Anda di halaman 1dari 14

Maafkan mama, sayang.. Mama terpaksa tinggalkan Mya bersama papa..

Biarlah mama pergi membawa diri dan Myra dari sini Satu hari nanti Mama berjanji yang mama akan mencari Mya semula "Mama!! Mama dimana?! Jangan tinggalkan Mya, ma! Mya sayangkan Mama!" jerit Mya . Saeda meluru ke bilik, cuba mendapatkan cucunya. "Mya, kau tak apa-apa kah? Sabar Mya. Kau cuma bermimpi saja." bisik Saedah samb il membelai rambut Mya. Sekali air mata Mya mulai bergenang. Entah ke sekian berapa kalinya. Tapi hatiny a tidak mampu untuk menahan kerinduan terhadap mama nya yang telah pergi meningg alkan dirinya bersama papanya sejak tiga tahun yang lalu. Dan kini kenangan pahi t tersebut masih terpahat di jiwanya. Dia tahu pemergian mamanya adalah disebabk an sikap papanya yang dalam diam mempunyai perempuan lain sehingga menyebabkan p enceraian ibubapanya. Disebabkan itulah Mya mengambil keputusan untuk tinggal be rsama neneknya. Apabila cuti tiba, dia akan pulang ke rumah neneknya, tanpa kemb ali ke rumah papanya. "Nenek, Mya mimpi pasal mama. Mya rindu sangat dengan mama. Mya tak tahu macam m ana keadaan mama,"suara Mya serak sambil melihat gambar di loketnya. Di dalam lo ket tersebut terletak gambar mama dan papanya. Mya terkenang kehidupannya dahulu . Betapa gembiranya kehidupan mereka. ,`,,`,,`12 tahun kemudian,`,,`,,` Mya Qaisara Datuk Mustafa. Nama yang cukup indah dan solehah, sama seperti pemil iknya. Dan nama itulah yang meniti di setiap mulut pelajar sekuliahnya di Univer siti Malaya(UM) memandangkan dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik, kepimpinan dan kokurikulum. Sikapnya yang jujur dan merendah diri juga amat disenangi oleh seluruh pelajar walaupun dia sebenarnya anak kepa da seorang arkitek terkenal. Disebabkan itu dia terpilih sebagai Timbalan Ketua Majlis perwakilan Pelajar. Petang itu, seperti biasa selepas masa kuliah, Mya akan pulang ke asrama untuk m enunaikan kewajipannya kepada Allah SWT.Dalam perjalanan menuju ke biliknya, kel ihatan rakan sebiliknya, Leeya sedang mangangkat baju yang telah kering dari amp aian. "Assalamualaikum Leeya. Kau dah solat?" ucap Mya dengan penuh santun "Dah, baru je aku habis solat tadi. Eh, Mya. Kau ada dengar berita pasal pelajar baharu ke?" tanya Leeya "Tak ada pula. Kenapa?" soal Mya dengan penuh persoalan. "Taklah. Aku dapat berita rakan sekuliah aku. Tentang ada satu pelajar baharu ya ng gemar buat masalah. Awal-awal masuk dah buat hal. Tension lecturer dengan dia tu. rambut bercolour, pakaian pun entah ape-ape" jawab Leeya dengan selamba "Oh, siapa nama budak tu? dan dia tu asal mana eh?" Hati Mya terdetik untuk meng etahui perihal pelajar tersebut. "Aku pun tak berapa tahu jugak. Tapi dengar cerita, orang panggil dia Qis. Tapi sebaya dengan kita tau, tapi disebabkan dia bekas pelajar diploma, tu lah tak sa ma dengan kite. Tapi syok-syok dengar cerita, dia tu pun anak Datuk juga, baru h abis study dari oversea" Jawab Leeya sambil memasukkan pakaian ke dalam bakul. "Baik aku selidik tentang pelajar ni esok," bisik hati Mya "Baiklah, aku masuk dulu ya. Takut nanti lewat sangat aku solat."ujar Mya sambil beransur masuk ke dalam bilik.

`,,`,,`,,Keesokan harinya``,,`,,`, "Mya, Encik Razlan nak jumpa awak sekarang. Dia cakap hal ni penting," ujar Priy atha,Exco Perwakilan tanpa sebarang reaksi. "Hah? Sekarang?! Baiklah."jawab Mya lalu mengemas mengemas buku-bukunya lalu per

gi. sambil berjalan menuju ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Tiba-tiba,.. Bumpp!!! "Arrgh sakitnya!"Kedua-dua gadis tersebut menjerit. Mya memegang dahinya yang sakit, manakal Qis memegang tangan yang terseliuh. Tel efon bimbit Qis turut terjatuh. "Awak tak apa-apa kah?" bisik Mya, dalam fikiran pelik melihat pakaian perempuan ini, serta rambutnya yang berwarna "Hei! Awak butakah? mestilah sakit! Ada mata untuk melihat, jadi gunalah betul-b tul!!"sergah Qis sambil membetulkan pakaiannya. Renungannya yang tajam tepat men genai wajah Mya. Tapi bukan renungan dendam, tapi sebaliknya, renungan seperti m ereka telah lama kenal, seolah-olah dia pernah bersua sebelum ini. "Cik, Awak tak apa-apa kah? Saya mohon maaf jika awak cedera." "Awak diamlah. Lain kali jalan guna mata, bukan guna kepala lutut awak! Faham?!" kata Qis lalu pergi meninggalkan Mya seorang diri. Hati Mya seperti berbisik sendirian, mungkin gadis inilah yang dimaksudkan oleh rakan sebiliknya, Sarah. Dia pergi menuju ke pejabat Encik Razlan. `,,`,,`,,``,,`,,`,,` "Hai Ma! Papa mana?" Ujar Qis sambil mencium pipi mama nya, lalu, menuju ke temp at adik lelakinya, Shafiq Qis sangat sayangkan Shafiq memandangkan Shafiq merupakan anak yatim. Ibunya tel ah meninggal dunia ketika melahirkannya. Qis amat memahami keadaan Shafiq kerana dia sendiri tidak pernah menemui ayah kandungnya. Dia hanya mengetahui yang aya h kandungnya pergi meninggalkan dia dan mamanya, ayahnya juga membawa kakaknya b ersama. Datin Suhailah melihat ke arah anak gadisnya, lalu melihat ke arah tangan Qis "Papa kamu pergi main golf dengan Uncle Hussein. Qis, kenapa tangan kamu tu?" te gur Datin Suhailah sambil memegang tangan anaknya "Ni. Tadi Qis jatuh terlanggar orang masa kat kampus." jelas Qis dengan selamba sambil bermain dengan Shafiq "Qis, jangan lupa letak ubat. Takut nanti tambah teruk pula," risau mamanya sema kin bertambah. "Ok Ma. Kejap lagi Qis letak lah,"ujar Qis lalu pergi ke biliknya Sambil berlalu ke arah biliknya, dia masih memikirkan kejadian yang berlaku pagi tadi. Diingatnya kembali wajah gadis itu. Lalu dilihatnya ke cermin, memang seiras dengan wajahnya jika dia tidak mengenak an sedikitpun mekap dan kanta mata. "Siapa sebenarnya perempuan tu?"bisik hatinya

