Anda di halaman 1dari 117

Aje Fazlina

Bab 1
ARI sudah hampir gelap. Nur Nilam melajukan langkahnya menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat, jalan yang sedang dia lalui sekarang ini sangat sunyi. Dia harus segera pulang ke rumah. Hari ini masuk hari ketiga dia keluar mencari pekerjaan. Sudah banyak temu duga yang dihadirinya namun, tiada satu syarikat pun yang memberikan jawapan seperti yang dia mahukan. Dia sangat hampa apatah lagi bila terkenang akan ibunya yang sakit. Hatinya semakin sayu. Sudah sehari suntuk dia meninggalkan ibunya di rumah. Dia mula menarik nafas lega apabila dia sudah hampir ke perhentian teksi itu. Tiada seorang pun yang kelihatan. Lagipun dalam waktu-waktu begini memang susah untuk mendapatkan teksi. Baru sahaja dia mahu duduk tibatiba beg tangannya direntap kuat. Dia terkejut. Tolong!!! Tolong!!! Tolong!!! Nur Nilam menjerit sekuat hatinya apabila melihat beg tangannya diragut oleh dua orang lelaki. Kejadian berlaku terlalu pantas. Dengan

Hangatnya Cinta

sedaya upaya dia cuba mengejar mereka, berharap agar beg tangannya itu dapat dikembalikan semula. Namun kudratnya tidak sekuat peragut-peragut itu. Dia akhirnya terduduk lemah berhampiran sebuah kereta. Tercungap-cungap nafasnya. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya yang semakin gelap itu. Tiada sesiapa pun yang ada untuk menolongnya. Dia akhirnya menangis tersedusedu di situ. Dia amat perlukan wang itu. Itu sajalah wang yang dia ada untuk membeli ubat bagi merawat penyakit buah pinggang ibunya. Hatinya makin sayu. Harapannya musnah berderai. Kenapa menangis sorang-sorang kat sini? Nur Nilam mendongak perlahan. Seorang pemuda sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam. Perlukah dia menceritakan semuanya kepada pemuda yang berdiri di hadapannya ini? Perlukah? Untuk apa? Kerana beg tangannya sudah dibawa lari jauh entah ke mana? Lagipun siapa lelaki ini? Apa yang dia buat di sini? Apakah pemuda ini datang untuk membantunya ataupun pemuda ini juga sama seperti peragut-peragut tadi bahkan mungkin lebih teruk lagi daripada peragut tadi? Otaknya mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia mengengsot sedikit merapatkan tubuhnya berhampiran kereta yang berwarna merah itu. Takut jika diapa-apakan oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. Awak ni kenapa? Boleh saya tolong? soal lelaki itu lagi. Kali ini suaranya kedengaran semakin kuat. Dia mencangkung di hadapan Nur Nilam. Saya diragut... jawabnya spontan. Air matanya kembali merembes dengan laju. Mari saya hantar awak ke balai. Lagipun sekarang

Aje Fazlina

dah masuk waktu maghrib. Kalau awak masih di sini pun tiada apa yang awak boleh buat, tuturnya tenang. Nur Nilam menarik nafas lega. Dia telah membuat andaian yang bukan-bukan tentang pemuda di hadapannya ini sebentar tadi. Namun apabila dia teringat akan wangnya yang telah hilang itu, air matanya kembali merembes dengan laju. Saya perlukan wang tu itu sajalah wang yang saya ada untuk merawat penyakit mak saya. Dia berbicara perlahan dalam sedu-sedannya. Dia bukannya orang senang mahupun kaya-raya. Kenapa peragut-peragut itu tidak meragut sahaja orang yang kaya? Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa, sedangkan dia amat memerlukan wang itu? Dia bukannya anak orang kaya, berharta jauh sekali. Syyy... awak jangan menangis. Wang awak tu pun dah hilang entah ke mana. Awak menangis macam ni pun belum tentu dapat kembalikan wang awak tu. Cepatlah, kalau awak masih duduk di situ lagi macam mana saya nak masuk ke dalam kereta. Lelaki itu berbicara lagi sambil menghadiahkannya sebuah senyuman. Serentak dengan itu Nur Nilam bangun. Baru dia sedar yang lelaki di hadapannya ini sedang menanti dia ke tepi. Maafkan saya, ucapnya sepatah. Tak mengapa. Balas lelaki itu pula sambil tersenyum mesra. Ada aura dan tarikan yang luar biasa.

SELESAI membuat laporan polis tentang kejadian ragut tadi, dia keluar dari balai polis itu dengan langkah yang tergesa-

Hangatnya Cinta

gesa. Dia mahu segera pulang ke rumah. Dia amat risaukan keselamatan ibunya di rumah. Semenjak kematian ayahnya, hanya dia sajalah tempat ibunya bergantung harap. Dia anak tunggal. Tiada abang, tiada kakak juga adik untuk dia berkongsi segala-galanya. Dahulu, sewaktu arwah ayahnya ada tidaklah hidupnya melarat sebegini. Namun, semenjak kematian ayahnya lima bulan yang lalu dia terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya. Mujur dia sempat menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah. Kini, dia mahu berbakti kepada ibunya. Ibulah segala-galanya baginya buat masa ini. Pernah dia mendapat tawaran pekerjaan yang agak lumayan sewaktu baru menghabiskan pengajian dulu tetapi terpaksa ditolak kerana dia tidak sanggup berjauhan dengan ibunya. Awak... mari saya hantarkan awak pulang. Dia berpaling. Pemuda yang menolongnya tadi masih ada di situ. Sangkanya lelaki itu telah pulang tadi. Tidak pula terfikir yang lelaki ini masih setia menunggunya. Terima kasih sebab awak tolong saya. Saya tak tahu bagaimana harus membalas jasa baik awak, tutur Nur Nilam sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam kenderaan mewah lelaki itu. Pasti lelaki di sebelahnya ini bukan calang-calang orang. Lihat sahajalah kereta Honda Civic Mugen yang sedang dipandunya ini. Tak mengapa kerana saya juga memerlukan bantuan awak. Sangat tepat pada masanya bila saya bertemu dengan awak. Bantuan saya? Nur Nilam mengerutkan keningnya. Dia tidak mengerti bantuan apa yang lelaki ini mahukan daripadanya.

Aje Fazlina

Yup! Bila saya jumpa awak tadi menangis seorang diri saya rasa Allah sudah mempertemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. Nur Nilam kerut kening. Tak faham apa yang lelaki itu katakan. Mak awak sakit, kan? Lelaki itu menyoal. Nur Nilam hanya mengangguk lemah. Awak perlukan duit, kan? soal lelaki itu lagi. Kali ini Nur Nilam tidak lagi mengangguk tetapi memandang lelaki itu dengan perasaan kurang senang. Apa sebenarnya lelaki ini perlukan daripadanya? Jangan-jangan lelaki ini mahu menjualnya. Ya Allah... kenapa dia terlalu bodoh kerana mempercayai lelaki di sebelahnya ini? Kenapa dia menerima sahaja pelawaan lelaki ini untuk menghantarnya pulang tadi? Jika berlaku apa-apa pasti dia akan menyesal seumur hidup! Kenapa awak pandang saya macam tu? Apa nama awak? Soalan lelaki itu mengejutkannya daripada lamunan. Nur Nilam kembali ke alam nyata. Dia merasa tubuhnya bergetar saat ini. Bimbang jika diapa-apakan oleh lelaki ini. Tetapi daripada cara yang lelaki ini tunjukkan kepadanya tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Nur Nilam Qaseh Binti Ahmad Kamil, jawabnya. Sedap nama awak. Saya Mohamad Iskandar Dzulkarnain Datuk Ismail. Panggil saja Is. Nur Nilam hanya mengangguk. Perasaan takutnya semakin berlalu. Anak Datuk rupanya. Patutlah daripada gayanya sahaja boleh dilihat bahawa lelaki ini anak orang yang kaya-raya. Awak nak saya tolong apa?

Hangatnya Cinta

Kali ini giliran Nur Nilam pula menyoal. Tidak lagi takut seperti tadi. Permintaan saya sebenarnya agak berat. Saya tahu tentu awak cakap saya gila. Tapi, entahlah.... Kadang-kadang manusia akan buat apa sahaja untuk mengelak daripada sesuatu yang mereka tidak mahu. Selagi permintaan awak tidak menyusahkan, saya tak kisah untuk tolong. Tapi, janganlah awak minta yang keterlaluan... tak mampu saya nanti, jawab Nur Nilam semula. Kalau saya dan awak, kita... kahwin? Awak nak tak? Hah! Kahwin? Apa yang awak merepek ni? Nur Nilam benar-benar terkejut. Tapi, selepas itu tawanya berderai. Sejak dari tadi, itulah yang belum dia lakukan. Belum apa-apa lagi awak dah ketawakan saya. Malunya rasa.... Habis, dah awak buat lawak antarabangsa... macam mana saya tak ketawa. Saya tak merepek. Lagipun bukankah awak perlukan duit untuk merawat penyakit ibu awak? Awak tolong saya dan saya tolong awak, lagipun keadaan awak dan saya sekarang ni sama. Kita sama-sama terdesak. Saya perlukan calon isteri untuk mengelak daripada berkahwin dengan calon menantu pilihan mama saya, ujar Iskandar berterus terang. Nur Nilam benar-benar tergamam. Memang dia perlukan duit untuk merawat penyakit ibunya. Tetapi, haruskah dia berkorban masa depannya dengan hidup bersama lelaki yang langsung dia tidak kenal? Dia tidak cintakan lelaki ini. Begitu juga dengan lelaki ini. Kahwin

Aje Fazlina

bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Maaflah, saya tak boleh. Permintaan itu terlalu berat. Saya bukannya patung ataupun barang mainan. Saya tak nak kerana duit segalanya tergadai. Saya tak percaya yang lelaki seperti awak boleh memikirkan perkara tentang kahwin ini dengan mudah. Saya tak cakap pun awak barang mainan. Cuma sekarang saya terdesak. Saya perlukan bantuan awak. Itu saja. Iskandar sedikit geram. Kenapa awak tak kahwin sahaja dengan calon menantu pilihan mama awak? Bukankah pilihan orang tua lebih baik? Mereka lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk anak mereka. Nur Nilam masih tidak berpuas hati. Dia hairan mengapa mesti lelaki di sebelahnya ini menolak pilihan orang tuanya sendiri. Saya kenal perempuan yang ingin mama saya jodohkan itu macam mana. Saya lebih rela tak berkahwin daripada mendapat isteri yang macam tu. Tapi saya tak boleh, saya tak ada kuasa untuk menghalang kehendak mama. Mama memang suka memaksa. Dia cuma bagi saya seminggu untuk buat pilihan. Bawa calon menantu atau saya akan tetap berkahwin dengan calon pilihannya. Tolonglah saya... saya merayu sangat pada awak. Tapi kenapa saya? Takkanlah awak langsung tak pernah ada teman wanita. Sebab awak yang saya jumpa. Saya dah tak percaya pada cinta. Tolonglah saya. Please.... Saya simpati dengan awak. Tapi, permintaan awak terlalu berat untuk saya tunaikan. Manusia lahir dan hidup atas dasar cinta. Sayang, jika cinta itu sudah tidak wujud lagi di hati awak, balas Nur Nilam pula. Sudahlah masalahnya

Hangatnya Cinta

belum selesai kini ditambah pula dengan masalah yang langsung tidak diduga. Wajah ibunya terbayang di depan mata. Kesian ibu, sehingga ke tahap ini aku masih tidak mampu untuk meringankan beban yang dihadapinya. Bisik hatinya lagi. Saya tak pernah merayu pada mana-mana wanita selain awak. Tolonglah saya. Saya benar-benar terdesak. Saya tak akan paksa awak lakukan apa-apa. Awak cuma perlu berlakon jadi isteri saya sahaja. Saya akan tanggung semua rawatan penyakit ibu awak. Awak tak sayangkan ibu awak? Pertanyaan terakhir itu membuatkan Nur Nilam semakin resah. Saya sangat sayangkan ibu dan sanggup buat apa sahaja untuk dia. Tapi.... Saya juga sayangkan mama. Tapi saya tak boleh ikut kehendak mama dalam soal jodoh. Awak tolonglah saya... saya akan tolong awak merawat penyakit ibu awak tapi hanya dengan bantuan duitlah. Sebab saya bukan doktor. Iskandar masih sempat bergurau untuk mewujudkan suasana ceria. Boleh ke saya percaya yang awak tak akan buat apa-apa pada saya? Pertanyaan daripada Nur Nilam benar-benar membuatkan hati lelaki Iskandar tercuit. Dia mahu ketawa kuat. Tapi ditahan agar tidak berderai. Soalan daripada Nur Nilam kedengaran sangat lucu. Jika tidak terdesak, dia sendiri tidak akan buat kerja bodoh ini. Berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cinta. Bahkan tidak kenal. Memanglah kerja gila namanya. Tapi dia lebih rela berkahwin dengan gadis di sebelahnya ini daripada berkahwin dengan Jueliana. Perempuan pilihan hati mamanya. Dia langsung tidak berkenan dengan Jueliana itu. Bukannya dia tidak tahu cara hidup Jueliana yang agak kebaratan itu. Entahlah, apa yang

Aje Fazlina

mamanya berkenan pun dia tidak tahu. Mamanya memang begitu. Suka sahaja memaksa anak-anaknya. Dia tidak mahu menderita seperti kakaknya, Izreen. Berkahwin dengan lelaki pilihan mamanya. Dia tahu kakaknya terseksa. Kita buat perjanjian. Iskandar bersuara perlahan. Kereta yang dipandunya sudah sampai di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar. Di luar rumah terdapat satu cahaya lampu neon yang sedia terpasang. Awak bagi saya masa. Okey, saya akan tunggu awak di sini sampai pagi esok. Selepas subuh saya mahukan jawapan. Saya harap awak akan tolong saya. Jika awak setuju kita buat perjanjian. Awak nak tunggu di sini? Nur Nilam menyoal kembali. Dia hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk memberikan jawapan kepada lelaki yang berada di sebelahnya ini. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini. Lelaki ini tidak ada bezanya dengan sikap mamanya itu yang suka memaksa. Bisik hati Nur Nilam pula. Yup... saya akan tunggu, sebabnya selagi saya tak dapat jawapan saya tak akan pulang. Nur Nilam menarik nafas dalam. Pintu kereta dibuka, dia turun bersama hati yang sarat dengan persoalan. Apa yang harus dia lakukan? Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri memerlukan wang yang banyak untuk rawatan dialisis ibunya. Untuk satu bulan rawatan dialisis, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000. Duit simpanan pula sudah habis. Kerja pula masih belum dapat. Ditambah pula dengan kejadian ragut tadi dia seolah-olah tinggal sehelai sepinggang. Okey... saya setuju, jawab Nur Nilam perlahan sebelum menutup pintu kereta.

Hangatnya Cinta

Hah! Terima kasih Nur Nilam Qaseh! jerit Iskandar dari dalam kereta. Dia menjerit sambil menyebut penuh nama Nur Nilam. Di balik cermin kereta yang sedikit terbuka itu Nur Nilam dapat melihat dengan jelas keseronokan lelaki itu apabila dia bersetuju untuk berkahwin. Senyuman Iskandar meleret-leret. Tapi dengan beberapa syarat, sambung Nur Nilam pula. Iskandar segera keluar dari kereta dan berdiri menghadap Nur Nilam. Cakaplah. Saya hanya nak awak tanggung perbelanjaan ibu saya sehingga saya dapat kerja. Bila saya dah dapat kerja awak tak perlu susah-susah lagi. Yang lain-lain tu, awak jangan nak sentuh-sentuh saya sesuka hati awak tau. Lepas tu saya tak nak tinggal dengan family awak sebab saya tak akan selesa. Lagipun saya ada ibu yang harus saya jaga. Banyak juga syarat awak tu. Tapi tak apa, saya setuju. Jawab Iskandar sambil tersenyum. Syarat-syarat yang Nur Nilam tetapkan tidaklah terlalu susah untuk dipenuhi. Untuk membiayai rawatan bakal ibu mentuanya itu tidaklah susah sangat. Sebagai pengarah urusan di Syarikat Isz Jaya Sdn. Bhd. dia mampu untuk menanggung segala keperluan rawatan itu. Cuma yang kedua tu agak tak boleh nak dipenuhi seratus peratus. Sebab di hadapan mama dan papanya dia perlu berlagak mesra dengan Nur Nilam. Sentuh-sentuh manja tak apa, kan? Tak luak pun, kan? Lagipun ada apa dengan syarat? Dia tersenyum gembira. Sesungguhnya masih ada wanita sebaik Nur Nilam. Rasa macam tak percaya pula yang dia sanggup ambil risiko begini. Tapi, seperti yang dia katakan

10

Aje Fazlina

kepada Nur Nilam tadi. Manusia akan lakukan apa sahaja kalau sudah terdesak sebab akal logik sudah tidak mampu untuk berbicara dengan sempurna. Sentiasa dalam tekanan yang membuak-buak. Kahwin? Aduhai... macam mimpi pula dapat isteri macam mi segera.

11

Hangatnya Cinta

Bab 2
AHWIN? Betul ke apa yang ibu dengar ni? Anak ibu nak kahwin dengan siapa? terjah Puan Syarifah bertalu-talu pada pagi itu. Nur Nilam yang sedang meletakkan dulang berisi Milo panas hanya tersenyum kelat. Kalau ya pun ibu makanlah dulu, ucapnya perlahan sambil mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan ibunya. Bau nasi goreng yang dimasak oleh Nur Nilam sungguh menyelerakan Puan Syarifah. Dia bertuah mendapat anak yang baik seperti Nur Nilam. Bukan sahaja bijak tetapi juga pandai memasak. Sejak daripada kecil hingga dewasa Nur Nilam seorang yang tidak susah untuk dididik. Tapi dia juga kesiankan Nur Nilam kerana terpaksa berkorban untuk menjaganya yang sakit. Nanti bila tetamu kita datang ibu berkenalanlah dengan dia ya... pesan Nur Nilam. Pandai betul anak ibu ni berahsia dengan ibu.

12

Aje Fazlina

Ibu gembira tak? soalnya sekali lagi. Mengharap reaksi daripada Puan Syarifah. Ibu gembira sangat. Nanti bila ibu sudah tidak ada lagi adalah orang yang akan jaga anak ibu ni. Tak adalah ibu susah hati tinggalkan Nilam seorang diri. Ibu... kenapa cakap macam tu? Ibu rasa telah banyak menyusahkan kamu, Nilam. Kamu belajar tinggi-tinggi tetapi terpaksa bersusah payah untuk menjaga ibu pula. Nur Nilam berubah wajah. Ibunya hanya satu di dunia dan tidak ada galang gantinya. Dia rela berkorban apa sahaja asalkan ibu bahagia. Perkahwinan ini juga untuk kebahagiaan ibu. Dia mahu ibu sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dia tidak menyesal kerana dapat membalas jasa ibu walaupun sedikit cuma. Walaupun dia terpaksa berkorban masa depannya. Ampunkan Nilam, ibu. Rintih hatinya sayu. Kamu ada rahsiakan apa-apa daripada ibu? soal Puan Syarifah seolah-olah dapat membaca hati anaknya itu. Nur Nilam menggelengkan kepalanya. Biarlah hanya dia dan Iskandar sahaja yang tahu. Semoga rahsia ini akan terus tersimpan kemas. Tidak lama kemudian kedengaran suara seseorang memberi salam. Dia bingkas bangun menuju ke muka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacul wajah Iskandar di hadapannya. Dengan kaca mata hitam yang dipakainya itu membuatkan Nur Nilam hampir-hampir tidak perasan akan wajah itu. Kacak, bergaya, tinggi. Sehingga dia perlu mendongak untuk memandang lelaki itu. Itulah yang boleh dirumuskan tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya ini.

13

Hangatnya Cinta

Rupa kacak macam ni pun tak ada kekasih ke? Ada masalah ke? Gerutu hatinya. Jemput masuk... pelawa Nur Nilam. Mana ibu awak? soal Iskandar sambil membuka kaca mata yang dipakainya itu. Ada di dapur. Marilah sarapan sekali. Iskandar mengangguk perlahan menuruti langkah kaki Nur Nilam. Matanya meninjau keadaan di dalam rumah. Kemas walaupun ruangannya tidak terlalu besar. Jika hendak dibandingkan dengan rumahnya memang jauhnya ibarat Pluto dan Bumi. Tapi itu tak menjadi masalah. Dia tidak pernah menganggap bahawa kesenangan adalah cermin kebahagiaan. Disebabkan itu jugalah dia lebih suka bersederhana dalam segala hal. Setakat pandu Honda Civic Mugen itu apalah sangat. Ibu, kenalkan inilah Iskandar, beritahu Nur Nilam sebaik sahaja menghampiri ibunya. Iskandar tersenyum sambil menyalami tangan Puan Syarifah. Apa khabar, mak cik? Beginilah Iskandar.... Mak cik kesiankan Nur Nilam, bersusah payah dia menjaga mak cik. Tak mengapa, selepas ini saya akan jaga Nur Nilam dan mak cik, tutur Iskandar bersahaja. Dia melihat Nur Nilam menjeling ke arahnya. Dia tersenyum namun tidak bagi Nur Nilam yang kelihatan agak resah. Entah kenapa Nur Nilam merasakan ada getar di dalam dada apabila mendengarkan kata-kata daripada Iskandar tadi. Nak jaga dia? Ada ke dia minta begitu? Hatinya mula rasa tak sedap. Kenapa dengan kamu ni Nilam? Kenapa tak

14

Aje Fazlina

cedokkan nasi tu ke dalam pinggan Is? Air tu kenapa kamu tak tuangkan? Tak baik layan tetamu macam ni, Nilam. Puan Syarifah mengomel perlahan. Sengihan Iskandar semakin panjang. Meluat pula Nur Nilam melihatnya. Dia mencedokkan nasi goreng itu ke dalam pinggan. Betulkah apa yang sedang dia lakukan ini? Bisik hatinya lagi. Berbelah bahagi. Dah lama ke kamu kenal dengan anak mak cik ni? soal Puan Syarifah pula. Hmmm... kami baru je kenal. Saya sebenarnya lebih suka perhubungan selepas berkahwin, jawab Iskandar tenang. Padahal dalam hatinya nak gelak terguling-guling macam tenggiling. Bercinta lepas kahwin? Huh! Tak ada maknanya. Baguslah macam tu, Is. Orang kata bercinta lepas kahwin lebih indah. Ini tak, bercinta bagai nak rak tapi putus. Sudahnya kahwin dengan orang lain. Rugi masa sahaja. Ujar Puan Syarifah pula. Iskandar tersenyum kelat. Kata-kata Puan Syarifah bagai terkena pada batang hidungnya sendiri. Bercinta bagai nak rak. Alih-alih ditinggalkan, sendiri terseksa. Perempuan tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Bisik hatinya. Nur Nilam yang mendengar tidak menyampuk. Dia tidak tahu apa yang perlu dibualkan. Dia kemudiannya segera meminta diri untuk berlalu ke dalam bilik kerana dia mahu segera bersiap-siap. Banyak lagi urusan yang harus dia lakukan dengan segera. Mahu buat kad pengenalan baru, lesen baru, nak ambil borang nikah dan yang paling berdebar mahu berjumpa dengan keluarga Iskandar. Mujur kursus perkahwinan sudah dihadirinya sewaktu belajar dahulu. Iskandar benar-benar telah menyusahkannya.

