Anda di halaman 1dari 88

Dyadila

Bab 1
ELUH sudah menghiasi muka, panasnya hari ni! Tangan masih setia meraba-raba isi beg tangan made in pasar malam. Tak percaya? Sekarang ini original ke, cetak rompak ke, susah mahu bezakan. Tetapi untuk keselamatan belilah yang original dan apa yang penting, barang buatan Malaysia. Intan tersenyum, sempat lagi buat iklan pesanan khidmat masyarakat. Padahal yang cetak rompak pun dia rembat... opsss dalam bahasa sopan santunnya, dibeli dengan harga yang murah. Bagi yang tidak berkemampuan, mungkin ini dikatakan trend kalau hendak bergaya. Kunci kereta Persona dikeluarkannya. Cuaca hari ini memang panas, mujur juga ada payung cap ayam ini... kalau tidak, mesti terbakar kulit muka dia hari ini. Amboi! Konon putihlah. Belum pun sempat hendak pegang pintu kereta, satu suara sumbang menyumbangkan suara. Fulamak geng, amoi la! Weh, amoi! Lu punya

Giler Kau?

payung banyak cantik la... lagi cantik kalau lu bagi pinjam sama ini abang handsome.... Suara seorang remaja. Hesy, budak ni... belum habis sekolah ada hati nak mengurat orang. Lidah memang tak bertulang dia tu tak sedar diri nak cakap Melayu pelat Cina. Memang huru-hara. Ketiga-tiga remaja itu masih tersenyum-senyum sesama sendiri. Intan mengeluh... tahu sangat apa adegan seterusnya. Adegan yang akan dilakukan oleh kebanyakan remaja sekarang yang malas hendak pergi sekolah. Duduk tepi tangga mengusik orang lalu-lalang. Hesy.... Assalamualaikum.... Adik-adik ni tak pergi sekolah ke hari ni? Macam manalah bangsa kita ni nak maju, kalau yang sepatutnya belajar fizik atau biologi dekat sekolah sekarang ni sibuk belajar mengurat dekat tepi tangga macam ni? Dah, pergi balik rumah baca buku! Suara Intan tegas. Sebiji macam mak tiri Bawang Merah. Kumpulan remaja yang masih berdiri di tepi tangga saling memandang sesama sendiri. Alamak geng! Minah Melayulah, ustazah pulak tu. Baik kita blah sebelum breakfast tazkirah pulak kita hari ni.... Kumpulan itu laju meninggalkan Intan. Intan mencebik. Kurang ajar betul budak-budak sekarang ni. Orang suruh sekolah tak nak, ada ke waktu tengah hari macam ni breakfast? Sekolah dekat mana entah. Nasib baik pandai juga sebut tazkirah tu, maknanya ada juga ilmu dalam hati. Tolong, pencuri!!! Pencuri!!! Tolong!!! Jeritan itu menarik perhatian Intan yang ketika itu baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam kereta.

Dyadila

Matanya terarah pada seorang wanita yang sedang mengejar seorang lelaki yang berlari ke arahnya. Adoi... drama apa lagilah pulak ni. Hesy... memang biadab betullah peragut ni. Suka sangat menyusahkan orang. Ingat senang ke orang nak cari duit? Sesuka hati aje nak ragut. Kurang kesedaran sivik betul! Intan memegang kuat payung di tangannya. Menanti larian pencuri itu dekat ke arahnya. Hah! Memang nak kena. Sasaran dikenal pasti... payung cap ayam diangkat tinggi. Pukkk!!! Payung tepat mengena lengan si peragut. Bukan sekali malah ayunan berkali-kali membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Terkial-kial tangan lelaki itu menepis pukulan Intan. Kau ni memang tak ada kerja lain, kan? Ingat meragut ni kerja dapat pahala ke? marah Intan sambil sekali lagi payung diayun ke arah bahu lelaki itu. Susah payah mak melahirkan, jaga dari kecil sampai dah besar... bila dah besar macam ni jadi peragut, memang panas perut mak kau melahirkan kau! Sumpah Intan lagi. Hoiii!!! jerit lelaki itu kuat, sekali gus pakej bersama pandangan yang tajam. Tindakan Intan terhenti. Dia bersedia dengan kekuda, ilmu tae kwan do yang tidak habis dipelajarinya mungkin boleh membantu. Aku bukan peragutlah! suara lelaki itu tinggi, boleh menangis gegendang telinga dengar. Sempat Intan menutup telinganya dengan tangan. Kalau tidak, mesti pekak sebelum umur empat puluh tahun.

Giler Kau?

Kenapalah tak cari kerja yang lebih berfaedah? Meragut nikan satu jenayah.... Sekali lagi iklan masyarakat. Wajah Intan masih serius. Payung cap ayam kesayangannya masih menjadi perisai. Takut juga kalau-kalau si peragut ini buat hal. Kau ni kenapa? soal lelaki itu tak puas hati. Merah padam mukanya menahan marah. Dia masih menggosok tangannya. Hah, balik ni mesti lebam. Intan buat muka berani, lelaki di hadapannya jelas tidak puas hati. Harap muka aje handsome, tetapi meragut. Hendak sahaja dia tulis dengan pen maker dekat dahi lelaki itu perkataan PERAGUT... biar semua orang tahu. Sebagai amaran untuk wanita Malaysia ini supaya berhati-hati. Muka kacak tidak menjamin apa-apa. Cik... cik!!! Bukan dia peragutnya.... Seorang perempuan lewat tiga puluhan termengah-mengah menghampiri mereka. Ya Allah, encik tak apa-apa ke? sambung wanita itu, soalan itu jelas untuk lelaki di hadapannya. Ala... peduli apa aku kalau bukan peragut. Hah? Bukan peragut? Alamak!!! Intan menggaru kepalanya. Kuat ke dia pukul tadi? Kuat juga, kalau silap hari bulan boleh patah tulang mamat ni. Sekali lagi dia meneliti lelaki di hadapannya. Ya Allah, Intan Azura Abdullah Lee, takkanlah peragut pakai kemeja dengan slack siap pakai tali leher? Adoi, salah orang ni! Terasa macam hendak hilangkan diri dalam masa dua minit. Jadi, encik ni bukan peragutlah? soalnya sopan menutup kesalahan. Intan menelan air liur. Hesy, garang betul muka mamat ni. Peragut apa?! Soalan dibalas dengan soalan. Jelas

Dyadila

wajah lelaki itu menahan geram. Matanya masih tidak lepas menikam wajah Intan. Mulut Intan terkunci rapat, dalam hati mengutuk kesilapan tidak sengajanya. Hari ini hari salah faham sedunia ke? Hari ini sahaja sudah tiga kali dia salah faham. Tetapi kali ini salah faham yang boleh mencederakan orang lain. Memang serabutlah Intan Azura ni. Hesy... cuai! Yes, itu perkataan yang paling sesuai... C.U.A.I. Maaf encik, saya tak sengaja. Intan cuba lagi berdiplomasi. Cara terbaik untuk meredakan rasa marah. Saya ingat encik yang peragut... sambung Intan perlahan. Lain kali tengok dulu pakai mata dengan otak! Otak tu letak dekat mana? Kepala lutut? Suara lelaki itu meninggi. Intan mengundur selangkah ke belakang, serius takut. Lelaki itu memang macam singa yang sedang marahkan anak dia sebab tak buat kerja sekolah. Hu hu hu... maknanya singa versi baiklah. Amboi! Memang marah sangat mamat ni. Kira bersyukurlah dekat tangan dia hanya ada payung, buatnya dia pegang pisau ke, pistol ke tadi? Aduyaiii, memang kes beratlah nanti. Intan Azura, tolonglah berhati-hati lepas ni. Are you okay Kak Anum? soal lelaki itu pada perempuan yang berdiri di sebelahnya. Aik, lembut pulak suara mamat bengis ni. Tapi masih lagi serius. Okey, encik. Mungkin tak ada rezeki, akak kena buat reportlah kalau macam ni. Tak apa, sekejap lagi saya call Pak Mat temankan Kak Anum buat report polis, sambung lelaki itu.

Giler Kau?

Mungkin mereka berdua ini sudah kenal sebab macam sudah biasa. Intan berteka-teki sendiri. Dia hanya menjadi pemerhati. Jelas kehadirannya tidak dihiraukan. Saya minta maaf kak, saya salah faham, ucap Intan jujur. Memang niat asalnya mahu membantu. Tetapi tidak sangka pula jadi macam ni. Tak apalah. Akak tak apa-apa pun, nasib baik akak belum keluarkan duit tadi.... Terdengar keluhan lega hadapannya. Intan turut simpati. daripada wanita di

Dah, tak payah nak tunggu lagi dekat sini.... Lelaki itu bersuara kembali. Sempat menghadiahkan jelingan maut kepada Intan. Huh, menakutkan! Macam pembunuh dalam siri X-File. Intan terdiam. Dia tidak berani cakap lebih sebab aksi heroinnya tidak menjadi. Ini mesti pengaruh cerita Supermak ni. Konon-konon nak jadi penyelamat. Last-last dia yang tak selamat. Saya minta maaf sekali lagi, kak. Saya nak tolong akak, tapi lagi susahkan akak, celah Intan. Sedih dia melihat wajah hampa wanita di hadapannya. Dah, tak payah nak mintak maaf. Simpan aje maaf kau tu kat rumah. Suara lelaki itu lagi. Jelas masih tidak puas hati. Kan saya dah mintak maaf, yang awak tak puas hati lagi ni kenapa? Bukan berdarah pun! Takkan kena pukul dengan perempuan pun dah sakit sangat? Intan mula hilang sabar. Kalau diayunkan sekali lagi payung ini ke muka lelaki itu, baru selesai masalah kut. Tidak cukup sekali, sepuluh kali pun boleh. Hesy, Intan... sabar, bawa mengucap.

Dyadila

Intan sempat mencebik, membalas jelingan maut mata hitam itu. Tidak takut langsung. Sempat dia melambai tangan ke arah wanita di sisi lelaki itu. Tetapi lambaiannya mati apabila sekali lagi mata hitam pekat itu menikam wajahnya. Harap muka aje handsome, tapi sopan santun dan budi bahasa memang gagal. Tak tengok TV ke mamat bengis ni? Penat aje kempen Budi Bahasa Budaya Kita dibuat. Next time, use your brain.... Kata-kata itu cukup keras di pendengaran Intan. Sekali lagi ayat itu meniti di bibir Intan. Sengaja mengajuk gaya lelaki itu. Mamat bengis!

SETELAH dua jam duduk di bilik mesyuarat, akhirnya semua selesai. Kata putus yang telah dibuat, menghantar senyum nipis di wajah Shahrul. Sekali lagi projek super mega itu jatuh ke tangan Mega Holding. Syed Shahrul Iskandar Syed Mokhtar, tahniah! Usahawan muda pertama yang berjaya bekerjasama dengan Syarikat Tokiyama dari Jepun. Dato Hamzah berjalan perlahan sambil menepuk bahu anak muda itu. Bangga dengan kejayaan anak Melayu. Apa yang lebih membanggakan, Shahrul ialah anak kepada arwah sahabatnya. Terima kasih. Ini semua jasa baik uncle. Kalau tak, mesti Shah tak boleh masuk jalan.... Macam biasa, Shahrul lebih senang merendah diri. Dunia perniagaan bukanlah baru baginya, tetapi bila dia sudah boleh berlari selaju ini, dia tidak mahu jatuh. Kalau boleh biarlah Mega Holding terus megah, sama sewaktu adanya arwah ayah. Dia diberi tanggungjawab menerajui Mega Holding dalam usia muda, tetapi peluang itu tidak pernah disia-siakan.

Giler Kau?

Ohhh... itu perkara kecil. Lagipun uncle banyak terhutang budi dengan arwah Syed Mokhtar. Terlalu banyak jasa dan budi dia. Jadi untuk Shah dan Mega Holding, uncle sanggup tolong... ujar Dato Hamzah dalam tawanya. Shahrul tersenyum. Sering kali dia mendengar pujian daripada rakan niaga mengenai kebaikan arwah ayahnya. Tetapi sayang, ayah tidak dapat melihat kejayaan Shahrul hari ini. Kalau ayah ada sama, mesti semua ini akan jadi lebih menarik. Uncle yakin kalau arwah masih ada, dia akan bangga dengan kejayaan Shah. Lagipun bukan senang orang muda macam Shah boleh pergi sejauh ini.... Hesy, uncle ni! Terlalu memuji sangat. Shah ni masih belajar lagi. Banyak lagi yang Shah kena belajar untuk capai kejayaan macam uncle. Lagipun uncle dah tolong Shah jaga Mega Holding sejak ayah tak ada, sepatutnya Shah yang terhutang budi dengan uncle, suara Shahrul. Sempat memuji kejayaan Dato Hamzah. Siapa yang tidak kenal Maju Holding? Syarikat antarabangsa yang megah di persada negara luar terutamanya Jepun. Business ni ibarat peperangan, Shah. Kadangkala kita berperang dengan fizikal, kadangkala kita lebih dengan mental. Apa yang penting, kita kena sentiasa gunakan akal. Setiap langkah yang kita buat mesti berpaksikan masa depan. Business bukan saja duit, tapi kepuasan yang kita dapat atas apa yang kita dah usahakan.... Jelas Dato Hamzah panjang lebar. Memang pengalaman sudah cukup mendewasakannya. Sebab tu la Shah masih kena banyak belajar daripada uncle sebelum buat apa-apa tindakan. Jihah pun dulu selalu puji uncle.... Najihah tu puji uncle sebab dia tu anak yang baik.

Dyadila

Dahlah, hari ni sepatutnya Shah celebrate kejayaan ni. Jangan ingat kisah lama.... Okeylah, uncle balik dulu. Nanti kirim salam pada mak. Kata dekat dia, uncle rindu betul nak makan kuih pelita. Mereka ketawa lagi seraya berjalan beriringan meninggalkan bilik mesyuarat. Shahrul terus ke Mega Holding, ada bertimbun kerja yang perlu disiapkan.

Giler Kau?

Bab 2
AZWANI masuk ke dalam bilik Shahrul bila melihat Shahrul memberi isyarat kepadanya. Hari ini bosnya agak sibuk dengan jadual yang semakin ketat. Minggu ini memang Mega Holding dihujani oleh projek. Memang hebatlah bos mudanya ini. Bukan calang-calang orang boleh buat macam apa yang bosnya buat. Bos, petang ni meeting dengan Bumi Jaya cancel atas sebab-sebab peribadi... dan program Hari Keluarga Mega Holding masih belum confirm tempat. Hazwani menerangkan satu per satu jadual untuk Shahrul. Siapa yang sepatutnya uruskan semua tu? tanya Shahrul sambil matanya masih menilik tangan yang masih ada kesan lebam. Kuat juga perempuan tu pukul sampai ada lagi kesannya. Sepatutnya Mas. Tapi dia dah cuti bersalin... so, tak tahu siapa nak buat, bos, jawab Hazwani. Wajah tampan Shahrul dijeling dengan ekor mata. Nasib baiklah dia sudah

10

Dyadila

ada suami dan dua anak, kalau tidak... boleh cair juga kalau hari-hari menghadap muka bosnya ini. Kak Wani saja yang teruskan. Kalau rasa tak boleh, bagi aje sesiapa yang dirasakan layak nak buat kerja tu. Sebelum tu Kak Wani tolong carikan minyak. Minyak apa, bos? Pelik bos ni, pagi-pagi dah mintak minyak. Minyak apa? Hesy, suspens betul. Takkan bos jenis yang macam tu kut? Mulalah otak kuningnya memproses. Pandangan sinis Hazwani membuatkan Shahrul tersedar. Mesti salah faham atau memang tidak faham. Hazwani adalah PA yang paling lama boleh bertahan dengan perangainya. Dan apa yang pasti, dia juga perlu faham dengan sikap lurus bendul Hazwani. Tetapi semua itu tidak penting, apa yang penting cekap buat kerja. Saya nak minyak urutlah. Tangan saya ni tiba-tiba terasa sakit balik, jelas Shahrul pendek. Sempat menjeling wajah berteka-teki wanita di hadapannya. Kenapa tangan bos tu? Sempat juga hendak menyibuk. Tak ada apa... kena pukul dengan perempuan gila, nasib baik tak patah, suara Shahrul dengan tegas. Hesy, gila betul perempuan tu! ujar Hazwani dengan serius. Dia melangkah keluar dari bilik. Tidak sampai dua minit, dia datang kembali dengan sebotol kecil minyak urut di tangan. Kalau teruk lebih baik pergi klinik, bos.... Mana tahu ada pendarahan ke. Shahrul diam. Kak Wani, kalau ada pendarahan... saya tak ada dekat sini dah. Tak ada apa-apa, sikit aje. Kak Wani boleh keluar sambung kerja, arah Shahrul kemudiannya.