,`,,`,,`,,`,,`,,`,,`, "Mya, kenapa dengan dahi kau ni? Bengkaknya."Leeya mula menyatakan kerisauannya terhadap Mya "takde lah aku. Aku terjatuh tadi sebab terlanggar student,"jelas Mya "Mya .. Mya .. lain kali hati-hati tau. Itu lah. Kau sangat busy sampai kadang-k adang masa jalan pun kau dah tak tengok depan. Jadi, macam mana dengan student t u?" tanya Leeya Pertanyaan Leeya membuatkan Mya berfikir sejenak. "Student tu marah aku."jawab Mya perlahan "Eh, beraninya student tu marah kau. Dia ingat kau siapa? tak tahu adablah perem puan tu."jawab Leeya "Tak apalah Leeya. Aku rasa dia tu student baharu. Jarang sangat aku tengok muka dia di sini. Tapi kan .. aku rasa, perempuan tu lah yang kau maksudkan sebab ra mbut dia memang colour dan baju dia pun memang ala-ala artis barat" terang Mya "Memang tak salah lagi. Dialah Qis. Memang tak ada perempuan lain lagi yang sang gup berpakaian macam tu kat sini." sergah Leeya, sambil menunjukkan aksi menjeng

kelkan.

`,,`,,`,,`Seminggu kemudian`,,`,,` "Kami sebagai pihak pengurusan pelajar ingin mengadakan perkhemahan bagi pelajar baharu. Oleh itu, pihak MPP perlu mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut dan bertindak sebagai fasilitator kepada mereka. Kita akan mengadakan perkhemah an tersebut di Pulau Tioman selama seminggu," ucap Encik Razlan, sambil disertai dengan tepukan daripada semua ahli jawatankuasa. Maklumlah sambil menjadi fasil itator , dapat juga melancong di Pulau Tioman. "ada sesiapa yang tidak setuju?" sambung Encik Razlan sambil melihat ke arah sem ua ahli. Mya ingin mengangkat tangan, namun dia amat takut dengan Encik Razlan. Maklumlah Encik Razlan merupakan pensyarah yang paling tegas di situ. "Nampaknya tak ada bantahan. Ok. Kita berakhir di sini," Mesyuarat pada petang i tu berakhir dan Mya pun mengemas buku catatan lalu memasukkannya ke dalam beg. Tiba-tiba, selepas semua ahli dan pensyarah pergi. Mya disapa oleh seseorang. "Mya, awak nak pergi ke mana lepas ni?" teguran Hisyam membuatkan Mya terperanja t "Oh, Mya nak pergi kafe untuk makan. Tapi sebelum tu, Mya nak pergi KCC untuk co py kertas kerja ni. Kenapa?"tanya Mya "Sebenarnya, Hisyam nak ajak Mya makan. Biar Hisyam temankan Mya ya."jawab Hisya m Mya hanya menurut kata-kata ketuanya, juga merangkap kekasihnya namun tidak rama i yang mengetahuinya memandangkan mereka jarang bersama. Mya tidak mahu hubungan mereka diketahui oleh orang ramai. Tambahan lagi, mereka merupakan ketua dan na ib timbalanketua MPP, jadi tidak manis bagi mereka jika perkara tersebut diketah ui oleh para pelajar. Cukuplah hanya Leeya sahaja yang tahu tentang hubungan mer eka. Sambil mereka makan bersama, mereka pun bercerita tentang perkhemahan di Pulau Tioman. "Hisyam, kenapa kita semua wajib ikut eh?"tanya Mya "Mestilah. Kan kita MPP, so kena beri tunjuk ajar dengan student baharu ni"jelas Hisyam sambil tersenyum "Tapi, Mya sebenarnya tak nak ikut."kata-kata Mya membuatkan Hisyam terpana meli hatnya "kenapa Mya tak nak?"tanya Hisyam dengan penuh persoalan "Mya .. Mya .. takda apa-apalah. Jom makan. Lepas ni Mya nak balik. Mesti Leeya tengah tunggu Mya sekarang." jawab Mya dengan gugup Mya sangat takut jika Hisyam mengetahui dirinya sebenarnya. Dia sebenarnya ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk melawat ayahnya yang telah lama terlantar sakit. I da yang menjaganya selama ini. Ida adalah ibu tiri Mya yang telah berkahwin deng an ayahnya 8 tahun yang lalu. Tapi Mya tidak gemar memanggil mama tirinya dengan panggilan Mama Ida. Baginya, wanita itu adalah punca keruntuhan rumahtangga ibu bapanya. `,,`,,`,,``,,`,,`,,` Hari yang ditunggu-tunggu oleh ahli jawatankuasa MPP telah tiba, mereka akan per gi ke Pulau Tioman. Ketika itu, Mya memasukkan begnya ke dalam bas lalu masuk ke dalam. Dia mencaricari Hisyam namun tidak kelihatan. Rupa-rupanya Hisyam telah pergi bersama Encik Razlan untuk menempah apartment-apartment di sana semalam. Dia melihat ke luar jendela, dan melihat ke arah pelajar-pelajar baharu yang berbaris masuk ke dalam bas. Mereka sangat bertuah kerana tidak berkongsi bas dengan pelajar baharu. Sa mbil matanya memerhatikan pelajar tersebut, tiba-tiba matanya terpanah melihat s eorang pelajar memakai kaca mata hitam membawa bagasi berwarna pink. Sangat berg aya pelajar ini. Pelajar itu semakin hampir ke arah perhentian bas. Mata Mya mulai mengamati waja

