Anda di halaman 1dari 7

SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

Hina rasanya diri ini. Begitu senangnya kau bercakap. Aduh, rasa bagai dihempap pokok
layaknya bila kau tidak menerima cintaku. Hadiah yang ku berikan padamu sempena hari jadimu
kau pulangkan tepat pada hari jadiku. Kau memang kejam. Tidak berhati perut. Tidakkah kau
tahu aku begitu menyayangimu selama ini? Mencintaimu sepenuh hatiku. Menyanjungi dirimu.
Pagi, petang, siang dan malam hanya ingin memikirkan tentang dirimu. Tidakkah kau sedar akan
semua itu? Pada hari jadimu itulah ku kumpulkan kekuatan untuk menyatakan isi hatiku yang
sebenar. Semuanya ku nukilkan di dalam kad itu dengan harapan agar kau sudi menerimaku
menjadi teman istimewamu. Namun hampa. Sia-sia saja semua yang ku lakukan untukmu.

Aku sedar siapa diriku. Aku tidaklah sekacak mana. Wajahku tidak seperti Tom Cruise atau
Eizlan Yusof yang boleh menjadi idaman hati gadis-gadis. Pertama kali menatap wajahmu
sewaktu minggu orientasi di maktab, hatiku berdegup kencang dengan tiba-tiba. Hairan. Sebelum
ini aku tidak pernah pernah merasainya, jauh sekali mengalaminya. “Adakah aku telah jatuh
cinta?”, hatiku berdetik. Cinta pandang pertama? Ah, karutlah semua ini. Memang karut.

Kelas tamat awal pada hari itu. Aku terus menjinjing begku menuju ke kantin maktab. Ku pesan
segelas oren campur. Sambil menunggu pesanananku tiba, mataku liar memerhatikan keadaan
sekeliling. Sebulan sudah aku berada di maktab ini, namun masih terkial-kial untuk
menyesuaikan diriku. Mungkin kerana sikapku yang terlalu pendiam dan berwajah serius seolah-
olah singa yang hendak menerkam mangsanya itu membuatkan orang takut kepadaku.
“Hei Wan! Apa kau buat tu? Nak jadi spy ke?,” tiba-tiba kedengaran satu suara menegurku dari
arah belakang sambil menepuk bahuku. Terkejut aku dibuatnya, nasib baik gelas berisi oren yang
ku pegang tidak terlepas. Jikalau tidak, alangkah malunya.
“Oh, kau rupanya Mir. Kau ni…lain kali kalau nak tegur, berilah salam dulu. Ini tak. Main
sergah saja. Nasib baik aku ni tak ada penyakit jantung. Kalau ada, memang dalam perjalanan ke
hospital lah kita gamaknya waktu ini,” ceramahku sambil berseloroh. Sambil itu aku mengurut
dadaku. Berderai ketawanya mendengar kataku itu sehingga membuatkan penuntut lain
memandang ke arah kami.
“Minta maadlah Wan. Aku tak senghaja. Kau pun satu. Tak sedar dunia,” jelas Amir. Aku
tersenyum.
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

“Emm….apa-apa pun, aku nak order minuman dulu. Haus tekak aku ni. Sudahlah tu, hari ni
panas terik, tak tahan aku dibuatnya,” sambungnya lagi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya
ke kerusi. “Makcik, Coke satu” pesannya.
Dalam masa tidak sampai seminit pesanannya tiba. Dia terus membuka penutup tin minuman tin
itu dan meneguknya dengan gelojoh. Aku tersenyum melihat telatahnya.
“Wan, emm. Bagaimana perasaanmu apabila berada di maktab ini? Seronok?,” tanyanya
membuka cerita.
“Boleh tahan,” jawabku ringkas. “Bagaimana pula dengan kau?,”tanyaku kembali.
“Seronk juga lah. Ramai teman. Tapi yang paling penting banyak awerk-awek cun dekat sini.
Hahahaha…,” jawabnya sambil ketawa. Aku ikut ketawa. Panjang cerita kamu petnag itu.
Berbual mengenai pelbagai topik. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang.
Aku lantas meminta diri untuk pulang.

