Anda di halaman 1dari 8

Cerpen Cinta Remaja

Wei, Mei Ling, mamat tu la. Pergilah tegur. Suara Sui Ming mengejutkan aku dai lamunan.
Aku menoleh mencari orang yang dimaksudkan. Oh! Lelaki idaman aku! Gelaran itu diberi
kerana aku tidak tahu namanya. Sudah hampir setahun aku belajar di Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Hampir setahun jugalah aku asyik bertembung dengan dia.
Walaupun kami tidak pernah menghadiri kuliah yang sama, pasti tetap akn bertembung. Kiranya
aku ni peminat rahsianya. Namun aku hairan. Atupun mungkin aku seorang yang perasan. Jika
aku bertembung dengan dia, aku tidak boleh melihat matanya. Begitu juga dengan dia. Seolaholah mata kami berbicara, mewakilkan tuan-tuan mereka. Untuk menegur, buka cara aku
walaupun seringkali Sui Ming memberi galakan. Mei Juan juga turut memberi sokongan.
Woi, apa yang kamu tengok lagi? Suara Sui Ming sekali lagi mengejutkan aku daripada
memandangnya. Aku berasa panik apabila Sui Ming menarik tanganku bagai anak kecil. Semua
mata di kafe itu terarah kea rah kami. Ke mana lagi arah tuju kami kalau bukan pada lelaki itu.
Mahu tak mahu, kini aku sudah berada di belakangnya.
A.AwaAwak gagap suaraku. Lelaki itu, apabila tahu ada orang memanggilnya, dia
segera memusingkan badannya. Namun , tersalah pusing, tangannya menyenggol tanganku yang
memegang Teh O ais limau, minuman kegemaranku yang masih penuh. Jawabnya, lelaki itu
kuyup. Kemeja putihnya bertukar warna. Berhambur tawa daripada rakan-rakannya yang lain.
Sui Ming turut bersama menggelakkan aku. Aku dapat lihat wajah lelaki idaman aku itu merak.
Mesti menahan marah dan malu.
Lenyapkan diri daripada lingkungan aku. Itu ayat yang ditujukan padaku sebelum bayangnya
menghilang. Haish, hilang harapan saya, semua ini adalah pasal Sui Ming.
Sejak kejadian itu, kami jadi lebih kerap bertemu. Aku berasa hairan . Namun, seperti yang aku
jangkakan, bukan pandangan biasa yang ku terima. Sebaliknya, pandangan penuh rasa benci,

rasa dendam. Pasti dia berasa malu apabila terpaksa mandi di tengah-tengah cafe. Tetapi semua
yang terjadi ini bukan salah aku.
Hari ini, aku akan menduduki kertas Hubungan Etnik. Semua fakta sejarah sudah melekat dalam
kepalaku. Hari ini juga merupakan kertas terakhir bagi semster ini. Aku melangkah penuh
keyakinan ke dewan peperiksaan. Namun keyakinanku luruh melihat lelaki idamanku turut
menuju ke dewan yang sama. Nak tak nak, aku terpaksa masuk untuk menduduki kertas terakhir
ini.
Mataku melilau mencari tempat kosong. Nah, aku berjaya mencari satu tempat kosong. Tapi,
selang dua tempat duduk, adalah tempat duduk lelaki tersebut. Mengambil kisah apa, sudah lah
begini, lagipun aku bukan secara sengaja.
Sebaik sahaja aku melepasi dia, terdengar satu suara latar tidak berbayar.
Azham. Budak teh O ais limau.. Apa!!! Dia memanggil aku budak??? Memang aku berbadan
kecil tetapi aku dah berumur 20 taw!
Diam!! Malang betul aku hari ini. Memang gagal la Hubungan Ethnik aku kali ini.
Jun Ming. Memang ada jodoh la tu. Oh! Jadi nama dia ialah Jun Ming. Terima kasih pada
suara yang tak berbayar itu. Aku dah tahu nama dia. Yes..satu perkembangan.
woi perempuan. Kau jangan ingat aku tak buat apa-apa, aku akan senyap selamanya. Suatu
dari, sudah tentu aku akan kamu bayar balik apa yang kamu hutang tu. Satu lagi, tak perlulah
asyik nak ikut aku je, macam pengawai keselamatanku, pergi mana pun nak ikut juga.
Apa??? Kau ingat aku nak sangat ikut kau ke? Apa yang bagus sangat pasal kau sampai kau
fikir kau ini perlu untuk diperhatikan? Minta maaf la. Orang perasaan bagus macam kamu ni
memang banyak kat luar tapi kamu ni adalah paling teruk . Ever and ever. Aku menjerit kuat.
Tapi sudah tentu hanya dalam hati. Aku tak ingin menjadi perhatian kerana sudah ramai yang
berada di dalam dewan, Memang nasib la.
Peperiksaan dijalankan selama dua jam itu memang satu penyeksaan. Aku gagal untuk fokus
kerana kata-katanya masih berbekas. Setelah sejam berlalu, aku mengambil keputusan untuk
keluar daripada dewan peperiksaan. Tiada guna untuk aku terus berada di situ. Jawapan tidak

