. Saya tak mahu hidup yang macam ni. Tolonglah bebaskan saya daripada semua ini. Dia merayu dengan suara yang amat perlahan. Bukan kerana mahu mendapat simpati lelaki ini, tetapi di luar, Hariez kelihatan merenung tajam kepadanya. Saya sanggup dipermainkan awak. Sanggup terima semua keburukan awak. Dengan harapan awak boleh beri saya satu jawapan yang pasti. Terima saya. Hafiqah memang mahu menjawab ya, tapi melihat Hariez yang masih memerhati Hafiqah jadi kelu. Teringat janjinya dengan Hariez di kondo tadi. Saya tak sanggup nak lukakan awak Fariez. Dengan satu masa depan yang saya tak pasti. Saya tak mahu awak tertanggung dengan semua dosa silam saya. Dengan

113

semua beban yang ada. Saya minta maaf. Bukan itu yang dia mahu. Bukan itu yang ingin diluahkan. Fariez, fahamilah aku. Maafkan aku. Saya tak mampu terima awak walaupun saya mahu. Saya minta maaf sangat sangat sebab kecewakan awak. Awak berhak dapat yang lebih baik. Lebih baik daripada saya. Seseorang yang sesuai dengan awak. Perempuan yang baik pasangannnya adalah lelaki yang baik. Dan saya bukan perempuan itu. Saya minta maaf. Hanya kemaafan yang mampu dipinta dari lelaki itu. Lelaki yang sudah mula mendapat tempat di hatinya. Tetapi, mungkin itu yang sudah tertulis. Fariez bukan untuk dirinya. Buat kali terakhir, dan tolonglah beritahu saya sejujurnya, awak sukakan saya? Tolonglah, hanya sekali ini. Perlahan dia melihat Hafiqah menggangguk. Awak sukakan Hariez dan awak mahu berkahwin dengannya? Tak, saya tak sukakan dia dan saya tak mahu berkahwin dengan dia. Tetapi keadaan tak menyebelahi saya. Tolong fahami saya. Dikesat air mata dengan hujung jari. Dia terlalu penat menangis. Terlalu letih. Mengharap pengertian terakhir dari lelaki bernama Fariezul Fikri. Biarlah, hanya untuk sekali ini. Dan ini mungkin kali terakhir dia menikmati kebahagiaan. Saat punya teman dan seseorang untuk disukai. Terima kasih. Saya tak akan lupakan perasaan awak ini. Mungkin, andai suatu masa awak bukan milik dia lagi, saya akan tetap menunggu untuk awak kembali ke sisi saya. Saya minta maaf kerana selepas ini, kita mungkin tak akan bertemu lagi. Fariez bangkit.

114

Saat itu, mata Fariez dan Hafiqah bertembung. Sungguh aku cintakan kau Hafiqah. Terlalu dalam kulihat kekecewaanmu. Tapi, aku tak mampu. Aku terpaksa melepaskanmu kepada Hariez. Terima kasih Fariez kerana pernah memberiku bahagia. Maafkan aku kerana tidak bisa memberimu kebahagiaan yang kau harapan. Dan sesungguhnya, aku terpaksa.

115

20

SIAPA sangka rumah mewah itu sedang mengadakan satu majlis perkahwinan, sedang suasananya bagai meratapi suatu kematian. Semuanya sedang berkumpul di ruang tamu, sama-sama menyaksikan pernikahan yang berlangsung antara Hariezul Zikri bin Rizan dan Nurul Hafiqah Binti Haji Amir. Aku nikahkan dikau, Hariezul Zikri bin Rizan dengan Nurul Hafiqah Binti Haji Amir dengan mas kahwinnya RM30 tunai. Aku terima nikah Nurul Hafiqah binti Haji Amir dengan mas kahwinnya RM30 tunai. Maka, dengan ini, terikatlah Hafiqah dengan ikatan perkahwinan antara dia dan Hariez. Meraung pun sudah tiada gunanya lagi. Memang benar, siapa tidak punya impian untuk mengecapi sebuah perkahwinan, namun ini bukanlah yang dia harapkan. Malah, ini juga bukan mimpinya. Berkahwin dengan Hariez dan menjadi isterinya. Hafiqah melihat ke wajah mereka yang berada di ruang tamu saat ini. Akhirnya jatuh ke wajah abahnya, Haji Amir. Semenjak dari tiba tadi Haji Amir langsung tidak memandang ke arahnya. Hina sungguh diri dirasakan. Hafiqah tunduk. Terasa seperti ingin menitiskan air mata. Ternampak baju kurung yang dipakainya. Hariez belikan 2 hari lepas untuknya. Baju ni kau pakai untuk majlis kita nanti. Aku tak mahu orang tengok kau dengan rupa yang selekeh tu masa kau jadi isteri aku. Itulah kata-katanya saat menyerahkan baju itu kepadanya. Cantik, tidak sehodoh hati busuk Hariez.

116

Tanpa disedari, Hariez sudahpun berada di hadapannya untuk menyarungkan cincin. Saat wajahnya diangkat, mata mereka saling bertemu. Lantas Hariez memberi isyarat untuk Hafiqah mengangkat tangannya. Cincin belah rotan disarungkan ke jari. Begitu ringkas bentuknya, sama ringkas seperti majlisnya. Tiada keistimewaan. Mungkin cincin itu dibeli sekadar untuk melengkapkan syarat. Tanpa hantaran dan sekadar majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga Hariez dan Hafiqah sahaja. Tangan Hariez disalami dan dicium. Terbit satu rasa yang tidak dikenali di dalam hati Hariez saat mereka bersentuhan. Bukan kemarahan dan kebencian seperti yang biasa dirasakannya. Dan tanpa disangka, bibirnya menyentuh dahi Hafiqah. Terpempan Hafiqah seketika. Merah padam mukanya. Ah, ini semua lakonan dia! Hatinya berbisik. Apa yang aku buat ni? Ah, tak kisahlah. Bukan haram pun. Dah sah jadi milik aku. Sengihan Hariez lemparkan kepada Hafiqah. Mari salam abah. Pergelangan tangan Hafiqah disambar lembut. Hafiqah sekadar menuruti lelaki itu. Untuk berhadapan dengan Haji Amir sendiri, dia jadi takut. Abah, Hariez ucapkan terima kasih sebab sudi hadiri majlis kami. Tangan bapa mertuanya dikucup lembut. Abah minta maaf sebab tak ajar dia dengan baik. Lepas ni, kamu jagalah dia. Bentuklah dia jadi isteri yang solehah. Jadi isteri yang boleh bawa kamu ke syurga. Semua dosa dia di bawah tanggungan kamu. Abah dah lepaskan tanggungjawab ini kepada kamu. Pandai-pandailah kamu bina rumah tangga kamu sendiri. Sampai setakat ini sahaja tanggungjawab abah kepada dia. Terima kasih sebab kamu sudi ambil dia

117

sebagai isteri. Bahu menantunya dipegang. Syahdu hatinya demi melihatkan wajah Hafiqah. Kesedihan jelas terpancar di wajahnya. Mulanya dia masih berperang dengan emosi sama ada untuk pergi ataupun tidak ke majlis ini. Namun, kerana lelaki muda ini, dia lupakan seketika. Hariez lelaki yang baik, dan oleh itu, dia yakin Hariez pasti akan menjaga anak yang telah dilepaskan itu sebaik-baiknya. Dia beralih memandang Hafiqah. Mungkin ini kali terakhirnya melihat wajah anak itu. Ada sendu yang bertamu di mata itu. Kolam matanya sudah tidak mampu menakung air mata lagi, dan tatkala salam yang dihulurkan bersambut, kedengaran esakan halus darinya. Abah, Fiqa minta ampun. Sukar sekali untuk melafazkan kata-kata. Hafiqah, kamu dah besar. Dah tahu bezakan yang mana baik, mana buruk. Cuma kerana ini jalan yang kamu pilih, buat abah rasa abah dah gagal dalam membesarkan kamu. Kamu anak yang paling baik selama ini, dan abah tak sangka kamu sanggup buat kami sekeluarga jadi begini. Terhenti seketika bicaranya. Tubuh Hafiqah sudah terhenjut-henjut menangis. Namun, dalam keadaan menahan tangis, dia terlalu sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Abah dah maafkan semua dosa-dosa kamu. Abah dan mak dah halalkan segala makan dan minum kamu. Selepas ini, kamu di bawah tanggungjawab suami kamu sepenuhnya. Belajarlah untuk berubah dan jadi isteri yang baik. Jangan malukan suami kamu lagi. Selepas ini, abah dah tak akan masuk campur dalam hidup kamu berdua. Abah dah serahkan tanggungjawab abah kepada Hariez. Abah Dia seakan tidak sanggup

118

untuk melafazkan kalimah itu. Terlalu sayang kepada anak ini. Tetapi hatinya harus tegas. Mulai saat ini, abah lepaskan kamu daripada tanggungan abah. Kamu, abah relakan pergi untuk bentuk hidup kamu sendiri. Kamu bukan lagi anak aku dan aku sudah tidak ada lagi anak bernama Nurul Hafiqah. Dan jangan kamu sesekali pulang ke pangkuan kami sebab aku tidak akan menerima kamu kembali. Tangannya ditarik dan dengan segera dia mahu meninggalkan rumah mewah itu. Hafiqah tersentak. Bagai luluh hatinya. Bersepai bagai Kristal. Abah! Jangan buat Fiqa macam ni abah! Jangan tinggalkan Fiqa! Segera dia mengejar Haji Amir. Orang lain yang berada di rumah itu sekadar menonton drama yang watak utamanya dilakonkan oleh Hafiqah dan Hariez. Hariez juga bagai terpaku dengan ucapan Haji Amir dan turut sama mengejar Hafiqah. Abah, maaafkan Fiqa! Maafkan Fiqa! Tolong jangan buang Fiqa macam ni. Fiqa nak jadi anak abah! Lengan Haji Amir digapainya dan cuba ditahan sekuat mungkin. Namun, hati Haji Amir terlalu keras. Lengannya disentap semula dan terkocoh-kocoh dia melulu keluar. Hafiqah yang berjaya mengejarnya sudah tidak mampu bertahan. Kaki Haji Amir dipeluk sekuat hati. Cuba menghalang Haji Amir dari terus meninggalkannya. Fiqa sayang abah! Fiqa tak mahukan keluarga ni. Fiqa nak keluarga kita. Fiqa sayang mak dan abah! Fiqa anak abah! Haji Amir turut menangis. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Niatnya untuk hadir ke sini pun hanya kerana untuk

119

mewalikan Hafiqah. Bukan dihadap sangat pun makanan yang disediakan. Selepas ini pun mereka tidak akan bertemu lagi. Biarkanlah ini terjadi untuk sekali ini sahaja. Aku dah tak ada hubungan dengan kamu! Lepaskan aku. Kamu bukan anak aku lagi! Sekuat mana Hafiqah memeluk kakinya, sekuat itu juga dia cuba melepaskan diri. Tak! Tak! Ini abah Fiqa. Fiqa cuma ada abah dan mak saja yang sayangkan Fiqa. Fiqa tak ada orang lain lagi. Fiqa tak sayangkan Hariez. Fiqa sayangkan mak dan abah saja. Terimalah Fiqa semula! Maafkanlah Fiqa! Namun, tangisan kuat dan rayuan itu seolah-olah tidak berbekas di hatinya. Hafiqah dibiarkan terjelepok di atas lantai. Haji Amir mahu beredar dari situ secepat mungkin. Dia sudah tidak sanggup melihat wajah itu lagi. Dia terlalu malu dengan keluarga Tuan Rizan. Malu dengan Hariez. Dan selebihnya, dia malu dengan sikap Hafiqah. Haji Amir meneruskan langkah, membawa pergi hati tua yang kecewa dan terluka. Membawa bersama maruah keluarga yang telah habis punah dek perangai Hafiqah, anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Meninggalkan Hafiqah dengan raungannya yang semakin lama semakin sayup-sayup dan tidak kedengaran lagi. Semoga kamu berbahagia dengan jalan baru ini anakku. Abah maafkan kamu Sampai hati abah buat Fiqa macam ni Sampai hati abah

120

21

LELAKI muda di hadapannya kelihatan begitu segak dan berpelajaran. Tampak seperti anak orang berada. Namun, berita yang disampaikan dan permintaannya itu amat tidak boleh diterima akal fikiran. Aimi Nadia yang mendengar perbualan antara lelaki itu dengan ayahnya agak terpempan saat melihat ketampanan lelaki itu. Air yang dibuat dituang ke dalam cawan dengan penuh sopan dan santun persis wanita melayu terakhir lagaknya. Selebihnya, dia mahu berada di situ lebih lama untuk mendengar sendiri kisah yang sedang dibincangkan. Tak adalah miskin sangat pun si Hafiqah ni. Kenapalah dia sanggup jadi orang gaji ya? Melihat kepada reka bentuk rumah yang didiami dan suasana kejiranan rumah tersebut, Hariez mengagak keluarga Hafiqah tidaklah sesusah mana. Masih seperti orang kebanyakan yang lain dengan cara hidup yang serba sederhana. Kalau kau dengan Hafiqah dah suka sama suka, kenapa nak minta restu aku pulak? Dah tu, kenapa dia sendiri tak datang jumpa aku? Entah-entah kau orang ni dah kahwin pun dekat Golok. Haji Amir sesungguhnya tidak memahami apa maksud sebenar lelaki yang mengakui dirinya sebagai bakal suami Hafiqah. Datangnya tidak diundang dan secara mengejut mahu meminta dirinya sebagai bapa untuk mewalikan Hafiqah yang bakal dikahwini. Saya datang sebagai wakil Hafiqah. Kami sebenarnya dalam proses untuk berkahwin serta-merta kerana kes khalwat. Saya benar-benar tak bermaksud untuk menconteng arang di muka pakcik dan makcik sekeluarga. Kenyataan ini membuatkan

121

jantung Haji Amir bagaikan hampir luruh. Halimah yang sama mendengar sudah mengurut-urut dada tuanya. Fiqa, kenapa kau buat macam ni nak! Sanggup kau malukan mak dan abah ni.. Apa dosa mak dan abah dalam membesarkan kau.. Halimah merintih, seolah-olah rintihan itu didengari Hafiqah. Anak tak guna tu memang tak habis-habis nak memalukan aku! Terus dicekaknya kolar baju Hariez. Apa yang kau orang dah buat hah sampai kena tangkap khalwat?! Kini kemarahan terhadap anak itu sudah tidak boleh tertahan lagi. Satu demi satu perkara dilakukan Hafiqah yang membuatkan jiwa tuanya semakin lama semakin lemah. Mengenangkan Hafiqah, Haji Amir mula rebah. Saya minta dia kemaskan kondo saya memandangkan dia bekerja di rumah orang tua saya. Saya tak sangka pula malam tu ada pegawai Jakim buat rondaan. Saya betul-betul menyesal pakcik. Tapi saya memang akui yang saya sukakan Hafiqah. Oleh sebab itu, saya sanggup peristerikan dia. Dan saya harap pakcik boleh mewalikan dia. Melihat Haji Amir perlahan-lahan mulai rebah, Hariez menangkap tubuh lelaki itu dan menyuruhnya duduk. Disambut tangan lelaki itu dan disalaminya. Wah, bersopan sungguh aku jadi menantu. Tak apa, berlakon memang kena tunjuk baik macam ni. Manalah aku nak letak muka aku ni. Jiran-jiran dah mula tanya kenapa si Hafiqah tu tak balik-balik. Sekarang ni tiba-tiba jantan mana yang dia jumpa datang nak kahwin dengan dia. Dianya entah dekat mana. Lain kali datang dah bawa anak pula. Baik dibunuhnya saja aku ni gamaknya. Setitis air mata mengalir dari matanya. Halimah pula sudah tersedu-sedu menangis. Sedang Aimi, yang mulai mengerti dengan apa yang

122

berlaku terasa seolah-olah takdir menyebelahinya. Lelaki itu yang masih tidak dikenali secara tidak langsung bagai menambah minyak ke dalam api. Kegembiraan yang tidak terpancar menyelubungi hatinya. Apa yang dibuatnya di rumah kamu? Kenapa dia berani-berani sangat nak ke rumah kamu tu seorang diri? Haji Amir sebenarnya masih tidak berpuas hati. Kenapalah anaknya yang seorang itu buat sesuatu tak memikirkan tentang mereka. Dia nak tolong kemaskan rumah saya. Saya nak suruh makcik yang seorang lagi. Tapi dia sanggup nak tolong, jadi saya pun tak keberatan. Mungkin salah saya juga sebab tak fikirkan semua ni sebelum terjadi. Sekali lagi saya minta maaf pada pakcik dan makcik sebab terpaksa harungi masalah ni sekali. Selebihnya, dia hanya mahu ibu bapa Hafiqah memikirkan yang Hafiqah memang sengaja menawarkan diri untuk ke rumahnya. Sekarang awak dah nampak Halimah apa yang anak kesayangan awak tu dah buat? Dipandang ke wajah sayu isterinya. Masih lagi teresak-esak. Bila majlisnya? Kau orang cuma sekadar nak aku mewalikan dia saja kan? Baik, aku akan pergi. Tersentap juga Halimah mendengar keputusan suaminya. Biar benar orang tua ni? Bukan tadi marah sangat ke dengan anak tu? Aimi juga turut terperanjat dengan kenyataan abahnya. Kalau dah marah sangat kenapa diikutkan lagi kehendak mereka? Pakcik minta maaf sebab anak pakcik tu dah malukan keluarga kamu. Untuk itu, kali ini, pakcik akan tanggung kesalahan dia untuk kali yang terakhir sebelum pakcik lepaskan dia kepada kamu. Pakcik harap, lepas ni kamu bentuklah dia seelok-eloknya

123

supaya dia jadi isteri yang solehah. Pakcik minta maaf sebab beri kamu anak yang tak elok ini. Ya, ini salahku. Aku yang gagal membentuk dirinya menjadi muslimah yang beriman. Yang menurut perintah agama. Aku gagal dalam menjadikan dia insan yang memuliakan keluarga. Oleh itu, biarlah, ini menjadi kali yang terakhirnya untuk aku dan seluruh keluargaku menanggung dosa yang dilakukan. Aku gagal menjadi bapa yang terbaik untuk anakku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan seluruh ahli keluargaku. Hariez turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga bakal bapa mertuanya. Saya juga minta maaf dengan pakcik sekeluarga kerana terpaksa terlibat dalam kancah dendam saya ini. Tetapi, ini sebenarnya bukan salah saya. Semua ini sebenarnya berpunca darimu, Hafiqah!

124

22

BAJU perkahwinan telah pun berganti dengan dengan seluar sukan lusuh semula. Dilipat seelok mungkin agar tiada cela, mana tahu lelaki itu minta dipulangkan semula. Iyalah, umpama seorang pelakon, Hafiqah bagai sedang memainkan watak di dalam drama yang diterbitkan oleh Hariez sendiri. Pintu bilik dibuka dari luar. Dari derap tapak kaki, Hafiqah sudah boleh meneka empunyanya. Dia tidak mahu menoleh, dan membiarkan sahaja. Hariez melangkah menuju ke arah Hafiqah. Wanita itu seolah-olah tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu. Lantas dia duduk di sofa di belakang Hafiqah. Seronok dapat kahwin dengan aku? Lagak umpama memerli, namun Hafiqah yang masih membelakangkannya diam tidak berkutik. Dipandang sepi baju perkahwinan yang diberikan Hariez. Pandai juga dia pilih baju untuk aku ni. Dah lah sama saiz. Terima kasih. Eh, diam pulak dia ni! Namun, Hariez masih cuba bersabar. Dipandang daripada belakang susuk tubuh Hafiqah. Tidak bertudung, tetapi masih berpakaian lusuh, kemeja T dan seluar sukan kegemarannya. Baru Hariez sedari yang rambut Hafiqah sudah lebih panjang dari saat mula-mula dia melihat gadis itu tidak bertudung berbulan dahulu. Dari rambut, turun ke tengkuknya. Putih melepak. Bergetar rasa di jiwa Hariez. Cepat-cepat dialihkan pandangan. Dia tidak mahu terjadi apa-apa lagi pada malam ini. Masih terlalu awal untuk dia menyentuh Hafiqah.

125

Mulai hari ini, kau dah berkahwin dengan aku. Kau kena ingat yang kau tu isteri aku. Ingat, ISTERI aku. Kau bukan kahwin dengan Fariez atau orang lain. Jadi, aku nak kau sedar diri kau tu sedikit. Depan orang kau kena panggil aku abang. Tapi dalam bilik ini, panggil aku Encik Hariez. Faham? Tadi baru kata aku ni isteri dia.Lepas tu suruh aku panggil dia Encik Hariez pulak. Apa yang dia ni nak sebenarnya? Namun masih tidak berani untuk menjawab. Aku bercakap dengan kau ni Hafiqah! Kau dengar tak? Terus dicengkam dagu Hafiqah. Geram pula dia. Hafiqah yang ketakutan tidak berani bertentang mata dengan Hariez. Peluang itu diambil sepenuhnya untuk dia melihat sepuas-puasnya wajah Hafiqah. Wajah itu pucat, dan penuh ketakutan. Hariez tersenyum. Semakin dia mahu menyakiti hati Hafiqah. Oleh kerana kau nak sangat jadi mem besar dalam rumah aku ni, aku tak izinkan kau buat satu kerja pun. Hatta mencuci pinggan ataupun buat air sekalipun. Aku pun tak mahu kau sediakan aku minuman sebab aku tak ingin apa-apa yang kau sediakan. Kalau kau degil dan aku tengok kau buat walaupun sedikit kerja, siaplah kau! Faham? Hafiqah mengangguk perlahan. Cengkaman lelaki itu terlalu kuat dan menyakitkan. Serentak itu dia menolak wajah Hafiqah kuat. Terkebelakang tubuh Hafiqah. Hafiqah langsung tidak mengerti apa yang dimahukan lelaki itu. Namun untuk membantah tidak sesekali. Lelaki itu suaminya. Dan dia berhak penuh ke atas dirinya. Hafiqah takut untuk memikirkan segala kemungkinan yang ada. Lagi satu, aku nak kau tolong jaga penampilan kau tu. Aku tak mahu tengok kau pakai macam yang kau pakai sekarang ni bila bersama dengan aku. Baju kau semua aku

126

dah letak dalam almari tu. Jari telunjuk menghala ke arah belakang pintu bilik. Sebuah almari plastik kecil kelihatan di situ. Aku nak kau campak semua baju-baju buruk kau dalam plastik hitam ni. Aku nak buang semua baju-baju kau tu. Sila pindahkan sendiri barang-barang kau dalam bilik dapur ke dalam bilik aku. Aku tak mahu apa yang terjadi dalam bilik aku ni orang lain tahu. Segulung plastik sampah hitam dilemparkan ke arah Hafiqah. Dan lagi satu, tolong jangan naik atau jejakkan kaki kau ke atas katil aku ni tanpa kebenaran aku. Begitu juga untuk semua barang aku yang lain termasuklah yang ada dalam bilik air tu. Semua tu hak aku, dan kau jangan sentuh kecuali bila aku bagi arahan, faham? Tapi, kenapa encik buat macam ni? Aku nak orang tahu yang aku kahwin dengan kau sebab aku memang sayangkan kau. Tapi, hakikatnya, kau tu cuma orang gaji aku dalam bilik ini. Aku yang akan bayar gaji bulanan kau. Dengan selamba, Hariez menanggalkan bajunya dan memakai tuala. Dia mahu mandi. Hari ini, dia letih mendengar ceramah daripada papanya tentang Fariez. Mengingati sahabatnya itu, Hariez jadi tidak keruan. Rasa bersalah menghantui diri, tetapi apakan daya, dia tidak mahu berundur lagi. Lajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya. Bukan mudah untuknya melepaskan sabahat itu pergi. Dan keputusan yang amat drastik dari Fariez itu benar-benar mencabar hatinya. Fariez sanggup memutuskan hubungan mereka demi Hafiqah. Wanita yang hanya dikenali beberapa bulan yang lalu. Sedangkan dia sanggup untuk memusnahkan masa depan dan maruah keluarganya, demi menyelamatkan sahabatnya dari perempuan itu.

127

Sudahlah semasa kes khalwatnya tempoh hari, sebiji tumbukan daripada Fariez singgah ke mukanya. Kali ini, dia dikejutkan lagi dengan berita penghijrahan Fariez ke Amsterdam bersama ibunya, Puan Jasmin. Ayahnya, Tuan Badri yang bekerja dengan kedutaan di sana telah mencarikan kerja untuk Fariez. Namun bukan itu yang dimarahkan. Semuanya kerana Hafiqah. Pengaruh wanita itu terlalu kuat dalam hidup mereka. Papa baru sahaja memberikan peringatan untuknya keluar dari Villa Kasih dalam tempoh 2 bulan. Tetapi, tempoh 2 bulan itu terlalu singkat untuk dia melaksanakan rencananya. Airin pula sepanjang hari tidak keluar daripada bilik. Mengurungkan diri demi tidak bertemu dengan dirinya dan Hafiqah. Marah sungguh adik kecilnya itu sehingga enggan bersua muka dengan mereka, lebih-lebih lagi dirinya. Manakan tidak, bagi menjauhkan Airin dengan Hafiqah, dan merenggangkan kemesraan mereka, Tuan Rizan dan Puan Hazrina sepakat untuk menghantar Airin ke sekolah berasrama. Sedangkan selama ini mereka melarang keras Airin masuk ke sekolah asrama. Takut merindui anak gadis itu. Tetapi kini, yang sebaliknya berlaku. Airin langsung tidak diberikan peluang untuk bertemu dengan Hafiqah walaupun duduk dalam rumah yang sama. Semakin hari semakin bertambah kemarahan terhadap Hariez, dan selepas pernikahan itu berlangsung, Hafiqah terus berpindah ke bilik Hariez. Masakan dia mahu masuk ke bilik abangnya pada malam perkahwinan mereka. Abang Hariez tipu! Kak Fiqa tak jahat pun macam yang abang cakap. Ni semua mesti rancangan abang. Sambil menekup muka dengan bantal, Hariez masih dapat melihat Airin tersedu-sedu menangis. Abang tak tipu. Abang cuma tak beritahu perkara yang sebenarnya.

128

Jadi betullah kan yang abang sebenarnya memang bawa kak Fiqa pergi ke sana sebab nak kemaskan rumah abang tu? Abang sengaja tak benarkan Airin ikut sebab abang takut rancangan abang gagal kan sebab ada Airin? Betul. Itulah yang sebenarnya. Tetapi lain pula yang terbit dari bibir Hariez. Memang abang suruh kak Fiqa beritahu orang lain macam tu. Abang tak mahu orang lain syak. Abang tak sangka semua ni terjadi. Jadi abang minta maaf pada Airin dan semua yang lain sebab jadikan perkara macam ni. Abang tak mahu perkara macam ni jadi pada Airin, jadi abang harap Airin tak contohi perangai kami. Sengaja disebutkan kami, supaya Airin sedar yang Hafiqah juga terlibat dalam rancangan ini. Airin tak percaya. Tak mungkin kak Fiqa sanggup buat macam ni. Bila masa dia sukakan abang? Macam mana abang sukakan kak Fiqa? Sebab Airin yakin, orang yang betul-betul sukakan kak Fiqa cuma abang Fariez seorang saja. Dan hari ini pun dia tak datang ke majlis ni. Sebab abang tak jemput dia kan? Abang memang sengaja nak pisahkan mereka kan? Hariez terkedu. Setiap patah bicara Airin betul belaka. Adik itu terlalu mengenalinya. Tetapi, dia tidak harus mudah melatah. Dia perlu lebih licik lagi. Abang minta maaf sebab kecewakan Airin dan Fariez. Abang pun tak tahu yang Fariez pun sukakan Hafiqah sama seperti abang sukakan dia. Tetapi, percayalah, hati abang memang betul-betul suka dan sayangkan Hafiqah. Dia juga sayangkan abang. Cuma Airin yang tak tahu. Airin boleh tanya sendiri pada kak Fiqa. Sampai hati abang dan kak Fiqa tipu Airin. Airin tak sangka. Kenapa tak beritahu Airin? Kan Airin boleh elakkan kes khalwat tu. Keluarga kita pun tak malu. Abang pun tak kahwin dengan kak Fiqa macam ni. Airin masih menutup muka dengan bantal. Malu untuk menayangkan wajah sembapnya kepada Hariez.

129

Kalau abang tak kahwin dengan kak Fiqa dengan cara ni, Airin rasa papa dan umi nak ke bagi abang kahwin dengan kak Fiqa macam biasa? Sekurang-kurangnya abang bersyukur sebab peristiwa ni terjadi. Mungkin sakit untuk dihadapi, tetapi, abang berjaya dapat apa yang abang nak. Umi dan papa dah nak carikan abang jodoh dengan orang lain tahu? Dielus lembut rambut panjang Airin. Tidak sampai hati pula dia melibatkan Airin dalam konspirasi ini. Namun, untuk membiarkan adiknya menggagalkan, tidak sama sekali. Keluar daripada bilik air, Hariez melihat Hafiqah masih berteleku di tepi sofa. Dia masih tidak betah untuk melakukan apa. Arahan tidak melakukan kerja sudah dikeluarkan Hariez. Dan dalam masa yang sama, dia masih memikirkan masa depan yang tidak pasti untuknya. Kalau kau nak mandi, kau boleh gunakan bilik air aku tu. Tapi, aku tak mahu barang kau bersepah dalam bilik air tu. Semua barang kau, kau letakkan dalam almari kau tu. Tilam kau, kau boleh lipat dan letakkan sekali dalam almari tu. Tanpa memandang ke arah Hafiqah, Hariez memberi arahan. Sedang dia bersiap-siap untuk keluar dan Hafiqah pula sudah bangun menuju ke almari miliknya. Oh ya, aku nak keluar ni. Tetapi, aku tak mahu kau keluar dari bilik ni sehingga aku balik. Kalau kau nak tidur, tidur atas lantai tepi katil aku tu. Tilam, bantal dan selimut dah aku sediakan, ada dalam almari kau tu. Benar, semuanya telah disediakan. Hafiqah jadi keliru. Lelaki ini membencinya, tetapi semua keperluan untuknya telah disediakan. Permainan apa yang sedang dimainkan?

130

Kunci kereta diambil, telefon bimbit dicapai, lalu, dia keluar meninggalkan Hafiqah seorang diri.

131

23

PAGI itu, Hariez bangun awal. Tidak seperti kebiasaanya. Namun, isterinya bangun lebih awal darinya. Hafiqah sedang mandi ketika dia terjaga. Baru jam 6 pagi kot! Semalam ketika pulang, Hafiqah sudah pun tertidur di tepi katil. Dia juga tidak mahu mengejutkan Hafiqah. Badan pun sudah penat. Apatah lagi kepalanya yang sudah letih mendengarkan leteran kawan-kawannya. Bertemu dengan Ikmal, Armin dan Fikri diharap dapat mengurangkan sedikit bebanan emosi yang ditanggung. Ternyata mereka juga marah dengan tindakannya mengahwini Hafiqah sehingga menyebabkan Fariez membawa diri ke Amsterdam. Dont be so selfish lah kawan. Kita kenal dah lama kan? Takkan kau sanggup buat kawan kau sendiri macam tu? Ikmal sentiasa menjadi orang tengah setiap kali dia dan Fariez bertengkar. Eh, come on lah. Takkan aku bercinta dengan orang gaji aku pun salah kot? Kami suka sama suka. Yang Fariez tak nak beritahu yang dia syokkan orang gaji aku tu kenapa? Salah aku ke? Bukannya aku ni ahli nujum kot nak baca-baca hati orang! Hariez meraup rambutnya yang jatuh di muka ke belakang. Isu perkahwinannya sudah menjadi isu besar kini di kalangan dia dan temanteman. Yang menjadikan kisah itu lebih besar kerana Hafiqah orang gajinya dan Fariez sanggup meninggalkan mereka demi Hafiqah. Engkau pun satu! Kenapa tak nak declare je dengan kami yang kau serius suka dekat dia? Tak adalah kawan tu merajuk sampai bawa diri jauh. Kita ni dah macam adikberadik tau. Kau jatuh aku tolong kau bangun, jadi tak ada bezanya kalau Fariez jatuh.

132

Aku tetap akan tolong dia bangun. Membebel lagi si Im ni. Ada kena lepuk dengan aku juga karang. Bukan aku tak fikirkan dia. Tapi, ini soal hati dan perasaan. Mungkin isteri aku tu layan dia macam kawan je sebelum ni. Dia yang salah anggap. Aku pun tak sangka juga dia berkawan dengan Hafiqah. Jadi, tak adillah kalau kau salahkan aku seorang saja. Kenapa dia sanggup tinggalkan kita ni semata-mata demi seorang perempuan? Dan kenapa kau orang tak back-up aku langsung ni? Aku pun mangsa keadaan okey untuk kes ni! Papa aku marah aku, kau orang pun marah aku. Apa guna kawan-kawan yang aku ada ni? Bertenang kawan, jangan naik angin macam ni. Kami cuma terkejut dengan kes kau dan Fariez ni. Whatever the reason, you and him still our best buddies. Kami cuma nak kau orang berdua sama-sama gembira. Tak cantiklah kan kalau kau gembira, tapi Fariez makan hati di sana. Melihat Ikmal bagai mencurah minyak ke api, Fikri mula bersuara. Tidak mahu pertelagahan mereka menjadi semakin teruk. Sudah cukup hilang seorang kawan, tidak perlu mereka berempat turut sama berpecah. Kerutan di wajah Hariez mulai pudar. Bukan dia tidak ada rasa bersalah, malah lebih hebat lagi. Dia kehilangan teman terbaiknya. Tetapi, keputusan sudah dibuat. Cuma dia berharap agar isu itu tidak dipanjangkan lagi. Aku dah pun berkahwin dengan Hafiqah. Jadi, sama ada kau orang ataupun Fariez suka ataupun tidak, aku tak akan berpatah balik. Sebagai kawan-kawan aku, aku harap kau orang akan doakan kebahagiaan aku.

133

Bunyi pintu bilik air menyedarkan dia daripada lamunan. Pura-pura menyambung tidur, sedangkan dia cuba melihat dari celahan mata yang sedikit terbuka, mengintai setiap perlakuan Hafiqah. Keluar daripada bilik air sudah lengkap berpakaian. Dia tidak mahu dikatakan Hariez cuba menggoda pula. Memang menurut hukum sudah tiada batasan aurat untuk mereka berdua. Namun, dia sentiasa mengingatkan diri, dia hanya seorang orang gaji, yang dipilih Hariez untuk melakonkan watak seorang isteri di hadapan orang lain. Tuala di kepala menutup helaian rambut yang basah. Berdiri di hadapan almari kecil mengambil telekung dan sejadah dan kemudian dibentangkan di sudut bilik. Hafiqah mula mengerjakan solat subuh. Hariez sekadar memerhatikan. Leka melihat setiap aksi Hafiqah. Ya, dia tidak tinggal solat. Wajahnya juga tenang. Terlalu tenang. Selesai solat subuh, perlahan Hafiqah mula mengaji. Sangat perlahan. Dengan berbekalkan Quran kecil miliknya, Hafiqah bagaikan berada di dalam dunianya sendiri. Langsung tidak menyedari yang Hariez sudah pun bangkit dari pembaringan. Sedap juga dia baca Quran. Kenapa tak jadi guru mengaji je kalau dah tak ada duit? Kenapa nak jadi orang gaji dekat rumah orang kaya juga? Ah, semua ni pura-pura je! Serentak itu Hariez mendengus kasar. Hafiqah berpaling seketika ke arahnya. Terkejut mendengar jeritan lelaki itu. Ingatkan dia mengigau tadi. Rupanya angin tak betul dia dah sampai pagi-pagi buta ni. Hm Segera Hafiqah menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran di muka surat tersebut. Sodaqallahul-azim.

134

Cepat-cepat dia mengemas telekung dan sejadah dan menyimpannya semula. Dia tidak mahu dimarah atas sebab yang remeh temeh. Ini merupakan hari untuknya bermula sebagai isteri Hariez yang sah. Bagai hari permulaan orientasi di Universiti, dia perlu memulakan hidup yang baru hari ini. Cuba untuk beradaptasi dengan pandangan masyarakat terutama penghuni di Villa Kasih terhadapnya.

135

24

Baru sejam penerbangannya tiba dari Turki. Menghabiskan masa di Tanah Suci dan kemudian membawa kaki merentasi bumi Arab dan berakhir di Turki, kini dia kembali semula ke tanah air tercinta. Misi yang terhenti, perlu diteruskan semula. Pencarian yang tertangguh demi menenangkan hati yang masih diburu dosa-dosa semalam tidak akan berakhir selagi kemaafan itu tidak diperoleh. Rancangan demi rancangan difikirkan. Walaupun dia tidak tahu mahu bermula dari mana, namun itu bukan alasan untuk dia terus berlengah. Telefon berbunyi pinta diangkat. Baru jejakkan kaki dah ada orang telefon. Entah siapalah ni nak menyebuk. Hello, assalamualaikum. Saya dah sampai ni. Wah, makin bersopanlah kamu ni. Sekarang ni kamu di mana? Nak kami ambil ke? Dah sampai ke Senai ke? Eh, tak, belum lagi. Saya baru sampai di KLIA. Saya nak duduk di KL dulu. Minggu depan saya balik JB. Lama dia membawa hati. Membawa bersama penyesalan yang tak sudah. Kini, dia kembali. Nasib gadis itu harus dibela. Dia pernah melepaskan gadis itu, dalam keadaan yang penuh dengan kekurangan di pihaknya. Membiarkan hidupnya dikhianati dan dianiaya, termasuk oleh dirinya sendiri. Hello, Zul. Macam mana? Kau dah dapat cari perempuan yang aku emailkan tu? Dia amat mengharapkan berita baik di sebelah sana.

136

Mujur kau telefon. Aku hilang telefon minggu lepas. Tak dapat nak contact kau semula. Maaflah ya? Zulkifli ketawa. Kau ni memang tak boleh haraplah Zul. So, hopefully you are not that useless. Give me some good news, please? Dia turut sama tertawa. Semenjak mengerjakan umrah tempoh hari, hatinya sedikit tenang. Dan berkat ketenangan itu, dia mendapat kekuatan untuk menjelaskan hutang yang tertunggak. Sure aku ada berita baik untuk kau. Patutnya dah dua hari lepas aku sampaikan pada kau, tapi sebab telefon aku kena rembat dengan mat pet mana, tu yang terlewat sikit. Anyway, aku dah jumpa perempuan tu. Menarik nafas seketika sebelum menyambung percakapannya semula. Dia sekarang ni ada dekat KL. Dua minggu lepas kes kau tu, dia pindah dekat area KL ni. Tapi, kalau kau nak lebih terperinci, lebih baik kita jumpa face-to-face. Cerita dalam telefon ni leceh sikitlah. Aku nak tunjuk kau dia kerja dekat mana pun susah takut kau tak biasa dengan kawasan KL ni. Okey, kita jumpa, tapi kau kena ambil aku la dekat KLIA ni. Aku bukan ada kereta pun nak pergi. Dah alang-alang tu, aku tumpang dekat rumah kau je lah untuk seminggu dua ni sampai hal aku ni selesai. Jimat sikit, dah lah aku baru balik menghabiskan duit ni. Tawa mereka meletus. Zulkifli turut sama tertawa. Kawan lama punya pasal. Semua boleh jadi. Mujur dia juga masih bujang.

Dari jauh mereka melihat wanita itu keluar dari bangunan The Garden menuju ke Midvalley. Lantas mengekori setiap langkahnya agar tidak kehilangan.

137

Pergerakan mereka semakin menghampiri kawasan parking bawah tanah. Masih lagi tidak menyedari setiap pergerakannya diekori, wanita berskirt labuh itu terus menuju ke kotak parking di mana kereta Toyota Vios miliknya berada. Ketika mahu membuka kereta, tangannya disentap oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia dipaksa masuk ke dalam kenderaannya. Mujur tiada orang yang berada di sekitar kawasan itu, jika tidak pasti mereka mati dihempuk kerana dianggap cuba merompak atau melakukan perkara buruk yang lain kepada wanita itu. Hei perempuan! Ingat aku lagi? Lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu menoleh ke belakang. Tersentak. Macam mana dia boleh jumpa aku? Kau pelik? Kau ingat kau dah dapat larikan diri lepas apa yang kau buat? Kau pedajalkan hidup kami lepas tu kau nak lepas tangan? Kunci kereta diambil daripada temannya dan enjin kereta dihidupkan. Dengan cermin tinted gelap, kereta itu semakin memudahkan operasi mereka. Apa kau orang nak buat dekat aku ni ha? Rontaan semakin dikuatkan. Namun, tidak mungkin dia dapat melepaskan diri daripada cengkaman lelaki di sisinya itu. Dia cuba untuk membuka pintu. Dan alangkah bodoh diri dirasakan kerana dia mengaktifkan childlock bagi pintu di sebelah belakang dan menyukarkan dirinya untuk membuka pintu dari dalam. Aku nak kau duduk diam-diam dekat belakang. Kalau tak Dikerling teman melalui cermin pandang belakang. Kalau tak apa?! Suara semakin meninggi. Rontaan demi rontaan namun, cengkaman tangan lelaki itu semakin kuat.

138

Kalau tak, kau dapat ini! Sehelai sapu tangan ditekupkan ke mukanya. Bau yang tidak enak semakin menyesakkan salur nafasnya. Bukaan mata semakin lemah dan akhirnya, dia tidak sedarkan diri lagi. Sekarang baru senang kita buat kerja. Make sure dia tak bising-bising masa aku bayar parking. Cantikkan posisi dia tu. Nanti orang perasan kita culik dia. Aku tak nak ada kes lain pula karang. Pemanduan dimulakan dengan berhati-hati keluar daripada bangunan Midvalley merentasi kesesakan jalan raya di kota Kuala Lumpur yang saban hari seperti tidak berkesudahan.

SAAT Alisa membuka mata, dia melihat dirinya tertidur di tempat duduk belakang kereta. Cuba mengimbas kembali bagaimana dia berada di situ. Memandang ke alam sekeliling. Dia berada di satu tempat yang tidak dikenali. Hanya dia dan keretanya sahaja. Pintu kereta dibuka dari luar. Wajah lelaki itu yang dilihat sebelum dia pengsan tadi. Senyuman sumbing lelaki itu ke tubuhnya seolah-olah menyedarkan dia dengan keadaan bajunya yang agak terdedah. Segera dia membetulkan pakaiannya. Malu dilihat lelaki itu. Aku tak teringin pun nak tengok apa yang ada dekat kau tu. Lagi-lagi aku tau perangai kau tu tak cantik. Kau nak apa? Ada getar dalam suaranya. Sedikit takut. Pandangan dialihkan keluar. Cuak dengan apa yang bakal dilakukan oleh lelaki itu.

139

Takkan kau tak boleh agak apa yang aku nak? Agak tergoda juga dia sebentar tadi melihat susuk tubuh yang terbuka tadi. Sebab itu dia hanya menunggu saat Alisa terjaga barulah dia masuk ke dalam kereta. Aku tak tahu. Dan serentak, tawa lelaki itu meletus. Kau tak tahu atau pun kau buat-buat tak tahu? Tubuh disandarkan ke tepi pintu. Betul-betul menghadap Alisa yang masih memalingkan wajah darinya. Dah tentulah aku susah-susah cari kau ni sebab aku nak balas dendam. Kau ingat senang ke aku nak buat benda ni? Semakin dia merapatkan tubuh. Dapat dilihat dengan jelas, jemari Alisa cuba untuk membuka pintu namun tidak berjaya. Atas sebab apa? Apa salah aku? Suara dikendurkan untuk meminta simpati. Dia semakin takut berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki di sebelahnya jauh berbeza dengan yang pernah dikenali lama dahulu. Kau dah gunakan aku untuk perangkap kawan kau! Kau lupa apa yang kau buat dulu? Nada tingginya menggerunkan. Haziq ketawa. Bukan kisah dirinya diperangkap yang dihairankan sebenarnya. Namun, kerana dia tidak mampu membela gadis kesukaannya saat diperlukan yang membuatkan diri sangat terkilan. Berhadapan dengan Alisa saat ini benar-benar mencabar kelelakiannya. Mahu sahaja dia melakukan seperti yang dilakukan ke atas Hafiqah berbulan dahulu. Biar dia rasakan apa yang dialami Hafiqah. Namun, untuk menyentuh wanita di hadapannya, dia jadi jijik.

140

Aku tak buat apa-apa. Kau orang sendiri yang buat. Kenapa nak libatkan aku? Alisa cuba memesongkan keadaan. Tetapi, dia tahu, lelaki ini sudah memahami dengan jelas apa yang terjadi tempoh hari. Hei! Ditarik dengan kuat rambut Alisa. Alisa menjerit kesakitan. Kau ingat aku ni bodoh?! Kau boleh tipu aku? Ditelan liur. Kau ingat Hafiqah tu murah macam kau? Hei, aku pun tak bodoh lah sampai nak tidur dengan dia siang-siang hari macam tu. Kalau tak kerana kau guna nama Kak Mira, mati hidup semula pun aku takkan masuk kalau aku tahu kau seorang je yang ada tahu! Kalau aku tahu, air yang kau buat tu kau ada letak sesuatu, memang aku tak akan minum! Kau tunggu sebab aku guna nama Fiqa. Pantang ada perempuan tu je terus kau pun nak ada juga. Bibirnya dicebikkan. Aku ni yang depan mata bukan kau nak nampak! Si Hafiqah yang tak pandang kau tu jugak yang kau nak kejar. Bodoh! Alisa berpeluk tubuh. Hati yang gentar sebentar tadi sudah mulai tenang. Semakin berani untuk bersemuka dengan Haziq. Engkau tu yang bodoh! Hei perempuan, rupa kau tu dah la tak secantik mana, tambah dengan perangai buruk, hati tu pun aku dah boleh bau busuknya. Kak Mira pun dah tau cerita sebenarnya tau. Kau tak perlulah nak putar belitkan fakta lagi. Alisa buat muka selamba. Marah juga dia mendengarkan kutukan Haziq. Tetapi, diakui, tembelangnya pasti akan pecah. Sebab itu dia segera berhijrah ke Kuala Lumpur. Dengan alasan, tidak sanggup menanggung malu atas setiap perbuatan Hafiqah ke atas keluarga kak Mira.

141

Sekarang ni, aku nak kau beritahu aku, di mana Hafiqah? Rumah dia dekat mana? Digenggam erat kedua-dua belah bahu Alisa. Alisa menahan kesakitan. Hati yang tiba-tiba berani jadi kecut semula melihat kemarahan Haziq. Aku tak tahu! Aku dah lama tak jumpa perempuan tu! Lengan yang tidak bertutup itu kelihatan mula memerah. Aku nak alamat rumah dia! Dia dah kahwinlah! Jeritan yang kuat dilepaskan. Penipu! Satu tamparan kuat hinggap ke wajah Alisa. Alisa terkaku. Kau jangan nak tipu aku lagi. Aku nak alamat rumah dia. Wajah menyinga Haziq terlalu menggerunkan. Aku cuma tahu dia dah kahwin dengan orang kaya. Aku tak tahu dia dekat mana lagi. Kau jangan pukul aku lagi. Tangisan simpati, diiringi esakan yang semakin kedengaran. Kau bagi alamat keluarga dia. Tak mungkin kau tak tahu. Kan kau kawan dengan adik dia? Baik kau bagi sebelum aku suruh kawan aku dekat luar tu rogol kau. Baru kau tahu perasaan bila maruah dah diragut. Astagfirullahalazim aku baru buat umrah kot 3 bulan lepas! Takkan lah aku nak aniaya orang macam tu Tetapi, Alisa benar-benar membuatkan kesabarannya semakin menipis. Walhal, tidak terniat pun untuknya menjadikan kata-kata itu suatu kenyataan. Dia pun masih dapat membezakan yang halal dan haram. Namun, gertakan itu ternyata memberi kesan ke atas Alisa yang benar-benar ketakutan. Tak, tak, aku bagi kau alamat kelaurga dia di JB. Tapi, kau lepaskan aku dan jangan ganggu aku lagi. Kau boleh ambil nombor telefon adik dia ni. Tergesa-gesa dia

142

mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangannya. Dia yang beritahu aku Hafiqah dah kahwin. Terketar-ketar suaranya menjelaskan. Berharap agar Haziq melepaskan dirinya dan tidak tega melakukan perkara yang tidak baik. Diam. Jari telunjuk diletakkan di bibir, sebagai isyarat agar Alisa tidak mengeluarkan suara. Hello, assalamualaikum, ni Aimi ke? Saya Zul. Saya ni kawan Alisa. Boleh berkenalan? Sebaik sahaja panggilan dijawab, segera dia memperkenalkan diri. Alisa yang masih lagi takut, hanya sekadar memerhati. Tidak berani untuk bersuara. Saya yang mana? Awak tak kenal saya. Alisa yang kenalkan awak pada saya. Hm, saya ingat nak jumpa dengan awak? Awak dekat kawasan mana ni? Kalau dekat dengan MV, bolehlah kita berjumpa. Teringin sangat nak kenal. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Aimi juga menyambut huluran salam perkenalan daripada Haziq yang mengenalkan diri sebagai Zul. Kalau macam tu, hujung minggu ni saya turun JB. Bolehlah kita jumpa lagi nanti. Terima kasih ya? Senyuman semakin melebar. Talian diputuskan. Kalau kau berani cakap pada Aimi ni tentang urusan kita, aku akan datang semula cari kau. Waktu tu, aku tak akan teragak-agak buat apa yang aku cakapkan tadi. Ingat? Bagai pak turut, Alisa menganggukkan kepala.

143

25

SUDAH seminggu dia melalui kehidupan sebagai isteri Hariez. Seperti yang diduga, ia tidak semudah biasa. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja, Hafiqah bagai orang bodoh, sekadar menghabiskan masa melayani perasaan yang masih berduka. Bukan dia tidak mahu membantu Mak Teh seperti sebelumnya, namun tamparan di wajahnya pada hari kedua menikahi lelaki itu telah menghentikan setiap apa-apa yang biasa dilakukan. Hanya kerana pagi itu dia membantu Mak Teh mengangkat sedulang air dari dapur ke meja makan, habis dipanggil naik ke bilik. Sudahnya, setiap hari inilah aktivitinya. Duduk di taman memerhatikan laman yang semakin hari semakin kering, sekering hati Hariez. Hafiqah mula mengira-ngira wang simpanan sehingga ke bulan lepas. Wang gaji yang diberikan Hariez hanya dimasukkan ke dalam akaun. Itu pun dengan mengirim kepada Pak Sim. Hendak dia sendiri ke bank, alamatnya memang tidak bersimpanlah. Dia tidak pernah keluar daripada Villa Kasih seorang diri, walaupun untuk ke kedai berhampiran. Dia hanya akan keluar jika disuruh oleh Hariez ataupun Airin. Kepulangan Hariez dari kerja hanya disambut dengan pandangan yang sayu sebelum dia mengekori lelaki itu ke bilik. Mengenangkan huluran salam yang tidak bersambut beberapa hari lalu, dia jadi malu sendiri. Dia juga malu dengan ahli keluarga Tuan Rizan dan Mak Teh kerana tidak menolong apa-apa kerja dan hanya duduk melayani perasaan sendiri. Pasti mereka semakin memandang serong terhadapnya.

144

Sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak elok, mahu pula bermalas-malas di rumah orang kaya. Siapa yang lipat baju aku ni? Suara Hariez menyedarkannya dari leka. Kau? Direnung wajah Hafiqah tajam. Saya Encik Hariez. Selangkah demi selangkah lelaki itu semakin menghampiri. Kan aku dah cakap, jangan sentuh barang aku tanpa kebenaran. Aku tak mahu kau sentuh barang-barang aku. Sekarang kau ambil semua baju-baju aku tu, kau bagi pada Mak Teh untuk dia gosok semula dan lipat. Esok aku nak pakai. Cepat! Berambus dari sini! Terkial-kial Hafiqah mengambil baju yang telah dicampakkan Hariez ke lantai itu untuk dibawa kepada Mak Teh. Bukan dia kata hari tu aku ni orang gaji dekat dalam bilik dia ke? Bukan aku bawa baju ni keluar pun untuk gosok. Apa punya perangai la dia ni. Mak Teh, Fiqa nak minta tolong Mak Teh gosokkan dan lipatkan baju Encik Hariez ni. Diletakkan bakul baju Hariez ke lantai. Mak Teh merenungnya pelik. Kenapa Fiqa tak buat sendiri? Tetapi kemudiannya Mak Teh tepuk dahi. Mak Teh lupa Fiqa dah kahwin dengan Hariez. Takpelah, nanti Mak Teh buat ya? Mak Teh kembali menyambung tugasnya mengelap pinggan. Fiqa nak apa-apa lagi? Nanti Mak Teh buatkan. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu memandang ke wajah Hafiqah. Dia juga marahkan gadis itu. Wajahnya terlalu tulus, dan tidak sangka begitu sekali sikapnya. Terasa sungguh kelainan dari cara Mak Teh melayaninya. Kepala digelengkan walaupun diketahui wanita itu tidak dapat melihatnya. Tak apalah Mak Teh, Fiqa naik dulu ya?

145

Langkah diatur, perlahan dan lemah. Namun, dapat didengari bait-butir kata yang disebutkan Mak Teh. Dah dapat gading bertuah, tanduk pun dah boleh buang. Baju yang buruk, dah boleh buang. Apa punya manusia la dia ni. Sungguh, pedih! Air matanya bagai mahu tumpah. Dia berlari-lari anak menaiki tangga, masuk ke bilik dan pintu ditutup. Mujur Hariez di dalam bilik mandi. Benar, Hariez punya perancangan sendiri. Setiap yang disuruh lelaki itu ada muslihat yang tersembunyi. Kini, dia semakin mula memahami. Dan yang lebih jelas, dia hanya perlu mematuhi wataknya agar lebih diyakini. Cuma yang dia masih tidak mengerti, motif disebaliknya. Apa yang akan lelaki itu dapat di penghujungnya? Sampai bila semua penipuan ini akan berlangsung. Aku kena positif. Aku tak boleh lemah. Nanti aku yang jadi semakin sakit dengan perkara yang belum terjadi lagi. Ni baru sedikit. Aku kena bersedia dengan yang lebih teruk lagi. Minda positif. Dah lama dia tak lakukan. Bagai sedang bermotivasi, kedua-dua jari telunjuk diletakkan di kiri dan kanan dahi. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan dengan penuh tenaga. Terlalu asyik menguatkan semangat diri sehingga tidak sedar Hariez telah keluar dari bilik mandi. Yang kau tu dah kenapa? Terperanjat Hafiqah. Diurut-urut dadanya. Hampeh betul dia ni, aku baru nak kuatkan semangat, dia dah buat semangat aku terbang. Suka sangat kot sergah-sergah aku macam tadi!

146

Bibir mencebik. Bagai terdengar-dengar suara Hafiqah membebel di cuping telinganya, lantas dia menoleh. Kau marahkan aku? Ingin mengangguk, tetapi itu hanya akan menambahkan kemarahan Hariez kepadanya. Segera dia menggelengkan kepala. Hariez terus dengan aktivitinya berpakaian. Dia sengaja berpakaian di hadapan Hafiqah. Suka melihat reaksinya yang seolah-olah terpaku melihat tubuhnya. Hafiqah memerhatikan lelaki itu dari jauh. Setelah beberapa hari, dia cuba membiasakan diri dengan cara Hariez yang gemar memakai baju di hadapannya. Sedangkan dia boleh saja memakainya di dalam bilik air. Macamlah aku tergoda sangat! Huh! Tapi memang tough pun dia ni. Sengajalah tu nak tayang dekat aku, nak tunjuk betapa handsome nya dia kan? Pandangan segera dialihkan. Hafiqah pura-pura mencari sesuatu di almarinya. Kemudian, dia mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Hariez tertawa kecil. Kalut sungguh Hafiqah. Namun, sesuatu yang nakal melintas di fikirannya. Dia membatalkan keputusan untuk keluar dahulu. Lewat sedikit makan pun tak apalah. Hafiqah membasahkan diri di pancuran. Semenjak dahulu lagi dia suka begini. Setiap kali hatinya gundah, dia suka melihat air yang mengalir. Orang kata tak bagus untuk minda. Ingatan jadi tidak kuat. Tapi itulah yang diperlukan. Dia mahu lupakan memori yang menyakitkan. Biar semuanya pergi bersama air yang mengalir. Lama dia berteleku di bawah pancuran. Kedinginan air yang menyentuh tubuh tidak dihiraukan. Dia lebih selesa begini. Lutut dirapatkan ke dada dan dipangku dagu di antara dua lutut.

147

Ini cara dia berfikir. Berfikir tentang apa saja. Tetapi, untuk kebanyakan masa, mindanya jadi kosong. Kosong, kosong, kosong, bak lagu Najwa Latif. Tidak sedar masa yang berlalu. Menunggu terlalu lama, Hariez bangun. Pelik kerana hampir empat puluh minit Hafiqah mandi. Dia hanya mendengar air pancuran sahaja. Diketuk pintu bilik air kuat. Kau mandi ke kau buat bilik mandi dalam tu? Kata-katanya tidak pernah lembut. Sentiasa sinis. Senyap. Tiada jawapan. Ketukan di pintu dikuatkan. Oi! Kau tidur ke? Bagai mahu pecah pintu itu digendangnya. Ketika itu juga bunyi pancuran itu hilang. Dalam bilik air pun boleh tidur. Apa punya orang la dia ni Hafiqah tergesa-gesa menutup pili air saat mendengar gendangan hebat Hariez. Takut lelaki itu semakin marah, dia segera mencapai tuala dan dilapkan tubuh yang basah. Namun, tika itu baru dia perasan, dia terlupa mengambil baju tidur dan baju yang dipakai tadi telahpun dicampakkan ke dalam baldi baju kotor. Ah sudah! Cemana gayanya ni? Macam mana nak keluar ni? Nanti orang tu kata aku nak goda dia pulak. Bangangnya aku ni! Sibuk sangat motivasi, jadi roti basi adalah! Hafiqah mengetuk-ngetuk kepala. Terasa diri betul-betul bodoh. Dia juga tidak mahu tubuhnya dilihat Hariez dalam keadaan begini. Malu masih beraja dalam diri. Dia masih punya harga diri walaupun lelaki itu terlalu memandang rendah kepadanya.

148

Hei, kau ni memang tidur ke kat dalam tu? Tak reti-reti nak keluar? Pelik. Hafiqah hanya diam dari tadi. Suka hati kaulah nak tidur dalam tu ke, aku nak turun makan dulu. Sedangkan dia akhirnya berbaring semula di atas katil. Saat mata dipejamkan, dia dapat mendengar bunyi pintu dibuka dengan perlahan. Dan bagai nak terkeluar biji matanya apabila melihat Hafiqah hanya berkemban tuala. Sungguh! Dia terlalu cantik. Sedang Hafiqah sudah tergamam di muka pintu bilik air. Dia dengar dengan jelas tadi lelaki itu berkata mahu turun makan dahulu. Kenapa dia masih berbaring di atas katil itu? Masalah lagi! Kenapalah makhluk Allah yang seorang ni tak habis-habis nak menyusahkan aku? Cepat-cepat dia berjalan menuju ke almari. Mencari apa sahaja baju yang sempat dicapai. Dia ingin segera masuk ke dalam bilik air. Tidak betah berlama-lama di situ, apatah lagi dirasakan mata Hariez tidak dialihkan dari dirinya. Namun, belum sempat dia tiba ke pintu bilik air, tubuhnya disambar rakus. Ditolak ke katil. Mujur tuala itu diikat kemas. Baju yang dipegang, dipeluk erat agar dapat menutupi mana-mana bahagian yang terdedah. Hariez sedikit tergoda dengan wangian syampu badan yang digunakan Hafiqah. Walaupun diyakini syampu murah, tetapi baunya tetap wangi dan terlalu menggoda. Dijelajahi segenap tubuh itu, sedang Hafiqah sudah memejamkan mata ketakutan. Hm, wangi. Pandai kau pilih syampu. Itu yang terluah tanpa sedar. Dia jadi asyik. Wajahnya semakin mendekati Hafiqah.

149

Sabun Lux je tu. Murah. Boleh pakai lama. Perlahan dia menggumam. Tawa Hariez meletus mendengarkan jawapan Hafiqah. Scared but she dare to answer in mumbles. Dia melihat bibir mungil itu terkumat-kamit. Entah baca doa ataupun tengah jampi aku tu. Bukan boleh percaya dia ni. Namun, sengihan semakin dilebarkan. Dan, CHUP! Hafiqah buka mata. Gila punya manusia! Berani kauNak berdosa dengan aku? Marah? Kutuk aku dalam hati? Dia tidak berani bersuara. Terlalu malu. Lelaki itu benar-benar gila. Benci, tetapi ada selera pula nak cium dia. Apa kes?! Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memukul kepala lelaki itu. Namun, semua itu terpaksa dilupakan. Tangan yang sibuk dengan baju dan tuala, tidak mampu digerakkan. Yang kau tu pun kenapalah boleh tak bawa baju nak mandi tadi? Saya nak bangun. Wajah dipalingkan daripada memandang lelaki itu. Tidak mahu Hariez melihat wajahnya yang kian memerah. Nak buat apa? Kau tak suka macam ni? Dia jadi semakin berani. Langsung tidak menoleh ke arah lain. Memang saya tak suka. So, back off! Saya nak pakai baju. Sejuk. Sudahlah tadi dia berhujan di bawah pancuran. Bilik ni pula ada pendingin hawa. Suhu kalau tak 16C memang tak sah. Iyalah, orang banyak dosa memang sentiasa rasa panas. Kepala digeleng-gelengkan tanda tidak setuju. Baru Hariez tersedar tubuh isterinya itu sedang menggigil kesejukan. Nanti tak pasal-pasal demam pula. Seketika dia bangun dan duduk di hujung katil.

150

Dah, siaplah. Kita turun makan. Niat di hati untuk mengusik, tetapi nampaknya hati sendiri yang terusik. Hafiqah pun apa lagi, terburu-buru berlari ke bilik air meninggalkan lelaki itu sendirian.

151

26

PUAN HAZRINA sedang leka memberi makan ikan di kolam ketika Hariez datang. Sudah lama mereka tidak berbual mesra. Uminya itu senantiasa sibuk dengan kerja amal dan aktiviti kelabnya. Namun, itu semua bukan alasan untuk dia menjadi anak yang tidak berjaya seperti anak-anak orang lain yang sering menyalahkan ibu bapa mereka kerana mengabaikan kebajikan anak-anak demi menyara keluarga. Umi! Dipeluk tubuh Puan Hazrina daripada belakang. Tangan Hariez yang melingkari pinggangnya dipukul manja. Hish, apa ni? Dah tua-tua pun nak peluk umi lagi. Makin cuba dilonggarkan pelukan Hariez, semakin kuat pula tangan itu memeluknya. Dah lama tak manja-manja dengan umi macam ni. Umi tu selalu sibuk je! Bibir dimuncungkan. Kemudian dia ketawa. Umi yang sibuk ke Hariez yang makin sibuk? Iyalah , Hariez kan dah ada isteri. Dalam diam-diam bercinta. Takkanlah nak ingatkan umi pula kan? Jelas dia terasa hati dengan perbuatan Hariez. Umi masih marahkan Hariez lagi? Hariez minta maaf ya umi? Hariez sayang umi. Tangan Puan Hazrina dicium lembut. Kesal kerana perbuatan itu melukai hati umi kesayangannya. Nak buat macam mana. Perahu dah pun terlajak. Susah nak berpatah balik. Sengaja dia tidak menyebut perkataan tidak boleh berpatah balik. Maksud umi, masih boleh berpatah balik? Puan Hazrina mengangguk.

152

Umi sebenarnya tak kisah pun siapa pilihan Hariez. Tapi biarlah dia boleh jaga kebajikan Hariez juga. Umi lebih suka kalau Hariez berkahwin dengan orang yang setaraf dengan kita macam anak Dato Zahir tu. At least, kalau dia tak pandai memasak atau menguruskan rumah tangga, keluarga Hariez tak ada masalah untuk ambil orang gaji. Tak adalah semuanya guna duit Hariez saja kan? Hariez mendengar dengan teliti setiap patah kata uminya. Tapi Hariez pun mampu untuk bagi kemewahan pada isteri Hariez. Jadi, tak perlulah nak dia kaya. Asalkan dia pandai masak dan uruskan pakai Hariez semua. Fiqa bagi Hariez semua tu ke lepas kahwin? Sengaja mahu menduga hati anaknya. Maksud umi? Macam yang Hariez cakap tadi, asalkan dia pandai masak dan uruskan pakai semua. Masa sebelum kahwin dengan Hariez, adalah umi tengok dia uruskan semua tu untuk Hariez dan seluruh ahli keluarga kita. Tapi, selepas Hariez kahwin dengan dia, umi tak nampak langsung dia ada layan Hariez macam yang Hariez nak tu. Sarapan Mak Teh yang buat, makan tengahari pun Mak Teh juga, makan malam pun sama. Kalau dulu, setiap kali minum petang mesti macam-macam yang dia buat. Nak tarik hati kononnya. Sekarang ni, nak angkat cawan dengan pinggan pun tidak. Hariez terangguk-angguk. Ala umi, biasalah, nama pun isteri Hariez, bukan orang gaji lagi. Takkanlah Hariez nak biarkan dia kerja-kerja macam tu. Hariez cuba memujuk. Umi tak suka dengan cara dia tu. Sepanjang hari dia duduk lenggang kaki je di rumah. Langsung tak buat apa-apa kerja. Taman umi ni, dah seminggu tak bersiram. Ikan

153

pun tak diberi makan. Hariez memerhati sekeliling. Memang benar, kawasan rumah itu semakin tidak terurus. Baju Hariez siapa yang siapkan dan gosokkan? Fiqa yang gosokkan. Sedangkan dia tahu jawapan sebenar. Dah terang lagi jelas dia memang penipu. Perempuan tu memang pandai berpura-pura. Baru beberapa hari lepas umi nampak dia bagi Mak Teh sebakul baju kerja kamu minta orang tua tu gosokkan, lipatkan. Bila masanya dia gosok baju kamu? Hati wanitanya jadi panas. Teganya Hafiqah memperdayakan anak lelakinya itu. Hariez tak tahu pula umi yang dia buat macam tu. Dia tak tolong langsung dekat rumah ni dan cuma duduk lenggang kaki pun Hariez tak perasan. Dia melutut di hadapan uminya. Mengharapkan kemaafan bagi pihak isterinya. Umi bukannya tak suka. Tapi, itulah yang terjadi. Bila kaduk naik junjung. Umi tengok, baju dia pun dah berubah. Hari tu, seplastik besar baju lama dia dibuang. Itupun mujur Mak Teh ada masuk ke bilik belakang tu nak mengemas. Kalau tak, memang dah ke tong sampah luarlah agaknya. Kan baju-baju lama tu boleh didermakan kepada orang miskin. Kalau dah lupa daratan, jadi macam itulah gamaknya. Leteran itu bersambung lagi. Jumpa dalam bilik belakang? Aik, bukan hari tu aku suruh dia buang dekat tong sampah luar terus ke? Yang dia pergi simpan dalam bilik belakang tu kenapa? Ini boleh membangkitkan kemarahan. Sengaja nak melawan akulah tu! Hariez betul-betul tak tahu Mi. Memang Hariez ada belikan baju baru untuk dia, tapi tak sangka pulak dia terus buang baju-baju lama dia tu. Patutlah Hariez dah tak

154

nampak dia pakai baju-baju macam selalu dia pakai tu semenjak kami kahwin. Kepala dilentokkan ke riba Puan Hazrina. Sambil mengelus rambut anaknya, Puan Hazrina menyambung. Umi tahu Hariez sukakan dia sebab dia tu cantik. Tapi, jangan sebab tu, Hariez abaikan kebajikan hidup Hariez sendiri. Umi tak suka anak umi terpedaya dengan perempuan-perempuan sembarangan. Nanti, anak umi juga yang merana. Pada mula kemunculan Hafiqah di rumahnya, dia sudah merasakan sesuatu tentang gadis itu. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Dari riak wajahnya, dia bukan orang susah sehingga hanya mampu menjadi orang gaji. Ternyata telahan itu benar. Gadis itu hipokrit. Punya misi tersendiri. Umi tak mahu Hariez dengar cerita-cerita buruk daripada umi saja. Nanti Hariez ingat umi sengaja nak pisahkan kamu. Cuma umi harap, Hariez buka mata dan tengok betul-betul perangai isteri kesayangan kamu tu. Baru saja beberapa hari kamu bernikah, dah ketara sangat perubahannya. Papa kamu pun tak suka. Selesai menghabiskan katakatanya, Puan Hazrina bangun meninggalkan Hariez sendirian. Berdoa agar anak itu berfikir sedalam-dalamnya dan menyedari kesilapannya mengambil Hafiqah, bekas orang gajinya sebagai isteri sekaligus menjadi menantu di Villa Kasih. Namun, bukan itu yang difikirkan Hariez. Bukan kekecewaan yang dirasakan daripada luahan uminya, tetapi perasaan gembira. Nampaknya misinya sudah mula membuahkan hasil. Umi pun dah nampak apa yang aku nak buat. Hehe, bagus, bagus, Hafiqah. Kau memang pelakon yang bagus.

**********************

155

Sampul surat itu ditolak perlahan ke celah bawah pintu. Esok, adik itu akan dihantar ke asrama. Orang kaya punya pengaruh, semuanya boleh dibuat dalam masa yang singkat. Selama dua minggu itu Airin tidak menyapanya. Balik dari sekolah, terus mengurungkan diri di dalam bilik. Walaupun bertembung ketika di tangga ataupun di mana-mana bahagian Villa, Airin akan cuba untuk mengelakkan diri dari

memandangnya. Dan dengan cepat dia akan melarikan diri dan masuk terus ke bilik. Untuk itu, surat sebagai pengganti diri dikarang. Untuk diserahkan secara bersemuka, dia tidak mampu. Biarlah Airin menilai sendiri dengan cara ini. Hafiqah bergerak ke bilik Hariez. Takut kalau-kalau bertembung dengan orang lain di hadapan bilik Airin. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertemu dengan sesiapa dari ahli keluarga ini. Walaupun dia masih boleh bersabar dan menahan telinga mendengar cemuhan orang, tetapi hatinya tetap rapuh dan terasa sakit. Bersendiri di bilik yang besar ini sebenarnya membuatkan diri terasa kerdil. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan kedudukannya hanya secebis ruang di sebelah katil Hariez. Menerawang mengingati lelaki itu, Hafiqah jadi keliru. Peristiwa beberapa hari lepas benar-benar membuatkan dia jadi semakin tidak mahu berdepan dengan Hariez. Setiap saat dia jadi lebih berhati-hati dengan lelaki itu. Entah atas mimpi apa, ciuman itu singgah ke bibirnya. Semasa makan malam tadi juga lelaki itu melayannya dengan baik sekali, lebih-lebih lagi di hadapan ahli keluarganya. Dapat dilihat wajah jelek mereka melihat kemesraan Hariez terhadapnya. Lauk dicedukkan ke pinggan. Nasi juga diambilkan untuknya. Tangan pula sentiasa menyentuh lengan Hafiqah.

156

Mungkin itu semua adalah sebahagian daripada lakonan lelaki itu, Hafiqah berpendapat sendiri. Mempermainkan orang lain dan juga perasaannya dalam masa yang sama. Agar dia terleka dan suatu masa nanti dia akan dijatuhkan dengan teruk sekali. Astaghfirullahal-azim Kalau tak betul tu, aku dah boleh dikira memburukburukkan suamiku sendiri. Semakin berdosalah aku nampaknya. Hafiqah beristighfar. Tidak mahu menambah dosa yang sedia ada tidak berampun. Walau seburuk mana pun layanan lelaki itu terhadapnya, dia harus bersabar. Lelaki itu tetap suaminya walaupun telah diisytiharkan oleh Hariez bahawa dia adalah orang gaji dan sekadar isteri di depan orang lain. Namun, hukum tetap hukum. Akan sedaya upaya dia menepis setiap buruk sangka dan bertahan selagi mampu. Takkanlah kerana diri sudah dituduh tidak elok, dia harus menunjukkan seperti yang disangka mereka semua. Hafiqah tidak mengharapkan pengertian mereka mahupun simpati. Apa yang dimahukan hanya kebebasan untuk dia mendapatkan sedikit kebahagiaan dalam hidupnya. Hafiqah memejamkan mata saat mendengar pintu dibuka. Dia dah masuk. Awalnya tidur. Dengan perlahan, Hariez menghampiri Hafiqah. Digoncang tubuhnya perlahan. Lambat, tetapi Hafiqah sedikit demi sedikit membuka mata. Purapura seperti baru bangun dari tidur yang lena. Ya Encik? Mata yang konon-konon mengantuk digosok-gosok. Aku nak tanya, mana kau letak baju kau yang lama dulu? Membuntang mata Hafiqah. Aik, takkan nak suruh aku pakai balik kot! Saya dah buang macam yang encik suruh. Terpaksa berbohong. Sekali dia menipu.

157

Betul kau dah buang? Kau buang dekat mana? Dapat dilihat Hafiqah menganggukkan kepala. Dua kali. Saya dah buang di tong sampah luar macam yang encik nak. Kenapa, encik nak saya pakai baju yang lama tu semula ke? Tiga kali. PANG! Tersorong ke belakang tubuh kecil itu. Segar terus biji matanya. Kepalanya sakit, terkena kayu palang katil. Kenapa kau nak tipu aku? Kau ingat aku tak tahu? Pipi yang merah itu diperhatikan. Dapat dilihat wajah itu sedang menahan sakit. Saya tak sampai hati encik. Jujur dia mengakui walaupun sebentar tadi dia cuba menyorok. Ada sendu dalam nada itu. Aku memang pantang kalau ada orang nak tipu aku. Hei, kan aku dah cakap, buang baju tu. Kenapa kau degil sangat ha? Yang kau pergi letak dalam bilik belakang tu siapa suruh? Satu lagi penampar hinggap di pipi itu. Hampir tersembur air mata Hafiqah dibuatnya. Saya tak boleh buang baju tu encik. Dalam almari tu semua baju daripada duit encik. Yang saya buang tu saja baju yang saya beli dengan duit saya sendiri. Kalau encik buang saya nanti, saya dah tak ada apa-apa baju lagi nanti. Dia tidak sanggup mengambil apa-apa daripada milik lelaki itu saat dia diminta meninggalkan Villa Kasih. Dah berani menjawab. Dah berani melawan cakap aku. Dah berani menipu. Kau ni sebenarnya memang perempuan tak reti dek untung tau! Aku dah belikan baju untuk kau tu, kau pakai jelah. Yang kau degil sangat nak simpan baju-baju buruk kau tu kenapa? Kau nak jadi orang gaji balik? Dah tak nak jadi orang kaya lagi? Cengkaman pada dagu itu membuatkan Hafiqah kehilangan bicara.

158

Saya memang lebih rela jadi orang gaji, daripada jadi isteri yang encik benci. Entah datang dari mana keberanian itu, kata-kata yang selama ini disimpan terluah. Apa dia? Kau nak jadi orang gaji. Baik. Kau tunggu. Aku bagi kau apa yang kau nak. Tapi ingat, hidup kau tak berakhir di sini. Aku bagi kau peluang, nikmati hidup yang aku bagi pada kau malam ni, sebaik-baiknya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Hafiqah semakin memudahkan setiap perjalanan. Ya, lebih baik aku menjadi orang gaji yang didera daripada aku jadi isteri yang sentiasa dihinanya di belakang. Biar mereka melihat sendiri layanan sebenar Hariez kepadaku, bukan yang penuh kepura-puraan. Hariez baring dengan membelakangkan Hafiqah. Bagaikan tiada simpati, Hafiqah dibiarkan tidur tanpa beralaskan tilam tebal yang selesa. Menahan diri dari kesejukan dengan selimut nipis. Sedang dia, dengan comforter, dan beralaskan tilam mewah, tidur dengan lenanya di dalam kedinginan yang tidak tertanggung Hafiqah.

************************** SAMPUL itu dibuka perlahan. Bagaikan tahu siapa yang mengutuskan warkah itu, Airin begitu berdebar-debar untuk membacanya. Saat mula membaca bait-bait tinta di warkah itu, Airin menangis. Hanya untuk Airin yang paling disayangi, Setelah tidak lama berbicara denganmu, akhirnya hanya surat menjadi pengganti diri. Akak tidak punya kekuatan untuk bertemu denganmu sepertimana dirimu tidak betah bertemu denganku. Namun, ada sesuatu yang tidak mampu akak luahkan kepada Airin dan akak pasti suatu masa nanti Airin akan mengerti.

159

Pasti Airin kini sudah membenci akak. Namun, ketahuilah, ini semua bukan kemahuan akak. Airin yang akak kenal, tidak akan mudah membenci, tidak akan mudah mengkhianati perkenalan kita ini. Saat pertama kali akak menjejakkan kaki ke Villa Kasih, Airinlah insan pertama yang menghulurkan persahabatan kepada akak. Dan kini, Airin juga berhak untuk menariknya kembali.Tetapi, percayalah, akak bukan seperti apa yang diceritakan. Andai ada suatu masa kita akan bertemu lagi, akak berharap agar waktu itu, Airin akan mengerti situasi yang sebenarnya walaupun ia tidak seindah yang Airin apatah lagi akak harapkan. Namun, akak akan cuba untuk berdiri semula. Akak akan terus untuk bernyawa, dan andai ada jodoh kita, akak berdoa agar hati Airin dibuka semula untuk menerima akak dalam hidup Airin. Salam sayang dari akak untuk Airin. Semoga Airin bahagia hingga ke akhirnya. Nurul Hafiqah Binti Haji Amir

Kenapa tak nak cakap dengan Airin? Esakan itu disembunyikan, menekup wajahnya dengan bantal. Sampai saat-saat akhir ni pun akak masih berahsia. Tangisan demi tangisan. Dan akhirnya, Airin tertidur bersama surat yang erat digenggam.

160

27

PAGI itu semua orang sedang bersiap sedia untuk menghantar Airin ke sekolah barunya. Jauh dari Kota Kuala Lumpur. Jauh di Pahang. Malangnya, Hariez tidak akan turut serta. Tinggal bersama Hafiqah dan Mak Teh di Villa. Selesai bersarapan, Puan Hazrina, Tuan Rizan, Kak Azrin sekeluarga masingmasing sudah bersedia untuk bergerak. Wajah suram Airin hanya dipandang Hafiqah dari jauh. Fiqa, ini Airin ada kirim pada Mak Teh, minta diberikan kepada kamu. Satu sampul besar diserahkan kepada Hafiqah. Sampul itu bertukar tangan. Dengan segera Hafiqah menuju ke bilik belakang. Tidak sabar untuk melihat isi di dalamnya. Apa ni? Sambil tangannya membelek-belek gambar yang ada. Ada sekeping nota disertakan di dalamnya. Airin minta maaf sebab lukakan hati akak. Tapi, Airin tak pernah salahkan akak. Airin lebih kenal siapa kak Fiqa. Airin pergi kali ini untuk mengurangkan beban yang sedang akak tanggung. Airin tahu, akak tak cintakan abang Hariez. Dan Airin juga tahu yang kak Fiqa sukakan abang Fariez dan dia juga ada perasaan yang sama terhadap akak. Gambar ini dia kirimkan untuk akak, dan andai suatu masa nanti akak perlukan dia, dia akan sentiasa ada. Begitu juga Airin. Di sini Airin sertakan alamat untuk akak kirimkan surat. Airin sentiasa doakan kebahagiaan kak Fiqa. Kalau akak ada masa, jangan lupa hantar mesej pada Airin ya?

161

Gambar Fariez dan di belakangnya tertulis nombor telefon dan alamat. Juga disertakan sebentuk cincin. Untuk Hafiqah, walaupun ku tahu kau bukan milikku. Namun, cincin ini, khas untukmu. Demikian tertulis pada kad yang diikat bersama cincin itu. Dibelek, ada nama Hafiqah terukir di dalamnya. Sebutir air mata jatuh. Namun, untuk memakai cincin itu tidak mungkin bagi dirinya. Dia kini isteri orang. Sebelum Hariez nampak, baik aku simpan semua ni. Dan akhirnya, kesemua pemberian Airin itu dimasukkan ke dalam laci meja kecilnya. Tidak mahu dikatakan malas oleh Hariez, cepat-cepat Hafiqah keluar dari bilik kecil itu. Semalam sudahlah dimarahi gara-gara baju yang tidak mahu dibuangnya, hari ini entah apa pula sebab yang akan dijadikan punca untuk dia dimarahi. Dan seperti yang dijangka, Hariez memang sedang mencarinya. Perempuan! Kau jangan nak sembunyikan diri pulak. Ke mari kau. Kasar panggilan Hariez kepadanya. Namun, Hafiqah tetap kelihatan seperti tidak terusik. Semalam kau nak sangat kan jadi orang gaji aku. Mulai hari ini, dan mulai saat ini, semua kerja di dalam rumah ini akan diuruskan oleh kau dan kau seorang. Mak Teh pun tak perlu buat apa-apa kerja. Mak Teh yang kebetulan baru masuk dari pintu belakang sedikit terkejut dengan permintaan Hariez. Kenapa? Hariez nak berhentikan Mak Teh ke? Air mata sudah berlinangan. Tidak sampai sepuluh minit rombongan menghantar Airin pergi, Hariez sudah tidak perlukan khidmatnya lagi.

162

Bukan Mak Teh, mulai hari ini, Mak Teh akan saya lantik jadi penyelia orang gaji di rumah ni. Mak Teh tak perlu buat apa-apa kerja. Semua kerja mengemas, memasak, berkebun, mencuci dan lain-lain akan diuruskan oleh Puan Hafiqah kita ni sendiri. Tapi, Mak Teh tak perlu risau sebab gaji Mak Teh tetap akan jalan seperti biasa tanpa ada sedikit kekurangan pun. Cuma ingat, jangan buat apa-apa kerja pun. Faham Mak Teh? Bingung, lantas wajah Hafiqah dipandang. Wanita itu sedari tadi hanya menundukkan muka. Kalau Mak Teh nak balik terus hari ini pun tak apa. Saya benarkan Mak Teh bercuti untuk seminggu ini. Almaklumlah, semua penghuni yang lain pun tiada. Sebab itu dia sengaja tidak mahu mengikut mereka semua. Lagipun selepas menghantar Airin, mereka semua telah sepakat untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands pula selama hampir seminggu dan dalam masa yang sama pergi menziarahi keluarga abang Hakimi, suami kak Azrin yang juga terletak di Pahang. Betul ni Mak Teh boleh balik? Bukan sebab Hariez nak berhentikan Mak Teh ye? Mata Hariez direnungnya. Lega dengan penjelasan Hariez walaupun tidak difahami maksud sebenarnya. Betul. Mak Teh naik kerja semula minggu depan hari Isnin ya? Bukan Isnin esok tau? Mak Teh yang kegembiraan serta merta berkemas pulang. Kalau dah tinggal berdua tu, nak honeymoon laa agaknya tu, kata hati Mak Teh walaupun sedikit menyampah apabila memikirkan kemungkinan itu. Untuk Hafiqah pula, dia sendiri sudah seram sejuk bila Hariez memberi Mak Teh cuti sehingga seminggu. Entah apa pula yang akan dilakukan lagi kepadanya.

163

Kepulangan Mak Teh disambut gembira Hariez tanda kemenangan sudah berada di pihaknya. Hafiqah yang sepi di sudut dapur dipandangnya atas ke bawah. Perlahan dan dengan aura yang sangat menggerunkan dia menghampiri Hafiqah. Dicengkam tangan Hafiqah dan ditariknya kasar agar membuntutinya berjalan menuju ke laman. Kau nampak apa yang ada dekat luar ni? Pegangan itu masih tidak dilepaskan. Hafiqah cuma mengangguk walaupun tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Aku nak, kau bersihkan laman ni. Potong rumput yang ada. Siram bunga -bunga yang dah nak mati tu. Lepas tu aku nak kolam ikan tu kau cuci sampai bersih. Aku tak mahu ada walau sedikit pun lumut dekat dinding kolam tu. Kalau aku tengok tak bersih, engkau yang akan aku mandikan dengan air kolam tu nanti. Selesai satu perkara. Hafiqah menelan liur. Banyaknya kerja? Dia ni dah gila ke? Berapa lama dia bagi aku masa nak siapkan semua kerja ni? Namun, tanpa menjawab soalan yang tidak terluah itu, Hafiqah ditarik pula ke ruang tamu. Untuk kawasan ni, aku nak kau sapu, mop dan sentiasa pastikan kawasan ni bebas daripada habuk. Semua barang yang ada ni kau kena pastikan kau lap setiap hari. Jari dicalit sedikit pada satu pasu yang terletak di tepi televisyen. Kau nampak ni? Habuk itu terus disapu ke muka Hafiqah. Dan seperti biasa, Hafiqah hanya tenang. Sekarang, aku bawa kau ke tempat kau yang sebenarnya. Dan di sini mereka kembali semula. Di dapur. Setiap pagi, kau yang akan buatkan sarapan untuk semua ahli keluarga. Faham? Makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pukul 8 pagi aku nak dah siap

164

terhidang. Makan tengahari pukul 1, minum petang pukul 5.30 petang dan makan malam setiap pukul 8. Menarik nafas seketika. Hari bekerja pun saya kena masak tengahari juga ke Encik? Sekadar untuk pengesahan. Ada aku kata untuk cuti saja ke? Tak kan Jadi sama ada hari bekerja ataupun hari cuti kau sepatutnya masak kecuali kalau aku ada bagi arahan supaya tak payah masak! Aku akan balik makan tengahari dan untuk tu aku mahu kau layan aku seperti yang sepatutnya. Faham? Hafiqah masih juga begitu, mengangguk dan terus mengangguk. Lepas ni, semua baju yang ada dalam rumah ni kau yang perlu basuh, lipat dan gosok. Aku tak mahu orang lain yang buat. Ingat, aku bayar gaji kau setiap bulan bukan percuma. Bilik air pastikan kau basuh setiap hari. Aku tak suka bilik air aku kotor! Semua kerja yang aku cakapkan tadi tu aku nak kau buat setiap hari dan bukan cuma untuk hari ini. Sekali kau gagal, kau tahulah nasib kau nanti. Terus ditinggalkan Hafiqah. Sebelum ini, bukan semua kerja dibuatnya sendiri. Ada kerja yang dilakukan oleh Mak Teh dan juga dirinya. Kini, semua kerja itu diletakkan di atas bahunya yang kecil itu. Sabar Fiqa, ini baru permulaan. Kau dah pernah kena lebih teruk daripada ni, jadi apa kata kau mulakan kerja? Kemudian Hafiqah menggaru kepala. Nak mula daripada mana? Dia juga keliru. Terlalu banyak arahan Hariez yang perlu dilakukan. Hafiqah tersenyum. Ada idea. Dia masuk ke bilik dan diambil buku nota dan pen dan duduk semula di meja dapur.

165

Sebelum aku lupa nak kena buat kerja apa, baik aku tulis dulu. Nanti barulah aku nampak semua kerja yang aku kena buat tu. Ha, bila dah susun-susun tak adalah banyak sangat pun. Yang paling teruk pun sebab kena basuh kolam ikan dengan cabut rumput dekat luar tu je.

********************* HA, macam nak putus pinggang aku hari ni! Keluh Hafiqah. Peluh di dahi yang sudah melimpah jatuh ke leher dikesat dengan hujung tudung. Badan yang sudah berbau masam membuatkan hidungnya sedikit ternaik. Bau badan sendiri pun tak boleh tahan. Hahaha Mana taknya, siap memasak untuk lauk tengahari Hafiqah terus dengan kerjakerja pembersihan kolam. Sudah lama tidak dibersihkan, memang berlumut tebal. Kenapalah tak bela ikan DBKL je orang-orang kaya ni? Kan tak payah nak bersih-bersih lagi. Itu belum lagi dengan kerja-kerja mencabut rumput. Kerja tu buat petang sedikit pun boleh kot. Hatinya berkata-kata. Pandai-pandai mengikut jadual yang dibuatnya sendiri. Lagipun lelaki itu tidak menetapkan masa, cuma dia mahu kerja itu dibuat setiap hari sahaja. Sambil-sambil itu dia menyapu laman yang sudah dipenuhi dengan daundaun kering yang jatuh dari pokok-pokok bunga kertas. Puan Hazrina ni suka nak menghias rumah dengan pokok-pokok bagai, tapi nak mengemas malas. Tidak habishabis Hafiqah mengomel di dalam hati. Kemudian dia tersedar lalu beristighfar. Mak mertua aku juga.

166

Walaupun penat, namun Hafiqah tetap cuba menceriakan diri menjalankan tugas yang telah diserahkan. Selagi Hariez tak mengganggu dia buat kerja, dia tidaklah rasa terlalu terbeban. Dan serta-merta, Hafiqah mengerling jam di ruang tamu. Dah pukul 1200. Patutlah teriknya lain sangat. Mujur aku dah masak awal. Cuma nak hangatkan lauk saja, tak perlu lama sangat. Hafiqah segera bangun. Ikan yang diletakkan awal tadi di dalam baldi, dimasukkan semula ke dalam kolam. Ditaburkan sedikit makanan ikan sebelum dia mengemaskan bahagian sekitar kolam. Selesai dengan kolam, terus Hafiqah masuk ke bilik belakang. Telah disiapkan sedikit pakaian untuknya sekiranya perlu. Iyalah, sudah main kotor dalam kolam tadi, takkanlah dengan baju yang basah itu nanti dia nak masuk semula ke dalam bilik Hariez yang bersih itu. Makin marahlah dia nanti. Cepat-cepat Hafiqah masuk ke bilik air. Sedang Hariez, baru terjaga daripada tidur. Perut yang terasa lapar diraba-raba. Mencari-cari baju yang dicampak ke tepi katil sebelum tidur tadi. Tanpa melihat jam, dia bangun dan menuju ke tingkat bawah. Melihat ruang tamu yang kelihatan sudah tersusun, Hariez menuju ke ruang laman. Walaupun sedikit mamai, tetapi Hariez tetap ingat dengan jelas arahan yang telah diberikan kepada Hafiqah. Diperhatikan kawasan sekitar. Kolam ikan sudah pun berganti air, tiada lagi lumut. Bersih. Bagus. Namun, melihat daun-daun yang berserakan di tanah, membuatkan Hariez sedikit terbakar. Lantas, wajah Hafiqah dicari di dapur. Aik, dia boleh mandi pulak? Hafiqah! Diketuk pintu bilik air berulang kali.

167

Sekejap Encik! Laung Hafiqah daripada dalam. Apa lagi dia ni nak? Terburuburu Hafiqah memakai pakaian. Asal boleh dipakai. Kau buat apa dekat dalam tu? Mandi encik. Mandi? Kau dah kemas semua dekat luar tu ke kau nak mandi? Membuntang mata memandang Hafiqah. Saya baru lepas basuh kolam tadi. Bau hanyir encik. Mata memandang ke bawah. Lepas tu kau nak sapu luar lagi, lepas tu mandi lagi? Kau saja nak menghabiskan duit aku buat bayar bil air kau kan? Lagak seperti mak tiri zaman dahulu, Hariez sudah bercekak pinggang. Tak, tak. Saya ingat nak hidangkan encik lauk tengahari dulu. Nanti encik tak selera makan kalau saya berbau busuk. Laman tu saya kemaskan petang. Maafkan saya encik. Sedih hati dianggap serong oleh Hariez. Eleh, bukan luak pun kalau aku mandi setakat tiga kali sehari. Cit! Dah, sekarang sebelum aku hilang selera tengok muka kau tu, baik kau hidangkan aku makan. Aku dah lapar! Sengaja Hariez duduk di meja makan. Menunggu Hafiqah menghidangkan makanan tengahari kepadanya. Baik Encik.

168

28

Airin : Fariez : Airin : Fariez :

Barang yang abang kirim tu Airin dah bagi pada dia. Terima kasih. Apa respond dia? Tak tahu. Airin pass pada Mak Teh. Abang macam mana? Macam nilah. Thanks ya sebab support abang jadi BF kak Fiqa instead of abang Hariez..

Airin :

Airin tak rasa yang kak Fiqa sukakan Abang Hariez. Dia nampak macam tak happy je semenjak kahwin ni.

Fariez :

Kita tengok je la Airin. Apa-apa pun kita doakan dia bahagia. Abang harap Airin boleh laporkan berita tentang kak Fiqa pada abang. Abang jauh, cuma harapkan pada Airin je.

Airin :

Sekarang Airin pun dah jauh. Airin dah kena hantar sekolah dekat Pahang. Umi dan papa tak suka Airin kawan dengan kak Fiqa lagi. Tapi Airin tahu ni semua idea abang Hariez.

Fariez :

Abang tahu dia memang tak sukakan Hariez, tapi itu pilihan yang dia buat. Kita kena hormati keputusan dia. Cuma make sure, apa-apa yang jadi pada dia, inform abang. Abang akan terus fly ke sana. Do me a favour, let me know. Okey?

Airin :

Okay. Noted with love. Make sure. Nanti rampas balik dia daripada abang Hariez, ya?

Fariez :

Only and only if shes not happy with him, I will. Thanks for the love anyway. Dah pergi study.

169

Airin meletakkan Samsung SII miliknya ke tepi bantal. Buat masa ini, Abang Fariez itulah temannya. Berada di sekolah baru, benar-benar membawa perubahan dalam hidupnya. Dia yang tidak betah hidup berjauhan dari keluarga kini merasa sunyi. Mujur sekolah berasrama ini membenarkan pelajarnya membawa telefon ke asrama. Dengan syarat, sebarang kehilangan tidak akan ditanggung. Eleh, mana ada sekolah nak tanggung kot. Sering berhubungan dengan Fariez, dia jadi serba sedikit tahu dan mengerti tentang pembohongan yang Hariez katakan. Jadi benarlah, peristiwa itu memang didalangi oleh Hariez sendiri. Dan seperti yang dinasihatkan Fariez, mereka harus melihat sejauh mana rentak Hariez dan selama mana Hafiqah akan terus berlakon. Hari pertama di asrama, papa dan umi sudah pun pergi berjalan, Airin pula masih tawar hati untuk mengenal rakan-rakan. Hanya duduk mendiamkan diri di bilik. Tidak betah mengenal dunia baru. Mungkin inilah yang dirasakan kak Fiqa saat pertama kali masuk ke Villa Kasih. Salah pilih kawan, mungkin nasibnya juga sama seperti kak Fiqa, dianiaya oleh insan sekejam abang Hariez. Terkenang pula apakah reaksi Hafiqah saat menerima cincin yang dikirimkan Fariez sebelum pemergiannya ke Amsterdam. Entah Mak Teh dah bagi ke belum, dia tidak sempat pula bertanya. Nak bertanya sekarang, sudah pun malam lewat. Akhirnya, Airin mengambil novel Andai itu Takdirnya dan membacanya.

***************

170

FARIEZ memandang ke arah langit yang terbentang luas. Berbaring di balkoni rumah barunya sedikit sebanyak membawanya ke arah ketenangan. Haish, dah macam orang gila bayanglah aku ni. Jauh dia membawa diri ke negara orang dek hati yang ditoreh Hafiqah dan Hariez. Sayangkan kawan, lepaskan cinta. Akhirnya aku sendiri yang merana. Sedih mengenangkan apa yang dilakukan Hariez, tetapi lebih sedih lagi bila mengenangkan Hafiqah yang sanggup menerima Hariez walaupun dia amat yakin Hafiqah tidak mencintai Hariez. Apalah aku nak buat? Pandang kiri dia, pandang kanan pun dia. Mana-mana pun tetap dia. Pantas tangan menaip pesanan ringkas kepada seseorang. Kau rasa-rasa diorang bahagia tak lepas buat aku macam ni? Fariez Tidak sampai lima minit, telefon berbunyi. SMS baru masuk. Kenapa? Tak tentu arah? Kau nak aku checkkan untuk kau ke? Ikmal Kalau kau naklah. Kalau mangkuk tu aniaya dia, aku balik Malaysia malam ni jugak. Fariez Kalau tak? Kau nak menetap dekat sana terus ke? Dahlah tu, bawak-bawaklah bertenang. Bunga bukan sekuntum. Kenapa perempuan tu jugak yang kau rebutkan ha? Ikmal May be! Fariez Ya, bunga bukan sekuntum, tetapi bunga itu yang telah menawan hatinya. Bunga itu yang telah merebut hatinya. Ikmal satu-satunya orang yang diharapkan untuk membawa pengkhabaran terbaru tentang mereka. Dengan Airin jauh di Pahang, Cuma Ikmal sahajalah jalan yang terdekat. Cuma sekali ini dia mahu cerita tentang mereka.

171

Andai mereka bahagia, mungkin dia boleh berlega hati dan membuka lembaran baru di sini. Fine. For you lah my friend. Jangan bawa hati lama-lama sangat. Nanti aku checkkan untuk kau. Make sure, kau balik sini. Kita keluar sama-sama balik. Jangan gaduh-gaduh, kita kan sworn brothers. Ikmal Thanks. But no promise. Love you, bro. Fariez Tertawa kecil Fariez membaca mesej terakhir kepada Ikmal. Mesti mereka marah dengannya kerana terlalu sanggup meninggalkan mereka demi berebut cinta dengan Hariez. But who cares, aku juga punya hati dan perasaan. Damn!

172

29

MENGENALI lelaki ini, Aimi terasa bagaikan di awang-awangan. Lelaki kacak yang sering diidam-idamkan ingin berkenalan dengannya. Malah, dia memiliki lebih dari wajah yang kacak. Dengan kereta mewah BMW 5 Series miliknya, Aimi rela hati mengekorinya walau ke mana sahaja dibawa. I tak biasalah kalau bawa you tapi tak kenal dengan parents you. Nanti apa pula kata they all kan. Nak bawa anak dara mereka keluar tapi tak jumpa mereka, I rasa tak sedap hatilah. I tak pernah ada kawan perempuan. You ni pun Alisa yang kenalkan pada I. Lelaki bernama Zulkifli ini sangat pandai bermadah. Rambut Aimi yang keperangan itu dibelai-belai hujungnya. Duduk berduaan sambil mengadap ke pantai sangat membahagiakan. Ditambah lagi dengan kelembutan angin yang membelai pipi. Aimi pula semakin termakan dengan kata-kata manis Zulkifli. Pelik juga kenapa lelaki sekacak ini tidak disapu oleh Alisa dahulu. Lelaki ini kacak, kaya dan bergaya. Nampak rupa pun macam baik. Takkanlah Alisa tak perasan. Entah-entah dia ni yang tak nak si Kak Lis tu. Dia pun bukan cantik sangat pun. Cantik lagi aku ni. Ops, terpuji dirilah pulak! Kita pun baru beberapa hari je kenal. Takkan I nak bawa jumpa parents I pula. Nanti diorang ingat you dah nak masuk meminang I pulak! Dengan gaya berseloroh, Aimi tersipu-sipu malu ketawa. Dalam hati pula, owh please say yes! Apa salahnya. Kalau ada jodoh, dan family you suka I, kita kahwinlah. Kita kenal-kenallah dulu kan. At least, record I dengan parents you elok. Tak adalah they all

173

ingat I ni suka merambu je dengan anak dara diorang kan? Bertambah berbunga-bunga hati Aimi mendengarkan kenyataan Zulkifli yang sememangnya diharap-harapkan. Barulah seluruh ahli keluarga buka mata melihat calon menantu yang dibawa Aimi Adira untuk keluarga Haji Amir. Bukan macam Hafiqah yang dibangga-banggakan sangat dan akhirnya cuma memalukan keluarga tu! Okey, I tak kisah kalau you betul-betul serius nak jumpa my parents. Tapi nanti, kalau parents I tanya, you pandai-pandai jawablah ya? Dengan selamba Aimi mencuit dada bidang Zulkifli. Tangan yang halus itu ditangkap Zulkifli. Dan dibawa kepala Aimi dekat ke dadanya. Bagai merpati dua sejoli, dan bagaikan pasangan suami isteri, tanpa memikirkan pandangan orang terhadap tingkah laku mereka, Aimi semakin mengemaskan pelukan ke tubuh sasa itu. Zulkifli juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang tertadah luas di dakapannya. Tapi my mum tak ada dekat rumah sekarang ni. Yang ada abah I je. Masih berada dalam posisi yang sama, melentokkan kepala di dada lelaki itu sambil jemari menguit-nguit hujung rambut. Your mum pergi mana? Your dad tak ikut sekali? Kak long I baru lepas bersalin. So, currently dia stay di rumah kak long I dekat Pontian. Tolong jaga orang berpantang. Abah I ada kerja dekat sini. So, takkanlah dia nak ikut mak I bercuti pula kan? Bagaikan Aimi dapat melihat kepalanya terangguk-angguk, Zulkifli senyap. Cuma menikmati saat-saat yang ada. Okey, kalau macam tu, I hantar you balik lepas ni. Next time, bila I datang JB lagi, I jumpa dengan parents you, boleh? Wah, semakin mudah dia untuk memujuk

174

perempuan di dakapannya ini. Silap-silap hari bulan kalau diajak ke bilik pun dia sanggup. Betul ni? You takkan tipu I? Dengan wajah pura-pura manja, Aimi menadah wajah mengharap simpati. Semoga ini bukan kali terakhir dia bertemu dengan lelaki ini. Lelaki ini cukup sempurna, dan tidak mahu melepaskannya kepada wanita lain. Of course la my dear. I kan kena kerja. Ni pun I datang JB sebab nak jumpa dengan you tau. Semata-mata untuk you. Next two weeks, I datang lagi JB. Waktu tu, you bawa I jalan-jalan round JB ni ya? Aimi semakin tidak sanggup berjauhan dengan Zulkifli. Mahu segera memiliki lelaki ini. Zulkifli pula tidak menolak pelukan yang diterimanya, namun tidak juga dia menyukainya. Anyway, you kerja apa dekat KL tu? Tak cakap pun dengan I. Aimi mencebik. Pelukan itu dilepaskan. Ingin juga diketahui lelaki yang bakal bergelar suami kepadanya ini. I ni Engineer. Haha, belajar pun tak habis lagi. Masih lagi dalam peringkat Master. Tetapi, perempuan di sebelahnya ini belajar pun setakat paras-paras hidung. Sekali petik pun, apa sahaja yang diceritakan akan dipercayainya. Dengan mudah sekali, segala-gala yang diceritakan akan ditelan hidup-hidup. Manakan tidak. Semua ini hanya dijalankan demi suatu misi. Misi yang hanya diketahui Haziq apakah langkah seterusnya. Dia cuma diminta untuk mendekati Aimi dan mendapatkan alamat rumah wanita tersebut. Dia bukan punya duit pun. Dengan berumpankan wajah yang kacak ini, Haziq menawarkan dia wang upah yang cukup lumayan. Cuti yang tiba juga memudahkan dia untuk membantu. Haziq senior sekolahnya merangkap jiran lamanya. Teman yang ramai

175

digunakan sebaik mungkin. Malah, dia juga yang mengekori wanita Mid Valley itu semenjak dari hari pertama wanita itu meninggalkan rumah sewa kakak Haziq. Alasannya, tidak juga diketahui. Asalkan, upahnya masih tetap lumayan. Kereta yang dipandu, disewakan oleh Haziq daripada seorang rakan. Siapa, tidak diketahui. Segala perbelanjaan ke mari ditanggung penuh oleh Haziq. Wang perbelanjaan untuk menunjuk-nunjuk kepada Aimi juga telah disiapkan Haziq awal-awal lagi. Jumlahnya, usah ditanya berapa. Dia cuma menumpang mewah lelaki itu. Kereta miliknya pula sedang digunakan Haziq untuk mengekori mereka. Juga tidak diketahui lokasinya kini. Hanya yang pasti, lelaki itu pasti berada di sekitar kawasan ini, agar tidak dilihat oleh Aimi. Apa yang perlu dilakukan, menawan hati wanita itu, dan mengumpannya supaya membawa dia ke rumah keluarganya. Ternyata, tugas itu paling mudah dilakukan berkat kebodohan Aimi yang terlalu murah pada pandangan matanya. Betul ke you memang tak ada girlfriend ni dekat KL? Selalunya orang dekat KL ni ramai girlfriend. Aimi masih lagi cuba menduga hatinya. Kalaulah I ni dah ada girlfriend, takkanlah I sanggup buang masa semata-mata nak jumpa you macam ni. Jauh tau JB-KL ni. Dahlah, jangan risau, I ni tak ada kawan perempuan macam I dengan you ni. Lalu kepala itu ditarik semula ke dadanya. Lama mereka berdua berpelukan sebelum Zulkifli akhirnya menawarkan diri sekali lagi untuk menghantar Aimi pulang memandangkan hari yang sudah hampir lewat petang.

176

30

KAMBING punya budak! Dia boleh ambil kesempatan betul eh pakai duit aku! Haziq yang sepanjang masa hanya memerhatikan dua merpati itu memadu asmara, memegang stereng kegeraman. Tidak disangka, Zulkilfli yang dianggap masih budak itu dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan begitu baik. Untuk seorang player, dia memang terbaik! Siap meraba bagai, memang ambil kesempatan betul budak ni. Bukan main kau yer. Aku suruh mengorat kau tibai boleh pegang habis. Yang perempuan tu pun kenapalah bodoh sangat pergi bagi buaya sengkek tu pegang-pegang kau! Bukannya dia nak kat kau pun. Jangan nak jual body sangatlah.! Tidak sudah-sudah dia mengomel sendirian sepanjang menyaksikan sandiwara yang dilakonkan Zulkifli. Naik geli-geleman pula dia melihat kemesraan yang dilakukan. Sedang dia yang di dalam kereta begitu malu dengan perlakuan mereka, apa pula perasaan mereka? Saat dipandang oleh insan-insan yang lalu lalang. Mujur kau dah bangun. Lambat sikit lagi, memang aku telefon kau. Malam sikitlah kau nak buat maksiat depan mata aku ni lama-lama. Memikirkan betapa banyaknya dosa yang telah dikumpul sepanjang usahanya menjejak Hafiqah, Haziq kembali beristighfar. Sama ada Hafiqah sudah bersuami atau pun belum, wanita suci itu harus ditemui. Keampunannya harus dipinta bagi melangsaikan semua dosa-dosa silam. Seketika, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya. OTW. Follow me. Zulkifli

177

Haziq senyum. Enjin Proton Saga yang dinaikinya segera dihidupkan. Tidak mahu berlengah. Setiap saat adalah begitu berharga. Lebih-lebih lagi semakin dia menghampiri Hafiqah. Dia juga tidak begitu mahir dengan jalan di bandaraya Johor Bahru. Silap jalan mahu tersesat dia dibuatnya. Diekori BMW itu dengan penuh berhati-hati. Sempat juga berpesan kepada Zulkifli, jika ada lampu trafik yang akan bertukar ke merah supaya dia tidak melepasinya dan menunggunya untuk lepas bersama. Kalau sahabatnya itu boleh memberi arahan jalan yang tepat, tak apalah juga. Ini, dia pun lebih kurang sama juga. Mereka memasuki jalan ke Taman Perumahan JP Perdana. Meredahi satu demi satu lorong yang ada. Dan akhirnya berhenti di hadapan deretan rumah yang berdepan dengan tanah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Alhamdulillah, rajin orang-orang dekat sini berbudi pada tanah. Tidak mahu terleka, Haziq kembali semula memerhatikan Zulkifli dan Aimi. Tidak cukup bermesra-mesra di dalam kereta, hingga tiba di depan rumah pun masih lagi berpegangan tangan. Haziq sekadar menggeleng kepala. Lain orang lain caranya. Namun, sepanjang dia mengenali Hafiqah, tidak pula wanita itu sanggup membiarkan tangannya dipegang oleh orang lain. Lima minit berlalu. Sepuluh minit berlalu. Haziq masih lagi setia menanti. Hampir tiba lima belas minit, Zulkifli masih tiada tanda akan beredar. Haziq hanya mahu memastikan Aimi masuk ke rumah yang tepat sebelum dia ke langkah seterusnya. Akhirnya, telefon diambil dan ditaipkan mesej. Dah sampai rumah dia tu. Tugas kau dah habis Blah!. Haziq

178

Rileks la der Dia tengah layan sama aku ni. Bagi dia syiok sikit, pastu aku blah. Zulkifli. Banyak kau punya syiok. Nak maghrib. Takkan nak tunggu aku azan dekat telinga kau pulak? Haziq Hehe.. Noted with love Zulkifli Banyaklah kau punya love! Alhamdulillah, bergerak juga mamat ni. Haziq sudah boleh menarik nafas kelegaan saat melihat Zulkifli akhirnya melambaikan tangan dan bergerak memasuki keretanya. Diperhatikan sehingga Aimi masuk ke dalam rumahnya. Ya, rumah yang bercat kelabu itu. Haziq terus memandu ke depan dan melihat ke nombor rumahnya. Jarinya juga pantas menaipkan pesanan ringkas kepada Zulkifli. Thanks Zul, you are my long life friend! Tunggu aku depan Domino. Jangan pergi jauh.

********** HAJI Amir memandang dari atas hingga ke bawah lelaki itu. Kali ini entah siapa pula lelaki yang masuk ke rumahnya. Sekarang ini dia begitu pesimis dengan mana-mana lelaki tidak dikenali yang muncul di hadapan rumahnya. Dahulu, seorang lelaki yang tidak dikenali datang untuk memberitahu bahawa dia ingin menikahi anak perempuan kesayangannya kerana telah ditangkap khalwat. Petang tadi, lelaki yang entah mana dilihat memegang tangan anak perempuannya yang satu itu. Anak perempuannya yang ini pula walaupun sudah dipesan berulang kali, masih juga tetap degil berkeliaran dengan sembarangan lelaki yang dia sebagai bapa pun tidak kenal.

179

Sekarang ini, entah siapa pula. Nampak seperti orang baik-baik, tetapi seingatnya, dia tidak pernah melihat ada kawan-kawan Aimi seperti lelaki ini. Yang kamu ni ada apa pula datang ke rumah aku? Sengaja disergah lelaki muda itu. Biar dia tahu, dia tidak mudah melepaskan anak-anaknya kepada orang sembarangan. Orang muda zaman kini kebanyakannya sudah tidak menghiraukan hati tua sepertinya. Saya datang ke sini sebenarnya sebagai kawan Hafiqah. Mujur Aimi tiada di ruang tamu saat ini. Aku tak ada anak nama Hafiqah. Kamu dah salah rumah. Silap besar anak muda itu kerana menyebut nama Hafiqah kepadanya. Saya yakin saya berada di rumah yang betul. Tadi anak perempuan pak cik kan? Aimi? Lagak gaya Haziq yang bagaikan sudah menyiasat seluruh latar belakang keluarganya membuatkan hatinya sedikit cuak. Lantas dicekup leher baju Haziq. Kau nak apa datang rumah aku? Tak habis-habis lagi si Hafiqah tu memalukan aku? Mencerlung matanya menikam ke mata Haziq. Takut juga Haziq memandangnya. Namun, dia harus cekalkan hati. Saya datang untuk membetulkan fakta. Kenyataan yang saya rasa pak cik pun tak tahu asasnya. Kalau pak cik boleh bertenang, saya harap untuk selesaikannya supaya semua salah faham yang ada ni terlerai dengan segera. Dia sudah lama bertekad. Kalau malam ini, dia teruk dibelasah oleh ayah Hafiqah pun dia sanggup. Memang salahnya kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk berterus terang. Kau tak payah cakap nak berbelit-belit. Sekarang kau cakap, siapa kau dan apa kau nak dengan keluarga aku! Melihat Haji Amir masih dengan reaksi marahnya, Haziq memejamkan mata. Dikumpulkan segala kekuatan yang ada sebelum meneruskan bicara.

180

Pak cik mesti pernah dengar tentang kes Hafiqah kena tangkap khalwat dengan adik tuan rumah dia menyewa. Sayalah lelaki tu pak cik! Duk! Haziq jatuh terduduk ke lantai. Dipegang pipinya dan sebelum dia sempat bangun, tubuhnya sudah diragut ganas oleh Haji Amir. Berani kau cakap dengan aku macam tu, lahanat! Dengan kemarahan yang begitu meruap-ruap satu lagi tumbukan dilepaskan ke muka Haziq. Darah yang bersembur ke lantai itu dibiarkan sahaja. Itu semua belum cukup selagi wajah Hafiqah itu tidak dilihat dengan matanya sendiri. Dia tidak mahu nyawanya berakhir di sini. Ya pak cik, memang saya yang ditangkap khalwat dengan Hafiqah tapi itu bukan bermaksud kami suka sama suka. Ada orang yang aniayakan kami. Kalau pak cik boleh bersabar dan dengar penjelasan saya sebelum pak cik ambil keputusan untuk pukul saya lagi. Ditahan tangan tua itu dengan tangan mudanya. Agak sukar juga memandangkan posisinya yang masih terduduk. Apa lagi alasan yang kau nak bagi? Apa yang Hafiqah dah pesan pada kau? Siapa yang nak aniayakan kau! Akhirnya Haji Amir terduduk di kerusi. Takut Haji Amir bertindak kasar semula, Haziq cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya. Saya bukan nak mereka-reka cerita atau nak tegakkan benang yang basah. Tapi itu memang hakikat yang Hafiqah dan saya dah difitnah oleh orang yang tak sukakan kami. Orang tu Alisa, kalau pak cik kenal, dia tu kawan Hafiqah yang duduk serumah dengan Hafiqah. Haji Amir tercengang. Mengurut-urut dada menahan sabar. Kenapa dia nak buat macam tu? Takkan lah dia sanggup nak aniaya kawan baik dia sendiri?

181

Macam yang saya cakapkan tadi. Saya bukan nak tegakkan benang yang basah pak cik. Tapi ini lah perkara yang berlaku. Pak cik dengar sendiri pengakuan dia masa saya berjumpa dengan dia baru-baru ni. Rakaman suara semasa menculik Alisa tempoh hari diperdengarkan semula. Tersandar ke sofa tubuh tua itu. Tangannya memicit-micit dahi yang berkedut seribu. Tanpa rasa bersalah anak itu mengakui perasaan cemburunya terhadap Hafiqah. Namun, yang lebih membuatkan dirinya merasa terkilan adalah apabila mengenangkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Hafiqah. Anak itu dihukum tanpa dibicarakan. Dibuang dari rekod keluarga, bagai tidak pernah dilahirkan dalam keluarga ini. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Meraup wajah tuanya dengan berjuta penyesalan. Terlalu ingin bertemu dengan Hafiqah saat itu jua. Yang paling menambahkan penyesalannya, nombor telefon menantunya dan Hafiqah telah dibuang lama dahulu. Hanya alamat yang diketahui. Namun, untuk terus ke Kuala Lumpur pada malam-malam begini tidak mungkin. Esok dia harus ke Pontian dahulu mengambil isterinya dan kemudian baru mereka boleh bergerak ke Kuala Lumpur dengan serta merta. Dia tidak mahu menambah rasa bersalah itu dengan menjauhkan lagi kasih sayang isterinya terhadap anak yang satu itu. Kenapa kamu tak cari pak cik awal-awal lagi? Kenapa baru sekarang? Kamu tahu tak apa yang pak cik dah buat pada dia? Digoncang kuat bahu Haziq. Haziq yang terpempan melihat Haji Amir menangis di hadapannya sekadar menggeleng.

182

Kamu tahu tak aku dah kahwinkan dia walaupun dia beriya-iya tak mahu kahwin dengan lelaki tu. Dia beriya-iya kata yang dia tak salah. Entah-entah kali ini pun dia kena aniaya. Entah apalah dosa anaknya itu sehingga dianiaya oleh orang di sekelilingnya. Maksud pak cik Hafiqah dah kahwin? Bila? Tertunduk Haji Amir. Aku baru kahwinkan dia dua minggu lepas. Aku tak kenal pun lelaki tu. Dia pun kata dia kena tangkap khalwat macam kamu. Sedangkan aku tak kenal pun dia tu siapa. Aku marah dia. Aku buang dia. Aku lebih percayakan orang yang aku tak kenal daripada anak aku sendiri. Kenapa kamu lambat sampaikan cerita ni pada aku? Menyesal sekarang pun sudah tiada guna. Terlajak kata buruk padahnya. Saya tak tahu pak cik. Puas saya cari di mana dia sekarang ni. Dengan harapan saya dapat membetulkan kesalahan saya. Saya tak tolong dia untuk jelaskan keadaan yang sebenar hari tu. Masa kejadian tu saya tak sedar lagi. Saya pun tak tahu apa yang berlaku. Kakak saya terus bawa saya jauh dari Mersing. Dan bila saya nak cari dia semula, kawan dia tu pun dah pindah pak cik. Saya memang dah buntu pak cik. Bila saya dah tenangkan hati saya barulah saya cari dia semula sebab selagi saya tak berjumpa dengan Hafiqah, saya memang tak rasa gembira pak cik. Saya memang bersalah sebab tak betulkan keadaan ni daripada mula. Kamu ingat sekarang ni aku gembira bila tahu aku sendiri dah aniaya hidup anak aku? Meninggi sedikit suaranya, namun cuba ditahankan gelodak amarahnya. Sekarang ni, saya betul-betul minta ampun dengan pak cik sekeluarga. Saya minta jasa baik pak cik, untuk berikan alamat Hafiqah. Saya perlu berjumpa dengan dia secepat mungkin supaya hal ni boleh diselesaikan dengan segera. Saya tak kisah, walaupun saya memang sukakan dia, tapi saya akur, kalau jodoh dia bukan dengan saya.

183

Sebab daripada mula perkenalan, dia memang tak pernah sukakan saya. Jadi, saya minta tolong sangat-sangat pak cik, tolonglah saya. Haziq sudah berlutut di hadapan Haji Amir. Entah bagaimana, hatinya begitu rapuh melihat keluhuran anak muda itu yang bersungguh-sungguh untuk menemui Hafiqah. Jika tidak, masakan setabah itu dia cuba mencari Hafiqah sehingga ke Johor Bahru.

184

31

AIMI yang sedari tadi mendengar perbualan itu dari belakang dinding senyap tidak terkata. Macam mana si Haziq ni boleh tahu tentang rumah mereka? Menjelaskan kesemuanya kepada abah tanda kematiannya juga sudah semakin hampir. Dengan seberapa segera Aimi berlari menuju ke biliknya. Telefon di atas meja dicapai dan cepat-cepat didail nombor Alisa. Tidak berangkat. Damn! Gerutu Aimi dalam hati. Tiga kali panggilannya tidak berangkat dan cuma masuk ke peti suara. Namun itu tidak mungkin akan melemahkan semangatnya untuk mengkhabarkan berita yang tidak diduga itu kepada Alisa. Hello. Akhirnya berjawab juga. Kak Lis, you have no idea what have just happened over here. Hm Malas dia untuk melayani Aimi saat ini. Dia kembali ke rumah ibu bapanya pun semata-mata untuk menyelamatkan diri. Haziq datang rumah aku tadi! Habis dia beritahu abah aku tentang kau yang aniaya si Hafiqah. Macam mana ni? Aimi masih tidak mengesyaki apa-apa. Apa pulak aku! Kan kau yang buat rancangan ni. Kau tanggunglah sendiri. Aku tolong kau je. Alisa mula naik angin. Sudahlah Haziq mengugutnya hari itu, sekarang ini senang-senang sahaja Aimi meletakkan dia seorang untuk menanggung permasalahan itu. Eh kak Lis. Kau yang buat kat rumah tu seorang-seorang. Kau jangan nak babitkan aku pulak! Geram pula dia. Dia cuma menyampaikan berita kepada emak dan

185

ayahnya sahaja. Bukan dia pun yang merancang. Dia cuma menolong Alisa melaksanakan proses itu. Kau jangan lupa Aimi, aku boleh cakap dengan parents kau tu yang kau tu memang terlibat sekali. Nampak macam kau tak ada kan? Tapi kau juga yang mengapiapikan mak abah kau tu. Kan kau sibuk sangat nak harta diorang tu? Hah, kalau macam ni, si Haziq tu nak buat apa pun pada Aimi dia sudah tidak ambil peduli. Pandai-pandai Aimilah untuk menjaga dirinya. Tapi aku tak ada masa kejadian tu. Tak ada bukti pun kalau kau nak melibatkan aku sekali. Si Haziq tu pun tak ada bukti nak sabitkan aku dengan kes dia. Yakin, dia tidak akan dipersalahkan. Menyesal aku buat benda ni dengan kau. Nak lepaskan tengkuk kau je! Lantak kau lah Aimi kau nak buat apa. Kau yang menghadap mak abah kau. Aku dekat sini. Peduli apa aku dengan kau! Terus talian diputuskan. Sebodoh-bodoh Aimi, dia juga tidak mahu namanya terlepas sehingga abahnya tahu. Aimi juga turut mencampakkan telefon bimbitnya ke katil. Ada hati dia nak letak nama aku sekali. Kurang ajar betul! Buat air lagi baguslah daripada fikirkan benda ni. Si Hafiqah punya pasallah ni! Balik-balik dia, dia, dia, dia! Membentak-bentak kakinya dan keluar untuk ke dapur. Alangkah terperanjatnya Aimi saat melihat Haji Amir sudah terbaring tidak sedarkan diri di hadapan biliknya. Ah, masalah! Takkan abah dengar apa aku cakap tadi? Matilah aku Pantas, didail nombor telefon Uda agar segera pulang dari kerja malam.

186

32

SEMALAM seharian dia kepenatan melayan karenah Hariez. Dan entah apa mimpi, malam tadi dia disuruh tidur di bilik lamanya. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Hafiqah lantas mengambil apa yang perlu untuk keperluan pada hari yang baru nanti. Dan dek kepenatan yang teramat, tidurnya lena hingga ke pagi. Pagi ini, Hafiqah bangkit lebih awal daripada semalam. Kerja semalam telah disusun dalam jadual sebaikbaiknya supaya tidak bertindihan dengan kerja lain yang entah apa akan diberikan oleh Hariez kepadanya. Usai bersolat Subuh dan mandi, Hafiqah mengemas dapur. Kalau dia bising di dapur tidaklah ketara bunyinya di bilik Hariez di tingkat atas. Kalau seawal subuh ini dia sudah mulakan operasi mengemas ruang tamu, takut bunyi bising vakum pula mengganggu ketenteraman lelaki itu yang pasti sedang lena diulit mimpi. Orang kata kalau buka pintu dan tingkap awal pagi, rezeki mudah masuk. Untung orang kaya ni ambil aku bekerja, sepatutnya mereka fikir macam aku ni. Tak adalah si Hariez tu sibuk asyik kata aku ni nak menghabiskan rezeki yang dia cari tu. Baju kotor mula diasing-asingkan ke dalam baldi yang tersedia. Pelik juga, entah bila masanya tiga baldi yang telah dikosongkan semalam sudah penuh semalaman. Ini tak lain mesti kerja encik Hariez ni. Sabar, sabar. Macam budak kecil! Masih tekun meneruskan kerjanya, baju yang telah siap diasingkan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sabun pencuci dituangkan mengikut sukatan sebelum operasi mesin di on kan.

187

Ah, sudah! Apa pulak tak kena dengan mesin ni? Semalam elok je aku basuh baju orang tua tu? Dah lah dengan baju yang berlambak-lambak hari ni. Jangan dia nak main gila dengan aku pulak. Putus karang urat pinggang aku ni nak cuci tangan bajubaju ni semua! Hafiqah sudah bercekak pinggang. Satu demi satu punat pada mesin itu ditekan. Tiada tanda ianya akan berfungsi. Mencari punca elektrik dan dimatikan, sebelum dihidupkan seketika kemudian. Namun, mesin itu masih tetap pegun seperti tiada apa. Ini memang sengaja nak membunuh akulah. Wahai encik mesin, kasihanilah daku, janganlah dianiayai diriku ini. Dipeluk dan dicium mesin basuh itu. Wajahnya yang baru tidak seperti akan rosak dalam tempoh walaupun lima bulan akan datang. Tetapi, yang pasti mesin itu sudah rosak, dan saatnya adalah sekarang ini! Hafiqah bagaikan ingin mengalirkan air mata. Tidak disangka yang ia akan menjadi punca utama kelewatan dalam setiap jadual yang telah disusun semalam. Hajat di hati ingin menyiapkan kerja-kerja membasuh seawal pagi supaya dia boleh meneruskan dengan kerja-kerja memasak dan mengemas kawasan laman yang semalam tidak bersiap. Dengan perlahan Hafiqah menapak ke bilik Hariez. Nak tak nak dia perlu bersemuka dengan lelaki itu. Harapannya, Hariez sudah bangun dan boleh bertolak ansur untuk dia menyiapkan kerja itu sedikit demi sedikit ataupun dihantar sahaja baju-baju yang bertimbun itu ke dobi.

