Anda di halaman 1dari 13

CARI

Novel : Hah?! Kahwin?


“Mummy aku tu! Ada-ada je tau!” Rungut Putri.

“Kenapa? Apa yang mummy kau cakap? Soal Fiezah, sebagai sahabat dan teman sebilik Putri di
hostel Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

“Kau tau?! Mummy suruh aku balik KL semata-mata nak aku tunaikan permintaan mummy yang
mengarut tu!” Adunya.

“Ish… Kau ni… Dia kan mummy kau, so, kau sebagai anak tu, patutlah tunaikan permintaan
dia…” Fiezah menasihati Putri seolah-olah mengetahui permintaan ibu Putri.

“Tapi, permintaan mummy tu, tak masuk akal langsung lah…”

“Kenapa? Mummy kau suruh kau berhenti belajar? Or, Suruh kau kerja jadi pencuri? Or…”

“Bukanlah!!! Takkanlah mummy suruh buat kerja macam tu pulak…” Bibirnya


dimuncungkan…

“So?” Fiezah mengangkat keningnya…

“Married…”

“What?! Fuyoh… Hebatnya kau! Aku dari tahun enam lagi nak kawin…. Kau dah dapat chance
ni, tak nak pulak?! Takpe-takpe… Biar aku yang ganti tempat kau atas pelamin nanti…”

Tanpa dia sedari, Putri telah berlalu pergi meninggalkan bilik hostel mereka…

“Oi!!! Putri! Putri! Hei…” Keluhnya apabila menyedari ketidakberadaan Putri di bilik hostel itu.

***

“Masalahnya, aku tak kenal minah tu…” Luah Zachwan.

“Tapi, Dah mama kau nak… Kau kenalah terima… Kalau kau tak nak… Aku Nak!” Jawab
Farhan bersungguh-sungguh.
“Kau nak ek?! Nah! Ambik kau!!!” Dengan pantas, tangan gagah Zachwan mencapai fail yang
terdapat di atas meja kerjanya lalu memukul kepala teman sekerja merangkap sahabatnya itu.

“Adoi!!! Sakit tau!!! Doktor apa kau ni?! Tak bertauliah langsung! Bukannya nak buat aku sihat,
tapi, nak buat kepala aku biru berkilat… Rosak gel rambut aku…” Bebel Farhan sambil
mengusap lembut rambut kesayangannya.

Zachwan menjelingnya…

Keadaan sepi seketika…

Farhan tiba-tiba tersenyum sendiri…

“Kau cemburu ek…” Usiknya.

“Aish! Ada-ada je… Mana aku pernah jumpa dia! Kan aku dah kata aku tak kenal dia…” Marah
Zachwan.

“Owh… Hehehe! Takpelah. Macamnilah… Aku cadangkan, baik kau jumpa bakal isteri kau
tu…. Siapa tahu, kau tiba-tiba tersuka pulak kat dia nanti… Lagipun, takkan mama kau takda
bagi kau number pompuan tu?!” Cadang Farhan.

“Hei…. Tengoklah.” Jawab Zachwan tidak meyakinkan.

Dia mengalihkan stetoskop dari lehernya lalu diletakkan di atas meja kerjanya.

***

Dia mundar-mandir di biliknya sendiri, memikirkan bagaimana caranya hendak menemui bakal
isterinya yang sememangnya belum dikenali mahupun dilihatnya.

Jika melalui mamanya, pasti dia akan berasa malu.

Tapi, entah mengapa, kata-kata Farhan tadi menyebabkan dia ingin benar menemui calon
isterinya itu. Tidak sabar pula rasanya.

Mungkin, ada benarnya kata sahabatnya tadi, bahawa dia mungkin dapat mencintai bakal
isterinya setelah bertemu nanti.

Telefon bimbit Sony Ericsson C905 yang terletak di atas meja di sebelah katilnya dicapai lalu
direnungnya. Dia terkejut apabila mendapati telefon bimbitnya kebetulan berdering menandakan
dia sedang menerima sebuah panggilan dari seseorang. Miera.

‘Oh NO! Aku hampir lupa pasal Miera!’ Zachwan bermonolog sendiri.

Miera sebenarnya kekasih Zachwan sejak tiga tahun yang lalu.


Kini, Miera bekerja di syarikat ayahnya sebagai seorang jurutera.

