Anda di halaman 1dari 4

KESUCIAN : LOEN ANEUK ATJEH

Oleh : Muhamad Sodbaroya

Bab satu

A ngin bayu yang berpuput perlahan bagai membelai pipi ku, menguis-guis helaian rambut yang
jatuh di dahiku. Nyaman terasa, menyejuk gelora yang membuak di dada.

Mata ku bagai bercahaya apabila melihat pemandangan indah Pantai Sumur Tiga, terasa bernyawa
bila mendengar deruan ombak kecil berkejaran buih-buih di pantai.

Memerhati dedaun kelapa yang terbuai-buai mengikut irama angin, ke kiri, ke kanan seakan-akan
menari menimbulkan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Aku hanyut dalam keindahan alam, keindahan alam di tanah tumpah darahkuAceh.

Riz, ohh Rizqi..dari beougoh sampai supot loen cari gata, di sini rupanya sergah satu suara garau
yang amat ku kenali. Itulah Irfan, sahabat baikku sedari kecil. Orangnya tinggi, berambut ikal dan
berkulit sawo matanggemar berfesyen mengikut trend arti terkini katanya. Ku panggilnya Ir..ya
kependekan dari Irfanlebih mesra.

Loen ingat gata di rumahrupanya di sini, penat jak loen ke rumah tadinasib nyak gata bagitau
tutur Irfan bagaikan marah dengan ku. Matanya dijegil-jegil konon ingin mengeksperasikan
marahnya.

Hihihi, nasib gata Ir lah ketawa kecil ku bagai mengejek si Irfan. Padan mukanya penat ke sana ke
mari mencariku. Bukankah sejak kecil lagi dia mengetahuijika waktu ini aku pasti ke pantai. Melihat
keindahan, menghirup udara segar.

Padan mukanyaketawa kecilku tak putus-putus.

Ku kepal-kepal pasir di gengaman ku lalu ku lemparkan kepadanya. Nasib baik dia pantas mengelak.
Terjuih-juih dia menjelirkan lidah, konon merayakan ketidak berjayaan aku. Melompat-lompat dia
mengejek aku. Geram pula aku melihat kelakuannya seperti monyet.

Nak kena si Ir ni getus aku di dalam hati.

Kali kedua, ku lontarkan bebola pasir kepada Amat. Berjaya !!!

Berderai pepasir mengenai kakinya. Mengaduh dia konon-konon sakit.

Hahahapadan muka gata berdekah-dekah aku tertawa melihat dia terkial-kial membersihkan
kakinya dari pasir.

Loen ketawa? soal Irfan. Tawaku terhenti.automatik bila tiba-tiba soalan itu diajukan. Aku
memaling muka kembali menghadap pantai.

Alhamdulillah, lama loen hana dengar ketawa mu tiba-tiba Irfan menukar atmosfera perbualan.
Perbualan yangpada mulanya tadi penuh kerianganusik mengusik, kini mulai pudarterbit rasa
sedih membuak-buak meniti kata-katanya.
Aku masih terdiam. Keriangan tadi tiba-tiba hilang. Aku kembali tenggelam dalam hanyutan
perasaanku sendiri. Tenggelam jauh ke dalam kolam perasaanjauhbagaikan tiada berdasar. Aku
lemas.

Huh aku mendengus bagai kerbau naik minyak. Ku palingkan pandanganku dari Irfan. Renunganku
kembali melihat dan menatap lautmenatap gumpalan-gumpalan ombak bermain kejar-mengejar.

Maaflah Rizki, loen tak sengaja

Han tathee ka puasa lom? Irfan cuba memujukku berbual. Lama ku biarkan dia menanti jawapan
ku. Terlalu lama hinggakan dia bagaikan kurang selesa. Kasihan melihatnya yang serba salah, aku
membuka mulut menjawab bicara.

Nyo. Bagah that jijak watee Han tathee ka tuha kata ku pendek.

Tergelak dia mendengar jawapanku.

Gata yang tuha, loen masih muda balas Irfan, menidakkan balasan kata-kata ku tadi.

Hahaha. tersembur gelak dari mulutku.

Kami sama-sama berdekah-dekah ketawa. Irfan, sebaik-baik sahabat. Hanya dia yang tahu
bagaimana membuat aku kembali gembira jika diulit kegelisahan. Namun sekarang, mampukah dia
menghilangkan gelisah yang terbuku bersarang di hati ini? Mampukah?