11

Giler Kau?

Sepupu saya dulu bos, kena pukul macam tu la. Sampai sekarang ada dalam Hospital Tanjung Rambutan, sambung Hazwani lagi. Masih tidak puas hati bila ayatnya tidak sempat dihabiskan. Nak saya daftarkan Kak Wani ke sana ke? tanya Shahrul dengan serius. Tidak ada langsung riak mengusik. Sekali lagi mengangkat tangannya memberi isyarat supaya Hazwani menyambung kerjanya. Hazwani mengangguk faham. Shahrul nampak sahaja tegas, tetapi tiga tahun bekerja dengan Shahrul sudah cukup untuk dia memahami kehendak bos mudanya itu. Ketegasan Shahrul hanya pada tugas, kalau melibatkan kebajikan pekerja, Shahrul adalah bos yang terbaik. Ewah, puji melambung! Bos you ada? Hazwani mengurut dadanya perlahan. Kus semangat, tiba-tiba pula pontianak harum sundal malam ni ada dekat sini. Nasib baik tak gugur jantung aku. Hazwani menarik senyum yang jelas palsu. Jelas plastik dan sangat tidak ikhlas. Emmm... Cik Zaireen, hari ni bos tak nak diganggu. Lagipun mood dia tak berapa baik hari ni, suara Hazwani memberi peringatan. Zaireen Amalina menanggalkan cermin mata hitamnya, wajah Hazwani dipandang tanpa perasaan. Ada I kisah? Lagipun I ni kekasih dia... so, I tak perlukan nasihat tak berguna you tu. Zaireen meninggalkan Hazwani. Menuju terus ke pintu bilik Shahrul tanpa berpaling. Eleh... berlagak betul perempuan ni. Ya Allah,

12

Dyadila

mintak-mintaklah angin timur laut bos hari ni datang, biar padan muka minah salih celup ni, doa Hazwani sambil menadah tangannya. Hesy, berusaha pulak mendoakan keburukan orang lain. Memang tak baik! Belum pun sempat tangan dijatuhkan, kedengaran bunyi hempasan kuat dari arah pintu bilik Syed Shahrul Iskandar. Wajah muncung itik Zaireen jelas di muka pintu. Langkahnya diatur laju melintasi meja Hazwani. Langsung tidak bersuara. Aikkk, nak ke mana tu Cik Zaireen? usik Hazwani dalam senyum. Pergi mati!!! Suara itu menjerit separuh sedar. Aik, datang bulan ke apa minah ni? Tadi datang sikit punya muka bangga, sekarang ni berkerut seribu. Hazwani menggeleng. Seperti biasa untuk kedua puluh tiga kalinya ayat mati itu keluar daripada mulut Zaireen. Ayat yang sudah menjadi kebiasaan bila dihalau keluar oleh bosnya. Itulah, degil sangat tak nak dengar cakap orang, kan dah padan dengan muka tu. Sempat Hazwani bersuara dalam hati. Zaireen berjalan laju. Debukkk! Tiba-tiba tubuh itu jatuh tersungkur. Hazwani tahan gelak. Pantas dia mendapatkan Zaireen. Konon-konon hendak menghulurkan bantuan. Dalam hati sudah gelak berguling-guling. Memang lawak minah celup ni tergolek. High heel empat inci milik Zaireen dipandang. Patutlah... kasut ala-ala Lady Gagap. Cik Zaireen tak apa-apa ke? soal Hazwani yang konon-kononnya prihatin. Adoi!!! Hishhh... tak ada apa-apalah! Tepi, dont touch me. Lain kali pastikan syarikat ni selamat untuk orang

13

Giler Kau?

lain. Ni, lantai ni kenapa tak rata?! Suara itu menjerit ibarat petir. Tak baik mintak mati... lain kali doa yang elok. Nasib baik tak mati depan ni tadi, kang susah saya nak jawab dengan bos nanti, ujar Hazwani dengan selamba. Zaireen mendengus geram. Pantas dia bangun dan meninggalkan Hazwani yang mulut memang tidak ada insurans. Ada sahaja perkataan menyakitkan hati keluar daripada mulut PA Shahrul itu. Kenapalah sampai sekarang Shahrul tidak pecat perempuan ini? Tu kenapa muka masam macam cuka tu? tanya Zakiah yang baru menapak ke tempat Hazwani. Macam biasalah minah salih celup tu, dah kena pekik sekali baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Hah, memandangkan dah terlanjur kau ada dekat sini, mulai sekarang semua kerja Masnura kau yang akan uruskan. Hazwani memberi arahan. Ewah! Macam bos. Tapi, kan bos dah turunkan kuasa pada dia tadi. Kira bawah sikit dari boslah. Kenapa pulak aku? Berkerut dahi Zakiah. Tidak faham namun sebenarnya lebih kepada rasa tidak puas hati. Hazwani tersenyum, tahu sangat muka tidak puas hati. Tetapi dia tidak ada pilihan, tugas mesti diutamakan. Ini bukan arahan aku, tapi arahan bos. Lagipun kalau kau ganti tempat Mas, bolehlah kau melepak dekat sini selalu... dan bolehlah kau ambil kesempatan nak tengok bos kita tu, umpan Hazwani. Tahu sangat niat sebenar Zakiah bila melepak dekat tingkat sepuluh ini. Senyuman berseri Zakiah menjawab segalanya. Orang kata tak dapat tengok orangnya, tengok

14

Dyadila

pintu bilik pun tak apa dah, suara Zakiah persis orang angau. Hai, memang dia makan hatilah kalau bosnya itu kahwin dengan Cik Zaireen gedik itu. Daripada Cik Zaireen tu, baik pilih dia, mesti bahagia dunia akhirat. Sempat lagi tu berangan! Dah, tak payah nak angau sangat. Nak apa datang sini? soal Hazwani dengan serius. Hesy, kau ni... aku baru nak berangan. Ni hah, fail projek terbaharu. Encik Borhan suruh aku bagi dekat kau dan tolong sampaikan pada bos kita yang handsome tu. Kalau rajin, sampaikan salam aku sekali. Zakiah menyerahkan fail merah itu kepada Hazwani. Kalau bagi fail ni boleh, tapi kalau kirim salam tu tak termasuk dalam list kerja aku. So, Im so sorry. Zakiah mencebik. Eleh, nanti kalau aku kahwin dengan Encik Shahrul... masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Cik Zakiah... aku memang dah lama tahu yang langit tu tinggi. Tapi yang aku musykil tu, dalam sehari berapa kali kau tengok cermin? Kalau sekali, baik kau tambah lagi dua kali, biar tiga kali sehari. Senyuman Zakiah mati. Kurang asam punya Hazwani. Kau memang dengki, kan? Dahlah, daripada aku layan kau, baik aku layan perasaan dekat meja aku. Hah, eloklah tu. Memang syarikat ni bayar gaji kau untuk kau duduk termenung sambil layan perasaan aje. Sindir Hazwani lagi. Zakiah muncung sedepa meninggalkan Hazwani yang masih ketawa.

15

Giler Kau?

NAFAS berat dilepaskan. Rasa macam tidak cukup oksigen. Maya mengangkat kotak terakhir ke dalam rumah. Akhirnya selesai. Kalau diberi pilihan, memang dia mahu upah orang, tetapi kalau setakat barang dia dan Intan yang tidak seberapa ini, tak payahlah hendak membazir. Buat malu aje kalau upah orang pun. Lebih kepada malas dan mengada-ada. Rumah banglo dua tingkat itu dipandangnya lama. Dia sendiri sudah tidak ingat rumah ini. Apa yang dia tahu memang papa dan mama pernah tinggal di sini dulu. Masa itu dia lebih selesa tinggal dengan arwah tok wan. Baru pindah ke? sapa satu suara. Maya berpaling. Hah! Ya, mak cik. Hari ni baru masuk barang, esok baru pindah, jawab Maya. Senyuman dimaniskan. Wajah wanita lewat lima puluhan itu dipandang mesra. Mesti jiran sebelah rumah, tekanya dalam hati. Rumah mereka berkongsi pagar yang sama. Pagar separas dada yang cukup unik. Mesti idea jiran sebelah rumahnya ini. Tengok pada gaya dan stail rumah sudah menunjukkan daya kreativiti. Cantik dan unik. Mesti mata akan teruja bila tengok rumah jirannya itu. Anak Dato Syukur ke? Wanita itu cuba meneka. Maya mengangguk perlahan. Tekaan yang tepat. Sudah lama rumah papa ini terbiar. Mereka berjabat tangan. Intan tunduk sedikit tanda hormat. Rasanya jirannya itu lebih tua daripada mama atau mungkin sebaya. Mak cik kenal papa dengan mama? Soalan itu berubah riang. Nama mak cik, Hajah Khalsum. Kita ni berkongsi pagar. Tengok, taman pun sebelah aje. Panggil Mak Jah aje.

16

Dyadila

Apa pulak tak kenal. Dulu Mak Jah rapat dengan Datin Zaiton, cuma sejak dia pindah ke Jakarta dah putus hubungan. Tapi masa tu kamu ni kecil lagi. Mereka sekarang dekat mana? Papa dengan mama masih ada dekat Jakarta dan memang menetap dekat sana. Eh, lupa pulak, saya Maya Kirana. Nanti Maya akan tinggal dekat sini dengan kawan. Hajah Khalsum mengangguk. Itulah, dulu masa kamu kecil selalu jugak main dekat rumah Mak Jah ni, tapi dah lama.... Eh, kawannya mana? Sempat Hajah Khalsum meninjau ke kiri dan ke kanan. Dia ada hal, mungkin esok baru dia datang sini, ujar Maya ramah. Seronoklah ada jiran baru. Dah bertahun rumah ni kosong. Nanti senang-senang datang rumah Mak Jah, kita sembang panjang lagi. Ajak kawan sekali. Maya mengangguk setuju. Apa lagi yang boleh dia katakan. Dalam hati dia berasa senang bila ada jiran yang peramah dan mesra macam Hajah Khalsum. Maklumlah, kalau sudah duduk bandar metropolitan ini kadang-kadang jiran pun tidak tahu siapa. Tahu-tahu sudah berkali-kali bertukar tuan. Mak Jah tinggal dengan siapa? Dengan anak tunggal Mak Jah, tapi dia sibuk memanjang. Dulu ada orang gaji, tapi dah berhenti sebab dah lama sangat dia kerja dengan Mak Jah, jelas Hajah Khalsum panjang lebar. Wajah ayu bertudung itu dipandang lama. Sejuk hatinya melihat senyuman Maya, pandai Datin Zaiton mendidik anak.

17

Giler Kau?

Maaf, Mak Jah. Maya kena keluar nak jumpa kawan sekejap. Nanti jangan lupa datang rumah Mak Jah, boleh Mak Jah masak sedap-sedap. Balas Hajah Khalsum penuh mesra. Maya mengangguk sambil tersenyum. Ini kalau cerita fasal makan ni, Intan lah manusia paling suka sekali. Memang hobi sahabatnya itu makan, makan dan makan.

18

Dyadila

Bab 3
NTAN baru sahaja selesai menyusun kembali buku-buku ke rak. Hari ini dia dengan senang hati menawarkan diri mengajar matematik kepada penghuni di Yayasan Kasih. Memang rutinnya setiap minggu menghabiskan masa dengan penghuni Yayasan Kasih. Bukan setiap minggu, kalau boleh setiap hari dia ingin berada di sini. Akak ni nak ketawa sampai bila ni? ujar Intan dengan muncungnya sudah panjang sedepa. Hesy, dia ni... kalau dapat ketawa memang tak ingat dunia, nasib baik ingat akhirat. Dia hanya mampu memandang wanita itu ketawa terbahak-bahak. Macamlah aku buat persembahan Maharaja Lawak. Sarah mengangkat tangannya, ketawanya cuba diredakan. Macam manalah boleh jadi macam tu? Kalau akak pun mesti dah lama akak bantai Intan balik. Sarah terus mengusik. Intan ini dari dulu lagi suka sangat salah faham. Suka bertindak ikut hati dia.

19

Giler Kau?

Langkah Intan seiring dengan Sarah menuju ke dapur. Kini Yayasan Kasih sudah ada lebih kurang tiga puluh orang kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga lapan belas tahun. Dan antara mereka menyimpan seribu satu kisah kepahitan hidup. Dengan sejarah itu juga membuatkan hati Intan sentiasa terikat di sini. Intan memasukkan semua barang keperluan yayasan ke dalam peti sejuk yang sederhana besar. Dia masih dihantui rasa bersalah. Kalau boleh putar balik masa, mesti dia sudah tukar balik jalan cerita, tetapi siapa dia hendak buat macam tu? Peristiwa itu diluahkan kepada Sarah. Sarah memang pendengar yang setia pada semua ceritanya. Habis tu tak mintak maaf ke? tanya Sarah dalam sisa tawa. Macam mana nak mintak maaf, dah dia sembur Intan dulu. Lagipun tengok muka dia pun dah menakutkan. Tapi Intan mintak maaflah dengan kakak yang kena ragut tu. Tengok pada gaya macam dia kenal mamat bengis tu, jelas Intan lagi. Ada jodoh tak? Handsome ke mamat bengis Intan tu? tanya Sarah dalam senyuman penuh makna. Suka bila mendengar cerita adik angkatnya itu. Ditambah pula dengan kemahiran bercerita yang Intan miliki memang menarik, langsung tidak tinggal satu scene pun. Intan mencebik. Memang kalau bercerita dengan Sarah ini tidak akan lari daripada topik jodoh dan pertemuan. Kalau sudah mula bercakap topik kegemaran dia tu, memang susah hendak berhenti. Akak nak masak apa hari ni? Intan lari daripada soalan.

20

Dyadila

Hai, tukar topik nampak? Malas nak fikir... baik fikir nak masak apa untuk budak-budak ni lagi bagus. Intan sudah mengangkat plastik berisi lobak dan sawi. Cuba memikirkan menu terbaik. Sarah menggeleng. Faham sangat dengan perangai Intan. Memang akan ceria setiap masa. Dua puluh empat jam tidak akan sunyi kalau ada Intan Azura. Penghuni yayasan akan sentiasa tersenyum apabila adanya Intan malah Intan lebih dekat dengan hati anak-anak Yayasan Kasih. Intan nak masak apa? Soalan dibalas dengan soalan. Emmm... apa kata kita masak mi goreng special dengan sup sayur campur. Intan mengeluarkan cadangan. Amboi! Gaya macam chef terkenal. Mesti menangis chef dekat Malaysia ni kalau dengar menu meletopnya. Emmm... macam sedap tu! Kalau macam tu, hari ni akak serahkan semuanya kepada Intan sebagai chef petang ni, boleh? Lagipun Intan macam tahu-tahu aje Mak Kiah tak ada hari ni. Sarah sudah menanggalkan apron yang tersarung di tubuhnya, lantas diserahkan kepada Intan. Kalau tak sedap macam mana? soal Intan kurang yakin. Rambut ikalnya sudah disanggul tinggi. Arwah ibu selalu ajar kalau masak, kebersihan paling penting. Kalau tak sedap kena terimalah kritikan pedas putera dan puteri yayasan kita ni. Habis kuat pun mereka mogok nak makan benda lain, usik Sarah. Intan tersenyum. Dia tahu Sarah sengaja mengujinya. Mustahil dia tidak faham dengan selera penghuni Yayasan Kasih. Bukan sehari dua dia di sini, malah sudah bertahun dia menghabiskan hari minggunya di sini. Di tempat dia pernah dibesarkan, di tempat dia mengenal erti susah dan senang.

21

Giler Kau?

