Anda di halaman 1dari 17

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau


seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa
perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.
Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA


Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita
seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk
berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA


Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti
ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke
peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"
seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di
dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini
adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila
Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau
tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut
diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada
yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah
ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga
adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA


Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau
setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah
dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku
perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat
pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya
berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan
seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan
maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan
kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di
luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki
yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba
bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat
remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah
pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini
kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan
membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.
(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA


Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu
kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan
yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara
marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan
yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan
secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu
dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka
status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku
daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
IKHTILAT-pergaulan bebas antara LELAKI dan PEREMPUAN, sedarkah
anda bahawa anda sedang berikhtilat...? MUST READ

KETAHUILAH MEREKA YG BERIKHTILAT MELAKUKAN PERGAULAN


BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRIM ADALAH
BUKAN BUDAYA ISLAM YANG BERIMAN...

IKHTILAT ATAUPUN PERGAULAN BEBAS YG PALING BESAR YG SERING


DILAKULAN OLEH LELAKI DAN WANITA ISLAM YANG BUKAN MUHRIM
IALAH BERCINTA SEBELUM NIKAH...(BERCOUPLE BERDUA-DUAAN)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia
bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang
ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai
sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah
kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga
yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang
diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini
sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah


2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak
angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah
sebagai 'Platonik'

PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT


MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.


2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut,
berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-
simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam
namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT


MASA KINI...

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun
ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul
bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi


cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang
tidak SYAREI. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah
juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.

2. COUPLE

Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK


WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform
rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat
dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak
mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang
berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya,
maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN


ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah.
Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga
menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

3. "COP AWAL-AWAL" UNTUK BERKAHWIN

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil
orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah
kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah
berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar,
malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri MELARANG kita daripada ‘cop
awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya
dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya
takut-takut terjerumus ke kancah MAKSIAT.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan
sampah kemaksiatan.

4. TELEFON TAK 'URGENT'

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada
soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar,
bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas,
saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air
sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah
masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan
sebarang salah laku.

5. SMS TIDAK 'URGENT'

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah
mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita
matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita
nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan
berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan
berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. BERBICARAMEN DAYU-DAYU,

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang
mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki
yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan
menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara
maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi
beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan
hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke
mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk
berlaku.

8.LAMAN SOSIAL

Kebanyakan mereka lupa dan alpa apabila menggunakan LAMAN SOSIAL DI INTERNET
seperti FACEBOOK, TAGGED, FRIENDSTER,MYSPACE, TWITTER dan
sebagainya...mereka tidak sedar yang mereka sedang berikhtilat dengan meninggalkan
komen-komen di wall masing-masing supaya orang lain yang bukan muhrim meletakkan
komen-komen yang berbentuk ikhtilat, meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat
dan rasa seronok bile ada orang yang memuji gambar anda itu comel,cute dan sebagainya
sedangkan anda sudah tahu bahawa ia boleh mendatangkan RIAK yang boleh membawa
kepada SYIRIK KECIL...sedarkah anda bahawa komen-komen di wall anda itu boleh
mendatangkan dosa yang kita tidak sedari...ibarat  mendedahkan sikap kita kepada orang
yang bukan muhrim tanpa kita sedari...

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA


HAMBANYA

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah
:

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia
bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang
ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan
memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan
memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa


menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

KESIMPULAN...
Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita?
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan
atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang
dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka
dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan
menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam.
Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak
sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah
kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan
dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini. SEKIAN

p/s : artikel ini panjang dan sedikit edit dari admin terima kasih kepada blogger
www.ulamaummah.blogspot.com

ketahuilah bahawa ikhtilat itu satu perbuatan yang boleh membawa kepada maksiat...
ikhtilat itu haram...

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam...MUST READ

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan
mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan
seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini
mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitik beratkan
ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini,
mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan
silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja
muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi
kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap HARAM. Bagaimanapun dikalangan
ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti
Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa
yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta
selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan
melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan. 

Selain itu jika CINTA dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka
MENGURAT pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait
antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai
contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan
rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula
keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah
dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia
memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai
khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat.
Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti
pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

~NAMUN BEGITU~

mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan.
MENGURAT dan BERCINTA seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada
perkahwinan sebaliknya MUKADDIMAH KEPADA MELAHIRKAN ANAKL LUAR
NIKAH atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan
longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini DILARANG DAN DIHARAMKAN dalam Islam.
Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu
biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali
TERJERUMUS dalam PERKARA-PERKARA yang TIDAK BAIK. Oleh itu sesiapa
sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta
perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim
kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh MENCETUSKAN
KEGAIRAHAN SEKS yang seterusnya menyebabkan berlaku PERLANGGARAN
HUKUM ALLAH S.W.T aitu PENZINAAN. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap
individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan MEMELIHARA AURAT
kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk
berlakunya perzinaan. 

