Anda di halaman 1dari 41

0

Novel ini kutujukan buat ;


Suami tercinta Fakurrudin dan anak-anak

Farhana Nazwa

Nazarul Farihin

Nazrul Fahrin

Juga buat

Sahabat baik Nor Fahana Abdul Basik

Rakan-rakan Fakulti Sains Pengajian Maklumat UiTM Shah Alam batch 1998-2001

Dan mereka yang banyak memberi sokongan dalam penghasilan Novel sulungku ini.

1
BAB 1
I’m Back!!

“ M engumumkan ketibaan penerbangan MH0269 dari Singapura”.Pengumuman itu pastinya membuatkan aku
dan rakan-rakan sekerjaku gembira. Kali ini cutiku agal panjang daripada cuti-cuti yang lain kerana inilah kali
pertama aku memohon cuti. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia,kenangan-kenangan itu muncul satu
persatu.Aku kembali Kuala Lumpur!!... Nur Elisa tersenyum, cermin mata Gucci di celah kelangkang matanya
dirapatkan ke mata sambil mengheret beg pakaiannya. Lenggok badannya yang langsing itu sudah cukup
membuatkan dirinya ditempatkan dalam senarai ‘The Most Glamorous Asia Stewardess’.Akhirnya Lisa Berjaya
mencapai cita-cita yang diimpikannya. Fuh…lega rasanya…Shah Alam….I’m Back!.

2
Lisa membaringkan badannya dikatil.Rum,ah yang tidak berpenghuni itu agak sunyi. Sejak Lisa membeli rumah
agam itu,belum pernah sekalipun dia tidur disana.Lelap mata lah sekejap..penat. Tiba-tiba bunyi telefon bimbitnya
membuatkan Lisa bingkas bangun.Jangan calling dari boss,sudah..

“Hello..”Lisa kembali baring sambil matanya dipejam.

“Lisa!bangunlah…!”Suara itu nyaring sekali membuatkan Lisa sedikit bengang.

“Wei!sapa ni?slow sikit leh tak?bingit la!”

“Sorry..Sorry…La…aku la ni…”

“Hah!kau ke Farisha?..How excited..wei!ko kat ner ni?”

“Aku kat Shah Alam skarang.Takkan ko dah lupa janji kita 2 tahun lepas?.Kita akan jumpa balik kat
sini.Apsal ko on flight ke?.Alah!ni yang tak best nih.Aku suh ko keja ngan aku ,ko taknak..tu lah..Sibuk lagi jadi
Ketua Stewardees sampai lupa janji..Kalau macam ni..”Membebel lagi..

“Aduh! Minah ni..Ko makan ubat apa hari ni?. Macam orang lalok je,tak renti-renti membebel. Kalau ye
pun, break le kejap. Aku tak cakap apa-apa lagi pun. Guess what? aku kat mana sekarang?..”

“SHAH ALAM!!!!” kedua-duanya mejerit serentak. Terbayang kegembiraan yang tidak terhingga di wajah
Elisa. Sambil menyapu air matanya,teringat semula peristiwa-peristiwa yang akhirnya menyebabkannya terpaksa
membawa diri.

“Lisa,kita jumpa petang ni, okey?”

“Kat mana?Tasik or…any suggestion?”

“Tasik Belakang Masjidlah. Wei! ko kat rumah kan?nak tumpang leh tak?”

“Alah, malu-malu plak..Ko kat area mana ni?Aku tunggu kau,kita gi sama-sama”

“Tak sempat, aku masih kat Tol Batu tiga.Kita jumpa kat sana je lah. Kang kita balik sama-
sama.Wokeh..jumpa nanti.bye…”

“bye..”

Lisa segera bangun mencapai tuala dan membersihkan dirinya.Tugasnya memaksanya untuk melupakan
segala kisah silam. Penerbangan hari ni saja dah cukup memenatkan. Memang ada terlintas di hatinya untuk
berhenti dan cari keja lain,tapi kesibukannya menghalangnya berbuat demikian.

Kepulangannya ke Shah Alam kali ini untuk memenuhi janjinya dengan sahabat baiknya Nurish Farisha. Mungkin
nasib Farisha agak baik berbanding dirinya. Dia yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Menara
Kuala Lumpur memang sesuai dengan perwatakannya.

Ketinggian yang dimiliki Lisa memudahkannya memakai apa jenis pakaian pun. Pilih je mana nak. Petang tu,Lisa
mengenakan baju bebeh yang dibelinya di Filipina dengan jeans pemberian rakan setugas sempena harijadi ke 26
tahun lepas.Rambut yang panjang bagai pelakon Lisa Surihani disikat rapi , cap Hard Rock Café America
diletakkan dikepalanya dan rambut diselitkan dilubang topi itu menampakkan kecomelannya. Pouch, handset dan
sling bag..hmm..apa lagi ye?Oh! lupa..cermin mata dan..my car key..