Si mulut banyak tu mana, kak? Teringat Intan pada Aliff Nazwan, anak tunggal Sarah yang memang suka membebel. Yang paling kecil tetapi yang paling banyak cakap. Emmm... dekat mana lagi kalau bukan dengan abang-abang dia dekat bilik tu. Tadi lagi merengek nak main dengan Abang Hafiz dia. Sarah senang bercerita tentang anaknya. Intan tersenyum. Cekap tangannya memotong sayur sawi di hadapannya. Maya dah lama jugak tak datang sini. Dia sihat? Sarah mengambil beberapa ketul ayam untuk dibuat perencah. Sihat sangat, kak... cuma masalah dia dengan Johan tu tak selesai lagi. Sekarang ni sengaja nak sibukkan diri dengan butik tu, jelas Intan. Jodoh pertemuan semua tu bukan kita yang tentukan. Memang perceraian tu tak digalakkan, tapi kalau itu jalan terbaik, kita kena pasrah. Tapi sekurang-kurangnya Maya tu dah rasa semua tu, awak tu bila lagi nak in love? Hah! Sudah. Kak Sarah kembali ke soalan cepumas. Intan membawa sayur sawi yang sudah siap dipotong ke singki. Dibiarkan soalan Sarah dalam penantian jawapan. Lelaki... cukup payah untuk hadir dalam hidupnya. Dia memang seorang yang berfikiran terbuka, tetapi dia cukup berhati-hati dengan insan bergelar lelaki. Mungkin sejarah lampau mempengaruhinya. Intan memang sekarang in love pun. Pengakuan bersahaja. Sengaja menduga Sarah. Hah? Dengan siapa? Sarah seakan teruja. Cepat wajah itu dicari. Pengakuan berani ni, tak pernah pulak Intan berminat kalau bercakap pasal cinta.

22

Dyadila

Intan tersenyum. Emmm... mana boleh beritahu. Biarlah Rahsia. Sengaja pinjam sekejap tagline Siti Nurhaliza. Eleh, dengan akak pun nak berahsia, ucap Sarah dengan hampa. Intan simpan senyum. Cuba berwajah serius. Keningnya diangkat tinggi. Intan in love dengan Aliff Nazwan. Jawapan Intan mengundang muncung tajam Sarah. Baru sedar kena tipu dengan Intan. Cis! Nanti bolehlah akak jadi mak mentua yang paling bahagia dapat menantu macam Intan, suara Intan lagi dalam tawa. Dah tiba masanya Intan buka hati tu untuk seseorang. Jangan biarkan sejarah lama membuatkan Intan sekat kebahagiaan. Walau apa pun, Intan cuba terima cinta. Kali ini suara itu kembali serius. Intan terdiam. Lawaknya tidak menjadi. Sarah kembali serius. Senyuman Intan masih setia di bibir. Intan selesa dengan keadaan sekarang, kak. Cinta dengan kerjaya, cinta dengan Yayasan Kasih semua tu dah buat hati ni bahagia. Kalau akak tanya Intan, boleh? Sejak bila pulak akak kena mintak izin kalau nak tanya dengan Intan? Tanya ajelah, Kak Sarah, tak payah bayar, free aje. Emmm... lelaki macam mana yang boleh buka hati Intan tu? Intan tersenyum, terasa macam artis bila dengar soalan Kak Sarah. Emmm... perlu ke soalan tu dijawab, kak?

23

Giler Kau?

Perlu. Jawapan pendek yang mengundang ketawa kecil Intan. Wajah mengharap Sarah dipandang sekejap. Intan kembali tersenyum, semangat sangat hendak tahu. Emmm... mungkin hati Intan ni akan terbuka buat lelaki yang sedia berkorban dan menyelamatkan Intan dalam apa pun keadaan... yang cintakan Intan tanpa ada syarat, terima siapa Intan Azura Abdullah Lee seadanya. Simple aje, akak ingat Intan nak anak jutawan ke... nak yang handsome ke... nak yang poket penuh ke, usik Sarah. Duit boleh beli manusia tapi bukan perasaan cinta, kak. Bagi Intan duit tu jatuh nombor tiga. Seperti biasa Intan sedia dengan jawapan bernasnya. Nombor satu dan dua apa? tanya Sarah pelik. Nombor satu, handsome. Nombor dua, bergaya dan nombor tiga, barulah duit, jawab Intan sambil ketawa. Kata-kata Intan mengundang senyuman di bibir Sarah. Hesy, budak ni, orang serius dia boleh main-main pulak. Dalam diam dia mendoakan jodoh terbaik buat insan berhati mulia seperti Intan. Diharapkan Intan akan bertemu dengan lelaki yang layak buatnya. Intan tak pernah kejar kesempurnaan, tapi cukuplah kalau betul cinta bakal Adam Intan tu nanti hanya untuk Intan Azura Abdullah Lee. Jiwang jugak adik akak ni... ingatkan jiwa rock. Susah jugak nak cari lelaki handsome dan bergaya sekarang ni, sambung Sarah. Siap dahi berkerut macam fikirkan masalah negara. Ketawa mereka bersatu. Sarah kagum melihat

24

Dyadila

wanita di hadapannya. Intan suka melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Pandai masak, pandai main gitar dan apa yang lebih penting, pandai mengambil hati anak-anak Yayasan Kasih yang susah didekati. Intan, terima kasih, ucap Sarah, mematikan sisa tawa Intan. Intan mengecilkan matanya. Terima kasih kenapa pulak? Terima kasih sebab sudi tolong akak dekat yayasan ni tanpa bayaran.... Lepas tu banyak pulak Intan berhabis untuk budak-budak ni, layan si kecil akak tu lagi, suara Sarah penuh perasaan. Intan tersenyum. Intan dibesarkan di sini, kak. Sebelum Abang Lutfi ambil alih pun hati Intan memang dekat sini. Dulu Intan risau jugak kalau-kalau yayasan ni terbiar macam tu aje, tapi nasib baik ada insan baik hati macam Kak Sarah dan Abang Lutfi buat Intan rasa budakbudak ni akan selamat. Kalau nak dikirakan jasa akak lebih besar daripada Intan. Intan tak ada keluarga, sinilah keluarga Intan, luah Intan. Terselit sendu di hujung hatinya. Sarah tersenyum. Tangannya menyentuh lembut bahu Intan. Nasib kita sama, Intan. Jadi, kita dah jadi satu keluarga. Lepas ni jangan kata Intan tak ada sesiapa. Walau ke mana pun Intan pergi, Intan tetap ada akak, ada anak-anak yayasan yang sentiasa sayangkan Intan, ujar Sarah dengan yakin. Seyakin kasihnya pada Intan Azura. Intan sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Macam mana rumah baru? Sarah lari daripada mood sedih. Intan tersenyum. Bestlah kak, maklumlah dari

25

Giler Kau?

rumah kecil ke rumah banglo mewah. Tapi best lagi dekat sini. Kenapalah Maya tak tinggal dekat rumah tu dari dulu, kan senang tak payah bayar sewa. Maya tu manalah suka sangat menumpang harta papa dia. Dia, kan suka buat semua benda atas usaha sendiri. Jelas Intan. Faham sangat apa yang ada dalam hati temannya itu. Bukan sehari dua dia kenal Maya, malah sejak minggu pertama di kampus lagi. Lima tahun sudah cukup buat dia faham sikap bersederhana Maya Kirana.

26

Dyadila

Bab 4
ELUM pun sampai tiga puluh minit Maya meninggalkan butik, Intan mengemas beg tangannya. Dia sempat juga menyiapkan akaun untuk jumlah invois hari ini. Fail disusun semula di tempat biasa. Beberapa pesanan tadi telah diselesaikan. Dia cukup puas hati. Namun yang menjadi masalah, perutnya masih bergolak hebat. Dari pagi tadi buat hal. Adoi! Nak ke mana tu, Kak Intan? tanya Rohani hairan. Intan berpaling ke arah pembantunya. Dia sempat menarik beg tangan yang elok terletak di kaunter. Emergency kes, tak boleh tunggu lagi. Tak sempat nak guna talian hayat. Balik rumah, tak tahan!!! jerit Intan tanpa sempat memandang ke arah pembantunya. Rohani tersenyum, sempat melambaikan tangan ke arah Intan yang sudah melangkah laju. Sampai di pintu pagar rumah, Intan tergesa-gesa mencari kunci rumah di seluruh pelosok beg. Alamak! Kunci dekat Maya. Inilah orang kata, padanlah muka kalau suka

27

Giler Kau?

buat keputusan tidak berfikir. Langsung tidak rancang perjalanan. Ya Allah, kenapalah cuai sangat Intan Azura Abdullah Lee ni. Krettt... krettt! Adoi! Datang balik dah. Intan menggosok perutnya. Wahai perut, tolonglah bersabar. Signal menandakan dia bakal mengunjungi tandas buat kali kedua puluh. Rasa macam sudah tidak ada apa lagi yang tinggal untuk dikeluarkan. Intan menoleh ke kiri dan ke kanan, baru seminggu mereka berpindah ke sini. Kawasan perumahan elit, boleh ke nak tumpang tandas? Soalnya dalam hati. Dia melangkah duduk di taman yang terletak di penjuru kiri. Taman yang masih perlukan banyak pengubahsuaian. Cuba bertenang. Takkan nak ganggu Maya pulak? Terfikir saat ini mungkin Maya sedang berbincang dengan Datin Ann. Tapi kenapalah perut ni tak faham-faham? Duduknya kembali tidak tenang... sekejap ke kiri, sekejap dia ke kanan. Helo... sapa satu suara dengan perlahan. Helo... balas Intan pada orang yang menegurnya. Senyuman cuba diukir dalam keadaan yang cukup payah. Mungkin ini jirannya. Dipandang wajah wanita lewat lima puluhan yang berdiri di tepi pagar. Pemisah antara rumahnya dengan rumah sebelah. Kenapa duduk sini? Tunggu Maya ke? tanya wanita itu ramah. Senyuman memang setia di wajah itu. Wajah gadis Cina yang memakai T-shirt biru itu dipandang lama. Comelnya budak ni. Intan mengangguk perlahan. Tangan masih di perut, menahan sakit yang semakin mencucuk. Mak cik tolonglah jangan tanya banyak-banyak dalam kesempitan ni.

28

Dyadila

Dia sempat berdoa agar wanita di hadapannya itu memahami kesakitan yang sedang dia rasai. Anak ni siapa? Saya Intan Azura... kawan Maya. Saya tinggal di rumah ni juga, mak cik. Jawapan ringkas lagi padat. Nama mak cik Hajah Khalsum, panggil Mak Jah. Kenapa muka pucat ni? Suara itu penuh sifat keibuan. Intan tersenyum, serba salah hendak berterus terang. Akhirnya dia membuat keputusan. Mak Jah, sebenarnya... emmm, sebenarnya.... Adoi, tiba-tiba jadi gagap. Kenapa ni? Sebenarnya apa? Jangan malu-malulah dengan Mak Jah. Intan tersenyum lagi sambil menarik nafas dalamdalam. Jirannya memang jelas cepat mesra. Sebenarnya Intan sakit perut, tapi kunci rumah tertinggal dekat butik. Boleh Intan tumpang bilik air? Soal Intan perlahan. Malu. Nak tumpang bilik air sampai macam tu sekali malu? Dah, mari Intan... buat macam rumah sendiri. Lagipun rumah ni bukan ada sesiapa pun. Mak Jah sorang hari ni. Dengan izin Hajah Khalsum, Intan berlari masuk ke dalam rumah jirannya dan destinasi pertama adalah tandas.

NOMBOR Maya didail laju. Maya, balik pukul berapa ni? Aku lupa bawa kunci la, ujar Intan sebaik sahaja panggilannya bersambut. Suara

29

Giler Kau?

diperlahankan di hujung talian. Tidak mahu mengganggu tuan rumah. Hesy, kau ni, kali kedua belas hilang kunci ni. Lambat lagi kut. Ramai pulak dekat butik ni, takkan nak biar Si Ani ni layan. Buatnya angin dia datang nanti, habis dia halau semua pelanggan kita ni. Ketawa Maya di hujung talian. Propa betullah Maya ni, dua belas kali konon! Rasanya baru dua kali dia hilangkan kunci rumah. Intan ketawa kecil. Memang Rohani terkenal dengan angin pusing peningnya. Kalau tidak kena tempat, tiba-tiba dia akan bertindak di luar kawalan. Tetapi selalunya tidaklah sampai membahayakan orang sekeliling. Mungkin itu cara gadis itu melepaskan tekanan. Hesy, macam-macam jenis manusia ni. Tak apalah, aku lepak rumah Mak Jah dululah. Boleh berkenalan dengan jiran baru, putus Intan membuat keputusan. Talian dimatikan. Intan menganalisis keadaan rumah jirannya. Sentuhan Inggeris dan tradisional membuatkan rumah jirannya terasa cukup damai. Apa yang menarik perhatiannya, taman kecil di sudut kiri rumah, terletak cantik ukiran kayu yang dihiasi oleh terjunan air. Memang menarik. Cantik rumah Mak Jah, pujinya apabila menyedari wanita itu mendekatinya sambil menatang dulang berisi minuman petang di tangan. Eh, apa susah-susah ni Mak Jah? Intan cuma nak tumpang tandas, bukan nak minum. Apa nak susahnya... dah alang-alang datang, takkan tak sudi nak minum. Lagipun rezeki Intan, Mak Jah ada buat karipap pusing inti daging. Makanlah, jangan malu-malu. Intan sempat menangkap hidangan minum petang yang tersedia di atas meja. Aroma karipap memang menarik

30

Dyadila

seleranya. Tidak mungkin dia menolak rezeki. Intan Azura, siapa tidak kenal? Kalau bab makan memang nombor satu. Intan memang suka karipap ni. Memang tak sia-sia Intan sakit perut hari ni, lagipun mujarab betul ubat Mak Jah bagi tadi... dah tak sakit dah, ucap Intan penuh yakin. Dah, jangan nak malu-malu dengan Mak Jah. Rasalah karipap tu, Mak Jah buat sendiri tu. Intan teruja. Tanpa banyak soal, tangannya laju mengangkat sebiji karipap dan terus dimasukkan ke dalam mulut. Alamak, sedapnya! Lepas satu, dua... lepas dua, tiga... tidak sedar aksinya menjadi perhatian Hajah Khalsum. Alamak! Maaf Mak Jah, Intan ni kalau dah makan memang tak ingat dunia. Nasib baik ingat akhirat. Ketawa Hajah Khalsum dan Intan bersatu. Tadi masa mula-mula nampak Intan, Mak Jah ingat Intan ni Cina... itu yang takut nak tegur. Dah tua-tua ni berhelo-helo.... Intan tersenyum. Hajah Khalsum bukanlah orang pertama yang salah faham, tetapi dia tidak kisah pun sebab sudah biasa. Memang darah bangsa Cina mengalir dalam tubuhnya. Arwah ayah Intan memang Cina, muka ikut ayah, tapi yang lain semua ikut ibu... sebab ayah masuk Islam lepas jumpa ibu. Intan ni budak Cina yang hantu sambal belacan tau, Mak Jah. Kalau tak ada sambal belacan alamat tak sedaplah makan. Bangga Intan menceritakan kisahnya. Patutlah putih melepak. Intan duduk dulu, Mak Jah nak siapkan makan malam. Kalau nak tidur pun tak apa, lagipun Intan bukan sihat sangat tu. Intan mengangguk setuju. Memang baik betullah

31

Giler Kau?