h perempuan tersebut. Rupa-rupanya, itulah pelajar yang dilanggarnya tempoh hari. Dengan bangganya, pelajar tersebut meletakkan begnya lalu naik ke dalam bas. Selesai sahaja semua pelajar baharu masuk ke dalam bas, bas pun mula berangkat k e pelabuhan. Perjalanan selama 8 jam memang meletihkan, tambahan lagi dengan cuaca yang sanga t panas membuatkan Mya tidak dapat tidur lena seperti rakan-rakannya yang lain. Sambil menunggu bas tiba di pelabuhan, Mya membaca novel Seperti Keju dan Coklat karya Rose Harissa sambil mendengar lagu-lagu Maher Zain. Sampai sahaja di Pulau Tioman, Mya mengemas pakaiannya di dalam almari. Di sana dia ditempatkan bersama Lydia, Mei Lin dan Priyatha. "Sangat cantikkan pemandangan di sini?" ujar Mya sambil menarik nafas lega memer hatikan pemandangan pantai yang indah "Ya, sangat cantik lorrh. Mek sik sangka dapat tinggal sini." sambung Lydia deng an loghat Melayu- Sarawaknya. "Aku lagi excited. Bayangkan 7 hari kita duduk sini? Wow.. fascinating. Dapatlah aku mandi pantai!hehe,"ucap Priyatha Satu bilik mulai riuh tertawa mendengar gurauan Priyatha. Qis pada ketika itu mencari biliknya.Cuaca yang agak panas dan perjalanan yang a mat lama membuatkan dia berasa pening. Maklumlah selama ini dia tinggal di negar a beriklim sejuk. Pandangannya berpinar-pinar lalu lalu pengsan di tempat terseb ut. "Awak, bangun awak. Awak dekat bilik fasi sekarang ni. Awak tak apa-apa kah?"jer it seorang lelaki terhadap Qis lelaki tersebut bertanya dengan doktor tentang kesihatan Qis. Doktor tersebut menjawab "Dia tak apa-apa. Mungkin disebabkan cuaca yang panas m enyebabkan dia stress. Jangan risau" Lelaki tersebut mengucapkan syukur kerana tidak terjadi sebarang masalah terhada p perempuan tersebut, jika terjadi apa-apa, dialah yang harus dipertanggungjawab kan dan perkhemahan ini terpaksa dibatalkan. Qis mula sedar lalu duduk di tempat pembaringannya. "Awak tak apa-apakah? Siapa nama awak?" tanya lelaki tersebut "Saya tak apa-apa. Thanks kerana selamatkan saya. Nama saya Myra Balqisha Mustaf a. Just panggil saya Qis" jawab Qis sambil memegang kepalanya yang sakit "Oh, saya Hisyam, ketua MPP. Saya rasa awak mungkin pelajar baharu. Nanti saya t unjukkan bilik awak. Sebelum tu minumlah Nescafe ni"Jawab Hisyam lalu menghulurk an secawan Nescafe. Hisyam terus mengambil komputer ribanya untuk menyemak nama Qis dan nombor biliknya. Selepas mendapatkan nama Qis, dia pun mengajak Qis unt uk pergi ke bilik Qis. Qis sangat gembira sambil berguling di atas katilnya. Belum pernah lagi hatinya berdebar sebegitu semenjak dia memutuskan hubungannya dengan David, bekas teman lelakinya yang merupakan jiran mereka semasa tinggal di Berlin. Dia meninggalkan David kerana David telah berlaku curang terhadapnya. Hatinya m ulai bertaman kembali sejak dia melihat Hisyam. "Kacak dan Professional,"bisik hatinya manja apabila memikirkan Hisyam. Qis mulai terlena lalu tidur dibuai mimpi indah. `,,`,,`,,``,,`,,`,,` "Krek!!!" kedengaran bunyi gelas jatuh dari tangan Mya. Entah mengapa, dia merasa tidak sedap hati. Rakan sebiliknya, Mei Lin yang terdengar bunyi tersebut segera pergi menuju ke d apur. Mei Lin terus menuju ke arah Mya " Mya, what happen to you?" "I don't know. I'm not feeling well today."jawab Mya tenang

"Just take your time, ok. You need to relax. Biar saya bersihkan"bisik Mei Lin c uba menenangkan Mya. "Thanks, Mei"ucap Mya Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mya pun mendapatkan telefonnya. Di skrin t elefon bimbitnya, tertera nama Hisyam. Dia pun segera menjawab panggilan tersebut " Mya, awak kat mana ni? Hisyam tungg u Mya dekat parking tadi tapi awak tak ada. Mya turunlah sekarang. Ada benda pen ting Hisyam nak bagitau Mya. Hisyam tunggu Mya kat Cafe." kata-kata Hisyam membu atkan Mya tertanya-tanya tentang perkara tersebut. Mya segera mencapai selendang dan beg tangannya lalu pergi. Sampai sahaja Mya di kafe tersebut, kelihatan Hisyam sedang melambai ke arahnya "Hai Mya. Awak nampak cantik hari ni, semakin hari, semakin cantik. Dan disebabk an itulah Hisyam sangat sayangkan Mya"puji Hisyam lalu menjemput Mya duduk "Awak ni. melebih-lebih tau. Ni apa hal nak bagitau Mya ni. Penting sangat ke?" sergah Mya, sambil tersenyum menunjukkan lesung pipitnya. "Taklah. Taklah penting sangat. Just nak ajak Mya lepak sini. Lagipun Hisyam nak berikan Mya ni."ujar Hisyam lalu menghulurkan kotak putih beriben merah kepada Mya. "Apa ni?" Dengan penuh saspen Mya membuka kotak tersebut Di dalam kotak tersebut, terdapat seutas gelang yang berukir " Mya & Hisyam buat selama-lamanya". "Wah, Dari mana Hisyam dapat ni. Thanks."ucap Mya sambil membelek gelang tersebu t "Ni Hisyam beli di kedai Kraftangan berhampiran. Kan Hisyam datang awal untuk ur us perkhemahan ni. So Hisyam nampak kedai Souvenir, terus beli gelang ini."jelas Hisyam sambil menatap mata Mya. Sangat gembira dia tatkala melihat Mya tersenyu m. "Tapi tak mahal ke?"soal Mya dengan wajah sedikit diam "Tak apalah, mahal pun untuk orang yang Hisyam sayang juga. Hisyam just nak buat yang terbaik untuk Mya." jelas Hisyam "Hisyam, lain kali tak payah belikan barang-barang mahal macam ni. Kita bukannya dah kahwin pun." balas Mya "Apa salahnya? Untuk bakal isteri Hisyam juga kan.Hadiah ni sebagai tanda bahawa Hisyam sangat sayangkan Mya. Hadiah ni pun tidak mampu menandingi kasih sayang Hisyam terhadap Mya." ucap Hisyam memujuk hati Mya. Mya tersipu malu mendengar ungkapan Hisyam. Dia tahu yang Hisyam memang sayangka n dirinya. Tapi kasih sayang tersebut tidak akan disalurkan ke jalan yang salah. Walaupun bergelar pasangan kekasih, mereka tetap mematuhi hukum agama. Biarlah cinta mereka direstui oleh agama, dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. "Mya, tadi ada student pengsan. Dia student baharu. Nama dia Qis. Hisyam memang risau kalau jadi apa-apa dengan dia" Hisyam meneruskan kata-katanya "Hurrm .. Macam mana boleh macam tu? student tu tak apa-apa kan?" tanya Mya, sas pen mendengar cerita Hisyam "Tak, dia just pening jer. Kalau terjadi apa-apa kat dia, memang habislah Hisyam terpaksa bertanggungjawab. Nanti terpaksa pula kita batalkan perkhemahan ni" ja wab Hisyam sambil menghirup jus oren. "Syukur Alhamdulillah dia tak apa-apa. Jadi dia kata mana sekarang?"Satu persatu soalan ditujukan kepada Hisyam "Entah. Mungkin kat bilik dia, bab Hisyam suruh dia rehat dulu. Kenapa? awak jea lous ke? hehe" balas Hisyam sambil berlawak. "Hissh .. takdelah Mya nak jealous. Mya petik jari jer. 100 orang datang tau.hah a" gurau Mya mereka pun tertawa "Oh ya, nanti kita makan sama-sama untuk satu minggu ni yer, boleh?" soal Hisyam sambil mengelipkan matanya "Kenapa pula?"soal Mya "Hisyam nak makan dengan buah hati Hisyam lah. Ni saja peluang yang Hisyam ada. kalau ada pun kena tunggu cuti balik rumah Wak Noni, baru dapat jumpa Mya. Kalau

kat kampus pun, tak boleh jumpa selalu bab Mya larang Hisyam."jelas Hisyam samb il menjuihkan mulutnya. Wak Noni merupakan nenek Hisyam. Dia jiran nenek Saedah. Perkenalannya dengan Hi syam pun bermula ketika Hisyam pulang ke kampung Wak Noni untuk melawat nenek te rsayangnya itu. "Eh, macam budak-budak lah. Ok. Tapi makan kat kafe lah. Mya tak nak makan berdu a dengan Hisyam. Nanti orang fikir lain pulak"Mya memberikan jawapan sambil ters enyum "Ok, kita makan kat Kafe."ujar Hisyam Hisyam pun tersenyum lebar, dalam hatinya selalu berbisik "Mya, kalaulah cinta p ertama dan terakhirku."