**********************

3
Elisa asyik menoleh ke tangan kanannya.Kenapa masih belum sampai?.Takkan dia lupa tempat nih?Alah..kenapa
tak call?.Lisa memeriksa handsetnya, takde missed call pun. Farisha mana kau ha?..

“Assalamualaikum Ainur Elisa..”. Kedengaran seseorang memberi salam dari arah belakang. Lisa
tersenyum sendiri.

“Wa’alaikumsalam Nurish farisha…” Dua orang gadis sedang berdiri bertentang mata. Masing-masing
membuka cermin mata hitam sambil memandang ke atas dan kebawah. Yeah…we’re back!..Lisa segera memeluk
Farisha sambil menangis kegembiraan.

“Aku rindukan kau,Sha!”

“Aku pun..”Farisha mengesat air matanya. Rupanya dia pun menangis.”Mari kita duduk disitu”ajak
Farisha.

“Kau dah banyak berubah, sha. Rambut kau, kau Nampak lebih matang..lebih stylo! Maklumlah..eksekutif
le katakan..”

“Hmm..yelah tu, kau tu pun tak pernah kurangnye.. Makin langsing dan menawan. Yelah, kena jaga imej
‘The Most Glamorous Asia Stewardess la katakan.”. Masing-masing ketawa dan ceria. Aku rindukan kehangatan
tangan Farisha, dah lama betul tak jumpa dia.

4
“Akhirnya 2 tahun berlalu begitu pantas,kan sha?.Tak sangka yang kita akan berjumpa semula dalam
keadaan begini.Aku dah lama tak singgah Malaysia.Sesekali bercuti ni aku nak enjoy puas-puas.”

“Kau cuti berapa lama?Sebulan?dua bulan?”

“Ada bulan pulak..Aku dapat cuti 3 minggu je.Nak cuti sebulan macam tak best”

“Huh?!tak best?Apsal lak?Ada balak baru ke?”

“Takdelah..Mana ade..Aku akan fly ke Sarawak hujung bulan ni.So aku ingat nak balik kampong sat na.Ko
nak ikut aku tak?”

“Aku tak leh cuti lama-lama. Masih banyak kerja aku nak selesaikan.So far aku perlukan assistant untuk
tolong aku.T api sampai la ni,tak confirm lagi. So post tu tangguh le. Aku cuti ni pun sampai tengah bulan nih
je .Means that aku balik dulu before kau fly balik”.

“Ishhh…!Aku tak naklah cerita pasal balik-balik ni. Kita baru je sampai dah cerita pasal balik. Yang
penting sekarang macamana kita nak celebrate kepulangan kita. Punya susah nak jumpa takkan habis kat tasik ni
je? Aku tau le ‘sepupu-sepapat’ kau ada kat dalam ni. Wujud lagi ke diorang ha?”

“Lisa, kau ingat aku dah lupa ke kat diorang ni?Aku ingat lagi ‘bebudak’ tu nak pancung kepala depa
sorang-sorang. Eh! Radzie apa khabar ha?lama tak dengar cerita.Kau sorokkan dia ek?”

“Hmm..Aku rasa perut aku dah lapar. Apa kata kita pegi minum dulu, tak pun balik rumah. Kita masih ada
banyak masa nak bercerita. Kau tau lah kan, kalau dah berjumpa, tak reti nak stop bercakap, jom…” Lisa berusaha
untuk mengubah topik yang disuarakan Farisha. Pastinya ada misteri yang perlu dijawab…

“Betul jugak, Kalau semuanya nak dihabiskan kat Tasik ni, tak berserilah percutian ni.”. Sha
mengenyitkan matanya membuatkan Lisa tersenyum.”Lisa,jadi ke kau beli kereta tu?”Tanya Farisha penuh minat.

“I do..look at there babe..!”Lisa menuding jari ke arah sebuah kereta sport. Wow! Lotus elise tetap
pilihannya.

“Sha, kau punya mana?”

“There..!”Kereta Hyundai merah tersergam indah di situ.

“Hmm..Not Bad ,I’ll follow you,let’s go!..”

Deruman enjin kereta mereka memecah keheningan di Tasik itu dan meluncur laju di Bandaraya Shah Alam.