Hajah Khalsum ni. Kesan ubat yang dimakan tadi sudah terasa. Kelopak matanya terasa berat. Semakin berat dan akhirnya bersatu. Dia lena tersandar di sofa. Dalam tidur-tidur ayam, Intan terlihat ada bayang yang sedang terbongkok-bongkok membuka laci rumah Mak Jah. Intan segera bangun. Pencuri! Pencuri! Pencuri! Intan meloncat turun dari sofa. Beg tangannya dilayangkan ke kepala lelaki penceroboh itu. Berani betul mencuri di rumah orang siangsiang hari ni. Eh, apa ni? Siapa kau ni?! suara garau lelaki itu sedikit menjerit. Tangan menutup muka, cuba menghalang pukulan bertubi-tubi tanpa soal siasat. Awak tu siapa? Apa yang awak cari dekat situ? Nak mencuri ek? soal Intan lagi. Buk! Sempat lagi beg tangan Polo versi pasar malam singgah di kepala lelaki itu. Confirm sakit. Eh, gila ke?! jerit Shahrul kuat. Kali ini beg tangan Intan disentap kuat membuatkan Intan terjatuh. Siapa gila? tanya Intan geram. Hilang terus rasa mengantuknya. Wajah lelaki di hadapannya dipandang geram. Kurang asam betullah pencuri ni! Suka hati tolak aku, nasib baik jatuh atas sofa. Hajah Khalsum berlari keluar dari dapur apabila mendengar suara Intan yang menjerit-jerit memanggil namanya. Terburu-buru dia mendapatkan tetamunya. Sakit perut lagi ke budak ni? Kenapa Intan? Pencuri, Mak Jah... cepat call polis! ujar Intan dengan termengah-mengah. Masih memasang kekuda, bersedia menerima serangan. Ewahhh, macam hebat aje!

32

Dyadila

Setakat tali pinggang beli dekat pasar malam tak payah nak berani sangat, Cik Intan. Pencuri? Mana dia pencuri? Mata Hajah Khalsum melilau mencari kelibat pencuri yang dimaksudkan oleh Intan. Ni, Mak Jah. Intan menghalakan jari telunjuknya ke arah lelaki itu. Gerakan Hajah Khalsum terhenti. Wajah masam mencuka lelaki di hadapannya dipandang lama. Sempat dia mengucap dalam hati. Senyuman yang ditahan akhirnya membuahkan ketawa besar. Shahrul meneliti wajah di hadapannya. Macam pernah tengok, tapi dekat mana ek? Kau lagi? ujar lelaki itu kuat. Hanya saat ini dia dapat mengenal pasti manusia yang memukulnya tadi. Intan cuba meneliti wajah di hadapannya. Alamak! Macam kenal, ek? Hah, mamat bengis?! Matilah! Intan... ini Syed Shahrul Iskandar, anak tunggal Mak Jah... bukan pencuri. Takkan muka handsome-handsome macam ni nak jadi pencuri. Hajah Khalsum ketawa lagi. Sempat puji anak sendiri. Intan terdiam. Terasa semua darah berkumpul di mukanya. Tiba-tiba dia hilang kata-kata. Wajah lelaki di hadapannya langsung tidak sanggup dipandang. Ya Allah, malunya! Lelaki itu jelas kelihatan bengang. Dia melakukan kesilapan untuk kali kedua dengan orang yang sama. Adoyaiii.... Mak Jah, Intan balik dulu. Terima kasih atas segala-galanya. Tanpa menunggu lama, langkah kaki diatur laju menuju ke arah pintu. Terasa apa yang dilakukan serba tak kena.

33

Giler Kau?

Mak Jah hanya tersenyum dan menggeleng perlahan. Wajah Shahrul masih serius melihat aksi wanita yang tidak dikenalinya itu. Apa perempuan tu buat dekat sini, mak? soal Shahrul tidak puas hati. Tangannya menggosok perlahan kepala yang dihentak dengan beg. Tak pasal-pasal jadi mangsa. Memang nak kena perempuan ni. Jiran baru kita. Nama dia Intan Azura, bujang... belum kahwin. Kenapa, Shah kenal dia ke? Mak tengok macam kenal aje. Sengaja perkataan bujang itu ditekankan. Shahrul mencebik. Tak kenallah. Dia buat apa dekat sini? Suka hati kata orang pencuri. Tak mintak maaf pulak tu, marah Shahrul masih bersisa. Dia tumpang tandas tadi, lepas tu tertidur dekat sofa tu. Takkan Shah tak perasan tadi? Tanya Hajah Khalsum pelik. Takkan anaknya tidak perasan? Mana perasan! Tadi Shah balik terus naik atas. Nasib baik dia tak tikam Shah dengan pisau. Adoi, sakitnya! Tangan menggosok kepalanya perlahan. Kuat jugak perempuan ni. Hajah Khalsum mencebik. Wajah anaknya yang berkerut seakan menahan sakit dipandang tanpa perasaan. Saja nak mengada-adalah tu. Pukul dengan beg tangan, bukannya dengan besi! Padan muka! Lain kali kalau masuk rumah bagi salam, ini main masuk aje. Aik, masuk rumah sendiri pun kena bagi salam? Sejak bila? Shahrul bertanya hairan. Hajah Khalsum hanya tersenyum. Sengaja memberi peringatan kepada anak tunggalnya.

34

Dyadila

Bau apa yang hangit ni mak? Shahrul berwajah serius. Ya Allah! Ikan aku hangus! Laju langkah kakinya menuju ke dapur meninggalkan Shahrul. Shahrul tersenyum, sengaja mengusik maknya walaupun hakikatnya tidak ada pun yang hangit.

DATIN MAZNAH tersenyum lebar. Berita yang disampaikan oleh anak lelakinya semalam benar-benar membuatkan dia teruja. Sudah berkira-kira apa yang akan dibuat untuk menyambut kepulangan anak kesayangannya itu. Bertahun dia menunggu keputusan Lokman untuk pulang ke Malaysia. Entah apa yang seronok sangat duduk di negara orang putih itu pun dia tidak tahu. Saya nak majlis diadakan besar-besaran bila angah balik nanti, biar semua mata terbuka. Anak kita baru balik belajar dari luar negara. Biar semua orang tahu, ujar Datin Maznah penuh yakin. Syamira mencebik. Memang overlah mama ni. Angah ni pun satu, kata nak balik tapi ini kali kedua belas tak jugak nampak batang hidung. Jangan kata batang hidung, bayang pun tak nampak. Hesy... awak ni, kan Lokman dah cakap yang dia tak nak apa-apa jamuan? Dia tak nak dilayan macam budakbudak lagi, Datin Maznah oi! Anak awak tu dah dua puluh lapan tahun, dah tua. Dato Hashim melipat semula akhbar lalu diletakkan di atas meja. Entah mama ni! Lagipun angah tu bukan tahu nak balik bila. Entah-entah dia buat perangai macam dulu. Siapa

35

Giler Kau?

yang malu? Mama jugak yang malu. Syamira menyampuk. Faham sangat perangai mamanya. Mama dah beritahu semua kawan mama yang anak kesayangan mama tu akan balik Selasa ni. Mama tak kira, apa pun terjadi mama akan pastikan yang Lokman Hakeem Dato Hashim akan balik Selasa ni. Datin Maznah membuat keputusan. Syamira menggeleng. Siapa tidak kenal Datin Maznah? Kalau sudah mula bercakap maknanya semua yang keluar daripada mulut dia adalah arahan. Siapa yang lawan cakap dia maka melanggar arahan. Kalah sistem tentera. Mama nak buat majlis macam mana? Syamira sengaja memancing minat mamanya. Kalau bab bodek memang serahkan sahaja kepada Latisha Syamira. Emmm, mama nak buat ala-ala mewah. Pastikan tetamu kita semua mengikut tema. Mama nak Syamira tolong mama nanti, ya sayang? Datin Maznah gembira memasang angan-angan. Syamira mengangguk laju tanda setuju. Mestilah... Mira, kan pembantu terbaik mama. Tapi kan mama, nak buat semua tu Syamira kena mintak tolong ramai orang... so, I need some money. Kalau membodek mama, memang pandai, kan Latisha Syamira, perli Datin Maznah. Syamira tersenyum. Dari mama habiskan duit mama ke spa ke... salun, baik mama bagi dekat Syamira sikit, kan? Datin Maznah mencebik. Faham sangat perangai anak perempuannya itu. Memang dia tidak pernah berkira dengan anak-anak, tetapi dia cukup tidak suka anaknya melawan cakap. Memang pantang keturunannya. Tetapi Lutfi sudah melanggar sumpah keturunannya itu.

36

Dyadila

Kalau nak duit, mintak dekat papa, balas Datin Maznah pendek, lalu melangkah pergi meninggalkan anak dan suaminya. Aik, papa pulak yang kena. Dato Hashim akhirnya bersuara. Syamira tersenyum. Sempat menjeling manja papanya, menayangkan gigi putih bersihnya. Papa rasa perangai angah dah berubah ke? Atau sama macam dulu lagi? Soal duit dilupakan. Sebenarnya Syamira sengaja mengusik Datin Maznah tadi. Dato Hashim tersenyum mendengar soalan anak gadisnya. Boleh berubahkah anak lelakinya itu? Lokman... perangai copy paste sama macam dia masa muda. Kaki perempuan. Dato Hashim ketawa kecil. Entahlah Syamira. Tapi kalau dia tak berubah jugak, terpaksalah papa kahwin lain. Kenapa pulak abang yang kahwin lain? sampuk Datin Maznah yang tiba-tiba muncul dari dapur. Jelas memang pasang telinga. Panas juga telinganya bila dengar perkataan kahwin lain ini. Yalah, nak dapat anak lelaki yang betul-betul mampu jaga syarikat keluarga kita, jadi abang kena kahwin lainlah, giat Dato Hashim lagi, mengusik. Apa abang cakap? Cuba ulang sekali lagi. Saya tak dengar! Kubur pun dah call, masih tak sedar diri lagi? jerit Datin Maznah kuat. Geram mendengar ayat yang keluar daripada mulut suaminya. Abang jangan sesekali berangan nak cari isteri lagi satu, langkah mayat saya dulu. Itulah papa... terlajak perahu bolehlah jugak tariktarik bagi undur, kalau dah terlajak buat ayat, kan papa jugak yang kena marah. Senyum Syamira bertukar tawa.

37

Giler Kau?

Alah, mama Mira tu kalau marah mesti dia marahmarah sayang, ujar Dato Hashim lantas tersengih. Sayang, sayang jugak, Dato Hashim... awak jangan lupa jemput kawan-kawan awak. Saya akan pastikan majlis kali ini adalah majlis yang tak akan dilupakan oleh semua orang, ucap DatinMaznah. Ohhh! Mama masih tak habis lagi bercerita pasal majlis. Syamira kembali duduk di sebelah papanya. Baik bos! Kata-kata Dato Hashim mengundang ketawa kecil Datin Maznah dan Syamira. Tak sabar nak tunggu angah balik. Lepas ni adalah geng Mira nak makan angin, ujar Syamira teruja. Mama harap angah tak buat hal lagi lepas ni. Terlepas juga keluhan Datin Maznah. Dato Hashim tersenyum sinis. Bertuahlah kalau tidak jadi hal yang bukan-bukan. Faham sangat gimik anaknya itu. Mama jangan risau, Syamira akan pastikan kali ni angah betul-betul balik... bukan macam tahun-tahun lepas. Syamira membuat janji yang tidak pasti, sengaja menyedapkan hati mamanya. Syamira jangan lupa jemput kak long sekali dengan cucu papa yang comel, Si Aliff, suara Dato Hashim. Datin Maznah terdiam. Wajahnya kembali mencuka apabila mendengar nama itu. Rasa bencinya kembali beraja dalam hati. Abang ni suka sangat sakitkan hati saya. Tengah seronok-seronok ni yang pergi sebut nama perempuan tu buat apa? Datin Maznah oi... walau apa pun yang terjadi, dia tetap menantu dan Aliff tu cucu kita, jawab Dato Hashim.

38

Dyadila

Menantu dan cucu abang, bukan menantu saya. Sebab dia, saya kehilangan anak saya. Sampai mati saya tak akan maafkan dia! Datin Maznah berdengus geram. Dia bangun daripada duduknya, terus berlalu meninggalkan suami dan anaknya. Kali ini dia terus masuk ke dalam bilik. Setiap kali nama Lutfi terlintas di bibirnya, setiap kali juga hatinya akan sakit. Bilalah mama akan terima kak long. Kesian dengan Aliff, kan papa? Tak apalah, Syamira. Apa pun papa takkan biarkan cucu dan menantu papa hidup susah, tegas Dato Hashim. Itu janjinya kepada arwah Lutfi Hafizi. Aliff sekarang dah pandai membaca. Kalau papa ada masa, pergilah tengok dia. Mesti dia suka atuk dia datang tengok. Bisik Syamira. Bimbang kalau-kalau suaranya didengari oleh Datin Maznah. Papa memang dah rindukan dia.... Syamira tersenyum. Wajah nakal papa mengingatkan dia kepada along. Terasa masa terlalu pantas berlalu. Rasanya baru semalam along meninggalkan mereka. Lutfi Hafizi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Mama memang tidak pernah setuju dengan perkahwinan along dengan kak long. Pemergian along membuatkan mama bertambah bencikan kak long. Dia pun tidak faham dengan sikap mamanya.

39

Giler Kau?

Bab 5
HAHRUL melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Tersenyum melihat Hajah Khalsum yang asyik dengan drama samarindanya. Mana tidaknya kalau sudah pelakon kegemarannya, Aqasha ada. Entah apalah yang menarik sangat sampai setiap malam tidak pernah pun maknya terlepas menonton drama bersiri itu. Hai, anak mak ni dah handsome dengan wangiwangi ni nak ke mana? sapa Hajah Khalsum. Matanya masih tekun di televisyen. Langkah Shahrul terhenti, dia kembali semula ke sofa. Duduk di sebelah Hajah Khalsum. Tangan tua itu dicium lama. Sengaja sebenarnya hendak menguji siapa lebih penting, Aqasha hero Malaya itu atau Syed Shahrul Iskandar, anak kesayangan dia ni. Jawapannya sudah sedia pasti. Hai, ingatkan tak perasan tadi Shah nak keluar. Mata tak berkelip tengok hero pujaan ramai tu. Sekilas matanya memandang ke skrin televisyen. Hai... apa sangatlah yang ada pada pelakon ni, muka biasa aje. Sempat Shahrul menganalisis.

40

Dyadila

Dalam rumah ni hanya ada mak dengan Shah aje... kalau bukan Shah, siapa lagi yang bau wangi malam-malam ni? Malam ni Shah ada janji dengan Uncle Hamzah. Shah sepatutnya jumpa dia petang tadi tapi tak sempat, tu yang bawa ke malam ni. Shah kan tahu mak tak suka kalau setiap saat asyik fikirkan Mega Holding tu. Sesekali fikir jugak pasal diri sendiri. Shahrul tersenyum. Tangan mak kesayangannya digenggam lama. Sudah tahu makna di sebalik ayat yang keluar daripada mulut maknya. Mega Holding tu pun sebahagian daripada diri Shah, mak. Tu mak tahulah... tapi kalau setiap masa fikir pasal kerja, alamatnya lambat lagilah mak nak dapat cucu. Jangan katakan cucu, bayang menantu pun entah tahun bila dapat tengok. Walaupun sudah naik berbuih mulutnya membebel, tetapi ayat yang sama tetap akan keluar. Dia mahu anaknya faham apa yang bermain dalam fikirannya sekarang. Mak ajelah yang carikan untuk Shah. Wajah Hajah Khalsum terus ceria dengan senyum sampai ke telinga. Wajah kacak Shahrul dipandang lama. Betul ke Shah nak mak tolong carikan? Soalan yang sama diulang lagi. Malam ini buat pertama kali kenyataan itu keluar daripada mulut Shahrul. Shahrul menggeleng perlahan. Hajah Khalsum ini memang pantang kalau bagi lampu hijau, mesti senyum sampai ke telinga. Bukan dia tidak tahu, sudah berbaris calon pilihan maknya itu. Cuma tunggu masa dia kata ya atau yes.

41

Giler Kau?

Kenapalah suka sangat mainkan perasaan mak.... Kali ini suara itu kembali sayu. Shahrul berpaling, memandang tepat ke wajah satu-satunya wanita yang ada dalam hatinya. Maafkan Shah, mak. Shah tak ada niat nak kecilkan hati mak, tapi mak pun faham hati Shah ni cukup susah nak faham... degil sangat. Kadang-kadang Shah pun tak faham kenapa. Kalau cakap pasal kahwin ada saja alasannya.... Ni keluar dengan siapa lagi? Hajah Khalsum mengubah topik. Tidak mahu membawa anaknya kembali ke sejarah lama. Uncle Hamzah dan mungkin ada Zaireen sekali. Dahi Hajah Khalsum berkerut. Zaireen? Kenapa nama itu tersenarai sekali? Zaireen memang anak kawan baik arwah suaminya, tetapi tidak tahulah kenapa nama itu tidak pernah masuk dalam senarai menantu pilihan. Zaireen dengan Najihah memang banyak beza, walaupun dari darah yang sama. Shah ada apa-apa ke dengan Zaireen tu? Kenapa mak cakap macam tu? Zaireen tukan adik Najihah, anak Uncle Hamzah. Memang dia patut ada pun sebab dia sekarang, kan Timbalan Pengarah Urusan Maju Holding.... Lega. Hajah Khalsum kembali tersenyum. Hai, bukan ke Si Reen tu model terkenal, sejak bila pulak dia jadi timbalan pengarah urusan? Tu Shah tak pasti, tapi sedar-sedar memang dia dah jadi timbalan pengarah. Mungkin Uncle Hamzah nak dia belajar. Walaupun Reen tu macam tu, tapi dia bijak jugak untuk uruskan projek, cuma kadang-kadang banyak sangat main, cerita Shahrul lagi. Bukan apa, mak tengok dia macam asyik berkepit aje dengan Shah. Di mana ada Shah, mesti dia ada sekali.

42

Dyadila

Shah bukan tak tahu apa perasaan dia dengan Shah tu.... Mak takut dia lagi berharap. Shahrul tersenyum sinis mendengar tekaan maknya. Memang sudah beberapa kali Zaireen mengutarakan soal perasaan dan setiap kali itu juga dia mengambil langkah melarikan diri. Cintanya pasti bukan untuk Zaireen Amalina, sayangnya pada Zaireen tidak lebih daripada kasih seorang abang kepada adiknya. Macam mana kalau Zaireen Amalina yang jadi bakal menantu mak? soal Shahrul dengan serius. Sengaja menguji maknya. Mak tak kisah siapa pun yang Shah pilih, tapi kalau boleh biarlah yang jadi pilihan Shah adalah wanita yang baik, bukan aje jadi menantu mak, tapi jadi ibu yang baik untuk anak-anak Shah nanti. Shah faham, mak jangan risau. Shah dah lambat ni. Dahlah, jangan tengok sangat cerita Melayu ni, banyak mainkan perasaan aje, usik Shahrul. Shah pergi dulu, ek. Sempat Shahrul mencuit pinggang maknya. Hesy, pergilah sekarang, jangan dulu! Eh, pergi... ada aku kisah Aqasha ni? Hesy.... Latah Hajah Khalsum. Budak ni suka sangat mengusik. Kalau mak ada lemah jantung, padam mak ni baru padan muka! Hahhh... mak jangan rapat sangat dengan budak sebelah tu. Shahrul sempat memberi pesanan. Kenapa pulak? Tiada jawapan daripada Shahrul. Anak tunggal kesayangannya itu pergi tanpa rasa bersalah. Hajah Khalsum mencebik, pandai pula hendak mengajar orang tua. Kita

43

Giler Kau?

nasihatkan dia, dia bahasakan kita balik. Mata tuanya lebih tahu menilai yang mana kaca, yang mana permata.

WAJAH Datin Maznah sudah merah padam. Geram betul dia dengan perangai anak lelakinya yang seorang ini. Kalau ikutkan hati, sudah lama dia terbalikkan kek dua tingkat ini ke muka perempuan di sebelah Lokman. Mama, kenalkan ini Nana.... Kami berkawan sejak dari US lagi, bisik Lokman perlahan. Mata-mata yang memandang tepat ke arah mereka sedikit pun tidak dihiraukan. Terkejut juga dia bila melihat mahligai indah milik Dato Hashim penuh dengan tetamu. Nasib baik jumpa senjata hebat. Angah sengaja, kan? tanya Syamira sebaik sahaja mereka berada jauh dari telinga Datin Maznah. Lokman hanya tersenyum. Memang adiknya itu bijak mengesan apa yang ada dalam fikirannya. Memang hanya Syamira sahaja yang banyak menjadi penyimpan mohor besarnya. Kan angah dah kata... no party. Berjuta kali angah beritahu mama, yang tak perlu semua ni. Kenapalah mama buat jugak? Kan dah jumpa bakal menantu, ucap Lokman dalam senyuman sinis. Bukan hendak kenakan mamanya, tetapi sengaja hendak beri peringatan. Emmm... kalaulah mama tu boleh dengar cakap kita, mesti semua ni takkan terjadi. Jangankan cakap Mira dengan angah, kalau papa yang bersuara pun belum tentu boleh lawan mama. Satu kenyataan keluar daripada mulut Syamira.

44

Dyadila

Lokman terdiam. Memang dia mengakui semua kata-kata Syamira. Tetapi dia ada cara tersendiri untuk melawan kata-kata mamanya dalam diam. Dan hasilnya, sekarang Nana ada di sebelahnya. Mesti mama bengang. Dari tadi mama langsung tidak bercakap dengannya. Kalau you lapar pergilah makan. Sekejap lagi I hantar you balik, bisik Lokman perlahan pada si pelakon tambahannya. Nana hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. Lokman sempat tersenyum melihat baju kurung biru yang membalut tubuh wanita di sisinya. Hebat betul lakonan Nana. Tidak pernah pun mata hitamnya melihat Nana memakai baju yang sempurna, tetapi malam ini demi dirinya, semuanya bertukar tradisi. Dari skirt pendek terus berbaju kurung. Dah? Jom I hantar balik, ujar Lokman sebaik sahaja merapati Nana. Dua tahun berkenalan konon, padahal baru sahaja dia tangkap Nana di KLIA. Kalaulah mama tahu, mampus! Alaaa... Man, party baru nak mula takkan nak hantar I balik kut? bisiknya manja. Bukan party aje baru nak mula... tapi bom pun dah nak meletup. Lebih baik ambil langkah keselamatan. Lokman merakamkan amaran. Jelingan maut mamanya cukup jelas menikam wajah dia dan Nana. Fuh! Menakutkan juga Datin Maznah ni. Hah? Apa you cakap ni... I tak faham. Dahi Nana dah berkerut. Lebih baik you tak faham. Kalau you faham nanti, jadi cerita lain pulak, bisik Lokman lagi.

45

Giler Kau?

Dari jauh ada mata yang asyik memandang tajam. Manalah anak you kutip budak tu. Kalau I tahu Lokman punya taste macam tu, dah lama I suruh anak I datang pakai baju kurung tadi, sindir Datin Noraini. Betul tu, Datin Maznah. You takkan tak tahu yang you akan dapat menantu beriman macam tu? Dah macam datang majlis doa selamat aje. Giliran Datin Aida pula menyampuk. Datin Maznah menggigit bibir. Sindiran kawankawannya cukup menyakitkan telinga. Dari jauh dia masih mengawasi langkah anaknya. Sengaja menghadiahkan jelingan tajam. Kalau boleh menikam wajah wanita yang di sebelah Lokman. Perempuan tak sedar diri!!! Alaaa, itu kawan dia aje.... I kenal anak I, dia tak akan ambil perempuan macam tu, apa kelas? You all percayalah, I yakin anak I saja nak main-main aje dengan budak tu, suara Datin Maznah dengan yakin. Dan cuba meyakinkan pendengar-pendengarnya. Main-main tak apa Datin, jangan nanti jadi menantu you sudah! Masa tu I kena datang rumah you pakai tudung labuhlah, sakat Datin Aida. Mereka ketawa lagi. Datin Maznah menyimpan rasa. Menggelegak rasa marahnya. Terasa hendak ditampar sahaja pipi anak kesayangannya itu. Memang memalukan. Datin Maznah melangkah menuju ke arah suaminya dengan muka yang tegang. Kenapa dengan awak ni? tanya Dato Hashim, pura-pura tidak faham. Kenapa abang tanya? Tu tengoklah anak awak tu,

46

Dyadila

memang suka nak buat sakit hati saya. Baik abang suruh budak tu berhambus kalau tak nak tengok saya mengamuk dekat sini, ugut Datin Maznah. Dia pasti ugutannya menjadi bila melihat perubahan di wajah suaminya. Kenapa pulak sampai nak halau-halau orang ni? Saya tengok baik aje budak tu... sopan, lemah lembut, apa lagi yang awak tak puas hati? Dato Hashim cuba menenangkan keadaan. Awak jangan percaya perempuan plastik macam tu! Saya tahu spesies orang kampung macam tu cuma nakkan harta kita. Kenapalah awak tak boleh nampak semua tu? Kalau awak degil jugak, awak buat sendiri. Malas nak layan awak ni, dengan anak sendiri pun nak cari pasal. Lepas ni buatnya budak tu balik ke London tu semula, baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah. Giliran Dato Hashim memasang umpan. Sebolehnya dia tidak mahu ada kekecohan. Datin Maznah laju mendekati anaknya yang sedang berbual mesra dengan perempuan entah datang dari mana itu. Rasa geram dalam hatinya masih belum padam. Kalau ikutkan hati, memang direbus sahaja budak ini sampai lembik. Amboiii, mesranya! sindir Datin Maznah dengan nada yang tegas. Lokman melepaskan pegangan tangan Nana. Jelas mata mamanya menikam tepat ke arahnya. Signal api kemarahan menyala-nyala atas kepala mamanya. Kalau call bomba pun belum tentu dia boleh selamat. Hebat party Datin.... Kalau saya tahu nak sambut kepulangan Lokman macam ni, saya akan datang tolong. Nana berbicara manja. Masih tidak dapat menghidu suasana tegang yang berlaku antara dua beranak itu.

47

Giler Kau?

Saya tak perlukan pertolongan perempuan kelas rendah macam awak.

daripada

Nana terdiam. Kata-kata sinis Datin Maznah betulbetul menyakitkan hatinya. Maksud Datin? Sudahlah mama, jangan nak buat malu papa dekat sini. Lagipun ramai tu kawan mama, nanti mama jugak yang malu. Lokman meredakan keadaan. Datin Maznah kembali dengan senyum sinisnya. Tanpa kata dia melangkah meninggalkan Lokman dan Nana. Dalam hati mengutuk hebat perempuan berlagak yang bersama anaknya itu. Kenapa mama you kata I macam tu? suara Nana dengan sayu sebaik sahaja mereka sudah berada dalam kereta. Lokman menggaru kepalanya beberapa kali walaupun tidak gatal. Dari mula masuk ke dalam kereta tadi sehinggalah kini, Nana asyik menangis seperti anak kecil. I tahu you terasa hati dengan mama I. Tapi tak payahlah nak over emo sampai macam ni. Habis banjir kereta I nanti, ucap Lokman dalam geram. Hesy, makan penampar jugak budak ni kang! Mengada-ada pulak! Tapi you tak tahu betapa sedihnya I. Suka-suka hati mama you cakap I perempuan murah, suara Nana tidak puas hati. Nasib baik kau bukan mak mentua aku, Datin Maznah. Kalau tak, dah lama kena simbah dengan air cili. Biar panas satu badan. Tapi memang you murah pun, kan? Yang you nak menangis tu kenapa? I memang upah you untuk berlakon saja, jadi tak timbul soal sakit hati ke makan hati. Kali ini suara Lokman sedikit tegas.

48

Dyadila

Tapi... Tapi kalau you tak keluar dari kereta I sekarang ni, I tak teragak-agak untuk menarik balik baki lima ribu yang sepatutnya masuk ke dalam akaun you! ugut Lokman dalam senyuman. Sepanjang jalan asyik membebel, memang merimaskan. Macam ni ke nak jadi isteri aku? Sorry la. Okey... okey... nak berlakon lebih sikit pun tak boleh. Apa pun jangan lupa nanti masukkan, ek. Sayang you, bye, bisik Nana dengan lembut. Sengaja dia mengusap perlahan pipi lelaki itu. Huh! Lokman memang nampak senang didekati tetapi cukup susah untuk masuk perangkap. Lelaki itu lebih kepada ingin suka-suka. Tetapi tidak kisahlah, janji dapat habuan hebat. Belum pun sempat enjin kereta dihidupkan, Blackberrynya menjerit-jerit minta diangkat. Wajah Syamira tersenyum di skrin membuatkan dia tahu siapa yang membuat panggilan. Helo... angah, lebih baik angah balik sekarang. Rasanya gempa bumi akan berlaku sebab gunung berapi dekat rumah kita ni dah mula muntahkan lava dia... nak meletup, ujar Syamira dengan perlahan. Mungkin tidak mahu mama dengar. Alaaa, Syamira padamkanlah lava tu dulu, tingkah Lokman. Rasanya kali ini Syamira tak boleh nak selamatkan angah... memang macam marah sangat mama ni. Terdengar ketawa kuat di hujung talian. Kalau macam tu beritahu mama malam ni angah lepak hotel.... Esok pagi angah balik lepas semua lava padam dan disahkan yang gunung berapi tak jadi nak meletup,

49

Giler Kau?

suara Lokman dengan selamba. Alaaa, marah mama bukannya lama. Esok-esok sejuklah. Okey, boleh. Tapi bukan free buat tugasan bahaya ni, silap-silap telinga Mira yang kena piat nanti, usik adiknya lagi. Lokman tersenyum. Terbayang mama memiat telinga Syamira dan dia ketawa tanpa rasa bersalah. Kira itu pengorbanan seorang adik kepada abangnya yang tercintalah. Nanti angah belikan hadiah sekali dengan pakej seminggu belanja kolej ditanggung. Lokman membuat keputusan. Membuat tawaran hebat buat adik bongsunya. Okey... beres! Jangan lupa belanja tengok wayang, okey? Talian dimatikan tiba-tiba. Lokman tersenyum. Mesti mama masuk bilik Syamira sekarang ini. Dan sekarang ini juga adiknya itu akan mencipta pelbagai alasan untuk menipu mamanya. Isy... isy... muda-muda lagi dah menipu. Blackberrynya sekali lagi berdering. Yesss, helo sayang.... What? Malam ni? Okey, jumpa you dekat sana. Ucap Lokman dalam nada yang cukup lembut. Pedal minyak ditekan kuat. BMW 7 Series hitamnya meluncur laju menuju ke kelab Night Brand. Terbayang lantai tarian yang memanggil-manggil. Masalah dengan mamanya hilang entah ke mana.

50

Dyadila

Bab 6
lazat, lagi berkhasiat.

ARAPAN istimewa pagi ini. Bihun goreng made from Jakarta. Air tangan Datin Zaiton - sedap,

Semalam Dato Syukur dan Datin Zaiton muncul di hadapan pintu rumah. Senyum sampai ke telingalah Cik Maya Kirana sebab papa dengan mamanya ada. Macam mana dengan rumah ni sayang, okey? Dato Syukur tersenyum sambil memaut bahu anak tunggal kesayangannya. Puas juga mulutnya memujuk Maya dan Intan supaya pindah. Sudah elok-elok ada rumah selesa, hendak juga menyewa. Intan hanya tersenyum apabila melihat kemesraan antara seorang anak dan papanya. Kalaulah ayah dan mak masih hidup, mesti dia akan sebahagia Maya. Tetapi sekarang pun dia bahagia. Mestilah best! Lagipun dapat free, lagilah best, kan Intan? suara Maya. Sengaja mengheret Intan dalam perbualan, tidak mahu temannya itu mendiamkan diri.

51

Giler Kau?

Intan jangan risau kalau Maya buli Intan. Just tell me... tahulah apa uncle nak buat dengan dia, ujar Dato Syukur, mengundang ketawa kecil Intan dan Maya. Maya tak pernah buli Intan, uncle... tapi Intan yang selalu susahkan Maya. Dahi Maya berkerut. Tidak suka mendengar katakata yang keluar daripada mulut Intan. Suka sangat hendak ungkit apa yang orang beri. Jangan cakap macam tu, Intan. Jasa Intan pada anak uncle ni lagilah tak dapat dibalas walaupun dengan wang ringgit. Kalau disuruh tukar jasa Intan dengan harta pun uncle tak kisah. Maya mengangguk setuju. Teringat bagaimana Intan menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa rogol teman sekuliahnya. Kononnya cinta sampai ke mati, tetapi rupanya dalam hati ada niat lain. Nasib baik Intan datang pada masa yang tepat dan masih terbayang gaya Intan menghentak kepala Jazli dengan kasut Pallasnya. Sejak peristiwa itu mereka menjadi rapat. Bukan sahaja rapat, malah sudah macam adik-beradik. Intan tak buat apa-apa pun, uncle. Kalau orang lain dekat tempat Intan pun mesti buat benda yang sama, balas Intan. Tidak mahu Maya terikat dengan budi. Memanglah, tapi bezanya kalau orang lain mesti dah call polis, tapi kau pilih untuk selamatkan aku dengan kasut Pallas kau tu, cerita Maya. Intan ketawa dan ketawanya disambut oleh Dato Syukur. Uncle dan auntie memang banyak susahkan Intan... tapi Intan kena ingat, uncle dan auntie dah anggap Intan macam anak kami juga. Kalau sakit Intan, sakit jugalah

52

Dyadila

kami. Sepanjang uncle dan auntie tak ada dekat sini, Intan banyak bantu jaga Maya. Giliran Datin Zaiton bersuara. Kali ini tangannya menggenggam erat tangan Intan. Intan mengangguk. Memang tidak ada ayat yang dapat keluar daripada mulutnya. Dato Syukur dan Datin Zaiton sudah menetap di Jakarta, Indonesia. Tetapi selalu berulang-alik ke Malaysia semata-mata hendak melepaskan rindu pada Maya. Ala... tak jadi masalahlah auntie, lagipun bukan susah jaga Maya ni, baik budaknya, usik Intan dalam ketawa. Dato Syukur ikut senyum. Maya menjelir lidah. Cuma rasanya sikit lagi Maya kena jaga diri sendirilah mama, usik Maya. Intan membulatkan matanya. Tahu apa yang akan keluar daripada mulut temannya itu. Kenapa pulak? tanya Datin Zaiton pantas. Matanya silih berganti memandang ke arah Intan dan Maya. Sebab ada orang tu dah ada mamat bengis.... Lepas ni mesti nak jaga mamat bengis dia tu, ujar Maya laju. Sempat dia menjeling ke arah muka Intan, menjelir lidah. Siapa mamat bengis? soal Datin Zaiton ingin tahu. Dato Syukur hanya diam, menjadi pemerhati dan berkongsi senyum melihat telatah anaknya. Tak ada siapa auntie, jangan dengar cakap Maya ni.... Dia sengaja nak balas dendamlah tu. Laju Intan menjawab. Maya tersenyum. Dia mengangkat kening, sengaja menduga Intan.

53

Giler Kau?

Intan dah ada yang teristimewa? Tiba-tiba Datin Zaiton mencelah. Matanya penuh pengharapan. Memang kalau boleh dia hendak Intan berjumpa dengan anak kenalannya yang sudah banyak kali bertanyakan soal Intan. Belum, mama. Intan ni single and available, sahut Maya. Misi balas dendam. Kalau macam tu, nanti bolehlah auntie kenalkan dengan anak kawan auntie... handsome orangnya, berkerjaya... ujar Datin Zaiton dengan teruja. Maya sudah tersengih. Intan telan air liur, hah... dah mula dah ejen pencari jodoh Datin Zaiton ni. Tak apalah auntie, Intan tak bersedia lagi. Ewahhh, jawapan selamat. Ala-ala artis. Kalau Intan dah bersedia, just call me. Masa tu jugak auntie datang bawa calon, ujar Datin Zaiton penuh semangat. Semangat macam nyanyi lagu Negaraku. Intan mengangguk perlahan, sempat juga dia mencubit paha Maya yang tersengih-sengih di sebelahnya. Macam mana Maya dengan Johan? celah Dato Syukur. Bukan dia tidak tahu permintaan menantunya itu mahu bersama semula dengan anaknya. Maya diam bila nama Johan diutarakan. Kalau boleh dia pun sudah tidak mahu dengar nama itu lagi. Sangat menyakitkan hati. Tengah tunggu prosedur mahkamah, papa. Jawapan itu perlahan kedengaran. Dia cukup malas mahu bercakap fasal rumah tangga yang sudah retak menanti belah itu. Papa akan cari peguam terbaik untuk selesaikan

54

Dyadila

masalah Maya dengan dia... tapi ingat, jangan rahsiakan apaapa daripada papa. Ayat Dato Syukur berbau arahan. Uncle jangan risau. Kalau Si Johan tu berani buat hal, memang makan kakilah jawabnya. Intan takkan biarkan dia sentuh Maya lagi.... Intan bersuara tenang, sengaja menyelamatkan keadaan. Cukuplah setahun dia menjadi saksi penyeksaan dalam perkahwinan Maya dan Johan. Dia tidak akan biarkan lelaki tidak guna macam Johan mengambil kesempatan lagi. Amboi... garangnya anak dara ni! Hah! Malam esok jangan lupa balik awal, Mak Jah sebelah rumah tu ajak kita makan sekali dekat rumah dia. Mama dah setuju. Sempat Datin Zaiton mengingatkan anak-anak gadisnya. Emmm... baru Intan ingat malam esok ada janji dengan... Belum sempat Intan menghabiskan kata-katanya, Datin Zaiton dah memotong. No excuse.... Ringkas jawapan Datin Zaiton tapi tegas. Yes madam. Ucap Intan dan Maya serentak dalam ketawa yang masih belum berhenti. Sengaja mengusik Datin Zaiton. Hah! Kan dah keluar muncung itiknya. Dato Syukur hanya tersenyum melihat isterinya mencebik.

55

Giler Kau?

Bab 7
ALAM itu seperti yang dijanjikan, mereka menerima jemputan Hajah Khalsum. Memang mesra betul Hajah Khalsum dengan Datin Zaiton. Mungkin sebab lama sangat tidak jumpa, macam-macam cerita keluar. Intan menarik nafas lega bila tahu mamat bengis tidak ada di rumah. Selamat! Ya Allah, Kak Jah tak payahlah susah-susah. Kami ni menyusahkan Kak Jah aje. Datin Zaiton muncul dari dapur bersama Hajah Khalsum. Hesy... apa susahnya, bukan senang nak jumpa orang jauh ni. Akak memang masak khas untuk orang Jakarta ni, ujar Hajah Khalsum mesra. Intan mencedok nasi dan diletakkan ke dalam pinggan. Dihulurkan kepada Dato Syukur. Ewah... dah macam rumah dia pulak! Tetapi tidak mengapalah, yang penting dapat makan sedap malam ini. Aroma masakan Hajah Khalsum memang meresap ke dalam jiwa. Dah lama tak rasa masakan Kak Jah ni. Kalau dulu

56

Dyadila

setiap minggu mesti ada aje yang lepas dekat sebelah tu, kata Dato Syukur sambil tersenyum melihat jenis-jenis lauk yang ada di atas meja. Habis dah orang tu yang jauh bawa diri ke Jakarta tu... nak jumpa Kak Jah ni memang jangan haraplah, sambut Hajah Khalsum pula. Intan tersenyum, suka dengan keramahan jiran baharunya itu. Baik sangat. Hesy... jangan cakap macam tu, kak. Kami ni kalau boleh memang nak duduk dekat sini balik, tapi business dekat sana tak ada siapa nak tengokkan. Nak harapkan anak dara sorang ni, dia pulak sibuk dengan butik dia tu. Sempat Dato Syukur menghantar mesej kepada anaknya. Alaaa... kan Maya boleh tolong papa dari jarak jauh... papa jangan risaulah. Maya membela diri. Sempat mencuit Intan. Intan hanya tersenyum. Sorrylah Maya, kali ni tak boleh nak tolong. Datin Zaiton mengambil tempat di sebelah Hajah Khalsum. Kalau Maya dengan Intan nak tahu, Mak Jah ni memang hebat dalam bab masak-memasak ni. Memang mama bagi A plus, puji Datin Zaiton. Dilihat Intan dan Maya di hadapannya seakan tidak sabar hendak menjamu selera. Pandailah... makan belum lagi dah puji. Hajah Khalsum tersenyum. Nanti bolehlah Intan datang selalu, dapat makan free macam ni.... Sedap pulak tu! ujar Intan. Amboi, tak malunya! Anak sapolah ni. Kau ni kalau bab makan memang tak fikir kiri

57

Giler Kau?

kanan, kan? usik Maya dan membalas jelingan Intan. Eleh, tak takut pun! Mana anak Kak Jah? Siapa nama dia...? Ya Allah, lupa dah saya ni, suara Dato Syukur. Shahrul Iskandar. Mana nak ingatnya, dulu masa kamu duduk dekat sini, dia tak ada... belajar dekat tempat orang. Selalunya waktu macam ni dia dah ada dekat rumah. Perangai tak ubah macam arwah ayah dia, siang malam dengan Mega Holding tu, jelas Hajah Khalsum. Dato Syukur mengangguk perlahan. Memang rasanya baru dua kali dia berjumpa dengan anak jirannya itu. Tetapi dia tahu anak jirannya itu mewarisi perniagaan Syed Mokhtar. Bertuah Kak Jah, ada jugak pewaris yang akan jaga Mega Holding tu. Intan menelan air liur. Adoi, terbantut seleranya bila dengar nama mamat bengis tu. Hah! Panjang umur, baru sebut dah sampai. Shah, mari sini. Ni kenal lagi tak? Pak Cik Syukur dengan Mak Cik Zaiton yang tinggal sebelah rumah kita dulu, ujar Hajah Khalsum sebaik sahaja terlihat tubuh anaknya yang muncul di muka pintu rumah. Selera Intan mati. Jelingan maut Shahrul membuatkan dia rasa hendak tercekik. Rasa macam hendak menangis telinga dia apabila mendengar suara lembut Shahrul berbual dengan Dato Syukur. Memang berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pandai betul mamat bengis ni berlakon. Lembut gigi daripada gusi. Hesy, bukan gusi aje... lidah pun tak lembut macam tu. Kak Jah, nanti tolong tengok-tengokkan budakbudak ni. Saya ni risau jugak bila dah duduk berjauhan ni, pinta Datin Zaiton ketika mereka berdua bersembang selepas

58

Dyadila

menjamu hidangan. Suami dan anak-anak gadisnya sudah di ruang tamu. Bukan dia tidak biasa berjauhan dengan Maya, tetapi kalau ada yang menegur elok juga. Alaaa, janganlah kau risau, Ton. Memang hari-hari akak akan tengok budak-budak tu. Eh, pergi duduk dulu dekat depan tu... biar akak ambilkan kopi. Tadi dah siap bancuh, lupa pulak nak bawa ke sini. Eh, tak apalah mak... biar Shah yang ambil, celah Shahrul yang kebetulan melewati ruang makan itu. Hajah Khalsum mengangguk. Memang Shahrul sentiasa membantunya. Maya tersenyum, menjeling ke arah Intan yang mencebik melihat Shahrul yang membawa dulang berisi teko kopi. Hesy, macam mimpi tengok mamat ni jadi baik. Biar betul! Jemput minum, pak cik... mak cik.... Pelawa Shahrul sambil matanya tepat memandang ke arah Intan. Masih terdengar di telinganya tadi ayat berbisa Intan. Mak Jah ni memang terbaik, tapi anak dia aje yang garang macam singa. Entah makan apa pun tak tahu. Ketika itu suara Intan hanya dibalas dengan jelingan maut. Berani betul! Macam singa ek... siaplah kau. Jemput minum. Suara itu perlahan tetapi cukup untuk sampai ke telinga Intan. Aikkk, macam pelik aje bunyi suara ni. Takkan tertelan ubat gegat mamat bengis ni terus jadi baik semacam? Uhuk... uhuk... Intan tersedak sebaik sahaja kopi yang berperisa garam melepasi anak tekaknya. Ya Allah, kenapa Intan? Laju Hajah Khalsum memberikan tisu kepada Intan.

59

Giler Kau?

Intan, kau okey ke? Giliran Maya bersuara. Intan mengangguk perlahan. Pasti sangat semua ini kerja siapa. Wajah Shahrul masih selamba berbual dengan Dato Syukur direnung tajam. Emmm... okey, okey. Air panas kut. Kurang ajar betullah mamat bengis ni!!!

60

Dyadila

Bab 8
AYA memeluk bear putih kesayangannya. Pintu bilik Intan diketuk perlahan, berkali-kali tetapi masih tiada respons. Sekali lagi dia cuba mengetuk, kali ini lebih kuat. Semalam mama dan papanya sudah berangkat terbang semula ke Jakarta. Kehidupan kini kembali seperti biasa. Intan, kau ada dekat dalam tak? Takkan dah tidur? Baru pukul berapa.... Aku masuk boleh? Akhirnya Maya bersuara. Naik lenguh tangan mengetuk pintu. Hesy, mana pulak Intan ni? Masuklah kalau tak malu.... Oh, mak kau masuk!!! latah Maya sambil mengurut dadanya. Terkejut bila tiba-tiba Intan ada di sebelahnya. Ya Allah, boleh pula dia muncul tiba-tiba. Berhenti sekejap jantungnya. Kau dari mana ni? Maya bersuara geram. Suka sangat muncul tiba-tiba. Dapurlah, minum air... dahaga. Kau ni dengan

61

Giler Kau?

bear mata besar ni nak ke mana? Intan menarik getah rambut di tangannya dan rambut ikalnya diikat tinggi. Panas pula malam ini. Maya tersengih. Senyuman kau tu menakutkan aku, baik cakap apa kau nak sebelum aku tolak kau dari atas ni ke bawah, ugut Intan. Hesy, kadang-kadang ganas jugak kawan aku ni, desis Maya dalam hati. Amboiii, garangnya! Macam biasalah... nak tidur dengan kau. Aku banyak benda nak cerita ni. Lagipun, kan aku takut tidur sorang. Akhirnya alasan terakhir adalah alasan sebenar. Intan mencebik. Tahu takut yang sibuk nak tengok filem seram tadi tu kenapa? Buat habis duit aje beli tiket wayang tapi bila tengok mata tutup. Hai, tak ke namanya membazir? Filem sekarang ni pun dah jadi trend asyik-asyik cerita seram. Lepas tu buat cerita tak ada moral. Macam manalah filem kita nak maju? Macam terbayang-bayang cerita hantu tadi... sambung Maya lagi. Hesy... kau ni Maya, imej dah macam ustazah, tapi takut hantu. Ada tak kau dengar berita dekat TV yang ada orang mati sebab hantu? Intan buat soalan subjektif. Maya menggeleng. Buat masa ini tidak ada lagi rasanya. So, kau nak takut apa? Daripada kau takut dengan hantu, kan bagus takutkan Allah! Itulah kalau dah minda asyik terpengaruh dengan cerita bukan-bukan. Intan dah mula membebel.

62

Dyadila

Maya tersenyum lagi. Intan ni kalau sekali cakap memang menyentap. Aku bukan takut, tapi aku cuma segan aje. Dah, tak payah nak berceramah sangatlah Cik Intan Azura Abdullah Lee. Maya menolak pintu bilik Intan. Terus dia meloncat ke atas katil. Emmm, bilik Intan memang best! Macammacam ada, lengkap. Intan memang pandai menghias, penuh dengan bunga. Memang temannya seorang ini terlalu obses dengan bunga. Buktinya setiap pagi Intan akan menghabiskan masa dalam taman mininya bercakap dengan bunga. Maya, dalam banyak-banyak hantu... hantu apa yang kau kagum? soal Intan tiba-tiba. Dia turut baring sambil mata meneliti kipas yang berpusing di siling. Ada ke hantu yang boleh kita kagum? Soalan dibalas dengan soalan. Intan ketawa kecil. Entah, ikut kaulah nak kagum hantu mana. Kata ada seratus nama hantu kau hafal, takkan tak ada satu pun yang buat kau kagum? Sempat Intan menghantar sindiran. Maya diam seminit. Cuba berfikir apa jawapan kepada soalan Intan. Entah, tak tahu aku. Aku rasa semua hantu aku tak kagum pun. Apa jawapannya? Maya angkat bendera putih. Cepat sangat menyerah kalah tanpa berjuang. Ketawa Intan semakin kuat. Hantu yang aku kagum... adalah Hang Tuah. Ketawanya semakin menjadi-jadi. Suka dapat mengenakan Maya. Kau ni, cuba bagi soalan ilmiah sikit.

63

Giler Kau?