15

Hangatnya Cinta

SUDAH siap anak ibu? Kenapa biar tetamu tunggu lamalama tu. Tak baik tau, tegur Puan Syarifah sebaik sahaja melihat Nur Nilam masih berada di hadapan cermin solek itu. Dia hairan melihat sikap Nur Nilam yang seperti melarikan diri daripada berhadapan dengan Iskandar. Tak apalah ibu, sekali-sekala apa salahnya Is tunggu, jawabnya pula. Cantik anak ibu. Berseri-seri wajah. Seri bakal pengantinlah ni, ya? Puan Syarifah sengaja ingin mengusik Nur Nilam. Tak adalah ibu... salah tu. Yang sebetulnya anak ibu ni memang cantik. Tawanya berderai melihat muka ibunya yang terkejut itu. Dia bingkas bangun dan segera berjalan menuju keluar sebelum menyalami tangan ibunya. Iskandar turut melakukan perkara yang serupa. Mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh Nur Nilam. Kereta Honda Civic Mugen berwarna merah itu terus bergerak laju menuju ke destinasi. Suasana di dalamnya sunyi sepi. Hanya kedengaran suara lagu yang berkumandang di corong radio. Bau wangian Country Garden yang terpasang terasa begitu mendamaikan. Dia tidak pernah mengimpikan semua ini. Tapi takdir memaksanya untuk melakukan semua ini. Mereka tidak saling mengenali tapi mereka terpaksa hidup dalam sebuah ikatan perkahwinan yang telah dirancang. Masih banyak onak dan ranjau yang perlu mereka hadapi selepas ini. Berapa umur awak? soal Iskandar memulakan bicara setelah lama berdiam. Dua puluh lima, awak?

16

Aje Fazlina

Dua puluh sembilan tahun. Saya lebih tua daripada awak. So? Jangan pura-pura buat tak tahu, jawab Iskandar bersahaja. Nur Nilam terpanar kerana hakikatnya dia memang tidak tahu apakah maksud di sebalik kata-kata Iskandar itu. Akhirnya dia berdiam diri sahaja. Lagipun dia tidak berminat untuk berbicara apa-apa dengan lelaki ini. Dia seperti tidak mahu mengenali lelaki ini. Bukan apa, dia bimbang nanti di akhirnya dia yang terluka sendiri. Awak dah ada kekasih? Iskandar menyoal sekali lagi. Soalan daripada Iskandar membuatkan tawanya meledak tiba-tiba. Tak kuat tapi boleh tahanlah. Kalau ada saya tak akan terima lamaran untuk kahwin dengan awak, jawab Nur Nilam sebaik sahaja tawanya reda. Manalah tahu, kekasih awak tu tak boleh bantu awak. Sebab tu awak terima saya.... Awak ingat saya kebulur sangat ke dengan bantuan awak tu? Kali ini soalan Iskandar dibalas dengan soalan. Geram benar Nur Nilam. Iskandar seperti menganggapnya sebagai seorang perempuan yang tamakkan wang ringgit. Dia tak seperti itulah! Bukan macam tu maksud saya.... Iskandar tahu dia sudah tersalah cakap. Habislah dia kalau Nur Nilam menukar fikiran nanti. Saya sudah buat surat perjanjian tu. Nanti bila semuanya selesai awak boleh tandatangan, tutur Iskandar kembali.

17

Hangatnya Cinta

Saya rasa tak payahlah awak nak minta tandatangan. Cukuplah awak ingat semuanya dan saya pun begitu. Iskandar hanya mengangguk setuju. Terus diambil sampul surat yang terselit di sebelah pintu kereta itu. Cermin kereta diturunkan lalu sampul itu segera dibuang. Awak buang macam tu je? Tak penting pun benda tu ada. Sekarang cuma ada di sini. Iskandar tunjuk kepalanya. Suka hati awaklah.... Selepas itu tiada lagi kedengaran suara Nur Nilam. Iskandar terasa sangat bosan dengan situasi itu. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan stereng kereta pula. Tapi gadis ini jugalah yang sudi menolongnya. Jika tiada gadis ini sudah tentu dia akan dikahwinkan dengan Jueliana. Perempuan seksi itu. Pagi tadi sewaktu dia bercerita kepada mama dan papanya bukan main terkejut lagi orang tuanya itu. Dalam apa-apa hal sekalipun mamanya la yang lebih-lebih. Semua dia mahu tahu, kerja apa? Anak siapa? Umur berapa? Berapa orang adik-beradik? Kadang-kadang dia sendiri berasa rimas. Rimas sangat-sangat. Disebabkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga, mamanya sibuk-sibuk mahu dia berkahwin dengan segera. Sedangkan umurnya belum lagi menginjak ke angka tiga puluh tahun. Masih muda. Mamanya takut sangat dia tak berkahwin sampai bila-bila selepas dia putus dengan Kamalia dulu. Mujur juga mamanya tidak membantah dengan pilihannya kali ini. Cuma mamanya mahu berjumpa terlebih dahulu. Siaplah kau Nilam, kena basuh dengan mama aku nanti. Ucapnya dalam hati.

18

Aje Fazlina

SETENGAH jam kemudian mereka sampai di hadapan sebuah banglo besar yang tertera nama Teratak Qaseh. Nur Nilam tersenyum kerana nama teratak itu sama seperti namanya. Mesti penghuni-penghuni di dalam rumah ini sangat mengasihi di antara satu sama lain. Fikirnya lagi. Dia membetulkan rambutnya yang disanggul itu supaya kelihatan lebih kemas. Dia memang suka bersanggul sebegini kerana rambutnya keriting. Walaupun ramai yang menyukai rambutnya yang keriting itu tetapi dia lebih suka menyembunyikannya dengan bersanggul. Baru sahaja pintu kereta itu mahu dibuka, Iskandar terlebih dahulu membukakan untuknya. Romantis la pula mamat ni. Terima kasih, ucapnya perlahan. Welcome, balas Iskandar. Dia menuruti langkah kaki Iskandar dari belakang. Semakin hampir tubuhnya di muka pintu semakin berdebar pula dadanya dirasakan. Dap dup dap.... Pintu rumah ditolak perlahan oleh Iskandar sebaik sahaja salam diberi. Sunyi sahaja suasana di dalam rumah ini. Tiada penghunikah? Tapi tak mungkin pula. Bukan ke tadi Si Iskandar yang beria-ia sangat nak dia jumpa dengan mama dan papanya? Aneh betul. Rumah besar tapi tak ada penghuni. Mesti sangat membosankan. Awak tercegat di situ kenapa? Masuklah ke dalam. Awak duduk dulu di sofa tu, sekejap saya panggil mama dan papa. Agaknya dia orang ada di atas. Nur Nilam hanya mengangguk. Dengan langkah yang berhati-hati dia menapak dan duduk di sofa mewah itu. Dia meninjau keadaan sekeliling. Semua perabot dan barangan yang terdapat di dalam rumah ini kelihatan sangat mewah dan mahal-mahal belaka. Beruntung Iskandar hidup

19

Hangatnya Cinta

dalam suasana yang kaya-raya begini. Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak mensyukuri nikmat yang dia terima. Rumah yang dia duduk dengan ibunya itu pun sudah cukup besar dan sempurna baginya. Dari jauh kedengaran derapan tapak kaki menuju ke arahnya. Dia semakin berdebar. Papa, mama, kenalkan... bakal isteri Is. Nur Nilam Qaseh. Iskandar memperkenalkan Nur Nilam kepada orang tuanya. Nur Nilam menyuakan bersalaman dengan Datin Rozita. tangannya untuk

Datin Rozita menyambut namun tiada kemesraan yang ditonjolkan. Datin Rozita benar-benar tidak menyangka yang Iskandar sebenarnya sudah ada pilihan hatinya sendiri. Dia juga yang suruh Iskandar buat pilihan. Kini dia terpaksa menerima hakikat yang anaknya memang sudah ada calon sendiri. Wah! Pandai Is cari Qaseh ya. Sama pula dengan nama teratak kita. Sekarang barulah ada Qaseh betul-betul di dalam rumah ini, ucap Datuk Ismail. Nur Nilam tersenyum. Kebetulan sahaja namanya sama dengan Teratak Qaseh ini. Dia rasa lega kerana Datuk Ismail melayannya dengan mesra. Datuk, Datin apa khabar? soal Nur Nilam memulakan bicaranya. Ada nada getar dalam setiap butir bicaranya. Dia sangat resah sebenarnya. Iskandar yang duduk bersebelahan dengannya hanya tersengih. Menyampah la pula dia. Macam yang Nilam tengok sekarang. Kami baikbaik saja, jawab Datuk Ismail.

20

Aje Fazlina

Tak payahlah kamu nak panggil Datuk dan Datin. Tak lama lagi kamu nak masuk ke dalam keluarga ini juga, tutur Datin Rozita pula. Walaupun dia tidak begitu menyukainya tetapi dia terpaksa menerima. Macam mana mama? Suka tak dengan pilihan Is? soal Iskandar pula. Dia tahu, pasti sekarang Nur Nilam sedang diburu perasaan debar yang menggila berada di hadapan mama dan papanya. Suka tak suka ini yang kamu pilih. Keluarga Nilam tinggal di mana? Nilam kerja apa? Nilam tinggal dengan ibunya saja mama. Ayah dia dah meninggal. Nilam ni anak tunggal dan baru habis belajar. Laju sahaja Iskandar menjawab. Padahal dia hentam je pasal belajar tu. Manalah dia tahu Nur Nilam baru habis belajar ke apa. Entah-entah SPM pun kantoi. Mama bukannya tanya kamu. Yang kamu sibuksibuk nak jawab bagi pihak Nilam ni kenapa? Bakal isteri kamu ni tak ada suarakah? tempelak Datin Rozita tiba-tiba. Iskandar ni pun satu, tak pasal-pasal dia pula yang kena. Dah tu boleh pula buat muka selamba. Mujur pembantu rumah datang menghidangkan minuman. Kalau tidak entah apa lagi yang bakal Datin Rozita katakan. Mama dah buat keputusan. Bulan hadapan kamu mesti disatukan, putus Datin Rozita. Tak cepat sangat ke mama? ucap Iskandar pula. Mengharapkan agar mamanya memanjangkan lagi tempoh tersebut. Nur Nilam semakin resah. Sebulan tu bukannya lama. Jenuhlah dia nanti. Ini keputusan mama! Tegas Datin Rozita lagi.

21

Hangatnya Cinta

Mereka kemudian berpandangan sesama sendiri. Bagi Iskandar kata-kata mamanya memang sudah tidak mampu untuk dibantah lagi. Tak kisahlah bila pun janji dia tak kahwin dengan Jueliana tu dah kira bagus. Datuk Ismail pula hanya diam. Dia menurut sahaja yang mana dirasakan baik. Lagipun dia juga suka dengan calon pilihan anaknya ini. Sopan, cantik malah berbudi bahasa. Sejuk mata yang memandang. Mujur bukan Jueliana yang jadi menantunya kerana dia sendiri tidak berkenan kepada gadis itu. Kalau nak dibandingkan dengan Nur Nilam jauh panggang daripada api. Pertemuan hari ini berakhir dengan selamat. Tiada kejadian-kejadian yang tidak diingini terjadi. Tiada juga bom atom yang meletup mahupun gunung berapi yang meletus. Nur Nilam terasa sangat lega apabila kehadirannya seolaholah diterima dengan baik. Walaupun layanan daripada Datin Rozita begitu acuh tak acuh kepadanya dia tidak kisah sangat. Lagipun dia tidak mengharapkan apa-apa kerana dia tahu akhir kisahnya tak mungkin sempurna seperti orang lain.

22

Aje Fazlina

Bab 3
ATA Fatihah masih tajam merenung kad undangan perkahwinan itu. Sekejapsekejap pandangannya beralih pula kepada Nur Nilam yang hanya bersikap selamba itu. Seolah-olah tiada apa-apa yang luar biasa. Apa ni Nilam? Boleh kau jelaskan pada aku? Aku harap kau tak anggap aku bukan-bukan. Aku memang akan berkahwin, Fatihah, tutur Nur Nilam perlahan namun masih jelas di pendengaran Fatihah. Fatihah seperti tidak percaya tetapi kad ini sudah menjadi bukti bahawa setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Nur Nilam adalah benar belaka. Dia tidak nampak sebab untuk Nur Nilam berbohong. Kenapa Iskandar? Bukan Syahrizal? soal Fatihah lagi. Sebab. Sebab bakal suami kau ini anak Datuk? Anak orang berada? Macam tu? Kau jangan tuduh aku begitu Tihah. Aku... aku....

23

Hangatnya Cinta

Nur Nilam tergagap-gagap. Dia tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan kepada Fatihah. Siapa Iskandar? Sampai hati kau Nilam. Kau langsung tak bercerita pada aku. Tup... tup... dah hantar kad kahwin. Fatihah berkecil hati dengan Nur Nilam. Fatihah, kau mesti terima kenyataan yang aku memilih Iskandar bukan Syahrizal. Lagipun kau sendiri tahu yang aku tak pernah cintakan Syahrizal, bicara Nur Nilam lagi. Tapi siapa Iskandar? soal Fatihah masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nur Nilam. Dia dapat merasakan yang Nur Nilam seperti mahu berahsia sesuatu daripadanya. Siapa Iskandar itu tidak penting. Nanti kau akan kenal juga siapa dia. Aku harap kau dapat terima keputusan aku ini. Kau doakan kebahagiaan aku ya. Hampir menitis air mata Nur Nilam. Kalaulah Fatihah tahu yang dia terpaksa buat semua ini sudah tentu Fatihah awal-awal lagi akan memarahinya. Bahkan sudah tentu Fatihah tidak bersetuju dengan pilihannya ini. Dengan memperjudikan masa depannya hidup bersama dengan lelaki yang langsung dia tidak kenal. Itu tidak masuk akal. Kenapa kau begitu terburu-buru, Nilam? Bukankah dahulu kau beria-ia mahu mendapatkan pekerjaan yang kau idam-idamkan? Selepas itu, baru kau akan fikir tentang kahwin. Tapi sekarang? Mana prinsip hidup kau itu Nilam? Nur Nilam serba salah. Dia tahu Fatihah sudah tentu kecewa dengan sikapnya yang tiba-tiba sahaja mahu berkahwin. Dia terpaksa berkorban. Ibunya lebih memerlukan rawatan dialisis yang berterusan untuk penyakit buah

24

Aje Fazlina

pinggang yang dihidapinya. Soal kerjaya itu tidak menjadi masalah. Bakal suami aku tidak akan menghalang perjalanan aku. Tapi kenapa begitu tergesa-gesa Nilam? Kau seperti merahsiakan sesuatu daripada aku. Fatihah masih tidak berpuas hati. Lagi cepat lagi bagus. Kami dah buat keputusan. Aku harap kau dapat hadir ke majlis aku nanti. Doakan kebahagiaan aku ya, Tihah...? pinta Nur Nilam. Fatihah semakin tidak faham dengan sikap Nur Nilam. Nur Nilam kelihatan resah setiap kali dia mempersoalkan siapa Iskandar, bakal suaminya itu. Tapi dia tidak akan memaksa Nur Nilam untuk memberitahunya. Dia cuba memujuk hatinya sendiri kerana dia tahu Nur Nilam berhak menentukan masa depannya sendiri dan siapa jua pilihannya. Siapa pun pilihan kau, aku akan tetap bersamamu Nilam, ujar Fatihah sedikit sebak. Mereka kemudiannya berpelukan. Fatihah merasakan yang dia akan kehilangan seorang sahabat kerana Nur Nilam akan melangkah ke fasa hidup yang baru sebagai seorang isteri. Bagaimana dengan Syah? soal Fatihah sebaik sahaja merungkaikan pelukannya. Aku sudah kirimkan kad undangan perkahwinan aku padanya. Aku yakin dia dapat menerima keputusan aku. Lagipun kau, kan ada? Kau sajalah yang kahwin dengan Syah tu. Nur Nilam masih sempat mengusik. Fatihah membulatkan matanya memandang Nur Nilam. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

25

Hangatnya Cinta

Nur Nilam ketawa gembira. Ketawa untuk menutup segala gelodak jiwa yang sedang dihadapinya saat ini. Aku harap kau akan bahagia dengan keputusan yang kau lakukan. Kau tahu, Nilam derita kau adalah derita aku.... Kau berdoalah semoga hanya yang baik-baik sahaja akan mengiringi perjalanan hidupku. Luah Nur Nilam penuh mengharap. Hanya doa yang dia mahukan daripada sahabat baiknya itu. Doa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya.

HEMBUSAN angin pantai di Pulau Sipadan pada petang itu sangat nyaman. Tidak seperti hatinya yang sedang bergelodak sejuta rasa. Mahu sahaja saat ini dia menyeberangi Laut China Selatan ini untuk bertentang empat mata dengan Nur Nilam. Agar semua persoalan yang bermain di benaknya ini dapat dirungkaikan satu per satu. Tapi tugasnya sebagai seorang pendidik di kawasan pedalaman ini lebih diperlukan. Cinta sebetulnya cukup membebankan. Cukup berat! Apatah lagi bila kasih sayang yang sekian lama digapai tidak kesampaian. Hati sang gadis terlalu utuh untuk menerima salam cinta yang selalu dititipkan dari kejauhan. Ah! Hati Syahrizal mengeluh perlahan. Sekali lagi pandangan matanya terarah kepada sebaris nama yang tertera di dalam kad undangan perkahwinan berwarna ungu itu. Nur Nilam Qaseh binti Ahmad Kamil dan Mohd Iskandar Dzulkarnain bin Datuk Ismail. Dadanya semakin sebal. Sampai hati kau, Nilam. Aku sangkakan selama ini

26

Aje Fazlina

kau menyimpan perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa. Tapi ternyata aku silap. Kau sudah ada pilihan kau sendiri. Tutur Syahrizal perlahan. Matanya pula masih terarah pada pemandangan yang terbentang luas di hadapannya. Hatinya terasa sayu. Semuanya adalah kenyataan yang benar-benar mengerikan dan tak mungkin lekang daripada lipatan sejarahnya. Sejujurnya amat berat rasa hatinya untuk merelakan semua ini berlaku. Tapi kenyataannya dia harus terima bahawa cinta Nur Nilam bukan untuknya. Ya Allah, tidak ada yang memberi kebahagiaan selain Engkau, tidak ada yang mengambil kesedihan selain Engkau. Tolong kuatkan hatiku ini untuk berdepan dengan kenyataan yang Engkau berikan. Doanya lagi dalam hati.

SUDAH hampir empat puluh lima minit Nur Nilam menjadi penunggu setia Iskandar. Matanya melilau ke arah jalan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Bayang kereta Iskandar langsung tidak kelihatan. Awal-awal lagi dah tak reti nak tepati janji! Hati Nur Nilam menggumam perlahan. Hampir seminggu sahaja lagi mereka akan bergelar suami isteri. Segala persiapan sudah hampir siap sepenuhnya. Cuma hari ini mereka berdua perlu mencuba baju perkahwinan. Takut tak muat pula. Mama Iskandar pun dah bising-bising sebab mereka berdua seolah-olah tak ambil pusing langsung dalam hal perkahwinan ini. Maklumlah perkahwinan ini dirancang dan akan berakhir apabila tiba waktunya, jadi buat apa nak buat besar-besar. Membazir je. Tidak lama kemudian kelibat kereta Honda Civic

27

Hangatnya Cinta

Mugen milik Iskandar itu sedang meluncur dengan laju ke arahnya dan berhenti betul-betul di hadapannya. Fuhhh! Laju gila mamat ni bawa kereta. Bisik hati Nur Nilam lagi. Sorry, saya ada mesyuarat penting tadi, tutur Iskandar sebaik sahaja tubuh Nur Nilam sudah berada di dalam perut kereta. Hmmm.... jawab Nur Nilam tanpa memandang sedikit pun ke wajah Iskandar. Dia segan. Iskandar hanya tersenyum kelat. Biasalah kalau Nur Nilam jawab macam tu. Kalau dia pun tak ada mood nak jawab panjang lebar. Lagi-lagi bila bab tunggu-menunggu ni. Memang dia sibuk sangat. Mujur hari ini masih sempat dia mencuri masa untuk keluar bersama bakal isterinya ini. Ah! Dia masih tidak percaya bahawa dia akan menjadi suami kepada wanita yang tidak dicintainya. Mujur ada perunding perkahwinan. Hendak harapkan dia, alamatnya nanti tetamu yang hadir makan mihun sajalah. Setengah jam kemudian mereka sampai di hadapan Butik Irries. Iskandar terlebih dahulu turun dari keretanya lalu membukakan pintu tempat duduk pemandu. Layanan daripada Iskandar membuatkan dada Nur Nilam bergetar hebat. Apatah lagi tatkala mata mereka bertembung. Ah! Agak aneh rasa ini. Mereka kemudiannya beriringan masuk ke dalam butik itu. Kedatangan mereka sememangnya telah dinantikan oleh pekerja butik itu. Baju pengantin yang berwarna ungu itu diserahkan kepada Nur Nilam untuk dicuba. Manakala baju Melayu warna yang sama diserahkan pula kepada Iskandar. Dalam gementar Nur Nilam masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencuba pakaian pengantin mereka itu.