juga muncul di depan mata. Memang nasib aku hari ini. Hari akhir patutnya bahagia. Nak
menjerit merdeka pun hati aku tak senang. Lantaklah kamu ini siapa.

Mei Ling. Ada pesanan. Pukul 6 petang ada orang nak jumpa kat padang teater. Sui Ming ,
penyampai pesanan aku yang setia. Tapi siapa ye orang itu? Hati aku mula curiga namun rasa
ingin tahu memuncak. Nak tak nak, aku mengangguk, namun bersyarat. Sui Ming harus
menemani aku. Kami menuju ke padang teator yang dimaksudkan . Ramai orang berkeliaran di
situ. Semuanya baru selesai menjawab kertas akhir. Pasti ingin bersorak riang setelah berhabis
mengulang kaji.
Minta maaf, tumpang tanya awak Mei Ling kan? beberapa orang telah menegur aku. Lima
orang semuanya. Aku mengangguk sebagai jawapan. Sungguh aku tak kenal mereka. Sui Ming
juga kelihatan bingung.
Kami yang nak jumpa awak. Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Kami ada hadiah untuk
awak. Dari Jun Ming. Kenalkan? sekali lagi aku mengangguk. Nama mamat itu. Baru sahaja
aku tahu sebelum peperiksaan tadi.
Awak, minta ke tepi sikit. arahan diberi kepada Sui Ming . Sui Ming turut akur walaupun
masih bingung.
Ni hadiah untuk awak. SatuDuaTiga sebaik sahaja kiraan habis, aku dapat rasakan
badan aku basah. Suara riuh rendah pelajar-pelajar di sekeliling mengiringi. Barulah aku sedar
diri. Rupanya, mereka berlima telah berpakat dengan Jun Ming dan memandikan aku dengan
Teh O ais limau.
Aku lihat Sui Ming terkejut habis apatah lagi dengan aku. Dimandikan di tengah pelajar-pelajar .
Kesemua pelajar di situ bersorak melihat aku yang kebasahan. Pastinya rasa malu mula
bersarang.Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu.
kami ada hadiah untuk awak. Dari Jun Ming.
Pasti lelaki itu yang merancang semua ini. Ingin memalukan aku di khalayak orang ramai seperti
mana dia. Namun aku yakin, aku lebih teruk daripada dia dahulu. Dia hanya mandi dengan

