Anda di halaman 1dari 5

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?

Iluvislam.com

Kata orang barat  "What's the fuss all about?"


Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan
ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia
yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.
Permasalahan mengikut usia.
Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan
muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah
kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada
permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga,
kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada
dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada
korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada
golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada
parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.

Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda  menilai


betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa
rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta
sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah
yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah
yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti
kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda
sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan
anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang  mempunyai
kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan
terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!
Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan
ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan
diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-
segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje.
Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah
cinta yang sangat romantis.
Cinta suci...
Cinta agung...
Semoga perhubungan diberkati dan kekal...
Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan
mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada
berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan
yang tidak baik.
Malaysia Boleh katakan...
Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak,
kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai.
Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan
tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.
Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini.
Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan
wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan
banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk
dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat
lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan
kekasih hati.
Lihat pula kepada perbualan harian mereka.
"Kenapa dia tak call aku hari ni?"
"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"
Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan
supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang
sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin
jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.
Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal
ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi
kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.

Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan


Tuhan!
Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia
sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal
manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma
satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan
kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan
jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya
sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah
terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.

JATUH CINTA atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa
syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai
sesuatu yang baik pada pandangan kita?
Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan
menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-
memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus
berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah
tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-
abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan
takut.
Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada
keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada
kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda
dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata
al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah
sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap
akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa
jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.

Berhenti dan Periksa diri Anda.


Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan
silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan
melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan
Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat
sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan
sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari
perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali
tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu
memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda.
Wallahua'alam.

Anda mungkin juga menyukai