Anda di halaman 1dari 110

BAB 1 : Ilham Dari 

Hospital

APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuh daripada


pembedahan, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian dan
kesepian sepanjang  malam terbaring keseorangan, maka akan terbayang-bayanglah di dalam
fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga
jelaslah kepadanya masalah  dan keadaan  yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-
persoalan  itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian begini datanglah
pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah yang telah terjadi kepada saya semasa 
sedang keseorangan di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi yang besar, maka dengan takdir Allah
Subhanahu Wata’ala saya dikehendaki masuk hospital sekalipun pada ketika itu hati saya
sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan peristiwa  sedih yang telah berlaku di Malaysia
cuma tiga minggu yang lepas.

Saya masuk hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dangan takdir Ilahi. Mata
saya telah menjadi lemah oleh kerana terlampau berat memikirkan siang dan malam 
ketegangan dan krisis yang sedang berlaku, dan saya sendiri telah sedar bahawa mata kanan
saya telah bertambah rosak. Jika tidak diubati dengan serta-merta, mungkin penglihatan saya
akan hilang.

Maka atas nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya Dato’
Pillai, saya telah bersetuju menjalani pembedahan  mata yang telah lama saya tangguhkan.
Seorang pakar pembedahan mata yang masyhur bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield
Hospital, England, telah dipanggil untuk menjalankan pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala
Lumpur pada 6 Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala Lumpur pada petang
itu juga dan menjalani pembedahan pada pagi esoknya.

Semenjak menceburkan diri dalam politik, adalah menjadi kelaziman saya untuk berfikir dengan
semasak-masaknya  apa jua masalah yang sedang dihadapi selepas daripada sembahyang
Subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya  sepanjang  hidup. Peristiwa sedih yang timbul dalam
beberapa minggu yang lepas telah menjadi soal yang amat berat yang terpaksa saya pikul.
Dengan kerana itu sekalipun saya masuk hospital dengan cara terpaksa, tetapi saya menyambut
baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya apa yang
telah berlaku di negara yang saya kasihi.

Buku kecil ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam.
Sebelum masuk hospital, saya telah pun membuat keputusan dan telah mengisytiharkan
bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan dengan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan
dan kesan daripadanya. Maka bolehlah di-katakan bahawa pembedahan itu ialah satu hikmat
daripada Allah sekali pun saya terpaksa menanggung kesakitan.
Saya suka mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan dan terima kasih saya
kepada pakar-pakar tersebut, Dato’ Professor Danaraj dan kakitangan Hospital Universiti di atas
segala layanan yang telah diberikan kapada saya.

Sekalipun saya bukanlah seorang pengarang, tetapi oleh kerana saya mempunyai masa yang
banyak dengan tidak ada apa-apa yang hendak dibuat semasa saya terbaring di hospital, maka
saya terfikir eloklah apa yang ada di dalam kepala saya itu dikumpulkan menjadi sebuah buku.
Saya teringat kepada kata-kata hikmat ”Di-dalam seseabuah negara yang pendudoknya terdiri
daripada orang-orang buta, orang yang mempunyai satu mata adalah menjadi raja”. Ketika di
hospital itu saya mempunyai sebelah mata, dan oleh kerana saya tidak ingin negara saya dan
pendudok negara ini menjadi buta kapada segala hakikat yang sebenar yang kita mesti hadapi,
maka inilah peluang saya untok melahirkan pandangan saya.

Saya tidak mempunya pengalaman dalam lapangan kewartawanan, oleh itu tulisan yang
merupakan pendapat  saya di dalam buku ini janganlah dinilai  dari segi kewartawanan atau
kesusasteraan. Pada saya buku ini merupakan satu ikhtiar untuk membuka mata rakyat negara
ini kapada hakikat  yang sebenar, dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan  tipu helah,
supaya dengan itu timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan
masing-masing dengan sebaik-baiknya untuk hadapan negara kita.

Buku ini bukanlah ditujukan kapada dunia, tetapi kapada saudara-saudara senegara yang tahu
dan kenal orang-orang yang disebutkan di dalam buku ini. Saya suka membentangkan kapada
mereka perkara dan kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, mengenai hal-
hal yang sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia dahsyat. Inilah
tujuan saya dan saya harap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya
lakukan di atas peristiwa sedih yang kita semua telah alami, sambil berazam bahawa kejadian itu
tidak akan berulang lagi buat selama-lamanya.

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi
pelbagai kesulitan yang timbul di dalam dan dari luar negara, dan telah berjaya mengatasinya
sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagai satu bangsa yang bebas dan bekerjasama 
menurut asas-asas  demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab dan sengsara selama tiga tahun
semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah tiga tahun kita berada dalam
keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai ragam percubaan dan penderitaan disebabkan
oleh pemberontakan di dalam negara yang dilancar dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya
(PKM) iaitu Darurat yang telah berlanjutan selama 12 tahun. Dalam tempoh itulah  kita telah
mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama kita muncul sebagai satu bangsa yang bebas
dan kedua kemenangan yang gilang gemilang mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman
pencerobohan, dan kali ini dari luar negara. Ini ialah pergaduhan kita dengan Indonesia selama
tiga tahun yang dikenali oleh dunia sebagai ”konfrantasi”. Saya sukacita menyatakan bahawa
selepas daripada pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia dan Indonesia sekarang ini
menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.

Sepanjang  masa tersebut, suara rakyatlah yang sentiasa memainkan peranan penting. Mereka


melahirkan pandangan dan memberikan undi mereka empat kali dalam pilihan raya pertama
pada 1955 dalam masa penjajahan British dan kemudian  tiga kali lagi  dalam masa kita menjadi
negara  yang bebas iaitu pada 1959, 1964 dan akhirnya 1969.           

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, saya telah ditanya berulang kali,  sebagai Perdana
Menteri  bagaimanakah saya telah dapat menyatupadukan pelbagai kaum  sekalipun mereka
mempunyai adat istiadat, agama dan cara hidup yang berlainan, dan mengawal mereka supaya
berbaik-baik  dan hidup dengan aman.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak di atas tabiat dan rasmi rakyat itu sendiri
kerana semua kaum  tahu menjaga perasaan antara satu dengan lain dan mempunyai sifat
berbaik-baikl. Setiap orang bebas mencari kehidupan masing-masing  sama ada dalam
perniagaan, pekerjaan atau politik. Sebagai orang perseorangan atau kumpulan,  kita
mempunyai perasaan sendiri sama ada suka atau pun tidak di atas sesuatu perkara dan kita
bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu
perkara, tetapi kita sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara
yang terbaik untuk kehidupan kita.

 Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang kita telah lakukan ialah penggubalan Perlembagaan
Negara kita. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah di-bahaskan secara terbuka di segenap
peringkat dan golongan masyarakat. Mereka telah mengemukakan pandangan mereka dengan
bebas sama ada secara berseorangan atau pun beramai-ramai sehingga akhirnya lahirlah satu
persetujuan secara keseluruhan, termasuk  dalam soal-soal yang ada pertentangan  pendapat
seperti kerakyatan, Bahasa Kebangsaan dan pertimbangan istimewa untuk kedudukan ekonomi
orang Melayu. Perlembagaan kita menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikat kita
semua menjadi satu.

Sungguhpun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. PKM telah
diharamkan sehingga ke hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit kita telah
dapati bahawa tujuan  komunis adalah bertentangan pada asasnya dengan cara hidup yang kita
pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya
nyawa yang telah terkorban dan harta benda yang musnah. Kita terpaksa mengeluarkan belanja
yang besar daripada  wang negara, sehingga memincangkan kemajuan ekonomi negara kita.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik yang seperti ini membiak dan
menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara kita. Malangnya, se-bagaimana yang saya
akan terangkan  dalam buku ini, peristiwa yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat-
pengkhianat komunis masih ada di kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk
menjahanamkan kemanan dan kemakmuran kita. Dari itu kita juga mesti sentiasa berjaga-jaga 
bagi menentang pengkhianat itu.
Selain daripada itu Malaysia menjalankan demokrasi liberal di semua lapangan. Parti-parti politik
yang lain boleh ditubuhkan dengan bebas dan boleh bergerak dengan terang, dan parti-
parti baru sentiasa  muncul tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, hidup
terus untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan hormat-menghormati antara satu dengan lain di


kalangan rakyat negara  ini, negara dan bangsa kita telah maju ke -hadapan dengan teratur dan
tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya 1955, dan semangat inilah
yang juga telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya peringkat persekutuan dan negeri,
sehinggalah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.           

Sebenarnya dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi
telah berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya
hidup dengan puas hati dan bahagia sehingga saya beberapa kali telah menyebut bahawa saya
adalah  Perdana Menteri yang paling bahagia di dunia. Sunggohpun begitu,  pada 13 Mei 1969,
dengan tidak semena-mena  saya dapati bahawa saya ialah Perdana Menteri yang paling
masyghul se-kali. Saya tidak berasa syak bahawa dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala,
maka dalam masa yang tidak lama lagi saya akan dapat merasakan diri saya se-orang Perdana
Menteri yang bahagia.

 Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pada umumnya
rakyat Malaysia telah hidup terlampau bebas dan bersenang- lenang, dengan tidak mengambil
berat sangat hal-hal  yang terjadi. Kita telah hidup dalam suasana kesenangan, dan tidak ada
sebab kenapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei
tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di  Kuala Lumpur yang aman, iaitu suatu pergaduhan dan
kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara ini.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri
dan dahsyat itu, terutamanya mereka yang berada di panggung wayang, kelab, kedai makan
dan tempat hiboran. Orang  lelaki, perempuan dan kanak-kanak  dari semua kaum terpaksa
mencari perlindungan untok menyelamatkan diri mereka seberapa yang boleh.

Banyak orang yang telah terbunuh, dan beratus-ratus pula yang telah tercedera. Rumah-
rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan, kenderaan di-jahanamkan. Seluruh bandar ibu
kota yang biasanya sibuk tetapi aman telah berada dalam kecemasan. Perbuatan-
perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam
negara ini yang penduduknya daripada pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan
ketenteraman sejak  zaman berzaman.

 Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati sanubari seluruh rakyat, sehingga kita
masih berasa menggeletar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi
kedudukan alam, Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi 13 Mei 1969,
nyatalah merupakan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan alamat bagi peristiwa-peristiwa
yang akan datang, tetapi hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa
faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik
kejadian yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1969.

Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, sukalah
saya jelaskan beberapa perkara. Pertama, pilihan raya tahun 1969 dan huru-hara yang berlaku
pada 13 Mei itu ada kait-mengait.

Kesemua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan dengan sempurna dalam suasana
muhibah dan saling mengerti. Begitu jugalah  pada hari mengundi pilihan raya 1969 yang jatuh
pada hari Sabtu, 10  Mei di Malaysia Barat, kesemuanya telah berjalan dengan licin sebagaimana
pilihan-pilihan raya yang telah lalu dengan tidak ada satu pun kejadian yang boleh
menghalangnya. Sungguhpun begitu, semasa kempen, perbuatan-perbuatan liar telah dilakukan
dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah dikeluarkan. Oleh itu perlulah kita mengkaji
apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya, dan semasa pilihan raya itu berjalan hinggalah
selesai pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana
rusohan  meletus secara tiba-tiba.

Perkara kedua yang saya suka hendak tegaskan ialah pengaruh fahaman komunis. Tidak  ada
negara dalam dunia ini yang boleh berdiri keseorangan, dengan mengasingkan diri untuk
menentang pengaruh ideologi atau fahaman dari luar. Malaysia dan semua negara  di Asia pada
hari ini sedang menghadapi ancaman dari China. Dengan adanya kemudahan alat-alat
perhubungan saperti yang terdapat di zaman kita ini, maka mustahil kita terselamat daripada
pengaroh ajaran Komunis yang dipancarkan dari Peking, dan kemudian disebarkan di sini secara
tergila-gila  oleh pihak-pihak yang tertentu.

Ada juga sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau
takut kapada Komunis, seolah-olah  ada Komunis di dalam setiap semak, tetapi adalah menjadi
kewajipan saya sebagai Perdana Menteri untok menjaga keselamatan negara daripada sabarang
ancaman dalam dan luar negara kerana saya sentiasa mendapat maklumat dan laporan sulit.
Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanam oleh Komunis. Kita mesti sentiasa
berwaspada untok mengamati pada sebarang waktu kesan dan pengaruh fahaman Komunis
yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan fikiran orang-orang  kita, terutama belia.
Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 adalah satu contoh yang
menggambarkan sejauh mana penyokong-penyokong Komunis, sama ada yang bergerak secara
terang  atau sulit,. sanggup melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana apabila anggota-anggota Cina dalam Gerakan Belia Mao
Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah Kerajaan menurunkan nilai mata wang
lama Malaysia sebagai alasan untok melancarkan hartal. Pertempuran-pertempuran telah
berlaku, dan orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong yang setia kepada Kerajaan
menjadi sasaran serangan mereka. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah
terbunuh atau cedera. Pasukan-pasukan  keselamatan telah berjaya mengembalikan
ketenteraman dengan serta-merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap
orang-orang  yang disyaki.

Tujuan Komunis itu ialah hendak melancarkan hartal ke seluroh negara, tetapi mereka gagal
kerana penduduk di tempat-tempat  lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan
perniagaan masing-masing  seperti biasa.

Dalam bulan Jun, 1968, hukuman gantung hampir hendak dijalankan ka atas 11 orang Cina yang
menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu orang-
orang  Soekarno menyerang Selatan (Semenanjung) Malaysia. Perintah hukuman gantung yang
sama telah juga ditandatangani ka atas dua orang Melayu di Perak.

Dr. Tan Chee Khoon, yang pada ketika itu menjadi Anggota Parlimen Parti Buruh bagi Kawasan
Batu telah membuat rayuan untuk menahan hukuman gantung itu. Bersama-sama  dengan ahli-
ahli Parti Buruh dan penyokong-penyokong Komunis, dia telah melancarkan satu kempen yang
besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan
rasa simpati di kalangan orang ramai terhadap 11  orang yang dihukum bunuh itu.

Akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini.

Anasir-anasir pro-Komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda-pemuda yang
dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan untok membantah. Sungguhpun bagitu,
rayuan mereka telah ditolak oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung itu telah hampit. Di luar pintu Penjara
Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang  jalan menuju ke penjara itu, tunjuk  perasaan secara liar
telah dilakukan oleh orang-orang  tertentu termasuk belia Komunis. Mereka menbaling batu ka
atas kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluroh negara yang mungkin


membawa kapada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya sendiri
telah menyembahkan rayuan kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha
Mulia Sultan Perak bagi pihak orang-orang  yang dihukum gantung itu, dan kedua-dua baginda
telah berkenan meringankan hukuman itu kapada penjara seumor hidup. Sama ada tindakan
saya itu betul atau pun salah, tujuan saya ialah semata-mata  hendak menyelamatkan 11 orang
Komunis di Johor dan dua orang penderhaka Melayu di Perak daripada mati di tali gantung.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu berhenti dan keamanan telah dipulihkan. Sungguhpun begitu masih
lagi terdapat rasa gelisah saperti api dalam sekam, dan Kerajaan sedar mungkin perkara ini tidak
habis setakat itu sahaja. Jadi Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada
berlakunya lagi sebarang kekacauan, dengan jalan melipat-gandakan lagi pengawasan sebagai
langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan cermat.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian-kejadian  itu


sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya.
Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam soal 11 orang Cina itu sahaja, tetapi
tidak ada langsung suara yang timbul bagi pihak dua orang Melayu. Hasil daripada pengajaran
ini, sekiranya orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai pada satu keadaan yang boleh
menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan
kekacauan dengan mengapi-apikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan
lebeh menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untuk memarakkan
satu kebakaran yang dahsyat.

Sebenarnya anasir-anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu  kesempatan untuk
menimbulkan kekacauan, tidak belengah-lengah lagi daripada  menunjukkan jalan untuk
bertindak pada masa hadapan, bertentangan dengan kepentingan negara. Selepas enam
minggu sahaja daripada tarikh  Komunis dan pengkhianat-pengkhianat itu diringankan
hukuman pada 13. Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan
memulaukan pilihan raya yang hendak diadakan pada 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli-ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan
raya kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Sinagpura pada masa yang
lepas sentiasa menemui kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yang telah enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya, dan dengan kedegilannya berpegang kapada polisi ini,
parti itu akhir-nya telah lenyap. Mereka telah menarik keluar ahli-ahli mereka dari  Dewan
Undangan Singapura, tetapi selain daripada itu mereka tidak melakukan sebarang tindakan
kekerasan. Mungkin kerana Kerajaan di Singapura itu dipegang oleh kebanyakannya pemimpin-
pemimpin Cina, maka Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untok mengekalkan
negara  itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir-anasir subversif Komunis.

Parti Buroh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka
bertujuan hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-
pemimpinnya tentulah tidak dapat meramalkan perkembangan yang harus timbul, tetapi
mereka berpendapat bahawa sikap mereka yang baru itu mungkin akan menimbulkan bencana
yang mereka harap-harapkan. Memanglah menjadi taktik Komunis menyalakan api di bawah
seberapa banyak cerek yang boleh, dengan harapan moga-moga salah satu daripadanya akan
meletup dengan sendiri-nya.

Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 bolehlah dikatakan aman di dalam gelanggang
politik setakat yang mengenai dengan parti-parti pembangkang. Satu sahaja perkembangan
baru yang telah berlaku, iaitu pengisytiharan bagi menubuhkan sebuah Badan Politik yang baru
dalam bulan April, ia-itu Parti Gerakan, yang terdiri dari mereka yang menggelarkan diri mereka
bijak pandai dan orang-orang terpelajar yang pendiriannya menentang dasar kerajaan
Perikatan.

Ketika itu pengisytiharan hendak mengadakan pilihan raya belum lagi dibuat. Perikatan
berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masa di dalam tahun yang
penghabisan bagi tempoh perkhidmatannya, tetapi sebaliknya saya telah mengisytiharkan
bahawa Kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama lima tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat, kerana mereka yakin bahawa saya
akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut Perlembagaan, jika pilihan raya tidak
diadakan lebih awal, maka ia mestilah diadakan dalam tempoh 95 hari daripada tarikh tamat
tempoh perkhidmatan lima tahun yang lepas. Ini bererti  selambat-lambatnya menjelang akhir
bulan April 1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, iaitu satu langkah yang
belum pernah terjadi di dalam negara kita yang demokratik semenjak merdeka. Mereka telah
mengisytiharkan bahawa mereka akan menarik keluar dengan serta-merta kesemua ahlinya dari
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli
iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan perpechaan di kalangan ahli-ahli
mereka sendiri. Jelaslah kapada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini telah disokong
sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. Encik Lim mengambil masa berminggu-minggu
untuk menbuat keputusan bagi mematuhi keputusan ini, tetapi Dr. Tan telah enggan menarik
diri dari Parlimen, kemudian telah meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh dan dengan
serta-merta masuk Parti Gerakan yang baru ditubuhkan.

Mungkin juga hal ini satu muslihat dan tipu-helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan
puak-puak Sosialis dalam pilihan-pilihan raya yang  lepas. Parti baru yang Dr. Tan sendiri
menjadi Setiausaha Agongnya telah mendapat sokongan yang kuat daripada ahli-ahli Parti
Buroh yang telah lumpuh itu dan juga daripada mereka yang dengan bersulit-sulit  mempunyai
simpati terhadap Komunis.

Dengan itu tamatlah perkembangan politik bagi tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan
puasa pada pertengahan November dan perayaan  bersama Hari Raya dan Hari Krismas selama
tiga hari berturut-turut. Kehidupan orang-orang Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan
penuh semangat persahabatan. Begitu-lah kepercayaan dan perasaan kita pada hari
menjelangnya tahun baru. Kita tidak dapat meramalkan apa yang terjadi dalam tahun baru itu,
tetapi tidak seorang pun berasa waham tentang kejayaan kita di masa hadapan.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 3 : Pilihan Raya Umum

MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk dengan persiapan untuk Persidangan
Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepas daripada balik  dari
persidangan di London itu barulah Kerajaan mengisytiharkan pada 20 Mac bahawa pilihan raya
akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan hari penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5
April.

Parti-parti pun mulalah melipatgandakan kempen yang telah mereka jalankan sebelum itu
secara sulit. Daripada perkembangan yang berlaku selepas dari itu, maka dapatlah diduga
bahawa pilihihan raya pada kali ini akan menjadi sungguh hebat. Gerakan politik bertambah
kuat dijalankan, dan apakala hari penamaan calon hampir tiba, pelbagai tekaan di atas
pemilihan calon telah timbul; dan parti-parti lawan pula sekali lagi telah cuba bersatu untuk
menentang Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan telah tercapai di
kalangan beberapa buah parti untuk tidak bertanding sesama mereka.

Jelaslah juga bahawa ugutan Parti Buruh hendak memulau polihan raya itu akan benar-benar
dilakukan oleh mereka dengan pihak Komunis menyokong di belakangnya. Pada hari penamaan
calon, Polis telah menjumpai 55 bendera komunis di Perak dan pada hari itu juga belia Parti
Buruh di Kuala Lumpur telah mengadakan tunjuk perasaaan dengan mengejut. Pada
keesokannya, iatiu 6 April, sebuah skuter dipunyai oleh saorang mata-mata (konstabel) telah
dijumpai terbakar di Ampang dan sembilan hari kemudian pada 15 April, sebuah kereta ronda
Polis telah direjam dengan batu di Cheras. Kedua-dua tempat ini terletak di pinggir Kuala
Lumpur.

Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah menurunkan tandatangan bagi
menandakan mulanya pertempuran, dan kempen yang telah pun berjalan dahulu lagi, sekarang
akan diperhebatkan.

Cuma sebuah parti sahaja yang bertanding untok semua kerusi, iaitu Parti Perikatan yang
memerintah, yang terdiri daripada  Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan
Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).

Lima buah parti menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah parti-parti yang telah bertanding
dalam Pilihan Raya Parlimen:

1. Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang memerintah negeri Kelantan, dengan
mempunyai sembilan orang wakil dalam Parlimen;
2. Parti Gerakan, sabuah part baru  yang dipimpin oleh Syed Hussain Alatas sebagai
Presiden, Dr. Lim Chong Eu dan V. David sa-bagai naib-naib presiden dan Dr. Tan Chee
Khoon sebagai Setiausaha Agong;

3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di
Singapura, dengan Goh Hock Guan sabagai Setiausaha Agung dan Lim Kit Siang sebagai
Setiausaha Penyelenggara;

4. Parti Progressif Rakyat (PPP), dengan Dato’ S.P. Seenivasagam sebagai Presiden; dan

5. Sebuah parti baru di Seremban yang di-kenali dengan nama Pertubuhan China Malaysia
Bersatu (UMCO), dengan Chin See Yin sebagai Presiden.

Selain daripada itu, Parti Rakyat, ia-itu sebuah pertubohan berfaham kiri yang di-pengerusikan
oleh Kassim Ahmad dan Syed Hussein Ali sebagai Setiausaha Agungnya, telah meletakkan
chalon dalam pilihan raya Majlis Undangan 11 buah Negeri. Beberapa orang calon bebas telah
bertanding di peringkat Parlimen dan negeri.di Malaysia Barat telah ditetapkan pada 10 Mei; di
Malaysia Timor pula hari-hari mengundi telah ditentukan pada beberapa hari hingga
penghujung bulan Jun.           

Kempen itu berjalan selama tujuh minggu sebelum daripada  rakyat menentukan pemilihan
mereka pada hari pembuangan undi 10 Mei. Pilihan-pilihan raya  yang lepas di Malaysia boleh
dikatakan berjalan dalam suasana harmoni, berbanding dengan kehebohan yang berupa
kecaman, perbuatan yang tidak sopan dan perkataan-perkataan yang menyentuh perasaan yang
telah timbul dalam pilihan raya tahun 1969 ini.

Dari permulaan kempen itu, Pas telah memainkan sentimen perkauman dan agama untok
mendapat sokongan orang-orang Melayu di negeri-negeri , selain dari Kelantan di mana mereka
telah pun memegang kuasa. Di satu pihak lagi,  DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi-
apikan perasaan dan sentimen orang-orang Cina, dengan mengatakan bahawa mereka akan
merampas hak-hak  orang-orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan
bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang
dalam pilihan raya itu. Dengan tidak teragak-agak lagi, keempat-empat  parti itu  telah bertubi-
tubi menekankan dalam ucapan-ucapan mereka soal-soal  yang sensitif, dengan menyentuh
perasaan kedua-dua kaum yang terbesar di-Malaysia.

Sejak pilihan raya tahun 1964, parti-parti pembangkang telah melancarkan dakyah dengan cara
halus untuk mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan raya  akan datang, tetapi cara
mereka berkempen dalam tahun 1969 telah keluar daripada batas kesopanan. Dengan
perbuatan yang saperti itu, maka pergeseran antara dua kaum terbesar nampaknya tidak lagi
dapat dielakkan. Komunis segera pula mengambil kesempatan daripada suasana yang keruh itu.

Ancaman Komunis yang bergerak dengan berselindong di dalam mana-mana parti dan dengan
apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka, adalah sangat berbahaya kerana mereka telah
menggunakan cara dakyah yang baru bagi mendapat sokongan orang-orang Cina, terutama
dari mereka yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara tempat tumpah taat setia
mereka. Mereka menanamkan perkauman dalam hati dan fikiran orang-orang itu untuk menarik
mereka masuk dalam gerakan Komunis.           

Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka telah gagal memberi eksan, kerana rakyat telah
pun mendapat kebahagiaan hidup dan beroleh apa yang mereka perlukan untok kehidupan
mereka. Mereka sendiri telah dapat melihat dan menanggung kesusahan dan kepahitan hidup
dalam tempoh 12 tahun Komunis mengganas, dan mereka tidak akan lupa seumur hidup
pengalaman yang pahit itu. Jadi taktik baru mereka, tidak akan berkesan ke atas orang-orang
yang telah mengalami hidup pada zaman Darurat itu.

Sementara itu kehidupanr rakyat terus berjalan sebagaimana biasa, orang-orang  muda menjadi
tua dan kanak-kanak menjadi orang dewasa. Bilangan terbesar pendudok Malaysia pada waktu
ini adalah belia belasan tahun atau dalam lingkungan 20-an. Kebanyakan mereka, terutamai
yang maseh kecil pada masa Darurat dahulu tentulah tidak ingat tentang bagaimana rakyat
negara ini telah hidup dalam kesusahan dan ketakutan kerana keselamatan dan nyawa mereka
sentiasa terancam pada waktu itu.

Parti Komunis menghalakan taktik barunya itu kapada pemuda dan pemudi ini kerana pada
masa Darurat dahulu mereka belum cukup umur untuk memahami kesan perbuatan komunis
itu; tetapi sekarang mereka telah dewasa dan boleh mengundi dalam pilihan raya. Komunis juga
telah mempengaruhi dan menyesatkan fikiran belia yang belum boleh mengundi dengan
harapan moga-moga gerakan yang dijalankan oleh  belia  itu kelak akan menimbulkan pelbagai
kesan sehingga boleh menanamkan rasa gelisah dan menghilangkan rasa kepercayaan di
kalangan ibu bapa.

Belia yang mendapat perhatian Komunis ialah mereka yang mempunyai perasan kecinaan yang
tebal. Jika tidak kesemua, kebanyakan daripada mereka menumpahkan taat setia mereka kepada
negara China. Belia yang seperti ini terdapat juga di kalangan ahli-ahli kesemua parti
pembangkang, terutama Parti Buruh yang secara terang-terang menggunakan mereka dalam
kempen.

Bukan mudah hendak mengawal belia ini atau menahan mereka daripada masuk Komunis.
Mereka boleh masuk dengan fikiran dan fahaman, sekali pun tidak dengan tubuh badan sebagai
anggota parti itu. Oleh kerena ibu bapa mereka tidak mengawal mereka, maka hubungan
mereka dengan keluarga menjadi renggang dan fikiran mereka hanyut; mereka menjadi sesat
dan tidak lagi dapat mendengar dan melihat apa yang ada di sekeliling mereka kecuali pujukan
Komunis.

Satu lagi golongan di kalangan belia Cina ialah yang bercita-cita tinggi dan berlagak pandai dan
bijak bercakap, yang menggelarkan diri mereka golongan terpelajar, dan baru sahaja lulus
universiti dan sekarang boleh mengundi, iaitu pemuda dan pemudi yang enggan mengakui
perimbangan kuasa  antara golongan politik dan golongan ekonomi, iaitu satu hakikat yang
telah diakui dahulunya oleh semua pihak dan telah ditentukan dengan adilnya dalam
Perlembagaan.

Belia ini tepat sabagaimana yang dimaksudkan oleh Robert Louis Stevenson di-dalam tulisan-
nya yang berbunyi: “Mungkin politik ialah satu-satunya pekerjaan yang dianggap tidak
memerlukan sebarang persiapan atau pelajaran.”

Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan


politik, dengan harapan akhir-nya kelak mereka akan dapat menjadi pemimpin utama bagi
orang-orang Cina di dalam kedua-dua lapangan ekonomi dan politik di Malaysia. Mereka tidak
redha mengakui adannya lagi kekuasaaan politik di tangan Melayu dan dengan itu mereka
berpendapat konsep Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew secocok dengan
cita-cita mereka. Mereka juga tidak mengindahkan hakikat bahawa inilah juga sebabnya
Singapura telah ditolak keluar dari Malaysia. Oleh kerana corak politik yang dimainkan oleh PAP
pada ketika itu tentu akan membawa kapada timbulnya pertelingkahan kaum, maka saya
mengambil keputusan memberi kemerdekaan kepada Singapura untok kepentingan keamanan
dan kebahagiaan di-Malaysia.

Kedua-dua golongan belia Cina ini, iaitu belia yang masih belasan tahun dan belia  yang di
dalam lingkungan umur 20-an, tidak tertarik hati dengan MCA, iaitu parti politik orang Cina
yang terbesar yang sentiasa mendapat sokongan yang kuat daripada golongan ahli-ahli
perniagaan Cina. Mereka merasa MCA telah berkuasa terlampau lama, dan bersikap terlampau
bertolak ansor, dan pebezaan umur di antara pemimpin-pemimpin MCA dengan mereka itu
terlampau jauh. Oleh yang demikian mereka tidak bersetuju dengan dasar MCA yang
bekerjasama dengan UMNO untok membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

Saya berani berkata bahawa cuma sesuku daripada orang Cina di Malaysia atau pun kurang dari
itu yang bersetuju dengan pandangan-pandangan mereka itu, atau pun yang menumpahkan
taat setia mereka kepada negara China di bawah pemerintahan Mao Tse-Tung. Tiga suku
daripada pendudok Cina mahu hidup dalam aman dan harmoni dengan kaum-kaum lain di
negara ini  supaya mereka dengan aman dapat mencari kehidupan atau menjalankan pekerjaan
mereka dalam perdagangan atau perniagaan atau pun meneruskan perusahaan yang mereka
jalankan dari zaman nenek moyang mereka.

Walau sekuat mana pun cinta mereka itu kapada keamanan, orang-orang Cina yang tiga suku
itu tidak dapat menahan kemaraan golongan baru itu, apatah lagi hendak menentang mana-
mana pertubuhan yang tersusun rapi yang terdiri daripada orang-orang yang bercita-cita
hendak menimbulkan kekacauan, seperti komunis. Mereka juga telah menunjukkan bahawa
mereka tidak terdaya hendak menentang anasir kongsi2 gelap yang menjadi kuman masharakat
yang sentiasa menindas orang-orang Cina.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)
BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggota  pertubuhan haram
itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat kekayaan,
bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka
terdapat di segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco
atau London.

Di Malaysia, di mana orang Cina adalah  kaum yang terkaya, kongsi-kongsi  gelap telah menjadi
bertambah kuat kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli perniagaan dengan cara
pemerasan, penculikan, ugutan dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan gerakan
mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja. Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan
sundal, penari, rumah urut  dan peniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan
daripada mereka itu.

Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam politik, kalau ada pun
sangatlah sedikit, tetapi dalam tahun 1969 peranan yang mereka mainkan telah menjadi lebeh
penting kerana mereka berada di mana-mana  dan ditakuti oleh orang ramai.

Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka, sama ada untuk mengawal
keselamatan mereka, atau untuk menambahkan pengaruh dan meninggikan kedudukan mereka
di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlah mereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana
itu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang tidak lagi dianggap sebagai kuman masyarakat,
telah mendapat kedudukan penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti kumpulan sulit
Mafia di Amerika Syarikat; dan dengan kedudukan ini mereka telah menimbulkan satu ancaman
dan masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di Malaysia.

Dalam kempen pilihan raya yang lepas mereka telah mengambil peranan yang baru sebagai
wakil calon dan pekerja untok calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya  itu yang
manjalankan tugas mereka dengan menggunakan segala tipu helah jahat yang mereka sahaja
tahu menjalankannya. Pengundi-pengundi telah diugut supaya mengundi calon-calon yang
tidak mereka sukai. Dengan sebab gerakan mereka yang jahat itu, maka perjalanan pilihan raya
menurut asas-asas  demokrasi yang sentiasa diamalkan pada masa lalu telah terganggu. Di
mana-mana  kuman masyarakat ini campur tangan, maka kempen  telah dijalankan dengan
berbagai-bagai-bagai rupa, tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas  demokrasi.

Polis Diraja Malaysia sentiasa bergerak untuk menentang anggota-anggota kongsi gelap itu,
terutama dalam masa lima atau enam tahun yang lepas. Maklumat-maklumat yang penting
telah diperoleh dalam penyiasatan yang dijalankan mengenai gerakan kongsi gelap itu tetapi
polis tidak sangka gerakan mereka akan dijalankan dalam pilihan raya.

Sikap anasir-anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebutkan di atas telah
menyebabkan timbulnya perasaan anti-Malaysia, dan perasaan inilah yang telah ditonjolkan
dalam pilihan raya. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang terbesar ialah Bahasa Kebangsaan. Dari
beberapa surat yang telah saya terima, nyata-lah banyak orang  Cina dan India berasa tidak
senang hati ketika Bahasa Kebangsaan mula digunakan. Oleh kerana bahasa Melayu telah
menjadi asas kapada Bahasa Kebangsaan, maka kaum Cina chauvinis (inilah sahaja perkataan
yang tepat untok menghuraikan sikap mereka) telah melahirkan perasaan mereka dengan
menghasut supaya diadakan sekolah-sekolah dan hospital  yang berasingan dan sebuah
universiti untuk orang Cina sahaja.

Alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan dalam kantin
bangunan yang menempatkan pelbagai kaum. Mungkin soal makanan ini boleh di-jadikan satu
isu, tetapi ini adalah satu perkara yang senang diatasi dengan cara mengadakan kantin yang
berasingan, atau jika tidak dapat diadakan kemudahan memasak yang berasingan, masih
banyak makanan lain yang boleh dihidangkan kapada semua kaum yang tidak menyentuh
perasaan mana-mana pihak dari segi agama atau lain-lain. Kenyataan ini terbukti kebenarannya
jika kita perhatikan penjualan makanan oleh penjaja-penjaja tepi jalan saperti di Jalan Campbell,
Kuala Lumpur, yang sangat digemari oleh semua kaum.

Soal-soal kecil saperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yang sebenarnya ialah
golongan cauvinis itu menentang langkah menjadikan mereka orang Malaysia. Mereka
menentang tujuan ini, dan mereka mahu kekal sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka
untuk berpegang kapada sikap yang seperti itu, tetapi di dalam masyarakat yang berbilang
kaum,  marilah kita semua membulatkan taat setia kapada negara ini, biar apa pun jua asal
keturunan kita. Apakala negara mengadakan satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu,
maka saya rasa adalah menjadi kewajipan bagi semua orang memberi sumbangan masing-
masing bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan dalam
Perlembagaan.

Inilah soal yang menyebabkan MCA hilang pengaruh. Mestilah diakui bahawa dasar Perikatan
adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan. Maka sokongan MCA terhadap dasar yang
seperti itu adalah betul dan dengan yang demikian patutlah mendapat sokongan daripada
orang-orang Cina di Malaysia yang berfikiran waras dan taat setia kapada negara ini.
Keengganan orang Cina untuk menyahut seruan supaya terbentuknya satu bangsa Malaysia
yang bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Melayu. Sikap ini disedari oleh orang
Melayu, dan oleh kerana marah kapada orang Cina yang tidak memberi kerjasama di atas
perkara yang telah dipersetujui, maka mereka pula telah menghasut supaya timbul perasaan
anti-Cina, sambil menuduh Kerajaan bersikap lembut.

Perasaan melampau yang ditunjukkan oleh puak kanan atau puak kiri sesuatu kaum itu akan
melemahkan usaha hendak menubuhkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. Malangnya dalam
pilihan raya baru-baru ini, mereka yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab telah mengambil
kesempatan yang sepenuhnya untuk meniupkan perasaan  yang seperti itu.

Saya telah melawat seluruoh cerok dan rantau negara selama dua bulan dan mengingatkan
pendudok dari semua kaum tentang bahaya corak politik ini, dan juga pergaduhan antara
pendudok  boleh memecahbelahkan masyarakat dan menjahanamkan negara yang kita telah
bina. Kutub Utara dan Kutub Selatan mustahil akan dapat bertemu , tetapi manusia boleh
bercampur gaul di mana-mana jua di atas muka bumi ini.

Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yang kuat kapada
calon-calon UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-mena mengubah  sikap mereka dan
berpaling tadah menyokong calon-calon Pas pula. Semasa saya melawat bersama-sama dengan
kawan-kawan saya ahli MCA, saya telah dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian
ini berlaku di kawasan saya. Saya telah melihat orang-orang Cina pergi ke pondok calon  Pas.
Tentulah saya terperanjat, dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu.

Apabila saya memberhentikan motokar untuk bertanya, pengundi-pengundi Cina itu telah
meradang kerana mereka menyifatkan perbuatan saya itu sebagai mengganggu kebebasan
mereka untok mengundi. Saya telah berasa cemas apabila mendapati  kejadian yang sama
berlaku di merata  tempat di Utara Kedah.

Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini berlaku kerana semasa kempen,
calon-calon PAS terang-terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapi apabila mengundi
parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina.

Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin mereka telah menerima
arahan daripada pihak-pihak tertentu, atau pun mereka telah diugut dan mereka mengundi
partiparti pembangkang kerana takut. Apabila salah seorang daripada mereka disoal kenapa
mereka telah pergi ke pondok Pas, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina
takut kepada Pas di Kedah atau di tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina,
kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun parti itu berkuasa dic negeri tersebut.

Satu lagi sebab yang mereka beri ialah beberapa hari sebelum hari mengundi, seorang calon
Perikatan telah menghina orang China dengan mengatakan bahawa sekalipun orang Cina tidak
menyokongnya, dia masih mempunyai harapan untok menang. Calon itu ialah Dr. Mahathir
Mohamad.

Saya dapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Dr. Cheah Toon Lock. Saya
telah berkata kepadanya bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang China berdiri di
belakang Parti Perikatan, kecualilah jika ia menjadi ahli parti pembangkang. Tidaklah patut
mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir.

Orang Cina tidak berhak menjadi ahli Parti PAS tetapi sebelum tahun 1966 mereka boleh
menjadi ahli bersekutu dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikat dengan UMNO.
Dengan kerana itu tidak ada sebab kenapa orang Cina patut mengundi calon Pas melainkan
untok menunjukkan sikap permusuhan terhadap Perikatan atau pun kerana mereka takut.

Di antara parti-parti pembangkang, Pas adalah parti yang tertua. Dalam pilihan raya yang
pertama, iaitu semasa pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi
51 daripada 52 kerusi yang ditandingkan, dan seuah kerusi telah dimenangi oleh ahli PAS dari
Perak.

Allahyarham Dato’ Onn dengan secara tidak langsong adalah bertanggungjawab melahirkan Pas
semasa beliau menjadi Yang Dipertua  Agung UMNO. Ketika itu dalam UMNO terdapat sebuah
jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan UMNO dalam hal ehwal
agama.

