Anda di halaman 1dari 4

Aisyah Humaira Sesalku Padamu

"Fuh penat betul hari ni, eh minggu ni, berderet assignments nak kena submit. Ingat
kami ni apa, mesin typewriter nak siapkan dua tiga tugasan seminggu. Dah tu bagi tugasan
pun tak jelas. Lecturer tu cakap lain, lecturer ni cakap lain, padahal jabatan sama, soalan
sama. Mangsanya pelajar lah." aku bermonolog sendiri berharap tekanan yang aku rasakan
dapat diluakkan keluar. Semalaman bersengkang mata menyiapkan tugasan untuk dihantar
pada hari ini. Aku penat, badanku perlukan rehat, mataku harus lelap. Mujurlah petang ini
tiada sebarang kelas ganti atau pun kuliah. Dapatlah aku ‘menqada’ lenaku yang tak tertunai
semalam.

Usai memenuhi keperluan nafsu makanku, aku bergegas dari Kafeteria Angsana
menuju ke blok kediamanku yang terletak paling jauh dengan pagar utama tetapi paling
dekat dengan dunia rimba. Saban hari ada sahaja sekawan kera liar merayap-rayap di
koridor kediamanku. Mungkin mereka juga seperti manusia yang perlukan makanan bagi
memenuhi tuntutan nafsu untuk teruskan kehidupan. Namun bukan itu yang ingin aku
fikirkan pada saat dan ketika ini. Aku perlukan waktu untuk beristirahat. Tenaga mudaku
dahagakan masa yang cukup untuk tidur. Penatku bukan kepalang, aku tak nampak apa-
apa lagi selain matlamat untuk terus menerjah ke katil empukku. Lantaran itu, langkahku ku
hayun lebih laju agar sampai ke kamar dengan lebih cepat.

Pintu rumahku ku kuak. Sepi seolah-olah tak berpenghuni. Mungkin semua teman
sebumbungku sedang nyenyak beradu atau mungkin masih ada sebahagian mereka yang
menjadi mayat hidup di kelas masing-masing. Maklumlah setelah semalaman berhempas
pulas menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada hari ini, inilah masanya kami
menggantikan waktu lena kami yang tak tertunai semalam. Pintu bilikku tak berkunci,
ternyata sahabatku Farhan sudah pun lentok di samping komputer ribanya. Namaku seolah-
olah diseru untuk segera menggantikan pakaian dan terus beristirahat. Namun masakan ku
alpa akan panggilan Tuhan yang agak lama ku tangguhkan lantaran memenuhi nafsu perut
ku terlebih dahulu.

Tangan ku raupkan ke wajah setelah selesai empat rakaat solat zohor, jiwaku
tenang. Tenang setenang air di tasik Kenyir. Nyaman senyaman setiap hembusan di kaki
bukit Bintangor. Terasa rohaniku kenyang dengan doa-doa dan zikir-zikir munajat. Akan
tetapi masih fizikalku lemah, tetap memerlukan bantal busukku untuk dipetakan laut China
selatan agar tenaga dapatku ekstrak kembali.

Bantal itu ku tepuk-tepuk manja. Setelah kelajuan kipas di dalam kamar ku


maksimumkan, tak semena-mena badanku rebah ke katil usang milikku. Penglihatanku
lantas kabur lalu mulai gelap dan hilang. Aku terlena.

1
Aisyah Humaira Sesalku Padamu

*******

Tidak pasti sedari bila mata ku terbuka. Rasanya, belum sampai sepuluh minit pun
aku memanjakan diri membuai mimpi. Kini aku sudah berasa segar dan bertenaga. "I'm
groot, I'm groot! " telefon pintarku berbunyi menandakan ada mesej baharu yang masuk.
Segera ZTE V7 Blade ku gapai. Rupa-rupanya Aisyah Humaira yang menghantar pesanan
ringkas melalui aplikasi Whatsapp. Dia mempelawaku untuk menemaninya ke suatu tempat
istimewa. Aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju lalu segera mencapai tuala untuk aku
mandi dan bersiap untuk keluar.

Awan mendung berarak pergi, kicauan burung layang-layang membingitkan suasana


di sebuah bangunan yang belum pernah aku jejaki. Aisyah Humaira membawa aku ke
tingkat yang paling atas. Tingkat yang tak berbumbung, tak bertepian. Seolah-olah
bangunan yang tak dibina koridornya. Sesiapa pun berisiko terbang menyempah bumi jika
tidak berhati-hati. Aku tidak tahu mengapa, lidah ini kelu, fikiran ini beku. Aku langsung
tidak mempersoalkan idea si pipi merah ini biarpun sungguh tempat ini begitu aneh sekali.
Ramai betul pengunjung yang datang ke bangunan ini.

Aku bingung apakah yang istimewa tentang tempat ini melainkan apa yang aku lihat
hanyalah suasana yang menggerunkan biarpun dihiasi dengan pemandangan yang
mengasyikkan. Aku bingun, dalam tujuh belas ke dua puluh tingkat yang ada dalam
bangunan tersebut, mengapa tingkat atas yang tak berpenghadang ini yang menjadi
kunjungan ramai. Rata-rata mereka hanya lebih kurang sahaja umurnya denganku. Tidak
lama selepas aku memerhatikan setiap gelagat pengunjung di sini, tiba-tiba seorang demi
seorang daripada mereka meniti di tepian bangunan tersebut persis lagak ngeri atau pun
orang yang mengalami tekanan hidup dan berniat menamatkan riwayat hidupnya. “Aisyah,
apa yang nak buat kat sini? Tidakkah kau berasa gerun dan gayat berada di puncak
bangunan sebegini?” Gadis lawa bertudung bawal itu hanya tersenyum sinis mendengar
persoalanku.