*********************

5
BAB 2
Misi bermula!

6
H
“ ello, boleh saya bercakap dengan Puan Annessa?” Suara lembut Lisa bisa menggegarkan sesiapa saja
yang mendengarnya. Pastinya yang menyambut panggilannya tadi adalah Papa. Tak kan papa tak cam suaranya?.
Farisha yang duduk sebelahnya hanya tersenyum dan menunggu dengan penuh harapan. Handsfree yang
dipasangnya mampu membuatkan kedua-dua mereka bercakap serentak.

“Hello,ya,Anis sini. Sapa tu?”.Amboi! garangnya minah ni…

“MAMA!!!...”Lisa dan Farisha serentak menjerit.

“Eh…yeke?Elisa ke ni? Siapa tu ?Farisha ke?” Soal kak anis yang sedang terkejut bunyinya. Wanita yang
digelar MAMA oleh Lisa dan Farisha ni sebebanrnya hanya seorang wanita berumur 30-an. Gelaran itu diberi oleh
Lisa bagi mengeratkan hubungan mereka yang sangat rapat suatu ketika dulu. Gelaran tu lekat sehingga kini.

“Korang kat mana ni?Macamana Farisha boleh ada kat situ?”

“Itulah Magic!. Mama, kitorang nak jumpa mama boleh tak?Sekarang tau..boleh tak?”

“Of Course,jomlah joint.Kitorang pun baru sampai.”

“Mama kat mana skarang?”

“Kat Bee pee. Ingat lagi kan?.Datanglah..Naik apa?”

“Hahaha..naik belon angin!.Kejap lagi kitorang sampai. Tapi mama jangan heboh kat orang lain dulu,tau.
Ok ma, see u,bye.”

Farisha menarik nafas lega sambil memandang ke arah Lisa.

“Amacam Lisa?Nak pegi tak?aku on je”

“Okey la. Keta sape?”

“Aku…!” . Farisha tersenyum girang.

Lisa dan Farisha bersiap seperti yang dibincangkan.Sekali tengok macam orang nak pegi MODESTO
plak.Potongan badan Farisha lebih banyak berubah berbanding dahulu. Dia Nampak lebih seksi dengan cardigan
warna hitam.Ntah apa petua dia pakai tak taulah sampai slim macam ni ha. Apapun Lisa senang dengan perubahan
kawan baiknya itu.

Telefon bordering, masing-masing berpandangan.Lisa menyambutnya.gaya menyambut semacam je suaranya


budak ni.Ni tentu Radzi yang call. Lisa sempat menjeling ke arah Farisha yang begitu berminat nak tahu siapakah
gerangan pemanggil itu.

7
“Siapa call tadi?Radzie ke?.”Tanya farisha sebaik saja menghidupkan enjin keretanya. Lisa memandang
Farisha dengan penuh makna. Ni nak kenakan member ni ke tak ni?.Kengkadang budak ni berangin jugak. Dah
lama dah kenal perangai dia ni, kira masaklah jugak!.

“Aku dah call Radzie before pegi mandi tadi”.Malas betul nak menjawab.

“ So,kalau bukan Radzie, siapa yang call?” Lisa diasak lagi.

“Aku jumpa Adi kat highway tadi.Dia kata aku sombong sebab taknak jumpa dia.Lagipun hari tu,aku ada
jumpa Afirul kat KLIA.Diorang call nak jumpa kita malam ni.” Terang Lisa.

“Habis tu sekarang kita nak kemana?”.

“Kita pegi Bee Pee dulu,minum seteguk dua.Then Chow ke Uptown. Diorang jumpa kat sana. Set?”

“Best!”sahut Farisha sambil mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

*********************

8
BAB 3
Andai kau tahu!

Deruman enjin kereta membuatkan semua mata tertumpu pada Hyundai Merah metallic.Wah! di malam hari
begini pun warnanya masih kelihatan berkilat.Lisa dan Farisha sudah bersiap sedia menerima apa pun respon
mereka.Kelihatan kepala mama agak panjang seperti kepala Zirafah.Mencari-cari siapa empunya kereta mewah itu.

9
Lisa keluar dari perut kereta sementara Farisha memeriksa barangnya di dalam Dashboard. Lenggok Catwalk yang
dipelajarinya sewaktu training dulu banyak mengajarnya erti kryakinan dan penampilan .

“Mama..” Sapa Lisa sambil mencium kedua belah pipi wanita itu.

“Hei,! lama tak jumpa.Wah! dah berubah rupanya anak mama ni. Tu siapa punya kereta tu?Boyfriend eh?”

“Tengoklah sendiri…”Balas Lisa sambil senyum sinis.

Farisha melangkah ke arah sekumpulan manusia yang sedang duduk berborak.Melihat gelagat Farisha, Lisa sedikit
tergelak.Wah!..Majlis membalas dendam sudah bermula….