Apabila Dato’ Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa agama itu kemudiannya telah
menukarkan corak agama kapada politik supaya dapat bertanding dalam pilihan raya. Langkah
itu telah menyebabkan pecahnya kekuatan orang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam
gelanggang politik tanah air kita. Mereka melancarkan gerakan dengan menggunakan agama
semata-m,ata kerana pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam.
Pada permulaan-nya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar tetapi lama kelamaan
mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama  di Kelantan di mana
Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.

Dengan kejayaan mereka mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka mereka telah
mengalahkan Perikatan di Kelantan semasa pilihan raya 1959 dan juga di-Trengganu, dan telah
dapat menubohkan kerajaan di kedua-dua  negeri itu. Sungguhpun bwgitu, pada 1962 kerajaan
mereka di Trengganu telah dijatohkan oleh Perikatan setelah beberapa orang ahli Majlis
Mesyuarat parti itu melompat masuk Perikatan. Dengan itu tinggallah Pas di Kelantan sahaja
yang memegang kuasa kerajaan negeri sementara Perikatan berkuasa di kesemua negeri lain.

Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka
bergantung semata-mata kapada isu agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak
mempunyai pengetahuan untok menggubal satu dasar ekonomi yang membangun
sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada satu ketika, seorang ahli
wanita Pas, Che’ Khatijah Sidek, yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari
Pas jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam
bulan. Desakan ini tidak menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che’ Khatijah telah
keluar dari gelanggang politik. Pas terus berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit
dengan tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkan lagi soal-soal
perkauman yang sempit.

Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada orang China dan kemudiannya akan
menjual Malaysia pula. Apa yang sangat mengecewakan ialah orang ramai percaya dengan
tuduhan itu.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen


PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeri  Kedah dan Perak
dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah
gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai
Barat, kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan lebeh menghormati hak-hak
orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju dalam
cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan.

Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen
mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa sehebat-
hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu. Cara itu telah memberi
kejayaan yang besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara
kapada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-
Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka
menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang memang berhati bersih dan
berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh negara
dan menuduh saya telah memberi peluang itu kapada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka telah menyebar ke seluruh
kampong gambar Khir Johari,  seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian orang
Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkong secara bersuka-suka untuk dihantar
kapada kawan-kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian ini ada disediakan di
restoran untok pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan
lawatan mereka ke Hongkong.

Khir Johari ialah seorang yang suka melawak, dia dan isterinya telah menggunakan gambar ini
untuk kad Selamat Tahun Baharu Cina yang telah mereka kirimkan kepada kawan-kawan Cina
mereka dalam bulan Februari sebagai menunjukkan rasa muhibah. Masing-masing  yang
menerima-nya telah gelak ketawa melihat gambar itu. Pas segera mengambil kesempatan
menggunakan gambar ini sebagai satu senjata untuk kepentingan politik mereka. Gambar ini
telah diedarkan seluas-luasnya di kalangan orang Melayu sambil memburuk-burukkan Khir dan
menuduh dia telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir! Tujuannya hendak berjenaka itu telah
merugikan dirinya dan dia telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya itu.

Ini satu sahaja contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak Pas sanggup melakukan perbuatan
kotor dan tipu helah untok mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan mereka sangatlah
khianat dan liar. Inilah satu penipuan yang sehabis busuk yang belum pernah berlaku dalam
sejarah politik Malaysia.

Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam, pada hal
mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama
Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam
semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa
bahawa jasa saya kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana
pemimpin negara Islam yang lain di zaman moden ini.
Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin  UMNO.
Mereka telah menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesapa
pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin
UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari kampug ke kampung untuk
melancarkan kempen yang bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau pun apa
yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli
apa yang akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua cara sakalipun.

Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh Pas kepada
orang ramai di kawasan pilihan raya  saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya
menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengan secara tipu mereka telah
meletakkan satu gambar lain ke atas gambar yang tersebut yang menunjokkan seekor anak babi
terhidang di tengah-tengah  meja di majlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumor hidup
saya, saya tidaklah pernah menghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada menghidangkan
daging babi, atau pun apa jua makanan lain yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan  Cina
saya sentiasa  menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku, kerana mereka sendiri tahu apa
yang haram dimakan oleh orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu fitnah yang sangat kotor kerana
mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Mekah untok menunaikan fardu haji, dan
mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang warak dan lebai. Saya percaya orang-
orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah
parti politik seperti Pasyang sanggup meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari
kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran Islam, tetapi sebagai Perdana
Menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majils sosial dan sebagainya, dan telah
menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan India. Saya telah merasmikan
pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang-orang  yang beragama lain, dan saya juga telah
mengarahkan supaya wang diberi untok membina tempat-tempat ibadat bagi agama-agama
lain  di Malaysia.

Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang berbagai-bagai-bagai agama, dan
dengan itu patutlah diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi
bagaimana orang-orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma yang berjumlah
berjuta-juta ringgit ketika saya melancarkan derma untok membina Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan mereka kapada kekayaan negara dan
dengan wang ini dapatlah kita membuat bermacam perkara yang memberi manafaat kepada
orang Islam, seperti membina masjid, surau dan sekolah agama. Begitu juga untuk mengadakan
perayaan agama. Semua perkara ini dilakukan untuk kepentingan agama Islam, agama rasmi
kita.
Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan bangkangan terhadap apa yang telah
dibuat dan sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam. Mereka juga tidak pernah
menyoal berapa banyak wang yang telah dikeluarkan untok mengembangkan Islam. Saya berani
berkata dengan tegas bahawa Kerajaan Perikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk
Islam daripada  yang boleh dibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan mereka
sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang dilakukan oleh
Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan
dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya
menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya.

Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Pas semasa pilihan
raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan
mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh Pas. Jika
benar sebagaimana yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka
bersubahat dengan DAP, Gerakan dan PPP?

Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang
bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka yang jahat
ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan  di mana
pengundi Melayu tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon  Pas dan dalam
sesetengah kawasan pula mereka mungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya
mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat
dengan partiparti pembangkang yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana mereka
sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang
sentiasa mempunyai pandangan Malaysia dan telah membuktikan taat setianya kapada negara
ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA bertanding melawan calon dari parti yang anti-Melayu,
Pas juga akan masuk dalam kawasan itu untok menghalang orang Melayu daripada mengundi
calon MCA, atau sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon Perikatan itu kalah
dalam pertandingan tiga penjuru, samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan  di mana
calon UMNO bertanding.

Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolong partiparti
anti-Melayu. Di kawasan Setapak,  Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak sebutkan
namanya telah kelihatan memberi wang kapada seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP.
Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah melancarkan kerja
mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah
menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa
mereka sebuah parti Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk
kepentingan politik dan wang.
Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang
kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-
angankan itu. Kita dapat meragui sama ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka
berkuasa kelak.

Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini dan
kemungkinan yang seperti ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yang seperti ini, maka
mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji
palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal ehwal dunia. Tentulah
banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji hendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang
tidak berchampor dengan kaum-kaum lain. Orang Melayu tentu-lah sangat tertarik dengan
kemungkinan negara ini dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara  tumpah
darah mereka.

Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan ka satu keturunan, Malaysia telah
diperintah oleh kuasa-kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu, kemungkinan
negara ini di-perentah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana
persetujuan telah dichapai semasa Merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai
keperibadian dan corak kebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara hak orang
Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Menurut apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini
akan hilang kiranya Perikatan menang.

Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula menggembur-gemburkan konsep


Malaysian Malaysia, dan ini mengurangkan sokongan orang ramai kepada MIC dan MCA dan
menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untok orang Melayu
sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebih senang mendapat sokongan orang Melayu.
Sebagaimana kebanyakan orang China menyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan
oleh Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu,
kedua-dua  pendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-
parti lain yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang diketahui anti-
Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu.
Tindakan mereka sangatlah berbahaya seperti bom atau torpedo yang telah di-tentukan masa
meletup-nya.

Sebuah akhbar Hongkong bernama ”The Star” telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of
China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa
jumlah wang yang besar telah dikeluarkan ”untok membiayai gerakan kekacauan di Singapura
dan Malaysia”. Ada keterangan yang menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada
beberapa pihak yang tertentu di Kelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen Pas. Terang
dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong Pas  tidak terdaya hendak mengeluarkan
berjuta-juta ringgit untok pilihan raya itu. Wang itu tentulah datang dari satu punca tertentu,
dan saya suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh Parti Pas sahaja.
Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada Komunis, maka berertilah pemimpin-
pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang-orang  mereka sendiri.
Kebanyakan daripada soaln agama yang dibangkitkan oleh Pas itu tidak selaras dengan
fahaman  Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di sekitar
Malaysia pada hari ini. Pas telah mengambil kesempatan daripada kejahilan orang-orang miskin
untok menjalankan taktik tipu helahnya, tetapi dosa mereka yang lebih besar lagi terhadap
orang-orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang politik mereka,
ialah perbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa  lain untuk
memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya tahun 1969 ialah
sewaktu Pas sedang mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam soal-soal agama
Islam, maka pada ketika itulah juga Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia
Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuah negara yang bercorak ugama, tetapi Islam ialah
agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23  buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai  bangsa telah
bersidang di Kuala Lumpur untuk membuat keputusan mengenai berbagai-bagai  masaalah
yang melibatkan orang-orang Islam di merata dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam
telah berkumpul di satu tempat untok membincangkan agama Islam dan hubungannya dengan
dunia moden, dan Malaysia patut mendapat kepujian yang penuh di atas kejayaannya
menganjurkan persidangan yang bersejarah itu.            

Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan raya adalah dengan secara kebetulan
sahaja kerana kerja-kerja  merancang dan membuat perhubungan untuk menyediakan
persidangan itu telah dijalankan selama beberapa tahun yang lepas. Se-benarnya saya telah
melahirkan cita-cita saya di Masjid Woking, London dalam tahun 1961. Cita-cita saya ialah untuk
mengadakan satu badan negara-negara  Islam yang di-panggil “Komanwel Islam”.

Tetapi sebelum daripada saya melanjutkan penerangan mengenai persidangan ini, elok-lah saya
menegaskan terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat oleh Malaysia untuk agama
Islam kerana Pas telah mereka pelbagai tuduhan yang tidak berasas dalam pilihan raya.
Sebenarnya dalam hati kecil saya, saya sentiasa berasa bangga kerana kesemua kejayaan yang
telah dicapai untok kemajuan agama di negara  ini adalah di luar dugaan kita.

Pertama, kita telah mengantikan dengan bangunan-bangunan baru kesemua masjid lama dan
tempat-tempat ibadat saperti surau dengan perbelanjaan wang kerajaan yang besar, dan tsetiap
bangunan itu berbentuk mengikut yang sesuai dengan keadaan dan keinginan orang-orang di
tempat itu sendiri.
Kenapa Kerajaan memberi pandangan yang sebagitu berat terhadap pembinaan masjid?
Pertama ia-lah untuk menawan hati semua orang di negara ini yang berpegang teguh kapada
agama Islam; dan kedua ialah untuk meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dan mulia,
sesuai dengan tarafnya sebagai agama rasmi negara ini menurut Perlembagaan.

Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di kawasan baru adalah terletak di
atas tapak yang elok, sepadan dengan kedudukan martabat agama rasmi negara. Orang ramai
berkumpul di surau-surau yang beratus-ratus banyaknya untuk sembahyang, untuk berbual-
bual dan bergaul dengan bebas pada setiap ketika, sama ada di majlis bercorak agama atau pun
sosial. Perbelanjaan yang secukupnya telah diberi, dan segala keperluan untuk pembinaan telah
diadakan. Mishalnya, jalan-jalan masuk dan ekalan air paip telah diadakan di semua masjid dan
surau baru, walhal pada zaman dahulu orang-orang  Islam di negara ini bergantung kapada
perigi yang dikorek di tempat-tempat yang tidak menurut kehendak kesihatan, atau pun
bergantung kapada air hujan yang ditakung dalam kolah tempat berwuduk. Banyak masjid telah
buruk dan bangunannya yang rosak tidak dibaiki kerana tidak ada wang. Kejadian ini berlaku
sebab pada umumnya taraf ekonomi orang Melayu adalah rendah.

Soal yang kedua ialah sekolah-sekolah ugama. Kerajaan telah membina banyak sekolah dengan
perbelanjaan yang besar, dan merancangnya menurut kehendak rakayat. Guru-guru  telah
dilatih khas untok mengajar di sekolah-sekolah agama itu. Semua sekolah ini disesuaikan
dengan sistem pelajaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Selain bahasa Arab yang menjadi
bahasa Quran, penuntut diajar bukan sahaja bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa Inggeris.
Sebenar-nya Kerajaan mengadakan apa jua yang di-perlukan oleh sekolah-sekolah agama itu,
padang-padang  permaianan dan kemudahan-kemudahan  lain.

Usaha besar untuk membina bangunan-bangunan  itu berjalan di segenap pelusuk Malaya
sebelum tertubuhnya Malaysia, dan dasar ini terus diamalkan hingga sekarang. Sekalipun
Kerajaan Kelantan dikuasai PAS, tetapi hal ini tidak menghalang Kerajaan Perikatan daripada
menghulurkan bantuan wang untuk membina bangunan agama di negeri itu. Bolehkah
terbayang dalam fikiran sesiapa jua yang Kerajaan PAS Kelantan akan menghulurkan bantuan
walau satu sen pun untuk membina sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenar-
nya dalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat bagitu; mereka telah bergantung
sepenuhnya kapada Kerajaan Perikatan untuk membuat kemajuan bagi kepentingan agama dari
segi pembangunan, tetapi mereka yang dapat nama.

Dalam bulan puasa, Kerajaan Pusat menggalakkan masjid-masjid memberi jamuan kapada
orang ramai dan mengadakan majlis  supaya kuranglah kepenatan berpuasa dan menunjukkan
keistimewaan bulan Ramadan sebagai bulan umat Islam melebihkan amalan ibadat yang kyusuk
kapada Tuhan. Pertandingan membaca Quran dianjurkan dengan diberi hadiah kapada
pemenang. Bermacam-macam-macam perkara lain dibuat untuk menyambut bulan yang mulia
itu supaya mereka yang berpuasa merasa dirinya hampir kapada Allah, dan meletakkan mereka
di tempat yang lebeh mulia daripada  orang-orang yang tidak dapat menahan nafsu mereka
dengan kesenangan dunia. Orang-orang Islam yang ada di seluruh negara telah ditolong oleh
Kerajaan untuk menyambut bulan yang berkat ini dengan sepatut-nya.
Malaysia adalah negara yang pertama memulakan Pertandingan Al-Qur’an pada tahun 1960.
Pertandingan ini diadakan tiap-tiap tahun di peringkat negeri untuk memilih johan bagi
memasuki pertandingan peringkat kebangsaan. Selain itu, negara-negara luar juga dijemput
untuk mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat Antarabangsa.

Sejak pertandingan Quran diadakan, Malaysia telah menerima sanjugan yang besar dan
pandangan yang tinggi oleh dunia Islam  yang tidak pernah diberikan kapada negara-negara
Islam yang lain kecuali Arab Saudi di mana terletak kota suci Mekah dan Madinah.

Pada zaman atom lebih laju dari suara, Malaysia telah menjadi masyhur di seluruh dunia Islam
sebagai sebuah negara yang terkemuka untuk memberi nafas baru kapada agama Islam. Pada
zaman inilah juga manusia telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman kapada
Tuhan dan kepercayaan sesama manusia, sambil itu mencari pendapat-pendapat yang baru,
cara hidup yang baru dan dunia untuk ditakluki. Bagi kita orang Islam, kita berpegang teguh
kapada agama kita untuk menguatkan iman kita. Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada
dunia Islam semasa kerajaannya dipegang oleh Perikatan.

Di negara-negara Asia yang lain, pemimpin-pemimpin politik telah menyedari bahawa kemajuan
dan pembangunan negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahli agama mengganggu
perjalanan politik sesebuah negara, tetapi kesedaran mereka itu telah terlambat sehingga
merugikan negara mereka sendiri. Seorang Perdana Menteri telah hilang jiwanya, dan negaranya
telah mundur akibat gangguan agama di dalam politik. Sesungguhnya keadaan yang seperti ini
telah berlaku pada zaman dahulu, tetapi dalam dunia bertamadun pada hari ini kejadian yang
saperti itu tidak lagi berlaku di negara-negara Eropah yang progresif. Sebenarnya di kebanyakan
negara Islam, agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikan makanan
rohani, dan politik untuk kemajuan negara, dan sebagaimana yang pernah di-katakan “politik
ialah satu ilmu yang digunakan pada waktu yang diperlukan.”

Kejayaan yang paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia dalam menjalankan dasarya yang luas
untuk agama Islam ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telah diadakan dalam bulan
April, 1969 di Kuala Lumpur. Dalam persidangan ini pemimpin-pemimpin Islam yang terkemuka
dari seluruh dunia telah berhimpun untuk mengambil keputusan atas masalah-masalah agama
yang dihadapi bersama oleh seluruh umat Islam saperti waktu sembahyang di sesetengah
tempat yang tidak nampak matahari, atau pun apakah hukum Islam di atas pemindahan
anggota orang Islam kapada orang yang bukan Islam untuk kepentingan sains dan perubatan.

Perkara yang terbesar ialah persidangan ini merupakan satu peristiwa yang sangat
menggembirakan kerana inilah kali pertama begitu banyak negara Islam, iaitu 23 buah
semuanya telah datang dengan perasaan muhibah dan persaudaraan untuk berbincang, sama
ada hal-hal politik atau ekonomi, dan mereka itu datang sebagai wakil Kerajaan masing-masing.

Pada masa lalu, kebanyakan negara Islam telah berpecah atau pun tidak mengambil hirau antara
satu dengan lain. Malaysialah Negara Islam yang pertama berjaya mengadakan satu mesyuarat
di peringkat Kerajaan yang boleh menimbulkan rasa kecenderungan di kalangan pemimpin-
pemimpin Islam, dengan harapan perjumpaan di Malaysia ini akan disusuli pula dengan
beberapa persidangan lain pada masa akan datang dan juga akan merapatkan ikatan
persaudaraan di kalangan semua negara Islam.

Saya suka mengulangi sekali lagi bahawa persidangan yang penting saperti itu sangatlah
bersejarah, tetapi malangnya ada orang-orang yang tidak menyedari tentang makna peristiwa
yang bersejarah itu. Pada saya nilai Persidangan Negara-Negara Islam ini hampir sama dengan
kejayaan mencapai kemerdekaan Malaya. Kemerdekaan memberi taraf kapada manusia yang
telah hidup berkurun-kurun lamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik pandangan
dunia.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”

KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh di


dalam Persidangan Antara Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihan raya telah berjalan
dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

            Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang menyakitkan hati, yang boleh
menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara satu dengan lain. Saya telah pun memberi
beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku, dan tentang bagaimana hasutan-hasutan dan
fitnah telah dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang terlalu bersifat
peribadi telah dibisikkan dari mulut ke mulut.

            Memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia bebas ini perkataan-
perkataan yang pedas dan kenyataan yang tidak bijak dikeluarkan dalam kempen pilihan raya.
Amalan-amalan yang serupa itu juga tentulah dijangka berlaku di Malaysia, tetapi kebebasan
berucap dalam pilihan raya tidaklah sekali-kali boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kata-
kata yang melanggar batas, terutama di dalam sebuah negara berbilang kaum di mana perasaan
penduduknya mudah tersinggung dalam perkara-perkara mengenai kaum mereka.  

            Perasaan hangat ini jelas kelihatan terutama di sebelah utara Semenanjung.  Di selatan
kempen pilihan raya telah berjalan dengan cara yang lembut dan teratur tanpa  sebarang
kejadian yang tidak diingini.

            Dalam suasana yang seperti inilah komunis telah meresap masuk di kalangan mereka.
Tujuan utama mereka semakin jelas kelihatan dari hari ke hari. Mereka berazam untuk
menjatuhkan Perikatan dari memegang kuasa dengan memecahkan pengaruhnya sama ada
dengan cara baik atau jahat. Mereka mengamalkan pengaruh jahat menerusi dua saluran dan
menghalakan serangan-serangan mereka kepada dua sasaran besar – melemahkan UMNO
melalui PAS, dan melumpuhkan MCA menerusi Gerakan dan parti-parti politik Cina yang lain.
            Pada pendapat mereka pilihan raya telah memberikan kesempatan yang sangat baik
kepada komunis untuk melakukan perbuatan-perbuatan provokasi supaya timbul peristiwa,
sama ada besar atau kecil, dengan tujuan hendak menjayakan rancangan mereka memulaukan
pilihan raya umum. Lebih luas mereka dapat menyebarkan perasaan bimbang, atau kecewa, atau
pun takut, maka lebih besarlah harapan mereka untuk menjayakan pemulauan ini.

            Apabila kempen pilihan raya itu telah berjalan separuh, mereka telah melancarkan
kempen menulis dengan cat merah cogan kata dan tanda di atas jalan raya dan tembok. Merah
ialah warna pertubuhan Komunis. Cogan kata yang ditulis menggesa setiap orang supaya
memulaukan pilihan raya dan yang lain mengandungi perkataan-perkataan yang menyanjung
tinggi sifat-sifat dan ajaran-ajaran Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan
mereka itu melanggar undang-undang, dan amatlah sukar bagi Kerajaan hendak menangkap
mana-mana orang yang menulis cogan kata itu kerana ia ditulis pada malam yang gelap, tetapi
tulisannya dapat dibaca dengan jelas oleh semua orang pada  siang hari yang terang
benderang.

            Mereka memperhebatkan kempen dengan menggunakan ancaman terhadap


keselamatan orang ramai, dan menyebarkan risalah di kalangan orang-orang Cina untuk
menggesa mereka supaya memulaukan pilihan raya. Tujuan mereka jelas untuk menunggu
berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh mereka gunakan untuk mengambil kesempatan bagi
menjayakan rancangan mereka itu.

            Kesempatan timbul apabila satu peristiwa telah berlaku pada 24 April, iaitu kira-kira dua
minggu sebelum hari mengundi. Pada kira-kira jam 8.30 malam itu seorang pekerja UMNO
bernama Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah melihat
beberapa orang berkumpul di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Dia telah memberhentikan
motosikal yang sedang dinaikinya untuk melihat dan bertanya kerana pada fikirannya satu
kemalangan telah berlaku. Ketika itu juga dia telah diserang oleh kumpulan yang ada di situ dan
telah dibunuh dengan kejamnya. Setelah itu mereka mencontengkan cat merah ke seluruh
badan mayat orang yang telah mereka bunuh itu. Perbuatan mereka adalah satu pembunuhan
yang disengaja dan boleh berlaku ke atas sesiapa pun. Pembunuh-pembunuhnya adalah
pemuda-pemuda Parti Buruh.

            Pembunuhan yang kejam ini tentulah telah menimbulkan rasa cemas di kalangan
pasukan keselamatan kerana kejadian itu boleh mencetuskan rusuhan kaum. Oleh kerana
bimbang berlakunya tindak balas, maka Kerajaan telah meminta keluarga si mati dan pemimpin-
pemimpin Melayu di Pulau Pinang supaya bersabar, dan mereka telah bersetuju tidak
menyebarkan berita pembunuhan itu supaya Komunis tidak akan mendapat kesempatan untuk
menghalang pilihan raya. Kesabaran mereka itu telah memberi pertolongan yang sangat besar
untuk menyekat buat sementara cita-cita Komunis, tetapi mereka telah bertanggungjawab
mengalirkan darah.

            Sepuluh hari kemudian, iaitu pada 4 Mei, Komunis telah mendapat peluang yang selama
ini ditunggu-tunggunya apabila satu kejadian berlaku di negeri Selangor. Kejadian ini berlaku
enam hari sebelum hari membuang undi. Pada pagi itu, tiga orang mata-mata (konstabel polis)
yang sedang meroda telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di Kepong, yang terletak
di pinggir Kuala Lumpur. Pemuda-pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda  di jalan
raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan
membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah berundur masuk
ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

            Selepas mengenalkan diri mereka, ketiga-tiga orang mata-mata itu pun menghambat
pemuda-pemuda tersebut. Rupa-rupanya mereka keluar bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan dan memang hendak mencari gaduh, dan sekarang mereka telah dapat
apa yang mereka mahu. Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu
terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada
pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital. Namanya ialah Lim Soon Seng,
berumur 24 tahun. Keluarga dan rakan-rakannya telah membawa mayat si mati untuk di simpan
di rumah mayat di Jalan Sultan, jalan yang paling sibuk di kawsan Cina di bandar Kuala Lumpur.
Mayat itu sepatutnya dibawa balik ke rumahnya di Kepong.

            Si mati bukanlah seorang yang terkenal dan pada lazimnya mayatnya itu memadailah
dikebumikan secara sederhana, tetapi Komunis tidak hendak melepaskan peluang yang begitu
baik untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada perjuangan mereka.
Akhirnya mereka dapat juga seorang daripada rakan seperjuangan untuk disanjung sebagai
“pahlawan” yang akan menjadi lambang perjuangan mereka.

            Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu perarakan mayat pada 10
Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan mereka hendak mengadakan perarakan itu pada 10 Mei
sangatlah jelas. Anasir-anasir yang menganjurkan perarakan itu berniat hendak menimbulkan
satu kejadian yang akan menghalang pilihan raya atau pun mencegah pembuangan undi pada
hari itu.

            Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan menolak permohonan hendak
mengadakan perarakan pada hari itu, tetapi setelah ibubapa si mati dan pemimpin-pemimpin
Parti Buruh Kepong bertalu-talu membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumian
secara terhormat, maka polis bersetuju membenarkan perarakan mayat itu diadakan pada 9 Mei.
Ketika membenarkannya, polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya perarakan itu
melalui jalan-jalan yang tertentu, dan mereka yang hadir atau mengiringi mayat itu hendaklah
dihadkan kepada satu bilangan kecil orang yang berkabung. Ringkasnya, istiadat pengkebumian
itu hendaklah diadakan menurut sebagaimana yang lazim dibuat sahaja.

            Meskipun begitu, apa yang berlaku ialah perarakan mayat itu telah bertukar menjadi satu
perarakan yang terbesar pernah dilihat di Kuala Lumpur. Dalam hal ini Komunislah yang
bertanggungjawab. Ia tidak sekali-kali merupakan satu perarakan mayat, tetapi lebih merupakan
satu tunjuk perasaan politik yang sangat liar. Gambar-gambar yang saya siarkan dalam buku ini
dapat menceritakan sendiri peristiwa itu dan dapat membuktikan bahawa Komunis dan anasir-
anasir jahat lain adalah bertanggungjawab di atas kejadian yang buruk itu. Tunjuk perasaan itu
berjalan sejauh lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian di dalamnya atau
menyaksikannya dari kaki lima atau pun di tepi-tepi jalan.

            Saya siarkan kenyataan-kenyataan itu di sini supaya orang ramai di Malaysia ini dapat
mengetahuinya dengan sejelas-jelasnya, selain daripada apa yang telah tersiar dan dibaca dalam
akhbar, mengenai segala hal yang telah terjadi dan siapa yang berdiri di belakang perarakan itu
hingga menimbulkan pelbagai rupa perbuatan provokasi sebelum hari mengundi.

            Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur, telah
menyatakan :

“Pada 7 Mei 1969, bapa si mati (Lim) telah dipanggil berjumpa saya untuk menyiapkan
peraturan bagi perarakan mayat anaknya. Selepas berjumpa dengan saya, dia telah bersetuju
mengadakan perarakan mayat itu pada hari Jumaat 9 Mei 1969. Sungguhpun begitu dia
mengaku kepada saya yang dia tidak bertanggungjawab di atas segala persiapan bagi
perarakan itu dan dia akan bawa kemudian orang-orang yang bertanggungjawab membuat
persiapan itu untuk berjumpa saya.

“Kemudian datang orang lain bernama Yap Kau, Miss Tan Siew Eng dan seorang Melayu ke
pejabat saya. Mereka berkata yang mereka telah menentukan sendiri jalan-jalannya dengan
menunjukkan kepada saya di atas sekeping kertas. Kemudia saya berhubung dengan Encik
Mansor, Pegawai Penjaga Lalulintas, yang kemudiannya telah datang ke pejabat saya. Setelah itu
kami telah membincangkan bersama-sama jalan-jalan yang akan dilalui itu. Jalan-jalan itu ialah
sebagaimana yang diterangkan oleh Encik Mansor dalam kenyataannya.

“Yap kau telah memperkenalkan Miss Tan kepada saya sebagai salah seorang dari ahli-ahli yang
mengaturkan perarakan mayat itu, dan kemudiannya memperkenalkan Syed Hamid sebagai
seorang ahli Jawatankuasa Penyelenggara yang menjaga hal-hal mayat bagi perarakan itu.
Kemudian saya telah memperkenalkan Encik Mansor kepada tiga orang itu.”

“Kedua-dua orang cina itu iaitu Yap Kau dan Miss Tan telah bercakap kepada kami dalam
bahasa Melayu dan mereka faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadir bersama. Apakala saya
tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata dia datang untuk memperhatikan supaya
tidak timbul silap faham di atas apa yang telah di persetujui, dan juga kerana dia salah seorang
ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menguruskan perarakan mayat itu.

“Sebelum Syed Hamid meninggalkan pejabat saya, dia telah berkata “sekarang kita telah
bersetuju,” Tujuannya berkata demikian ialah supaya kami tidak boleh lagi mengubah jalan-jalan
yang telah pun dipersetujui.

“Miss Tan juga berkata iaitu untuk mengelakkan dari menyakitkan hati mereka yang mengambil
bahagian dalam perarakan itu, lebih baik polis tidak menghantar orang-orangnya yang memakai
uniform menjaga perarakan itu lebih-lebih lagi anggota-anggota Pasukan Simpanan (FRU). Dia
berkata bahawa dengan adanya anggota-anggota polis yang beruniform dari Pasukan
Simpanan, maka orang-orang yang akan mengambil bahagian dalam perarakan akan merasa
sakit hati kerana si mati yang telah ditembak oleh polis itu dianggap oleh mereka sebagai
seorang ‘Pahlawan’. Mereka minta supaya lesen itu dikeluarkan atas nama Yap Kau”

Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Abu Bakar itu ialah seorang Ahli Jawatankuasa Parti
Buruh Cawangan Kepong. Miss Tan Siew Eng ialah Naib Pengerusi bagi cawangan itu. Orang
Melayu yang mengenalkan dirinya sebagai Syed Hamid ialah Syed Hamid bin Syed Ali yang
menjadi Yang Dipertua Persatuan Penuntut-penuntut Universiti Malaya. Anggota-anggota F.R.U.
ialah Pasukan Simpanan Persekutuan, iaitu anggota-anggota pasukan polis yang mendapat
latihan yang tinggi mutunya, terutama sekali dalam kerja-kerja menyuraikan tunjuk perasaan
dan rusuhan.

            Dari kenyataan itu dan dengan adanya tiga orang yang tersebut tadi, maka nyatalah
bahawa perarakan mayat itu telah diambil alih dari keluarga si mati oleh anasir-anasir politik
yang mempunyai tujuan-tujuan yang jahat supaya peluang ini dapat dipergunakan untuk
membangkitkan ancaman politik yang berpanjangan.

Sebenarnya perkara membawa mayat ini hanyalah satu perkara yang mudah dan kecil sahaja,
tetapi mereka sengaja membesarkannya.

“Pada jam 9.55 pagi, hari Khamis, 8. Mei 1969, saya telah berada di pejabat OCPD (Ketua Polis
Daerah)  untuk berunding dengannya mengenai jalan-jalan yang akan dilalui oleh perarakan
mayat Lim Soon Seng. Pada jam 10.15 pagi, tiga orang telah datang ke pejabat OCPD. itu –
mereka ialah Yap Kau, Tan Siew Eng (seorang perempuan cina) Naib Pengerusi Parti Buroh
Selangor, dan seorang Melayu, Syed Hamid bin Syed Ali

“Ketiga-tiga orang ini telah datang ke pejabat dan memohon kebenaran mengadakan perarakan
mayat Lim Soong Seng. Mereka menuntut supaya perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah
ditetapkan oleh mereka, tetapi OCPD dan saya tidak bersetuju dengan jalan-jalan yang
dicadangkan.

“Saya berkeras supaya jalan-jalan yang patut dilalui ialah daripada Jalan Sultan terus ke Jalan
Kuching, Jalan Maxwell, Jalan Ipoh, kemudian terus ke Kepong. Sebaliknya mereka menuntut
jalan-jalan yang lain iaitu  Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman
dan Jalan Ipoh.

“Ini bererti perarakan itu akan melalui jalan-jalan di tengah-tengah  ibu kota. Mereka berkeras
hendak melalui jalan-jalan ini, sambil berkata bahawa sama ada polis bersetuju atau pun tidak,
mereka akan melalui juga jalan-jalan itu. Oleh yang demikian saya terpaksa bersetuju dengan
syarat bilangan orang-orang yang akan mengikut dalam perarakan itu tidak boleh lebih dari
seribu. Kemudian OCPD telah mengeluarkan lesen”

            Dari kenyataannya itu dapatlah kita saksikan bahawa jalan-jalan yang dicadangkan oleh
polis akan membawa perarakan itu melalui jalan-jalan yang kebanyakannya bersempadan
dengan sepanjang sungai, iaitu jalan-jalan besar yang tidak melalui kawasan yang penuh
dengan bangunan-bangunan. Sementara jalan-jalan yang dicadangkan oleh pihak yang
menguruskan perarakan itu ialah jalan-jalan dari Utara ke Selatan yang melalui tengah-tengah
kota yang penuh dengan kedai-kedai perniagaan. Jalan-jalan ini pada lazimnya penuh sesak
dengan orang ramai sepanjang siang hinggalah ke tengah malam.

            Keadaan pada ketika itu meletakkan pihak polis berada dalam kedudukan yang terdesak,
kerana keesokan harinya ialah hari mengundi. Untuk kepentingan negara, maka mustahaklah
diambil segala langkah yang perlu bagi menghindarkan dari berlakunya sesuatu perkara yang
boleh menghalang pilihan raya. Sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga undang-
undang dan keamanan, pihak polis tidak bertujuan hendak membuka sebarang peluang kepada
pihak-pihak yang liar untuk melakukan kekacauan.

            Keluarga si mati mempunyai hak untuk membawa mayat, dan mengikut sebagaimana
biasa, kenalah mereka mendapat kebenaran dari polis bagi mengadakan satu perarakan. Inilah
cara hidup kita di Malaysia, dan boleh katakana hampir setiap hari kita dapat melihat perarakan
yang seumpama itu di Kuala Lumpur. Polis tidak dapat membantah langkah menyerah persiapan
mengadakan perarakan mayat itu kepada Parti Buruh cawangan Kepong dan juga kepada
anasir-anasir yang lain yang tidak ada kaitan dengan keluarga si mati, tetapi pihak polis
sebenarnya faham dan mengerti tujuan pihak-pihak yang menganjurkan perarakan itu.

            Oleh yang demikian tentulah pihak polis perlu bersiap sedia untuk menjalankan
kewajipan mereka yang biasa dan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang tunjuk perasaan
yang mungkin timbul semasa perarakan itu, tetapi mereka juga mesti berhati-hati supaya
kekacauan yang mungkin timbul itu tidak akan berlanjutan. Mereka cuma dapat meletakkan
syarat-syarat yang tertentu untuk perarakan itu, dan ini telah dipersetujui antara kedua-dua
belah pihak dan juga pihak keluarga si mati. Bagaimana persetujuan itu akan dilaksanakan
tidaklah dapat diagakkan sehingga keesokan harinya.

            Di dalam satu kenyataan, Mansor bin Mohd Noor telah melaporkan sebagaimana
berikut:

“Pada jam 8.45 pagi, 9 Mei 1969 saya telah pergi ke rumah mayat (Chik Sin Tong) di Jalan Sultan
untuk menyaksikan sama ada persiapan dan peraturan bagi perarakan mayai itu di jalankan
sebagaimana yang telah dipersetujui oleh polis. Sekumpulan besar orang ramai telah berhimpun
di situ. Menurut lesen yang telah dikeluarkan, perarakan itu patutlah dimulakan pada jam 9.30
pagi, tetapi tidak dimulakan sehingga 9.55 pagi.

“Perarakan itu sepatutnya membelok ke kiri dari Jalan Sultan menghala ke Bulatan Merdeka,
tetapi sebaliknya telah membelok ke kanan dan berjalan melalui Jalan Petaling, mereka telah
menyorak-nyorak dan mengejek Polis Lalulintas yang sedang bertugas dengan tujuan hendak
menaikkan kemarahan mereka (polis) itu. Dengan membelok ke kanan, maka mereka telah
melanggar syarat yang pertama.”
“Kemudian perarakan itu telah berhenti dipenjuru Jalan Petaling dengan Jalan Cecil. Semasa di
situ mereka telah mula berucap kepada orang ramai, menyanyi lagu-lagu dan menyebarkan
risalah-risalah ajaran Mao, dan menampalkan risalah-risalah di tembok-tembok dan tiang-tiang
rumah kedai. Salah satu risalah itu berbunyi “Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam” dan yang satu
lagi berbunyi “Ajaran Mao sahaja yang boleh diamalkan di sini.” Mereka telah membawa
sepanduk-sepanduk gambar Mao dalam perarakan itu. Saya tidak dapat menyatakan berapa
banyakkah sepanduk gambar itu.

“Saya telah mendahului perarakan itu untuk pergi ke Foch Avenue dan telah menyoal ketua
mereka yang berada di kepala perarakan (kerana mereka telah mengikut jalan yang salah),
“Kamu hendak ikut jalan mana?” Jawabnya “Aku tak tahu dan aku tak peduli.

“Perarakan itu telah berhenti setiap lima atau enam ela untuk berucap kepada beribu-ribu orang
yang membanjiri kedua-dua belah jalan raya. Ketika itu saya sedang berdiri di hadapan
Bangunan Malayan Banking di mana saya dapat menyaksikan orang ramai telah bertambah
ramai. Bilangannya sudah pun meningkat beribu-ribu orang, iaitu berkali ganda melebihi
daripada seribu orang yang telah dipersetujui. Mereka menjerit “Polis anjing buruan Kerajaan!”

            Dari laporan itu jelaslah bahawa pihak polis telah bersabar daripada melakukan tindakan
ke atas perarakan. Sekalipun perarakan itu baru bergerak kira-kira satu batu jauhnya, tetapi
jelaslah bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu bukan sahaja terdiri
daripada orang-orang yang berkabung, sama ada yang diupah atau sebaliknya, bahkan juga
penunjuk-penunjuk perasaan yang cuba hendak membangkitkan kekacauan, dan pemimpin-
pemimpinnya tidak terdaya hendak mengawal perarakan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan itu
tahu bahawa polis tidak akan menjalankan sebarang tindakan kecuali ada sebab-sebab yang
besar untuk mereka berbuat begitu. Perbuatan-perbuatan provokasi adalah sebahagian
daripada rancangan mereka tetapi usaha dan cabaran mereka tidak berjaya menyentuh
perasaan polis.

            Kenyataan Mansor Bin Mohd. Noor selanjutnya memberikan gambaran yang umum
mengenai perarakan itu, dan menunjukkan kelakuan mereka yang telah mengambil bahagian,
dan juga apa yang telah berlaku di beberapa tempat di sepanjang jalan yang dilalui oleh
perarakan itu. Kenyataan itu adalah sebagaimana berikut :

“Apakala perarakan itu tiba di penghujung Jalan Petaling berhadapan dengan Malayan Banking,
mereka telah membelok ke kanan masuk ke Jalan Yap Ah Loy, iaitu jalan yang tidak dibenarkan,
menghala ke Jalan Klyne dan kemudianya berpusing masuk ke Jalan Mountbatten – semua
jalan-jalan ini adalah jalan yang di tegah masuk.

“Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten hingga mereka sampai di penjuru Jalan
Mountbatten dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25 pagi perarakan itu telah tiba
di penjuru jalan ini. Kemudian mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke Jalan Ipoh.
“Di hadapan Bangunan MARA kira-kira 500 orang yang menaiki motosikal yang sedang menuju
ke situ telah menyertai perarakan. Pada ketika itu saya telah menulis seberapa banyak nombor-
nombor motosikal itu. Mereka telah berhenti di hadapan Bangunan MARA untuk sekali lagi
membuat ucapan kepada orang ramai.