Rizloen nak ke Malaysia, cari kerja keudoh , boleh dapat banyak duit bila kerja keudoh, lagipun
ureung-ureung sideh di Malaysia baik-baik Irfan menitip kata-kata yang membuat aku terdiam.

Kee nak bekerja Rizqi, di sini tiada kerja yang sesuai buat tanyoejomlah ikut kee ke sana Irfan
memancing perasaan ku lagi. Aku bagaikan tunggul. Diam dan diam.

Entah kenapa hari ini, topik perbualan antara aku dan sahabatku Irfan hambar. Tambah lagi dengan
hasratnya yang ingin bekerja di Malaysia. Sesuatu yang membuatku agaj terkejut. Aku ingat kami
gembira bekerja di kilang kayu di sini di kampong Ie Meulee. Tak pernah pula dia menitipkan kata-
kata ingin bekerja ke seberangke negara lain.

Terkejut akumalahan sebenarnya sedih, takut kehilangan satu-satunya sahabat rapat aku di sini.

Rizqi, bagaimana gata, loen nak ke Malaysia, loen harap gata ikut, hilangkan lah kenangan
lama...tanyoe bina harapan baru di sanalupakanlah Dina Rizqi..lupakan Madinajih sudah jadi
tunangan orang kata-kata Amat bagaikan tusukan belati...tusukan belati yang merobek-robek hati
dan perasaan aku. Ohhh, Madina.

Madina, nama itu kembali teringang-ngiang di telingakubermain-main bak wayang gambar di


fikiran ku. Seorang gadis Aceh yang sangat manis. Wajahnya cantik, putih kemerah-merahan bak
puteri kayangan, sentiasa berjilbab menurut syariat agamasenyum yang sentiasa menguntum
membuatkan ramai pemuda-pemuda kampung yang bekerja di kilang kayu milik bapanya jatuh hati.

Aku adalah salah seorang pemuda yang dibadai gila bayang mengejar cinta Madina. Alhamdulillah,
dari seramai-ramai sang kumbang cuba mendekati si bungaaku terpilih. Alangkah gembiranya hati
ini. Kumbang kampung berjaya memikat hati si bunga jelitawan yang jadi rebutan.

Rizqi, Madina amat sayang dan mencintai Rizkisungguh demi Allah, namun nyak sama abi ku
sudah menetapkan yang aku hanya boleh berkahwin dengan Saiful, anak sahabat perniagaanya dari
Banda Atjeh, pakri loen boleh membantah ureueng yan? tangis Madina di satu petang di pantai
Sumur Tiga. Kepalanya terhingguk-hingguk menahan sebak. Kasihan aku melihatnya. Ingin aku
memeluk dan membelai dirinya, namun walau sesedih manapun, aku masih ingat akan ajaran
agamaadat budaya bangsa ku yang tidak membenarkan sang pria menyentuh si gadis tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.

Aku cuba mempertahankan ego aku sebagai seorang penjantan. Walau hakikatnya akubagaikan
terperosok jauh terbanting ke tanah mendengar perkhabaran ini. Hubungan selama 3 tahun
bagaikan tidak bererti bila mendengar berita ini. Aku membelakangkan Madina ketika berbualtidak
mahu menatap wajahnya yang dalam kesedihanaku tak kuattak kuat.

Celaka sumpah aku dalam hati.bergema-gema dalam benak fikir ku sendiri.

Loen benar-benar cinta pada gata Dina, sangat-sangattidakkah hubungan kita selama 3 tahun ini
mempunyai makna pada loen? gugup aku cuba menuturkan pertanyaan. Sebenarnya aku juga sedih
dan takuttakut akan kehilangan Madina, cinta hati ku.

Loen tak faham Riqbukan Dina yang pinta perkara ini terjadibukan Riz tingkah Madina
menjawab persoalan aku.

Argghhhh persetan semua itu, alasan gata mahukan ureung kaya, cissss syaitan ego ku bersilat
bicara tidak mahu kalah. Walaupun realitinyaaku akan kecundang.

Dina sayangkan Riz, namun kepatuhan Dina sebagai anak kepada nyak dan abi juga perlu
diutamakanmaafkan Dina dalam sendu sendan Madina mengukir kata-kata yang membuatkan
hatiku makin retakmakin remuk.

