Anda di halaman 1dari 4

KAU UNTUKKU

Maisarah memotong basikal yang ada di hadapannya walaupun pengayuh basikal itu
mengayuh dengan laju sepertinya. Dia tidak peduli. Dia nak cepat sampai ke pintu pagar. Kala
itu, jaguh lumba basikal negara pun kalah di tangannya. Orang di hadapannya itu cepat-cepat
menekan brek. Mukanya masam. Hoi, kalau nak cepat pun, beradablah sikit. Ingat jalan ni
bapa engkau punya ke? Lagak macam jantan. Tak sedar diri tu pakai baju kurung? Jeritan
budak lelaki itu tidak dihiraukan. Maisarah terus mengayuh basikalnya dengan selaju-lajunya.
Baris. Baris lurus-lurus. Hah tu, apa lagi tu. Cepat! Cepat! Terhegeh-hegeh, jeritan Si Mona
Singa Betina membingitkan Maisarah. Suara itu betul-betul di sebelah telinganya. Apa singa
betina ni. Nak teriak pun, jauhlah sikit. Sakit telinga aku. Mujur tak cedera, kata Maisarah
dalam hati.Hoi! Apa lagi tu? Tercongok macam tunggul kayu mati. Buang masa saya je. Ingat
orang tak ada kerja lain ke? Asyik jaga korang datang lewat. Kalau sekali, tak pe. Ni, hari-hari
muka yang sama je. Jeritan Syahrul, Ketua Pengawas mematikan lamunan Maisarah. Dengan
langkah longlai dia menghampiri Syahrul yang lebih suka dipanggil dengan gelaran Bapa Jin
itu. Nama? Tingkatan berapa? soal Syahrul.Nama saya Maisarah Iskandar dari Tingkatan
5A. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Cita-cita ingin menjadi...Dah. Dah. Dah. Ni bukan
minggu orientasi. Melebih-lebih pulak. Lain kali jangan lewat lagi. Kalau tak, saya akan buat
laporan kepada guru disiplin, kata Syahrul. Hampir tergelak dia dengan gelagat Maisarah.
Tapi ditahannya. Dia tahu Maisarah marah dan bengang dengan tingkahnya. Ah, biarkan. Yang
penting aku puas.
Maisarah melangkah perlahan memasuki kelas. Suraya, teman baiknya sedang menyapu
sampah. Siap menyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi. Aku Cinta Padamu. Amboi! Gembira nampak.
Kena nombor loteri ke? Tegur Maisarah.Suraya menoleh. Dia tersenyum gembira. Orang yang
ditunggu-tunggunya telah tiba. Eh, May, marilah sini. Suraya menarik tangan Maisarah.
Tengok ni. Ooo... kau nak sorok dari aku ye. Diam-diam, rupanya ada boyfriend ye. Apasal
nak rahsia dari aku? Tak nak kenalkan kat aku? Kau tak percaya kat aku ke? Atau
boyfriendkau tu tak de hidung? Soal Suraya bertubi-tubi. Maisarah terpinga-pinga.Dalam
kebuntuan itu, Suraya menyerahkan sampul surat berwarna biru kepada Maisarah.
Tindakannya itu memecahkan persoalan yang berlegar-legar di kepala Maisarah. Siapa bagi
kad ni? Maisarah membuka perlahan sampul surat biru yang ditujukan kepadanya itu.
Membaca tulisan yang tertera pada kad berbentuk hati itu perlahan. Suraya turut
membacanya:Melihatmu pertama kali, seolah-olah aku bertemu dengan bidadari. Sekali kau
tersenyum, seribu kali hatiku diruntun. Sekali kau melirik, seribu kali aku tertarik. Bilakah
dirimu mampu kumiliki? -FASA-Maisarah mengerutkan keningnya. FASA? Siapa pulak ni.
Entah jerangkung sesat mana yang bagi kad padanya. Siap bermadah-madah lagi. Dia berfikir.