“Pada jam 12.35 tengah hari mereka telah sampai di hadapan Ibu Pejabat UMNO dan sekali lagi
membuat ucapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata-kata yang menghina.

“Pada jam 3.00 petang mereka telah tiba di Ibu Pejabat Parti Buruh Malaysia, Kepong. Di Kepong
beribu-ribu orang telah beratur di kiri dan kanan jalan untuk memberi minuman kepada mereka.
Mereka telah berhenti selama 45 minit di tempat itu untuk menyusun semula perarakan
tersebut.

“Pada jam 5.00 petang mereka telah sampai ke Balai Polis Kepong dan bergerak sehela demi
sehela sambil memberi ucapan kepada orang ramai dengan menyebarkan ajaran-ajaran Mao
dan memaki polis. Perasaan orang ramai telah mula menjadi hangat dan kami menjangka
kekacauan akan meletus pada saat itu.

“Pada jam 5.30 petang mereka telah tiba di penjuru jalan kecil yang menuju masuk ke tanah
perkuburan dan terus berjalan menghala ke perkuburan.

“Setelah itu saya telah balik dan tiba untuk membuat laporan di pusat kawalan pada jam 6.00
petang.

“Kelakuan orang-orang yang mengikuti perarakan mayat itu amatlah liar dan merupakan
perbuatan provokasi, dan sekiranya pihak polis tidak dapat menahan kesabaran maka tentulah
kekacauan telah tercetus pada hari itu juga. Bilangan mereka tidak kurang 10,000 orang. Beribu-
ribu orang mungkin terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah
yang mungkin berlaku. Mereka memang telah mengatur segala-galanya dengan rapi.

“Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata-senjata disembunyikan di dalam


keranda dan mayat si mati telah di usung di luar keranda itu dan dibalut dengan kain. Ini telah
disahkan oleh Inspektor itu.”

Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat berbahaya yang telah ditimbulkan oleh
Komunis dan puak-puak pelampau kiri untuk mengambil kesempatan daripada perarakan mayat
itu patutlah diberi kepujian yang setinggi-tingginya. Memandang kepada peristiwa-peristiwa
yang telah berlaku kemudiannya, dan kepada perasaan yang semakin bertambah hangat
apakala perarakan itu semakin dekat dengan tanah perkuburan, maka kenyataan Mansor itu
bolehlah dikatakan sederhana. Biarlah saya mengulanginya “beribu-ribu orang mungkin
terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah yang mungkin
berlaku.” 
            Dari gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan yang telah dibuat, maka
nyatalah tunjuk perasaan yang besar ini telah dirancang dan diatur dengan rapi. Nyatalah
bahawa dari saat Parti Buroh dengan secara kebetulan mendapat seorang ‘Pahlawan’, maka
Komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan itu untuk
kepentingan mereka dengan sepenuhnya.

            Mereka telah Berjaya mengambil alih untuk mengaturkan perarakan mayat itu. Mereka
menuntut supaya perarakan mayat itu diadakan pada hari mengundi. Mereka mengarahkan
semua cawangan dan penyokong-penyokong parti itu supaya bersiap sedia untuk
menggunakan sepenuhnya perarakan mayat itu bagi kepentingan mereka. Dalam masa 5 hari
mereka telah sibuk menyediakan beribu-ribu poster dan cogankata. Mereka telah mengaturkan
satu persatunya dengan tersusun rapi.

            Tidaklah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal untuk berada di satu
tempat dan satu masa yang tertentu, kecuali untuk perlumbaan motosikal, tetapi mereka telah
berada dan menunggu untuk bersama-sama menyertai perarakan itu di petengahan jalan. Kita
tentu dapat menggambarkan bagaimana bising bunyi enjin motosikal yang beratus-ratus itu
dapat menaikkan lagi perasaan di dalam suasana yang telah pun sedia hangat.

            Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku secara kebetulan, dan bukannya
perhimpunan yang terjadi dengan sendiri. Ia telah diatur dan dirancang terlebih dahulu.
Perarakan motosikal inilah satu-satunya peristiwa yang dapat menggambarkan bagaiman pihak
Komunis telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menggunakan perarakan mayat itu
sebagai satu helah untuk menimbulkan suasana yang tegang yang boleh merebak sehingga
tidak terkawal lagi. Dengan itu mereka mengharapkan supaya kota Kuala Lumpur dan seluruh
negara terperangkap di dalam kedaan huru-hara.

            Mereka telah gagal dalam usaha mereka yang besar ini. Sekarang soalnya ialah sama ada
mereka akan mencuba sekali lagi. Ketika itu tidaklah dapat hendak diramal setakat manakah
kesan daripada peristiwa-peristiwa tegang di sepanjang hari Jumaat itu akan mencacatkan
pilihan raya pada keesokan harinya. Satu perkara yang nampak dengan jelas pada malam itu
ialah sekalipun adanya seruan supaya memulaukan pilihan raya, tetapi pilihan raya tetap
berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan. Komunis sekali lagi gagal kerana bilangan
pengundi yang telah keluar untuk mengundi pada keesokannya ialah paling ramai dalam
sejarah Malaysia.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi

CUACA di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia pada hari mengundi yang jatuhnya pada hari
Sabtu, 10 Mei, kelihatan begitu cerah. Ini telah diberitahu kepada saya semasa saya berada di
Alor Star kerana terdahulu sehari daripada hari itu saya telah melawat kawasan pilihan raya saya
Pulau Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya bukanlah seorang
Perdana Menteri lagi tetapi sebagai seorang calon yang menyerahkan nasibnya kepada
pengundi-pengundi untuk mendapatkan persetujuan mereka menurut asas-asas demokrasi.

            Akhirnya tamatlah kempen yang hangat yang belum pernah berlaku seumpamanya
dalam sejarah negara kita yang telah timbul semata-mata dengan sebab adanya perasaan
dendam politik. Hari itu adalah hari untuk menentukan nasib. Suruhanjaya pilihan raya telah
mengambil tanggungjawab penuh untuk mengawal pilihan raya itu, dan sebelum pengundi-
pengundi memberi mandat mereka, dan sebelum laporan-laporan diterima mengenai
pengundian itu, tidak ada siapa pun yang dapat meramalkan hasil pilihan raya.

            Sungguhpun terdapat kempen-kempen yang liar yang belum pernah saya alami pada
masa lalu, saya berasa begitu yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sekali lagi dengan
kelebihan dua pertiga sebagaimana dalam pilihan raya sebelumnya.           

            Saya rasa adil sekiranya saya katakana bahawa keputusan yang seperti inilah yang
diharap-harapkan oleh seluruh negara, kecuali ahli-ahli parti pembangkang yang telah
bersungguh-sungguh hendak menumbangkan Parti Perikatan. Mereka berdoa dan berharap
tetapi mereka sendiri tidak menaruh kepercayaan terhadap  kejayaan mereka.

            Pilihan raya di Malaysia lebih susah daripada yang dijalankan di kebanyakan negara lain
kerana pengundi-pengundi dikehendaki membuang undi mereka pada satu masa yang sama
untuk memilih calon-calon bagi Parlimen dan bagi Dewan Undangan Negeri. Dengan adanya
sebelas buah Dewan Undangan Negeri dan sebuah Parlimen maka bererti 12 pilihan raya
dijalankan pada satu hari yang sama.

             Saya telah menjelaskan bahawa UMNO dan MCA telah menjadi sasaran hebat parti-parti
pembangkang menyerang Kerajaan Perikatan dalam kempen. Tetapi apakah pula sikap yang
diambil oleh parti-parti pembangkang terhadap Persatuan India Malaysia (MIC), parti yang
ketiga dalam Perikatan?.

            Pas telah membuat serangannya dengan cara yang jahat terhadap UMNO; parti-parti
pembangkang yang lain pula, sama ada dengan perhitungan yang tertentu atau pun cuma
untuk kepentingan pilihan raya, telah menumpukan serangan mereka terhadap calon-calon
MCA. Manakala penyokong-penyokong Parti Komunis telah menghasut anasir-anasir
pembangkang sama ada dengan cara terang atau sulit.

            Parti-parti pembangkang pada umumnya tidak menunjukkan sebarang rancangan yang
bersatu menentang MIC. Mereka rasa lebih berkesan kiranya mereka menggongcang dua tiang
Parti Perikatan, UMNO dan MCA kerana mereka percaya MIC akan tumbang dengan sendirinya
setelah mereka dapat menjatuhkan UMNO dan MCA. Berbanding dengan UMNO dan MCA, MIC
Cuma mengemukakan tiga orang calon Parlimen sahaja. Oleh itu pihak pembangkang boleh
menyifatkan MIC sebagai anggota Perikatan yang tidak penting.
            Mereka menganggap MIC sebagai lawan yang kecil. Sungguhpun begitu, untuk
menjamin kemenangan maka mereka telah memecahkan kempen-kempen mereka menentang
calon-calon MIC menerusi dua parti; DAP menyerang dalam dua kawasan dan PPP
menumpukan ke atas pemimpin MIC, Tun Sambanthan yang bertanding satu lawan satu.

            MIC ialah satu-satunya parti untuk orang-orang India di Malaysia, sekalipun bilangan
orang-orang yang berketurunan India lebih dari sejuta. Tiga buah parti pembangkang telah
mengemukakan calon-calon India, iaitu Gerakan, DAP dan PPP. Calon-calon Gerakan ialah bekas
ahli-ahli Parti Buruh. DAP dahulunya telah diwakili dalam Parlimen oleh seorang ahlinya sahaja,
dia ialah C. Devan Nair, tetapi pada kali ini dia tidak mahu bertanding, sekalipun beliau
dahulunya adalah salah seorang dari ahli-ahli Dewan Rakyat puak pembangkang yang terkenal.
Mengapa dia tidak bertanding tentulah menjadi satu tanda tanya. Mungkin DAP sahaja yang
tahu jawapannya. Selain dari tiga orang calon India untuk Parlimen, DAP telah mengemukakan
seorang calon Melayu yang tunggal, tetapi dia kalah. Inilah rupanya yang dikatakan konsep
Malaysian Malaysia!

            Dalam keseluruhannya kaum India di Malaysia ini mempunyai sifat keperibadian yang
berlainan dari kaum-kaum Melayu dan Cina. Orang-orang Melayu pada keseluruhannya menjadi
kaum tani, sementara orang-orang Cina pula umumnya berpecah dalam lapangan perniagaan,
pertanian dan perlombongan. Orang-orang India terdapat dalam semua bahagian masyarakat
Malaysia, kira-kira separuh di luar bandar dan separuh dalam bandar.

            Orang-orang India juga kebanyakannya menguasai kesatuan sekerja dan bergerak
menerusi kesatuan-kesatuan sekerja inilah mereka menekankan pengaruh. Sesungguhnya
bolehlah dikatakan bahawa orang-orang India Malaysia lebih banyak menceburkan diri dalam
kesatuan daripada parti politik, dan bagi mereka yang cenderung dengan parti politik tidak pula
ketinggalan daripada mengadakan hubungan yang rapat dengan kesatuan sekerja.

            Sebagai contoh, orang-orang India terdapat di mana-mana jua sebagai pekerja
perusahaan dan buruh kasar, terutama dalam Keretapi Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Lembaga
Pelabuhan dan Perusahaan Getah. Kesatuan Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Ladang (NUPW)
yang sebilangan besar anggotanya terdiri adalah rang India, ialah sebuah kesatuan yang paling
besar di negeri ini dan salah sebuah dari yang terbesar di Asia. Ia tidak terikat kepada mana-
mana parti politik, dan pucuk pimpinannya sangat berpengaruh dalam Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia. Kongres ini juga menjauhkan dirinya daripada pengaruh parti-parti politik,
tetapi pemimpin-pemimpin kongres membiarkan ahli-ahlinya memilih sendiri corak-corak
politik yang mereka sukai. Orang-orang India juga sangat kuat dalam Kongres Kesatuan-
kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

            Oleh yang demikian tidaklah memeranjatkan jika dikatakan bahawa orang-orang India
pada keseluruhannya tidak begitu cenderung dalam lapangan politik jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain, tetapi mereka lebih mengambil berat dalam soal kenaikan gaji. Dari masa ke
masa pemimpin-pemimpin kesatuan mereka telah mengangkat rayuan kepada Kerajaan
menuntut kenaikan gaji bagi pekerja-pekerja kerajaan. Oleh kerana Kerajaan ialah majikan yang
terbesar dalam negara, tentulah Kerajaan tidak dapat memberi sambutan terhadap setiap
tuntutan kenaikan gaji itu, kerana perbelanjaan menjadi begitu besar sehingga Kerajaan tidak
akan mampu membayarnya.

            Contohnya dalam tahun 1965, perbelanjaan sebenar bagi gaji dan pencen serta lain-lain
berjumlah RM540.7 juta atau 33.2 % dari jumlah perbelanjaan biasa. Sementara dalam tahun
1969 adalah dianggarkan bahawa angka itu meningkat kepada RM650.6 juta atau 33.8 % dari
perbelanjaan. Angka-angka ini tidaka termasuk gaji bagi guru-guru dalam Perkhidmatan Guru
Yang Disatukan atau pekerja-pekerja bergaji hari. Jika gaji ini dicampurkan dalam perbelanjaan
gaji tahunan Kerajaan Persekutuan, maka jumlahnya akan melebihi 50 peratus daripada jumlah
perbelanjaan biasa. Ini pada peringkat Persekutuan sahaja, tidak termasuk gaji yang dibayar
dalam 13 buah negeri.

            Pemimpin-pemimpin kesatuan yang berjuang menuntut kenaikan gaji pekerja-pekerja


tidak sedar tentang kesulitan yang dihadapi oleh Kerajaan. Sekiranya semua tuntutan mereka
dipenuhi, maka Kerajaan akan menghadapi keruntuhan ekonomi.

            Sungguhpun begitu pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja terus membuat janji  kepada
pekerja bahawa mereka akan memperjuangkan soal kenaikan gaji sekiranya mereka dipilih, dan
tentulah pekerja-pekerja tertarik dengan janji itu. Mereka juga berkata bahawa MIC sangat
kurang menolong pekerja-pekerja.

            Semasa menjalankan tugas di kementerian masing-masing, Tun Sambanthan dan


Manickavasagam sentiasa mempunyai perhubungan rapat dengan pekerja-pekerja. Sungguh
pun begitu oleh kerana mereka insaf bahawa Kerajaan tidak terdaya memenuhi segala tuntutan
gaji, maka mereka tidak boleh membuat janji sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin-
pemimpin kesatuan atau ahli-ahli politik yang memujuk pekerja-pekerja untuk kepentingan diri
mereka. i.

            Dalam kempen plihan raya, pemimpin-pemimpin politik dan kesatuan menuduh
menteri-menteri ini tidak menolong untuk mendapatkan gaji yang lebih, walhal setiap orang
tahu apa yang telah dibuat oleh Tun Sambanthan untuk menubuhkan syarikat-syarikat
kerjasama memiliki harta di kalangan pekerja-pekerja India untuk mengatasi masalah
pemecahan ladang-ladang. Sungguh pun begitu pemimpin-pemimpin kesatuan dengan tidak
bertanggungjawab telah berjanji yang mereka akan mendapatkan kenaikan gaji bagi mencari
sokongan pekerja-pekerja.

            Satu peristiwa yang telah berlaku dalam pilihan raya lepas dapat membuktikan sejauh
manakah kempen menentang Kerajaan telah diperhebatkan di kalangan pekerja-pekerja India.
Tun Sambanthan telah memberitahu saya bahawa dia telah pergi ke sebuah berhala di Jalan
Bangsar untuk satu istiadat, dan apabila dia keluar dari rumah berhala itu, dia dapati bendera
Persekutuan di keretanya telah dikoyak. Kawasan ini ialah sebuah sarang kediaman pekerja-
pekerja India, dan kerana itu tentulah orang-orang di situ jugalah yang melakukan perbuatan
itu.
            Peristiwa-peristiwa menentang Kerajaan yang seperti ini sangatlah mendukacitakan,
terutama sekali jika diingatkan bagaimana Kerajaan telah menyediakan banyak faedah untuk
pekerja-pekerja, tetapi mereka tidak menghargai jasa-jasa Kerajaan itu. Bandingkan Malaysia
dengan Negara-negara lain di sekeliling kita, dan tuan-tuan akan insaf “bagaimana bertuahnya
tinggal di sini”.

            Pekerja-pekerja India ini telah lama menaruh perasaan dendam, tetapi ketika itu tidak
dapat diagak sikap mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya 1969. Adakah mereka akan
menyokong Perikatan atau parti-parti lain?

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan

DALAM pilihan raya tahun 1969, banyak masalah besar yang perlu dihadapi, seperti pengundi-
pengundi yang baru didaftarkan yang besar bilangannya. Apakah sikap yang akan mereka ambil
apabila mereka masuk ke tempat mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?.

            Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa-jasa yang telah dibuat olehnya itu, ia
akan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi dan sekalipun diramalkan keputusan-
keputusan pilihan raya itu dengan berdasarkan kepada sambutan yang begitu kecil terhadap
parti-parti lain pada masa yang lepas, tetapi puak-puak pembangkang menggantungkan
harapan di atas kemungkinan berlakunya sikap berpaling tadah di kalangan pengundi-
pengundi. Tetapi dalam pilihan raya terdahulu, kejadian yang seperti itu tidak pernah berlaku.
Mereka mengharapkan kempen mereka yang liar dan kotor itu akan dapat menarik pengundi
memilih calon-calon mereka.  

            Ada lagi satu masalah yang dihadapi. Dalam pilihan raya 1964, apabila pengundian
dijalankan buat pertama kalinya untuk peringkat persekutuan dan negeri-negeri pada satu masa
yang sama, keputusannya adalah merupakan satu pengesahan bahawa Perikatan adalah sebuah
parti yang layak diberi amanah untuk memegang Kerajaan. Lima tahun telah berlalu dan parti-
parti baru telah ditubuhkan, orang-orang muda buat pertama kalinya dapat menjadi pengundi-
pengundi, dan di sesetengah negeri, masalah-masalah tempatan telah dijadikan masalah besar,
seperti soal taraf pelabuhan bebas bagi Pulau Pinang. Pendek kata, adakah soal-soal tempatan
itu akan menentukan undi kebangsaan atau pun sebaliknya? Adakah mereka akan ingat apa
yang telah dibuat oleh Perikatan untuk bangsa dan negara?

            Sebagaimana pilihan raya yang lepas, hari mengundi telah berjalan dengan licin di
seluruh Malaysia Barat dan merupakan satu tempoh bertenang selama 12 jam
sebelum timbulnya rasa gelisah dan gembira semasa undi-undi dikira dan keputusannya
diisytiharkan.
             Keputusan undi pada kali ini telah memeranjatkan semua parti-parti politik. Inilah yang
dikatakan cara demokrasi.

            Papan-papan tanda pilihan raya telah didirikan di seluruh negara untuk mencatat
keputusan undi. Selepas pengundian ditutup pada jam 8.00 malam, orang ramai telah
berhimpun di tempat-tempat itu atau pun pulang ke rumah untuk menunggu keputusan
menerusi televisyen atau radio dan juga radio-radio transistor.

            Saya sendiri telah berada di rumah saya di Alor Setar, dan semua Menteri-menteri
Kabinet yang lain juga berada di rumah dalam kawasan masing-masing.

            Keputusan pengiraan undi bagi kawasan-kawasan dalam bandar telah diisytiharkan lebih
awal dari keputusan-keputusan bagi kawasan-kawasan luar bandar yang pengundi-
pengundinya berselerak. Dari keputusan-keputusan awal yang telah diisytiharkan selepas tengah
malam, maka terbayanglah bahawa Perikatan di Pulau Pinang akan hilang kuasanya.

            Pengundi-pengundi di Pulau Pinang, iaitu sebuah negeri yang terkenal sebagai sarang
puak-puak pelampau, tidak lagi mempunyai Parti Buruh untuk disokong tetapi kejayaan Parti
Gerakan, iaitu sebuah parti yang baru yang seorang demi seorang calonnya telah berjaya di
peringkat negeri, adalah menunjukkan bahawa sikap berpaling tadah telah berlaku di negeri itu.
Selepas daripada beberapa keputusan lagi diisytiharkan, maka makin jelaslah bahawa Perikatan
tidak ada harapan lagi untuk memegan kuasa di Pulau Pinang.

            Keputusan-keputusan yang memeranjatkan telah disiarkan melalui radio dan televisyen.
Parti-parti Gerakan dan DAP telah mendapat kejayaan yang besar dalam kawasan-kawasan
Negeri Selangor, dan selepas itu saya berasa amat terharu kerana keputusan-keputusan di
Negeri Kedah juga telah menunjukkan kekuatan UMNO di negeri itu juga telah goyang. Ini
menunjukkan bahawa kempen kotor yang dilakukan oleh Pas  telah membawa kejayaan kepada
mereka.

            Kekalahan UMNO dalam beberapa kawasan di  Kedah, iaitu sebuah negeri yang sentiasa
disifatkan sebagai sebuah kubu kekuatan Perikatan sehingga hari ini, adalah disebabkan oleh
sikap orang-orang Cina tidak menyokong parti itu. Walhal di tangan merekalah terletak undi
pemutus untuk memberi kemenangan kepada calon UMNO.

            UMNO telah mengalami beberapa kekalahan di dalam negeri saya sendiri sekalipun
sesetengahnya dengan bilangan undi yang sangat kecil. Misalnya Menteri Penerangan dan
Penyiaran, Senu bin Abdul Rahman telah tewas hanya dengan kekurangan 88 undi sahaja.
Kiranya beribu-ribu orang Cina memberi undi mereka kepadanya, tentulah dia telah berjaya.
Begitulah juga keadaan yang terjadi di atas diri Dr. Mahathir dan Mohamed Zahir.

            Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan begitu besar sehingga saya sendiri
cuma dapat kelebihan undi kira-kira 3,000, walhal pada masa yang lepas saya sentiasa
mendapat kelebihan undi sebanyak 11,000 atau pun lebih.
            Dengan terbitnya keputusan yang menunjukkan kekalahan seorang lagi menteri, iaitu
Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Dr. Lim Swee Aun di Taiping dan juga kekalahan
beberapa orang ahli Parlimen Perikatan yang terkemuka di Selangor, maka suasana pada subuh
hari Ahad, 11 Mei itu sangatlah muram dan merupakan masa hadapan yang gelap untuk
Perikatan. Tetapi ada kala keputusan-keputusan dari kawasan-kawasan luar bandar yang
terpencil mula diterima, maka barulah nampak bersinar kembali masa hadapan Parti Perikatan.

            Keputusan-keputusan yang diterima daripada negeri-negeri di sebelah Selatan dan


Pantai Timur mula menunjukkan bahawa negeri-negeri ini, kecuali Kelantan, masih berdiri di
belakang Perikatan. Pengaruh yang telah menakutkan orang-orang Cina di negeri Kedah
nampaknya tidak ada di Johor dan Pahang. Jadi jelaslah bahawa pengaruh yang mendorong
orang-orang Cina membuang undi mereka menentang Perikatan datangnya dari Pulau Pinang,
iaitu sarang bagi komunis, kongsi-kongsi gelap dan puak-puak pelampau yang lain.

            Sebaliknya terdapat juga di Pulau Pinang baba-baba dan nyonya-nyonya, iaitu orang-
orang Cina yang telah diperanakkan di negeri itu yang taat setianya kepada negara  sama
seperti orang-orang Melayu. Cara-cara dan tabiat mereka dan juga makanan mereka hampir-
hampir sama dengan orang-orang Melayu. Bahasa mereka pun bercampur aduk di antara
bahasa Hokkien dan Melayu. Sungguh pun begitu mereka tidaklah bersedia hendak melawan
mana-mana puak yang kuat dan bersatu seperti komunis dan dengan sebab itu mereka
terpaksalah berdiam diri.

            Saya telah menceritakan mengenai kekacauan yang berlaku di Pulau Pinang atas
masalah penilaian semula mata wang yang lama, pembunuhan seorang pekerja UMNO dan
gerakan-gerakan lain yang ada hubungannya dengan Komunis dan anasir-anasir lain yang tidak
setia yang kesemuanya telah dilancarkan dari Pulau Pinang.

            Kejadian ini dapatlah menghuraikan sebab-sebab kenapa Perikatan telah kalah di Pulau
Pinang dan juga di Province Wellesley di mana orang-orang Cina telah berpaling tadah.
Perbuatan berpaling tadah di kalangan orang-orang Cina ini telah melarat ke Kedah,
terutamanya sekali di bahagian Utara, tetapi di sebelah Selatan kesetiaan kepada Perikatan
masih tetap kuat.

            Menjelang tengah hari pada hari Ahad 11 Mei, keputusan-keputusan pilihan raya telah
pun dapat dilihat dengan jelas. Kerajaan Perikatan masih dapat mengekalkan kuasanya di
negeri-negeri kecuali di Pulau Pinang di mana Parti Gerakan telah menang dan juga di Kelantan
di mana PAS masih terus berkuasa. Dengan kempen kotor mereka, maka mereka telah berjaya
menambahkan kekuatan mereka di peringkat Persekutuan dan bilangan ahli-ahli Pas dalam
Parlimen telah bertambah sebanyak tiga kerusi lagi.

            Di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Perikatan telah
mendapat kelebihan kerusi yagn banyak. Sungguhpun begitu Perikatan hampir-hampir kalah di
Perak dan Selangor. Di Perak, Perikatan telah memenangi 19 kerusi, ini merupakan jumlah kerusi
yang terbanyak sekali bagi sebuah parti yang bertanding di Perak jika dibandingkan dengan
parti-parti yang lain.

            Perikatan di Perak telah dapat membentuk Kerajaan dengan adanya sikap yang
ditunjukkan oleh Parti Gerakan. Di Selangor kemenangan Perikatan sama banyak dengan jumlah
kerusi yang dimenangi oleh parti-parti Pembangkang, termasuk seorang ahli bebas yang
memegang kuasa pemutus.

            Dalam pilihan raya Parlimen, Perikatan telah muncul dengan mendapat kelebihan kerusi
yang banyak, lebih dari sekali ganda daripada jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti
Pembangkang. Perikatan telah menang 76 kerusi berbanding 37  yang dimenangi oleh empat
daripada tujuh parti pembangkang. Keputusan-keputusan kerusi yang telah dimenangi oleh
parti-parti lain sebagaimana yang terdapat pada hari Ahad 11 Mei ialah seperti berikut:

DAP                -           13

PAS                -           12

GERAKAN       -           8

PPP                -           4

Dua pihak lagi yang telah bertanding, iaitu UMCO dan Bebas telah gagal memenangi sebarang
kerusi dalam Dewan Rakyat.

Dalam Parlimen yang lepas Perikatan telah memenangi 89 kerusi di Malaysia Barat, yang telah
memberikan kepada parti itu kelebihan suara lebih dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Dalam
Pilihanraya ini kelebihan suara Perikatan terkurang.

Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang-orang Melayu dalam
masa kempen bahawa orang-orang Melayu sendirilah yang boleh menjahanamkan kaumnya.
Pakatan yang dibuat antara DAP, PPP, Gerakan dan Pas telah mendatangkan kemenangan parti-
parti bukan Melayu dengan memperoleh kekuatan politik yang mereka belum pernah berjaya
mencapainya pada masa yang lepas. Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak
sesekali mendatangkan keuntungan kepada orang-orang Melayu di dalam Pas. Mungkin mereka
merasa suka dengan kekalahan Perikatan di kawasan-kawasan yang tersebut, tetapi kejadian itu
menjejaskan kedudukan orang-orang Melayu khasnya dan negara amnya. Jika kejadian ini terus
berlaku, apakah harapan kita untuk masa hadapan?

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 10 : Mabuk Kemenangan
Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam bab lalu, keputusan pilihanraya 1969  telah
memeranjatkan semua pihak parti politik. Saya percaya mereka yang paling terperanjat ialah
DAP dan Gerakan di atas kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka. Lalu mereka terus berasa
sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh hendak disalahkan
jika pelawat-pelawat asing menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi Ppilihan
raya pada keseluruhannya. Parti-parti itu dengan tidak berlengah-lengah lagi mengaturkan
perayaan menyambut `kemenangan’ mereka.

Pada pagi hari Isnin, 12 Mei, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan
Batu Selangor, dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta kebenaran polis untuk
mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota-anggota Parti Gerakan. Satu permit
telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh
polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esoknya,
hari Selasa, 13 Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Cadangan ini tidak diteruskan.
DAP telah campur sama dalam perarakan Gerakan.

Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Abu Bakar bin Abdul Aziz, dalam kenyataan-
kenyataan yang tercatat melapurkan sebagaimana berikut mengenai dengan permohonan Dr.
Tan itu:

”Pada 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon telah menelefon saya dan meminta kebenaran hendak
mengadakan satu perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih kepada
penyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihan rayanya sahaja, iaitu Batu, Sentul dan Jalan
Ipoh. Dia hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di Jalan Broderick. Dia hendak
memulakannya pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Bilangan orang yang
akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 dan akan diadakan juga perarakan bermotokar.

”Kemudian saya telah berunding dengan Encik Mansor mengenai jalan-jalan yang hendak dilalui
dan juga waktu bagi perarakan itu, dan telah mengambil keputusan iaitu oleh kerana jam 4.30
petang ialah waktu yang sangat sibuk (untuk lalu lintas), maka kami fikir perarakan itu patutlah
dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu akan menimbulkan kesusahan kepada
orang ramai.

”Saya telah menerangkan kepada Dr. Tan Chee Khoon hal ini. Dia bersetuju, tetarpi dia telah
meminta supaya perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu mulanya pun telah
dilambatkan satu jam. Kami telah bersetuju atas permintaannya itu dan satu lesen telah
dikeluarkan atas namanya”.

            Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr. Tan itu merupakan satu cara yang belum
pernah dilakukan seumpamanya pada masa lepas. Setelah perarakan yang berlesen itu tamat,
perarakan-perarakan haram yang penuh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng
telah diadakan. Mereka telah melanggar perintah-perintah polis, dan melalui jalan-jalan yang
tidak diberi kebenaran sehingga mengendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah
memuncak dan tidak terkawal lagi, dan pihak komunis pasti pula mengambil kesempatan
menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang-orang yang menang pilihan raya telah
membuat satu kesilapan yang besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab atas
kejadian itu.

            Perarakan haram ini telah masuk ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan
menghala masuk ke Kampung Baharu di mana kira-kira 30,000 orang Melayu telah hidup
dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar
Kuala Lumpur selama bertahun-tahun. Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di Kampung Baharu.
Di sepanjang jalan itu mereka telah bertempik sorak dan apakala mereka berada di kawasan
orang-orang Melayu itu, mereka telah mengejek-ejek dan menunjukkan kebesaran mereka
untuk menaikkan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan ini di
kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.

            Mansor bin Mohamed Noor dalam satu kenyataannya bertulis telah melaporkan
sebagaimana berikut:

”Satu kumpulan yang ramainya kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan
Travers. Seorang darinya telah melaungkan perkataan ”Melayu mati” di hadapan rumah
kediaman anggota-anggota polis di balai itu, dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis
dengan disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang ada dalam kawasan rumah kediaman
mereka. Seorang mata-mata (konstabel) telah membuat report (aduan) di atas kelakuan biadab
dan tidak sopan itu.

”Selepas itu, mereka telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil. Salah satu daripadanya
telah pergi ke Jalan Mountbatten menahan kereta-kereta orang-orang Melayu dan memaki
hamun mereka itu dengan tujuan hendak menghina mereka. Mereka telah mengancam dan
menonyoh mata anak perempuan OCPD (Ketua Polis Daerah) sendiri yang berumur kira-kira 17
tahun. Sambil itu mereka berkata ”Engkau Melayu Bodoh”, ”Tiada Kuasa”. Seorang pemuda
Melayu telah melaporkan ke Ibu Pejabat Polis yang dia telah dipukul oleh tiga orang Cina di
Foch Avenue”.

            Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan yang menjadi Yang Di-Pertua Kongress Kesatuan
Sekerja Malaysia telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam
perarakan haram itu telah mengganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang
menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

            Pada hari Selasa, 13 Mei, dia telah minta maaf secara terbuka dalam akhbar di atas
kelakuan penyokong-penyokong partinya yang telah menyusahkan orang ramai, tetapi telah
terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang-orang Melayu. Memang
patut dia meminta maaf kerana selepas perarakan Dr. Tan itu bersurai pada pukul 8.00 malam
sebagaimana yang dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram
sebagaimana yang tercatat dalam laporan polis.
            Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka jelaslah bahawa pemimpin-
pemimpin Gerakan tidak lagi dapat mengawal perasan pengikut-pengikut mereka, bahkan
meerka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang bertanggung jawab menghidupkan
perasaan itu. Setelah perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong mereka telah
berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan
kemenangan mereka, dan dua perarakan haram lagi telah dimulakan.

            Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur melaporkan
dalam satu kenyataan bertulis:

”Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10 malam dan saya telah terima maklumat
bahawa Yeoh Teck Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit Bintang dengan tidak
mendapat kebenaran. Satu lagi perarakan datang dari Petaling Jaya dikepalai oleh V.David, juga
tidak mendapat kebenaran. (V. David dari Parti Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di
Pulau Pinang, dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri, di Selangor iaitu negerinya sendiri.)

”Saya telah beri perintah supaya kedua-dua perarakan ini mesti berhenti kerana tidak ada
kebenaran polis. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk menyuraikannya.

”Sementara itu perarakan di Bukit Bintang itu telah bersurai tetapi perarakan yang diketuai oleh
David telah pergi ke Peking Hotel (Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda India sedang
menunggu. Pasukan FRU telah dihantar ke sana untuk menyuraikan mereka”.

”Kemudian David telah cuba berhubung dengan Ketua Pegawai Polis tetapi tidak dapat; dia
kemudian berhubung dengan saya. Dia beritahu saya jangan menghantar anggota-anggota
polis FRU untuk menimbulkan provokasi di kalangan penyokong-penyokongnya. Ketika itu jam
menunjukkan pukul 12.05 pagi 13 Mei.

”Saya beritahu padanya bahawa penyokong-penyokongnya (mereka nyatalah sedang mabuk


kemenangan dan mabuk todi) telah mengganggu ketentaraman orang lain dengan membuat
bising dan saya telah pun menerima beberapa panggilan telefon yang mengadukan hal ini. Saya
beritahu kepadanya bahawa perhimpunan itu mestilah bersurai kerana jika tidak mereka akan
disuraikan dengan paksa.

”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David. Dia
kemudian berkata dialah seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih. Saya jawab kepadanya, itu
tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-
penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan menyuraikannya. Dia
langsung berkata ”Pergi berambus FRU,  kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-
perkataan menghina orang-orang Melayu dan Polis.
”Sebuah lori yang berisi penuh dengan penyokong-penyokong Gerakan yang bertempik sorak
telah pergi ke sekeliling Sentul tetapi telah ditahan oleh polis kerana lori itu tidak ada permit
pengangkutan.

”Dari apa yang dapat dilihat, DAP juga ada campur dalam perarakan itu tetapi payah hendak
mengenal mereka terkecuali dari cogan parti merka. Susah hendak dikatakan siapakah yang
patut disalahkan, tetapi pada perasaan saya kedua-dua Gerakan dan DAP patut sama-sama
disalahkan kerana menimbulkan perbuatan kacau yang boleh memecahkan keamanan. Jika polis
tidak segera bertindak, maka kekacauan mungkin telah berlaku”.

            Patut diambil perhatian bahawa kedua-dua perarakan yang disebut oleh Abu Bakar
dalam kenyataannya itu telah dijalankan dengan tidak mendapat kebenaran polis. Jika Parti
Gerakan benar-benar hendak mengadakan perarakan kemenangannya sahaja, maka bagaimana
pula boleh timbul perbuatan-perbuatan tunjuk perasaan pada malam itu juga?

            Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Bakar, kedua-dua perarakan itu telah bersurai,
tetapi kelakuan-kelakuan liar dan perbuatan-perbuatan menyakitkan hati terus juga berjalan
kemudian dari itu. Perarakan itu telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk
menimbulkan tunjuk perasana di tiga bahagian Kuala Lumpur, di Brickfields, di Pudu dan di
Sentul. Kawasan-kawasan ini terletak satu di Selatan, satu di Tengah dan satu lagi di Utara
bandar Kuala Lumpur, dan jauh jaraknya di antara kawasan yang pertama dengan kawasan yagn
ketiga ialah hampir-hampir tujuh batu. Tunjuk-tunjuk perasaan ini berlangsugn hingga lepas
tengah malam.

            Saya rasa tidak syak lagi tunjuk perasaan yang diadakan di merata-rata tempat secara
berasingan itu bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana di Kuala Lumpur yang telah pun
menunjukkan tanda-tanda ketegangan.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 11 : Api Menyala Malam

SAYA telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira pada tengah malam hari Selasa, 13
Mei iaitu satu hari yang telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.

            Ketua Setiausaha Sulit saya telah memberitahu saya yang dia telah menerima khabar
bahawa satu tindak balas berupa tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-
orang Melayu di Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan
perbuatan menghina dan biadab yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei.

            Dia telah memberitahu saya bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk
merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di
rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun bin Haji Idris di Jalan Raja Muda.
            Perarakan itu akan dimulakan dari rumah Menteri Besar Selangor. Menurut acara yang
dicadangkan, Menteri Besar dijadualkan berucap kepada perhimpunan itu sebelum perarakan
bermula.

            Pada petang itu juga Tun Tan Siew Sin, Khaw Kai Boh, Dr. Lim Swee Aun, dan Tan Sri T.H.
Tan telah datang berjumpa saya di Residency untuk melahirkan perasaan dukacita MCA di atas
keputusan pilihan raya, dan menyatakan bahawa nyatalah orang-orang Cina telah hilang
kepercayaannya kepada pemimpin-pemimpin MCA. Dengan keadaan yang demikian, mereka
berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi mereka menyertai Kabinet kerana mereka tidak lagi
mewakili orang-orang Cina.

            Saya telah menjawab bahawa Kabinet akan mengalami kerugian yang besar jika mereka
tidak mengambil bahagian kerana perkhidmatan mereka kepada negara dan kepada Perikatan
di masa yang lepas sangatlah dihargai. Saya telah berkata bahawa mungkin selepas daripada
beberapa ketika mereka masuk balik dalam Kerajaan, tetapi saya menasihatkan mereka supaya
mengambil masa sedikit untuk berfikir mengenai keputusan mereka itu.

            Selepas itu kami telah membincangkan hal-hal yang telah berlaku di dalam beberapa
hari yang lepas seperti perarakan mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan Gerakan
dan tunjuk perasaan yang haram. Selepas itu rombongan MCA itu pun meninggalkan saya,
tetapi saya terus memikirkan sikap orang-orang Cina itu yang telah mengecewakan pemimpin-
pemimpin yang telah berkhidmat kepada mereka dan kepada negara dengan cemerlang, dan
dengan sikap mereka yang seperti itu, apakah yang mungkin berlaku lagi kemudian hari?

            Tunjuk perasaan Gerakan pada 12 Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah
orang-orang Melayu bahkan juga menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan
yang akan diadakan oleh UMNO itu mungkin membawa kepada kekacauan. Pada waktu itu
tidaklah dapat lagi ditahan keinginan ahli-ahli UMNO hendak mengadakan perarakan kerana
pihak pembangkang telah pun mengadakan perarakan-perarakan mereka. Selain daripada itu,
UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan perarakan yang tersebut. Saya Cuma
dapat berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala moga-moga tidak berlaku sebarang kejadian
yang buruk.

            Kemudian Tun Sambanthan telah datang berjumpa saya, dan kami telah
membincangkan keputusan pilihan raya. Meskipun dia telah melakukan segala daya upaya
untuk berkhidmat bagi kepentingan kaum India, tetapi Tun Sambanthan juga berasa bahawa
MIC juga telah hilang sokongan orang-orang India di sesetengah kawasan.

            Beliau juga memikirkan sama ada MIC patut meneruskan khidmat dalam Kabinet untuk
mewakili orang-orang India atau sebaliknya setelah menimbangkan sikap yang telah diambil
oleh MCA pada ketika itu untuk tidak menyertai Kabinet.
            Saya kemudian telah menasihatkan beliau bahawa demi kepentingan Perikatan dan
bangsa adalah bijak bagi beliau dan Manickavasagam (timbalannya) terus tinggal di Kabinet.
Saya merasa gembira bila Tun Sambanthan bersetuju menerima nasihat saya itu.