secawan , tapi aku dimandi dengan lima cawan. Lelaki iyu memang sengaja mencari nahas dan
kecil hati.Dendam mula membara di hati.
Apa pasal ruih rendah di sini. Tepi sikitTapi Mei Ling?? Kenapa awak basah macam ni?
Hutang berbayar. Sekarang Jun Ming, you are even. Salah seorang daripada mereka bersuara.
Apa?? Aku tidak suruh berbuat macam ni pun. Ini bukan rancangan aku la. Ramai-ramai kat
sini . apa yang kamu semua tengok? Tak pernah tengok orang basah ke? Dah laBlah. Jun
Ming mengarahkan semua yang menjadi penonton aku beredar dari situ. Dia menanggalkan jaket
yang dipakainya. Langkah diorak menuju padaku. Tanpa rasa takut aku akan melenting, dia
membalut tubuhku yang kebasahan.
Jom saya hantar awak balik. Awak dah basah teruk ni. Naik kereta saya. Jun Ming menawar.
Perlahan-lahan, tangan miliknya yang masih di bahuku, aku lurut. Jaket yang tersarung
ditubuhku, aku tanggalkan. Aku tak tahu apa yang ada pada pemikirannya sekarang.
Mungkinkah ini cara dia membalas dendam terhadap orang yang membuat onar dengannya??
Saya tidak sangka awak akan bertindak sejauh ini. Ya , saya bersalah tapi tak bermakna awak
boleh buat sesuka hati. Apa?? Ini bukan rancangan kau? Dah salah yang lima orang itu kata
hadiah daripada kamu. Sekarang kenapa kamu nak datang menolong?
Nak tunjuk kamu ni seorang yang prihatin, yang baik hati? Lepas kamu dah memalukan aku
depan orang ramai, kau nak buat baik jadi orang lain akan menganggap kamu ni seorang hero
macam itu ke? Terima kasih semua ini, Jun Ming. rendah nada suaraku.
Mujurlah hari ini hari terakhir. Ingin segera pulang ke kampung halaman, melupakan semua
mimpi ngeri itu. Dan hari ini, aku pulang ke kolej kediamanku, berjalan kaki. Mujurlah Sui Ming
sudi menemaniku. Terima kasih kawan.
Hari ini, aku kembali di UPSI setelah puas bercuti. Peristiwa dulu cuba aku lupakan walaupun
masih terbayang-bayang dalam fikiranku. Aku kini di perpustakaan bersama Sui Ming,
membantu rakanku . Setelah selesai segala urusan, akau ingin segera pulang ke kolej. Hatiku
tergerak untuk membeli teh O ais limau.

Aku berpatah balik menuju ke cafe. Sebaik aku ingin membuka pintu, pintu itu terlebih dahulu
dibuka dari arah sana. Aku mendongak melihat orang yang memudahkan kerjaku. Terasa ingin
pengsan di situ juga melihat Jun Ming.
Haish.malang sungguh hari pertama aku.
Putus selera melihat dia turut memegang teh O ais limau.
Segera aku berpatah balik ke tempat Sui Ming menungguku.
Cepatnya, kata nak teh O ais limau. Haa? Owhbaik. Sui Ming putus ayat melihat Jun Ming.
Aku segera menarik tangan Sui Ming meninggalkannya.
Hei Cik pengawas keselamatan. Minta maaf sangat-sangat. Apa? Cik Pengawas keselamatan?
Dia ingat aku ini siapa?
Hei Mr. Perfect. Apa yang kamu ingin minta maaf? sejurus berkata, aku terus berlalu.
Meninggalkan dia yang terpinga-pinga. Lantak kau. Sesuka hati panggil aku pengawas
keselamatan.
Seminggu berlalu selepas kejadian itu. Semenjak itulah juga aku sering sahaja menerima pesanan
daripada Mr. Perfect untuk Cik pengawas keselamatan. Tidak terlepas juga nota-nota yang
diselitkan dalam buku milikku. Menyesal aku panggil dia begitu.
Cik pengawas keselamatan, minta maaf.
Cik pengawas keselamatan, ini teh o ais kamu.
Cik pengawas keselamatan, boleh tak kamu maafkan aku?
Pelbagai lagi ayat memujuk yang ditarakan. Tidak kira pesanan dari kawanya, pesanan pada
notanya dan juga yang diucap sendiri jika bertembung. Jika dulu aku selalu berharap akan
bertembung dengannya.
Semenjak kejadian itu, harapan itu berubah. Dia kini layak aku gelar pengikut seperti yang dicop
padaku dulu. Perkara tu berlanjutan sehingga beberapa minggu aku di sini. Tidak pernah putus
kata maaf walaupun sehari.