Setitis air mata jantan mengalir di pipi ku namun kerna sifat egocepat-cepat ku seka.

Senyap sunyi suasanahanya deruan ombak dan kicau burung yang kedengaran.

Dengan genangan air mata, Madina berlalu sambil memberikan aku sepucuk surat.

Bacalah.maka gata akan ketahui betapa dalamnya cinta Dina kepada Riz dan Madina berlalu
pergi. Pergi meninggalkan akujauh.terlalu jauh.

On sireen meugulong-gulong
On keurusong meuputa-puta
Meunyoe adek galak keu loen
Tapreh bak jurong lon woe sikula

Tajak u laot ta kawee bileh


Tasok bak pureh tapandang mata
Abang disinoe adek disideh
Pajan keuh ta eh saboh bantai dua

Mendalam kiasan dalam pantun Madina, termenung seketika aku bila membaca pantun Madina.
Cintanya cukup sucicukup besar buat kami. Namun kesucian itu tidak mampu membuka mata
keluarganya. Kami dipisahkan kerna darjatkerna aku hanyalah seorang anak desa yang miskin.

RizRizkikemana loen mengelamun? pantas Irfan membunuh kenangan silam ku.

Bagaimana, mahu gata ke Malaysia dengan loenayuhlah..tiada apa lagi di sini Riz...marilah tanyoe
membina hidup baru di rantoe ureung balas Irfan seraya mengenggam tanganku. Eratbagai tak
mahu dilepaskannya.
Aku masih membisuserba salah antara mahu mengangguk ya atau tidak. Aku serba salah.
Dan ombak di Pantai Sumur Tiga masih berderu-deru hari demi hari menjalankan amanahnya.

Maaf Irfan, bukan loen tak mahutapi loen ada sesuatu yang perlu dibereskan di sini hati
kecilku mula berkata
Maaf

Bab Dua

Irfan selamat bertolak ke Malaysia bersama beberapa teman sekampungku. Mereka tega
meninggalkan tanah Aceh tercinta demi mencari harapan baru di negara orang. Harapan yang
diwar-warkan bagai trofi kemenangan oleh Jamil dan beberapa anak Kampung Le Meulee yang
baru pulang dari Malaysia. Hebat dan bergaya mereka. Hebat dengan wang ringgit yang
melimpah ruah hinggakan mampu membiayai ibu bapa ke Mekah, membaiki rumah usang di
kampong dan membelikan beberapa barangan yang mewah buat keluarga. Bergaya mereka
dengan pakaian baru yang up to date, kemeja baru, jeans baru, cermin mata hitam bergaya
membuat aku dan ramai lagi anak-anak muda di sini menelan air liur.
Tapi walau bagaimanapun, mana mungkin aku dapat meninggalkan nyak aku sendirian di
kampong, siapa yang akan membantunya saban hari mengangkut air dari perigi, siapa akan
membantunya menjual kelapa-kelapa kepada peraih di pekan. Aku, hanya akulah satu-satunya
lelaki dalam keluarga ini. Setelah kehilangan almarhum ayah ku lewat tragedy tsunami
tempohariakulah ayah, akulah abang dalam keluarga ini. Kakak dan adik bungsuku hanya
bergantung kepada aku.
Campli padum si bang? tanya seorang pembeli kelapa di pekan kepada ku.
Sepuluh ribu dekseraya tersenyumuntung jualan pada hari ini.

Meuhay that lagoe berubah muka si pembeli bila mendengar harga yang aku sebutkan.
lapan ribu han? tawarnya lagi.
Dek, nyan cit ka dumnanhan jeuet dek, rugoe kamoe nyan
Ahh, biarlah loen berbakti kepada nyak, da dana doe selagi ada nafas di dada getus hatiku
memberi semangat. Walau sebenarnya aku berkehendak mewah dan bergaya seperti sahabat-
sahabat sekampung ku yang baru pulang dari Malaysia.
Ku lihat baju ku yang lusuh, seluar jeans yang koyakhiba benar diri ku ini.
Padanlah Medina menolak cinta kau Rizqi. Lihat saja penampilan diri mu. Bagaikan peminta
sedekah atau gembel ( Bahasa Indonesia di Jakarta ) tiba-tiba ada suara terngiang-ngiang di
fikiran ku.

- BERSAMBUNG -

Anda mungkin juga menyukai