Siapa agaknya pengirim misteri tersebut. Hazrul ke? Rakan sekelasnya itu begitu meminatinya
sehingga tidak jemu-jemu memujuknya untuk balik atau belajar bersama. Dia yang jual mahal.
Ni ada lagi. Maisarah tersentak. Suraya menyerahkan tiga kuntum mawar merah kepadanya.
Dia bertambah hairan. Bunga pun ada. Ni dah kes berat ni. Kalau Singa Betina atau Bapa Jin
nampak, mampus. Dua orang tu, selalu sangat mencari kesalahannya. Sehingga yang sekecil
virus pun, tetap mereka cari. Asalkan pesalahnya... Maisarah. Tak habis-habis nak
menyusahkan.Derap langkah seseorang menghampiri kelas Tingkatan 5A. Maisarah cepatcepat memasukkan kad dan bunga mawar ke dalam beg galasnya. Alamak! Bapa Jin! Mampus
aku.
Along nak pergi mana ni? Handsome nampak. Macam nak pergi jumpa seseorang je? Soal
Maisarah. Kakinya telah melangkah memasuki bilik abang sulungnya.Along nak pergi jumpa
Kak Long adik, Izham berterus-terang.Oh, nak pergi jumpa Kak Long. Patutlah wangi
mengalahkan bau belacan, usik Maisarah.Aik, tak guna punya adik, sindir Along ye Izlan
membaling bantal ke arah Maisarah. Maisarah berlari meninggalkan bilik itu. Adik, tunggu
dulu, panggil Izlan.Apa lagi?Adik tak nak ikut Along ke? Along nak kenalkan Adik dengan
Kak Long, ajak Izlan.Nak juga. Tapi, nanti Adik mengganggu Along pulak. Tak dapat nak
bermesra dengan Kak Long, kata Maisarah. Ikhlas.Taklah. Lagipun, Along dah janji nak
kenalkan Adik dengan dia. Dia dah jumpa dengan Angah dan ibu. Dengan Adik, tak lagi. Jadi,
inilah masanya. Esok Adik dah nak balik UPM. Bila masa nak jumpa?Betul ke tak
menyusahkan? Maisarah inginkan kepastian.Betul! Izlan meyakinkan Maisarah.Ok.
Maisarah beredar ke biliknya untuk bersiap.
Awal lagi ni. Janji dengan Kak Long Adik pukul 4. Jom kita jalan-jalan dulu, cadang Izlan.
Jom. Maisarah mengikut. Dia memaut mesra lengan Izlan. Lama rasanya tidak bermanja
dengan Along. Seingatnya, semenjak dia memasuki UPM dengan mengikuti jurusan Bacelor
Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), dia tidak berkesempatan keluar dengan Alongnya.
Mereka sibuk dengan hal masing-masing. Kini, dia berada di tahun dua di UPM. Sama dengan
Suraya. Teman karibnya semasa di SMKSM dulu. Mona, Singa Betina, tak taulah di mana.
Selepas kena tangkap basah dengan Hamdan di belakang sekolah selepas kertas terakhir
peperiksaan SPM, dia terus lenyap. Syahrul, Bapa Jin pula mendapa title pelajar cemerlang.
Dia memasuki matrikulasi di Ipoh, Perak. Itu berita terakhir yang didengarnya. Itu pun dari
mulut Suraya.Sayang sekali, Maisarah tidak sempat mengucapkan tahniah dan memohon maaf
kepada lelaki itu kerana menggelarnya Bapa Jin. Hazrul, yang amat meminatinya itu juga
entah apa khabarnya. Adakah lelaki itu masih lagi mengingatinya. Tapi satu perkara yang amat
menghairankannya. Kad dan bunga yang diterima semasa di SMKSM dari lelaki misteri tidak
pernah putus mengunjunginya. Setiap 14 Februari, pasti kad berbentuk hati dan tiga kuntum

bunga akan diterimanya.Along tak nak beli ke bunga ke? Belilah sejambak. Pasti Kak Long
gembira, cadang Maisarah apabila matanya terlihat kedai yang bertanda Suria Florist di
hadapan kedainya.Betul jugak. Jom kita pergi beli. Mereka memasuki kedai bunga yang
dipenuhi bunga-bunga yang segar itu. Sementara itu, sepasang mata asyik mengekori langkah
mereka. Sakit hatinya. Bergelora jiwanya. Hancur lumat hati dan perasaannya melihat
kemesraan kedua manusia yang diekorinya itu. Dia merasakan cinta yang dipertahankan untuk
gadis itu selama ini seolah-olah menunggu masa untuk runtuh.Hatinya tertanya, salahkah
maklumat yang diperolehnya? Setahunya, Maisarah belum mempunyai sesiapa di hatinya. Dia
memutuskan untuk beredar. Dia ingin mendapatkan kepastian dari informernya. Dan satu
lagi, dia akan bertindak untuk merampas kembali gadisnya. Dia tidak akan membenarkan lelaki
itu memilikinya. Itu janjinya.
Adik, mari sarapan dulu. Puan Mahani menuangkan air teh panas ke dalam mug. Maisarah
yang berbaring malas di sofa bangun perlahan. Adik, cuba Adik bagi tau pada ibu, Adik dah
ada pilihan ke? Puan Mahani menyoal perlahan. Apa maksud ibu? Maisarah keliru.Dua
hari lepas, ada rombongan datang bertanyakan Adik. Kalau Adik belum ada sesiapa lagi, ibu
rasa eloklah kita terima lamaran ni. Orangnya pun baik. Katanya, kalau Adik sampai sini, dia
nak jumpa Adik. Dia nak cakap sendiri dengan Adik. Along dengan Angah pun setuju, terang
Puan Mahani panjang lebar.Maisarah terpaku mendengar kata-kata ibunya. Hatinya berdebardebar tak menentu. Penuh tanda tanya.. Dia kenal aku? Siapa agaknya? Dia berdebar-debar.
Takut pun ada. Tapi dia pasti, dia tidak mungkin akan menerima lamaran itu. Dia berhak
menentukan arah hidupnya.
Panggilan telefon tengah hari itu menyebabkan hati Maisarah tidak tenteram. Dia akan bertemu
empat mata dengan lelaki yang melamarnya. Lelaki itu ingin bertemunya di Pantai Lido. Pukul
5.00 petang. Dengan menaiki teksi, Maisarah pergi ke pantai itu. Maisarah menghadap laut. Dia
membiarkan bayu laut membelai tubuhnya. May. Suara seseorang memanggil namanya. Dia
tetap memejamkan mata. Takut untuk menoleh. Suara itu seperti pernah didengarnya. May..
panggil suara itu sekali lagi. Perlahan Maisarah memalingkan tubuhnya. Menghadap lelaki
yang memanggilnya. Matanya terbelalak. Tidak percaya. Syahrul! Maisarah mengorak langkah.
Ingin meninggalkan Syahrul. Syahrul pantas bertindak. Dia menarik tangan Maisarah. Syahrul
menghulurkan kad berbentuk hati dan tiga kuntum mawar merah. Maisarah semakin
bingung.Syah, FASA tu? Maisarah kelu.Ahmad Syahrul Ahmad Firdaus. Syah terbalikkan.
jelas Syahrul memecahkan teka-teki Maisarah selama ini.Maksud Syah?Mujur Suraya ada.
Suraya banyak membantu Syah selama ini. Sejak Syah nampak May jalan dengan Along di
Plaza Angsana. Cemburu Syah tengok May begitu mesra dengan Along. Mujur Suraya kata tu
bakal abang ipar Syah. Kalau tak, buku lima ni mungkin dah lama sampai ke tempat

sasarannya.Jadi selama ini, Suraya menjadi informer Syah? Maisarah mengetapkan


giginya.Jangan nak kenakan Suraya pulak. Dialah yang paling banyak menolong Syah, jelas
Syahrul bersungguh-sungguh. Maisarah terharu. Setitis air matanya gugur. Betapa tulus cinta
Syahrul. Cuma dia tidak menyedarinya.Dahlah. jangan nangis pulak. Tak lawa langsung.
Beruk nangis lagi comel, usik Syahrul.Syah!!! Maisarah geram.Sejuk sungguh hati ini bila
May panggil Syah, Syah. Bukan Bapa Jin lagi. Esok-esok, panggillah abang, ye
sayang.Syah!!!Syahrul tersenyum. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi kemerahmerahan Maisarah. Akhirnya, gadis itu jadi miliknya. Terima kasih, Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai