Anda di halaman 1dari 23

1

2
“Hidup Aku Kosong.”

3
IBU KOTA TIRI!
IBU KOTA BANGSAT!
IBU KOTA BAJINGAN!

Sebelum kalian membuka halaman lebih jauh. Sebelum itu


terjadi,saya ingin mengajukan sekeping permohonan maaf. Sejuta
kali tabik hormat buat para penghuni ibu kota,para gelandangannya
dan para pemaju kota sekaligus seluruh rakyat malaysia. Mungkin
buku ini agak kasar pembawaannya kerana cenderung kearah
menghina. Menurut timbangan akal,rasanya pendapat saya pun
tidaklah 100% betul dan tidaklah juga perlu untuk dibangkang.
Sebagai penghidap dan pejuang masalah Fobia sosial,saya rasa perlu
untuk bersuara walaupun pendapat saya tidak mewakili mereka
semua.

Kami tidaklah terlalu biasa menghadap situasi atau pengalaman-


pengalaman buruk kerana ianya menambahkan ketakutan kami
untuk melihat kejadian-kejadian yang akan berlaku di masa hadapan.
Saya rasa mungkin saya patut untuk berhenti menggunakan
perkataan "kami" disebabkan saya bukanlah harapan. Tapi ianya

4
lebih beradab rasanya kan?. Atau barangkali sepatutnya saya perlu
menggunakan kata ganti nama sebagai "Aku". Manis atau kasar
sedikit saya tidak peduli. Ini cerita aku dan akukah atau sayakah
perkataan itu saya lebih berhak untuk menentukannya. Manis
mungkin bagi para penggemar puisi atau sastera. Mungkinlah.

5
Dari Mana Puncanya Kesedihan?
Dari Rumah Yang Kurang Kasih Sayang!.

Masalah sosial di ibu kota amat memeranjatkan manusia suci seperti


aku. Ehem.. tiap malam minggu murid-murid atau siswa siswi
foreigner akan menegangkan ibu kota dengan asap-asap shisha di
kedai mamak atau kedai arab. Kondom amat laku sekali. Terasa wow
saat itu. Aku pernah bekerja di 7 eleven jadi aku amat biasa melihat
aib-aib seperti ini. Tempat aku kerja dikelilingi manusia yang kaya
raya. Sampaikan tong sampah bukanlah dipenuhi bahan buangan
yang tidak berguna saja tapi banyak daripadanya bahan-bahan
terpakai dan masih cantik jika dipandang. Rumah yang kurang kasih
sayang melahirkan anak-anak yang tiada hala tuju. Akhirnya mereka
merempit,mencuri,membunuh,sosial tiada batas,kurang ajar dan
banyak masalah-masalah yang menyedihkan. Sedangkan ibubapa
yang baik saja masih boleh terlepas pandang tentang perkara ini.
Apalagi keluarga yang berantakan. Sekiranya ada yang membesar
dalam keadaan baik itu adalah nasib yang jarang-jarang berlaku. Ibu
kota suasana dalam LRT dipenuhi anak-anak muda yang kalau dengan
sangkaan buruk kita akan menganggap mereka pasangan yang tidak
sah dengan nama lainnya couple-couple huhuhuhu..mereka saling
berpelukan dan bermesraan di khalayak ramai. Pada saat hari
valentine ada sepasang kekasih yang dengan romantiknya saling
bercumbuan di tengah panas terik dari pagi hingga ke petang.
Berlumuran peluh,air liur,mani dan mazi. Hahahaha kota yang
menyedihkan ini sangat ramai yang hidup bebas. Alah,biasalah. Hidup

6
di kota memang begitu katanya. Tahukah anda apa perasaan anak-
anak zina jika mereka tahu perangai orangtuanya dulu yang bertukar-
tukar pasangan. Tahukah anda disebabkan ibu ayah yang sering
bergaduh membuatkan anak-anak depressi dan bunuh diri. Apa
punca sebenarnya ni. Bukankah kota dipenuhi dengan kemewahan?
Kemajuan itu bukan hanya dipandang pada bangunan tinggi tapi
kehidupan yang ada disitu bagaimana. Perilaku dan situasi disitu
bagaimana. Berapa ramai yang akhirnya tewas membunuh diri di
tengah kota akibat entah apa benda yang ada di sini sehingga aku
hanya memandang keburukannya saja. Mungkin aku sudah terlalu
benci untuk berada di sini lagi.

7
Teman,
Kalau aku mengatakan aku sudah tidak mampu,
Apakah kau akan percaya?

Teman,
Kalau aku kata aku sudah tidak mampu
Apakah kau ingin mengerti?

8
Ibu Kota Tiri

Ramai daripada kita dimomokkan dengan isu ibu tiri penjahat,ibu


mertua atau pak mertua atau mungkin juga bapa tiri. Sebenarnya ada
benarnya juga. Tapi tidak boleh untuk kita jadikan modal untuk
membenci mereka. Mereka jahat atau dengan kata lainnya tidak
memahami kita disebabkan kerana kurangnya empati. Ibu kita
menyayangi kita kerana kebersamaan selama 9bulan dalam
kandungan. Andainyalah ibu kita tidak pernah bersama-sama kita
sejak kecil dan kita tidak sedarah daging dengannya boleh jadi
kurangnya empati membuatkan kita saling membenci. Manakala ibu
tiri yang baik hal keadaannya kerana dia ingin untuk menjadi yang
terbaik. Bagaimana pula keadaan ibu kota?

Bagiku,aku ialah pendatang asing walau aku anak jati malaysia.


Kewarganegaraan berkad pengenalan biru serta mampu berbahasa
ibunda. Cinta pada negara bagiku merujuk pada rakyatnya. Sejauh
mana cinta kita pada rakyat,sejauh itulah kecintaan kita pada ibu
pertiwi.

9
Namun masih saja aku membenci untuk berada di sini. Aku berada di
ibu kota raya. Penghuninya berperangai ganjil mengikut kawasan
setempat. Setengah kawasan orang-orangnya kaya dan kurang
gelandangan disana. Setengahnya lagi bagaikan negara miskin.
Setengahnya lagi bagaikan taman binatang berperilaku binatang.
Maafkan aku wahai binatang kerana menyamakan kalian dengan
mereka. Sememangnya mereka lebih jijik daripada binatang. Aku
tidak kisah jika ada yang merasa jijik juga dengan diriku. Asalkan aku
nyatakan dengan sungguh. Kebinatangan kamu didasari dengan
perangai kotor dan menipu.

Benda yang menyakitkan aku pelajari disini ialah menipu. Menipu


menyelamatkan kita daripada dipijak. Kerana ibu kota bangsat ini
terlalu bajingan sekali sehingga mereka-mereka yang merendah diri
tidak akan diberi muka. Bahkan ada yang sampai dibuli.
Sejujurnya,menipu ialah dosa. Tapi adakah solusi atau jalan keluar
daripada dibuli selain menipu. Kalau ada tolong jelaskan pada saya
jika itu cara yang berkesan. Jika tiada,jangan salahkan aku. Aku tidak
menyokong perbuatan menipu. Itu perbuatan hina dan keji.

Dapatkah kalian bayangkan,untuk selamat daripada gerak buli


binatang kita terpaksa menjadi binatang juga. Aduhai ibu kota. Orang
baik disini akan selamat jika berada dalam perkumpulan. Kerana
binatang-binatang kurang menganggu kawanan yang ramai. Jadi hati-
hatilah.

Teman aku pernah mengatakan padaku


“Sekejam-kejam ibu tiri,kejam lagi ibu kota”.

10
Puisi-Puisi Sekejap Wahai Kasih
Kerana Lembaran Mukasurat Masih Sikit.
(Ditiru dari melodi lagu p.ramlee “tunggu sekejap”)

1. Suara di sekitar bilik


Mengajakku keluar melihat cahaya setitik
Lampu-lampu LED menerangi dinding
Bersama lilin ku terangi ruang
Tenang memandang gambarmu
Layu dan kaku tidak berbicara
Mengapa kau menjauh dariku?
Sejak sekian lama
Kita tidak pernah berbicara

11
2. Terukir atas debu jendela kaca
Namamu dan hembusan nafas
Kepul-kepulan putih dari gelas hitam
Mengapa kopi memahitkan kenangan
Waktu berantakan kau teriak "Jangan!"

Tiada semanis madu saat itu


Kau lemparkan piring berterabur pecah
Retak merekah tiada siapa peduli
Terluka dan sedih
Kita sama-sama terdiam
Apakah ini kebersamaan?

12
3. Longgokan kertas serabut
Seakan memelihara busut
Pagi dan sekolah
Semalam ku terlena
Hingga terlupa mencuci kasut
Seminggu akal ku kusut
Mencari kamu dalam keributan
Sunyi dan menyendiri dalam keramaian
"Aku cari kamu
Dalam gelap malam
Seperti aku yang menunggu khabar dari angin malam " —Payung
Teduh

13
4. Hujan hari minggu
Tidak sesepi hujan bulan juni
Aku mencari saki baki ilham
Yang terkurung dan terikat di penjuru alam

Beberapa simpul ku rungkai


Berapa waktu ku simpan dalam teratai
Agar saat banjir ia tidak membuang waktuku

14
Mengapa Ada Gelandangan Di Kota-Kota Besar?

Bagiku,kewujudan mereka adalah perkara normal. Aku tidaklah


membenci mereka kerana mereka sendiri tidak pernah
mengangankan hidup yang susah. Cuma segilintir daripada mereka
yang berpada dengan meminta-minta tanpa berusaha mencari kerja.
Bukan semua gelandangan berasal dari keluarga susah. Terkadang
ada yang memilih untuk menjadi gelandangan setelah mengetahui
betapa kejamnya dunia. Orang-orang seperti ini ialah daripada
kalangan mereka yang terpelajar,orang kaya dan pemikir. Ada juga
yang menjadi gelandangan kerana ingin mencuba sesuatu yang
baru,mencari kebebasan abadi. Bagiku merekalah kota yang sebenar.
Kehidupan mereka sepatutnya membuka pandangan mata hati kita
yang tertutup. Bagiku,gelandangan yang berjaya ialah yang
berperangai mulia. Gelandangan yang paling aku benci ialah yang
memaksa dan berperangai jijik. Tidak kurang juga kami menemui
orang-orang yang berpura-pura buta semata-mata untuk mendapat
beberapa keping wang recehan. Tidak mengapalah. Suka hati mereka
lah kan. Kalau itu buat mereka bahagia,maka tidak mengapa. Masing-
masing daripada kita memilih kebahagiaannya sendiri asal tidak
menganggu dan menyusahkan hidup orang lain. Alhasil,kita semua
sebenarnya gelandangan di muka bumi. Bumi ini bukan milik kita.
Rumah yang kita diami hanya persinggahan sementara. Bila-bila masa
kita akan tinggalkan semuanya.

15
Sebangsat Apakah Kehidupan Kota?

Sebenarnya mereka yang hidup di kota orang-orang yang kental


hatinya. Mereka menempuhi kehidupan yang perit dan sukar. Kau
tahu,betapa payahnya mencari makan dengan tanpa menjual
maruah. Bagiku kota melahirkan ramai pendosa yang pada awalnya
tidak bersalah. Desakan hidup,membuatkan ibu ayah mencari rezeki
daripada sumber yang haram untuk menyara keluarga. Itu niat yang
utama pada awalnya. Setelah bergelumang dengan wang haram,hati
mulai terbiasa dengan kemewahan. Kota memaksa penghuninya
untuk menipu. Menipu pelanggan yang datang samada dengan cara
yang lembut atau cara yang keras untuk melariskan perniagaan. Kota
menjadikan seseorang bertindak ganas agar tidak dipijak. Kota
menjadikan duit bernilai sehingga menimbulkan kesalahfahaman
sesama keluarga dan kawan. Ianya tidak sekadar berlaku di kota
saja,bahkan diluar kota juga begitu. Cuma di kota agak teruk sedikit.
Walaupun penduduknya ramai yang mengikuti perkembangan
dunia,teknologi moden. Akhlak dan adab mulai hilang perlahan-
lahan. Apa yang telah aku temui ialah topeng-topeng yang
bertaburan. Semua akan berperilaku baik jika kau seorang yang
berduit. Apabila kau tiada sebarang harta,kedudukan atau pangkat
akan datang secara bergilir-gilir orang yang akan menusuk luka di

16
hati. Orang baik? Mereka ada dimana-mana. Ramai?.. ramai juga
sebenarnya,mereka bersembunyi dan hanya mampu diam. Diam
kerana mereka tidak mampu bantu. Tidak mampu bantu kerana tidak
mengetahui siapa yang sedang berada dalam kesusahan. Aku
melakukan sedikit sebanyak kerja-kerja yang memaksa aku untuk
bergaul dengan orang-orang disini. Aku tidak mampu
sebenarnya,sebab diriku bukanlah kuat untuk menghadapi ramai
orang yang berperilaku aneh. Tiap kali masuk kerja baru,kebanyakan
daripada pekerja lama atau baru akan memperlakukan aku seolah-
olah aku seorang yang lemah. Mereka mempergunakan aku untuk
kepentingan peribadi. Mereka mengajak aku untuk berperilaku
buruk. Aku tidaklah terlalu baik,tapi cukuplah keburukanku hanya aku
yang tahu. Di kota,kau terlalu baik akan dipijak. Semakin baik
semakin dipijak. Siapa yang pijak? Hahahahahahahaha

Keluarga,teman,rakan sekerja,jiran,orang asing dan semua orang.


Adakalanya semua akan berlalu seperti hari-hari normal jika kau tidak
perlu membuat hubungan dengan mereka. Itulah hari kebebasan
sebenarnya. Tiada sangkut paut dengan manusia.

Teman,
Hidup di kota tidak sesukar mana
Ianya sukar jika kita baik dan diam.

Kalau kita buat baik kita akan dipijak


Kalau kita menipu membohong,mencuri dan membuat khianat
Barulah manusia bajingan lagi bangsat memandang,mengangkat dan
meninggikan kita.

17
Janganlah menjadi jahat. Jadilah seorang yang tegas. Tegas agar tidak
dipermainkan. Jika rasa dipijak,cepat-cepat bertindak pantas. Jangan
biarkan mereka manja. Diluar sana ramai yang sudah bercita-cita
untuk menggunakan segala kesempatan untuk menindas orang lain.
Politik berlaku dimana-mana. Dalam rumahtangga sendiri ada
politiknya. Inikan pula di kota bangsat.
Jadi menurutku,sayugia bagi ibu kota untuk menjadi contoh buat
anak-anak kota lainnya. Ayuhlah! Sebangsat ini sajakah kemajuan
yang mampu kita kecapi?. Buat apa lama-lama duduk di pengajian
tinggi kalau hanya mampu lahirkan bajingan negara. Aku bukan
salahkan pusat pengajian atau pendidikan. Sememangnya ilmu yang
baik melahirkan manusia baik. Mana lagi para ahli politiknya,para
majikan,para ketua keluarga dan sekalian para lainnya. Rasanya
kemajuan dunia hanya menjadikan manusia semakin lupa daratan.
Akibat daripada nafsu yang terpenuhi manusia menjadi alpa. Dalam
kegiatan harian pembohongan sudah menjadi makanan ruji. Isteri-
isteri yang bekerja di pejabat makan tengah hari bersama rakan
sekerja berjantina lelaki. Tidakkah kecemburuan pada hati sang
suami. Anak-anak bebas bergaul tidakkah merosakkan nanti. Mana
para liberal? Otak mana otak? Kau mengajak sosial menjadi ringan.
Punca kerana terlalu ingin kebarat-baratan. Aku ada juga melihat
seorang artis underground berkata “kita bebas untuk buat apa yang
kita suka kalau itu yang membahagiakan kita”. Wow !. Kau
perjuangkan pemikiran kau sendiri,tapi pemikiran kau condong
kearah bodoh tahap paling dewa. Sememangnya para menteri perlu
bertindak kasar pada semua liberal. Apakan daya mereka juga
kebanyakannya terpengaruh dengan liberal. Siapa tidak terpengaruh.
Tiada siapa daripada kita suka dengan kongkongan. Kongkongan itu
perlu pada perkara yang melampaui batas seperti LGBT. Mereka
menganggap itu normal?. Aku amat terkejut. Ini sudah melebihi
tahap kemanusiaan. Ini namanya penyembah nafsu. Bagiku,sekiranya
pemikiran ini diteruskan juga. Tiada apa yang perlu diharapkan lagi

18
pada malaysia. Pusatnya di ibu kota. Ibu kota tiriku. Ibu kota kejam
sekali. Paling bangsat bajingan sekalian alam. Aku amat membenci
pemikiran aliran kiri. Mereka mendefinisikan bebas dengan erti kata
kita boleh berkelakuan jijik asalkan kita bahagia. Setiap daripada kita
melakukan apa-apa. Bagiku,pemikiran anti sosial perlu diwujudkan.
Bukan langsung tidak bergaul dengan manusia. Maksudku kurangkan
atau lupuskan hiburan yang merosakkan.

19
Biarlah aku membawa diri
Pergi dari hidup yang kelam ini
Sebenarnya aku juga tersesat sama
Dalam kancah dan dunia yang penuh dosa.

20
APA YANG SEDANG BERLAKU?

Apa yang sedang berlaku di kota tiri aku kurang pasti. Sebenarnya
apa lagi yang tidak cukup. Hari demi hari serasa tamadun yang dibina
bakal musnah tidak lama lagi. Sistem yang bagiku merapu disebabkan
rasuah dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas. Apa harapan
yang negara ingin kedepankan di mata dunia. Atau negara kita
merasa cukup dan berpuas hati dengan pencapaian yang sungguh
lucu ini. Oh,kau bermata lalat itulah sebab keburukan yang terlihat
sedang kemajuan kau tidak pernah bersyukur seolah-olah segalanya
bala. Ya,terserah mahu kata apa. Aku duduk di sini dan aku tahu apa
yang sedang berlaku terutamanya di pusat bandar. Segalanya
nampak gah. Tapi warga asing makin memijak,makin ramai dan tidak
kurang juga ada yang mulai berani. Mereka kini belum menampakkan
taring membuatkan negara kian lancar memanggil dan mengambil
pekerja asing. Rakyat sendiri semakin mundur. Begitulah apabila anak
babi disusukan anak di rumah mati kelaparan. Aku juga pelik
sebenarnya dengan warganegara itu sendiri. Sering memilih kerja
yang senang sehingga kepercayaan para majikan lebih untuk memilih
warga asing kerana mereka lebih rajin. Apa sebenarnya yang sedang
berlaku. Aduhai,ketika para penghuni kota mulai balik ke kampung
halaman negara ini seperti bukan negara sendiri. Lihatlah beberapa
tahun akan datang. Siap sedia menerima segala bala disebabkan
golongan kayangan sibuk mengaut untung. Masalah ibu kota saja
tidak menunjukkan hasil positif untuk negara apalagi bahagian
pedalaman. Hasil bumi dijarah. Hidup seperti dahulu kala bagaikan
tiada apa yang berlaku di tanah bertuah. Sungguh menyedihkan. Aku
malu dan benci dengan ibu kota. Sudah memakan hasil bumi yang
cukup banyak tapi sampai kini tiada apa balasan bahkan keburukan
demi keburukan yang terzahir. Yang kaya bertambah kaya. Yang
miskin bertambah miskin. Undang-undang merepek semakin banyak.
Manakala masalah jenayah tidak pernah sirna.

21
Rasuah,pembulian,penghinaan seolah-olah menjadi ruji masyarakat
dan mulai dinormalisasikan. Bangsat ibu kota raya. Bajingan! Hinaan
dan makian ini ditujukan kepada semua negara di seluruh dunia yang
tidak pernah memenangkan dan menyelamatkan orang susah.
Memikirkan kemajuan kota dalam masa yang sama mengaut hasil
dari negeri-negeri miskin. Membiarkan orang susah kekal susah.
Apalagi penghuni kota yang kononnya sibuk sampai sanggup
membuang ibu bapa di tepi jalan seperti plastik aiskrim. Memang
menyedihkan. Tapi apa aku mampu buat?.

Akhir sekali ialah,kita tidak mampu buat apa pun sebenarnya


melainkan ubah diri sendiri. Kita tidak mampu paksa orang lain untuk
terima pendapat kita. Ubahlah diri sendiri dan orang-orang di bawah
kita. Kita bebas perjuangkan apa yang kita rasa perlu untuk
diperjuangkan. Aku kini hilang arah. Aku tidak tahu sebenarnya aku
mahu apa. Aku juga tidak tahu apa yang aku harapkan pada ibu kota.
Tiada apa yang mampu puaskan kehendak aku. Kerana aku belum
memahami manusia di luar sana. Aku faham. Kita semua terkadang
terpaksa melakukan tindak tanduk yang menimbulkan amarah orang
lain. Apa pun. Semoga negaraku aman damai. Bagiku itu sudah cukup
dan aku bersyukur dilahirkan di bumi malaysia. Cuma,biasalah.. ada
masa aku benci kerana aku juga manusia biasa bahkan aku berhati
tisu dan terlalu lemah untuk hidup di ibu kota. Bagi mereka yang
tinggal di ibu kota. Selamat melalui hidup yang mencabar.

22
23

Anda mungkin juga menyukai