28

Aje Fazlina

Nur Nilam merenung tubuhnya yang telah tersarung kemas baju pengantin yang direka hasil gabungan tradisional dan moden itu. Nampak kemas dengan hiasan yang sepadan. Betul ke apa yang aku buat ni? Soal hatinya. Kata orang baju pengantin jika warna ungu menunjukkan yang si pengantin seorang yang romantis dan mesra. Jadi Iskandar tu romantislah ye sebab dia yang pilih warna ni. Hesy... jangan sampai hati aku ni cair sudahlah. Bisik hatinya lagi. Dia kemudiannya memusing-musingkan tubuhnya di hadapan cermin di dalam bilik persalinan itu. Kemudian bibirnya mengukir senyuman kerana baju yang tersarung tidak memerlukan apa-apa perubahan lagi. Ianya sudah tersarung cantik di tubuhnya yang kecil molek itu. Cukup sempurna pada pandangan mata kasarnya. Rambut keriting miliknya yang pada awalnya disanggul terburai sewaktu menyarung pakaian lantas dibiarkan saja. Walaupun dia sedikit rimas. Tak mengapalah untuk sementara saja. Sebaik sahaja pintu bilik persalinan itu dikuak, Iskandar sudah terlebih dahulu berada di luar. Sekali lagi mata mereka bertembung. Nur Nilam resah namun tidak bagi Iskandar yang kelihatan selamba sahaja. Aduhai, kacaknya dia. Lelaki begini pun tak ada teman wanita? Aneh betul. Macam mana? Okey tak? soal Iskandar kepada Nur Nilam. Bakal isterinya ini boleh dikategorikan agak cantik. Hampir nak terbeliak juga biji matanya sebentar tadi. Tapi, nasib baik sempat cover line. Biasalah, lelaki mesti macho. Errr... hmmm... okey... okey... jawab Nur Nilam gugup. Matanya masih memandang Iskandar tanpa sedar.

29

Hangatnya Cinta

Kenapa pandang saya macam tu? Eh! Tak adalah. Mana ada saya pandang awak. Saya cuma tengok baju awak tu je... jawabnya pula cuba sembunyi rasa malu. Ye ke? Bukan pandang saya? Manalah tahu kalau awak dah sukakan saya. Kali ini suara Iskandar perlahan namun masih jelas di pendengaran Nur Nilam. Sukakan awak? Buang masa saya je... awak bukannya taste saya tau. Dia sendiri pun tidak sedar kenapa begitu berani dia berkata-kata begitu. Apatah lagi Iskandar hanya mengerling sekilas sahaja kepadanya sebaik sahaja dia selesai berkata-kata tadi. Bohonglah kalau Iskandar bukan taste dia. Sebabnya dia memang suka lelaki berjanggut sejemput macam Iskandar ni. Nampak macam kacak sahaja. Tapi, kalau perangai tak senonoh tak guna juga. Manalah tahu kalau awak malu nak mengaku... tambah Iskandar semula setelah beberapa detik terdiam. Dia tersenyum memandang Nur Nilam yang seperti buat tak endah dengan apa yang dikatakannya itu. Nur Nilam terus menuju kepada pekerja butik itu. Tak kuasalah dia nak layan cakap Iskandar tu. Okey tak baju ni? soal pekerja butik itu kepadanya dan Iskandar. Nur Nilam angguk. Iskandar angkat ibu jari, isyarat bagus. Kalau macam tu baju Cik Nilam tak ada apa-apa perubahanlah ye. Baju Encik Iskandar pun dah okey sangat tu... tutur pekerja butik itu pula dengan gaya lemah

30

Aje Fazlina

lembutnya. Perwatakannya mengalahkan orang perempuan. Biasalah tu. Walaupun dia orang macam ala-ala lembut gitu tapi kreatifnya mengalahkan perempuan. Ha... okeylah ni. Boleh kita orang salin sekarang? Nanti pakai lama-lama hilanglah pula serinya. Tutur Iskandar lembut sambil mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah pekerja butik itu. Nur Nilam hanya tersenyum kelat dengan gelagat Iskandar yang agak nakal itu. Masih sempat mengusik pekerja butik itu. Manakala pekerja butik itu pula ketawa kuat. Seronok nampak?

31

Hangatnya Cinta

Bab 4
ELESAI sahaja majlis perkahwinan di rumah Iskandar, Nur Nilam segera menapak menuju ke tingkat atas. Pintu bilik dikuak. Terpampang perhiasan yang serba ungu di depan matanya. Besar dan sangat kemas. Pelamin di bawah juga sebentar tadi dihiasi dengan bunga-bunga segar. Cantik dan nampak begitu teratur. Tetapi, bukankah semua itu membazir sahaja? Entahlah, dia sendiri tidak pasti apa yang akan dia lakukan seterusnya. Hari ini boleh dikatakan sehari suntuk dia menjadi pelakon. Jika ada anugerah pasti awal-awal lagi sudah dimenanginya. Ingatannya melayang pula kepada wajah ibunya. Tadi sewaktu berpisah dengan ibunya, dia begitu sedih sekali. Walaupun ibunya tidak menunjukkan riak wajah kesedihan tetapi dia tahu ibunya juga amat berat untuk berpisah dengannya. Buat masa ini adik ibunya, mak andak yang akan tolong tengok-tengokkan ibunya. Sementara dia belum berpindah. Nanti apabila sudah berpindah bolehlah ibunya tinggal sekali dengannya. Sebenarnya dia merasakan amat rimas duduk di

32

Aje Fazlina

dalam rumah besar ini lama-lama. Dia amat tidak selesa dengan pertanyaan orang-orang di sekelilingnya sebentar tadi. Mereka seolah-olah memandang rendah terhadapnya. Bukan dia tidak dengar ada yang berbisik-bisik mengatakan yang pernikahannya ini berlangsung dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa. Ah! Lantaklah. Sekarang yang lebih penting adalah ibunya.

ISKANDAR membuka samping yang terlilit di pinggangnya itu lalu disangkutkan ke bahu. Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke tingkat atas. Dia begitu letih melayan tetamu sebentar tadi. Begitu ramai tetamu yang hadir di majlisnya ini. Sehinggakan ada yang tak sempat dia nak layan. Pintu bilik ditolak perlahan. Di hujung katil dia melihat Nur Nilam sedang menyandarkan kepalanya sambil matanya terpejam rapat. Dia kemudiannya mengorak langkah menghampiri Nur Nilam perlahan-lahan. Sebaik sahaja sampai di situ dia mendekatkan wajahnya ke arah muka Nur Nilam lalu menghembuskan nafasnya kuat ke wajah itu. Tindakannya itu benar-benar mengundang kejutan kepada Nur Nilam. Mata Nur Nilam terbuka luas. Dia mendengus kasar. Awak ni dah gila ke?! Iskandar hanya tersengih seperti kerang yang tak laku sambil berlalu menuju ke almari pakaian. Pandai awak berlakon tadi. Tak sia-sia saya ambil awak! ucapnya pula sambil membuka butang baju Melayunya itu. Saya dah buat apa yang awak nak. Sekarang tiba giliran saya pula. Bila kita nak pindah?

33

Hangatnya Cinta

Nantilah. Tak lari lagilah rumah tu. Nanti tu bila? Saya tak sanggup biarkan ibu saya tinggal sorang-sorang macam tu. Mak andak pun ada tanggungjawabnya sendiri. Mana boleh saya nak harapkan pada dia selama-lamanya, balas Nur Nilam semula. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar sebentar tadi. Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap nanti tu nantilah. Boleh tak jangan paksa-paksa aku?! marah Iskandar sebelum berlalu menuju ke dalam bilik air. Bengang betul dia dengan desakan daripada Nur Nilam itu. Nur Nilam terkesima. Ke mana hilangnya budi bahasa lelaki ini sewaktu merayu-rayu kepadanya dahulu? Tiba-tiba sahaja dia rasa tertipu dengan sandiwara Iskandar. Dia benar-benar tertipu dengan kepalsuan yang lelaki itu tunjukkan. Nak menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi kerana cempedak dah menjadi nangka. Perkara yang paling ditakuti kini sudah berada di depan mata. Manis hanya di bibir sahaja. Wajah ibunya kembali terbayang di depan matanya. Kesian ibu, walaupun ada mak andak tolong jagakan ibunya namun tidak sama antara seorang anak yang menjaga seorang ibu berbanding orang lain yang menjaganya. Kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak dan kasih sayang seorang anak kepada ibu ibarat langit dengan bumi. Tidak lama kemudian Iskandar keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Hampir luruh jantung Nur Nilam melihat lelaki itu yang hanya berlagak selamba seolah-olah dia tiada di dalam bilik ini. Awak boleh tak keluar dari bilik air ni dengan berpakaian lengkap? tuturnya geram.

34

Aje Fazlina

Eh! Suka hati akulah, yang kau nak sibuk-sibuk apehal? Ini bilik aku. Suka hati akulah nak buat apa-apa pun. Ini dah kira bagus aku bertuala. Ataupun kau sebenarnya nak tengok aku keluar dari bilik air tu dengan tak pakai apa-apa? Kau nak tengok ke aku nak tunjuk? Iskandar berkata sambil mengorak langkah ke arah Nur Nilam. Is, apa awak merepek ni?! Nur Nilam semakin tidak sedap hati. Tubuhnya dirasakan bergetar menahan ketakutan. Apatah lagi melihat Iskandar semakin hampir dengannya. Aku tanya kau nak tengok ke?! soal Iskandar keras. Tangannya memegang bucu tuala. Jangan jadi gila Is. Jangan lupa pada perjanjian kita! Pergi jahanamlah dengan perjanjian tu. Kau sendiri yang cakap suruh kita masing-masing ingat. Sekarang ni aku dah lupa. Kau tak nampak yang aku dah buang perjanjian tu? So? Kau ada masalah ke? Sengihan daripada Iskandar makin lebar. Nur Nilam semakin kecut perut. Is! Nur Nilam menjerit kuat sambil menolak tubuh Iskandar yang berada di hadapannya. Iskandar semakin melampau. Yang kau nak jerit-jerit macam tu kenapa?! Kau ingat suara kau tu sedap sangat? Macam katak adalah! Awak tak patut buat saya macam ni, Is. Bukankah awak dah janji? Sekarang awak nak jadi orang munafik pula. Orang yang suka mungkir janji. Macam tu?! Sekali lagi kedengaran suara Nur Nilam nyaring. Hey, kau dengar sini baik-baik! Aku tak suka kau

35

Hangatnya Cinta

jerit-jerit dan nak berceramah macam ni dekat aku. Nyaring macam katak. Membebel macam mak nenek. Tolong kawal sikit suara kau tu. Kalau mama dengar habis kita... ucap Iskandar separuh berbisik tapi bernada tegas di telinga Nur Nilam. Nur Nilam dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu semakin dekat di telinganya. Kalau awak tak nak saya menjerit-jerit macam tadi, tolong kawal sikit perbuatan tak senonoh awak tu! Awaklah katak! Bukan saya, balas Nur Nilam lagi. Walaupun dia begitu bimbang saat ini tapi mulutnya laju sahaja membalas setiap kata-kata lelaki ini. Kau ingat aku kebulur sangat ke dekat kau?! Iskandar makin berang. Dia menarik kuat rambut Nur Nilam. Nur Nilam meronta minta dilepaskan. Sakit diperbuat begitu. Rambut keriting yang disanggul itu terburai. Setitik demi setitik air matanya berguguran membasahi pipinya yang polos. Sampai hati Iskandar buatnya begini. Dia sudah berkorban masa depannya untuk Iskandar. Walaupun perkahwinan mereka hanya untuk sementara, dia tidak berhak untuk dilayan sebegini. Iskandar serta-merta melepaskan cengkaman tangannya dari rambut Nur Nilam apabila menyedari yang Nur Nilam sedang menangis. Dia beristighfar dalam hati. Entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup mengasari Nur Nilam. Apakah disebabkan rasa kecewa yang dilaluinya kerana seorang insan yang bergelar perempuan membuatkan dia sanggup melakukan begitu terhadap Nur Nilam? Setelah cinta sejati yang diharapkan dapat sehidup semati berpaling tadah, dia sudah tidak ada hati lagi kepada mana-mana insan yang bergelar perempuan. Baginya

36

Aje Fazlina

perempuan adalah pemusnah hati dan perasaan. Kerana perempuan jugalah yang melahirkan hati dan perasaan. Jika tidak kerana mamanya sudah tentu sampai bila-bila pun dia tidak akan berkahwin. Iskandar kemudiannya berlalu menuju ke almari pakaian tanpa sepatah kata. Baju Melayu berwarna merah hati itu disarung ke tubuhnya. Tuala yang digunakan tadi disidai ke towel rack. Sebaik sahaja lengkap berpakaian, dia segera turun ke tingkat bawah tanpa menghiraukan Nur Nilam yang masih berada dalam tangisannya. Mana isteri kamu, Is? Kenapa dia tak turun sekali dengan kamu? soal papanya sebaik sahaja ternampak kelibat Iskandar yang baru turun dari tingkat atas itu. Ada di atas, papa... jawab Iskandar malas. Hai... papa tengok kamu berdua ni macam ada yang tak kena saja. Seorang di atas seorang di bawah. Kamu ada rahsiakan apa-apa daripada papa ke? Tak adalah papa. Sekejap lagi Is panggilkan dia. Lagipun dia letih sangat tadi. Hah! Baru majlis macam ni pun dah letih ke? Manja benar isteri kamu tu, Is, perli mamanya pula yang tiba-tiba datang dari dapur. Papanya pula segera berlalu ke luar rumah. Iskandar hanya tersenyum kelat. Manalah dia tahu yang Si Nilam tu manja atau tak. Bukannya dia kenal pun siapa sebenarnya Nur Nilam tu. Kalau boleh dia memang tidak mahu kenal gadis itu yang kini sudah sah menjadi isterinya. Lantaklah! Pergi panggil dia sekarang! Ada tetamu yang nak jumpa kamu dan isteri kamu di luar tu, suruh mamanya.

37

Hangatnya Cinta

Siapa mama? Jueliana! Iskandar terkejut. Kenapa yang kamu terkejut sangat ni? Tak pernah dengar nama Jueliana? Mama nak kamu dan Nilam minta maaf pada dia sekarang. Terutamanya Si Nilam tu sebab dah rampas kamu daripada Jueliana. Apa mama cakap ni? Siapa yang rampas Is? Nilam pilihan Is sendiri. Iskandar tidak mengerti. Jangan kamu ingat mama suka sangat dengan pilihan kamu tu. Sudah, pergi panggil dia sekarang! Tanpa banyak soal Iskandar terus menapak ke tingkat atas. Baru sahaja dia meniti beberapa anak tangga, dia bertembung dengan Nur Nilam yang sedang berdiri kaku di situ. Dia kaget. Pasti Nur Nilam sudah mendengar kata-kata mamanya sebentar tadi. Kau okey, Nilam? soalnya pula. Laju sahaja tangannya menarik tangan Nur Nilam meniti anak tangga untuk menuju ke bilik semula. Pintu bilik kemudiannya ditutup rapat. Lepaskan tangan sayalah! marah Nur Nilam. Tak luak pun setakat aku pegang tangan kau tu! bidasnya semula. Is! Awak tak patut buat saya macam ni. Sudahlah family awak tak suka pada saya. Awak kejam Is! Aku lagi suka kalau semua orang di dalam rumah ni tak suka kau. Kerja kita akan jadi lebih mudah. Lagi cepat aku boleh lepaskan kau. Kau tak nak bebas ke? soal Iskandar kembali. Hampir menitis air mata Nur Nilam mendengar kata-kata Iskandar. Entah kenapa hatinya begitu tersentuh

38

Aje Fazlina

mendengar kata-kata yang terpacul daripada bibir Iskandar sebentar tadi. Hatinya begitu sarat dengan rasa kecewa tibatiba. Ya, dia seolah-olah terlupa yang dia sedang berlakon. Perkahwinan ini hanya di atas kertas sahaja. Kenapa kau diam? Kau tahanlah sikit. Mama memang begitu, sambung Iskandar lagi. Tapi sampai bila? Sampai kita pindah! Bila? Kau ni tak faham bahasa ke? Aku dah cakap tadi. Nantilah! Sekarang kau ikut aku turun ke bawah jumpa Jueliana, tempelak Iskandar sekali lagi. Nur Nilam hanya mengangguk lemah. Muncungnya sudah panjang sedepa. Sekejap! Aku nak kau lepaskan rambut kau tu. Tak payah nak sanggul-sanggul. Kau tu muda lagi. Serentak dengan itu dia menarik klip rambut yang berada di kepala Nur Nilam. Nur Nilam benar-benar terkejut dengan tindakan di luar jangkaan daripada Iskandar itu. Panas betul hatinya. Ya Allah, cantiknya dia. Bisik hati Iskandar pula. Matanya terpaku pada raut wajah ayu Nur Nilam. Lama dia berkeadaan begitu. Pandangannya kemudian beralih ke mata, alis, hidung dan bibir merah milik Nur Nilam. Ah! Isterinya ini benar-benar buat dia lupa pada kekecewaan yang lalu. Nur Nilam lekas-lekas melangkah menuju ke arah pintu apabila menyedari akan renungan tajam Iskandar kepadanya. Lebih baik dia jauhkan diri sebelum ditimpa sebarang musibah. Nanti! panggil Iskandar semula.

39

Hangatnya Cinta

Langkah Nur Nilam terhenti lagi. Dia kembali menoleh ke arah Iskandar. Apa lagi yang awak nak saya buat? Kau mesti panggil aku abang di hadapan family aku nanti. Baru nampak romantik. Macam-macamlah pula mamat ni. Bisik hati Nur Nilam pula. Dia mengangguk. Mereka kemudiannya jalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Kali ini jari-jemari Nur Nilam kemas berada dalam genggaman Iskandar. Dia agak rimas dengan kelakuankelakuan Iskandar yang agak berlebih-lebihan. Mengada betul! Bisik hatinya lagi. Hai... baru nampak muka pengantin. Itu hah! Tetamu dah lama tanggu. Kalaupun letih layanlah tetamu tu dulu, bicara Datin Rozita kedengaran sangat pedas di halwa telinganya. Nur Nilam terasa mukanya benar-benar berubah warna. Sakit hati benar dia mendengarkan kata-kata itu. Ah! Jika tidak kerana kasihkan ibunya tak ingin dia jadi menantu Datin Rozita. Iskandar pula hanya berlagak selamba. Mungkin sudah biasa dengan perangai mamanya itu. Mama ni... sampai hati tau cakap macam tu. Kita orang letih la mama. Nilam lagilah, kesian kat dia, ucap Iskandar pula. Masa bila pula aku letih? Iskandar ni pandai-pandai je nak kenakan aku. Bisik hati Nur Nilam pula. Jangan kamu nak bela dia pula! marah Datin Rozita.

40

Aje Fazlina

Iskandar ni memang nak kena. Tak pasal-pasal dia pula yang terkena. Lepas ni cepatlah mama dapat cucu.... Irma, adik Iskandar menyampuk. Iskandar menjegilkan matanya ke arah Irma yang sedang ketawa. Pandai-pandai je. Jangan sampai mamanya berharap sudahlah. Kalau tak, timbul pula nanti satu masalah lain. Hanya kelibat Irma sahaja yang kelihatan. Mana perginya kakak Iskandar? Dari tadi dia belum bersua dengan kakak Iskandar, Izreen. Ingin sekali dia bertanya kepada Iskandar tetapi setiap kali dia cuba untuk berbuat demikian, lidahnya jadi kelu. Takut dikata busy body pula. Tahniah, ucap Julieana sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Iskandar dan Nur Nilam. Pandangan matanya tidak lepas daripada memandang seraut wajah Nur Nilam. Semua kelihatan sederhana sahaja. Entah ubat guna-guna apa yang dia guna untuk mendapatkan Iskandar. Terima kasih kerana datang ke majlis kami, ucap Iskandar pula sambil memeluk pinggang Nur Nilam. Geram betul Nur Nilam. Mahu sahaja dia menjerit supaya tidak diperlakukan begitu. Kalau ya pun nak romantis tak payahlah nak lebih-lebih. Jueliana yang melihat tersenyum sinis. Benar-benar cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Iskandar. Bila korang berdua berkenalan? Biarlah itu jadi rahsia kami berdua. Betul tak sayang? Kali ini, hampir luruh jantung Nur Nilam

41

Hangatnya Cinta

mendengarkan perkataan sayang itu. Tubuhnya dirasakan bergetar. Sampai hati you, Is. You, kan tahu yang I cin... I tak pernah cintakan you, Jue. Anggap saja yang kita memang tak ada jodoh. Potong Iskandar laju. Dia memang tidak menyukai Jueliana sejak dari dulu lagi. Jika nak dibandingkan dengan Nur Nilam, kecantikannya jauh lebih asli. Tapi itu tidak bermakna dia akan jatuh cinta lagi. Cintanya dah mati setelah dia dikhianati dulu. Nur Nilam melihat Jueliana menjeling geram ke arahnya dan kemudian beralih pula kepada Iskandar. Tetapi Iskandar seperti biasa hanya berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang perlu diberi perhatian. Selepas itu Jueliana terus bangun dan meninggalkan mereka. Berlalu tanpa sebarang suara hanya isyarat mata yang Nur Nilam sendiri kurang arif apa maknanya. Jueliana benar-benar kecewa. Dia cintakan Iskandar tetapi lelaki itu tidak pernah mahu melayannya. Dia bukan sahaja malu kerana Iskandar telah menolaknya mentahmentah tetapi juga tidak berpuas hati dengan kemenangan Nur Nilam sedangkan pada pandangannya Nur Nilam hanya gadis biasa yang tak punya apa-apa.

IS... tolong saya Is. Saya sangat terseksa di sini Is. Tolong saya. Saya takut Is... tolong saya Is.... Iskandar cuba untuk menggapai tangan Kamalia daripada dibawa pergi tetapi dia gagal kerana tiba-tiba sahaja

42

Aje Fazlina

sebatang tubuh yang agak sasa menarik kuat tubuh Kamalia jauh daripadanya. Wajah Kamalia pucat lesi. Dia melihat Kamalia menangis. Kemudian dia menjerit memanggil nama Kamalia berulang kali. Namun, Kamalia tetap dibawa pergi jauh daripadanya. Sayup-sayup dia terdengar namanya dipanggil berulang kali. Dia terasa suara itu begitu hampir dengannya. Dia membuka mata. Mencari wajah Kamalia tetapi tiada. Is... awak mimpi, ucap Nur Nilam perlahan sambil duduk di hujung katil. Iskandar beristighfar dalam hati berulang kali. Tubuhnya berpeluh-peluh sedangkan penghawa dingin sudah sedia terpasang. Sejak akhir-akhir ini dia selalu mimpikan Kamalia datang dan meminta tolong. Dia tidak tahu apa maksud mimpinya itu. Untuk apa Kamalia meminta tolong daripadanya kerana Kamalia sendiri begitu tega meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain. Sampai hati Kamalia. Hatinya benar-benar hancur dengan kecurangan yang dilakukan oleh Kamalia. Kerana Kamalia juga dia terpaksa berkahwin dengan Nur Nilam. Wanita yang langsung tidak dicintainya. Awak okey Is? tegur Nur Nilam setelah lama berdiam. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia risau melihat Iskandar. Banyak kali juga telinganya ini mendengar Iskandar memanggil-manggil nama Kamalia. Siapa dia Kamalia? Istimewa sangatkah Kamalia di hati Iskandar? Bicara hatinya. Aku okey, kau boleh pergi tidur. Nur Nilam hanya mengangguk sebelum berlalu menuju ke arah tempat tidurnya yang berhampiran dengan almari. Hanya beralaskan tilam kecil dan dua biji bantal. Tadi

43

Hangatnya Cinta

sewaktu dia masuk ke dalam bilik Iskandar sudah nyenyak dibuai mimpi di atas katil. Jadi dia ambil keputusan untuk tidur sahaja di situ. Tak mungkin dia akan berkongsi katil dengan Iskandar. Tak mungkin! Dia sebenarnya diburu rasa berdosa dengan ikatan yang sebegini. Perkahwinan yang sah tetapi dibuat mainan. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu ini. Doanya sebelum melelapkan matanya. Nilam, kau boleh tidur di sini. Biar aku yang tidur di situ. Nur Nilam yang baru sahaja mahu melelapkan matanya tercengang-cengang dengan apa yang didengarinya tadi. Tak mungkin pula Iskandar melawak kerana dia melihat Iskandar telah mengorak langkah menuju ke arahnya. Aku offer sekali je. Kau nak ke tak nak? Tak nak aku boleh tarik balik tawaran aku tadi. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, Nur Nilam pantas mengangguk tanda setuju dengan tawaran Iskandar itu. Dalam hatinya terdetik jua ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Iskandar tetapi waktu seolah-olah tidak mengizinkan. Iskandar kelihatan benar-benar keletihan dan dia sendiri juga sangat mengantuk.

