Anda di halaman 1dari 13

Cerpen : Jiwa Kacau

MiEya AriEsSa mieya.ariessa@yahoo.com "Mak aih, cun betul awek ni. Anak siapa la ni" Gumam Asyraff dalam hati tatkala terpandang seorang gadis yang sedang sibuk membelek-belek majalah di sebuah kedai buku. Memang cun! Comel! Bisik Asraff sendirian sambil tersenyum. Asyraff berpurapura turut mencari buku untuk mendekati gadis tersebut. Semakin lama semakin dekat. "Ehem,ehem, cari buku apa tu?" Ashraff memulakan bicara. Gadis tersebut tidak membalas, hanya diam tanpa menoleh. "Ish, dia ni pekak ke apa? Atau buat-buat tak dengar" bisik hati Ashraff tidak puas hati. Dia bertanya sekali lagi. "Hai, awak. Cari buku apa tu? Nak saya bantu?" Kali ini lebih kuat dari yang sebelumnya. Gadis tersebut menoleh kepada Ashraff. Dia tersenyum. " Its okay, thanks" Gadis terbabit terus berlalu. "Ceh, sombongnya! Macam la cun sangat. Cun emak aku lagi" bebel Ashraff. " Woi, apa hal kau ni? Membebel sorang-sorang macam orang terkena sawan harimau je?" Syiqin menyergah Ashraff. "Takde apalah, sibuk je! Dah jumpa ke belum buku yang kau nak tu?" " Ala, aku tanya je. Yang kau nak marah-marah aku tak tentu pasal ni kenapa? Dah jumpa dah ni. Jom blah!" Ashraff termenung teringatkan wajah gadis di kedai buku tadi. Wajahnya yang comel dan lembut itu telah menjadi ingatan tulus abadi kepada Ashraff. " Persis mutiara" Ashraff tersenyum. Dia sedang angau. Asyiqin yang sedari tadi melihat perubahan pada Asyraff diamdiam berjalan ke arah Ashraff. Bushhh! Ashraff terjatuh ke dalam

kolam renang sambil menjerit, "Woi, bangang betul la ko ni. Apa hal tolak aku? Basah dah, tengok!" "Hahahaha padan muka! Dah jatuh dalam air konfemlah basah! Apa punya ngok lah kembar aku ni. Tu la menung jauhjauh lagi. Sampai aku kat belakang kau pun tak sedar. Apa yang kau kusyuk fikirkan sangat tu, share-share la sikit dengan kembar kesayangan kau ni. Hahaha" Syiqin ketawakan Ashraff sehingga terduduk. " Bodoh la! Kalau ye pun janganlah tolak aku dalam kolam renang ni. Kau tau tak betapa sejuknya air kolam waktu malam berbanding waktu siang? Tak pasal aku kena mandi dua kali malam ni" Bebel Ashraff sambil keluar dari kolam renang. Asyiqin masih belum berhenti ketawa. Geli hati melihat telatah kembarnya. " Ala la laEncik Asyraff marah ke Encik Ashraff? Janganlah marah-marah, nanti tak comel cam aku.hahaha!" Syiqin mengejek. Ashraff menolak kepala Asyiqin, Syiqin membalas dengan memukul lengan Ashraff. Begitulah mereka, kembar tak seiras yang memang sangat mesra. Antara mereka tiada rahsia. Ke mana saja berdua, dia mana ada Asyiqin disitu juga Asyraff dan sebaliknya. ----------------" Weh, ko nampak tak awek kat kaunter tu?" Asyraff menjebik ke arah kaunter kepada Syiqin. Syiqin menggaru kepalanya yang tak gatal itu. " Ermm..nampak. Nape?" " Cun tak awek tu? Aku nak gi tackle dia ni." Asyraff mengangkat keningnya. Asyiqin hanya tersenyum kambing. " Pegi la, aku usha dari jauh. Kalau awek tu blah aku gelak kuat-kuat ek!Hehehe.." Asyraff melangkah ke arah kaunter sambil sekali sekala menoleh

