Anda di halaman 1dari 22

Cerpen: Why Should I fall

In Love with You?


Terkocoh-kocoh Mariah mendaki tangga. Dia mahu
segera sampai. Selepas penat bekerja syif malam,
dia mahu merehatkan diri. Tidak sabar rasanya
mahu sampai di hadapan pintu rumah. Dia ingin
mandi. Bila tubuh menyentuh air nanti, pasti dia
akan berasa segar nanti.

Mariah berhenti sejenak. Melepaskan lelah dan


menarik nafas dalam-dalam. Kalau tidak ke gim,
begitulah rutinnya. Memanjat anak tangga untuk
sampai ke rumah. Bukan dia tidak mahu
menggunakan lif. Baginya, lif hanya untuk orang
yang malas bersenam. Dia mahu sentiasa kekal
sihat. Lainlah kalau bekerja siang, malam dia
dapat ke gim untuk bersenam. Bolehlah dia
menggunakan lif dan tidak perlu memanjat
beberapa anak tangga sebelum sampai di hadapan
pintu rumahnya.

Dia menyambung kembali langkahnya. Hanya


tinggal satu tingkat lagi untu sampai ke kondo
miliknya.

Apa ni? Langkah Mariah terhenti. Dia menoleh


sejenak. Kemudian dia menyambung lagi mendaki
tangga. 79, 80, 81, 82, lapan pul...
Pekak ke? Amboi. Cantiknya bahasa. Ingatkan
muka saja yang handsome, rupa-rupanya hati pun
handsome jugak.

Ni kenapa tiba-tiba nak marah orang ni? Kenal


pun tidak. Nak cari gaduh pula. Desis Mariah.
Kalau tidak kerana mood dia baik hari ini, dah
lama lelaki di hadapannya itu ditengking seperti
yang dilakukannya pada pekerja-pekerja bawahan.

Amboi, marah orang balik! Ingat bagus sangatlah


tu. Eh? Banyak handsome muka dia? Aku ni
dahlah penat. Mandi pun tak lagi. Tiba-tiba nak
ajak cari gaduh. Apa kes? Ingat kondominium ni
bapak dia punya agaknya. Agak-agaklah woi. Aku
pun beli jugak rumah kat sini. Bukannya kau
seorang aje. Mencebik bibir Mariah. Sakit hati
dengan orang yang tak dikenalinya itu.

Awak tak kenal saya? Eh... Eh... Eh... Dia tanya


soalan cepu mas pulak. Ingat aku ni tukang ingat
nama orang agaknya. Manalah aku kenal mamat
ni. Kalau setakat muka handsome, tak adanya
orang nak ingat. Lainlah kalau kau tu artis. Itupun
kalau kau popular la. Desis Mariah. Dia malas
mahu mengata. Nanti hatinya juga yang sakit.

Kalau encik tak puas hati, kita selesaikan


sekarang. Saya penat ni. Baru aje habis kerja.
Mariah sudah merendahkan suara. Malas mahu
bertegang leher. Siapa menang dia tidak peduli.
Yang penting, dia mahu membenamkan tubuh
dikatil. Hari ini dia akan berehat panjang sebelum
bertolak ke Bhutan lusa.

Yang cik langgar saya tadi tu kenapa? Jalan tu


pandang kiri kananlah sikit. Jangan main redah
aje. Lelaki itu bersuara. Sinis.

Cik minta maaf, okey. Balas Mariah dengan nada


mengejek. Mariah terus berlalu. Cakap tu, kalau
tak sopan tak boleh ke? Dengar pun dah sakit hati.
Ni belum lagi kalau keluar kata-kata kesat. Lama-
lama, adalah yang kena pelangkung dengan dia.

Macam tak ikhlas aje! Menjerit lelaki itu dari


tangga bawah. Mariah sudah tidak peduli. Lif ada
tapi tak mahu guna. Pelik sungguh!

****************************************
*********************************

Lega...

Sempat juga Mariah mengejar masa. Kalau tidak


kerana Civic Type R yang menghalang tempat
memakir keretanya tadi, pasti dia sudah tiba ke
Kuala Lumpur International Airport ini lebih awal.
Nasib baik sempat dia mengejar waktu check in.
Kalau tidak, pasti duit yang digunakan untuk
membayar tiket penerbangan rugi begitu saja.
Bukannya murah mahu ke Bhutan. Kos penginapan
pun sudah mencecah RM600 sehari termasuk
pakej penginapan, makanan dan pengangkutan.
Itupun yang hanya ada kemudahan asas!