`,,`,,`,Keesokan harinya,``,,`,,`, "Kita akan menjalani 10 aktiviti sepanjang minggu ini. Oleh itu, hari ni kamu se mua akan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Bagi kumpulan saya, Badarhisyam Mohamme d, terdiri daripada Muhd Izzat Abdullah, Siti Nabielah, Myra Balqisha, Michael W ong dan Ikram Rusdik. Untuk kumpulan Maya Qaisarah, John J. Josephin, Haris Must afa, Nurul Umairah, Ahmad Fikri dan Khairul Azhar. Kumpulan.. Semua ahli diminta berkumpul dalam barisan bersama ketua masing-masing" Hisyam mengumumkan setiap kumpulan dan ahli bagi setiap kumpulan. Qis pada ketika itu tersenyum lebar mendengar namanya disebut. Dia tidak menyang ka bahawa dia akan menjadi ahli kumpulan Hisyam. Hisyam mula mengambil kehadiran ahli kumpulannya. Dia memeriksa setiap ahli kump ulannya jika ada yang tidak dapat menghadirkan diri. Matanya mula melirik ke ara h Qis "Eh awak lagi. Tak sangka awak duduk sama group dengan saya. Anyway, good luck a nd do the best. Make sure group kita menang."ujar Hisyam sambil bersorak cuba me naikkan semngat ahli kumpulannya "Yes, we can do the best!" sambung Qis menyokong kata-kata Hisyam Semua ahli kumpulan mereka bersorak riang. Hati Qis mula berbunga tatkala melihat wajah Hisyam tersenyum gembira. Hatinya t elah nekad untuk menjadikan Hisyam sebagai cinta sejatinya. Semakin berbunga tam an jiwanya. "Hisyam, akan ku rebut hati mu." bisik hatinya Ketika menjalani aktiviti pertama iaitu Flying Fox, Qis membetulkan pakaian kese lamatannya. Dia dipilih untuk memulakan aktiviti tersebut bagi pihak kumpulannya . Hisyam akan menyambut kedatangannya di hujung tali tersebut. Ketika Qis terjun , tiba-tiba dia terasa gayat lalu menjerit sekuat hati. Hisyam yang pada mulanya tenang mulai berasa kaget dengan keadaan tersebut. "Alamak, takal tu tak berfungsi dengan baik. Qis!" Jerit Hisyam sekuat hati. Mya memerhatikan keadaan tersebut dari jauh. Keadaan mula bertambah kelam-kabut, namun Qis cuma berdoa dan menguatkan semanga tnya. Akhirnya dia hampir ke penghujung tali tersebut. Hisyam menyambutnya. Kead aan kembali tenang. Para pelajar diminta bersurai "Awak tak apa-apa kah?" Hisyam bertanya keadaan Qis "Saya tak apa-apa." balas Qis "Jom, saya ajak awak makan. Saya risau keadaan awak ni. Dah dua kali awak ditimp a kemalangan"ujar Hisyam, Hisyam bukan berniat gatal untuk memikat Qis. Tapi sek adar untuk menenangkan anak buahnya. Maklumlah, masuk kali ni, dah dua kali Qis ditimpa kemalangan. Dengan nada gembira, Qis pun mengangguk setuju. Sudah sejam Mya menunggu kedatangan Hisyam. Namun, kelibat Hisyam tidak muncul-m uncul. Dia cuba menghubungi Hisyam, namun semuanya tidak menemui jawapan. Hisyam muncul lalu memohon maaf atas kelewatannya "Maaf sayang bab tak jawab call sayang tadi. Telefon bimbit Hisyam dalam beg. Ta di Hisyam pergi temankan Qis. Dia ditimpa kemalangan." jelas Hisyam

"Tak apa. Mya faham. Mya pun nampak kejadian tu. kesian sangat kat Qis. Jomlah m akan,"balas Mya Hisyam terdiam, tidak tahu bagaimana dia hendak menjelaskan kepada Mya "Maaf Mya. Hisyam dah makan tadi dengan Qis."jelas Hisyam lagi, dengan wajah ber kerut "Oh.. tak apalah Hisyam. Mya makan seorang diri saja. Hisyam pergilah rehat. Mes ti Hisyam penat kan."balas Mya lagi. kali ni hatinya mula terasa sakit. "Bukankah Hisyam sudah berjanji akan makan bersamanya. Sekurang-kurangnya, call la Mya dulu," jerit hati Mya, namun dipendamnya sahaja. Dia tidak ingin kekasihn ya terluka akibat daripada firasat hatinya. "Betul Mya tak nak Hisyam temankan. Hisyam risau dengan Mya ni, takut Mya marah Hisyam." ujar Hisyam "Tak apa. Hisyam pergilah. Mya tak apa-apa. Itu memang tugas Hisyam. Hisyam kena jaga semua student kan. Mya faham." Jelas Mya "Baiklah. Hisyam pergi dulu. Asalamualaikum." Ucap Hisyam lalu pergi "Waalaikumsalam" Bisik Mya perlahan, matanya mulai berkaca. Dia dapat merasakan bahawa Hisyam hanya ditakdirkan untuk menjadi miliknya buat sementara.

`,,`,,`,,`7 hari kemudian`,,`,,`, Hari demi hari hubungan antara Qis dan Hisyam semakin rapat. Namun bagi hisyam, itu tidak akan melunturkan cintanya terhadap Mya. Baginya juga, Qis hanya junior yang memerlukan bantuannya. Kadang-kadang dia dengan sukarela mengajar Qis tent ang akademik. Kini satu kampus telah heboh tentang hubungan Qis dan Hisyam. Ada ura-ura mengat akan mereka kini hangat bercinta dan sering bersama.Hati gadis mana tidak tergur is apabila kekasih sendiri digosip bercinta dengan orang lain. Namun, Mya tabah. Dia hanya menganggap itu hanya gosip.Dia percayakan Hisyam sep enuh hatinya. Untuk mengubat hatinya, Mya pun keluar dari kampus