            Dalam masa kami melanjutkan perbualan itu, satu panggilan telefon telah diterima pada
jam 6.45 petang, menyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda
dalam mana beberapa orang Cina diserang.

            Tidak lama kemudian Mansor, Ketua Lalulintas Polis Kuala Lumpur, dan beberapa orang
lagi telah dating berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunuhan
telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diletakkan di bawah perintah berkurung mulai  jam
7.00 petang. Pasukan-pasukan keselamatan telah keluar mengawal dan askar-askar telah
dipanggil untuk membantu.

            Saya telah memberitahu mereka bahawa saya suka hendak pergi ke tempat kejadian itu
untuk melihat apa yang dapat saya buat, tetapi saya telah dinasihatkan supaya pergi ke Ibu
Pejabat Polis untuk mendengar laporan-laporan yang diterima dari masa ke masa.

            Setelah menunaikan sembahyang Maghrib, saya terus pergi ke Ibu pejabat Polis
Selangor di Jalan Bandar. Selepas saya mendengar laporan-laporan pihak polis, saya pulang ke
Residency untuk makan malam dan saya telah mengaturkan supaya Radio Malaysia menghantar
seorang pegawainya supaya dapat saya merakam satu ucapan. Apabila pegawai itu datang iaitu
kira-kira jam 9.30 malam, saya sedang berada di dalam dikacita yang amat sangat sehingga saya
berasa susah hendak berfikir. Oleh kerana saya sedar bahawa satu tindakan perlu diambil
dengan serta-merta, maka saya terus merakamkan ucapan saya itu dengan tidak membuat apa-
apa persediaan pun. Perkataan saya pada malam yang malang itu ialah:

UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13
HARIBULAN MEI 1969;

“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan-pasukan
keselamatan telah pun mengawal dengan kuatnya di serata tempat dan penjuru-penjuru jalan.
Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur.
Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan
buat darurat atau pun state emergency di serata negeri lagi, sekiranya wajib dibuat demikian
kerana hendak menjaga keamanan negeri, nyawa dan harta benda dan dengan ini adalah
menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan sekuat-kuatnya kuasa saya itu.

Saya meminta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerja sama dengan
pegawai-pegawai keamanan kerana menolong menjaga keamanan di negeri kita ini dan
penduduk-penduduknya. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh
parti pembangkang semalam kita tidak ingini dan saya pegang dan tuduh mereka telah
memulakan kejadian yang jahat dan khianat itu. Tetapi balas membalas bukan boleh
menimbulkan baiknya.
Saya rasa sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lamanya saya telah
berpusing di tempat-tempat memberi  sayarahan dan mengingatkan kepada semua penduduk
segala dakyah anti itu bangsa   boleh menimbulkan pergaduhan yang besar di antara bangsa-
bangsa, penduduk-penduduk di negeri kita ini. Oleh sebab negeri ini adalah berbilang bangsa,
saya rasa hal seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang seumpama ini harus berlaku
dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun caranya sederhana.

Semua yang bertanggungjawab mestilah menjalankan kepentingan mereka supaya hal ini tidak
merebak.

Mahulah setiap tempat melantik jawatankuasa muhibbah secara serata tempat itu boleh
menjaga keselamatan dan perasaan baik sangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Negeri ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas
kepada saya yang menjaga negeri ini supaya tidak berbangkit hal-hal yang bahaya. Negeri yang
kita kasihi ini adalah berkehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan ke hadrat Allah
Subhanahu Wata’ala. Selamatkanlah semua penduduk.

                      Setelah itu saya menaiki kereta untuk pergi ke Televisyen Malaysia. Setibanya saya di
sana saya terus berucap menerusi televisyen di tengah-tengah satu rancangan yang disukai
ramai. Apabila menghadapi kamera televisyen, perasaan saya telah begitu memuncak sehingga
kadang-kadang saya susah hendak mengeluarkan perkataan, tetapi oleh kerana adanya azam
saya yang kuat, maka dapatlah juga saya mengulangi dalam bahasa Melayu dan Inggeris apa
yang telah saya rakamkan di Residency. Pada masa itu waktunya ialah 10.32 malam.

            Pada kira-kira jam 11.00 malam, semasa saya dalam perjalanan balik ke Residency, saya
telah mengambil keputusan untuk pergi ke Ibu pejabat Polis di Jalan Bandar sekali lagi dan
langsung menyuruh pemandu kereta saya berpusing ke jalan yang menghala ke Ibu pejabat
Polis itu. Semasa kereta saya masuk ke satu jalan kecil yang menghala ke Jalan Bandar, saya
telah nampak beberapa orang samseng, tetapi apabila mereka melihat kereta saya, mereka pun
lari. Saya telah sampai ke Ibu pejabat Polis dan duduk di sana sehingga lepas tengah malam.
Peristiwa pada petang itu tidaklah mudah hendak dilupakan seumur hidup saya.

            Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian sedih yang telah
menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah merasa gelisah dan berjalan
mundar-mandir, serta menghabiskan masa saya di atas tikar sembahyang untuk berdoa kepada
Allah. Saya berdiri di beranda di luar bilik tidur saya dan menghalakan pandangan saya ke
bandar Kuala Lumpur sambil memerhatikan api yang telah menjulang tinggi di beberapa
kawasan berhampiran dengan Kampung Baharu dan di sebelah utara.

            Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat
dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu pandangan yang
sangat menyedihkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu
semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya
dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri
yang paling bahagia di dunia.

            Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi itu terbayanglah di mata saya
kejadian-kejadian dahsyat yang sedang berlaku di malam yang mengerikan itu, dan
terkenanglah saya kepada peritiwa-peristiwa yang lepas yang menyebabkan timbulnya
malapetaka itu. Pada waktu itu saya sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami sebab-sebab
kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu persatu kejadian-
kejadian yang telah lepas.

            Pada hari itu saya telah menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah
diadakan dahulu semalam. Mereka telah melemparkan kata nesta terhadap orang-orang Melatu
dan menyuruh orang0orang Melayu pulang kampung-kampung dan desa kerana kapal layar
(lambing Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hal-hal ini terbayang di dalam ingatan saya
yang merupakan sebahagian dari sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.

            Kelakuan yang keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang
dilakukan oleh mereka itu telah melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah
menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di kalangan orang-orang Melayu. Sebab
itulah ahli-ahli UMNO telah berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang
13 Mei. Sebagai Pengerusi UMNO bagi negeri Selangor, Dato’ Harun bersetuju dengan
permintaan ahli-ahli parti hendak mengadakan satu perarakan yang sama bagi merayakan
kemenangan Perikatan, dan oleh kerana kebenaran telah pun diperoleh, maka perarakan itu
mestilah berjalan sebagaimana yang telah diatur.

            Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato’ Harun, tiba-tiba khabar telah
diterima yang menyatakan bahawa orang-orang Cina telah menyerang orang-orang Melayu di
Setapak, kira-kira satu atau dua batu hala ke utara, semasa orang-orang Melayu itu sedang
dalam perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan
Raja Muda. Perkhabaran menaikkan berang orang-orang Melayu yang sedang berhimpun, dan
mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu
dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13
Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia.

            Saya suka menceritakan di sini kejadian-kejadian lain yang berlaku lebih dahulu pada
petang 13 Mei itu juga di Jalan Ipoh, jalan besar hala ke utara. Beberapa hari kemudian seorang
saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu telah melaporkan kepada saya bahawa bas-bas yang
datang dari utara, dari tempat-tempat seperti Selayang (kira-kira 20 batu jauhnya) telah ditahan
oleh sekumpulan pemuda Cina untuk mencari orang-orang Melayu, sambil melaung-laungkan
perkataan “Darah bayar darah”. Perkataan seperti inilah yang telah kedengaran dalam perarakan
mayat.

            Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa peristiwa-peristiwa 13hb. Mei itu sebenarnya
telah dicetuskan oleh pemuda-pemuda Cina Komunis; pemuda-pemuda ini boleh jadi orang
yang sama yang telah mengambil bahagian dalam perarakan mayat, atau pun orang-orang yang
sejenis dengan mereka. Tulisan “Darah bayar darah” adalah di antara cogankata yang telah
tertulis di atas sepanduk-sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh pemuda-pemuda
Parti Buruh pada 9 Mei; cogankata yang dilaungkan oleh mereka sepanjang perarakan itu.

            Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogankata “Darah bayar darah” dan
tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh ahli-ahli Parti Gerakan dan DAP apabila
mengadakan perarakan kemenangan mereka, dan juga tunjuk perasaan yang diadakan
kemudiannya oleh samseng-samseng yang tidak bertanggungjawab adalah unsur-unsur yang
akhirnya mencetuskan kekacauan 13 Mei.

Tatkala saya sedang termenung di beranda rumah saya itu, maka terkenanglah saya kembali
kepada keadaan yang terpaksa dihadapi oleh negara dalam tahun 1948 sebab pihak yang
berkuasa British pada ketika itu tidak segera mengambil tindakan yang tegas terhadap
pengacau-pengacau. Kecuaian mereka itu telah menyebabkan timbulnya darurat sehingga
banyak nyawa yang terkorban dan harta benda yang binasa. Keganasan yang berlaku dalam
masa darurat itu telah berjalan selama 10 tahun di bawah di bawah pentadbiran penjajah dan
dua tahun lagi dalam masa Kerajaan Malaya yang merdeka. Kebinasaan dan kecelakaan yang
telah menimpa negara dan rakyat semasa darurat itu berlaku adalah semata-mata kerana pihak
yang berkuasa enggan mengambil tindakan yang keras dari awal.

            Maka jelaslah kepada saya bahawa jika satu tindakan yang segera tidak diambil, maka
segala tanda-tanda yang dapat disaksikan di dalam kempen pilihan raya dan rusuhan serta
perbuatan bakar-membakar yang sedang dilakukan pada ketika itu di Kuala Lumpur
menunjukkan bahawa satu kecelakaan yang sama seperti yang telah dirasai dalam tahun 1948
dahulu akan berulang lagi.

            Oleh itu saya dengan serta-merta mengambil keputusan bahawa Kerajaan mestilah
bertindak dengan cepat dan mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah kekacauan
di Kuala Lumpur ini daripada merebak atau menjadi lebih buruk bagi keseluruhan negara.

            Saya juga berazam bahawa rancangan yang akan dilaksanakan itu akan merupakan
tindakan-tindakan yang boleh mendatangkan kesan yang berpanjangan supaya dapatlah kita
mencegah kejadian seperti itu daripada berulang pada masa akan datang. Tidak ada sesiapa
yang mahu kejadian itu berlaku lagi sama ada orang-orang Cina, India atau Melayu. Tidak ada
siapa di Malaysia ini yang suka melihat negara yang aman ini terjerumus ke dalam lembah
kekacauan kecuali Komunis dan mereka yang bersimpati dengannya, dan juga ahli-ahli politik
yang bersubahat dengan anasir-anasir ini atau pun membiarkan diri mereka digunakan oleh
anasir-anasir yang tersebut untuk kepentingan politik mereka. Sesungguhnya setelah menikmati
kejayaan, keamanan dan kemakmuran sejak beberapa tahun yang lepas, maka sesuatu
kecelakaan yang seperti itu tentulah merupakan satu bencana yang dahsyat.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)
BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian

HARI Rabu, 14 Mei 1969 adalah hari yang sibuk bagi saya dan penuh dengan tindakan-tindakan
dan kejadian-kejadian yang menakjubkan.

            Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari mengundi, dan sekiranya negara
tidak berada di dalam kekacauan, maka menurut kebiasaannya saya patut menerima panggilan
daripada Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya untuk menerima
surat tauliah bagi menubuhkan sebuah Kerajaan baru.

            Selepas mengadap dan setibanya saya balik ke Residency, barulah saya mengambil
keputusan untuk melantik ahli-ahli Kabinet dan mengaturkan supaya menteri-menteri yang
dilantik pergi ke istana untuk mengangkat sumpah dihadapan Duli Yang Maha Mulia di mana
saya sendiri hadir bersama. Biasanya hari mengangkat sumpah diadakan dengan istiadat yang
penuh penghormatan dan merupakan satu majlis yang gembira.

            Sebaliknya oleh kerana saya terpaksa menghadapi krisis negara, maka saya telah
mengadap Duli Yang Maha Mulia untuk melaporkan bencana yang telah menimpa negara kita
ini dengan tidak semena-mena.

            Saya juga telah mengadakan satu mesyuarat khas antara menteri-menteri kanan Kabinet
lama pada pagi itu di Residency dan telah juga menjemput Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul
Rahman, seorang rakan kabinet yang telah bersara untuk hadir dalam mesyuarat itu.

            Saya telah menawarkan dirinya kepada Tun Abdul Razak menerusi telefon dahulu
semalam untuk perkhidmatan kepada negara dalam apa jua jawatan jika saya memerlukan
perkhidmatannya. Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya, lebih-
lebih lagi kerana beliau tahu bahawa Tun Dr. Ismail tidak begitu sihat dan telah bercadang
hendak pergi ke England untuk diperiksa oleh seorang pakar perubatan.

            Pada kebiasaannya hari Rabu ialah hari mesyuarat Kabinet, tetapi pada kali ini mesyuarat
yang pertama bagi Kabinet yang baru tidak diadakan dan sebagai gantinya saya telah
mempengerusikan sebuah Kabinet sementara bagi ’Darurat’. Saya telah memberitahu rakan-
rakan saya mengenai cadangan-cadangan yang saya telah putuskan pada malam tadi.

            Pertama sekali saya telah memberitahu mereka bahawa perlulah saya menasihatkan Duli
Yang Maha Mulia supaya mengisytiharkan darurat di seluruh negara kerana tidak ada jalan lain
lagi yang lebih berkesan untuk menghadapi keadaan yang sedang berlaku. Saya juga
memberitahu mereka bahawa pilihan raya di Malaysia Timur kenalah ditangguhkan dengan
tidak tentu masanya.

            Saya juga telah mengambil keputusan hendak menubuhkan sebuah Majlis Gerakan
Negara untuk menyelenggara segala perkara-perkara yang bersangkutan dengan darurat.
Serentak dengan itu saya juga akan menubuhkan sebuah Kabinet Darurat yang terdiri daripada
ahli-ahli yang lama dan ahli-ahli yang baru untuk menyelenggara perkara-perkara pentadbiran.

            Tujuan saya menubuhkan sebuah Kabinet Darurat ialah supaya di satu masa kelak dapat
dirundingkan bagi penubuhan sebuah Kabinet yang kekal, dan buat sementara waktu dapatlah
Kabinet Darurat ini menguruskan dengan serta-merta segala perkara-perkara yang berlaku dari
sehari ke sehari untuk melicinkan pentadbiran. Saya telah memberitahu menteri-menteri
kanan bahawa saya akan pergi ke Istana pada petang itu juga untuk memohon kuasa dari Duli
Yang Maha Mulia bagi melaksanakan keputusan ini.

            Saya telah berunding dengan Tun Abdul Razak bagi menyusun satu rancangan untuk
pembahagian makanan kepada orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan yang telah
dikenakan perintah berkurung selama 24 jam pada ketika itu dan mereka tidak dapat keluar dari
rumah untuk membeli barang-barang makanan yang mereka perlukan. Kami telah mengambil
keputusan untuk menjadikan Sekolah Hishamuddin sebagai pusat pembahagian makanan
kerana sekolah itu terletak di tengah-tengah ibu kota. Beliau telah mengambil tindakan dengan
segera dan pada pagi esoknya pusat pembahagian makanan itu pun mulalah dibuka. 

            Apabila saya melawat ke pusat itu pada hari yang tersebut saya sangatlah tertarik hati
dengan kerja bersungguh-sungguh yang telah dilakukan  oleh beratus-ratus orang sukarelawan,
beberapa orang daripada mereka terdiri daripada diplomat asing dan isteri-isteri mereka.
Mereka itu telah menolong membungkus makanan untuk dibahagikan kepada orang
ramai.Ramai  daripada mereka comot dengan tepung di muka dan pakaian tetapi mereka
bekerja dengan riang dan tenang sekalipun kerja itu berat dan tidak pernah mereka buat
sebelumnya. Seorang pegawai muda diplomat telah berkata dengan berseloroh ”sekarang kami
menjadi orang bunga” apabila saya lalu berdekatan dengannya. Pada mulanya kerja itu
agak kelam-kabut sedikit kerana sukarelawan-sukarelawan itu tidak berpengalaman. Tetapi
selepas beberapa hari, kerja-kerja di pusat pembahagian makanan itu telah berjalan dengan
lancar.

            Pada petang itu saya telah memanggil Peguamcara ke rumah saya untuk merangkakan
bersama-sama dengannya pelbagai perisytiharan darurat dalam negara dan juga
mengisytiharkan seluruh kawasan dalam Persekutuan sebagai kawasan keselamatan. Pada
malam itu juga saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia di Istana bagi mendapatkan
tandatangan Baginda atas ke semua pemasyhuran itu.

            Pada malam yang kedua itu juga saya telah berucap sekali lagi menerusi televisyen dan
radio untuk memasyhurkan penangguhan pilihan raya di Malaysia Timur. Selepas itu saya telah
pergi ke Ibupejabat Polis Selangor sehinggalah lepas tengah malam. Begitulah yang telah saya
lakukan pada 15. Mei. Pendek kata saya telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan saya
pada 13, 14 dan 15 Mei dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa yang penuh dukacita
siang dan malam. Ketika itulah mata kanan saya telah bertambah rosak.
            Saya terapaksa membuat keputusan dan menjalankan tindakan-tindakan yang tersebut
itu dengan sebab saya sedar di atas kewajipan Kerajaan unutk menyelamatkan nyawa dan harta
benda. Saya insaf bahawa oleh kerana saya menghidapa keuzuran mata, maka tidaklah dapat
saya hendak menjalankan kedua-dua tanggungan mentadbirkan negara ini dan menghadapi
darurat dengan cekap sebab kerja-kerja itu banyak dan memakan masa.

            Sebab itulah saya telah memohon persetujuan Duli Yang Maha Mulia untuk melantik Tun
Abdul Razak, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, sebagai
pengarah bagi Majlis Gerakan Negara yang dicadangkan. Saya rasa pilihan saya ini sangatlah
tepat kerana beliau seorang yang masih muda dan lebih cergas, dan mempunyai tenaga yang
banyak. Beliau sangatlah munasabah diberi tanggungan yang berat untuk mengembalikan
keamanan di negeri ini memandang kepada pengalaman beliau yang luas di Kementerian
Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Negara.

            Masalah yang kita hadapi ialah mengenai persoalan hidup atau mati sebilangan rakyat
negara ini. Oleh yang demikian kewajipan kita ialah memberi keyakinan kepada mereka supaya
hilang rasa takut dan bimbang di atas perbuatan-perbuatan puak-puak pelampau dan
pengkhianat-pengkhianat dari apa jua kaum.

            Kita semua mestilah sedar bahawa krisis ini telah timbul dari pertelingkahan kaum, satu
keadaan yang lebih buruk daripada keganasan Komunis, sebab kejadian ini boleh
menjahanamkan seluruh asas negara dan boleh menumbangkan keteguhan negara sekiranya
tidak diatasi dengan cepat dan berkesan. Kita tidak boleh membuang masa lagi untuk bertindak.

            Kita boleh nampak dengan jelas tanggungan dan kewajipan kita. Tun Razak ialah orang
yang paling layak menjalankan kerja yang berat itu. Saya yakin dan percaya bahawa dengan
pertolongan anggota-anggota Kabinet, pasukan-pasukan keselamatan dan kakitangan Kerajaan
serta rakyat yang sangat taat setia, maka tujuan dan cita-cita kita akan dapat dicapai tidak lama
lagi.

            Oleh yang dimikian saya telah sanggup turun satu atau dua tingkat untuk memberi
kuasa yang penuh kepada Tun Razak menjalankan kerja yang penting itu, tetapi saya masih
tetap menjadi Perdana Menteri, dan dengan yang sedemikian bertanggungjawab di atas segala
tindakan mengenai darurat. Tun Razak sentiasa berunding dengan saya.

            Pada masa yang lepas sebahagian orang-orang Cina yang tertentu telah menfitnah Tun
Razak dengan mengatakan bahawa beliau tidak suka orang-orang Cina atau pun anti orang
Cina. Saya telah kenal biasa dangan Tun Razak sebagai seorang rakan dan sahabat dan selama
saya menjadi Perdana Menteri saya dapati beliau adalah seorang nasionalis dan seorang patriot.
Beliau juga seorang yang sanggup berkorban untuk bangsa dan negara, dan adil dalam
petimbangannya.

            Selain daripada itu saya berani menambahkan lagi kenyataan saya itu mengenai Tun
Razak. Pertalian saya dengan Tun Razak merupakan satu ikatan yang tidak ada tolok bandingnya
dalam sejarah. Selama beberapa tahun dari semenjak merdeka, perhubungan kami ini tidak
dapat dipisahkan, kerana ia terjalin dengan satu ikatan saling mengerti dan hormat-
menghormati antara kami berdua. Persahabatan kami sama ada dalam jawatan atau pun di luar
jawatan sangatlah erat sehingga kami sentiasa saling bergantung. Beliau boleh mendapatkan
nasihat saya pada sebarang waktu, sama ada siang atau pun malam, dan saya pula boleh
berpaling kepadanya untuk mendapatkan buah fikiran pada bila-bila masa sahaja yang saya
perlukan. Kalau saya dipanggil ’Bapa Malaysia’, maka Tun Razak adalah seorang yang menjadi
pencipta kemerdekaan kita.

            Kerja-kerja Tun Razak dalam masa darurat sudah cukup untuk membuktikan dengan
jelas kesanggupan beliau untuk menjalankan tugas dan kesediaan beliau untuk memberi apa jua
rupa pengorbanan. Bersama-sama dengan ahli-ahli Kabinet yang lain, beliau dapat menyakinkan
kita semua bahawa setiap orang di negara ini akan dapat hidup dengan aman dan harmoni dan
bebas daripada sebarang ketakutan dan kebimbangan.

            Sikap Tun Dr Ismail masuk balik ke dalam Kabinet ketika negara sedang dalam krisis juga
merupakan satu tindakan yang sungguh mulia. Beliau telah membuktikan diri sebagai seorang
yang amat setia kepada negara dan sahabat-sahabatnya. Saya sukacita menyatakan bahawa
boleh dikatakan kesemua ahli-ahli Kabinet Perikatan mempunyai semangat kesetiaan yang
seperti ini. Selain daripada itu, sikap mereka bekerjasama sebagai satu pasukan merupakan
kejayaan yang menggalakkan.

            Pada malam 15 Mei saya menerima satu laporan yang mengatakan bahawa satu kejadian
yang telah berlaku di Melaka di mana seorang telah terbunuh dan seorang lagi tercedera. Saya
segera mendapatkan sebuah helikopter untuk pergi ke Melaka pada pagi 16 Mei.

            Setibanya saya di lapangan terbang Melaka, saya telah dibawa terus ke Ibupejabat Polis
untuk mendengar laporan-laporan. Kemudian saya pergi melawat ke tempat kejadian.

            Menurut Polis Melaka, samseng-samseng Cina telah menyerang dua orang pengayuh
beca roda tiga Melayu, di Jalan Bandar Kubu dan memukul mereka dengan kejam sehingga
seorang daripada mereka telah mati kemudiannya, tetapi seorang lagi telah dapat
menyelamatkan dirinya.

            Ketika itu polis sedang menjalankan rondaan, dan mereka mengejar samseng-samseng
itu. Samseng-samseng itu telah lari masuk ke sebuah bangunan rumah pangsa dengan diburu
oleh polis. Sejurus kemudian satu tangkapan telah dibuat.

            Setelah dijalankan penyiasatan, maka terbuktilah bahawa seorang ahli parti politik
pembangkang telah memberi upah kepada samseng-samseng itu untuk mencetuskan sesuatu
kejadian. Bagi memendekkan cerita, ahli parti politik tersebut itu telah di tangkap kemudianya di
sebuah negara lain dan ditahan.
            Kemudian saya pergi ke Ibu Pejabat UMNO di Melaka untuk bertemu dengan beratus-
ratus orang ahli UMNO yang datang dari beberapa buah negeri termasuk Kedah dan Negeri
Sembilan kerana mereka terlantar di negeri itu, Mereka telah datang ke Melaka untuk
merayakan Mandi Safar dan oleh kerana adanya perintah berkurung, mereka tidak dapat pulang
ke negeri masing-masing. Selepas mangaturkan perjalanan pulang mereka dengan diiringi oleh
pasukan kawalan, maka saya pun pulang ke Kuala Lumpur.

            Saya sentiasa sibuk dan tidak pernah berdiam diri sejak meletusnya kekacauan. Setiap
hari saya bermesyuarat dengan menteri-menteri kanan, melawat ke pusat-pusat orang pelarian
dan pusat pembahagian makanan, dan juga pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor untuk
mendengar laporan dan memberi arahan.

            Pada petang 16 Mei sekembalinya saya dari Melaka, saya telah memanggil mesyuarat
menteri-menteri di Residency, dan dalam mesyuarat itulah Tun Razak telah dilantik dengan
rasminya sebagai Pengarah Gerakan Negara. Pelantikanya itu telah diumumkan dalam Warta
Kerajaan pada hari yang berikutnya, 17 Mei.

            Dalam mesyuarat itu juga saya telah memberi kerja tertentu kepada menteri-menteri
yang lain bersangkutan dengan darurat, seperti menguruskan hal-hal pembahagian makanan,
menubuhkan pasukan kawalan (vigilante corp) dan menyebarkan maklumat-maklumat yang
betul dan benar kepada orang ramai.

            Lewat hari ini, saya telah melawat Ibu Pejabat Palang Merah untuk menyaksikan beratus-
ratus sukarelawan, lelaki dan perempuan, tua dan muda, yang sedang berkerja dengan riang
untuk membungkus dan manghantar pakaian ke tempat-tempat yang diperlukan oleh orang
ramai. Dari sana saya telah pergi ke Stadium Merdeka dan Stadium Negara di mana lebih 3,000
orang diberi perlindungan. Saya telah berbual-bual dengan mereka dan berunding cara-cara
bagaiamana orang-orang yang tidak mempunyai rumah dapat diberi rumah baru, dan perkara-
perkara mengenai dengan kemungkinan mereka dapat hidup kembali mencari nafkah masing-
masing seperti dahulu. Saya juga telah pergi ke Masjid Kampung Baru di mana beberapa orang
sedang diberi perlindungan. Sesetengahnya telah datang kerana hendak mengambil bahagian
dalam perarakan dan tidak dapat pulang ke rumah masing-masing, dan yang lain lagi telah
datang ke situ kerana mencari perlindungan.

            Segala kerja yang saya sebutkan tadi belumlah mengakhiri kewajipan-kewajipan saya
untuk hari ni. Kerja saya yang paling penting sekali akan menyusul pada malamnya. Pada malam
itulah saya telah menaiki kereta menuju ke Televison Malaysia dan membawa di dalam saku
saya sekeping kertas yang mengandungi tulisan yang amat bersejarah yang pernah saya karang
selepas daripada Pemasyhuran Kemerdekaan 12 tahun yang lepas. Dalam ucapan itu saya telah
memberitahu rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa selepas daripada kejadian-kejadian
bunuh membunuh dan bakar membakar yang telah berlaku selama tiga hari tiga malam yang
lepas telah mengorbankan banyak jiwa dan menjahanamkan harta benda, maka perbuatan-
perbuatan itu mestilah diberhentikan sama sekali.
            Sungguhpun hati saya hancur dengan apa yang akan saya isyhtiharkan dalam ucapan
saya itu, tetapi saya juga berasa insaf bahawa inilah langkah yang sebaik-baiknya. Dalam ucapan
saya itulah saya telah mengishtiharkan darurat di seluruh negara.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 13 : Keadaan Darurat

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan Radio pada 16hb Mei itu, saya telah berkata:

 “Sekarang kita telah pun mengisytiharkan darurat kerana memerlukan kita bertindak dengan
serta-merta; jika tidak maka keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk dan tidak akan
dapat dikawal lagi dan kita akan menghadapi dengan satu keadaan darurat sebagaimana yang
dihadapi oleh British dalam tahun 1948. Ancaman yang kita hadapi sekarang sangatlah genting
dan berat dan kita tidak akan ada jalan lain lagi melainkan bertindak dengan segera. Cuma ada
satu jalan sahaja yang boleh kita lakukan iaitu mengisytiharkan keadaan darurat dan mengambil
segala langkah-langkah yang perlu bagi mencegah  keadaan ini daripada bertambah buruk.”

            Pengganas Komunis telah menyusun rancangan mereka untuk mengambil kuasa
daripada tangan kita. Mereka telah dapat menarik pengundi-pengundi dengan cara ancaman
dan menakutkan mereka, dengan cara memujuk mereka supaya menjatuhkan Perikatan
menerusi perjalanan demokrasi, tetapi kita bernasib baik kerana telah mendapat cukup kerusi
untuk menubuhkan kerajaan, jika tidak saya tidak tahulah apa yang akan jadi kepada negara ini.

            Mereka telah menolak MCA kerana mereka telah mengecap MCA sebagai Parti pro
Melayu dan tidak pro orang-orang Cina Malaysia. Mereka telah dapat menarik orang Cina
supaya tidak mengundi MCA dan apa yang lebih pelik lagi ialah mereka telah berjaya mendapat
sambutan orang ramai melalui ancaman-ancaman mereka itu. Terdahulu, mereka telah mencuba
sedaya upaya untuk menghalang supaya pilihan raya tidak dapat di jalankan tetapi tidak berjaya
dan kemudian mereka telah menjalankan cara-cara lain pula untuk merosakkan perjalanan
pilihan raya itu. Satu peluang baik telah timbul apakala salah seorang dari mereka telah dibunuh
oleh polis sebagai mempertahankan diri dan mereka telah menjadikannya seorang jaguh
perjuangan dan mengarak mayat melalui jalan raya, dengan melanggar perintah Kerajaan dan
melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan oleh Polis.

            Polis telah bersungguh-sungguh bersabar dan bertindak dengan cermat dan
membenarkan perarakan itu terus berjalan. Kiranya polis hilang sabar pada ketika itu, tentulah
kekacauan telah berlaku kerana orang-orang ini telah keluar berarak dengan memakai berbagai-
bagai jenis senjata untuk bertempur dengan Polis. Dalam perarakan itu mereka telah
menunjukkan cogan-cogan anti kerajaan, anti Malaysia, membawa bendera-bendera merah, dan
dengan sombong dan megah menunjukkan gambar Mao Tze-Tung dan menyanyi memuji Mao,
Ini teranglah taktik pengganas Komunis dan tidak siapa yang boleh menafikan tetapi kita tidak
ambil apa-apa tindakan sehinggalah habis pilihan raya. Tetapi kemuncaknya telah sampai
apakala mereka mengadakan satu perarakan menyambut kemenangan calon-calon di Kuala
Lumpur dengan tidak menurut segala syarat yang telah dikenakan oleh polis. Mereka juga telah
melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai dengan
menggunakan kata-kata cacian dan penghinaan terhadap mereka. Ini adalah perbuatan
provokasi yang membangkitkan rasa marah kepada sesiapa jua yang menyaksikannya. Oleh
yang demikian nyatalah bahawa tujuan di sebalik perbuatan mereka ialah supaya timbul huru-
hara dan kekacauan.

            Oleh itu saya tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksalah menunjukkan kepada anasir-
anasir jahat itu bahawa kita ada kerajaan yang akan terus memerintah. Kita telah berada dalam
keamanan beberapa lama dari semenjak kita membatalkan darurat dan peraturan-peraturannya.
Sekarang mereka mulakan balik dan sebab itu mestilah kita bertindak dengan secepat-cepatnya.
Jika tidak, maka tidak lah dapat kita hendak memelihara keamanan dan harmoni dalam negara
ini. Oleh kerana peraturan-peraturan darurat telah dikuatkuasakan balik, maka tiap-tiap orang
adalah dikehendaki taat kepada undang-undang itu kerana jika tidak orang-orang yang tidak
berdosa akan binasa. Untuk mencegah daripada berlaku keadaan itu, maka kerajaan terpaksalah
menghadapi anasir-anasir jahat itu dan saya telah meminta semua rakyat yang taat setia kepada
negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menghalang tindakan-tindakan
kerajaan dan lebih cepat kita dapat menamatkan darurat ini, maka lebih baiklah bagi semua
orang.

            Sekarang saya sedang menubuhkan sebuah Pasukan Pertahanan yang kuat. Orang-
orang baru akan diambil untuk masuk menjadi anggota-anggota Pasukan Pertahanan Tempatan
atau Local Defence Corp yang akan digunakan dengan sepenuhnya dan pusat-pusat
pengambilan anggota pasukan itu akan ditubuhkan seberapa segera di setiap bandar dan
pegawai-pegawai tentera akan dipanggil untuk menjalankan kerja ini.

            Tanggungan kita sekarang ialah menghadapi dan mengatasi keadaan darurat itu. Kerja
ini berat tetapi boleh diatasi dan dengan sokongan rakyat saya percaya kita akan berjaya. Pusat-
pusat pengambilan orang-orang baru akan ditubuhkan dengan segera di Selangor, Perak dan
Pulau Pinang dan dalam negeri-negeri lain akan diadakan juga dengan seberapa cepat. Rakyat
tidak boleh menjalankan sendiri kuasa kekerasan dengan berbuat sesuka hati mereka kerana
orang-orang yang tidak berdosa akan menjadi korban di kedua-dua belah pihak, dan kita tahu
bahawa dalam negara ini orang-orang Cina yang taat setia adalah lebih kuat daripada anasir-
anasir yang tidak taat setia, tetapi mereka mempunyai pertubuhan yang kuat dan orang-orang
yang taat setia itu tidak bersatu. Oleh yang demikian perlulah bagi orang-orang yang hendak
berkhidmat kepada negara dalam saat yang genting ini mara ke hadapan dan menawarkan diri
mereka untuk berkhidmat dalam pasukan itu. Belia mestilah menyambut seruan untuk
mempertahankan negara ini. Saya mengulangi lagi bahawa Malaysia berharap setiap rakyat
yang taat setia hendaklah menunaikan tanggungan mereka.

            Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National
Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations,
dengan diberi tanggung jawab  yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah
Pengisytiharan Darurat, dan Operations Council ini akan turut dianggotai wakil pasukan-
pasukan keselamatan. Tun Razak akan bertanggungjawab terus kepada saya, yang bererti
bahawa kebanyakan kerjanya akan diberi keutamaan. Majlis Gerakan (Operations Council) akan
ditubuhkan dalam semua negeri dan arahan-arahan akan diberi oleh Majlis Bertindak
Kebangsaan di bawahTun Razak. Mereka yang akan menjadi ahli dalam majlis-majlis ini akan
dipilih daripada mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dan mempunyai taat setia yang teguh
kepada negara. Tujuan majlis ini ialah untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera
dan polis dalam segala usaha kita hendak mengembalikan keamanan. Kita mesti
mengembalikan rasa kepercayaan kepada negara kita dengan seberapa segera yang boleh. Jika
tidak maka perniagaan akan terhalang, pentadbiran negara akan rosak dan segala usaha yang
kita telah buat untuk kepentingan keamanan dan ekonomi akan menjadi sia-sia. Saya bimbang
orang-orang akan tempelak kita dan menuduh bahawa kita mengambil tindakan ini kerana kita
tidak mempunyai suara kelebihan yang banyak, tetapi ini tidaklah benar, kita mempunyai suara
lebih yang cukup untuk menjalankan pentadbiran, tetapi keadaan yang timbul memaksa kita
mengambil langkah-langkah yang kuat dan berkesan bagi menghadapi pengganas-pengganas
komunis itu.

            Berjuta-juta ringgit telah rugi dalam perdagangan dan perniagaan dalam masa beberapa
hari ini dan begitulah juga beberapa banyak nyawa yang terkorban. Kejadian yang telah berlaku
dalam negara kita yang bahagia ini sangatlah mendukacitakan. Marilah kita sekalian bermohon
kepada Allah supaya mencucuri rahmat dan mengembalikan balik keamanan kepada negara kita
ini.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 14 : Putih Kembali

Tiga hari telah berlalu sejak tercetusnya kekacauan di Kuala Lumpur. Pemasyhuran keadaan
darurat telah berjalan dengan kuat kuasanya dan Majlis Gerakan Negara (MGN) telah mula
menjalankan tugasnya dengan cergas.

Saya merasa yakin bahawa dengan gerakan yang dijalankan setiap hari oleh oleh MGN, maka
satu asas yang kukuh telah diadakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin
timbul, dan juga menjamin supaya keamanan dan kemajuan dapat berjalan selari. Majlis ini
mempunyai kuasa yang penuh untuk mengemuka dan melaksanakan sebarang keputusan yang
mereka fikirkan perlu bagi menjaga keselamatan negara dan mengembalikan kehidupan rakyat
seperti sedia kala.

Rakyat telah mula menyahut seruan Kerajaan supaya memelihara undang-undang dan
ketenteraman setelah mereka menjadi biasa dengan pemasyhuran perintah berkurung,
tambahan pula mereka mengetahui bahawa ada beribu sukarelawan yang sanggup dan
bersedia berkhidmat bersungguh-sungguh.
Dalam tempoh 48 jam ditubuhkan, MGN  telah dapat mengendurkan masa berkurung di
beberapa tempat. Tempoh bagi kelepasan telah dipendekkan dari satu hari ke satu hari dan
keadaan beransur pulih.

Kelonggaran masa berkurung ini telah dapat diisytiharkan din kawasan-kawasan yang sensitif,
iaitu Kampung Bharu dan Jalan Chow Kit seminggu selepas tercetusnya kekacauan. Di kawasan-
kawasan inilah pergaduhan mula berlaku.

Setelah suasana menjadi bertambah baik dan kejadian-kejadian buruk telah berkurangan, maka
dapatlah kita meninjau kembali dengan fikiran yang tenang hal-hal yang bersangkutan dengan
kekacauan itu pada keseluruhannya. Ketika itu dapatlah kita saksikan dengan jelas bahawa
kekacauan itu bukanlah merupakan satu kejadian yang meliputi seluruh negara, kekacauan ini
sebetulnya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur ini sahaja. Inilah hakikat yang benar sekalipun
akhbar asing telah menyiarkan cerita-cerita yang bertentangan yang boleh menaikkan bulu
roma pembaca.

Di Pantai Timur tidak terdapat rasa bimbang atau curiga. Di johor dan Negeri Sembilan pula
tidak pernah berlaku sebarang kejadian. Sebenarnya perintah berkurung tidak dikenakan di
negeri-negeri Pantai Timur dan Johor. Di Melaka beberapa pergaduhan kecil telah berlaku,
tetapi secepat itu pula ketegangan dapat ditangani. Begitu juga keadaan di kebanyakan tempat
dalam negeri Selangor. Di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tidak berlaku sebarang
kejadian.

Sesungguhnya Pulau Pinang patut mendapat pujian kerana tenang ketika itu, walhal pada masa
lalu negeri itulah yang menjadi tempat bermulanya kekacauan. Pulau Pinang ialah negeri di
Pantai Baat yang mula sekali mendapat kelonggaran masa berkurung dari subuh hingga tengah
malam.

Selain Kuala Lumpur, kawasan-kawasan lain yang memerlukan pengawasan yang ketat ialah
Betong, yang terletak di sempadan Kedah dan Perak dengan Thailand. Di sempadan inilah
pengganas-pengganas komunis kadang kala muncul sebagaimana masa darurat dahulu, tetapi
keadaan itu dapat dikawal pada masa ini (sungguhpun begitu keadaan di situ telah bertambah
tegang kemudiannya)

Bagaimanapun suasana pada keseluruhannya belumlah lagi boleh dikatakan pulih seperti
sediakala, kerana adanya khabar-khabar angin. Semasa kemuncak kekacauan itu, penyebar
khabar-khabar angin sangatlah liar dan meluas sebagaimana yang berlaku di mana-mana juga
dalam masa rusuhan.