Meskipun Miera adalah seorang yang mengada-ngada, namun, lelaki itu tetap bisa bersabar
dengan karenahnya kerana terlalu mencintai gadis itu.

Tanpa membuang masa, dia menjawab panggilan Miera.

“Hello?” Terdengar saja suara lembut teman lelakinya, Miera terus bersuara riang.

“Hi, sayang… Nape you tak call I? I rindu sangat dekat you, tau… You tak rindu kat I ke?”

“Sorry, honey. I takde masa. I busy sangat. Kat hospital sekarang ni, dah ramai patient. You tau
jugak kan… Sekarang ni, glamour virus Influenza H1N1. So, I kenalah kerja lebih.” Lelaki itu
cuba menutup kesilapannya.

“E… Takutnye… Tapi, setahu I, you bukan bahagian tu kan?! Bukankah you kat part yang
bedah-bedah orang tu?!” Gadis itu bersuara manja.

“Owh… Memang I kat part tu. Tapi, maksud I, I kenalah bantu doktor lain jugak.” Zachwan
sebenarnya agak terkejut dengan soalan Miera.

“Owh… Tapi, kalau I, buang masa je lah buat benda-benda macam tu! Baik you call I. Ajak
shopping ke… Kan best! Biarlah diorang buat kerja diorang sendiri!” Gadis itu masih enggan
mengaku kalah.

“Emm… K, lah. I nak tido dulu. Esok kena ke hospital lagi. Next time I call you lagi, k.” Pinta
Zachwan lalu terus memutuskan panggilan tanpa menunggu jawapan dari Miera.

“Hello?! Hello?! Sayang!!! Erghhh…” Gadis itu berasa geram apabila mendapati panggilannya
telah ditamatkan oleh teman lelakinya.

“Kenapa dengan Zachwan ni?! Ish!!! Takpe… Kau tunggulah! Aku tak nak peduli kau lagi!!!”
Marahnya sendiri.

Zachwan pula mengambil kesempatan mendail nombor telefon Putri.

Kedengaran saja ringtone Jangan Nakal nyanyian Alif Satar, lelaki itu terus menamatkan
panggilannya tanpa menunggu panggilan itu dijawab.

Entah kenapa, dia berasa berdebar-debar.

Putri mencapai telafon bimbitnya yang tadi sempat berdering.

“Siapa ni?” Dahinya dikerutkan.

Gadis itu tidak sudi membuat panggilan kepada nombor yang telah menghubunginya tadi.
‘Pesal minah ni tak call aku balik?! Jual mahal ek… Takpe…’ Fikir Zachwan.

Lelaki itu tidak tahu bahawa gadis yang bergelar calon isterinya itu agak berbeza daripada gadis
yang bergelar teman wanitanya.

Nada dering Jangan Nakal yang tadinya berdering di telefon bimbit Putri kebetulan berhenti
berdering saat dia cuba menjawab panggilan misteri itu.

“Sapa ni?! Main misscall misscall orang pulak! Ish! Jangan harap aku nak layan misscall ko ni,
selagi ko tak cakap betul-betul dengan aku…” Rajuk Putri sendiri..

Hati dan dirinya masih lagi sedih dan terkejut dengan permintaan mummynya beberapa hari
yang lalu.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya, Zachwan mengalah untuk menghubungi calon isterinya
semula dan berbicara sendiri dengannya.

“Assalammualaikum,” lelaki itu memulakan bicaranya sebaik sahaja mendapati panggilannya


dijawab oleh Putri.

“Waalaikumsalam… Hah! Kalau tak silap, ni kan number yang kacau saya tadi?! Apesal?! Call
orang malam-malam ni?!” Jawapan gadis itu disertakan dengan soalan yang menunjukkan dia
berada di zon ‘badmood’.

“Ehem! Ya, saya. Saya call awak sebab saya nak jumpa awak.” Jawab lelaki itu slamba.

“Hah?! Hey! Who are you?! You haven’t introduce yourself but you said, you want to meet me?!
Owh… ‘I’m sorry’… I’m don’t have any time for you!” Marah Putri yang mula berasa geram.

“Ok… Ok… Takkan mummy awak tak pernah bagi awak number ni?!”

“Hah?! Mummy?!”

‘Jangan-jangan, ni number Zachwan… Aish! Aku takde ambil number dia ni hari tu…’ Fikir
gadis itu.

“Zachwan?”Tekanya.

“Yups! It’s me.”