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, PANDUAN


RASULULLAH PERLU DIIKUTI. Baginda melarang orang Islam supaya JANGAN
MELAMPAU DAN SENTIASAMENUTUP AURAT.Malah baginda menyuruh mereka
BERCINTA KERANA ALLAH iaitu MENCINTAI ORANG YANG DIKASIHI
KERANA ALLAH S.W.T 

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba


menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu
ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi,
kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata :
Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis
No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud
mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam
hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah
menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan
terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan
bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu
Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi
penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi
sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam
Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada
rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah
menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.
Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan
Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-
Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim
sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar
cinta-mencintai diantara satu sama lain. 

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah
tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan
emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

SEDIKIT PESANAN DARI ADMIN: CINTA PERLU ADA MATLAMAT IAITU


PERKAHWINAN...SEKIRANYA TIADA MATLAMAT...CINTA TERSEBUT AKAN
BERLAKU KEMAKSIATAN DAN AKHIRNYA BERLAKU PENZINAAN DAN
PEMBUANGAN BAYI...APABILA ANDA INGIN BERCINTA...ADAKAH ANDA
AKAN MAMPU MENGAWAL PELBAGAI BENTUK ZINA SEBAGAI MANA HADITS
NABI S.A.W:

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan
bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan
berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati
dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)

Dah tu, kalau tak boleh ngorat camne nak dapat pasangan?

sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan pasangan, antaranya MERISIK...itu


sebab cinta perlu ada matlamat iaitu perkahwinan...

1.Boleh suruh parent carikan, sebab kalau parent carikan tentulah yang terbaik untuk anak
dia. kalau setuju ngan latar belakang die, kawen la terus lagi pun Bercinta selepas kahwin
adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat
tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah
kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang
menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata
berjaya. tetapi tidak semestinya Bercinta selepas kahwin adalah pilihan ibubapa tetapi pilihan
sendiri pun boleh juga tidak ada masaalah dalam hal ini semuanya atas kemahuan kita
melawan nafsu...

2.kedua boleh suruh kawan risik2kan, sebab diorang mesti ade kenalan2. pastu kite selidik2
la latar belakang lelaki tu. kalau berkenan, mintak kawan tu tolong ejas2kan untuk berjumpe
(bukan berdua2an ya), berkenal2an dan kawen.

3.kalau kite ade berkenan ngan seseorang tu, kite mintak orang tengah yang tanye2kan kat
orang tu kerana jaga adab untuk orang perempuan sebagai seorang yang pemalu walaupun
perempuan tu janda. kalau dah siasat latar belakang lelaki tu, aturkan pertemuan sambil
ditemani mahram (saudara2 kandung). kalau suke, kawen la terus. tak suke, rejek
baik2.dan lain2 cara lagi yang menepati  hukum dan adab Islam.Jangan berpandukan
peredaran zaman dan perbuatan masyarakat, sebab belum tentu yang masyarakat buat
tu betul di sisi agama.

Sekiranya anda mampu mengawalnya anda adalah orang yang betul2 menjaga sifat
keperibadian yg mulia...tetapi sekiranya x mampu...maka bercintalah selepas nikah...kerana
itulah yg sebaik-baiknya kerana bila kita tidak mampu nak mengawal perasaan
cintaitu...sudah semestinya kita akan terjebak dengan penzinaan...oleh itu tidak perlulah risau
siapa jodoh kita...kerana itu adalah yang terbaik Allah s.w.t pilih untuk kita...sentiasalah
bersangka baik kepadaNya...apabila kita sentiasa melakukan perbuatan yg baik dan tidak
melakukan maksiat kepadaNya...inshaAllah...Allah s.w.t akan berikan yang terbaik buat
hambaNya...berusaha...berdoa dan bertawakkal kepadaNya...ingat jodoh dan pertemuan itu
adalah ditangan Allah s.w.t...

kredit to:http://shuhmy.multiply.com/reviews/item/62

InshaAllah artikel seterusnya nanti...Saya Bertudung......tetapi...saya juga....!!!

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam


Bercinta dan Couple berdua-duaan penyumbang besar kepada pasangan
yang ‘terlanjur’?...MUST READ

BERCINTA SEBELUM NIKAH TANPA ADA MATLAMAT DAN BERCOUPLE


BERDUA-DUAAN ADALAH JALAN UNTUK MENGHAMPIRI ZINA...

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-
mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-
remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka
yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan
bukan?

Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat
membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan
tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin.

Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam
tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga.
Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka
timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak
kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak
kira berjumpa, ber’SMS’, ber’YAHOOMASSENGERr’ atau/dan ber’FACBOOK’
untuk MEMENUHI PERASAAN RINDU yang terpendam dalam hati masing-masing.
Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan
lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya
gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya
budaya ini, COUPLE -PUTUS, COUPLE -PUTUS, COUPLE -PUTUS, sehinggalah
dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa'
yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan
bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan
proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu.
Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum
dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai
nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu
tidak lain adalah kaum hawa.

BERIKUT ADALAH PENGAKUAN GADIS YANG TERLANJUR DENGAN BF


MEREKA GARA2 MENGEJAR CINTA AKHIRNYA HANYUT DENGAN
PERBUATAN JIJIK ZINA INI...

pengakuan 1

# NIZA, 16, dari Pahang


“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya.
Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap
melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.

Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19
tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan
menyatakan dia sayangkan saya.Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup
menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan
peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya
di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya(perkampungan Felda sekitar
Kuantan, Pahang).Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan
tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang
kami sudah lama tidak berhubung

********************************************

pengakuan 2

# SARAH, 15, dari Selangor

“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami
mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan
rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?

Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan


lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya
tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.

Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak
perawan di kalangan rakan.
Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan
empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video
klip lucah dalam telefon bimbit rakan.

Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di
sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di
rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan
pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.

Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas
setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka
jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”

************
Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan
yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung.
Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi
lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka.
Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya
seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple'
bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan
istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui
bakal 'tak sengaja melanjur'? 

WAHAI KAUM MUSLIMAH, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar
cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih
mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat
mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan
menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’,
yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam
budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

Allah telah berfirman, 


"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik" (an-Nur :26)

SEDIKIT ULASAN DARI ADMIN

Mereka yang bercinta dan terjerumus kepada bercouple berdua-duaan sememangnya


tidak sunyi dari pada melakukan aksi ringan-ringan dengan kekasih...mereka tidak
berasa malu malah berbangga dengan melakukan aksi2 yang memalukan dikhalayak
ramai...percayalah mereka yang bercouple ini tidak sunyi dari melakukan pelbagai
bentuk zina sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan
bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan
berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati
dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)

Kadang2 mereka yang bercouple ini tahu bahawa BERCINTA DAN BERCOUPLE ini
boleh menjerumus kepada PENZINAAN...akan tetapi disebabkan perasaan
CINTA,SAYANG, RINDU, yang selama ini terpaut didalam hati kecil mereka yang
bercinta ini, membuatkan mereka tidak sanggup menguriskan hati kekasinnya dan
tidak sanggup melawan hawa nafsu sehingga terjebak melakukan ZINA untuk
membuktikan cinta mereka kepada kekasih mereka sedangkan kekasih anda itu
sebenarnya mahu menghancurkan hidup anda dengan menggunakan tiket CINTA
,AYAT MANIS, JANJI MANIS dan sebagainya...

Wanita yang merelakan dirinya dibawa oleh kekasih sebenarnya diri anda sudah
sedikit sebanyak hilang rasa malu dalam diri dan sedikit sebanyak maruah anda
tercalah tanpa anda sedari... kekasih anda yang selama ini mengajak anda bersiar2,
brcouple sebenarnya kekasih anda itu adalah seorang yang DAYUS...membiarkan diri
dipergunakan untuk melakukan maksiat dan anda wanita merelakannya diri
dipergunakan...sedarlah kalian janganlah kamu mengkufuri nikmat cinta yang Allah
s.w.t berikan kepada manusia...gunakanlah cinta itu kearah yang mengikuti syariat
Islam...betapa berjayanya orang kafir barat yang selama ini telah membawa budaya
bercouple, seks bebas dan berzina, melahirkan anak luar nikah ini ke dalam hati
remaja2 Islam yang selama ini mereka tidak sedar akan perbuatan mereka itu telah
dipengaruhi oleh budaya barat...

Kami bersolat 5 waktu, kami menutup aurat,kami patuh pada ibu bapa, kami x
mencuri, dan tak kacau orang...kami cuma Bercouple je dengan pasangan kami, kami
pn mahu bercinta macam orang lain kami x berzina pun...?

 MAAF! kami tidak menuduh awak berzina tetapi awak MENGHAMPIRI ZINA dan
akhirnya boleh terjbak kepada PENZINAAN
bukan itu sahaja, anda juga sebenarnya telah berjaya menipu ibubapa anda, menipu
keluarga dan menipu masyarakat...wang pinjaman PTPTN habis dibelanjakan dgn
buat duit topup, berlanja keksih makan...dan sebagainya...anda pergi berdating dengan
pasangan anda berdua2 an tanpa memberitahu ibubapa kerana takut ia adalah satu
kesalah...dan dari situ anda telah berjaya menipu ibubapa anda yang selama ini
membesarkan anda dengan penuh kasih sayang akan tetapi kasih sayang yang ada
pada diri anda itu telah anda manfaatkan dijalan yang salah...anda beri kasih sayang,
rindu, cinta kepada kekasih anda yang sebenarnya ia tidak punya hak apa keatas diri
anda malah ia sebenarnya cuba nk merusakkan anda dengan menggunakan pelbagai
helah supaya anda tunduk dangan ajakan nafsu kekasih anda itu...

Ingatlah mereka yang mengetahui bahawa perbuatan zina ini adalah suatu perbuatan
keji dan mereka melakukannya juga...maka disini Rasulullah s.a.w bersabda:

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA


JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN,
PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG
DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN
PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

INGATLAH : Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menzalimi manusia itu, tetapi manusia
itu yang menzalimi dirinya sendiri...

OLEH ITU IKUTiLAH SYARIAT PASTI ANDA SELAMAT SEKIAN ^_^

souce:http://ibnuabbas2009.blogspot.com/2010/10/cinta-terlanjur-dan-melanjur.html
jauhi maksiat...no couple...

hindari maksiat...
berzina di taman di khalayak ramai tanpa ada rasa malu

no couple until nikah

Anda mungkin juga menyukai