Selepas dari kekacauan seperti yang telah dialami oleh penduduk Kuala Lumpur, maka tentulah
mengambil masa bagi mengembalikan keyakinan orang ramai sepenuhnya. Sekalipun masa
berkurung sedang dipendekkan dan perniagaan telah mula dijalankan pada siang hari, tetapi
selepas jatuh matahari, jalan-jalan raya boleh dikatakan lengang. Orang ramai lebih suka duduk
di rumah pada sebelah malam.
Sekarang setelah orang ramai mula merasai bahawa Kerajaan telah mendapat mengawal balik
keadaan, maka anasir-anasir jahat tidak lagi mempunyai sebarang senjata untuk menyebarkan
khabar-khabar angin. Anasir-anasir jahat ini menggunakan khabar angin itu dengan sepenuhnya
untuk menimbulkan keadaan gelisah.

Anggota kongsi gelap telah mengambil peluang dalam suasana yang seperti ini dengan
menawarkan perlindungan dengan satu bayaran. Jika tawaran tidak diterima, mereka akan
menimbulkan kekacauan di tempat itu. Apabila berlaku kejadian yang seperti itu, maka
perintah berkurung terpaksalah dikenakan dan penduduk di kawasan itu akan mengalami
berbagai-bagai kesusahan. Keadaan yang seperti ini dapat dilihat di Kuala Lumpur pada hari-
hari kelepasan di hujung minggu di mana lazimnya penduduk bandar ini keluar untuk bersuka
ria. Tetapi, keadaan yang seperti ini tidak kelihatan lagi sekarang.

Sekali pun penduduk di Ibu Kota init telah mengubahkan kelaziman hidup mereka, tetapi
suasana telah mula beransur-ansur pulih. Dengan kerana itu pada 6 Jun dapatlah saya masuk ke
hospital untuk menjalani pembedahan mata dan dirawat sehingga 15 Jun. Doktor-doktor telah
lama menasihatkan supaya saya menjalani pembedahan mata itu.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan di permulaan buku ini, semasa di hospital itulah saya
telah mencatatkan segala ingatan sehingga dapatlah buku ini disusun. Semasa itu juga saya
dapat memikirkan dengan tenang soal yang sehabis penting, iaitu mengembalikan kepercayaan
orang ramai di dalam dan luar negara, dan juga untuk merancang cara-cara yang sebaiknya
supaya timbul kembali perasaan muhibah dan kerjasama sebagaimana yang terdapat di
Malaysia pada masa aman. Saya bercita-cita supaya perasaan ini akan sekali lagi menjadi asas
utama di dalam penghidupan masyarakat kita.

Apa yang saya fikirkan ialah kemungkinan menubuhkan jawatankuasa muhibah pada peringkat
kebangsaan dan negeri di seluruh Malaysia. Sungguhpun begitu selepas 16 Jun manakala saya
meninggalkan hospital untuk balik ke Residency, satu peristiwa telah berlaku (yang akan
dihuraikan kemudian kelak) yang telah mendukacitakan saya di waktu itu. Kejadian itu telah
menggendalakan saya daripada melaksanakan tujuan saya yang besar.

Ketika itu suasana di seluruh negara telah menjadi bertambah-tambah baik sehingga dapatlah
masa berkurung dikurungkan lagi di merata-rata tempat kecuali di Betong. Maka berkurung itu
ialah daripada pukul 1.00 pagi hingga 4.00 pagi, iaitu satu waktu yang kebanyakan rakyat yang
baik sedang tidur lena di rumah masing-masing.

Dua minggu kemudian, iaitu pada 28 Jun, hari Sabtu, bandar Kuala lumpur yang telah mulai
sunyi daripada sebarang kejadian buruk sama ada siang atau malam, dengan tiba-tiba
bergoncang semula bila berlakunya satu kekacauan baru dan besar di kawasan yang letaknya di
sebelah utara iaitu Sentul.

Pergaduhan-pergaduhan baru telah berlaku pada petang itu di Sentul Pasar. Pertengkaran di
antara dua orang yang mabuk di Jalan Chow Kit telah mencetuskan rasa takut dan kelam- kabut
di kalangan orang ramai, dan kedai-kedai telah ditutup dan orang-orang yang berjalan kaki
berlari bertempiaran. Dalam kejadian yang berlaku pada kali ini, lima orang telah terbunuh dan
sederet rumah kediaman telah dibakar. Menjelang pukul 6.00 petang itu, kawasan yang berlaku
kejadian itu telah diletakkan di bawah perintah berkurung dan pihak polis telah melaporkan
“semuanya baik”.

Kejadian di Sentul berlaku ialah kerana beberapa perbuatan provokasi yang telah dilakukan oleh
pemuda-pemuda India yang membaling batu ke atas masjid yang ada di kawasan itu. Tidak
cukup dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, mereka telah menambah
lagi penghinaan ke atas orang-orang Melayu dengan membaling najis manusia ke dalam
kawasan masjid. Perbuatan menghina ini telah membakar perasaan orang-orang Melayu di situ
sehingga satu rusuhan kecil telah meletus menyebabkan kematian lima orang.

Khabar-khabar angin mengenai perkembangan baru itu segera merebak ke seluruh bandar dan
ketika itulah anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab telah mengambil peluang untuk
melakukan perbuatan jahat. Di Cheras, iaitu kira-kira enam batu jauhnya dari Sentul, kumpulan-
kumpulan pemuda telah melempar batu ke atas kenderaan-kenderaan yang lalu di kawasan itu,
dan dalam satu kejadian yang lain pula yang berlaku kira-kira sebatu dari Sentul Pasar,
samseng-samseng telah mencederakan seorang yang melalui jalan tersebut. Dengan kejadian-
kejadian ini maka kawasan tersebut telah diletakkan di bawah satu pengawasan pasukan
keselamatan yang ketat, dan perintah berkurung telah dikenakan selama tiga hari. Sementara itu
di bahagian-bahagian lain di bandar Kuala Lumpur kehidupan rakyat telah berjalan seperti biasa.

Bandar Kuala Lumpur yang telah mulai pulih seperti sediakala dalam masa enam minggu yang
lepas, telah sekali lagi bergegar dengan kekacauan yang baru, lebih-lebih lagi kerana
kejadian itu telah berlau dengan tiba-tiba sahaja, Adakah kejadian itu mungkin timbul lagi?
Tidakkah memadai pengajaran yang telah mereka dapati pada 13hb. Mei?

Sungguhpun begitu dalam tempoh beberapa hari sahaja penduduk Kuala Lumpur telah bertukar
fikiran mereka setelah melihat bahawa Kerajaan pada ketika itu melaksanakan satu pengawasan
yang ketat. Dari semenjak itu tidaklah lagi timbul kejadian-kejadian yang baru. Sebaliknya
beberapa buah Jawatankuasa Muhibah yang tidak rasmi telah ditubuhkan dengan daya usaha
penduduk sendiri.

Penduduk ibu negara telah mulai sedar bahawa kiranya mereka tidak mahu kehidupan ekonomi
mereka terjejas, maka kenalah mereka memberi sokongan yang lebih cergas kepada Kerajaan.
Orang-orang yang mengalami penderitaan yang paling teruk akibat kekacauan-kekacauan dan
perintah-perintah berkurung ialah mereka yang miskin, terutama penjaja-penjaja yang mencari
penghidupan mereka pada waktu malam. Bandar Kuala Lumpur telah beransur pulih seperti
sediakala dan penduduknya mula merasa yakin. Dengan itu bulan Julai telah berlalu
dengan tidak berlaku sebarang kejadian-kejadian buruk.

Sungguhpun begitu satu peristiwa yang sangat buruk telah berlaku pada 27 Julai di sempadan
sebelah utara Malaysia Barat. Enam orang askar Malaysia telah terbunuh dan lapan lagi
tercedera di dalam satu serang hendap di hutan tebal oleh 30 penganas yang datang dari
Thailand. Tempat kejadian ialah kira-kira dua batu daripada Sintok, sebuah kampong di Malaysia
yang berdekatan dengan sempadan.

Setelah Kuala Lumpur pulih kembali seperti sedia kala, dan apakala suasana di seluruh negara
pada keseluruhannya telah bertambah baik, maka perasaan takut dan bimbang yang telah
timbul dari kejadian 13 Mei itu telah beransur-ansur hilang. Dengan itu juga maka masa
hadapan negara kita kian menjadi bertambah cerah.

Sekalipun begitu saya sangat dukacita kerana orang-orang Cina di Kuala Lumpur telah
terpengaruh dengan khabar-khabar angin bahawa jika mereka membeli durian daripada orang-
orang Melayu atau menjual durian itu maka mereka mungkin dipukul. Khabar angin ini mungkin
juga ada kebenarannya, tetapi tidaklah patut mereka itu membiarkan diri mereka diancam oleh
sekumpulan pemuda yang tidak bertanggungjawab.

Seorang kawan saya telah memberitahu bahawa dia telah diberi beberapa biji durian. Selepas
daripada menikmati buah yang lazat ini dengan secara bersembunyi di dalam rumahnya, dia
terpaksa dengan secara sulit menggali sebuah lubang untuk menanam kulit durian itu pada
sebelah malam. Dia bimbang kiranya kulit-kulit durian itu dibuang dalam tong sampah, maka
mungkin cerita yang dia telah melanggar pemulauan itu akan dapat diketahui dari mulut ke
mulut, dan dengan itu dia akan menghadapi satu akibat yang buruk.

Kiranya rakyat yang taat mengambil sikap membiarkan diri mereka terperangkap dengan
perasaan takut oleh kerana adanya ancaman supaya buah-buahan bermusim ini dipulaukan,
maka saya bimbang bahawa kita akan mengambil masa yang lebih panjang untuk
mengembalikan keamanan yang sebenar di dalam negara ini. Mereka tahu bahawa penjualan
buah-buahan yang bermusim itu ialah untuk selama masa yang tidak lebih dari dua bulan
sahaja. Saya suka melahirkan harapan saya moga-moga orang-orang Cina yang taat setia
kepada Malaysia menyatukan diri mereka dalam sebuah pertubuhan untuk membantu Kerajaan
menentang anasir-anasir yang bersifat anti sosial ini. Inilah sebabnya kita perlu mengadakan
Jawatankuasa Muhibah.

Oleh itu pada 21 Julai saya telah mengumumkan rancangan untuk menubuhkan sebuah Majlis
Muhibah Kebangsaan, yang akan mempunyai badan-badan yang serupa itu juga di peringkat
negeri. Saya telah buat pengisytiharan ini dalam satu mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan
Ketua-Ketua Menteri yang telah diadakan di Kuala Lumpur, dan menjelang akhir bulan itu saya
telah mulai melawat ke seluruh negara untuk mengembalikan perasaan muhibah di merata
tempat. Usaha saya ini telah mendapat sokongan dan sambutan dari semua pihak.

Perasaan yang seperti inilah yang sebenarnya tertanam di dalam hati seluruh bangsa Malaysia di
semua peringkat dan di kalangan semua kaum. Mereka suka hendak hidup kembali dengan
aman dan bahagia kerana tiap-tiap orang sedar inilah cara-cara hidup yang dikehendaki oleh
mereka.
(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 15 : Sepucuk Surat

SAMPAI di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat yang
terpendam di sesetengah kalangan sejak beberapa lama, dan niat itu telah mereka kemukakan
ke hadapan selepas rusuhan pada 13 Mei 1969.

Saya telah menyebut sebelum ini bahawa selepas keluar dari hospital pada l6 Jun, satu peristiwa
yang telah berlaku pada ketika itu amatlah menyedihkan saya. Saya telah menerima sepucuk
surat yang kasar dari Dr. Mahathir bin Muhamad, seorang calon Parlimen UMNO yang kalah
dalam pilihan raya di kawasan Kota Star Selatan, di negeri Kedah. Beliau juga adalah salah
seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Surat seumpama tidak pernah saya lihat sepanjang menceburkan diri dalam politik. Saya tidak
pernah sekali-kali menjangka bahawa surat seperti itu boleh ditulis oleh seorang yang sentiasa
menggembar-gemburkan dirinya seorang penyokong kuat parti, sekalipun dia tidak bersetuju
dengan beberapa polisi yang dijalankan oleh parti.

Surat itu ditaip atas empat helai kertas dalam Bahasa Melayu. bertarikh l7  Jun dan telah
dihantar dari alamat rumahnya sendiri di Alor Star di mana dia menjadi doktor yang mempunyai
kliniknya sendiri. Bagi seorang penyokong parti, lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Parlimen
selama lima tahun dan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama 12 bulan, perbuatan
menulis surat seperti itu kepada Perdana Menterinya sendiri yang juga menjadi pemimpin
partinya, merupakan satu perbuatan yang tidak patut.

 Sungguhpun begitu, beliau masih tidak berpuas hati. Beliau telah menghantar salinan-salinan
surat itu kepada kawan-kawannya. Surat-surat ini kemudiannya telah disalin beribu-ibu naskah
dan telah disebarkan di kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, penuntut-penuntut
Melayu di Institusi Pelajaran Tinggi dan juga kapada orang-orang Melayu di kampung.

Sekalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab melakukan sendiri penyebaran suratnya itu,
tetapi tidak pula ia menahan kejadian itu daripada berlaku.

Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat itu daripada Dr. Mahathir. Saya telah
menyuruh satu salinan dihantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Pengerusi
UMNO. Tun Abdul Razak kemudiannya telah memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi
UMNO untuk membincangkan perkara surat itu. Persidangan itu telah diadakan di rumahnya,
Seri Taman, Kuala Lumpur pada 12 Julai. Saya tidak hadir di persidangan itu tetapi Dr. Mahathir
telah menghadirinya.

Persidangan itu telah diadakan secara tertutup dan cuma anggota-anggota Majlis Kerja
Tertinggi sahaja dibenarkan hadir. Sungguhpun begitu, wartawan-wartawan telah menunggu di-
luar pintu masuk ke Seri Taman kerana mereka dapat mengagak sesuatu yang penting mungkin
berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah di atur di sekeliling kawasan itu dan pintu-
pintu masuk dan keluar telah dijaga oleh polis yang bersenjata.

 Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berjalan selama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang,
Menteri Penerangan dan Penyiaran, Hamzah Dato’ Abu Samah telah mengeluarkan satu
kenyataan akhbar 17 baris. Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agong UMNO,  Senu
Abdul Rahman.  Kenyataan itu berbunyi:

“Satu Persidangan Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah diadakan pagi ini untuk
menimbangkan tindakan yang patut diambil mengenai dengan penyebaran yang luas salinan
surat di antara Dr. Mahathir, seorang Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan Tunku
Abdul Rahman, Yang Dipertua UMNO.

“Surat-surat itu mengandongi perkara-perkara dan keterangan  parti yang amat penting yang
sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO memandangkan
kepada suasana yang terdapat dalam negara pada masa sekarang.

“Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan Dr. Mahathir itu merupakan satu
kesalahan berat melanggar disiplin dan peraturan parti. Jika perbuatan itu tidak dicegah maka ia
akan merosakkan perpaduan di dalam parti dan juga Kerajaan yang didukung oleh parti.

“Majlis Kerja Tertinggi yang dihadiri oleh sernua Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang
menjadi Anggota Majlis itu, telah mengambil keputusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi menjadi
Anggota Majlis itu mulai dari hari ini. Tunku tidak hadir dalam persidangan itu.”

Saya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya kansungan surat Dr. Mahathir pada masa ini, tetapi
saya perlu merujuk kapada surat itu di dalarn buku ini. Sekiranya saya tidak berbuat demikian,
maka tentulah saya dapat dituduh tidak memberi berita yang sepenuhnya.

Sungguhpun begitu, oleh kerana surat itu terlampau berbahaya maka Menteri Hal Ehwal
Dalamn Negeri, Tun Dr. Ismail, telah rnengambil tindakan dua hari kemudian iaitu pada 14 Julai
untuk mengeluarkan perintah di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi
mencegah sesiapa jua daripada menyiar, menyebar atau memiliki salinan surat ini. Dalam
perintah itu juga tegahan yang sama telah dikenakan ke atas beberapa surat  lain dalam Bahasa
Malaysia dan tindakan ini telah diambil untuk kepentingan keselamatan negara.

Siapakah Dr. Mahathir dan apakah pendirian-nya dalam UMNO? Jawapannya ialah ada
sekumpulan orang yang selalu disebut sebagai ‘pelampau’ (ultras), atau pun ‘bijak pandai’
(intellectual) yang telah dapat menembus masuk dan mencari kedudukan dalam UMNO.
Sesetengah daripada mereka duduk di Kuala Lumpur dan tidak seorang pun daripada mereka
mempunyai banyak hubungan dengan orang ramai terutama di kawasan luar bandar.
Mereka tidak sesekali boleh mengharapkan sokongan orang ramai dengan tenaga mereka
sendiri,  tetapi mereka boleh buat bermacam-macam angkara, dan inilah yang mereka lakukan
bersungguh-sungguh sekarang. Di belakang segala penentangan yang ditimbulkan dalam
UMNO ini mesti ada seorang yang tahu bagaimana hendak merancang dan bagaimana hendak
mendapatkan orang lain melaksanakannya. Adakah orang itu Dr. Mahathir sendiri atau pun ada
orang lain?

Orang mungkin bertanya apakah .tujutuan mereka. Melalui orang lain saya telah cuba bertanya
kapada beberapa orang daripada puak “pelampau” (ultras) itu apakah jawapan kapada soalan
itu. Dan setakat yang saya tahu mereka mahu mengadakan satu “order” baru dalam UMNO dan
dalam negara ini. Misalnya mereka berpendapat bahawa cara pemikiran politik kita telah lapok
dan tidak selaras dengan dasar Afro-Asia. Antara cita-cita yang terpendam dalam hati mereka
mungkin untuk menyingkirkan raja berperlembagaan dan menegakkan Malaysia sebagai sebuah
negara republik. Saya agak selepas Malaysia diisytiharkan sebagai republic,  maka mereka akan
ubah dasar luar kita untuk membawa kita lebeh hampir kapada kumpulan Afro-Asia.

Menurut satu maklumat yang diterima, meskipun Sukarno telah digulingkan oleh rakyat
Indonesia, tetapi ajarannya, wang ringgitnya,  pengikut-pengikut yang rapat dengannya dan
pendukung  faham Karno masih ada bertaburan di seluruh Asia dan dasarnya itu masih di-
perjuangkan’ engan bersungguh-sungguh.  

Semasa pemerintahannya, orang-orang Sukarno sama ada yang berkhidmat dalam Kerajaan
atau pun dalam swasta mempunyai hubungan secara langsung dengan pertubohan, pemimpin-
pemimpin parti berlauan kiri dan orang-orang perseorangan di Malaysia, dan pakatan-pakatan
telah dirancang untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia.

“Banyak pemimpin yang kononnya mendakwa sebagai pemimpin Melayu telah di-pesongkan
fikiran mereka dan telah dijadikan alat yang berguna untuk melaksanakan rancangan ini. Di
antara rancangan ini ialah pembentukan Pasukan Tentera Gerkan Bumiputra di sepanjang Pantai
Timor dan Barat Malaysia dan di sepanjang sempadan Thailand. Pemimpin-pemimpin  mereka
itu mempunyai hubungan langsong dengan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan
rancangan ini.

“Menurut rancangan mereka, alat-alat senjata dan peluru akan dibekalkan menerusi jalan laut.
Sebagai langkah permulaan, kempen yang kotor dan fitnah yang jahat mestilah dilancarkan
sebelum tindakan lanjut diambil. Cara yang telah digunakan .ialah dengan menyebarkan “risalah
beracun” untok menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin UMNO yang terkemuka, terutama
Tunku Abdul Rahman yang mesti digulingkan dengan apa cara sekalipun.

“Buat saya, saya fikir fahaman Afro-Asia hari ini terutama selepas kejatuhan Soekarno di
Indonesia dan Nkrumah di Ghana, sangat selari dengan pemikiran kita; tetapi sama ada ahli-ahli
UMNO dalam kumpulan tersebut sedar tentang hakikat ini atau pun tidak, tidaklah di-ketahui.
Jelaslah bahawa apa yang dikehendaki oleh “pelampau-pelampau” ini ialah supaya UMNO
sahaja yang memegang seluruh pentadbiran Kerajaan sebagai sebuah parti. Saya telah berulang
kali menyatakan bahawa kehendak ini adalah bertentangan dengan dasar saya. Sebenar-nya
saya telah pernah berkata bahwa sakalipun cuma tiga orang ahli MCA sahaja yang menang
dalam pilihan raya, maka Perikatan akan terus terpelihara, dengan tiga buah parti yang berikat
-UMNO, MCA dan MIC- bekerjasama sebagai wakil orang Melayu, orang Cina dan orang India
Malaysia.

Puak “pelampau” ini tidak mengetahui berapa kali  Lee Kuan Yew telah cuba memujuk saya
supaya mengambil PAP masok campur dengan kita, tetapi percubaannya itu tidak berjaya.

Mereka yang menentang pimpinan saya sentiasa menjalankan taktik menyerang peribadi saya
dengan tujuan hendak melemahkan UMNO kerana saya disifatkan sabagai imej parti itu. Mereka
terpaksa menjalankan taktik itu kerana mereka itu telah gagal hendak memecahkan perpaduan
UMNO dengan cara lama. Jadi mereka melancarkan kempen membusukkan peribadi saya
supaya jatuh maruah saya di mata orang ramai. Tetapi usaha mereka itu tidak mendatangkan
kesan sahinggalah baru-baru ini. Sungguhpun bagitu. apakala surat Dr. Mahathir kapada saya
itu telah disebarkan luas, maka golongan yang menentang saya itu tidak lengah lagi mengambil
kesempatan itu untuk mengeruhkan lagi suasana.

Sekarang telah ternyata bahawa golongan ini telah menggunakan penuntut-penuntut di institusi
pelajaran tinggi untuk menjalankan kerja mereka yang kotor. Apa yang mereka telah gagal
mencapai dengan perlawanan yang terbuka, mereka sekarang berharap akan dapat sedikit
kejayaan dengan menimbulkan kekacauan di kalangan ahli-ahli parti. Gerakan Dr. Mahathir itu
tidak syak lagi telah membantu anasir-anasir yang memusuhi saya bagi menimbulkan
kemarahan orang terhadap saya sebagaimana yang telah terbukti daripada kejadjan-kejadian
yang berlaku kemudian.

Paca 17. Julai pukul 7.00 pagi, sehelai kain cogan kata telah dijumpai terikat di pagar hadapan
masjid Universiti Malaya; sebuah masjid yang saya telah bina untok penuntut-penuntut
universiti itu. Di atas kain itu tertulis slogan  berbunyi: “Rejim Tunku 1mperialis dan Feudalis”
dlan “Tunku, Berhentilah.”

Slogan yang samna saperti ini telah digunakan dan masih lagi digunakan oleh Parti Rakayat,
sebuah parti yang kuat menentang Kerajaan, Parti inilah juga yang telah menyokong polisi
Sukarno “ganyang Malaysia”.

Pada hari itu penuntut-penunut telah membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis di atas-nya
perkataan-perkataan yang dapat menunjukkan dengan jelas pandangan politik mereka. Salah
satu berbunyi: “Kami mahu sa-orang pemimpin dinamik”. Pemimpin yang mereka mahu ialah
seorang yang sanggup membakar sumbu dinamit untok meletupkan negara dan masyarakat
kita hingga berkecai. Sepanduk yang satu lagi pula berbunyi “Singkirkan kaki poker dan kaki
kuda” dan yang satu lagi berbunyi . “Tunku, bersaralah.”
Sepanduk seumpama itu dan banyak lagi yang !ain dapat menunjokkan apakah tujuan mereka.
Slogan seperti inilah yang telah biasa digunakan o1ehv kumpulan perpaduan Afro- Asia dan
pertubohan lain yang antikerajaan.

Penuntut-penunut Melayu Univeriti Ma1aya yang mengadakan  tunjuk perasaan itu telah
bermesyuarat kemudiannya dengan penuntut-penunut Maktab Teknologi MARA dan
menentang pemecatan Dr. Mahathir daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kesan daripada
pertemuan itu, maka ramailah penuntut  MARA yang telah mengambil bahagain dalam satu
tunjuk perasaan yang diadakan pada hari itu di kawasan maktab mereka untok membantah
langkah yang diambil oleh UMNO ke atas Dr. Mahathir. Mereka mengecap saya sebagai
pengkhianat bangsa saya. Mereka telah membuat ucapan yang berapi-api menuntut supaya
saya disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Abdul Ghaffar Baba, iaitu menteri yang
bertanggungjawab di atas Maktab MARA, telah bercakap dengan pemimpin penuntut-penuntut
itu. Beliau telah bertanya kepada mereka apa kena rnengena pemecatan Dr. Mahathir daripada
Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dengan mereka, dan adakah mereka menjadi ahli UMNO?
Mereka jawab tidak, tetapi menegaskan bahawa mereka berhak bercakap dalam perkara ini
kerana mereka orang Melayu. Beliau kemudiannya bertanya sama ada mereka bersetuju dengan
UMNO sebagai parti politik mereka, dan mereka jawab “tidak”.

Ghaffar sangat terperanjat apabila mereka menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku
dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dirahsiakan itu. Apabila beliau bertanya
siapakah yang telah memberitahu mereka, mereka tergamam dan tidak tahu apa yang hendak
dikatakan.

Kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengangkat sumpah tidak boleh
membocorkan sabarang perkara yang dirunding dalam mesyuarat, dan dengan sebab itu
tentulah menimbulkan teka-teki bagaimana maklumat berkenaan dibocorkan.

Kejadian ini menunjukkan bahawa sangatlah mudah hendak mempengaruhi fikiran orang muda.
Mereka akan percaya “apa sahaja jika perkara itu berulang-kali dicakapkan kepada mereka.
Sesetengah kakitangan dan pegawai juga bertanggongjawab di atas kejadian ini. Beberapa
orang daripada mereka telah sanggup berdiri di atas pentas politik untuk berkempen
menentang Perikatan dalam pilihan raya baru-baru ini. Mereka tidak berjaya menjatuhkan
Perikatan dengan cara berperlembagaan, dan dengan kerana itu mereka itu sibuk menjalankan
usaha untuk menggulingkan Perikatan dengan cara lain.

Bagitulah juga halnya dengan penuntut-penuntut Universiti Malaya. Naib Canselor  Universiti
Malaya, Professor Engku Aziz telah bercakap kapada penuntut dalam kawasan universiti dan
telah mendapat jawapan yang hampir sama daripada mereka.

 Aliran politik telah menjadi begitu berbahaya pada masa ini! Menggunakan penuntut-penuntut
untuk menjalankan kerja yang kotor ini samalah dengan cara yang telah dibuat oleh Parti
Komunis di Indonesia dan Kumpulan Per paduan Afro-Asia di Burma sebagai yang di-Iaporkan
oleh Aleksandr Kaznacheev dalam bukunya bertajuk “Inside A Soviet Embassy” (Di Dalam
Sebuah Kedutaan Soviet) yang telah diterbitkan pada tahun 1962. Kaznacheev telah lari dari
Kedutaan Soviet di Rangoon untuk mencari perlindongan di Kedutaan Amerika.

Dengan memetik buku ini tidaklah bererti bahawa saya membuat sebarang tuduhan atau
sindiran terhadap Russia, kerana saya yakin bahawa mereka tidak melakukan apa jua pun dalam
pilehan raya baru-baru ini, dan tidak pula mereka terbabit dalam peristiwa 13 Mei atau pun
kemudian daripada itu.

Sungguhpun begitu buku ini menceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku semasa
Komunis China dan Komunis Russia masih menjadi sahabat baik. Adalah menjadi satu taktik
kapada semua Komunis untok menggunakan penuntut bagi mencapai tujuan mereka, dan salah
satu daripada senjata yang mereka gunakan ialah Kumpulan Perpaduan Afro-Asia.

Kaznacheev yang menjadi seorang pakar dalam kumpulan agen penyeludup Russia menyebut
Kumpulan Perpaduan Afro-Asia itu sebagai “sebuah pertubuhan belia Komunis yang handal”.
Dia telah menceritakan satu temuramah yang telah diadakan di Rangoon dengan se-orang
pemimpin belia yang dia sifatkan sebagai “saorang peguam terkenal yang rnempunyai
perhubungan yang luas di kalangan Kerajaan Burma dan parti-parti politik yang besar. Beliau
juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam Barisan Bersatu Komunis Kebangsaan (Communist
National United Front), dan juga menjadi salah seorang daripada pemimpin pertubuhan belia
Komunis yang dipanggil Kumpulan Perpaduan Afro-Asia.

Menurut Kaznacheez, pemimpin Burma itu telah berkata sebagaimana berikut mengenai
pengambilan belia.

 ”Belia ini adalah bahan yang terbaik untuk kami. Sekalipun pemikiran mereka di segi politik
tidak masak,  tetapi otak mereka penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar;
buah Komunis yang ditegah itu lebih manis kepada mereka daripada fahaman politik Burma
sendiri. Penuntut-penuntut kita lebeh suika menghadiri perjumpaan yang riuh rendah dan
tunjuk perasaan mengibar bendera daripada tekun dalam pelajaran mereka. Sikap ini adalah
lebeh baik untok kami (bererti untok tujuan Komunis). Mereka mcmuja kejayaan Komunis dan
tidak dapat melihat selain dari it. Mereka gemarkan slogan yang memerangsangkan, suka
memasuki pakatan sulit, dan inginkan pimpinan yang keras. Jadi kerja kami ialah mengadakan
perkara yang mereka sukai. Dan sebagaimana yang diketahui, belia  yang berpelajaran ini amat-
lah penting untuk masa hadapan negara  Burma; satu hari kelak mereka akan meninggalkan
bangku pelajaran mereka dan memegang jawatan yang penting dalam Kerajaan,  perusahaan
dan pasokan bersenjata, Sesetengah daripada mereka akhirnya tentulah hilang minat terhadap
gerakan kita itu, tetapi yang lain akan terus bersama kita.

“Mereka suka mendengar sesiapa yang boleh bercakap panjang dan kuat, jadi kita pun berbuat
bagitu dan tidak ada siapa pun di sini yang menentang kata-kata kita itu! “
“Rancangan perjuangan kita adalah mudah dan ini adalah satu cara perjuangan Lenin yang telah
memberi kesan. Kita mendesak kerajaan bourgeois untuk memberikan kita kebebasan dan
demokrasi yang penoh dan tidak berhad supaya dapat kita memikat orang ramai menyebelahi
kita, dan dengan itu dapatlah kita kebebasan untuk menguatkan kedudokan kita dan melemah
serta menjatuhkan moral musuh-musuh kita. Kita menyeludup masuk ke dalam parti-parti
politik lain secara beramai-ramai, terutama parti yang memerintah dan meletakkan orang-orang
kita memegang kedudukan yang penting dalam jabatn Kerajaan dan tentera. Dengan perlahan-
lahan dan dengan senyap bahkan dengan tidak disedari kita akan mengambil kuasa di seluruh
negara. Ketika itu biarlah satu gerakan yang pantas dan gagah di1ancharkan untuk
menumbangkan Kerajaan bourgeois itu dan merampas kuasa dengan sepenuhnya. Sesunggoh-
nya kita sedar bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat menjayakan rancangan kitaa ini dengan
tidak mendapat pertolongan  China.

“Kita mestilah ingat bahawa semua keadaan yang terdapat dalam negara ini adalah mewajarkan
kita mengambilalih kuasa d negara ini, dan setelah kuasa itu ada di tangan kita, kita akan
meletakkan Burma di jalan yang betul! Ketika itu tidaklah lagi kita memerlukan kebebasan dan
demokrasi bercorak bourgeois yang buruk itu. Gantinya kita akan menubuhkan sebuah Kerajaan
Komunis. Kita akan menunjukkan apakah demokrasi yang sebenar-benarnya dan ketika itu tidak
ada siapa pun yang akan berani menentang kita. Burma memerlukan satu kuasa yang kuat
untuk memerentahnya.”

 lnilah pengajaran yang telah kita dapat ambil daripada apa yang telah berlaku di.negara-negara
jiran kita. Dan kita juga telah dapat melihat bagaimana Negara-negara itu menghadapi kesulitan
akibat daripada perbuatan Komunis China itu. Tanda-tanda telah menunjukkan bahawa chara
dan taktik yang serupa sedang dilakukan oleh mereka dalam Negara  kita sendiri dan kira-nya
rancangan mereka itu dibiarkan, maka hadapilah akibatnya.

Apa yang berlaku di Burma turut berlaku di Negara-negara lain. Puak “pelampau” sedar bahawa
dengan perbuatan mereka menghasut pelajar-pelajar muda itu, terutama di kalangan pemuda
Melayu yang mempunyai semangat kebangsaan,  maka mereka bermain dengan api. Nyatalah
ini yang menjadi tujuan mereka kerana mereka melihat bahawa di negara lain kekacauan oleh
penuntut sentiasa berlaku dalam masa beberapa tahun yang lepas kecuali di Malaysia.

Apakah sebabnya belia  Melayu ini dengan tidak semena-mena  menimbulkan tuduhan  ke atas
Kerajaan kerana tidak menolong orang-orang Melayu, terutama sekali kerana tidak memberi
peluang perniagaan kapada mereka? Menurut mereka. orang Melayu telah menjadi mangsa
kapada kaum “kapitalis” , dan tinggallah orang Melayu sebagai kaum yang miskin. Mereka
memejamkan mata mereka terhadap segala usaha yang kerajaan laksanakan untuk menolong
orang Melayu dalam perniagaan dan perusahaan. Kolej MARA sendiri. Adalah satu bukti yang
jelas betapa besar hasrat Kerajaan untuk memberi mereka pelajaran yang sesuai dengan
kehidupan di Negara  ini dan mengadakan latihan dalam lapangan perniagaan.

Di universiti pula, tempat-tempat telah dikhaskan untok penuntut-penuntut Melayu sehingga


menimbulkan kemarahan dan kecurigaan kaum lain. Sungguhpun begitu nampaknya mereka
belum berpuas hati. Setengah daripada penuntut yang termakan hasutan puak pelampau itu
tidak lagi dapat bersabar bahkan rnendesak supaya perniagaan asing dirampas sama seperti
yang telah di-lakukan oleh Sukarno di Indonesia

Apa yang berlaku seterusnya di Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno yang telah tunduk
kapada golongan pelampau ini? Oleh kerana mereka tidak mempunyai kebolehan dan
pengalaman dan tidak tahu cara-cara perniagaan, maka ekonomi Indonesia telah terjerumus ke
dalam jurang kebinasaan. Moda1 asing telah ditarik keluar dari Negara itu, kilang-kilang
perusahaan telah ditutup, pemodal baru enggan datang, hutang negara telah meningkat
berganda-ganda banyaknya. dan nilai rupiah telah jatuh.

Sekarang di bawah pemerintahan Prcsiden Suharto, seorang pernimpin yang luas fikirannya,
maka barulah Indonesia mula menunjokkan tanda-tanda untuk pulih kembali daripada
kebinasaan yang telah dilakukan oleh Sukarno yang dipengaruhi oleh pelarnpau.

Setelah rnelihat sendiri kejadian yang telah berlaku di negara lain, maka adakah bijak untuk kita
mengikut jejak langkah mereka. Apa yang diperlukan ialah ketekunan, keazaman dan rancangan
yang teratur. Jika Sukarno tidak menyedari syarat-syarat ini, maka mestikah kita buta saperti
beliau. setelah kita mencapai segal a kemajuan dan kemakmuran yang telah kita peroleh sejak
kemerdekaan, dengan pimpinan. yang tersusun dan teratur dalam perniagaan yang bebas?

Pada 24 Ogos, semasa saya berada di Alor Star dalam rangka lawatan ke seluruh negara ,saya
telah memuka tembelang mengenai satu kempen sulit yang dilancarkan untuk .mendapatkan
sokongan dengan berselindung di seabalik ajaran Islam. Kempen itu telah di-beritahu kapada
saya oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohamed Hashim yang telah datang
dari Kangar.

Tan Sri Sheikh Ahmad mendapat tahu berkenaan kempen ini semasa beliau membuka dan
berucap pada persidangan tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar  Is1am Malaysia
cawangan Perlis pada 22 Ogos.

“ Kira-kira 100 orang hadir dalam meshuarat itu, dan kebanyakan mereka kelihatan saperti orang
kampong biasa. Sebelum saya berucap dalam majlis itu, tiga orang pemuda datang dan duduk
di depan saya. Mereka berkelakuan tidak sopan sambil menanggalkan kot mereka. Saya terkejut
melihat belakang kemeja  pemuda-pemuda itu tertulis “Revolusi”.

“Selepas saya berucap, Naib Presiden Persatuan itu dari Kuala Lumpur bernama Mansor bin
Abdul Rahman mengambil alat pembesar suara. Saya terkejut apabila dia mengecam Perdana
Menteri kerana mengambil bahagian chergas dalam Majlis Gerakan  Negara dan menyeru para

hadirin jangan percaya kapada majlis itu. Ia juga mengecham rancangan Kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa Muhibah yang dianggapnya tidak berguna kerana jawatankuasa  itu ditubuhkan
se-lepas berlaku kekacauan.
 ”Banyak lagi perkara yang tidak akan disebut oleh sebarang rakyat yang taat setia telah
kedengaran dilaungkan dalam perjumpaan itu. Malah.dia menyeru .mereka yang hadir dalam
mcsyuarat itu supaya jangan peduli kalau Kerajaan cuba menghalang persatuan itu daripada
mencapai cita-citanya.”

Kejadian di Universiti Malaya pada 28 Ogos dapat memboktikan lagi bagaimana fikiran
penuntut-penuntut Melayu itu telah dipengarohi dan dipesongkan. Pada waktu itu universiti
tersebut menjadi tempat pcrhimpunan antarabangsa terdiri daripada pakar-pakar muzik, penari
dan pclakon dari pelbagai negara Asia Tenggara untuk membincangkan dan menunjukkan
tarian dan lakonan drama tradisional rantau ini. Langkah penge1ola memilih Malaysia dan
Universiti Malaya sebagai tempat persidangan kebudayaan ini merupakan satu penghormatan
yang sangat besar. Kira-kira 200 penuntut Mel.ayu telah mengambil keputusan untuk
mengadakan tunjuk perasaan menentang saya, dan dengan sengaja memilih masa ketika
tetamu-tetamu asing dari Asia Tenggara berada di sini. Sekalipun Naib Canselor, Prof. Ungku
Abdul. Aziz tel.ah memberi amaran kapada penuntut-penuntut itu, mereka ttetap berdegil
mengadakan tunjuk perasaan.

Mereka melakukan tunjuk perasaan mencntang saya di Dewan Tunku Canselor, sebuah
bangunan yang mengambil sempena nama saya untuk mengenang jasa saya sebagai Canselor
Universiti itu. Kelakuan mereka telah menjatuhkan maruah dan memalukan bangsa dan negara
kita. Saya tidak pernah terfikir bahawa perkara yang seperti ini boleh berlaku.

Selama 17 tahun saya telah menjadi pemimpin yang dihormati dan disanjung tinggi
berdasarkan kapada apa yang telah saya buat untok bangsa dan negara. Sekarang dengan
adanya satu fitnah yang jahat maka saya terus dicap sebagai seorang pengkhianat dan musuh
bangsa dan dengan itu saya mesti disingkirkan.Adakah mereka sedar bahawa apa yang mereka
lakukan itu sebenarnya bukanlah menentang diri saya seorang sahaja bahkan menentang
Kerajaan negara ini yang telah ditubuhkan dengan sah dan saya menjadi ketua-nya? Saya telah
dipilih memegang kedudukan itu dengan kehendak rakyat melalui pilihan raya.

Kebanyakan orang telah sedia maklum bahawa saya memang berchadang hendak bersara. Saya
telah berulang kali melahirkan hasrat ini sebelum diadakan pilihan raya umum 1969. Segala
langkah yang telah saya ambil bagi mengatur persaraan saya itu dapat dijadikan bukti tentang
hasrat saya hendak bersara. Saya telah memimpin Tun Abdul Razak untuk bersedia menerima
jawatan yang berat itu, dan langkah saya ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi kerana saya telah.
Berulang kali mengisytiharkan hasrat saya itu. Saya juga telah membeli sekeping tanah dengan
bantuan wang dari. Sahabat-sahabat saya supaya dapatlah saya membena sebuah rumah bagi
orang susah (Home for the Distressed), dan mengendalikan sendiri rumah itu supaya dapatlah
saya berkhidmat selepas bersara kapada mereka yang benar-benar perlukan pertolongan. Jadi
kenapakah dcngan tidak semena-mena timbul penentangan terhadap diri saya, dan kepimpinan
saya dipersoalkan? Mereka melaung-laungkan kempen “Malukan Tunku dan tumbangkan
Kerajaan.”
(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO

Tidakklah dapat dinafikan lagi tentang adanya perebutan kuasa didalam UMNO sendiri antara
mereka yang telah menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk kemerdekaan kita
dengan anasir-anasir baru yang digelarkan ‘pelampau’ (ultras).