Putri terlopong…

“Hello?! Napa senyap tu?”

Lidah gadis itu kelu sehingga tidak dapat menjawab soalan Zachwan.
“Never mind. Tomorrow, at Vallentine Restaurant, 9 p.m. Underst…”

Panggilan ditamatkan…

“Tomorrow?! At night?! Oh NO!!!” Putri berkata sambil berfikir seorang diri.

Novel : Hah?! Kahwin?! 2


‘E… Betulke apa aku buat ni?! Entah-entah, muka dier sebiji dengan monkey kat dalam zoo
negara hari tu… E… Tak rela aku!” Putri bermonolog sendiri sambil membelek-belek beberapa
helai gaun yang terdapat di almari pakaiannya.
Akhirnya, dia menghela nafas.
Bibir nipisnya dimuncungkan.
Kelihatan agak comel sekali…

Pandangannya tertumpu pada sehelai gaun berwarna merah muda.


Kalau bab sexy tu, OF COURSE la…
“NOT MY STYLE!!!” Rungutnya sendiri.
Gadis ini memang agak cerewet dalam bab-bab memilih pakaian mahupun barang-barang
keperluannya yang lain.
But, its because, SHE’S SIMPLE!!!
Alasannya, bukan spesies dier nak wear dress-dress macam tu…
Gaun-gaun yang mummy dier belikan sebelum ni tak pernah-pernah pun dier sentuh…
DEGIL!!!

“Tapi takpe… Biar muke mamat tu buruk macam beruk, yang penting, aku kena tampil lebih
bergaya dari dier… So, kalaupun dia buruk sangat, aku bolehlah reject dier bila-bila masa,
alasan, tak match arrr… Tapi, tak pelik ke aku pakai macam ni?! Kalau bagi mummy, of
coursela PELIK!!! Aishhh!!! Stress aku!!!” Gadis itu membebel sendiri dengan perasaan yang
berbelahbagi.

***

“OK dah tu… Hey, Bro! Ko janganlah stress sangat… Ko gelabah ek?! Hahaha!!! Ko tak sabo
dah ke nak jumpa dier???!!! Relax arrr, Bro…” Usik Farhan apabila melihat sahabatnya sibuk
membelek-belek dirinya.
“Eh! Ko diam boleh tak?! Bising arrr… Nanti mama aku dengar camne?!” Marah Zachwan
perlahan.
Control voice lah tu…
“Ok… Ok… Kelakar la tengok ko gelabah macam ni… Pesal?! Ko malu dekat mama ko ke?
Hehehe! Mesti mama ko bangga bila dier tahu ko nak keluar dengan calon menantu dier…”
“Eh… Aku taknak mama aku tahulah… Biarla… Nanti, bila-bila aku tak suke kat minah tu, aku
bla arrr…”
“Bagus-bagus! Pastu, pass kat aku plak…”
“Bangang ko!!!” Zachwan pantas mencapai bantal dari atas katilnya lalu dibalingkan ke arah
temannya…

***

Setelah hampir setengah jam menunggu kehadiran Putri, Zachwan mula berasa tidak selesa.
“Ish! Mana minah ni?! Dah la panas, aku kena tunggu dier plak…” Rungutnya.
“Sabarla, Bro… Kejap lagi datanglah tu… Ala… Pompuan… Ni mesti kes lekat dengan cermin
ni… Ko pun satu! Jangan-jangan ko buat banyak dosa tak, tu yang rasa panas tu…” Mamat
sorang ni, tak kacau orang, TAK SAH!!!
“Eh! Ko diam arrr!!! Membebel je…” Marah Zachwan, gerammm…
“Yelah! Ko yang ajak dier keluar, ko lah kena tunggu dier…”
“E!!!…” Tidak sempat lelaki itu mengetuk kepala sahabatnya, kedengaran suara seorang gadis
berdehem di hadapan mereka.
‘Macho jugak mamat ni…’ Desis Putri.
“Ye?” Soal Zachwan yang agak terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang comel
dihadapannya.
‘Fulamak!!! Cantik tuuu…’ Fikir Farhan sambil terlopong, kagum…
Pada malam itu, Putri tidak kelihatan agak sexy kerana dia menutup bahagian bahu yang
terdedah dengan selendang yang sepadan dengan warna gaunnya.

Zachwan menjeling ke arah Farhan yang duduk disebelahnya.