kepada Asyiqin. Asyiqin menunjukkan ibu jarinya kepada Ashraff tanda Good Luck. Asyraff tersenyum. Dia menghampiri kaunter dan memotong barisan, lantas mengeluarkan dompetnya dan berkata kepada cashier di kaunter tersebut, " I bayar untuk cik ni sekali ye." Sambil mengangkat kening ke arah cashier tersebut. Matanya menjeling ke arah gadis yang berada di sebelahnya. " Eh..takpe. Tak yah susah-susah. I boleh bayar sendiri." Gadis tersebut cepat-cepat memberi wang kepada cashier yang dari tadi menyaksikan adengan yang tidak berapa romantic di depan matanya. " Takpe, I belanja you ok. Anggap je hadiah dari I tanda salam pengenalan." Jawab Asyraff sambil tersenyum. Macam menjadi je taktik aku ni. Asyraff mengumam sendiri dalam hati. Erk? Apa kes lak mamat ni? Baiknya nak tolong bayar untuk aku. Hish, ni mesti taktik nak mengorat jiwa aku ni. Baik aku blah. Bisik hati Qirana. Dia membalas senyuman Asyraff. Selesai membuat pembayaran, Asyraff menghulurkan tangannya ke arah Kirana. " I Asyraff." Qirana hanya tersenyum. " Thanks!" Ujar Qirana sambil berlalu pergi. Asyraff termanggu sebentar melihat gadis terbut berlalu pergi, sementara Asyiqin yang dari tadi memandang dari jauh datang menghampiri. " Alamak, nape girl tu tak layan kembar aku yang macho lagi hensem ni erk?" Syiqin seakan mengejek sambil menepuk bahu Asyraff. Asyraff bengang. Malam itu, Asyraff tak boleh melelapkan matanya. Dia masih teringatkan gadis siang tadi yang di temui di kedai buku. " Kenapa dia sombong sangat ek? Aku cuma nak kawan dengan dia je. Dia dah ada boyfriend kot? Entah-entah dah kahwin? Ish, tak mungkinlah!" bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiran Asyraff.

Sebulan kemudian Bang! "Oh my God! Mati aku!" Asyraff kelam kabut keluar dari kereta yang dipandunya. dia melihat sekujur tubuh yang sedang berlumuran darah di hadapan keretanya. Berderau darahnya apabila melihat gadis yang baru dilanggarnya sebentar tadi. Dia! Orang ramai datang mengerumuni tempat kejadian. Asyraff terpaku. Gadis pujaannya terbaring berlumuran darah. Di hospital Asyraff mundar mandir sambil memegang telefon bimbitnya. Dia lantas mendial nombor telefon bimbit kembarnya. Tut..tut " Yup! Rindu aku ke?" usik Syiqin seperti biasa. Dia tidak dapat menemani Asyraff petang itu kerana kurang sihat. " Aku dah langgar orang beb!" perlahan suara Asyraff menjawab. " What?? Langgar orang? Ko katne sekarang? Ko okay ke?" bertubi-tubi soalan Asyiqin kepada Asyraff. Terkejut Syiqin mendengar berita tersebut. Patutlah dari tadi dia berasa tidak sedap hati. " Aku okay je, aku kat Hospital Selayang sekarang ni. Ko datang sini beb! Aku takutlah." Ada getaran pada suara Asyraff. Perasaan bersalah menguasai dirinya. "Argh, kalaulah aku boleh rewind balik apa yang berlaku tadi! Huh!" Dia mengeluh sendirian. Sejam berlalu, doctor masih berada di dalam wad kecemasan. Asyraff masih menunggu. Dari jauh,, dia nampak Asyiqin melagkah laju ke arahnya. " Sorry beb! Aku lambat." Sayu hatinya melihat wajah Asyraff yang bermuram durja. Asyraff hanya mendiamkan diri. " Ko tahu tak siapa yang aku langgar?" Soal Asyraff. " Siapa?" " Awek kat kedai buku tu." Asyraff tunduk. " Ya Allah! Macam mana boleh accident? Dia lintas tak tengok

kiri kanan ke?" " Entah, aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak ambil peta rumah Aiman dari dalam laci kereta. Tiba-tiba aku langgar sesuatu. Bila aku keluar dari kereta, aku tengok aku dah langgar orang. Arghh..kenapa semua ni berlaku? Boleh tak aku rewind balik?" Sayu wajah Asyraff memandang Asyiqin. Airmatanya bergenang di bibir matanya. " Sabar okay, she will be fine! Lets pray, okay!" Pujuk Syiqin. Seorang doctor keluar dari bilik kecemasan. Lantas Asyiqin & Asyraff bangun dan menghampiri doctor tersebut. " Doktor, how is she?" " She is stable, but still in coma. Bahu kanannya patah." " Can I see her?" " Yes, of course!" "Thank you doc!" " Maafkan saya!" Bisik hati Asyraff apabila melihat Qirana terbaring lemah di atas katil hospital. Seminggu Asyraff berulang-alik ke hospital menemani Qirana. Qirana masih dalam keadaan koma. Asyraff tetap setia menunggu. Cuma sekali-sekala Asyiqin akan turut serta menemani Asyraff. Kasihan melihat kembarnya yang gusar. " Hai," Sapa Asyraff apabila Qirana membuka matanya. Qirana kehairanan. Bingung. " Kenapa mamat ni ada kat sini?" Bisiknya dalam hati. Bahunya terasa sakit yang teramat sangat. Dia masih ingat lelaki ini. Lelaki yang menghulurkan salam di kedai buku, tapi tidak dibalas kerana dia nampak seorang gadis bersamanya sebelum itu. Mereka nampak mesra. Tidak mungkin dia menyakiti hati wanita lain kerana seorang lelaki lain. " You watpe kat sini?" Qirana bertanya untuk menghilangkan

rasa bingung dan tanda tanya yang sedari tadi menguasai minda. Asyraff tersenyum lega. Dia sangat gembira apabila melihat gadis itu sudah sedar dari koma dan mula bercakap dengannya. " I..I.. saja duduk sini nak teman you." Tersekat-sekat Asyraff menjawab. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perkara sebenar. " O..tapi macam mana You tahu I kat sini? Musykil ni!" Soal Qirana lagi, tak puas hati. Sambil menahan sakit. " Actually, I yang tak sengaja langgar You hari tu. Im so sorry!" Jawab Asyraff. " You langgar I? Adeh, sakit jantung ni!" " Hah, sakit jantung? Tunggu I panggilkan doctor," Asyraff panic. " Eh, You! I memain je la." Hehehe Asyraff buat muka poyo sambil menggaru kepala. " You ni kan, kalau ye pon marah kat I janganlah memain perkara-perkara serius cam tu." " Hehehebest gak kenakan You ni! Padan muka! Siapa suruh langgar I? Sekarang I cacat dah ni, nanti takde sape nak kahwin dengan I." " I ada. I kahwin dengan You, ok? Hari tu I tak sengaja, sorry! Sorry bebanyak sorry! You pun satu, lintas jalan tak tengok kiri kanan. Siapa ajar?" Asyraff tersengih sambil mengangkat kedua keningnya. Mereka berguran seakan sudah lama mengenali diri masing-masing.

Tiga hari selepas itu " Cik Qirana, dah kemas semua barang You ke?" Asyraff menyoal Qirana yang baru melangkah keluar dari tandas. " Dah siap dari semalam lagi. Hehehe Orang tak sabar nak balik ni," Asyraff memandang sambil tersenyum. Ibu Qirana turut tersenyum. Akhirnya, Qirana pulang ke rumah. Walaupun bahunya masih belum pulih dia gembira dapat pulang. Bosan duduk dihospital. " Okay you, I balik dululah. You rehat dulu, okay!" Sambil mengenyitkan matanya. Dia bersalaman dengan Qirana. Ibu Qirana juga. " Terima kasih ye Asyraff, banyak tolong makcik dan Qirana. Kalau ada masa datanglah sini." " Insyallah, makcik. Saya dengan muka slambernya mesti akan datang punya. Dont worry!" Meraka semua ketawa. Qirana dan ibunya melambaikan tangan kepada Asyraff dan melihat keretanya berlalu pergi. " Beb, apa kes senyum sorang-sorang ni? Sengal ek?" Soal Syiqin kepada kembarnya yang kelihatan sedang angau macam lalat. " Mana ada. Ko khayal kot. Apa hal pulaklah aku nak senyum sorang-sorang." Ujarnya panjang lebar. Cover malu. " Ek eleh, mamat ni. Takyah nak cover-cover depan aku la weh. Aku tau ko tengah berangan. Hehehe." Syiqin mengusik. " Ko ni kan, kalau tak sakitkan hati aku sehari tak boleh ek? Apa kata kalau ko pegi tolong mama sapu laman ke, masak ke, basuh pinggan ke? Ko tu kan perempuan? Kata nak jadi perempuan melayu yang kedua terakhir?" Asyraff menjeling kembarnya sambil menjelirkan lidah.

" Aah. Betul la tu. Tapi tunggulah, belum sampai seru!" Asyiqin menjebik. " Banyak sangatlah seru nak sampai kat ko. Hah? Beb, sok aku nak ajak Qirana keluarlah. Tapi aku takut dia tolak la. Macam mana ek?" Asyraff memandang ke arah Asyiqin yang sedang mengunyah ayam goreng. " Ala ko ni, sejak bila jadi penakut ni? Selalu pandai je. Takyah tunggu aku ajar pun. Kata lelaki macho terhangat di pasaran?" Haha..Syiqin ketawa. Lantas Asyraff mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendial nombor seseorang. " Aku call ni!" Asyraff menjegilkan matanya pada Asyiqin. " Hello." " Hai you, Asyraff ni." " Hai, erm..ye, Encik Asyraff. Ada apa-apa yang boleh Cik Qirana bantu?" soal Qirana, dia ketawa kecil. " Hehehe.. esok you free tak? I nak ajak you keluar, itu pun kalau you sudilah." Asyraff tersenyum. Asyiqin sudah menjelirkan lidahnya kepada Asyraff. Saja menyakitkankan hati kembarnya itu. " Erm. Tengoklah dulu. Nanti I call you, okay?" " Ala, taknak la tengok-tengok je, confirm la terus ek?" Asyraff memujuk. " Hehe..okaylah, you ambil I." " Yes!" Sorak Asyraff dalam hati. Wajahnya berseri-seri. Asyiqin tersenyum melihat Asyraff. Dia tahu Asyraff gembira, dia turut merasainya. " Assalamualaikum, wahai Cik Qirana. Comel you hari ni!" Asyraff menegur Qirana apabila dia masuk ke dalam kereta Asyraff. Sambil tersengih gatal. " Ish, apa pulak comel hari ni je. Hari-hari pun I comel apa? Hehe.." " Aah, memang pun. Hari-hari pun You comel, macam I jugaklah

kan?" " No..no..noyou comel ke?" Hehehe..mereka ketawa. " Wah, wah, wah..bahagianya adik kembar aku ni! Siap senyum sorang-sorang lagi. Aku pun nak join gak!" Asyiqin menyergah Asyraff yang dari tadi duduk di tepi kolam renang sambil tersenyum kambing. " Ye kakakku sayang, nak apa datang sibuk-sibuk aku tengah berangan ni?" " Ko berangan apa? Aku nak tahu gak, boleh berangan samasama.Hehehe.." " Tak payah nak sibuklah." " Ni mesti berangan pasal Qirana ni. How is she?" " Erm..okay dah. Makin cun dan comel." Hehedia tersenyum lagi. Bahagia. " You, I nak jumpa you petang ni ek! Ada hal pentinglah! Habis kerja tunggu kat tempat biasa ok!" Asyraff menghantar sms kepada Qirana. Apabila Qirana melangkahkan kakinya ke dalam restoran, dia melihat Asyraff duduk dengan seorang wanita. Dia tidak pernah mengenali wanita itu. Hatinya berdetik, " Siapa tu ye? Entahentah dia nak beritahu aku yang perempuan itu kekasih dia? Ish, tak mungkin! Dia cakap hari tu dia single lagi!" berbagai bagai soalan muncul di kepala Qirana sambil kakinya melangkah perlahan ke arah Asyraff. " Hai, sorry I lambat!" ujar Qirana. Dia memandang perempuan di sebelah Asyraff yang nampak mesra dari tadi. " Its Okay, duduklah!" Qirana hanya tersenyum. Dia duduk di hadapan Asyraff. " Actually, I nak bagitahu you sesuatu. I dah decide to inform you about this." Asyraff menerangkan pada Qirana.

Qirana masih blur. Apa sebenarnya semua ini? Siapa perempuan sebelah dia itu? Dia tak introduce kan kat aku pun. Hati Qirana masih tertanya-tanya. " I nak kahwin." Kata-kata Asyraff bagaikan halilintar yang memanah hati Qirana. Sebak dadanya. Memang selama ini dia ada menyimpan perasaan terhadap Asyraff, disangkakan Asyraff juga begitu kerana layanannya terhadap dirinya bagaikan seorang puteri. Cuma dia menanti pengesahan daripada mulut Asyraff sendiri. Tidak mungkin dia yang mengucapkannya dulu. Dia tidak mahu jadi perigi cari timba. " Oh, I see. So congratulation for both of you!" ujar Qirana. Dia berpura-pura gembira. " Betul you tak kisah ni?" Asyraff menduga. Ada riak sedih di wajah Qirana. Dia tahu yang Qirana juga menyayanginya sepertimana dia mencintai dan menyayangi Qirana. Cuma dia inginkan kepastian. Qirana kehairanan. " Apa hal plak tanya aku kisah ke tak ni? Aku gembira tengok kau gembira, Asyraff!" rintih hatinya. " Okay, kalau macam tu lega hati I!" Asyraff senyum. Perempuan di sebelahnya hanya diam, tanpa berkata apa-apa. Qirana masih blur. Dia diam. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa bergeloranya jiwanya ketika itu. Asyraff mencintai gadis lain. Sejak dari pertemuan itu, Qirana tidak menghubungi Asyraff lagi, Asyraff juga sepi tanpa khabar berita. Qirana pasrah dengan apa yang terjadi, dia tidak menyalahkan Asyraff kerana Asyraff tidak pernah menjanjikan apa-apa. Cuma perkataan "I ada. I kahwin dengan You, ok?" sentiasa bermain-main di fikirannya. Alangkah bahagianya perempuan yang mengahwini Asyraff. Hensem, segak, baik hati dan kelakar. Tidak pernah bosan bersamanya, ada saja perkara yang dibuat untuk menarik perhatian atau memeriahkan suasana. Orang yang dalam keadaan sedih pun

akan jadi gembira. Tapi itu semua tiada lagi kini, dia sendiri tidak tahu apa khabar Asyraff selepas pertemuan hari itu. Hampir sebulan. " Qira, ibu ada hal nak cakap dengan Qira ni. Mari duduk sini kejap." Ibu Qirana memanggilnya ketika dia turun untuk mengambil minuman. " Apa dia bu?" Soalnya manja. Hanya dialah satu-satunya anak kepada ibunya, bapanya telah lama pergi menghadap Illahi. " Petang semalam, ada orang datang merisik Qira." " Hah?" terbeliak mata Qirana. " Siapa bu?" " Ibu kenal budak tu, baik orangnya. Ibu berkenan jadikan dia menantu ibu, ibu terus setuju je." Dengan wajah selamber ibunya memberitahu seolah-olah yakin yang anaknya tidak akan menolak. " Ibu! Kenapa ibu tak tanya Qira dulu? Ala, Qira belum sedia nak kahwin lagi la bu!" Ujar Qirana seolah ingin menjerit sekuat-kuat hatinya. " Alah, kalau nak tunggu Qira sedia, sampai bila pun Qira tak kahwin. Ibu ni dah tua Qira, ibu nak Qira kahwin cepat supaya tenang hati ibu ni. Mana tahu esok lusa ibu mati, nanti tak sempat nak tengok satu-satunya anak ibu ni naik pelamin." Panjang lebar ibu berceloteh. "Adeh, ibu ni..janganlah cakap yang bukan-bukan. Saja nak bagi orang sedih. Okaylah, Qira terima menantu pilihan ibu tu ye." Berat hati Qira untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali dan tidak dicintai. Dia tahu ibunya sentiasa mahukan yang terbaik untuknya, dan dia yakin lelaki itu akan membahagiakannya sebagaimana Asyraff pernah membahagiakannya. " Congrats to you, Qira! I doakan you bahagia selamanya." Qirana menitiskan airmata apabila membaca mesej di telefon bimbitnya. Mesej daripada Asyraff.