Rebutan kuasa ini telah bermula dari sejak dua tahun lepas atau pun terdahulu dari itu.
Penyokong-penyokong yang taat setia kepada UMNO telah dapat mencegah perbuatan puak
‘pelampau’ itu kerana UMNO ketika itu kuat dan kerana adanya sokongan yang penuh daripada
semua ahli, dari atas sampailah ke bawah.

Dengan sebab itu mereka yang memanggil dirinya ‘pelampau’ (ultras) pada keseluruhannya
tidak membuat bising sekali pun mereka bergerak cergas dengan menjalankan kempen sulit di
kalangan belia yang mengelarkan diri mereka bijak pandai (intellectual). Saya sentiasa
menasihatkan penuntut-penuntut yang masih muda itu supaya kita sentiasa mengawasi dan
menentang ahli-ahli politik yang seperti ini. Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara
sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di
benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka
fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita
Malaysia ini kedudukannya sangatlah berlainan.

Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh dikatakan bergantung sepenuhnya
kepada sokongan kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah univesiti yang teratur
baik dengan mempunyai lebih 6,000 penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh
dilakukan untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat pengalaman dan dapat
mengadakan peruntukan yang lebih banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan
universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yamg telah kita rancang
dan meletakkan kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari universiti-universiti
yang terbaik dalam Komanwel. Misalnya Universiti Pulau Pinang telah dimulakan dengan secara
yang kecil tetapi kita mempunyai rancangan untuk masa hadapan universiti itu sebagaimana
yang kita telah lakukan untuk lain-lain rancangan kerajaan.

Tidak lama lagi sebuah Universiti Kebangsaan akan ditubuhkan untuk memberi peluang kepada
mereka yang tiada kesempatan melanjutkan pelajaran tinggi di dalam bahasa-bahasa yang lain
dari Melayu supaya dapatlah mereka juga peluang bekerja sebagaimana orang-orang lain yang
berkelulusan universiti. Langkah permulaan telah pun dibuat dengan membuka Jabatan
Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Inilah juga tujuanya bagi Maktab Latihan Mara di mana
penuntut-penuntutnya diberi pelajaran dan latihan untuk mendapatkan pengetahuan yang
perlu bagi membolehkan mereka menjalankan pekerjaan masing-masing kelak, terutamanya
untuk menolong mereka memperbaiki kehidupan orang-orang kita yang berselerak di merata
ceruk rantau dan kawasan-kwasan luar bandar sehingga ke perbatasan hutan rimba.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan unuk memperkaya dan memperbaiki lagi Bahasa
Melayu sehingga taraf kedudukannya telah dapat ditinggikan lagi dan dengan itu Bahasa
Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaaan – Bahasa Malaysia.

Segala rancangan yang dilancarkan untuk pelajaran tinggi itu adalah bertujuan supaya pada
masa hadapan kelak penuntut-penunutut inilah yang akan dapat menolong bagi menyebarkan
ilmu pengetahuan dan juga menolong untuk menghapuskan kejahilan dan kemiskinan. Menjadi
harapan kita bahawa mereka akan menolong orang-orang Melayu yang ada pada umunya tidak
menunjukkan kecenderungan dalam lapangan memperbaiki lagi kehidupan mereka kerana
orang-orang Melayu ialah satu bangsa yang suka meneruskan cara hidup yang diwarisi dari
zaman ke zaman dengan tidak mempunyai sebarang pandangan dengan cara-cara bagaimana
mereka boleh mendapat penghidupan yang lebih baik dalam dunia ini.

Kita juga telah mengharapkan bahawa melalui generasi penuntut-penuntut yang berpelajaran
tinggi ini untuk masuk ke pelbagai lapangan, akan dapat memberi nafas dan semangat baru
dalam kehidupan orang Melayu. Mereka patutlah belajar dengan tekun semasa berada di
universiti, maktab dan pusat-pusat latihan supaya mereka menjadi rakyat yang berguna untuk
bangsa mereka sendiri.

Perkara yang sangat mendukacitakan ialah golongan yang memanggil diri mereka “pelampau”
dan “bjjak pandai” menggunakan pusat-pusat pengajian tinggi ini untuk mengganggu pelajaran
penuntut dengan memasukkan jarum politik mereka. Adalah menjadi satu perkara yang sangat
dikesali bahawa apa yang Kerajaan telah buat untok kebaikan mereka telah menimbulkan kesan
yang bertentangan dengan tujuan Kerajaan, dan menjadi satu masalah yang terpaksa kita
hadapi.

Dalam perbualan saya dengan Tun Abdul Razak, kami telah mengkaji setiap rancangan  yang
telah dilakukan oleh Kerajaan untok menolong rakyat negeri dari sejak tercapainya
kemerdekaan. Masjid, surau dan sekolah agama telah dibina di seluruh negara. Banyak orang
yang mendapat faedah daripada ranchangan Kerajaan itu telah berpaling tadah menentang
Parti Perikatan.

Bagitulah juga pusat-pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan tujuan
memberi pelajaran dan ilmu pengetahuan yang boleh mendatangkan kebajkan dan keuntungan
kapada mereka keluarga mereka, telah menjadi tempat yang merunsingkan fikiran kami. Tun
Abdul Razak berkata: “Nampak-nya semua tidak berjalan dengan betul sebagaimana yang
dikehendaki. Tetapi bagaimanakah mereka sampai hati berbuat demikian kapada Tunku pada
hal Tunku telah banyak membuat jasa kapada rakyat dan negara. Patik sendiri tidak faham.”

Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan selain daripada mengatakan bahawa mereka
telah depengaruhi sewaktu umur mereka masih begitu muda untuk mempercayai apa sahaja.
Semua perkembangan ini berlaku semasa negara kita baru sahaja berada di ambang
pembangunan, kemakmuran baru yang mungkin tidak pernah tercapai dalam sejarah Asia
Tenggara sebelum ini.
Jika berlaku apa-apa kepada negara ini sekarang, maka akan timbullah keadaan huru-
hara walhal pilihan raya telah pun tamat dan krisis yang timbul daripada rusuhan telah dapat
dikawal, begitulah juga segala tindakan di bawah Undang-Undang Darurat telah berjalan
dengan jaya. Jika kejadian ini berlaku, maka Malaysia akan mundur ke belakang beberapa tahun,
dan segala yang telah dicapai dalam masa 12 tahun kemerdekaan kita, segala kemakmuran dan
kejayaan yang kita telah dapati semuanya akan rosak. Kita mestilah tegas supaya kejadian ini
tidak akan berulang lagi.

Puak pembangkang dan musuh-musuh parti yang memerintah tentulah segera akan mengambil
kesempatan dalam suasana yang saperti itu, dan sebenarnya inilah peluang yang mereka
tunggu. Tujuan mereka ialah hendak menjahanamkan Perikatan, dan dengan menjahanamkan
Perikatan dapat-lah mereka menjahanamkan bangsa dan negara yang telah di-bina oleh
Perikatan.

Jika Negara ini mempunyai musuh-musuh di  dalam dan luar negara, maka mestilah kita semua
menyedari bahawa adalah menjadi satu perkara yang amat sukar bagi mana-mana   Kerajaan
juga pun hendak memperteguhkan kedudokannya sambil memelilara darjah keamanan dan
keselamatan yang telah kita semua nikmati sejak kemerdekaan.

Perebutan kuasa di kalangan UMNO, bukanlah satu perkara yang boleh mendatangkan
kebaikan. Banyak ahli yang jujur telah. dapat dipesongkan oleh “pelampau” itu, dan dengan itu
mereka juga tertarik dengan kemungkinan Perikatan menubuhkan Kabinet tanpa wakil MCA
di dalamnya. Semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataan bahawa MCA patut berundur dan
tidak mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan, puak pelampau itu (ultras)
menyokong secara terang-terangan. Kebanyakan daripada puak pelampau itu merasa senang
hati kerana apa yang mereka cita-citakan  akan menjadi kenyataan. 

Tujuan mereka ialah supaya saya brundur terlebih dahulu dan jika kejadian ini berlaku. barulah
mereka akan meneruskan ranchangan mereka yang lain. Sebab itulah tuduhan-tuduhan Dr.
Mahathir terhadap diri saya telah disebarkan seluas-luasnya.

Puak “pelampau” ini’ telah berusaha dengan cara sulit untuk menarik ahli-ahli UMNO khasnya
dan orang Melayu  amnya supaya mengikut rancangan mereka itu. Mereka telah berjaya
mendapatkan sokongan  di kalangan orang-orang muda yang tidak dapat berfikir sendiri, tetapi
pada keseluruhannya cita-cita mereka itu telah ditolak kerana ia disifatkan sebagai satu
rancangan yang tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Da1am pilihan raya yang 1epas kita telah dapat saksikan bahawa orang-orang Cina pada
umumnya tidak berpegang kapada fahaman po1itik yang kuat tentang bagaimana mereka akan
membuang undi. Pendirian mereka boleh berubah dari satu parti ke parti yang lain. Misalannya,
Dr. Lim Chong Eu yang sekarang ini menjadi Ketua Menteri Pu1au Pinang. Pada satu ketika du1u
dia menjadi pemimpin MCA, kemudian meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya 1964, tetapi
pada ketika itu orang-orang Cina masih menyokong MCA. Tetapi dalam pilihan raya  baru-baru
ini, orang-orang Cina telah berpusing ke belakang dan menyokong calon-calon parti lain,  dan
dengan perkembangan ini maka Dr. Lim sebagai pemimpin Parti Gerakan telah menjadi Ketua
Menteri Pulau Pinang.

Kita tidak boleh meramalkan apakah sikap pengundi-pengundi Cina dalam pilihan raya akan
datang. Mungkinkah mereka ke1uar dan mengundi MCA? Dengan kekalahan MCA, atau pun
yang disifatkan sebagai satu kekalahan oleh mereka, maka tidak ada sebab kenapa kita patut
berasa terharu atau bimbang tentang masa depan MCA. Malah tidak patut kita menolak
seorang sahabat yang telah berdiri bersama-sama dengan kita sekian lama dan menolong kita
mencapai kemerdekaan.

Di kalangan ahli-ahli yang setia, terdapat beberapa orang yang berkehendakkan supaya UMNO
atau orang Melayu sahaja yang memerintah Negara ini. Cita-cita seperti ini tidak dapat
dilaksanakan dalam sebuah negara yang jumlah pendudoknya berbilang kaum, tetapi kumpulan
“pelampau” berpegang kapada pemikiran saperti ini dengan tujuan hendak
mendapat sokongan orang-orang Melayu.

Cadangan “pelampau” supaya orang-orang Melayu sahaja memerintah Negara ini, pada jangka
panjang tidak akan berjaya. Sikap ini mengikut taktik PASdan tidak sekali-kali akan dapat
menyelesaikan kesulitan yang kita hadapi. Mungkinkah mereka akan mengadakan satu ikatan
yang kekok dengan PAS? SDekiranya ini berlaku, saya percaya ikatan itu akan merupakan satu
perkongsian yang lemah. Oleh yang demikian percubaan hendak menukarkan konsep UMNO
dari apa yang telah pun terbukti kejayaannya sa-hingga hari ini,  adalah satu perbuatan mencari
kehancuran.

Kerjasarna UMNO, MCA dan MIC  bukan sahaja telah dapat mendatangkan keamanan dan
kemakmuran kepada negara bahkan juga telah dapat menolong Kerajaan mempunyai
kewangan yang cukup untuk mengadakan wang yang banyak bagi pembangunan luar bandar.

Dengan demikian, adalah tidak bijak jika polisi itu hendak diubah semata-mata kerana kita telah
mengalami sadikit kekalahan di sana sini? Sebenarnya Perikatan tidak boleh dikatakan kalah
kerana jika di-pandang daripada keputusan pilehan raya itu pada keselurohannya, nyata
bahawa Perikatan telah menang lebih sekali ganda dalam Parlimen berbanding jumlah kerusi
yang dimenangi pembangkang.

Kemenangan bagi sebuah parti untuk memegang kuasa sebegitu lama adalah satu kejayaan
yang sangat luar biasa dalam system demokrasi. Malangnya kebanyakan orang kita cuma
sanggup merayakan kemenangan sahaja, tetapi tidak sanggup menerima kekalahan. Allah telah
berfirman dalam Quran bahawa “manusia tidak jemu berdoa memohon kebaikan, tetapi jika dia
ditimpa kesusahan, maka dia berputus asa, berputus harapan.”

Sikap yang seumpama itu membuktikan bahawa orang kita tidak mempunyai kekuatan moral
dan semangat. Dengan sebab itu pendirian mereka bergoyang dan mereka pun mencari
kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Sikap “pelampau” ini (yang sekarang ini disokong pula oleh puak cauvinis) berjalan di atas
lunas-lunas yang berbahaya yang akan merendahkan darjah politik UMNO, ringkasnya
meletakkan taraf pemikiran politik kita serendah yang dipegang oleh PAS.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak

MENURUT “pelampau-pelampau” yang telah dapat memujuk golongan muda, negara ini adalah
kepunyaan orang Melayu sahaja dan orang-orang lain tidak berhak ke atasnya. Tidak ada siapa
pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini ialah sebuah negara orang Melayu,
dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Dengan sebab itulah Perlembagaan mesti
mengadakan syarat-syarat khas mengenai adat istiadat dan hak orang-orang Melayu.

Syarat-syarat ini terkandung dalam Perlembagaan kita. Mestilah diingat bahawa Perlembagaan
negara kita telah digubal setelah mendapat kata sepakat daripada semua kaum kerana mereka
memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang Melayu. Oleh. kerana orong Melayu
sentiasa cenderung kepada pemerintahan beraja, maka Perlembagaan telah menentukan
bahawa negara ini mestilah diperintah oleh Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih
dari kalangan Sultan.

Sambil itu Perlembagaan juga mengawal dan menghormati kedudukan dan hak kedaulatan
Raja-Raja  Melayu, seperti perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat orang Melayu.
Perlembagaan itu juga mensyaratkan bahawa agama Islam hendaklah menjadi agama rasmi
bagi negara dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Ringkasnya,
Perlembagaan mempertahankan dah mengkanunkan hak-hak  orang Melayu buat selama-
lamanya.

Bahkan Perlembagaan juga telah menentukan perkara-perkara yang lain untuk orang Melayu. Ia
mengakui hakikat bahawa semasa Perlembagaan itu digubal dengan persetujuan semua pihak,
setiap orang telah sedar dan menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu
telah tertinggal daripada  kaum-kaum lain. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.
Oleh itu satu syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran ekonomi orang
Melayu.

Sesungguhnya, laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan,


“bahawa sebagai basil daripada perjanjian-perjanjian yang asal dengan Negeri-Negeri Melayu
yang ditegaskan dari masa ke masa, maka kedudukan istimewa. orang Melayu itu sentiasa
diperakui, dan perakuan ini telah dinyatakan sekali lagi -dalam Perjanjian. Persekutuan Tanah
Melayu 1948.”

Selanjutnya suruhanjaya itu menyatakan bahawa pada ketika itu ada empat perkara mengenai
dengan kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi perlindungan. Perkara-
perkara itu ialah tanah simpanan orang Melayu di negeri-negeri; peruntukan khas (kuota)
jawatan Kerajaan; peruntukan khas mengenai pengeluaran permit dan lesen perniagaan  seperti
lesen lori dan kereta sewa; dan akhirnya pelbagai peringkat biasiswa, sama ada yang merupakan
bantuan penuh atau sebahagian, dan berbagai-bagai-bagai lagi bantuan untuk tujuan pelajaran
yang diberikan kepada orang Melayu.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa “orang Melayu akan menghadapi satu kedudukan yang
sangat lemah berbanding dengan kaum-kaum lain kiranya syarat-syarat istimewa ini ditarik balik
dengan tiba-tiba.” Mereka membuat perakuan supaya kedudukan yang terdapat  pada waktu itu
patutlah diteruskan  untuk satu masa yang panjang.

Dengan lain-lain perkataan, ahli-ahli Suruhanjaya itu telah menyatakan bahawa keutamaan
ekonomi bagi orang Melayu sangatlah perlu. Mereka mencadangkan supaya perkara ini dikaji
ba1ik seIepas 15 tahun. Kesemua pandangan ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan itu.

Sejak kemerdekaan, kerajaan Perikatan yang telah memegang kuasa telah mematuhi syarat-
syarat yang terkandung dalam Perlembagaan ini dan menjalankan polisinya untuk menentukan
supaya cita-cita hendak memajukan ekonomi orang Melayu itu pada keseluruhannya
dapat dicapai. Dengan sebab itulah Kerajaan telah menjalankan dan melaksanakan
rancangan pembangunan luar bandar, sehingga dapatlah dikatakan bahawa bermacam-macam-
macam   perkara telah dibuat untuk faedah orang Melayu daripada mereka dalam rahim
sehinggalah ke pintu .kubur.

Salah satu daripada rancangan  kerajaan ialah penubuhan Mara yang bertujuan untuk melatih
orang Melayu dalam pelbagai jenis pekerjaan yang mereka tidak pernah mendapat peluang
menjalankannya pada masa yang lepas. Tujuannya ialah supaya mereka mendapat tempat yang
hak  dalam seluruh masyarakat bangsa kita. Tempat-tempat dikhaskan untuk orang Melayu di
Universiti Malaya dan di maktab-maktab teknik. Pelajaran permulaan diberikan dalam Berbahasa
Kebangsaan di semua sekolah tidak kira untuk mana-mana kaum. Tidak lama lagi sebuah
universiti lagi akan ditubuhkan untuk membuka peluang baru bagi orang Melayu. Dan selagi
kerajaan Perikatan masih memegang kuasa, maka banyaklah lagi rancangan yang akan
dilaksanakan bagi faedah orang Melayu.

Segala usaha sedang ditumpukan kepada kerja yang boleh mendatangkan faedah bagi ekonomi
orang Melayu. Meskipun begitu, banyak lagi yang perlu dibuat. Sebarang kajian semula
mengenai soal ini tidaklah sekali-kali akan mencacatkan hak-hak orang Melayu sebagaimana
yang tercatatt dalam Perlembagaan.

Sementara itu, tidaklah boleh kita lupakan kepentingan lain-lain kaum sebagaimana yang
disyaratkan dalam Perlembagaan. Kita mestilah ingat bahawa kesemua kaum lain ini telah
bersama-sama dengan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri ini.

Jangan-lah kita mengetepikan hakikat bahawa sebelum kita menjadi sebuah negara yang
merdeka. kita cuma sebuah tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Kiranya semua kaum
tidak bersatu untuk kemerdekaan, negara kita tentulah masih lagi menjadi Tanah Jajahan British
sehingga hari ini. Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan
disokong oleh kaum-kaum lain dilancarkan, maka timbullah semangat hendak menghalau dan
menamatkan penjajahan di negara ini, dan dengan kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil
tempat kita yang hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Kita mestilah  menyedari bahawa
perubahan yang seperti inilah juga yang telah membawa negara-negara lain di Afrika menjadi
bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Tidak siapa pun yang membangkang usaha Kerajaan hendak menolong orang Melayu kerana
semua orang yang siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu telah terbiar di
negara mereka sendiri. Dasar Kerajaan ialah menggalakkan supaya mereka yang tidak berada
dan anak-anak mereka itu supaya maju ke hadapan, dan memberi kepada mereka segala
kemudahan untuk perbaikan masa hadapan mereka.

Seorang pegawai asing telah menyatakan kepada saya bahawa kemajuan yang dibuat oleh
orang Melayu dalam masa 10 tahun kemerdekaan sangatlah menakjubkan. Saya menjawab
bahawa kiranya kita mendapat peluang, dan dengan adanya keamanan yang berkekalan dalam
negara, maka banyak lagi yang akan dapat kita lakukan.

Apabila Undang-Undang Bahasa Kebangsaan diluluskan, maka puak “pelampau” dalam UMNO
tidak bersetuju dengan beberapa fasal yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong
membenarkan penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud-maksud rasmi yang difikirkan
mustahak.

Mereka juga tidak bersetuju diberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri menggunakan sebarang terjemahan bagi surat atau perutusan dalam bahasa
kaum lain untuk maksud yang difikirkan perlu bagi kepentingan awam.

“Pelampau2″ itu mendakwa bahawa kita menggalakkan kaum lain menggunakan bahasa mereka
sendiri. Mereka mahu supaya Bahasa Kebangsaan diamalkan sepenuhnya dan dengan serta-
merta tanpa memberi peluang kepada orang lain membiasakan diri mereka dengan Bahasa
Kebangsaan secara berberansur-ansur.

Mereka tidak sedar bahawa negara-negara baru lain telah cuba dari semenjak beberapa tahun
yang lepas hendak mengadakan satu bahasa kebangsaan, tetapi tidak berjaya. dan banyak lagi
dari negara yang masih menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan: masalah ini. Mereka juga
tidak sedar bahawa India yang mempunyai satu bangsa daripada berbagai-bagai-bagai  suku
belum lagi dapat melaksanakan satu Bahasa Kebangsaan. Jadi sikap tidak sabar yang
ditunjukkan  oleh “pelampau2″ itu tidaklah wajar.

Saya berpendapat penerimaan Undang-Undang Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak


merupakan satu kejayaan. dan saya suka memberi masa kepada kaum lain mengamalkan bahasa
itu sepenuhnya. Langkah memaksa orang lain menerima setiap perkara yang hendak dibuat
ada-lah satu polisi yang salah dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Kelas-kelas dan kursus Bahasa Kebangsaan telah mendapat sambutan. Keadaan ini
mendorongkan kita semua menaruh harapan bahawa tidak lama lagi bahasa itu akan diletakkan
di tempat yang sepatutnya dalam Malaysia yang merdeka.

Kita boleh tengok sikap penuntut di sekolah Cina yang berpaling ke negara  China untuk
menumpahkan taat setia mereka. Mereka menentang Bahasa Kebangsaan sebagai satu dasar
dan dengan sebab itu mereka mengutuk rakan kita MCA yang telah mempersetujuinya. lnilah
salah satu sebab kenapa MCA hilang sokongan orang China dalam pilihan raya lalu. Oleh itu
jelaslah bahawa pelaksanaan penuh Bahasa Kebangsaan itu memerlukan masa.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi
terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut
peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa
Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua.  Jika
“pelampau” Melayu mahu menunggangbalikkan Perlembagaan, maka mereka akan  membuta
tuli terjerumus ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan kacau-bilau.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?

Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak “pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan
Malaysia yang kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh
binaan dan membinanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka
berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan menubuhkan sebuah republik.

Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja adalah membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan Sultan di
semua negeri dihapuskan. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah
membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk
menegakkan kebesaran dan  kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata.

Saya suka mengingatkan bahawa dalam negara yang telah menegakkan pemerintahan republik
bagi menggantikan pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah diboroskan
dengan cara lain. Sesunggohnya banyak negara yang telah melakukan perubahan sistem
pemerintahan dan. kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan wang sekalipun
mereka tidak payah lagi membuat peruntukan bagi perbelanjaan diraja.

Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh menyelamatkan wang negara sekalipun mereka
tidak perlu lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu tidak ada Raja dan
bercorak republik. ia mesti mempunyai seorang Presiden, dan  taraf serta kedudukan Presiden
itu perlu dipelihara sama seperti Raja itu juga.
Di zaman pemerintahan penjajah dulu, negara-negara itu dapat menyimpan wang dari hasil
mahsulnya sekalipun mereka kena mengadakan peruntukan bagi Raja-Raja, dan memberi
sumbangan mereka kepada khazanah Kerajaan penjajah yang memerintah mereka. Sekarang
mereka menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada Raja dan penjajah. Ke manakah segala
kekayaan itu ghaib?

Lihat sahaja sekeliling dunia. Kenapa negara-negara yang mempunyai raja berperlembagaan
pada umumnya kaya dan makmur. Kita boleh misalkan sesebuah negara itu sebagai rumah bagi
penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang
itu berbangga dengan tempat kediamannya, maka tentulah dia akan mencurahkan wangnya
untuk menghias rumah itu supaya dapat menikmati keselesaan dan keindahan.

Begitu jugalah rakyat sesebuah negara boleh berbangga bukan  sahaja dengan cara ia ditadbir,
bahkan juga cara bagaimana dapat mempertahankan adat-resam dan istiadat. Mereka
berbangga dengan cara pemerintahan beraja yang mereka pusaka kerana Raja menjadi simbol
kebanggaan mereka.

Di Eropah, Britain, tiga buah negeri dalam gabungan Scandinavia, Belanda, Belgium dan  Greece
semuanya mempunyai pemerintahan beraja. Di Timor Tengah dan Afrika,  Saudi Arabia, Iran,
Jordan. Morocco dan Habshah ialah negara-negara beraja. Di Timor Jauh,  Jepun, Thailand, Laos
dan Malaysia juga beraja. Dan di Kampuchea mereka mempunyai pemerintahan beraja cara
mereka sendiri.

Dalam kebanyakan negara tersebut,  perubahan yang penting telah dilakukan. Maharaja atau
Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka menjadi simbol adat dan kebesaran sesebuah
negara. Di Malaysia, orang Melayu sentiasa taat kepada dalam sepanjang sejarah kita, kerana
kita sentiasa mengakui Sultan sebagai ketua negeri. Orang Melayu yang tidak pernah mendapat
kesempatan mempunyai sebuah negara itu telah hidup dalam Semenanjung yang  terbahagi
kepada beberapa buah negeri, setiap negeri  mengamalkan satu corak pemerintahan yang
serupa iaitu kesemuanya mempunyai Raja.

Keadaan  telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia sekarang telah menjadi satu negara
yang berupa Persekutuan Negeri-Negeri. Dalam sesebuah Persekutuan sebagaimana di Amerika
Syarikat atatau Kanada; sesebuah negeri itu mempunyai seorang gabenor dan ada
perlembagaannya sendiri yang berlainan daripada Perlembagaan Persekutuan. Dan mana-mana
Perlembagaan jua pun berkehendakkan supaya ada seorang Ketua Negeri, yang nama dan
tandatangannya menjadi meteri kekuasaan yang mutlak bagi undang-undang dan kerajaan.

Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah mencantumkan sistem yang lama dan yang baru.
Daripada 13 negeri dalam Persekutuan, sembilan mempunyai Raja dan empat mempunyai
Gabenor sekalipun gelarannya berlainan

Mereka yang dipanggil “pelampau” itu kesemuanya terdiri daripada orang Melayu, iaitu satu
kaum yang sentiasa mempunyai adat-resam beraja. Kehormatan yang diberikan oleh orang
Melayu kepada Raja mereka telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang
demikian payah hendak difahami kenapa “pelampau-pelampau” ini mahu menghapuskan adat
yang telah menjadi darah daging orang Melayu. Sebilangan pelampau ini telah menuntut di
England dan berkahwin dengan perempuan Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang
yang telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak membuka mata mereka semasa
berada di sana untuk memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya sangat tertarik hati dengan cara orang
Inggeris menumpahkan taat  setia mereka kepada Raja dan Ratu mereka. Sebenarnya orang
Inggeris sentiasa membentuk cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan Raja-Raja
mereka. Misalnya  mereka merujuk kepada mana-mana generasi dengan menyebut zaman
pemerintahan seseorang Raja.

Sebagaimana yang dunia ketahui, orang Inggeris adalah bangsa yang terpe1ajar; tetapi mereka
juga tahu apa yang baik untuk masyarakat mereka. Dengan kerana itu pemerintahan beraja
tidak pernah luput daripada sejarah mereka. Pada zaman ini mereka tidak lagi menyifatkan Raja
sebagai pelindung mereka seperti zaman  silam, atau pun mencari perlindungan untuk
keselamatan di bawah naungan Raja itu. Mereka cuma menerima Raja sebagai simbol
kemegahan mereka di masa lampau dan untuk memenuhi kehendak perlembagaan.

Tidakkah “pelampau-pelampau” yang berdarah muda ini dan yang menggelar diri mereka “bijak
pandai” dapat melihat semua itu semasa mereka berada di sana? Apabila  saya bertanya apakah
yang mereka akan buat bagi menggantikan Raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri
mereka anak watan, terjamin dan ada perlindungan, mereka menjawab bahawa mereka akan
memikirkan hal itu apabila  sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah tujuan
jawapan mereka itu.

Memanglah benar bahawa politik yang dijalankan atas asas-asas demokrasi tidak dapat
menjamin seseorang ahli politik itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, atau pun
parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-ahli politik dan parti politik naik dan
turun, tetapi Raja tetap di atas takhta masing-masing.

Raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua orang dan dapat mengadakan
pemerintahan yang berturun-temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang Melayu pula,
Raja dapat menimbulkan rasa keperibadian mereka. Sesungguhnya perasaan keperibadian
orang Melayu yang bertali dengan Raja mereka menjadi sebab kenapa parti-parti pembangkang
bukan Melayu telah bertubi-tubi  melancarkan kemnpen pilihan raya menentang hak-hak orang
Melayu. Adakah “pelampau” ini mahu memainkan politik yang sama dengan pembangkang
bukan Melayu itu?

Mengenai dengan wang yang dibelanjakan kerana memelihara kedudukan Sultan, saya sendiri
berpendapat bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan faedah kepada negara
kerana pada hari ini kita menjadi salah sebuah negara yang termakmur. Di Asia. Dan Raja-Raja
telah memainkan peranan dengan cergas menurut Perlembagaan.
Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memanggil, menangguh dan
membubarkan Parlimen, dan melakukan upacara pembukaan penggal baru bagi persidangan
Parlimen dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar yang Kerajaan akan
laksanakan. Bagindalah yang menjadi puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan Baginda
bertindak dengan nasihat Perdana Menteri. Persetujuan Baginda mestilah diperoleh terlebih
dahulu untuk melantik Perdana Menteri dan menubuhkan Kabinet. Ringkasnya, Yang di-Pertuan
Agong adalah sumber yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Rakyat Malaysia telah mempersetujui sebuah Perlembagaan dan dalam Perkara 7


Perlembagaan  tertulis bahawa “Persekutuan hendaklah menjamin hak Rara-Raja setiap negeri
menaiki takhta Kerajaan Negeri itu dan haknya memegang, memakai dan menjalankan hak dan
kelebihannya sebagai Raja Negerinya menurut Perlembagaan Negeri itu. Pertelingkahan
berkenaan dengan hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negeri itu hendaklah diputuskan
semata-mata oleh pihak yang tertentu dan dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan
Negeri itu.”

Perlembagaan mengatasi segalanya dan mestilah dipatuhi oleh semua orang, daripada Yang di-
Pertuan Agong hinggalah  kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan hendak dilakukan dalam
Perlembagaan, maka pindaan itu cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai pentadbiran
harian. Bencana yang besar akan menimpa sesebuah negeri kiranya dilakukan sebarang
percubaan hendak membuat pindaan yang besar ke atas Perlembagaan.

Oleh yang demikian Perlembagaan yang diletakkan di bawah perlindungan Yang di-Pertuan
Agong itu adalah menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan pentadbiran yang teguh.

“Pelampau-pelampau” yang terdiri daripada orang muda ini tidak menghiraukan tentang
keteguhan yang Malaysia nikmati sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami apa
ertinya keteguhan itu dan pentingnya  untuk kemajuan dan  pembangunan yang orang Melayu
mendapat faedah daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan tanpa
menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul. Tidak ada salahnya hendak mengadakan
perubahan dengan syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih baik kepada
kita semua, tetapi jika perubahan itu semata-mata  kerana sesuatu muslihat dan untuk
kepentingan sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah ia mendatangkan faedah kepada bangsa dan
negara. Perubahan yang seumpama itu tentu-lah akan merosakkan corak penghidupan kita. Jika
“pelampau-pelampau” itu berkeras hendak mengadakan perubahan yang besar itu, maka
mestilah mereka sanggup bertanggungjawab di atas bencana yang akan menimpa negara. .

Saya nasihatkan “pelampau-pelampau” ini supaya jangan menghambat bayang-bayang. Marilah


kita semua berpuas hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini kerana seluruh dunia
memandang tinggi dan memuji di atas apa yang telah kita capai. Marilah kita bersyukurr dengan
segala rahmat Tuhan.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)
BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan

SEMUA ahli-ahli UMNO tentuIah sedar bahawa parti itu memberi kebebasan kapada mereka
dengan secara yang amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan mereka di dalam
parti. lni sudah menjadi satu amalan. Teguran-teguran adalah di terima dan disambut dengan
baik. Terutama jika pandangan itu membina. Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli
UMNO merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi ahli-ahli sesebuah parti; mereka mesti
patuh kepada keputusan-keputusan ramai dan mengikat diri mereka dengan disiplin parti.

Tetapi Dr. Mahathir tidak patuh kepada sekatan-sekatan itu. Setelah beliau menulis sepucuk
surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di atas
kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas
kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah
supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang
kapada orang-orang lain menentang saya.

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? TentuIah surat itu bertujuan
bukan sahaja untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memecah-belahkan
seluruh UMNO dan juga Perikatan dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau
telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keseluruhannya, dan
bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh
perasaan benci dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya
peristiwa 13hb. Mei. Dengan memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau berharap
bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk
bangsa dan negara saya.

Pengorbanan yang telah saya buat adalah diketahui oleh semua orang. Tidaklah susah hendak
menimbulkan sesuatu kerosakan, tetapi sangatlah susah hendak membetulkannya balik.
Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai membakar sebuah rumah kayu, iaitu satu perbuatan
yang senang dilakukan, tetapi hendak memadamkan api itu sangatlah susah.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka
mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap.
Saya akan membersihkan nama baik saya dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang
yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri sendiri semasa saya memegang
jawatan Perdana Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah
melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan
kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab kenapa timbulnya
kemarahan terhadap saya. Walhal sebaliknya saya sentialah menaruh kesedaran yang
sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan
yang baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi
oleh mana-mana negara lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu itulah yang telah
menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak
berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah yang mengatakan sayaIah yang
bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu. Dr. Mahathir
sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana
sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan
juga penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman itu.

Sebagai seorang yang duduk di negeri Kedah, beliau tahu bahawa sebelum British keluar dan
sebelum daripada Pemerintahan Tentera Jepun mengambilalih kuasa, sayalah yang telah
berusaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk di bawah jagaan saya di Kedah Selatan. Saya
telah bekerja siang dan malam dengan menghadapi berbagai-bagai rupa ancaman dalam waktu
yang penuh dengan bahaya itu untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Beliau juga tahu bahawa sebelum Jepun menyerah diri, Alor Star telah diancam oleh pasukan
Komunis, dan ketika itu sayalah yang telah berusaha untuk mengumpulkan orang-orang Melayu
bagi mempertahankan bandar itu, bandar tempat kediaman saya dan beliau. Saya telah
menghantar Dato’ Aziz bin Mohd. Zain, Syed Agil bin Syed Hassan Barakbah yang kedua-duanya
sekarang ini menjadi Hakim, dan Senu bin Abdul Rahman ke balai Polis Alor Janggus untuk
melepaskan anggota polis yang telah dipenjarakan di dalam lokap oleh pasukan Komunis
“Bintang Tiga “. BegituIah juga untuk melepaskan ketua kampung bernama Haji Yusof dalam
lokap itu. Semasa k Mohd. Khir Johari dan beberapa orang lagi menolong menjaga Balai Besar
Polis Alor Star, saya sendiri telah menembusi garisan pertahanan Komunis untuk membuat
perhubungan dengan Pasukan 136. Dua orang anak saudara saya, Tunku Osman yang
sekarang menjadi Jeneral dan Tunku Yusof adalah anggota pasukan itu yang ketika itu berada di
hutan Padang Terap.

Dr. Mahathir juga tahu usaha yang telah saya jalankan untuk mengambil kira-kira 200 orang
bagi memasuki Pasukan 136 itu, dan bagaimana orang-orang ini akhirnya telah masuk ke
bandar Alor Star dengan membawa kemenangan di bawah pemerintahan Kolonel Hasler apabila
Jepun menyerah diri. Mungkin beliau tidak tahu bahawa wang yang telah saya belanjakan untuk
mengadakan alat pengangkutan dan perbelanjaan yang lain bagi Pasukan 136 itu tidak dibayar
balik kepada saya sehingga hari ini.

 Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas, bagaimanakah sampai hatinya
menuduh saya bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan
sahajalah yang amat mengetahui penderitaan saya di atas apa yang telah berlaku pada hari
yang menyedihkan itu.

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di atas sekeping kertas
dengan tidak mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka
biarlah mereka mencari seorang pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan pemimpin
yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan
di dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak
menjalankan kewajipan saya dalam masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak
menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam
suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya semasa kekacauan
itu adalah satu tuduhan yang paling dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tengah malam yang paling buruk semasa
krisis itu berlaku iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentuIah dapat
menimbangkan bahawa segala tuduhan-tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga
tentuIah sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr. Mahathir juga menyebut bahawa anggota-
anggota pasukan keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci
terhadap diri saya. lni menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen
yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri
saya.

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga
mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu soalan yang
susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di
dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka
“pelampau” atau “bijak pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-
kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah
bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat
yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka
kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk
menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah
Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk
disiasat dan diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa sekiranya saya tidak berbuat
begitu, maka orang-orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya
itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr. Mahathir dibawah undang-undang
jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah Undang-
undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh
dilakukan, bahkan inilah nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka mengambil
tindakan menurut undang-undang biasa negara supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan
dengan sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang akan saya ambil, tetapi
selepas saya menimbangnya dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat perhatian
yang begitu penting. Dengan menghuraikan segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa
tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di dalam dan juga luar negara, dan ini
merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah
menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang demikian saya tidak sekali-kali akan
menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan sebab adanya fitnah
mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk
mengembalikan ketenangan hati saya.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 20 : Falsafah Hidup

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain poker adalah satu taktik yang biasa
diamalkan oleh pihak-pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa
bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka
mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-perlumbaan kuda dan kerana
memberi perhatian yang besar kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang adalah hal dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-
hak orang lain. Saya mengakui bahawa saya sangat suka kepada kehidupan dan keseronokan di
dalam masa hidup, tetapi tidaklah saya pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata-
mata kerana hendak bersuka-ria. Saya percaya tidak ada orang yang berfikiran waras yang
hendak menyekat mana-mana orang daripada mendapat sedikit kerehatan yang diperlukan.
Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari dalam seminggu dan pada setiap bulan
dalam setahun berhak mendapat sedikit kerehatan dan ketenangan.

Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan
permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya  lakukan, maka ia boleh menjadi satu
permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang
dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang.
Tidak siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu
seorang itu menjadi papa. Sekiranya ia boleh mendapatkan hiburan dari permainan itu, dan
mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan
kepadanya.
lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-
sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah sahabat-sahabat dan kawan-kawan baik saya,
dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada
mereka itu. Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya
menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa
ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang yang dapat membantu dan
melipurkan hati saya. Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan hati
pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain
dengan secara yang kecil.

Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan
kepada saya pada hari lahir saya, salah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk
perlumbaan. Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari,
perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan
mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi
sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapatlah
dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan.

Saya juga sangat gemar kepada sukan-sukan lain. Saya telah menjadi Yang di-Pertua Kesatuan
Bola Sepak Malaysia selama 20 tahun iaitu semenjak saya menjadi Timbalan Pendakwa Raya
pada 1949. Saya telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Merdeka yang diadakan pada
setiap tahun dan telah menyelenggarakan permainan bola sepak seluruh Asia sehingga
tertubuhlah Persatuan Bola Sepak Sa-Asia dalam tahun 1957 dan saya telah dipilih menjadi Yang
di-Pertua sehinggalah ke hari ini. Saya juga telah menganjurkan pertandingan tahunan Bola
Sepak Belia se-Asia yang sangat popular.

Selain dari itu saya juga cenderung dalam permainan golf sekali pun saya sendiri seorang
pemain yang sangat mundur. Sungguh pun begitu permainan golf ini merupakan satu riadah
untuk menjaga kesihatan diri saya. Saya fikir tidaklah menjadi keterlaluan jika saya katakan
bahawa sumbangan-sumbangan saya dalam dunia golf, terutama sekali dengan melancarkan
pertandingan tahunan bagi Piala Putra di Kuala Lumpur, telah membawa kepada lahirnya di
seluruh Asia satu pertandingan yang disebut “The Golf Circuit” (Pertandingan Pusingan Golf).

Saya mencampuri dengan cergas boleh dikatakan di dalam semua permainan sukan di Asia hari
ini. Saya gemar berjalan kaki, permainan perahu, memancing ikan, memandu motokar, dan
semasa saya berada di London saya menyaksikan perlumbaan anjing. Saya melihat permainan
tenis, kriket, badminton, hoki, sport bahkan segala jenis sukan.

Satu sahaja kekecewaan yang saya alami dalam dunia sukan iaitu semasa saya menjadi Yang
Dipertua. Kelab Penerbangan Selangor selama setahun kerana ketika itu tentulah saya berhajat
hendak mengambil latihan memandu kapal terbang. Tetapi tujuan saya ini tidak berhasil kerana
semua keluarga dan sahabat-sahabat saya bersatu menghalang saya daripada mengambil
latihan itu. Jadi saya tidak dapatlah merasai keseronokan menjadi pemandu kapal terbang.
Saya mengaku saya seorang yang suka bersenang-lenang. Saya suka kepada kehidupan yang
riang dan saya mahu melihat negara saya aman dan penduduknya bahagia. Jika tidak, apa
ertinya hidup? Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukanlah begitu panjang untuk
mereka menjahanam atau merosakkannya, atau pun mendatangkan sebarang bahaya
kepadanya, sama ada ke atas tubuh badan atau akal fikiran.

Jadi saya tidak mahu hidup seperti seorang yang membelakangkan keduniaan, kerana
kehidupan yang seperti itu tidaklah sesuai dengan djri saya. Sebaliknya saya seorang Islam yang
beriman kepada Allah dan sangat menyedari tanggungan-tanggungan saya kepada agama, saya
tidak pernah meninggalkan sembahyang setiap hari. Dengan keimanan saya kepada Allah dan
perasaan kasih sayang saya terhadap sesama manusia, dan selagi hayat dikandung badan, maka
selama itulah saya akan hidup dengan riang dan gembira, dan jika orang-orang lain juga
berbuat begitu, maka dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih bahagia untuk kita semua
hidup di-dalamnya.

Orang mungkin memikirkan bahawa kehidupan seseorang Perdana Menteri ltu satu kehidupan
yang senang. Oleh itu saya rasa munasabah sekiranya saya perturunkan dibawah ini petikan dari
ucapan saya di Guildhall pada satu jamuan makan malam yang diberikan oleh Datuk Bandar
London kepada Perdana-perdana Menteri Komanwel pada l3 Januari, 1969 yang berbunyi :

“Tidak ada Perdana Menteri yang terus kekal seperti patung Gog dan Magog (dua buah patong
yang menjadi lambang keteguhan dan ketenteraman bagi Buildhall) yang kekal selama-lamanya
dalam dewan ini, Perdana Menteri adalah tokoh pergi dan tokoh datang, cuma cara datang dan
perginya itu sahaja yang berbeza-beza. Ada yang pergi dengan cara yang cepat, ada yang pergi
dengan cara yang susah dan ada yang pergi dengan cara yang biasa.

“Tidaklah syak lagi bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang dipilih oleh rakyat
untuk menjadi Perdana Menteri ialah orang-orang yang mendapat sanjungan yang setinggi-
tingginya. Sungguh pun begitu penghormatan dan kemudahan yang didapati oleh seorang
Perdana Menteri tidaklah berpadanan dengan tanggungan-tanggungan yang dipikul olehnya
semasa memegang jawatan yang tinggi itu. Tempoh jawatannya sentiasalah bergantung kepada
kehendak rakyat, dan terkadang-kadang menurut kesukaan dan angan-angan rakyat.

“Oleh yang demikian kehidupan sesaorang Perdana Menteri itu bukanlah senang, bahkan beliau
sentiasalah berhadapan dengan tanggungjawab yang memerlukan pemikiran dan
pertimbangannya. Sebenarnya beliau mestilah berlagak seperti seorang pelakon “akrobat”, iaitu
pelakon yang sentiasa berjaga-jaga di dalam lakonannya itu dengan membuka telinga,
membuka mata, mengagakkan dengan tepat setiap langkah dan gerak-gerinya, dan sentiasa
bersedia menghadapi krisis politik sama seperti berjalan di atas seutas tali, dia mesti tahu
menimbang dirinya supaya selamat.”

Di waktu saya mengeluarkan perkataan-perkataan ini, saya masih dapat mendakwa bahawa
sayalah yang menjadi Perdana Menteri yang paling bahagia di dalam dunia. Di waktu itu saya
tidak termimpi bahawa empat bulan kemudiannya, pada tarikh yang sama, apa yang saya
katakan pada masa itu di London akan terjadi ke atas diri saya sendiri di Kuala Lumpur.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan

KEJADIAN yang berlaku di Malaysia pada Mei 13 dan kemudiannya telah menarik wartawan-
wartawan asing ke negara ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun datang ke mana jua
tempat yang berlaku kekacauan besar. Bagi mereka sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita
melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-kejadian ngeri, keganasan atau
pertumpahan darah. Pergaduhan besar di Malaysia yang aman! Inilah peluang baik! Mereka pun
menggunakan kesempatan ini dengan sepenuhnya, bahkan sesetengah mereka seolah-olah ‘geli
hati’ dengan kejadian malang yang menimpa kita itu.

Jarang terdapat mana-mana negara yang terpaksa menanggung beban daripada perbuatan
salah gambaran, memutarkan kenyataan sebenar, atau membenarkan cerita perbualan dan
khabar angin sebagaimana yang telah dilakukan pada umumnya oleh wartawan-wartawan asing
semasa mereka melaporkan peristiwa sedih itu.

Selama menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa memberi kemudahan kepada wartawan-
wartawan asing berjumpa saya, sama ada mereka wakil akhbar, radio, televisyen atau filem. Pada
umumnya bolehlah saya katakan bahawa mereka telah memelihara darjah kewartawanan yang
tinggi pada masa yang lalu, dan jarang-jarang saya mempunyai alasan untuk berasa kecewa
dengan mereka.

Dahulu saya pernah menyangka bahawa Prince Sihanouk yang menjadi Ketua Negara
Kampuchea telah bersikap terlalu keras ke atas wartawan-wartawan asing apabila beliau
beberapa kali enggan membenarkan wakil akhbar luar negara melawat ke negaranya. Sekarang
barulah saya faham sebabnya. Kerosakan yang telah mereka lakukan dengan membuat llaporan
yang tidak bertanggungjawab dan cuai itu tidaklah dapat diperbaiki lagi. Sesetengah daripada
mereka boleh dikatakan hampir seburuk musuh-musuh kita yang ada dalam negara. Saya tidak
pernah terfikir bahawa harinya akan tiba dalam hayat saya ini  waktu di mana “kuasa yang
keempat” atau “fourth estate” (gelaran yang diberikan kepada kaum wartawan) sanggup
bertindak seolah-olah seperti “sayap kelima”.

Wartawan-wartawan asing itu tentulah memandang kejadian yang berlaku dari kaca mata orang
luar, kerana mereka tidak tinggal di sini selamanya. Mereka bukannya rakyat Malaysia dan bukan
pula rakyat Singapura. Mereka datang dan pergi bila-bila masa mereka suka. Oleh itu mereka
tidak dapat memahami kejadian-kejadian itu seperti yang kita faham. Perhatian mereka semata-
mata untuk mendapatkan berita atau menulis rencana yang boleh menggemparkan.
Pelbagai rupa kekacauan telah berlaku dalam dunia; kejadian-kejadian itu berlaku sama ada di
jalan-jalan raya atau pun dalam kampus universiti. Jadi apakah peliknya jika kejadian seperti itu
berlaku juga di Malaysia? Lagi buruk kejadian yang dilaporkan, maka lebih seronoklah
membacanya.

Wartawan-wartawan asing itu telah diberi segala kemudahan semasa berlaku kekacauan itu
sebagaimana yang mereka sentiasa peroleh di negara ini, dan dengan adanya alat penghantar
kawat yang terbaik di Kuala Lumpur ini, maka cerita-cerita mereka telah tersebar dengan cepat
ke seluruh dunia. Cerita-cerita yang mereka tulis atau kirim menerusi telefon tidak ditapis,
begitu juga gambar-gambar yang mereka hantar menerusi radio. Dengan ikhlas kita telah
memberikan mereka pas untuk membolehkan mereka berjalan dengan bebas dalam masa
berkurung, tetapi selepas beberapa hari kemudiannya pas-pas itu telah ditarik balik kerana
mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberikan.

Setelah saya ketahui perbuatan mereka menghantar berita-berita yang tidak bertanggungjawab,
maka saya telah menolak permintaan mereka hendak menemu duga saya. Mereka sudah pun
dapat apa yang mereka mahu dari punca-punca yang berat sebelah dengan tidak pula cuba
mengesahkan cerita yang telah diberitahu kepada mereka. Kerosakan telah pun dilakukan, dan
apa jua yang saya katakan ketika itu tidak dapat memperbaiki kerosakan. Apabila saya ditanya
oleh salah seorang daripada mereka apa jaminan yang saya dapat berikan kepada negara-
negara Komenwel bahawa demokrasi akan dipulihkan dengan segera, saya jawab kepadanya
“go to hell “ (pergi jahanam) .

Tentulah bukan semua berita yang dilaporkan itu tidak bertanggungjawab. Ada wartawan asing
yang cuba membuat laporan yang adil dan teliti. Saya hanya membantah atas laporan pada
keseluruhannya yang dibuat oleh kebanyakan wartawan asing itu yang memberikan gambaran
yang begitu menggerunkan, jauh lebih buruk daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka sedikit pun tidak membayangkan pertalian di antara apa yang berlaku sebelum rusuhan
itu dengan kejadian yang tercetus pada 13 Mei, iaitu seperti perarakan mayat atau tunjuk
perasaan “kemenangan”. Sesuatu rusuhan tidak tercetus dengan begitu sahaja, ia mestilah ada
sesuatu sebab. Kedua-duanya mestilah dikaitkan. Kebanyakan pemberita akhbar asing telah
menunjukkan sikap berat sebelah. Mereka condong ke sebelah pihak yang menentang kerajaan
atau memihak kepada satu kaum.

Akhbar-akhbar di negara mereka juga tidak menunjukkan sikap adil dalam menyiarkan berita-
berita itu. Misalnya, akhbar The Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan satu berita di
bawah tajuk Nation headed for disaster (Negara menuju kehancuran) pada pagi selepas
tercetusnya rusuhan, iaitu pada 14 Mei.

Saya suka bertanya dengan ikhlas, adakah tajuk yang seumpama itu adil dan patut? Tajuk yang
seperti itu mungkin juga munasabah sekiranya rusuhan itu telah berpanjangan selama beberapa
minggu dengan tidak dapat dikawal, dan sekiranya kerajaan telah membuktikan kegagalannya
atau tidak cekap dalam menangani masalah yang timbul. Tetapi tentulah tidak adil tajuk itu
dibuat pada pagi esoknya selepas kekacauan berlaku semalam! Perbuatan yang mengelirukan
dan sikap tidak adil yang seperti inilah yang sangat saya kesalkan.

Untuk memburukkan lagi keadaan, pemberita yang menggunakan tajuk ini telah menulis dalam
ceritanya di antara lain “Tiada sebarang berita dari kawasan-kawasan yang terletak di Utara, dan
ini membayangkan bahawa keadaan di lain-lain tempat dalam negara ini juga berada dalam
keadaan yang buruk.”

Bagaimanakah boleh seseorang pemberita membuat kenyataan seperti itu? Macam mana dia
begitu berani membuat anggapan yang seumpama itu? Dia tidak memberitahu kepada
pembaca-pembacanya di seberang laut bahawa jarak antara Kuala Lumpur dan Pulai Pinang
ialah 250 batu. Dia tidak sedikit pun menyebut tentang adanya 250 batu lagi menghala ke
Selatan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, tetapi hal ini tentu tidak penting untuknya. Dia juga
tidak menyebut negeri-negeri di Pantai Timur. Di negeri sebelah Selatan dan Pantai Timur itu
tidak berlaku sebarang kekacauan.

Cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini dan juga kenyataan dan anggapan mereka yang liar
itu telah menjadi amalan wartawan-wartawan asing dalam melaporkan rusuhan-rusuhan di
Kuala Lumpur. Berita seperti itu telah memburukkan lagi keadaan yang telah pun sedia tegang
di negeri ini.

Oleh kerana perasaan saya sangat kesal dan marah dengan perbuatan wartawan asing itu, maka
tidak berapa lama dahulu saya telah mengeluarkan perkataan “Mereka bersorak atau bertepuk
tangan, tetapi kami mesti menjalankan tugas kami.” Apa yang saya maksudkan ialah bahawa
adalah menjadi tanggungan kami untuk menjalankan pentadbiran Kerajaan, dan mengambil
tindakan yang segera bagi menghadapi krisis itu. Bukanlah hak bagi seseorang wartawan asing
memberitahu kita apa yang kita mesti buat, atau pun membuat perbandingan dengan apa yang
berlaku di tempat lain. Kecelakaan boleh berlaku di mana-mana jua pun dan sebagai buktinya
ialah peristiwa yang berlaku di Ulster, Ireland.

Seorang pemberita telah memberitahu saya tentang satu perbuatan zalim ke atas orang-orang
Cina yang sedang berlindung di Victoria Institution dengan meletakkan Askar Melayu di sekolah
itu juga, dan orang pelarian ini telah meminta supaya dipindahkan mereka ke tempat
perlindungan yang lain.

Saya dengan serta-merta telah pergi ke Stadium Merdeka yang terletak berhampiran dengan
Victoria Institution dengan tujuan hendak melihat sendiri kedudukan yang sebenar di tempat
itu. Semasa berada di stadium itu, saya telah diberitahu bahawa semua orang yang berada di
situ duduk dengan gembira, dan saya pun bertanya kepada mereka itu sama ada benar bahawa
mereka yang diberi perlindungan di Victoria Institution mahu berpindah ke tempat lain. “Tidak”,
jawab mereka itu. Mereka berkata “Kami merasa lebih selamat dengan adanya askar-askar itu,
dan lebih-lebih lagi kerana kami juga mendapat bekalan makanan percuma daripada mereka.”
Di dalam suasana tegang semasa rusuhan, saya suka menyatakan dengan tegas bahawa kami
telah menghukum orang-orang yang melanggar undang-undang dengan tidak memilih kasih,
tanpa menghiraukan sama ada mereka itu orang Melayu, orang Cina atau pun orang India. Jika
kita tidak mengambil langkah seperti itu, maka tentulah kita tidak dapat mengembalikan
keamanan di dalam masa yang begitu singkat di Kuala Lumpur.

Saya kadang kala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Thoreau “Bertuahlah mereka yang
tidak membaca surat khabar, kerana mereka dapat melihat keadaan alam, dan dengan itu
dapatlah mereka mengenal Tuhan”. Pada hari ini sesetengah akhbar sangatlah buruk sifatnya,
kerana mereka tidak menghiraukan sama ada sesuatu perkara yang mereka siarkan benar atau
salah. Mereka Cuma mementingkan tajuk-tajuk berita yang besar, dan lebih hebat tajuk berita
itu maka lebih baiklah untuk mereka. Mereka tidak sekali-kali menghiraukan kesan yang timbul
daripada berita-berita mereka. Mereka berpura-pura menggambarkan perasaan orang ramai,
dan melupakan dosa yang mereka sendiri lakukan. Mereka berselindung di bawah nama
kewartawanan untuk berlagak penting dan mendakwa apa yang mereka tuliskan itu merupakan
perasaan atau pandangan orang ramai.

Mereka tentulah sedar bahawa mesti ada sebab yang menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Mereka tidak cuba mengkaji dari segi ini bahkan sebaliknya meletakkan kesalahan semata-mata
ke atas bahu orang Melayu.

Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka menuduh pasukan keselamatan membunuh rakyat
yang tidak berdosa dengan kejam. Kita sangat berbangga dengan keharuman nama pasukan-
pasukan keselamatan kita itu. Pemberita-pemberita asing ini nampaknya telah melupakan
perkhidmatan yang diberikan oleh kesemua batalion tentera kita semasa berkhidmat di Congo
di bawah bendera Bangsa-bangsa Bersatu. Semasa saya bertugas di sana, askar-askar kita itu
telah mendapat pujian yang tinggi di atas kecekapan dan kepintaran mereka menghadapi
keadaan yang buruk.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant telah menghantar wakil istimewanya untuk
bertemu dengan saya dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia di atas
perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh tentera kita dan juga di atas sokongan negara kita
sehingga mencapai satu penyelesaian yang aman di Congo.

Sejak mencapai kemerdekaan, kita telah terpaksa menghadapi berbagai-bagai keadaan darurat
yang telah berlaku disebabkan oleh gerakan bersenjata Komunis, Konfrantasi Indonesia dan
tunjuk-tunjuk perasaan. Dalam masa itu pasukan-pasukan keselamatan kita telah menunjukkan
taat setia dan kecekapan mereka untuk menunaikan kewajipan mereka dengan cemerlang,
setaraf dengan angkatan bersenjata di negara-negara lain.

Adakah pemberita-pemberita asing memikirkan bahawa tentera yang telah berjaya mencapai
nama yang harum itu sanggup membunuh dengan kejamnya rakyat yang tidak berdosa?
Sepatutnya mereka bersimpati dengan pasukan-pasukan keselamatan yang terpaksa
menghadapi dengan berbagai-bagai kesulitan; tetapi mereka lebih gemar mencemarkan nama
askar-askar itu dalam surat khabar. Perbuatan ini menunjukkan bagaimana sikap mereka yang
berat sebelah. Oleh itu patutkah saya dan rakyat Malaysia yang lain ditempelak jika kami merasa
marah dengan isi laporan-laporan yang disiarkan dalam surat khabar asing mengenai rusuhan
itu?

Dalam satu ucapan yang telah saya berikan pada satu malam menerusi televisyen, saya telah
menarik perhatian kepada satu kelemahan yang terdapat di kalangan pemberita-pemberita ini.
Mereka tidak dapat hendak membezakan antara Cina Komunis, Cina samseng dan orang-orang
Cina yang patuh kepada undang-undang; mereka sifatkan orang-orang Cina itu semuanya
sama. Inilah satu anggapan silap yang dibuat oleh orang-orang asing mengenai dengan orang-
orang Cina. Kita boleh maafkan orang biasa di negara-negara luar jika mereka tidak memahami
kita, tetapi tidak ada sebarang sebab bagi seseorang wartawan tidak mengetahui mengenai apa
yang hendak mereka tulis. Mereka sepatutnya mengetahui kedudukan kaum, adat resam dan
adat istiadat di negara-negara yang mereka laporkan. Begitu juga perlembagaan dan unndang-
undang negara berkenaan. Jika mereka tidak mengetahui hal-hal ini, maka sepatutnya mereka
bertanya dan ambil tahu.

Mereka tentu tahu bagaimana orang-orang Melayu telah hidup dengan tenang dan damai
sekali pun ada provokasi yang dihalakan oleh orang lain ke atas mereka, terutama oleh Parti
Komunis Malaysia dan konco-konco mereka atau pun oleh pekampau-pelampau Cina dan India.
Mereka tahu sikap persahabatan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia sebagai anggota
Komanwel dan sumbangan yang sentiasa kita berikan kepada cita-cita utama Komenwel.
Sekalipun mereka sepatutnya tahu hakikat-hakikat ini, mereka sengaja melupakan anasir-anasir
jahat yang mengancam kita dan tidak mengindahkan kejayaan-kejayaan kita memelihara
keamanan dan mencapai kemajuan.

Berbanding dengan akhbar asing, akhbar tempatan telah melaporkan dengan baik suasana
dalam negara pada keseluruhannya. Sikap wartawan-wartawan tempatan itu memanglah kena
pada tempatnya kerana mereka ialah rakyat negara ini, atau pun kalau mereka bukan rakyat,
mereka faham cara hidup bangsa kita, dan dengan kerana itu mereka dapat membezakan antara
khabar angin, cakap bualan dan kenyataan-kenyataan yang sebenar.

Wartawan-wartawan tempatan terpaksa menghadapi kesulitan sebab mereka itu sama seperti
semua rakyat lain, terikat kepada undang-undang, walhal rakan-rakan mereka wartawan-
wartawan asing tidak terikat atau tidak menghiraukan undang-undang. Wartawan-wartawan
tempatan juga kebanyakannya telah mempunyai pengalaman bagaimana hendak menulis atau
membuat laporan dalam masa darurat.

Mereka sentiasa insaf bahawa kepentingan negara sedang terancam, tetapi mereka boleh
memberi pandangan yang ikhlas dan membina, selagi ia tidak terkeluar daripada batasan.
Malangnya pada permulaan rusuhan itu berlaku, penerbitan akhbar-akhbar tempatan terpaksa
ditahan selama dua hari untuk kepentingan awam. Akhbar-akhbar kita segera menarik perhatian
Kerajaan di atas kesilapannya itu, dan Kerajaan pun mengubah keputusannya dan membatalkan
sekatan.
Malangnya rusuhan-rusuhan itu tercetus semasa pentadbiran negara sedang dalam peralihan
kerana pilihan raya  baru sahaja tamat dan sebuah Kerajaan baru belum lagi ditubuhkan.
Kejadian secara kebetulan ini telah memberi kesan kepada Kerajaan, akhbar tempatan dan
pemberita-pemberita asing.

Dengan tidak semena-mena, kita dapati bahawa kita terpaksa menghadapi krisis dan perintah
berkurung terpaksa dikenakan di Kuala Lumpur. Pejabat Perkhidmatan Penerangan boleh
dikatakan telah lumpuh, lebih-lebih lagi kerana belum ada menteri baru dilantik. Sungguhpun
begitu Bernama, agensi berita kebangsaan telah menjalankan tugas mereka setiap masa semasa
kekacauan berlaku, sekalipun pejabat besarnya terletak ditengah-tengah pinggir kawasan
tempat kekacauan itu mula berlaku. Stesen-stesen radio dan televisyen telah bertugas terus
menerus 24 jam dalam masa darurat itu untuk menyampaikan berita dan perutusan kepada
orang ramai.

Akhbar-akhbar tempatan, yang seperti biasa cekap dalam pekerjaannya, telah menerbitkan surat
khabar pada dua haripertama tetapi tidak dapat diedarkan dengan luas. Sungguhpun begitu
tempoh perolehan dalam susunan Kerajaan itu telah memberi keuntungan kepada pemberita-
pemberita asing dan mereka menggunakan kesempatan itu dengan tidak teragak-agak .

Laporan-laporan mengenai dengan rusuhan yang disebarkan di Singapura adalah berlainan,


terutama sekali laporan-laporan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, dan juga di dalam
penerbitan PAP “The Mirror”. Cara laporan-laporan ini ditulis membayangkan bahawa mereka
juga mahu orang lain percaya kepada semua laporan-laporan buruk yang dilemparkan ke atas
kita di Malaysia. Perbuatan ini sungguh dikesali kerana Singapura sendiri berhadapan dengan
masalah-masalah yang sama.

Saya harapkan mereka lebih bersimpati terhadap kecelakaan besar yang telah menimpa kita.
Sebaliknya mereka telah menghangatkan lagi cerita-cerita itu sehingga mengakibatkan
berlakunya beberapa kejadian di negeri itu yang telah mengorbankan beberapa nyawa orang-
orang Melayu. Kejadian ini tidaklah sekali-kali patut berlaku. Bagi pihak kita, kita tidak
membesar-besarkan apa yang berlaku di Singapura itu kerana kita bimbang berlakunya tindak
balas di negara ini. Mari kita mengharapkan bahawa untuk kepentingan kita bersama, maka
Singapura tidak akan mengulangi perbuatan yang sangat dikesalkan itu.

Kita berasa sungguh meradang apabila membaca berpuluh-puluh cabutan akhbar dan majalah
asing kerana kita percaya tulisan-tulisan itu dapat mencacatkan nama baik kita. Kita meradang
dengan perbuatan-perbuatan akhbar dan majalah-majalah asing itu menyiarkan laporan yang
liar, melampaui batas dan berat sebelah, dan juga dengan lidah pengarangnya yang penuh
dengan kritikan-kritikan yang ditulis beribu-ribu batu jauhnya dari negara ini berasaskan kepada
kecetekan pengetahuan dan kejahilan mereka tentang cara hidup dan hal ehwal orang-orang
Malaysia.

Pertama sekali biarlah saya turunkan di sini satu tulisan yang telah tersiar di dalam majalah Time
edisi 23 Mei 1969:
“Seorang lelaki telah cuba menyelamatkan dirinya daripada kereta yang sedang terbakar, tetapi
telah ditolak masuk balik ke dalam keretanya itu oleh perusuh-perusuh dan mati.

Setelah peperangan kaum dan kekacauan awam itu berjalan selama empat hari, maka rumah
mayat di Hospital Besar Kuala Lumpur   telah penuh dengan mayat sehingga terpaksalah mayat-
mayat itu dimasukkan ke dalam plastik dan digantung pada penyangkut-penyangkut siling.

  Pegawai-pegawai Kerajaan yang cuba hendak mengecilkan kejadian itu, telah mengatakan
bahawa bilangan orang-orang yang mati ialah cuma 104 sahaja. Punca-punca diplomat Barat
menganggarkan hampir 600 orang mati dan kebanyakan mangsa ialah orang Cina”.

Sekarang mari kita lihat fakta yang benar. Rumah mayat di Hospital Besar  Umum biasanya
boleh memuatkan enam mayat sahaja. Tiada penyangkut yang dipasang di siling rumah mayat,
dan tidak pernah ada bag plastik disediakan untuk mayat. Rumah mayat itu mempunyai
kelengkapan moden, dan bukan seperti  bilik sejuk yang terdapat di kedai-kedai menjual
daging! Pihak yang berkuasa perubatan di negara kita ini menjaga mayat dengan penuh hormat
sebagaimana. Mayat-mayat dibalut dengan kain putih oleh penjaga-penjaga mayat yang
mendapat latihan.

Oleh kerana banyak mayat yang telah dihantar ke Hospital Besar, maka pihak berkuasa telah
membuat persediaan khas untuk mayat-mayat yang tidak dapat diletakkan di dalam rumah
mayat. Mayat-mayat itu telah dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke rumah-rumah
mayat lain di Hospital Lady Templer, Hospital Assunta, Hospital Batuk Kering dan Hospital
Universiti untuk diselenggarakan mengikut cara yang biasa dibuat.

Mengenai dakwaan kononnya pegawai-pegawai Kerajaan cuba hendak mengecilkan kejadian


itu, apakah faedahnya perbuatan-perbuatan yang seperti itu? Dari manakah lboleh didapati
angka-angka yang betul jika tidak dari sumber kerajaan? Dengan tujuan bukan hendak
menghina “diplomat negara-negara Barat” yang mendakwa bilangan orang yang terbunuh
hampir 600 ratus orang, saya suka mengatakan bahawa angka yang keterlaluan itu merupakan
anggaran mereka sendiri sahaja.

Saya telah mendapat angka rasmi daipada ibu pejabat polis pada pada 15  Ogos, iaitu tiga bulan
dua hari selepas rusuhan. Angka kematian ialah 184 orang, 356 orang cedera, 753 kejadian
membakar bangunan dan 211 buah kenderaan yang terbakar atau musnah.

Laporan yang mengelirukan dalam media asing dalam minggu yang pertama selepas rusuhan
sangatlah buruk, tetapi apa yang tidak dapat dimaafkan sama sekali ialah pandangan dan
rencana yang dikarang berminggu-minggu kemudian, iaitu apabila Kuala Lumpur telah hampir
pulih seperti sediakala, dan perintah berkurung dikurangkan menjadi empat jam dari 1.00 pagi
hingga 4.00 pagi.
Sebagai contohnya, saya suka merujuk kepada satu karangan dua muka penuh yang diterbitkan
oleh majalah “Life” bertarikh 21 Julai, lebih sembilan minggu selepas 13 Mei. Rencana itu
bertajuk “A Quiet Coup in KL”  (Rampasan kuasa secara senyap di KL).

Saya peturunkan cabutan daripada rencana yang menakjubkan itu:

“Menurut satu cerita yang disahkan oleh beberapa sumber punca, lima buah lori askar telah tiba
di Pusat Orang-orang Sakit Kusta di Sungai Buluh, yang terletak di luar Kuala Lumpur, dengan
membawa askar-askar yang mabuk dan mayat-mayat yang dicat hitam supaya susah hendak
dikenali kaum orang0orang yang mati itu.

  Askar-askar itu telah memanggil pesakit-pesakit kusta, memberikan mereka brandy dan
kemudiannya memerintahkan supaya mereka menggali sebuah lubang yang besar.   Pusat kusta
itu telah dipilih kerana askar-askar itu sendiri malas hendak menanam mayat-mayat yang
tersebut, dan mereka fikir tiada siapa yang akan pergi bercakap dengan pesakit-pesakit kusta.
Bukti-bukti menunjukkan bahawa ada lagi kubur beramai-ramai selain daripada ini.”

Sekarang mari kita lihat fakta sebenar. Sejumlah 102 mayat telah ditanam ditanah perkuburan
Pusat Kusta Sungai Buluh yang telah diangkut dengan kereta-kereta Polis selama lima hari mulai
dari 18 Mei.

Sebenarnya pertolongan secara sukarela yang telah diberikan oleh pesakit-pesakit kusta yang
telah sembuh itu untuk menanam mayat-mayat yang tersebut adalah dengan persetujuan pihak
yang berkuasa Pusat Penyakit Kusta itu sendiri. Tidak ada ‘brandy’ ditempat itu kerana pesakit-
pesakit kusta ditegah meminum arak. Kerja menanam mayat itu telah dijalankan oleh pihak yang
berkuasa Rumah Sakit dengan pertolongan polis dan bukannya tentera. Tidak ada satu mayat
pun yang dicat hitam, tetapi ada juga mayat-mayat yang telah hangus dan tidak dapat dikenali.

Setiap mayat itu telah dibalut dengan kain putih, dan telah ditanam dalam kubur yang
berasingan; satu mayat dalam satu liang. Polis telah mengambil gambar setiap mayat, dan
memberikan bilangan, dan bilangan inilah juga yang telah ditulis di atas kubur masing-masing.
Ini telah dilakukan supaya mayat-mayat yang masih boleh dikenali dapat dituntut oleh keluarga
mereka.

Selain yang ditanam di Sungai Buluh itu, 11 lagi mayat orang Islam telah dibawa ke tanah
perkuburan Gombak, Kuala Lumpur untuk dikebumikan. Akhirnya saya suka menyatakan
bahawa tidak ada liang kubur beramai-ramai di Kuala Lumpur untuk nenanam mayat mangsa
rusuhan itu.

Salah satu sebab saya menulis buku ini ialah untuk membetulkan segala kesilapan dengan
memberi kenyataan yang sebenar.

Hal inilah yang kebanyakan wartawan asing tidak mengambil perhitungan. Mereka tidak
membuat penyiasatan yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui punca kekacauan itu
berlaku dengan tiba-tiba. Mereka mesti menghantar laporan pada waktu yang ditentukan, dan
mereka berlumba-lumba sesama sendiri untuk menyiarkan berita lebih  dahulu daripada rakan-
rakan mereka. lnilah yang mereka pentingkan.

Sekiranya pemberita-pemberita asing itu pada keseluruhannya terdiri dari orang-orang yang
mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang Malaysia, maka saya percaya
tidak ada sebarantg sebab jua pun untuk saya membuat tuduhan-tuduhan ke atas mereka.
Malangnya wartawan-wartawan asing itu terlampau singkat masa perkhidmatannya di sini
kerana mereka datang dan pergi.  Jadi tentulah mereka mudah membuat kesilapan yang besar
dalam pertimbangan dan penilaian mereka.

Tatkala saya memikirkan sikap dan perbuatan wartawan-wartawan asing sebagaimana yang
tertulis dalam bab yang menyedihkan ini, cerita-cerita yang mustahil yang kita baca dari tulisan-
tulisan mereka, maka terlintas dihati saya untuk mengikuti jejak Iangkah yang telah diambil oleh
Putra Sihanouk dan pemimpin-pemimpin Asia yang lain yang nama baik negara-negara mereka
telah dicermarkan oleh laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab media Barat.
Sungguhpun begitu saya tidak akan mengambil langkah seperti itu sekalipun keinginan untuk
berbuat demikian sangatlah kuat.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 22 : Pengajaran Dari Baling

KEJADIAN-KEJADIAN yang berlaku semasa pilihan raya 1969, rusuhan pada 13 Mei dan perkara-
perkara yang berlaku kemudian daripadanya sebagaimana yang telah saya ceritakan adalah
saling berkaitan. Ucapan-ucapan mencela, perbuatan  provokasi dan kelakuan yang tidak
bertanggungjawab,  kesemuanya ditimbulkan dengan teratur, satu demi satu.

            Siapakah yang mengatur semua kejadian-kejadian ini? Siapakah sebenarnya yang mesti
dipersalahkan?

            Jika kita perhatikan kepada keseluruhan gambaran peristiwa yang menyedihkan itu, dan
kepada usaha yang masih diteruskan untuk merosakkan keselamatan Malaysia (yang masih lagi
dilakukan semasa buku ini ditulis), maka kita akan mendapat satu kesimpulan sahaja iaitu
perbuatan-perbuatan itu dirancang oleh Komunis Cina.

            Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam permulaan buku ini, ada orang yang
memikirkan bahawa saya dirasuk oleh momok Komunis, dan fikiran saya terkongkong dengan
sejenis perasaan takut kepada Komunis. Wartawan-wartawan asing nampaknya bersetuju.
Memanglah menjadi kerja mereka untuk membuat laporan dan memberi pandangan di atas
kejadian-kejadian yang berlaku dari sehari ke sehari, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan
kebolehan untuk membuat perhitungan yang betul kerana mereka tidak memberi perhatian
kepada kerenah-kerenah yang telah timbul pada  masa lalu yang ada pertaliannya.

            Seorang pendita Inggeris telah berkata satu kurun dahulu: “Sejarah ialah politik yang
berlaku di masa lepas, dan politik ialah sejarah yang sedang ditempa.” Wartawan-wartawan asing
tidak hirau apa yang berlaku pada masa lepas, mereka cuma suka ambil tahu apa yang sedang
berlaku sahaja.

            Sesiapa yang hidup sejak Perang Dunia Kedua di Malaysia atau di Singapura atau
mengikuti segala peristiwa yang berlaku dalam sejarah kedua-kedua negara ini dalam masa 24
tahun yang lepas dan terbabit sendiri dalam kejadian-kejadian itu, tentulah dapat menyedari
bahawa Komunis Cina, penyokong-penyokong yang dibawah telunjuk mereka, anasir-anasir
yang tidak berdosa yang terdiri daripada parti-parti politik, orang-orang atau belia yang
diperalatkan oleh Komunis, sentiasa menimbulkan kekacauan.

            Mereka tidak pernah lalai, bahkan sentiasa menunggu kesempatan untuk mencetuskan
huru-hara sama ada kecil atau besar, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua yang mereka
fikirkan munasabah untuk tujuan mereka. Saya tidak dapat mengerti bagaimana orang boleh tuli,
pekak dan buta kepada kerenah-kerenah ini. Sesungguhnya sehingga hari ini tidak ada sebuah
negara pun di Asia Tenggara yang tidak tersentuh dengan apa-apa jua cara daripada gerakan
Komunis bercorak Cina itu. Jadi bagaimanakah Malaysia boleh terlepas dari angkara Komunis
itu?

            Sesungguhnya kita tidak pernah bebas dengan sepenuhnya daripada tipu daya Komunis,
tetapi oleh kerana kita tidak dapat mengelak dari menghadapi ancaman itu, maka kita sentiasa
berjaga-jaga dan berwaspada. Bezanya ialah di Malaysia ini, kita adalah salah sebuah negara
yang mula-mula sekali menentang cubaan rampasan kuasa oleh Cina Komunis, dan oleh kerana
kita telah berjaya mematahkan percubaan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam masa darurat yang
memakan masa 12 tahun, maka Komunis tidak sekali-kali akan memaafkan kita.

            PKM selalu mengemukakan bangkangan terhadap pilihan raya bercorak demokrasi.
Mereka menyifatkan demokrasi berparlimen itu sebagai satu ajaran imperialis, yang tidak sesuai
dengan semangat kebangsaan orang-orang Asia, dan tidak secocok dengan ideologi Mao Tze
Tung. Jadi mereka mesti membinasakan pilihan raya jika tidak dapat mencegahnya. Sekurang-
kurangnya mereka akan bersungguh-sungguh menyusahkan Kerajaan dengan apa jua cara yang
boleh, sekali pun mereka gagal dalam rancangan mereka.

            Perhubungan pertama saya dengan PKM ialah apabila saya berjumpa dengan Chin Peng,
di Pekan Baling negeri Kedah pada 1955. Dalam pertemuan itu saya telah mendapat satu
pengajaran besar mengenai fahaman Komunis dari Chin Peng.

            Beliau telah dapat menyedarkan saya dengan beberapa patah perkataan sahaja tentang
corak pernentangan yang akan saya terima daripada Komunis Cina. Beliau berkata: ”Saya
seorang Komunis dan tuan tidak, jadi antara parti saya dan parti tuan tidak akan sekali-kali
tercapai sebarang persetujuan. Mustahil bagi Komunis dapat hidup bersama dengan orang yang
bukan Komunis.”

            Beberapa perkataan yang mudah difahami ini telah tersemat di dalam hati saya.   Segala
dakyah yang dikeluarkan oleh pihak Inggeris mengenai fahaman Komunis pada masa itu dan
juga mengenai dengan tujuan-tujuan Komunis , tidak dapat memberi kesan ke atas saya.

            Dengan secara tidak langsung Chin Peng sendirilah yang telah memberi ingatan kepada
saya mengenai bahaya fahaman Komunis. Oleh itu saya bukannya takut kepada ‘momok’,
bahkan saya telah mendapat ajaran daripada mulut Komunis sendiri tentang bahaya yang akan
ditimbulkan.

            Tidak berfaedah kita berpura-pura seolah-olah kita telah dapat menghalang PKM .
Sekalipun darurat tamat pada 1960, saya tidak pernah mempercayai bahawa kita tidak lagi akan
berhadapan dengan ancaman Komunis. Saya selalu berkata bahawa sekali pun Komunis telah
dapat dikalahkan pada waktu itu, tetapi kita tidak dapat menghalang sepenuhnya, kerana
mereka akan cuba muncul kembali pada bila-bila masa yang boleh.

            Empat belas tahun telah berlalu sejak saya bertemu dengan Chin Peng dalam
perundingan yang bersejarah di Baling, tetapi kata-kata Chin Peng pada ketika itu kepada saya
sentiasalah tersemat di dalam ingatan saya kerana setiap kali saya memikirkan sebarang
perbuatan atau perkataan Komunis maka saya sentiasa terkenang kepada peristiwa Baling.

            Di Malaysia hari ini cuma orang-orang yang pertengahan umur sahaja yang masih ingat
peristiwa Baling itu, tetapi bagi orang-orang muda Baling cuma merupakan nama sebuah pekan
sahaja. Oleh yang demikian saya fikir amatlah berguna sekiranya saya menyebut di dalam buku
ini pertemuan saya yang tidak dapat dilupakan dengan Chin Peng yang pada ketika itu menjadi
pemimpin PKM sehingga hari ini.

            Pada 9 September 1955, saya sebagai Ketua Menteri dengan hati yang berat telah
mempersetujui perisytiharan Kerajaan Inggeris hendak memberi pengampunan beramai-ramai
kepada Komunis. Sebagai menyambut tawaran pengampuan ini, surat-surat telah diterima oleh
saya sebagai Ketua Menteri dan juga orang-orang yang dikatakan dikirim oleh Jawatankuasa
pusat PKM. Surat-surat ini telah mengkritik syarat-syarat pengampunan dengan mengatakan
‘bahawa syarat-syarat itu tidak patut dan tidak dapat diamalkan”. Mereka mengemukakan
cadangan hendak menghantar wakil-wakil ke Ibu Pejabat Perikatan di Kuala Lumpur untuk
merundingkan butir-butir yang lanjut untuk pertemuan antara saya dan Chin Peng. Sebenarnya
surat itu merupakan satu tawaran yang tidak langsung kepada Kerajaan untuk merundingkan
soal menamatkan darurat.

            Kerajaan dengan tegas telah menolak tawaran ini, tetapi pada 29 September satu
kenyataan Kerajaan telah dikeluarkan yang menyebut kesanggupan saya untuk bertemu dengan
Chin Peng dengan tujuan hendak menjelaskan kepadanya syarat-syarat pengampunan.
Kenyataan itu juga selanjutnya menyatakan bahawa satu pertemuan dapat diadakan di satu
tempat yang munasabah di Utara Malaya, dan seorang pegawai yang Chin Peng kenal akan
dilantik sebagai pegawai pemandu. Pegawai ini diperintahkan bersedia pada bila-bila masa
untuk menemui Chin Peng di satu tempat dalam sebuah kawasan yang akan dijadikan kawasan
gencatan senjata. Jika Chin Peng bersedia hendak menghadiri pertemuan yang seperti itu, maka
bolehlah dia menghantar sepucuk surat bersendirian kepada saya dengan menyatakan di
dalamnya tempat, masa dan tarikh bagi pegawai pemandu itu berjumpa dengannya dan
membawanya ke tempat mesyuarat.

            Saya telah menerima jawapan pada 14 Oktober. Satu perkara yang menarik perhatian
ialah jawapan ini bertarikh dua hari selepas daripada kenyataan saya itu. Pada 17 Oktober satu
pertemuan telah berlangsung di Klian Intan antara dua orang wakil Kerajaan dan seorang wakil
Komunis sebagaimana yang telah diaturkan di dalam surat Chin Peng kepada saya itu. Chin Peng
sendiri tidak hadir tetapi telah diwakili oleh Chen Tian. Namun begitu Chen Tian tidak ada kuasa
untuk membuat sebarang keputusan, tetapi beliau akan menyampaikan kepada Chin Peng
rancangan-rancangan Kerajaan bagi mengadakan satu pertemuan. Satu pertemuan lagi dengan
Chen Tian perlu diadakan dan persiapan untuk pertemuan itu juga hendaklah diberitahu kepada
saya dengan surat daripada Chin Peng sebagaimana yang dibuat dahulu.

            Pertemuan yang kedua juga diadakan di Klian Intan pada 19 November. Chen Tian telah
tiba di tempat itu dengan tidak memberitahu terlebih dahulu tentang ketibaannya, dan
mengambil kesempatan itu untuk mengeluarkan satu kenyataan bertulis kepada akhbar dan
mengadakan temu ramah dengan wartawan untuk tujuan propaganda. Saya telah memberi
amaran kepada Chin Peng sekiranya perbuatan kurang ajar ini dibuat lagi, maka saya akan
membatalkan pertemuan yang dicadangkan itu.

            Kemudian saya membuat satu kenyataan bahawa saya bersama-sama dengan David
Marshall yang menjadi Ketua Menteri Singapura pada masa itu sanggup berjumpa dengan Chin
Peng pada akhir bulan Disember. Komunis telah menerima cadangan ini dan persiapan telah
dibuat untuk mengadakan pertemuan itu di Baling pada 28 Disember. Dalam satu pertemuan
akhir di Kroh, pada 13 Disember untuk mengaturkan persiapan, pihak Komunis telah diberitahu
bahawa pertemuan itu hendaklah diadakan di Baling pada 28 Disember atau dibatalkan terus.
Kesemua perkara mengenai pertemuan itu telah diputuskan, tetapi mestilah terlebih dahulu
menunggu surat daripada Chin Peng untuk pengesahan.

            Surat ini telah diterima pada 23 Disember, tetapi Chin Peng telah meminta supaya
diadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil Kerajaan pada 24 Disember, dan juga meminta
supaya saya mengumumkan menerusi radio satu jaminan di atas keselamatan perwakilan
Komunis. Pertemuan yang akhir ini telah berlangsung pada tarikh yang diminta oleh Chin Peng
itu, dan pada hari itu juga saya telah mengumumkan satu jaminan untuk keselamatan mereka.

            Setelah itu perundingan Baling berjalan sebagaimana yang dirancangkan, iaitu pada 28
dan 29 Disember. Tiga pertemuan telah diadakan dalam masa dua hari. Saya telah mengetuai
pihak Kerajaan yang mengandungi wakil-wakil yang terdiri daripada Mr. David Marshall dan Tun
Tan Cheng Lok. Chin Peng mengetuai pihak Komunis yang terdiri daripada Chen Tian dan Rashid
Maidin.

            Hasil perundingan ini, Chin Peng telah bersetuju sebagaimana yang berikut:

 “Setelah sahaja Kerajaan Persekutuan yang dipilih mendapat kekuasaan penuh dalam segi
keselamatan dalam negeri dan pasukan-pasukan bersenjata tempatan maka kami akan
menamatkan keganasan, meletakkan senjata dan membubarkan pasukan-pasukan kami. Ini
tidaklah bererti bahawa kami menerima syarat-syarat pengampunan yang ada sekarang.”

            Begitulah tamatnya rundingan Baling. Sekalipun Chin Peng telah membuat perjanjian,
saya telah meninggalkan Baling tanpa sebarang harapan kerana saya terkenang kepada
perkataan-perkataan Chin Peng bahawa Komunis mustahil dapat hidup bersama dengan orang-
orang yang bukan Komunis.

            Saya tidak percaya yang dia akan memenuhi janjinya itu, dan inilah yang sebenarnya
telah berlaku. 20 bulan kemudian iaitu pada 31 Ogos 1957 Malaya telah menjadi sebuah negara
yang merdeka dan bebas, dengan mempunyai sebuah Kerajaan pilihan rakyat dan berkuasa ke
atas keselamatan dalam negeri dan di atas pasukan-pasukan bersenjata kita, tetapi sekalipun
Komunis telah membuat perjanjiannya dengan kita di Baling, mereka terus melancarkan
keganasan senjata.

            Malaya akhirnya dapat mengisytiharkan tamatnya darurat pada 31 Julai 1960. Chin Peng
dan saki-baki Komunis yang telah dikalahkan itu telah bersembunyi di Selatan Thailand dan
berada di sana sehingga hari ini selama 14 tahun. Mereka masih merupakan satu ancaman
kepada keselamatan negara sebagaimana yang terbukti daripada serangan hendap yang
dilakukan oleh mereka pada 27 Julai.

            Kerajaan tidak lalai serta telah melipatgandakan tindakan keselamatan di sepanjang
kawasan sempadan dengan kerjasama rapat kerajaan Thai, kerana kami sedar bahawa kekacauan
yang berlaku baru-baru ini dan suasana yang belum dapat dipulihkan di Malaysia ini memberi
peluang kepada Chin Peng dan pengikut-pengikutnya untuk melakukan sesuatu jika mereka
diberi kesempatan.

            Sekarang masih ada beribu-ribu orang lagi Komunis di Malaysia. Kenyataan ini telah
terbukti semasa Konfrantasi Indonesia kerana dalam masa itulah kira-kira 2,000  Komunis telah
meninggalkan negara ini untuk bersama dengan pasukan tentera  Presiden  Sukarno melanggar
Malaysia.

            Komunis bukannya cintakan Sukarno atau sukakan rejimnya, kerana mereka mendapat
laporan tentang perbuatan-perbuatan aniaya yang dilakukan ke atas orang-orang Cina di
Indonesia dengan perintah Sukarno. Mereka pergi ke Indonesia kerana mereka berpendapat
bahawa inilah satu peluang yang amat baik untuk membolehkan mereka muncul balik di
Malaysia sebagaimana yang mereka harapkan selama ini. Pada kali ini mereka harap dapat
memenuhi cita-cita mereka dengan cara bersatu dengan tentera Sukarno.

            Mereka juga berharap bahawa dengan adanya persahabatan antara Sukarno dengan
PKM, maka mereka akan diakui balik sebagai satu pertubuhan di Malaysia jika Sukarno berjaya
dalam rancangannya itu. Mereka akan menolong Sukarno sampai mendapat peluang mengambil
kuasa di Malaysia.

            Dalam perarakan mayat 9 Mei itu, sepanduk-sepanduk gambar Mao telah diarak oleh
mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, yang berpura-pura sebagai orang-orang
yang berkabung.

            Parti Buroh Malaysia terletak di bawah kawalan Komunis, dan Parti Rakyat pula sentiasa
dipengaruhi oleh mereka. Dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan oleh anggota-anggota
Barisan sosialis pada 1967, Dr. Tan Chee Khoon telah kedengaran berkata: “Ini bukan orang-
orang saya.”

         Jadi siapakah mereka itu, padahal mereka menggunakan alamat Ibu Pejabat Barisan Sosialis
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur untuk berkumpul.

            Dr. Tan Chee Khoon sendiri bukanlah seorang Komunis, tetapi dapatkah beliau dengan
sesungguhnya menyatakan bahawa parti beliau terlepas daripada sebarang pengaruh Komunis,
seperti juga Lee Kuan Yew semasa beliau meminta pertolongan mereka itu untuk mendapatkan
kekuasaan di Singapura? Baliau patutlah ingat kepada kata-kata: “Jika kamu menghirup sup di
meja yang syaitan ada bersama-sama, maka mestilah kamu menggunakan sudu yang panjang
tangannya.”

            Beliau dan semua orang tahu bahawa Cina Komunis sentiasa mengganggu hal ehwal
Malaysia sebagaimana yang dapat di dengar menerusi Radio Peking.

            Saya rasa munasabah juga untuk memetik satu tulisan yang tersiar di dalam penerbitan
mingguan Soviet bernama ‘New Times’ pada 13 Jun. Majalah itu menuduh Peking
membangkitkan perasaan benci di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara, dan sebagai
contohnya menyebut tentang rusuhan yang telah berlaku di Malaysia pada 13 Mei.

            Majalah itu selanjutnya mengatakan bahawa pengikut-pengikut Mao telah beberapa kali
memperalatkan kaum-kaum l Cina yang berada di Asia Tenggara, seperti di Burma dan
Cambodia, untuk melakukan perbuatan-perbuatan provokasi yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada perjuangan mereka. Anasir-anasir Mao telah menanam benih perpecahan di
kalangan pertubuhan yang benar-benar bercorak demokrasi di Malaysia, dan telah
membahayakan pertubuhan-pertubuhan dengan menggunakan cara-cara ‘Red Guard’.
            Majalah itu menamatkan huraiannya dengan mengatakan bahawa inilah satu pelajaran
yang dapat diambil oleh pejuang-pejuang kebangsaan dan pengamalh demokrasi di Malaysia.

            Kejadian serang hendap ke atas pasukan keselamatan kita di Sintok, Kedah pada 27 Julai
membuktikan bahawa masih banyak gerakan pengganas di sepanjang sempadan Thai/Malaysia.
Anggota-anggota Komunis yang terlatih di Thailand menyeberangi sempadan dan membuat
perhubungan dengan rakan-rakan mereka di Malaysia.

            Anggota-anggota perisik telah menumpukan perhatian mereka kepada gerakan Komunis
di kawasan itu tetapi mereka tidak dapat mengesan kesemuanya kerana sempadan
Malaysia/Thai diliputi oleh hutan rimba yang besar. Pada 17 Jun 1968, 16 orang anggota polis
kita telah terbunuh dan 17 lagi cedera di dalam satu serangan hendap yang berlaku di sempadan
Kroh/Betong. Inilah perangsang yang ditunggu-tunggu oleh pengikut-pengikut Komunis.

            Kebanyakan laporan sulit yang diterima menumpukan hal-hal mengenai gerakan
Komunis di Singapura dan sempadan Indonesia/Malaysia Timor. Jelas bahawa PKM  dibantu dari
tiga jurusan – iaitu dari Selatan menerusi komunis-komunis yang ada di seberang Tembok Johor
yang datang dari Hong Kong melalui Singapura, dari Utara komunis yang berada di Thailand,
dan juga dari komunis di sempadan Sarawak-Indonesia.

            Hari ini komunis di Malaysia lebih cergas dan lebih ganas daripada komunis di Singapura.
Taktik mereka menggunakan sentimen perkauman telah berjaya sehingga menimbulkan
ketegangan di dalam masyarakat kita yang berbilang kaum. Gerakan mereka telah bertambah
meluas.

            Malangnya mereka telah berjaya memujuk belia dari sekolah-sekolah Cina untuk
dijadikan agen bagi melakukan perbuatan-perbuatan memeras dan menakutkan ahli-ahli
perniagaan dan sebagainya. Mereka yang enggan menurut kehendak komunis  akan diancam
keselamatannya.

            Inilah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang berpegang teguh kepada perasaan
kecinaan, dan juga samseng-samseng yang mengacau keamanan dalam negara ini. Mereka
menghasut orang-orang Cina supaya mendesak Kerajaan mengadakan sebuah Universiti Cina
menjadikan bahasa Cina dijadikan salah satu bahasa rasmi, dan enggan menerima sebarang
perkara kecuali yang bercorak kecinaan. 

            Dengan tertanamnya perasaan sentimen yang seperti ini di dalam hati mereka, maka
tidaklah mudah bagi Kerajaan hendak menarik mereka ke sebelah kita dan sangatlah susah
hendak mengasingkan mereka daripada musuh kita, Komunis.

            Dalam pilihan raya baru-baru ini kita telah dapat melihat gerakan yang cergas yang telah
dilancarkan oleh Komunis. Saya mempunyai alasan yang kuat untuk mempercayai bahawa
mereka telah mengadakan wang untuk Pas dalam pilihan raya yang lepas bagi mendapatkan
pertolongan parti itu untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan.

            Komunis Cinalah yang telah mengadakan wang bagi pengacau-pengacau Melayu melalui
parti-parti yang ada hubungan rapat dengan orang-orang ini, dan salah satu ialah Parti Komunis
Indonesia yang menerima sokongan kewangan daripada Parti Komunis Negeri China.

            Dalam masa itu Komunis telah menghasut pensyarah-pensyarah dari parti-parti
pembangkang supaya menumpukan ucapan-ucapan mereka di atas perkara-perkara yang
disungutkan oleh orang ramai dan meletakkan kesalahan di atas Kerajaan Perikatan, dengan cara
memasukkan jarum pengaruhnya dengan halus.

            Perarakan mayat pada 9 Mei, sehari sebelum daripada pilihan raya telah digunakan
sepenuhnya oleh komunis. Komunislah yang merasa sangat puas hati dengan tunjuk perasaan
yang diadakan bersama oleh Gerakan dan DAP pada 12 Mei iaitu satu perbuatan yang menepati
dengan kehendak mereka.

            Sekarang PKM sedang berusaha dengan cara yang tidak langsung untuk mendesak puak-
puak ‘pelampau’ supaya melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan
anggota-anggota UMNO. Kita mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa beberapa
beberapa orang yang diketahui menjadi ahli Komunis sedang membuat perhubungan dengan
beberapa orang ‘pelampau’ dalam UMNO.

            Propaganda yang datangnya daripada Barisan Persatuan Komunis adalah bertujuan
hendak menggambarkan bahawa Kerajaan Perikatanlah yang sebenarnya berdosa dalam
pertelingkahan kaum itu.

            Rancangan mereka sekarang ialah hendak menggunakan dengan sepenuhnya suasana
yang terdapat pada hari ini untuk faedah Komunis dengan cara menyakinkan orang ramai
bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku pada 13Mei; dan hasrat
mereka ialah hendak menimbulkan suasana harmoni di kalangan semua kaum. Mereka bukan
sahaja cergas di kawasan sempadan Thailand dan di sempadan Sarawak bahkan juga di seluruh
negara.

            Tujuan mereka ialah hendak memperingati ulang tahun yang ke-21 pemberontakan
bersenjata mereka yang jatuh pada 20 Jun dengan cara menunjukkan kekuatan mereka, tetapi
kesempatan itu tidak terbuka untuk mereka lakukan sehinggalah sebulan kemudian iaitu pada 27
Julai.

            Mereka merayakan peristiwa itu dengan satu serangan hendap ke atas pasukan
keselamatan di kawasan sempadan yang menyebabkan enam orang terbunuh dan tujuh lagi
tercedera. Kejadian ini dilakukan unutk meninggikan moral mereka dan tentulah akan
menambahkan semangat PKM di dalam rangkanya hendak menguatkan semula perjuangan
bersenjata mereka.

            Berikutan dengan penyebaran surat Dr. Mahathir itu, maka satu taktik baru telah timbul
di Malaysia ini, tetapi taktik ini merupakan satu helah yang telah pun lama diamalkan oleh
Komunis, kerana mereka telah pun mencubanya di Burma. Helah ini ialah menulis surat-surat
yang beracun. Surat-surat ini seolah-olahnya dihantar oleh seorang kepada seorang yang lain,
sebagaimana yang telah saya lihat di Terengganu pada 8 Ogos. Seolah-olahnya telah ditulis
kepada saya oleh Setiausaha Agung Parti Perikatan, Tan Sri T.H. Tan kerana di kaki surat itu telah
ditaip nama beliau sebagai penghantarnya.

            Saya belum pernah melihat surat yang seperti ini. Jika setiausaha Parti Perikatan merasa
risau di atas satu kejadian, maka tentulah dia tidak menulis surat ini kepada saya bahkan datang
berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang cerdik,
tetapi nampaknya surat beracun yang seperti itu boleh mempengaruhi orang-orang biasa.

            Surat ini mengandungi tuduhan-tuduhan terhadap tentera, iaitu tuduhan yang sangat
keji dan hina yang boleh mengejutkan orang-orang biasa. Surat itu menuduh askar-askar kita
memecahkan rumah, memperkosa perempuan-perempuan Cina, membelah perut mereka dan
memotong buah dada mereka. Surat yang seperti itu cuma dapat ditulis oleh seorang yang
hilang akal, tetapi ia penuh tanda-tanda yang menunjukkan bahawa surat itu merupakan
propaganda Komunis.

            Mungkin banyak surat seperti itu dihantar ke rumah-rumah orang-orang Cina. Di dalam
sampul surat yang saya sebutkan tadi ada lagi sepucuk surat yang disebarkan bersama-sama
dengannya. Surat yang pertama ialah yang saya baru sebutkan di atas; surat yang kedua dalam
Bahasa Malaysia menghasut rakyat mengambil kuasa negeri ini untuk orang-orang Melayu. Surat
itu bertajuk “Dengan Nama Allah.”

            Sesiapa yang telah bertanggungjawab menghantar surat-surat ini telah membuat satu
kesilapan yang amat bodoh kerana memasukkan kedua-dua surat di dalam satu sampul. Kedua-
dua surat itu menunjukkan bahawa tujuannya ialah hendak menimbulkan perpecahan dan huru-
hara dengan melalui dua suara, tetapi kesilapan itu telah menzahirkan bahawa kedua-dua suara
itu datangnya dari mulut yang sama.

            Semasa saya berada di Alor Setar pada 21 Ogos, saya telah menunjukkan kepada akhbar
satu salinan surat Pekeliling Komunis yang bertulis di atas kertas ‘foolscaps’ berwarna merah
jambu. Surat yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi ini mempunyai tajuk “Kenangan untuk
askar Melayu“. Di atas surat ini tertera lukisan-lukisan kartun yang menunjukkan saya seorang
diktator.

            Di celah-celah gambar kartun itu tertulis nama-nama Menteri Kesihatan, Tan Sri Sardon;
Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Khir Johari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh; Bekas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Syed Nasir; seorang Ahli Parlimen dari Johor, Syed Ja’afar
Albar, dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Haji Sulaiman Palastin. Surat-
surat itu telah dihantar melalui pos dari Kuala Lumpur kepada seorang penerimanya di Kedah.

            Pada pendapat saya sendiri, sekiranya orang-orang Cina yang taat setia kepada negara
tidak percaya kepada propaganda Komunis, maka negara ini akan selamat. Sebenarnya tidak ada
sebarang sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan antara orang-orang Cina dengan orang-
orang Melayu, kerana mereka telah hidup bersama dengan aman. Anasir-anasir Komunislah yang
cuba hendak memecahkan perpaduan yang berbahagia ini, dengan disokong oleh anasir-anasir
pelampau cauvinis kedua-dua kaum.

            Sementara Cina Komunis ialah kuasa di belakang anasir-anasir Cina yang tidak taat setia
di Malaysia ini, saya juga tahu bahawa mereka membantu parti-parti Melayu yang menentang
UMNO sekali pun anggota-anggota parti ini tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian rakyat-
rakyat Malaysia yang taat setia sedang dihimpit oleh Komunis dari dua belah pihak – satu pihak
terdiri daripada orang-orang Melayu yang terpesong, dan satu pihak lagi dari orang-orang Cina
yang tertipu.

            Oleh yang demikian jalan yang terbuka bagi rakyat yang taat setia itu ialah menolong
Kerajaan dengan apa juga cara yang boleh, dan menolong memperkuatkan segala tenaga yang
dapat memperkuatkan kedudukan Kerajaan bagi menghadapi ancaman musuh-musuh kita,
Komunis.

 (Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

PADA satu malam bulan penuh purnama yang terjatuh pada hari Jumaat, 2 Mei 1969, lapan hari
sebelum hari mengundi dan 11 hari sebelum rusuhan berlaku, saya telah mendapat satu mimpi
yang boleh dikatakan luar biasa.

Dalam mimpi itu saya dapati saya berada di lorong belakang di antara dua deretan rumah.
Lorong itu sempit, becak, berlumpur dan kotor; sampah sarap dan kekotoran yang seperti itu
tidak pernah saya lihat dahulu. Sedang saya berdiri di situ dengan tidak tahu apa yang hendak
di buat, tiba-tiba tikus-tikus longkang sebesar kucing berduyun-duyun keluar dari parit sebelah
kiri dan datang ke tengah-tengah lorong yang tersebut memakan sampah dan kotoran yang
ada di situ.

Tikus itu nampaknya bengis, dan memamah sampah sarap dengan ganasnya. Saya cuba hendak
pergi ke sebelah sana lorong itu yang tidak dipenuhi oleh tikus-tikus itu, tetapi dengan tiba-tiba
berterbangan keluar lalat-lalat hijau yang kotor dari sebuah parit disebelah kanan, dan
memenuhi kawasan yang kosong itu. Dengan itu maka saya telah terperangkap kerana tidak ada
lagi jalan yang boleh saya lalui.

Tikus-tikus dan lalat-lalat itu terus juga keluar dari kedua-dua belah parit, dan saya pun
mengambil keputusan untuk keluar dari situ dengan merempuh mereka. Oleh kerana saya fikir
tikus-tikus itu akan menyerang saya, maka saya tidak megikuti jalan yang ada tikus-tikus itu
tetapi merempuh lalat-lalat hijau itu sambil menutup mata dan muka saya dengan lengan. Lalat
hijau itu berterbangan dan berdesing-desing di sekeliling saya dan mengikut saya seketika,
tetapi akhirnya saya dapat lepas daripada mereka dan terus keluar ke jalan yang bersih dan
udara yang segar.

Apabila terkejut daripada tidur saya tidak dapat mentadbirkan mimpi itu. Saya beritahu isteri
saya dan meminta beliau memikirkan apa erti mimpi yang pelik dan dahsyat itu. Beliau berkata
beliau juga tidak dapat mentabirkan mimpi itu tetapi nyatalah ia memberi alamat bahawa satu
kejadian buruk akan berlaku, dan kejadian itu akan mendatangkan kesusahan besar kepada
saya.

Pada ingatan saya tikus-tikus dan lalat-lalat hijau itu adalah merupakan dua binatang yang kotor
sekali dalam dunia. Oleh itu mimpi saya itu tentulah menandakan bahawa ada satu perkara yang
dahsyat akan berlaku. Saya beritahu isteri saya bahawa saya rasa ada musuh-musuh yang
berusaha hendak menjahanamkan saya, atau sekurang-kurangnya hendak menyekat usaha-
usaha saya untuk keamanan dan kebahagiaan. Saya segera mencatatkannya dalam buku ingatan
saya supaya kemudian kelak dapatlah saya mengerti tujuan mimpi saya itu.

Dalam masa beberapa hari sejak mimpi itu, saya berkali-kali cuba hendak mencari makna tikus
dan lalat hijau itu. Saya tidak dapat hendak melupakan mimpi itu kerana semua yang berlaku
sangatlah jelas, dan merupakan satu alamat yang sangat buruk.

Pada pagi hari mengundi satu lagi kejadian yang merunsingkan telah berlaku selepas
sembahahyang subuh. Apakala saya hendak bangkit dari tikar sembahyang, tasbih yang saya
gunakan telah tersangkut di penjuru meja dan putus talinya sehingga biji-biji tasbih itu
bertaburan di atas lantai.

Kejadian ini juga tentu mempunyai makna. Saya telah gunakan tasbih ini selama beberapa tahun
untuk berzikir selepas sembahyang tetapi kejadian yang seperti ini tidak pernah berlaku
sebelum itu. Tuhan sahaja yang maha mengetahui kenapa tasbih itu putus talinya pada pagi itu,
iaitu hari mengundi. Saya mula berasa gelisah dengan kejadian-kejadian yang pelik ini, mungkin
ia mempunyai alamat yang tidak baik.

Sekarang baru saya tahu apa yang dimaksudkan oleh mimpi itu. Tikus-tikus itu nyatalah
merupakan komunis-komunis Malaysia atau konco-konco dan penyokong-penyokong mereka
dan juga semua anasir jahat.
Orang-orang inilah yang menganjurkan perarakan mayat pada 9 Mei dan sebagaimana yang
telah saya ceritakan tadi, mereka cuba hendak menimbulkan peristiwa buruk dalam perarakan
itu supaya terhalanglah pilihan raya. Mereka tidak berjaya dalam pecubaan ini tetapi mereka
telah berjaya menimbulkan perasaan buruk dan meninggalkan kesan yang membahayakan
keamanan. Mereka telah menyematkan perasaan perkauman di hati orang ramai, dan
melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kepada tercetusnya kekacauan besar pada 13
Mei. Ringkasnya mereka telah menaburkan benih-benih dan sekarang mereka hendak makan
buahnya.

Elok saya terangkan bahawa pihak Cina Komunis tidaklah bertujuan hendak menimbulkan
pergaduhan atau pertelingkahan perkauman seperti yang berlaku itu, tetapi hasil perbuatan
mereka yang lazimnya berakhir dengan kejadian yang sama seperti ini. Apa sebabnya begitu?
Sebabnya ialah orang-orang Melayu enggan menurut perintah mereka dan sebarang
perselisihan dengan orang-orang Melayu pastilah membawa kepada pertelingkahan kaum.

Ini telah terbukti dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang semasa komunis memberi
perintah supaya diadakan hartal, orang-orang Melayu tidak hiraukan perintah itu, dan apabila
mereka menyerang pekedai-pekedai Melayu, maka orang-orang Melayu lain telah datang
menolong sehingga membawa kepada timbulnya satu pertempuran kaum.

Tujuan mereka hendak merosakkan Kerajaan dengan mengadakan ‘boikot’  telah bertukar
menjadi satu pertempuran antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina,  iaitu satu
kejadian yang bukan dimaksudkan oleh Komunis.

Kejadian seperti ini berlaku sekali lagi pada hari perarakan mayat. Tujuan mereka ialah hendak
menunjuk perasaan menentang kerajaan, tetapi dengan melakukan perbuatan itu mereka telah
menyentuh perasaan orang-orang Melayu. Sikap orang-orang Melayu ialah kiranya mereka
menganggap kerajaan negeri ini sebagai kerajaan mereka, maka perbuatan mengutuk kerajaan
itu berertilah mereka juga mengutuk diri mereka sendiri. Orang-orang Melayu adalah anti-
Komunis, tetapi nampaknya Komunis Cina tidak memahami sikap dan pendirian orang-orang
Melayu itu. Bilangan orang-orang Melayu yang mempercayai ideologi mereka boleh dikatakan
hanya  berapa kerat saja.

Pada 12 Mei, Dr Tan Chee Khoon dan anggota-anggota Gerakan telah mengadakan perarakan
untuk merayakan “kemenangan” parti mereka, dan dalam perarakan itu anggota-anggota DAP
juga turut serta. Perarakan itu telah berjalan dengan teratur sebagaimana yang dirancang, tetapi
selepas daripada tamatnya perarakan itu anggota-anggota parti telah hilang akal menunjukkan
kelakuan yang biadab. Semasa mereka dalam perayaan itulah mereka telah melakukan
perbuatan yang tidak senonoh dan melemparkan kata-kata yang keji. Perbuatan mereka yang
keji itu dengan sendirinya memasukkan mereka ke dalam perangkap `tikus-tikus longkang’
tersebut.

Perarakan mayat yang dianjurkan oleh Komunis pada hari Jumaat dan sambutan “kemenangan”
yang diadakan oleh Gerakan dan DAP pada hari Isnin adalah dua kejadian yang provokasi
sehingga tercetusnya kekacauan yang sehabis-habis buruk yang belum pernah berlaku di Kuala
Lumpur. Tujuk-tunjuk perasaan yang berlaku satu demi satu telah dianjurkan oleh Cina Komunis
dan parti-parti politik tersebut, yang merupakan perbuataan provokasi dan jahat telah memberi
makna yang jelas kepada mimpi saya itu.

Sekarang apakah pula erti lalat-lalat hijau? Pada malam 25 Mei seorang pelayan di Residency
(kediaman rasmi saya) telah memberitahu saya bahawa seorang sahabat lama, Dato’ Syed Esa
Almanoer hendak bercakap dengan saya menerusi telefon. Apabila saya mengangkat telefon itu
saya dapati bukanlah suaranya, tetapi orang lain yang cuba hendak menyamar dan bercakap
dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu saya bahawa ada 20 orang ahli UMNO yang sedang
bermesyuarat pada masa itu di satu tempat dan mereka telah mengambil keputusan meminta
saya meletakkan jawatan.

Saya cuba hendak mengecam suaranya, tetapi tidak dapat. Apabila saya bertanya siapakah dia,
dia enggan memberitahu namanya. Jadi saya katakan kepadanya “Go to hell (pergi jahanam).”
Panggilan-panggilan telefon yang seumpama telah dibuat berulang kali dalam masa tiga atau
empat malam kemudiannya. Apabila  diberitahu kepada orang yang memanggil itu bahawa saya
tiada di rumah, dia telah memberitahu kepada pelayan yang menjawab telefon itu supaya
memberitahu kepada saya supaya meletakkan jawatan kerana saya tidak dikehendaki lagi dalam
UMNO dan dalam Kerajaan.

Pada 6 Jun pula, iaitu hari yang sepatutnya saya masuk hospital, Utusan Melayu telah
menerbitkan satu berita yang mengandungi pendapat beberapa orang anggota UMNO bahawa
dalah bijak bagi MCA tidak menyertai Kabinet. Saya telah menasihatkan mereka itu supaya
jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana saya bimbang perbuatan itu mungkin akan
menambahkan perpecahan dan dengan itu juga akan mencacatkan pentadbiran. Sebarang
persoalan kaum yang dibangkitkan pada waktu ini akan membahayakan keamanan.

Selang tidak berapa lama, iaitu pada 18 Jun, saya telah menerima surat daripada Dr. Mahathir
yang telah saya ceritakan terdahulu. Surat ini kemudiannya telah disebar beribu-ribu naskah.
Kandungannya semata-mata bertujuan untuk menghina saya di mata orang ramai dan
menaikkan perasaan marah dan benci orang ramai terhadap diri saya.

Kempen benci terhadap diri saya ini telah mengejutkan orang-orang Melayu yang taat setia
amnya dan anggota UMNO khasnya. Saya sendiri menghadapi dugaan yang berat. Keadaan
tegang telah timbul di dalam parti yang boleh membawa kepada timbulnya perpecahan dalam
UMNO. Kemudian Majlis Tertinggi UMNO telah memecat Dr. Mahathir.

Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka terus menganiaya diri saya. Beberapa lagi
surat liar telah dikirim dan disebarkan kepada orang ramai. Lalat-lalat hijau ini terus mengekori
saya, dan mereka masih berdesing-desing di sekeliling saya.

Sekarang dapatlah saya faham bahawa biji-biji tasbih yang telah terburai itu merupakan
pecahnya keamanan dan harmoni antara berbagai-bagai kaum. Tikus-tikus boleh dibunuh, lalat-
lalat boleh diusir dan biji-biji tasbih boleh dicucuk kembali benangnya. Marilah kita berdoa
supaya segala penderitaan dan percubaan yang kita telah alami, dan bencana serta kesan-kesan
yang buruk yang timbul daripadanya itu akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Pihak Kerajaan sebenarnya bersungguh-sungguh mengamalkan sikap sabar dalam


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Sepatutnya kita tidak membenarkan mayat
pemuda Parti Buroh itu disimpan di rumah mayat di Jalan Sultan yang terletak di tengah-tengah
bandar Kuala Lumpur, tetapi memerintahkan supaya mayat itu dibawa ke kampungnya di
Kepong untuk dikebumikan.

Niat Parti Buroh itu adalah jelas; hendak mempersenda-sendakan pemerintah dan melakukan
perbuatan-perbuatan yang boleh memecahkan keamanan. Cara mereka mengadakan perarakan
mayat menunjukkan dengan jelas niat dan tujuan mereka. Mereka tergamak meminta kebenaran
supaya perarakan itu diadakan pada hari mengundi. Jika permintaan mereka itu diluluskan,
mungkin pilihan raya di Kuala Lumpur tidak dapat diadakan. Kesan perarakan mayat itu tentulah
buruk ke atas negara pada keseluruhannya tidak kira pada hari mana jua pun ia diadakan,
kerana perarakan yang seumpama itu akan membangkitkan perasaan anti kerajaan.

Oleh kerana itu Gerakan dan DAP tidaklah sekali-kali patut mengadakan perayaan ‘kemenangan’
setelah perarakan mayat itu telah diadakan dan kesan-kesan daripadanya menunjukkan bahawa
perbuatan itu telah menimbulkan perasaan yang buruk. Cara bagaimana mereka merayakan
‘kemenangan’ mereka tidak dapat tiada mesti mengakibatkan kejadian seperti yang telah
berlaku dan saya meletakkan tanggungjawab yang sama ke atas parti-parti ini di atas kekacauan
yang berlaku.

Setelah parti-parti pembangkang mengadakan perarakan kemengan mereka maka tidaklah pula
dapat disekat kehendak UMNO mengadakan perarakan kemenangannya pada 13 Mei. Jika
perarakan UMNO itu tidak diadakan, maka moral anggota-anggota parti itu tentulah jatuh
setelah parti-parti pembangkang menunjukkan kekuatan mereka, dan juga kerana anggota-
anggota UMNO ini telah dicerca oleh parti-parti pembangkang itu. Oleh itu rusuhan-rusuhan 13
Mei yang telah timbul akibat daripada perarakan-perarakan itu adalah satu kejadian yang
dikutuk, dikesali dan tidak dapat dimaafkan.

Selain daripada itu, dalam kempen pilihan raya asas-asas demokrasi telah dipersenda-sendakan
dan perlembagaan telah dicabul dan dipermainkan oleh semua partii pembangkang. Pemimpin-
pemimpin mereka telah melancarkan kempen dengan tidak menghiraukan dan tidak
menghormati perlembagaan yang menjadi piagam demokrasi negara.

Sesungguhnya mereka telah membuat ucapan-ucapan seolah-olah negara ini tidak mempunyai
perlembagaan. Pensyarah-pensyarah yang berdiri di atas pentas DAP telah kedengaran berkata
bahawa sekiranya mereka memegang kuasa, mereka akan melucutkan hak-hak orang Melayu.
Banyak lagi perkataan-perkataan mereka mengenai soal berbilang bahasa dan soal-soal
perkauman yang lain yang juga tidak sekali-kali patut dikeluarkan. Banyak perkara yang
ditimbulkan oleh ahli-ahli Gerakan dan DAP merupakan soal-soal yang bercorak provokasi yang
boleh difahami oleh orang-orang Melayu bahawa sekiranya pembangkang menang dalam
Pilihanraya itu, orang-orang Melayu akan `diajar.’

Di satu pihak lagi, PAS menjalankan kempen yang boleh diertikan sebagai bertujuan hendak
mengambil kuasa negara ini untuk orang-orang Melayu sahaja. Menurut PAS sekalipun mereka
mengakui adanya orang-orang lain di negara ini, orang-orang yang bukan Melayu tidak akan
dibenarkan mengambil bahagian di dalam pemerintahan negara atau pun di berikan sebarang
hak.

Sebaliknya Parti Perikatan berdiri teguh di belakang perlembagaan dan dengan sebab itu
Perikatan telah menjadi sasaran serangan daripada kesemua pihak. Sungguh pun begitu,
keputusan-keputusan pilihan raya telah membuktikan satu perkara. Sekali pun di dalam kempen
itu berbagai-bagai tuduhan telah dilemparkan ke atas Perikatan dan pelbagai kritikan telah
dihalakan kepada perlembagaan, rakyat masih memilih Perikatan untuk memegang kuasa
pemerintahan. Ini menunjukkan satu bukti yang jelas bahawa rakyat Malaysia menyokong
Perikatan kerana mereka menyifatkan parti itu sebagai pendukung perlembagaan, iaitu sebuah
piagam yang menjamin kebebasan, hak-hak perseorangan dan keselamatan.

Oleh itu apakah yang patut kita lakukan supaya perlembagaan itu dihormati? Perlembagaan
adalah menjadi asas kemerdekaan kita, dan di atas asas inilah kita telah membina negara kita.
Oleh itu kita mestilah sentiasa menegakkan Perlembagaan kita itu dan mempertahankan serta
melindunginya dengan segala kekuatan yang ada pada kita.

Saya dapat tahu bahawa di Amerika Syarikat semua parti politik yang mengambil bahgian dalam
pilihan raya bersetuju tidak menyentuh hal-hal perlembagaan mereka. Perlembagaan ini
disifatkan sebagai dokumen yang suci dan tidak boleh dibiarkan mana-mana pihak
menjadikannya sebagai satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam kempen pilihan raya atau
di mana-mana jua. Di dalam perlembagaan kita itu ada syarat-syarat yang menentukan cara-
cara bagaimana dapat dibuat pindaan, tetapi pindaan-pindaan telah dibuat cuma mengenai
dengan pentadbiran dan keselamatan negara di mana-mana yang difikirkan perlu.

Sekiranya kita hendak mencegah daripada berulangnya peristiwa 13 Mei, maka undang-undang


pilihan raya mestilah dipinda bagi mengadakan syarat-syarat bahawa perkara-perkara di dalam
perlembagaan itu tidaklah boleh ditimbulkan di dalam pilihan raya, dan jika mana-mana parti
atau orang-orang perseorangan melakukan kesalahan melanggar undang-undang ini maka
mereka akan dihukum. Dengan cara ini sahajalah dapat kita menjamin bahawa demokrasi boleh
berjalan di negara ini.

Peristiwa 13 Mei memberikan peringatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang
akan timbul jika perlembagaan diketepikan dan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam
dan adat istiadat pelbagai  kaum dipermainkan.

Pada 13 Mei 1969,  negara kita terletak di ambang keruntuhan, dan sebab boleh berlaku
kejadian itu ialah kerana kita tidak mengakui pada diri kita sendiri kedudukan dan hakikat yang
sebenar. Oleh yang demikian marilah kita berazam untuk bersungguh-sungguh mengelakkan
daripada berlaku lagi kelalaian dan kecuaian yang seperti itu. Marilah kita berazam untuk
mempertahankan demokrasi dan cara hidup yang kita cintai.

Maka saya berdoa ke hadrat Allah Subhanallah Wata’ala untuk memohon limpah rahmat-Nya
bagi mengembalikan buat selama-lamanya muhibah, keharmonian, keamanan dan
persahabatan antara kaum di negara kita sebagaimana sebelum 13 Mei 1969.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan
1969)

Anda mungkin juga menyukai