Kalau nak soalan ilmiah sangat, kalau kau tahu... siapa Menteri Pertanian Korea? Soalan Intan disambut dengan senyuman. Maya menampar bahu Intan dengan patung beruangnya. Soalan susah tahap tujuh, siapa pun tidak tahu jawapannya. Intan... suara Maya selepas beberapa minit mereka terdiam. Emmm... gumam Intan. Mereka sama-sama memandang ke arah kipas yang berpusing perlahan di siling. Ikhlas dari lubuk hati aku yang memang ikhlas ni, aku teringin nak tengok kau kahwin. Apa kata kau kahwin. Maya melahirkan idea bijak. Wah! Sangat bijak. Bagus jugak cadangan kau tu, jom! Pergi mana? tanya Maya pelik. Pergi shopping complex, jawab Intan dengan selamba. Nak buat apa? Laaa, pergi cari suami untuk aku, mana tahu ada mega sale hujung-hujung tahun ni, boleh beli sekali banyak, usik Intan. Maya hanya menghadiahkan jelingan maut. Oiiikkk, tajamnya! Boleh membunuh. Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak. Maya mencebik. Intan baring kembali ke atas katil. Kali ini bantal peluknya dipeluk erat. Tadi bukan main lagi mata ini mengantuk, sekarang ini sudah tidak boleh hendak tutup. Kalau ikutkan, banyak benda yang bermain dalam kepala dia

64

Dyadila

sekarang ini, tetapi satu pun tidak lekat dekat kepala. Siapa nak jawab tu? Cinta tu bukan benda yang senang kita cari atau kalau kita nak, boleh beli dekat mega sale.... Kalau boleh, aku nak kahwin sekali aje dalam hidup aku. Intan bertukar serius. Maya tersenyum. Aku tahu, bukan senang nak tawan hati amoi ni. Kalau buat tujuh dulang hati kuman pun belum tentu lepas, kan? sambung Maya dengan hiperbola melampau. Ketawa mereka bersatu. Hebatkan cinta agung Puteri Gunung Ledang? Sebenarnya walaupun meletakkan syarat pelik, tetapi cara penolakan cinta Puteri Gunung Ledang mengingatkan semua bahawa cinta tidak boleh dijual beli atau ditukar walau dengan apa sekali pun. Intan tersenyum sendiri mengingatkan kisah legenda itu. Dah, tak payah nak bising-bising. Baik tidur, esok banyak kerja yang menanti dekat butik tu. Intan sudah menarik bantal di kepalanya. Kalau aku nak cuti esok, boleh? pinta Maya perlahan. Boleh aje, Cik Maya Kirana... tapi nanti orang lain cuti kahwin dua minggu, kau cuti kahwin nanti dua hari aje. Maya mencebik. Eleh, tak kisah. Dia sudah merasai pun cuti kahwin itu. Intan menutup lampu biliknya. Kalau dilayan Maya ni, sampai subuh tidak habis. Ada sahaja topik akan keluar. Intan.... Emmm.... dalam kesamaran lampu tidur, Intan bersuara. Matanya masih tertutup rapat.

65

Giler Kau?

Kau jangan jadikan aku dengan Johan sebagai contoh. Bukan semua lelaki dalam dunia ni macam Johan tu, ujar Maya perlahan, tetapi cukup untuk didengar oleh Intan. Lama Intan terdiam. Soalan yang sama juga bermain di fikirannya. Rupanya keraguan itu ada juga pada Maya. Matanya masih terpejam. Macam mana aku boleh tersalah pilih? rungut Maya. Emmm... salah atau tak, bukan persoalannya. Kau kena bertanggungjawab atas pilihan kau. Ala... tidurlah, tak payah nak fikir sangat. Hidup ni kadang-kadang kita kena lepaskan apa yang tak sepatutnya difikirkan, jawab Intan sambil memeluk erat bantal peluknya. Tadi aku terbaca pasal jiran kita dekat sebelah tu... dalam majalah apa entah, tak ingat. Hebat jugak Shahrul tu ek? Tapi aku dah agak dah dia bukan orang sembarangan. Mulut Maya masih belum tertutup. Ada sahajalah topik yang hendak keluar. Kau jangan sebut nama mamat bengis tu boleh tak? cantas Intan laju. Pedih telinganya mendengar pujian Maya. Kenapa? Kau marah dia sebab bagi kau minum air kopi perisa garam tu? tanya Maya dalam tawa. Tidak sangka Shahrul pandai buat kopi garam. Hebat betul! Belajar dekat mana entah. Habis kau nak aku ucap terima kasih dekat dia sebab bagi aku minum air kopi plus garam yang sedap tu? Memang taklah.... Nasib baik papa dengan mama kau ada, kalau tak dah lama aku simbah muka dia dengan air kopi sedap dia tu, suara Intan dengan geram. Terbayang macam

66

Dyadila

mana dia sedaya upaya menelan air kopi dengan muka berkerut-kerut. Dia yakin Hajah Khalsum tidak tahu perangai buruk anaknya itu. Tapi memang tak sangka dia layan kau seistimewa tu, ujar Maya dalam senyuman panjang. Teringat peristiwa kelmarin. Dahlah, tidur aje... tak payah nak banyak bunyi. Kalau kau bina soalan dekat sini lagi, baik kau balik bilik kau. Halau Intan. Bercakap fasal mamat bengis itu boleh buat perutnya memulas tiba-tiba. Jadi, lebih baik tidak payah cakap. Maya tersenyum. Kenapalah Shahrul itu suka sangat cari fasal dengan Intan? Akhirnya masing-masing terlena.

67

Giler Kau?

Bab 9
OKMAN tersenyum memandang wajah Suzi. Wajah yang menjadi kegilaan lelaki Malaysia, dan yang buat dia lebih teruja apabila Suzi mengeluarkan kenyataan yang dia tidak akan jatuh cinta pada lelaki Melayu. Fuhhh! Memang demand tahap tak sedar diri. Tetapi memang patut pun! Melihat daripada potongan badannya sahaja sudah mampu membuatkan ramai lelaki terduduk. Belum lagi aksi menggoda dalam skirt merah yang menampakkan paha putih melepak itu. Sumpah aku takkan lepaskan perempuan ni, bisik Lokman dalam hati. You rupanya Lokman Hakeem yang kawan-kawan I selalu sebut.... Emmm, not bad. Suara manja itu menerjah masuk ke telinganya. Lokman tersenyum. Tak sangka rupanya I jadi perbualan perempuan secantik you. Mesti kawan-kawan you mengumpat I. Ketawa Lokman dibuat-buat. Sengaja mengajuk gaya sinis wanita yang berdiri di hadapannya.

68

Dyadila

Emmm... I dah biasa sangat dengan lelaki Melayu macam you... lelaki yang hanya pandai bermain dengan word semata-mata. Lokman hanya tersenyum, walaupun kata-kata Suzi benar-benar mencabarnya. Namun, apa sahaja perlu dikejar untuk mendapatkan perempuan seperti Suzi. Kalau dia mahu, petik jari sahaja akan ada queue yang menunggu. Tetapi orang kata yang lagi mencabar itulah yang lagi best. I jugak dah biasa dengan perempuan yang selalu sangat termakan dengan kata-kata lelaki. Tak cukup-cukup menjadi mangsa walaupun sudah sedia tahu akan ditipu. Suzi mencebik, jelas kata-kata Lokman menjurus kepadanya. You masih tak kenal siapa lelaki Melayu. Mungkin yang you jumpa spesies buaya tembaga, tapi bila you dah jumpa lelaki yang masih berdarah Hang Tuah, mungkin masa tu you akan betulkan kenyataan you, sambung Lokman lagi. Hang Tuah? Yang mementingkan kesetiaan sehingga mengorbankan sahabat sendiri? Suzi tersenyum tatkala membicarakan sejarah pahlawan Melaka itu. Hang Tuah yang dikenang sehingga kini kerana kesetiaan... you sendiri tahu, kan? Lokman mula memancing. Sengaja menyusun ayat yang mengelirukan. Untuk perempuan yang bijak berkata-kata seperti Suzi, umpannya juga dengan kata-kata. Nampaknya you sudah mula berlakon seolah-olah macam Hang Tuah? I bukan berlakon tapi memang hati I lebih hebat daripada Hang Tuah. I bangga kerana I lelaki Melayu yang hebat dengan kata-kata. Tapi you kena ingat lelaki Melayu juga banyak kelebihan yang you sendiri tak pernah tahu.

69

Giler Kau?

Lokman tersenyum bila wajah di hadapannya mula menunjukkan respons positif. Taklah teruk mana nak pasang umpan kalau macam ni. Maksud you? Cubalah dapatkan cinta lelaki Melayu dan masa tu you akan tahu apa maksud I. Lokman sekali lagi mengukir senyuman. Senyuman semakin lebar apabila melihat bibir merah merekah itu membalas senyumannya. Yes!!!

WAH! Kau memang hebatlah. Tak sampai sejam kau cakap dengan Suzi tu, dia dah bagi nombor. Memang betullah gelaran playboy kau. Adib menepuk bahu kawannya. Bangga dengan kejayaan Lokman. Ini Lokman Hakeem Dato Hashim, lah. Bukan susah nak dapat hati perempuan ni. Bak kerak nasi... letak aje air, lembiklah dia, suara Lokman dengan bangga. Amboi, hebatnya pepatung kau.... Apa yang pepatung? Pepatahlah. Adib tersenyum mendengar kata-katanya dibetulkan. Sengaja buat lawak tetapi jelas tidak menjadi. Nampaknya lawak kumpulan Sepah tidak berkesan dengan Lokman. Mungkin sebab baru balik dari luar negara jadi kawannya itu lebih dengan lawak Mr. Bean. Mana Rul? soal Lokman. Pertanyaan Lokman dibalas dengan gelengan tanda tidak tahu. Kau ni macam tak kenal Si Fazrul tu. Dia dah dapat ikanlah tu. Dia kan kucing yang sedang kelaparan, dah menghilang ke mana entah.

70

Dyadila

Dia dengan girl tadi ke? Lokman jelas langsung tidak setuju dengan tindakan sepupunya. Main rembat sesuka hati sahaja. Nasib baik Fazrul masih memegang prinsip sama, tidak ada lagilah cerita yang dia merosakkan perempuan. Perempuan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang. Yalah... dari tadi aku tengok yang girl tu dah gosok-gosok dia. Kau pun nak cari lauk jugak ke malam ni? Soalan Adib dibalas dengan ketawa besar. Hoh hoh.... Im Lokman Hakeem Dato Hashim. Takkan rosakkan perempuan, okey! Sejahat-jahat aku ni, takkan buat apa yang kau dengan Rul buat. Hishhh, kau ni Man... aku ni baik jugak tau! Tak pernah aku rosakkan perempuan, selalunya perempuan yang rosakkan aku. Ketawa Adib lagi. Teringat sudah berapa ribu duitnya habis ditipu oleh perempuan tetapi pada dia tidak salah melabur pada perempuan yang pisau cukur sebab dia sendiri yang rela. Kau nasihatkan sikit Rul tu... jangan nanti bawa penyakit pulak. Perempuan ni memanglah penawar, tapi bilabila masa aje boleh tukar jadi racun. Hei, Lokman Hakeem Dato Hashim, Si Fazrul tu bukan ke sepupu kau... kenapa tak kau sendiri yang nasihatkan dia? Kan lebih afdal. Adib bertukar menjadi ustaz, ceramah ringkas siap nama penuh lagi. Kalau dia boleh dengar nasihat aku, tak adalah aku suruh kau. Ya tak ya jugak. Habis kau ingat orang macam Fazrul tu akan dengar nasihat orang bawahan macam aku ni? Memang kirim salamlah. Adib menggaru kepalanya sekali lagi. Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat, tetapi semuanya ditolak tepi.

71

Giler Kau?

Lokman menggeleng kepala. Bendul betullah! Menghabiskan masa dan duit di kelab seperti ini bukanlah hobinya. Cuma sekali-sekala bila dia rasa hendak menghiburkan hati. Tetapi dia cukup menjaga pergaulan. Nama baik papa tetap diutamakan. Dahlah, tak payah fikir pasal Fazrul tu. Dia dah besar, nanti tahulah dia nak bertaubat. Jomlah kena secawan dua... kau belanja. Adib tersengih macam kerang busuk. Hai... kau yang pelawa, aku pulak yang kena bayar? Aku bukan tak nak payung... cuma macam biasalah, tengah-tengah bulan macam ni poket kering. Kau lainlah, harta tujuh keturunan pun takkan habis. Adib mengangkat tujuh jarinya. Lokman tersenyum. Dia suka dengan sikap bijak Adib. Walaupun bukan daripada golongan setarafnya, tetapi Adib adalah kawan yang senang dibawa berunding. Juga sering menjadi penyelamatnya. Maklumlah, Adib merupakan pembantu peribadinya. Dalam masa yang sama Adib juga merupakan mata dan telinga buat Dato Hashim. Hai, mama dengan papa ni, dua-dua pasang kaki. Disebabkan malam masih muda, jom kita pekena roti canai dulu. Lokman membuat keputusan. Tepat sepuluh malam, Lokman dan Adib sampai ke sebuah restoran berdekatan. Sambil menunggu pesanan yang masih belum tiba, sempat dia membelek beberapa mesej yang baru diterima daripada Nori, Nita dan Suzi. Pantas tangannya membalas secepat mungkin. Saja mengisi masa. Adib yang tadi kononnya hendak ke tandas, hilang entah ke mana. Pergi tandas ke... tolong jadi cleaner cuci tandas? Fokusnya terganggu dengan satu suara.

72

Dyadila

Pak cik ni tak faham bahasa ke? Pergilah, jangan datang sini. Pak cik ingat ini rumah kebajikan masyarakat ke? Lokman tertarik dengan suara garang empunya kedai dan wajah tua itu jelas kemerahan, mungkin malu diherdik begitu di hadapan orang ramai. Lokman terus menjadi pemerhati. Timbul rasa tidak puas hati bila melihat cara pemilik kedai itu melayan lelaki tua seperti itu. Maaf encik, pak cik cuma nak sikit makanan. Pak cik lapar. Kalau boleh bagi sisa makanan pun tak apa, suara tua itu masih merayu. Lokman yang sudah bersedia untuk bangun kembali duduk apabila melihat ada seorang wanita yang sudah berpeluk tubuh turut menjadi pemerhati. Wajah comel itu menarik perhatiannya. Hesy... orang tua ni, tak faham-faham betul! Pekak ke apa pak cik ni? Kan saya kata tak ada makanan tak adalah! Nak saya cakap bahasa apa lagi ni? Kalau nak makan sangat pergi tengok dekat gerai depan tu.

INTAN gigit bibir. Dia tidak mampu berdiam diri lagi. Kenapa ni Pak Mail? soal Intan dengan lembut. Sengaja mencipta suasana baharu. Pak cik ni buat kacau... mintak sedekah dekat sini, jawab Pak Mail. Suara itu masih dalam momentum yang sama. Jelas tidak ada kesedaran sivik. Mesti Pak Mail ini dulu tidak belajar nilai-nilai murni masa di sekolah. Langsung tidak ada integriti.

73

Giler Kau?

Pak cik dari mana ni? Pak cik nak apa? Perlahan soalan itu keluar daripada mulut Intan. Matanya langsung tidak berganjak, hanya memandang wajah tua yang sayu itu jelas sudah ketakutan. Tak apalah... pak cik salah tempat. Pak cik cuma terlalu lapar. Pak cik janji takkan datang lagi dekat sini, jawab pak cik tua itu takut-takut. Intan diam. Wajah tua itu mengundang seribu rasa yang payah hendak diceritakan. Tak apalah, pak cik ambil makanan saya ni. Saya tak makan lagi ni, ada nasi lauk ayam. Intan menghulurkan plastik berisi bungkusan makanan. Tak apalah. Pak cik dah tak lapar. Cepat lelaki itu mengubah kenyataannya. Tidak mahu diherdik lagi. Jangan layan sangat dia ni, Intan... buat muka kesian nak mintak sedekah. Suara Pak Mail kedengaran lagi. Intan menjeling sekejap, namun jelingannya tidak dapat dikesan oleh Pak Mail. Pak Mail, bungkuskan saya Milo ais, arah Intan perlahan. Tidak sampai lima minit Milo ais sampai di tangan Intan. Air untuk pak cik. Mana boleh makan tak ada air, kan? Intan membuka dompetnya mengeluarkan dua keping duit lima puluh ringgit. Ni untuk pak cik. Simpanlah, mungkin boleh beli makanan bila lapar nanti. Eh, tak apalah. Pak cik bukan mintak sedekah. Suara itu kedengaran sayu. Namun, bungkusan makanan dan air sudah bertukar tangan. Pak cik, saya bagi bukan sebab pak cik minta

74

Dyadila

sedekah.... Saya ikhlas... ucap Intan. Simpatinya tumpang pada wajah tua itu. Terima kasih. Semoga Allah saja yang balas jasa anak. Intan tersenyum. Ucapan itu umpama doa yang terindah buatnya. Pak Mail yang tadinya menjadi pemerhati terus tunduk. Seingatnya, Intan akan menyokong tindakannya. Mukanya merah menahan rasa malu. Hidup ni ibarat roda... bila kita di atas tak semestinya kita akan sentiasa di atas, kalau kita di bawah tak semestinya kita akan terus di bawah. Hidup ni ada takdir, jadi jangan memandang luaran. Apa yang penting dekat dalam hati tu. Sempat Intan menyindir Pak Mail. Dalam senyuman kata-kata pedih itu menusuk masuk ke dalam jantung Pak Mail. Pak Mail mintak maaf, Intan. Tak apalah, Pak Mail. Manusia tak perlu lari daripada melakukan kesilapan sebab kesilapan akan buat kita sedar apa yang dah berlaku perlu dibetulkan. Ewah... kan dah tukar profesion jadi pakar motivasi! Tanpa Intan sedar ada mata yang sedang melihatnya. Lokman tersenyum. Memang terasa dengan katakata wanita itu. Dia hanya menjadi pemerhati ketiga sedari tadi, duduk melihat dari dalam restoran. Niatnya untuk membantu terbantut apabila muncul heroin manis itu. Dia bangun, cuba untuk melihat sepenuhnya wajah wanita yang menjadi penyelamat dalam drama realiti di hadapannya tadi. Namun, dalam sekelip mata bayang itu hilang. Weh, kau tengok apa tu? Adib duduk di hadapan Lokman. Di tangannya menatang dua mug Nescafe panas.

75

Giler Kau?

Sistem layan diri, jadi kena ambil dan bawa sendiri. Nasib baik awek dekat kaunter cun-melecun. Kau percaya ke ada lagi bidadari yang kerjanya menyelamatkan orang yang dalam kesusahan? Tiba-tiba soalan itu muncul di bibir Lokman. Adib pelik. Hesy, kena sampuk ke apa budak ni? Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, mana tahu kut nampak bendabenda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ewah, dah macam novel seramlah pulak! Apa yang kau merepek ni? Kau nampak bidadari ke? tanya Adib pelik. Soalan itu dibalas dengan anggukan perlahan. Lokman masih mengharapkan wajah itu kembali semula ke restoran tetapi rasanya tidak mungkin. Oh, ini kucing dah jumpa lauklah ni? ujar Adib riang macam dapat hadiah tempat pertama. Lokman menjeling. Kata-kata Adib langsung tidak lekat dalam kepalanya. Apa yang pasti dia akan mencari wanita itu. Dia akan pastikan wanita itu menjadi miliknya. Ah, perempuan... bukan susah sangat nak tackle hatinya. Sempat dia mengingatkan diri sendiri. Kenapa tak ajak Suzi sekali lepak sini? Boleh jugak cuci mata dengan kecantikan dia tu? soal Adib lagi. Dah balik tadi.... Dia kata ada hal, lagipun model terkenal mestilah kena jaga tidur, kan... nanti mata bengkak, sindir Lokman, mengajuk ayat Suzi. Kadang-kadang rimas juga berkawan dengan orang cantik ni, semua serba tak kena. Hendak makan pun memilih. Fuhhh! Sangat memualkan. Biasalah tu, Man. Kalau nak barang baik, kena banyak berkorban. Adib mengangkat keningnya.

76

Dyadila

Suka hati kaulah. Baik kita balik, esok jangan lambat masuk ofis... kita ada meeting. Aku dah janji dengan papa nak uruskan mesyuarat esok. Lokman menurunkan arahan setelah air di hadapannya habis diminum. Adib hanya tersenyum. Inilah satu lagi sikap yang harus dipuji. Lokman bijak membahagikan urusan kerja dan kehidupan sosialnya. Tidak pernah pula dia dengar Lokman ada masalah di HH Holding. Semuanya berjalan lancar.

77

Giler Kau?

Bab 10
NTAN tersenyum melihat hasil karipap pusingnya. Tidak sia-sia dia belajar daripada Hajah Khalsum. Hasil tangannya dipandang lama. Serius bangga! Tahniah Intan Azura Abdullah Lee. Memang hebatlah! Sempat puji diri sendiri. Sudah tidak ada orang hendak puji, siapa lagi hendak beri penghargaan untuk diri sendiri kalau bukan kita sendiri? Ini namanya teknik memotivasikan diri sendiri. Intan dah siap goreng semua? Siap, Mak Jah. Banyak jugak ni, apa kata kita bagi dekat jiran-jiran? Intan buat cadangan bijak. Selain tidak membazir, dapat jugalah pahala sedekah. Emmm, suka hati Intanlah. Mak Jah nak mandi sekejap. Intan bungkus dulu, nanti kita pergi sama-sama. Boleh Mak Jah kenalkan dengan kawan-kawan Mak Jah. Intan mengangguk setuju. Hubungan dia dengan Hajah Khalsum semakin rapat, malah ke mana sahaja Mak Jah hendak pergi, dia sedia jadi driver. Tangannya laju memasukkan satu per satu karipap pusing ke dalam plastik.

78

Dyadila

Rasa macam nak berniagalah pulak! Kalau jual ni, ada tak orang nak beli, ek? Bunyi loceng pintu mengganggu tugasnya. Dia berhenti, sempat menjenguk siapakah gerangan yang datang rumah orang waktu menghampiri maghrib ini. Eh... bukan dia pun sekarang dekat rumah Mak Jah ke? Intan Azura, jangan lupa diri okey? Ya, cik cari siapa? tanya Intan dalam senyuman. Zaireen memandang dari atas ke bawah wajah di hadapan pintu itu. Sekali lagi dia melihat ke kiri dan ke kanan. Rasanya memang betul dah ini rumah Shahrul. Siapa pulak ni, maid baru ke? Apron yang masih tersangkut di tubuh wanita itu dipandang lama. Tuan rumah mana? I nak cari Encik Shahrul, dia ada dekat rumah? Encik Shahrul belum balik lagi, mungkin sekejap lagi dia baliklah. Jemput masuk dulu. Intan cuba berbahasa. Budi bahasa budaya kita. You ni maid baru ke? Kenapa Shah tak beritahu I pun yang dia ambil maid baru? You dari mana... dari China? Intan menggigit bibir. Maid dia kata aku? Cis! Memang kurang berbahasa betul. Punyalah banyak ayat tanya yang cikgu bahasa Melayu ajar masa dekat sekolah dulu, tak reti nak guna ke? Saya bukan... Whateverlah you dari mana pun. I tunggu dia dekat dalam, lagipun I dah biasa dengan rumah ni. Bulat mata Intan bila Zaireen menolak sedikit bahunya dan masuk dengan gaya gedik. Tidak sempat dia habis cakap sudah kena potong. Penampilan wanita yang sudah duduk bersandar di sofa dipandang sekilas. Fesyen terbaharu ke? Dilihat skirt

79

Giler Kau?

singkat yang dipakai menampakkan pangkal paha. Macam ni rupanya taste mamat bengis tu. Belum pun sempat Intan membuka mulut, sekali lagi pintu utama ditolak dari luar. Wajah keletihan Shahrul muncul di muka pintu. Alamak! Buat apa dekat sini? Soalan yang membuatkan dua wanita di hadapannya berpaling. Intan diam. Dia tahu soalan itu ditujukan khas kepadanya. Rasanya dah kali kedua belas Shahrul menghalaunya. Tapi, ada dia kisah? Yang penting Hajah Khalsum memang best. Zaireen tersenyum. Wajah yang dirindu sudah berada di hadapan mata. Seminggu ini cukup payah hendak berjumpa dengan Shahrul. Asyik sibuk. SMS tidak balas, panggilan telefon pun tidak dijawab. I rindukan youlah sayang, takkan I saja-saja nak datang. Dah sejam I tunggu you dekat sini, tahu tak? You pergi mana? Intan menggaru kepalanya. Aikkk, sejam? Rasanya tidak sampai sepuluh minit dia bukakan pintu. Ikut jam negara mana dia ni? Shahrul meleraikan ikatan tali lehernya. Sempat matanya menjeling ke arah Intan yang masih berdiri di hujung sofa. Memang sejak kebelakangan ini minah cuai ni selalu datang ke rumahnya, tetapi apa yang pasti bayang itu akan hilang sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Bukan dia tidak nampak Intan yang berlari-lari anak keluar dari rumahnya. Takut juga dia dengan aku, suara Shahrul dalam hati. Eh, tercegat apa lagi ni? Pergilah buat air. Tak nampak ke Encik Shahrul ni baru balik. Buatkan air I sekali, jus oren okey. Zaireen memberi arahan. Sayang, kenapa

80

Dyadila

you tak beritahu I yang you ambil orang gaji? Nasib baik fasih cakap Melayu... tapi sayang, kenapa mesti muda sangat? Intan terdiam. Amboi! Ada jugak yang kena cili mulut ni sikit lagi. Intan ternanti-nanti jawapan daripada lelaki yang sudah bersandar sambil matanya tertutup rapat, mungkin penat. Kesian pulak! Eh, aku kesian dengan mamat bengis tu? Hesy... tak mungkin, tarik balik kenyataan tu! Aku pun nak jus oren... jangan letak banyak ais, arah Shahrul tiba-tiba. Bulat mata Intan mendengar arahan Shahrul. Kurang asam! Dia tahu Shahrul sengaja hendak balas dendam. Hah, tunggu apa lagi tercegat dekat situ? Cepatlah pergi! Suara Zaireen meninggi. Intan gigit bibir. Sesedap rasa aje minah rambut perang ni buat arahan. Tapi... Tapi apa lagi! Dah, jangan nak curi tulang. Pergi cepat, I dah haus ni, potong Zaireen. Shahrul hanya mematikan diri. Langsung tidak membuka mulut. Dia hanya ingin melepaskan kepenatan tersekat dalam kesesakan lalu lintas, pening kepala. Intan melangkah juga ke dapur akhirnya. Tak apalah, bukan dia suruh tolak kereta api pun, setakat buat air bukan susah sangat. Dua gelas jus oren siap diletak bersama karipap pusing yang masih panas dalam piring. Wah, sedapnya! Zaireen menjerit manja bila melihat karipap dalam piring yang diletakkan di atas meja. Intan mencebik. Perlu ke aksi manja tu? Memang kena buat banyak pemotongan adegan kalau buat drama dengan minah rambut perang ni. Terlalu berani.

81

Giler Kau?

Shahrul mengangkat gelas jusnya. Mata sempat menjeling ke arah Intan, gelas diteliti seakan-akan syak sesuatu. Eleh... takut aku letak julap ke? Kalau nak letak, baik aku letak racun tikus... baru puas hati. Intan dan Shahrul seolah-olah bertikam lidah dalam senyap. Mesti Shahrul takut dia balas dendam fasal kopi perisa garam tu. Eh, Shah dah balik? Reen pun ada, sapa Hajah Khalsum dari hujung tangga. Ada... saja temankan Shah. Sedaplah karipap auntie ni, masih macam dulu. Zaireen terus memuji. Itu bukan mak cik yang buat, tapi Intan ni, jelas Hajah Khalsum . Berubah wajah Zaireen. Matanya beralih pada wajah maid baharu keluarga itu. Dia mencebik. Intan tayang muka bangga. Bukan senang kalau kena puji depan-depan ni. Tetapi, dia bukan jenis manusia yang hidup dengan memohon pujian. Itu maknanya buat sesuatu perkara dengan tidak ikhlas. Orang gaji memanglah kena buat semua ni, bukannya susah sangat. Tak payah nak guna otak sangat, sindir Zaireen. Intan hanya tersenyum. Nak buat apa marah-marah, misi penyelamat dah sampai. Wajah Hajah Khalsum dijeling dengan ekor mata. Jelas wanita itu tidak selesa dengan apa yang keluar daripada mulut minah rambut perang di hadapannya. Dalam masa yang sama hatinya tertanya-tanya siapa sebenarnya minah berambut perang di hadapannya. Siapa dia orang gaji ni? Soalan Hajah Khalsum diiringi dengan senyuman.

82

Dyadila

Intan pura-pura memandang ke arah pintu yang tertutup rapat. Auntie ni takkan dah lupa, perempuan yang berdiri dekat depan kita ni la. Ada orang gaji barulah senang sikit kerja auntie, kan? Shah tak kenalkan Intan pada Reen? Soalan Hajah Khalsum kedengaran pelik. Shahrul bangun, berdiri tegak. Mak, Shah naik atas dulu. Penat, nak rehat. Shah dah makan tadi. Malam ni Shah tak turun makan. Shahrul meninggalkan masalah yang masih belum selesai. Huh! Bukan masalah dia pun. Hesy, budak bertuah ni, omel Hajah Khalsum. Zaireen menjeling tajam. Melihat cara Hajah Khalsum bercakap seolah-olah perempuan di hadapannya itu terlalu istimewa. Berbulu matanya melihat layanan mesra bakal mak mentuanya itu. Reen, ini Intan... jiran sebelah rumah mak cik. Intan, kenalkan ni Reen.... Hai. Im Zaireen Amalina, ujar Zaireen sambil menyambut sedikit tangan Intan. Jelas tidak ikhlas. Intan Azura.... Hooo... you Melayu rupanya, I ingat maid dari China tadi. Sorrylah sebab pakaian you memang macam orang gaji pun, buat I salah faham. Ketawa Zaireen dibuatbuat. Geram bila melihat wajah putih bersih Intan. Macam mana dia boleh tidak tahu yang Shahrul ada jiran secantik ini? Intan sekadar tersenyum, tahu sangat makna katakata Zaireen itu. Nampak memang macam bergurau tetapi di

83

Giler Kau?

sebalik gurauan itu ada kata-kata berbau hinaan. Mak Jah, kalau tak ada apa-apa Intan balik dululah. Nanti karipap tu Mak Jah bagi dekat jiran-jiran kita. Lupa pulak Intan ada hal lepas ni. Hajah Khalsum mengangguk sambil menghantar Intan sampai ke pintu. Zaireen mencebik. Eleh, berlagak baik. Selalu ke jiran auntie tu datang sini? soal Zaireen sebaik sahaja tubuh Intan tidak kelihatan. Hajah Khalsum hanya tersenyum. Memang sejak Intan pindah ke sebelah rumahnya dia terasa dianugerahkan seorang anak perempuan. Semua benda dikongsi bersama. Dia suka dengan cara Intan membawa diri. Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Auntie jangan berani sangatlah bagi someone yang tak berapa nak kenal masuk dalam rumah. Bahaya! Nanti hilang barang-barang siapa nak jawab? Zaireen bijak memberi nasihat. Intan tu dah macam keluarga sendiri. Mak cik tak rasa dia macam orang asing pun. Zaireen nak duduk sini sampai bila? Zaireen gigit bibir, tahu sangat kiasan Hajah Khalsum ini hendak menghalaunya. Reen balik dululah auntie, Shah pun macam penat. Nanti lain kali Reen datang. Eloklah tu, kirim salam dengan mama nanti. Pesan Hajah Khalsum. Zaireen hanya membalas dengan senyuman tidak ikhlas. Tidak ada masa dia hendak sampaikan salam menyalam ni. Dia ada banyak lagi tempat menarik yang boleh pergi selain daripada rumah mama yang membosankan itu.

84

Dyadila

Okeylah auntie... Reen balik dulu. Dalam terpaksa kakinya melangkah juga.

85

No. ISBN:- 978-967-0448-25-1 Jumlah muka surat:- 1,176 Harga Runcit:- S/M: RM38, S/S: RM41 Harga Ahli:- S/M: RM34, S/S: RM37 Sinopsis:Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik. Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih. Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed

Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua. Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya. Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka. Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Shahrul sejak dulu. Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia. Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau? Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan

GILER KAU? di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai