Anda di halaman 1dari 4

P etang itu,Aku duduk di depan rumah sambil memakai selendang putih dan memegang erat seutas

rantai yang mempunyai buah berbentuk kunci.Rantai dan selendang ini adalah pemberian di masa
silam ku.Aku melihat anak perempuanku iaitu Ika sedang bermain jongkang-jongket dengan
sahabatnya iaitu Aiman.Gelagat lucu mereka itu membuatkan aku terkenang seseorang sahabat
karibku yang pernah aku kenal dahulu.

*Musim persekolahan telah bermula kembali,cuti-cuti panjang telah ku habisi dengan membuat
perkara berfaedah seperti rutin harian yang sering ku lakukan iaitu mengarang sebuah cerita di
komputer riba ku yang di hadiahkan oleh Dato’Kassim iaitu ayah kepada sahabatku kerana memang
cita-citaku ingin menjadi seorang penulis novel yang terkenal suatu masa akan datang.Aku membuka
langkah pertama dengan menjejaki tapak sekolah dengan kaki kanan.’’Bismillahirrahmannirrahim’’
Apabila aku ingin berjumpa dengan kawan-kawanku.Tiba-tiba, ada seorang pelajar lelaki
menanyakan kepada ku.

‘’Hai saya Razid pelajar baru.Boleh awak tunjukkan arah ke pejabat pengetua?’’kata nya.

Aku terpegun dengan razid dengan gayanya yang begitu menarik dan budi bahasanya yang indah.Tak
ubah! Ni mesti anak orang kaya.

‘’Oh! Saya Nabilah Afifah,awak boleh panggil fifah saja.Mari ikut saya,saya akan tunjukkan arah ke
pejabat pengetua’’ Kataku sambil menunjukkan arah ke pejabat pengetua.

Selesai saja aku menunjukkan arah,aku terus beredar ke arah kawan-kawanku.Aku menemui kawan
baikku iaitu Fatin Raniyana yang lebih dikenali sebagai Fat.Fat ialah kawan baikku sejak tadika
lagi,Fat seorang yang baik,suka menolongku ketika susah dan senang ini kerana fat adalah
merupakan anak kepada seorang Dato.Aku berkawan dengan Fat bukanlah kerana dia anak
Dato,tetapi memang aku ini kawan baikknya dan Bukan kerana badannya aku menggelarnya Fat,tapi
memang namanya.Fat ialah olahragawati di sekolah ku dan juga pelajar pintar di sekolah ku.Aku
cukup bangga dengannya.

‘’Hai fifah,baiknya hati kau tolong tunjukkan arah kepada sepupu aku?Dah kenal dah?’’gelak Fat.

‘’Er.Kau ni! Aku cuma tolong je,Sepupu kau ke?’’Tanya ku dengan hairan

‘’Hish! Aku acah je lah,bukan sepupu akulah.Tapi Aku kenal dia sebab dia tu anak partner-daddy aku
hah’’Kata Fat dengan tersengih-sengih.

Aku Diam.Aku teringat akan Razid yang menanyakan kepada ku tadi.

‘’Terima kasih Fifah kerana dah tolong aku tadi.’’ Suara itu muncul dengan tiba-tiba.Aku terbangun
dari lamunan ku oleh suara itu.

‘’er,Aku tolong kau saja.’’balas ku dengan gagap.’’Fifah belajar di kelas apa?’’tanya Razid dengan
mesra.’’Aku belajar di kelas 3A’’kini aku menjawab dengan tidak gagap seperti aku dah lama kenal.
‘’oh! Razid pula belajar di kelas 4Sains.Kenal Raziqah?dia pun belajar di 3A kan?itu adik
razid.’’katanya.

‘’Hah?’’ aku terkejut.


Rupa-rupanya razid adalah abang kepada raziqah.kenapa raziqah tak pernah menceritakan
kepadaku bahawa dia mempunyai abang?Sedangkan aku sering menanyakannya bahawa dia
mempunyai adik-beradik atau tidak.Mesti ada sesuatu tak kena ni.Erm..Tapi,apa ku kisah?
Hahahaha

Aku beredar meninggalkan Razid dan masuk ke kelas.Semasa di kelas,aku sering mengelamun.

‘’Ding!Ding!Ding!Ding!Ding!’’ Bunyi lonceng berbunyi menunjukkan waktu rehat bermula. Aku,Fat


dan Raziqah berjalan bersama-sama ke kantin.Aku duduk di bangku kantin ,sementara Fat dan
Raziqah sedang beratur di kantin.’’Nah,ni aiskrim kau fifah.’’kata Fat sambil memberikan secawan
aiskrim kepada ku.’’Ni pula kau punya nasi lemak’’ramah raziqah padaku.

‘’Terima kasih fat dan ziqah kerana belanja aku makan’’ Kata ku sebagai penghargaan kepada
mereka.

‘’Sama-sama’’Kata mereka berdua dengan serentak.Kami ketawa kerana buat kami itu adalah satu
kebetulan yang amat melucukan.

‘’Boleh saya duduk dekat sini?’’Suara tu muncul lagi,dan aku kenal sangat akan suara itu.

‘’Er! Abang Azid?Duduklah bang’’Kata Raziqah dengan mesra.’’Abang kau kah ni raziqah?’’tanya Fat
dengan penuh hairan?’’

‘’Eh,awak?awak anak Dato’Kassim kan?’’Tanya Razid dengan penuh yakin.

‘’Ya’’jawab Fat dengan selamba.

‘’Esok sempena ulangtahun aku,nak buat majlis kecil-kecilan saja.Esok petang jam 3 dekat halaman
rumah aku.Korang mesti datang,Awas! Siapa tak datang,ada juga aku tempeleng ni kang’’ jemput
Raziqah sambil ketawa.

‘’Don’t worry-lah.I know-lah nak datang ke rumah kau tu raziqah.’’Jawab Fat dengan mesra.

‘’Ding!Ding!Ding!Ding!Ding!’’jam lonceng berbunyi lagi untuk menunjukkan bahawa waktu rehat


sudah pun tamat.Kemudian kami masuk ke kelas dan belajar seperti biasa,waktu itu aku sudah dapat
menumpu perhatian pada pelajaran.Selepas habis waktu sekolah,aku dan Fat pergi ke Bandar untuk
membelikan Raziqah hadiah.Aku membelikannya sebuah patung beruang berwarna coklat yang
begitu cantik di pandang,Fat pula membelikannya sebuah kotak muzik.kemudian kami membalutnya
dengan kertas pembalut yang berwarna-warni dengan corak yang begitu cantik.Tiba-tiba aku terlihat
sepasang rantai yang begitu cantik berbuah kunci dan satu lagi berbuah manga berbentuk hati.Aku
tertarik dengan rantai kunci itu,ianya sangat cantik.Namun,hasratku untuk membeli tidak tercapai
kerana apabila aku ingin membelinya ada orang lain memesan rantai itu.Aku berharap orang yang
membeli itu akan menjaga rantai itu sebaik mungkin.Aku sedih,tapi apa daya ku kan menolak takdir
ku.Aku memerhatikan rantai itu,seperti aku tidak wujud di dunia.Aku renungkannya…

‘’Fifah,marilah balik.Pemandu aku dah ada.Jom’’kata Fat.

Aku tak menjawab.Aku terus mengekorinya,aku ke sekolah berjalan kaki kerana jarak rumahku
dengan sekolah tidaklah begitu jauh,7 minit pun boleh sampai.kadang-kala Fat dan raziqah akan
menjemputku dan menghantar aku balik ke rumah kerana rumah kami tidaklah jauh. Apabila aku
sampai di rumah aku terus membuka computer ribaku dan melakukan rutin harian yang aku sering
lakukan mengarang kembali cerita ku.Selepas penat mengarang novel,aku pergi membersihkan diri.

‘’Tok!Tok!tok!’’ Bunyi ketukan pintu.Aku pergi membuka pintu.

‘’Macam mana kau tahu rumah aku?Kenapa kau datang ke rumah aku?kenapa dengan tiba-tiba?ada
kecemasan kah?’’Tanya ku dengan panik.

‘’WoOowOoOwOoO wei?relax Sister..becalme down baby heheh’’kata razid dengan tertawa

‘’Aku Tanya banyak,satu pun kau tak jawab?’’kataku dengan tegas.

‘’Saja je aku nak lawat kau,Dosa ke?’’

‘’Em! Mana ada dosa,masuklah’’jemputku

‘’Mak Kiah!Oh Mak kiah! Mana mak kiah ni?’’kataku dengan runsing.

‘’Tok!Tok!Tok!’’Bunyi ketukan pintu di ruang tamuku lagi.aku berfikir sejenak,siapakah lagi ini?Aku
membuka pintu.

‘’Hah!’’ Aku terkejut! Aku melihat seorang perempuan cantik,ayu berbadan ramping dan berkulit
putih kemerah-merahan sedang membawa sebuah bagasi.Aku tersenyum lebar dan
menangis.Nampaknya aku memang kenal perempuan ini.

‘’Ibu!’’ Aku terus memeluk ibuku yang baru pulang dari Australia selama dua bulan kerana urusan
niaga.

Aku menanya kepada ibuku’’Abah mana ibu?’’

‘’Abah minggu depan baliklah,abah masih lagi kat sana.’’balas ibuku.

Kemudian ibuku meluru masuk ke ruang tamu.

‘’kamu kawan fifah?Siapa nama kamu?Saya Puan Norhaifi ibu kepada fifah.’’Tanya ibu kepada razid
sambil mengukirkan sekuntum senyuman kepada razid.

‘’Ya,saya kawan fifah nama saya Muhammad Razid b.dato’Razli.Oh,Saya ingat tadi kakak fifah.Rupa-
rupanya mak fifah!’’kata razid.

‘’Eh! Takkan lah makcik yang tua ni kau katakan kakak.pandai ambil hati lah kau ni.Oh! anak
Dato’Razli rupanya.raziqah mana?tanya ibuku.

Mereka berbual mesra.

Aku tak endahkan mereka,biarlah ibuku dan razid berbual.Selepas lama razid berada di rumah ku dia
pun balik.Aku duduk di dalam bilik sambil termenung memikirkan Razid.Sedarsawarsa ini,aku asyik
memikirkannya.

‘’Inilah budak zaman sekarang,belum apa-apa lagi dah ada boyfriend ‘’ Suara ibu muncul dengan
tiba-tiba di belakang ku.
‘’Ish ibu ni! Ada-ada sajalah.Dia tu kawan saja lah’’terangku dengan benar.

‘’ibu tak percaya,bukti?’’Ibu ku berkata demi mengusik aku.

Aku tak layan dengan gurauan ibuku,aku Cuma tersenyum.Aku ingin membawa ibu ke majlis
ulangtahun raziqah pada esok petang.’’Ibu’’ panggilku,

‘’Ya sayang?’’Ibuku menjawab.belum sempatku mengajak.

‘’triit!Triit!Triit!Triit!’’Bunyi deringan telefon bimbit ibuku berbunyi.Ibuku menyambut panggilan itu


dan kemudiannya beredar dari bilikku.hatiku hampa,namun aku sudah biasa dengan sikap ibu dan
abahku yang sibuk dengan kerjaya mereka.walaupun mereka sibuk dengan kerjaya,mereka tidak
pernah melupakan aku untuk berkongsi kasih sayang dan menunaikan solat-solat kerana ibu dan
abah tahu bahawa mereka Berjaya atas kurniaan Allah S.W.T yang melimpahkan rezeki kepada
keluarga ku.Terima kasih ya Allah.

‘’sayang! Ibu terpaksa balik semula ke Australia kerana ada masalah teknikal sedikit yang ibu harus
selesaikan.Maafkan ibu,Fifah cakap saja apa yang fifah nak ibu akan tunaikan bila ibu balik sini
nanti.’’kata ibuku sambil pergi mengemas semula bagasinya.

‘’Maafkan ibu sayang’’Kata ibu sambil mengukirkan senyuman kepada ku.

Aku terus ke bilikku untuk melelapkan mata.

Keesokan paginya,apabila aku bangun.Ibu sudah tiada.mungkin ibu pergi semasa aku melelapkan
mata.aku terus pargi membersihkan diriku dan bersarapan.’’Ding!Dong!Ding!Dong!Ding!’’ ada orang
menekan lonceng di luar rumahku.Aku pergi membuka pintu pagarku.ku dapati razid dan fat di
depan.’’Kau dah sedia?’’Tanya fat.’’Sedia?’’Tanyaku dengan hairan.’

‘’kau sudah lupa?Hari ini kan hari jadi Raziqah’’Kata Razid.

‘’Hurm! Masuk dulu,aku nak bersiap.’’

‘’Aik! Baru nak bersiap puteri raja ni?’’

‘’Sibuk!’’ Aku marah! Aku tidak mengendahkan mereka.

‘’Jom!’’Tegasku dengan nada marah.

‘’Aik! Puteri raja kita marah lah.Hahahaha!’’ Fat sengaja mencari fasal dengan ku.

‘’Sudah-sudahlah tu Fat! Fifah jangan ambil hati.Jom kita bertolak.Majlis bermula setengah jam lagi.’’
Sampuk Razid bagi mengelakkan aku terus marah.

Setelah sampai di Rumah Raziqah.Aku boleh merasakan majlis itu sangat meriah,Majlis itu
dikunjungi oleh rakan-rakan sekelasku dan dikunjungi juga oleh rakan sekelas Razid.

Anda mungkin juga menyukai