44

Aje Fazlina

Bab 5
ETIKA terjaga subuh itu, Nur Nilam merasakan kepalanya berdenyut kuat. Badannya terasa lemah dan seram sejuk. Perutnya juga terasa mencucukcucuk. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menyambung kembali tidurnya. Tetapi apabila memikirkan yang dia sedang berada di Teratak Qaseh ini niatnya untuk menyambung tidur itu dibatalkan sahaja. Bimbang nanti apa pula tanggapan Datuk dan Datin. Sudahlah Datin Rozita seolah-olah benci kepadanya. Sejak dari semalam lagi asyik mencari salahnya sahaja. Hendak tak hendak terpaksalah dia gagahkan jua dirinya untuk bangun. Selepas mandi, Nur Nilam keluar dengan berpakaian lengkap. Hanya dengan berT-shirt putih dan seluar track hitam sudah cukup membuatkan penampilannya begitu bersahaja. Rambut keritingnya itu disanggul seperti biasa. Lantaklah kalau Iskandar nak cakap dia nampak tua bila bersanggul. Yang penting dia selesa dengan caranya yang begini. Dia kemudiannya menuju ke arah Iskandar yang

45

Hangatnya Cinta

masih lena diulit mimpi. Dia segera mengejutkan Iskandar apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul enam empat puluh minit pagi. Is... Is... bangun. Subuh dah nak habis. Iskandar bergerak-gerak matanya. Dah pukul berapa? Enam empat puluh minit. Kau dah solat? Hmmm... tak. Apa yang tak? Tak boleh! Uzur, jawab Nur Nilam. Jelas kelihatan raut wajahnya bertukar rona. Malu. Iskandar pula hanya berlagak selamba seperti biasa. Dia bangun dan menuju ke towel rack untuk mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Nur Nilam kemudiannya mengorak langkah menuju ke tingkat bawah. Tangannya memegang perutnya yang dirasakan semakin memulas itu. Teruklah dia kali ini. Ubat yang selalu dia telan untuk mengurangkan sakit senggugutnya ini tidak dibawa pula. Semuanya tertinggal di rumah. Jadi terpaksalah dia menahan kesakitan yang semakin kuat mencengkam ini. Assalammualaikum, Mak Piah. Masak apa pagi ni? Boleh Nilam tolong tak? sapa Nur Nilam kepada Mak Piah yang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam peti sejuk itu. Mak Piah satu-satunya pembantu rumah di Teratak Qaseh ini. Waalaikumussalam, Nilam. Tak payah susah-susah. Kerja Mak Piah ni. Nilam kan orang baru... kenapa tak duduk berehat saja. Nanti dah siap Mak Piah panggil. sebelum membuka

46

Aje Fazlina

Tak apalah Mak Piah. Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni, ucap Nur Nilam pula sambil tangannya masih lagi memegang perut yang sakit itu. Untung Iskandar dapat isteri macam Nilam ni. Sudahlah cantik, baik hati pula nak tolong Mak Piah. Mahu saja Nur Nilam bagi tahu kepada Mak Piah yang dia dan Iskandar bukanlah seperti yang semua orang sangkakan. Janganlah puji lebih-lebih Mak Piah. Kalau Mak Piah tak puji pun Nilam tetap akan tolong Mak Piah masak, balas Nur Nilam kemudiannya sambil tersenyum. Tak menyusahkan Nilam ke? Tak adalah. Nilam, kan dah cakap tadi Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni. Masakkan untuk ibu.... Menyebut nama ibunya membuatkannya begitu sayu. Sayu kerana dia sendiri tidak tahu bila akan bertemu dan tinggal bersama ibunya. Iskandar seolah-olah tiada jawapan untuk pertanyaannya itu. Jauhnya termenung. Cakap tadi nak masak? Nilam nak masak apa? Mak Piah mengejutkan lamunan panjang Nur Nilam. Nur Nilam tersenyum hambar. Iskandar suka makan sarapan apa ya Mak Piah? Laju sahaja soalan itu terpacul daripada bibirnya. Mak Piah tersenyum memandang Nur Nilam. Keikhlasan yang Nur Nilam tunjukkan benar-benar membuatkan hatinya tersentuh. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan arwah anaknya yang telah lama meninggal dunia. Sikapnya saling tak tumpah seperti Nur Nilam. Ringan tulang untuk membantunya.

47

Hangatnya Cinta

Mak Piah? Kenapa pandang Nilam macam tu? soal Nur Nilam pula. Nur Nilam rajin... macam arwah anak Mak Piah, balasnya pula. Oh... maafkan Nilam sebab tanya macam tu tadi. Tak ada salahnya Nilam, balas Mak Piah pula. Mak Piah tahu tak Iskandar suka makan apa? Nur Nilam cuba mengalih topik perbualan. Dia tidak mahu bersedih di pagi hari. Iskandar tak cerewet orangnya. Dia akan makan apa sahaja yang Mak Piah masak. Kalau dia tahu Nilam yang masak lagilah dia suka. Kalau macam tu Nilam masak nasi goreng boleh tak? Mak Piah mengangguk setuju dengan cadangan Nur Nilam. Dia kemudiannya menyediakan barang-barang yang diperlukan oleh Nur Nilam. Sesekali matanya melirik ke tangan Nur Nilam yang sekejap-sekejap memegang perut. Seperti sedang menahan kesakitan. Nilam okey ke? Kalau tak, biar Mak Piah saja yang buat. Kamu pergi berehat, ucap Mak Piah lagi. Tak apa, sakit sikit saja. Sakit perempuan. Nanti okeylah tu, jawab Nur Nilam sambil tersengih memandang Mak Piah. Telatahnya itu benar-benar mencuit hati Mak Piah. Setengah jam kemudian, siap sudah nasi goreng yang dimasak oleh Nur Nilam. Bau nasi goreng yang dimasaknya itu benar-benar membuka selera sesiapa sahaja. Namun, Nur Nilam masih lagi berperang dengan kesakitan. Nilam, kamu kenapa? Sakit ke? sapa Datuk Ismail tiba-tiba sahaja.

48

Aje Fazlina

Tak... tak... jawab Nur Nilam tergagap-gagap. Dia malu untuk beritahu hal yang sebenarnya. Betul ke kamu okey ni? Papa tengok macam tak okey je? Ha, Mak Piah kenapa bagi Nilam yang masak? Kesian kat dia. Serentak dengan itu Nur Nilam terasa ingin muntah. Dia segera bangun menuju ke singki. Dia benarbenar merasa tidak selesa. Saya dah larang tadi Datuk, tapi dia berdegil juga nak tolong saya. Bertuah Iskandar, Datuk. Isterinya sakitsakit pun masih nak masak untuknya. Mak Piah kemudiannya berlalu dengan membawa dulang berisi air untuk dihidangkan di atas meja. Kalau dah sakit sangat, pergilah berehat di atas tu, suruh Datuk Ismail. Bapa mentuanya benar-benar mengambil berat akan dirinya. Sama seperti ayahnya. Ah! Rindunya dia kepada arwah ayahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nur Nilam teragak-agak untuk naik berehat di bilik atau teruskan sahaja kerja-kerja yang telah separuh dia lakukan itu. Dalam hatinya dia takut disalah anggap. Tapi apabila melihatkan keikhlasan yang Datuk Ismail tunjukkan dia mengangguk setuju. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, terpacul wajah Datin Rozita di hadapannya. Hah! Kamu ni nak ke mana pula? Nilam tak sihat tu mamanya. Saya suruh naik berehat saja. Lagipun dia muntah-muntah tadi. Perutnya kosong tu. Nanti papa suruh Is bawakan sarapan untuk kamu, terang Datuk Ismail.

49

Hangatnya Cinta

Hai... baru buat kerja sikit pun dah sakit ke? Perli Datin Rozita. Nur Nilam menelan semua kata-kata itu walaupun agak pedih. Mujur ada bapa mentuanya. Sekurang-kurangnya dia tidak terasing di dalam rumah ini. Lagipun dalam keadaannya sekarang, dia terasa benar-benar lemah dan tidak berdaya. Sejak dari zaman persekolahan lagi dia mengalami senggugut yang teruk. Bahkan akan muntah sampai kadangkadang tu perlu dapatkan rawatan di klinik.

MORNING mama, papa. Hmmm... sedapnya bau nasi goreng ni? Resipi baru ke Mak Piah? soal Iskandar yang baru sahaja sampai di meja makan. Isteri kamulah yang masak, balas Mak Piah. Iskandar yang baru sahaja mahu duduk memandang muka Mak Piah. Betul ke Nilam yang masak? Pandailah pula dia. Bisik hatinya. Is macam mana isteri kamu? Sakitnya dah kurang ke belum? soal Datuk Ismail. Iskandar yang mendengar pertanyaan papanya itu mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang diperkatakan oleh papanya. Masa bila pula Nilam sakit? Kamu jangan buat tak tahu pula, Is, sambung Datuk Ismail lagi. Entah abang ni! Boleh buat selamba saja. Kak Nilam sakit pun tak tahu ke? Papa cakap tadi Kak Nilam muntah-muntah. Kali ini giliran Irma pula bersuara. Iskandar dah mula tak sedap hati. Muntah? Biar

50

Aje Fazlina

betul...? Takkan Nilam mengandung pulak kut? Dia tak sentuh pun Nilam tu. Takkan pegang tangan boleh mengandung pulak? Akalnya mula terfikir yang bukan-bukan tentang Nur Nilam. Lagipun segalanya mungkin. Dia bukannya kenal siapa Nur Nilam Qaseh. Hah! Sudah. Bala apa pula kali ini. Gerutu hatinya lagi.

ISKANDAR menarik selimut yang menutupi tubuh Nur Nilam. Nur Nilam membuka matanya perlahan-lahan. Di depannya kini Iskandar yang sedang merenung tajam ke arahnya. Maaflah sebab saya tidur atas katil ni.... Nur Nilam bersuara lemah. Hey! Aku tak kisah pun kau nak tidur atas katil ni. Itu kau punya pasal! jawab Iskandar kuat. Matanya merenung tajam ke arah Nur Nilam. Tindakan Iskandar itu benar-benar menimbulkan curiga di hati Nur Nilam. Habis tu awak nak apa? soal Nur Nilam pula. Kepalanya dirasakan sangat berat sewaktu dia cuba untuk bangun sebentar tadi. Kau tanya aku kenapa? Baik kau cakap dengan aku anak siapa yang sedang kau kandungkan tu?! Apa awak merepek ni Iskandar?! Nur Nilam terkejut. Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu?! soal Iskandar lagi.

51

Hangatnya Cinta

Nur Nilam hanya menggelengkan kepala dengan telatah Iskandar. Baru dua hari dia di sini boleh jadi gila dibuatnya. Hey! Yang kau diam kenapa? Kau pekak ke?! Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu? Suara Iskandar perlahan tapi nadanya kedengaran sangat keras. Nur Nilam semakin resah. Apa awak merepek ni? Bila masa pulak saya mengandung? Awak jangan asyik nak tuduh saya tanpa bukti, Is. Nur Nilam segera turun dari katil. Makan hati benar dia dengan sikap Iskandar. Sudahlah sakitnya masih belum hilang. Dia sangat memerlukan ubat di kala ini. Nak harapkan kepada siapa untuk minta tolong. Iskandar? Jangan haraplah dia nak tolong! Habis yang kau muntah-muntah tadi tu apa? Kau nak tipu aku! Aku tak sangka rupanya kau semurah itu! Patutlah kau setuju nak kahwin dengan aku. Rupa-rupanya aku perlu jadi pak sanggup. Macam tu?! Is! jerit Nur Nilam kuat. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Sampai hati Iskandar menganggapnya begitu. Dia tidak semurah itu. Jika tidak kerana ibu, dia sendiri tidak akan terima tawaran Iskandar. Hey perempuan! Aku dah pesan pada kau banyak kali jangan menjerit! Kau ni memang tak faham bahasa! Kau memang nak buat malu dalam keluarga ni. Kalau aku tahu macam ni lebih baik aku pilih Si Jueliana tu. Kali ini Iskandar benar-benar hilang sabar. Dia menarik kuat rambut Nur Nilam sehingga Nur Nilam terdorong ke dinding. Satu penampar hinggap di pipinya yang mulus. Sakit dan peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air

52

Aje Fazlina

matanya pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang pedih itu. Is... saya tak mengandung! Saya senggugut yang teruk. Bukan ke pagi tadi saya dah cakapkan pada awak yang saya uzur? Awak hina saya Is... saya tak semurah itu.... Bibirnya berkata perlahan dalam sedu-sedan. Cecair jernih yang membasahi pipinya sudah cukup untuk menyatakan sakitnya. Kini, dia terasa sangat kesal dengan apa yang dilakukannya. Dia terduduk lemah, kepalanya semakin berdenyut. Dia tidak tahan lagi. Pandangannya dirasakan semakin berpinar dan perlahan-lahan gelap. Dia tidak sedar lagi apa-apa yang berlaku. Iskandar terkedu di situ!

53

Hangatnya Cinta

Bab 6
SKANDAR duduk bersandar di hujung katil. Matanya terarah kepada Nur Nilam yang berada di sebelahnya. Nur Nilam sudah sedarkan diri tadi tetapi kembali melelapkan mata setelah menelan ubat yang diberikan oleh Mak Piah. Mungkin kesan ubat itu agak kuat. Kesian Nur Nilam. Dia telah buruk sangka kepada gadis ini sebentar tadi. Iskandar benar-benar diburu penyesalan yang tidak terhingga. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak mampu mengawal perasaan amarahnya sebentar tadi. Kesian wajah asli ini, tidak pasal-pasal makan penamparnya hari ini. Ya Allah, aku benar-benar bersalah kepadanya. Tanpa dia sedari jari-jemari Nur Nilam dicapainya lalu digenggamnya erat. Matanya masih merenung ke wajah Nur Nilam. Cantik. Sangat cantik. Pesona Nur Nilam benarbenar membawanya hanyut jauh ke destinasi yang mana hanya ada dia dan Nur Nilam sahaja. Dia seakan-akan lupa kisah cinta tragisnya yang lalu. Dia seakan-akan kembali ke lembah cinta dan kasih sayang yang dia berniat untuk tidak ke situ lagi. Apakah kehadiran Nur Nilam sebenarnya telah

54

Aje Fazlina

melahirkan erti cinta sekali lagi di hatinya? Ah! Dia benarbenar keliru saat ini. Segalanya serba aneh dan tak kena. Nur Nilam bergerak-gerak perlahan. Serentak dengan itu Iskandar melepaskan genggaman tangannya dan turun dari katil. Dia berdiri menghadap Nur Nilam sambil memanggil lembut nama isterinya itu. Nur Nilam membuka matanya. Sayup-sayup di cuping telinganya kedengaran ada suara yang memanggil namanya. Sebaik sahaja terpandangkan wajah Iskandar, dia kembali memejamkan matanya dengan rapat. Dia bencikan Iskandar. Sangat-sangat benci. Kini, dia mengharapkan agar Iskandar akan cepat-cepat melepaskannya. Biarlah dia berusaha sendiri untuk merawat penyakit ibunya. Dia tidak berdaya untuk terus-terusan hidup dengan lelaki ini. Baru hari kedua dia sudah dihadiahkan penampar. Belum hari ketiga dan keempat nanti. Ngeri bila memikirkannya. Nilam... aku minta maaf. Aku salah. Kau makanlah sikit. Kau belum makan apa-apa lagi. Suara Iskandar benar-benar hampir di telinganya. Dadanya berdebar, takut diapa-apakan lagi oleh lelaki ini. Nilam... bukalah mata tu. Aku janji aku tak akan buat kau macam tu lagi. Aku menyesal. Maafkan aku ya, pujuk Iskandar lagi. Nur Nilam hanya menggeleng. Matanya masih dipejam rapat. Nilam kau dengar tak? Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Kau maafkanlah aku. Iskandar masih tidak berputus asa. Matanya masih memandang ke wajah Nur Nilam yang putih melepak. Nilam, aku dah buat keputusan. Esok kita pindah. Kita bawa ibu kau tinggal sekali dengan kita, okey. Lagipun

55

Hangatnya Cinta

aku dah nak masuk pejabat. Iskandar cuba memancing Nur Nilam dengan topik itu. Dia tahu, pasti Nur Nilam sangat gembira mendengarkan berita ini. Seperti yang dijangka Nur Nilam membuka matanya dan beralih kepada Iskandar. Betul ke ni? soalnya lemah. Iskandar mengangguk berulang kali sambil tersengih. Dalam hatinya macam nak menjerit-jerit sebut yes! Yes! Yahooo! Sebab taktiknya dah berjaya melembutkan hati Nur Nilam. He he he... nasib kaulah Nur Nilam. Awak janji? soal Nur Nilam lagi. Dia masih raguragu dengan kata-kata Iskandar. Janjilah... aku takkan mungkir janji. Kau maafkanlah aku pasal tadi. Aku dah tuduh kau macammacam. Aku tak sengaja, bicara Iskandar lagi. Mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Iskandar itu membuatkan hatinya sebak tiba-tiba. Kejadian yang berlaku tadi sangat menyakitkan hatinya. Dia dihina bahkan dia dianggap perempuan yang tak bermaruah. Tergamak Iskandar menuduhnya begitu. Nilam, kau dengar tak? Okeylah, aku takkan paksa kau untuk maafkan aku. Itu hak kau. Yang penting sekarang ni kau makan dulu. Kau tengok ni, Mak Piah dah masakkan bubur untuk kau. Sayang benar dia kat kau, tutur Iskandar lagi. Saya belum ada selera.... Tak boleh! Tak boleh! Kau ada selera ke tak ke, kau kena makan juga. Nanti sakit kau tu melarat aku juga yang susah! Habis nanti orang dalam rumah ni tuduh aku tak pandai jaga isteri. Nur Nilam mengetap bibir. Geram sangat-sangat

56

Aje Fazlina

dengan Iskandar. Kenapalah Iskandar ni suka paksa-paksa? Tadi cakap tak nak paksa tapi sekarang lain pula. Hesy... kalau dia sihat sekarang ni mahu je dia luku-luku kepala Si Iskandar ni. Baru puas hati dia. Awak boleh tak jangan paksa-paksa saya? Awak pergilah buat hal awak! Jangan kacau saya. Saya tak akan menyusahkan awak kalau saya sakit macam mana teruk sekalipun. Eh! Melawan pulak. Kau tu isteri aku. Kalau kau sakit dah sah-sah aku yang susah. Biar aku suapkan. Iskandar segera mengambil semangkuk bubur yang berada di atas meja lampu tidur itu. Kemudian sudu yang berisi bubur itu disuakan ke mulut Nur Nilam. Iskandar, awak lupa ke kita kahwin atas dasar apa? Pertanyaan daripada Nur Nilam membuatkan Iskandar kaku seketika. Dia mendengus kasar sebelum meletakkan kembali mangkuk yang berisi bubur itu di atas meja. Dia bingkas turun dari katil dan mengorak langkah menuju ke bilik bacaan. Apa sudah jadi dengan dia sebenarnya? Hatinya mula mempersoalkan tindakannya itu sebentar tadi. Nur Nilam hanya memandang Iskandar dengan sebak di dada. Dia benci lelaki itu. Benci dengan setiap cara yang lelaki itu pamerkan di hadapannya. Dia tidak mahu terperangkap dengan cara lelaki itu. Kelak dia yang kecundang.

SEBUAH keluhan berat dilepaskan. Majalah yang berada di tangannya tidak mampu membuatkan dia lupa akan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia terasa malu dengan setiap tindakannya itu. Perasaan halus terasa menyelinap di setiap

57

Hangatnya Cinta

urat-urat saraf yang ada. Saat ini juga fikirannya menerawang jauh kepada Kamalia. Sejak akhir-akhir ini dia selalu sahaja bermimpikan Kamalia. Dia tidak arif untuk mentafsir maksud mimpi. Cuma hatinya kuat mengatakan yang Kamalia seolah-olah sedang berada dalam kesusahan. Entahlah, sebolehnya dia tidak mahu lagi mengenangkan Kamalia. Sakitnya hati dan jiwanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kisah cinta tragis yang menyayat hati terlalu sukar untuk dilupakan. Pelamin indah yang diharap bersama Kamalia akhirnya tidak kesampaian. Sampai hati Kamalia! Kini, dia tidak mahu lagi ada cinta dalam hatinya ini. Dia takut untuk jatuh cinta lagi. Dan dia juga tidak mahu memberi peluang dan ruang di hati sekali lagi merasai dicintai dan mencintai lagi. Mungkin perbuatannya terhadap Nur Nilam tadi hanyalah di atas dasar tanggungjawab. Tak mungkin cinta datang lagi. Tak mungkin! Cinta memang sukar untuk difahami. Rasa yang kadangkala membuatkan kita terasa sulit walaupun dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Derapan tapak kaki yang menuruni tangga sekali lagi membuatkan jiwanya bergetar resah. Kelihatan Nur Nilam sedang menapak perlahan menuju ke dapur tanpa menghiraukan dia yang sedang tajam merenung ke arah Nur Nilam itu. Is, kenapa dengan kau ni macam tak biasa tengok aje isteri kau tu? tegur Mak Piah tiba-tiba. Baru Iskandar perasan yang dia tidak berseorangan. Tadi sewaktu dia turun ke bawah, Mak Piah sedang sibuk mengemas rumah. Dia tergelak kecil. Mana ada Mak Piah... jawab Iskandar perlahan. Bimbang didengari oleh Nur Nilam.

58

Aje Fazlina

Mak Piah makan garam lebih awal daripada kau Is... pengantin baru memanglah begitu. Berpisah sekejap pun tak boleh. Pandai-pandailah Mak Piah ni. Nilam tu dah sihat ke? Iskandar menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Kau orang ni ada apa-apa masalah ke? soal Mak Piah kembali. Daripada pandangan mata kasarnya seperti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Tadi sewaktu Nur Nilam pengsan, Iskandar kelam-kabut mencarinya. Bukan itu sahaja Iskandar minta dia rahsiakan daripada Datuk dan Datin yang Nur Nilam pengsan. Namun, wajah Nur Nilam yang putih melepak itu tidak mampu melindungi kesan tapak tangan yang jelas kelihatan. Cuma dia saja tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut ketika itu. Tak adalah, jawab Iskandar. Habis tu kenapa setiap kali Mak Piah tanya pasal Nilam kau tak tahu? soal Mak Piah lagi. Kali ini Iskandar telan liur. Mak Piah benar-benar buat dia kecut perut. Apakah Mak Piah sudah dapat menghidu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua? Sejak daripada kecil Mak Piah yang menjaganya. Jadi memang sukar untuknya berbohong. Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main, Is. Isteri bukan untuk disakiti. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk yang bengkok dan tugasnya adalah melindungi kalbu, tutur Mak Piah panjang lebar. Saya... saya.... Iskandar tergagap-gagap bersuara.

59

Hangatnya Cinta

Mak Piah tak tahu apa masalah kamu berdua Is. Dia terus mengharapkan reaksi daripada Iskandar. Dia tahu Iskandar tidak mampu untuk membohonginya. Saya tak cintakan dia, Mak Piah. Akhirnya terpacul jua perkataan itu daripada mulutnya. Astaghfirullahalazim... kenapa dengan kamu ni, Is? Saya buat semua ini sebab saya tak mahu berkahwin dengan Jueliana tu. Saya terpaksa rancang perkahwinan ini. Perkahwinan kami hanya di atas kertas sahaja. Ya Allah... berdosa kamu berdua memainkan sebuah perkahwinan. Sedangkan perkahwinan itu adalah suci. Mak Piah benar-benar terkejut. Tolong rahsiakan ya, Mak Piah. Saya tak mahu mama dan papa tahu. Saya buat semua ini kerana terpaksa. Saya tak akan jatuh cinta apatah lagi untuk mencintai. Cinta saya dah mati bersama perginya Kamalia dari hidup saya. Jika perkahwinan yang kamu bina ini bukan atas dasar kasih sayang, kamu tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukuman pada Nilam. Apa salahnya kamu beri peluang dan ruang dalam diri masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Iskandar hanya menggelengkan kepalanya. Entahlah, dia tidak tahu sama ada itu sebuah cadangan atau nasihat. Tapi hatinya tetap ego tidak mahu ada cinta lagi dalam hidupnya. Esok saya dan Nilam akan berpindah ke rumah baru, tutur Iskandar seraya bangun menuju ke tingkat atas semula. Mak Piah hanya memerhatikan gelagat Iskandar

60

Aje Fazlina

yang semakin hilang daripada pandangan itu. Di lubuk hatinya yang paling dalam dia yakin ada sinar yang akan menerangi hidup Iskandar dan Nur Nilam biarpun Iskandar sering kali menafikannya. Nur Nilam yang berdiri di pintu ketika itu terkaku di situ. Sudah terang-terangan bahawa hubungan ini tidak akan pergi jauh. Dia sudah mendengar semuanya. Ah! Kenapa dia tiba-tiba sahaja begitu tersentuh hati dengan kata-kata Iskandar itu? Bukankah dia sendiri tidak mengharapkan hubungan yang baru dibina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir nafas? Bukankah tadi dia sendiri yang mengingatkan Iskandar yang mereka berdua berkahwin di atas dasar apa? Takkan sekarang dia pula yang terlupa akannya? Kenapa semuanya seolah-olah bertukar menjadi aneh? Perasaan ini... apakah maknanya? Kenapa dia mesti tersentuh dengan lelaki yang menamparnya itu? Kenapa dia mesti tersentuh dengan kata-kata lelaki yang selalu sahaja tidak menepati janji itu? Kenapa? Ah! Persoalan hati terlalu sukar untuk dimengerti. Akhirnya dia menapak perlahan menuju ke tingkat atas dengan kesakitan yang masih bersisa. Sebaik sahaja pintu bilik dikuak, matanya bertaut dengan pandangan mata Iskandar yang sedang berbaring di atas sofa. Iskandar sedang merenungnya tajam. Kau jangan ingat aku dah sukakan kau dengan cara yang aku buat tadi. Kau jangan nak perasan. Aku tak pernah lupa yang aku dengan kau kahwin atas dasar apa. Kau tolong aku dan aku tolong kau! Jadi antara kita memang tak ada cinta. Aku takkan jatuh cinta dengan kau. Iskandar menghamburkan kata-katanya. Perlahan namun pada nadanya jelas terselit kekerasan.

61

Hangatnya Cinta

Hmmm... baguslah. Sebab saya pun tak ingin nak jatuh cinta pada awak. Awak ingat awak tu handsome sangat ke? Awak jangan ingat awak tu kaya awak boleh buat suka hati je pada saya! bidas Nur Nilam selamba sambil mengemas barang-barangnya yang tidak seberapa itu. Lagipun dia tidak sabar untuk berpindah rumah esok. Rindunya terhadap ibu begitu menggebu saat ini. Walaupun masih lemah tetapi digagahi juga dirinya untuk mengemas barang-barangnya itu. Habis kau ingat kau tu cantik sangat dah? Macam minah senget je aku tengok, balas Iskandar pula geram. Padahal jantungnya bergetar dag-dig-dug bila terpandang wajah cantik Nur Nilam. Orang buta macam awak memanglah. Perlahan sahaja Nur Nilam bersuara. Mulut kau ni boleh tahan celopar juga ye? Kau nak aku buktikan yang aku ni tak buta? Nak? soal Iskandar lagi. Sekadar ingin mengusik Nur Nilam. Nur Nilam hanya mendengus geram. Geram sangatsangat. Akhirnya dia berdiam diri sahaja. Malas mahu bertekak dengan lelaki itu lagi. Dia bangun menuju ke meja solek, rambutnya yang keriting itu disanggulkan lalu dikepitkan biarpun Iskandar sudah terang-terangan tidak menyukai penampilannya yang bersanggul itu. Biarlah, janji aku selesa. Gerutu hatinya pula. Aku tanya kau nak ke aku buktikan yang aku ni tak buta? Kali ini Nur Nilam terjerit halus. Masa bila pula Iskandar ada di belakangnya? Melalui cermin yang berada di hadapannya, kelihatan Iskandar sedang berdiri tegak di belakangnya. Dadanya dah start pecut seratus meter lebih

62

Aje Fazlina

laju daripada kebiasaan. Perutnya yang tadi sudah terasa kurang sakit kini kembali menyerang dengan tiba-tiba. Iskandar bagaikan ada kuasa yang luar biasa. Awak jangan nak buat hal! ujar Nur Nilam geram. Hal apa? Aku tanya kau tak jawab-jawab! balasnya. Badan Iskandar begitu hampir dengan tubuh Nur Nilam. Nur Nilam dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu yang sedang berdiri di belakangnya. Bau wangian Iskandar terasa menusuk di hidungnya. Awak jangan lupa perjanjian kita! balas Nur Nilam sambil menolak tubuh lelaki itu jauh daripadanya. Dia begitu takut. Lantaklah... tadi kau juga yang cakap aku ni buta. So, aku nak buktikan yang aku ni tak buta dan aku boleh buat apa sahaja pada kau. Serentak itu juga Iskandar mencium pipi putih gebu Nur Nilam. Kemudian dia terus ketawa kuat. Merah padam muka Nur Nilam dengan tindakan Iskandar. Iskandar memang dah melampau. Sangat-sangat melampau. Perasaan benci dan marahnya terhadap Iskandar begitu meluap-luap saat ini. Hah! Suka tak? Tentu kau suka, kan? Entah-entah dah perasan ingat aku sukakan kau. Tengoklah tu, muka kau pun dah bertukar jadi warna sirap je aku tengok. Kau jangan nak syok sendiri pulak! Aku tak sukakan kau pun. Setakat aku cium kau tu baru sikit. Itu pun sebab kau cakap aku buta. So, aku nak buktikan yang aku ni tak buta dan aku boleh buat apa saja yang aku nak. Tak kisahlah kalau kau tak nak pun. Aku peduli apa, tutur Iskandar dengan senyuman sinis sebelum kembali menghempaskan badannya di atas katil. Gembira dapat kenakan Nur Nilam macam tu.

63

Hangatnya Cinta

Nur Nilam terkaku di situ. Sebening air mata jernih tiba-tiba sahaja berjujuran di pipinya. Dia sangat berkecil hati dengan kata-kata Iskandar tadi. Kenapalah dia selemah ini? Iskandar yang baru sahaja mahu memejamkan matanya kembali celik apabila terdengar ada esakan halus. Nur Nilam menangis? Hesy! Kenapa pula dengan minah senget ni? Takkan aku cium macam tu pun dah menangis macam orang kena rogol je. Banyak sungguh air mata dia. Gerutu hatinya. Dia bingkas bangun mendapatkan Nur Nilam yang masih berdiri kaku di hadapan cermin itu. Yang kau menangis ni kenapa? soal Iskandar lembut. Air mata yang berjujuran di pipi wanita itu begitu melemahkannya. Awak tak patut buat saya macam ni, Is... ujarnya sayu. La... aku buat apa pulak dekat kau? Aku cium kau je. Bukannya aku... Is! Awak tak berhak ke atas saya! bidas Nur Nilam dalam tangisnya. Jerit lagi. Jerit kuat-kuat... nak aku cium kau lagi? Awak tak payah ugut-ugut saya Is! Mari sini... duduk, ucap Iskandar sambil menarik tangan Nur Nilam duduk di birai katil. Dia kemudiannya melabuhkan duduknya di sebelah Nur Nilam. Sorry okey... siapa cakap aku tak berhak? Aku berhak kat atas diri kau sebab kau tu isteri aku, ucapnya lembut sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Nur Nilam. Apa yang dia tahu saat ini hanya mahu memujuk hati wanita yang berada di sebelahnya ini. Mungkin salahnya berbicara sebegitu sebentar tadi. Dia bukanlah kejam sangat.

64

Aje Fazlina

Cuma dia mahu mengenakan Nur Nilam sahaja. Tak sangka pula yang Nur Nilam menangis macam ni. Hish... macam budak-budak la pulak. Itu je yang awak tahu! Sorry... sorry... tapi awak ulang juga! Is, awak jangan lupa yang kita kahwin atas dasar apa... ucap Nur Nilam sambil mengesat air matanya yang masih bersisa. Tangan Iskandar yang memegang bahunya ditepis. Hatinya masih luka berdarah dan sikit hari lagi mungkin bernanah dek perangai Iskandar. Sakit daripada panampar yang dihadiahkan oleh Iskandar tadi pun masih lagi menyengat. Habis tu kau nak aku buat macam mana lagi? Kau juga yang cabar aku tadi. Cakap aku buta. Bila aku dah buktikan kau nak menangis, meraung, menjerit-jerit. Mengada-ada betullah kau ni, balas Iskandar pula geram. Itu jelah alasan awak. Baru dua hari saya tinggal dengan awak, saya dah hampir jadi gila dengan perangai gila awak ni! Dahlah... ucap Nur Nilam serentak itu juga dia bangun dari tempat duduknya itu. Dia terasa malu untuk berhadapan dengan Iskandar. Iskandar yang mendengar sudah ketawa berdekahdekah. Geli hati dengan telatah Nur Nilam. Comel pun ya jugak. Okeylah tu... sama-sama gila, baru sesuai. Jawabnya pula sambil terus menyambung tawanya. Usikanusikan nakalnya sekadar menutup gelora jiwa yang kian bertapak di jiwa. Ah! Kenapa dengan hatinya?

65

Hangatnya Cinta

Bab 7
EESOKAN harinya seperti yang dijanjikan, Nur Nilam sudah siap berkemas-kemas untuk berpindah. Semua barangnya telah disusun dengan rapi. Dia mengerling ke arah Iskandar yang masih khusyuk berhadapan dengan komputer ribanya itu dan tuala yang masih tersangkut di lehernya. Sesekali Nur Nilam perasan akan perubahan riak wajah Iskandar. Awak ni dari tadi lagi asyik menghadap komputer riba itu je. Bila kita nak gerak? soal Nur Nilam selamba. Hmmm... jawab Iskandar seperti biasa. Matanya masih tepat ke arah skrin komputer ribanya itu. Tangannya pula laju menaip sesuatu. Apa yang hmmm... nya? Nur Nilam sekali lagi menyoal. Lembap! Bebel hatinya pula. Five minutes, jawabnya acuh tak acuh. Apa yang penting sangat? Jangan sibuk boleh tak?! jerkah Iskandar. Tak faham bahasa agaknya. Gerutu hatinya.

66

Aje Fazlina

Nur Nilam sedikit tersentak. Tanya macam tu pun dah kena marah. Muka Iskandar serius je. Aduhai, sekarang dah pukul sembilan setengah pagi. Dia dah tak sabar nak keluar dari rumah ni secepat mungkin. Apatah lagi, ibu pasti sedang menunggunya sekarang. Lagipun ibu perlu pergi ke hospital untuk rawatan dialisis buah pinggangnya itu hari ini. Kesian ibu, Iskandar ni memang kejam. Kejam sangatsangat. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun dahulu ke bawah dengan beg yang berisi pakaiannya. Baru sahaja pintu bilik mahu dibuka, dia terasa ada sesuatu yang mengenai belakangnya. Dia menoleh. Bantal? Kau nak ke mana? soal Iskandar keras. Nur Nilam mengeluh. Bantal yang dibaling oleh Iskandar ke arahnya itu segera diambil lalu diletakkan kembali di atas sofa. Pertanyaan daripada Iskandar tadi dibiarkan sepi. Malas mahu bertekak lagi dengan Iskandar. Jadi lebih baik berdiam diri. Dia kembali mengorak langkah ke arah pintu. Kau ni pekak ke tuli? Aku tanya kau nak ke mana? Baik kau tutup pintu tu balik sebelum apa-apa jadi pada kau! ugut Iskandar dengan matanya dibesarkan. Kebisuan Nur Nilam kadangkala menyakitkan. Awak ingat saya ni tunggul kayu nak tunggu awak lama-lama di sini? Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa? Awak janji dengan saya pukul berapa? Awak tahu tak yang ibu saya sedang tunggu kita sekarang? Tak habis-habis lagi awak nak mungkir janji? soal Nur Nilam panjang lebar. Mata tu dahlah kecil ada hati nak besar-besarkan. Kutuk hatinya. Serentak itu juga sebiji lagi bantal mengenai tepat ke kepalanya. Dia tidak sempat mengelak. Aduh... gumamnya

67

Hangatnya Cinta

dalam hati. Terasa biol sebentar kepalanya dengan balingan yang agak kuat itu. Sanggul yang pada awalnya kukuh di kepala akhirnya terburai mengerbangkan kembali rambutnya yang keriting itu. Perasaan marahnya kepada Iskandar kini meluap-luap. Tangan tak naik barang-barang pula yang dibalingnya. Puas hati aku, ucap Iskandar bersahaja sebelum kembali menutup komputer ribanya itu. Sebenarnya di kala ini hatinya sangat runsing. E-mel yang diterima daripada Kamalia benar-benar membuatkan jiwanya tidak tentu arah. Dia benar-benar keliru saat ini. Kata Kamalia dia sudah pulang ke Malaysia. Untuk apa dia pulang? Untuk kembali menghancurluluhkan hatinya lagikah? Arghhh...! Mereka kemudiannya turun ke bawah bersama. Kelihatan mama dan papanya sudah sedia menunggu. Hmmm... ingatkan ada menantu boleh juga tolong-tolong kita. Tapi awal-awal lagi dah nak pindah, ucap Datin Rozita. Hati Nur Nilam sedikit tersentuh mendengarnya. Dia tahu Datin Rozita agak keberatan untuk mengizinkan Iskandar keluar dari rumah ini. Maklum sajalah Iskandar anak tunggal lelaki dalam keluarga ini. Pasti dia ditatang bagaikan minyak yang penuh. Biarlah, mereka sudah ada kehidupan mereka sendiri, ucap Datuk Ismail pula. Kehidupan sendiri apanya kalau besan kita tu tinggal sekali abang? Mama... itukan dah jadi sebahagian daripada tanggungjawab Is... jawab Iskandar tenang. Jari-jemari Nur Nilam digenggam erat. Nur Nilam agak terkejut dengan jawapan yang

68

Aje Fazlina

diberikan. Reaksi Iskandar seolah-olah sedang memberi kekuatan untuknya berdepan dengan kata-kata Datin Rozita. Tapi dia hairan, bagaimana pula Datin Rozita tahu yang ibunya akan tinggal sekali dengannya? Ini mesti kerja Iskandar. Semua hal dia nak cerita. Tak boleh langsung nak simpan. Hmmm... cari penyakit yang akan menyusahkan diri kamu sendiri siapa yang suruh? Mama nak kamu kahwin dengan Jueliana tu kamu tak nak. Kalau tidak, kamu tak perlu nak susah-susah. Sekarang pun kamu boleh pergi berbulan madu. Ini tak. Ala, mama... sikit-sikit Jueliana tu. Dah jodoh Is bukan dengan dia nak buat macam mana. Nak berbulan madu kat mana-mana pun boleh. Lagipun lepas ni Is nak Nilam kerja dengan Is. Lagilah hari-hari Is dapat jumpa dia. Iskandar berkata sambil bibirnya menguntum senyuman sambil melirik manja ke arah Nur Nilam. Lirikan matanya itu ibarat panahan petir yang menyambar jiwa Nur Nilam. Apatah lagi dalam setiap kata dan bicara Iskandar selalu sahaja menyelamatkannya. Ah! Kenapa dia terlupa yang itu hanyalah lakonan semata-mata? Apatah lagi untuk bekerja dengan Iskandar. Itu adalah sesuatu yang sangat mustahil. Tak perlu untuk mencari penyakit yang akan mengecewakan diri sendiri. Iskandar menyalami tangan mama dan papanya kemudian diikuti oleh Nur Nilam. Bayang wajah Irma pula tidak kelihatan. Adik Iskandar itu awal-awal lagi sudah hilang entah ke mana. Iskandar kemudiannya menarik tangannya menuju ke dapur. Kelihatan, Mak Piah sedang bertungkus lumus menyediakan hidangan tengah hari.

69

Hangatnya Cinta

Mak Piah, tak payahlah masak banyak-banyak. Kita orang berdua dah nak gerak sekarang, tutur Iskandar pula. Rapat benar dia dengan Mak Piah. Jadi, tidak hairanlah rahsia perkahwinan ini boleh bocor. Nur Nilam pula terasa segan tiba-tiba. Memandang muka Mak Piah makin membuatkan dia diburu rasa bersalah yang amat. Walhal Mak Piah terlalu baik dengannya. Begitu menghargai kehadirannya. Tapi, dia sedar itu semua hanya sementara sahaja kerana tiba masanya nanti dia dan Iskandar akan berpisah jua. Kenapa cepat sangat? Makanlah tengah hari dulu, ajak Mak Piah. Tak apalah Mak Piah, ibu Nilam ada temu janji dengan doktor hari ini. Kami kena cepat, balas Iskandar lagi. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mak Piah sebelum berlalu semula menuju ke ruang hadapan. Kini tinggal Mak Piah dan Nur Nilam berdua. Mak Piah... maafkan saya... saya.... Bergetar-getar suara Nur Nilam. Mak Piah merenungnya sayu. Kamu tahu tak Nilam, Mak Piah amat menyenangi kehadiran kamu di dalam rumah ini. Mak Piah tak mahu kehilangan kamu. Tapi... kami berdua tak mungkin lama akan bersama. Saya minta maaf, Mak Piah. Saya juga terpaksa lakukan semua ini. Saya perlukan duit untuk merawat penyakit ibu saya. Saya sayangkan ibu. Saya tak sanggup melihat penderitaannya. Sampai masa saya harus pergi. Maafkan saya, Mak Piah, tutur Nur Nilam separuh berbisik. Ada air mata yang bergenang di tubir matanya. Hatinya benar-benar sayu. Berilah peluang dan ruang dalam hati kamu,

70

Aje Fazlina

Nilam. Peluang itu akan sentiasa ada bagi orang yang mencuba. Tapi, saya tak kuat Mak Piah. Saya takut. Takut jika peluang itu membuatkan saya terluka. Saya tahu Iskandar tidak akan jatuh cinta lagi. Iskandar tu baik orangnya. Cuma lelaki kadangkala hatinya lebih ego daripada kita. Kalau Nilam betul-betul sayangkan ibu, cubalah untuk selamatkan perkahwinan ini. Biarpun ianya dirancang tapi tak mustahil keajaiban akan berlaku. Mak Piah akan mendoakan kamu... pesan Mak Piah. Air mata yang bergenang kini menitik satu demi satu membasahi pipinya yang mulus. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Kau tunjukkanlah aku jalan menuju kebenaran. Doanya dalam hati. Tubuh Mak Piah dipeluk seeratnya. Maafkan Nilam, Mak Piah. Ungkapnya lagi seraya meleraikan pelukan. Iskandar yang baru sahaja tiba untuk memanggil Nur Nilam berdiri kaku di situ. Mak Piah dan Nur Nilam kelihatan sangat erat. Dia sebolehnya tidak mahu ada hubungan yang erat begitu. Bimbang ada hati yang akan terluka. Bahkan dia juga takut ada harapan yang musnah berderai. Kerana semua ini hanya sementara dan akan berakhir bila tiba masanya.

YANG kau nak bersedih tu kenapa? soal Iskandar sewaktu mereka dalam perjalanan untuk menjemput ibu Nur Nilam sebelum menuju ke rumah Iskandar. Dia bukan sengaja atau saja-saja nak bersedih. Tapi,

71

Hangatnya Cinta

entahlah. Perasaannya sayu sangat. Mak Piah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya. Mana ada, jawabnya sepatah. Kau ingat aku tak nampak? Masuk habuklah, bohong Nur Nilam. Baik kau stop sekarang. Nanti tak pasal-pasal ibu kau tuduh aku dera kau pulak, arah Iskandar geram. Memang itu pun kenyataannya, balas Nur Nilam. Bila masa aku dera kau? Kau jangan nak buat fitnah kat aku! bentak Iskandar. Habis tu yang awak tampar saya kelmarin tu? Aku tak sengajalah, ucap Iskandar. Hmmm... keluh Nur Nilam. Sorrylah... aku tak sengaja. Sakit tak? Kalau nak ikutkan, hatinya lagi sakit. Setakat tampar tu dia boleh bertahan lagi. Tapi sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Iskandar menuduhnya perempuan hina. Dan sekarang Iskandar boleh pula tanya soalan bodoh macam tu. Nak je dia hempuk muka Iskandar kat stereng kereta tu. Baru puas hatinya. Tapi dia tak sekejam dan seteruk itu. Sakit tak? Iskandar menyoal sekali lagi apabila melihat Nur Nilam hanya membisu. Hmmm... boleh tahan. Sorry.... Dia benar-benar tidak sengaja. Itulah padahnya bila terlalu mengikut kata hati. Akal logik memang tak akan mampu berbicara tatkala nafsu amarah sedang menggila. Tak apa... ucap Nur Nilam perlahan.