Namun, masuk minggu ke-7, tiada lagi bayangan dia. Dia seolah-olah hilang dari UPSI. Adakah
dia sudah putus asa menuntut kata maaf dariku?
Sui Ming. Mr Perfect dah tak ada. Hilang. Suatu hari aku mengutarkan isi hatiku pada Sui
Ming.
Kau rindu dia? cepumas soalan yang diajukan.
Entah. Cuma aku rasa.hari aku kosong. Tak ada lagi pengikut.
Mengaku je la kau dah terima dia. Cuma hati kau tu keras sangat. Maafkan lah dia. Dia lakukan
segala ini hanya nak dapatkan kemaafan kamu. Bukan sehari je tetapi sudah enam minggu da.
Lebih daripada satu bulan.
Kata-kata Sui Ming menusuk di hatiku. Betul. Jun Ming tak pernah jemu. Namun, apabila aku
fikirkan rancangan dia untuk memalukan aku dulu, hatiku kembali sakit.
Entahlah. Aku tak tahu. Kau pergi la balik dulu. Aku ingin rehat jab. Fikiranku melayang.
Benar kata Sui Ming. Aku dapat rasakan hatiku kosong tanpa Jun Ming. Namun, hati masih
sakit. Ah! Buntu..
Jun Ming tak suruh pun kita buat macam tu kan. Kita yang mengada-ngada nak buat baik
tolong dia. Tak pasal-pasal diorang gaduh. di dalam bilik rehat, kata-kata dua gadis itu menarik
perhatianku. Itu adalah gadis yang turut memandikan aku tempoh hari.
Tumpang tanya. Apa maksud awak yang itu bukan rancangan Jun Ming?
Sebenarnya itu rancangan kita. Jun Ming tak pernah suruh. Dia tak ada cadang langsung nak
kenakan awak balik.
Dia cakap kosong sahaja apabila dia kata dia akan balas dendam. Kamu benar-benar berasa
bersalah.
Tergamam aku mendengar pengakuan mereka. Ternyata kata-kata Jun Ming tempoh hari adalah
benar.
Tawarannya membalut tubuhku dan membawaku pulang juga adalah ikhlas.

Mana dia sekarang? hanya itu soalan yang terlintas di mindaku.


Hey, Mr Perfect. Aku memberanikan diri menegur Jun Ming yang sedang mengelamun jauh.
Jun Ming menoleh. Riak bingung di wajahnya melihat aku yang tersenyum padanya.
Cik pengawal keselamatan. Aaa, Mei Ling. Buat apa di sini?
Nak bagi awak air ni. Nah teh O ais limau untuk awak. Minuman kegemaran awak kan? Err
boleh saya duduk? Jun Ming hanya mengangguk. Minuman bertukar tangan. Tiada bicara yang
bermula. Setelah lama membisu.
Kes dulu tu Jun Ming memulakan bicara.
Tak apa. Saya dah tahu. Siu Man dah menjelaskan kepada saya. Minta maaf sebab da salah
anggap terhadap kamu.
Minta maaf dengan saya tapi tak dilayan. Jun Ming hanya tersenyum. Dia hanya mengangguk
faham.
Nak?? Jun Ming menghulurkan Teh O ais limau yang diminumnya. Aku hanya menggeleng.
Saya suka Teh O ais limau. Awak tak suka kalau minum teh o limau suam kan?
Pengikut la tu?? tapi biar je lah. Saya suka. Jadi, lepas ini, saya nak cuba suka Teh O ais limau
la. Sebab awak suka yang tu. Senyuman tidak lekang dari bibir Jun Ming.
Tak boleh. Arahanku mematikan senyuman itu.
Sebab?
Walaupun saya ini Cik Pengawal keselamatan, tapi saya ni berharga macam permata taw. Jadi,
awak dilarang sama sekali untuk suka Teh yang lain. Dapat tak maksud tersirat aku? aku segera
meninggalkan Jun Ming yang sudah tersenyum mendengar pengakuanku. Dia segera berlari dan
beriringan dengan aku. Hanya senyuman yang berbalas antara kami.
Akhirnya, cerita Adam dan Hawa telah bermula.kisah cinta itu bermakna jika lelaki tak
berusaha macamana nak dapatkan teman kan? Haha.bak kata pepatah Jika tidak pecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Kisah-kisah cinta biasanya bermula jika seseorang menarik

perhatian dan minat seseorang, maka jika kita ingin perlu lebih berusaha untuk meluangkan masa
untuk mendekati dan memahami orang itu.

Disediakan oleh: En Lee Hoi Yeh


SJKC Batu Dua Belas

Anda mungkin juga menyukai