Anda di halaman 1dari 11

Nak 'Couple' Boleh Tak??

www.iLuvislam.com
Oleh: unknown writer

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan
pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata
makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih
lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?


Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh
masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian
turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula
berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang
berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya
apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan
mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di


kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan
‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti
peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri
pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim,
abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup


mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak
basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan
sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan
tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup
bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-
main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh
dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan
hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan
perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?


Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya
kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu
mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan
kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk
kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan
panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki


dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak
dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat
36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,


baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki


dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan
hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan
ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka


menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga
pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah
memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini
bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah
berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran
Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih
jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan
bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-
suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-
Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan
ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar
makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para
pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati
zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya
kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita
hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah
50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan
dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta
sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina
adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita,
Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-
jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai


zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti”< !--[if !suppo rt Fo ot no t es]- -> [1]< !--[endif]- ->

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga,
zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul.
Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj
(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”< !--[if !
suppo r t Fo o t no t es]- -> [2]
< !--[endif]- ->

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.


Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan
sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan
kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia
tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati
kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan
bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling
bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya,
kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada
kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh
berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan
penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan
bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina
dan hukumnya adalah HARAM.

 
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan
diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat
seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung
tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang
mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan
perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita
terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan
kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang
menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis


hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami
isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka
boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-
remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu
pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia
tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang
keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan
yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat,
kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya.
Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah
jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta
tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita
lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi
sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang
perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan


mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka
adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu
rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh
mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka
hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang
benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam
kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang
mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda
tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan
perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman
karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang
lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai
seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya
merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila
kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti
terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah


berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita
menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar
(perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-
orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak
mendengarkan.(21)Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa
yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli
(tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang
tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu
menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini.
Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah
Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi
banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya
kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak
mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.
(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami,
maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab
yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan
berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan
tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan
(mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al
Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat
Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara
yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan
kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya,


dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-
rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian
dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan
perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman
atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya.
Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang
menghinakan.(151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah


kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan
tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk
menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya


sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya
dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya
petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak
mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah,


tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-
Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah


menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya
adalah HARAM. Wallahua’lam.
CALON SOLEHAH
www.iluvislam.com
NorSaidaH
editOr: ariSha27

Hafiz berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib
menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-
sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu
merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola
bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan
berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur
jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk
disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya
hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik
yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan
nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book
mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm
lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di
hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk
mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih
belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.” 
Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini,
sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku
kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang
jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan
dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon
isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin
ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan."
Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh
sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru!!!.

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan
soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin
menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia
tidak berat sebelah .”  Harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. 

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang
solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup
aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz!!. Alamatnya, sampai Tok Ayah
berumah kat batu dua lah baru sampai hajatnya. ”

“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…” sempat juga aku
melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng. 

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok
Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air
tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada
cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah.
Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi
jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut
dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa
sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu
bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai
mutiara wangian syurga ini. 

“Calon isteri yang solehah.Orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri
sendiri dia tak check betul-betu!!,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah
pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topik tersebut. Aku sekadar
tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik
golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu
aku tersenyum sendirian. 

“Raihanah ada sebarang pendapat? ” soal Tok Ayah apabila gadis bertelekung putih
itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.“Sekadar pendapat Tok
Ayah. Jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada
satu tips ". Riuh seketika. “Sebelum kita kaji dan tilik bakal isteri kita paling afdal
kita tilik diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita!” aku sedikit
terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran
kosongku, tidak terluah. 

“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu
diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal
suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia
dengan sifat mahmudah lelaki soleh ". Aku mengangguk tanda setuju dengan
pendapat bernas itu. 

“Tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah? ” ada Qariah
muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya.
Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan
taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah.
Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki
yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah.
Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah
barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama
tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB.
Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi . "

“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian
juga?...bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi... insyaAllah
jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut.
Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang
dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati
dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk
bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap
tafsir.” Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku
tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik
semua ini. 

“Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia!!”. Kenyitan mata Syahid sewaktu
menyerahkan surat bersampul unggu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang
lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah
memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya,
Raihanah!! . Calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan
pengajian peringkat Sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian CALON
SOLEHAH.
Syukur Ya Allah!!! .

Anda mungkin juga menyukai