Keadaan menjadi makin tak keruan bagiku, emosiku terganggu melihat aksi
berbahaya setiap seorang daripada mereka yang meniti di bibir bangunan tersebut. Aku
cuba memujuk Aisyah Humaira pulang bersamaku tetapi ajakan ku tak diendahkan. Aku
tekad untuk meninggalkan tempat berbahaya itu. Baru sahaja aku memalingkan muka untuk
berlalu pergi, tiba-tiba.. “Aaaaaaaa....” Teriakan seorang perempuan menghentikan
langkahku. “Aisyah!” Nama ini keluar daripada mulutku tanpa ku niatkan. Mataku melayang
mencari titik fokus keberadaan insan yang pernah menaruh harapan padaku dulu. Aku
tercari-cari di manakah dia. Dalam kelibat pengunjung yang masing-masing mulai gelisah
dan terkejut, mataku tertumpu pada seorang gadis kecil molek dikerumungi orang ramai.

2
Aisyah Humaira Sesalku Padamu

Tubuhnya dipeluk sendiri seolah-olah dalam ketakutan. Aku kenal baju dan tudung bawal
dipakai olehnya. “Aisyah! Aisyah tak apa-apa? Jom kita beredar dari sini!” pujukku
bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba sahaja aku merasakan badanku ditepuk kuat dari arah belakang. Seorang
lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang menerpaku. “Itu bukan awek kau, dia dah jatuh dari
bangunan ni tadi. Cepat tinggalkan tempat ni.” tegas lelaki tersebut sambil menarik aku
untuk bergegas meninggalkan tempat puaka itu. Dalam kekecohan dan teriakan orang ramai
sambil bahuku ditarik untuk keluar dari tempat itu, aku melihat dengan mata dan kepalaku
sendiri apabila orang yang ku sangkakan Aisyah tadi sedikit demi sedikit menunjukkan
wajahnya. Bagaikan ingin gugur jantungku apabila melihat wajah orang yang pernah aku
sia-siakan dulu. Dia bukan lagi Aisyah Humaira yang selalu ku lihat. Wajahnya penuh
dengan luka-luka dalam, darah mengalir keluar daripada setiap inci torehan di mukanya.
Tudung bawal yang ku hadiahkan itu sudah hilang kebiruannya diganti merah pekat.

Aku seolah-olah tidak lagi mampu menongkakkan kakiku untuk terus berlari keluar.
Aku rebah sebelum sempat menuruni anak tangga. Mataku kabur dan dalam kesamaran
aku melihat dia merangkak perlahan menuju ke arahku. Lelaki yang cuba menolongku tadi
pun sudah bergegas pergi. Aisyah Humaira terus menghampiriku. Perlahan-lahan
penglihatanku makin kabur. Sehinggalah saat dia betul-betul berada dekat denganku.
Tangannya yang berlumuran darah dan luka itu dimasukkan ke rahang mulutku secara
paksa. Aku tak terdaya melawannya. Sakitnya bagaikan Izrail mencabut nyawa seorang
yang berlaku zalim semasa hidupnya. Tangannya terus dimasukkan hingga... Jantungku
dirabak keluar. Aku tidak lagi mampu bertahan. Aku lemas dalam sungai darahku sendiri.

“Pangggg!!” Bunyi guruh di langit membuatkan aku bingkas bangun.


“Astaghfirullahalazim..” Aku beristighfar panjang, ku rasakan bagai mati hidup semula.
Seluruh tubuhku berpeluh keringat. Mataku menerawang ke jendela kamarku. Hujan.
Kepalaku terasa agak pening lalu ku capai Rainbow G-shock milikku. Jam digitalku
menunjukkan tepat jam 6.40 petang. Aku sudah lewat untuk menunaikan solat Asar. Cepat-
cepat ku gapai tuala mandi dan terus bersiap untuk menunaikan kewajipanku itu. Usai
membaca al-mathurat, aku mulai bermuhasabah diri.

Biarpun kata orang mimpi itu permainan tidur, namun ku rasakan ada hikmah
mengapa mimpi tadi terjadi kepadaku. Mungkin arwah ingin mengingatkan aku akan dosa-
dosa yang pernah ku lakukan kepadanya dahulu. Aku tahu itu semua khilafku. Aku terlalu
mengikut perasaan dan keegoanku sehingga adikku sendiri sengsara. Biarpun Aisyah
Humaira bukanlah daripada rahim yang sama melahirkan aku, namun darah ayah tetap
mengalir dalam dirinya sama sepertiku. Tindakan aku meminggirkannya setelah pemergian

3
Aisyah Humaira Sesalku Padamu

ayah dan emaknya menyebabkan dia menjadi seorang yang liar. Akhirnya dia pergi
menemui sang Pencipta lantaran tindakan nekadnya terjun dari tingkat dua puluh di sebuah
bangunan lama kerana tekanan hidup dan hilangnya tempat bergantung. Jauh di sudut hati,
aku amat berharap agar masa lalu dapat kuputarkan kembali untuk aku perbetulkan segala-
galanya. Maafkan aku Aisyah.

Anda mungkin juga menyukai