`,,`,,`,,`3 hari Kemudian`,,`,,`, Qis pergi membeli-belah. Entah mengapa dia sangat gembira hari ini. Mungkin gemb ira dengan gosip yang didengarnya. "Aku dan Hisyam hangat bercinta?"getus hatinya riang. Dia tahu, sedikit langkah lagi Hisyam pasti menjadi hak miliknya. Ketika Qis ingin melintas jalan, tiba-tiba sebuah kereta hilang kawalan lalu mel anggar Qis. Qis pun jatuh lalu tidak sedarkan diri. Barang-barangnya berhamburan . Banyak darah mengalir keluar dari kepalanya. "Astaghfirullah Qis!" Mya yang menyaksikan kejadian tersebut memberhentikan kere tanya lalu meluruh ke arah tubuh Qis, lalu menghubungi pihak hospital. 10 minit kemudian, ambulans sampai di tempat kejadian lalu membawa Mya dan Qis k e hospital. Tubuh Qis di usung ke Unit Kecemasan. Mya cuba menghubungi Hisyam "Hisyam, pleas e Hisyam. Datang ke hospital sekarang. Tolong call family Qis". Hisyam membalas dengan penuh cemas " Mya, bawa bertenang. Please tell me, what h appen to her?" Mya menjawab dengan tangisan"Dia accident, Hisyam. Please. Call family dia, ok?" Entah mengapa Mya sangat risau dengan keadaan Qis, seolah-olah jiwanya terikat d engan Qis. Bagai ada magnet besar. 30 minit kemudian, Hisyam pun tiba di perkarangan hospital lalu pergi menemui My a. "Mya, Mya tak apa-apa kah? Where's Qis?" tanya Hisyam dengan penuh risau "Mya ok. Dia masih di dalam Unit Kecemasan,"jawab Mya tanpa memperdulikan air ma

tanya yang mengalir deras. Dia tertunduk kaku. Kelibat Hisyam langsung tidak dip erdulikan. Baginya, Qis yang perlu diutamakan Beberapa minit berlalu, ibu Qis, Datin Suhailah pun tiba di tempat tersebut. Dat uk Mokhtar tidak turut sama kerana dia ada urusan perniagaan dengan syarikat ter nama di Brazil. Datin Suhailah terus meluru ke arah Hisyam. "Mya, kenalkan. ni mama Qis, Aunty Suhailah,"ujar Hisyam sambil memperkenalkan D atin Suhailah kepada Mya. Mya masih kaku. Namun, apabila nama Datin Suhailah disebut, dia mulai memberi re spon seolah-olah dia amat biasa dengan nama itu. Dia pun mendongakkan kepalanya. Alangkah terkejutnya dia. Wajah yang berdiri hadapannya adalah wajah yang amat dikenalinya dan wajah itulah juga yang amat dirinduinya. Perkataan "Mama" lekas terpacul dari mulutnya, airmatanya mulai bergenang. Datin Suhailah tergamam, airmatanya mulai bergenang "Mya, Mya anak mama. Mama ri ndukan Mya". Mereka berpelukan. Hisyam keliru dengan apa yang dilihatnya sekarang. "Jika Aunty Suhailah adalah mama kepada Qis dan mama kepada Mya. Bukankah mereka sepatutnya.. ? Sepatutnya .. adalah adik beradik?"pertanyaan itu disimpan di da lam kotak fikirannya. Dia tidak ingin mengganggu pertemuan dua beranak itu. "Mama, mama pergi ke mana selama ini? Mya rindukan Mama" bisik Mya kepada ibunya . Airmatanya mengalir deras. "Mama pergi ke Chile kerana ingin mengubat hati mama yang lara, sayang. Di sana mama berkenalan dengan Datuk Mokhtar, dan kami berkahwin. Selepas perkahwinan ka mi, kami pun tinggal di Berlin. Mama ingin melupakan papa. Untuk mengubat kerind uan Mama di sana. Mama membawa adik Myra, Myra agar kerana wajah kamu kembar sei ras."jelas Datin Suhailah. "Mama, Myra di mana sekarang? Mana adik Mya?" Soal Mya sambil melihat tepat ke m ata mamanya. Dia ingin menamatkan semua persoalan di sini. Betapa gembiranya dia apabila dia berjaya menemui ibu kandungnya. "Sebenarnya .. Sebenarnya Mya .. Dia berada di Unit kecemasan .. Qis adalah adik kembar Mya."jawab Datin Suhailah. Mya dan Hisyam tersentak dengan jawapan yang diberikan oleh Datin Suhailah. Selepas 2 jam berada di Unit kecemasan, doktor yang merawat Myra pun menemui Dat in Suhailah "Puan ibu kepada pesakit kah?" soal doktor tersebut "Ya, saya ibunya. Kenapa doktor?" soal Datin Suhailah kembali. "Anak puan dalam keadaan parah sekarang. Dia kekurangan darah. Lagipun, pihak ho spital juga tiada bekalan darah jenis O buat masa ni. Ada sesiapa diantara ahli keluarga puan berdarah O"jelas doktor tersebut. "Tak apa doktor. Biar saya dermakan darah saya. Darah saya O" Mya spontan menjaw ab Dia pun pergi menuruti Doktor ke Unit Tabung Darah. `,,`,,`,,``,,`,,`,,` Qis masih tidak sedarkan diri, Dia masih memerlukan peti oksigen untuk bantuan p ernafasan. Hisyam meminta diri untuk balik ke kampus kerana ada perkara yang perlu dibincan gkan dengan Encik Razlan. Mya dan mamanya masih menjaga Myra. Mya melihat ke arah wajah Myra. Sekarang bar u dia sedar bahawa wajah mereka seiras. Selama ini dia tidak dapat melihat wajah Myra yang sebenarnya kerana Myra kerap memakai mekap dan kanta mata. Tiba-tiba jari-jemari Myra menggenggam erat tangan Mya dan mamanya. Di mulutnya kedengaran nama Hisyam disebut namun sangat perlahan. Mya dan mamanya melihat ke arah Myra. "Mya, Myra amat sayangkan Hisyam. Dia selalu cerita pasal Hisyam,"ujar Datin Suh ailah kepada Mya Mya terkedu. Siapakah yang harus dipilihnya? Perlukah dia memberitahu mamanya te ntang status hubungannya dengan Hisyam atau ..

Mya terus diam. Fikirannya terus menerawang. Dia telah membuat keputusan. Baginy a, ini adalah yang terbaik demi Hisyam, Myra, mama, Nenek Saedah dan Wak Noni

`,,`,,`,,`2 minggu kemudian`,,`,,` Pagi itu merupakan pagi yang sangat cerah. Selepas waktu kuliah, Mya mengambil t elefon bimbit dari begnya, lalu mendail nombor telefon Hisyam "Assalamualaikum, hisyam"ucap Mya sebelum meneruskan perbualan. "Waalaikumsalam, Mya. Kenapa Mya call Hisyam?"Mya terus bertanya kerana sangat j arang Mya ingin berjumpanya ketika berada di kampus "Hisyam, boleh kita jumpa di Cafe Saujana. Ada hal yang saya nak bincang dengan awak"jelas Mya "Ok baiklah"balas Hisyam. Sampai sahaja Hisyam di Kafe Saujana, dia pun meluru ke arah Mya. "Ada apa Mya nak jumpa Hisyam? Mya nak belanja Hisyam makan ke?"tanya Hisyam sam bil bergurau, lalu duduk di bangku berhadapan dengan Mya. Dia amat rindukan Mya kerana mereka jarang berbual apatah lagi bersua muka "Hisyam, saya ada hal nak bincang dengan awak. Ini soal peribadi."jawab Mya tanp a sedikit pun senyuman terukir di wajahnya. Melihat wajah Mya yang serius, Hisyam pun menjawab "Mya teruskanlah. Hisyam sedi a mendengarnya." "Hisyam, Mya nak putuskan hubungan kita. Buat masa ni Mya nak hidup sendiri." je las Mya Air muka Hisyam pada mulanya gembira kini bertukar sedih. Hatinya hancur luluh m endengar kata-kata Mya. "Tapi .. Mengapa Mya? Mengapa Mya nak putuskan hubungan kita? Mengapa?!"ujar His yam meminta penjelasan daripada Mya. Matanya menikam tepat ke arah mata Mya "Tak ada apa-apa, Hisyam. Mya cuma nak bersendirian. Hisyam pun tahu kan apa yan g terjadi dengan Mya? Banyak perkara berlaku. Sekarang ni please biarkan Mya per gi. Mya just minta Hisyam, please bahagiakan Myra"jelas Mya sambil menyerahkan c incin yang menjadi bukti percintaan mereka kepada Hisyam. "Maafkan Mya, Hisyam" Mya meneruskan kata-katanya lalu pergi meninggalkan Hisyam . Hisyam terdiam tanpa kata. Hatinya bagaikan dicabut. Jika membunuh diri dihalalk an dalam Islam, sekarang ini juga dia akan membunuh diri, namun imannya kuat. Air mata Mya mengalir deras. Dia merasakan betapa berdosanya dia mengecewakan in san sebaik Hisyam. "Hisyam, maafkan Mya. Jika Hisyam mampu menyelami hati Mya, tentu Hisyam faham t indakan Mya ini."desis hati Mya lalu pulang ke biliknya. "Mya, mengapa dengan kau ni? Kau menangis ke Mya?"soal Leeya, sedikit cemas Mya mula merebahkan dirinya atas katil lalu menjawab pertanyaan Leeya "Leeya, aku dan Hisyam dah tak ada apa-apa lagi." jawab Mya, airmatanya masih me ngalir "Astaghfirullah Mya. macam mana boleh jadi macam tu? Kau atau dia yang mulakan?" soal Leeya lagi "Aku yang mulakan, Leeya. Aku rasa ini saja yang mampu aku lakukan untuk adik ak u. Aku tak nak Qis sedih. Biarlah dia bahagia bersama Hisyam."jelas Mya. Airmata nya mengalir deras. "Mya, mengapa kau sanggup buat macam ni Mya? Mengapa kau terlalu baik sangat. Ap a salahnya kalau kau bersama Hisyam? Adik kau yang perlu terima hakikat yang His yam tidak mencintainya."ujar Leeya sambil berkerut kening melihat ke arah Mya "Leeya, kau kena faham. Qis adik aku. Aku just nak yang terbaik untuknya. Aku ta k nak dia kecewa dan kehilangan dia lagi." Mya menjawab. Kali ini airmatanya mul ai reda. Di tekad ingin memulakan kehidupan baharu tanpa Hisyam.

,`,,`,,`,,`,,`,,`,,`,

Hari ini merupakan hari yang cukup gembira bagi Qis. Dia tidak sabar untuk pergi ke kelas seperti biasa dan belajar dengan Hisyam. "Hisyam, tak sabar aku nak jumpa kau."desis hati Qis lalu tersenyum Dia ingin memakai pakaian yang menarik agar dia bersedia untuk menemui Hisyam, l elaki yang amat dicintainya. Dia ingin memberitahu Hisyam bahawa dia amat mencin tainya. Selepas waktu kuliah, dia menghubungi Hisyam agar menemuinya di Kafe Har moni. "Myra dah lama tunggu?" soal Hisyam "Tak juga. Baru 10 minit I sampai sini." jawab Qis, sambil tersenyum. "Oh ... ada apa Qis call Hisyam ni?" soal Hisyam dengan penuh tanda tanya. "Hisyam, I ada benda nak bagitau you. Sebenarnya I dah lama sukakan you. I meman g cintakan you."Qis meluahkan isi hatinya kepada Hisyam. Hisyam tergamam. Diamatinya wajah Qis. "Saling tak tumpah seperti wajah Mya"bisik hati Hisyam, ternyata dirinya masih m encintai Mya. Namun, dia teringat kata-kata Mya ketika kali terakhir mereka bert emu."Please bahagiakan Myra."kata-kata tersebut masih bermain di kotak minda His yam. Dia pun membalas kata-kata Qis" Qis, sebenarnya I pun dah lama sukakan you. Tapi I tak berani, tak sangka Qis juga seperti I." Sejak itu, bermulalah bibit percintaan antara Hisyam dan Qis.

,`,,`,,`,,`,,`,,`,,`, "Ya, saya anaknya. Mengapa doktor? Apa?! Baiklah saya pergi sekarang." Mya menam atkan perbualan lalu pergi menuju ke rumah mamanya "Assalamualaikum" ucap Mya "Waalaikumsalam, Mya" jawab Datin Suhailah "Mama, papa sedang sakit teruk sekarang. Kita pergi lawat papa, ye ma? Mana Qis? "ajak Mya, dia bimbang jika papanya tidak sempat menemui mamanya kerana itulah amanat terakhir papanya iaitu ingin memohon maaf kepada mamanya dan melihat waja h anak-anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir "Baik Mya. Qis ada kat atas. Biar mama panggil Qis dulu."jawab mamanya Tidak lama kemudian, mamanya dan Qis pun tiba di muka pintu. Qis yang tidak mengetahui apa yang berlaku bertanya "Mama, what happen? and who is she? kenapa kita ikut dia?" "Qis, nanti Mama cerita bila kita sampai di IJN nanti"jawab mamanya Mya meluncur laju meninggalkan vila kediaman mamanya. Datuk Mokhtar tidak ada di rumah kerana beliau sedang mengurus perniagaannya dengan sebuah syarikat terkem uka di Perancis. Shafiq pula bercuti di kampung halaman neneknya. Sampai sahaja di IJN, Mya serta mama dan adiknya terus meluru ke wad papanya. Pa panya terlantar sakit "Papa! Papa! Sedarlah. Ni Mya, anak papa. Mya ada bawa mama dan Myra pergi sini. Mata papanya terbuka lalu melihat ke arah Mya, di belakang Mya, terdapat dua kel ibat manusia yang sangat dirinduinya. "Suhaila,.... Mya,.. Myra.., papa rindukan kamu semua" panggilan ayahnya perlaha n-perlahan ke arah isterinya dan Myra "Apa semua ni Mama? Siapa mereka?"soal Myra "Sayang, ini ayah kandungmu sayang. Mya adalah kembarmu."jawab Datin Suhaila, ai r matanya mengalir Myra terdiam. Dia tidak menyangka ayah kandungnya masih hidup lalu mengucup dahi papa nya. "Papa, tak sangka Myra dapat berjumpa papa lagi" jawab Myra "Suhaila, Mya dan Myra, maafkan papa. Papa bersalah kerana mengabaikan kamu semu a."suara Papa mulai tersekat "Ya bang. Suhaila dah maafkan abang. Semua itu perkara yang lalu bang, usah diun gkit lagi"balas Datin Suhaila,air matanya mulai mengalir deras.

Tiba-tiba, bahu Datin Suhaila bagaikan disentuh oleh seseorang. "Kak, maafkan Ida. kalau bukan disebabkan Ida, sudah tentu keluarga kakak tidak akan berpecah-belah,"Ida mulai bersedih, dia menyesal atas perbuatan masa laluny a. "tak apa Ida. Janganlah dikenang perkara lalu, saya dah maafkan awak. Semua ini ketentuan Tuhan." balas Datin Suhaila tenang Tiba-tiba, keadaan bertambah panik apabila tubuh Mustafa mulai kaku. Mya dan Myr a serentak mengajar papa mereka untuk mengucap dua kalimah syahadah. Akhirnya tu buh itu tidak bernyawa lagi. Dia pergi menemui Allah yang Maha Esa. Seluruh bilik wad tersebut riuh dengan bunyi tangisan keluarga tersebut.

,`,,`,,`,,`,,`,,`,,`, Sanak Saudara dan kenalan keluarga Allahyarham Mustafa telah beransur pulang dar i pusara Allahyarham. Yang tinggal hanya Mya, Myra, Datin Suhaila dan Hisyam.Mya dan Myra memerhatikan batu nisan papa mereka. Myra tidak menyangka bahawa betap a singkatnya dia merasa kasih sayang ayah kandungnya. Air matanya mulai bergenan g. "Myra, jangan sedih, ok. Kita kena redha dengan ketentuan Allah SWT. Biarlah pap a Myra pergi dengan tenang. Kita hanya mampu berdoa agar papa Myra tenang di san a"pujuk Hisyam sambil menenangkan hati Myra "Tapi sayang, Myra sedih. Myra hanya mampu mengecap kasih sayang papa buat semen tara waktu sahaja. Myra rindukan papa."desis Myra, air matanya terus mengalir "Tenang Myra. Itu semua ketentuan Allah SWT. Kita hanya mampu akur dengan segala ketentuannya. Myra kena teruskan hidup walaupun papa Myra telah pergi" sambung Hisyam Hati Mya sakit dan pedih apabila mendengar perbualan Myra dan Hisyam. Dia menund ukkan pandangannya lalu terdiam kaku. Sedikit penyesalan mulai muncul di hatinya . Betapa menyesalnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Hisyam. "Biarlah. Benda dah jadi tak mampu diulang kembali. Biarlah dia dan Myra bersama ."monolog Mya dalam hatinya "Mama.. Myra.. Hisyam.., Mya terpaksa pergi. Ada hal yang perlu Mya uruskan di k ampus."Mya memohon untuk pergi. Sebenarnya tidak ada urusan yang perlu diselesai kan oleh Mya, tetapi kerana hatinya tidak mampu lagi bertahan melihat Hisyam dan Myra bersama, dia pun mencipta sebuah alasan. Dia tidak mahu perasaan menyesal menjadi raja di hatinya "Baiklah, Mya. Hati-hati di jalan ya." jawab mamanya Mya pun memberi salam lalu melangkah pergi ke arah keretanya yang terletak jauh di sebalik masjid. "Aunty, Myra, saya terlupa call kawan saya tapi telefon bimbit saya tertinggal d alam kereta. Izinkan saya untuk mengambil telefon bimbit saya"ujar Hisyam lalu p ergi menuju ke arah keretanya yang terletak bersebelahan dengan kereta Mya. Kedengaran suara memanggil Mya ketika dia hendak masuk ke dalam keretanya. Dia m enoleh ke belakang, kelihatan Hisyam menuju ke arahnya. "Mya, kenapa awak pergi?"soal Hisyam "Saya ada hal nak diselesaikan di kampus."jawab Mya, dia tertunduk. Matanya tida k mampu memandang wajah Hisyam. "Setahu saya, Majlis Perwakilan tidak mempunyai sebarang agenda pada bulan ini. Tolong jelaskan kepada saya mengapa awak mahu pegi?!" Suara Hisyam sedikit lanta ng menyoal Mya "Saya ada hal dengan Leeya."Mya menjawab. Suaranya sedikit perlahan. Wajah masih tunduk "Sekarang dah berubah pula? Saya tahu awak tipu,Mya. Pandang mata saya, dan jawa b dengan jujur mengapa awak pergi?!"Suara Hisyam semakin keras

"Saya tak tipu Hisyam." Mata Mya mulai berkaca tika matanya memandang tepat ke a rah mata Hisyam "Saya tahu awak tipu. Saya dah tahu perkara yang sebenarnya. Saya masih cintakan awak dan saya tahu yang awak masih cintakan saya. Tapi awak korbankan cinta awa k kerana Myra mencintai saya, kan?! Jawab Mya! Katakan apa yang saya cakap ni ad alah benar! Betulkan!" Hisyam meminta penjelasan daripada Mya, airmatanya mulai mengalir. Mya keluh dengan kata-kata Hisyam. Dia sudah hilang kata-kata. Betapa benar kata -kata Hisyam. "Sebenarnya .. sebenarnya Hisyam .. Ya, memang benar. Memang benar apa yang kata kan. Tapi Hisyam kena faham keadaan Mya. Sanggupkah seorang kakak mengecewakan a diknya? Hisyam, Myra adalah satu-satunya adik kembar Mya. Dan Hisyam pun tahu ya ng kami telah terpisah selama 15 tahun. Mya tak sanggup kecewakan Myra. Biarlah Mya korbankan cinta Mya demi kebahagiaannya." Jawab Mya, dia terkedu. Air matany a mulai mengalir "Tapi Mya.. bagaimana dengan perasaan Hisyam? Tergamakkah Mya mempertaruhkan cin ta Hisyam?"soal Hisyam, dengan nada keras. "Hisyam, Hisyam kena belajar mencintai Myra. Mya tahu satu hari nanti Hisyam aka n mencintai Myra sebagaimana Hisyam mencintai Mya." jawab Mya, betapa berat hati nya menzahirkan kalimah tersebut. Selepas mendengar kata-kata Mya, Hisyam terdiam. Hatinya kian parah. Hisyam mulai bersuara. Tapi kali ini suara Hisyam agak lain "Baiklah Mya. Jika i tu permintaan Mya. Hisyam akan tunaikan. Tapi Mya jangan menyesal." jawab Hisyam , sambil mengesat air matanya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu kembali ke t anah perkuburan. Mya menangis. Airmatanya tidak mampu dibendung lagi. Jiwanya hancur. Dia tidak t ahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini. "Aunty, Myra mana?"soal Hisyam apabila melihat kelibat Myra tiada di situ "Oh, Myra pergi ke sana sebentar. Tadi kawan dia call, jadi dia pergi jawab call . Kejap lagi sampai lah tu."jawab Datin Suhaila Myra pun sampai ke tempat di mana mama dan Hisyam berada. "Sorry. Lambat sangat habis call tadi. Banyak kawan Myra ucap takziah kepada Myr a."jelas Myra, sambil memandang Hisyam "Myra, mama rasa baik kita pulang sekarang. Hari pun dah nak Maghrib ni. Jom kit a pulang"ujar Datin Suhailah Mereka semua pun pergi

,`,,`,,`,Setahun kemudian`,,`,,`,, "Myra, kad jemputan macam mana? Dah hantar kah?"soal Mya, dia risau, maklumlah s ebulan lagi majlis perkahwinan adiknya bakal berlangsung. Matanya membelek katal og baju perkahwinan "Kakak jangan risau. Semua Myra dah settlekan"jawab Myra selambah "Myra, kakak rasa baik Myra pilih yang ni. yang ni cantik. Kakak nak Myra dan Hi syam nampak cantik dan kacak pada malam tu nanti"ujar Mya sambil membelek-belek katalog perkahwinan tersebut, lalu memberikan majalah tersebut pada adiknya. "Cantiknya. Saya nak baju ni lah. Sangat cantik. Pandai kakak pilih. Sayang, cub a tengok baju ni. Cantik kan? Kak Mya yang pilihkan."Myra memanggil Hisyam yang berada di sudut butik tersebut sambil membaca surat khabar. Hisyam pun bangun lalu menuju ke arah bakal isterinya dan Mya. Dia melihat ke ar ah katalog tersebut "Ya. Sangat cantik."jawab Hisyam ringkas. Matanya terus memandang ke arah Mya. "Sangat cantik. Pandai kakak pilih."puji Hisyam ke arah Mya. Mereka saling berpa ndangan. "Oh ya kakak. Kakak pilihlah baju pengantin juga."ujar Myra "Kenapa kakak pun pilih?"Mya mulai pelik dengan kata-kata Myra. "Kakak kan kembar Myra. Jadi Myra nak kita pakai baju pengantin yang sama warna tapi berlainan design. Lagipun, selama ni kawan-kawan Myra tak tahu yang Myra ad a kakak. Jadi, Myra nak kenalkan kakak dengan diorang terus. Bolehkan?"Jelas Myr

a. "Baiklah."jawab Mya lalu membelek katalog tersebut untuk mencari baju pengantin. "Mesti orang ingat aku ni pengantin tak bersuami pada malam tu nanti. Hehe."geli hati Mya bila memikirkan dia akan memakai gaun pengantin pada malam perkahwinan adiknya. Tiba-tiba, pintu butik terkemuka tersebut dibuka, kelihatan Datin Suhaila dan D atuk Mokhtar muncul. "Assalamualaikum"ucap Datuk Zulkefli dan Datin Suhaila "Waalaikumsalam"jawab Mya, Myra dan Hisyam "Hai sibuk nampak. Dah pilih baju pengantinkah?Pilihlah mana yang kamu suka, pap a tak kisah. Yang penting papa nak majlis ni akan menjadi "Wedding Of The Year" gurau Datuk Mokhtar "Eh, papa ni. Sempat lagi bergurau. Dah.Tapi cakap papa tu betul. Myra nak majli s ni berlangsung dengan gemilang. Maklumlah lepas ni Myra bukan anak manja papa lagi. Myra dah jadi hak milik Hisyam."gurau Myra. Mereka semua tertawa. Sempat lagi mata Hisyam melirik ke arah Mya. Mata mereka saling bertentangan.

,`,,`,,`,Sebulan Kemudian`,,`,,`,, Orang ramai mulai riuh tatkala majlis akad nikah akan diadakan. Mya duduk berham piran Myra untuk menemankan adiknya. Tapi dia berasa hairan melihat Myra. Wajah Myra sangat tenang seolah-olah ini bukan majlis perkahwinannya. Mereka mendengar lafaz akad yang dibaca oleh hakim Ankahtuka wa Zawwajtuka Makhtubataka Mya Qaisara binti Mustafa alal Mahri . Betapa terkejutnya Mya apabila mendengar namanya yang disebut dalam lafaz akad t ersebut. Dia bangun lalu meluru ke arah hakim lalu berkata "Hentikan. itu nama s aya, bukan nama adiknya.." "Kakak! Ini semua Myra yang rancang."Belum sempat Mya menghabiskan kata-katanya, adiknya sudah mulai membidas. Hisyam tergamam. "Kakak, Hisyam, saya dah tahu semuanya. Myra terdengar perbualan kakak dan Hisya m masa kita berada di tanah perkuburan ketika papa meninggal. Kakak, Myra tak na k melukakan perasaan dua insan yang amat penting buat Myra. Myra sedih apabila m elihat kakak dan Hisyam terpaksa menelan semua penderitaan hanya untuk kebahagia an Myra. Daripada melihat dua hati terluka, bukankah lebih baik kita melihat dua hati bahagia. Hisyam mulai sekarang, tolong jaga kakak Mya dengan baik. Cintail ah kakak Mya sebagaimana Hisyam mencintai kakak sebelum ini."ucap Myra "Myra.." bisik Mya lalu memeluk adiknya. Mereka berdua berpelukan lalu menangis. Hisyam hanya terdiam. Dia sangat terkejut dengan penjelasan Myra. "Tuan hakim, teruskan.. "ujar Myra Senyuman terukir di bibir Hisyam dan Mya. Mereka berdua saling berpandangan. Mer eka tidak menyangka akhirnya mereka dapat bersama kembali.

,`,,`,,`,EPILOG,`,,`,,`,,` "Arrghh!!"jerit Mya. Hisyam, Myra Datuk Zulkefli dan Datin Suhaila semakin risau. Sudah dua jam merek a menanti di luar bilik pembedahan. "Teruskan Mya. Tinggal sedikit lagi"ujar doktor Liza "weekkkk!!!" begitu nyaring suara bayi kedengaran di bilik pembedahan tersebut "Syukur Alhamdulillah Mya. Awak selamat melahirkan anak lelaki"ujar Doktor terse but "Eh!" Doktor tersebut terkejut Alangkah terkejutnya doktor apabila seorang lagi bayi perempuan dilahirkan oleh Mya. "Mya, tahniah. Awak selamat melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan. "ujar d

oktor tersebut Mya bersyukur. Dia gembira kerana akhirnya dia selamat melahirkan zuriat hasil p erkahwinannya dengan suami tercinta, Hisyam. Sampai sahaja di wad, Mya dan hisyam mulai melihat ke arah anak mereka. Myra dan Datin Suhailah tersenyum. hisyam memulakan tugas utamanya sebagai seorang ayah. Dia akan mengazankan anak-anaknya. Alangkah tersenyum Mya tatkala melihat kelak uan Hisyam. Selepas itu, Hisyam duduk di samping isterinya. "Sayang, terima kasih kerana melahirkan zuriat abang. Abang memang cintakan saya ng."ucap Hisyam sambil membelai lembut wajah isterinya "Abang, sayang juga cintakan abang. Terima kasih kerana mencintai sayang selama ini."ujar Mya, air matanya bergenang. hisyam menyapu air mata yang mengalir di wajah Mya lalu memeluk isterinya.

~TAMAT~

Anda mungkin juga menyukai