72

Aje Fazlina

Betul ni kau dah maafkan aku? Hmmm.... Aku tahu kau sayangkan aku. Kalau tak, kau takkan maafkan aku. Terima kasih, muah.... Hah! Apa ni? Awak ingat saya ni apa hah? Suka hati awak je nak buat saya macam ni. Nur Nilam terasa mukanya dah bertukar menjadi warna sirap, merah padam. Tak sangka Iskandar mencium pipinya. Gila! Iskandar memang gila. Masuk ini sudah dua kali dia dicium oleh Iskandar. Pulak tu Iskandar boleh ketawa berdekah-dekah dapat mengenakannya begini. Tindakan Iskandar memang sangat melampau. Iskandar silap kalau menganggap dia semurah itu. Adoi.... Iskandar terjerit kuat. Jari-jemari runcing Nur Nilam masih melekat di lengannya. Sangat berbisa cubitan daripada Nur Nilam. Tidak lama kemudian Nur Nilam melepaskan jarijemarinya itu apabila dia merasakan ada pandangan tajam yang sedang menghunus tepat ke arahnya. Dia kembali terasa malu dengan tindakannya itu. Tak sangka pula dia seberani itu. Tapi apa-apa pun, padan muka Iskandar. Siapa suruh dia yang mula dulu. Berdiam tak bererti kalah. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah, ibunya sudah sedia menunggu. Kesian ibu. Mereka agak lewat sampai. Mesti ibu dah letih. Jam pun sudah menunjukkan pukul sepuluh empat puluh lima minit pagi. Jadi hendak tak hendak terpaksalah dialisis ibunya ditangguh ke esok pagi. Iskandar segera memasukkan barang-barang ibu mentuanya ke dalam but kereta. Dia tahu ibu mentuanya agak keberatan untuk tinggal bersama dengannya. Lagipun dia sendiri cuma membawa barang-barang yang penting

73

Hangatnya Cinta

sahaja. Dua minggu sekali dia akan membawa ibunya pulang ke rumah ini. Terlalu banyak nostalgia untuk ditinggalkan. Tapi hanya sementara sahaja. Ibu, maaflah... Nilam terlewat... ucapnya ketika mereka bertiga dalam perjalanan menuju ke rumah baru atau lebih tepat rumah Iskandar. Dia hanya menumpang sahaja. Sampai waktu dia akan keluar juga. Tak mengapalah, ibu faham kau orang berdua mesti sibuk nak uruskan hal sendiri, jawab ibunya pula. Maaf ya ibu. Esok saya bawa ibu ke pusat dialisis tu ya... bicara Iskandar sambil terus menekan pedal minyak kereta Honda Civic Mugennya itu. Bukan ke esok awak dah start masuk kerja? Biar saya sajalah yang bawa ibu, celah Nur Nilam pula. Iskandar mengalihkan pandangnya ke arah Nur Nilam sepintas lalu sambil menjegilkan biji matanya. Nur Nilam mengerut kening. Tidak arif dengan bahasa isyarat tersebut. Tak apa, abang sambung lagi cuti. Nanti tak ada siapa pula nak tolong sayang kemaskan rumah tu. Iskandar menjawab selamba. Oh! Nur Nilam menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia hampir terlupa untuk membahasakan Iskandar dengan panggilan abang. Patutlah Iskandar menjegilkan biji matanya sebentar tadi. Tiba-tiba sahaja dia rasa lain sangat. Rasa yang tidak pernah dirasainya. Aduhai, kenapa dia begitu selamba dalam menutur kata-katanya? Bisik hati Nur Nilam. Sikap Iskandar kadangkala sukar untuk diduga. Kadang-kadang dia tidak merasakan setiap butir bicara yang

74

Aje Fazlina

keluar daripada mulut Iskandar adalah lakonan semata-mata. Tapi, terdapat keikhlasan yang tertumpah di situ. Arghhh! Anehnya fikiran ini. Puan Syarifah yang duduk di belakang tempat pemandu pula hanya tersenyum memerhatikan kemesraan anak dan menantunya. Terasa kehadiran Iskandar seperti meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Nur Nilam. Doanya agar kebahagiaan yang anak dan menantunya kecapi hari ini akan terus berkekalan. Amin....

75

Hangatnya Cinta

Bab 8
EBAIK sahaja selesai menyediakan sarapan pagi, Nur Nilam segera menapak ke biliknya di tingkat atas untuk bersiap-siap kerana hari ini dia perlu membawa ibunya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dialisis penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya itu. Pintu bilik ditolak perlahan. Semua cadar dan selimut telah dikemaskan. Bantal pun sudah tersusun kemas. Siapa pula yang rajin mengemas ni? Tadi sewaktu dia bangun Iskandar masih lena dibuai mimpi indah di atas sofa itu. Agaknya Iskandarlah kut yang tolong kemaskan. Rajinlah pula Iskandar tolong kemaskan tempat tidur dia. Dia kemudian terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air. Nur Nilam segera menyalin pakaiannya. Nanti keluar Si Iskandar tu dari bilik air lagi bertambah masalah dia. Dia segera menyarung baju kemeja berwarna biru gelap dan dipadankan dengan seluar jeans. Rambutnya yang diikat satu itu disanggul seperti biasa. Nur Nilam kemudiannya memusing-musingkan tubuhnya di hadapan cermin. Kemudian bibirnya mengukir

76

Aje Fazlina

senyuman. Memang sudah menjadi tabiatnya bangun pagi sebelum keluar mesti nak tengok cermin kemudian tersenyum sorang-sorang. Bukan apa, senyuman tu bagaikan satu semangat untuk memulakan harinya. Baju kemeja yang tersarung itu sekali lagi diperbetulkan. Sebelum berlalu menuju ke tingkat bawah, dia tersenyum lagi di hadapan cermin. Namun, senyumannya itu sirna dengan serta-merta. Kini wajahnya terasa merah padam pula. Pandangan matanya kini jatuh ke wajah Iskandar yang sedang merenungnya. Kenapa? soalnya pula. Nak cover malulah. Iskandar tidak menjawab tetapi terus sahaja mendapatkan Nur Nilam yang berdiri tegak di hadapan cermin itu. Nur Nilam resah. Apatah lagi Iskandar hanya bertuala sahaja. Hesy! Macam ni baru cantik. Tadi macam mak nenek. Bukan ke aku dah cakap aku tak suka kau sanggul rambut kau tu? ucap Iskandar seraya tangannya merungkaikan sanggul yang sudah terletak kemas itu. Rambut keriting Nur Nilam benar-benar menyerlahkan pesona yang luar biasa. Cantik! Hingga membuatkan jiwa lelakinya berkocak sejuta rasa. Suka hati sayalah. Awak ni melampaulah! suara Nur Nilam sedikit keras. Tidak sabar dengan sikap Iskandar. Penat-penat dia bersanggul alih-alih dileraikan pula. Iskandar yang mendengar hanya tersengih sebelum kembali menyambung kata-katanya. Suka hati aku jugalah nak buat apa. Aku nak melampau pun aku punya pasallah. Itu baru sikit aku punya melampau, jawab Iskandar sambil memuncungkan bibirnya ke arah Nur Nilam. Seolah-olah mengejek.

77

Hangatnya Cinta

Sakit benar hati Nur Nilam dengan kelakuan Iskandar. Suka sangat menyakatnya. Atau lebih tepat lagi membulinya. Ada saja yang dia nak tegur. Menyampah, tutur Nur Nilam sepatah sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Makin lama dia berhadapan dengan Iskandar makin sakit hatinya. Wait.... Apa lagi awak ni?! Jap... jap, ada yang kurang! Jerit Iskandar seolaholah Nur Nilam berada jauh daripadanya. Is! Kali ini jeritan Nur Nilam pula yang kedengaran. Panas betul hatinya dengan usikan-usikan daripada Iskandar. Ingatkan benda apalah yang penting sangat. Rupa-rupanya flying kiss. Iskandar ketawa kuat melihat muka Nur Nilam yang merah padam itu. Seronok benar dia dapat menyakat Nur Nilam. Rasanya sudah lama dia tidak segembira ini. Tidak bergelak ketawa begini. Terasa kebahagiaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya hati sahaja yang mengetahui betapa gembiranya dia rasa. Terlalu sulit untuk difahami. Apakah dia sudah mula menyukai Nur Nilam dan jatuh cinta lagi untuk kesekian kali? Arghhh!!!

KERETA Honda Civic Mugen yang dipandu oleh Iskandar terus meluncur dengan laju menuju ke destinasinya. Nur Nilam yang duduk di sebelahnya kelihatan resah. Ibu mentuanya yang duduk di belakang juga diam tanpa sebarang suara. Dia tahu pasti Nur Nilam sedang dihimpit perasaan simpati kepada

78

Aje Fazlina

ibunya. Rawatan dialisis itu sudahlah lama, bahkan menyakitkan juga. Simpatinya menebal, bukan senang untuk mendapat penderma yang sesuai sekarang. Berlambak-lambak lagi yang sedang menunggu buah pinggang yang sudi untuk didermakan. Setengah jam kemudian mereka sampai di hadapan hospital. Iskandar segera keluar dari perut kereta lalu membukakan pintu untuk ibu mentuanya. Gerak-gerinya itu membuatkan Nur Nilam tersentuh. Tersentuh dengan cara dan layanan yang Iskandar tunjukkan. Kenapa Iskandar perlu buat semua ini? Dia tidak minta diberikan layanan sebaik ini. Sebaik sahaja ibunya masuk ke dalam bilik rawatan, Nur Nilam segera mengorak langkah menuju ke arah Iskandar yang sedang duduk di bangku berhadapan kaunter pertanyaan itu. Kalau awak ada hal, awak boleh pergi dulu... tutur Nur Nilam sambil melabuhkan duduk bersebelahan dengan Iskandar. Kalau aku ada hal buat apa aku nak temankan kau dengan mak kau ke sini, bicara Iskandar pula. Tidak berpuas hati dengan bicara Nur Nilam kepadanya. Manalah saya tahu... tutur Nur Nilam perlahan sambil menundukkan wajahnya memandang lantai. Entahlah, kenapa dia tiba-tiba sahaja begitu berkecil hati dengan katakata Iskandar sebentar tadi. Padahal ini bukan kali pertama Iskandar berbicara sebegitu. Kenapa awak layan ibu saya dengan baik, Is? Terpacul satu soalan daripada Nur Nilam. Kau jangan lupa, kau sendiri yang minta bantuan daripada aku. Sekarang ni kau nak tanya soalan bodoh macam ni pula? Apehal kau?

79

Hangatnya Cinta

Saya hanya minta awak tanggung perbelanjaan untuk rawatan ibu saya sahaja. Saya tak minta awak layan ibu saya dengan baik. Habis tu, kau nak aku jadi manusia yang kurang ajar? Tak reti nak hormat orang tua? Macam tu? Tu ke yang kau nak?! Iskandar mendengus kasar. Nur Nilam terdiam. Memang betul kata-kata Iskandar. Tapi dia cuma takut ibu meletakkan sepenuh harapan pada perkahwinan dia dan Iskandar. Dia bimbang ibu kecewa nanti bila mengetahui hal yang sebenar. Dia tidak sanggup melukakan hati ibu biarpun dia sendiri terluka. Ikut aku, ucap Iskandar tiba-tiba. Dia segera bangun dan menarik tangan Nur Nilam supaya menuruti langkah kakinya. Lepaslah, balas Nur Nilam. Rimas dengan kelakuan Iskandar yang suka hati itu. Kedekut, balas Iskandar pula. Nak ke mana? soal Nur Nilam lagi apabila melihat langkah kaki Iskandar yang sedang menuju ke arah tempat letak kereta. Kalau nak sarapan, di rumah tadi pun mereka dah bersarapan. Jangan banyak soal boleh tak? Kau tanya lagi macam-macam aku cium mulut kau, faham? tutur Iskandar sambil membukakan pintu kereta untuk Nur Nilam. Sebelum masuk ke dalam kereta Nur Nilam sempat menjegilkan biji matanya ke arah Iskandar. Geram dengan keceloparan Iskandar. Panahan mata Nur Nilam ibarat petir yang menyambar denyutan nadinya. Setiap kali Nur Nilam buat begitu kepadanya, setiap kali itu jugalah dadanya berkocak

80

Aje Fazlina

kuat. Kuasa apa yang Nur Nilam ada? Kuasa apa yang Nur Nilam guna? Sampaikan dia lemah dengan panahan mata itu. Ah! Dengan Kamalia pun dia tidak selemah ini. Lebih kurang lima belas minit perjalanan, mereka berdua sampai di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Pintu rumah tertutup rapat. Suasananya pula agak sunyi. Mungkin juga rumah ini terletak agak jauh dari rumahrumah yang lain. Rumah siapa ni? soal Nur Nilam setelah lama dia berdiam. Namun Iskandar hanya membiarkan soalannya itu bagai angin lalu. Iskandar segera turun dari keretanya dan membuka pintu kereta di sebelah penumpang. Seolah-olah menjadi satu kewajipan pula baginya. Terima kasih, ucap Nur Nilam perlahan. Iskandar segera menekan loceng rumah itu. Sekali tekan masih tidak ada respons. Iskandar mencuba sekali lagi. Masih juga tiada respons. Is, beritahulah saya. Ini rumah siapa? Kawan awak ke? soal Nur Nilam sekali lagi. Masih mengharapkan jawapan daripada mulut Iskandar, dia tidak suka berteka-teki sebegini. Iskandar segera membuang pandang ke arah Nur Nilam. Dia kemudiannya menghampiri Nur Nilam dengan wajah yang mencuka. Cuppp! Nur Nilam terkedu. Mukanya dah berubah warna. Rasanya lebih merah daripada warna sirap. Iskandar menciumnya lagi. Ya Allah.... Aku dah pesan tadi. Kau soal sekali lagi aku akan

81

Hangatnya Cinta

cium kau. Kau degil ye? Agaknya kau suka aku cium kau. Sebab tu mulut kau tu tak reti-reti nak diam. Asyik nak menyoal je! Is! Hah? Apa? Tak puas hati. Nak aku cium kau lagi? Assalammualaikum.... Kedengaran suara seorang wanita memberi salam dari belakang. Mereka menoleh serentak. Waalaikumussalam... eh! Kak Reen? Patutlah Is tekan loceng tadi tak ada respons langsung. Kak Reen ke mana? soal Iskandar bertalu-talu. Rindu benar dia kepada kakaknya, Izreen. Sewaktu majlis perkahwinannya tempoh hari pun kakaknya langsung tidak menunjukkan wajah. Kalau ye pun, masuklah dalam dulu. Banyak sangat agaknya story yang Kak Reen tak tahu ya? Jemputlah masuk dulu. Iskandar tersenyum mendengar kata-kata kakaknya itu. Nur Nilam pula hanya diam tanpa sebarang suara. Selepas kena cium tadi mulutnya seolah-olah sudah terkunci. Tak pun boleh diibaratkan sudah diwelding. Iskandar benarbenar telah membuatkannya diburu rasa malu. Is, tak nak kenalkan Kak Reen dengan isteri kamu tu? Pandai ya kamu pilih. Nur Nilam Qaseh... ucap Iskandar pula serius. Nur Nilam tersenyum kelat sambil menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan kakak Iskandar. Inilah kali pertama mereka bertentang empat mata. Aduh, macam dalam drama pula. Jemput duduk Is, Nilam. Kak Reen buatkan air dulu.

82

Aje Fazlina

Eh... tak payahlah susah-susah Kak Reen. Kita orang berdua sekejap sahaja, tutur Iskandar pula. Dari mana kamu berdua ni? Dari hospital. Hari ni ibu Nilam ada rawatan dialisis. Sementara menunggu ibunya selesai, itu yang saya bawa Nilam datang sini. Nak kenalkan pada Kak Reen la. Oh, ibu Nilam sakit apa? Buah pinggang kak... jawab Nur Nilam perlahan. Begitu berat untuknya mengeluarkan suara. Kalau begitu kau orang berdua duduklah dulu. Kak Reen buat air sekejap. Tunggu ya, ujar Kak Reen segera berlalu menuju ke dapur. Iskandar juga menuruti langkah kaki kakaknya menuju ke dapur. Sebelum itu, sempat dia mencubit perlahan pipi Nur Nilam yang putih gebu itu. Membuatkan Nur Nilam mengaduh perlahan. Iskandar tertawa melihat muka tidak puas hati Nur Nilam itu. Kurang asam punya Iskandar. Suka hati dia saja nak buat aku macam-macam. Jaga kau Is! Balik nanti kau tunggulah apa aku nak buat. Aku picit-picit hidung kau sampai penyek! Bebel hati Nur Nilam. Tingkah laku Iskandar memang tak boleh diduga. Kak Reen nampak kurus, tutur Iskandar perlahan sambil bersandar di dinding. Izreen hanya tersenyum kelat. Iskandar sudah faham kenapa dia menjadi kurus begini. Sejak tiga tahun yang lalu selera makannya bagaikan sudah tertutup. Sampai bila Kak Reen nak macam ni? Semua yang terjadi bukan salah Kak Reen. Kak Reen bukan perampas, sambung Iskandar lagi.

83

Hangatnya Cinta

Siapa yang akan percaya Kak Reen bukan perampas? Siapa Is? bidas Izreen pula. Iskandar mengeluh kecewa. Tiga tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Selama tiga tahun ini Kak Reen menanggung sengsara di atas perkahwinan yang diatur oleh mama. Tiga tahun Kak Reen digantung tidak bertali. Tiga tahun hanya beberapa kali sahaja Kak Reen pulang ke rumah itu pun sebab mahu menjenguk papa. Kerana perkahwinan itu jugalah Kak Reen hilang sahabat baiknya. Hanya kerana pilihan mama itu adalah kekasih teman baik Kak Reen sendiri. Tapi sampai bila Kak Reen harus menanggung sengsara ini seorang diri sedangkan abang iparnya itu entah ke mana. Tapi sampai bila Kak Reen mahu menanggung sengsara ini seorang diri? Sampai bila? Papa dan mama percaya yang Kak Reen sedang diulit kebahagiaan bersama Abang Ikram. Tapi hakikatnya? Biarlah Is... hati Kak Reen masih diburu rasa bersalah sebab berkahwin dengan Abang Ikram. Dia kekasih teman baik Kak Reen sendiri. Salah Kak Reen sebab tidak menolak. Semuanya salah Kak Reen. Memang patut Kak Reen terima hukuman ini, tutur Izreen pilu. Sehingga ke saat ini Zhafirah, sahabat baiknya itu masih berdendam dengannya. Masih menuduh dia perampas. Sedangkan dia tidak minta semuanya jadi begini. Dia tidak minta untuk disatukan dengan Ikram. Tahu-tahu sahaja dia telah ditunangkan. Tapi semuanya diatur oleh family, Kak Reen. Kak Reen tak salah. Kak Reen boleh tuntut cerai.... Tak semudah yang kau sangka, Is. Biarlah Kak Reen begini. Kak Reen masih belum bersedia untuk segalagalanya.

84

Aje Fazlina

Iskandar yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh kakaknya itu. Kau pula macam mana? Bukan ke mama nak jodohkan kau dengan Jueliana tu? Alih-alih dah bertukar orang. Kak Reen tak tahu pun kau dah ada pengganti Kamalia. Kak Reen ingatkan kau dah tak nak kahwin. Kali ini giliran Izreen pula bertanya kepada adiknya itu Terpaksa kak. Perkahwinan ini sebenarnya... hmmm... sebenarnya dirancang, luah Iskandar takut-takut. What? Apa kau buat ni Is? Sekurang-kurangnya saya terlepas daripada jodoh pilihan mama. Tapi cara kau tu salah Is! marah Izreen pula. Air yang siap dibancuh diletakkan di atas dulang. Iskandar telan liur. Memang dia terlepas daripada jodoh pilihan mama. Tapi kini dia terperangkap dalam perkahwinan yang dirancang. Entahlah Kak Reen. Is pun dah pening fikir pasal hal ni. Sekarang ni Is malas nak layan benda-benda serabut ni, balas Iskandar lagi. Selamba sahaja. Macam mana Nur Nilam boleh terima cadangan bodoh kamu ni? Sebab dia terdesak. Dia perlukan wang untuk perbelanjaan perubatan ibunya. Astaghfirullahalazim... kenapa kamu buat semua ni Is? Kamu sendiri dah lihat penderitaan Kak Reen tetapi kamu masih lagi nak ulangi kesilapan.... Izreen benar-benar tidak menyangka adiknya itu sanggup buat semua ini. Iskandar hanya menjongketkan bahunya. Dia

85

Hangatnya Cinta

sendiri sudah menempah maut. Kalau mamanya tahu teruklah dia. Cinta akan datang bagi mereka yang berani mencuba Is, luah Izreen lagi sebelum mengangkat air untuk dihidangkan kepada mereka. Iskandar faham maksud yang cuba disampaikan oleh kakaknya itu. Tetapi saat ini hatinya belum bersedia untuk cinta yang baru. Sakit akibat cinta yang dulu masih sukar untuk disembuhkan. Walaupun akhir-akhir ini jiwa selalu bergetar aneh tetapi dia cuba menafikan perasaan itu. Mereka berdua kemudiannya kembali menuju ke ruang depan. Nur Nilam kelihatan sangat resah di kala itu. Mungkin terlalu lama menunggu. Maaflah Nilam... lama tunggu. Kak Reen dengan Is dah lama sangat tak jumpa. Tu yang banyak perkara dibualkan tadi. Jemput minum... pelawa Izreen. Errr... tak apa, jawab Nur Nilam perlahan. Entah kenapa hatinya sangat gusar saat ini. Memandang wajah Iskandar hanya membuatkannya semakin resah dan tidak senang duduk. Dia mahu segera kembali ke hospital. Sepatah yang ditanya sepatah jugalah yang dijawabnya. Lima belas minit kemudian dia dan Iskandar meminta diri untuk segera kembali ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital Nur Nilam masih diam tanpa suara. Kenapa? Kau dah jadi bisu ke? soal Iskandar sambil mengerling sejenak ke arah Nur Nilam. Awak, kan tak bagi saya cakap banyak-banyak. So, baik saya diam! bidas Nur Nilam tanpa menoleh sedikit pun kepada Iskandar.

86

Aje Fazlina

Iskandar yang mendengar terus tergelak kuat. Gelak jahat! Patutlah Nur Nilam diam... takut kena cium dengan dia lagi agaknya. Kau ni jual mahal betullah. Kat luar sana tu ramai lagi perempuan-perempuan yang nak cakap dengan aku tau. Kau tu dah dapat peluang pun tak nak guna, bidas Iskandar lagi. Hmmm... yelah tu. Patutlah sampai nak kahwin pun mama yang perlu cari. Agaknya sebab ramai sangat, kan perempuan kat luar sana tu? Sampai awak tak ada pilihan, kan? ucap Nur Nilam pula geram. Agak makan dalam jugalah ayat tu. Kau apehal? Hal apa? Jaga kau balik nanti. Teruk aku kerjakan! gertak Iskandar lagi. Kenapa? Awak nak tampar saya lagi macam yang awak buat tempoh hari? Lepas tu awak minta maaf? Buat lagi... maaf... buat lagi... macam tu? Patutlah tak ada siapa pun yang nak kahwin dengan awak. Tak ada satu perempuan pun yang sanggup nak melayan perangai gila awak ni! Laju sahaja setiap patah bicara yang keluar daripada mulut Nur Nilam. Bagaikan melepaskan sakit yang terpendam. Serentak dengan itu juga Iskandar menekan brek keretanya secara mengejut dan berhenti di tepi. Nur Nilam benar-benar telah mencabar keegoannya kini. Hey, kau jangan nak biadab dengan aku! Kau ingat aku kebulur sangat nak kahwin dengan kau? Aku pun tak inginlah, bodoh! jerkah Iskandar kuat sambil tangannya menolak kepala Nur Nilam dengan kuat.

87

Hangatnya Cinta

Kepala Nur Nilam terhentak di atas dashboard Honda Civic Mugen itu. Sakit. Sangat sakit. Ya! Memang saya bodoh. Bodoh sebab kahwin dengan awak. Bodoh sebab memperjudikan masa depan saya dengan lelaki seperti awak. Bodoh sebab tolong orang macam awak! Kali ini setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Nur Nilam disertai dengan linangan air mata. Kau jangan nak kurang ajar. Aku bukannya tak bayar kau. Aku bayar. Balas Iskandar lagi. Suaranya dikendurkan. Pedal minyak segera ditekan kembali. Nur Nilam masih dalam esak tangisannya. Iskandar kembali diburu perasaan serba salah. Dia lemah dengan tangisan itu. Ya Allah... apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku jadi begini?

88

Aje Fazlina

Bab 9
UR NILAM memegang dahinya yang sudah lebam kebiruan. Setitis air mata yang hening tibatiba mengalir laju di pipinya. Setiap denyut nafasnya terasa sakit yang sukar untuk diungkapkan. Terasa sesalan sedang memburu seluruh hidupnya kini. Semuanya tak terjangka dek akal fikiran. Tiba-tiba sahaja dia terheret ke lembah penuh seksa. Seksa yang ditempahnya sendiri. Bodohnya dia kerana menerima tawaran Iskandar untuk menolongnya. Walhal Tuhan sudah mengurniakan dia lengkap dengan anggota fizikal. Sudah cukup sempurna untuk dia berdiri di atas kaki sendiri. Bukannya perlu bergantung kepada orang lain. Walaupun sementara ini semua tidak sepatutnya berlaku. Air mata yang berjuraian di pipi dibiarkan terus mengalir. Sampai hati Iskandar buatnya begini. Dia terasa sangat lemah di kala ini. Mujur ibunya tidak perasan lebam di dahinya ini yang kini jelas kelihatan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini.... Nilam.... Tiba-tiba sahaja namanya dipanggil perlahan. Dia

89

Hangatnya Cinta

yang sedang berdiri di balkoni bilik itu segera menoleh. Matanya jatuh ke wajah Iskandar yang sedang merenungnya kini. Bak air yang mengalir di sungai begitu jugalah lajunya air mata yang menitis di pipi Nur Nilam waktu ini. Iskandar menyesal. Dia terlalu ikutkan hati dan perasaan. Sehingga sanggup buat begitu kepada Nur Nilam. Lebam yang jelas kelihatan di dahi Nur Nilam semakin membuatkan dia bersalah. Dia tidak tahu kenapa dia tidak mampu mengawal rasa hatinya sehingga selalu sahaja Nur Nilam yang menjadi mangsa. Maafkan aku. Awak tak salah apa-apa... balas Nur Nilam dengan suara yang serak kerana masih dalam tangisan. Iskandar semakin lemah dengan tangisan itu. Masuk kali ini sudah berapa kali Nur Nilam bersedih dan menangis kerana perbuatan dan sikapnya itu. Aku memang bersalah. Aku tak patut buat kau macam ni. Apatah lagi layan kau macam ni. Kau perempuan yang sepatutnya dihargai oleh kaum lelaki seperti aku. Tapi, aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku. Tiba-tiba sahaja aku jadi begini. Aku tak mampu nak kawal perasaan aku. Mungkin derita yang aku tanggung akibat seorang insan yang bernama perempuan membuatkan aku menyimpul dendam yang mana kau yang terpaksa jadi mangsanya, tutur Iskandar sambil matanya merenung tajam ke arah Nur Nilam. Bukan mudah baginya membuka rahsia hati yang terluka. Nur Nilam pantas mengesat air mata yang masih bersisa sebelum menyambung bicaranya. Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan. Tapi kenapa saya? Sebab kau isteri aku. Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta tapi kau adalah wanita yang hampir dengan aku. Aku takut....

90

Aje Fazlina

Nur Nilam memandang wajah Iskandar. Mengharap agar ayat yang terakhir itu dapat diteruskan kerana dia semakin tidak pasti apa yang Iskandar takutkan. Terkebilkebil dia memandang Iskandar. Aku takut jatuh cinta lagi. Aku takut untuk mencintai. Sebab itu aku terpaksa layan kau macam ni. Aku tak mahu ada bunga-bunga cinta yang akan mekar. Jadi, sebelum ia mekar lebih baik aku layan kau dengan cara macam ni. Memang aku boleh kata cinta aku dah mati. Aku tak akan jatuh cinta lagi. Tapi siapa yang dapat meramal masa depan? Aku sendiri sudah semakin dapat merasakan perasaan halus itu. Setiap kali memandang wajah kau, hati aku bergetar hebat. Kau tahu apa maknanya itu? Aku benci apabila perasaan itu datang lagi. Benci! luah Iskandar panjang lebar. Tiada seri di wajahnya. Tiada senyum dan gelak tawa. Yang ada hanyalah rasa gundah-gulana yang menyerang jiwa. Dia benci perasaan itu tetapi dalam masa yang sama dia terlalu menyesal kerana air mata di pipi Nur Nilam berjuraian disebabkan oleh dirinya. Adakah dia terlalu kejam? Terlalu ego dalam memaknakan cinta? Dia benar-benar keliru saat ini. Dia kemudiannya terus berlalu dari bilik itu tanpa memandang Nur Nilam yang terkaku mendengarkan kata-katanya. Apa yang sedang Iskandar rasa sekarang sama juga seperti yang dialaminya. Dia juga resah bila mata mereka berdua bertaut. Gelora jiwanya juga semakin sesak di dada. Dan dia juga sedang berusaha keras menafikan bahawa ada cinta di hatinya. Cuma bezanya Iskandar yang sedang berusaha menolak sebuah cinta kerana takut derita lama kembali menyengat hatinya.

91

Hangatnya Cinta

Ya Allah... bantulah hambaMu ini.

SEMINGGU sudah berlalu. Hari sudah hampir menginjak ke malam. Nur Nilam segera mempercepatkan ayunan langkah kakinya menuju ke perhentian teksi. Kali ini dia lebih berhati-hati kerana tidak mahu peristiwa dia diragut dahulu berulang lagi. Nasibnya baik kerana teksi sudah tersedia menunggu. Sudah sehari suntuk dia keluar mencari kerja. Sejak peristiwa seminggu yang lalu dia berusaha keras untuk mencari kerja. Mujur ibunya tidak bertanya apa-apa. Lagipun pagi tadi sebelum dia keluar mencari kerja mak andak datang menjemput ibunya. Katanya, mahu dibuat teman kerana pak andak perlu berkursus ke luar daerah. Perjalanan pulang ke rumah hanya mengambil masa selama dua puluh minit sahaja. Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumahnya itu, kelihatan kereta Iskandar telah berada di laman rumah. Lampu di bilik juga sudah terpasang. Sejak seminggu yang lalu Iskandar jarang pulang awal. Untuk bertentang empat mata pun payah. Biarlah, kerana Iskandar sendiri yang mengharapkan keadaan menjadi seperti itu. Dia tidak menyalahkan Iskandar kerana dia sendiri sedang berusaha menolak sebuah rasa yang bertapak di jiwanya itu. Mereka serupa. Mahu menghalau rasa sedangkan ianya anugerah Yang Maha Esa. Tak semua dapat merasa. Suasana di dalam rumah begitu sunyi sewaktu dia melangkah masuk. Perlahan-lahan dia menapak ke tingkat atas untuk menuju ke biliknya. Doanya dalam hati agar Iskandar tiada di dalam bilik itu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu langsung bertentang empat mata dengan lelaki itu. Pintu bilik kemudiannya dikuak perlahan.

92

Aje Fazlina

Puas dapat bebas hari ini?! sergah Iskandar. Nur Nilam telan liur. Terasa badannya menggigil untuk berhadapan dengan lelaki ini. Saya cari kerja... jawab Nur Nilam takut-takut. Langkah kakinya diteruskan ke arah meja solek lalu meletakkan barang-barangnya di atas meja itu. Langsung tidak menghiraukan Iskandar yang sedang tajam merenungnya. Cari kerja apa sampai malam-malam macam ni baru balik? Kerja apa yang ada malam-malam ni? Kau cari kerja GRO ke? Is! Heee... awak ni melampaulah! Nur Nilam mengerutkan wajahnya. Keceloparan Iskandar benar-benar mewujudkan rasa amarah di hatinya. Mulut dinosaur betul. Cari kerja sampai abaikan suami di rumah? Sampai abaikan makan minum suami macam tu ke? Dah la tu keluar rumah pun tak minta izin daripada suami, tutur Iskandar sekali lagi dengan muka tak puas hati. Suami? Kenapa pula dengan Iskandar ni? Seminggu yang lepas cakap lain. Sekarang ni dia cakap lain pula. Sejak berpindah segala-galanya banyak diuruskan oleh dia. Daripada makan, minum dan pakaian Iskandar semuanya dia yang sediakan. Cuma hari ini sahaja dia tak buat semua tu. Sebabnya dia tahu, kalau dia masak sekalipun Iskandar tak akan makan. Balik pun dah lewat malam. Jadi, untuk apa dia buat semua tu? Ibunya pun tidak ada. Daripada membazir lebih baik tak payah masak. Apa awak merepek ni Is? Kalau saya masak sekalipun ada ke awak sentuh makanan tu? Merepek? Kau cakap aku merepek? Agaknya kau tak serik-serik dengan apa yang jadi pada kau malam tu.

93

Hangatnya Cinta

Awak tak perlu risau Is, saya boleh jaga diri saya sendiri! Kalau kau tu bukan isteri aku lantaklah kau nak pergi mampus pun. Sikit pun aku aku tak kisah. Masalahnya sekarang ni kau tu di bawah tanggungjawab aku. Ibu kau dah amanahkan aku untuk jaga kau! Jadi awak rasa terbeban dengan amanah tu? Awak boleh abaikan amanah tu Is! bidas Nur Nilam sebelum menuju ke towel rack untuk mengambil tuala. Dengan pantas dia bergerak menuju ke bilik air. Dia semakin tidak faham dengan perangai Iskandar. Iskandar hanya memerhatikan tubuh Nur Nilam yang kemudiannya hilang di sebalik pintu bilik air yang tertutup. Dia mendengus kuat. Sejak seminggu yang lalu dia sengaja mengambil langkah untuk berjauhan dengan Nur Nilam. Dia cuba untuk menafikan perasaan yang wujud itu adalah cinta. Namun, semakin dia cuba untuk melupakan semakin hangatnya rasa rindu yang membara di jiwanya. Dia tidak boleh lari lagi. Semuanya akan membuatkan dia semakin terseksa. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Mak Piah, bahawa mereka harus memberi peluang dan ruang dalam diri masing-masing. Tapi, apakah luka lama akan berdarah kembali? Iskandar buntu. Setengah jam kemudian Nur Nilam keluar dengan berpakaian lengkap seperti biasa. Rambut yang basah dililitkan dengan tuala. Kemudian dia bergerak pula ke arah almari pakaian lalu telekung yang terlipat kemas itu segera disarungkan ke tubuhnya. Dia segera menunaikan solat maghrib yang semakin hampir ke penghujungnya. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, dia menuju ke meja soleknya lalu losen disapu ke seluruh telapak tangannya.

94

Aje Fazlina

Iskandar pula sedang duduk di atas sofa sambil matanya terus dihalakan ke kaca televisyen. Dengan T-shirt merah hati dan seluar jeans biru itu sudah dapat Nur Nilam bayangkan bahawa Iskandar akan keluar sebentar lagi. Bersiap sekarang, arah Iskandar tiba-tiba. Bagaikan seorang ketua memberi arahan kepada anak buahnya. Nak ke mana pula? soal Nur Nilam kembali. Makan! Makan? La... kenapa awak tak cakap tadi awak lapar? Saya boleh masakkan untuk awak, Is... bebel Nur Nilam pula. Perlu ke aku beritahu? Sepatutnya kau dah tahu tanggungjawab kau, kan? Tapi Is... Tapi apanya lagi? Hmmm... tak ada apa. Kalau awak nak, saya boleh masak sekarang. Awak tunggu saya siapkan semuanya, okey? Nur Nilam tergesa-gesa. Walaupun pada awalnya dia mahu mempertahankan dirinya tapi dia berubah fikiran pula kerana dia tahu memang dia bersalah. Itu memang tanggungjawabnya. Hey, tak payahlah. Aku ajak kau makan kat luar, kan? Yang kau terlebih rajin kenapa? Kau bersiap sekarang aku tunggu kau di bawah. Serentak itu juga Iskandar bergerak keluar dari bilik. Tiba-tiba bibir Nur Nilam mengukir senyuman. Entah kenapa... sejak seminggu yang lalu dia juga rindukan usikan-usikan nakal Iskandar. Dia segera menyarung baju berwarna putih yang berlengan panjang itu ke tubuhnya. Kemudian disarungkan pula seluar jeans biru dan rambut keritingnya itu dibiarkan

95

Hangatnya Cinta

terurai. Bukan sebab Iskandar suka tapi sebab baju yang dipakainya ini agak mendedahkan sedikit bahunya. Tak adalah nampak seksi sangat. Kemudian dia menata rias wajahnya ala kadar sahaja. Sebelum berlalu keluar dari bilik sempat lagi dia tersenyum sorang-sorang di depan cermin itu.

KERETA Honda Civic Mugen itu terus meluncur laju membelah kepekatan malam. Jam sudah menunjukkan ke angka sepuluh malam. Selepas makan malam tadi Iskandar mahu membawanya ke satu destinasi. Dia hanya menurut sahaja. Lagipun malam minggu begini mesti banyak aktiviti. Dah lama dia tidak keluar malam-malam macam ni. Dulu sewaktu belajar adalah juga sekali-sekala keluar dengan teman-teman. Tapi sekarang sudah tidak lagi. Dah dapat kesunyian yang ada. kerja? soal Iskandar memecah

Belum, jawab Nur Nilam. Nak kerja apa? Tak kisah... apa pun boleh janji halal. Kerja dengan akulah.... Nur Nilam tergelak kecil. Biar betul Iskandar ni. Mood lain macam je mamat ni. Tadi bukan main lagi ganas. Itulah siapa cakap mamat yang ganas-ganas tak romantik? Lagi romantik sebenarnya. Kenapa kau gelak? Aku ada buat lawak ke? Awak tak kisah ke kalau saya kerja dengan awak? Awak lupa yang kita ni kahwin hanya untuk sementara je? Nanti bila kita dah berpisah saya nak kerja apa pulak? Sudah sah-sah saya kena cari kerja di tempat lain jugak. Jadi...

96

Aje Fazlina

Kau tak setujulah ni? potong Iskandar. Is... semuanya akan membuatkan keadaan kita menjadi semakin rumit nanti, luah Nur Nilam. Lebih baik kau fikir semasak-masaknya. Aku tak paksa tapi aku suruh kau fikir, ungkap Iskandar lagi dengan tenang. Nur Nilam diam. Memang betul kata Iskandar. Tapi dia bimbang jika masalah lain pula yang timbul nanti. Bekerja di bawah satu bumbung, sebagai suami isteri sudah semestinya dia perlu sentiasa mesra dengan Iskandar. Nanti apa pula kata pekerja-pekerja Iskandar. Tidak lama kemudian mereka sampai ke dataran yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. Iskandar segera mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaannya. Nur Nilam di sebelah masih khusyuk melihat kereta-kereta yang bersusun di dataran itu. Awak nak lumba haram ke Is? Terpacul pertanyaan itu daripada bibir Nur Nilam. Iskandar yang baru sahaja membuka pintu kereta terus ketawa kuat sebelum kembali bersuara. Kau gila ke apa? Aku tak mainlah haram-haram ni. Yang halal pun aku tak main apatah lagi yang haram-haram ni, ungkapnya lagi sambil tersengih memandang Nur Nilam. Dalam sungguh maksudnya. Nur Nilam mencebikkan bibirnya tidak berpuas hati dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Celopar! Dia segera mengikut jejak langkah Iskandar yang keluar dari kereta. Iskandar kemudian menghampirinya dan mereka berdiri sambil menyandarkan badan pada kereta. Bau wangian yang digunakan oleh Iskandar terasa menyengat di

97

Hangatnya Cinta

hidungnya. Entah kenapa dia rasa berdebar. Semakin dekat bau itu semakin kencang debaran hatinya. Is, awak selalu datang sini? soal Nur Nilam perlahan tapi cukup mendamaikan Iskandar. Selalulah jugak. Aku memang minat bab-bab yang berkaitan dengan kereta ni. Kalau aku tension aku ikut dia orang berlumba. Oh! Tadi awak cakap awak tak lumba haram? Iskandar tergelak kecil. Nampaknya dia dah tersilap cakap. Aku berlumba suka-suka je. Untuk kepuasan diri aku. Untuk lepaskan keserabutan aku, balas Iskandar pula. Tapi tetap salah, kan? Bahaya Is.... Iskandar tersenyum mendengarkan kata-kata Nur Nilam itu. Bahaya pun bahayalah, janji aku puas hati. Tuturnya dalam hati. Kalau aku mati pun kau boleh bebas.... Is! Keras suara Nur Nilam. Iskandar ni suka hati dia je nak cakap yang bukan-bukan. Kalau nak mati pun biarlah mati dengan aman. Bukannya mati sebab lumba haram. Kenapa? Kau sayangkan aku eh? Aku tahu kau sayangkan aku. Sebab tu kau risaukan aku, kan? Iskandar mengangkat keningnya beberapa kali. Sengaja mahu mengusik Nur Nilam. Tengok sahajalah muka terkejut beruk Nur Nilam itu. Sudah cukup menggeletek hatinya. Apatah lagi bila seraut wajah comel ini tersenyum manja. Itu sudah cukup untuk mendebarkan jiwanya. Ah! Dia gagal untuk menolak sebuah rasa. Jom! Iskandar terus menarik tangan Nur Nilam

98

Aje Fazlina

supaya cepat bergerak. Dia kemudiannya membukakan pintu kereta untuk Nur Nilam. Saat itu juga Nur Nilam melihat satu per satu kereta yang berada di situ keluar dari tempat letak kereta masing-masing. Iskandar turut serta seperti mereka. Seolaholah mereka seperti mahu berkonvoi. Atau boleh jadi dikejar oleh polis. Tapi tak ada pula dia lihat kelibat anggota polis di sini. Kereta peronda pun dia tidak nampak. Is! Janganlah laju sangat Is. Bahaya ni! marah Nur Nilam apabila merasakan tahap kelajuan kereta Iskandar semakin bertambah. Kalau betul Iskandar nak lumba haram tak payahlah bawa dia sekali. Dah tu boleh pula buat derk. Sakit hati betul. Is! Awak dengar tak saya cakap? jerit Nur Nilam sekali lagi. Semakin ditegur bukan semakin perlahan tetapi semakin laju pula dibawanya. Satu-satu kereta yang berada di hadapannya itu dipotong. Nur Nilam makin seriau. Seriaunya bertambah apabila kereta mereka tiba di jalan yang berselekoh. Macam nak tercabut jantungnya. Segera tangannya merangkul tangan Iskandar. Memeluk kuat tangan itu. Dia terasa seolah-olah mahu terbang keluar dari kereta ini. Lantas matanya dipejam rapat-rapat. Takut! Lama dia berkeadaan begitu. Biarlah apa pun yang Iskandar nak anggap kepadanya. Apa yang dia tahu saat ini dia begitu takut dengan kelajuan kereta Iskandar. Fuh! Nilam... Nilam. Dia mendengar namanya dipanggil perlahan. Dia segera membuka matanya perlahan-lahan. Anak matanya jatuh tepat ke wajah kacak Iskandar. Tak nak turun ke? soal Iskandar pula.

99

Hangatnya Cinta

Kita di mana? Tempat tadilah sayang oi! Yang kau peluk-peluk aku macam tak mahu lepas ni apehal? Dah suka sangat nak peluk aku? Selalunya bukan main lagi kau jual mahal? Nur Nilam yang mendengar terus melepaskan rangkulan tangannya di lengan Iskandar. Bukan dia sengaja tapi dia takut sangat tadi. Tak patut betul Iskandar bawa dia ke sini, sudahlah lajunya mengalahkan pelumba profesional. Awak tahu tak bahaya lumba haram! marah Nur Nilam pula. Okeylah tu, baru ada thrill. Kalau ye pun tak payahlah awak bawa saya sekali. Takut sangat ek? Mestilah, kalau jadi apa-apa tadi macam mana? Tak payah cakaplah benda tak jadi apa-apa pun. Jomlah keluar. Aku dah menang malam ni. Tuah bawa kau agaknya, ucap Iskandar. Dia kemudiannya segera keluar dari kereta dan menuju ke arah Nur Nilam yang teragak-agak mahu keluar dari kereta itu. Is! Iskandar menoleh apabila namanya dipanggil. Kelibat seorang pemuda sedang menghampiri mereka berdua. Wah... siap ada amoi lagi. Patutlah aku tak boleh nak lawan kau malam ni, tutur lelaki itu sebaik sahaja berhadapan dengan Iskandar. Iskandar tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Bukan amoi Baddrol, tapi isteri akulah. Nur Nilam Qaseh, ungkap Iskandar pula.

100

Aje Fazlina

Nur Nilam hanya tersenyum manakala Baddrol pula kelihatan terkejut. Mati-mati aku ingatkan amoi mana tadi kau bawa. Kalau aku ada isteri cantik macam ini aku tak bawa dia datang sini Is, ucap Baddrol pula. Habis tu kau nak aku kurung dia di rumah ke? Bukan macam tu maksud aku. Isteri kau ni cantik sangat. Kau tak takut ke ada yang mengurat nanti. Kau tengok tu berapa banyak mata yang sedang ushar isteri kau ni. Iskandar tergelak kecil. Baddrol memang begini. Dari zaman universiti sehinggalah sekarang begitu prihatin dan mengambil berat akan dirinya. Mungkin dia takut sejarah lama Iskandar berulang lagi. Tapi dia pun perasan akan berpasang-pasang mata yang sedang merenung ke arah Nur Nilam. Nur Nilam pun satu, yang seksi sangat malam ni apehal? Hesy! Kalau rasa nak kena penumbuknya cubalah goda isterinya ini. Nur Nilam pula hanya membisu di samping Iskandar. Dia terasa malu pula apabila dirinya menjadi topik perbualan Iskandar dan Baddrol. Namun dia tersenyum nipis apabila Iskandar buat muka tak puas hati macam tu. Cemburu ke? He he he.... Kau jangan risau Baddrol. Aku takkan biarkan sejarah lama berulang lagi. Betul tak sayang? Nur Nilam mengerutkan keningnya. Iskandar sudah start nak buat perangailah tu. Lihat sajalah rangkulan tangan Iskandar di pinggang Nur Nilam. Mengada-ada betul mamat ni. Gerutu hati Nur Nilam. Baddrol yang melihat hanya ketawa terbahak-bahak. Happy go lucky betul.

101

Hangatnya Cinta

Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang apabila merasakan cuaca malam yang bertukar dingin dan berangin menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Di dalam kereta, Nur Nilam memeluk tubuh. Penghawa dingin yang terpasang terasa semakin sejuk sehingga menyusuk ke tulang-temulang. Kenapa? Sejuk? Itulah, pakai lagi baju yang seksiseksi macam ni. Lain kali tak payah pakai baju langsung lagi senang, tutur Iskandar tiba-tiba. Penghawa dingin yang terpasang itu diperlahankan. Seksi? Iskandar ni macam mak nenek betullah. Nak marahkan dia pula. Tapi seksi sangat ke dia? Memanglah baju yang dia pakai ni menampakkan sedikit bahunya. Tapi dia dah cover dengan rambut, kan? Tak adalah seksi sangat pun. Agaknya Iskandar cemburu kut. Tak pun dah tergoda. Is, kenapa awak beritahu saya isteri awak tadi? Habislah saya nanti tak ada orang nak. Sekurang-kurangnya lepas kita berpisah nanti saya dah ada pengganti, ucap Nur Nilam pula selamba tanpa menoleh sedikit pun ke arah Iskandar. Sengaja mahu menduga sekeping hati milik lelaki bernama Iskandar Dzulkarnain ini. Aku tak nak lepaskan kau, ujar Iskandar. Nur Nilam ketawa. Walhal kata-kata Iskandar kedengaran sangat serius. Aku serius! Sampai bila-bila pun aku tak akan lepaskan kau. Is, kenapa awak selalu jadi orang yang mungkir janji? Awak tak cintakan saya. Awak menafikan rasa yang ada. Saya perempuan, Is. Saya mahukan hidup yang lebih

102

Aje Fazlina

sempurna, luah Nur Nilam. Hajat di hatinya tadi mahu menduga sekeping hati milik lelaki yang berada di sebelahnya ini. Alih-alih dia pula yang terduga sekarang. Jika Iskandar tidak mahu melepaskannya alamatnya sampai bila-bila pun dia akan terpenjara dalam sangkar derita. Iskandar diam. Dia tidak tahu dari mana mahu memulakannya. Dia tidak tahu dari mana mahu menzahirkan perasaannya. Benar, dia sudah jatuh hati kepada Nur Nilam. Dan dia tidak mahu lagi menafikannya. Walaupun baru dua minggu dia tinggal bersama Nur Nilam segala-galanya tentang gadis ini begitu menawan. Dia tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta dalam masa sesingkat ini. Namun kini, dia sedar perkahwinan yang dirancang inilah yang membuahkan cinta sekali lagi di hatinya. Tetapi dalam masa yang sama dia juga bimbang. Bimbang jika derita lama berulang kembali. Sehingga kereta yang dipandunya itu sudah sampai di hadapan rumah yang mereka diami, dia masih membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan Nur Nilam yang langsung tidak memaksanya untuk berbicara. Hujan rintik mula turun membasahi bumi. Nur Nilam terlebih dahulu keluar dari dalam perut kereta. Tanpa menunggu Iskandar membukakan pintu kereta untuknya seperti biasa. Iskandar semakin resah. Lama dia duduk di dalam kereta sebelum mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Kemudian perlahan-lahan dia menapak menuju ke tingkat atas. Semakin hampir di muka pintu bilik semakin kuat debaran itu mengetuk segala sendi dan urat-urat sarafnya yang ada. Pintu bilik dikuak. Baru sahaja langkah kaki pertamanya diatur satu jeritan kuat sudah memecah kesunyian malam. Dia terkaku di situ.

103

Hangatnya Cinta

Is... lebih baik awak keluar sekarang! jerit Nur Nilam sekali lagi. Cuba menyedarkan Iskandar yang masih kaku di situ dengan pandangan matanya tajam merenung ke arahnya yang hanya bertuala itu. Dengan rambutnya yang masih basah itu membuatkan dia benar-benar nampak seksi. Manalah dia tahu Iskandar nak masuk ke dalam bilik. Sangkanya Iskandar akan tidur di bilik sebelah. Lagipun ibu tak ada. Buat apa Iskandar nak tidur di dalam bilik ni pula. Sebab itu jugalah dia tidak membawa bajunya sekali tadi ketika masuk ke dalam bilik air. Is, tolong jangan tengok saya macam tu! jerit Nur Nilam lagi. Iskandar yang sudah kembali ke alam nyata langsung tidak menghiraukan jeritan Nur Nilam. Tetapi meneruskan langkah kakinya menuju ke arah Nur Nilam. Nur Nilam resah. Dia berundur ke belakang sehingga badannya melekat ke dinding. Is!!! Nur Nilam menjerit sekali lagi. Namun langsung tidak diendahkan oleh Iskandar. Badan Iskandar sudah hampir dengannya. Nur Nilam menggigil ketakutan. Hembusan nafas Iskandar semakin dapat dirasakan. Sayang... I love you! Itulah ungkapan pertama yang terpacul di bibir Iskandar. Nur Nilam kelu. Hilang sudah panggilan aku kau yang selalu Iskandar guna. Tangannya diraih oleh Iskandar. Terasa ada kehangatan yang meresap ke tubuhnya yang hanya bertuala itu. Sayang... abang tak mampu untuk terus menafikan rasa cinta ini. Abang yakin dengan apa yang abang rasa. Sebab itu abang tak mahu melepaskan sayang pergi. Abang perlukan sayang. Dalam setiap langkah kaki, abang mahu sayang ada

104

Aje Fazlina

bersama. Abang manusia biasa yang bisa berkata bahawa abang tak akan jatuh cinta lagi. Tapi percayalah, semua rasa itu telah wujud dalam diri abang. Abang tak mampu lagi menafikannya. Abang mahukan kita beri peluang pada diri masing-masing. Nur Nilam terasa mahu menangis mendengar katakata yang keluar daripada mulut Iskandar itu. Adakah ianya ucapan yang lahir daripada hati yang ikhlas atau hanya kepurapuraan semata-mata? Dia juga mahukan Iskandar dalam hidupnya. Kerana dia juga semakin merasai hangatnya cinta itu dalam jiwanya. Saat mata mereka bertaut dia resah sendiri. Sayang... izinkan abang untuk terus berada dalam hati sayang buat selama-lamanya. Ucap Iskandar lagi. Haruman yang menerobos masuk ke hidungnya membuatkan jiwa lelaki Iskandar meronta. Apatah lagi matanya dihidangkan dengan kecantikan dan pesona luar biasa Nur Nilam. Dia sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Apa yang dia tahu saat ini dia mahukan Nur Nilam menjadi miliknya yang abadi. Nur Nilam pula hanya mengangguk. Merelakan sahaja apa yang Iskandar lakukan kepadanya. Dalam rintik-rintik hujan malam ini, Kudibuai asmara kasihmu.... Dalam kedinginan kasih yang menyentuh, Kuhanyut dalam kehangatan cintamu....

105

Hangatnya Cinta

Bab 10
Tiada bintang.... Tiada bulan.... Tiada angin.... Tiada salji.... Tiada suria.... Tiada laut.... Yang ada hanya kau yang kucinta.... AGI yang cerah tidak seperti semalam yang hujan. Nur Nilam awal-awal lagi sudah bangun menyediakan sarapan. Nasi goreng dan segelas teh O panas sahaja. Ringkas tapi cukup membuka selera. Dia kemudiannya menarik kerusi di meja makan itu lalu duduk di situ. Ingatannya berkisar kepada apa yang telah berlaku. Pagi tadi sewaktu dia bangun Iskandar memeluknya erat. Bagaikan tidak percaya dia dan Iskandar akan bersama.

106

Aje Fazlina

Mungkin benar kata Mak Piah mereka harus memberi peluang dan ruang dalam hati masing-masing. Ingin sahaja saat ini dia khabarkan kepada Mak Piah bahawa perkahwinan yang dirancang ini sebenarnya anugerah yang tidak terhingga dalam hidupnya. Bahkan telah melahirkan erti cinta yang hanya dia dan Iskandar sahaja yang tahu. Tapi dalam masa yang sama dia juga bimbang jika Iskandar hanya mempermainkannya. Sayang... muahhh.... Satu ciuman hinggap di pipinya. Nur Nilam terasa mukanya sudah hangat dan merah menyala. Tiba-tiba sahaja dia diburu perasaan malu. Malu sangat-sangat. Nak pandang wajah Iskandar pun dia malu. Kenapa ni? Diam je? Dah tak nak pandang muka abang ke? Semalam bukan main lagi sayang pandang... sekarang dah tak sudi nak pandang ke? ucap Iskandar pula sambil ketawa kuat. Gembira dapat menyakat Nur Nilam. Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Nur Nilam. Pandang wajah itu bagai tak lepas walau seminit pun. Awak ni.... Nur Nilam berdebar namun cuba kuatkan semangat untuk menentang sepasang mata yang sedang galak merenungnya. Mata itu redup tapi pandangannya tajam. Senyuman manis itu membuai jiwa dan sukma. Ah! Takkan begini cepat dia tersangkut. Abang, bukan awak... balas Iskandar pula sambil tersenyum. Hmmm.... Ada apa-apa masalah ke? Nur Nilam geleng kepala. Okey, kalau begitu nanti kita kita keluar jalan-jalan

107

Hangatnya Cinta

nak tak? Kalau sempat abang nak balik rumah mama, sayang nak ikut tak? soal Iskandar pula. Nur Nilam yang mendengar terus menganggukkan kepalanya beberapa kali. Mestilah dia nak balik sebab nak sangat jumpa Mak Piah. Sayang ni kenapa? Dah bisu ke? Asyik pakai bahasa isyarat je... sayang malu eh? Tapi semalam.... Iskandar angkat kening. Abang ni... dah la, tak payahlah nak sebut-sebut lagi pasal semalam tu... ucap Nur Nilam pula sambil menjeling tajam ke arah Iskandar yang sedang tersengih itu. Kalau nak cakap pasal semalam memanglah dia malu. Malu gila! Lancar sahaja mulutnya menyebut perkataan abang itu. Bermimpikah dia saat ini? Sayang, abang rasa nak sarapan yang lain jelah. Tak naklah nasi goreng, tutur Iskandar pula sambil buat muka seposen dia tu. Ala... abang ni mengada-ada betullah. Penat-penat Nilam masak, abang tak nak makan pula. Habis tu abang nak sarapan apa? Ini je yang ada.... Abang nak sarapan yang lainlah.... Apa? Beritahulah.... Sarapan ni tak boleh nak beritahu tapi kena tunjukkan je.... What! Nur Nilam terkejut. Terkejut sangat-sangat. Baru kini dia faham sarapan yang dimaksudkan oleh Iskandar. Mukanya sudah merah menyala manakala Iskandar sudah ketawa berdekah-dekah. Gembira sangat-sangat. Syukur padaMu Ya Allah. Kehadiran Nur Nilam benar-benar telah melengkapkan

108

Aje Fazlina

hidupnya yang dulunya suram. Cinta itu akan ada bagi mereka yang berani mencuba. Cuma kadangkala kita tidak sedar bila cinta itu wujud. Kadang-kadang pula kita langsung tidak menghargainya. Seperti dia yang pada awalnya menolak sebuah kehadiran cinta. Walhal perasaan itu sudah wujud sebelum mereka diijab kabul lagi. Semuanya bermula saat Nur Nilam mencuba baju pakaian pengantin dulu. Saat itu hatinya sudah bergetar kuat. Cuma dia sahaja yang sering kali menafikannya. Bolehlah sayang... rengek Iskandar sekali lagi. Kali ini Nur Nilam menjegilkan matanya ke arah Iskandar membuatkan tawa Iskandar pecah berderai. Abang jangan nak menggatal yek! Dengan sayang je abang jadi macam ni. Marahmarah abang sebenarnya abang dah sayang sangat kat Nilam, luah Iskandar lagi sambil mula menjamah nasi goreng yang dimasak oleh Nur Nilam itu. Betul ke? Betul sayang, cuma maafkan abang sebab cuba untuk membuang perasaan ini. Abang sebenarnya takut derita lama abang berulang lagi. Abang harap Nilam tak kecewakan abang lagi. Isteri abang hanya milik abang seorang sahaja. Ucap Iskandar lagi sambil mengenyitkan matanya ke arah Nur Nilam. Benar, saat ini hatinya dibuai asmara yang menggila. Nur Nilam benar-benar buat dia jadi panasaran. Nur Nilam tersenyum mendengarkan kata-kata Iskandar. Siapa sangka akan jadi begini? Hanya dalam tempoh dua minggu ikatan perkahwinan ini dibina, sudah terpahat cinta dalam hati masing-masing. Walaupun layanan dan cara Iskandar begitu menyakitkan hati, tetapi kuasa cinta itu tetap melebihi segala-galanya.

109

Hangatnya Cinta

MEREKA sampai di pusat membeli-belah terkemuka itu tepat pada pukul sebelas pagi. Sudah ramai pengunjung yang datang. Biasalah kalau cuti hujung-hujung minggu begini. Pasti ramai yang berpusu-pusu datang. Jari-jemarinya berada kemas dalam genggaman Iskandar. Iskandar ni macam takut sangat dia lari. Sekali-sekala tangan Iskandar melingkar pula di pinggangnya. Saat itu jugalah dia terasa mukanya seperti disimbah cat warna merah. Kalaupun Iskandar tak malu tapi dia terasa malu yang amat. Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk. Iskandar ni boleh dikategorikan seorang yang kaki shopping juga. Tapi cerewetnya mengalahkan mak nenek. Itu tak, ini tak. Sampai naik rimas pula dia dengan kerenah Iskandar ni. Sayang, baju ni cantik. Tak naklah, balas Nur Nilam. Dress berwarna merah daripada jenis kain baldu itu memang cantik. Harganya pun cantik juga. Manalah dia ada duit. Sayang, cantik ni. Abang suka.... Seksilah abang... balas Nur Nilam pula cuba memberi alasan. Seksi sikit je.... Semalam abang marah Nilam pakai seksi-seksi. Sekarang abang nak suruh pulak. Nanti kalau orang asyik tengok Nilam je, abang juga yang nak cemburu... ucap Nur Nilam lagi sambil melirik manja ke arah Iskandar. Supaya Iskandar ingat sendiri akan kata-katanya semalam. Sayang abang ni pakai apa pun tetap nampak seksi. Kalau rasa nak kena pelangkung dengan abang, usharlah! Nur Nilam yang mendengar terus ketawa. Kemudian serta-merta jugalah tawanya lenyap apabila

110

Aje Fazlina

melihat Iskandar memberitahu kepada pekerja butik itu untuk membeli pakaian tersebut. Nur Nilam segera menghampiri Iskandar. Abang... mahal ni. Nilam bukannya ada duit. Tak payahlah beli... luahnya berterus terang. Sayang, ada ke abang mintak sayang bayarkan? Abang nak belikan untuk sayang, kan? Lagipun tukan dah memang jadi tanggungjawab abang untuk sediakan segalanya. Jangan hanya nafkah batin je... nafkah zahir pun wajib. He he he.... Abang ni.... Nur Nilam tarik muncung sedepa mendengarkan kata-kata Iskandar itu. Asyik-asyik dia sahaja yang terkena dengan gurauan nakal daripada suaminya itu. Keluar sahaja dari pusat membeli-belah itu mereka terus menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu ke rumah papa dan mama Iskandar pula. Perasaan Nur Nilam berdebar-debar pula. Debarannya itu membuatkan dia rasa resah di tempat duduk penumpang itu. Sayang kenapa? Gelisah je dari tadi lagi? Entahlah... jawab Nur Nilam sepatah. Entahlah apa? Entahlah.... Tiba-tiba je rasa takut dan berdebardebar. Betul ke apa yang kita buat ni? Boleh ke Nilam percayakan abang? Betul ke abang tak akan tinggalkan Nilam selepas abang dapat segalanya? Iskandar yang mendengar terus memandang tepat wajah Nur Nilam. Dia kemudiannya membelok kereta ke tepi lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan itu. Sayang tak percayakan abang?

111

Hangatnya Cinta

Nilam cuma waswas. Lagipun abang sendiri pernah cakap yang abang tak akan jatuh cinta lagi. Bukan ke abang dah cakap semalam yang abang nak kita sama-sama bagi peluang dan ruang dalam hati kita untuk mencintai dan dicintai. Cinta tu sudah wujud dalam hati abang. Wujud sejak sayang mencuba pakaian pengantin di butik dulu. Waktu tu abang dah rasa lain macam sangat. Cuma silap abang terlalu ego. Abang cuba menafikan segala rasa yang ada sehingga sampai satu tahap abang benci dengan perasaan itu dan sayang jadi mangsa. Abang rasa bersalah sangat pada sayang. Abang bukan sengaja nak tampar sayang apatah lagi nak buat sayang terseksa. Tapi sebab abang cuba untuk menidakkan rasa yang berada di hati abang ini. Tapi bila abang sedar, abang tak seharusnya buang semua rasa yang ada. Sebab cinta itu adalah anugerah daripada-Nya. Tuhan hilangkan abang dengan cinta dan Dia juga gantikan cinta abang dengan cinta yang lebih baik, luah Iskandar sambil memandang tepat ke wajah isterinya itu. Jari-jemari Nur Nilam diraih perlahan. Ada keikhlasan yang tertumpah di situ. Tapi... bukan ke semua ini terlalu cepat? Cepat atau lambat itu bukan soal utama. Ini soal hati dan perasaan. Cinta datang tanpa diundang. Dan perginya juga tak dapat dihalang! Terus saja wajah Iskandar bertukar serius. Abang tak akan halang... tapi abang akan usahakan agar ianya akan terus mekar berkembang. Nur Nilam yang mendengar terasa terharu. Setitik demi setitik air matanya gugur membasahi pipinya yang mulus itu. Rasa tak percaya masih ada.

112

Aje Fazlina

Sayang, janganlah menangis macam ni. Abang janji tak akan tinggalkan sayang. Abang akan jaga sayang sampai ke akhir hayat abang. Abang janji. Cuma abang harap sayang pun begitu. Nur Nilam mengangguk perlahan. Air matanya dikesat. Dia memandang wajah Iskandar sambil bersuara perlahan. Nilam harap abang tak akan mungkir janji lagi. Iskandar tersenyum. Tak! jawabnya sepatah. Nur Nilam masih memandang wajah Iskandar tanpa bersuara sepatah pun. Sayang, jangan pandang abang macam tu lagi kalau tak nak kereta ni terus berhenti kat sini. Abang ni.... Nur Nilam tersenyum manakala Iskandar terus ketawa kuat. Sayang jangan goda abang lagi. Abang dah kalah dengan sayang. Daripada abang nak benci dah jadi semakin sayang. Sayang sangat-sangat. Nilam pun sayangkan abang... ucap Nur Nilam perlahan sahaja tetapi sudah cukup menjelaskan kepada Iskandar yang dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Nur Nilam juga sepertinya. Merasa cinta yang serupa. Kalau macam tu lain kali jelah kita balik rumah papa dan mama. Abang rasa hari ni nak duduk berdua je dengan sayang. Kita baliklah ek. Ucap Iskandar lagi sambil mencubit perlahan pipi Nur Nilam. Kereta Honda Civic Mugen itu terus membelok ke arah jalan pulang ke rumah mereka pula. Abang ni... mengada tau. Nur Nilam menarik muka tak puas hati dengan Iskandar. Beria-ia dia nak jumpa

113

Hangatnya Cinta

dengan Mak Piah alih-alih Iskandar dah pusing ke jalan untuk pulang ke rumah mereka. Tak habis-habis nak mengenakannya. Iskandar yang memandang terus ketawa kuat. Geli hati dengan cara Nur Nilam pamerkan. Manja dan comel sangat. Walaupun pada awalnya Nur Nilam seperti malu-malu dengannya. Mestilah, kan? Dia pun malu juga. Cakap macammacam. Akhirnya dah jadi lain. Dari selalu bertikam lidah dah jadi ayat-ayat cinta pula. Tapi takkanlah dia nak tunjuk malu kut. Lelaki apa-apa hal pun mesti cool, baru macho. Kini, dia terasa kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terasa hangatnya cinta kian menjalar di seluruh urat-urat saraf yang ada.

114

No. ISBN:- 978-967-0448-16-9 Jumlah muka surat:- 480 Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis:Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak. Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya.

Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia. Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan. Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya. MOHAMAD ISKANDAR DZULKARNAIN: Hangatnya cinta membuatkan aku semakin hari semakin sayang. NUR NILAM QASEH: Sesungguhnya dalam kedinginan kasihmu yang menyentuh, kumerasa ada bahang kehangatan cinta yang kian membara....

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan HANGATNYA CINTA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai