Anda di halaman 1dari 7

Cerpen : Dia

Rambut yang mengurai ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa . Suasana yang
begitu menyamankan dan menyejukkan hati yang membara. Api yang marak menjadi
bara dan padam. Suasana menjadi sejuk dan terus menyamankan jiwa yang dilayang
perasaan. Khayalan terus melayang ke kayangan langit. Haruman semerbak menusuk ke
hidung, rambutmu yang terbelah itu sungguh menawan dan melemahkan semangatku,
tubuhmu yang perkasa membuat hatiku tak menentu. Datanglah padaku jelmakan
dirimu. Aku ingin jadi milikmu. Exam pertengahan tahun dah pun habis, so, aku
bolehlah lapangkan fikiran untuk memikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan.
Ooh…..sungguh bebas aku rasa. Namun, semua yang aku fikirkan itu hanyalah khayalan
semata-mata . Aku mahu jejaka idaman aku itu bertakhta di hatiku. Tapi, bilakah ia
akan jadi kenyataan? Emmh..entahlah.. Perasan betul aku ni! Tak mungkin jejaka itu
akan menjadi temanku. Lelaki itu terlalu hensem. Terlalu ramai menggilainya. Takkan
bulan jatuh ke riba. Tapi tak ape la, aku kan sudah ada si dia . Dia pun jadi lah.
Walaupun perangainya aku tak suka, asalkan dia sudah menjadi temanku.

Awak dah makan? Suara dia aku dengar dihujung gagang telefon.
Dah.Awak? Tanya aku balik. Dah. Tengah buat apa? tanya dia. Baca novel. Biasalah
akhir tahun dah nak habis, belajar pun dah habis. Jawab aku. Oo..kaki jiwang lah ni
perli dia. Emm.. gitulah nampaknya. Awak pergi sekolah tak petang ni? Tanya aku.
Setakat form 2 sahaja kami pergi ke sekolah pada sesi petang. Tahun depan kami akan
ke sekolah pada sesi pagi. Emm..pergi.Kenapa? Tanya dia kehairanan. Tak ada apa-
apa lah. Pergi dengan kawan2 ke? Tanya aku lagi. Aaah.Jawab dia. Awak sering saja
tak solat zohor kat musalla. Kenapa? Sengaja aku soal sedangkan aku tahu jawapannya.
Ohh,saya solat kat rumah. Jawab dia. Alaa..awak jangan nak tipulah. Saya tahu awak
solat kat mana kata aku. Habis tu, kalau dah tahu apasal tanya pulak. Mesti nak uji
orang la ni. Akhirnya diketahuinya. Saja, tak boleh ke? Boleh, takpe jawab dia. Awak
ada bagitau Shah pasal kita? Tiba-tiba aku tanya. Eh! Mana boleh bagitau Shah. Dia tu
tak boleh simpan rahsia. Ish. Tak boleh bagitau jawab dia. Baguslah awak tak bagitau
Shah. Malu pulak saya nanti dengan dia.

1
Nak malu apa pulak? Dengan saya awak tak malu? Tanya dia seperti nak
menguji aku. Err..eh..dengan awak mana ada malu. Ish, saja je nak kenakan orang.

Lamunanku jauh melayang. Ingatanku masih segar pada kisah semasa form 2. Begitulah
kemesraan aku dan dia . Sudah 6 bulan aku mengharungi hidup sebagai pelajar form
3. Tapi aku juga tak pernah lupa apa yang menyebabkan kami menjadi dingin sekarang.

Awak, kenapa pukul 10 baru bangun? Satu pagi aku menelefonnya. Emm..baru
bangun la.. jawab dia sambil menguap. Awak, saya nak tanya .Apa? Tanya dia
dengan selamba nya. Awak malu kawan dengan saya ke? Awak bagitau Fatihah, awak
malu sebab saya berada di kelas yang pandai sedang kan awak di kelas tak sempat
aku sambung, dia terus menjawab.
Emmm........Alaa, kan kita dah janji yang kita berkawan atas keikhlasan bukannya nak
banding siapa pandai siapa yang tak. Saya tak suka lah kalau macam ni! Marah aku.
Eye lah.. jawab dia macam tak nak dengar apa yang aku bagitau.
Emmhh!! Takpe lah! Orang tak nak dengar kita cakap. Bazir air liur je cakap. Terus
aku letak gagang telefon. Aku kecewa dengan sikapnya yang tak endahkan apa yang
aku bagitau.

Aku buat keputusan yang aku ingin lupakan dia. Sungguh-sungguh aku
katakan aku benci dia. Aku tak nak bersedih kerana seorang lelaki. Aku tak nak kawan-
kawan ku mentertawakan aku. Disebabkan seorang lelaki yang digilai dan belum tentu
dapat itu aku menangis untuk dia. Aku takkan jadi orang yang terlalu bodoh untuk
semua itu.

Tepat pada hari lahirku, aku terima kad lahir dari dia. Aku tak tahu kenapa dia
masih ingat hari lahirku. Perasaan rindu mula menguasai diri aku. Namun aku kawalkan
diri aku. Aku cuba tenang dan lalui hidup aku seperti biasa. Aku terlalu risau kerana lagi
berapa bulan aku akan menghadapi PMR.
Aku sering ternampak dia tapi pada waktu tu aku sedang study bersama Faizal, rakan
sekelas aku. Dia nampak aku, dan mesti dia ingat aku ni playgirl. Tapi aku tak mampu
nak menolak ajakan Faizal yang beriya-iya nak study dengan aku.

2
Lepas PMR, terungkai jua akhirnya bahawa Faizal menaruh harapan pada aku.
Dia meluahkan segalanya pada aku. Aku cukup tergamam. Aku cuba jelaskan pada
Faizal yang aku anggap dia hanyalah sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu.
Namun, Faizal tetap teguh dengan keputusannya. Aku tak menghiraukannya dan terus
berlalu meninggalkannya di perkarangan pintu pagar sekolah.

Hei! Wani, jauh kau mengelamun Fatihah mengejutkan aku.


Ooh..kau, Ah..terkejut aku. Kenapa? Cikgu dah panggil ke?tanya aku.
Kami buat lawatan bersama semua Form 3 pergi ke Sandakan . Si dia rupa-rupanya
pergi jugak. Maklumlah geng-geng dia tu kalau bab lawatan mesti tak miss punya.
Iyer, cikgu bagitau kita dah boleh lunch. Jom kita makan. Ajak Fatihah.
Oklah. Ajak lah Esya dengan Datul.. diorang tak puas lagi ke main air pantai? Kata aku.
Kami makan sebanyak yang mampu. Teramat sangat lapar. Kalau bab makan, tak cukup
satu pinggan, mesti lebih punya. Tambah pulak lauk yang best.

Malam menjelma. Kami mengadakan bermacam-macam aktiviti yang diaturkan


oleh cikgu. Aktiviti itu berakhir pada pukul 12 malam. Semua masuk ke dalam dorm
yang ditetapkan. Aku terus merebahkan badan di atas katil yang dikongsi bersama Ah.
Aku tak dapat tidur lena. Dari aktiviti tadi, aku memandang dia sepuas hati aku. Tiba-
tiba tanpa aku sedar, dia juga memandang aku. Aku cepat-cepat mengalihkan
pandangan aku ke arah lain. Dalam keadaan bersesak, aku cuba mencari kawan-
kawanku, namun aku terlanggar seseorang. Rupa-rupanya dia. Aku terus pergi berlalu
tanpa meminta maaf. Aku tahu, salah benar aku buat dia begitu. Tapi tahukah dia
perasaan aku satu ketika dulu. Sedih bila mengenangkannya.Aku tak dapat lelapkan
mata. Wajahnya asyik terbayang di fikiranku.

Keesokan paginya, sebelum kami bermain game yang ditetapkan oleh cikgu,
kami bersenam di tepi pantai. Amat menyegarkan. Kemudian aktiviti dimulakan dengan
menetapkan pasangan untuk setiap kumpulan. Semua orang telah mencari pasangan
masing-masing. Aku masih terpinga-pinga mencari Ah. Tapi dia dah berpasangan
dengan pakwe dia. Benci la. Ah tinggalkan aku sorang-sorang pulak. Akhirnya tinggal
aku dan dia yang belum berpasangan. Terpaksalah aku berpasangan dengan dia.
Sepanjang game tu, aku cuba untuk menjarakkan diri aku dengan dia. Tapi geram betul

3
batu besar tu. Aku tersepak batu dan hampir jatuh. Dia tanpa segan silu memegang
tangan aku. Aku dengan muka yang merah menahan malu. Setelah berakhirnya game
tu, cikgu telah memberi masa rehat 30 minit. Aku cepat-cepat mendapatkan Ah. Aku
mengajak Ah ke tepi pantai.

Ah, patut ke aku maafkan dia dan kembali berbaik semula dengan dia? Tanya
aku. Errmm,bagus jugak. Tadi aku tengok bukan main romantic lagi. Eh, tak lah. Dia tu
yang tak tahu malu pegang tangan aku. Hei,kalau dia tak pegang kau tadi, dah jatuh
terkena batu kau tau. Tiba-tiba datang seorang lelaki berlari ke arah kami. Ah, Hairee
nak jumpa kau kata Mohd Nor. Erm, bagitau dia aku jumpa dia kejap lagi,ok. Alright
Mohd Nor terus berlari menuju je darat. Wani, aku pergi dulu ye. Boyfrend aku dah
panggil.......kata Ah dan terus pergi. Aku keseorangan. Aku nampak Esya dan Datul
sedang asyik berbual. Malas lah nak join diorang. Aku inginkan ketenangan.
Assalamualaikum.. tiba-tiba suara yang aku kenali memberi salam dari arah belakang.
Waalaikumussalam..jawab aku sambil berpaling muka melihat siapa gerangan empunya
suara. Rupa-rupanya Shahrul dan Ridzman pendek. Title pendek sudah menjadi
kebiasaan bagi Ridzman kerana ketinggiannya kurang dari kawan-kawannya yang lain.
Ishh..sorang je ke? tanya Shahrul. Tak nampak ke? Sepuluh orang ni..Jawab aku sambil
tersenyum. Oo..ramai jugak ek. Sampuk Ridzman. Nampaknya tak jadilah kita orang
nak temankan..kata Shahrul pula. Emm,,takpe. Takde orang suruh pun korang
temankan aku.. bidas aku balik. Eh.eh..sombong ye dia..ni hah,ada orang kasi surat.
Nak tak? Tanya Ridzman. Siapa? Tanya aku. Ambillah dulu. Nanti lepas kau baca baru
tahu. Kata Shahrul. Aku menyambut surat dari tangan Ridzman. Mereka berlalu pergi
dan aku terus membacanya.

Assalamualaikum..................

Maafkan saya tadi kerana terpegang tangan awak. Risau saya tadi sebab awak
hampir jatuh. Awak marah? Hm,,dah lama kita tak berbual. Malam ni malam last, cikgu
cakap kalau tak nak join pun takpe. Siapa yang berminat je. So, awak tak payahlah join
ye. Saya pun tak nak join. Nanti kita berbual bersama ye..janji tau..

Aku terkejut setelah membaca surat itu. Betulkah dia yang menulisnya?

4
Suasana malam itu sungguh meriah. Macam sesutu persembahan tengah
dipersembahkan. Wani, jom kita join. Geng2 kita nak buat nyanyian. Jom lah..ajak
Esya. Taknaklah. Aku takde mood. Jawab aku. Jomlah..Kita tak cukup orang ni. Kalau
ramai-ramai barulah best. Ajak Datul pulak. Emmhh.. Wani ni, mesti merajuk
dengan siapa-siapa la ni....... Sampuk Ah. Tak lah..korang pergilah..aku tak kisah..aku
nak tengok je.. kata aku nak mengelak. Mereka pergi setelah gagal memujuk aku. Aku
bersendirian kembali. Tiba2 aku terdengar bunyi seseorang datang dari belakangku.
Mesti dia. Aku menoleh. Sudahku agak. Memang betul dia. Dah lama tunggu? Tanya
dia. Tak lah.. Eh. Bila pulak saya tunggu awak.. aku tak mahu dia tahu yang aku
sebenarnya rindu untuk berjumpa dengan dia. Ooh......jawab nya dengan ringkas.
Hmmm.......,,kenapa muram ni? Tak suka jumpa saya? Tanya nya lagi setelah aku
mendiamkan diri. Tak...........jawab aku.

Awak marah saya? Tanyadia. Ermm.. jawab aku sambil mengangguk


kepala. Pasal apa? Tanya dia. Memang dasar lelaki. Salah sendiri tak tahu.
Entah..jawab aku ringkas. Ishh..tak best la macam ni. Kenapa awak ni? Tanya dia.
Oo..baru awak tahu! Dulu masa saya call awak macam tak nak cakap dengan saya je.
Macam saya cakap dengan batu. Asyik-asyik jawab erm.., ya.., tak.., sakit hati saya.
Awak tahu? Jelas aku dengan marah. Oo, pasal hari tu ke? Sorry lah, saya bukan
sengaja. Kebetulan awak telefon, emak saya ada. Malu saya nak cakap depan emak
saya. Kalau awak jadi saya pun mesti awak buat macam saya kan? Jelas dia.
Erm,macam tu ke? Sorry. Saya ingatkan awak dah tak nak kawan dengan saya. Sorry.
Saya salah sangka pada awak. Aku menjadi serba salah. Takpe. Jangan risau la, saya
faham. Selisih faham je. Jawab dia untuk tenangkan aku. Kemesraan kami sebagai
kawan kembali pulih. Seronoknya dapat berbaik semula dengan dia. Seronok yang
amat sangat.

Namun, setelah keputusan PMR keluar, aku telah terima tawaran untuk
ke sekolah lain. Aku terpaksa meninggalkan sekolahku dan kawan-kawan ku..dan juga
dia. Aku mendapat tahu yang Faizal juga ditawarkan ke sekolah asrama penuh. Setakat
di situ saja harapan dia terhadap aku kerana aku dan dia juga terpaksa berpisah.
Namun, aku tetap anggap Faizal sebagai seorang kawan yang juga telah membantu aku

5
mencapai kejayaan ini. Terima kasih kawan-kawan ku . Awak, saya akan ke sekolah
asrama penuh. Beritahu aku pada dia. Oo..bagus lah. Pergi lah. Belajar rajin-rajin
tau kat sana. Nasihat dia. Awak tak sedih ke? Kita terpaksa berpisah. Sedih. Tapi awak
mesti pergi jugak. Itu masa depan awak. Jangan risau la. Kalau ditakdirkan Tuhan kita
ada jodoh, kita akan bertemu lagi......dia cuba menenangkan aku. Awak, ini surat
untuk awak. Awak jugak belajar rajin-rajin tau. Nanti kita jumpa kat universiti. Kata
aku.

Assalamualaikum………………

Thanks a lot kerana awak menghargai persahabatan ini. Entah bila lagi kita akan
bertemu. Mungkin juga bila kita dah ada kerjaya masing-masing kan? InsyaAllah.
Sebenarnya saya amat menghargai persahabatan kita, namun jauh di sudut hati saya,
saya sukakan awak, saya selalu rindukan awak, dan saya sayangkan awak.
Hahahaha..........kalau kawan-kawan saya tahu, mesti diorang gelakkan saya
Hm........, ok lah, take care . Miss you!

Miss you too............ helaian surat dilipat dan diselit dalam buku biologi . Hanya
surat itu menjadi pendorongnya untuk berjaya. Jiwa dan perasaan sentiasa bermain-
main dibenak . Saya amat rindukan dia...Apa lagi aku semakin jauh . Tapi aku
masih menyimpan harapan dan impian untuk bersatu kelak . Tapi....tidak, sehingga
aku berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya dan masa hadapan .
Dia...tentunya menpunyai hasrat yang sama dengan ku , walau aku tak mampu
membaca apa yang bermain dalam fikirannya.. atau aku tersilap ? Memasang
angan-angan yang tidak mungkin akan tercapai .

Dia....mungkin hanya meletakkan aku pada tahap sahabat sahaja , tidak lebih
dari itu . Tapi aku tetap percaya tentang ketentuan Allah . Jika jodoh kami ada ,
kami tetap akan bersatu , cuma masa yang menentukan . Masa itu aku akan
pasrah apa yang telah ditetapkan untuk ku . Samaada dia atau orang
lain.........jodoh akan tiba jua . Tapi bukan hari ini , besok tapi mungkin esok. Buat
masa ini aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengapai cita-cita ku . Aku
akan jadikan kehadiran dia , sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang
terbaik agar aku mampu menyenangkan hati ibu bapa , keluarga , kawan-kawan

6
dan dia. Aku akan membuktikan , aku mampu untuk berjaya walaupun
berjauhan dengan dia...jiwang lagi..Tapi aku rasa tidak salah , selagi aku masih
mampu menjaga batas-batas perhubungan , lagipun aku masih bersekolah . Biarlah
hubungan dengan dia hanya setakat sahabat saja buat masa ini tidak lebih dari
itu .

Tapi di masa hadapan , aku mengharapkan dia akan menjadi lebih daripada
seorang sahabat..........Teman hidup ...

Sehidup..........semati.........

Anda mungkin juga menyukai