Anda di halaman 1dari 4

BILIK 105

Hujan masih renyai-renyai. Aku kuyup kesejukan. Kebasahan itu tidak


menghalang kami unttuk meneruskan rancangan yang telah disepakati kami berempat.

Kami beerempat menembusi lorong sempit dan gelap itu yang hanya disinari
dengan lampu-lampu neon berwarna merah. Di setiap pelosok tersusun cakera padat
lucah yang diletakkan di atas meja. Aku sempat memerhatikan cakera-cakera padat
itu.

“ Mali! Mali! Buleh tengok! Lai! Lai! Kan!” penjaja itu memanggil sesiapa
sahaja yang melintasinya. Ramai juga orang pada waktu itu. Kebanyakannya terdiri
daripada orang Bangladesh, dan terdapat juga beberapa kumpulan abang Melayu
yang mundar-mandir di situ.

Ada juga beberapa gerai kecil yang menjual baju-baju, peralatan seks, kasut
dan cermin mata. Tak terlintas di benak fikiranku di sini pun ada menjual barangan
sepert kasut. Sungguh melucukan apabila memikirkan kejahilan aku ketika itu. Meja-
meja judi dikerumuni.

“Got ball, got money! No ball, no money! You put ten dollars, I give you ten
dollars! You put twenty, I give twenty! Got ball, got money! No ball, no money!
Open! Open!”

Suasana begitumenyeramkan. Lemah rasanya lututku ini. Mungkin kerana ini


kali pertama aku ke tempat sedemikian. Bagiku, sejahat-jahat aku pun, aku belum
pernah menjejakkan kaki ke tempat yang sebegini rupa.

Kami melalui lorong itu dengan mengambil langkah yang pantas kerana
keghairahan ingin melihat gadis-gadis di sebalik pintu yang tertera nombor di
hadapannya, begitu membuak-buak.

Sepanjang lorong itu kami terokai dengan tujuan ingin melihat gadis-gadis
yang ada. Nun di hujung lorong itu, di depan satu bilik dikerumuni oleh lebih ramai
pelanggan. Kami pun turut serta ingin melihat apa yang ada.

Aku tolak-menolak kerana ingin menembusi kelompok itu. Tanpa kusedari


aku telah berada di hadapan. Tersergam di hadapanku tiga orang gadis yang sungguh
cantik paras mereka. Di satu sudut seorang perempuan tua duduk mengacip sebatang
rokok gulung yang malap baranya.

Mungkinkah dia yang bergelar ibu ayam? Mimik mukanya menunjukkan


seolah-olah tiada siapa yang berada di situ. Begitu asyik dengan mennghisap rokok
sambil menonton TV bersebelahan pintu masuk yang tertera nombor 105.

Nafsu berahiku meluap-meluap apabila melihat gadis-gadis tadi. Ingin saja


aku menjamah tubuh-tubuh mereka satu persatu. Tentu seronok. Mungkin lebih
seronok daripada tubuh Ina, bekas kekasihku yang telah meninggalkan aku demi
jantan lain.
Hasutan syaitan begtu jitu mematahkan benteng imanku yang kian menurun.
Dapatku rasakan nikmat yang bakal kuraih jika aku dapat menlanggani pelacur itu.
Fuh! Keringat dingin membasahi dahiku. Mataku terpaku ke gadis Melayu
yang duduk di situ. Tanpa menghiraukan kelilingku aku terus memberanikan diri
menanya berapa harga bagi khidmatnya.

$30! Aku sempat menoleh ke belakang memberi isyarat kepada kawan-


kawanku. Jadi! Gadis itu bingkas bangun dari panggung dan menunjukkan aku ke
sebuah bilik kecil di belakang. Aku mengikutinya dari belakang, sambil
memerhatikan punggungnya yang montok.

Pakaiannya mendedahkan pahanya yang gebu dan putih melepak sekaligus


membuktikan kehalusan dan kelicinan kulitnya. Pastinya menjadi idaman setiap
lelaki.

Terkecur air liurku memperhatikan gadis itu. Rautnya yang ayu membuatku tidak
dapat meluputkan pandanganku daripadanya ketika menjamah tubuhnya. Sungguh
enak.

Sewaktu aku membayarnya wang untuk kerja yang dilakukan kami bersama,
sempat aku aku menanyakan namanya. Seri!

Sebelum aku keluar dari bilik itu, sempat aku mengucup dahinya. Tanda cinta.
Dia tunduk saja.

“kapan mas datang lagi?” aku tersenyum sahaja, sini. Sejurus kemudian aku
keluar dengan membawa kepuasan hati. Masih dapat aku merasakan kehangatan
tubuh Seri.

“Aku akan kembali lagi, Seri,” janjiku dalam hati.

Tidak pernah terlintas di otakku yang aku akan melanggani pelacur pada usia
semuda 20 tahun. Kerap aku ke Desker Road demi menemui Seri.

Bilik 105 jadi tumpuanku dan kawan-kawanku setiap malam minggu. Aku
ingin sekali merapati dan menawan hatinya agar aku dapat habuan yang kuinginkan.
Aku semakin rapat dengan Seri dan hubungan kami semakin intim. Lebih dari
pelanggan biasa.

Kerap kali aku menjempunya pulang ke rumahku di Macpherson Road.


Selama lebih kurang setahun kami berkenalan, perasaanku terhdapnya mula berubah.
Aku mula mencintainya. Seringkali dia menemaniku keluar mengambi angin malam.

Pada suatu malam yang hening, aku mengajaknya ke Kent Ridge Park. Kami
duduk berdua-duaan di atas bangku kayu di puncak bukit itu. Aku merenung
wajahnya yang ayu dan manis itu dengan nafsu berahi. Aku membelai rambutnya
yang panjang dan mengucupi lehernya. Aku pasti dia tahu niatku.

Dia seolah-olah mengelak belaianku, tidak seperti biasa. Lantas dia menangis.
Aku menjadi bingung, tersentak aku dibuatnya.
Aku menghentikan perbuatanku lalu bertanya apa yang telah berlaku. Aku
sangkakan dia dimarahi oleh Nyonya Lian.

Seri mula menceritakan kisahnya. Setelah kematian ibunya, Seri diserahkan


kepada pamannya yang menjualnya kepada sindiket pelacuran. Dia mengalami
pergolan emosi yang begituu hebat sekali. Apabila aku menanyakan perihal
keluarganya yang menetap di Bandung, dia terus menangis. Tidak kusangka gadis
semuda 18 tahun itu sudah cukup mengalami penderitaan hidup yang cukup dahsyat
aku kira.

Aku semakin simpati terhadapnya. Da pernah meluah isi hatinya kepadaku.


Dia ingin berubah dan keluar dari lembah yang hina itu. Aku bertekad untuk
membantunya keluar dari sindiket pelacuran itu. Aku percaya yang aku lebih
memahami jiwa dan perasaannya.

Malam berganti pagi, akku menghidupkan skuterku dengan tujuan hendak


pulang. Di bawah lampu yang malap, masih dapat kulihat kesan tangisan di pipi Seri.
Embun pagi menusuk ke dalam tulang-belulangku. Dingin rasanya apabila skuterku
membelahi celah-celah angin yang berdesir menuruni curam yang tajam.

Tiba-tiba, seluruh tubuhku terasa sakit. Peritnya kakiku! Aku berengsot-engsot


mendekati Seri. Dia tertiarap. Sakit! Sakit! Topi keledarnya tercampak akibat
kemalangan itu. Darah mengalir keluar dari hdung dan telinganya. Kelopak matanya
tidak memancarkan tanda-tanda kehidupan.

Tersentak! Aku disedarkan oleh silau mentari yang menghujani segenap


pelosok bilik hospital itu. Kesakitan menyelubungi setiap urat sarafku. Peritnya amat
sangat.

Abangku menghampiriku dan mengukirkan sekuntum senyuman.

“ Seri! Seri! Mana?”


“ Dia… dia meninggal dunia,” jawab abangku tersekat-sekat.
Sebak dadaku. Aku hanya terpaku di atas katil sebelum aku dibenarkan pulang
ke rumah keesokan harnya. Aku berjalan perlahan-lahan.

“ Apa yang sudah terjadi? Ya Allah, terimalah taubat Seri, terimalah


taubatku,” aku bermohon.

Ya Allah! Sudah lama aku tidak menyebut nama-Nya, apatah lagi melakukan
perintah-Nya. Dan kini aku ingin bermohon kepada-Nya. Tapi, apakah Tuhan akan
menerima penyesalanku? Apakah yang terjadi sekiranya aku mati seperti Seri tanpa
sempat bertaubat?

Tiba-tiba terdengar seruan azan di kuping telingaku. Aku mencari dari mana
suara azan itu bergema. Hatiku yang meronta-ronta tiba-tiba tenang. Aku dapati diriki
mendekati suara kebesaran Allah. Setiap langkah seakan-akan menenangkan lagi
hatiku, naluriku, jiwaku.
Aku rasakan diriku semakin terarah. Dengan perlahan, langkah kanan aku
memasuki sebuah masjid yang aku tak pernah tahu wujudnya masjid itu. Bismillah.

MUHAMMAD HAFIZ BIN MD SAID


25hb April 2000

Anda mungkin juga menyukai