" Kenapa bukan you yang jadi pengantin lelakinya?" soal Qirana dalam hati. " Tapi mana dia tahu aku nak kahwin ni? Aku pun dah lama tak contact dia. Aiks, musykil sekejap! Ah, lantaklah! Qirana! Kau dah tak boleh nak fikirkan lelaki lain lagi, kau akan jadi isteri orang lain seminggu lagi, okay. Huh!" perasaan Qirana sedang berperang. Segala persiapan perkahwinannya diuruskan ibunya. Kad jemputan pun Qirana tidak ambil tahu, nama pengantin lelaki pun dia tidak ingat. Bunyi kompang bergema di Taman Sentosa Ria, meriah dengan suara kanak-kanak sedang berkejar-kejaran. Qirana sedang didandan rapi oleh mak andam, namun hatinya sedang memikirkan tentang Asyraff. " Agak-agak dia datang ke nanti? Mesti dia datang dengan buah hati dia kan? Ish, kalau dia datang aku nak cakap apa ek?" Qirana siap didandan, dia diberitahu bahawa pihak pengantin lelaki sudah sampai. Dia dipimpin keluar oleh sepupunya. Setibanya pengantin lelaki di luar pagar rumahnya, Qirana seakan mengenali lelaki tersebut. " MasyaAllah! Asyraff?" Hatinya menjerit. Dia tidak tahu sama ada dia gembira apabila melihat Asyraff yang memakai pakaian pengantin serba ungu dan berkaca mata hitam itu. Dia masih terkejut dan masih tidak percaya. Semakin dekat pengantin lelaki, dia semakin nampak jelas. Betul dia! Airmatanya mula bergenang, dikawalnya perasaan agar tidak menangis di situ. Di atas pelamin, Asyraff menjeling ke arah Qirana. Qirana hanya tunduk diam. Mungkin malu agaknya. Bisik Asyraff. Mereka berposing maut di atas pelamin atas permintaan jurukamera yang professional dan tidak professional yang ramai. Asyraff sambil dan Qirana hanya menurut. Selesai majlis, Asyraff menarik tangan Qirana. Dia memperkenalkan Qirana kepada saudara-maranya yang datang

bersama. Akhir sekali, dengan Asyiqin. " Honey, ingat lagi tak this girl?" sambil memandang wajah Qirana. Qirana hanya menganggukkan kepalanya. " Kenalkan ini kembar I, Asyiqin Aizaa." Asyiqin dan Qirana bersalaman. " You tak pernah citer yang you ada kembar pun! Suka tipu I!" " Ish, mana ada tipu. Cuma lambat bagitahu je. Sorry!" " Asyraff ni memang ngok sikit, dia bukan nak mengaku kita ni kakak dia. Saja ngada-ngada. Hehehe.." Asyraff menampar bahu Asyiqin. " Kalau ye pun, janganlah kutuk aku depan isteri aku ni!" Qirana ketawa melihat gelagat Asyraff dan Asyiqin. " I love you, honey!Good night!" Satu kucupan dikening Qirana. Qirana tersenyum dan membalas dengan pelukan. " I love you too, good night!" " Terima kasih ibu!" bisiknya dalam hati, tanpa ibunya dia tidak akan mengecapi kebahagiaan itu. Tamat dah.

Anda mungkin juga menyukai