Masa beredar begitu cepat. Tanpa ku sdari sudah enam bulan sejak aku menjejakkan kaki di
maktab ini. Aku masih tetap seperti dulu, tidak ramai kawan rapat. Hanya Amir seoranglah yang
menjadi sahabat setiaku sepanjang tempoh itu. Kadang-kadang cemburu juga aku melihat Amir.
Dia insan sempurna. Terdiri dari keluarga berada, kacak, mempunyai ramai kawan, baik hati seta
peramah dan bermacam-macam lagilah. Boleh dikatakan dialah ‘Prince Charming’ di kampus
itu. Gadis-gadis di maktab itu malahan guru-guru perempuan yang masih muda menaruh hati
padanya. Jika ku bandingkan, memang kami seperti langit dan bumi. Terlalu berbeza. Namun
aku bersyukur kerana persahabatan kami tetap kukuh. Amir tidak pernah memandang rendah
terhadapku. Jauh sekali hendak memutuskan persahabatan kami semata-mata disebabkan
perbezaan yang begitu ketara. Walaupun begitu, aku juga mempunyai teman rapat dikalangan
perempuan. Tiga orang. Mereka bertiga sahabat baik. Selalu bersama-sama mengulangkaji
pelajaran di perpustakaan dan dari sana lah aku turut serta. Farida, Waznah dan Syaza. Begitulah
nama mereka. Aku sekelas dengan Farida. Kami mengambil matapelajaran yang sama iaitu
Geografi.

“Ida…boleh tolong Wan? Wan tak faham apa yang cikgu terangkan tadi,” kataku pada Farida
pagi hari Isnin itu. Topik mengenai ‘Coastal Management’ itu memeningkan kepalaku. Otakku
seolah-olah tidak mahu menerima langsung.
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

“Oh…tak ada masalah. Nanti Wan ikutlah Ida ke perpustakaan. Nanti kita boleh bincangkan
bersama-sama Waznah, kawan Ida. Dia lebih pandai. Ida fifty-fifty je. Ehe…,”jelas Farida
ikhlas.

Itulah detik permulaan perkenalan kami. Mulai sana lah aku rapat dengan mereka. Sebetulnya
aku ada niat lain untuk mendekati mereka. Farida. Ya, Farida, Gadis yang telah menambat hatiku
sewaktu minggu orientasi. Aku tidak tahu semangat apakah yang telah merasuk diriku ini.
Selama ini aku memang takut hendak mendekati perempuan. Memang benarlah kata orang. Cinta
itu buta. Cinta dapat membuat seorang itu berkorban apa saja untuk mendapatkan orang yang
disayanginya. Namun, aku tidak pernah meluahkan perasaanku terhadapnya. Aku tidak mahu
bertindak terburu-buru. Nanti apa kata kawan-kawan kepadaku. Hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong. Di mataku, Farida memang seorang yang cantik, tiada yang setanding
dengannya. Berasal dari keluarga yang sederhana, kecantikan Farida disempurnakan lagi dengan
sifat-sifatnya. Cantik dari segi luaran dan dalaman.

27 haribulan Ogos 2007. Satu tarikh keramat. Tarikh istimewa seseorang. Pada malam
sebelumnya aku telah membelikan seutas rantai emas berlambangkan hati dan sekeping kad hari
jadi. Aku telah bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepadanya. Di dalam kad itu ku tulis sebuah
puisi dalam bahasa Inggeris. Begini is kandungannya:

I did’t know that I could love anyone,


As much as I love you,
For the sound of your voice,
Makes all my dream come true.

You walk into my room,


And I know you have arrived,
My heart skips a beat,
When you walk up to my side.

I hope this kinfd of magic,


Stays forever between us two,
And the whole wide world will know,
That god sent me to you.
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

Sebaik sahaja selesai menulisnya, aku memmbacanya kembali. Indah bunyinya. Lahir dari hatiku
sendiri. Aku sangat berpuas hati. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini,
doaku dalam hati. Malam itu aku tidur lena. Damlam tidurku menjelma wajah Farida. Ku
serahkan hadiah yang berbungkus kemas itu padanya bersama-sama kad. Farida terus
membukanya dan kemudian menjerit. Dia lantas memelukku. Tiba-tiba, kriiiiiiiinggg…..lonceng
jamku berbunyi. Aku terjaga dari mimpi indahku. Ku pandang cermin sambil tersenyum.
Astagafirullah hal azim…aku bermimpi rupanya. Tapi kalau itulah kenyataan, alangkah
bahagianya, kataku di dalam hati. Aku lantas mencapai tuala untuk mandi.

Sebaik saja tiba di kampus, aku terus mencari Waznah dan Syaza. Kami bertiga mempunyai
rancangan untuk mengejutkan Farida. Persediaan untuk surprise party ini telah dirancang
seminggu lebih awal. Kami menempah sebiji kek harijadi, membeli belon dan alat permainan
semata-mata untuk majlis ini. Kami pun menjalankan misi petang itu. Amir ku ajak bersama.
Kami menunggu Farida di kelas sementara Waznah membawa Farida konon hendak
memberitahunya sesuatu yang penting. Sebaik saja pintu dibuka aku, Amir, Syaza dan Waznah
sama-sama berterial “surprise” sambil meletupkan alat permainan. Rancangan kami Berjaya.
Farida terlalu terkejut hingga tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Namun dari
riak wajahnya aku tahu dia merasa terharu. Masing-masing menghulurkan hadiah kepadanya.
Inilah masanya, kataku sendirian. Dalam hari aku berharap agar dia akan fahan dan seterusnya
sudi menerimaku. Tepat jam 5.00 petang kami bersurai.

“Wan, maafkan Ida. Ida tak boleh menerima hadiah ini. Dan satu lagi. Ida harap Wan faham
akan situasi Ida. Ida saying Wan, tapi tidak lebih dari seorang kawan. Wan sudah Ida anggap
seperti abang Ida. Sekali lagi maafkan Ida.”
Pagi itu Farida dating menemuiku untuk berterus-terang. Kebetulah pada hari itu aku hanya
duduk bersendirian di perpustakaan. Aku begitu segan dan malu untuk duduk bersama Farida,
Waznah dan Syaza disebabkan hadiah dank ad itu. Aku tahu tiada rahsia antara mereka. Besar
kemungkinan Farida telah menunjukkan kad itu kepada mereka berdua.
Mendengar pengakuannya itu aku begitu terkejut. Marah, kecewa, malu dan sedih bercampur
menjadi satu. Namu apa yang aku mampu lakukan selain berdiam diri. Aku tundukkan mukaku.
Langsung tidak mahu menatap wajahnya. Aku sedar, cinta tidak boleh dipaksa.
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

Seminggu lamanaya aku berkeadaan murung. Tidak banyak bercakap walaupun dengan Amir.
Biasanya becok mulutku bila bersama-sama Amir. Tapi disebabkan peristiwa itu, aku menjadi
tertekan. Amir ku layan seperti baisa begitu juga dengan Waznah dan Syaza. Cuma Farida saja
yang tidak ku pedulikan. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu memandang wajahnya. Masih terasa
sakit. Di perpustakaan, aku kini lebih selesa duduk bersendirian atau bersama-sama rakan lain.
Aku tahu Farida kecewa dan jengkel dengan sikap dinginku itu. Biarkan. Biar dia merasakan
betapa sakitnya aku bila dia menolak cintaku.

“Eh, kalau tak salah itu ida. Tapi siapa pula lelaki yang bersamanya itu?,” Tanya Aiman sambil
menggamit badanku. Ketika itu kami berada di Mall untuk membeli barang. Mataku terus saja
melirik kea rah pasangan yang dimaksudkan. “Amir….” Hendak saja aku menjerit namanya
sekuat hatiku. Memang tiu Amir. Berjalan bergandingan dengan Farida. Sangat mesra mereka.
Terlalu seronok sehingga tidak menyedari akan keadaan sekeliling. Aku lantas membawa Aiman
jauh dari situ. Aiman hairan tapi menurut sahaja. Kami beralih pula ke kedai Jaya Hypermart.

Hatiku bertambah sakit. Amir, sahabat baikku sendiri. Amir…alangkah kejamnya dirimu.
Menikam aku dari belakang. Mahu saja ku gertak dan menumbuk mukamu sebentar tadi. Tapi
aku masih waras. Aku tidak boleh berbuat sebegitu terhadapmu. Lebih-lebih lagi di hadapan
Farida.
“Aiman, aku rasa tak sihat pula. Em..aku nak balik rumah dulu lah. Kita jumpa esok.
Assalamualaikum…” kataku meminta diri. Aiman hanya mengangguk. Mungkin faham dengan
situasiku sekarang.

Sejak peristiwa di gedung Mall itu, aku menjadi semakin serius. Pantang salah sedikit, aku mula
buat muka masam. Aku semakin ditakuti oleh kawan-kawan. Semua menjauhiku. Semuanya
kerana Farida dan Amir. Merekalah yang bersalah dalam hal ini. Di perpustaakaan, aku lebih
suka memencilkan diri. Namun ada ketikanya aku akan pergi kepada Waznah untuk bertanya
mengenai matapelajaran yang tidak ku fahami. Waznah memang baik hati. Dia sudi menolongku
pada bila-bila masa sahaj. Oleh itulah aku meminta nombor telefon bimb itnya dan juga nomborn
rumahnya agar aku senang menghubunginya bila perlu.
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

Bulan Disember sudah tiba dan minggu-minggu terakhir kami di maktab diisi dengan pelbagai
aktiviti. Aku perasan diriku telah banyak berubah. Perubahan ini berlaku sejak aku mula rapat
dengan Waznah. Entahlah. Aku merasa bahawa aku telah terpikat padanya. Terpikat dengan
kehalusan budi bahasanya, keayuannya, kebaikan yang ditunjukkannya, pokoknya semua yang
ada pada dirinya. Adakah aku telah jatuh cinta buat kali kedua? Ah, tidak mungkin. Aku tidak
mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah aku dikecewakan sekali.

“ Wan..boleh Waznah jumpa Wan dimana-mana esok? Wan tentukanlah tempatnya,” begitulah
bunyi mesej yang ku trima pada pagi Ahad itu. Hairan. Waznah tidak pernah menghantar
sebarang mesej kepadaku. Biasanya akulah yang akan menghantar padanya. Bertanyakan soal-
soal pelajaran. Namun aku akur. Aku balas mesejnya memberitahu persetujuanku. Di samping
itu menentukan tempatnya iaitu Restoran Ahan Thai Kiulap.

Keesokkan harinya, seperti yang telah dijanjikan kami berjumpa di restoran yang dimaksudkan.
Waznah ku lihat sedang duduk seorang diri menungguku. Entah kenapa hatiku berdebar-debar.
Aku lantas mengambil tempat duduk di hadapannya. Mata bertentang mata.
“Maafkan Wan sebab lambat. Jalan sesak tadi,” jelasku pada Waznah.
“Taka pa-apa,” jawabnya ringkas sambil tersenyum.
Aduh, mahu tidak putus saja tangkai jantungku melihat senyuman Waznah itu. Ditambah lagi
melihat mukanya yang dipalit dengan bedak make-up, menampakkan dirinya lebih matang. Aku
suka. Sudah dua bulan lamanya kami tidak bertemu. Kami bercuti kira-kira tujuh bulan
sementara menanti keputusan untuk melayakkan kami masuk ke university ataupun mendapatkan
biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negeri. Suasana hening seketika. Masing-masing melayan
perasaan sendiri sementara menunggu pesanan tiba.

“Wan…,” Waznah memanggil namaku tiba-tiba.


“Ya, kenapa Waznah?,” balasku ringkas.
“Wan…Waz ingin berterus-terang saja dengan wan. Selama ini Waz menyimpan perasaan
terhadapmu. Namun Waz tak berani untuk meluahkannya kerana Waz tahu Wan sangat
menyintai Ida. Menyayanginya setengah mati. Wa kuatkan hati untuk memberitahu Wan semua
ini kerana sudah tidak tertanggung rasanya menahan perasaan rindu terhadap diri Wan. Maafkan
SETEGUH CINTAMU SETULUS KASIHKU

Waz kerana menyayangimu. Sama ada Wan terima atau tidak, Waz akur saja dengan keputusan
Wan,” luah Waznah bersungguh-sungguh. Dia tunduk. Mungkin malu. Mungkin juga merasa
lega.
Aku terdiam. Terkejut. Terkejut dengan pengakuannya. Rupa-rupanya aku tidak bertepuk
sebelah tangan. “Ya Allah terima kasih atas keajaiban yang kau berikan padaku ini,” doaku
dalam hati.
Ku capai tangannya. Ku genggam erat jari-jemarinya. Dia terpaku.
“Waz…sebenarnya…sebenarnya Wan juga sangat menyayangi Waz. Maafkan Wan kerana tidak
pernah memberitahu Waz perkara ini. Wan takut. Wan sebenarnya takut yang Wan akan kecewa
buat kali yang kedua,” jelasku dengan perasaan yang begitu gemuruh tapi dalam masa yang sama
gembira.
Ku tatap wajahnya dengan penuh kasih saying. Ku tenung matanya. Matanya mengalirkan air
mata. Air mata kegembiraan. Ku kesat air matanya itu dengan sehelai tisu. Tiada sebarang
perkataan keluar dari mulut kami berdua. Namun dihati ini hanya Allah saja yang tahu.

Bermulalah episode cerita cinta double “W”. Aku dan Waznah. Waznah memanggilku dengan
panggilan ‘abang’ sementara aku memanggilnya ‘sayang’. Terasa indah dunia ini. Seperti hanya
milik kami berdua saja. Hampir setiap minggu kami bertemu. Bertemu untuk memadu kasih,
melepaskan rindu di jiwa. Oh, alangkah bahagianya. Ya, aku berjanji kepadamu Waznah, akan
menyayangimu untuk selama-lamanya. Seteguh mana cintamu kepadaku, setulus kasih yang
akan ku berikan kepadamu.

Anda mungkin juga menyukai