Kalau difikirkan dari segi ekonomi memang tidak


berbaloi melancaong ke Bhutan tetapi dalam
jangka masa yang panjang, alam semulajadi
Bhutan akan terpelihara untuk generasi akan
datang...

Dia ke Bhutan melalui ejen pelancongan berlesen.


Dia akan berada di sana selama seminggu
sepanjang musim bunga. Mariah mahu
merehatkan tubuh di Bhutan. Sudah lama dia
mahu ke Bhutan. Menikmati keindahan alam
semulajadi.

Dia mengetahui wujudnya Negara itu kerana


terbaca gossip mengatakan Leornardo di Caprio
dan Keira Knightly antara yang pernah ke sana.
Teringin juga dia merasa angin Negara yang
dikatakan tidak dikenali ramai dan percutian
termahal di dunia. Juga menjadi tempat
persembunyian selebriti dan orang kaya.
Hmmm... Menarik. Untung-untung, bertembung
dengan Johnny Depp. Wah, tinggi melangitnya
angan-angan Mariah!
Kapal terbang sudah bergerak. Sekejap lagi akan
terbang meredah awan biru. Mariah membuka
surat khabar yang dibelinya tadi. Paparan muka
hadapan menunjukkan berita mengenai beberapa
orang pelajar maut ditimpa pokok tumbang. Dia
mahu tahu berita lebih lanjut. Apa yang lebih
menarik, dia mahu memeriksa iklan tambang
murah tiket kapal terbang yang disiarkan di dalam
surat khabar. Hajatnya mahu ke Beijing pula.
Mungkin bulan depan.

Belum sampai di muka surat kelima, matanya


jatuh pada wajah seorang lelaki yang dia kenali.
Lama dia merenung wajah itu sebelum beralih
kepada tajuk yang dibolt hitam.

TENGKU AZMAN BAWA DIRI KE BHUTAN

Kerana ditinggalkan Zara Ayu, Tengku Azman


dikatakan membawa diri ke Bhutan. Menurut
sumber yang boleh dipercayai, Tengku Azman
akan ke sana pada hari ini...

Mariah sudah beralih ke muka surat seterusnya.


Malas mahu meneruskan bacaan mengenai artis
yang dia sendiri tidak kenal. Putus cinta pun nak
bagitahu orang ke? Omelnya...

Kerusi di sisi masih kosong. Seronok bukan main


Mariah. Dapatlah dia relaks sikit jika tidak ada
penumpang di sebelah. Boleh dia melakukan apa
saja nanti tanpa mengaganggu.

Excuse me. May I have a seat? Mariah berhenti


membaca. Cerita mengenai pelajar maut tadi tidak
habis dibacanya.

Nak duduk tempat sendiri pun nak kena mintak


ke? Dia tanya pada diri sendiri. Duduk sajalah.

Sure. Mariah sengih macam kerang busuk.


Empunya diri direnung sekilas. Mahu menyambung
bacaan.

Your handbag. Handbag? Terus Mariah berpaling


ke tempat duduk sebelahnya. Alamak, bila masa
pulak dia letak handbag dia kat situ? Alahai, kan
dah malukan diri sendiri!

Sorry... Cepat Mariah mencapai barangnya lalu


diletakkan di atas riba. Sejak bila dia jadi pelupa,
dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin kerana
mengejar masa tadi. Ataupun mungkin
keghairahan dia ingin membaca isi didalam surat
khabar terbabit.

Nak turun kat mana nanti? Rajin pula jiran


sebelah ini menegur Mariah. Selalunya bila Mariah
naik kapal terbang, jarang orang di sebelahnya
mahu mengajak dia berbual. Kalau yang berbual
dengannya pun pasti orang itu usianya sudah
mencecah 50 an.

Bhutan. Pendek jawapan Mariah. Dia hilang mood


untuk meneruskan bacaan. Surat khabar ditutup
dan diletakkan di atas riba. Matanya merenung
lama pada wajah milik Tengku Azman di muka
hadapan suratkhabar. Seingatnya, dia pernah
bertemu dengan lelaki itu. Tetapi tidak ingat di
mana.

I pun nak ke sana juga. Mariah tersedar daripada


lamunannya. Dia segera berpaling.

Awak! Serentak mereka menjerit.

****************************************
*********************************

Bhutan adalah Negara yang terpencil dan


mengamalkan kesederhanaan. Tidak pernah
dijajah walaupun terletak di antara India dan
China. Ia membolehkan Bhutan mengekalkan
keunikan budaya yang dimasukkan dalam setiap
polisi.

Penduduknya dikehendaki memakai pakaian


kebangsaan apabila ada urusan di pejabat
kerajaan dan ramai yang memilih pakaian tenunan
yang bergaya sebagai pakaian harian!
Mata Mariah bersinar-sinar membaca artikel yang
ditulis dalam bahasa inggeris tersebut. Dia memilih
untuk menyewa di Resort Uma Paro. Walaupun
sewanya mencecah RM3,600 sehari, dia langsung
tidak peduli. Dia tidak mahu diganggu oleh Tengku
Azman.

Sudahlah sampai di airport tempoh hari Tengku


Azman asyik mengekorinya. Berkongsi pula ejen
yang sama dengannya. Menyakitkan hati Mariah
saja. Kalau Tengku Azman gentleman seperti
lelaki-lelaki yang dia kenali tak apalah juga. Ini
tidak, cara bercakap tu, asyik nak sinis orang aje.

Seronok sangat membaca Nampak? Terkejut


Mariah disapa tanpa salam. Nasib baik waktu itu
dia sedang membaca, kalau sedang minum air
macam mana? Tersedaklah dia. Malang sikit,
cawan pecah. Duhhh....

Yang awak sibuk ni kenapa? Ada saya kacau


awak? Mariah menempelak. Cawan di hadapan
disuakan ke bibir. Menghirup kopi yang semakin
sejuk.

Dewan makan di Resot Uma Parson itu masih tidak


lenggang. Biasalah, tempat orang kaya-kaya.
Jaranglah orang ada kat sini. Harga pun dah cekik
darah. Kalau tidak kerana Tengku Azman, tak ingin
dia menginap di situ. Mahal gila! Nasib baik dia ada
kad kredit. Kalau tidak, tak tahulah ke mana dia
harus lari daripada Tengku Azman. Mujur ayahnya
jenis yang tidak kisah. Setiap bulan, bayaran kad
kredit akan dilangsaikan walaupun jumlahnya agak
besar. Dia tidak mahu bermegah-megah. Kalau
kaya pun, bukannya dia. Ayahnya saja. Sebab
itulah dia memilih untuk bekerja dengan orang lain
berbanding bekerja dengan ayahnya. Takut orang
lain mengata!

Eh, saya cakap macam tu pun tak boleh ke? Awak


tu, bila nak minta maaf dengan saya? Tengku
Azman sudah mengangkat tangan. Bila pelayan
tiba, dia memesan menu yang sama dengan
Mariah.

Bila masa pulak saya buat salah? Mentang-


mentanglah awak tu artis. Awak ingat pride awak
tinggi sangat? Saya pun ada maruah juga tau.
Jangan main sedap mulut aje tuduh saya. Anyway,
hari tu bukan saya yang salah, okey. Tangga tu
punyalah besar. Yang awak jalan sebelah jalan
saya tu kenapa? Erm... Lagipun, lif kan ada?
Kenapa tak guna lif aje? Panjang lebar Mariah
membebel. Bukan sekali dua Tengku Azman
mengungkit perkara yang sama. Setiap kali
berjumpa, lelaki itu akan menyuruhnya meminta
maaf. Geram sungguh dia. Harapkan percutian kali
ini dapat menenangkan jiwanya. Alih-alih Tengku
Azman, orang yang tak ada kaitan langsung
dengannya mengganggu.

Kalau tak kerana awak, girlfriend saya takkan


tinggalkan saya hari tu tahu tak! Merah padam
muka Tengku Azman. Mariah sekadar mencebik.
Kekasih tinggalkan dia, aku pulak yang
dipersalahkan. Desisnya.