‘Berani mamat ni!!! Ni aku punya!!!’ Desisnya.
Dia pantas memijak kaki temannya itu sebagai isyarat ‘Mine’.
Farhan terkejut dari lamunannya.
Dia mengerti maksud tersirat temannya itu…
“Emmm… Okey. Excuse me…” Pintanya.
“Okey.” Jawab Putri ringkas yang sedari tadi memerhati DRAMA antara Zachwan dan Farhan.
“Please have a seat err…miss…eh… Putri kan?!” Zachwan memulakan bicara walaupun dalam
keadaan yang agak menggeletar.
“Thanks. Owh… SO, inilah Zaiman… Eh…”
‘Zaiman?! Apelah… Nama aku punyalah cantik… Dier tak ingat?!’
“Sorry… Correction… Zachwan.” Jawabnya.
“Owh. Sorry… Ya. Zachwan. Pehal nak jumpe saya?” Soal Putri.
“Nak kenalan. Eh! Apa aku cakap ni?!…”
Tenungan mata Putri yang nakal membuat lelaki itu menjadi tidak keruan.
Gadis itu tertawa…
‘Tak sangka, lelaki ni mudah tewas… Huhu!’ Di dalam hati, Putri bersorak seolah-lah meraih
kemenangan.

‘Pesal pulak minah ni gelak?! Dier nak mainkan aku ke apa ni… Ni yang buat aku tak senang
duduk ni…’ Fikir Zachwan melihat kelakuan pelik Putri.
Lelaki itu menggenggam tangannya…
Nak kena buku lima minah ni, tak boleh pulak…
Tak pasal-pasal, muka comel dier tu jadi muka zombi pulak.
Huhu!
Comel?!
Memang comel…
Tapi, aku mana boleh tewas dengan minah ni…
Lelaki itu menepuk meja di hadapannya dengan tapak tangan kanannya sehingga menghasilkan
bunyi yang kuat dan mengejutkan Putri…
Farhan yang memerhati mereka di sebalik pokok bunga di belakang mereka turut menerima
kejutan daripada kelakuan temannya itu.
‘Hah… Diam pun…’
Habis merah muka gadis itu…
‘Eh! Jap… Dier nak nangis ke?’
Lelaki itu meneliti wajah gadis di hadapannya.
Dilihatnya, wajah gadis itu mula monyok…
Tiba-tiba, terdengar esakan gadis itu seolah-oleh seorang kanak-kanak sedang menangis.
Farhan menepuk kepalanya sendiri…
‘Bangang betulah mamat ni!!! Pesal dier buat camtu?! Kesian si comel tu…’ Rungut hatinya.

Zachwan mula menggelabah.


“Dik… Dik… Dik… Jangan nangis, dik… Nanti abang belikan aiskrim, k?! Ish! Apa ni???”
Pujuknya. Tapi, tersilap langkah.
“Adik?! Abang?! Aiskrim?! Betulke kawan aku sorang ni???” Rungut Farhan yang masih tidak
beralih dari tempat persembunyiannya.
Putri masih lagi dengan kedegilannya…
Dia masih lagi tidak mahu mengalah…
Zachwan terus menarik tangan Putri lalu membawanya ke arah keretanya.
Enjin kereta Porchenya itu dihidupkan…
Kereta digerakkan untuk menuju ke satu destinasi.
“Ish!!! Kemana pulak budak berdua ni?! Macammana dengan aku?! Arghhh!!! Naik teksilah
jawabnya!!!” Bebel Farhan.

“Hey! Kemana ko nak bawa aku ni, hah?!” Baik ko turunkan aku kat sini! Kalau tak, aku jerit!!!”
Ugut Putri.
“Jeritla! Ko ingat aku takut ke?!” Zachwan pula mencabar.
“Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!”
Zachwan menutup kedua-dua belah telinganya…
Beberapa saat kemudian, dia menghentikan keretanya lalu menutup mulut Putri dengan
tangannya.
“Diamlah! Pecah gegendang telinga aku!!!” Marahnya.
Putri menolak tubuh lelaki itu sehingga kembali ke tempat duduknya.
Dia kemudian mengetuk-ngetuk dan menolak-nolak pintu kereta yang dikunci secara automatik
oleh Zachwan tadinya.
“Eh! Eh! Apa pulak ko buat tu?! Takkan ko nak rosakkan kereta kesayangan aku ni pulak?!”
Marahnya lagi.
“Hantar aku balik!” Arah gadis itu.
“Ish!!! Ko pi lah balik sendiri! Turun! Nanti rosak pulak kereta kesayangan aku ni!”
Putri menarik muka.
“Ko yang ajak aku keluar! And, ko yang tarik aku masuk kereta ko! Kalau ya pun taknak hantar
aku balik terus, hantarlah balik ke restoran tadi! So, aku boleh balik naik teksi…” Nada suaranya
diperlahankan…
Kesian pulak kat minah ni…
Kereta dipandu semula, tetapi, kini lelaki itu membawa keretanya menuju ke jalan ke rumah
Putri pula. Gadis itu berasa lega…

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di depan pagar villa gadis itu.
“Maybe seisi rumah ni dah pengsan dalam selimut… Huhu! Nasib baik aku…” Putri mengagak
dengan melihat keadaan dalam rumah dari luar yang kelihatan agak gelap.
Zachwan hanya mendiamkan diri…
Malas dia hendak bersuara…

***

Putri mengambil tempat duduknya di meja makan.


Pada pagi itu, orang tuanya kelihatan pelik.
Entah kenapa…
“Kamu balik dengan apa semalam?” Mummy mula bersuara.
Putri mengangkat mukanya lalu ditundukkan kembali.
Gadis itu enggan menjawab soalan mummynya.
“Owh ya! Petang ni, Putri kena balik ke hostel… Nak hantar assignment sekali.”
Dia cuba untuk membuat orang tuanya lupa akan soalan mereka tadi…
“Kenapa tak ajak Zachwan masuk rumah semalam?” Soal daddy pula sambil tersenyum…
Mummy mengangkat kening.
Putri terlopong.
‘Aik?! Macammana tahu ni???’ Dia bermonolog memikirkan soalan kedua orang tuanya.

Sebuah bala, sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke
alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati
Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina. Tanpa ketahuan mereka,
rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan
kebahagiaan Sabrina.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu. Walaupun bencinya masih
ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua
air mata ini pergi jauh, sejauhnya, sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada
hangat titisannya dahulu.
Novel : Hah?! Kahwin?! 3
“Assalamualaikum,” kedengaran suara Puan Rosnah, ibu Zachwan memberi salam sambil
loceng villa dibunyikan.
“Waalaikumsalam,” jawab Puan Merlina, ibu Putri sambil pintu utama dibuka.
Mereka saling bersalaman.
“Masuklah. Duduk dulu. Datang sendiri je?”
“Tak. Datang dengan bakal menantu awak sekali. Dier tengah parking kereta kat luar tu.” Jawab
Puan Rosnah.
“Owh…” Puan Merlina mengangguk sambil menghidangkan teh di atas meja.
“Mak Siti cuti minggu ni. Adik dia sakit. So, saya kenalah ambil alih tugas dier buat sementara
waktu ni… Kesian juga kat adik dia.” Tambah Puan Merlina.
“Owh… Emm… Anak dara awak mana? Tak nampak pun…” Soal Puan Rosnah sambil
memerhati keadaan sekelilingnya untuk mencari kelibat bakal menantunya.
“Assalammualaikum,” Zachwan memberi salam.
“Waalaikumsalam,” Jawab mereka serentak.
“Masuklah. Mari duduk sini.” Tambah Puan Merlina.

“Owh ya. Putri tu, tengah hari ni baru nak sampai.”


“Aik?! Bukan ke sepatutnya dier sampai semalam?” Puan Rosnah mengerutkan dahinya diikuti
oleh Zachwan yang hanya berdiam diri.
“Ye… Tapi, flight dier kena tunda sebab problem cuaca. Tu yang lambat sampai tu. Ni pun, tak
tahulah siapa nak jemput dier kat airport nanti. Saya suruh dier naik teksi je semalam. Tapi, aku
risau pulak kalau dier jalan sorang-sorang. Maklumlah, anak dara… Daddy dier kena bertugas
kat Indonesia sekali dengan papa Zachwan kan… Pak Man pulak, saya dah bagi cuti sekali
tolong hantarkan Mak Siti. Diorang kan sekampung…”
“Emm… Biarlah Zachwan yang jemput dier nanti. Lebih selamat.” Cadang Puan Rosnah.
Zachwan tersentak tetapi masih mendiamkan diri.
“Eh. Tak payahlah susah-susah. Lagipun, kan Zachwan ader appointment dengan patient kat
hospital kejap lagi…”
“Takpelah, aunt. Kalau sempat nanti, lepas appointment, Wan terus jempt Putri kat airport.”
Zachwan mula bersuara membuat mereka berdua tersenyum.

***

Jam menunjukkan pukul 1:15 pm.


Tetapi, Zachwan masih sibuk kerana harus menemui beberapa orang pesakit lagi untuk
menerima bantuannya.
“Hey! Apa yang ko tercegat lagi kat sini?! Buruk dah si Putri tu tuggu ko kat airport!” Marah
Farhan.
“Wei… Masalahnya… Patient aku ramai lagi kat luar tu beb… Takkan nak tinggal camtu je…”
Jelas Zachwan.
“Patient tu, no problem la beb…”
“Eh. Tak payah arrr… Ko je lah yang pi jemput dier kat airport tu…” Cadang Zachwan.
Aik?! Nak lepas tanggungjawab ke???
“Ah! Takde… Takde! Ko pi sekarang, patient-patient tu ko pass kat aku je… Ok?!” Cadang
Farhan pula.
“Eh… Tap…”
“Shhh… Ko pi sekarang! Pi!!!” Desak Farhan.
“Thnx, Bro…” Zachwan menepuk bahunya.
“My pleasure…”

***
Rasa geram didalam hati Putri terhadap Zachwan makin menjadi-jadi apabila terpaksa menunggu
kehadiran lelaki itu untuk menjemutnya di situ pada tengah hari itu. Namun, lelaki itu agak
terlewat.
Gadis itu meninjau keadaan sekeliinnya.
Shake and Juice.
Gerai itu menarik perhatiannya.
Dia mengatur langkahnya untuk menuju ke gerai tersebut.
‘Em… Hausnya…’ Desisnya sambil meneguk jus strawberi yang di pesannya tadi.
Perhatiannya teralih kepada sebuah kereta Porche yang baru tiba di situ dan sedang parking di
airport carpark.
‘Cis! Punyalah lama aku kena tunggu dia! Kalau tak boleh ambil, aku boleh naik teksi
sendirilah… E… Mama… Mama… Kenapalah mama suruh si Zachwan ni ambil Putri…’
Rungutnya di dalam hati…

Beberapa detik selepas itu, dia melihat Zachwan melangkah keluar dari kereta mewahnya.
Dia sedar lelaki itu sedang memandangnya.
Namun, dijelingnya lelaki yang membuat hatinya panas ketika ini.
Lelaki itu membalas jelingannya lalu mengangkat beg pakaian jenama Polo gadis itu.
Dengan perasaan geram di hati, Putri merampas semula beg pakaiannya dari tangan lelaki itu.
Zachwan membulatkan matanya.
“Apa?! Aku boleh angkat sendirilah!” Marah gadis yang bertubuh lebih kecil daripada lelaki itu.
Lelaki itu menghela nafas, geram.
“Ok!” Jawabnya selamba.
Zachwan mengatur langkah ke arah keretanya diikuti oleh Putri yang terkedek-kedek membawa
beg pakaiannya.
Sesekali lelaki itu mengerling ke arah Putri yang berada di belakangnya.
Comel…

Zachwan menutup pintu keretanya.


Dilihatnya, Putri cuba mengambil tempat duduk di belakang, sedangkan, tempat duduk di
sebelahnya kosong.
“Hei, Putri. Ko duk depan!” Arah lelaki itu, serius.
Gadis itu menjeling.
“Suka hati akulah nak duk mana!”
“Hei! Ni kereta aku! Ko seronok je duk kat belakang tu macam bos! Ko duk depan sekarang!”
“E!!!” Rungutnya lalu berpindah tempat duduk ke sebelah lelaki itu.

***
“Tak sabar-sabar pulak rasanya nak berbesan. Bulan depan anak-anak kita dah nak naik pelamin.
Saya betul-betul tak sabar…” Kata Puan Rosnah dengan girangnya.
“Ye… Samalah. Agaknya, minggu ni, boleh jadi minggu yang tersibuk sekali nak buat persiapan
untuk diorang” Balas Puan Merlina dengan gelak ketawanya.
“Hah?!” Langkah Zachwan dan Putri terhenti apabila terdengar ucapan itu…

Novel : Hah?! Kahwin?! 4


“E… Pening kepala mummy dengan Putri ni… Kalau daddy tau nanti, macam mana?! Papa
Zachwan tu rakan bisnes merangkap sahabat daddy kamu… Faham tak?! Kamu jangan nak buat
hal! Mummy taknak dengar apa-apa alasan dari kamu…”

Putri memuncungkan bibirnya.


Sengaja menampakkan ketidakpuasan hatinya.
Lalu mengenyitkan matanya kepada ibunya buat beberapa kali…
Minta kesianlah tu…

Puan Merlina geram melihat perangai anak gadisnya yang masih kebudak-budakan.
‘Mudah-mudahanlah Zachwan boleh didik anak aku ni dengan baik…’ Doanya.

Gadis itu menghela nafas, dia tahu apa yang difikirkan ibunya…
“Mummy, buruk-buruk perangai Putri ni pun, anak mummy jugak kan… Tak payahla nak lebih-
lebihkan si Zachwan tu…” Katanya sombong.
Menyindirla tu…

Mummy tersenyum.
“Aik?! Takkan nak jealous kat laki sendiri plak?..” Sakatnya.
Mata gadis itu membulat mendengar ayat ibunya.
“Mum…”
“Get ready for next week, dear.”
Belum sempat dia bersuara, mummy terlebih dahulu mengatur ayatnya lalu mengucup dahi anak
kesayangannya, kemudian, mengatur langkah meninggalkan bilik anak gadis itu.

***
Farhan tergelak.
“Next week aku kena kahwin dengan budak mentah tu?! Owh! I can’t believe this… And.. You
know?.. Papa aku dan daddy dier nak balik petang ni. Then, kitorang kena keluar ke butik,
shopping and whatever for the marriege. No! Kalau ye pun tak sabar, esok ke, lusa ke… But, not
today! Arghhh!!!” Rungut Zachwan.

“Sabarla, bro… Ko ni, stress sangatlh plak. Mentah-mentah Putri tu pun, dia cantik kan…”
Farhan sengaja mencabar perasaan temannya.
“Cantik?!” Zachwan tersenyum.
Farhan menahan tawanya.
Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran sahabatnya itu.

“Eh. Wait! How ‘bout Miera?”


‘Oops… silap plak.’ Fikirnya.
“Tu lagi satu problem… Mana ko nak letak minah tu???” Walaupun agak ragu dengan soalannya
sendiri, namun, direct to the point je…

Lamunan Zachwan terhenti secara automatik.


“Eh!” Dia menolak bahu temannya.
Farhan tahu dia tersilap.
“Sejak bila pulak aku kata nak kat budak mentah tu?!”

‘Eleh… macam aku tak tau… Yang tadi ko melamun sampai ke Korea tu mesti fikirkan budak
mentah tu… Takpew… Ko tunggu je nanti…’

***

Kedua-dua wanita itu sibuk memilih pakaian pengantin yang sedondon untuk anak mereka.
“Yang putih ni cantik kan…” Kata Puan Rosnah kepada Puan Merlina.
Kedua-dua wanita itu menoleh ke arah Zahwan dan Putri yang masih dengan egonya masing-
masing.
“Ehem! Pilihlah. Nak yang putih ke biru?” Puan Merlina mencuri perhatian kedua anak remaja
itu.

Putri menjeling ke arah Zachwan.


“Saya nak yang putih.” Jawabnya ringkas.
“Tak boleh! Saya nak yang biru.” Balas Zachwan, nak cari pasal la tu…
Lelaki itu membalas jelingan gadis kecil molek yang kini berada di sebelahnya.

“Takpe… Kalau macam tu, kita ambil dua-dua sekali. Deal kan?” Cadang Puan Rosnah.

***

Sedar tak sedar, hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua wanita itu telah pun tiba.
Debaran semakin terasa bagi kedua-dua calon pengantin.
Entah mengapa, suasana riang menggantikan suasana suram dalam diri Putri apabila pengantin
lelaki tiba. Rasa tak sabar pun ada.
Begitu juga bagi Zachwan.
Cair dia apabila melihat kecantikan dan keayuan Putri yang selama ini tersembunyi disebalik
kenakalan gadis itu.

“Aku terima nikahnya, Putri Nur Fadzlynn binti Mohd. Faizal…”


Sah!
Alhamdulillah…

Anda mungkin juga menyukai