Anda di halaman 1dari 19

Kisah 1

MELIHAT HUKUMAN SEBAT (18SG)

Inilah entry pertama yang aku nak kategorikan dia


sebagai 18SG

maksudnya SANGAT GANAS, korang bebas untuk tidak


membacanya kerana ia memang ‘menyeramkan’, tapi
aku akan cuba sedaya upaya ‘melembutkannya’ sedikit

sepanjang menjadi wartawan jenayah, aku bertuah


kerana berjaya mewujudkan hubungan atau PR yang
baik dengan ramai pihak. Bukannya aku ni bagus, tetapi
dah memang tabiat aku suka berkawan sama ada
lawan atau kawan

dalam hal ini, aku cukup baik dan ‘ngam’ dengan


Jabatan Penjara terutama dengan Ketua Pengarahnya,
Datuk Mustafa Osman dan beberapa pegawai
kanannya yang lain

1
tapi itu bukan bermakna aku ambil mudah atau ambil
kesempatan dengan hubungan baik yang terbina itu.
Tak pernah sekali pun aku berurusan secara terus atau
ikut pintu belakang, semuanya aku lakukan melalui
prosedur-prosuder yang ditetapkan oleh pihak penjara
terutama bila aku hendak menemubual banduan-
banduan yang ditahan di sana.

Suatu hari aku tiba-tiba teringin sangat nak tengok


hukuman sebat secara LIVE. Bagi aku masyarakat di
luar perlu diberitahu mengenai hukuman ini agar
mereka tidak tertipu dengan pelbagai cerita-cerita
mitos yang tersebar di luar sana.

Dipendekkan cerita, setelah melalui pelbagai urusan


dan prosedur, aku dibenarkan untuk berbuat demikian.

Bersama aku seorang wartawan senior dari Sin Chew


Daily yang kebetulan hendak menulis rencana
berkaitan hukuman yang sama. Dia seorang wanita.

Setelah melalui pemeriksaan badan, kami di bawa ke


satu sudut di dalam penjara. Hukuman sebat selalunya
dibuat dekat dengan kawasan klinik penjara, ini bagi
memudahkan pesalah dirawat sekiranya berlaku kes-
kes kecemasan.

Masuk saja ke kawasan itu, aku melihat lebih kurang 30


orang pesalah yang hanya bercawat putih sedang
beratur dalam keadan mencangkung. Cawat itu hanya
2
semata-mata untuk menutup kemaluan masing-
masing, bahagian punggung pula terdedah. Kalaulah
korang gay, confirm teruja, ahaks!!!

Wartawan perempuan tadi buat-buat ‘tak nampak’ aja


keadaan itu, hehehe

Masa tu aku lihat muka semua pesalah yang nak


disebat itu pucat lesi, aku rasa kalau A.R Tompel buat
lawak pun mati hidup balik diaorang tak gelak. Kalau
aku jadi diaorang pun aku takut beb, gila ko.

Dalam kawasan sebat itu dah standby sorang tukang


sebat yang makkk ooi, lagi besar body dia daripada aku

then aku lihat ada satu baldi yang mengandungi tak


kurang daripada 10 batang rotan yang diameternya
sebesar duit syiling 10 sen setiap batang. Kalau ada
HIV, rotan tu depa rendam dulu dalam clorox

3
Aku difahamkan tukang sebat dapat upah dalam RM3
setiap satu sebatan yang dihayunnya. Lumayan sih…

Sebelum hukuman dijalankan, si tukang sebat ni siap


buat warm up lagi. Dia juga test power dengan
menyebat sebuah tilam kecil kat situ.

BEDEBUMMMMMM!!!!
4
Kau bayangkankan, masa rotan tu singgah kat bantal je
bunyinya dah kuat nak mampus!

Memang psiko habis beb, aku lihat muka pesalah-


pesalah tu punyalah gabra bila dengar bunyi tu,
mungkin dalam hati diaorang berkata.. ” MATILAH
AKU!!!’

Dipendekkan cerita lagi, masuklah pesalah pertama.


Kesalahan macam biasa, rogol budak bawah umur.
Mamat ni katanya ‘projek’ ngan awek dia. Suka sama
suka lagi, rupa-rupanya awek ni baru Form 2, apalagi…

Dia pun dibawa masuk dan mengadap pegawa penjara


yang mengetuai sesi sebat itu.

Bunyinya macam ni.

Pegawai: Polan bin Polan, awak didapati bersalah


kerana merogol dan dijatuhkan hukuman 10 kali
sebatan. Hari ini saya diarahkan untuk menjalankan
hukuman ke atas awak. Faham atau tidak?

Polan bin Polan: Faham Tuan, terima kasih Tuan

Masa ni aku betul-betul nak tergelak. Aku tahan je.


Siap boleh cakap terima kasih lagi, hahahaha (gelak
jahat)

5
Pastu dua orang wadar dari Unit Khas Penjara (unit
paling digeruni banduan) ikat si polan ni pada satu kayu
berbentuk tripod (tiga segi)

Aku tengok tukang sebat tu dah angkat rotan dia kat


atas kepala. Tak sampai 10 saat, dia pun ‘swing’ habis
badan dia sebelum merembat buntut pesalah tu
sekuat-kuat hati.

ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!

Maka menjeritlah mamat tu sekuat hati sebaik saja


sebatan pertama singgah kat buntut dia.

Sampai je sebatan ketiga, kulit buntut dia mula


merekah dan berdarah.

Aku betul-betul sedih macam nak nangis lihat


penderitaan mamat ni. Kalau ikut hati, aku nak melutut
je minta tukang sebat tu stop. Memang seksa aku lihat
dia. Meraung-raung panggil nama Allah, panggil nama
mak, panggil nama nenek. Semua namalah keluar.

(Gambar hiasan)

6
Yang paling sedih, aku lihat kawasan tu basah kerana
dia terkencing dek tak tahan menanggung kesakitan.

Lawaknya, reporter Cina tu aku tengok dah takde.


Rupanya baru dua sebatan dia dah dah lari keluar
sebab ngeri gila tengok hukuman tu.

Sampai saja sebatan ke sembilan aku dah tak dengar


suaranya, mungkin nak menjerit pun dah tak mampu.
Buntut dia aku tengok bergegar menahan azab. Darah
jangan cakaplah. Aku nampak buntut dia tinggal isi
yang putih tu je, kulit dah pecah habis.

Selesai aje 10 sebatan, dia diusung terus ke klinik.


Dengar kata lepas tu buntut pesalah ni akan disapu
iodin, adooooiiiii. Aku juga difahamkan mereka akan
diberi dua biji pil pain killer

Kemudian masuk pula pesalah kedua, dia ni pulak kena


20 sebat, pergh! Aku dah tak sanggup, aku terus minta
izin untuk keluar dari kawasan itu.

Pegawai penjara tu senyum aje, mungkin dalam hati


dia berkata…”Nak tengok sangatkan, padan muka
hang”

Terus-terang, dekat seminggu jugaklah aku trauma


lepas tu sampai mak aku suruh aku jumpa bomoh. Apa
7
taknya, nak makan terbayang, nak tidur terbayang,
asyik terbayang je.

Tapi betul, kalaulah hukuman sebat ni diperluaskan


pada mat-mat rempit, aku percaya SELESAI masalah
mat rempit ni.

Cuma aku terfikir balik, masalah rogol dan dadah tak


selesai-selesai juga biarpun ada hukuman sebat.

Mungkin buntut orang Malaysia semua dah tebal-tebal


kot…

8
Kisah 2
PENGAKUAN SEORANG PENAGIH

Pada penghujung tahun 1993, aku telah berhijrah ke


kota metropolitan Kuala Lumpur dengan azam
melanjutkan proses pembelajaran justeru berusaha
mendapatkan sergulung ijazah di salah sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Memang telah menjadi harapan dan cita-cita setiap ibu


bapa mahu melihat anaknya berjaya lalu mengubah
nasib keluarga ke taraf yang boleh dibanggakan.
Keluargaku juga mempunyai aspirasi yang sama.

Setelah melalui alam kampus, pergaulan di antara


teman-teman seperjuangan dirasakan amat bernilai
dalam menempuhi alam kedewasaan. Rakan-rakan
yang berasal dari setiap pelosok tanahair memainkan
peranan yang penting dalam menilai erti dan etika
persahabatan yang sebenar.

Langkah murni dalam menimba ilmu pengetahuanku


terhenti apabila berkenalan dengan beberapa rakan
sealiran yang nampaknya kurang berminat dalam
pembelajaran. Kami lebih gemar membuang masa
dengan melepak dan berbual-bual kosong.

9
Perkenalanku dengan dunia penagihan dadah bermula
pada suatu malam ketika kami berkumpul untuk sesi
omongan kosong. Salah seorang sahabatku telah
membuat segulung rokok daun untuk dihisap beramai-
ramai. Aku pada usia ketika itu sememangnya jahil
tentang jenis-jenis dadah dan pada malam tersebut aku
telah mula diperkenalkan kepada dunia penagihan.

Ganja merupakan jenis dadah yang pertama aku cuba.


Aku merasa seronok dengan gaya dan cara hidup ini
dan seolah-olahnya hidup di dunia ini tiada masalah.
Aku alpa bahawa usia mudaku disia-siakan dan
sebenarnya menuju ke arah kehancuran masa
hadapan.

Kemudian aku diperkenalkan kepada musuh nombor


satu Malaysia, heroin. Kali pertama aku mencubanya,
aku muntah dan merasa mual. Aku dapat rasakan yang
sistem tubuh badanku mulai goyah. Faktor pemikiran,
tingkah laku dan fizikalku mula berubah terhadap
dadah heroin yang semakin hari semakin banyak
kuantitinya ku ambil.

Pada ketika itulah aku mula faham akan maksud gian.


Seluruh badan dan sendi-sendiku merasa sakit. Mata
dan hidung berair sekiranya aku tidak mendapat
bekalan dadah yang secukupnya. Proses
pembelajaranku terbengkalai di pertengahan jalan dan
kesudahannya aku disingkirkan.
10
Dengan itu bermulalah sebuah drama dan status
seorang insan bergelar penagih dadah. Aku pun
merempat dari satu tempat ke satu tempat. Membuat
pelbagai jenis kerja termasuklah mencuri hanya untuk
menampung kos menghisap dadah seharianku. Setiap
kali aku melangkahkan kaki di atas muka bumi ini,
dapatku rasakan bahawa bumi tidak menerima
manusia yang sedemikian rupa sifatnya.

Aku mula tertanya-tanya dimanakah silapnya selama


ini sehinggakan aku terjebak ke dalam lembah
kehinaan. Saban hari, saban minggu, saban bulan dan
saban tahun silih berganti dan aku masih tidak
berubah. Aku mula melarikan diri dari bertemu dengan
sahabat-handai, saudara mara dan kaum keluargaku
kerana aku malu dengan keadaan diriku yang kurus
kering, wajah berkusut masai, serta berpakaian
compang camping.

Sewaktu senjakala aku sedar bahawa hidup ini


memanglah pencarian diri yang kompleks, yang
tersingkap oleh rentetan-rentetan kegawatan, kasih
sayang, kemanusiaan serta ketuhanan. Sekali terjatuh
dalam lembah kehinaan ini, tidak mungkin untuk
bangun semula. Tiada siapa yang boleh membantuku
melainkan diriku sendiri. Ini adalah suatu realiti yang
mana setiap insan menagih tahu mengenainya.

11
Aku kehilangan arah, tumpuan hidup dan gagal
berperang dengan suasana.

Akhirnya aku mendapati bahawa untuk pulih, aku


perlukan satu impian yang realistik untuk dijadikan
umpan hidup suci dari dadah.

Dan aku masih mencari-cari akan impian itu yang suatu


masa dahulu pernah kukendung dengan baik, cermat
dan rapat kedadaku.

12
Kisah 3
DEMI CINTA

Dulu suamiku seorang manusia yang normal..Tekanan


kerja,keluarga,taraf hidup yang meningkat,
perbelanjaan harian telah menyebabkan suamiku
terjebak dengan dadah..kerana keegoaannya dan
hilang pedoman dia memilih dadah sebagai jalan
penyelesaian..Mungkin dia belum bersedia untuk
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
suami dan ayah..Kesan sejarah kanak-kanaknya yang
perit..Namun aku juga turut menambahkan lagi
tekanan padanya..Masing-masing ego dan keras
kepala..

Aku dibuang keluarga kerana aku pilih untuk terus


bersama suami kerana aku yakin dia boleh
berubah..Kini dia menjalani rawatan Metadon di
sebuah klinik..Rumahtangga kami kini aman
damai..Aku juga memainkan peranan yang penting
untuk memberi sokongan dan semangat agar suamiku
berjaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara..Untuk itu aku perlu banyak
bersabar, berdoa dan mendekatkan diri kepada
Allah..Kerana hanya Allah yang mampu menolong
hambanya..Selama ini aku alpa dan mementingkan diri
sendiri..aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada
suamiku hanya kerana aku kecil hati pada perkara yang
remeh temeh..Ku biarkan suamiku keseorangan
13
menghadapi masalah dan tekanan yang dialaminya
tanpa mahu mendengar dan memahami luahan
hatinya yang menderita..Tuhan telah membuka
mataku untuk menyedari kesilapan yang telah aku
lakukan sebagai seorang isteri..Aku menyesal kerana
tidak cuba memahami suamiku sehingga dia kerap
keluar rumah dan akhirnya bergaul dengan rakan-
rakan penagih..Aku akan berjuang untuk mengubah
nasib kami sekeluarga..Masa depan kami yang cerah
takkan aku siakan..Aku percaya hanya kasih sayang
yang mampu mengikat dan menyelamatkan kita dari
terjerumus ke lembah hina..

14
Kisah 4
AMFETAMIN….

Saya lahir dalam keluarga yang bahagia di utara tanah


air. Dalam usia awal 20an saya sekarang masih
menunutut di sebuah salah sebuah IPTA selatan tanah
air.

Kisah saya bermula pada tahun lepas ketika saya 'break


semester' atau tangguh pengajian, akibat masalah
kewangan saya bekerja di sebuah restoran dan mula
berkawan dengan remaja sebaya, pada awalnya agak
aneh kerana mereka kerja tanpa henti dan tidak letih.

Saya bertanya apa petuanya dan pada masa itu saya


yang jahil tentang dadah mula diperkenalkan dengan
syabu atau ais. Tetapi harganya agak mahal dan tidak
mampu saya beli berbanding dengan kesannya.

Akhirnya saya minta yang murah dan senang didapati


di sesetengah farmasi. Itulah kali pertama saya
mengambil amfetamin, bermula dengan kehendak
kerja akhirnya saya jadi ketagih jika satu hari tidak
makan pil amfetamin.

Saya mula jadi penagih dan mula jadi tidak keruan.


Pernah sekali saya mengambil amfetamin secara 'over
dos' dan menjadi gila di tengah-tengah jalan raya.
mujur tidak berlaku kemalangan.
15
Perubahan diri mula terasa ketara dalam 3 bulan
pertama, dengan berat saya yang 80 kg dalam masa 3
bulan jadi 60 kg. Saya mula hilang selera makan tetapi
cergas dan aktif, itulah penangan amfetamin.

Akhirnya keluarga saya dapat mengetahui keadaan


saya yang semakin teruk, dan pak cik saya seorang
anggota polis sudah syak yang saya mula jadi penagih.
Saya telah dibawa ke pusat perubatan swasta secara
alternatif.

Alhamdulillah....Tuhan masih sayangkan saya, saya


pulih sepenuhnya dan masih menyambung semula
pelajaran saya yang terakhir, cuma mengalami hilang
daya ingatan akibat kerosakan sel otak, itulah
penangan amfetamin.

Kepada kawan - kawan semua .. ingatlah JANGAN


SESEKALI MENGAMBIL AMFETAMIN... kelak akan
MEMBINASAKAN DIRI ANDA ... Saya INSAF !

16
Kisah 5
CERITA ADIK SYAFIA HUMAIRAH
Kisah adik syafia humairah sahari yang
maut selepas dipukul dengan kejam di padang bola
menjadi tajuk utama akhbar harian.ada dua
versi,dalam harian metro ada cerita lain dalam berita
harian ada cerita lain.namun apa yang pasti
syafia umairah disepak dan ditampar serta dipijak
kepalanya di hadapan orang ramai.mereka hanya
melihat budak itu diperlakukan sedemikian rupa tanpa
memberi pertolongan.

mereka yang berada di tempat kejadian takut untuk


campur tangan setelah diberi amaran oleh kuncunya
bapa tiri kepada Syafia Umairah. kalau saya
akan dirogol oleh seorang gadis jelita dan anda
sebagai orang ramai takutkah untuk memberi
pertolongan pada saya dan membiarkan saya
didera serta dirogol?haruskah begitu
kalian melihat sahaja?

gambar di sebelah ialah arwah adik


syafia humairah sahari.saya ambil
gambar ini dari berita harian.menurut
cerita syafia didera sebelum
kejadian itu lagi.bapa tiri yang
dimaksudkan itu bukan bapa
tirinya sebaliknya ialah teman lelaki
17
ibunya yang mana mereka telah lama
tinggal bersama.walaupun belum
menjalin ikatan pernikahan mereka tinggal sekali.di sisi
hukum agama Islam ia telah melampaui undang-
undang syariah.

suspek seorang pemandu teksi seorang penagih


dadah, hah!tengok rupanya suspek penagih dadah.
Tak de laki lain yang lebih mulia dan berpekerti ke
nak ajak tinggal bersama. Dah lah menagih dadah si
mangsa pula didera sehingga mati.orang ramai
pula hanya tumpang tengok.

bertudung litup muka manis nampak naif jer kan?inilah


ibu si mangsa.

si ibu ini juga turut ditahan membantu siasatan


setelah teman lelakinya juga mendakwa mereka sama-
sama terlibat mendera adik syafia humairah.haram
jadah betul kan?nampak tak di belakang ibu mangsa
ada lelaki bersongkok?itu ialah atuk kepada mangsa.
atuk tak tahu ke anak atuk tuh lama dah
18
bersekedudukan dengan drebar teksi penagih dadah?
atuk tak ambil peduli ka hal cucu atuk atau anak
atuk?famili atuk nih jenis famili ting tong ka?

anak atuk sikit pun manis mengapa biarkan tinggal


sekali dengan drebar teksi penangih dadah?ada rahsia
disebaliknya ka?

mengapa cucu atuk yang keletah tuh jadi mangsa?


kalau cucu atuk itu hyperaktif sekalipun layakkah dia
didera sampai mati????

19

Anda mungkin juga menyukai