188

Namun, doanya mati saat melihat Hariez masih lagi tidur dengan lenanya. Tanpa bunyi, Hafiqah masuk dan duduk bersimpuh di hadapan Hariez yang masih terpejam matanya. Lama dia begitu. Sedang Hariez, sebelum dinihari lagi sudah bangun. Dia yang baru hendak melelapkan mata dapat mendengar keluh kesah Hafiqah yang baru menapak masuk ke biliknya. Namun mata masih dipejamkan, tetapi dia jadi tidak sampai hati pula. Pura-pura membuka mata dan alangkah terkejut melihat Hafiqah memandang tepat ke arahnya. Hah! Kau nak apa pagi-pagi buta ni dekat bilik aku? Jerkahannya jelas menambahkan kesayuan di wajah yang sudah sedia polos itu. Takut-takut, tetapi apa yang tersurat harus disampaikan. Diberanikan diri bersuara, walaupun nadanya agak terketar-ketar. Mesin basuh rosak encik. Jadi? Kepala dipalingkan ke sebelah sana. Serasa ringan sahaja tangan Hafiqah untuk melepuk kepala encik suami yang TERAMAT disayanginya itu. Cool! Baju yang encik letakkan semalam tu boleh hantar dobi ke? Banyak tu encik kalau saya nak basuh. What? Dobi? Terus tubuh diangkatnya dan mata merenung tajam ke dalam mata Hafiqah. Berani betul minta benda-benda macam ni dengan aku! Sekarang ni dah tau nak membazir pulak? Yang aku bayar gaji kau bulan-bulan tu buat apa? Gaji buta? Menguncup tubuh Hafiqah kerana terlalu takutkan kemarahan Hariez pagi ini. Tapi, mesin basuh kan rosak Mengharap simpati lelaki di hadapannya kini bagai mencurah air ke daun keladi.

189

Dah! Aku tak mahu dengar. Apa cara pun kau basuh sendiri. Pandai-pandai kau lah nak siapkan kerja. Sekarang berambus! Aku nak tidur! Kepala dipaling membelakangkan Hafiqah. Bibir mengukirkan senyum sumbing. Suka dapat menambah kepenatan Hafiqah. Sebenarnya Hariez semakin sakit hati apabila melihat Hafiqah yang sentiasa tenang. Kerja yang bertimbun banyak diberikan bagaikan tidak mencuit walau sedikit pun perasaan tenang itu. Masih boleh ceria melayani kerja-kerjanya walaupun kulit dimamah matahari yang terik dan kepenatan yang tidak terhingga. Sengaja dia berjaga seawal tiga pagi untuk merosakkan mesin basuh itu. Biar langsung tidak boleh digunakan. Kemudian, digeledah bilik ke bilik mencari pakaian kotor. Walaupun tiada, dicapainya sebarang jenis kain yang bersidaian. Habis-habis telekung umi dan tuala yang bergantungan dimasukkan sekali ke baldi baju kotor. Mahu dilihat bagaimana reaksinya hari ini. Cubalah bersabar kalau kau nak Hafiqah. Kau kan orangnya penyabar. Senyuman semakin memekar dan Hariez mula untuk bermimpi kembali. Geram dengan reaksi Hariez, akhirnya Hafiqah akur. Bangun dan kembali untuk cuba meneruskan kerja-kerja terbengkalai sebentar tadi semata-mata untuk mengharap bantuan lelaki itu yang sudah boleh diagak daripada mula memang tidak akan diperolehinya. Kau tengoklah! Ada masa aku balas memang aku balas! Hafiqah menarik nafas geram. Namun, apa yang wajib tetap harus dilakukan dahulu. ************

190

HAZIQ masih lagi menunggu di dalam kereta. Berkira-kira sama ada mahu menemui Hafiqah atau pun tidak. Meninjau ke sekeliling rumah itu yang bagaikan tidak berpenghuni, Haziq akhirnya mengambil keputusan untuk terus menunggu. Dia sudah berada di hadapan banglo mewah itu semenjak jam empat pagi lagi. Walaupun gelap malam semakin menganjak pergi, namun Haziq masih setia menanti. Sudah terjaga dari tidur yang hanya sempat dinikmati selama tiga jam itu menjadikan dia lebih segar selepas hampir seharian memandu. Kaya juga suami dia ni kalau betullah ni memang rumah suami dia macam yang Pak Cik Amir cakapkan tadi. Macam mana dia boleh kenal dengan suami dia tu? Detik hati Haziq. Cepat-cepat diusir sebarang anasir dan prasangka buruk yang cuba bersarang di ruang mindanya itu. Dikerling jam di dashboard kereta. Lagi beberapa minit ke jam sembilan. Suasana rumah itu masih kekal sunyi. Dan seketika kemudian, coretan senyuman mulai menghiasi wajah lesu Haziq. Wajah suci yang amat dirindui, wajah yang amat disayangi dan yang paling penting wajah yang telah dia cemari dengan noda kehidupan. Masih cantik seperti yang aku lihat dulu. Hafiqah mengambil sarung tangan berkebunnya dan asyik melaksanakan tugas. Hari ini dia tidak boleh lewat dan lari dari masa yang telah ditetapkan. Sebelum pukul sepuluh nanti dia perlu masuk semula untuk membilas pakaian yang telah direndam dengan pelembut. Sementara itu, laman yang kelihatan tandus ini perlu diberikan sedikit sentuhan.

191

Rumput-rumput yang mengelilingi kawasan tapak bunga dicabut satu per satu. Namun, dia masih boleh mendengar dengan jelas suara insan memberi salam dari luar. Tak dapat dilihat dengan jelas kerana kawasan di mana dia berada terlindung oleh pokok bunga kertas yang besar. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Takkan Mak Teh dah balik dari kampung kot? Langkah tetap dihalakan ke pintu pagar. Dan, wajah itu yang dia nampak. Wajah itu tersenyum kepadanya. Kakinya kaku. Tidak pantas berlari mahupun beredar dari situ. Syukur, batas lelaki itu hanya setakat di pintu pagar. Dia benci, amat benci dengan wajah itu. Assalamualaikum Fiqa. Awak apa khabar? Lembut bicara. Namun menerjah ke gegendang telinga Hafiqah bak ribut yang menggegar seluruh saraf jantungnya. Salam itu tidak bersambut. Kau nak apa? Untuk apa kau datang dalam hidup aku lagi? Kalau sekadar nak meminta maaf, sorry, aku tak boleh bagi kemaafan untuk kau buat masa sekarang ni. Berpeluk tubuh dan langsung tidak memandang ke wajah Haziq. Haziq sekadar melemparkan senyum paksa. Nyata dia kecewa. Jelas-jelas Hafiqah membencinya. Mampukah diperoleh kemaafan itu saat ini? Mereka tak bagi saya ruang Fiqa untuk jelaskan keadaan. Masa tu terlalu suntuk! Awak pun pasti tak jelas kan, dengan keadaan masa tu yang kelam kabut? Saya tak berdaya untuk jelaskan apa-apa. Memang salah saya dan saya minta maaf sebab awak terpaksa hadapi semuanya seorang diri. Dia mahu menjelaskan semuanya. Betapa diri terlalu malu untuk berdepan dengan Hafiqah. Dia lelaki, tekanan yang dihadapi pasti tidak sehebat apa yang dilalui Hafiqah. Dia pasti dan yakin tentang itu.

192

Tak berdaya? Kenapa? Suntuk? Hei! Come on lah Haziq! Dont give me those lame excuses! Sambil memandang jelek. You have no idea what I have gone through these days. Because of you and your damn sorry! Sakit hatinya memandang Haziq. Kenapalah lelaki itu perlu muncul dalam hidupnya selepas semua yang berlaku antara dia dan Hariez. Kenapa terlalu lewat? Awak memang ada hak untuk marahkan saya. Nak benci pun bencilah. Tapi, kali ini saya datang sebab saya nak jelaskan pada awak. Nak minta kemaafan awak. Macam yang saya beritahu pada ayah awak. Yang awak memang tak salah. Semuanya berpunca daripada saya yang mendiamkan diri. Saya tak jelaskan semuanya semenjak dari mula kejadian tu berlaku. Saya minta maaf Hafiqah. Ingin sekali dia berlutut di kaki Hafiqah. Namun jarak antara mereka tidak memungkinkan itu untuk terjadi. Dah terlambat Haziq! Dah terlambat. Semua orang dah bencikan saya. Saya pun tak boleh nak lari dari bencikan awak. Sebab awak, semua benda ni terjadi. Betapa sakitnya cemuhan yang saya terima dari orang yang saya sayang. Sekarang awak datang, untuk minta maaf. Ada apa dengan maaf awak tu?! Awak pengecut Haziq! Pengecut! Bagai diserang histeria, Hafiqah menjerit kecil. Hafiqah, saya Cuba untuk menyambung penjelasan, segera dipotong oleh Hafiqah. Awak nak minta maaf kan? Okey, fine, saya maafkan awak. Tapi, saya tak boleh nak tengok muka awak dalam hidup saya lagi. Its best if you leave. Go! Jangan tunjuk lagi muka awak depan mata saya. Berambus! Lagak seperti rumah itu miliknya, dihalaunya Haziq pergi. Dia tidak perlukan lelaki itu dalam hidupnya lagi. Sama ada dia

193

telah menjelaskan kepada abah ataupun tidak, dia hanya akan yakin jika abahnya datang untuk memberi kemaafan yang dia dahagakan. Mana mungkin abah percaya dia. Semenjak dari mula mengenali lelaki itu, Hafiqah memang tidak sudi untuk berkawan dengannya. Sikap lelaki itu yang terlalu suka menunjuk-nunjuk kekayaan keluarganya memang amat menjengkelkan. Datangnya untuk menghulurkan salam perkenalan suatu masa dahulu juga dengan cara yang begitu memualkan. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak pernah bermaksud nak biarkan awak sengsara. Saya sukakan awak daripada mula. Tapi saya tak sanggup tengok awak berduka. Tolonglah Hafiqah. Tolong maafkan saya. Dirayu keampunan dari Hafiqah. Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi? BERAMBUS! Aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini. Macam yang kau nampak, aku dah bahagia. Jadi, tolong jangan nak merosakkan rumah tangga aku dengan cerita-cerita sayang kau tu. Kalau tak, aku report polis. GO! Suaranya mulai dikendurkan. Ada tiga sebab kenapa dia terlalu marahkan Haziq. Pertama; gara-gara dia Alisa sanggup menganiaya dirinya. Kedua; lelaki itu pengecut. Membiarkan dia melalui semua musibah ini seorang diri. Dan terlalu lama masa yang diambil untuk meminta maaf. Ketiga; Ini rumah Hariez. Bila-bila masa lelaki itu boleh keluar dan menambahkan lagi beban yang ditanggung. Sudah cukuplah. Please, kalau kau betul sayangkan aku macam yang kau cakap tadi, kau tinggalkan aku untuk bahagia. Cukup kalau mak dan abah aku yang datang cari aku. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku. Adanya kau, semuanya jadi tunggang-langgang. Jadi, aku rayu pada kau Haziq. Jangan cari aku lagi. Untuk ketenangan hati kau, aku maafkan kau. Pergilah. Semoga lelaki itu mengerti. Semoga dia segera pergi. Semoga Hariez

194

tidak bersangka yang bukan-bukan seandainya dia melihat semua ini. Doa Hafiqah di dalam hati. Dia berjaya memperoleh kemaafan itu saat akhirnya satu senyuman yang paling ikhlas Hafiqah hadiahkan buatnya. Untukmu Hafiqah, aku tinggalkan kau untuk mengecapi bahagia. Terima kasih untuk kemaafan ini. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan untukmu. Haziq mengerti. Kali ini apa yang dicari telahpun diperolehi. Walaupun tidak seindah yang diharapkan. Namun, untuk wanita impiannya yang tidak bisa untuk dimiliki lagi, dia tega untuk melepaskan agar kebahagiaan akan tetap menjadi milik Hafiqah. Terlupa sama sekali untuk memberitahunya yang Haji Amir akan datang esok untuk menemuinya. Hafiqah menyeka air mata yang bersisa. Kenapa dia terlalu pemaaf? Dia teringat madah yang pernah didapati dalam satu filem korea. A Moment to Remember. Forgiving isnt that hard. Its just giving away your hate a little room in your heart. Pergilah Haziq. Saya dah maafkan awak. Tetapi untuk menerima awak sebagai teman, mungkin tidak. Saat berpusing untuk kembali meneruskan kerja, Hafiqah jadi kaget. Hariez sedang merenungnya dengan tanggapan yang sukar ditafsirkan dari tingkat atas. Jarinya menunjukkan isyarat agar menuju ke arahnya. Hafiqah akur. Dada semakin berdegup kencang. Takut dengan sebarang kemungkinan. Tangga didaki terasa begitu jauh bagaikan sedang mendaki gunung Everest. Penat dan lesu. Doa mengiringi setiap langkah, agar pertemuan kali ini berakhir dengan kegembiraan di pihaknya.

195

Hariez sedang duduk memerhatikan dirinya di ruang tamu tingkat atas. Meremang bulu roma Hafiqah. Terasa diri bakal diterkam bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Hariez menarik nafas panjang sebelum memulakan kata. Kemarahan yang tidak tertahan. Walaupun mengantuk tetapi dia tetap berusaha untuk bangun awal pagi. Ingatkan selepas bersarapan untuk lena di pembaringan, ternyata ada perkara yang lebih hebat terjadi. Meluap-luap rasanya gunung berapi marahnya dan hampir-hampir sahaja meletus. Cemburu? Tentu sahaja dia cemburu. Dia suami. Mana boleh Hafiqah berbicara dengan lelaki lain di belakangnya. Ingatkan dah tamat cerita cinta Fariez, sudah berakhirlah kisah cinta Hafiqah, namun tidak. Masih ada lagi insan lain yang mencarinya. Dah bahagia? Seronok jumpa kekasih lama? Hafiqah masih menekur lantai. Tiada keberanian untuk mengangkat muka menghadap wajah Hariez yang pasti amat menggerunkan saat ini. Hariez bangun. Langkah demi langkah dan dia kini berada betul-betul di hadapan Hafiqah. Siapa jantan tadi tu? Menipu bermaksud bahana untuk Hafiqah. Kawan lama. Ringkas. Pasti itu bukan jawapan yang tepat, namun Hafiqah juga tidak berbohong kali ini. Berahsia tidak semestinya menipu. Dah pandai bawa jantan dekat rumah aku. Sekarang ni depan pintu pagar, lepas ni? Masuk bilik?! Jerkahan yang disertai dengan kekuatan tangan Hariez yang menarik kasar bahagian belakang kepalanya. Terasa seperti hendak tertanggal urat rambut yang ada. Bukan! Bukan saya yang suruh dia datang. Saya tak tahu pun dia datang. Ya Allah, bantulah aku!

196

Kau ingat aku nak percaya? Tamparan yang begitu kuat itu menghumban dirinya jatuh ke belakang. Namun, Hariez tidak begitu mudah melepaskannya. Dipegang kedua belah tangan Hafiqah dan diseret masuk ke bilik tidurnya. Oh, kau ingat aku nak biarkan kau bebas macam tu je?! Sini kau! Aku ajar kau cukup-cukup hari ini. Pintu dikunci dan dicampak Hafiqah ke katil. Menggeletar tubuh kecil Hafiqah. Ini kali pertama dia melihat Hariez menggila. Cuba melarikan diri, namun dengan pantas ditangkap Hariez. Pergelutan terjadi antara mereka. Sehabis daya dia meronta, tetapi apalah yang dapat dilakukan jika dibandingkan tenaga lelaki Hariez. Habis berbekas merah wajahnya dilempang Hariez. Tidak cukup dengan itu, kerakusan Hariez merentap pakaiannya menambahkan lagi ngeri di hati Hafiqah. Bergelodak nafsu Hariez apabila terpandangkan tubuh Hafiqah yang menggebu. Bertambah-tambah rasa ingin menikmati tubuh itu. Tolong jangan buat saya macam ni encik! Lepaskan! Rontaan demi rontaan. Rintihan dan tangisan sudah bersilih ganti. Hafiqah pejam mata. Dapat dirasakan betapa kasarnya Hariez menyentuh setiap inci tubuhnya. Bukan ini mimpinya. Tidak, dia tidak mahu! Bukan ini cara yang diinginkannya untuk dimiliki oleh seorang suami. Diam! Hanya raungan yang akhirnya menemani. Hafiqah pasrah. Kenapa perlu begini caranya dia mengakhiri makhota yang tersimpan rapi selama ini? Kau kejam Hariez! Kau kejam!

197

33

HARIEZ sudah terbaring kepuasan, sedang Hafiqah masih lagi menangisi nasib diri; dinodai suami sendiri. Hariez menjeling ke tubuh yang telah dijamahnya tadi. Tidak disangka, walaupun sudah melampiaskan nafsu amarahnya sebentar tadi, dia masih belum puas. Dibelek-belek belakang tubuh Hafiqah yang berselubung membelakanginya. Disentuh lembut, sarat dengan emosi yang menggila, mendekati Hafiqah yang masih tersedu-sedu menangis. Dapat dirasakan getar tubuh Hafiqah setiap kali dia menahan diri daripada tersedu. Aku suka tubuh kau. Lembut di cuping telinga, namun terlalu menyesakkan dada Hafiqah. Sekarang ni aku lagi suka kau sebab dah tak orang nak kan kau lagi. Tawanya begitu menjengkelkan, dan jemari yang mengulit rambut panjang Hafiqah seperti ingin diusir jauh-jauh. Lepas ni, sama ada Fariez ataupun sesiapa sahaja, tak kan nak perempuan yang dah tak ada apa-apa macam kau ni. Kau ingat aku nak sangat dekat kau? Come on Fiqa. Nah, aku bayar kau! Dompet yang terletak di atas meja dicapai. Dikeluarkan wang RM1000 darinya. Diselitkan ke bawah pipi kiri Hafiqah. Hina? Ya, terlalu hina dirinya saat ini. Tidak cukup dijadikan orang gaji, kini dijadikan pula pelacur miliknya. Siapa sebenarnya dia di pandangan mata Hariez? Bibir yang menggeletar menahan tangis digigitnya agar tidak didengari oleh lelaki itu. Sekarang aku dah penat. Sebab kau dah layan aku tadi, aku beri penghormatan pada kau untuk turun dari katil aku ni. Kalau kau nak tidur, kau tidur dekat bawah. Tapi pukul satu tengahari ni aku nak makan. Now, you may get lost, out from this bed of

198

mine. Dengan selambanya Hariez menarik comforter yang menyelubungi tubuh Hafiqah, membiarkan tubuh itu terdedah tanpa seurat benang. Dek kerana malu, dan tidak rela tubuhnya dijelajahi Hariez lagi, Hafiqah segera turun ke lantai. Malu yang teramat, dan dengan cepat dia menuju ke almari untuk menutup tubuh dengan tuala atau apa sahaja yang ada. Sebelum aku lupa, in-case kalau kau ada terasa macam kau nak mengandung, tolong beritahu aku. Sebab, aku tak nak kau mengandungkan anak aku. Aku nak kau gugurkan. Aku tak nak kau ada zuriat sebab, nanti, harta aku semua jatuh ke tangan kau dan anak kau tu. Begitu bersahaja dan tanpa ada sekelumit belas mahupun rasa bersalah kerana menuturkan kata-kata itu. Kau ingat lepas aku buat macam ni, sengsara kau dah habis? Kau boleh lupakan. Aku tak akan sesekali lepaskan kau. Sama ada Fariez atau mana-mana jantan lain yang nakkan kau ataupun tidak. Kau, akan aku gantung tak bertali bila tiba masa aku dah tak perlukan khidmat kau lagi. Dilapkan air mata yang masih lagi setia menemani dengan telapak tangan. Lelaki itu terlalu tega membuat dirinya begini. Dia isteri, kenapa perlu dilayan sebegitu rupa? Bukan dipinta wang, emas, atau permata. Cuma diharapkan belas ihsan daripadanya. Hafiqah sudah tidak sanggup berada di dalam bilik Hariez lebih lama lagi. Meninggalkan Hariez dan cuba untuk mencari ketenangan yang nampaknya kian terumbang-ambing. Membasahi tubuhnya di bawah pancuran bilik air dapur. Sudah tidak dapat dibezakan air mata yang semakin kian laju mengalir dengan air pancuran yang mengenai

199

tubuh. Diri yang terasa terlalu kotor dek perlakuan suami sendiri, ingin dicuci sebersih mungkin. Tidak dipedulikan kesejukan yang melanda. Hatinya kian beku. Mengenang setiap patah kata Hariez yang benar-benar menghancurkan segenap rasa yang ada. Mengandung? Bagaimana jika dia termengandung nanti? Tegakah dia membenarkan Hariez membunuh benih itu seandainya ada? Tidak! Aku bukan Hariez. Aku tak rela diriku jadi sekejam dia! Terlalu lemah dirasakan saat ini. Tubuhnya turut merasakan kesakitan yang ada di hati. Hafiqah sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Hariez, tak adakah walau sekelumit simpati darimu padaku? Kenapa kau buat aku macam ni? Sakit sungguh dadanya, menggeletar bibirnya, menggigil seluruh tubuhnya menahan esakan yang tidak terhingga. Lama Hafiqah di mandian. Dengan fikiran yang semakin kosong, dia memandang ke dinding. Memikirkan hari esok yang masih tidak pasti ada untuknya mengecapi kegembiraan. Akhirnya, Hafiqah bangun. Menyiapkan diri untuk meneruskan tugasan tadi yang sudah terbengkalai. Aku harus lakukan sesuatu. Seandainya ada untuk benih ini. Aku bukan pelacur. Duit yang dia bagi tadi aku anggap sebagai nafkah. Bukan wang bayaran untuk aku memuaskan nafsu dia. Hafiqah akui kali ini dia harus bangkit. Dia bukan lemah. Tindakan yang perlu harus diambil. Dia perlu lebih kuat dari ini. Hariez tidak patut dibiarkan menikmati kemenangan ini.

200

Sepanjang pagi itu, Hafiqah mengemas rumah, memasak untuk lauk tengahari dan menyidai baju. Hampir ke jam satu tengahari, Hariez kelihatan menuruni tangga. Telah siap dihidangkan makanan untuk lelaki itu. Kali ini, Hafiqah tidak mahu sebarang kesilapan muncul. Dia perlukan sedikit masa untuk memaksa dirinya menerima semua yang terjadi hari ini. Menjadi isteri secara paksa, Hafiqah masih boleh terima. Dijadikan orang gaji kehormat, dia masih rela. Namun, disetubuhi oleh suami dengan sebegitu rupa, dia memang perlukan masa. Hariez perasan, layanan Hafiqah hari ini begitu kaku. Apa sahaja yang dimintanya, dipenuhi dengan wajah tidak berperasaan. Pelik, namun kenapa dia perlu ambil peduli tentang hati dan perasaan Hafiqah. Entah kenapa tubuhnya terasa terlalu letih hari ini. Mungkin kerana dia kurang tidur, dan pagi-pagi lagi telah menggunakan semua tenaga yang ada ke atas Hafiqah. Terbayangkan peristiwa pagi tadi, Hariez tersenyum. Dia lelaki pertama memiliki tubuh Hafiqah. Dan tidak dinafikan, Hafiqahlah wanita pertama yang mendapat sentuhannya. Pukul dua setengah nanti kau masuk bilik aku. Aku nak kau la yan aku macam pagi tadi. No. Lebih baik daripada pagi tadi. Faham? Dicengkam dagu tirus itu. Namun, matanya langsung tidak terasa ketakutan lagi. Kosong. Hariez bagaikan terpukau dengan pandangan itu. Rindu yang menebal untuk Hafiqah hadir tiba-tiba. Dah kenapa pula aku ni? Damn!

201

34

LELAKI itu berdiri di sisinya. Di atas, setinggi lebih kurang seribu kaki dari paras laut. Bersama menikmati keindahan alam yang terbentang luas. Desiran ombak yang jauh di bawah kaki, terasa seperti begitu hampir, seperti hampirnya mereka dengan tebing yang tinggi itu. Terasa hangatnya tangan yang menggenggam erat jari-jemarinya yang halus, menambahkan lagi rasa tenang yang sekian lama menyembunyikan diri. Angin sepoi-sepoi yang menampar-nampar lembut pipi dirasakan membawa pergi semua kedukaan yang ada. Dunia terasa sangat indah saat ini. Lama dia menunggu, walaupun hanya untuk bermimpi, bersama lelaki yang begitu dicintai dengan seluruh jiwa dan raganya di dunia asing yang hanya dipenuhi ketenangan dan kenangan yang membahagiakan. Tidak tahu, selama mana suasana itu akan dapat dinikmatinya, namun setiap saat yang ada sekarang, tidak akan dilepaskan. Abang cintakan Fiqa. Lalu dia menoleh dan senyuman paling istimewa hanya untuk lelaki itu. Dia dan hanya dia. Genggaman tangan semakin dikemaskan. Terlalu bahagia sehingga tiada kata yang mampu diluahkan. Pandangan dilemparkan semula ke arah laut yang terbentang luas. Jauh. Ditolak bayu laut membuatkan dirinya bagai terbang. Sejuk dan deras. Deras dan semakin deras. Dan goncangan itu terasa semakin hebat. Bumi bagai turut bergegar dengannya. Dan akhirnya mereka tersedar, tebing itu semakin merekah. Panik. Tangan yang sedari tadi menggenggam erat jemarinya semakin longgar dan dilepaskan. Cuba menyelamatkan diri ke bahagian yang lebih rata, namun terlewat.

202

Tebing yang merekah di tapak Hafiqah berdiri semakin jatuh. Jarak mereka semakin jauh dan Hafiqah redha. Mata ditutup rapat, dapat dirasakan kecut perut jatuh dari tempat setinggi itu. Peliknya, terasa tangan hangat itu kembali menggenggam kuat pergelangan tangannya. Abang takkan lepaskan Fiqa. Sayup suaranya membuatkan mata Hafiqah kembali terbuka. Keperitan lelaki itu menahan diri untuk mengangkatnya yang kini tergantung di tebing tinggi itu terlalu ketara. Dia kelihatan sedaya upaya untuk menarik Hafiqah ke atas. Namun, permukaan tanah yang kasar itu benar-benar menyeksanya. Darah mulai mengalir dari kulit lengannya yang semakin melecet dan tercalar. Menitik, menitik, dan menitik jatuh tepat ke wajah Hafiqah. Hafiqah menangis. Lelaki itu terlalu mencintainya. Dan dia juga terlalu menyintai lelaki itu. Sedalam laut yang tidak terlihat dasarnya. Seluas alam yang tidak terpandang indahnya. Abang tak akan lepaskan Fiqa. Abang cintakan Fiqa. Kini air matanya pula menitik ke wajah Hafiqah. Hangat. Sehangat cintanya. Hafiqah tidak sanggup melihat wajah itu menangis lagi. Fiqa cintakan abang. Sebelah lagi tangannya menangkap tangan yang memegang pergelangan tangannya. Fiqa nak bahagiakan abang. Untuk selamalamanya. Batu kecil yang tergolek di kiri dan kanan mengganggu konsentrasinya. Tidak berani memandang ke bawah. Terlalu menakutkan! Bahagiakan abang, sayang. Jangan tinggalkan abang! Terpapar jelas, begitu kuatnya dia cuba untuk menarik tubuh kecil Hafiqah itu ke atas. Namun, setiap kali tubuh

203

itu bergerak ke atas, semakin banyak tanah yang jatuh. Tidak tertanggung rasanya sakit di tangan. Hafiqah memberanikan diri memandang ke bawah. Perasaan gayat terlalu mengerikan. Hafiqah mencengkam kuat tangan yang masih kekal menahan seluruh kesakitan deminya. Dipandang ke atas dan dilihat wajah yang terlalu disayangi, penuh penderitaan dan kesakitan. Satu demi satu jemari lelaki itu dirungkaikan. Tak! Jangan lepaskan abang! Abang akan tarik Fiqa! Abang akan selamatkan Fiqa. Bertahan sayang! Ya, bertahan, tapi selama mana? Keputusan sudah pun dibuat. Sama ada dia melepaskan tangan itu, ataupun mereka jatuh bersama. Namun, dia tidak sanggup. Abang, Fiqa minta halalkan semua yang Fiqa ambil dari abang. Sama ada abang sedar ataupun tidak, abang izinkan atau tidak, Fiqa tak mampu jadi isteri terbaik untuk abang. Fiqa tidak sempurna. Jadi, Fiqa minta izin, lepaskan Fiqa dan ampunkanlah Fiqa. Fiqa mahukan abang terus bahagia. Abang, suami Fiqa, insyaAllah, dunia dan akhirat. Jangan Tangisannya tidak tertahan lagi saat mendengar kata-kata Hafiqah. Namun, untuk melepaskan pegangan itu tidak sesekali. Keperitan yang semakin hebat dirasakan bagaikan tidak membantu. Jemari halus itu pula semakin berusaha menolak tangan kasarnya. Dan akhirnya, wajah itu semakin jauh, jauh, dan tidak terlihat lagi. Tenggelam jauh di dasar laut, entah di mana dilambung badai yang mendatang.

204

35

HAFIQAH buka mata. Air mata yang mengalir entah bila disekanya perlahan. Memerhati ke sekeliling. Suasana ini terlalu biasa untuknya. Dan entah, untuk kali yang ke berapa, satu keluhan dilepaskan. Tangan menyentuh dada yang terasa sakit. Sama ada bahagian dadanya benar-benar sakit atau dia hanya merasakan sakit yang tiada. Kenapa mimpi itu terlalu menyakitkan? Tidak, ia juga terlalu menggembirakan. Kenapa melepaskan lelaki itu terlalu mengguris hati dan perasaanku? Siapa dia? Dan untuk apa dan bagaimana aku menyintainya? Tanpa membuat sebarang bunyi, Hafiqah merangkak perlahan menuju ke almari yang terletak jauh di sebelah pintu. Telekung dan sejadah yang tergantung dicapai dan perlahan dia membuka pintu dan bergerak ke luar. Selesai mandi dan mengambil wudhu, Hafiqah menunaikan solat asar di bilik belakang. Dia tidak mahu mengejutkan Hariez dari tidur. Lebih-lebih, dia juga memerlukan ketenangan yang lebih saat ini. Dari tadi, hatinya tidak berhenti berdegup sehingga terasa begitu sesak setiap nafas yang dihela. Jam kecil yang masih setia terletak di atas meja di bilik kesayangannya ini sudah menunjukkan jam lima suku petang. Masih banyak masa lagi. Mata pun segar. Lama dah rasanya tak baca yaasin. Baik baca, sekali pun jadilah kan? Usai bersolat, bacaan yaasin dialunkan perlahan. Seperti biasa, penuh merdu dan dengan tajwid yang pasti terdengar elok oleh setiap yang mendengarnya. Lebih kurang sejam membaca, akhirnya tiba ke ayat yang terakhir. Diraub perlahan surat yaasin di tangan ke muka. Dijunjung tiga kali, seperti yang biasa

205

dilakukannya semenjak dari kecil lagi. Walau apapun yang dikatakan orang terhadapnya, dia harus menerimanya. Teringat kata-kata bijak pandai yang pernah didengarinya. We dont meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hanya, itulah pencariannya kini. Hikmah yang masih tidak ditemui. Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, Maha suci zat yang menghilangkan segala kedukaan; Maha suci zat yang memerintahkan apabila menghendaki sesuatu hanya berkata kun maka jadilah ia. Wahai zat yang menghilangkan dukacita; wahai zat yang menghilangkan, hilangkahlah! Wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami; wahai zat yang hidup! Wahai zat yang berdiri dengan sendiri! Wahai zat Yang Maha Agung dan Maha Mulia! Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad; dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Sungguh, doa itu tidak pernah gagal untuk menyembuhkan segala luka yang ada. Hati akan menjadi tenang semula. Dan kepadaMu, Ya Allah, aku serahkan seluruh kehidupanku. DariMu aku datang dan kepadaMu aku akan kembali. Sesungguhnya, setiap yang baik itu datang dariMu dan yang buruk itu berpunca dari diriku yang gagal mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan. Menyandarkan tubuh ke dinding, perlahan-lahan mindanya melayarkan semula mimpi yang dialami tadi. Cuba untuk mentafsirkan maksud sebenar mimpi itu. Ianya terlalu indah, dan dalam sekelip mata, menjadi suatu mimpi yang terlalu menyakitkan.

206

Lelaki itu terlalu menyintainya, sedangkan di dunia nyata, sekelumit kasih sayang pun tidak pernah ditunjukkan. Hanya kebencian yang tidak tertanggung sahaja terpamer dari riak wajahnya. Dia tak cintakan kau, kenapa kau sanggup berkorban untuk dia? Memandang kedua-dua belah tangannya. Tangan ni yang lepaskan dia. Kenapa kau sanggup bergadai nyawa untuk dia walaupun itu cuma dalam mimpi? Siapa dia di hati kau, Hafiqah? Hafiqah bermonolog dengan dirinya sendiri. Diraub wajah yang basah. Dia juga ingin dicintai. Mimpi itu bagai memberi harapan palsu untuk dia mencintai lelaki itu. Perasaan yang hanya pernah wujud untuk kali pertama saat mengenali Fariez itu muncul kembali. Cuba diusir jauh-jauh. Agar dia tidak tersasar lagi. Ya Allah, permudahkan setiap urusanku di dunia Mu ini. Hanya di bilik ini, Hafiqah mampu meluahkan apa yang dirasakan setelah saban hari, menerima tekanan yang tidak berpenghujung dari Hariez. Di luar, Hariez tersandar lemah. Terjaga secara tiba-tiba dari mimpi yang pelik. Wajah Hafiqah dicari. Namun hampa. Wanita itu tiada di sisi. Segera dia bangun dan mencari. Bagai terlalu merindui wajah isterinya itu. Perasaan terlalu mencintai, menyayangi dan merindui. Sesuatu yang selama ini cuba dinafikan. Namun, mimpi itu menyedarkannya bahawa dia tidak sanggup melepaskan Hafiqah. Tidak di dalam mimpi, dan tidak sesekali di dunia nyata. Terdengar lunak merdu suara Hafiqah mengalunkan ayat-ayat suci itu sentiasa melembutkan hatinya yang selalu keras bak kerikil. Kali ini, mendengar bait-bait doa

207

yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi, membuatkan kakinya terketar. Lemah dan bagaikan tiada bertulang. Dingin terasa meresap sehingga ke tulang hitam. Hafiqah, abang betul-betul dah lupa. Begitu banyak sengsara yang abang dah berikan. Kenapa abang terlalu jahil dan bodoh? Abang terlalu sayangkan Fiqa selama ni. Dia tiada kawan wanita yang rapat. Satu-satunya yang dia ada hanya Hafiqah. Dia sendiri tidak dapat membezakan perasaan yang dialami itu kerana inilah kali pertama dia mencintai seseorang yang bernama isteri. Dan buat kali pertama, air mata lelakinya menitis. Jatuh menyembah bumi. Dia hanya kuat apabila menganiaya isterinya sendiri. Kekuatan yang disalahgunakan untuk kepentingan sendiri. Sedang dia sebagai seorang suami sepatutnya menyayangi isterinya yang lemah. Betapa berdosanya aku. Dia tidak pernah melawan setiap kata-kataku. Walaupun aku yakin, dia tahu setiap yang aku lakukan hanya untuk menyakitinya. Kenapa aku terlalu buta, untuk menilai kesucian hati isteriku? Dan aku lupa, setiap dosanya tertanggung di bahuku. Sedangkan aku, aku sendiri yang menambah beban dosa untukku! Mata yang berair terlalu pedih dan panas. Tidak mampu membuka mata. Hariez tidak sanggup berjauhan lagi. Namun, kakinya terus kaku. Suaranya beku. Hanya tangisan yang semakin deras membasahi pipi dan esakan semakin kedengaran. Tubuh menggigil membayangkan hanya kesedihan yang sering dihadiahkan kepada Hafiqah sepanjang perkenalannya. melindungi dan

208

Hafiqah yang baru hendak terlelap seakan mendengar suara halus di belakangnya. Menoleh ke kiri dan kanan. Esakan seseorang. Ah sudah, dah macam cerita hantu pulak ni! Siapa pulak ni? Nak memainkan aku pun agak-agak la Sepositif-positif thinking aku ni pun masih ada tahap paling tinggi berani tau. Cool babe! Cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Bunyi esakan itu semakin kuat dari arah dapur. Ditolak pintu yang tidak tertutup rapat. Sedikit demi sedikit kepala dijengukkan ke luar. Dan alangkah terperanjatnya dia melihat Hariez sudah terjelepok di lantai. Tergesa-gesa Hafiqah bangun mendapatkan Hariez. Kain telekung sudah tercampak entah ke mana gara-gara terkejut. Dipegang kepala Hariez. Panas! Encik Hariez, macam mana boleh ada dekat sini ni? Susun atur pernafasan Hariez kedengaran tidak teratur. Desahannya semakin kasar. Lelaki ini demam, tetapi kenapa dia boleh berada di sini? Takkan dia cari aku sampai ke dapur? Cuba mencempung tubuh besar Hariez, ternyata tubuhnya yang sekali ganda lebih kecil langsung tidak dapat menggerakkan Hariez. Lantas, dia menuju ke kabinet dapur dan mengambil panadol dan air suam. Encik Hariez makan ubat dulu ya. Lepas tu cuba bangun. Saya tak mampu angkat kalau encik tak sokong badan encik. Hariez hanya senyap membisu. Dia senyap macam ni lagi menakutkan aku. Tetapi, sesuatu melintasi di kotak fikiran Hafiqah dan membuatnya tersenyum sinis. Hehe, kan dia dah demam tu. Bukan dia boleh buat apa pun. Kalau dia nak buat pun dia kenalah tunggu sampai dia dah sihat dulu. Muahaha

209

Secara paksa, dua biji panadol actifast disumbat masuk ke mulut Hariez. Sama ada lelaki itu rela atau memaksa rela dirinya, Hafiqah tidak tahu. Air dituangkan ke dalam mulut Hariez dan dia berdoa agar encik suami itu menelannya. Alhamdulillah, dia nak juga telan ubat ni. Hafiqah menghadiahkan senyuman untuk Hariez walaupun nyata senyuman itu tidak dapat dilihat oleh lelaki yang sudah separa sedar itu. Dan sekarang, awak kena tolong saya encik Hariez. Tolonglah bangun ya. Saya tak boleh nak angkat awak seorang diri. Tolonglah ya? Dua kali syukur, Hariez meringankan badannya dan dengan perlahan-lahan cuba bangun dengan bantuan Hafiqah. Walaupun kadangkala sedikit melayang ke kiri dan ke kanan, Hafiqah masih terus cuba untuk membantu Hariez ke biliknya di tingkat atas. Dibaringkan Hariez ke katil dan dibalut tubuhnya dengan selimut tebal. Kemudian, Hafiqah turun semula dan mengambil pek sejuk Cool Fever yang sememangnya telah disimpan di dalam peti ais. Brr. Sejuknya! Aku pulak yang ngilu ni kenapa? Kemudian Hafiqah ketawa kecil yang jahat. Sudah lama dia tidak sekejam ini. Ha, masa ni lah aku nak kenakan dia. Nanti dia dah sihat, aku ni dilempar balik. Biar dia rasakan dulu. Aku nak tampalkan benda beku ni kat muka dia biar dia rasa.. Hahaha Melihat wajah Hariez yang terlena, Hafiqah jadi tidak sampai hati. Ketika Hariez tidak sedarkan diri, inilah masa untuknya menatap wajah Hariez. Dia jarang dapat peluang untuk menatap wajah itu dari jarak dekat. Inilah masanya.

210

Meneliti satu per satu inci wajah Hariez, tidak dapat dinafikan suaminya seorang yang tampan. Berkulit cerah dan sedikit berjambang di kiri dan kanan rahangnya menyerlahkan lagi wajah yang sedia kacak persis model iklan Brylcreem, Henry Golding yang amat diminati suatu masa dahulu. Handsome juga dia ni. Kenapa aku tak pernah perasan muka dia macam Henry tu? Haha, masa ni lah kau nak tengok dekat-dekat Fiqa. Dah sedar nanti kau tak boleh buat apa dah kat dia. Asyik meneliti sehingga tidak sedar, jemarinya sudah berani menyentuh wajah Hariez. Bermain-main di dahi, turun ke kening yang hitam lebat, jatuh ke hidung mancung, dan berhenti di bibirnya. Bibir itu Hafiqah menyentuh bibirnya. Berani-berani dia je hari tu buat cium aku ya. Dahlah tak minta izin, lepas tu buat perangai tak bersalah dia pula. Chup! Bibirnya bersatu lagi dengan bibir Hariez. Hafiqah tutup mata. Indahnya perasaan ini. Ya Tuhan, jikalau masa boleh dihentikan saat ini. Perlahan mata dibuka. Bagai nak gugur jantung Hafiqah, saat matanya bertentang dengan mata Hariez yang sedang memandang tepat ke arahnya. Tercampak ke belakang tubuhnya dek kerana terlalu terkejut. Mujur, hanya seketika, mata itu semakin tertutup kembali. Kurang hasam! Bikin gempak je. Harap-harap dia mengigaulah tu. Jangan dia ingat balik sudah. Sumpah dia terkejut tadi dengan renungan Hariez. Hafiqah tidak berani lagi untuk meneruskan sebarang niat nakal yang ada. Cukuplah satu itu dan itulah yang akan diingatinya sehingga akhir nanti.

211

Hafiqah tersenyum simpul dan mula meniti mimpi-mimpi terindah dalam hidupnya. Terima kasih untuk kenangan ini abang walaupun Hafiqah yakin, Hariez tidak akan pernah mengingatinya.

212

36 JAM sudah menginjak ke pukul sembilan malam. Dengan penuh perlahan, Hafiqah mengambil beg yang bersaiz beg sekolah itu dan disandang ke bahu. Tidak mahu ada sebarang kesilapan, kerana dia pasti akibatnya tersangatlah buruk. Sengaja tidak membuka lampu bilik tidur, Hafiqah menyusur ke pintu bilik dan mula bergerak di dalam gelap menuju ke dapur. Alhamdulillah, malam itu hujan turun dengan lebatnya. Seakan merelakan pergerakannya. Hujan lebat di malam hari. Takut juga jika tidak hujan pasti ada kereta yang lalu lalang yang akan menganggap dirinya sebagai pencuri. Dia tidak perlu membawa banyak benda, lagipun tiada satu pun barang di dalam Villa Kasih miliknya lagi. Pakaian lamanya sudah dibuang Hariez dan kalau ada pun, sudah dijadikan kain buruk. Minta dihalalkan ya encik Hariez baju yang saya pakai sekarang ni. Doa Hafiqah. Baju hujan jernih disalutkan ke tubuh bagi melindungi diri dan beg yang disandang daripada basah. Jika dia memakai payung, pasti sukar untuk membuka pintu pagar dalam keadaan angin kuat seperti ini. Tidak disia-siakan kepandaian yang ada untuk saat-saat seperti yang sedang dilaluinya. Melangkah dengan sepenuh perhatian, untuk mengelakkan diri daripada jatuh ketika meniti ruang tepi yang licin. Hafiqah yakin, Hariez telah tidur dengan lena. Lelaki itu demam dan ubat selsema dan ubat batuk yang kuat telah diberikan dan dia tidak mungkin terjaga. Ahli keluarga Hariez yang lain pasti sedang berhibur sakan di Cameron Highlands lagi.

213

Pintu pagar yang kecil dibuka dengan penuh berhati-hati agar tidak berkeriut ketika digerakkan. Walaupun hujan, Hafiqah tidak sanggup mengambil sebarang risiko untuk dijumpai orang lain akibat sikap sambil lewa. Dia mahu keluar dari rumah besar ini secepat mungkin. Mahu pergi jauh dari lelaki ini. Tidak mahu dijumpai lagi oleh sesiapa pun dari kalangan mereka. Dia tidak sanggup menghadapi hari-hari mendatang nanti dengan penuh sengsara. Biarlah dia tidak berduit. Dia masih mampu untuk menyara dirinya sendiri. Sedangkan ulat dalam batu pun masih boleh makan. Inikan pula dia manusia, khalifah di bumi Allah. Walaupun tubuh disirami hujan, Hafiqah tetap meneruskan langkahnya. Dia harus pergi segera. Mujur dia sudah biasa melatih diri duduk di bawah pancuran untuk masa yang lama. Melatih diri menahan sejuk yang meresap sehingga ke sum-sum. Matlamatnya, stesen bas. Langkah dicepatkan sehingga dia tiba ke simpang utama. Dari situ, dia teruskan berjalan lagi. Walaupun kaki semakin lenguh, tetapi berkat hati yang tekad dan semangat cekalnya, akhirnya dia tiba di bangunan-bangunan kedai yang berdekatan. Melangkah lagi, agar berada di tepian jalan. Mudah untuk dia menahan bas yang lalu nanti. Kesejukan semakin menikam setiap inci tubuh. Hafiqah akhirnya berhenti di sebuah perhentian bas. Sambil mengurut-urut kaki yang kepenatan. Hafiqah mula menanggalkan baju hujan yang dipakainya. Mujur perhentian bas itu berbumbung dan jauh dari tempias kenderaan yang lalu-lalang. Kelihatan sebuah bas semakin menghampiri. Tangan diangkat sebagai isyarat untuk meminta bas itu berhenti. Tidak kisah ke mana tujuan bas itu, kerana dia amat pasti hentian terakhirnya pasti di stesen bas utama.

214

Nak ke mana kak? Pemandu bas itu bertanya. Stesen bas. Berapa? Dua ringgit je. Naik bas ni pergi mana-mana satu hari pun sama. Boleh buat pergi balik. Jelasnya ramah. Wang dihulurkan. Dengan pantas, tangan pemandu muda itu mengeluarkan tiket dan diserahkan kepada Hafiqah. Hafiqah terus mengambil tempat di belakang pemandu. Mujur sudah hampir lewat malam begini, tidak ramai penumpang yang menaiki bas itu. Jika tidak, dia juga sedikit takut dengan mata-mata yang memandang. Nak pergi mana kak? Melihatkan penumpang lain hanyalah sepasang kekasih yang duduk di tempat duduk yang jauh ke belakang, pemuda itu ramah untuk bertanya. Wanita di belakangnya itu sungguh berani keluar rumah pada waktu malam seperti ini. Tidak terbacakah dia di dada-dada akhbar tentang kes rogol, ragut dan bunuh yang semakin berleluasa sekarang ini? Balik kampung. Dapat tiket malam. Ringkas dan penipuan semata-mata. Oh, kampung dekat mana? Dikerling sekali imbas ke wajah itu. Jelas kelihatan raut tidak selesanya. Tengok, suka sangat jaga tepi kain orang. Nak peramah pun tengok tempatlah. Menyedari kesilapan diri yang bertanyakan soalan peribadi, pemuda itu akhirnya berdiam diri. Sesekali dikerling ke belakang, terlihat wanita itu sudah tertidur. Dah sampai kak. Dicuit bahu itu perlahan. Tiada tindak balas. Kak? Digoncang kuat sedikit. Jangan mati atas bas aku sudah! Perlahan-lahan Hafiqah membuka mata. Baru nak tidur sekejap. Dah sampai mana dik? Sambil menggosok-gosok mata yang berair.

215

TBS. Saya nak kena kosongkan bas ni kak. Sudah hampir ke pukul sebelas setengah malam. Hafiqah segera bangun dan tergesa-gesa keluar meninggalkan pemuda yang tidak diketahui nama itu. Namun, ketika melangkah turun dari bas, dia berpaling dan melemparkan senyuman. Terima kasih kejutkan saya. Pemuda itu sekadar membalas senyumannya dan hanya memerhatikan wanita itu yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan. Walaupun sudah hampir tengah malam, tetapi kelihatan masih ramai orang yang berada di terminal bas baru itu. Dek kerana tidak pasti arah tujuannya, Hafiqah akhirnya hanya duduk di atas kerusi yang disediakan. Selamat tinggal Hariez. Selamat tinggal Fariez. Selamat tinggal Airin. Selamat tinggal semua.

216

37

BUKU yang terbentang luas di depan mata semenjak tadi hanya diselak-selak sahaja. Tiada hati untuk membaca. Nora, teman sebiliknya sudah lama dibuai mimpi. Mujur teman itu bukan jenis yang banyak cakap dan tidak banyak karenah yang merepek-repek. Suka ambil tahu hal orang lain misalannya. Bukan dia seorang yang sombong apatah lagi pendiam, Cuma hati yang terluka masih lagi tidak dapat diubati. Dia jadi tidak ambil kisah dengan perihal orang sekeliling. Bangun pagi ke kelas, kembali semula ke asrama untuk tidur dan melayani perasaan sendiri. Alhamdulillah, kebijaksanaan yang dikurniakan Ilahi digunakan sebaiknya. Kerja sekolah yang diberikan siang-siang lagi sudah disiapkan semasa di dalam kelas dan tidak langsung dibawa pulang ke asrama. Banyak lagi benda boleh buat daripada menghadap kerja sekolah siang malam. Nak kata mengantuk, entahlah. Perasaan itu sudah lama tidak dirasainya. Dengan tangan menongkat kepala, Airin memandang ke depan dengan pandangan yang kosong. MP3 yang terpasang di telinga hanya menambahkan lagi kekosongan yang dirasakan. Boringlah duduk dekat sini. Airin Facebooking la dengan abang Riez. Online now. Fariez Serta-merta akaun Facebooknya diaktifkan. Sekarang dia lebih selesa untuk bercerita dengan Fariez tentang apa sahaja. Sedangkan dia punya abang yang sama usia dengan Fariez. Malah, akaun Facebook Hariez juga telah dibuang daripada senarai teman. Fariez : Airin : Tak study ke? Malas!

217

Fariez : Airin : Fariez :

Janganlah macam tu. Tahun ni kan nak exam besar. Kita bijak. Tak baca buku pun tak apa. Haha.. Berlagak! So, ada cerita baru? Tengoklah gambar abang dekat Amsterdam ni. Pergi boot sales dia best.

Airin :

Untunglah dapat pergi oversea. Airin ni kena campak je dekat Pahang ni. Tempat jin bertendang pulak tu!

Fariez :

Biasalah. Biar belajar semangat sikit. Boleh tenangkan diri. Petangpetang pergilah melepak tepi laut.

Airin :

Tak mahulah. Ada budak pelik-pelik suka melepak dekat tepi pantai. Semalam Airin baru kena kacau.

Fariez : Airin :

Wah! Ada peminat. Interesting. Handsome macam abang tak? Mana nak cari yang handsome kat ceruk macam ni! Muka macam orang utan adalah.

Fariez turut ketawa. Kadangkala melayan Airin yang masih mentah itu menambat hatinya. Adik itu lebih mesra berbanding Izy Natasha, satu-satu adik perempuan yang dimilikinya. Tambah-tambah lagi dia kini jauh dengannya. Telefon yang menyanyikan lagu Christina Perri A Thousand Years itu menandakan ada pesanan ringkas masuk. Siapa pula yang rajin nak hantar SMS malammalam buta ni? Takkan abang Riez kot, dah tentu-tentu dia tengah online dengan aku ni. Salam Airin, adik akak yang tersayang. Pertama sekali, akak nak minta maaf. Maaf kerana mengecewakan Airin sekeluarga. Maaf kerana pernah muncul dalam hidup kamu semua., Maaf sekali lagi untuk apa yang akan akak katakan selepas ini. Akak dah

218

tak mampu bertahan lagi sayang. Akak terpaksa pergi dulu. Akak minta maaf pada Airin sebab buat macam ni. Ada masa akan datang kita jumpa lagi. Hafiqah Pelik! Pantas didail nombor tersebut. Nombor itu terlalu asing. Hafiqah mana pula yang menghantar mesej itu kepadanya? Setahunya, kak Fiqa tidak pernah menggunakan telefon bimbit sepanjang dia di Villa Kasih. Hampa. Panggilan itu tidak berjawab. Kak Fiqa ke ni? Akak kenapa, nak pergi mana? Akak buat apa dengan Airin? Airin Akak tak boleh tunggu lama lagi. Maaf sebab tak dapat jumpa Airin lagi. Tidak untuk masa terdekat ini. Tolong beritahu mereka supaya jangan cari akak lagi. Hafiqah Akak nak pergi mana? Tolong jangan tinggalkan Airin lagi. Kan Airin dah jauh dari akak. Kenapa? Apa dah jadi dengan akak? Ceritalah pada Airin! Airin Airin, akak tak sepatutnya pilih Hariez. Akak bersalah sangat pada Fariez. Akak tak sanggup nak berdepan dengan semua orang lagi. Terima kasih sebab sudi jadi adik akak selama ni. Lepas ni akak takkan muncul lagi dalam hidup semua orang terutama sekali pada Hariez. Semoga Airin akan terus berjaya. Jangan risaukan akak ye. Sayang Airin! Hafiqah Airin sudah tidak tahu hendak membalas apa. Bergoncang seluruh tubuh. Cubaan untuk mendapatkan Hafiqah di talian hanya menemui jalan buntu. Setiap SMS yang diterima dihantarkan kepada Fariez. Bagai hendak meraung rasanya saat itu. Lalu teringat pula pada Abang Harieznya. Kak Fiqa kena halau ke dengan abang Hariez ni? Tak, tak mungkin!

219

Didail pula nombor telefon Hariez. Sama seperti Hafiqah. Juga tidak berangkat. Arh! Apa nak buat ni?! Panggilan daripada Fariez tiba-tiba masuk. Pantas ditekan butang hijau dan diletakkan telefon ke telinga. Abang! Tolong Airin. Apa Airin nak buat ni? Sudah berjujuran air mata yang jatuh. Apa yang Airin forwardkan pada abang tu? Abang tak faham. Risau benar dia dengan mesej yang menderu-deru masuk ke telefonnya sebentar tadi. Airin tak dapat call dia. Dia tak nak angkat. Call abang Hariez pun dia tak angkat. Apa yang dah jadi ni? Tolonglah Airin. Disapu air mata yang meleleh dengan tangan. Jiwa remajanya terlalu rapuh. Langsung tidak mengerti dengan apa yang sebenarnya terjadi di dalam keluarganya. Siapa? Hafiqah? Airin sekadar mengangguk, macamlah Fariez boleh melihatnya. Dia mana pernah hantar mesej macam ni pada Airin. Langsung tak pernah hantar mesej pun pada Airin. Tiba-tiba malam ni pulak dia hantar mesej pelik-pelik ni. Mesti ada something dah jadi dekat sana. Airin nak balik sekarang juga. Airin nak balik! Sudah mengongoi tangisnya. Dia panik. Hatinya sudah tidak boleh tenteram lagi. Airin jangan risau okey? Tak ada apa-apa pun tu. Macam ni lah. Cuba Airin telefon papa atau umi Airin. Minta mereka ambil Airin semula. Airin pun bukannya boleh balik terus kan? Jangan risaulah, tak ada apa-apa pun tu sebenarnya. Cuba menenangkan hati Airin sedang hatinya sendiri sudah tidak tentu arah.

220

Tak mahu! Airin nak balik! Jeritannya itu mengejutkan Nora. Terperanjat Nora melihat Airin yang sedang menangis di katilnya. No! Airin jangan nak buat kerja gila pula dekat sana. Airin nak balik macam mana? Nak cabut asrama? Dont be ridiculous! Kalau kena culik nanti, macam mana pula? Now, take a deep breath, call your parents, okay? Airin diam. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk pulang malam-malam begini. Kepala tetap dianggukkan. Okey, Airin call papa and umi. Tapi, Airin tetap nak balik. Kalau papa dan umi tak nak ambil sampai esok, Airin lari je dari sini. Ugutnya. Jangan macam tu sayang. Call dulu. Abang tengok ada flight lagi tak malam ni ke Malaysia. Abang datang secepat mungkin ke sana. Okay? Deal? Cubaan memujuknya berjaya. Panggilan telefon itu Airin tamatkan. Fariez pula terus menelefon Hariez. Perasaan marah yang masih ada terhadap teman yang seorang itu diketepikan dahulu. Yang penting, dia perlu tahu apa yang terjadi dengan Hafiqah. Sekali lagi dia turut hampa. Lima kali panggilannya tidak berjawab. Segera didail pula nombor Ikmal. Ikmal yang separa sedar menjawab panggilannya. Apahal kau telefon aku malam-malam ni? Lupa teman itu berada di satu daerah yang tidak selari waktunya dengan Malaysia. Kat tempat aku ni masih siang lagi, jadi tak salah sangat pun kalau aku telefon kau malam-malam kat Malaysia ni kan? Dipegang dadanya yang berombak. Cuba ditenangkan perasaan yang kini kacau bilau.

221

Im, aku betul-betul nak minta tolong kau urgent gila! I only can accept you say yes, you do and nothing else. Please? Benar, tiada lain yang boleh difikirkan lagi saat ini. What? Mata yang terpejam itu terlalu sukar terbuka. Aku nak kau pergi rumah Hariez sekarang. Please, I truly and urgently need you to go there. Tolong tengokkan Hafiqah. Terbuntang mata Ikmal yang dari tadi sukar untuk dibuka sebaik mendengar permintaan pelik Fariez. Wait a minute! Kot ye pun kau angau gila dekat bini dia tu, tak payahlah nak libatkan aku okey? Kau gila ke nak aku pergi kacau isteri orang tengah-tengah malam ni? Mahu putus kawan aku dengan si Hariez tu nanti! Ikmal menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku bukannya nak kacau lagi isteri dia tu. Masalahnya ni hal hidup dengan mati. Si Airin ni dapat mesej yang Hafiqah ni dah lari dari rumah. Sekarang ni, aku call Hariez tak dapat, aku call si Hafiqah pun tak berangkat. So, aku tak ada option lain selain kau sebagai kawan aku yang aku boleh harapkan. Please, bro. Tengok kan saja. Aku dapat rasa ada sesuatu dah jadi. Tolonglah. Kali ini dia benar-benar merayu kepada Ikmal. Hanya itulah pilihan yang dia ada. Jika betul Hafiqah memang sudah tiada lagi seperti yang dinyatakan dalam mesejnya, memang Fariez akan terus terbang ke Malaysia dengan penerbangan terawal yang ada. Apasal Airin tak call family dia saja? Letihnya bila terlibat dalam masalah orang lain ni. Ikmal mengeluh. Terganggu sungguh tidurnya malam itu. Masalahnya, semua orang tak ada dalam rumah tu! Parents dia masih di Pahang lagi. Yang tinggal cuma Hafiqah dengan si Hariez tu je. Mak Teh aku tak tahulah.

222

Sekali lagi Ikmal mengeluh. Menggaru kepala yang tidak gatal. Fine. Aku pergi. Kau punya pasal bro! Make sure kau ingat hal ni bila aku mengorat si Izy nanti. Fariez sengih. Ada hati lagi tu nak jadi adik ipar aku! Tak guna betul! Yelah, aku ingat. So, cepat, jangan buang masa lagi. Aku dah macam nak gila ni. Okay. Chow! Talian dimatikan. Betullah aku ni boleh jadi gila layan dua orang jantan gila ni! Ikmal bangkit dari katil dan terus menyiapkan diri untuk ke rumah Hariez malam itu juga. Tak pasal-pasal aku jadi spy si Fariez ni tau!

223

38

MEREKA sekeluarga akhirnya selamat tiba di Villa Kasih hampir jam sepuluh pagi. Terlewat tiba gara-gara menguruskan proses pengambilan keluar Airin daripada asrama. Manakan tidak, pihak asrama juga pasti terkejut, baru beberapa hari menetap di situ, sudah mahu dibawa pulang. Tambahan pula mereka sudah tiba di asrama Airin jam lima pagi lagi. Masing-masing berwajah penat. Tergesa-gesa bersiap sebaik menerima panggilan telefon daripada Airin pukul dua pagi. Dengan Hariez yang sehingga pagi masih tidak dapat dihubungi, makin menambahkan kerisauan di hati mereka. Walaupun sudah menganjak ke sepuluh pagi, Villa Kasih masih lagi kekal sunyi seperti tidak berpenghuni. Mak Teh juga tidak kelihatan di mana-mana bahagian rumah. Iyalah, Hariez juga langsung tidak memberitahu mereka yang Mak Teh sudah pulang ke kampung hujung minggu lepas. Tanpa mempedulikan barang-barang yang masih berada di dalam kenderaan Toyota Alphard itu, Tuan Rizan disertai Airin terus menuju ke tingkat atas, ke bilik Hariez. Ternyata, Airin yang mempunyai tenaga lebih muda berbanding Tuan Rizan tiba dulu dan terus mengetuk pintu bilik abangnya bertalu-talu. Abang Hariez! Oh, Abang Hariez! Buka pintu ni! Kak Fiqa! Ketukan yang tidak berhenti dan sangat membingitkan telinga itu mengejutkan Hariez dari lena. Dengan kepala yang masih mengantuk, Hariez akhirnya bangun untuk membuka pintu.

224

Aik, Airin buat apa dekat sini? Airin kan dekat asrama? Sungguh, dia masih mamai, bahkan dia menganggap kemunculan Airin di hadapan biliknya umpama satu mimpi. Hariez, Hafiqah mana? Pelik, papanya yang muncul kemudian itu terus bertanyakan tentang Hafiqah. Entah, dekat dapur tak? Serentak itu, dia menguap besar. Tidak ambil peduli pun jam di dinding sudah pukul berapa. Tepi! Airin menolaknya kasar dan menjengah ke dalam biliknya. Membuka pintu bilik air dan cuba mencari Hafiqah di balkoni. Kemudian, keluar semula untuk mencari Hafiqah di segenap ruang Villa Kasih sebelum akhirnya dia menuju ke bilik belakang. Tidak dipedulikan langsung Hariez yang masih pelik dengan kemunculan dan tingkah mereka yang jelas mencari Hafiqah sedari tadi. Bilik kecil itu terlalu kemas. Dibuka pula almari baju, pakaian yang tersidai di dalam itu tidak banyak, namun barang peribadi milik Hafiqah sudah tiada lagi di dalamnya mahupun di dalam meja kecil di sebelah katil. Airin terduduk lemah di atas katil Hafiqah. Sekeping kertas yang terlipat di atas meja kecil itu diambil. Buat Encik Hariez, tertulis di bahagian luarnya. Dibaca setiap yang tercoret di atasnya. Sudah tidak mampu berkata apa. Ternyata Hariez dan Hafiqah menyimpan seribu satu rahsia yang tidak mungkin dapat dijangka oleh mereka semua. Hariez masuk ke bilik itu setelah tidak berjumpa mencari Hafiqah. Selalunya Hafiqah akan bangun seawal enam pagi untuk memulakan kerja hariannya. Namun pagi

225

ini, sudah hampir ke pukul sepuluh pun masih tiada sarapan yang disediakan dan ruang tamu yang telah disepahkan pagi semalam juga tidak berkemas lagi. Airin menghulurkan surat itu kepada Hariez dengan wajah yang cukup menjengkelkan. Sekarang abang dah puas hati? Dapat apa yang abang nak? Kenapa tak lepaskan saja dia kalau memang tak nak dia daripada mula? Air mata disekanya. Sudah sembap wajahnya asyik menangis daripada semalam. Kertas yang dihulurkan itu diambil dan dibacanya satu persatu. Selamat Pagi encik Hariez, Saya ingin minta maaf kerana tak dapat nak sediakan sarapan untuk pagi ini. Pasti encik marahkan saya bukan dan terpaksa simpan pula marah tu kerana saya kini sudah tiada lagi di sini. Saya tahu, banyak perkara lagi yang encik rancangkan untuk saya dan saya tahu, tak ada satu pun yang akan menggembirakan hati saya lagi. Encik, semalam adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Sehingga semalam saya boleh memaafkan apa yang encik dah buat pada saya, tetapi saya tak boleh lupakan setiap kata-kata yang encik ucapkan saat kita bersama. Saya tahu saya ni bukanlah isteri impian encik, tetapi saya juga manusia. Kenapa encik mengahwini saya sedangkan encik tak menyukai saya? Kenapa encik begitu membenci saya sedangkan apa yang encik dengari dulu tidak satu pun saya lakukan. Saya bukan sekeji itu. Dan untuk pengetahuan encik, lelaki yang datang semalam itu adalah Haziq. Ya Haziq, kalau encik masih ingat lagi nama itulah yang disebut oleh perempuan yang kita temui di Mid Valley. Dia bukan teman lelaki saya, dan bukan juga kawan saya. Dialah lelaki yang ditangkap tidur bersama saya. Dan saya sebenarnya diperangkap oleh kawan baik saya sendiri.

226

Dan kisah itu saya pendam, kerana saya yakin, encik pun tidak ingin tahu dan tidak akan percaya sekalipun saya ceritakan bukan? Saya tak pernah bermimpi untuk jadi isteri kepada encik semenjak dari mula lagi, dan apa yang encik lakukan semalam, buatkan saya sedar, saya memang tak layak untuk encik. Dan sampai bila-bila pun saya tak mungkin jadi isteri encik dalam erti kata yang sebenarnya. Untuk itu, sebagai seorang isteri dan jika encik kotakan apa yang encik katakan bahawa encik tak akan lepaskan saya, saya juga tidak akan minta untuk dilepaskan. Andai encik mahu gantung saya tak bertali, saya rela. Sampai bila-bila saya tak akan gegarkan arasy untuk diceraikan. Cuma, saya minta izinkanlah saya pergi dan janganlah cari saya lagi. Saya tak akan lupakan janji saya di kondo encik tempoh hari yang saya tak akan muncul lagi dalam hidup mana-mana orang yang encik kenal. Sama ada encik, Fariez, Airin ataupun sesiapa sahaja. Dan seandainya, encik mahu untuk berkahwin lain, saya izinkan. Tanpa syarat dan dengan rela. Memang takkan mudah bagi saya untuk lupakan segalanya, saya pergi untuk mencari bahagia milik saya. Tak pernahkah encik sedari saya adalah isteri yang encik sakiti? Kini saya pergi dengan janji yang telah saya buat kepada encik. Ya Allah, ku mohon kepadaMu agar kau hapuskanlah perasaannya kepadaku kerana sesungguhnya aku juga ingin bahagia walau tak bersama dia. Lemah dirasakan tulang kakinya untuk menampung dosa-dosa yang telah dilakukan. Bukan ini yang ingin dilakukannya pagi ini. Bukan surat ini yang ingin

227

dibacanya pagi ini. Dia hanya ingin melihat Hafiqah. Dia hanya ingin menyayangi Hafiqah. Semalam dia telah berjanji untuk membahagiakan Hafiqah. Semalam juga dia menyentuh Hafiqah. Semalam juga Hafiqah melayaninya dengan penuh kasih sayang. Semalam dan semalam itulah kali terakhirnya melihat Hafiqah. Hafiqah sanggup mengangkatnya yang demam ke tingkat atas. Dia juga yang memberikan ubat. Dan wajah itu, yang tidak akan dilupakan, tertangkap ketika mata mereka bertemu di saat bibir mereka berkucupan. Sungguh dia ingat semua itu. Egonya runtuh saat ini. Dan untuk kali keduanya, air mata lelakinya jatuh. Penyesalan yang tidak dapat diluahkan. Hariez menangis di bilik itu. Menjerit memanggil nama Hafiqah. Sungguh dia cintakan Hafiqah! Sungguh dia menyesal tidak membuatnya bahagia. Dan kini dia kehilangan Hafiqah saat membuka mata. Tidak disangka mimpi yang dialami semalam menjadi suatu kenyataan. Fiqa, kenapa tinggalkan abang? Semalam kan Fiqa layan abang dengan baik? Lemah, tiada kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Itu yang dirasakan Hariez saat ini. Tersandar di muka pintu. Tuan Rizan dan ahli keluarga yang lain yang masih tidak mengerti apa yang terjadi memandang wajah masing-masing. Airin yang turut menyaksikan memandang Hariez penuh kebencian sebelum keluar dari bilik itu. I hope whatever you give to kak Fiqa youll get them back twice!

****************************

228

DI luar pula sudah kecoh dengan kehadiran keluarga Hafiqah secara tiba-tiba. Haji Amir tiba bersama isteri, anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan mereka. Mereka juga ingin bertemu dengan Hafiqah sedangkan Hafiqah kini sudah tidak diketahui lokasinya. Tuan Rizan tetap menyambut mereka dengan elok walaupun kehadiran mereka pada pagi yang kecoh ini tidak begitu dialu-alukan. Entah apa pula yang mereka mahukan dengan keluarganya lagi. Kisah yang satu itu pun masih tidak berjawab, bertambah pula dengan misi mereka mencari Hafiqah. Haji Amir yang tidak sihat itu duduk di sofa. Aimi yang semenjak dari mula tiba hanya menundukkan wajah. Tidak berani memandang mata yang memandang. Afiq anak lelaki tunggal Haji Amir pula duduk di sebelah Aimi bagaikan sedang mengawal gadis itu agar tidak hilang daripada pandangan. Halimah pula mencari-cari wajah Hafiqah, namun kehampaan jelas terpapar di wajahnya. Hariez dan Hafiqah mana? Semenjak tadi mereka berdua tidak kelihatan. Ada apa abah? Hariez yang muncul dari dapur dengan wajah yang berkerut. Tidak disangka keluarga mertuanya muncul pula setelah dia sendiri baru menerima berita kehilangan Hafiqah. Bagaimana untuk menjelaskan kepada mereka tentang kehilangan Hafiqah? Fiqa mana Hariez? Abah ada benda nak beritahu pada dia. Dia benar -benar sebak. Jauh perjalanannya semata-mata untuk berjumpa dengan Hafiqah. Hendak bergerak pagi semalam, dia tidak mampu. Dia diserang sakit darah tinggi sebaik mendengar pengakuan Aimi yang berbicara dengan Alisa di telefon tentang penglibatannya dalam mengenakan Hafiqah. Dipandang ke wajah itu sekilas, Aimi masih diam menekur lantai. Tidak berani untuk mengangkat muka.

229

Hariez diam. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. Dia tak ada, bah. Dah keluar. Cuba untuk memusingkan keadaan. Bila dia balik nak? Ibu mertuanya pula kini bertanya. Pada wajah itu terlihat, tangisan yang sudah berempang di tubir mata. Saya tak tahu mak. Boleh saya tahu kenapa mak dan abah datang tak beritahu? Dia perlu tahu. Semua ini terlalu mengejut. Terlalu serentak. Abah nak minta maaf dengan Fiqa, Hariez. Abah kena jumpa dengan dia. Dia ke mana? Pelik. Kenapa bapa mertuanya pula perlu meminta maaf dengan Hafiqah? Kenapa? Untuk apa abah? Berkerut keningnya. Selama ini abah dah salah faham dengan dia. Air mata yang ingin jatuh cuba ditahan selama mungkin. Dia tak salah dengan abah. Abah yang hukum dia. Perlukah dia ceritakan kisah itu kepada Hariez? Tahukah lelaki ini tentang kisah itu? Tentang apa bah? Saya tak faham. Adakah bapa mertuanya sudah tahu tentang kes khalwat dia dan Hafiqah? Tetapi bagaimana pula dia tahu? Mungkin kamu tak tahu, tapi biarlah abah ceritakan. Yang Hafiqah tu abah buang dari keluarga kerana dia ditangkap orang tidur bersama lelaki. Menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan cerita. Yang lain cuma mendengar. Sedang Aimi pula hanya ingin lari dari situ. Itu saya tahu. Ringkas. Jadi kamu tahu yang dia tak salah? Kamu tahu yang dia dianiaya? Perlahan mata memandang ke dalam mata Haji Amir. Dianiaya?

230

Ya nak. Dia kena aniaya. Bukan dia yang buat. Tapi anak abah yang ni yang buat. Ditarik tangan Aimi. Semakin tebal dirasakan pipinya. Dapat dirasakan semua mata menumpukan pandang kepadanya. Abah dengar sendiri dia mengaku pada kawan Fiqa yang sama-sama menganiaya si Fiqa tu Hariez. Dialih pandang kepada Aimi. Betul ke? Kamu yang aniaya Fiqa? Aimi mengangguk. Kamu tahu tak apa yang kamu dah buat tu?! Tahu tak apa yang dah jadi pada akak kamu tu sebab perbuatan kamu?! Laksana orang histeria, Hariez memekik kepada Aimi. Sebab itulah abah datang hari ni sebab nak jumpa dengan dia. Tapi dia tak ada. Bila dia nak balik nak? Tatkala itu, Hariez sudah memeluk kaki Haji Amir. Tidak dipedulikan lagi ahli keluarganya yang masih diam dengan kejadian ini. Saya minta ampun pada abah! Saya berdosa pada abah dan keluarga abah! Saya tak tunaikan janji saya untuk jaga Hafiqah elok-elok! Saya minta ampun pada abah dan mak! Haji Amir kaget. Terkejut dengan reaksi di luar jangkaan itu. Kenapa pula Hariez yang meraung-raung meminta maaf dengannya? Semua ni salah saya! Saya tak sepatutnya buat dia macam tu! Sepatutnya saya kahwin dengan dia dengan cara yang elok. Tapi saya malukan dia. Malukan mak dan abah. Hariez juga malukan papa dan umi. Hariez malukan semua orang! Hariez sudah meraung di hujung kakinya. Namun Haji Amir masih kaku.

231

Apa pulak yang kamu dah buat Hariez kali ni? Tuan Rizan yang dari mula tadi cuba memahami apa yang sedang terjadi semakin hilang sabar. Ini rumahnya dan dia tidak tahu apa yang telah terjadi. Hafiqah tak salah langsung selama ni. Saya yang perangkap dia. Saya yang paksa dia kahwin dengan saya. Saya salah faham tentang dia. Saya ingatkan dia perempuan jahat. Saya ingatkan dia sanggup jual maruah demi harta. Saya salah, bah. Saya aniaya isteri saya sendiri. Saya seksa dia. Dan sekarang, saya dah kehilangan dia. Dia dah tak ada. Saya tak tahu dia pergi mana! Saya tak tahu kisah sebenarnya. Saya juga dah menghukum dia! Sakit sungguh dada Haji Amir mendengar pengakuan Hariez. Darah yang menyerbu ke muka cuba ditahan. Apa maksud kamu ni Hariez? Apa yang kamu cuba cakapkan ni sayang? Puan Hazrina yang berdiri di sisi Tuan Rizan benar-benar tidak dapat menerima kenyataan anaknya itu. Nah! Umi bacalah surat ni. Umi nak tahu? Abang Hariez ni sebenarnya tak pernah sukakan kak Fiqa tu. Dia memang bencikan kak Fiqa. Bila dia tahu yang abang Fariez juga sukakan kak Fiqa, dia perangkap kak Fiqa supaya orang benci dengan dia. Supaya kita semua anggap yang jahat tu sebenarnya kak Fiqa. Betulkan? Semua orang dalam rumah ni anggap kak Fiqa jahat kan? Sebak sungguh hatinya. Dia sudah tidak boleh menahan kemarahan melihat semua yang berlaku hari ini. Airin, pergi masuk dalam. Jangan campur hal orang dewasa. Arah Tuan Rizan. Tak, kali ini Airin dah tak boleh nak bersabar lagi. Apa yang abang dah b uat tak patut didiamkan lagi. Kenapa abang kahwin dengan kak Fiqa? Kenapa kahwin kalau tak suka? Kalau abang sukakan dia kenapa biar dia tidur di atas lantai? Kenapa belikan baju

232

baru untuk kak Fiqa? Bukan abang ke yang tak bagi kak Fiqa buat kerja rumah lepas kahwin? Bukan Abang ke yang suruh kak Fiqa buang baju-baju lama dia dalam tong sampah tu? Satu demi satu penipuan Hariez dibongkar. Dia dengar dengan jelas di sebalik pintu bilik yang tertutup itu. Dia dengar dengan jelas setiap kali dia ingin bertemu dengan Hafiqah di bilik Hariez. Namun, untuk membantu dia tidak berani. Memang Airin muda lagi, tapi Airin bukan budak bodoh yang tak tahu dan tak boleh baca perasaan orang! Airin tahu yang kak Fiqa memang sukakan abang Fariez sebelum kahwin lagi. Dan abang Fariez juga sukakan kak Fiqa. Dan apa yang Airin nampak, abang tak pernah pun bertegur secara baik dengan kak Fiqa. Macam mana pulak abang boleh sukakan kak Fiqa? Abang cuma anggap dia orang gaji je, kan? Tengkingan halus itu menambahkan lagi penyesalan di jiwa Hariez. Betapa bodohnya dia dengan setiap perbuatannya. Ego lelakinya telah membutakan mata hati yang terang-terang mencintai Hafiqah. Abang memang cintakan Hafiqah. Tapi abang ego. Abang sukakan dia, tapi dalam masa yang sama abang bencikan dia bila dapat tahu yang dia ada kisah tu. Abang tak tahu perkara sebenarnya. Cuba disentuh bahu Airin namun ditepis kasar oleh adik itu. Tak ada istilah suka tapi benci dalam cinta, abang Hariez. Kalau abang sukakan dia, abang akan sukakan dia sepenuhnya. Kalau abang bencikan dia, abang akan bencikan dia sepenuhnya juga. Sama ada abang membencinya kerana abang terlalu mencintai dia ataupun abang suka kerana abang membencinya. Itulah yang dinamakan ego! Ego bodoh abang! Sekarang, abang nak buat apa? Menangis? Sebab dah tak ada guna. Kak Fiqa memang tak akan kembali lagi. Dia tak nak muncul dalam hidup sesiapa yang abang

233

kenal. Semua termasuk Airin. Sudah memerah wajah putihnya itu kerana terlalu banyak menangis. Hari ini ingin dilepaskan semua. Dia hanya mendiamkan diri selama ini. Sehingga mereka menghantarnya jauh ke Pahang juga dia turut menerimanya sahaja. Sekarang kamu dah nampak Aimi apa yang kamu dah buat? Afiq menarik tubuh Aimi agar berdiri. Sukalah hati kamu kan? Dah dapat apa yang kamu nak sangat? Kamu nak sangat dia hilang, kan? Kamu nak sangat dia sengsara kan? Ke kamu nak tunggu akak kamu tu mati depan mata kamu baru kamu puas hati? Nada itu terlalu bersahaja, tetapi menyedarkan semua yang mendengar. Mereka juga terlalu mudah menilai. Terlalu mudah membuat keputusan hanya dengan mendengar penjelasan daripada satu pihak sahaja. Dah la abah. Kita nak sedih-sedih pun tak guna lagi dah. Patutnya masa dia kemalangan hari tu kita dah dapat jenazah dia baru kita semua tenang. Tak adalah kita nak dengar cerita-cerita mengarut macam sekarang ni. Geram Afiq selama ini dengan kemarahan abahnya. Terus sahaja membenci kak ngahnya dengan bersandarkan cerita yang dibawa Aimi. Pantang dia menyebut tentang Hafiqah, pasti dia juga turut terkena tempias. Sehinggakan semasa dia memberitahu tentang berita kemalangan Hafiqah daripada pihak polis juga, Haji Amir sanggup berkata Kenapa tak mampus terus saje? Senang, tak adalah nak tanggung malu lagi kalau Hafiqah buat perangai. Abang nak pergi cari dia. Mesti dia tak pergi jauh lagi. Hariez bangun semula. Dia harus segera. Pasti Hafiqah masih ada di sekitar Kuala Lumpur. Tak payahlah abang nak susah-susahkan diri lagi cari dia. Airin rasa dia dah pergi jauh. Tak mungkin dia nak abang cari dia lagi. Kita doakan saja dia bahagia. Tak payah nak menangis lagi sebab kalau nak minta maaf dengan dia, nak menyesal kena

234

tunggu sampai berjumpa dengan dia. Selesai berkata-kata, Airin terus menuju ke biliknya. Meninggalkan semua yang ada tercalar dengan kata-katanya; seperti calar hatinya. Hariez tidak menunggu lama. Terus mendapatkan Lancernya. Dia perlu mencari Hafiqah semula. Walaupun untuk selama-lamanya, dia perlu bertemu dengan Hafiqah. Di mana dan bagaimana caranya, Hafiqah harus ditemui. Kan abang dah janji, abang tak akan lepaskan Fiqa. Abang sayangkan Fiqa. Kembalilah sayang!

235

39

IKMAL yang masih setia menunggu di hadapan balai ketibaan memandang ke jam di tangan. Menunggu teman yang lama tidak bertemu. Sudah hampir tiga minggu teman yang satu ini membawa diri. Dia juga sudah tidak sabar menyampaikan kisah yang diketahuinya itu siang tadi. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya wajah yang dinanti itu sudah ternampak dari balik orang ramai yang berpusu-pusu keluar. Melemparkan senyum dan kegembiraan yang tidak terkata. Akhirnya kau balik juga kawan! Tubuh itu dipeluk erat. Well, I told you already. If shes Yeah, yeah, I know that. Iyalah, takkanlah kau nak balik sebab semata-mata nak jumpa aku kan? Tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Ikmal sudah menyampuk. Fariez hanya mampu tersengih. Kecil hati la tu! Kau ni kenapa? Dah jadi gay boy ke? Excuse me! Tawanya berhamburan. Terasa sedikit lapang hatinya, Ikmal masih tetap melayannya seperti dahulu tanpa ada prejudis. So, barang kau ni saja ke? Takkan kau balik sana semula lepas ni? Seketika dia memerhatikan barang yang dibawa Fariez. Hanya sebuah bagasi besar. Ini pun dah banyak aku bawa. Aku lapar. Jom, aku belanja. Aku pun dah tak sabar nak dengar cerita kau ni. Dipaut bahu teman itu dan mereka sama-sama beredar. Well, aku admit yang aku salah sebab aku sendiri pun dah pandang serong pada Hafiqah. Iyalah, mana taknya, gara-gara dia, kita berlima ni berpecah. Kau bawa diri, si

236

Hariez tu pula dengan cerita dia sendiri. Makhluk Allah yang lagi dua tu kau fahamfaham sendirilah macam mana kan? Nama pun sepupu. Tinggallah aku sorang-sorang bawa diri jadi spy tak bertauliah kau tu. Fariez menganggukkan kepala. Dia sedar itu semua, namun itu bukan salah Hafiqah. Itu salah mereka sendiri. Jadi betullah yang dia dah tak ada di Villa Kasih sekarang ni? Dia memang dah larikan diri? Memandang ke luar kafe. Memang dia tak salah. Aku dengar sendiri yang Hariez mengaku memang dia sendiri yang rancangkan kes khalwat tu. Dan yang paling best adalah, Hafiqah tu pun pernah kena tangkap juga macam kes Hariez tu, dan secara kebetulannya, orang yang pasang perangkap tu adalah adik perempuan Hafiqah sendiri. Kau tak rasa apa yang diorang buat pada Hafiqah tu kejam ke? Ikmal menyedut Cappucino yang dipesan sebentar tadi sebelum menyambung semula ceritanya. Hariez buat si Hafiqah tu macam orang gaji je sebenarnya. Cuma yang aku tak faham, kenapa dia beriya-iya nak kahwin dengan Hafiqah, kalau dia tak sukakan perempuan tu? Takkan sebab nak berebut dengan kau? Semata-mata tu je? Kali ini dia memang keliru. Keliru dengan motif sebenar Hariez. Fariez masih lagi mendiamkan diri. Menjadi pendengar yang setia kepada setiap cerita yang disampaikan Ikmal. Sedangkan, di dalam mindanya, sudah ligat memikirkan, di mana dia perlu bermula untuk mencari Hafiqah. Entah sudah sampai ke mana Hafiqah saat ini. Langsung tiada idea. Tak ada klu langsung kan dia tinggalkan kita? Tiba-tiba itu yang keluar daripada mulutnya.

237

Setakat waktu aku dengar tadi masa dekat depan rumah tu, diorang pun tak dapat agak dekat mana si Hafiqah tu sekarang ni. Kalau nak kata dia dah balik ke JB, ayah si Hafiqah tu kata macam tak mungkin. Hafiqah tu bukan jenis yang akan berterus-terang. Mungkin macam sebelum ni, dia larikan diri lagi. Cuma tak tahu ke mana. Ikmal menambah. Dia memang sudah menunggu sejak dari pagi lagi. Sebelum kepulangan keluarga Tuan Rizan dan diikuti dengan kehadiran keluarga Hafiqah. Untuk dia turut serta dalam masalah keluarga itu, dia tidak mahu. Oleh itu, dia hanya mencuri dengar setiap perbualan mereka dari balik pintu hadapan sahaja. Mujur semua orang sibuk berada di dalam Villa Kasih. Jika tidak, pasti dia akan ditemui. Telefon yang aku bagi pada dia tu on, tapi bila aku cuba call, tak berangkat. Aku pun tak tahu apa cara lagi nak hubungi dia. Dia juga buntu. Ke mana agaknya Hafiqah akan pergi untuk menyembunyikan diri. Tak mungkin dia nak jadi orang gaji lagi! Kalau beginilah kesudahannya, memang lambat lagi dia akan dapat bertemu Hafiqah. Fariez tersandar ke kerusi sebelum meraut rambutnya ke belakang. Ikmal sekadar memerhati temannya yang semakin kusut itu. Air yang dipesan juga tidak bersentuh. Hafiqah, apa sebenarnya yang awak dah buat pada saya sampai saya jadi seperti ini; tidak dapat melupakan awak. Saya rindukan awak, Hafiqah. Sungguh, saya rindu.

238

40

TELEFON yang semenjak tadi berdering tidak henti-henti hanya dipandang sepi. Hampir menyampah dibuatnya akibat lagu He is Mine dendangan Wonder Girls itu yang terusterusan berbunyi. Perempuan ni nak apa lagi dengan aku? Pergi matilah dia dengan keluarga dia! Sumpah Alisa dalam hati. Memang tidak akan diangkat panggilan Aimi itu lagi. Baginya hubungan mereka sudah putus saat orang lain sudah mengetahui tentang penipuan mereka. Berbaring di katil mendepakan tangan sambil menghadap ke siling biliknya yang berwarna biru itu dengan harapan untuk mendapat ketenangan. Jujur mengakui, Alisa masih takut dengan kejadian diculik Haziq tempoh hari. Oleh kerana itu, dia akhirnya pulang ke teratak keluarganya di Kuala Lumpur. Takut ditemui Haziq lagi. Alisa memandang gambar keluarganya. Hanya dia, papa dan mama. Menjadi anak tunggal dalam keluarga menjadikan dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Manja dan tidak mempunyai ramai kawan. Tidak dinafikan Hafiqah memang satu-satunya kawan yang boleh bertahan begitu lama dengannya. Satu-satunya yang mampu melayani segala karenahnya. Namun, semakin lama bersama, cemburu di hati semakin kuat. Lebih-lebih lagi apabila setiap lelaki yang diminatinya sentiasa jatuh hati kepada Hafiqah dan bukan kepada dirinya. Apabila dibandingkan antara Aimi dan Hafiqah, walaupun mereka itu adikberadik daripada ibu dan bapa yang sama, Alisa jadi pelik. Tidak faham bagaimana dua orang yang lahir dari rahim yang sama boleh mempunyai sikap yang jauh berbeza. Aimi

239

langsung tidak menyukai Hafiqah dan perangai mereka juga bagaikan langit dengan bumi. Saat-saat bersendirian seperti ini, Alisa jadi rindu pada Hafiqah. Teman sebantal di kala tidur, malah, Hafiqah juga rajin memasak untuknya. Mamanya sendiri tidak pernah memasak untuk keluarga, apatah lagi untuk dirinya. Sepanjang masa di rumah hanya mampu menikmati masakan bibik yang saban bulan bertukar ganti dek tidak tahan dengan perangai cerewetnya. Pintu bilik yang diketuk dari luar menyedarkannya kembali ke alam nyata. Masuk! Diangkat kepala sedikit dan kemudian dijatuhkan semula. Memandang sekilas mamanya yang kelihatan masih muda bergaya walaupun sudah berusia hampir lima puluh tahun. Mama nak pergi mana ni? Mama nak pergi jumpa auntie Rina. Ada hal nak bincang tentang kamu dengan Hafiz. Kamu ingat lagi pada Hafiz? Datin Emelda membelai rambut Alisa lembut. Alisa menjungkitkan kening kanannya. Hafiz? Anak auntie Rina ke? Dia bukannya kenal pun dengan ahli keluarga auntie Rina. Dia kenal auntie Rina pun melalui kelab kenamaan mamanya. Bukan dia pernah berjumpa dengan keluarga wanita tersebut. Ala, yang mama selalu cerita pada kamu dulu. Anak sulung dia. Hari tu mama ingat nak kenalkan kamu dengan anak lelaki dia yang nombor tiga. Tapi, dia baru je kahwin. So, mama tukar plan. Hafiz ni pun boleh tahan juga orangnya. Datin Emelda sudah memasang angan. Nak ke dia dengan Lis ma? Kalau dah tahap boleh tahan tu, takkanlah tak ada orang nakkan dia pula? Walaupun hatinya bernyanyi riang mendengar perkhabaran daripada mamanya, namun dia tidak mahu ditolak lagi.

240

Apa pula tak nak dengan anak mama ni? Anak mama ni pun cantik lagi! Seksi, kaya! Apa lagi yang dia nak? Bodohlah dia tu kalau dia tolak anak mama ni. Dicium dahi anak itu. Jarang dia dapat membelai satu-satu anak yang dia miliki ini kerana terlalu sibuk dengan urusan sosialnya. Setahu mama lah, menurut auntie Rina, si Hafiz tu masih tak ada kekasih lagi. Dia tu orangnya sibuk sangat belajar dan bekerja. Tak macam yang lagi seorang tu suka mengular saja. Takut anak mama ni saja yang tak tahan sebab auntie Rina kata, anak dia yang seorang ni serius orangnya. Tambahnya lagi. Yang tu Lis boleh handle. As long as, ciri-ciri yang diperlukan untuk jadi husband impian Lis tu ada. Kan Mama? Dipeluk tubuh solid Datin Emelda. Walaupun sering diabaikan, namun dia sentiasa diberikan apa sahaja yang diinginkan. Tahu pun anak mama ni! Tak sia-sia mama ajar selama ni. Ingat, biar tak kacak, yang penting berduit. Tak cinta pun boleh cinta kalau ada duit. Okey, mama dah lambat ni. Betul ni tak mahu join mama? Alisa menggeleng. Semenjak pulang ke Teratak Cahaya, Alisa sudah jarang keluar. Trauma dengan kejadian itu masih tidak surut lagi. Takut juga jika Haziq masih ada menghantar orang untuk sentiasa mengekorinya. Tak mungkin terlalu mudah untuk lelaki itu mencarinya jika tiada orang suruhan yang mengekori dirinya sepanjang masa. Apalah yang kau pandang sangat pada si Hafiqah tu Haziq sampai aku ni langsung kau tak nampak? Akhirnya Alisa melepaskan keluhan yang panjang.

*********************************

241

SELAGI dia terus terkurung di dalam rumah ini, selagi itulah dia akan berhadapan dengan kemarahan seluruh ahli keluarga. Tembelangnya sudah pecah, semua orang memandang rendah terhadapnya. Imej yang sudah sedia buruk semakin tercalar dengan pandangan serong orang lain. Gril yang melindungi tingkap cermin lutsinar itu dibuka kuncinya perlahan agar tidak didengari oleh ahli keluarganya yang lain. Kemudian, dengan penuh berhati-hati tingkap lutsinar itu ditolaknya keluar. Memanjat tepi tingkap itu dan menyusuri tebing belakang rumah itu untuk turun ke tingkat bawah. Aimi sengih. Macamlah aku baru sekali keluar malam! Macam ni kena kurung setiap hari pun tak ada hal lah! Berkat kegigihannya, Aimi berjaya tiba ke tanah. Senyuman puas dilepaskan. Sepasang kasut yang memang sentiasa disimpan di balik tong kosong di belakang rumahnya diambil. Itu memang caranya untuk keluar malam. Beg kecil berisi beg tangan dan beberapa helai baju untuk keperluan beberapa hari. Berjalan seorang diri pada malam hari seperti ini sudah jadi perkara biasa kepadanya. Aimi berjalan terus sehingga ke simpang. Langkah dipercepatkan. Tidak mahu ada orang perasan ketiadaannya, lebih-lebih dalam keadaan darurat seperti sekarang. Tiba di simpang, sebuah kereta Honda City sudah sedia menanti. Aimi semakin melebarkan senyuman. Setelah memasuki perut kereta itu, lock pada pintu ditekan dan kereta itu meluncur laju membelah kepekatan malam. Kenapa you lambat? Dikuis-kuis pipi gebu itu dengan jemarinya. Aimi senyum Kali ini dia terpaksa meminta bantuan Joe, teman yang dikenalinya ketika menemani rakan sekerjanya bermain boling pada suatu masa dahulu. Penat dia menunggu panggilan

242

daripada Zulkifli, sudahlah begitu, nombor yang digunakan semasa mula perkenalan mereka itu juga sudah tidak dapat dihubungi lagi. Mestilah I lambat. I nak keluar bukannya ikut pintu depan. Kan I dah cakap yang I ni dah kena perintah berkurung. Bukannya senang I nak dapat lepas ni tau! Memuncung bibirnya. Pura-pura merajuk konon. So, sekarang ni you nak pergi mana? I ikut je you nak bawa I ke mana-mana pun. You are the driver kan? Kalau I bawa you balik ke rumah I? Yang penting I tak kena bayar sewa. Dia sudah biasa ikut lelaki hingga pulang ke rumah. Dan kali ini sudah tiada beza. Yang penting, dia perlu menyelamatkan diri dahulu. Senang kerja. Lelaki itu tersenyum. Pedal minyak ditekan dan kereta yang dipandu itu membelah kepekatan malam, membawa dua manusia itu menuju lautan asrama yang penuh dosa. Dan Aimi ceria, tidak menyedari bahana apa yang menanti di hari depan.

*******************************************

Aku pernah alpa, aku pernah lupa, aku pernah terlena, dibuai cahaya indah. Hidupku jadi megah, tanpa bersusah payah, tanpa aku menduga, ku dalam leka. Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara,

243

Suram mengambil tempat, lumrah sudah tersirat, jaminan menjadi berat, tamparan begitu hebat, sekarang baru ku sedar, setelah menempuh sukar. Ku memikirkannya setiap saat. LAMA Hariez duduk di atas tikar sejadah. Terasa begitu lama tidak mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu. Bukan tidak pernah bersolat, Cuma solat yang dilaksanakan hanya sekadar memenuhi syarat dia sebagai seorang Islam. Hariez teringatkan sesuatu. Perlahan bangun menuju ke meja tempat dia bekerja. Dibuka laci meja itu dan diambil satu buku yang diselitkan di bahagian dalam sedikit lagi. Dibuka dan diselak-selak. Eh, mana pulak benda ni? Habis digeledah segenap inci meja itu. Diselongkar sehingga hilang kekemasannya. Hariez meraup rambut. Cuba menenangkan diri dan akhirnya tersandar di kerusi. Dia dah ambil! Tapi bila? Surat nikah mereka telah hilang satu salinan daripada simpanan. Dia yakin dan pasti kini, Hafiqah telah ambil semasa dia demam tempoh hari. Ia bukti untuk segalagalanya yang terjadi antara mereka. Bukti andai ada yang meragui hubungan mereka. Juga bukti andai ada hasil daripada peristiwa itu. Airin kini telah kembali semula ke asramanya. Walaupun pada hakikat adik kecil itu tidak sukakan kehidupan di sekolah berasrama, namun, dek kerana kebencian yang kini semakin menjalar terhadapnya, dia akhirnya kembali juga. Entah bila akan terubat hati kecil itu untuknya.

244

Hariez buntu. Ingin mencari Hafiqah, tapi dia tidak tahu di mana. Wanita itu tidak pernah diambil peduli. Kebencian yang terlalu dalam mengaburi hatinya untuk ambil tahu tentang kebajikan isteri yang satu. Saban hari dia akan merayau-rayau mencari Hafiqah. Mencari-cari di perosok kampung, pergi ke stesen-stesen bas, untuk bertanya andai ada sesiapa yang menemui Hafiqah. Lebih malang lagi, tiada gambar walaupun sekeping yang disimpan untuk dijadikan rujukan. Langsung tiada. Begitu mudah aku mendapatkanmu, terlalu mudah untuk kau pergi dariku Hafiqah. Tetapi, kenapa terlalu sukar untuk aku menjumpai dirimu, walaupun kau senantiasa ada di hadapan mataku?

245

41

EMPAT TAHUN BERLALU TALI leher yang tersangkut di leher ditanggalkan dan dicampakkan ke atas sofa. Kondo yang selama ini tidak diduduki kini menjadi tempat tinggal tetapnya. Sudah lama tidak kembali ke Villa Kasih. Semenjak dari tarikh Hafiqah meninggalkannya, dia membawa diri ke kondo mewah ini, kondo yang mencatat sejarah silam mereka berdua. Hanya sesekali tibanya pagi syawal dia akan kembali, itupun tiba tengahari dia sudah kembali semula ke kondo. Hariez memandang keluar dari balkoni. Menikmati panorama malam dari sudut tinggi. Kerja yang bertimbun senantiasa menemani harinya kini. Setiap hari pasti ada sahaja temu janji yang perlu dihadiri. Namun, hujung minggu tetap dikhaskan untuk mencari insan yang sehingga kini masih tidak dapat dijejaki. Umi pula sudah berpuluh kali mengajaknya pulang. Namun, hatinya seakan tertutup untuk kembali ke Villa Kasih. Airin juga masih lagi marahkan dirinya. Sudah pun menyambung pelajaran kolej matrikulasi Pahang. Pulang ke Villa pun hanya akan menambahkan lagi sayu dan rasa bersalah yang tidak henti-henti bertandang. Keluhan berat dilepaskan. Hendak buat macam mana, hati yang lara perlu ditenangkan dahulu. Dan untuk ketenangan itu, dia perlu bertemu dengan punca kegembiraan, Hafiqah. Isteri yang telah lama hilang dari mata, menghilang jauh tanpa jejak. Tubuh yang tidak pernah mengenal erti penat sebelum ini bagaikan terasa begitu lesu. Masakan tidak, hari Isnin hingga Jumaat, masanya dihabiskan di pejabat. Pulangnya

246

pun hanya selepas jam Sembilan malam. Sabtu dan Ahad pula dihabiskan sepenuhnya dengan keluar Bandar, merantau ke pelbagai pelosok negeri, demi mencari Hafiqah. Kepala berpusing ke sofa saat mendengar telefon miliknya berdering kuat. Malam pun mamat ni call. Tak reti balik ke dia ni? Tidak lain dan tidak bukan pastinya Irfan, personal assistant yang dilantik semenjak tiga tahun lalu. Dengan fikiran yang sentiasa meronda jauh, dia tidak betah mengingati semua perkara dalam masa yang sama. Dan Irfan, sentiasa setia menjadi diari bergeraknya; mencatit dan mengingatkannya untuk setiap temu janji yang menanti. Hariez menggelengkan kepala. Walaupun begitu, butang hijau tetap ditekan dan telefon ditekapkan segera ke telinga. Yes? Saya baru dapat call daripada Salang Pusoka tadi, pengarah dia dah balik semula ke Salang pada Rabu ni. Jadi, dia dah setuju untuk perbicangan tu diadakan pada Khamis ni sehingga Rabu depan. Since kita bertiga yang akan pergi, bos nak saya book kan flight ke? Bertiga? Siapa lagi seorang? Encik Fariez. Since dia arkitek yang Tuan Rizan pilih sendiri untuk projek resort ni. Irfan menjelaskan. Hariez terdiam sejenak memikirkan sesuatu. No, kau tak perlu book flight. Aku rasa aku nak ke sana naik kereta. Kita pergi bertiga naik kereta aku. Nanti kau inform Fariez tentang ni. Kita gerak Rabu malam, naik feri pagi. Kita ikut Mersing. Dia sebenarnya ada perancangan tersendiri. Irfan senyum. Bos yang satu ini masih tidak berputus asa mencari wanita bernama Hafiqah itu. Tidak diketahui siapa Hafiqah, mungkin teman wanita yang hilang, atau

247

mungkin juga teman baik semenjak dari kecil lagi. Tak mungkin isterinya, kerana dia tidak pernah melihat gambar perkahwinan mereka. Tambahan pula, status perkahwinan lelaki itu masih lagi bujang dalam daftar syarikat. So, confirmlah ni tak perlu book flight ye? Duit tong-tong ke atau bos sponsor? Hehe Almaklumlah bos, dah nak hujung-hujung ni! Tanpa segan-silu Irfan bertanya. Iyalah, aku sponsor. Apa-apa pun, make sure kau inform si Fariez tu. Faham sangat dengan maksud Irfan. Baik bos! Talian diputuskan. Minda Hariez mula menerawang memikirkan Fariez. Sahabat itu sudah kembali ke Malaysia semula. Kembali bekerja di syarikat Tuan Rizan, namun sebagai arkitek bebas dan bukan sebagai staf tetap mereka. Ah, papa sebenarnya simpati dengan Fariez. Cinta yang terkorban dek kebodohan aku! Papanya juga mungkin sengaja hendak merapatkan kembali hubungan mereka berdua yang terjejas akibat Hafiqah. Bukan dia tidak mahu berbaik semula dengan Fariez, tetapi kemarahan teman yang satu itu masih belum surut. Dan projek resort ini pun mungkin idea papanya untuk menyatukan kembali hubungan mereka. Tioman. Gara-gara hendak ke Tioman dia bertemu dengan Hafiqah. Tidak terlintas di fikiran yang perbualan secara gurau senda itu akhirnya menjadi kenyataan. Bermula dengan sekadar gurauan kepada tuan punya chalet di Salang Pusoka itu, akhirnya, pengarah chalet itu menghubunginya untuk projek menaiktaraf chalet miliknya menjadi resort yang lebih mewah.

248

Guruh di langit sedikit sebanyak kelihatan begitu menggerunkan jika dilihat dari tempat tinggi seperti sekarang. Terus mematikan niat untuk melepak di balkoni. Lantas, ditolak pintu sliding kaca itu dan ditutup dengan langsir tebal. Baru sahaja hendak melangkah menuju ke bilik, telefonnya berdering lagi. Kali ini umi. Sudah ditetapkan lagu untuk umi. Malas, namun tetap dirajinkan diri untuk menjawab panggilan uminya. Assalamualaikum Umi. Malas sungguh rasanya untuk berbicara saat ini. Waalaikumussalam. Anak umi sihat? Senyuman dilebarkan. Lama sudah tidak melihat anaknya. Laksana anaknya itu sudah jauh dari pandangan, walhal masih berada di kota yang sama dengannya. Sihat. Sepatah juga jawabnya. Puan Hazrina simpati dengan nasib Hariez. Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Hujung minggu ni, keluarga kita nak pergi menghantar rombongan untuk pertunangan abang Hafiz kamu tu. Akhirnya dia setuju juga nak bertunang dengan si Alisa anak Auntie Mell tu. Umi nak Riez ikut sekali ya? Diam. Tiada jawapan daripada Hariez. Riez janganlah menjauhkan diri daripada kami. Kami tak salahkan Riez. Balik ye sayang? Hariez menghela nafas dalam. Riez minta maaf sangat-sangat, Umi. Minggu ni Riez ada temu janji dengan client dekat Pulau Tioman. Rabu ni Riez gerak ke sana. Minta maaf sebab tak dapat join majlis abang Hafiz tu. Next time dia kahwin Riez akan spend masa untuk majlis dia. Okay?

249

Kali ini Hariez dapat mendengar keluhan uminya. Sampai bila Riez nak bawa diri jauh daripada keluarga Riez sendiri? Lupakanlah Hafiqah tu. Umi tak nak anak umi terus-terusan mendera diri sendiri. Takkan Riez sanggup tinggalkan umi, sayang? Puan Hazrina masih lagi cuba memujuk. Dengan harapan agar Hariez pulang ketika majlis pertunangan Hafiz. Lain kali Riez balik. Tapi buat masa ni Riez memang betul-betul sibuk. Lagipun Riez baru tahu tadi. Nanti Riez inform papa ye? Kali ini Hariez pula yang memujuk. Bukan dia sengaja tidak mahu pulang ke sana, cuma kali ini dia benar-benar tidak dapat mengelak temu janji yang telah ditetapkan. Selebihnya, dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang lain. Kalau dah macam tu, tak apalah. Tapi, janganlah tak jaga kesihatan Riez sendiri ye? Sesekali hujung minggu tu baliklah ke sini ye, sayang? Nadanya kecewa, namun hati Hariez lebih keras daripada yang disangka. Anaknya kini jauh berbeza daripada yang dikenalinya dahulu. Okey. Umi jangan kecil hati ye? Riez tetap sayangkan umi. Talian diputuskan. Telefon dimatikan agar tiada sesiapa yang akan menghubunginya malam ini. Dia mahu bersendiri. Sungguh dia rindu, sungguh dia teringatkan Hafiqah. Hafiqah isterinya. Ya, masih lagi isterinya dan tidak akan diceraikan sampai bila-bila. Akan dipujuk isteri itu sampai lembut hatinya andai bertemu. Oleh sebab itu, dia tidak akan berputus asa. Kerana dia, sememangnya insan yang paling dicintai. Dahulu dia malu untuk mengakui perasaan ini, tapi kini tidak lagi. Fiqa di mana sayang? Baliklah, abang rindukan Fiqa

250

251

42 TAK NAK! Sudah berulang kali dia mengucapkan perkataan itu. Bahagian mana lagi yang tidak difahami lelaki yang satu ini? Please? Just malam ni je. Abang dah janji nak bagi cuti pada Erni dua hari. Takkan abang nak tarik suruh dia patah balik? Malulah abang! Kay menggosok kedua tapak tangannya bagi mendapatkan simpati Afi. No, no, no! Part mana yang abang tak faham lagi ni? Afi bukan pandai menyanyi pun! Ish, tak sesuai la Afi nak duduk kat stage tu. Pleaselah jangan paksa-paksa boleh? Tau kan Afi tak suka kena paksa? Mata dijegilkan. Sedang tangan pula sibuk menggumpal dan kemudian mencampakkan kain tuala dan cadar kotor ke dalam troli. Dahlah siang bekerja di bahagian khidmat pelanggan dan merangkap juga tukang kemas bilik, sekarang ni nak ditambah pula dengan kerja sebagai penyanyi pula! Orang tua ni nak mengarutlah tu dengan aku! Just malam ni je. Esok Erni dah balik kan? Abang lupa la yang group mat saleh tu ada function makan malam dan dia nak entertainer malam ni. Please, please, please? Siapa suruh abang lupa? Bukan Afi pun. Abang nyanyi lah sendiri. Abang yang bagi Erni cuti kan? Apa pulak nak suruh Afi. Selesai dengan chalet 5, dia terus bergerak ke chalet 6 bersama trolinya. Afi nak suruh tsunami ke dekat sini? Afi tergelak. Bukan dia tidak tahu betapa berguruhnya suara lelaki Kay. Afi bukan pandai menyanyi pun. Lagu apa je yang Afi nak nyanyi nanti? Ha, cuba jawab. Kalau Erni tu macam-macam lagu dia tahu. Afi ni radio pun tak dengar tau!

252

Abang tahu Afi pandai nyanyi. Abang pernah Tidak jadi meneruskan kata. Afi mengangkat wajah memandangnya. Namun, Kay hanya tersengih menayangkan gigi yang tersusun. Dia pernah mendengar Afi mengaji ketika lalu di hadapan rumah yang didiaminya. Dia juga pernah mendengar Afi menyanyi ketika sibuk mengemas sendirian di bilik-bilik chalet yang ditinggalkan pengunjung. Dengar suaranya saja pun sudah boleh jatuh cinta tanpa perlu dia menyanyi lagi. Aku ni dah gila baying sebenarnya. Hehe Knock! Knock! Hello, anybody home? Abang ni kenapa? Afi kan cakap dengan abang tadi. Tak dengar ke? Tangan yang dikepal seperti penumbuk itu dilayang-layang di hadapan Kay. Kay sengih lagi. Apa dia sayang? Dia malu sebab ditangkap red handed sedang berangan oleh Afi. Dan ia akan lebih memalukan kalau Afi tahu yang dia sedang berangankan Afi sendiri. Dah jangan nak mengarut lagi. Jangan kacau Afi dekat sini. Pergi buat kerja abang tu macam selalu. Shh.. shh.. Cuba menghalau Kay, namun, usaha itu hanya siasia. Kay yang dikenali tidak akan pergi selagi tidak berjaya mendapatkan apa yang diinginkan. Pasti pelbagai cara memujuk dan memaksarela akan digunakan. Dan nampaknya, kali ini juga Afi masih betul. Kay duduk bersila di tengahtengah pintu masuk ke chalet. Ni dah kenapa pulak? Kay diam. Afi sudah menggaru kepala. Apa pula yang cuba dibuatnya kali ini. Janganlah paksa Afi. Kan abang tahu yang Afi tak suka dipaksa. Suaranya sudah mula kendur.

253

Abang cuma minta tolong Afi sekali ni saja. Bukan banyak pun permintaan abang ni. Takkan itu pun Afi tak boleh nak tolong? Malulah abang kalau tiba-tiba abang kata yang kita tak ada entertainer malam ni. Next time mesti diorang dah tak nak datang lagi sebab ingat kita suka mungkir janji. Lagipun, bukannya selalu abang minta tolong Afi pun. Sudah tidak mahu mengangkat muka melihat Afi. Merajuklah tu! Ah, kenapalah lelaki yang seorang ini terlalu manja? Nampak saja perangai luarannya perkasa dan macho, tapi yang sebenarnya sikap lelaki itu terlalu kebudakbudakan. Merajuk tidak kira tempat. Afi melepaskan keluhan kecil. Dia tahu, kalau Kay berkehendakkan sesuatu, pasti lambat laun dia akan mengalah juga. Cuma tidak untuk kes-kes yang melibatkan hati dan perasaannya. Fine. But no camera allowed! Deal! Serentak, Kay melompat kegirangan. ******************* Lagu Its All Coming Back To Me nyanyian Celine Dion yang dialunkan sebentar tadi oleh penyanyi wanita itu benar-benar memukau empunya telinga yang mendengar. Tepukan yang gemuruh diberikan sebagai tanda penghargaan. Kay yang memandang dari kaunter cashier tersenyum ceria. Tidak sia-sia wanita itu dipilih menggantikan Erni yang pulang ke kampung di Mersing untuk dua hari. Memandang Afi yang sedang menuju ke arahnya sebaik meletakkan mikrofon dan memberi peluang kepada para pengunjung untuk berkaraoke pula. Sporting la pengunjung malam ni abang Kay. Best juga jadi penyanyi ni ya? Kalau Afi jadi penyanyi je boleh? Sambil tersengih Afi memandang kepadanya.

254

So, customer service siapa nak uruskan? Amboi, nak kerja yang best je ye Terasa seperti ingin menarik hidung comel Afi, tetapi hukum melarangnya. Ditahan sahaja jiwa yang sentiasa bergelora. Saja je bergurau. Kalau tak boleh gurau, duduk surau lah! Serta-merta tawanya turut meletus. Macamlah Afi nak sangat. Malam ni je tau! Esok suruh Erni nyanyi balik. Aizul mana? Dah tidur ke? Ingatan singgah pula kepada anak kecil berusia tiga tahun yang disayangi mereka. Sambil menyedut minuman jus tembikai di hadapannya, Afi menggeleng. Abang lupa la tu, kan ke Erni bawa dia berjalan ke Mersing sekali. Lusa dia baliklah. Serentak itu Kay menepuk dahi. Benar-benar terlupa anak kecil itu yang melambai-lambai gembira kepadanya petang tadi ketika menaiki feri. Rindu sebenarnya setiap kali berjauhan dengan Aizul. Disebabkan Erni pun balik lusa, Afi ingat nak pergi ke Mersing lusa. Lagipun, Erni pun boleh jaga Aizul kan? Dia tersengih lagi mempamerkan dua baris gigi yang sentiasa cantik tersusun itu. Berapa lama nak pergi tu? Ada apa nak pergi ke Mersing? Dia perlu tahu. Tidak sanggup menanggung rindu jika berjauhan dengan Afi. Tidak nampak Afi depan mata walaupun di sudut pulau yang sama, tetap membuatkan hatinya jadi tidak keruan. Afi kelihatan berfikir seketika. Dalam dua hari je. Ada benda sikit nak buat. Nanti Afi nak pinjam kereta abang yang tinted gelap tu ye? Please? Gayanya manja dan pura-pura comel. Macam manalah si Kay ni hendak tidur lena. Matanya sentiasa saja terpandangkan Afi dengan gayanya yang cukup bersahaja.

255

Kay geleng kepala melihat keletah Afi. Tidak mampu untuk menolak. Akhirnya dia mengangguk bersetuju. Kalau abang ikut boleh? Hampir tersembur air yang sedang disedut Afi itu dek terkejut dengan permintaan Kay. Mengadalah pulak pak cik ni! Kalau Afi kata tak boleh? Pakai kereta orang lainlah. Dah agak. Nak merajuklah tu! Dia pakai syarat pulak sekarang ni! Hm, okey. Tapi sampai ke Bandar Mersing je. Lepas tu Afi nak pakai kereta seorang ye? Pandai-pandailah aku tinggalkan dia nanti. Hehe No, no, kali ni abang ikut. Abang pun ada benda nak buat. Abang nak ke JB nanti. Kalau Afi nak Afi tumpanglah nanti. Mati terus senyumannya. Afi mencebikkan bibir. Fail plan aku! Dan-dan ni dia pun ada benda nak buat juga di JB tu. Kay perasan dengan reaksi protes Afi, namun kali ini dia sengaja ingin mengekori wanita itu untuk mengetahui apa urusannya. Semenjak empat tahun mengenali wanita itu, kisah hidupnya begitu rumit. Ditambah dengan aktiviti misteri wanita itu setiap kali mengambil cuti untuk ke Mersing dan kadang kala ke Pahang semata-mata untuk mengeluarkan duit, tetapi perginya sehingga dua tiga hari. Afi ikut abang je lah. Nanti dekat JB, Afi tinggalkan abang dekat Bandar. Abang ada urusan bank. Mungkin lama. Nanti Afi gunalah kereta abang untuk buat urusan Afi tu. Kay cuba bermain tarik tali. Tidak sampai hati pula melihat muncung Afi yang semakin panjang itu. Betul? Okay, Ill take that as a promise. Terus senyuman dilebarkan semula.

256

Amboi, senangnya? Tarik baliklah! Senang hatinya tertawa. Bukan betul -betul pun. Oit-oit! Tak baik mungkir janji. Haha! Takut dikejar Kay, Afi kembali semula ke khalayak. Memilih-milih lagu untuk dinyanyikan lagi. Siang jadi customer service dan menguruskan operasi chalet, malam pula secara sambilan menjadi penyanyi. Upah yang diterima tidaklah selumayan mana, tetapi suasana yang tenang dan tenteram serta kos hidup yang sekadar cukup itu membantu dia untuk meneruskan hidup. Lari dari dunia asal yang penuh dengan permasalahan manusia. Kay hanya mampu ketawa. Kemesraannya dengan Afi kadangkala boleh membuatkan orang lain juga cemburu dengan hubungan mereka. Namun, siapa sahaja yang hendak cemburu. Rata-rata penghuni pulau ini bagaikan sudah menjadi ahli keluarga kepada mereka. Mereka sendiri faham, dengan usia yang semakin meningkat, dan masih lagi tidak mempunyai calon isteri, Kay pasti akan jatuh cinta dengan Afi. Cuma, masalahnya pada Afi sendiri yang seakan-akan tidak mengerti perasaan lelaki Kay. Sekadar menganggap Kay sebagai seorang abang dan akan sedaya upaya untuk menolak perasaannya sebaik mungkin. Terkenangkan saat pertama kali mengenali Afi ketika mula-mula tiba di chalet mereka empat tahun yang lalu.

****************************

LAMA wanita itu diperhatikannya. Sudah dua hari dia tiba ke Pulau Tioman, namun tiada tanda-tanda dia sedang bercuti dengan gembiranya. Tidak pernah mengikuti sebarang aktiviti pantai yang memang disediakan oleh pihak chalet.

257

Semenjak ketibaannya di sini, aktivitinya hanya makan, berjalan-jalan di pantai dan duduk termenung sehingga menjelang senja dan kembali semula ke bilik, dan keluar semula untuk makan malam. Duduk diam di meja yang paling hujung itu tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang. Sibuk dengan novel di tangan yang tidak habishabis dibaca. Bukan kerana wajah yang lembut itu dia jadi prihatin, tetapi kerana sebagai pemilik chalet, dia harus memastikan kebajikan para pengunjungnya agar mereka sentiasa seronok dan ingin kembali semula ke sini. Kay bangkit dari duduknya dan bergerak menuju ke meja hujung itu. Wanita itu sedang khusyuk membaca sebuah buku ketika itu dan tidak menyedari kehadiran Kay sehinggalah kerusi di hadapannya ditarik. Barulah wajahnya itu diangkat. Kay terpana. Kagum dengan anugerah Allah di hadapannya. Assalamualaikum. Apa khabar? Senyuman dilemparkan. Wanita itu turut tersenyum. Waalaikumussalam. Alhamdulillah baik. Boleh saya bantu? Lembut bicaranya, menggetarkan jiwa yang kian gundah. Tak ada apa. Saya Khairul Amri. Boleh panggil saya Kay. Hanya senyum yang dihadiahkan. Kay duduk dan apabila melihat wanita itu hanya senyap, Kay menyambung bicara. Lama bercuti dekat sini? Mengangguk tanpa suara. Siapa nama? Afi. Nama penuh? Asal dari mana?

258

Dari KL. Dan mengabaikan soalan pertama yang ditanya. Ok. Minat baca novel? Saya pun ada banyak koleksi novel. Adik saya Erni tu suka baca novel. Dah bertimbun novel dia dekat rumah saya. Sambil jari menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang menyanyi di atas pentas yang kecil itu. Really? Ni pun kebetulan saja saya baca nak mengisi masa lapang. Tidak sia-sia Kay memilih tajuk novel untuk dibicarakan apabila mendapati novel yang dibacanya daripada tadi. Adik saya tu memang suka menyanyi. Siang dia tolong saya jadi penyambut tetamu, malam pula dia menyanyi. Since dia pun minat nak jaga chalet, jadi saya bagi dia pengalaman dulu. Afi menoleh ke arah Erni yang masih lagi sedang menyanyi. Oh, berapa umur dia tu? Nampak macam muda lagi? Sudah mula ramah untuk berkata-kata. Kay senyum. 22. Baru lepas belajar dekat Politeknik Pasir Gudang. Awak? Inilah masanya untuk mengenali wanita di hadapannya. Saya baru 23. Bekerja or belajar? Afi menggeleng. Dua-dua tak. Baru lepas berhenti kerja. Sekarang ni jadi penganggur terhormat. Kenapa berhenti? Ada problem kerja? Sekarang ni tengah menikmati cutilah ni? Sedikit demi sedikit ingin diketahui tentangnya. Afi menggeleng lagi. Bukan problem kerja. Ada masalah keluarga sedikit. Ke sini pun untuk dapatkan ketenangan. Sambil matanya meliar memandang sekeliling. Tidak selesa sebenarnya berbicara dengan lelaki ini. Baru 5 minit dikenali.

259

Macam tu. Anyway, kalau ada apa-apa masalah dekat sini, beritahu saya saja ye? Jangan malu-malu. Minta diri dulu sebab ada kerja sedikit. Kay segera bangun apabila melihat ada pengunjung yang memanggilnya. Sebenarnya, dia juga perasan Afi tidak selesa apabila berbicara tentang hal peribadi. Semenjak hari itu, Kay akan sentiasa bertegur sapa dengannya apabila melihat Afi duduk berseorangan di tepi pantai. Dan daripada cerita wanita itu, masalah keluarganya berpunca selepas perkahwinannya dengan anak orang kaya yang tidak direstui keluarga lelaki itu. Perkahwinan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja. Setelah kematian suami, ibu mertuanya menghalau Afi keluar dari rumah arwah suaminya dan menyebabkan wanita itu kini merempat. Diganggu juga Afi di tempat kerja dan Afi juga takut diburu oleh keluarga mertuanya kerana takut dirinya mengandungkan anak suaminya; takut-takut kalau suatu masa nanti Afi akan datang menuntut harta suami menggunakan anaknya. Lantas, kerana takut diketahui diri mengandung, Afi lari ke Pulau Tioman yang jauh daripada gangguan kota. Petang itu dia melihat Afi masih duduk di tepi pantai dengan setianya bersama novel yang tidak habis-habis dibacanya. Kay tersenyum. Aku juga yang jadi sponsor. Hehe.. Nah, untuk awak. Afi memandangnya pelik. Namun, sampul yang dihulurkan itu disambutnya jua. Dikoyak dengan penuh sopan, takut dikatakan gelojoh pula oleh Kay nanti. Apa ni? Dahi berkerut, dan kening sedikit terangkat. Kay sengih. I am offering you a job. Interested?

260

Tapi saya tak ada hantar application form ataupun resume pun. Macam mana pula awak boleh tergerak hati nak offer saya kerja dekat sini? Tak takut kena tipu ke? Tak kisahlah. Kalau awak nak tipu saya ke apa. Sebab niat saya ikhlas nak tolong awak. Pada saya, bila kita buat baik dengan hati yang ikhlas, insyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Mana nak tahu, awak memang betul-betul dalam kesusahan, kan? Kalau awak menipu, itu antara awak dengan Allah. Afi tersenyum tawar. Niat lelaki itu nampak seperti tulus. Cuma dia ragu-ragu sama ada perlu atau tidak untuk dia menerimanya. Jika diikutkan pada masa yang tinggal untuk dia berada di sini cuma tinggal dua hari sahaja lagi. Dan tawaran daripada Kay bagaikan bulan jatuh ke ribanya. Sama ada untuk menerima ataupun tidak, dia betul-betul berada di atas pagar. Take all the time you need. But let me remind you, you have only two days left on this island. Then, where are your destinations? Back to normal? Being hunt again? Afi menarik nafas panjang. Dia buntu. Menerima atau menolak. Menerima beerti dia akan kekal di pulau ini bersama insan-insan yang baru dikenalinya selama hampir seminggu di sini. Menolak pula, dia akan kembali ke dunia lamanya yang masih tidak pasti.

261

43

TATA ibu! Tangan halus itu melambai kepadanya. Wajah yang comel itu dipandang sayu. Baru pagi tadi anak itu tiba, tengahari ini dia pula yang harus meninggalkan anak yang tidak tahu apa-apa itu selama sehari lagi. Wajah polos Aizul yang masih ceria melambai-lambai kepadanya dilihat semakin lama semakin jauh dan jauh. Rindu pada anak yang satu itu masih tidak terubat lagi. Mujur juga Aizul bagaikan mengerti kesukaran hidup yang dialami dan pandai membawa diri. Afi nangis ke? Hai, selalu Erni bawa Aizul ke sana ke mari tak menangis pun. Kali ni menangis pula ke? Kenapa ni? Kay merenung ke wajahnya. Temu janji dengan wakil daripada syarikat yang akan bertanggungjawab ke atas ubah suai chalet mereka sudah ditetapkan pada hari esok. Telah dipesan kepada Erni supaya membiarkan mereka berehat dahulu apabila mereka tiba petang nanti memandangkan dia juga tiada untuk menyambut kedatangan mereka. Tak. Budak kecil tu bukannya tahu pun. Cuma terbayangkan Afi masa kecil dulu, kalau mak dan abah nak pergi tinggalkan Afi dekat asrama, mesti hati pun rasa sayu macam ni juga. Pantas senyum dihadiahkan. Kay juga turut membalas senyuman itu. Kali ini, mereka berdua pula yang akan ke Tanah Besar. Tiba di Mersing untuk mengambil kereta milik Kay di rumah keluarganya, dan awal pagi esok, bergerak terus ke Johor Bahru untuk dia menguruskan perihal kewangan syarikatnya. Afi pula dibenarkan untuk menggunakan keretanya itu untuk ke tempat yang ingin dituju sementara menunggu dia yang tidak tahu bila masa selesai dengan urusan perbankannya.

262

Feri yang mula bergerak terasa begitu memeningkan kepala. Afi memejamkan mata. Jantung juga berdegup semakin kencang. Itulah satu-satunya kelemahan yang masih tidak berjaya diatasinya sehingga kini. Mabuk laut! Kay yang sudah perasan wajah Afi yang semakin memucat tidak mengajaknya berbual lagi dan hanya membiarkan Afi untuk menenangkan diri. Tidurlah. Ucapnya perlahan. Hm. Dikunyah gula-gula angin yang memang telah disediakan di dalam beg sebelum dia akhirnya lena di sebelah Kay.

******************* GAMBAR yang terpapar di skrin kamera Nikon D5100 miliknya itu ditatap dalam-dalam dan berulang kali. Bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihatnya itu. Wajah itu begitu jelas. Pantas kepala diangkat dan mata mula mencari-cari si pemilik wajah di dalam kesesakan orang yang turut sama berada di jeti Mersing ini. Serius, itu memang dia! Begitu sukar untuk mencari wajah yang satu di dalam ratusan manusia yang sibuk keluar dan masuk kini. Keadaan yang terlalu sesak juga menyukarkan dirinya untuk turut sama bergerak. Hanya leher yang dipanjangkan dan hati juga turut sama berdoa semoga pencarian selama ini berakhir pada hari ini. Mungkin ada hikmah feri yang sepatutnya bergerak pagi tadi untuk mereka terpaksa ditunda ke sebelah petang. Fariez! Sinilah! Kita punya turn ni! Jeritan Hariez bergema di celah-celah kebisingan.

263

Fariez hampa. Namun Fariez pasti, memang gambar Hafiqah yang ditangkapnya tadi. Terasa seperti ingin membiarkan Hariez menunggunya sementara dia ingin mencari bayang Hafiqah lagi. Lambaian tangan Hariez yang semakin menjauh telah menyedarkannya bahawa dia harus segera mengekori lelaki itu untuk masuk ke Feri. Jika tidak, dia akan ketinggalan. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia ada di Johor ni lagi. Ada jodoh kita akan berjumpa lagi Fiqa. Dengan penuh kehampaan, Fariez akhirnya melangkah masuk ke Feri. Membiarkan Hariez duduk di sebelah pembantu peribadinya, Irfan sedang dia lebih selesa duduk bersama orang yang tidak dikenali. Hariez mengambil kesempatan untuk bertukar duduk dengan Irfan. Kau cari apa tadi? Tak ada apa. Malas dia hendak melayan Hariez berbual. Mata terus dipejamkan. Semenjak dari dalam perjalanan mereka lagi, Hariez bagaikan cuba untuk beramah mesra dengannya. Namun, entahlah, hatinya masih lagi sakit dengan pengakuan Hariez empat tahun dahulu terhadap apa yang telah dilakukan kepada Hafiqah. Kamera yang berada di tangan terus disimpan. Tidak mahu Hariez turut melihat gambar Hafiqah tadi. Biar nanti tiba di chalet dan di saat dia bersendiri kemudian barulah dia akan meneliti semula gambar itu di laptopnya. Hariez terpana. Terasa sia-sia pula dia cuba berbaik-baik dengan Fariez. Namun, dia sedar, memang tidak mudah untuk sesiapa pun memaafkan dosa-dosa yang telah

264

dilakukan. Sedangkan Airin dan Fariez sudah tidak memaafkan dirinya, tidak dapat dibayangkan bagaimana nanti saat dia meminta keampunan Hafiqah. Hariez mula bangun. Dia terasa begitu sesak duduk di dalam feri ini. Bangun dan bergerak ke belakang feri untuk mengambil angin dan menikmati pemandangan laut yang terbentang luas. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu terpaksa ditempuh dengan perasaan yang berkecamuk. Lembut angin yang menyapa pipi mengingatkannya pada mimpi yang sering dialaminya semenjak empat tahun dahulu; sebelum Hafiqah meninggalkannya. Sebelum dia sempat memohon kemaafan isteri yang satu itu. Perasaan itu indah seperti yang dirasainya sekarang. Cuma bezanya, tiada Hafiqah di sisi. Hanya dia sendiri. Kalaulah Fiqa tahu yang abang cintakan Fiqa sangat-sangat dan abang rindukan Fiqa, mesti Fiqa akan kembali pada abang. Abang minta maaf sebab tak pernah ucapkan sayang abang pada Fiqa semasa Fiqa ada di sisi abang...

265

44

RUMAH yang masih kekal sama seperti semasa kali terakhir dia melihatnya itu dipandang dari jauh. Hendak menjejakkan kaki ke dalam rumah itu tidak mungkin sesekali. Tidak dalam tempoh yang terdekat ini. Emaknya sedang mencantas pokok bunga kertas yang ditanam di tanah lapang seberang jalan rumah mereka tanpa menyedari Hafiqah memerhatikannya dari dalam kereta yang diparkir jauh dari rumah mereka. Fiqa rindu emak. Air mata yang jatuh diseka lagi. Cermin mata hitam itu masih kekal di atas batang hidungnya. Takut-takut jika ada yang lalu berdekatan. Walaupun cermin kereta Kay itu bertinted gelap, namun dia masih perlu berwaspada. Dia masih belum bersedia untuk menunjukkan diri. Dia takut dikejar bayang-bayang Hariez lagi. Dia juga masih takut diperlekehkan oleh keluarganya sendiri. Seorang anak kecil yang keluar dari rimbunan pokok itu dengan wajah yang calar dan menangis manja ke arah Halimah. Mungkin anak kak long. Hafiqah teringat, semasa kali terakhir sebelum tragedi yang menjadi permulaan kepada seluruh masalah hidupnya itu berlaku, kandungan kak long sudah pun berusia tiga bulan. Namun, mungkin juga anak jiran-jiran yang dijaga emaknya bagi mengisi kekosongan masa lapang. Sudah masuk tahun ke empat, dia beraya bersama keluarga abang Kay. Bahkan, keluarga lelaki itu terlalu baik dengannya. Sehingga dia sendiri takut, pisang berbuah untuk kali yang ketiga. Cukuplah hanya dua kali. Mujur, keluarga lelaki itu menerima dirinya seadanya dan menganggap dia seperti ahli keluarga mereka sendiri. Cuma dia sendiri yang tidak selesa begitu. Terus-terusan menerima budi tanpa dapat membalasnya.

266

Telefon yang dihadiahkan Fariez dahulu diangkat. Cuma nombornya sudah ditukarkan kepada nombor baru. Itupun atas nama abang Kay. Ah, lelaki itu memang terlalu banyak budinya kepada aku. Assalamualaikum. Ye abang? Dah siap ke? Hafiqah melirik jam di pergelangan tangan. Sudah pukul dua belas tengahari. Patut pun emaknya sudah mula beredar masuk ke dalam rumah bersama anak kecil tadi. Waalaikumussalam. Ya, dah siap. Nanti Fiqa ambil abang dekat depan Public Bank tadi ya. Abang tunggu dekat sini. Fiqa dekat mana? Lagi setengah jam boleh sampai? Kay membuka butang di pergelangan tangan. Baru selesai temu duga untuk pinjaman bank. Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu lagi urusan pinjamannya akan diluluskan. Mestilah boleh. Abang ni jangan pandang rendah kat Afi tau. Sekali Afi rempit, ketar tau kaki Schumaker. Meletus tawanya. Kay menggelengkan kepala. Haah, ye la tu. Nak rempit guna kereta sendiri ye. Honda Civic tu kereta abang tau. Pandu hati-hati sikit. Kalau ada calar nanti, Afi kena kahwin dengan abanglah nampaknya. Saja dia hendak menyakat wanita itu. Boleh. Tapi, kereta tu kena terus tukar nama Afi la kan? Sambil itu, tangan sudah mula mengawal stereng. Hafiqah yang dulu sudah jauh berbeza dengan Hafiqah masa ini. Dia sudah tidak mahu diri terus diperkotak-katikkan. Tidak mahu lagi diri terus ditindas. Dia perlu bangun dan mengorak langkah ke hadapan. Masa silam hanya akan dijadikan panduan agar dia tidak tersasar lagi. Agar dia tidak mudah tewas lagi.

267

Pengalaman sememangnya guru yang paling baik dalam hidup. Terima kasih wahai guruguruku semua!

**************** HALIMAH memegang tangan Akif dengan penuh kasih sayang. Membawanya masuk semula ke dalam rumah. Tangisan yang tidak henti-henti itu hanya mampu ditenangkan dengan kata-kata sayang sahaja. Habis tubuh dan wajah comel itu tercalar. Itulah, nakal sangat pergi main dalam semak depan rumah tu siapa suruh? Kan dah luka-luka. Gumam Halimah dalam hati. Degil Akif tidak ubah seperti anak bongsunya, Aimi yang kini menghilangkan diri entah ke mana. Semenjak tembelangnya menganiaya Hafiqah pecah, Aimi melarikan diri daripada rumah sekembalinya mereka ke Johor Bahru. Dan sehingga kini, langsung tiada berita yang dikirimkan Aimi kepada mereka. Sudahlah Hafiqah pergi meninggalkan mereka dengan kisah yang begitu tragik, kini Aimi juga pergi dan tidak tahu bila akan kembali lagi. Mari sini Nenek sapukan ubat. Yang Akif pergi masuk bawah pokok tu kenapa, sayang? Kan dah luka-luka ni. Dah tak comel lagi cucu nenek ni. Hanya cucu ini peneman jiwanya kini. Mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hafiqah dan Aimi. Sakit nenek. Sakit. Rengekan itu terus berlagu. Halimah senyum. Meh sini nenek tiup ye? Puh, puh, sakit pergi jauh-jauh. Jangan dekat-dekat lagi. Akif budak baik, jangan kacau Akif ye? Tertawa kecil Akif melihat neneknya meniupniup pada luka-luka di tubuhnya.

268

Nenek ni kelakar. Kenapa tiup-tiup? Gelilah! Meliuk-lentok tubuhnya menahan kegelian. Kata tadi sakit. Nenek nak hilangkan sakitlah ni! Sambil itu tangan sudah liar menggeletek tubuh Akif. Sudah semakin hilang perasaan sakit itu. Dan akhirnya Akif turut ketawa sebelum tubuh tua itu dipeluk erat. Nenek jangan sedih-sedih ye? Nanti Akif dah besar, Akif pergi cari Mak Ngah dan Mak Su ye? Akif sayang nenek! Bibir kecil itu singgah di pipi Halimah. Perasaan ini cukup indah. Hatinya yang dirundung mendung semakin bersinar kembali. Tidak sia-sia dia meminta supaya cucu itu dijaganya. Iyalah, tapi Akif jangan nakal-nakal ye? Nenek tak larat dah nak kejar Akif lagi. Nenek kan dah tua. Nenek minumlah susu Anlene. Macam mak Akif! Dan tubuh menunjukkan gaya Michelle Yeoh yang beraksi seperti di dalam iklan Anlene. Pandainya cucu nenek! Tubuh Akif itu dipeluk erat. Inilah intan payungnya sekarang. Inilah kebahagiaannya sekarang. Ya Allah, janganlah dijauhkan juga dia daripadaku.

269

45 PENAT melayan ombak laut bagaikan hilang saat dapat meneroka pemandangan yang indah dan permai. Desiran ombak yang tidak pernah lekang memukul pantai menemani jiwanya yang telah sekian lama kekosongan. Ombak dan pantai tidak akan boleh dipisahkan. Itulah antara bait-bait lagu kumpulan Search yang pernah didengarinya suatu masa dahulu. Di persisiran pantai, terdapat beberapa orang anak pelancong yang sedang bermain-main ombak. Tidak takut langsung dicuit badai yang menerkam ke kaki. Di antara beberapa orang anak mat saleh itu, terpandang pula seorang anak kecil yang langsung tidak ternampak seperti pelancong ceria bermain bersama mereka. Comel sungguh anak kecil itu. Wajahnya seperti pernah dilihat tetapi entah di mana, dia lupa. Jiwa seakan bergelodak bila melihat dalam-dalam wajah anak itu. Kerana terlalu tertarik dengan anak kecil itu, Hariez bangun menuju ke arah mereka. Dengan baju yang sudah basah lencun bermain air, berlari-lari ke pantai dan mencari sesuatu di pasir pantai dan kemudian kembali semula ke kumpulan teman-temannya tanpa mempedulikan orang dewasa yang sedang turut sama bergembira di sekitar mereka. Duk! Auch! Dalam kepelatannya berbicara, terduduk sambil mengurut-urut lutut yang terluka. Are you okay? Anak kecil yang berada di bawah kakinya itu meman dang ke arahnya yang berdiri tegak di atas kepala. Hariez mencangkung untuk menyetarakan kedudukan.

270

Hehe, sakit sikit. Aizul minta maaf uncle. Terlanggar pulak. Masih pelat, namun kata-kata yang dituturkan sungguh bersopan sekali. Aizul buat apa ni? Erni berdiri di sebelahnya tanpa sedar. Dibangunkan Aizul dengan hati-hati agar tidak mencederakannya lagi. Tak apa. Dah tak sakit dah. Aizul nak main dekat sana ye uncle. Terima kasih. Secara tidak langsung Hariez tahu nama anak itu. Hariez senyum. Erni itu turut sama tersenyum. Aizul faham ke apa yang kawan-kawan Aizul tu cakap? Pelik juga dia bagaimana anak itu bertutur dengan kawan-kawannya itu. Mestilah! Ibu pun kadang-kadang cakap dengan Aizul macam tu. Mulutnya memuncung ke arah kumpulan temannya. Anak pula itu bagaikan sudah tidak sabar untuk meninggalkannya. Mungkin kerana melihat kawan-kawannya masih menantinya membawakan sesuatu. Nanti dah main, Aizul kawan dengan uncle pulak ye? Pandai sungguh meminta izin dan tidak terus meninggalkannya. Hariez mengangguk. Perasaan masih ingin berbual dengan anak itu akhirnya terpaksa dipendamkan sahaja di dalam hati. Anak cik ke? Soalan itu diajukan kepada wanita yang muncul tiba-tiba itu. Wanita itu menggeleng. Tak, anak staf sini. Ibu dia tiada di sini, pergi ke Tanah Besar. Saya tolong jaga dia. Kacak betul mamat ni, desis hati Erni. Patut pun! Muda sangat, takkanlah dah ada anak sebesar ni hehe Bisik hati Hariez.

271

Kalau awak ada kerja tak apalah. Saya boleh tolong jaga dia. Comel pulak! Dan serentak itu, Erni mengucapkan terima kasih kepadanya dan beredar. Dia masih perlu menjaga pelanggan lain memandangkan abang Kay nya masih belum tiba lagi. Hariez jadi leka melayani keletah anak kecil itu daripada jauh. Terlalu asyik dan kadang-kala tertawa apabila melihat si kecil itu turut ketawa diusik teman-temannya. Dari jauh, Hariez nampak Fariez bersama kameranya ditemani Irfan sedang berjalan di atas jeti. Dari jeti menuju pula ke kedai cenderamata yang berada di hadapan jeti. Terlalu asyik mengambil gambar sehingga tidak sedar bahawa setiap tingkahnya Hariez perhatikan. Dari semalam lelaki itu asyik menilik gambar di kameranya. Setiap kali Hariez menghampiri, cepat-cepat dimatikan kamera itu. Takut sangat Hariez mencuri gambar yang ada di dalamnya. Entah apalah yang hendak dirahsiakan sangat. Lainlah kalau kau jumpa Hafiqah sampai nak sembunyi-sembunyi dari aku. Kalau kau jumpa pun, bukan kau boleh kahwin dengan dia pun! Akal jahat Hariez tetap tidak mahu melepaskan Hafiqah. Dan, tidak akan sesekali ataupun berkali-kali dia melepaskan Hafiqah dalam erti kata sebenarnya melepaskan. Tit, Tit! Punat pada telefon ditekan. Mesej baru masuk dan dibaca. Hampir terbeliak biji matanya. What?! Latest bank transaction: ATM Petronas Mersing, 230pm Armin Dia ada dekat Mersing? Hariez mencengkam rambutnya. Terasa seperti sudah tidak tertanggung kekesalan di hati. Mujur sudah meminta bantuan Armin yang sememangnya bekerja di Bank yang digunakan Hafiqah untuk memantau setiap transaksi yang dilakukan. Itupun mujur juga, Hafiqah menggunkan bank tempat Armin bekerja.

272

Jika tidak, agak sukar juga untuk dia mendapatkan maklumat seperti itu. Namun, Hafiqah juga tidak kurang bijaknya, dia juga seperti tahu bagaimana untuk menutup jejak sendiri. Dua minggu lepas pengeluaran wang dilakukan di Cherating, Pahang. Kali ini di Mersing pula. Di mana sebenarnya lokasi dia? Kenapa aku sering terlepas peluang bertemu denganmu Fiqa?!

******************* FARIEZ dan Irfan sibuk mencari-cari cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada kenalan mereka. Bukan untuk dibeli sekarang ini memandangkan mereka tiba pun baru satu hari. Sekadar untuk buat survey, mana tahu jika kedai yang satu lagi boleh memberikan tawaran yang lebih hebat. Kau dengan Hariez tu dah kawan lama ke? Fariez mengangkat wajah. Irfan lelaki yang suka bercakap terus terang. Langsung tidak pernah takut untuk menyuarakan setiap persoalan yang bertakhta di hati. Well, since Tuan Rizan suka betul dengan kau walaupun kau bukan permanent staff dekat company ni. Sepanjang kau kenal Hariez, apa pendapat kau tentang dia? Kali ini, dia pula yang bertanyakan soalan. Sedang soalan lelaki itu terbiar tidak berjawab. Hes okay. Tak susah juga kerja dengan dia. Cuma kalau dia kata nak buat macam A, pening jugalah kepala aku kalau arahan dari atas B. Dia tak apalah kalau nak melawan pun, company ni memang company bapa dia, dan dia pun ada share juga. Namun, kata-kata itu hanya sekadar bermain di minda Irfan. Tidak mungkin diluahkan kepada Fariez.

273

Dalam erti kata lain, dia ego, kan? Ataupun degil? Fariez meneka. Both. Sepatah perkataan itu sudah cukup untuk menjawab soalan itu. Cuma something yang aku tak faham, tapi mungkin kau tahu, kenapa kau orang ni tak macam kawan pun? Born enemies ke apa? Tengok tu! Berani-berani dia saja nak cakap aku dengan Hariez tu born enemies. Tak ada insurans langsung mulut budak ni! Kenapa kau cakap macam tu? Aku rasa okey je. Kita kerja professional. So, tak perlu kot kalau nak jadi over mesra. But, tell me something, kau tahu tak tentang perempuan yang dia cari tu? Terhenti terus perbuatannya. Meaning? Ala, perempuan yang dia sibuk cari tu! Girlfriend lama dia kot? Kau kenal? Hafiqah ke maksud mamat ni? Aik, takkan Hariez tak cakap yang dia dah kahwin? Itu kau kena tanya dia lah. Apa pulak tanya aku? Berani pergi tanya dialah! Terus dia keluar dari kedai itu. Jam di tangan diperhatikan. Hampir jam lima petang. Sudah hampir tiba masa untuk minum petang. Minum jom? I follow! Irfan menyambut ajakan itu dan membuntutinya ke kedai minum yang berhampiran. Di kejauhan, ternampak kelibat Hariez bersama seorang kanak-kanak yang tidak dikenali. Fariez menatap wajah comel itu dalam-dalam. Terasa ada sesuatu pada wajah anak itu. Macam Kau orang nak pergi mana? Sapa Hariez. Kanak-kanak itu memandang ke arah mereka pelik. Namun, dengan penuh sopan, tangan kecil itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Fariez dan Irfan.

274

Wah, bila bos masuk program anak angkat ni? Begitu berseloroh pertanyaan Irfan. Dan dengan ringan tangan Hariez mengetuk kepalanya. Anak orang, mana aku boleh ambil sembarangan. Namun, hanya tawa yang keluar dari mulut Irfan dan Fariez. Tadi Erni inform saya yang encik Khairul tu sampai petang ni. Jadi, dia sampaikan pesan encik Khairul tu supaya kita jumpa untuk makan malam bersama nanti. Pukul lapan. Mujur Irfan teringat pesanan Erni sebentar tadi. Kau orang nak pergi mana tadi? Minum? Jom, aku nak join. Jom Aizul ikut uncle minum. Aizul tersengih ceria. Uncle ini terlalu baik dengannya. Serentak tiga sekawan itu menuju ke kafe yang terletak di tengah-tengah chalet yang mereka diami. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Berkuasa, seandainya ada jodoh pasti mereka akan dipertemukan walau sejauh mana pun mereka terpisah. Tangan kecil yang dipegang terlerai. Hariez terpaku tanpa kata. Hati Fariez mula menyanyikan lagu cinta. Irfan hanya kelu melihat dua lelaki itu tegak di hadapannya. Dan Aizul IBU!

******************** JIKA ditoreh wajahnya saat ini pasti tidak berdarah. Aizul berlari ceria kepadanya. Namun bukan itu yang mengganggu emosinya kini. Dua wajah itu muncul setelah sekian lama dia membuang mereka jauh dari hidupnya. Dan kenapa perlu muncul lagi pada hari

275

ini. Dan kenapa perlu Aizul dipertemukan dengan mereka sekali dalam keadaan ini? Dalam keadaan dia tidak bersedia untuk berdepan dengan mereka? Ibu! Ceria suara Aizul yang kini menggenggam tangannya. Sedang Hafiqah hanya mampu kaku. Fiqa. Sungguh suara itu yang pernah dibencinya. Suara itu yang pernah mengherdiknya. Dan suara itu pernah mencarik dan merabik segala maruahnya. Fiqa. Itu pula suara yang dirinduinya. Suara yang pernah berjanji untuk setia melindunginya. Untuk sentiasa percaya dengannya. Namun, terlalu tega

meninggalkannya sendiri untuk menghadapi hari-hari berliku. Afi. Sentuhan jemari Kay di bahu menyedarkannya untuk kembali berpijak di bumi yang nyata. Derap selipar yang semakin menghampiri, membuatkan selangkah demi selangkah Hafiqah ke belakang. Dicempung tubuh kecil Aizul ke pangkuan. Tidak akan dilepaskan tubuh anak itu. Berlari, laju dan semakin laju. Meninggalkan Hariez dan Fariez yang pasti sedang mengejarnya di belakang. Menyusup ke dalam celahan kedai yang terletak di sekitar jeti. Akhirnya Hafiqah menyorok di dalam bilik kecil di kedai yang paling hujung. Dengan jari yang menggeletar ketakutan, Hafiqah membuat isyarat supaya Aizul diam. Anak itu hanya menurut. Dipeluk Aizul ketat-ketat. Tidak mahu Hariez menganiaya Aizul pula. Cukuplah dahulu dia yang teraniaya. Kak Nas yang kebetulan masuk terkejut dengan keadaan Hafiqah yang terlalu ketakutan itu. Pucat lesi wajahnya, dan apabila disentuh, terasa begitu sejuk. Fiqa kenapa? Cuba merungkai pelukan Hafiqah kepada Aizul apabila dilihat anak kecil itu seperti tidak selesa dipeluk terlalu kuat oleh ibunya. Namun, getaran tubuh

276

Hafiqah terlalu jelas ketara. Menggeletar bibirnya untuk berbicara. Hanya kepala yang mampu digelengkan. Lagaknya seperti baru berjumpa dengan hantu yang mengerikan. Ibu Aizul kenapa? Dipalingkan kepalanya ke arah Aizul. Dan anak kecil itu pula masih menurut arahan ibunya agar mendiamkan diri. Sedang Hariez, Fariez dan Kay masih lagi tercari-cari Hafiqah yang terlalu pantas berlari. Tubuh itu terlalu lincah menghilangkan diri. Memang tidak dinafikan, Hafiqah memang hebat dalam menghilangkan diri. Menyusup di celah-celah kesesakan orang ramai sehingga tidak terkesan jejaknya. Jika tidak, takkanlah dia mampu melarikan diri daripada mereka selama bertahun-tahun tanpa kesan. You all kenal Afi ke? Kay cuba untuk mencungkil rahsia. Peristiwa ini terlalu mengejutkan. Ini orang suruhan keluarga suami Afi ke? Tak mungkin. Hariez merupakan anak kepada pemilik syarikat yang besar. Tetapi, mungkin juga mereka ini adik kepada arwah suami Afi. Hariez dan Fariez saling berpandangan. Tidak tahu untuk memberikan jawapan apa. Dan Kay, masih lagi menanti. Afi? Hariez ingin kepastian. You mean, Nurul Hafiqah? Fariez pula bertanya. Irfan yang kebetulan baru tiba tercungap-cungap menarik nafas. Masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada dua sahabat itu. Sibuk mengejar perempuan yang baru sekali ini dilihatnya. Yes. Hafiqah. Kay mengiyakan. Lama dia tidak menyebut nama penuh Afi. Wanita itu sendiri jarang menyebut nama penuhnya. Seolah-olah tidak mahu, nama penuhnya diketahui oleh sesiapapun. Fariez hanya mampu meraup muka.

277

Hariez sudah bercekak pinggang kepenatan. Fiqa, shes my wife. Dan Kay, tercengang. What is actually happening? Dan Kak Nas keluar dari kedai kecilnya dengan wajah sarat kebingungan, Kay! Afi pengsan dekat dalam!

278

46

SUAMI? Hariez yang duduk di sudut bertentangan dipandang sinis. Hariez mengangguk. Memang itulah hakikatnya. Buat apa dia ingin menyembunyikannya lagi? Untuk empat tahun ni aku tengok dia seorang diri membesarkan Aizul dan tibatiba kau datang mengaku diri suami? Terasa diri begitu bodoh sekali kerana mempercayai Afi. Terasa mudah sekali dia dipermainkan Afi. Hariez tidak tahu apa yang diceritakan Hafiqah kepada Khairul Amri atau lebih dikenali sebagai Kay itu. Lelaki itu nampak muda, berusia dalam lingkungan awal tiga puluhan sepertinya dan namun, tidak diketahui status perkahwinan. Berkulit gelap dan Kay tampak begitu mengambil berat tentang Hafiqah, dan Hariez nampak dengan jelas, perasaan Kay kepada Hafiqah atau Afi itu. Dia tinggalkan aku. Empat tahun dulu. Dan aku rasa, aku tak perlu beritahu kot masalah apa antara aku dan dia. Damn! Berlagak bagus betul dia ni! Kutuk Kay dalam hati. Aku tak percaya. Up to you. Kau boleh confirmkan sendiri dengan dia. Begitu bersahaja sekali wajah lelaki yang menggelarkan diri sebagai suami Hafiqah. Anak orang kaya KL, memang macam tulah agaknya diorang ni berlagak kot! Huh! Hariez, aku nak cakap dengan kau. Fariez yang dari tadi duduk di atas bangku laman yang terletak di hadapan rumah kecil Hafiqah memanggil Hariez. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang ingin diucapkan, namun begitu sukar untuk dilafazkan.

279

Hariez bangun perlahan. Semenjak bertemu semula dengan Hafiqah, dia seperti tidak jadi untuk berbaik semula dengan Fariez. Pasti Fariez juga merasakan apa yang dia rasa saat ini. Duk! Tumbukan keras Fariez mengenai tulang pipinya. Perh! Apa bangsat sangat si Fariez ni?! Kau ni dah kenapa? Pekiknya kepada Fariez. Kay yang melihat dari atas beranda juga terkejut dengan tindakan drastik Fariez itu. Tidak pernah dia melihat Fariez semarah itu. Merah padam kulit mukanya yang semulajadi cerah itu. Kau sentuh dia?! Tempik Fariez semula. Benci sungguh dia melihat Hariez saat ini. Dia isteri aku! Apa hak kau nak pertikaikan tentang tu?! Bengkeng sungguh dia melihat Fariez yang kelihatan begitu kecil sekali. Lalu, sebiji penumpuk singgah ke pipi Fariez pula. Terundur ke belakang tubuh sasa Fariez tidak dapat menahan penangan Hariez. Dia rela? Hah? Dia rela? Kau memang bangsat! Dicekak pula kolar baju Hariez sebelum ditolak ke belakang tubuh Hariez dan ditumbuk lagi. Lantak aku lah dia suka ke tak! Yang kau nak sibuk sangat tu kenapa?! Kau suami dia? Hei, aku ni yang suami dia! Bukan kau! Kali ini dia pula yang menghadiahkan satu lagi tumbukan ke perut Fariez. Damn you!

280

Melihat Fariez yang meluru untuk menghentam Hariez, Kay berlari turun dan menangkap tubuh Fariez. Cukup! Cukup! Kau orang jangan nak tambahkan lagi masalah yang dah sedia ada pulak! Jangan sampai ada orang mati dekat pulau aku ni! Dan ditahan Hariez yang seperti ingin menambahkan pukulan yang diberi. Parah budak berdua ni! Aish! Macam mana lah aku boleh terlibat sekali? Kau sepatutnya tak perlu masuk campur urusan rumah tangga aku! Kau siapa? Kau tu tak ada kaitan dengan Hafiqah untuk bagi kau kebenaran masuk campur dalam hidup kami! Tambah Hariez lagi. Semakin berapilah wajah Fariez. Cukup Hariez! Aku cakap cukup! Fikir sikit Hafiqah dekat dalam tu! Kau orang tak ada otak ke? Serentak dilepaskan tubuh Fariez ke tanah. Terdiam dua lelaki bengis itu. Kembali semula memikirkan Hafiqah. Aku nak tengok dia. Langkah diatur untuk menaiki tangga. Namun, cepat-cepat ditahan Kay. I said clearly, ENOUGH! Sama ada kau suami dia ataupun tak, sekarang ni aku tak nak ada sesiapa pun yang ganggu Hafiqah selagi dia tak bersedia untuk berjumpa dengan kau semua. Tegas dan cukup untuk menghentikan kedegilan Hariez. Hariez akhirnya kembali duduk di beranda. Memikirkan kembali kata-katanya sebentar tadi. Terasa menyesal pula menghamburkan kata-kata itu. Bagaimana jika Hafiqah sudah terjaga dan mendengar dengan jelas setiap butir patah perkataan itu? Argh!!!!!!!!!! Ya, sememangnya Hafiqah mendengar setiap butir pergaduhan mereka. Dia sudah sedar. Aizul yang berada dalam dakapan hanya diam. Tidak mahu melihat ibunya sakit lagi. Tidak mahu melihat ibunya tidur lebih lama lagi. Dia mahu bermain dengan ibu. Dia

281

mahu ibu ketawa dengannya. Dan dia mahu ibu yang sentiasa ceria dengannya. Seperti sebelum kemunculan dua orang lelaki yang baru dikenali petang tadi. Aizul ikut ibu ya? Anak kecil itu mengangguk. Langsung tidak membantah. Aizul anak yang baik. Mujur anak lelakinya itu berperangai sepertinya. Tidak banyak kerenah. Pantas tangan mengambil tas tangan di atas meja solek. Dibelek barang di dalam beg itu. Kad pengenalan, buku bank, surat beranak Aizul dan semua dokumen penting lain ada di dalamnya. Kali ini dia perlu segera. Tidak perlu membawa barang lain. Dia boleh datang lain kali atau meminta sesiapa saja untuk menghantarnya kemudian. Yang penting, Hafiqah tidak sanggup bertemu dengan Hariez lagi. Empat tahun Hafiqah melarikan diri daripada Hariez. Empat tahun! Bukan satu tempoh masa yang pendek. Empat tahun juga Aizul dibesarkan sendiri bersama keluarga baru di Salang. Empat tahun juga dia berjaya membina Hafiqah yang baru. Empat tahun juga dia berjaya melupakan wajah lelaki itu yang senantiasa menemani mimpi malamnya. Namun, tempoh empat tahun itu nampaknya tidak berjaya membuatkan dia menghilangkan ketakutan yang ada dalam diri. Trauma dengan wajah Hariez. Trauma dengan mimpi ngeri yang Hariez hadiahkan kepadanya. Hilang semua keberanian yang dibina untuk berdepan dengan Hariez selama ini. Ibu nak pergi mana? Aizul pelik melihat ibunya berkemas-kemas dan membawanya ke pintu belakang. Sedang papa Kay ada di pintu hadapan lagi. Hafiqah berlutut di hadapan Aizul.Ibu nak bawa Aizul pergi jalan jauh. Tak mahu duduk sini lagi. Aizul sayang ibu kan?

282

Aizul mengangguk lagi. Mari sayang. Dengar cakap ibu ye? Aizul anak ibu yang baik. Diusap-usap rambut Aizul sebelum bangun dan mendukung tubuh kecil Aizul. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku Hafiqah menyusuri belakang rumah itu dengan penuh berhati-hati agar tidak didengari oleh sesiapa. Sedang Hariez, Fairez dan Kay, masih lagi melayani perasaan masing-masing dengan pelbagai tanggapan yang singgah, langsung tidak menyedari bahawa Hafiqah sudah semakin jauh meninggalkan mereka.

283

47

IRFAN masih asyik memerhatikan setiap tingkah laku wanita yang baru lalu di hadapannya tadi sehingga wanita itu tiba di hujung jeti. Rupa-rupanya itu adalah isteri Hariez dan wanita yang dicarinya selama bertahun-tahun ini. Tetapi kenapa pula wanita itu kelihatan begitu tergesa-gesa menuju ke jeti dan Hariez pula tiada mengekorinya? Adakah Hariez tahu tentang pemergiannya wanita bernama Hafiqah itu ke jeti? Pelbagai persoalan yang muncul tidak mampu dijawabnya. Aku dok pelik-pelik dekat sini sorang-sorang buat apa? Baik aku pergi cari diorang, mana tahu diorang pun tak tahu ke? Terus Irfan berlari mencari mereka. Hingga akhirnya berhenti di tengah jalan dan kemudian menepuk dahinya kuat-kuat. Bodoh betullah kau ni Irfan! Belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai otak. Telefon kan ada. Telefon je lah! Lagi cepat! Dengan tergesa-gesa dan nafas yang tercungapcungap nombor telefon Hariez didailnya. Hariez yang masih lagi setia menunggu bersama Kay dan Fariez tercari-cari telefonnya yang berdering. Baru dia perasan yang telefon itu terjatuh di atas tanah ketika ditumbuk Fariez tadi. Melompat terus untuk menjawab panggilan Irfan itu. Kau nak apa? Dijerkah Irfan. Terkedu mamat itu. Janganlah macam ni bos. Saya cuma nak tanya, bos dekat mana sebab saya nampak wife bos ada dekat jeti tu. Macam tengah tunggu bot. Malas nak ambil hati dengan cara Hariez, laju sahaja dia memberitahu. Mungkin sebab itu dia seorang sahaja yang mampu bertahan dengan cara Hariez sehingga tiga tahun bekerja.

284

Hah! Terus dibuka pintu rumah Hafiqah tanpa mempedulikan wajah Kay yang menyinga namun akhirnya turut sama mencari Hafiqah dan Aizul yang nyata sudah tiada lagi di dalam rumah itu. Kau make sure dia jangan naik mana-mana bot! Aku ke sana sekarang! Terasa bagai kaki sudah tidak berpijak di bumi yang nyata lagi. Langkah dipercepatkan agar segera tiba ke jeti. Jarak ke jeti dirasakan terlalu jauh. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Tidak dipedulikan juga Fariez dan Kay yang masing-masing turut sama berlari mengekorinya. Dari jauh, Hafiqah dan Aizul dilihat sedang duduk di atas bangku di tepi jeti. Semakin lama semakin jelas wajah itu. Wajah yang terlalu dirinduinya. Hanya, wajah itu langsung tidak berseri melihat dirinya yang semakin menghampiri lalu Hafiqah bangun bersama Aizul yang duduk di ribaan. Tolong jangan dekat saya lagi. Saya merayu sangat dengan encik. Dah cukuplah apa yang encik bagi pada saya selama ni. Saya tak mahu dah. Kan saya tak cari encik? Satu demi satu tapak diundurkan ke belakang. Afi jangan benda bodoh! Marah Kay yang turut sama tiba di jeti bersama dengan Fariez. Abang tak marahkan Afi sebab tipu abang. Cuma abang nak Afi jangan lari lagi. Tolonglah ye? Afi dah tak nak balik semula pada dia. Afi tak mahu! Abang tak tahu apa yang dia dah buat. Abang tak tahu! Seperti mahu gila Hafiqah rasakan saat ini. Aizul yang melihat ibunya sudah mula menangis turut sama menangis.

285

Fiqa, awak ingat janji saya pada awak? Yang saya tak akan tinggalkan awak lagi? Saya akan ada untuk melindungi awak. Ingat? Saya akan jaga awak Fiqa. Fariez, terlalu mudah untuk kau melafazkan janji yang tak mampu untuk kau ataupun aku tepati. Janji awak tu tak berguna Fariez untuk saya. Sebab saya dah berjanji pada dia untuk tidak muncul lagi dalam hidup orang yang dia kenal. Dalam hidup dia. Setapak lagi dia ke belakang. Fiqa, abang dah berubah. Abang sayangkan Fiqa. Abang nak Fiqa balik dengan abang. Abang nak kita hidup bersama semula. Abang nak bahagiakan Fiqa dan Aizul. Abang cintakan Fiqa! Tangan dihulurkan kepada Hafiqah. Semakin mendekati. Pergi mati dengan awak punya sayang encik Hariez! Air mata yang semakin laju bercucuran sudah tidak mampu lagi diseka. Masa kahwin dengan saya itulah yang awak canangkan pada orang! Tapi apa yang awak tunjukkan pada saya?! Apa yang awak bagi pada saya? Anak ni pun awak suruh gugurkan, kan? Kau! Fariez mencerlung kepadanya sebelum dia kembali focus kepada Hafiqah. Abang tak bermaksud macam tu! Abang bersalah pada Fiqa. Tapi abang dah berubah, sayang. Abang bersalah sebab tak percayakan perasaan abang ni. Abang- Tidak sempat dihabiskan kata, Hafiqah sudah memintas. Awak memang pandai berkata-kata depan orang encik Hariez. Awak cakap pada semua orang yang awak sayangkan saya. Tapi, hakikatnya, awak kahwin dengan saya sebab awak ego. Awak benci saya baik dengan Fariez. Saya ni kan perempuan murah yang hanya nakkan duit awak. Cukuplah. Dah cukuplah setakat ni saja. Tolonglah bagi saya ruang untuk bahagia dengan anak saya.

286

Anak kita Fiqa. Anak kita, sayang. Aizul anak ayah. Didepangkan tangan kepada Aizul. Cepat-cepat ditekap telinga Aizul agar tidak mendengar apa yang diucapkan Hariez. Dan Aizul memandang Hafiqah dan Hariez bersilih ganti. Langsung tidak difahami apa yang diucapkan oleh dua orang dewasa ini. Ayah? Hafiqah pejam mata. Setapak lagi dia ke belakang. Tangan yang memegang Aizul sudah mula dilepaskan. Tubuh yang berpijak bagai ringan ditolak angin laut. Tidak sedar, kaki itu sudah berada di hujung jeti. Setapak lagi ke belakang, bermakna Semuanya nampak berbalam-balam. Dan aku bukan lagi di atas. Kini aku jatuh jauh ke dalam. Aku juga ingin menikmati syurga, namun mampukah aku? Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku FIQA!!! Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya Terkunci kerna selalu terluka Ku ingin menjadi penutupnya Babak tentang pencarian cinta Aku untukmu sepanjang hayat

Hariez turut terjun ke dalam laut. Menyelam mendapatkan Hafiqah yang semakin jauh ke dalam. Tidak pandai berenangkah dia?

287

Tidak dipedulikan betapa dalamnya laut ini. Tidak dipedulikan betapa jauhnya Hafiqah pergi. Kali ini akan dikejar Hafiqah sampai dapat. Dan tubuh yang semakin jauh akhirnya berjaya digapai Hariez. Dipeluk dan dibawanya ke tangga jeti. Fariez dan Kay turut sama membantu. Irfan pula hanya berdiri di tepi menjaga Aizul yang sudah melalak melihat ibunya tidak sedarkan diri lagi. Beberapa orang pengunjung yang turut berada di jeti sama-sama memberikan bantuan. Semenjak tadi mereka hanya mampu melihat drama air mata itu tanpa berani untuk masuk campur. Namun, masing-masing jadi kaget apabila Hafiqah terjatuh ke dalam laut. Dibaringkan tubuh Hafiqah rata di atas papan. Hafiqah sudah tidak bernafas. Masing-masing sudah begitu takut. Takut kehilangan Hafiqah lagi, lebih teruk untuk selama-lamanya. Hariez tidak menunggu lama. CPR perlu dilakukan segera. Mujur semua itu pernah dipelajari semasa mengikuti aktiviti kolej. Dua tiga kali diulang langkah-langkah CPR. Dan akhirnya Hafiqah tersedak dan mengeluarkan air yang ditelannya tadi. Dengan rakus Hariez memeluk tubuh Hafiqah. Langsung tidak mengambil pusing orang ramai yang turut berada di situ. Syukur dengan bantuan yang Allah berikan kepadanya. Bersyukur dengan peluang yang dibukakan di depan mata. Antara dia dan Hafiqah. Terima kasih Allah!

288

48

BAJU sendat yang diberikan itu kelihatan terlalu seksi pada pandangan matanya. Walaupun dia sudah biasa berpakaian begitu, namun entah kenapa, dirinya sendiri tidak pernah gembira memakainya, apatah lagi apabila memikirkan tujuan pakaian itu diberikan. Apa pandang je? Nah, pakailah! Aku tunggu kau dekat bawah. Ada orang dah book kau malam ni. Turun dalam 15 minit lagi. Jangan lambat. Ada dua appointment untuk kau malam ni tahu? Joe terus keluar meninggalkannya sendirian bersama baju itu. Aimi memandang ke sekeliling bilik kecil itu. Terasa diri begitu jijik sekali. Inilah kesilapan yang paling besar dilakukan. Mungkin juga balasan untuk setiap yang dilakukan kepada Hafiqah dulu. Allah bayar cash kepadanya di dunia. Di akhirat belum tahu lagi apa pula balasan untuknya. Keluh Aimi. Namun, baju itu tetap digapainya dan dalam sekelip mata, baju di tubuh sudah berganti. Kerja ini bukan kerelaannya. Namun, dia sudah terjerat di dalam perangkap yang Joe sediakan untuk dirinya. Salahkan orang pun tak guna kalau aku sendiri yang bodoh pergi ikut dia dulu! Menyesal kini pun sudah tidak berguna lagi. Keluh kesah itu hanya berpusingpusing di dalam minda. Kalau diluahkan kepada Joe, pasti tidak akan membawa apa-apa perbezaan. Joe manusia tidak berhati, binatang yang bertopengkan manusia. Kejam! Hoi! Cepat sikit! Orang bayar bukan untuk tunggu kau tau! Nanti komisen aku kena tolak siap kau! Ugut Joe sedang tangannya pula begitu ganas mengetuk pintu.

289

Aku dah siap ni! Kejap-kejap! Tidak berani menjawab panggilan Joe kasarkasar. Nanti habis dia tidak dapat bekerja. Bukan duit yang dia dapat, bahkan hanya pukulan kejam Joe ke atas tubuhnya saja yang dihadiahkan. Macam nilah baru ada orang selera nak makan kau. Macam ni baru boleh cari duit. Sengihan Joe begitu menjengkelkan di pandangan mata Aimi. Ditambah pula dengan matanya yang meliar menilik setiap inci tubuhnya dari atas ke bawah. Aimi jadi malu pula dilihat begitu. Ah, tak payah nak malu-malu dengan aku sangat! Aku dah tengok lebih dari tu pun! Sekarang, kau pergi bilik nombor 2-1. Orang tua tu dah tunggu kau. Malam ni dia bayar empat ratus. Pukul tiga keluar. Next customer pulak! Begitu sinis, dan arahan yang diberikan kepadanya seolah-olah kerjanya amat mudah. Namun, Aimi akur. Untuk melarikan diri dari tempat ini tidak mungkin baginya. Orang-orang Joe sentiasa ada di setiap pintu masuk. Bahkan, polis dan badan pencegah maksiat juga tidak dapat mengesan kegiatan pelacuran yang dijalankannya. Manakan tidak, pemilik hotel ini adalah tuan punya kelab pelacuran ini. Dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh check-in di hotel murahan ini. Sepanjang masa full, kecuali kepada orang-orang yang telah menjadi pelanggan tetap mereka. Dengan langkah yang tidak bersemangat, Aimi menghalakan tujuannya ke bilik bernombor 2-1 itu. Dia tahu siapa pelanggan yang dimaksudkan itu. Tidak lain dan tidak bukan pasti orang tua tidak sedar diri itu. Orang tua yang sudah boleh dianggap datuk kepadanya. Namun, kekayaan orang tua itu yang membuatkan dia dihormati oleh orangorang Joe.

290

Pintu itu dibuka. Orang Kaya Masiron sedang berbaring di atas katil menunggunya. Jijik sungguh Aimi melihat perlakuan orang tua kutuk itu! Tidak ada rasa bersalahkah dia melakukan dosa ini sedang anak dan isterinya di rumah menunggu kepulangannya yang sedang enak diulit wanita muda seperti dia? Secara paksa, senyuman dilemparkan kepada Masiron. Dah lama tunggu? Sorry, lambat. Emi baru bersiap. Cantik tak Emi malam ni? Sambil tubuh berpusing-pusing di hadapan Masiron. Bagai hendak tersembul biji mata tua itu melihat susuk tubuh Aimi yang menggiurkan nafsu tuanya. Baru sahaja Aimi hendak membuka zip bajunya, bunyi kecoh dari luar membatalkan niatnya. Segera dia membuka pintu. Polis! Masiron kelam-kabut mencapai baju yang sudah ditanggalkan tadi. Dalam keadaan yang kalut itu, Aimi yang berada di pintu dirempuh oleh mereka daripada luar. Langsung jatuh terduduk. Manakala Masiron sudah pucat lesi kerana tidak dapat melarikan diri lagi. Seorang wanita dan dua orang lelaki yang masing-masing berlagak seperti pegawai polis sudahpun masuk ke dalam bilik mereka. Masiron yang sudah malu mula menutup muka dengan kemeja yang tidak sempat dipakai. Dah kena tangkap macam ni baru nak malu. Nak buat dosa tak malu pula! Cik boleh bagi kad pengenalan? Aimi angkat muka. Kad pengenalan saya tak ada pada saya puan. Jujur jawapan Aimi. Tetapi tidak pasti sama ada jawapan itu boleh diterima ataupun tidak oleh pegawai wanita itu. Memang tak ada kad pengenalan ke? Awak ni pendatang ke? Sinis. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan jawapan yang diberikan oleh pendatang tanpa izin yang

291

menyamar sebagai rakyat Malaysia. Aimi langsung tidak terasa dengan soalan sinis itu. Hatinya sudah lama mati untuk terasa hati. Kad pengenalan saya pada tauke. Pada Joe. Kalau nak nombor IC saya boleh bagi. Aimi sebenarnya bersyukur dengan ambush yang dilakukan malam ini. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan dia. Tidak sia-sia dia kembali bersolat, walaupun tidak yakin sama ada amalannya itu diterima Allah ataupun tidak. Itu jugalah yang diherdik Joe semasa dia mula-mula kembali bersolat dulu. Awak isi borang ni. Saya nak dapatkan keterangan awak. Sarjan, boleh bawa si tua ni keluar? Lelaki yang dipanggil Sarjan itu mengangguk dan terus membawa Masiron keluar dari bilik itu meninggalkan Aimi dan pegawai wanita itu. Sebaik pintu bilik itu ditutup, Aimi terus menangis di dalam dakapan pegawai wanita itu. Betapa bersyukurnya dia kerana akhrinya ditunjukkan jalan keluar dari sini. Terima kasih puan. Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya tak tahu macam mana lagi cara untuk keluar dari sini. Saya tak tahu berapa lama lagi saya akan terus berada di sini. Terima kasih sebab bantu saya. Tersedu-sedu Aimi menangis. Tugas kami memang untuk membantu semua rakyat Malaysia. Cuma ramai yang tak tahu. Sudahlah. Biar kami bawa awak ke balai dulu. Keluar dari tempat ni. Kalau nak hukum saya masuk dalam penjara pun tak apa puan. Yang penting saya bebas dari maksiat ni. Saya dah tak sanggup lagi nak terus hidup macam ni. Cahaya petunjuk sudah hampir dapat dilihatnya. Aimi bersyukur kerana diberikan peluang kedua untuknya. Semoga ada peluang kedua untuk Hafiqah turut sama mengecapi bahagia yang pernah dihancurkannya dahulu.

292

*************************** WAJAH yang dilihat di sebalik cermin itu dipandangnya berulang kali. Bagai tidak percaya apa yang dilihatnya. Tadi cuma membaca pada borang yang dibawakan oleh Inspektor Atikah kepadanya sahaja. Namun kini, dia dapat melihat secara live wanita itu di dalam bilik di hadapannya. Semenjak tadi Aimi tidak henti-henti mengesat air matanya yang bagaikan tidak pernah kering itu. Sehingga lahir perasaan simpati kepada wanita yang pernah ditinggalkan itu. Berjumpa untuk sehari dan kemudian ditinggalkan untuk selamalamanya. Ternyata ada hikmahnya dia tidak dapat kerja dapat bidang yang dipelajari namun masuk ke bidang polis sekarang ini. Kesian budak ni. Dia kena tipu dengan Joe. Kad pengenalan budak ni pun pada dia. Aku nak declarekan dia punya IC hilang je. Biar boleh buat IC baru. Inspektor Atikah yang berusia dua tahun lebih tua darinya itu berdiri di sebelahnya. Semenjak tadi dia perasaan Zulkifli tidak henti-henti merenung Aimi. Siapa suruh dia ikut si Joe tu? Senang sangat kena tipu. Inilah perempuan, kena ayat sikit dah mudah-mudah ikut orang lelaki. Kesudahannya, bukan jadi isteri, jadi pelacur adalah! Selamba sahaja dia menghamburkan kemarahannya. Dia sendiri tahu betapa bodohnya Aimi dalam berkenalan dengan lelaki. Begitu mudah mengikut mereka walaupun baru dikenali sehari dua. Itu tidak bermakna, dia tidak ada perasaan belas kasihan dengan nasib yang menimpa teman itu. Ada orang nasib dia baik Zul. Ada orang nasib dia sebaliknya. Kalau kita nak sentiasa berada di atas, kita kena hentikan masa. Tetapi sampai bila kan? Akan ada masa, orang yang berada di bawah, yang dah lama ditindas tu akan naik semula ke atas. Cuma,

293

yang membezakan tu adalah keupayaan kita sendiri dalam hidup. Kalau kita ada peluang dan jalan, rajin mengayuh, cepatlah kita naik. Cuma bila dah sampai ke atas tu jangan lupa diri, sebab bila-bila masa kita boleh turun semula ke bawah. Inspektor Atikah, tidak pernah lokek dengan falsafah hidupnya yang panjang berjela tu. Baik puan! Dan pintu bilik Aimi berada dibuka. Aimi yang baru mengangkat muka cepat-cepat menundukkan kepalanya kembali. Malu dirasakan sudah menyelubungi diri. Tidak menyangka lelaki ini muncul kembali. Lama ditunggu, dan munculnya pula pada masa yang tidak diingini. Assalamualaikum Aimi. Waalaikumussalam. Ingat saya lagi? Hm. Tidak mengangguk dan tidak pula dia menggeleng. Hanya sepatah itu jawapannya. Awak apa khabar? Tidak tahu soalan apa yang harus diberikan. Sedang diri sendiri sudah tahu jawapan untuk soalannya tadi. Kalau awak datang ni sekadar untuk mencemuh atau menghina saya, saya harap awak boleh keluar. Saya pun tak berharap untuk jumpa awak di sini. Aimi m asih kekal dengan posisi yang sama. Look here, Aimi. Saya pegawai yang bertanggungjawab untuk kes awak. Saya dan Inspektor Atikah. Niat saya nak bantu awak, bukan nak menghina awak. Cuma saya tak faham, macam mana awak boleh terjebak dengan kes ni? Awak tahu tak, bertahuntahun polis nak tangkap si Joe tu? Macam manalah awak boleh percayakan dia tu? Awak memang tak pernah belajar daripada kesilapan kan Aimi?

294

Entah kenapa dia begitu terasa dengan ucapan Zulkifli. Semenjak ditipu Joe, hatinya sudah tidak betah untuk marah, ataupun merajuk. Semua perangai kebudakbudakannya hilang sama sekali. Tetapi, kali ini, dia jadi begitu rapuh. Dia sudah berubah. Dan dia ingin terus berubah. Berubah jadi Aimi yang lebih baik. Tetapi, bolehkah dia berubah dengan pandangan masyarakat seperti Zulkifli? Yang akan terus-terusan mengungkit kesilapan masa lalunya? Tidakkah mereka terlalu prejudis untuk manusia sepertinya yang ingin berubah? Saya memang bodoh Zul. Dah lama saya akui kebodohan saya semenjak awak tinggalkan saya lepas saya bawa awak balik ke rumah saya tu. Awak yang bawa Haziq kan? Cuma saya tak sempat ucapkan terima kasih pada kebijaksaan awak tu. Awak buka peluang untuk saya kenal dunia yang kejam ni. Kenalkan saya dengan semua kejahatan yang saya dah buat. Dan bagi peluang untuk saya ubah diri saya. Semua tu terima kasih pada awak. Like people say, everything happened for a reason kan? Inilah hikmahnya untuk saya. Supaya saya kembali pulang ke jalan yang benar dan kejam pada orang lain. Setiap benda yang kita buat pasti ada balasannya. Zulkifli pula yang terdiam kali ini. Tidak menyangka kata-kata seumpama itu lahir dari mulut Aimi. Jauh berbeza dengan Aimi yang dikenali itu. Aimi kali ini tampak lebih matang dan lebih waras. Kalau boleh, saya nak minta Inspektor Atikah yang jaga kes saya. Boleh? Zulkifli sekadar mengangguk sebelum dia bangun dan keluar daripada bilik itu.

295

49

IRFAN menghampiri Hafiqah yang sedang duduk bersendirian di tepi pantai sambil menemani Aizul bermain ombak sendirian. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa kelihatan begitu ceria, hanya yang dia tahu, ibunya menemaninya bermain-main pantai petang ini. Hafiqah menoleh sekilas. Lelaki yang kian menghampirinya itu tidak dikenali. Bukan di kalangan rakan-rakan Hariez ataupun Fariez. Entah, dia tidak tahu. Dan dia juga tidak mahu ambil tahu. Boleh duduk sini? Memandang sekilas dan tanpa menjawab soalan yang diajukan, pandangan dialihkan kembali kepada Aizul. Gembira sungguh Aizul. Ibu sayang Aizul, dunia ibu hanya ada Aizul seorang, sayang! Tanpa mempedulikan soalannya tidak berjawab, Irfan duduk di sebelah Hafiqah. Mesti tenang tinggal dekat sini. Dah lama awak duduk sini? Apa pulak mamat ni nak dengan aku? Tak ada mood lah nak layan dia ni! Hafiqah terasa seperti ingin segera bangkit, namun ditahankan sahaja perasaan yang berbaur itu. Well, saya bukanlah orang yang suka jaga tepi kain orang ke apa. Saya pun bukan kenal awak. Cuma sepanjang saya kenal Hariez, dia memang ego. Tapi, sebagai seorang lelaki, dia terlalu setia sampai setiap hujung minggu dan cuti yang ada akan dihabiskan untuk mencari awak. Irfan menarik nafas panjang. Melihat Hafiqah kekal tiada reaksi, Irfan menyambung lagi. Saya tak tahu pun awak ni isteri dia. Saya ingatkan dia cari girlfriend ataupun kawan sekolah lama dia.

296

Tiada gambar sebagai rujukan, tapi dia tak pernah putus asa. And for your info, dia tak pernah merambu ataupun keluar dengan mana-mana perempuan pun. PA dia pun semuanya lelaki. Penjelasan itu hanya mampu membuatkan Hafiqah mengeluh. Hanya Irfan tidak pasti keluhan itu untuk apa. Wanita itu hanya diam membisu seribu bahasa. Dia ni memang tak ada sixth sense ke? Dia tak perasan ke aku memang tak nak layan dia? Hafiqah sudah menayangkan wajah bosan. Berapa lama awak kenal dia? Lebih kurang tiga tahun. Jawab Irfan. Tiga tahun, dan awak tak tahu tentang perkahwinan kami? Sinis sungguh soalan itu untuknya. Maknanya awak tak adalah kenal dia sedalam saya kenal dia. Awak kenal dia dah lama? In only six months, I realized how cruel he is, how bad he is, and I lived as his wife for only three weeks! And you wanna know the best part is? He marries me just because he wants to pay his revenges! Awak tak tahu betapa sengsaranya hidup saya. Awak tahu macam mana kami berkahwin? Tahu? You dont, so will never understand what I had gone through these past few years! Kemarahan itu bukan untuk Irfan. Cuma dia perlu luahkannya. Hatinya terlalu banyak bersabar. Selama ini dia hanya menerima kesalahan terletak di pundaknya. Namun, kenyataan dari Irfan seolah-olah dia lari dari Hariez tanpa memikirkan kesetiaan Hariez. Peduli apa aku dengan dia punya setia?! People change with time, Hafiqah. So do you. Dia sanggup ke sana ke mari mencari awak. Saya tahu dia sangat-sangat sayangkan awak walaupun dia tak pernah

297

ucapkan pada saya. Tapi, saya tahu betapa dalamnya cinta Hariez pada awak. Padanya, hati Hafiqah terlalu beku untuk kembali menerima Hariez. Tak payahlah awak nak cuba pujuk saya lagi. Awak pun bukannya kenal saya. Jadi, saya rasa awak tak berhak nak berikan pendapat awak yang baik tu tentang Hariez. Thanks, but no thanks. I do appreciate your concern. Hafiqah cuba bangun, namun tangan Irfan selamba menarik tangannya duduk kembali. HEI! Mind your attitude! Mencerlung matanya menikam ke dalam anak mata Irfan. Terpana Irfan seketika. Kecut juga melihat wajah Hafiqah yang sudah merona merah. Walau apa pun dia tu suami awak! Tak masuk syurga tahu perempuan yang nusyuz pada suami! Tak guna awak buat amal semua tapi tak taat pada suami sendiri. Dan if your still not aware, Aizul tetap darah daging Hariez tau! Awak tak boleh sembunyikan fakta tu. Tidak selagi awak bergelar isteri dia! Tazkirah perlu diberikan bagi menyedarkan wanita yang degil ini. Selama mana Hafiqah mahu bersikap keras hati seperti ini? Sejauh mana dia mahu terus-terusan marahkan Hariez? Apa hak dia nak marahkan aku? Apa hak dia untuk tentukan aku masuk syurga ataupun tidak? Dia siapa untuk menilai hidup aku?? Marah sungguh Hafiqah kepada Irfan. Aizul mari balik sayang! Dipanggil Aizul supaya segera datang kepadanya. Cepat-cepat Aizul tiba dengan seluar dan baju yang sudah basah kuyup. Tanpa mempedulikan baju yang sudah basah itu, Hafiqah terus mendukung Aizul. Tergelak kesukaan Aizul apabila didukung ibunya. Seronok sungguh hari ini. Dia ada

298

ibu, dia ada kawan baru, dan dia juga sudah punya ayah sama seperti teman-temannya yang lain. Bila ayah nak jumpa Aizul, ibu? Soalan itu membuatkan langkah Hafiqah terhenti. Diturunkan Aizul ke tanah sedang dia sudah mencangkung menatap wajah Aizul. Aizul sayang ibu? Pantas Aizul mengangguk. Aizul suka ada ibu dekat dengan Aizul? Mengangguk lagi. Aizul sayang ibu. Satu ciuman dikucupkan ke pipi Hafiqah. Aizul nak ayah? Angguk lagi. Aizul sedih tak kalau ibu kata yang Aizul tak ada ayah? Terdiam. Namun, riak wajah Aizul sudah berubah. Tidak seceria tadi. Kawan-kawan Aizul semua ada ayah. Tu! Jari telunjuk dihalakan ke tepi pantai. Beberapa anak kecil sedang gembira bermain bersama ayah dan ibu mereka. Hafiqah terkesima. Air mata sudah mula bergenang. Terlalu pentingkan dirikah aku sehingga melupakan apa yang dirasakan Aizul? Tapi, Aizul tak nak ibu sedih-sedih lagi. Tak apa, ibu jangan nangis-nangis lagi. Aizul tak kisah tak ada ayah sebab ayah jahat. Ayah asyik buat ibu menangis je. Aizul tak nak ayah. Aizul nak ibu je. Tubuh ibunya dipeluk erat. Sedang air mata Hafiqah sudah tidak mampu ditahan lagi. Mencurah jatuh laju ke bumi. Ibu juga sayangkan Aizul. Terlalu sayangkan Aizul. Aizul lah pengarang jantung hati ibu. Aizul satu-satunya harta yang ibu ada.

299

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang perwira yang sentiasa membahagiakan aku. Terima kasih untuk cahaya yang Kau anugerahkan dalam hidupku yang sentiasa diselubungi kegelapan ini, Ya Allah

300

50

KAU tahu Hariez, aku rasa macam aku nak tumbuk muka kau tu sampai pecah je sekarang ni. Tapi, aku sedar, semua tu tak akan selesaikan semua yang berlaku. Antara kau dan aku, antara aku dah Fiqa dan antara kau dan Fiqa. Hubungan kau dah Fiqa terlalu complicated. Dan aku tahu, yang aku tak akan dapat Fiqa walau apa pun caranya selagi kau tak lepaskan dia. Fariez ditenung. Tiba-tiba petang ini Fariez ingin menemuinya setelah begitu lama mereka tidak berbual seperti sahabat yang akrab. Jadi? Aku cuma nak kau cakap jujur dengan aku. Aku nakkan hubungan kita yang dulu semula cuma aku tak boleh terima apa yang kau dah lakukan selama ni. Jujur aku memang akui yang aku memang sayangkan dia dan aku memang nak melamar dia malam tu. Cuma apa yang kau buat, lebih pantas daripada apa yang aku rancangkan. Hariez telan liur. Fariez sedang meluahkan perasaan kepadanya. Kau tak kisah kalau waktu tu dia tipu kau? Aku tak pernah percaya apa yang kau cakapkan. Aku percaya apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Cuma aku tak sangka, kau sebagai kawan aku sanggup tikam aku macam tu sekali. Sebenarnya, hatinya sakit dengan apa yang dirasakan. Lebih-lebih lagi dengan apa yang bakal diluahkan kepada Hariez sebentar lagi. Kau salah tentang aku Fariez. Aku tak pernah pun terlintas nak tikam kawan aku macam yang kau selalu anggap tu. Aku sebenarnya tak tahu apa yang terjadi pada diri aku. Lama baru aku sedar lepas aku kehilangan dia, yang selama ni apa yang aku rasa

301

adalah perasaan cemburu semata-mata. Cemburu bila aku tahu yang kau sukakan dia, dan dia juga ada perasaan yang sama dengan kau. Hariez mengeluh seketika. Kau tak tahu, betapa marahnya aku bila aku tahu tentang masa silam dia yang tak pasti tu. Aku dengar daripada mulut kawan dia. Dan aku jadi makin keliru bila dia tak nak berterus terang dengan aku. Aku tak boleh percayakan dia macam waktu mula-mula kita kenal dia. Aku tahu, mesti kau nak kata betapa bodohnya aku sebab percayakan apa yang orang lain katakan pada aku. Ego aku terlalu kuat, Fariez. Aku cuma nak dia gembira bila dia di samping aku. Tapi, aku tak pernah akui yang aku memang sukakan dia daripada mula aku bawa dia dalam hidup aku. Aku hanya iktiraf dia bila dia pergi. Bawa pergi separuh dari hidup aku bersama dia. Dan kau pasti membenci aku Fariez. Sebab aku memang cintakan dia, lebih dari kau mencintai dia. Kau tak tipu aku macam dulu? Kali ini dia akan beralah lagi. Beralah untuk kali kedua dengan Hariez. Aku memang cintakan dia. Dari mula sehingga kini, dan aku tak akan lepaskan dia. Sampai bila-bila. Aku tak akan kejar dia lagi untuk diri aku. Sebagai orang yang sayangkan dia, aku minta kau sebagai kawan yang aku paling hargai dalam hidup aku, jangan sia-siakan hidup dia. Dia dan Aizul. Aku akan sentiasa perhatikan dia, sebagai guardian angel, dan aku tak akan pergi jauh. Sekali lagi, kalau kau lukakan hati orang yang aku cintai, dan aku tak akan biarkan dia kembali pada kau semula. Begitu sukar untuk dia merelakan Hafiqah kembali ke sisi Hariez. Kerana, Hafiqah tidak pernah jadi miliknya. Dan tidak mungkin akan menjadi miliknya, mungkin untuk suatu tempoh yang lama. Andai ada jodoh antara kita, pasti kita akan disatukan juga.

302

Thanks friend. Aku tak akan ulang kesilapan dulu lagi. Janji aku pada kau, kalau aku jahat lagi, kau boleh buat apa saja pada aku. But please, dont take my wife and my son. Fariez mengangguk. Kata-kata itu telah dilafazkan. Namun, mampukah dia hanya untuk melihat insan yang dicintai berbahagia di hadapan mata bersama teman baik sendiri? Cinta itu kita yang corakkan. Cinta itu milik kita. Namun, cinta tidak semestinya kita memiliki.

***************************** So, how is your engagement, bro? Hariez Hmnot sure. 50-50. Hafiz Meaning? Hariez Its all about our parents and her parents. Aku tak pasti betul ke pilihan yang aku buat ni. Hafiz You should take your time to really know her. I had mine. And I already had enough. Time to be real. Hariez Telefon terus berdering. Hariez senyum. Yes bro! Congrats! Haha, belum lagi. Tunggu majlis yang lebih besar. Kalau yang ni pun dah besar, yang actual punya majlis kahwin aku tak tahu macam mana nanti. Hafiz tergelak. Baru tiba di Villa Kasih setelah setengah hari bertandang ke Teratak Cahaya sempena majlis pertunangannya dengan Alisa. Hai, Alisa Keluh Hafiz.

303

Untung tak buat majlis macam Hariez punya? Thinking about having me as your wedding planner? Tawa Hariez dan Hafiz bersatu. No, no, not in your dreams la brother! Sedang cuba untuk meredakan tawanya. Kembali semula kepada motif utama panggilan telefon kepada Hariez. You sound so happy today. Anything happy happened recently out of my knowledge? Well, macam-macam. Terlalu banyak. Tak terkira dengan kalkulator. Masih cuba untuk berahsia. Iyalah tu! Kau tu bukannya boleh percaya. Buat benda pelik-pelik je. Dulu bawa balik orang gaji. Lepas tu, diam-diam kau nak kahwin dengan orang gaji pulak! Sekarang ni entah apa pula yang buat kau happy sangat tu. Ke kau dah jumpa orang gaji yang kau kahwin tu? Hafiz masih terbiasa memanggil Hafiqah dengan panggilan orang gaji. Masakan tidak, dia sendiri pun jarang bertemu dengan Hafiqah. Pulang ke Villa Kasih pun sekali sekala cuma. Tup-tup dapat berita ketika dia sedang belajar, yang Hariez telah berkahwin dengan Hafiqah. Dan kembali sekali lagi, Hafiqah sudah melarikan diri daripada Hariez. Apa-apa sahajalah yang terjadi dengan hidup adik yang seorang itu! Bingo! Tidak dapat Hariez gambarkan perasaan gembiranya saat ini kerana telah berjaya menemukan Hafiqah semula dalam hidupnya. What?! Tersembur air yang baru diminumnya. Habis bersepah ke lantai. Airin yang kebetulan turun ke dapur terkejut dengan perangainya itu. Abang Hafiz ni dah kenapa? Hafiz hanya tersengih.

304

Airin ke tu bro? Dont tell her anything. Not until I bring her back myself. Hafiz mengangguk. Dia tidak menyebelahi sesiapa. Tidak di pihak Hariez dan tidak juga di pihak Airin. Dia mengamalkan dasar berkecuali. Okey. Cuma bila tu kau nak balik? Minggu depan. Hariez ingat nak extend cuti panjang sikit dengan papa. Tapi tak sempat nak inform dia. Nak minta tolong aku lah tu sampaikan pada papa. Kambing betul budak ni! Dah tentu-tentu lah papa tu bos dia, bukan bos aku pun! Thanks bro! Tengoklah tu! Aku tak bagi jawapan pun dia dah ucap terima kasih. Hafiz sekadar mampu menggelengkan kepala dengan sikap Hariez.

**************** SELESAI menidurkan Aizul tadi, Hafiqah keluar sendirian menuju ke jeti. Beberapa orang pengunjung yang kelihatan sedang memancing tersenyum melihat dirinya. Sudah kenal benar dengan wanita yang mudah menguntumkan senyuman kepada setiap orang yang ditemuinya. Duduk di bangku tua menghadap laut. Memerhatikan beberapa orang kanakkanak yang sedang asyik menaburkan roti ke dalam laut untuk dimakan ikan. Dia juga sering mengajarkan benda yang sama kepada Aizul. Tiada bezanya dengan mereka. Semenjak kemunculan semula masa lalunya, Hafiqah sukar sekali untuk berasa tenang seperti selalu. Tidur malamnya juga diganggu mimpi tragis itu. Namun, pasti akan diakhiri dengan mimpi yang sama lagi.

305

Afi dah tak sama macam selalu. Kay yang muncul tiba-tiba bersuara lalu duduk di sebelah Hafiqah. Langsung Hafiqah tidak sedar bila masa Kay tiba di situ sedangkan Kay memang mengekori sejak dari mula dia keluar dari rumahnya. Kenapa cakap macam tu? Kay menjungkitkan bahu. Selalu Afi ceria. Happy go lucky. Marah-marah pun still boleh senyum lagi. Tapi sekarang ni, Afi senyap je. Kembali jadi Afi yang abang baru kenal dulu. Hafiqah melepaskan keluhan yang amat berat. Memang benar kenyataan Kay itu. Semuanya berlaku secara drastik sehingga dia tiada peluang untuk bersedia, dari segi mental dan juga fizikal. Bahagian mana je yang Afi ceritakan pada abang tentang hidup Afi tu betul? Dia mengharapkan penjelasan Hafiqah. Walaupun niat di hati tidak mahu memaksa, tetapi dia ada hak untuk tahu tentang kebenaran itu. Everything about my life is a lie except for the part about Aizul. Dia memang tak mahukan Aizul. Hafiqah memalingkan wajah daripada memandang Kay. Dia malu sebenarnya apabila Kay kini tahu tentang semua penipuan itu. Cerita tentang mak mertua yang cari Afi sampai tempat kerja tu semua tipulah ya? Kenapa Afi tak nak ceritakan pada abang perkara yang sebenarnya? Afi rasa abang tak akan terima Afi? Wajah sisi tepi Hafiqah dipandang lama. Afi tak mahu terus terbeban dengan kisah tu kalau Afi ceritakan perkara yang sebenarnya. Afi nak lupakan semua yang terjadi dalam hidup Afi tu. Jadi macam mana Afi nak lupakan kalau Afi bagi orang lain tahu dan kisah ni tak berkesudahan? Rasa bersalah yang menggunung tidak pernah pergi. Sehingga dia tidak sanggup untuk bersemuka dengan Kay lagi.

306

Afi sedar tak yang Afi dah bagi abang harapan palsu selama empat tahun ni? Abang sanggup untuk terima Afi dan Aizul jadi sebahagian daripada hidup abang. Abang nak kita bina keluarga kita. Patutlah Afi sentiasa menolak. Rupa-rupanya Afi tak pernah dibebaskan. Kalau Hariez tak datang ke sini, sampai bila-bila pun memang abang tak akan tahu tentang Afi yang masih lagi milik orang. Betapa kecewanya dia. Bunga yang diangan-angankan rupanya masih isteri orang. Dia umpama pungguk yang menantikan bulan jatuh ke riba. Matanya sudah memerah. Hidung sudah berair. Namun, bagi Hafiqah, tidak perlu dia menjelaskan lagi. Kasih sayang lelaki bernama Khairul Amri itu terlalu sarat untuknya. Tak diluahkan pun, dia sudah dapat merasakan dan melihatnya. Keikhlasan hatinya tidak ada tolok bandingan dengan mana-mana lelaki yang pernah dikenali selama ini. Terlalu istimewa lelaki ini dalam hidupnya. Afi minta maaf. Kalaulah Afi tahu, tak mungkin Afi akan terima tawaran yang abang bagi pada Afi. Semakin diseka air mata itu, semakin deras pula ia mengalir. Entahlah Afi. Abang tak boleh buang perasaan sayang abang pada Afi. Apatah lagi nak buang Afi dari hidup abang. Tapi, untuk memiliki Afi, itu juga tak mungkin. Rasa kesakitan dalam dada, menghilang apabila kau berada. Abang tahu, empat tahun Afi di sini, adalah waktu yang paling membahagiakan Afi. Sampai Afi kadang-kala terlupa siapa Afi sebenarnya. Abang terlalu menghargai Afi, sedangkan Afi tahu yang Afi tak layak untuk abang. Dan bila Afi terlupa, kehadiran Aizul sebenarnya menyedarkan Afi yang Afi ini masih isteri orang. Cuma Afi tak sedar, harapan palsu yang Afi dah bagi pada abang sepanjang mengenali Afi.

307

Dan kali ini, Kay pula yang tidak sanggup untuk memandang wajah Hafiqah. Patah seribu hatinya. Sayang, namun tidak kesampaian. Cinta namun tidak memiliki. Milik siapakah cintamu Hafiqah? Hanya bunyi laut yang menghempas jeti kedengaran nyata. Tiada kata yang terluah lagi. Masing-masing dengan hati sendiri. Walau apapun, abang rasa, Afi masih isteri dia dan sebaik-baiknya Afi kembalilah pada Hariez. Abang doakan Afi akan bahagia dengan hidup Afi. Dan seandainya suatu masa, Afi nak kembali kepada abang, abang akan tunggu Afi di sini. Selesai mengucapkan ayat itu, Kay bangun meninggalkan Hafiqah menafsirkan sendiri kata-katanya tadi.

308

51

PAPA! Aizul menjerit kegirangan sambil berlari menuju ke arah Kay. Kay tersenyum senang, mendepakan tangan lalu menangkap tubuh Aizul ke dalam dakapannya. Hafiqah hanya sekadar menggelengkan kepala melihat kenakalan Aizul. Anak papa ni dah makan belum? Aizul menggeleng. Belum lagi? Habis tu ibu pun mesti belum makan, kan? Cuba meneka. Belum. Aizul teman ibu pergi chalet. Banyak kain ibu basuh. Kasihan ibu. Kepala dilentokkan ke bahu Kay. Kay senyum lagi. Aizul sememangnya manja. Dia sendiri pun memang berharap untuk menjadikan mereka keluarganya. Nampaknya, hajat itu terpaksa dibatalkan. Iya? Okey, jom papa teman Aizul makan dengan ibu ye? Berpaling dan terpandangkan wajah Hariez yang sedang merenung mereka. Mungkin cemburu melihat kemesraan mereka. Aizul tak nak duduk dengan ayah Aizul? Aizul menggelengkan kepala. Air mukanya yang sebentar tadi begitu ceria serta merta berubah apabila melihat Hariez. Kenapa? Aizul tak suka ayah. Ayah buat ibu menangis. Malam-malam pun ibu menangis. Dulu ibu tak nangis pun. Aizul tak suka. Kepala dipalingkan daripada menghadap Hariez. Tersentap jiwa Hariez mendengarkan pengakuan Aizul. Lantas menoleh ke arah Hafiqah yang turut sama sedang memandangnya. Mata mereka bertemu, kata tak terluah. Perasaan yang ada semakin sukar untuk digambarkan.

309

Ayah pun tak suka Aizul. Kalau suka mesti dia dah cari Aizul. Nyat a dan jelas, Hariez tidak dapat menggambarkan perasaannya saat ini. Habis tu, Aizul tak nak ayah? Tanya Kay. Aizul terdiam. Hendak diluah mati emak, ditelan mati bapa. Dia juga inginkan seorang ayah. Terkadang cemburu melihat teman-teman bersama ibu dan ayah mereka menemani bermain di pantai. Sedang dia seringkali bermain seorang diri tanpa ibu yang sibuk bekerja dan kadangkala hanya ditemani Acik Erni. Tetapi, untuk melihat ibunya saban malam menangis kerana ayah, dia juga tidak mahu. Dia lebih sayangkan ibu. Air mata sudah mula bertakung di tabir mata Hafiqah. Anak itu terlalu tulus. Terasa dia seorang yang terlalu mementingkan diri. Selama ini dia melarikan diri, bersama hanya Aizul. Hidup mereka hanya berdua. Tanpa Hariez. Setapak demi setapak langkah diatur mendekati Aizul. Mengambil Aizul dari dukungan Kay. Dan meletakkan tubuh itu ke bawah. Hafiqah sendiri sudah berlutut menghadap Aizul. Tanpa disangka-sangka, tangan comel itu ditekapkan ke wajah Hafiqah dan mengesat air mata yang sudah mula berjuraian. Aizul nak ayah? Aizul tunduk. Hendak tetapi tidak mahu melukakan hati ibu. Tapi ayah tak sayang Aizul. Air mata turut mengalir di pipi yang polos itu. Tak, ayah sayang Aizul. Ayah pun sayangkan ibu. Ayah nak Aizul dengan ibu ikut ayah balik rumah. Hariez sudah turut berlutut di tepi Hafiqah. Digenggam tangan kiri Hafiqah. Hafiqah ingin menariknya kembali, namun di hadapan Aizul, dia hanya merelakan. Tapi ibu tak suka ayah! Tengok, ibu nangis lagi.

310

Cepat-cepat Hafiqah menyeka air mata yang mengalir laju. Dikuntumkan sebuah senyuman kepada Aizul. Tak, ibu suka. Tengok ni ayah pegang tangan ibu. Ibu menangis sebab ibu gembira sayang. Ibu gembira ayah datang untuk bawa kita pulang. Sebab ayah sayangkan kita. Sayang ibu, sayang Aizul. Hariez bahagia. Dipeluk tubuh Hafiqah dan dikucup dahinya. Kay sejak tadi hanya berdiri tegak. Dia terlalu cemburu melihat kemesraan itu. Ingin sahaja dia berlalu, meninggalkan mereka. Mujur tiada orang pada waktu seperti ini. Kebetulan dia, Hariez dan Fariez sedang mengadakan perbincangan di pondok kecil ini. Menyebut tentang Fariez, barulah Kay tersedar tentang kewujudan Fariez di situ. Fariez berundur setapak demi setapak ke belakang, dan akhirnya berlalu pergi. Kay turut mengekori. Meninggalkan Hafiqah, Hariez dan Aizul untuk menikmati saatsaat bahagia mereka bersama. Fariez! Langkah Fariez terhenti. Serentak itu dia berpaling. Kau okey? Dan Kay amat pasti ia adalah yang sebaliknya. Kau rasa? Argh!!! Menjerit kepada pantai yang luas. Disentuh bahu Fariez. Sama seperti aku. Mungkin menyesal, tapi kalau aku sayangkan dia, aku tak patut biarkan dia terus berdosa kerana tinggalkan Hariez. Kay masih lagi tenang. Siapa sangka, apa yang ada dalam hatinya saat ini. Fariez tersenyum sinis. Dia melepaskan orang yang dicintai dan dicarinya selama ini setelah berjumpa, kepada lelaki yang menjadi punca pelarian itu. Mengutuk diri sendiri di atas kebodohan diri, namun lelaki di sebelahnya lebih optimis dan positif memandang ke depan.

311

Aku sepatutnya dah bersedia untuk saat-saat macam ni lama dulu. Tapi, entahlah, bila dah jadi depan mata sendiri, rasa macam menyesal pulak. Fariez melemparkan pandangan ke pantai semula. Kau tahu kenapa dia ke sini? Fariez menggeleng. Dia pernah kata yang dengan melihat laut yang lepas, dia boleh lupakan semua. Ombak akan bawa semua memori jauh dari hidup dia. Fariez teringatkan sesuatu. Kau tak kenal dia dulu? Maksud kau? Dia pernah datang sekali dengan group kami dulu. Perempuan yang Hariez bawa dulu? Dahi Kay berkerut. Ya, dia ingat ada seorang gadis bersama kumpulan itu. Dengan tubuh berbalut kerana kemalangan. Yang kau orang kata orang gaji dia tu? Yang baru lepas accident masa kau orang datang sini dulu? Fariez mengangguk laju. Kay tepuk dahi. Ya Allah! Macam manalah aku boleh tak perasan muka dia? Mungkin sebab dia baru lepas accident. Tengah serabai lagi. Waktu tu aku pun tak suka lagi dengan dia. Kelakar juga jika mengingatkan tentang saat itu. Oh, mungkin juga. Lain sangat waktu aku mula-mula jumpa dengan dia dekat sini. Kay tergelak. Kemudian, wajah itu kembali serius. Maknanya, Hariez kahwin dengan orang gaji dia? Fariez mengangguk lagi. Kau mesti tak percaya kan? Macam mana sampai dia boleh datang bawa diri ke sini. Kalau aku tahu dia di sini, pasti aku dah datang lama dulu.

312

Kay turut bersetuju. Kalaulah dia tahu lama dahulu masa Hafiqah datang bersama group Hariez, tentu awal-awal lagi dia dah mengorat Hafiqah. Membenarkan Hafiqah hanya untuk bahagia bersama dengannya. Cuma, jodoh itu sudah ditetapkan oleh Allah bukan untuknya dengan Hafiqah. Siapa tahu masa depan yang akan tiba. Dia perlu positif. Sentiasa yakin akan qada dan qadar yang Allah dah tentukan dalam hidup. So sekarang ni, kau nak buat apa? Nak tak nak kau kena lepaskan juga kan? Fariez mengeluh. Ini kali kedua dia melepaskan Hafiqah dari sisi. Sama ada dia mampu ataupun tidak. Melihat Hafiqah bahagia di depan mata bersama Hariez. Akan bahagiakah dia? Tak pasti lagi. Whatever pun aku kena clearkan projek resort kau ni. Takkan nak tinggal macam tu je kan? Tolong aku book flight balik. Malas aku nak bersesak-sesak dalam kereta si Hariez tu. Kau faham-faham ajelah kenapa kan? Kay senyum. Faham sangat! Nak disentuh tak dapat, nak dilepaskan terasa sayang. Anything for you, friend. Nanti aku call member aku. Bila kau nak? Next week. Dalam Rabu atau Khamis. Aku nak stay sini lama sikit. Okey. Ha, sebut tentang sesak-sesak dalam kereta Hariez tu, nanti aku tanya sekali dengan PA Hariez tu. Takkan dia pun nak sesak-sesak sekali kan dalam kereta Hariez tu! Tawa mereka meletus. Langsung terlupa sebenarnya dengan kewujudan Irfan di pulau ini. Masing-masing sibuk dengan urusan cinta mereka sehingga terlupa kehadiran Irfan. Iyalah! Silap-silap nanti melongo je dia tengok si Hariez bawa balik Hafiqah dan anak dia. Tak sedar langsung si Irfan tu kena tinggal. Kali ini tawa mereka bersatu lagi.

313

52

DUDUK berduaan di tepi pantai yang permai sambil memerhatikan Aizul yang berlarilari bermain pasir pantai sendirian terasa begitu mendamaikan jiwa Hariez yang telah sekian lama kekosongan. Dapat menatap wajah lembut Hafiqah sedekat ini sudah cukup dihargai. Semoga dia tidak pergi lagi, pohon Hariez. Namun, Hariez sedar, layanan Hafiqah kepadanya masih lagi kaku. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Untuk menatap wajahnya juga, Hafiqah tidak mahu. Dapat dirasakan betapa kerasnya hati Hafiqah untuk menerima dirinya kembali. Maafkan abang sebab tak dapat berada dengan Fiqa sepanjang Fiqa membesarkan Aizul. Hm. Hanya itu reaksinya. Fiqa marahkan abang lagi? Kali ini lebih senyap. Wajah itu terlalu tidak berperasaan padanya. Fiqa langsung tak boleh terima abang lagi ke? Saya harap Encik Hariez tak salah faham niat saya. Saya tak nak bersikap pentingkan diri sendiri hingga sanggup biarkan anak saya tanggung semua beban tu. Berhenti untuk menarik nafas. Kemudian menyambung. Saya ingat lagi apa yang encik katakan pada saya malam tu. Tak mungkin saya akan lupakan. Betapa peritnya dia dihantui ingatan itu. Namun, demi Aizul dia cuba untuk membuang jauh-jauh semua itu. Dan dapat diingat lagi betapa kejamnya Hariez ketika mengucapkan bahawa dia tidak mahukan Aizul sebagai warisnya. Jadi, dia perlukan masa untuk menerima Hariez kembali wujud dalam hidupnya semula.

314

Fiqa, hentikan panggilan encik Hariez tu. Abang mengaku, abang memang salah, tapi, tak ada ruang ke dalam hati Fiqa untuk abang? Hariez sudah berubah posisi. Kini bertentangan menghadap Hafiqah. Hafiqah pula, menundukkan muka, tidak mahu mata terus memandang lelaki ini. Kenapa encik Hariez cari saya lagi? Apa perlunya saya dan Aizul dalam hidup encik? Kalau betul encik sayangkan saya dan Aizul macam yang encik cakap, encik akan bagi saya ruang untuk bahagia. Sebab, sepatutnya encik sedar yang saya tak pernah bahagia dengan encik! Saya ni, orang gaji encik! Hafiqah sedikit berang. Lama dipendam kemarahan itu. Lama dipendam perasaan itu. Menundukkan wajah, takut Aizul melihat dia menangis lagi. Abang minta maaf Fiqa. Tapi hidup abang tak sama lagi lepas Fiqa pergi. Abang sangat-sangat rindukan Fiqa. Abang cintakan Fiqa. Abang cuma minta Fiqa bagi abang satu peluang saja untuk abang perbaiki semula kesalahan yang abang dah buat. Bagi abang peluang untuk bahagiakan Fiqa dan Aizul. Sekali saja? Dan abang janji, kali ni, abang tak akan sia-siakan Fiqa dan Aizul. Awak cakap senang encik Hariez. Awak tahu apa pandangan orang pada saya? Keluarga awak? Keluarga saya? Awak tak fikir semua tu? Fiqa, abah dah lama terima Fiqa. Abah dah tahu semuanya. Aimi dah pun mengaku kesalahan dia. Cuma sekarang ni, Aimi pun dah hilangkan diri. Takkan Fiqa nak emak dan abah bersedih lagi? Kita balik sayang ye? Pujuk Hariez. Hafiqah sertamerta angkat muka. Aimi hilang? Bila Aimi hilang? Aimi mengaku apa? Lupa semua tentang kemarahan pada Hariez.

315

Lepas Fiqa hilang, abah dan emak datang. Aimi mengaku yang dia dan kawan Fiqa yang kenakan Fiqa. Tidak sanggup mengucapkan perkataan yang boleh mengundang tragedi lama itu. Lepas balik JB, Aimi larikan diri daripada rumah. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Lemah semangat Hafiqah. Marah juga dia kepada Aimi, tetapi sayang kepada adik yang bongsu itu masih melebihi segala-galanya. Adik itu hanya cemburu, bukannya jahat mana. Hafiqah masih lagi bersangka baik kepada Aimi, sedangkan dialah yang menjadi punca segala-galanya. Aizul! Mari balik sayang! Hafiqah sudahpun bangun dan melambai-lambai memanggil Aizul. Hariez sedikit terpinga-pinga. Fiqa nak pergi mana? Fiqa nak balik jumpa mak dan abah! Rindu yang menggunung tinggi dan kekesalan kerana membiarkan emak dan abahnya semakin sengsara selama beberapa tahun ini.

************************** FARIEZ dan Kay saling berbalas pandang. Ini mungkin kali terakhir buat Kay melihat wajah Hafiqah, sebelum wanita itu dan keluarganya pulang bersama ke Johor Bahru. Irfan pula sedang sibuk membantu Hariez mengangkat barang-barang ke atas feri. Bukan banyak sangat pun barang yang nak dibawa balik Hafiqah. Kebanyakan barang ditinggalkan di sini. Kay perasan, Hafiqah cuma membawa barang sepertimana saat dia datang dahulu.

316

Hafiqah hanya mendiamkan diri sepanjang masa di jeti. Membiarkan Aizul terus berada di sisi Hariez. Kay memerhatikan sahaja Hafiqah sebelum akhirnya menghampiri Hafiqah. Afi okey? Keluhan berat dilepaskan. Tak tahu. Apa yang Afi tak tahu? Nak cerita dengan abang? Dia sudah duduk di sebelah. Entah bila lagi akan dapat peluang untuk duduk seperti ini dengan Hafiqah. Sama ada patut ataupun tidak keputusan Afi ni. Afi pun keliru. Kesan daripada keputusan Afi sebelum ni, semuanya buat Afi makin celaru. Mesti semua orang fikir yang buruk-buruk tentang Afi. Jelas wajah itu kekusutan. Kay senyum. You see Afi, ada banyak benda yang kita tak tahu tentang hidup kita ni. Semuanya rahsia Allah. Macam laut ni, kita nampak luaran dia dan apa yang ada di depan mata kita. On the other side, kita tak nampak lagi apa yang berlaku di sebalik batasan yang kita tak nampak selepas itu. Kita cuma boleh tahu, bila kita dah ke sana. Baru kita akan dapat alami sendiri sama ada, laut yang di sana tu masih tenang dan biru sama seperti yang di depan mata ataupun sebaliknya. Panjang lebar nasihat Kay. Dalam erti kata lain, kita kena berani hadapi risiko untuk berubah. Baru kita boleh nampak hasil perubahan tu dalam hidup kita sendiri. Sampai bila kita nak duduk dalam comfort zone ni sedangkan dunia sebenar kita adalah yang sebaliknya. Satu masa nanti kita mesti hadapi juga hari tu. Afi tak sedia lagi. Nak berdepan dengan semua orang-orang ni. Macam mana penerimaan mereka? Lagi pula, Afi tak tahu betul ke apa yang Hariez tunjukkan pada

317

Afi. Betul ke dia sayangkan Afi macam yang dia cakapkan tu? Ah, Hafiqah masih tidak yakin dengan diri sendiri. Itu Hariez yang dulu. Untuk kenal Hariez yang sekarang, Afi kenalah berdepan dengan dia. Kalau dia masih macam dulu, dan Afi rasa nak kembali ke sini, abang sentiasa alu-alukan kehadiran Afi di sini. Afi dah macam keluarga abang sendiri. Macam keluarga. Kecewa sungguh dia menyebut perkataan itu kepada Hafiqah. Cuma Afi janganlah tipu-tipu abang lagi. Jangan lari tempat lain lagi. Lari kepada abang je dah cukup. Afi masih ada keluarga yang sentiasa terima Afi di sini. Wajah Kay tidak pernah kedekut dengan senyuman. Nasihatnya juga sentiasa berjaya melembutkan hati kerikil Hafiqah. Dahlah, lembutkan hati untuk buka mata supaya Afi kenal Hariez tu. Dendam yang lama buang je dekat sini. Mulakan kembali hidup baru. Tapi, nombor abang jangan buang pulak! Ya, sebut tentang nombor, baru Afi teringat, bil telefonnya semua atas nama Kay. Nanti nombor Afi tu Afi matikan, Afi ganti dengan nombor baru ye? Pantas Kay menggeleng. Tak payah mengada-ngada nak tukar nombor pulak. Nanti silap-silap Afi tak ingat abang lagi. Bil tu biar je pada abang. Nanti abang hantarkan pada Afi. Afi bayarlah. Betul ni? Kalau abang tak bagi, abang bayarkan lagi, siaplah Afi matikan nombor ni biar abang tak boleh contact Afi lagi. Sekarang dah berani mengugut! Kay ketawa. Jangan nak mengarut! Kalau tak kenang abang, buatlah macam tu! Kali ini dia pula yang ingin merajuk.

318

Funny laa abang Kay ni. Iyalah, Afi tak tukar. Kalau abang dah jumpa girlfriend baru nanti baru Afi tukar. Kalau tak, matilah Afi kena serang nanti. Kan indah kalau suasana ini tidak berakhir di sini Kay Aku harus berani Hafiqah Kenapa mereka terlalu mesra? Sungguh aku cemburu! Hariez Bukankah bahagia itu juga milik aku? Kenapa sukar aku lupakan perasaan ini? Fariez Aku ni mangsa keadaan sebenarnya. Kenapa mesti aku yang ditinggalkan? Irfan Bunyi hon feri yang begitu membingitkan telinga menyedarkan mereka bahawa masa kian singkat. Jaga diri Afi elok-elok. Nanti raya datanglah rumah. No, bila-bila ada masa, ajaklah Hariez datang rumah abang dekat Mersing. Nak datang sini pun boleh. Hafiqah senyum. Memang Kay terlalu banyak jasa kepada dirinya. Hanya dia yang tak mampu membalasnya. Aizul sayang, mari sayang papa Kay! Dengan terkedek-kedek Aizul berlari ke arah Kay. Meninggalkan Hariez yang cemburu dengan kemesraan mereka. Mereka ahli keluarganya, namun kenapa kemesraan mereka lebih nyata apabila bersama Kay? Namun dia tidak mahu terus dibuai emosi. Hafiqah sudah jelas menjadi haknya. Itu tidak boleh dinafikan lagi. Hariez berjalan perlahan mendapatkan Fariez. Tersenyum Fariez melihat wajah teman itu.

319

Thanks friend sebab bagi aku peluang kedua ni. Thanks juga sebab memahami. Thanks sebab tolong aku bawa balik Irfan tu. Sempat dia berbisik kepada Fariez. Fariez tersengih. Jangan lupa, aku sentiasa dekat dengan kau orang. Whatever pun, take very good care of them. Aku tahu, kau memang sayangkan diorang. Perbualan itu hanya antara mereka berdua. Hon yang dibunyikan kali kedua membuatkan mereka saling berpelukan. Hariez mendukung Aizul menaiki feri manakala tangannya memegang erat pergelangan tangan Hafiqah. Aizul pula ceria melambai-lambai kepada Kay dan Fariez. Feri berundur perlahan demi perlahan sebelum akhirnya hilang daripada pandangan.

320

53

MENGHAYATI saat-saat bersendirian membuatkan Kay semakin sukar melepaskan bayangan Hafiqah dan Aizul. Terkenangkan Afi yang dikenali, betapa sukarnya dia mengharungi hidup selama empat tahun bersama mereka di sini. Wanita itu terlalu cekal meneruskan hidup, tanpa suami dan keluarga di sisi. Betapa nekadnya dia dalam meredah liku-liku hidup yang seringkali tidak dapat diduga kekejamannya. Hanya yang pasti, andai kita tabah, dengan izin Allah, kejayaan dan kebahagiaan hidup itu pasti menjadi milik kita akhirnya. Wajah Hafiqah di dalam gambar itu disentuh dengan sepenuh perasaan rindu. Memang dia melepaskan Hafiqah pergi, walaupun itu bukan kemahuannya. Hanya dia sentiasa berdoa agar kebahagiaan masih ada untuk Hafiqah dan Aizul di sisi Hariez. Hariez lelaki bertuah yang telah melepaskan peluangnya untuk dicintai Hafiqah. Namun, lelaki itu diberikan peluang kedua, tidak sepertinya yang langsung tidak memiliki walaupun sekelumit ruang untuk dicintai. Semuanya kerana batasan agama. Ya, pulangnya hati kita kerana pegangan agama. Dia sentiasa memujuk hati yang terluka itu. Namun, sekuat mana pun dia, nama Hafiqah terlalu kebal memenuhi ruang hati. Gambar Hafiqah di tepi jeti yang diambil tanpa sedar itu diletakkan kembali. Ketika itu, jari tersentuh gambar kecil Aizul. Anak kecil Hafiqah dan Hariez yang diharapkan untuk menjadi miliknya itu diambil. Begitu kuat rindu bila berjauhan dengan anak ini. Begitu tebalnya sayang yang ada untuk Aizul.

321

Manakan tidak, dia umpama ayah yang bersama-sama menemani saat-saat genting Hafiqah untuk melahirkan Aizul. Hafiqah hanya ada dia dan seluruh keluarganya menemani. Bukan suami ataupun ibu bapa Hafiqah sendiri.

******************** ABANG! Jeritan itu begitu kuat memecah keheningan malam. Kay yang sedang sibuk bermain game Angry Bird segera bangun menuju ke bilik tengah, bilik di mana Hafiqah tidur. Ada apa tu, Long? Puan Maria yang sedang berbual dengan Tuan Haji Ashraf juga turut sama bergegas menuju ke arah Kay apabila mendengar jeritan Hafiqah tadi. Tolong! Abang, tolong! Hafiqah sudah tidak tertanggung sakit yang dialami saat ini. Bagai mahu putus segala urat nyawanya. Dia sendiri sudah terduduk di tepi katil, tidak mampu untuk berjalan keluar dari bilik mendapatkan Kay. Kay cuba untuk membuka pintu yang berkunci itu namun, tidak berjaya. Afi duduk dekat belakang pintu ke? Kalau ya, alih ke tepi. Abang nak tendang pintu ni! Dalam keadaan yang separuh nyawa itu, Hafiqah cuba untuk menjawab. Tak. Afi kat tepi katil ni. Suaranya kian lemah. Menahan sakit di bahagian pinggang dan ari-ari. Dung! Habis terkopak pintu kayu itu ditendang Kay. Mujur Hafiqah tidak berada di sekitar itu dan jauh sedikit ke kanan. Dan dengan penuh kesyukuran melihat Hafiqah masih lagi bernafas walaupun kelihatan tercungap-cungap, Kay segera mencempung Hafiqah. Darurat ni! Tak boleh nak fikir sangat!

322

Puan Maria dan Tuan Haji Ashraf yang baru tiba itu terkejut melihat keadaan Hafiqah yang sudah tercungap-cungap. Sedangkan kalau ikut perkiraan bulan, kandungan Hafiqah baru berusia tujuh bulan. Takkanlah sudah hendak bersalin kot! Afi dah nak bersalin ke Long? Kay hanya mampu menggelengkan kepala. Tak tahu. Along nak bawa dia ke hospital dulu. Abah tolong ambilkan kunci kereta along dekat atas tv tu! Dalam keadaan yang kelam kabut itu pun Kay masih tidak lupa di mana dia meletakkan kunci keretanya. Sepantas kilat Tuan Haji Ashraf menuju ke arah kabinet televisyen rumahnya. Membantu membuka pintu tempat duduk belakang untuk memudahkan Kay memasukkan Hafiqah ke dalam kereta. Puan Maria juga turut sama masuk ke dalam perut kereta bersama-sama mereka. Awak tak kunci rumah ke emaknya? Tegur Tuan Haji Ashraf kepada isterinya. Ala abahnya. Biar jelah. Bibik kan ada dekat dalam tu. Nanti pandailah dia! Dia juga tidak mahu ketinggalan membawa Hafiqah ke hospital. Hafiqah sudah dianggap seperti anak kandungnya. Tambahan lagi dalam keadaan dirinya yang berbadan dua itu, hati ibu manalah yang sanggup untuk mengabaikan dia daripada keluarga. Suka hatilah emaknya. Malas dia hendak bertekak dengan isterinya. Akhirnya Tuan Haji Ashraf mengambil tempat duduk di sebelah pemandu sebelum Kay akhirnya memandu keluar daripada kawasan rumah mereka menuju ke hospital Mersing. Tangan Puan Maria digenggam Hafiqah kemas. Kalau Afi tak ada Dengan air mata yang semakin merembes ke pipi.

323

Jangan fikir macam tu. Sabar sayang. Sikit lagi. Pujuk Puan Maria sambil tangan sudah mula mengusap rambut Afi. Tidak tercapai tudung Afi dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa tadi. Afi jangan fikir macam-macam. Abang tahu Afi tak apa-apa punya. Kay mengerling dari cermin pandang belakang. Dia sendiri tidak mahu apa-apa terjadi kepada Hafiqah. Masih belum bersedia kehilangan Hafiqah. Afi tak tahan Sakit Hafiqah sudah mengongoi kesakitan. Nafas pula semakin tercungap-cungap. Melihat keadaan Hafiqah yang semakin tenat itu, Kay terus menekan pedal minyak dan memecut Honda Civicnya pantas membelah kepekatan malam. Tiba di Wad Trauma dan Kecemasan, Hafiqah terus dikejarkan ke bilik pembedahan. Lama Kay menunggu sehingga selesai urusan pendaftaran sehingga keluar seorang doktor pakar puan datang kepadanya untuk memberitahu keadaan Hafiqah. Encik suami pesakit tadi ke? Tanpa ragu-ragu Kay mengangguk. Dalam keadaan macam ni dah tak ada masa nak fikir tentang patut ataupun tidak. Ya Doktor. Macam mana dengan isteri saya? Ah, kan bagus kalau realitinya adalah yang seperti diakui sekarang! Macam ni encik. Terdapat komplikasi pada kandungan isteri encik. Jadi isteri encik perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kandungan dia. Tapi, sebelum tu saya nak minta kebenaran encik untuk menandatangani surat kebenaran pihak kami melakukan pembedahan.

324

Komplikasi? Tapi kandungan dia dan dia akan selamat, kan doktor? Gusar sungguh wajah Kay saat itu. Puan Maria memegang bahu Kay untuk menenangkan perasaan Kay yang jelas tergambar cemas. Kita nak lakukan pembedahan supaya kandungan tu dikeluarkan. Jadi anak encik akan mengalami kelahiran pra-matang dan seterusnya perlu menjalani rawatan susulan. Jelas doktor wanita itu lagi. Tanpa membuang masa lagi, Kay terus dengan prosedur pembedahan yang perlu ditandangani. Setiap detik begitu berharga sehingga dia sendiri tidak senang duduk ataupun berdiri. Mundar-mandir di luar bilik pembedahan menunggu berita yang bakal disampaikan kepadanya. Puan Maria dan Tuan Haji Amir saling berpandangan sebelum akhirnya tersenyum sesama sendiri melihat telatah Kay yang pertama kali mengalami pengalaman menyambut kelahiran anak. Hanya, itu bukan anaknya. Lama dia begitu. Sehingga lebih kurang tiga jam selepas itu barulah pintu bilik pembedahan itu dibuka, dan doktor wanita tadi bertemu dengannya. Isteri encik selamat dan dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Namun, pihak kami perlu beritahu encik yang anak encik tu mengalami kelahiran pra-matang. Jadi, dia ada masalah pernafasan dan kita perlu masukkan dia dalam inkubator. Dan kita juga perlu lihat perkembangan anak encik buat masa ni. Jadi, kalau encik nak tengok bayi encik, encik boleh ikut nurse ni. Bagai memahami apa yang bermain di benak Kay, doktor wanita itu menjelaskan tanpa sempat Kay bertanyakan soalan lagi. Isteri saya tak ada masalah apa-apa doktor? Masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat melihat Hafiqah di depan mata.

325

Tak ada. Lega dan sungguh bersyukur dia saat ini. Terima kasih doktor. Dan dia mengekori jururawat yang menolak troli bayi untuk membawa bayi itu ke bilik rawatan. Tidak sabar-sabar untuk mengazankan anak itu seperti yang telah dipesan oleh abah sebelum itu.

326

54

TANGAN Hafiqah digenggam kemas oleh Hariez. Walaupun Hafiqah masih tidak bersedia menerima lelaki itu lagi, namun di kala ini, kehadirannya di sisi banyak membantu. Dia tidak mampu untuk menghadapi keadaan sekarang sendirian. Tangan kiri Hariez memaut bahu Hafiqah perlahan. Cuba untuk menenangkan perasaan gusar Hafiqah. Pasti pelbagai andaian sedang bermain di fikirannya saat ini. Abang ada dengan Fiqa. Lembut dan begitu menusuk ke hati Hafiqah. Tidak pernah Hariez sebaik itu dengannya. Aizul yang tidak mengerti apa-apa hanya berdiri di sebelah kiri sambil memegang tangan kiri Hafiqah. Membuntuti langkah ibu dan ayahnya yang berjalan menuju ke pintu depan rumah seseorang. Assalamualaikum. Pintu pagar dibuka Hariez perlahan-lahan. Hafiqah bagaikan mahu berpatah balik saat itu. Berpaling. Namun pada masa yang sama suara Haji Amir kedengaran menjawab salam yang diberikan oleh Hariez. Waalaikumussalam. Eh, Hariez lah Imah. Dengan Tidak habis berkata-kata kerana terlalu pegun melihat tubuh anak yang sekian lama dirindui kini sedang membelakangkannya. Walaupun tanpa melihat wajah, dia kenal itu susuk tubuh Hafiqah. Dan ada anak kecil di sebelahnya memandang wajahnya tidak mengerti. Hafiqah anak abah. Sayu suara tua itu berkumandang di gegendang telinga Hafiqah. Masih tidak berani untuk berdepan dengan abah yang telah ditinggalkan sekian lama. Angah. Suara emaknya pula berganti.

327

Hariez yang perasan dengan kekakuan Hafiqah lantas menyentuh bahu Hafiqah perlahan. Dan memusingkan tubuh itu dengan lembut agar berhadapan dengan ayah dan ibu mertuanya. Mana Angah pergi? Lama mak tunggu angah balik rumah! Angah dah tak sayangkan mak dan abah lagi ke? Tangisan Halimah sudah mula kedengaran. Hafiqah juga sudah tidak sanggup menahan air mata yang ingin melimpah. Angah minta maaf mak sebab derhaka dengan mak. Angah minta maaf sebab kecewakan mak dan abah! Dia sudahpun berlutut di kaki Halimah. Tak. Abah yang salah. Abah yang tak percayakan anak abah sendiri. Angah tak salah apa-apa dengan abah. Bangun nak. Ditarik tubuh kecil itu agar berdiri semula. Hafiqah hanya menurut. Lama abah tunggu Angah balik ke sini. Angah pergi mana nak? Dicium dahi anaknya berulang kali. Terlalu banyak rindunya yang terpendam tidak dapat diluahkan. Setiap hari selepas pulang daripada kerja dia akan duduk di ruang depan rumah untuk menunggu Hafiqah. Raya yang berlalu saban tahun juga disambut tanpa ada makna. Hafiqah tidak mampu menjawab. Menahan tangis semenjak tadi dengan emosi yang bercampur baur. Hariez yang memerhati sedari tadi sudah memegang tangan Aizul. Mak, abah, ini anak kami. Aizul. Aizul menghulurkan tangannya; memahami untuk bersalaman dengan kedua orang tua yang tidak dikenali apabila melihat ayahnya menyalami tangan Halimah dan Haji Amir. Anak? Bila Angah bersalin? Kali ini Halimah sudah mula mengongoi. Kesal kerana tidak berada di sisi anak itu ketika menghadapi saat-saat kelahiran Aizul. Hafiqah

328

yang masih kelu tanpa kata memandang ke arah Hariez meminta bantuan. Dia sendiri tidak dapat menjawab, sedang dirinya sendiri sudah tersedu-sedu menahan tangis. Aizul dah masuk tiga tahun setengah. Mujur Hariez mengerti. Mujur ada Hariez. Syukur Hariez di sini bersamanya. Marilah kita masuk ke dalam mak, abah. Nanti jiran-jiran tengok tak manislah. Apa pula nanti kata mereka. Dipaut pula tubuh tua Haji Amir. Manakala Hafiqah pula sudah memeluk tubuh Halimah dan mengajaknya masuk ke rumah. Mak dan abah tak marahkan Angah lagi? Dia duduk di antara emak dan abahnya di sofa. Terlalu lama tidak bermanja sehingga terlupa bahawa dia sudah mempunyai seorang suami dan seorang anak kecil. Tak! Lama dah kami terima Angah balik. Cuma angah je yang tak datang -datang cari kami. Kenapalah angah pergi lama sangat? Angah tak rindukan kami ke? Tangisan Halimah sudah mula reda. Lapang dada Hafiqah mendengarkan jawapan emaknya. Sebenarnya dia masih takut-takut untuk kembali walaupun telah dijelaskan berulang kali oleh Hariez bahawa emak dan abahnya telah lama menerima dia kembali. Lagipun, semua yang terjadi bukan salah Hafiqah. Untuk apa mereka marahkan dia? Bahkan, dialah yang mereka tunggutunggu selama ini. Rindu! Mana boleh Angah tak rindu mak dan abah! Cuma Angah takut mak dan abah tak boleh terima Angah lagi. Tak. Semuanya Hariez dah jelaskan. Bukan salah Angah pun! Halimah berpaling kepada Hariez. Terima kasih Hariez sebab bawa anak emak balik semula!

329

Hariez mengangguk. Aizul pula masih diam tidak memahami kisah orang dewasa di hadapannya. Aizul sayang! Mari dekat dengan atuk! Haji Amir menghulurkan tangan. Pada mulanya Aizul kelihatan amat keberatan untuk menuju ke tempat Haji Amir, tambahan apabila melihat wajah Haji Amir yang agak garang itu. Namun, setelah melihat senyuman yang terukir di bibir ibunya, langkah demi langkah diaturkan menuju ke Haji Amir. Cucu atuk! Dicium-cium pipi polos itu sehingga kegelian dan menggeletik minta dilepaskan. Hafiqah dan Hariez berbalas pandang. Gembira anak mereka diterima sepenuhnya oleh Haji Amir dan Halimah. Ni dah boleh kawan dengan Akif anak Along. Rasa-rasa mak, budak berdua ni sebaya. Tua beberapa bulan je mak. Yang beza cuma tahun je. Hati yang gundah semakin sirna. Berganti dengan kebahagian yang tidak dapat digambarkan. Bagai terbang terus segala memori kejam semalam setelah diterima kembali oleh emak dan abahnya. Telefon Haji Amir yang berdering di atas meja diambil Hariez lalu dihulurkan kepada ayah mertuanya. Haji Amir menyambutnya dan tanpa sedar membaca nama yang terpapar di skrin. Haziq? Mendengar nama itu, Hafiqah lantas berpaling. Haji Amir pula sudah bangun. Ha, assalamualaikum Haziq. Lama tak dengar khabar kamu? Sihat? Bagai mahu pecah juga gegendang telinga Hafiqah mendengar perbualan abahnya di telefon. Tak berubah langsung! Tetap juga suara gegak gempita macam dulu! Ha, ye ke? Dekat mana tu? Kamu dapat maklumat ni daripada siapa? Wajah berkerut Haji Amir mula menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang lain. Entah apa

330

yang dibincangkan sehingga berubah sekali air muka abahnya yang baru hendak ceria tadi. Kamu tolong pak cik SMS kan alamat tempat tu. Kalau sempat malam ni pak cik gerak, kalau tak esok pagi-pagi lagi pak cik ke sana. Tapi, kamu yakin memang dia? Tak salah orang? Dia tidak boleh menerima maklumat yang baru diterima daripada Haziq itu. Kalau macam tu, baiklah. Terima kasih Haziq sebab beritahu pak cik. Lupa pak cik nak beritahu kamu, Hafiqah anak pak cik dah balik hari ini. Kembali mengukirkan senyuman walaupun tidak dapat dilihat oleh Haziq yang berada di talian. Baiklah. Nanti pak cik sampaikan pada dia. Assalamualaikum! Talian diputuskan. Kenapa Haziq telefon abah? Kemusykilan itu tidak dapat diusir semenjak nama Haziq meniti dari bibir Haji Amir. Tidak menyangka walaupun sudah bertahun-tahun dia menghilangkan diri, abahnya pula masih lagi berhubung dengan Haziq yang suatu masa dahulu langsung tidak disukainya. Haziq kirim salam pada Angah. Berhenti seketika, memikirkan apa yang baru disampaikan kepadanya sebentar tadi. Dia kata kawan dia dah jumpa Aimi. Serentak itu, bunyi SMS masuk ke telefon bimbit Haji Amir. Ni dia dah hantar alamat tempat Aimi menetap sekarang. Dekat mana tu abah? Hariez bertanya. Semenjak tadi dia hanya menjadi pemerhati, memikirkan nama Haziq yang pernah didengarinya. Namun, apabila teringat, cepat-cepat diusir kenangan tentang nama itu jauh-jauh. Dekat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

331

Ha? Macam mana boleh ada dekat sana? Namun soalan itu tidak mampu dijawab oleh Haji Amir sendiri.

******************* DARI jauh Aimi sudah dapat melihat lelaki berpakaian seragam polis itu menuju ke arahnya. Dia yang sedang duduk di bangku taman itu tidak sempat untuk melarikan diri. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia melawat Aimi di sini semenjak beberapa hari selepas dia dihantar ke Pusat Perlindungan ini. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Salam yang diberi wajib dijawab oleh setiap yang mendengar. Aimi menundukkan kepala. Dia sebenarnya tidak selesa dengan layanan baik yang Zulkifli berikan semenjak pertemuan kali kedua mereka tempoh hari. Malu dengan dirinya yang sudah tidak sempurna dan penuh dengan noda. Dah makan? Mengangguk. Itu soalan wajib yang dilontarkan setiap kali memunculkan diri. Sihat? Masih lagi mengangguk. Suara terasa begitu sukar untuk dikeluarkan. Laksana ada butiran emas yang akan terkeluar saat bibirnya berbicara. Kenapa tak nak tengok saya? Tak handsome eh? Kecil tawanya terluah, lalu Aimi mengangkat kepala. Awak tak malu ke datang sini jumpa dengan saya? Awak kan polis. Pegawai pulak tu! Lagipun sini kan tempat perempuan.

332

Senyuman kacak menghiasi raut kacak Zulkifli. Sebab saya polislah saya tak kisah datang sini. Urusan polis pun banyak dekat sini. Aimi terpesona lagi. Suatu masa dahulu, wajah itu pernah mengiringi tidurnya. Namun, wajah itu tidak muncul lagi dan berganti dengan wajah ngeri Joe. Kini, pemilik sebenar wajah itu muncul semula. Cuma, dia yang tidak pernah bermimpi lagi untuk dilawati wajah itu. Saya ada hadiah untuk awak hari ni. Untuk tebus semula kesalahan saya sebab pernah permainkan awak dahulu. Dan juga sebagai hadiah, untuk perubahan yang awak alami sekarang ni. Pelik sungguh dengan kata-kata yang Zulkifli ucapkan. Walhal, dia sendiri pun tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah. Hadiah apa? Zulkifli terlalu baik dengannya. Dia takut ditipu lagi. Tu! Tangan kanan diangkat dan dihalakan ke tapak parkir kenderaan yang terletak kira-kira 100 meter daripada tempat duduk mereka. Abah! Mak! Aimi sudah kelam-kabut bangun. Tidak bersedia berhadapan dengan emak dan abahnya dalam keadaan begini. Namun, reaksi itu terhenti apabila terpandangkan wajah suci Hafiqah di belakang mereka. Angah. Nama itu yang disebutnya. Tidak menyangka masih ada peluang lagi untuk bertemu Hafiqah. Langsung terlupa dengan kedudukan diri. Langsung terlupa betapa kotor diri yang telah mencemarkan maruah suci kakaknya itu. Perasaan rindu dan rasa bersalah yang sekian lama bertakhta dalam hati memberi kekuatan untuk kakinya terus mengorak langkah, semakin lama semakin laju dan akhirnya berlari mendapatkan Hafiqah.

333

Zulkifli turut sama mengekori pergerakan Aimi. Dia yang memberitahu Haziq tentang Aimi. Kerana dia tahu dari Haziq yang keluarga Aimi mencarinya yang telah sekian lama menghilangkan diri. Adik minta maaf Angah. Adik tahu Adik memang salah. Tapi sekarang ni Adik dah insaf. Adik dah dapat balasan Adik. Adik minta maaf sangat-sangat pada Angah. Begitu erat pelukan yang Aimi berikan ke tubuh Hafiqah. Hariez yang menjadi permerhati, beralih pandang kepada Zulkifli. Boleh tahan juga mamat polis ni! Hafiqah juga sudah mula mengalirkan air mata kegembiraan. Dapat kembali ke pangkuan keluarga sudah begitu membahagiakan. Ditambah dengan penemuan Aimi lebih-lebih lagi menceriakan hatinya. Dahlah tu Adik. Lupakan je perkara yang dah lepas tu. Angah datang jumpa Adik ni nak bawak Adik balik. Ni abah dan mak datang pun sebab kami semua rindukan Adik. Tak ada orang pun yang nak marah Adik lagi. Semua orang sayangkan Adik. Kami marah sebab kami sayang. Bukan sebab kami benci. Lembut diusapkan kepala Aimi. Semakin cantik dia apabila bertudung. Dibawa pula tubuh Aimi ke pangkuan emak dan abahnya. Pasti adik itu masih lagi malu dengan perbuatannya melarikan diri dari rumah dan masih tidak yakin untuk berhadapan dengan kedua orang tua mereka. Mak abah dan tak marahkan Aimi kan? Terus Halimah merangkul tubuh Aimi. Diikuti dengan Haji Amir. Hafiqah pula sudah berundur dan berdiri di sisi Hariez bagi memberi ruang untuk tiga beranak itu

334

meluahkan rasa yang terpendam. Digenggam jemari Hariez bagi menahan air mata supaya tidak gugur lagi. Sudah beberapa hari ini dia asyik menangis. Kini, cukuplah. Kembang hati Hariez apabila Hafiqah meraih tangannya. Dia juga turut membalas genggaman tangan itu. Malah, lebih dari itu, terus dipeluk pinggang Hafiqah agar isteri itu terasa lebih selamat di sisinya. Dan tanpa sedar, Hafiqah yang penuh dengan emosi sebak, turut membalas pelukan di pinggangnya dan melentokkan kepala ke dada Hariez. Kembang kuncup hati Hariez apabila diperlakukan sebegitu. Abang sayang Fiqa. Sempat pula dia membisikkan kata-kata itu ke telinga Hafiqah sementara orang lain sedang sibuk mengalirkan air mata kegembiraan bercampur kesedihan. Serta merta Hafiqah melepaskan pelukan di pinggang Hariez. Dengan wajah yang memerah, terus dia mendapatkan Zulkifli yang semenjak tadi hanya menyaksikan drama air mata keluarganya. Encik yang jumpa adik saya kan? Saya nak ucapkan terima kasih sangat -sangat sebab kembalikan adik saya kepada kami semua. Terima kasih sangat-sangat. Tak terbalas jasa encik pada kami sekeluarga. Sungguh dia teramat bersyukur. Saya jumpa dia secara kebetulan. Yang betul-betul membantu sebenarnya Haziq. Bukan saya. Lagipun, saya memang kenal dengan Aimi sebelum ni. Zulkifli mengorak senyuman manis untuk Hafiqah. Kakak Aimi juga masih cantik. Memang wajarlah Haziq tergila-gilakan wanita ini dahulu. Dan rasanya, masih lagi sehingga kini.

335

Jadi, Aimi ni kami boleh bawa dia balik hari ini ke encik Zul? Hariez menyampuk. Dia sebenarnya cemburu apabila melihat pegawai polis muda itu memberikan senyuman kepada isterinya sedang dia masih di sisi wanita itu. Oh ya, Aimi, awak dah boleh kemas barang untuk ikut keluarga awak balik. Urusan pengeluaran awak juga saya dah uruskan. Nanti awak cuma minta keluarga awak untuk ke pejabat untuk tandatangan borang penjaga ye? Aimi mengangguk. Haji Amir dan Halimah juga turut mengangguk. Terima kasih ye Zul. Yang lain tu nanti pak cik uruskan. Lagipun abang ipar dia pun ada di sini boleh tolong pak cik. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Sebab saya pun masih ada urusan lagi di balai. Gerak dulu, mak cik, pak cik. Tangan Haji Amir dan Hariez disalam sebelum Zulkifli akhirnya beredar meninggalkan keluarga itu sendiri.

336

55

PINTU pagar itu Airin buka. Itupun atas sebab terpaksa apabila melihat wajah umi dan papanya yang sudah menjeling kepadanya sebagai isyarat untuk membuka pintu pagar. Hariez dapat melihat cebikan pada raut wajah Airin dari dalam keretanya yang bertinted gelap itu. Pasti Airin tidak tahu kejutan yang dibawakan untuknya hari ini. Malah, tiada seorang pun daripada penghuni Villa Kasih yang mengetahui rahsia ini. Mitsubishi Lancer itu masuk ke kawasan parking dengan perlahan. Sengaja dia berkompromi dengan keluarga mertuanya agar Hafiqah keluar akhir sekali untuk dijadikan kejutan buat Airin. Melihat Haji Amir, Puan Halimah turun daripada kereta abang Harieznya, Airin kembali semula ke kereta itu, walaupun sebentar tadi, langkah sudah dihalakan kembali menuju ke dalam Villa. Assalamualaikum Pak Cik, Mak Cik. Eh, Kak Aimi pun ada? Pelik sungguh dia dengan kehadiran Aimi. Setahunya, Aimi sudah lama menghilangkan diri. Lebih-lebih pelik lagi, Aimi kini muncul semula dengan penampilan bertudung. Kelihatan sungguh ayu dan cantik dengan baju kurung yang sepadan dengan tudungnya itu. Waalaikumussalam. Airin apa khabar? Puan Hazrina dan Tuan Rizan mana? Ada dekat taman. Sekejap ye, Airin panggilkan. Serentak itu dia berlari mendapatkan kedua orang tuanya. Umi, papa, mak ayah mertua abang Hariez datang. Tanpa membuang masa, Tuan Rizan dan Puan Hazrina bergegas ke tempat parkir kereta. Bersalaman dan berpelukan antara mereka. Mungkin rasa bersalah kerana

337

bertanggungjawab di atas kehilangan Hafiqah masih menebal sehingga menjadikan mereka lebih mesra lagi dengan keluarga besan ini. Umi, papa, Airin, sebenarnya Hariez ada sesuatu nak hadiahkan pada semua daripada Tioman. Pintu belakang kereta dibuka. Airin sudah terjenguk-jenguk. Memang dia masih marah dengan Hariez, tetapi, dia juga tetap menunggu setiap cenderamata yang Hariez akan belikan untuknya setiap kali ke mana-mana. Namun, bagai hendak tertanggal rahangnya kerana terlalu terpaku dengan apa yang disaksikan di depan matanya. Hafiqah keluar dari perut kereta itu bersama seorang anak kecil di sisinya. Kak Fiqa! Berlari menuju ke Hafiqah. Sungguh gembira tidak terkata. Rindu melebihi segala-galanya. Sampainya hati akak! Tak pernah nak cari Airin lagi. Air mata sudah mencurah-curah ke pipi. Hafiqah senyum. Dia juga turut bersalah dengan adik yang satu ini kerana pergi hanya meninggalkan SMS untuknya. Bukan juga niat di hati untuk melupakan Airin. Dek kerana janji yang dibuat sendiri kepada Hariez apabila dia menghilangkan diri, dia tidak akan menghubungi sesiapa yang dikenali Hariez lagi. Siapa ni kak? Anak kecil itu dipandang penuh minat. Aizul. Tangan mak cik di hadapannya itu disalami. Memang sudah dilatih ibu supaya bersalam dengan orang yang lebih tua. Anak akak? Hafiqah masih lagi mengangguk. Namun senyuman di bibir masih lagi terukir.

338

Macam mana akak dengan abang- Tidak mampu menghabiskan kata. Hanya memandang wajah Hariez dan Hafiqah silih berganti mendapatkan jawapan. Rahsia. Sepatah itu jawapan untuk Airin. Mari sayang, salam dengan datuk dan nenek. Mari Fiqa. Dibawa kedua-dua mereka bertemu dengan Umi dan Papanya yang masih lagi terkejut dengan kemunculan Hafiqah. Masing-masing juga terkesima dan pelik dengan kehadiran Aizul anak Hafiqah. Jika Hariez tidak pernah menceraikan Hafiqah, bermaksud anak itu adalah anak Hariez. Fiqa sihat nak? Puan Hazrina menyambut huluran salam Hafiqah. Dia pernah tersalah anggap tentang Hafiqah. Sekarang ini, segala-galanya sudah berubah. Dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengembalikan Hafiqah ke sisi Hariez. Hanya dengan itu sahaja caranya Hariez kembali semula ke pangkuan mereka sekeluarga. Sihat umi. Umi sihat? Alhamdulillah. Beralih pula menyalami tangan ayah mertuanya. Papa sihat? Tuan Rizan mengangguk. Senyum an ikhlas yang diberikan sudah cukup untuk menenangkan hati Hafiqah. Sepanjang jalan dia berdoa agar dirinya diterima kembali oleh keluarga Hariez dan semoga segala urusannya di dunia dipermudahkan. Sudah lama dia tidak berada di sini sehingga dia jadi kekok untuk melakukan apa-apa. Hariez, kamu bawa isteri kamu ni berehat. Kasihan dia. Airin, nanti-nantilah kamu tanya dengan kak Fiqa kamu tu ye? Papa tahu, kamu mesti dah tak sabar-sabar nak bercerita berdua. Kasihan Aizul tu, mata dia pun merah lagi tu. Didukung tubuh kecil Aizul. Eh, anak sedara mak Su ni penat ye? Meh tidur bilik Mak Su ye?

339

Aizul yang selalunya lincah itu hanya melentokkan kepala di bahu Airin. Memang begitulah sikapnya apabila bangun daripada tidur. Mesti lambat enjinnya hendak panas. Cuma yang bagusnya, dia tidak meradang seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Mari sayang. Rehat dulu ye. Abang tahu sayang mesti penat. Tak berehat lagi daripada hari kita gerak dari Tioman kan? Memang benar dia penat. Dan bersyukur yang amat apabila diajak Hariez untuk berehat. Cuma janganlah lelaki ini nak buat macammacam. Eh, Fiqa nak pergi mana tu? Segera Hariez memanggil apabila dilihatnya Hafiqah sudah bergerak ke bilik belakang. Tidurlah. Mana lagi. Langkah disambung. Jangan nak mengada-ngada nak tidur dekat bilik belakang tu. Tidur dekat bilik abang. Tubuh Hafiqah sudah dicempungnya. Meronta-ronta Hafiqah minta dilepaskan, namun tidak berjaya. Tubuh Hariez terlalu tegap sehinggakan pelukannya terasa begitu kemas sekali. Merah muka Hafiqah apabila begitu dekat dengan dada Hariez. Mujur orang lain semua berada di ruang laman, manakala Airin dan Aizul awal-awal lagi sudah masuk ke bilik. Lain kali jangan buat saya macam tu. Saya tak selesa. Lembut, namun cukup tegas di pendengaran Hariez. Hariez tersengih. Rindulah sayang. Lama abang tak dekat dengan Fiqa macam ni. Hafiqah menjeling menyampah. Nak membodek aku lah tu! Ingat aku ni makan bodek?

340

Oh, please. Sebelum ni bolehlah depan keluarga saya awak nak buat macam tu. Sebab mood saya pun tak berapa nak baik. Sekarang ni, semua dah okey, jadi tolong, kawal sikit diri awak tu. In addition, saya tak suka tidur dalam bilik encik Hariez ni. Bilik ni bukan bilik saya. Bilik saya dekat bawah. Hafiqah berpaling, cuba hendak keluar dari bilik Hariez. Namun, tindakan Hariez lebih pantas menghalang Hafiqah membuka pintu. No, abang tak benarkan Fiqa tidur dekat bilik belakang. Tidur je lah dekat sini. Kalaupun Fiqa tak sedia lagi, nak sekatil dengan abang, takut abang apa-apakan Fiqa, Fiqa tidur atas katil tu seorang. Abang tidur dekat bawah ataupun dekat kerusi. Hariez sudah mula beralah. Dia tidak mahu, gara-gara katil itu, dia bergaduh dengan Hafiqah. Namun, bukan itu sahaja yang membuatkan Hafiqah tidak mahu berada di bilik ini. Dia dibawa Hariez masuk ke sini secara paksa. Serta merta dia diserang kenangan lalu. Semuanya bagaikan jelas bermain di ruang mata. Dari hari pertama berkahwin sehingga ke hari terakhir dia pergi daripada rumah ini. Semuanya kembali lagi. Fiqa menangis? Cepat-cepat diseka air mata yang berada di tubir mata Hafiqah. Ah, aku tak boleh beremosi sangat! Jangan lemah sangat depan dia! Saya tak sukakan bilik ni. Ditolak tubuh Hariez kasar, sebelum dia berjaya memboloskan diri keluar dari bilik Hariez dan menguncikan diri di dalam bilik kecil di dapur. Hariez kecewa. Hati Hafiqah masih terlalu keras untuk menerimanya kembali. Tetapi, dia masih bersyukur, sekurang-kurangnya Hafiqah sudah berada dekat dengannya. Sudah berada di hadapan mata dan boleh dipandang sepanjang hari dan bilabila masa. Rindunya abang pada Fiqa walaupun Fiqa ada dekat dengan abang sayang.

341

342

56

AIZUL begitu ceria malam ini. Dikelilingi ibu dan bapa saudara yang tidak pernah dikenali semenjak kelahirannya membuatkan dia rasa lebih disayangi. Selama ini dia hanya punya ibu, papa Kay dan juga Acik Erni, tetapi hari ini, dia miliki lebih daripada itu. Dia sudah punya ayah, ibu, nenek Imah, Atuk Amir, Nenek Ina, Atuk Rizan, Mak Su Aimi, Mak Su Airin, Pak Long Hafiz dan Mak Ngah Azrin. Bak kata orang lengkap pakej keluarganya. Hafiqah juga turut gembira dengan suasana itu. Dia bersyukur diri masih diterima dan dibukakan hati semua orang untuk melihat kebenaran dalam hidupnya. Cuma dia masih lagi sukar untuk menerima Hariez. Hariez juga tidak begitu memaksa dia untuk tinggal di biliknya semenjak petang tadi. Sedang Hariez, terasa begitu jauh dengan Hafiqah. Hanya dapat memandang isteri yang amat dirindui itu daripada jauh. Setiap kali dia menghampiri, setiap kali itu juga Hafiqah bergerak menjauh. Kesudahannya, Hariez sekadar membiarkan dia pergi. Tak apalah, janji dia masih lagi ada depan mata aku. Halimah juga perasan dengan setiap tingkah Hafiqah. Hati ibu mana yang tidak memahami apa yang tersirat di dalam hati anaknya. Semenjak di rumah mereka tempoh hari Hafiqah menunjukkan sikap tidak selesa apabila berdekatan dengan Hariez. Keadaan itu lebih ketara apabila Hafiqah meminta untuk tidur di bilik Aimi dengan alasan terlalu rindukan Aimi. Bukan Aimi ada pun untuk dia melepaskan rindu. Namun, begitu sukar untuk menebak apa yang bermain di fikiran menantunya pula. Menerima Hafiqah yang terlalu lama meninggalkan mereka kembali dengan hati

343

yang terbuka. Masih setia pula memujuk agar hati yang terluka itu menerima diri kembali. Ketika mengangkat pinggan seusai makan malam ke dapur, Halimah memegang bahu Hafiqah. Hanya mereka berdua di dapur. Airin dan Aimi sudah kembali semula ke ruang makan untuk mengemas saki-baki lauk yang ada. Halimah mengambil kesempatan itu untuk bertanya kepada Hafiqah. Mak nampak Angah masih dingin lagi dengan Hariez. Angah marahkan Hariez lagi? Hafiqah mengeluh kecil. Wanita ini emaknya. Masakan dia mahu berbohong? Angah tengah cuba sesuaikan diri dengan dia. Dahulu, layanan yang Angah terima lain. Jadi sekarang ni Angah tengah cuba untuk terima keadaan yang baru ni. Lagipun baru je beberapa hari Angah jumpa dia semula. Sebaik mungkin dia memberikan alasan kepada emaknya. Halimah mengangguk. Emak faham kalau Angah masih lagi marahkan Hariez. Tapi, kita ni nak sebagai seorang isteri, tak boleh abaikan keperluan suami. Ketaatan kita pada dia yang bawa diri kita ni ke syurga. Walau seburuk mana pun dia, dia tetap suami Angah. Lagipun, mak tengok dia pun boleh terima Aizul dan Angah semula. Cubalah Angah bukakan hati semula dan maafkan dia. Sekali lagi Hafiqah mengeluh. Hatinya bak Kristal kini. Begitu rapuh. Cantik dipandang, namun andai pecah apabila disentuh, tidak mungkin akan bercantum lagi. Nantilah mak. Bagi Angah masa. Angah tak boleh paksa hati ni. Orang lain tak rasa apa yang Angah rasa. Jadi tak boleh samakan dengan hati orang lain. Nasib kita,

344

lain-lain rasa. Sudah beberapa orang yang memujuknya untuk memaafkan Hariez. Tetapi, dia terlalu berhati-hati kini. Takut peristiwa lama berdarah kembali. Kehadiran Airin dan Aimi di dapur bersama pinggan mangkuk kotor dan sakibaki lauk menghentikan perbualan mereka. Puan Hazrina yang muncul kemudian turut tersenyum melihat dua beranak itu duduk di dapur. Tak payah basuh pinggan tu Fiqa. Biar si Airin ni basuh. Dia pun bukan ada kerja pun nak dibuat di rumah ni. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim cuti. Seronoklah dia ada orang nak manjakan dia. Ucap Puan Hazrina kepadanya. Memuncung bibir Airin mendengar bebelan uminya. Biarlah kak Fiqa rajin buat kerja rumah. Umi ni pun. Hah! Nak melawanlah tu! Umi ikat nanti muncung tu, baru padan muka. Tawa mereka kedengaran. Semakin panjang muncung Airin. Anyway Fiqa, umi nak beritahu, yang hujung minggu ni, umi ada buat makanmakan dengan bakal besan umi. Umi jemput keluarga bakal isteri abang Hafiz kamu tu makan di sini. Iyalah, hujung minggu lepaskan majlis di rumah dia, jadi minggu ni buat makan-makanlah. Lagipun, nak merapatkan hubungan Hafiz tu dengan tunang dia tu bukan main susah! Asyik nak fikir kerja je. Ni sementara dia ada cuti panjang, umi nak biar dia kenal-kenal keluarga kita sekali. Orang mana tu umi? Macam mana umi boleh nak kenenkan dengan abang Hafiz? Siapa nama dia? Jangan beritahu umi! Biar jadi surprise. Hafiz yang tiba-tiba muncul melarang uminya. Ish abang ni! Biarlah Fiqa tahu. Bakal biras dia juga nanti. Hariez yang mengekori di belakang terus menuju ke sebelah Hafiqah. Terasa ingin memeluk tubuh

345

itu, namun ditahankan sahaja takut ditempelak di hadapan ahli keluarganya yang lain. Dia juga yang malu nanti! No, no. Biar kau orang berdua tahu sendiri nanti. Siapa suruh berdating dekat Tioman waktu abang tunang? Padan muka! Eh, kalau aku tak pergi Tioman bang, aku tak jumpa isteri aku ni balik tau! Tak apalah aku tak kenal bakal kakak ipar aku tu. Janji aku dapat jumpa isteri aku ni balik. Tawa Hariez meletus. Terus kucupan manis hinggap di pipi Hafiqah. Terpana Hafiqah seketika. Muka pula sudah memerah. Malu diperlakukan sebegitu rupa di hadapan keluarga. Imah pun jemputlah datang sekali ye nanti. Kita kenal-kenal semua. Lagipun saya pun dah lama tak jumpa dengan Imah. Ajak Puan Hazrina. Kami tak boleh datang lagi. Lagipun ni dah datang, kira dah jumpa lah. Tak apalah. InsyaAllah, nanti kami berjumpa juga di majlis kahwinnya. Dengan lembut Halimah menolak. Supaya tidak terkecil hati besannya itu. Iyalah Auntie Rina. Lagipun mak dah rindu nak jumpa cucu dia Akif tu. Ni pun sebab nak datang sini, mak pulangkan balik pada kak long. Balik nanti confirm terus ambil. Aimi tersengih. Dengan keluarga ini, dia mampu ceria kembali. Syukur, Allah masih memberinya peluang untuk bertaubat. Masih memberinya peluang untuk menikmati hidup ini dengan cara yang betul. Kalau macam tu, tak apalah. Nanti ada masa, kami pula yang ke sana. Dapatlah berjalan-jalan sekali. Ibu Aizul pula muncul dengan tangannya sudah menggosok-gosok mata.

346

Alalala anak ibu ni dah nak tidur ye? Meh sini dekat ibu. Didepakan tangan dan menyambut tubuh Aizul ke dukungan. Fiqa tidurkan Aizul dulu ye semua. Selamat malam. Terus berlalu menuju ke bilik belakang. Ahli keluarga yang lain sudah mempamerkan wajah pelik. Namun, masing-masing cepat memahami dan tidak mahu memanjangkan cerita. Seorang demi seorang berlalu ke ruang tamu. Meninggalkan Hariez yang masih tegak memandang bilik kecil yang sudah tertutup pintunya itu dengan hati yang sebal.

************************* PINTU kayu itu dibuka dengan perlahan. Sungguh berhati-hati gerak langkah Hafiqah untuk masuk ke bilik itu. Tidak mahu Hariez tahu. Jika lelaki itu ada di dalam biliknya, dia mahu cepat-cepat kembali semula ke tingkat bawah. Alhamdulillah, tak ada. Lalu cepat-cepat Hafiqah menuju ke tepi almari kecil yang diberikan Hariez dahulu kepadanya untuk mendapatkan bagasi pakaiannya. Kononkonon marahkan Hariez, sampai terlupa untuk mengangkat pakaiannya dari kereta. Kesudahannya, semua barangannya Hariez angkat dan letakkan di biliknya sendiri. Tidak mahu bertembung dengan Hariez, dengan lincah tangannya mengangkat bagasi yang besar itu. Aik, apasal ringan sangat ni? Hafiqah tunduk. Dibuka zip bagasi dan tercengang. Kesemua barang di dalamnya sudah tiada lagi. Dibuka pula almari pakaian itu, juga kosong.

347

Baju Fiqa dan Aizul abang dah masukkan dalam almari sana. Suara Hariez bergema hampir di telinganya. Entah daripada mana muncul, dan sangat memeranjatkan Hafiqah. Terus diurut dada yang berdegup kencang. Hariez tersengih. Dia berdiri di balkoni ketika Hafiqah masuk. Dia hanya memerhati setiap tindakan Hafiqah di balik langsir yang menutupi cermin sliding balkoni. Dan bergerak tapak demi tapak supaya Hafiqah tidak sedar kehadirannya di situ. Kenapa pandai-pandai alihkan? Saya boleh buat sendiri. Memberanikan diri untuk bersikap tegas di hadapan Hariez. Sedangkan hati sudah semakin tidak keruan lebih-lebih lagi dengan keadaan Hariez yang semakin mendekati sehingga membuatkan dirinya terperangkap ke sudut bilik. Baju isteri dan anak abang, abang tolonglah masukkan. Lagipun nanti kalau abang tak kemas, senanglah Fiqa nak bawa beg tu keluar. Tak naklah abang! Aduhai, kenapa romantik sangat suara dia malam ni? Lain kali jangan susah-susahkan diri untuk saya. Saya ni cuma orang gaji je. Takkan tu pun saya nak kena ingatkan encik! Dalam getaran suaranya itu tetap kedengaran tegas di telinga Hariez. Fiqa, Fiqa, kan abang dah cakap banyak kali. Fiqa isteri abang. Bukan orang gaji. Dahulu abang memang silap besar sebab buat benda-benda buruk tu pada Fiqa. Sekarang ni abang cuma minta satu je lagi peluang untuk abang buktikan yang abang memang sayangkan Fiqa. Abang nak kita jadi macam keluarga bahagia yang lain. Abang tak mahu Fiqa terus-terusan bersikap negatif pada abang macam ni. Tak boleh ke? Hariez merenung ke dalam anak mata Hafiqah.

348

Terpana Hafiqah dengan renungan mata itu. Menikan jauh ke dalam hatinya. Serta merta sesak nafas dirasakan. Dengan degupan jantung yang sudah tidak tentu hala, Hafiqah akhirnya meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke dada Hariez. Encik Hariez yang cakap dulu- Tolong jangan ulang lagi apa yang abang cakap dulu. Fiqa nak terus hidup dalam masa silam ke? Fiqa tak nak rasa hidup bahagia dengan abang? Fiqa lebih suka terus hidup marahkan abang daripada buka hati untuk terima abang supaya abang dapat bahagiakan Fiqa dan Aizul? Macam tu? Terdiam Hafiqah dibuatnya. Apa yang diucapkan Hariez itu semuanya betul. Dia juga mahukan bahagia. Tetapi, hatinya bagaikan beku untuk Hariez. Kalau Fiqa masih tak boleh terima abang sebagai suami Fiqa, tak apalah. Abang cuma harap agar sekurang-kurangnya, Fiqa dapat terima abang sebagai seorang kawan dalam rumah ni. Macam Fiqa bercakap dengan orang lain. Apa-apa yang Fiqa nak minta pada abang, nak minta abang tolong, Fiqa beritahu je pada abang. Abang tak nak Fiqa tidur dekat bilik belakang lagi. Fiqa tidurlah dalam bilik ni. Abang boleh tidur dalam bilik abang Hafiz dulu. Nanti abang angkat Aizul naik atas. Dipegang kedua-dua belah tangan Hafiqah. Dikucup belakang telapak tangan itu dengan lembut sambil mata menatap mata Hafiqah. Sekali lagi Hafiqah terkesima. Membiarkan sahaja perlakuan Hariez, kerana dia bagaikan tiada daya saat ini untuk melawan lelaki itu. Abang cintakan Fiqa. Hafiqah pejam mata. Kucupan di dahi itu terasa begitu indah untuknya.

349

57

PAGI yang meriah itu membuatkan hati Hafiqah tertanya-tanya siapakah tunang abang Hafiz yang sering disebut-sebut oleh ibu mertuanya itu. Namun, tidak seorang pun daripada mereka yang terlepas kata menyebut nama tunangan abang Hafiz di hadapannya. Memang bersungguh-sungguh mereka untuk memperkenalkan dia dan Hariez kepada wanita itu. Sayang! Lembut bisikan suara Hariez menerjah ke cuping telinganya. Tangan yang turut sama melingkari pinggang rampingnya ditarik sedaya upaya. Rimas dengan perlakuan manja lelaki ini. Hari itu bukan main kata kawan dahulu. Tetapi bila depan orang, bukan main mengada-ngada ambil kesempatan dia! Hariez pada mulanya semakin mengeratkan pelukan itu. Namun, apabila melihat wajah Hafiqah yang semakin mencuka, perlahan-lahan dilepaskan. Tetapi, masih sempat lagi mencuit sisa ikan di dalam sinki dan disapukan ke pipi Hafiqah. Apalagi, menjerit marah Hafiqah dengan tindakan Hariez yang tidak dijangka itu. Wah, berani awak ye? Hafiqah sudah bercekak pinggang. Seminggu tinggal bersama lelaki ini menjadikan Hafiqah kadang kala tidak mampu mengawal amarahnya. Dia kini sudah lebih mudah baran berbanding dahulu. Jauh berbeza dengan perangainya selama ini. Hariez tersengih. Amat pasti Hafiqah memang akan mencekiknya sampai mati kalau dia berjaya menangkap dirinya. Sabarlah sayang. Abang bergurau je. Hariez sudah menyorok di belakang Puan Hazrina. Kalau sembunyi di belakang Airin, terangterang sahaja Airin akan menolak dia ke dalam mulut harimau isterinya.

350

Bergurau? Hafiqah sudah menyingsing lengan baju. Kalau bergurau marilah ke sini. Saya pun nak bergurau juga. Sambil itu tangan sudah sedap menggumpal isi perut ikan siakap yang disiang tadi. Hariez sudah mula cuak. Apa pula yang dipegang Hafiqah di dalam genggamannya itu? Apa yang hendak dibuatnya? Iye? Betul ke Fiqa nak bergurau ni? Mestilah. Kan awak memang nak saya bergurau. Selalu awak kata saya ni serius je kan? Meh sini sayang Senyumannya penuh dengan misi tersirat. Menjadikan Hariez lebih seram sejuk. Hafiqah semakin menghampiri. Dan daripada telapak tangan itu, mengalirkan cecair coklat melalui celahan jari. Sayang nak buat apa tu? Setapak Hafiqah mara kepadanya, dua tapak dia berundur. Aish, mari la sayang Begitu manja kedengaran suara itu. Dengan jari telunjuknya menguit-nguit Hariez agar menghampiri. Hariez sedikit sebanyak terpesona dengan kemanjaan itu, namun cepat-cepat dia berpaling, dan akhirnya berlari menuju ke pintu dapur dan keluar ke belakang rumah. Semua yang lain hanya tergelak gembira menyaksikan aksi kejar-mengejar antara Hariez dan Hafiqah. Pada mereka, syukurlah hubungan itu sudah menampakkan cahaya kebahagiaan dan kegembiraan. Janganlah macam ni sayang. Semua orang nak memasak tu. Kalau Fiqa kejar abang macam ni, bila diorang nak mula masak? Hariez mula mencari akal untuk melepaskan diri daripada Hafiqah. Hafiqah bersungguh-sungguh mengejarnya sehingga ke luar walaupun hanya berkaki ayam.

351

Hafiqah tidak main-main. Geram sungguh dia dengan Hariez. Berani-berani sahaja dia menyapukan sisa siangan ikan ke pipinya. Sudahnya, habis meleleh cairan itu menitis ke bajunya. Kalau tahu macam ni, memang dia tak mandi! Dahlah sayang. Abang dah penat nak lari ni. Sayang lepaskanlah abang ye? Kakinya tetap tidak mahu mengalah. Pantas sahaja menyusuri celahan pasu bunga di taman itu. Dan Hafiqah masih setia mengekori. Aduh! Hafiqah melompat sebelum dia terduduk di atas tanah. Hariez kaget. Kenapa pulak tu? Fiqa kenapa? Mata sudah mula melilau meneliti setiap inci tubuh isterinya daripada jauh. Hendak mendekati takut sekadar penipuan semata-mata. Tetapi, wajah Hafiqah yang begitu menahan sakit itu menjadikan kakinya semakin menghampiri. Semakin lama semakin cepat. Tanpa sedar, dia sudah berlulut di hadapan Hafiqah. Sakit ke? Pergelangan kaki Hafiqah disentuh. Ditepis sekali oleh Hafiqah. Tetapi ada sesuatu yang pelik dengan tepisan itu. Berair! Yah! Habis dilumurkan segala isi perut ikan ke muka kacak Hariez. Biar dia tahu betapa hanyirnya bau ikan itu. Rasa macam sudah berjaya membalas dendamnya tadi. Hafiqah melepaskan tawa. Hariez mencebik kegelian. Mana aci main tipu macam ni! Abang beriya-iya datang nak tolong Fiqa sebab ingatkan Fiqa betul-betul cedera. Bau hanyir sudah memenuhi rongga pernafasan Hariez. Nak kena mandi lagi la nampaknya ni! Hafiqah ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan Hariez. Ini baru sedikit. Memang dia betul-betul sakit tadi. Kakinya terseliuh. Memang amat mudah kakinya

352

terseliuh jika terlalu banyak berlari. Cuma ia tidaklah sesakit mana pun sehinggakan dia tidak boleh mengenakan Hariez langsung. Hanya ideanya serta-merta datang untuk memastikan Hariez segera datang kepadanya dalam keadaan sebegitu. Walaupun begitu, kaki Hafiqah tetap terasa sakit. Hendak minta Hariez membantunya, tidak mungkin sekali. Lelaki itu telah pun bangun dan beredar meninggalkannya. Timbul pula rasa sebak di hati Hafiqah melihat susuk tubuh itu meninggalkannya terkapai-kapai cuba untuk bangun sendiri. Cepat-cepat ditepis harapan itu. Selama ini dia lebih daripada berani lagi. Melahirkan anak sendirian tanpa seorang suami di sisi. Dengan perlahan, menggagahkan kaki yang sedikit sakit itu untuk bangun. Tulah, yang pergi nak aniaya orang tu kenapa? Ha, nak balas dendam sangat. Kan orang dah cakap, buat jahat mesti dapat balasannya. Allah bayar cash lagi! Hafiqah membebelkan dirinya di dalam hati. Kaki akak tu kenapa? Tegur Airin yang melihat Hafiqah berjalan terhencuthencut menuju ke pintu dapur. Orang jahat macam ni lah balasannya. Dia sengih. Habis tu macam mana nak masak ni? Puan Hazrina yang turut sama berdiri di tepi pintu menyambut tubuh Hafiqah dan membantunya untuk duduk di kerusi. Tak apalah umi. Airin kan ada nak tolong masak? Fiqa tolong siang barang je la kat meja. Hehe Saja dia mahu menyakat Airin. Wah! Akak ni memang pandai gila nak kenakan orang! Airin tepuk tangan. Kagum sungguh dengan cara Hafiqah. Boleh je Airin masak! Tapi ada orang ke yang berani nak makan tu nanti? Tawa Airin meletus. Pernah juga dia belajar memasak dengan Mak Teh dahulu semasa ketiadaan Hafiqah. Namun, satu pun tidak menjadi. Kali

353

ini, Hafiqah mahu dia pula yang memasak? Alamatnya, tak makan tengaharilah tetamu mereka hari ini! Boleh punya. Kan senang, kalau kena kes emergency macam ni, orang lain semua tak boleh masak, Airin boleh masak. Dah boleh act sikit depan tunang abang Hafiz yang Airin yang masak semua makanan hari ni! Hafiqah cuba untuk menyemarakkan semangat Airin. Airin pernah juga menolongnya untuk memasak sebelum ini. Cuma tidak pernah dibiarkan seorang diri. Kenalah sediakan barang-barangnya dahulu. Barulah boleh memasak. Peringatan demi peringatan diberi sebelum Airin mula memasak. Hm, okay, mana nak mula ni? Apa nak buat first sekali ni? Nak sediakan apa? Begitu semangat sekali Airin. Dia gembira Hafiqah sudah pulang. Apa sahaja kata dan nasihat Hafiqah akan didengarnya. Sayang sungguh dia kepada Hafiqah! Puan Hazrina dan Mak Teh hanya memerhati arahan demi arahan diberikan kepada Airin. Begitu tekun anak gadis itu melakukannya. Tak sia-sia Fiqa balik, nak. Fiqa bawa balik dua anak umi dalam rumah ni. Fiqa bawa bahagia pada kami semua. Terima kasih Fiqa!

*******************

ALISA tiba di Villa Kasih bersama mamanya Datin Emelda dan Dato Zahir. Berpakaian baju kebaya pendek, menjadikan dia kelihatan lebih ayu. Rambut pendeknya separas bahu itu hanya dibiarkan lepas tanpa sebarang pin.

354

Kedatangan mereka disambut oleh Puan Hazrina dan Tuan Rizan. Alisa sedikit kecil hati. Walaupun Hafiz tunangannya, batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan. Sudahlah saban malam dia menunggu Hafiz menelefonnya. Kini, dia sudah berada di Villa Kasih, malangnya, Hafiz langsung tidak memunculkan diri. Puan Hazrina sedar dengan perubahan riak muka Alisa. Dia juga kecewa dengan sikap Hafiz. Entah kenapa dengan anak yang seorang itu. Membantah tidak, tetapi suka sangat buat hal sendiri. Hafiz siang-siang sudah keluar bersama Hariez untuk bertemu dengan Irfan. Sedangkan, dia bukan ada kaitan pun dengan urusan Hariez itu. Urusan kerja, mana mungkin ada kaitan dengan Hafiz. Hafiz bukan bekerja di syarikat suaminya itu pun! Sudah diingatkan berulang-kali agar tunggu sahaja di rumah. Kepada Hariez pun sama. Tetapi, nama pun adik-beradik, sama sahaja perangai mereka berdua. Sekejap sahaja umi. Irfan nak bagi barang je. Dia baru balik daripada Tioman dengan Fariez. Sebelum tunang abang Hafiz sampai kami dah ada dekat rumah semula. Itu janji Hariez. Namun, sampai sekarang, bayang mereka pun tidak menjengah lagi. I dengar, you punya menantu perempuan dah balik Rina. Mana dia? Nak juga I jumpa dengan dia. Datin Emelda sekadar bertanya. Sebenarnya dia memang kepingin bermenantukan Hariez. Hariez lebih kacak dan lebih berkarisma berbanding Hafiz yang kurang bersosial. Jadi tidak hairanlah, jika dia mahu melihat wanita yang berjaya mendapatkan Hariez itu lebih dahulu daripada anaknya Alisa. Ada dekat dalam tu. Dia dan Airin tengah memasak tu. You datang awal sangat ni. Almost done. Tangan Datin Emelda ditarik. Alisa turut sama diajak masuk ke dalam. Tuan Rizan pula sudah lama jalan beriringan dengan Dato Zahir ke Villa Kasih.

355

Tin, Tin! Puan Hazrina berpaling. Kelihatan Lancer Hariez sedang masuk ke parkir. Kenderaan itu diparkir dan Hariez dan Hafiz kemudian keluar dari perut Lancer sambil tersengih-sengih. Kedua-duanya menghampiri Datin Emelda dan Puan Hazrina. Alisa yang berdiri di sebelahnya memandang lelaki itu dengan perasaan yang berbelah bahagi. Hendak senyum tetapi dalam masa yang sama masih ingin merajuk. Sampai hati Hafiz tidak menjemputnya. Hariez memandang Alisa yang berada di sebelah Datin Emelda. Wanita itu seperti pernah dilihatnya. Namun, tidak dapat diingat di mana dan siapa dia. Beralih pandang pula kepada Hafiz minta diperkenalkan. Malangnya, abangnya itu sekadar tersenyum dan menjungkitkan bahu. Jom, sayang. Kita makan dulu. Puan Hazrina menarik tangan Alisa apabila melihat Hafiz bagaikan tidak endah sahaja dengan Alisa. Tidak mahu Alisa lebih berkecil hati sehingga mahu memutuskan pertunangan mereka, sedangkan dia tahu, Hafiz memang seorang yang kurang bersosial. Its okay Auntie Rina. Lis pun memang tengah lapar ni. Alisa juga turut memaut lengan bakal ibu mertuanya itu. Dalam hati turut sama memuji kekacakan Hariez. Sedikit rasa cemburu bertandang dalam hati apabila memikirkan siapalah wanita bertuah yang berjaya merebut Hariez itu. Duduk seketika di ruang tamu Villa Kasih membuatkan Alisa turut sama mengagumi kekemasan dan reka hiasan dalamannya. Begitu cantik! Pandai Puan Hazrina mendekorasi rumahnya sehingga ternampak ciri-ciri ala Inggeris lama di bahagian ruang

356

tamunya itu. Perabot yang menghiasi ruang itu kebanyakannya adalah perabot import dan kelihatan ringkas namun menarik hati. Hariez, pergi panggil isteri kamu tu. Biar si Airin yang tolong Mak Teh hidangkan lauk. Umi nak kenalkan tunang abang Hafiz kamu ni sekali. Arah Puan Hazrina. Serta merta Hariez menuju ke dapur. Hafiqah dilihat sedang duduk di kerusi sedang Airin pula sibuk menyiapkan hidangan ke dalam bekas makanan. La isteri abang ni bukan tolong pun! Daripada sayang tak buat kerja apa ni, mari ikut abang ke depan. Umi nak kenalkan dengan tunang abang Hafiz. Ditarik tangan Hafiqah. Hafiqah bangun perlahan-lahan dan dengan kaki yang sedikit terhencut-hencut, dia mula bergerak ke ruang tamu. Pelik juga Hariez dengan pergerakan Hafiqh itu. Kaki Fiqa tu kenapa? Tak ada apa. Terseliuh je. Malas hendak melayan Hariez lagi. Gara-gara dia kakinya terseliuh tadi. Ish! Boleh jalan tak ni? Hariez masih cuba untuk mengambil berat. Kasihan pula melihat Hafiqah cuba bergerak seperti biasa, dengan wajah menahan sakit. Im okay. Biasa je ni. Sekejap je. Jangan risau. So be it. Kata Hariez dalam hati. Hariez tiba lebih awal daripada Hafiqah di ruang tamu. Hafiqah masih bergerak perlahan-lahan. Puan Hazrina dan yang lain semua berdiri. Saling salam-menyalami. Hariez, ni umi kenalkan, Auntie Mell. Yang ini anak mereka, tunang abang Hafiz, nama dia Alisa.

357

Demi mendengarkan nama Alisa, Hafiqah yang baru tiba di meja makan tersentap. Tidak bergerak ke hadapan mahupun ke belakang. Hariez yang menantikan kehadiran Hafiqah menoleh ke belakang. Memandang Hafiqah masih tercegat jauh di belakang. Fiqa buat apa tu dekat sana? Alisa berpaling ke arah yang dimaksudkan Hariez. Kau?! Semua yang berada di situ terkejut. Tidak percaya, kedua wanita itu saling mengenali. Walhal masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza. Lis kenal Fiqa ke? Tanya Puan Hazrina. Alisa mengangguk. Dia kawan Lis. Hariez mendekati Hafiqah. Ada sebab kenapa Hafiqah kelihatan begitu terkejut melihat Alisa. Jika mereka kawan, pasti mereka saling gembira apabila dapat bertemu. Fiqa Disentuh lembut bahu kecil itu. Hafiqah angkat muka. Memandang ke dalam mata Hariez, dengan pandangan sayu. Mengharap agar lelaki itu mengerti. Agar lelaki itu ingat kembali tanpa perlu dia berkata apa-apa lagi. Kenapa sayang? Digenggam jemari itu. Sejuk. Mari, kita jumpa semua. Tapi, dia Alisa. Hariez melemparkan pandangan pelik. Memandang semula ke arah Alisa. Apa yang tidak kena dengan Alisa? Alisa sudah tidak senang duduk. Dia perlu melakukan sesuatu. Fiqa, tak sangka jumpa kau dekat sini. Lama kau tak cari kami. Dan mendekati Hafiqah yang masih kaku di sebelah Hariez. Mati dia kalau Hafiqah canangkan keburukan dia memfitnah Hafiqah selama ini. Wait a minute. Now when I hear you speak, I rembember very well who you are. Kau perempuan yang aku jumpa dekat Mid Valley dulu kan? Kau yang cakap isteri aku

358

ni sanggup buat apa saja untuk duit kan?? Hariez terlebih dahulu menghentikan langkah Alisa yang semakin menghampiri. Dia ingat kini siapa wanita itu. Wanita itulah puncanya hubungan dia dan Hafiqah jadi seperti sekarang ini. Excuse me? Kau cakap apa ni? Alisa senyum sinis. Pura-pura tidak mengerti kata-kata Hariez. Betullah tu! Kau lah yang buruk-burukkan isteri aku ni hari tu. Jangan sebab kau ingat kau dah potong rambut, orang dah tak kenal kau lagi. Tak perlu nak pura-pura. Kau yang fitnah Hafiqah kan? Kau kawan dia yang sanggup tikam dari belakang kan? Selamba sahaja Hariez menghamburkan kata-kata marahnya itu. Tidak dipedulikan sama ada Dato Zahir yang masih memandang, Datin Emelda yang sudah mencerlung mata mahu membahamnya, waimma umi dan papanya sendiri yang tidak terkata apa kerana terlalu terkejut dengan kenyataannya itu. Kau cakap apa ni Hariez? Apa masalah kau orang ni? Fiqa, tell us something, will ya? Hafiz cuba untuk memahami setiap butir pergaduhan mereka itu. Namun Hafiqah diam seribu bahasa memandang ke wajahnya. Dah Fiqa. Tak perlu cakap-apa lagi pada mereka ni. Jom kita ambil Aizul, abang bawa Fiqa balik rumah abang. Ditarik tangan Hafiqah. Sepantas itu juga Hafiqah merentap tangannya. Fiqa! Antara kita takkan ada apa-apa. Kan saya dah cakap, saya memang tak mahu kembali pada awak. Sekarang awak nampak apa yang dah jadi? Menggeletar tubuhnya. Marah, takut semuanya bercampur baur.

359

Aku tak tahu apa salah aku pada kau Lis. Sampai hati kau yang aku anggap selama ni sebagai kawan baik aku, tidur sebantal, makan kadang-kadang pun aku suapkan, sanggup buat aku macam tu. Kau lupa agaknya setiap perbuatan tu akan ada balasannya. Hafiqah menahan amarah yang tersimpan. Inilah pertama kali setelah bertahuntahun tidak bertentang mata dengan Alisa. Mengumpul segala kekuatan yang ada sebelum menyambung semula bicaranya. Aku percayakan kau, aku sayangkan kau, aku anggap kau macam sebahagian daripada aku. Kalau kerana kau cemburu sebab Haziq, kenapa? Kenapa libatkan sekali adik aku? Kenapa aku? Kenapa?! Masing-masing diam tidak berkutik. Barulah Puan Hazrina sedar Alisa inilah punca permasalahan hidup Hafiqah yang disebut-sebut oleh keluarga besannya dahulu. Cuma dia tidak tahu namanya. Memandang ke wajah Datin Emelda dan Dato Zahir yang tampak tidak berpuas hati dengan apa yang diterima mereka untuk makan tengahari pada hari ini. Aku.. Aku tak faham apa yang kau cakapkan ni. Tergagap -gagap Alisa. Tidak tahu apa alasan yang harus diberikan. Dia sebenarnya rindu dengan Hafiqah. Ingin memeluk tubuh itu, tetapi apa yang telah terjadi antara mereka mematikan segala rencana itu. Dia malu untuk bertemu dengan Hafiqah. Dia malu kalau tiba masa berdepan dengan Hafiqah dan Aimi. Dia juga tidak mampu untuk memunculkan diri di hadapan keluarga Haji Amir lagi. You know what Lis, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat untuk semua yang kau dah bagi pada aku selama ni. Sebab kau, aku berjaya dapat apa yang kau nakkan. Apa yang kau mahukan untuk diri kau, semua aku yang dapat. Aku tak minta, tapi kau yang bagi peluang tu pada aku. Aku dapat suami yang kaya, aku dapat suami

360

yang kacak, aku ada anak yang comel. Apa lagi yang aku harapkan? Its all thanks to you. Walaupun semua tu tak semudah mana. Dia kembali bertenang. Sudah mula mendapat kekuatan diri semula. Eh, what is this Rina? Apa yang menantu you ni merapu? Datin Emelda sudah mula berang. Benci betul dia melihat Hafiqah dengan selambanya memerli anaknya di hadapan keluarga bakal besannya ini. Sabar Mell. I pun tak tahu apa yang berlaku ni. Ni semua urusan budak -budak ni. Puan Hazrina cuba untuk menenangkan keadaan yang semakin keruh itu. Hariez, papa rasa better Hariez bawa Fiqa naik ke atas dulu. Kita bincang satu demi satu. Mungkin ada masalah dalaman antara mereka berdua ni. Tuan Rizan akhirnya bersuara. Tidak tahu untuk menyebelahi pihak yang mana kerana dia sendiri tidak tahu duduk perkara yang sebenar. No papa. Hariez rasa better Hariez bawa Fiqa balik ke rumah Hariez. Hariez tak mahu dia terus-terusan rasa sakit hati di sini. Hariez tahu kenapa, jadi it is best kalau you all semua proceed je dengan urusan makan tengahari ni tanpa kami sekeluarga. Pergelangan tangan Hafiqah kembali dipegang. Hafiqah menurut kata Hariez kali ini. Lupa semua tentang orang lain. Hanya dia dan Alisa sahaja kini. Tunggu kejap Hariez. Abang nak tahu apa yang sebenarnya dah berlaku antara Fiqa dan Alisa? Hafiz pula yang menahan langkah Hariez di tangga. Tidak puas hati selagi tidak memahami cerita sebenar antara mereka. Macam nilah, bang. Kau tunggu nanti aku ceritakan. Buat masa ni, apa yang lebih penting, hati isteri aku dan anak aku. Jadi, if u can excuse us daripada isteri aku

361

dimalukan lagi oleh keluarga bakal mertua kau tu. Thanks. Tanpa menunggu Hafiz berkata lebih lagi, Hariez terus berlalu. Mama, papa, I think we better go. We are not welcomed here. Alisa akhirnya bersuara. Tidak sanggup lagi berlama-lama di Villa Kasih. Tidak sanggup membiarkan dia dihina seperti ini lagi. Juga tidak sanggup memalukan diri sendiri di hadapan keluarga bakal mertuanya. Terutama sekali Hafiz yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengetahui hubungan antara dia dan Hafiqah. Betul tu sayang. Mama pun setuju. Dahlah Rina, I rasa I makan dekat luar je la. Hilang pulak selera nak makan dekat rumah you tengahari ni. Maybe next time je la. Cepat-cepat dia mengambil tas tangan dan menarik sekali tangan suaminya. Alisa di sisi hanya menurut. Hafiz yang terpinga-pinga juga hanya memandang tanpa rasa untuk menahan ataupun memujuk tunangnya itu. Perlukah aku untuk baik dengan dia? Layakkah dia? Dikerling Hafiz sebelum melangkah masuk ke perut BMW milik papanya. Untung Fiqa. Aku yang bodoh sebab aniaya dia. Hariez tu jauh lebih prihatin daripada Hafiz ni. Kalau aku tak aniaya dia, mesti aku yang dah kahwin dengan Hariez tu. Bodohnya aku!

362

58

SEDANG Alisa dan keluarganya mula beredar dari Villa Kasih, Hariez pula membawa Hafiqah masuk ke bilik mereka. Sejak tadi Hafiqah diam membisu seribu bahasa. Hariez berdiri betul-betul di hadapan Hafiqah. Wanita itu hanya paras dadanya. Begitu kecil dan comel sahaja susuk tubuhnya. Dan tanpa disangka-sangka tubuh sasanya dipeluk. Hafiqah menghamburkan esakan halus, dan semakin lama tangisan itu semakin meruntun hati lelaki Hariez. Begitu kuat sekali cengkaman jemari Hafiqah di belakangnya. Begitu hebat sekali luahan perasaannya. Hariez terpana. Hanya semakin mengemaskan pelukannya ke tubuh kecil Hafiqah. Dan Hafiqah tenggelam dalam dakapan Hariez. Terasa pentingnya kewujudan lelaki itu di sisinya saat ini. Melampiaskan segala kesedihan dan keperitan yang dirasakan dalam jiwanya. Dada bidang Hariez menjadi tempat untuknya meluahkan segala tangisan yang selama ini hanya terpendam dalam hati. Kenapa Hariez? Kenapa? Kenapa semua orang nak aniaya saya macam ni? Apa salah saya pada awak semua? Hampir basah bahagian dada Hariez. Shhh jangan macam ni sayang. Abang ada. Diusap belakang kepala Hafiqah perlahan. Bodoh sangat ke saya ni? Buruk sangat ke saya ni sampai semua orang benci saya? Saya ni pun manusia biasa macam awak semua. Saya ada hati, ada perasaan. Saya pun nak hidup bahagia macam awak semua. Walaupun saya tak kaya macam awak

363

semua, tapi saya pun ada hak untuk hidup macam orang lain. Kenapa nak permainkan saya macam ni sekali? Namun, semakin kuat dia menangis, semakin kuat cengkaman dan pelukannya kepada Hariez. Tanpa sedar, dia meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki Hariez untuk meluahkan perasaan. Sudah terlalu lama perasaan ini terpendam dalam hatinya dan dia sudah tidak mampu menanggungnya seorang diri lagi. Fiqa tak bodoh. Kami semua ni yang bodoh sebab tak dapat menilai kebaikan hati Fiqa. Abang yang bodoh sebab terlalu mudah percayakan kata-kata orang berbanding Fiqa yang abang jumpa setiap hari. Abang salah sayang. Abang tak sempurna. Air matanya turut mengalir. Betapa tebal rasa bersalahnya kerana menghukum Hafiqah tanpa usul periksa. Tidak tahu kesan akibat perbuatannya itu menghancurlumatkan seluruh kegembiraan yang pernah wujud dalam hati Hafiqah. Fiqa Namanya disebut begitu lembut. Selembut pegangan tangan Hariez di bahunya. Perlahan matanya dibuka. Listen. What past is past. Yesterday is history. Tomorrow is mystery. But today, we must treat it like treasure. Live happily like there is no tomorrow. Apa sahaja yang mendatang, abang akan hadapi dengan Fiqa. Abang nak Fiqa yakin pada abang. Memang abang buat silap besar dulu. Tapi, semuanya dah berubah. Abang yakin dengan perasaan abang pada Fiqa. Abang nak jadi satu-satunya lelaki yang akan memberikan Fiqa bahagia. Abang takkan benarkan orang lain sakiti Fiqa lagi. Termasuklah abang. Abang cuma nak Fiqa letak abang dalam satu tempat di hati Fiqa. Yang mana, abang boleh nampak setiap apa yang berlaku dalam hati Fiqa. Dalam hidup Fiqa. Satu tempat yang mana abang boleh rasa semua kasih sayang Fiqa. Abang nak sentiasa jadi sebahagian dari

364

hidup Fiqa. Abang nak jadi mata, hidung, mulut, telinga dan segala-galanya yang ada pada Fiqa. Abang cuma nak Fiqa. Abang cintakan Fiqa. Apa yang ada di hadapannya bukan palsu. Renungan mata itu juga bukanlah palsu. Inilah kali pertama dia berani bertentang mata dengan Hariez. Redup pandangan mata itu begitu mendamaikan. Seolah-olah ianya menjanjikan syurga. Ya, andai aku terus membenci suamiku sendiri, bagaimana akan ku nikmati peluang untukku ke syurga? Terlalu banyak keterlanjuran yang kulakukan kepadanya selama ini. Masihkah ada maaf untukku di hatinya? Dan dia, masih setia denganku. Menunggu ku dan tidak henti-henti memujukku. Layakkah aku untuk memilikinya? Terasa diri masih kerdil di hadapannya. Namun masih terlalu banyak yang bermain di fikiran Hafiqah. Yang nyata masih ada saki baki perasaan yang tidak terluah untuk lelaki itu. Perjalanan mereka masih jauh. Dia masih perlu masa untuk benar-benar menerima kembali kehadiran Hariez dalam hidup mereka. Ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua yang sedang leka dibuai perasaan indah. Suara Aizul di balik pintu menyedarkan Hafiqah kewujudan anak itu dalam hidupnya lebih penting daripada Hariez. Ibu! Raungan Aizul yang tidak henti-henti menyebabkan Hafiqah tergesa-gesa sehingga kakinya tersadung bucu pintu ketika membukanya. Bagai hendak tercabut dirasakan jari kakinya kerana kulit yang putih bersih itu terkopek. Ergh! Tubuh sudah tergolek di lantai, rasa ingin dicabut sahaja kaki daripada tubuh. Sakit sehingga mencengkam ke seluruh jantung. Aizul yang melihat ibunya

365

mengerang kesakitan sudah pucat tidak berdarah. Takut sungguh melihat ibunya dalam keadaan seperti itu. Airin bawa Aizul pergi dekat papa dan umi. Biar abang jaga kak Fiqa. Arah Hariez. Tidak mahu Aizul pula yang meraung-raung sama dengan Hafiqah. Argh!!! Hafiqah menjerit sakit. Ingin dilepaskan semua rasa sakit itu, namun ia tetap terasa. Bisanya menyengat hingga ke ulu hati. Hariez kelam kabut mencari peti kecemasan. Masa nak guna ni lah tak jumpa! Ni yang aku bengang sangat! Siapa ada ambil first aid kit Hariez? Menjerit dari tingkat atas. Fiqa bawa masuk bilik belakang. Cuci luka Mak Teh hari tu. Dalam keadaan yang menahan sakit itu, Hafiqah cuba untuk menahan Hariez daripada memarahi orang yang tidak berkenaan. Dan dengan seluruh kekuatan dan kepantasan yang ada, Hariez menuju ke bilik belakang. Sebaik peti kecemasan itu ada di tangannya, Hariez berlari semula ke tingkat atas mendapatkan Hafiqah. Airin dan Hafiz turut sama mengekori Hariez. Terkejut Hafiz melihat jari Hafiqah yang dilumuri darah. Berkedut seribu t-shirt yang dipakai Hariez dek dicengkam Hafiqah. Demi membiarkan Hafiqah menahan sakit, Hariez membiarkan sahaja. Cengkaman yang mengenai tubuhnya itu tidaklah sesakit luka yang sedang dirasai isterinya itu. Hafiz turut sama membantu menyapukan iodine dan antiseptik. Peritnya, hanya Allah yang tahu. Dibalut dengan plaster, dan kemudian dibalut dengan kain pembalut kerana takut darah masih lagi mengalir keluar memandangkan besar luka itu.

366

Bengkak mata Hafiqah sedari tadi menahan tangis. Menangis kerana Alisa, dan kemudian kerana kecuaian sendiri pula, terluka. Lalu, Hariez, mencempung tubuh kecil itu dan diletakkan di atas katil. Dah, Fiqa rehat je hari ni. Jangan banyak-banyak gerak. Tadi dah terseliuh. Nanti abang ambilkan lauk kita makan dekat atas je ye? Malu pula Hafiqah dilayan sebegitu dengan kehadiran abang Hafiz di antara mereka. Tak apa. Fiqa tak lapar lagi. Tangan sibuk menyeka sisa air mata yang ada. La, tak lapar pun kenalah makan. Lagipun abang lapar. Nak makan sama dengan Fiqa. Aizul biar je makan dengan umi. Adalah orang yang nak suapkan dia tu nanti. Sempat lagi dikerling abang Hafiz agar turut sama menyokongnya. Iyalah Fiqa. Perkara tadi tu lupakan je. Sakit tu biasa. Kening Hafiqah sedikit terangkat. Dia rujuk kepada perkara yang mana? Sakit hati ke sakit terluka? Mana-manalah. Haha.. Dah, dah, jom bang. Ikut Hariez pergi dapur. Kesian papa dan umi, mesti dia tunggu kita dari tadi. Tak kisahlah bakal isteri abang tu ada ke tak, janji kita sekeluarga makan dulu. Dan Hafiz, yang langsung tidak terusik dengan adegan makan tengahari tidak jadi bersama keluarga tunangnya ketawa kegembiraan dan bersama-sama Hariez menuruni tingkat atas untuk bersama dengan ahli keluarganya yang lain menjamu juadah yang telah dihidangkan Airin tadi.

367

59

TERNGANGA Hafiz apabila mendengar cerita daripada Hariez. Mengakui bahawa ada sesuatu tentang Hafiqah dan Alisa, namun tidak menyangka sejauh itu Alisa bertindak demi sikap mementingkan dirinya. No wonderlah aku pun tak berapa nak berkenan dengan perangai dia tu. Entah apa yang dia dan Auntie Mell dah hembus pada umi sampai umi beriya-iya nak jodohkan aku dengan dia tu. Ish, tak mahu la aku macam ni! Hafiz mengerutkan dahi. Tidak tahu bagaimana cara untuk memutuskan hubungan yang sememangnya diri sendiri pun tidak merelakan. Hati Hariez berbunga. Inilah masanya untuk dia cucuk jarum. Bengang dengan Alisa yang bertindak keterlaluan terhadap Hafiqah sehingga dia sendiri turut terlibat sama menganiaya isterinya tanpa sedar. Sesuatu perlu dilakukan untuk membalas setiap apa yang telah diterima Hafiqah agar dia sedar bahawa setiap manusia ada hati dan perasaan yang perlu sama dijaga. Well, kalau nak cakap terus terang pada umi yang kau tak nak pada dia pun susah juga. Lagi-lagi bila ini melibatkan Dato Zahir, papa Alisa. Nanti silap-silap dia main politik kotor kenakan kita balik. Hariez telan liur. Idea jahat serta-merta datang mengetuk ruang minda. Hafiz pula masih sedia menanti. Kita kena buat sesuatu agar dia yang minta untuk putuskan pertunangan tu, seolah-olah dia malu nak bertemu kita lagi sebab sedar semua tu salah dia. Nanti, Dato Zahir pun mesti tak boleh buat apa-apa,kan? Kalau dia nak buat pun, aku akan buat back up plan untuk cover semua possibilities yang akan

368

muncul masa tu. Kalau kita direct sekarang, anytime dia boleh serang kita sebab aku sendiri pun tak ready. So, kita kena buat berperingkat. Panjang lebar penjelasan Hariez kepadanya. Walaupun dia tidak dapat menjangkakan apa yang berada di dalam kotak fikiran Hariez pada masa ini, Hafiz pasti, mesti ada trick jahat yang berputar ligat di dalamnya. Kalau tak, masakan semua orang boleh tertipu dengan hubungan antara dia dan Hafiqah selama ini. Well, aku tak kisah. Kalau kau dah ready, kau inform aku supaya aku boleh st art ambil tindakan. Lagi cepat lagi bagus. Nanti umi tak adalah nak harap apa-apa lagi dengan aku. Hafiz senyum. Dia sememangnya kurang arif tentang hati dan perasaan. Dia lebih senang melakukan perkara sendiri, namun tidak untuk kes-kes seperti ini. Dia juga bukan jenis yang suka berinteraksi dengan kaum wanita terutamanya. Sebab itu sehingga kini, dia masih tidak mempunyai teman wanita walaupun ada ramai wanita yang meminati dirinya semenjak dari zaman persekolahan lagi. Trust me. This is my specialty. Hariez sengih dan ketawa mereka bersatu lagi.

****************** PAKAIAN yang tidak dipakai sudah bertebaran di atas katil. Tiada satu pun yang menambat hatinya. Semuanya serba tidak kena pada pandangan mata. Alisa menilik pakaian yang tersarung di tubuh pada cermin. Ada sesuatu yang tidak cantik pada pakaian itu. Tetapi, entah. Tidak diketahui apa dia. Semenjak dari siang tadi dia sibuk memilik pakaian yang sesuai untuk dipakai malam ini. Hatinya gembira sekali. Inilah kali pertama Hafiz mengajaknya makan malam

369

semenjak empat tahun perkenalan mereka. Hati begitu teruja sehingga dia menjadi terlalu cerewet dengan pemakaiannya. Walaupun begitu, rasa tidak enak tetap bertandang di dalam hati. Apakah sebenarnya yang ingin diperkatakan Hafiz kepadanya? Adakah untuk memutuskan hubungan mereka? Adakah mereka sudah tahu tentang keburukan dirinya? Alisa terusterusan bermonolog dan mengajukan soalan kepada dirinya sendiri. Semenjak kehilangan Hafiqah dari hidupnya, Alisa merasakan hidupnya terlalu kosong. Dia tidak punya adik beradik. Dia juga tidak punya sahabat lain sebaik Hafiqah. Terlalu menyesali perbuatan yang dilakukan sehingga menyebabkan dia sedar betapa perlunya ada Hafiqah dalam hidup. Betapa besarnya pengaruh Hafiqah dalam hidup. Bertahun-tahun dia merindui kehadiran semula Hafiqah. Apabila bertemu, ia hanya jadi satu ilusi, menyedari tidak mungkin semudah itu untuk Hafiqah memaafkan dirinya yang terlalu busuk hati. Sanggup menganiaya insan yang paling banyak menerangi hidupnya selama ini. Alisa menyandarkan dirinya ke katil. Terpandangkan sepasang blaus biru turqois miliknya yang pernah dihadiahkan Hafiqah kepadanya semasa mereka mula-mula bekerja di Mersing dahulu. Disarungkan blaus itu ke tubuh. Muat lagi! Lalu dipasangkan pula dengan seluar jeans putih. Diri kelihatan elegan dan cantik. Kagum dengan penampilan diri dan Alisa terus mempersiapkan diri dengan make-up sesimple mungkin kerana sudah hampir terlewat untuk ke tempat temu janjinya. Tas tangan dicapai bersama kunci kereta Vios. Kereta itu dipandu laju menuju ke destinasi. Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya Alisa tiba di Restoran Kenny Rogers yang dijanjikan. Berjalan memasuki restoran itu dengan hati yang berdebar-debar.

370

Masih lagi tertanya-tanya akan tanggapan Hafiz kepadanya; tentang peristiwa yang berlaku antara dia dan Hafiqah di Villa Kasih tempoh hari. Dari jauh, dia sudah dapat melihat Hafiz duduk di seat yang agak terlindung sambil memerhatikan dirinya menghampiri. Senyuman yang dihadiahkan Hafiz sedikit sebanyak meringankan resah yang ditanggung. Abang dah lama sampai? Membahasakan diri Lis dan memanggil Hafiz dengan panggilan abang, lebih kepada menghormati jarak usia antara mereka. Hafiz senyum. Lis bawa kereta seorang je ke? Alisa mengangguk. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka. Selesai dengan pesanan, mereka kembali kepada perbualan. Namun, ternyata masing-masing kelihatan kekok. Lagipun, inilah kali pertama mereka berduaan. Dan ia juga pengalaman pertama kali Hafiz keluar berdating dengan perempuan. Cuma ia, bukanlah berduaan yang sebenarnya. Assalamualaikum. Hi. Alisa terkedu. Macam mana boleh dia tiba-tiba muncul pulak ni? Er.. Waalaikumussalam. Ingatkan abang seorang tadi. Lalu wajah Hafiz dipandang semula meminta penjelasan. Hariez mengambil tempat duduk di sebelah Hafiz dan Alisa duduk bertentangan dengan Hafiz. Tak. Abang memang ajak Hariez sekali. Ada benda yang nak dibincangkan. Since abang rasa, macam abang seorang je yang masih blur-blur dengan apa yang berlaku hari tu. Jantung Alisa berdegup semakin kencang. How can I not know this!!!!!!! Yeah Alisa. Why dont you tell us your story? Senang cerita. Tak payah nak belit-belit buang masa. Dah dia depan mata. Terjah ajelah!

371

Geram sungguh Alisa melihat muka Hariez yang kerek itu. Kalau adiknya, mesti sudah dilempang-lempangnya. Look, abang panggil Lis ke sini sebenarnya untuk apa? Dia benar-benar perlukan penjelasan Hafiz. Atau dalam erti kata sebenarnya, dia sendiri tidak mampu untuk memberikan penjelasan yang diminta Hafiz tadi. Are you deaf? Have you been listening? Like he said just now, you owe him an explanation, Mem! Sinis senyuman di wajah Hariez, menambah rasa sakit hati Alisa. Im not talking to you. This, is between he and me. So, can you please shut up? Alisa sudah semakin berang. Panas hatinya setiap kali Hariez bersuara. Hariez, please. Let her. Kasihan pula Hafiz melihat Hariez menghentam Alisa. Walaupun dia juga bengang dengan cerita Hariez dulu. Cuma, dia masih perlu mendengar penjelasan daripada Alisa sepenuhnya sebelum betul-betul membuat pilihan. So, dear, please continue. Im still waiting for an answer. Lembut tetapi tegas kata-kata Hafiz. Itu cerita lama. Tak perlu nak ungkit. Sungguh, dia memang mahu lupakan. Pada abang perlu sebab hal ni melibatkan ahli keluarga abang. Hafiqah adik abang, Hariez pun adik abang, jadi abang nak tahu sebelum abang kahwin dengan Lis, apa sebenarnya yang terjadi antara kamu berdua? Kami kawan baik. Satu masa dulu. Sekarang? I dont know. Kalau dia masih mahu Lis jadi kawan dia, Lis akan jadi kawan dia.

372

Hah! Mana ada orang yang masih sanggup nak terima nak orang yang sanggup tikam dia daripada belakang, jadi kawan dia lagi? Tempelak Hariez. Malu sungguh dirasakan Alisa saat ini. Mujur tidak ramai orang di situ dan kedudukan mereka juga sedikit tersorok daripada pelanggan lain. Kenapa kau sanggup buat dia macam tu ye Lis? Intonasi Hariez kali ini sudah berubah lembut. Menatap wajah Alisa. Sedang Alisa sudah menundukkan kepala menghadap meja. Terasa bagaikan ingin menangis saat ini. Lis minta maaf abang. Lis salah. Buat semua benda tu pada Fiqa. Tapi, Lis dah berubah. Lis tak nak lagi ulang perkara lama. Kenapalah Lis kejam sangat buat perkara macam tu dulu? Tergamak sungguh Lis buat macam tu. Lis tak terfikir ke kesan dia pada Fiqa? Apa yang Lis harapkan? Hafiz sudah tidak sanggup menahan kecewanya lagi. Sedikit sebanyak kata-kata Alisa itu menunjukkan bahawa dia mengakui memang dia yang bertanggungjawab. Lis minta maaf. Lis tak sanggup lagi nak berdepan dengan abang. Nanti Lis minta mama putuskan hubungan kita. Lis malu pada abang. Pada Fiqa, Lis memang harap dia maafkan Lis. Selesai mengucapkan kata-kata itu, Alisa bangkit dan terus berlari keluar daripada Kenny Rogers. Hariez senyum puas. Puas hati dapat membalas dendamnya kepada Alisa. Namun itu masih tidak cukup lagi. Tidak sekejam apa yang telah dibuat kepada Hafiqah. Hafiz memandang Hariez berulang kali. Akhirnya dia berjaya membuatkan Alisa memutuskan hubungan mereka. Tetapi, ada yang kurang. Dia kasihan pada Alisa dan rasa bersalah. lebih-lebih lagi pasti dia malu untuk berdepan dengan seluruh ahli keluarga

373

mereka selepas ini. Namun, apabila memikirkan apa yang telah dilakukan sebelum ini, memang wanita itu layak untuk menerima semua ini.

374

60

SETIBANYA di Teratak Cahaya, Alisa terus berlari menuju ke biliknya. Langsung tidak mempedulikan Datin Emelda dan Dato Zahir yang sedang duduk beristirehat di ruang tamu. Dato Zahir dan Datin Emelda saling berpandangan. Entah siapa pula yang sanggup mengguris hati anak kesayangan mereka kali ini. Memang akan dimusnahkan masa depannya nanti. Semenjak dari peristiwa di Villa Kasih tempoh hari, Alisa bagaikan tidak bersemangat. Sentiasa mengasingkan diri di dalam biliknya. Tidak pergi bekerja dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya. Sepatah ditanya, sepatah jugalah jawapannya. Lis sayang, buka pintu ni. Pintu itu dibuka. Berdiri di hadapannya adalah Alisa dengan mata yang masih berair dan sembap. Tubuh mamanya dipeluk kuat dan melepaskan perasaan yang terpendam. Shh Kenapa ni sayang? Siapa yang buat anak mama ni menangis? Dibawa tubuh Alisa duduk ke katil. Air mata anak daranya itu masih lagi deras mengalir. Sehingga tersedu-sedu. Mama, Lis tak nak kahwin dengan Hafiz. Lis nak putuskan pertunangan kami. Sungguh dia malu dengan apa yang dilaluinya malam ini. Sampai hati sungguh Hafiz memalukan dia di hadapan Hariez seperti itu. Eh, kenapa ni? Kan Lis suka Hafiz. Hafiz ada buat apa-apa pada anak mama ni ke? Dielus rambut halus Alisa dengan tangannya. Entah apalah yang telah terjadi sehingga Alisa sanggup untuk meminta pertunangannya dengan Hafiz diputuskan.

375

Lis malu mama! Lis malu pada keluarga Auntie Rina! Mesti mereka fikir yang perangai Lis ni memang teruk! Lis tak sanggup nak berdepan dengan abang Hafiz lagi! Lis malu! Semakin kuat esakannya. Dan semakin kuat dia memeluk Datin Emelda. Apa yang Lis dah buat sampai Lis nak kena malu dengan mereka? Lis bagitahu pada mama biar mama faham. Mama tak percaya anak mama ni teruk! Anak mama ni kan baik, pandai, ayu. Mesti mereka ada buat apa-apa sampai Lis cakap macam ni. Tell me, sayang. Jangan buat mama risau macam ni. Risau pula dia melihat Alisa meraung sebegitu. Dia juga tidak memahami perkara sebenar, tetapi, dia tetap percaya dengan kebaikan satu-satunya anak perempuan mereka. Lis memang jahat mama! Lis pentingkan diri sendiri! Sebab tu, sampai sekarang Lis tak ada kawan langsung. Semua orang tak nak kawan dengan Lis sebab perangai Lis ni teruk! Sebak sungguh hatinya melihat Alisa begini. Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat kesengsaraan hati anak mereka. Mama tak percaya. Lis tak pernah pun pergi clubbing ke apa. Lis pergi balik kerja saja tiap-tiap hari. Hujung minggu pun cuma keluar dengan mama je, tu pun kadang-kadang. Apa yang pentingkan dirinya? Orang tak nak berkawan dengan kita, bukan salah kita. Mereka yang tak pandai menilai diri mereka sendiri. Bukan kita yang tak setaraf dengan mereka, mereka yang tak sama taraf dengan kita. Mama, Fiqa tu kawan Lis. Satu-satunya kawan Lis. Itu pun mama tak kenal. Dia yang ada dalam gambar ni. Mama tengok ni. Dihulurkan bingkai gambar yang mempamerkan wajah mereka berdua. Gambar itu diambil semasa mereka belajar di universiti dahulu. Itulah tandanya dia tidak pernah melupakan Hafiqah dan sentiasa menyesali apa yang telah dilakukan kepadanya selama ini.

376

Ya, wajah yang sama. Cuma berbeza pada kematangan wajahnya sahaja. Alisa juga sudah berbeza. Tidak pernah dia bersikap begini. Prihatin pada orang lain. Mama tak rasa dia layak untuk berkawan dengan Lis. Biarkanlah dia Lis kalau dia tak nak kawan dengan Lis lagi. Lis masih lagi ada mama, ada papa. Kami berdua sayangkan Lis. Lis satu-satunya anak mama dan papa. Dikucup dahi Alisa dan dipeluknya erat. Alisa bangkit. Mama tak faham apa-apa. Mama tahu tak betapa sunyinya hidup Alisa selama ni? Kenapa Lis sanggup merantau jauh ke Johor dulu? Sebab Lis ada Fiqa. Tapi, sebab Lis pentingkan diri, Lis sanggup aniaya dia. Alisa berhenti. Menyeka air mata. Lis tak pernah pun fikirkan sama ada dia layak ataupun tidak jadi kawan Lis. Sebab bukan dia yang tak layak jadi kawan Lis, tapi Lis ni yang tak layak. Walaupun dia tak sekaya kita, tapi dia tak pernah abaikan Lis. Dia percaya yang Lis tak macam yang orang lain cakap. Dia tahu, Lis ni baik. Dia orang yang sentiasa anggap yang terbaik tentang Lis. Sendunya sudah tidak tertahan lagi. Mama, demi Lis, tolonglah, Lis nak putuskan pertunangan ni. Keputusan ini sudah muktamad. Walaupun hati terlalu kecewa dengan apa yang diterima pada malam ini, dia masih mahu menunjukkan yang dia juga ada maruah untuk dijaga. Dia perempuan. Nama baik papa dan mama harus dijaga. Biarlah, dia rela melepaskan Hafiz. Lagipun, dia sedar kedudukan dirinya di dalam hatinya Hafiz yang terlalu samar. Abang, terima kasih sebab sedarkan Lis

377

*********

HAFIZ ni dah kenapa? Apa yang Hafiz dah buat pada Lis? Cakap pada umi Fiz! Umi sudah terpekik di ruang tamu. Abang Hafiz dilihatnya suram menundukkan wajah menekur ke lantai. Sedang suaminya pula diam tidak berkata apa, tidak berani melawan amarah umi yang sedang menggunung tinggi. Sabar Rina. Sabar. Bawak mengucap. Kalau awak berkeras macam ni, macam mana dia nak cakap? Tuan Rizan cuba meredakan kemarahan isterinya. Dia juga kalau boleh tidak mahu masuk campur urusan antara Hafiz dan Alisa. Tetapi, hal ini melibatkan air muka dia apabila berhadapan dengan Dato Zahir nanti. Macam manalah saya tak marah bang. Tak ada angin melintang, tiba-tiba aje si Alisa tu nak putuskan pertunangan mereka! Mana saya nak letak muka bila jumpa si Mell tu?! Masih lagi bercekak pinggang. Mujur dia tidak punya sakit darah tinggi. Kalau tidak, mesti sudah masuk ke hospital diserang strok! Umi tak faham betul dengan Hafiz ni. Hafiz dengan Hariez pergi mana tadi? Ha? Cakap! Suara Puan Hazrina semakin meninggi. Barulah Hafiqah faham apa yang telah berlaku. Alisa minta putuskan pertunangan? Kerana diakah? Atau kerana Hafiz? Ah, kacau! Hafiqah tidak pernah terfikir kehadirannya akan mengganggu hubungan antara abang Hafiz dan Alisa. Dia tidak mahu menjadi penyebab berakhirnya hubungan mereka. Apa yang terjadi antara dia dan Alisa, itu cuma perlu berlaku antara mereka. Tidak perlu melibatkan abang Hafiz sekali.

378

Dalam diam, dia yang duduk di tangga teratas, menyelinap masuk ke bilik Airin. Sesuatu perlu dilakukan untuk menjernihkan kembali keadaan. Dia tidak tega hubungan keluarga ini jadi porak peranda gara-gara dia muncul semula. Kalau tahu jadi macam ni, memang aku tak nak duduk sini lagi! Airin boleh tolong akak? Airin yang sedang menelaah buku berpaling. Dia yang balik ke Villa Kasih pada setiap hujung minggu langsung tidak menyedari kehadiran Hafiqah. Tolong apa? Diperlahankan volume radio yang terpasang. Dalam nada berbisik, Hafiqah bertanya, Airin ada nombor telefon Alisa? Boleh bagi akak? Oh, ada. Tapi, akak nak buat apa? Pelik juga dia. Bukankah hari itu Hafiqah begitu marah sekali dengan Alisa? Apa perlunya nombor telefon itu kepadanya? Namun, mujur dia pernah menerima mesej raya daripada Alisa. Setiap tahun dia akan menerima mesej daripada Alisa. Dari mana dia mendapat nombor telefon Airin, sudah pasti daripada umi! Eh, adalah! Bagi je, nanti dah sudah, baru akak beritahu. Cuba buat muka cute sehingga Airin turut sama tergelak. Sudah, sudahlah tu! Nak perasan muda lagi. Tak sesuai okey?! Alisa surrender. Kadang-kadang dia sendiri tidak menyangka Hafiqah juga seorang yang ada sense of humor. Dia ingatkan Hafiqah seorang yang pendiam dan serius. Tetapi, itulah keistimewaan Hafiqah. Dia boleh membuatkan orang suka dengannya tanpa sedar. Nombor telefon Alisa kini sudah berada di tangan Hafiqah. Yang pasti, Hafiqah sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Masih lagi di dalam dilema sama ada

379

harus terus menelefon, mesej, atau biarkan sahaja. Perlukah dia yang mencari Alisa? Dan, kenapa dia harus masuk campur dalam urusan mereka? Aish, ni semua kerja gila la Fiqa!

380

61

SAYA nak minta izin keluar tengahari ni. Jumpa kawan. Itu kata-kata Hafiqah pagi tadi semasa bersarapan pagi. Dan kini, dia sedang mengekori teksi yang dinaiki isterinya ke destinasi tujuan. Rasa ingin tahu yang menebal memaksa Hariez untuk mengekori Hafiqah hari ini. Tambahan pula Hafiqah begitu keberatan sekali untuk memberitahunya dengan siapa dia ingin bertemu. Namun, kebenaran tetap jua diberikan kepadanya. Mengekori Hafiqah menggunakan kereta Myvi miik Irfan ternyata memberi kelebihan kepadanya. Hafiqah langsung tidak meyedari bahawa dirinya diekori sepanjang perjalanan. Dipaksa Irfan menghantar kereta itu ke rumahnya dalam diam dan diparkirkan jauh dari Villa Kasih. Berpura-pura keluar untuk bertemu dengan rakan lain, sedangkan diri menunggu Hafiqah keluar daripada jauh. Teksi itu berhenti di Bangunan Mid Valley. Dari situ dia akan berjalan sendiri mencari lokasi Hafiqah. Cermin mata, topi dan sedikit jambang dikenakan untuk penyamaran supaya Hafiqah tidak perasan dia berada dekat. Lebih-lebih lagi untuk mencari Hafiqah secara bebas di bangunan yang sentiasa penuh dengan orang ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selesai memarkirkan kenderaan, Hariez berjalan laju untuk pergi ke tempat Hafiqah turun daripada teksi. Kemudian dari situ dia mula mencari Hafiqah. Doanya agar Hafiqah tidak pergi terlalu jauh. Jangan juga dia masuk ke panggung wayang. Syukur, Alhamdulillah, di kejauhan dapat melihat Hafiqah sedang beratur di hadapan mesin ATM. Berdiri jauh, leka memerhatikan setiap perlakuan Hafiqah. Dalam

381

masa yang sama, dia juga dapat melihat ada beberapa lelaki muda yang berdiri di hadapan Hafiqah cuba mengorat isterinya itu. Cuba-cuba berborak, namun Hafiqah buat selamba seolah-olah tidak menyedari kewujudan lelaki-lelaki di hadapannya itu. Ingin sahaja Hariez berdiri di hadapan mereka dan mengatakan bahawa itu isterinya dengan gaya yang macho supaya mereka sedar wanita cantik itu sudah bersuami! Namun, ditahankan sahaja supaya tidak menggagalkan misi yang sedang dijalankan. Akhirnya, selesai mengeluarkan wang, Hafiqah menuju ke Chicken Rice Shop. Sedang Hafiqah leka memilih menu, Hariez pula masuk dan duduk di sudut yang agak terlindung. Turut sabar menanti teman Hafiqah tiba.

******************** Jumpa aku di CRS, Mid Val. 11 pagi. Aku Hafiqah. Kita settle. Debar semalam masih tidak berakhir, Hafiqah pula secara tiba-tiba menghantar mesej kepadanya untuk bertemu. Apakah makna semua ini? Alisa bingung. Masih menimbangkan sama ada patut atau tidak dia pergi bertemu dengan Hafiqah. Masih lagi di tempat mereka selalu membuang masa sewaktu di universiti dahulu. Hendak membalas SMS itu, Alisa tidak berani. Tetapi sampai bila dia harus menyembunyikan diri daripada Hafiqah seperti sekarang ini. Dahulu dia yang memulakan semua. Bukankah dia juga sepatutnya jadi orang yang sama untuk mengakhiri semua ini? Dan keputusan yang dibuat telah membawa dirinya ke sini. Hampir tiba di destinasi yang dimaksudkan. Dari luar, dia dapat melihat Hafiqah sedang leka menilik

382

menu di tangan. Alisa menghampiri dengan langkah yang tenang, walaupun hati sedang bergelora dihambat resah. Assalamualaikum. Hafiqah mendongakkan kepala. Dada berdebar, dan bibir bagaikan kaku untuk menawarkan sebuah senyuman kepada Alisa. Waalaikumussalam. Duduklah. Salam itu masih bersahut dan sebagai orang yang mengajak Alisa untuk bertemu, dia perlu mengekalkan budi bahasanya. Order? Dipanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Sedang Alisa, hanya mengangguk. Tidak pasti apa pula rencana Hafiqah untuk bertemu dengannya hari ini. Sudah terlalu lama tidak bertemu, dia langsung tidak dapat membaca apa yang berada di dalam hati dan minda wanita yang pernah menjadi temannya itu. Well Lis, dengar cerita kau nak putuskan pertunangan dengan abang Hafiz. Betul ke? Itu bunga-bunga. Tapi sudah cukup menggetarkan hati Alisa. Kenapa Hafiqah perlu mengungkit cerita itu? Kenapa? Kau suka? Hm Kenapa kau masih kekal pesimis terhadap aku? Kau memang tak pernah sukakan aku ke Lis? Pertemuan kali ini, Hafiqah sudah tekad. Dia ingin mencungkil apa yang ada di dalam hati Alisa sebenarnya. Tidak mahu terus-terusan berdendam, sedangkan dia sendiri dihimpit kekesalan yang tidak bertepi. No.. I mean, kenapa kau sebut tentang hal aku dan abang Hafiz? Apa yang kau nak sebenarnya? Sepatutnya kau happy kan sebab aku lepaskan abang Hafiz? Ingin menebak hati Hafiqah, tetapi riak wajah itu seperti kebiasaannya hanya tenang.

383

Antara kau dan abang Hafiz, aku tak mahu masuk campur. Kalau kau nak kahwin dengan dia ataupun tidak, pilihan tu terserah pada kau sendiri. Kalau kau saling suka-menyukai, kenapa perlu korbankan perasaan kau kerana aku wujud kembali? Apa sebenarnya yang kau rasa bila aku masih lagi ada dalam hidup kau Lis? Alisa diam. Dirinya terlalu banyak bersalah. Bersalah kepada Hafiqah, kepada keluarganya dan keluarga abang Hafiz. Sebab itu dia telah memikirkan dalam-dalam tentang keputusannya itu. Dia malu berhadapan dengan mereka lagi. Dia harus tinggalkan semua dalam hidup ini. Mulakan semula kehidupan baru. Aku bersalah pada kau Fiqa. Ada getar dalam suaranya. Digigit bibir. Cuba menahan air mata yang sudah bertakung di birai mata. Hafiqah diam. Menanti kata-kata seterusnya. Aku memang cemburu dengan kau. Kau ceria, happy, semua orang suka. Semua orang sayang. Haziq suka kau, kak Mira suka kau, semua orang suka. Tapi aku, tak ada orang pandang pun. Daripada di Universiti lagi kau dah ramai peminat. Tapi, aku cuma jadi orang tengah untuk mereka luahkan perasaan je. Sedangkan, aku, suka sangat pada Haziq. Aku cemburu sangat Fiqa! Bergetar bibirnya. Tapi aku kan kawan kau Lis! Sampai hati kau buat aku macam tu. Kenapa tergamak sangat kau aniayakan aku macam tu sekali? Kau tak pernah terfikir hubungan kita selama bertahun-tahun dulu? Sampai hati Alisa. Kerana cemburu sanggup dikorbankan persahabatan mereka itu. Betapa kejamnya dia! Aku menyesal Fiqa! Kau tahu, lepas aku buang kau dari hidup aku, baru aku sedar aku tak ada orang lain macam kau dalam hidup aku. Hidup aku terlalu kosong. Betapa bodohnya aku sebab tak hargai kau selama ni. Dan aku tahu, takkan semudah tu

384

untuk kau maafkan aku. Kan? Air matanya terlalu murah saat ini. Hafiqahlah tempat dia mengalirkan air mata dahulu. Dan kini, dia bagaikan terlalu selesa, menitiskan air mata itu sekali lagi di hadapan Hafiqah. Sekarang baru kau tahu menyesal ke Lis? Mesti kau tak terfikirkan masa kau jumpa aku di sini, kata-kata yang kau ucapkan dulu tu, dah musnahkan kegembiraan aku? Maruah aku dilenyek-lenyek orang. Seolah-olah aku ni tak ada hati dan perasaan. Kau punca Lis, kau orang yang aku paling percayai! Dia cuba untuk kuat. Tidak mahu menitiskan air mata di hadapan Alisa. Aku minta maaf Fiqa! Aku minta maaf. Aku rindukan kau Fiqa. Maafkan aku. Aku nak kau balik jadi kawan aku. Aku menyesal sangat. Digenggam tangan Hafiqah. Kalau orang tengok, mesti boleh salah anggap ingatkan lesbian. Perh! Cepatcepat Hafiqah menarik tangannya. Alisa kaget. Pasti Hafiqah benci kepadanya, sehingga untuk membiarkan tangannya disentuh pun dia tidak mahu. Lepas ni, aku tak akan kacau hidup kau lagi. Abang Hafiz pun dah memang tak sukakan aku. Aku tahu dia cuma ikutkan cakap Auntie Rina je untuk kahwin dengan aku. Jadi, aku rasa, aku tak patut buat dia dan kau sama-sama tak gembira sebab aku lagi. Kening Hafiqah berkerut. Abang Hafiz tak sukakan Alisa? Then kenapa bukan abang Hafiz sendiri yang putuskan pertunangan tu? Meaning? Dapat jumpa kau, face-to-face macam ni pun dah cukup baik untuk aku. Lagilagi bila kau yang ajak. Walaupun kau tak maafkan aku, tapi sekurang-kurangnya aku dapat luahkan apa yang aku rasa selama ni. Alisa bangkit. Hafiqah kaget. Eh, kau nak pergi mana?

385

This may be the last day we see each other. Aku takkan berada di Malaysia lagi. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Salam dihulurkan. Disambut Hafiqah, walaupun genggaman itu terlalu lama. Sebelum kau pergi, aku nak ucapkan terima kasih untuk semua peluang yang kau beri pada aku. Kerana kau, aku berjaya dapat kehidupan yang tak pernah aku impikan. Tanpa kau, tak mungkin aku akan dapat lahirkan seorang anak yang comel seperti sekarang. Walaupun apa yang kau buat tu semuanya menyakitkan, tapi itu semua cuma penyebab untuk aku nikmati hidup seperti apa yang aku ada sekarang. Aku maafkan kau Lis. Kepada Alisa, seraut senyuman diukirkan. Kita kawan? Alisa mengangguk. Tenang kembali hati ini.

386

62

GAMBAR yang terpapar di skrin computer ribanya ditatap. Mencari persamaan gambar itu dengan tempat yang selama ini dicari-carinya. Nama tempat itu dicatatkan dan telefon yang berada di atas meja dicapai, kemudian mendail nombor telefon seseorang. Hello, Fan, esok tolong aku, dapatkan nombor telefon travelling agency. Bos nak ke mana? Dengan suara yang serak-serak basah dia bertanya. Melihat jam loceng di atas meja. Pukul 2 pagi? Tak tidur lagi orang tua ni? Adalah. Tapi oversea. Haha, jangan harap aku nak bawa kau! Saja mengejek, sedangkan, dia juga akan membawa Irfan. Sebagai hadiah. Lagipun, apa nak kisah. Dia MD di syarikat ayahnya sendiri, tambahan pula jika dia dan Irfan tiada, mereka masih boleh menyerahkan urusan rasmi kepada pejabat Tuan Rizan sendiri. Iyelah bos. Faham. Nak berbulan madu lah tu! Sedih juga dia tak mahu dibawa Hariez keluar negara. Teringin juga dia melawat negara orang. Huhu Tak adalah. Aku bawa kau. Nanti kau tolong arrangekan trip aku ni. Baik bos, tapi boleh tak kita bincang esok je bos? Dah tengah malam ni. Mengantuk tu! Huargh! Serta-merta Irfan menguap besar. Hariez ketawa. Kerana terlampau excited dia terus menelefon Irfan tanpa menyedari hari sudah lepas tengah malam. Ha, okey, okey. Esok pagi-pagi, kau uruskan hal ni. Irfan mengangguk walaupun tidak dapat dilihat oleh Hariez. Terus memutuskan panggilan telefon tanpa mempedulikan sama ada Hariez sudah meletakkan telefon ataupun belum.

387

Hariez senyum sumbing. Abang Hafiz yang sudah lama enak dibuai mimpi dipandangnya sepintas lalu. Kuat betul dia berdengkur! Nasib aku lah nak offer diri tidur dalam bilik dia ni.. Hariez sudah berkira-kira untuk membawa Hafiqah dan keluarganya untuk pergi bercuti. Iyalah, kalau pergi berdua, siapa yang akan menjaga Aizul saat dia dan Hafiqah mahu beromantika di tasik madu? Tawa kecil meletus, hampir mengejutkan Hafiz yang kelenaan. Cepat-cepat Hariez menutup mulut, mengawal diri yang terlalu kegembiraan. Sukar sungguh dia untuk lena malam ini. Beberapa hari lepas, dia mengekori Hafiqah bertemu dengan Alisa. Sungguh dia tidak menyangka Hafiqah sanggup bertemu muka dengan Alisa. Orang yang terlalu banyak membuat onar dkepada dirinya. Malahan lebih daripada itu, sanggup pula memaafkan dirinya kembali dan mahu meneruskan persahabatan mereka yang telah lama terlerai. Hariez menongkat dagu. Memandang ke luar jendela, yang telah lama dibuka dan membiarkan angin malam masuk dan terasa kesegarannya. Tidak dipedulikan Hafiz yang kesejukan kerana tidak berselimut. Malahan, dibiarkan sahaja abang itu kegigilan. Bukan Hariez tidak suka mereka berbaik. Hanya, dia tidak pernah terfikir Hafiqah sebaik itu. Begitu mudah dia memaafkan orang yang pernah menyakiti hatinya. Namun, yang Hariez pelik, kenapa dengan dirinya, Hafiqah masih lagi berkeras. Bukan dia tidak berusaha untuk memujuk hati yang terluka itu. Sudah pelbagai cara dilakukan. Namun ianya hanya semakin menambah kemarahan yang sudah sedia ada. Fiqa, Fiqa, apa lagi cara yang abang ada untuk lembutkan hati Fiqa supaya terima abang kembali?

388

Hariez berharap semoga apa yang ingin dilakukannya kali ini akan membawa kejayaan dan membuahkan hasil. Semoga Hafiqah nampak ketulusan hatinya dan membuka pintu hati yang sudah sekian lama tertutup untuknya.

************ TERKEBIL-kebil mata Hafiqah malam ini. Jam sudah hampir merangkak pagi, namun tanda-tanda hendak tidur lena masih tidak muncul lagi. Aizul yang lena di sisi juga langsung tidak berkalih tidur. Betapa tenangnya dia! Sedang dia, tidak tahu apa yang berlaku dengan hatinya. Semenjak akhir-akhir ini, dia mula mencari-cari siapa dirinya yang sebenar. Apakah yang dicari-cari dalam hidupnya selama bertahun-tahun ini? Kegembiraan, kebahagiaan? Apakah ia sebenarnya? Hafiqah jadi keliru. Tit,tit! Telefon berbunyi tanda ada mesej baru yang masuk. Pantas jemari menekan butang telefon. Hariez! Semoga mimpi abang malam ni. Hariez Aik, tak tidur lagi dia? Terus diletakkan telefon itu ke sisi. Tidak mahu membalas mesej yang dihantar. Tit,tit! Satu lagi mesej masuk. Mesti dia lagi ni! Ternyata betul tekaannya. Masih lagi nama Hariez yang tertera. Abang nak ajak Fiqa pergi bercuti oversea. Hariez Segar terus mata Hafiqah. Apa ke pelik pak cik ni dah pagi-pagi ni nak ajak aku bercuti pulak. Haish! Blacklist! Hafiqah

389

Kemudian Hafiqah mengetuk dahi. Kenapalah gatal tangan tu pergi balas mesej Hariez? Tak tidur lagi? Kenapa? Teringatkan abang? Apa yang blacklist? Hariez Tak boleh tidur. Blacklist PTPTN. Hafiqah Hariez yang menerima mesej daripada Hafiqah ketawa. PTPTN? Tak sangka isterinya juga salah seorang peminjam PTPTN. Banyak ke hutang? Tak dapat biasiswa? Hariez Adalah. Belas-belas ribu lagi nak bayar. Saya pun dah tak kerja lagi. Macam mana nak bayar. Hafiqah Nak abang bayarkan? Hariez Tak apa. Nanti tak mampu bayar pada awak pulak! Hafiqah Kerja jaga makan pakai abang je. Jaga anak-anak, tiap-tiap bulan dapat gaji. Hariez Tak nak. Serik. Hafiqah So, tak nak pergi oversea la ni? Tak apa. Nanti abang tanya Aizul. - Hariez Kesudahannya, keputusan bergantung kepada Aizul juga. Dan tak mungkinlah Aizul yang kini sudah mula rapat dengan Hariez tidak terpengaruh. Benci! Kalau difikirkan, dia ingin juga pergi ke oversea, walaupun entah ke mana sahaja yang dimaksudkan Hariez itu. Sesekali melawat ke negara orang dan menimba pengalaman cara hidup orang luar juga satu peluang yang jarang sekali diperoleh. Tetapi, dek kerana telah terlalu lama dia tidak membayar hutang PTPTN, dia yakin namanya pasti sudah disenaraihitamkan oleh kerajaan untuk keluar negara. Haish, apalah nasib!

390

391

63

SAMPUL surat berwarna coklat itu diserahkan kepada Hafiqah. Sengaja dia masuk ke dalam bilik itu secara diam-diam setelah memastikan Aizul tiada dan telah dipastikan pintu bilik itu tidak berkunci. Hafiqah yang baru hendak melipat pakaian yang berlonggok di dalam bakul terkejut apabila mendapati Hariez tiba-tiba masuk. Namun, sampul yang dihulurkan itu tetap juga disambut. Sekeping surat dan resit yang kini berada di tangan, dipandang silih berganti dengan wajah Hariez. Tidak faham apa yang cuba disampaikan Hariez. Hadiah hari lahir Fiqa. Selamat Hari Lahir sayang. Diambil pergelangan tangan itu dan dikucupnya perlahan. Hafiqah terpempan. Tidak menyangka Hariez mengingati hari lahirnya. Sudah lama dia melupakan tentang hari lahir sendiri. Apatah lagi untuk mengingati hari lahir orang selain Aizul anak kesayangannya. Yang lebih menakjubkan sempena hari lahirnya, hutang PTPTNnya sudah habis dilangsaikan oleh Hariez. Langsung tidak menyangka Hariez bersungguh-sungguh melangsaikan hutangnya yang sebanyak RM18,000 itu! Abang dah check, nama Fiqa tak ada kena blacklist pun. How am I ever going to pay back the debt? Hafiqah buntu. Terlalu besar apa yang telah diberikan Hariez kepadanya. Walaupun sekadar untuk memujuk kembali. Takut ada helah di sebaliknya. Macam ni, kalau Fiqa nak bayar abang balik pun tak apa, tak bayar pun tak apa. Yang penting, abang dapat bawa Fiqa ke luar negara. Boleh ye sayang? Please? Hariez buat muka manja di hadapan Hafiqah.

392

Saya tak ada passport. Macam mana nak pergi? Hariez senyum. Esok atau lusa, Fiqa dan Aizul ikut abang pergi buat passport ye? Yang lain semua abang dah uruskan. Kita beli pakaian baru sekali. Siapa lagi yang pergi? Kalau boleh dia tidak mahu pergi hanya bertiga dengan Hariez dan Aizul. Masih tidak betah apabila tinggal berduaan dengan Hariez sahaja. Abang ajak Airin dan Irfan sekali. Hariez senyum sinis. Kenapa Airin dan Irfan? Pelik juga dia. Namun, jauh di sudut hati, Hafiqah bersyukur Hariez mengajak mereka berdua. Hehe siapa nak tolong jaga Aizul nanti bila kita berdua honeymoon? Kena ada babysitter kan? Oh, itulah yang dimaksudkan dengan senyuman sinis Hariez tadi. Iyalah tu honeymoon! Siapa nak honeymoon dengan awak? Hafiqah malumalu. Bangun dari tempat duduknya di sofa dan pura-pura masuk ke bilik air. Hariez ketawa kecil melihat sikap malu-malu Hafiqah. Hariez rasa beruntung. Tidak sia-sia dia memilih Irfan. Lelaki muda itu sememangnya seorang PA yang teramat bagus! Segalanya begitu mudah apabila setiap urusan yang diberikan kepada Irfan diselesaikan dalam masa yang singkat. Agen pelancongan juga telah disiapkan olehnya. Hanya menyediakan passport untuk Hafiqah dan Aizul, kemudian menunggu tiba hari untuk mereka semua pergi ke sana. Dia mahu membawa Hafiqah pergi dalam masa yang terdekat. Lebih-lebih lagi, Ramadhan akan menjelang tiba dalam beberapa bulan lagi. Dan, Ramadhan yang bakal tiba itu bakal menjadi pengalaman menyambut puasa dan beraya bersama ahli keluarganya yang tercinta.

393

********************************* BAGAIKAN djvu Berdiri di hadapan O'Brien's Tower yang terletak di Cliffs of Moher, Ireland bagaikan sebuah mimpi menjadi nyata. Tidak pernah terfikir akan dibawa melawat ke negara ini. Fikirnya, pasti Hariez akan membawa mereka ke Korea ataupun Jepun. Namun, saat mengetahui mereka akan ke Ireland, Hafiqah jadi begitu teruja. Menikmati panorama indah yang terbentang luas di depan mata, bagai mengingatkan kembali sebuah mimpi yang hampir serupa. Bezanya, mereka berada betul-betul di tebing tanpa ada sebarang penghadang dengan lautan yang berada jauh di bawah kaki. Tempat pelancongan ini masih dipelihara dengan baik oleh kerajaan Ireland dan menerima lebih kurang sejuta pelawat setahun. Cliffs of Moher juga pernah dijadikan lokasi penggambaran lagu My Love nyanyian kumpulan Westlife yang juga pernah menjadi lagu yang mendapat tempat paling lama di hati Hafiqah. Kagum bagaimana Hariez boleh terlintas untuk membawa mereka ke sini. Berpaling ke belakang, kelihatan Airin yang sedang mendukung Aizul untuk menggunakan teropong yang sememangnya diletakkan untuk para pengunjung gunakan. Hariez dan Irfan entah sudah hilang ke mana, langsung tidak disedari. Hafiqah kembali memandang ke hadapan. Mujur ada tembok yang dibina. Jika tidak, kalau dilihat ke bawah, mahu kecut perut juga dia dibuatnya. Dengan ketinggian mencecah 700 kaki ke dasar laut, sesiapa sahaja boleh maut jika terjatuh daripada tempat setinggi ini. Namun, masih boleh didengar dengan jelas, kekuatan ombak yang menghempas kaki-kaki tebing yang masih kukuh berdiri sebagai teman yang sejati.

394

Dia juga mahu menjadi seperti tebing tinggi ini. Setia, walau sehebat mana pun dugaan yang mendatang. Setiap hari, tanpa ada prejudis. Tetapi, jika dibandingkan dengan tebing ini, dia jauh lebih lemah. Jika badai yang tiba itu terlalu kuat, dia pasti sudah bersedia untuk melarikan diri. Kalau boleh pergi sejauh mungkin. Persoalannya, sampai bila? Sedang leka melayani perasaan, terasa sepasang tangan hangat merangkul pinggangnya. Hafiqah hanya membiarkan. Tidak mahu mencemarkan panorama alam semata-mata untuk memarahi Hariez. Tidak elok pula, lagipun Hariez yang membawanya datang ke sini. Fiqa suka? Hafiqah mengangguk. Mata masih menghadap ke depan. Rangkulan di pinggangnya semakin kuat dan semakin kemas dirasakan. Mana jumpa tempat ni? Gembira tetapi itu yang ingin diketahui. Jumpa dalam mimpi. Hafiqah mencebik. Tipulah! Betul! Sebab tempat ni lah abang sedar abang memang cintakan Fiqa. Itulah kenyataannya. Sama ada orang lain percaya atau tidak. Hafiqah serta merta meleraikan pelukan tangan Hariez seraya berpaling menghadap Hariez. Maksudnya? Masih ingat lagi malam Fiqa jumpa abang demam dekat dapur dulu? Hafiqah buat muka pelik. Demam? Bila masa dia demam? Bila?

395

Sebelum Fiqa pergi tinggalkan abang malam tu! Kan Fiqa yang tolong angkat abang dari dapur ke tingkat atas kan? Serta-merta Hafiqah teringat keadaan itu. Macam mana boleh dia lupa. Malam dia jadi nakal tanpa Hariez sedari! Kenapa? Takut juga dia kalau-kalau Hariez masih sedar waktu itu. Fiqa nak tahu kenapa abang boleh berada di dapur? Apa yang nak dipelikkan? Mesti dia nak marah aku waktu tu! Namun, kepala bagaikan akur mengangguk. Abang cari Fiqa, sebab dalam mimpi abang, kita berada di hadapan tebing tinggi ni. Abang begitu cintakan Fiqa. Tetapi tanpa disangka-sangka, tebing tinggi ni runtuh dan Fiqa jatuh, tinggalkan abang sendiri. Fiqa lepaskan tangan abang supaya abang teruskan hidup. Waktu tu, abang sedar yang selama ini, abang memang dah sukakan Fiqa. Cuma abang terlalu ego untuk mengakui perasaan abang pada Fiqa. Lagipun, inilah perasaan abang yang pertama sampaikan abang tak dapat bezakan sama ada perasaan yang hadir tu benci atau pun cinta. Abang marahkan Fiqa, tapi dalam masa yang sama abang tak boleh lupakan Fiqa. Fiqa cinta pertama dan terakhir abang. Saat itu, Aizul datang kepada mereka membawa sebuah bekas kecil di tangan yang di dalamnya terletak indah sebentuk cincin yang amat cantik. Pipi Hafiqah sudah merona merah. Hariez sudah pun berlutut di hadapannya, dan di sekeliling mereka terdapat beberapa orang pengunjung yang turut sama menyaksikan aksi mereka. Cincin itu Hariez keluarkan daripada bekas dan dihulurkan kepada Hafiqah. Maafkan abang kerana berikan Fiqa sebuah perkahwinan yang tidak sempurna. Maafkan abang kerana tak berikan permulaan hidup rumahtangga yang bahagia. Maafkan abang kerana selalu hadiahkan air mata untuk hidup yang lepas-lepas.

396

Hariez berhenti untuk mengambil nafas sebelum menyambung semula. Semasa kita bernikah dulu abang hadiahkan cincin perderitaan kepada Fiqa, tapi kali ini, abang nak hadiahkan cincin perkahwinan yang bahagia. Abang nak, Fiqa jadi isteri abang yang akan abang bawa bersama-sama ke syurga. Yang akan sama-sama meniti hidup dengan abang sampai bila-bila. Oleh itu, sanggup Fiqa maafkan abang dan terima abang kembali dalam hidup Fiqa? Hidup baru yang ditawarkan Hariez ini terlalu indah sekali. Hafiqah seperti tidak mahu mengelipkan walaupun sekejap matanya agar dia tidak terlepas walaupun sedetik saat-saat bahagia ini. Hidupnya sudah begitu sempurna sekali. Langsung tidak diduga sebegitu sekali perasaan Hariez kepadanya. Sebegitu hebat kesungguhan Hariez kepadanya. Tanpa sedar dia mengangguk, tanpa sedar dia menarik Hariez bangun, dan tanpa sedar dia memeluk tubuh itu membawanya ke dalam dakapan. Fiqa dah lama maafkan abang. Fiqa perlu lari dari abang supaya abang sedar apa yang abang rasa tentang Fiqa. Kerana mimpi yang abang alami, adalah mimpi yang sama Fiqa alami malam itu yang membuatkan Fiqa buat keputusan untuk pergi dari hidup abang. Fiqa tak minta kemewahan, tetapi cukup sekadar sebuah perkahwinan yang membahagiakan. Hanya kegembiraan dan ketenangan yang Hariez rasakan saat ini. Menikmati pemandangan indah, sesekali tubuh terhuyung-hayang ditolak kasar bayu laut sambil berpegangan tangan dengan Hafiqah, isteri yang amat dicintai. Aizul yang sesekali berlari mendapatkan mereka dan kemudian kembali mendapatkan Airin dan Irfan sudah cukup untuk melengkapkan hidup mereka bersama. Ternyata, cinta itu masih berpihak kepada mereka.

397

Boleh abang tanya Fiqa sesuatu? Hm Kali ini mereka sudah duduk di tangga. Melihat Aizul yang sudah kepenatan sementelah berlarian semenjak mula tiba lagi. Kenapa Fiqa cium abang malam tu ye? Soalan itu membuatkan jantung Hafiqah tersentap. Ah, sudah! Er.. Cium abang? Hafiqah sudah memalingkan muka agar tidak menatap wajah Hariez. Fiqa lupa? Ke Fiqa ingat abang tak sedar malam tu? Er Dia pasti, rona wajahnya pasti sudah semerah jika dia memakai pemerah pipi. Mana ada Fiqa cium abang Abang rasa, Fiqa memang cium abang, Cuma abang tak pasti tu mimpi ataupun realiti, sebab abang pun tak mampu buka mata abang. Tapi, abang memang dapat rasakan yang Fiqa ada buat. Memang sah abang mimpi! Fiqa tak ada cium abang pun. Kan abang tengah demam. Hafiqah lantas bangun. Tidak mahu Hariez melihat wajahnya yang malu. Demi melihat reaksi kalut Hafiqah, Hariez pantas yakin, bahawa apa yang diarasakan bukan suatu mimpi, tetapi ia pasti terjadi. Sama ada ia mimpi ataupun reality, kali ini, abang akan pastikan ia suatu realiti. Berlari dan mendapatkan Hafiqah. Lantas, tubuh itu bersatu lagi dan Chup! Indahnya dunia Ya Allah, semoga Kau kekalkan kebahagiaan ini

398

64

ABANG Bangun Suara itu kedengaran begitu sayup di telinga Hariez. Dengan mata yang masih terpejam rapat, dia berpusing, bertukar posisi. Terlalu mengantuk walaupun sekadar untuk membuka mata. Bangunlah sayang Suara itu semakin dekat dan sedikit kuat. Nadanya juga sudah mula berubah. Namun, itu tidak langsung menggugat nafsu tidurnya yang terlalu kuat ini. Tambahan pula, semalam dia tidur lewat kerana mengikut abang Hafiz dan abang Hakimi berpeleseran di Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga ke jam dua setengah pagi. Ish, orang tua ni! Makin dah hujung puasa, makin malas pulak dia nak bangun! Abang, bangunlah dah pukul 445 ni Dalam pada dia membebel itu, Hafiqah masih lagi setia mengejut sang suami yang masih tidur. Dengan keadaan membelakangi Hafiqah, Hariez masih sempat tersenyum mendengar bebelan itu. Hm Liat sungguh dia hendak bangun. Kalau boleh, sudah tidak mahu bangun bersahur lagi. Inilah bahananya jadi anak bujang seketika dengan abang Hafiz. Pasti kak Azrin juga menghadapi masalah yang sama dalam usahanya mengejut suami tercinta. Sayang, bangunlah tinggal ni je sekali nak bangun sahur. Lepas ni dah tak ad a lagi. Esok dah raya. Jadi, tolonglah bangun ya Dan seperti tadi, kata-kata itu umpama mencurah air ke daun keladi. Ibu Kali ini, Aizul pula yang merengek. Anak itu tidur di sebelah Hariez. Lain yang dikejut, lain pula yang bangun. Keluh Hafiqah.

399

Anak ibu tidur ye? Shh Kembali menidurkan Aizul. Namun, jauh berbeza daripada Hariez, Aizul terus segar membuka mata demi melihatkan wajah ibunya. Ibu nak makan Rengeknya lagi sambil tangan kecilnya menggosok -gosok mata. Hafiqah senyum. Anak ibu nak makan? Kena basuh muka dulu. Mari! Mengambil tangan Aizul dan membawanya turun dari katil. Abang tak nak bangun, Fiqa tak nak kejut lagi. Tak sahur, jangan salahkan Fiqa. Sempat lagi Hafiqah memberi peringatan kepada Hariez sebelum dia dan Aizul hilang ke dalam bilik air. Cepat-cepat Hariez membuka mata. Dia sudah terjaga sebenarnya. Tetapi matanya terlalu mengantuk pagi ini. Mujur hari ini sudah mula cuti, dapatlah juga sekiranya dia ingin bangun lewat walaupun sudah pasti hari ini tidak mungkin baginya untuk tidur di siang hari. Umi pasti sudah menyiapkan tugas-tugas untuk anak-anak lelakinya sempena hari raya yang bakal tiba esok. Berbekalkan semangat untuk menyambung tidur semula secepat mungkin, Hariez bingkas bangkit dari pembaringan dan turut sama dengan ahli keluarganya di bilik air. Sama-sama mencuci muka dan kemudian turun ke ruang makan menyertai ahli keluarga mereka yang lain untuk bersahur. Cepat Hariez! Mesti payah Fiqa nak kejut kamu. Samalah Fiqa dengan abang Kimi kamu ni! Payah betul nak kejut dua orang ni. Kak Azrin sudah menggelengkan kepala. Bagai memahami apa yang baru sahaja dilalui oleh Hafiqah sebentar tadi. Hafiqah dapat melihat bagaimana rupa mengantuk abang Hakimi di meja makan walaupun mukanya sudah dibasahkan dengan air.

400

Mujurlah abang tak tidur lagi daripada tadi. Kalau tak mesti tak sahur punyalah! Hafiz sudah ketawa besar melihat Hakimi dan Hariez sama-sama hadir ke meja makan dengan wajah mengantuk. Dia juga mengantuk, tetapi masih sempat melayan Anime Bleach di komputer memandangkan jika dia tidur, pasti akan jadi lebih mengantuk dan sukar untuk bangun sahur. Eh, Aizul pun nak sahur sekali? Hafiz mengambil Aizul dari pangkuan Hariez. Anak kecil itu, sama seperti ayahnya, mata Aizul yang kuyu itu jelas sekali menunjukkan dia juga mahu sambung tidur lagi. Nak sahur. Dengan wajah yang lemah, anak kecil itu tetap menganggukkan kepala. Terganggu tidurnya sebentar tadi kerana ibu mengejutkan ayah. Dan kerana itu, dia juga mahu turut serta bersahur bersama mereka walaupun dia tidak memahami sebab mereka makan seawal pagi seperti ini. Seronok betul umi, raya tahun ni mesti rumah kita meriah. Mak abah Fiqa beraya mana tahun ni? Puan Hazrina sudah mengambil tempat seperti biasa di sebelah Tuan Rizan. Walaupun baru pukul hampir 5 pagi, suasana rumah ini sudah mula meriah dengan anak dan cucu turut sama bersahur. Itu belum lagi dengan kehadiran dua orang lagi anak Azrin, Helmi dan Aiman. Mak abah Fiqa beraya dekat JB je umi. Tiap-tiap tahun macam tu. Selalunyalah! Al-maklumlah, beberapa tahun yang lepas ini dia sendiri tidak beraya bersama mereka. Tahun ini juga dia akan beraya bersama keluarga Hariez untuk kali pertamanya. Itupun selepas buat cabutan! Meriah raya di sana? Tuan Rizan juga ingin tahu tentang keluarga besannya. Kalau ada kesempatan, dia juga akan turun ke Johor untuk menziarahi mereka.

401

Biasalah papa. Budak-budak zaman sekarang ni semua dah maju. Dah kurang budak-budak datang beraya kat rumah kata mak. Lagipun, adik-beradik mak dan abah selalunya yang datang ke rumah kami. Oh ye, lupa nak beritahu, mak abah saya jemput datang ke rumah raya ketiga ni. Adik saya yang bongsu tu nak bertunang. Hampir sahaja dia terlupa untuk memaklumkan kepada mereka tentang majlis itu sedangkan sudah hampir seminggu amanah itu disampaikan kepadanya. Aimi nak bertunang? Dengan siapa? Hariez turut sama terkejut. Dia juga baru mengetahui berita itu. Dalam diam adik iparnya itu sudah bertemu jodoh. Dan siapa pula lelaki yang begitu mulia hatinya sanggup menerima Aimi seadanya? Dengan kawan Haziq yang jumpa Aimi tu. Zulkifli, budak polis tu. Ingat lagi tak? Maklumat yang disampaikan Hafiqah cuba diterjemah dalam bentuk imej. Mencari gambaran tentang lelaki itu. Owh! Akhirnya dia ketemu dengan jawapan yang dicari. Wah, dah nak bertunang. Kamu tengok tu Hafiz, adik-adik semua dah nak kahwin, nak bertunang. Kamu tu bila lagi? Umur dah nak jadi bujang terlajak dah! Ish, tak fahamlah aku dengan budak yang satu ni! Hafiz sengih. Mengerling ke arah Hariez yang sudah sama-sama tersenyum. Ha, umi dengar kata yang kamu tu memang tak nak balik semula dengan Alisa? Nampaknya semakin panjanglah bebelan Puan Hazrina pagi ini. Oh umiku sayang! Hafiz minta maaf ye umi. Nasi Hafiz dah habis. Hafiz naik atas dulu ye. Dari semalam Hafiz tak tidur lagi. Dengan pantas, pinggan dan cawan diangkat ke sinki. Sementara yang lain termasuk Tuan Rizan sendiri hanya mampu tersenyum melihat

402

perihal abang sulung mereka. Aizul pula sudah berdiri di tepi meja menunggu untuk Pak Long Hafiz membawanya naik ke bilik. Apalah nak jadi dengan anak awak tu bang Keluh Puan Hazrina. Dah, dah, cepat makan semua. Dah nak imsak ni! Maka, dengan cepat yang lain menghabiskan makanan sebelum subuh mengambil tempat. Selesai sudah sebulan bersahur dan kini hanya tinggal sehari untuk menunaikan ibadah puasa. Semoga puasa Ramadhan ini diberkati Allah dan semoga syawal yang menjelang tiba menjadi satu permulaan baru untuk mereka semua

403

65

SELAMAT hari raya abang. Sempena hari ini, Fiqa mohon semoga abang ampunka nlah dosa Fiqa dari semenjak mula kita berkenalan sehingga ke akhir hayat Fiqa. Fiqa tahu, banyak sangat dosa Fiqa pada abang. Suasana sayu menyelubungi pagi raya antara dia dan Hariez, hanya mereka berdua di dalam bilik ini. Abang dah lama maafkan. Apa sahaja kesalahan Fiqa, abang sentiasa maafkan. Dan abang halalkan semua yang abang beri pada Fiqa. Jangan risau tentang apa-apa ya. Selamat hari raya. Ucap Hariez tenang seraya mengucup lembut dahi Hafiqah. Mari, kita turun ke bawah. Aizul pun mesti dah tak sabar nak dapat duit raya tu. Serentak itu, mereka beriringan berjalan ke ruang tamu, di mana semuanya sedang menunggu mereka untuk menikmati juadah di pagi syawal selepas masing-masing kembali dari menunaikan solat raya di masjid. Ayah, ibu, Aizul dapat duit raya! Bersorak keriangan Aizul. Gembira bersamasama dengan Helmi dan Aiman. Iye? Banyak tak? Laju kepalanya mengangguk. Terlalu gembira kerana dapat menerima duit raya yang banyak seperti tahun-tahun yang sudah. Raya kali ini bersama keluarga baru, berbeza dengan tahun-tahun sudah bersama keluarga Papa Kay dan Acik Erni. Ni duit raya untuk Aizul. Sekeping sampul duit raya dikeluarkan daripada kocek dan dihulurkan kepada Aizul. Serentak itu juga, Aiman dan Helmi beratur di sebelah Aizul. Gembira tidak terkata wajah masing-masing apabila turut sama menerima duit raya pemberian Hariez.

404

Lepas ni nak pergi mana umi? Airin keluar membawa sedulang air oren ke meja makan. Semenjak kepulangan Hafiqah, Airin sudah banyak berubah. Sudah rajin membantu Puan Hazrina di dapur, lebih-lebih lagi tahun ini Mak Teh dan Pak Sim beraya di kampung mereka di Melaka. Puan Hazrina pula dengan rela hati memberikan cuti panjang kepada dua pembantu mereka yang setia sementelah kesemua anak dan menantunya beraya bersama kali ini. Tengahari ni Pak Uda dan Pak Itam nak datang beraya. Malam ni mereka tidur di sini. Jadi, hari ni umi pergi rumah jiran-jiran saja. Hariez dan Hafiz menganggukangguk. Seperti kebiasaannya kedua lelaki itu tidak akan mengikut ibu bapa mereka beraya ke rumah jiran-jiran. Hanya akan menghabiskan masa terluang di rumah sepanjang hari. Kalau macam tu, apa kata kita beraya rumah abang Fariez? Abang Im dan abang Fariez pun dah lama tak datang ke rumah kan? Airin memberi cadangan. Mengerling mata ke arah Hafiqah dengan harapan mendapat sedikit sokongan untuk cadangan itu. Boleh juga. Ke abang ada idea nak pergi ke mana-mana lepas ni? Seketika dia beralih kepada Hariez. Lagipun, setahu Fiqa abang masih belum minta maaf officially dengan Fariez kan? Hm Not a bad idea! Boleh juga. Lepas tu, kita baliklah semula. Lagipun esok pagi dah nak balik ke JB kan? Hariez serta merta teringatkan majlis yang akan berlangsung di rumah keluarga Hafiqah. Lagi pula Hafiqah juga ada menyatakan hasrat untuk beraya ke rumah Kay di Mersing jika mereka pulang ke Johor Bahru. Tidak mahu menjadi seorang yang lupa diri setelah kembali ke sisi Hariez sedangkan, selama ini

405

merekalah yang banyak membantunya dalam usaha meneruskan hidup yang penuh kesukaran. Boleh juga kalau umi dan papa nak pergi sekali kan? Lagipun, umi rasa dah lama tak jumpa Jasmin, lagi-lagi lepas kamu buat onar kan Hariez? Hariez tersengih. Balikbalik itu yang menjadi bahan untuk mengenakan dia. Puan Hazrina juga tidak terkecuali. Baik umi. Anak umi yang satu ni masih ingat lagi. Terima kasih kerana ingatkan Hariez lagi Panjang penerimaan itu sambil ekor mata menjeling ke arah Hafiqah. Namun Hafiqah hanya membalas dengan menjelirkan sedikit lidah kepadanya tanda mengejek. Begitulah cerianya suasana satu Syawal di Villa Kasih pada tahun ini. Masingmasing sibuk dengan cerita tentang diri mereka, tidak terkecuali keletah nakal Aiman yang asyik-asyik diusik Helmi. Tuan Rizan pula sibuk melayani cucu-cucu bermain sehingga tidak sedar ada tetamu yang sudah mula datang berkunjung ke rumah mereka. Assalamualaikum! Salam yang diberi itu disahut oleh penghuni Villa Kasih. Siapakah tetamu yang sudah tiba itu? Jiran sebelah menyebelah kah? Pantas Hafiqah berlari ke pintu, lagaknya seperti ada tetamu yang sedang ditunggu. Sampai pun semua! Jemputlah masuk! Selamat Hari Raya Ajak Hafiqah ceria kepada tetamu yang baru tiba. Masing-masing pelik dan begitu teruja untuk memastikan siapakah orang yang dimaksudkan itu. Sudah berdiri dan leher sudah mula memanjang untuk menjengah ke muka pintu. Alisa? Sudah berbaikkah mereka? Lebih kagum lagi apabila melihat Alisa dan Hafiqah saling berpelukan. Puan Hazrina turut sama menyambut teman karibnya masuk.

406

Hariez yang sememangnya sudah tahu tentang hubungan dua sahabat itu akhirnya turut bersalaman dengan Dato Zahir. Hanya Hafiz yang seakan-akan kaku untuk bertindak. Airin yang semenjak tadi memerhatikan kelakuan Hafiz, menarik tangan abang sulungnya dan membawanya ke arah Dato Zahir. Bersalaman dengan Dato Zahir dan berhenti di hadapan Alisa. Selamat hari raya, Lis sihat? Tidak mampu mengucapkan maaf zahir dan batin seperti yang akan dilakukan oleh orang lain. Bukan kerana dia masih lagi diselubungi rasa bersalah kerana melukakan hati bekas tunangannya itu, tetapi kerana dia malu dengan Alisa. Walau apa sekalipun hubungan mereka, dia tetap tidak biasa bertentangan mata dengan seorang wanita yang bukan dari kalangan ahli keluarganya sendiri. Tambahan kini, dia sedikit terpaku dengan penampilan terbaru Alisa yang sudah bertudung. Baju kurung yang digayakannya juga kelihatan lebih longgar berbanding semasa free hair. Alhamdulillah sihat. Hanya hujung senyum yang mampu dihadiahkan kepada Hafiz. Sudah lama tidak bersua muka, Alisa terasa sedikit janggal. Apatah lagi, kali terakhir mereka bertemu dalam situasi yang amat menjengkelkan hati masing-masing. Eh, apa diri dekat sini je? Jomlah masuk semua. Raya ni, banyak makanan dah sedia. Mari semua, uncle, auntie. Abang Hafiz, apa lagi? Ajaklah Lis tu makan! Hafiqah cuba untuk memecahkan kejanggalan yang wujud. Hariez juga turut sama memainkan peranan dan mula berbual ceria dengan Hafiz. Sambil itu sengaja membiarkan Hafiz duduk bersebelahan Alisa di meja makan. Fiqa, jom naik atas kejap. Abang ada benda nak cakap dengan Fiqa. Bisikan Hariez itu begitu dekat di telinga Hafiqah. Berpaling ke belakang dan Hariez sudahpun

407

memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Hafiqah tidak membuang masa dan bergegas mengekori sang suami yang sudah menghilang di dalam bilik. Pandai Fiqa ye nak satukan abang Hafiz dengan Alisa! Owh, tak nak beritahu abang pun! Tak beritahu pun yang Fiqa dah berbaik dengan Alisa ye? Hafiqah tersengih. Baginya, dia mahu buat kejutan kepada semua. Mujur semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Hariez masih lagi menantikan jawapan daripada Hafiqah. Nasib baik abang ikut Fiqa hari tu. Kalau tak, mesti abang pun terkejut masa Fiqa dan Alisa tadi dah boleh berpeluk-peluk. Sungguh tak sangka, pandai betul isteri abang ni simpan rahsia ya? Eh, bila masa abang ikut Fiqa? Terkejut sungguh Hafiqah mendengar pengakuan Hariez yang tidak disangkanya. Bermakna, Hariez sudah tahu tentang hal ini lebih awal lagi! Mestilah abang ikut Fiqa hari tu bila Fiqa beritahu Fiqa nak keluar jumpa kawan. Mahu tak jealous abang kalau kawan Fiqa tu lelaki? Cukuplah ada dua pesaing, tak mahu abang tambah lagi. Mujur Fiqa jumpa Alisa je. Tapi itu pun abang dah pelik. Cuma apa yang abang tak faham, macam mana Fiqa boleh dengan tenangnya maafkan Alisa lepas apa yang dia dah buat pada hidup Fiqa? Sungguh dia mahukan penjelasan. Baginya, apa yang Hafiqah lakukan tidak mungkin untuk dirinya sendiri melakukan perkara yang sama. Berdendam itu memang lumrah manusia, tetapi, untuk memaafkan seseorang itu amat sukar sekali! Memaafkan seseorang itu adalah memberikan kebencian satu ruang yang kecil dalam hati kita. Dan Fiqa tak mahu, penuhkan hati Fiqa yang sememangnya kecil ni dengan kebencian. Sememangnya apa yang Alisa buat tu tak betul dan amat

408

menyakitkan, tetapi, kalau difikirkan semula, tanpa apa yang dia buat, tak mungkin Fiqa dapat peluang mengenali abang. Tak mungkin Fiqa akan lalui hidup yang sengsara selama bertahun-tahun ni. Fiqa yang sepatutnya berterima kasih pada dia, sebab di hujung kisah ni, Allah berikan Fiqa suami yang akan membahagiakan Fiqa. Dan abang pula, tanpa abang, tak mungkin Fiqa akan lahirkan Aizul. Mungkin hidup Fiqa jauh berbeza dari yang dulu. Tapi Fiqa bersyukur, sebab apa yang berlaku tu, ada hikmah di sebaliknya. Fiqa bersyukur sangat. Tubuh sasa Hariez, Hafiqah peluk erat. Dan Hariez turut sama membalas pelukan itu dengan dakapan yang semakin dikemaskan. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku wanita ini, wanita yang dijadikan daripada tulang rusukku, dan kerana anugerah ini akan aku jaga sehingga ke akhir hayatku Ya Allah, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas anugerah kehidupan ini. Dan kerana Mu, Ya Allah, hatiku kini telah berjumpa pemiliknya yang sejati Aku ingin menjadi pembuka, Hatimu yang sekian lamanya, Terkunci kerna selalu terluka Ku ingin menjadi penutupnya, Babak tentang pencarian cinta, Aku untukmu sepanjang hayat

409

EPILOG

TELEVISYEN yang terpasang ditonton tanpa reaksi. Izy Natasha dan Ikmal yang semenjak tadi saling berborak kemudian menyedari Fariez yang bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Semenjak kepulangan Hariez dan Hafiqah tadi, Fariez mula melayani perasaan sendiri. Langsung tidak mempedulikan mereka yang turut sama berada di ruang tamu itu. Hello brader, tak habis kecewa lagi ke? Ikmal sudah pun melabuhkan punggung di sofa sebelah Fariez. Menjeling mata Fariez, marah sungguh dengan soalan itu gamaknya! Aik, along ni sudah-sudahlah ingatkan kak Fiqa. Dah boleh settle down cari bakal isteri yang baru. Ibu pun boleh tolong carikan kan? Berpusing kepada Puan Jasmin untuk mendapatkan sokongan. Takut juga dia dengan jelingan tadi walaupun tidak diberikan secara langsung kepadanya. Kau cerita kat dia ke Im? Sudah mencerlung mata Fariez menikam ke wajah Ikmal. Hal ini kan sepatutnya jadi rahsia mereka? Sorry ye bro. Pusing-pusing pun kat adik kau jugak! Lagipun dia yang beriya-iya nak tahu siapa awek yang berjaya rabakkan hati salju kau tu! Hehe, tersengih seperti kerang busuk! Macam lah handsome sangat. Tak guna punya kawan! Ala, apa salahnya! Lagipun, tinggal lagi dua tiga bulan lagi je aku dan Izy nak kahwin. Bakal adik ipar kau jugak kan? Kali ini Ikmal sudah buat muka kiut depan

410

Fariez. Geli geleman Fariez dibuatnya. Cepat-cepat dia memusingkan kepala dan kembali ke kaca televisyen. Sebut pasal tu, ni dah pukul sepuluh, takkan tak reti-reti nak balik kot? Selamba sahaja dia memerli Ikmal. Semenjak dari lepas maghrib tadi dia sudah tiba. Sudah beberapa orang tetamu yang pulang, tetapi hanya tinggal dia seorang yang masih kekal di sini. Ikmal tersengih lagi, berpaling kepada Izi Natasha dan kemudian memandang kepada Fariez. Yelah, nanti kejap lagi aku balik la. Tak sporting betul bakal abang ipar aku ni! Melihat keceriaan mereka, Puan Jasmin bangun dan duduk di sebelah Fariez untuk menyertai perbualan mereka. Ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan Fariez. Tambahan pula, kali ini merupakan peluang memandangkan suaminya juga ada pulang ke Malaysia untuk berhari raya di sini bersama mereka. Fariez sayang, ni ibu nak tanya, ibu ada berkenan dengan seorang anak kawan ibu. Berkenan sangat! Ibu ingat nak kenalkan dengan Fariez. Serta-merta Fariez merenung ke wajah ibunya meminta kepastian. Lain macam sungguh ayat ni! Kenalkan untuk apa? Lagak seperti orang bodoh dia bertanya kepada Puan Jasmin walaupun sudah dapat diagak apa yang cuba disampaikan kepadanya. Kawan-kawan je dulu. Kalau ada jodoh, bolehlah kahwin. Tapi, ibu memang harap sangat dengan Fariez. Budaknya pun cantik, pandai. Semakin lembut semakin berharap lah dia. Sedangkan, hal sebenar masih tidak didedahkan kepada Fariez. Tunggu sehingga tiba masa yang sesuai.

411

Kalau setakat kawan-kawan Fariez tak kisah, tapi jangan expect tinggi sangat sebab Fariez rasa Fariez tak boleh nak terima siapa-siapa lagi. Nanti laa ibu, bagi Fariez bertenang dulu ye? Bagi menambahkan kemanjaan, Fariez dengan sengaja melentokkan kepala ke bahu Puan Jasmin. Tak apa, take your sweet time dear. Puan Jasmin tersenyum sambil mengeluselus rambut Fariez lembut. Yes dear, take your sweet time. Sebab, apa-apa pun jawapan Fariez, ibu dan ayah dah tetapkan semuanya. Kerana ibu yakin dan pasti, semua ini demi kebahagiaan Fariez. Semuanya telah dibincangkan. Antara dia dan temannya, hanya menanti suatu masa yang sesuai untuk mempertemukan dua hati yang jauh. Fariez: Haish, kalau nasib aku terpaksa ikut arrange-marriage macam orang dulu-dulu nak buat macam mana. Terpaksalah terima kerana kini, aku pasti, jodoh aku bukan lagi dengan insan yang pernah kuimpikan selama ini Dan sesungguhnya, jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah yang Esa...

412