Hello... Awak putus cinta ke, putus tunang ke, bini


tinggalkan awak ke, tak ada kaitan dengan saya
langsung, okey! Kering tekak Mariah bercakap
dengan Tengku Azman. Sudah tiga hari dia di
Bhutan. Ke mana di pergi, pasti Tengku Azman
mengekorinya. Banyak lagi tempat yang dia tidak
lawati. Memorial Choeden, Bandar Thimphu, dia
mahu percutian pengembaraan. Bukannya diekori
seperti sekarang.

Tengku Azman!

Tengku Azman ingin membalas tetapi tidak jadi


bersuara. Dia berpaling ke sisi. Mencari suara
garau entah milik siapa yang menyebut namanya.
Kemudian... Mukanya berubah keruh. Tan Sri Jalal
dengan Zara Ayu! Apa yang mereka buat di sini?

Uncle apa khabar? Buat apa kat sini? Tengku


Azman menghulurkan tangan berjabat tangan. Tan
Sri Jalal merupakan kawan baik ayahnya. Mereka
rakan kongsi perniagaan. Cuma dia yang tidak
berminat turut serta. Dalam perniagaan, tidak
dapat lari daripada rasuah. Dia takut terlibat
dengan rasuah. Imannya tidak kuat. Dia takut dia
terjebak.

Bawa girlfriend datang sini. Kenalkan, Zara Ayu.


Tan Sri Jalal dengan bangganya menunjukkan Zara
Ayu di sisi. Dia terkenal dengan sifat gatalnya.
Kadang-kadang Tengku Azman meluat dengan Tan
Sri Jalal. Lelaki itu gemar mengelek gadis berdahi
licin ke sana ke mari. Selalunya orang yang
berlainan. Ada desas desus mengatakan dia
menjadi sugar daddy kepada gadis-gadis cantik
itu. Kali ini, Zara Ayu pula yang dikeleknya.
Patutlah Zara Ayu mahu tinggal dia. Rupa-rupanya
Zara Ayu adalah perempuan simpanan Tan Sri
Jalal! Tak guna!

Oh, lupa nak tanya. Ini siapa? Girlfriend Man ke?


Tan Sri Jalal merenung Mariah dengan wajah gatal.
Rasa hendak termuntah Mariah melihat wajah Tan
Sri Jalal. Orang tua tak sedar diri. Rumah dah kata
pergi, kubur pula duk kata mari. Bawa-bawalah
bertaubat.

Aha. Kenalkan, uncle. Mariah, bakal isteri Man.


Mata Mariah membutang. Zara Ayu yang berdiri di
sisi Tan Sri Jalal mengetap bibir cemburu. Tan Sri
Jalal pula mengeluh hampa.
Cantik isteri Man. Pandai Man pilih. Kata-kata Tan
Sri Jalal mengendur seakan-akan dia kecewa.
Kalau Mariah bukan siapa-siapa pada Tengku
Azman, dia akan cuba mencucuk jarum. Bukannya
susah mahu memujuk gadis berdahi licin. Hulurkan
mereka kemewahan, pasti mereka akan terkulai
layu dalam dakapannya. Seperyi yang dia lakukan
pada Zara Ayu sebelum ini.

Sayang. Kenalkan, ini Uncle Jalal. Business


partner papa. Mariah rasa nak muntah mendengar
Tengku Azman memanggilnya sayang. Tadi, bukan
main lagi mereka bertikam lidah. Kali ini, Tengku
Azman sudah berubah nada. Geramnya Mariah.
Kalau tidak difikirkan airmuka Tengku Azman,
mahu saja dia membongkarkan perkara sebenar.
Baru padan dengan muka dia. Tapi, melihat Zara
Ayu a.k.a bekas kekasihnya, dia jadi kasihan pada
Tengku Azman.

Mariah mengangguk dan hanya bersalam dengan


Zara Ayu. Tangan lembut, rupa pun cantik.
Patutlah Tengku Azman marah sungguh
dengannya. Tapi, bukannya salah dia. Memang
salah Tengku Azman. Bodohnya dia. Pasti banyak
duit Tengku Azman dihabiskan Zara Ayu!

Kami minta diri dulu, uncle. See you next time.


Tengku Azman sudah menarik tangan Mariah tanpa
segan silu. Cepat saja mereka meninggalkan
dewan makan itu.

Enough! Mariah menjerit dalam berbisik. Dia


merentap jemarinya dari genggaman Tengku
Azman. Tak pernah pun orang lain memegang
tangannya. Alih-alih, Tengku Azman tanpa segan
silu menarik dia pergi tadi.

Im sorry, okay. Tengku Azman kehilangan kata-


kata. Dia jadi sakit hati bila melihat kemesraan
antara Tan Sri Jalal dan Zara Ayu tadi. Mahu saja
dia memaki hamun bekas kekasihnya itu. Biar
padan dengan muka Zara Ayu.

Enough. Lepas ni, jangan cari saya lagi. Faham?!


Mariah terus berlalu. Tidak mengendahkan
panggilan Tengku Azman yang merayu-rayu.

****************************************
*********************************

Mariah terkocoh-kocoh keluar dari tempat


kerjanya. Tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan
daripada ayahnya. Meminta dia ke sebuah restoren
yang selalu mereka kunjungi. Ada hal penting yang
ingin dibincangkan. Wajib datang!

Sampai ditempat yang dijanjikan, Mariah


menelefon ayahnya. Mengesahkan kehadirannya
sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan
yang berhawa dingin itu.

Ayah... Sorry, lambat. Dia mengambil tempat


duduk di sisi ayahnya. Masih terdapat dua kerusi
kosong dihadapan.

Ada hal penting apa sampai ayah dah tak boleh


tunggu? Dia mahu terus menjamah hidangan di
hadapannya tetapi tidak jadi bila Datuk Hamid
sekadar berdiam diri.

Mamanya sudah pergi menghadap ILLAHI lebih


dari dua tahun. Kemudian, ayahnya berkahwin
dengan perempuan muda. Selepas itu, dia tidak
mahu lagi tinggal sebumbung dengan ayahnya. Dia
bukannya tidak mahu Datuk Hamid bernikah
selepas kematian isteri, dia cuma tidak setuju
kerana ayahnya memilih wanita muda yang beza
umur mereka tidak sampai dua tahun. Perempuan
itu layak dipanggil kakak saja.

Ayah nak kenalkan Mariah dengan anak Uncle


Mahmud. Dah lama ayah nak kenalkan, tapi Mariah
aje yang tak ada masa nak datang. Ayahnya
menjawab dalam nada serius.

Lar... Pasal tu ke? Tak habis-habis Datuk Hamid


mahu menjodohkan dia dengan anak-anak
kawannya. Dulu, dia ingin dijodohkan dengan
Malik, anak usahawan yang terkenal tapi dia tolak
dengan alasan umur belum sampai 25 tahun lagi.
Kemudian, ayahnya memilih calon suami yang
berdarah kacukan, dia tolak juga dengan alasan
mahu menumpukan perhatian pada kerjaya.
Ayahnya cari lagi orang lain. Dengan CEO muda,
dia tolak juga memandangkan dia belum bersedia.

Ayah ni... Dia bukanlah memandang pada darjat.


Lagipun, ayahnya bukan tak tahu dia anti sikit
dengan orang laki. Ini kes kecewa masa belajar
dululah ni. Sampai sekarang terbawa-bawa.

Ayah ni... Kan Mariah dah cakap sebelum ni.


Mariah boleh carikan sendiri calon suami Mariah.
Ayah janganlah risau, okey? Mariah sudah
memeluk lengan ayahnya. Memujuk supaya
ayahnya menarik balik cadangannya itu.

Mariah tahukan umur Mariah dah berapa


sekarang? Thirty, Mariah. Mariah tu dah masuk
dalam calon anak dara tua , tau? Lepas ni dah tak
ada orang nak masuk meminang Mariah. Giliran
Datuk Hamid pula memujuk. Kali ini dia tidak akan
termakan dengan pujukan Mariah lagi.

Dia akui memang salahnya memilih wanita muda


untuk menjadi pengganti arwah isterinya.
Sehinggakan Mariah bawa diri ke luar Negara
dengan alasan mendapat kerja di sana. Mujur juga
dia dapat memujuk Mariah kembali semula. Kalau
tidak, pasti rajuk anak itu berpanjangan. Dia sudah
tiada sesiapa didalam dunia ini. Kedua-dua orang
tua dia dan arwah isteri sudah lama pergi
menghadap ILLAHI. Mariah sajalah pewaris
hartanya. Mahu diharapkan pada isteri baru, Nora
pasti akan menghabiskan hartanya begitu saja.

Baru-baru ini dia mendapat tahu Nora telah


menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki
muda. Sakit hatinya melihat gambar mesra Nora
dan lelaki itu bercuti di pusat peranginan dalam
Negara. Mahu saja ditampar-tamparnya muka
Nora. Namun dia tahan. Dia tidak mahu berlaku
dayus. Dia mahu lihat sejauh mana Nora akan
berpura-pura dihadapannya. Bila sampai waktunya
nanti, dia akan menceraikan Nora.

Ayah... Mariah kehilangan kata-kata. Benar kata


Datuk Hamid. Tapi buat masa ini, Mariah tidak
punya calon yang sesuai lagi.

Ayah dah tua, Mariah. Lambat laun ayah akan ikut


jejak mama Mariah. Sebelum ayah tutup mata,
ayah nak lihat anak ayah berkahwin dulu. Ayah
nak lihat cucu-cucu ayah membesar. Ayah nak
Mariah dan suami usahakan perniagaan kita. Tak
boleh ke Mariah tunaikan permintaan ayah ni?
Mariah jadi serba salah. Ditelan mati emak, diluah
pula mati ayah.
Mariah... Mariah... Tak ada calon yang sesuai,
ayah. Ayah pun faham kan? Uruskan kilang tu,
Mariah tak ada masa nak bercinta. Mariah cuba
menyusun kata. Berharap supaya Datuk hamid
mengerti.

Ayah faham. Sebab itulah ayah nak kenalkan


Mariah dengan anak Mahmud. Ayah yakin, Mariah
tentu setuju. Bicara mereka terhenti saat dua
tubuh tiba di meja mereka.

Apa khabar Hamid? Dah lama sampai? Datuk


Hamid segera bangun. Bersalam dan terus
memeluk lelaki yang seusia dengannya. Kemudian
dia beralih pula kepada lelaki muda di hadapan
Mariah. Melakukan perkara yang sama seperti tadi
tetapi lebih lama. Mariah yang terkaku. Wajah
yang sama bertembung dengannya di
kondominium dia, di Bhutan dan sekarang di meja
makan. Bakal membincangkan tentang masa
depan dia dan lelaki itu. Tengku Azman, I hate
you!

****************************************
*********************************

Gila! Ini kerja gila namanya! Mariah berjalan ke


rest room. Dia mahu mengambil nafas sebelum
kembali ke meja tadi. Sesak nafasnya mendengar
bicara ayahnya. Alangkah kecilnya dunia ni. Ke
mana dia pergi, pasti dia akan berjumpa dengan
Tengku Azman.

Tengku Azman pula seperti gembira dengan


keputusan orang tua mereka. Kalau nak sangat
berkahwin tu, pergilah cari sendiri. Ramai lagi
orang lain yang boleh dijadikan isterinya. Bukan
Mariah. Dia tidak sanggup berkahwin dengan
Tengku Azman. Lelaki itu angkuh.

Hai, Mariah. Kenapa bercakap sorang-sorang ni?


Terkejut Mariah. Terus dia berpaling. Terpamer
wajah gatal milik Tan Sri Jalal.

Tan Sri... Buat apa kat sini? Terkulat-kulat


Mariah. Baru pertama kali bertemu di Bhutan, Tan
Sri Jalal menegurnya seolah-olah mereka kenal
terlalu lama. Gelinya!

Tak boleh ke I datang kat sini? Untung juga dapat


jumpa Mariah yang cantik jelita di sini. Boleh kita
makan sama-sama. My treat. Then, kita boleh
keluar berjalan-jalan. Rasa nak termuntah Mariah
mendengar kata-kata Tan Sri Jalal. Badan dah
berkedut-kedut. Masih ada hati lagi ingin
menggoda gadis muda sepertinya. Macamanalah
Zara Ayu boleh melayan lelaki tua sebegitu. Dia
memandang pun terasa geli geleman.
Sorry, Tan Sri. I have to go. Tanpa senyuman,
Mariah terus berlalu. Dia takut lama-lama nanti
ada yang kena simbah air dengannya. Entah
apalah yang dikejar Tan Sri Jalal lagi. Cukuplah-
cukuplah tu mengejar keseronokan dunia.

Mariah mengambil semula tempat duduknya.


Membasahkan tekak sebelum menyambung selera.
Tengku Azman dihadapan seperti tidak mahu
melarikan pandangannya daripada merenung
Mariah.

Well, rupa-rupanya Datuk Mahmud dan Datuk


Hamid pun ada kat sini. Terkejut Mariah bukan
kepalang. Nasib baik sudu di tangan tidak terlepas.
Kalau tidak, tentu dia malu dengan Datuk Mahmud
dan Tengku Azman.

Hey, Jalal. Long time no see. Have a seat. Tan Sri


Jalal pantas menggeleng bila Datuk Hamid
mempelawa. Dia diam berdiri di sisi Mariah.

Its okay. Well, Man pun ada sama. Ini mesti


bincang pasal persediaan perkahwinan Man dan
Mariah, kan? Cepat saja Tan Sri Jalal
menyambung kata. Mariah sudah terkedu. Tengku
Azman pun sama. Tak pasal-pasal dia kantoi
menipu Tan Sri Jalal tempoh hari.
Baru nak bincang. Nak tanyakan dulu Azman dan
Mariah ni. Datuk Hamid menjawab bagi pihak
mereka berdua. Dalam hati Mariah tak habis-habis
berdoa. Janganlah disebutnya mengenai percutian
mereka di Bhutan tempoh hari.

Nak bincang apa lagi? Bukan ke Man dan Mariah


sama-sama bercuti di Bhutan minggu lepas? Kata
nak berkahwin tak lama lagi. Bagai nak pecah
jantung Mariah. Apa yang diharapkan tidak
menjadi. Muka Mariah seperti tiada darah. Dia
tidak berani menatap wajah ayahnya. Pasti
ayahnya mengamuk sakan nanti.

Oh, pasal tu. Nada Datuk Hamid sudah berlainan.


Muka Datuk Mahmud juga berubah. Habislah
Tengku Azman dan Mariah nanti!

Okaylah, I pergi dulu. Nak lunch dengan kawan.


Tan Sri Jalal terus berlalu selepas merenung wajah
kelat Mariah sejenak. Dia puas hati kerana dapat
mengenakan Mariah tadi. Baru padan muka.
Itulah, sombong sangat dengan aku tadi. Kau
bukannya tak tahu yang aku ni kasanova.

Apa ni, Mariah? Nada Datuk Hamid sudah


berubah. Sudu ditangan sudah diletakkan didalam
pinggan. Hilang seleranya. Malu sungguh dengan
Jalal dan Mahmud. Anaknya bagai perempuan
murahan.
Apa yang Man dah buat dengan Mariah? Siap
pergi Bhutan lagi sama-sama. Kini, Datuk
Mahmud pula bersuara. Tidak disangka Tengku
Azman bertindak seliar itu. Menyesalnya dia
membiarkan Tengku Azman bergaul bebas
sebelum ini. Mujurlah dengan Mariah. Kalau
dengan perempuan yang pakai baju tidak cukup
kain, malunya dia!

Man dan Mariah tak pernah buat apa-apa pun, pa.


Kami pun baru kenal kat sana. Tengku Azman
cuba menerangkan perkara yang sebenar. Mariah
pantas mengangguk. Dia mula bimbang.

Habis tu, yang Jalal cakap tadi tu apa? Kalau tak


ada angin, pokok tak akan bergoyang, Man. Datuk
Mahmud sudah berang. Tengku Azman sudah tidak
boleh berlakon lagi selepas ini. Dia mahu
mengawal anaknya itu.

Im sorry, Hamid. Aku tak didik anak aku betul-


betul. Aku akan pastikan Azman
bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan
pada Mariah. Itu kata putus Datuk Mahmud.
Mariah seakan mahu menangis.

Aku juga. Terima kasih, Mahmud. Mereka berdua


sama-sama bangun dituruti Tengku Azman. Hanya
Mariah yang terkaku di tempat duduknya.
Minggu depan, Azman dan Mariah akan
berkahwin. No more excuses. Noktah. Itu kata-
kata Datuk Hamid.

Airmata mata Mariah merembes keluar. Alangkah


malangnya nasib Mariah. Berkahwin dengan
Tengku Azman adalah satu kesilapan yang besar!

Anda mungkin juga menyukai