**********************

“Mama..Kitorang tak boleh lama ni. Ada hal lagi.”Kata Lisa sambil menghirup air limau aisnya. Lisa
menjeling ke arah sekumpulan mamat yang asyik memandang mereka dari tadi.

“Lupa lak nak tanya,korang ni keja apa sebenarnya?La ni nak kemana pulak?” Tanya mama gusar.

“ Kitorang tak buat kerja-kerja tak senonoh tu ,ma.” Jawab Lisa sedkit terkilan

“So,kerja apa sekarang lisa?”

“Kerja angkat beras ma!” Jawab Lisa sambil tergelak

“Sha sekarang kerja sapu sampah kat kilang je”. Farisha mula mencipta misteri.

“Korang nih main-main pulak. Seriuslah sikit.”

“ Alah ma,keja biasa-biasa je.Gaji cukup makan pakai ok lah tu.”Jawab Lisa sambil membetulkan jam elle
nya.

“Mana boleh! Habis tu keta mewah tu mana dapat sha?”Mama masih mahu mengorek segala apa yang
belum diperolehinya.

“Keta tu?oh…curik!”balas Farisha sambil tergelak kecil.

“Ish! bebudak ni….”Jawab mama sambil mencemuhkan bibirnya.

‘Sikit-sikit lama-lama terbeli lah jugak..Jangan pulak ada orang tu sikit-sikit lama-lama kena
tarik!”Seloroh Lisa sambil menjeling pada seorang lelaki yang asyik bergayut dengan telefon bimbit dari tadi.

“Okeylah,ma. Kitorang chow dulu.Nanti esok-esok Lisa call ok?.Jo Sha, ok bye ma,papa..”Semua yang
ada disitu terpempan melihat kelibat dua orang gadis yang cantik itu.Lelaki yang bergayut tadi segera mematikan
perbualannya. Siapalah agaknya diorang ni?.Macam pernah jumpa je…tapi…siapa?.Hati lelaki itu sedang meronta-
ronta ingin tau.

“Kak Anis, Boleh Tanya tak?”Bahu wanita itu dicuit kasar.

“Diorang tu…” sambil menuding jari pada kereta yang baru saja melintasi mereka.

“Belum tanya lagi kak anis dah tau apa soalan kau…”

“Aik?takkan tak cam kot?”Tanya papa yang namanya sebenar ialah Annuar. Gelaran itu juga diberi Lisa
kerana beliau adalah suami kepada kak Anis.

10
“Cantik! Stylo! Fuh!...Yang sorang tu macam familiar lah…”Sambil mengerutkan keningnya.Berfikir
sejenak.

“Apa taknya,tu Farisha dan Elisa lah long…!”

“Elisa?!!........”.

************************

11
BAB 4
Aduhai hati…?

L
“ isa..aku ingat aku nak pegi satu tempat ni lah..”Kata Farisha sambil menuang jus oren di gelas
kaca.Lisa yang sedang membersihkan koleksi CD nya menoleh sekilas.

“Nak kemana?.Dah seminggu kita asyik keluarg.Ko rasa ada lagi ke tempat yang kita belum
singgah?”Balas Lisa.

“Kau ingat lagi tak The Summit?.Yang kat Subang tu?.First time kita pegi ngan bebudak gila tu?.Aku
rindu nak pegi situ.Jomlah…”.

“Oh…The Summit USJ rupanya. Aku okey je. Tapi kali ni pakai keta aku ok. Asyik Auto manjang.
Sesekali nak le racing sikit. Eh! malam ni ada carnival kat batu 3 tau. Kita pegi nak?”Ujar Lisa penuh minat.

“Ko ni tak berubah lagi ke? Minat sangat dengan racing. Lepas pegi Summit kita gi Batu 3, ok?”Pujuk
Farisha.

“Set!”.Kegembiraan jelas terpancar diwajah Elisa. Nama saja pramugari, kerja yang penuh sopan santun,
tapi minat sukan lasak. Inilah satu-satunya hobi Fazli yang tak dapat Lisa lupakan sampai sekarang. Fazli,lelaki

12
yang menghancurkan harapannya suatu ketika dulu. Walau semua itu telah berlalu 3 tahun lepas, namun dia tak
dapat melupakan itu semua. Kenangan bersama Fazli terlalu kuat dalam ingatannya.

“Hei!..aku dah panggil kau banyak kali. Kau fikirkan apa tu?”Tanya Farisha sedikit musykil. Jus oren
ditangannya diletakkan semula di atas meja tamu.

“Hmmm…susah nye…”

“Apa yang susah sangat tu?”

“Fazli…”

“Kenapa dengan Fazli?”Tanya Farisha penuh gusar…

“Aku masih teringatkan dia, sha…”

“Kau masih sayangkan dia? Radzie?”

“Teringat bukan bermaksud aku ingin kembali padanya. Takkan kau lupa, kepulangan kita ke mari adalah
untuk membalas dendam. Buktikan pada mereka yang kita adalah manusia yang berjaya, stylo, maintain jelita
walaupun setelah di ‘dump’ mereka…”Jelas Elisa penuh bermakna.

“So,apa pulak masalahnya?”Farisha masih tak puas hati.

“Aku tak taula. Puas aku sibukkan diri dengan kerja aku, tapi aku masih tak boleh nak lupakan dia.
Mungkin masih ada hutang yang belum dan perlu diselesaikan.”

“Radzie?. Camana kes korang berdua ni plak?”

“Dah lama aku nak cakap. Tapi aku diamkan. Radzie melamar aku. Melamar jadi isteri keduanya. Ah..!dia
terlalu baik,terlalu bertanggungjawab terhadap aku.Dah puas aku mintak dia lupakan aku tapi dia degil,dia tak nak
lupakan aku.Ah…Aku berserah pda tuhan apa yang akan berlaku antara kami…”Lisa mengeluh resah. Melepaskan
pandangannya keluar rumah. Mencari ketenangan fikiran.

“So sekarang ni?

“Aku isterinya!...”

“Kau dah kahwin? bila?” Farisha terkejut dan terduduk seketika.

“Tak rasmi..”

‘Hah?!! maksud kau?Ah!aku tak faham Lisa…?”

“Aku mengandung semasa aku tinggalkan dia”Terang Lisa sambil menekup mukanya dengan kedua belah
tangannya.

“So?....”

“Aku serahkan baby tu padanya sementara menunggu masa yang sesuai untuk kami sah sebagai suami
isteri.”

“Lisa….”Farisha benar-benar tidak menyangka kawan baiknya menyimpan rahsia sebesar itu seorang diri.
Sha duduk disebelah Lisa dan memeluknya erat. Memahami apa yang ditanggung oleh Lisa.

13
“Aku tau aku berdosa, sha..tapi aku terlalu sayangkan dia. Ikut hati ini, aku nak kahwin dengan dia
sekarang juga. Tapi aku yang menolak, sebab aku susah nak terima hakikat yang aku adalah isteri kedua!” Luah
Lisa syahdu sambil memandang ke wajah Sha yang juga sedang mengalir air mata.

“Bila korang rancang nak kahwin?”

“Secepat-cepatnya hujung bulan depan, sebab baby aku dah berusia setahun. Senanglah sikit.” Dikesatnya
air mata. Menyapu kesedihan dan membiarkan udara lembut mententeramkan dirinya.

“Selama ni anak kau dijaga oleh siapa?Parent kau?”

“Madu aku!” Lisa ketawa kecil.

“Elok kau berhenti je, lisa.Tumpukan perhatian pada anak kau. Bila dia dah besar sikit, kau kerjalah
semula. Ni pergi sini ni Radzie tau tak?”

“Mestilah aku bagi tau.Aku kan isteri solehah…!hik hik hik…”Gurauan Lisa membuatkan suasana
kesedihan itu berlalu pantas.

“Siapa nama baby kau ni?”Tanya Farisha yang kembali ceria.

“Puteri Merissa Natasya Binti Radzie. Sedap kan?.Aku panggil dia Tasya je.”

“Mesti cute ,kan?ada bawak gambar tak?”

“Ada, dalam bilik, ambik bawah meja dalam buku novel yang aku selalu baca tu.”.

Farisha berjalan pantas menuju ke bilik Lisa. Namun langkahnya terhenti bila telefon berdering. Masing-masing
berebut mencapai telefon bimbit.

“Hello..siapa disana?”Sambut Lisa dengan nada lembut.

“Hello, Lisa..mama ni. Tengah buat apa tu?” Suara wanita separuh umur tu kedengaran di corong
telefonnya.

“Takde apa. Tengah borak-borak ni ha. Apahal, ma?”

“Nak jemput korang berdua ke Majlis Anniversarry mama”.

“Congratulation!.Bila tu ma?”

“Malam ni kat Concorde Hotel. Datang tau, mama tunggu. Ajak Farisha sekali. 8.30 nanti mesti ada kat
sana,okey.” Tergamam sebentar mendengar perkhabaran itu.

“Ah! seganlah ma,kalau buat kat hotel…”

“Nak segan apa pulak? mama jemput kawan-kawan je ni. Mama tak kira,jumpa mama kat sana nanti
tau!...” Talian diputuskan. Bagaikan satu arahan yang perlu dipatuhi.

Elisa merenung telefon Samsung yang baru dibelinya. Seolah-olah ada wajah yang perlu dipandangnya dengan
penuh rasa simpati. Alahai…nak buat macamana ni? Lisa pandang wajah Farisha yang sedang bergayut dengan
telefonnya.Sampai terangkat kaki melayan member dalam telefon tu! Hamboih!..siapalah gerangannya…

Almari putihnya diselak satu persatu. Koleksi baju dress nya agak banyak jugak. Maklumlah, kerjanya
memaksanya untuk memiliki pakaian sebegini untuk menghadiri majlis-majlis makan malam. Tapi persoalannya
nak pergi ke tak?.Kalau nak pergi pun pakai baju apa ye?.. menyusahkan betul…

14
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Wajah Farisha terjengol di balik pintu. Kecik pulak aku nengok kawan aku sorang
ni ,ke pintu tu yang besar sangat dari badan dia?..

“Apahal ni,Lisa?.. kalut je aku tengok kau ni?Siapa call tadi?”

“Mama..” jawabnya ringkas.

“Mama? apahal mama call?”

“Ajak dinner Anniversary malam ni…”

“Malam ni? wah…! makan lagi kita. Kita ni jadi sibuk pulak ye sejak balik Shah Alam. Ada je jemputan
makan.Hmmm.. mama buat kat mana?rumah papa ke atau rumah diorang?”Soal Farisha sambil duduk di hujung
katil besar Lisa. Empuknyaaa…

“Bukan rumah papa , rumah diorang pun bukan ..”

“Bukan?Hmmm..habis tu?kat mana?”.Confuse jugak nih.

“Concorde!”

“Hah?!!Wow! ni sudah parah ni..!Aku takde baju nak pakai ke sana..Tak payah pergi la Lisa..segan.”Pujuk
Farisha sayu.

“Mulanya aku pun fikir macam tu. Tapi bila fikir balik, hmmm…aku rasa kita kena pergi la…”Sambil
mengetap bibirnya seperti mendapat idea.

“Apa?..nak pergi jugak ke?”

“Inikan Majlis Membalas dendam. Mama dah tolong kita secara tak langsung. Kita akan pergi. Pasal dress,
jangan risau, aku tau apa aku nak buat. Cepat siap!”Arah Lisa sambil menepuk lembut bahu gadis itu.

“Kita nak ke mana?”

“Kau siap je lah…pakai keta aku,kan?Jomm…!!...”

**************************

15
BAB 5
My Best Friend..

16
“ Kau rasa sesuai tak aku pakai baju macam ni?”.
Farisha yang kelihatan janggal berpakaian seksi begini. Nampak kurang selesa. Dress hitam labuh bertali
halus itu dikenakan pada tubuh Farisha. Lisa memandang jurujual yang berdiri setia dihadapannya sambil
membetulkan baju yang dipakainya.

“Okey what?. Lagipun kaun kena tonjolkan diri kau yang baru.Dah langsing macam ni pun takkan nak
malu? Well, aku suka kau begini. Ambil kasut tu pulak . Dari dulu lagi aku nak tengok kau pakai baju ni dengan
kasut tinggi.” Arah Lisa pada jurujual yang melayan mereka.

Jurujual bernama Nancy itu hanya menurut perintah dengan senyuman yang tak lekang diwajahnya. Kasut putih itu
memang matching dengan dress itu. Farisha mengenakan kasut tu dengan penuh hati-hati. Cermin besar setinggi
badannya diletakkan di hadapan kakinya.Dengan gaya model, dia cuba mencari kesesuaian. Sekejap ke kiri,
sekejap ke kanan. Melangkah ke depan selangkah, berundur selangkah. Ya..memang menawan…Rambut
panjangnya akan disanggul ke atas agar leher nampak seksi. Tentu orang takkan cam dia. Siapa sangka gadis
gempal dulu, kini jadi langsing bak model Nasha Aziz layaknya. Sayangnya Farisha agak kurang tinggi untuk
menjadi model berbanding ketinggian Lisa. Berangan dah ni…! Lisa hanya tersenyum melihat gelagat kawan
baiknya itu.

“Dah la tu, pegi tukar , kang masam pulak baju tu.Malam ni nak pakai.Aku tunggu kat luar.”Lisa
meninggalkan Farisha yang masih tercengang.

“Eh!Lisa…berapa harga baju ni dan semua ni?”Soal nya penuh kebingungan.

“Tak payah…aku dah bayar!”Balas lisa selamba.

“Hah?!....”

**********************

17
BAB 6
dan ia pun bermula..

18
E
“ lisa,ko rasa ada yang aku lupa tak?”Tanya Farisha sambil cuba mengingati semula apa yang telah
dilakukannya. Kereta Lotus Yang dipandu kawannya itusudah hampir sampai ke destinasinya.

“ Ada tinggal ke?kat mana?rumah?jom balik…”Sahut Lisa.

“Eh! Tak pelah,mama dah tunggu kat tangga tu.Kau masuk dulu,biar aku drive.Alah kejap je.Pergilah
dulu.”Ujar Farisha.

“Are you sure? Okey,tapi jangan pegi tempat lain pulak!.”Pesan Lisa.

“Okey,take care”. Keretanya meluncur laju meninggalkan lisa termanggu sendirian. Mama sudah
menunggu di hadapan mata. Sedikit terpaku melihat kereta lisa dan matanya beralih pada penampilan lisa.Dengan
baju dress hitam kain shifon, baju separuh dada itu cantik dikenakan dengan selendang hitam kain organza. Dada
Lisa yang putih itu kelihatan menawan dengan kalung nipis berloketkan mutiara Sabah. Rambut panjang Lisa
dihias menarik semntara selebihnya diurai di kanan dadanya. Ternyata Lisa sudah bijak bergaya dengan solekannya
yang cukup sempurna menyerlahkan keanggunan yang dimilikinya. Anak tangga dilalui satu persatu,debaran
semakin kuat dirasakannya.

“Lisa…wow ! Georgous !..Beautiful…!”Komen mama sambil mencium kedua belah pipinya. “Thanks for
coming..Lisa masuk dulu,mama nak cari Papa kejap.Mana pulak pergi papa ni.” Sambungnya sambil membawanya
masuk ke dewan ballroom.

Lisa melangkah tenang di hadapan pintu Ballroom. Wah…! nampaknya majlis mama ni bukan calang-
calang.Eksklusif jugak.. Lisa dihidangkan dengan air anggur sambil matanya melilau mencari kenalan yang
dikenalinya. Hmm..Kenapa payah nak cari kawan-kawan yang aku kenal ni?.Kata ajak kawan-kawan,macam budak
baru je semua orang kat sini. Sesekali Lisa menarik selendangnya naik pada kedudukan asalnya. Mana pergi Sha
ni?.

“Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati, maaf kerana lewat sedikit memulakan majlis ini. Saya Razali,
mewakili tuan rumah kita dan juga sebagai hos anda memohon kemaafan bagi pihak penganjur. Dengan tidak
membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan Puan Annessa
bersama suaminya Encik Annuar untuk naik ke atas pentas dan memotong kek.”Suara Host u cukup membuatkan
aku benci. Jantan yang pernah didendaminya. Dendamnya pada jantan itu tidak pernah pudar hingga kini. Lelaki ini
tidak bersalah padanya, tapi berdosa pada Farisha.Terlalu banyak dosanya. Lisa cuba control emosi marahnya.
Mana pulak pergi pompuan ni?, tak sampai-sampai lagi ni ha. Risau jugak ,takut ada apa-apa yang berlaku di
tengah jalan. Nak call tak boleh sebab handset farisha tertinggal di rumah.Mana tau dia belum ambik. So Tunggu
sajalah..

“Maafkan saya,cik, Boleh kita menari?”Seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya dengan menghulurkan
tangannya mempelawa. Lisa pandang sekelilingnya.Semua mata sedang memandangnya.Mengharap agar tangan itu
disambut. Alah, macam mana ni?..takkan nak terima?menari dengan jejaka ni..tapi takkan nak tolak pulak dengan
semua orang tengok macam orang bersalah pulak. Aku taknakkk!!...ah!..belasah je lah…mungkin dia tak cam aku..

Gelas kaca bertangkai tinggi itu diletakkan di atas meja. Tangan lelaki itu disambutnya.Lisa Cuma memberikan
senyuman semanis mungkin dengan matanya memerhatikan sekeliling. Takkan Fazli tak cam dia?atau dia sengaja
berbuat begini…Pinggangnya dipeluk kemas bergerak mengikut rentak lagu slow yang berkumandang di seluruh
dewan ini. Terasa kehangatan tangannya hinggakan lisa hanyut sebentar dalam perasaannya. Namun lekas-lekas dia
sedar semula. Tak mungkin…tak mungkin aku kembali…

“Boleh saya tau cik ni siapa?” Fazli yang segak mengenakan kot hitam tuksedo itu Nampak sangat bergaya
dengan fesyen rambut ala Alex Young.Biar betul Along ni,tak cam ke?.

19
“Errrmmm….”Belum sempat lisa membuka mulut,kedengaran namanya dipanggil dan segera
menoleh.”Lisa!!”

Along yang sedang kusyuk memerhatikannya itu menoleh ke arah dari mana datangnya suara itu.Terkejut dan
terkedu melihat pemanggil nama itu. Pandangannya silih berganti dengan gadis yang berdiri dihadapannya.

“Apa?Lisa ke?”Along pandang wajah gadis dihadapannya dan merenung tepat ke matanya.

“Saya pergi dulu..”Lisa segera beredar sebelum along atau nama sebenarnya Fazli itu perasan akan
wajahnya yang sudah kemerah-merahan menahan malu.

“Ish! kenapa lambat sangat?”tanya Lisa sambil menarik tangan Farisha ke suatu sudut.

“Itu Along ,kan?.Macamana kau boleh menari dengan dia?”.Farisha menjeling ke arah jejaka itu. Matanya
menyimpan seribu persoalan.

“ Aku tak boleh tolak. Semua orang tengok aku semacam je tadi. Yang kau ni pun, apsal lambat sangat,
kata nak ambik telefon je. Susah tau nak berlakon sorang-sorang!” Nada Lisa sedikit marah. Cuba untuk mengawal
emosi yang sedang bergolak di dalam jiwanya.

“Aku ada hal tadi. Time dah sampai umah tadi, Adi call ajak keluar.Aku cakaplah malam ni tak boleh tapi
dia berkeras gak nak jumpa aku. So aku pun setujulah. Lepas ni nanti Adi akan ambik aku kat sini. Kau boleh balik
sendiri, kan?” cerita Farisha dengan panjang lebar membuatkan Lisa bercekak pinggang tanda kesal.

“Tak pelah , sha.Aku boleh balik sendiri.kenapa tak ajak Adi ke sini tadi?”Lisa kembali cool down.
Mungkin malas nak bertekak di majlis orang.

“Dah ajak pun, dia yang taknak, segan katanya. Tapi Lisa kau tau lah kan aku tak pernah pakai cenggini
depan diorang, macamana ni?”.Nampak benar tak selesanya pompuan ni dengan baju nih. Lisa hanya tersenyum
sinis.

“Rilekslah,Sha. Kau buat tak tau je.Dah tu siapa suruh ambik time orang gi majlis dinner?Sudahlah tu,
aku…”belum sempat Lisa menyudahkan ayatnya, terasa bahunya ditepuk orang.

“Sorry, mama mengganggu, saja nak borak dengan korang. Bukan senang nak borak dengan adik-adik
mama ni.”

“We miss you,ma.”farisha memegang tangan mama sambil mengucapkan tahniah.

“Korang tinggal dimana sekarang?”Tanya papa mesra.

“Kota Kemuning, Apartmen je.” Jawab Lisa sambil merendah diri.

“Jauhnya!”Mama membeliakkan matanya yang bundar itu. Di dalam fikirannya terbayang jauh perjalanan
yang harus dilalui.

“Taklah jauh sangat. Nak pergi sini cuma 20 minit je.”Balas Farisha sambil menjeling Lisa.

“Ha?!20 minit?tu ngalahkan kereta Turbo tu!” terkejut jugak papa bila dengar statement Farisha. Masing-
masing tergelak memikirkan betapa lajunya kereta tu.

“ Ni nak Tanya nih,sebenarnya korang berdua keja kat mana?kerja apa?.dari hari tu lagi mama dah Tanya.”

“Alamak! orang tua ni dah mula dah nak korek rahsia. Kelihatan kelibat dua orang lelaki menghampiri
mereka sebelum sempat menjawab soalan mama. Lisa dan Farisha terdiam dan berpandangan sesama sendiri. Siapa

20
lelaki tu? Macam pernah nampak, tapi dimana?. Aih! apahal pulak Fazli datang kemari ni?. Apa hubungannya
dengan lelaki sorang tu?

“Hai, Cik Ainur Elisa. Kat sini pun you ada?”Sapa lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk
bersalam. Semua mereka berpandangan wajah masing-masing dengan seribu persoalan difikiran. Apa hubungan
Lisa dengan Joe?!!...

“Lisa kenal Joe? Macamana boleh kenal?”Tanya papa sambil memandang wajah joe yang ada iras Hans
Isaac.

“Masakan saya boleh lupa dengan Ketua Pramugari aka The Most Glamorous Asia Stewardes masa
bertugas dibawahnya dulu?Still got the title?.Cik Lisa ni banyak membantu saya settle my job.I terhutang budi pada
you. Now I’m used to be a successful executive di Subang. Thanks a lot”.Terang Joe sambli melirik matanya pada
gadis di sebelah Lisa.

“Eh, If I’m not mistake, you are Cik Nurish kan?.You pun ada gak?.What a surprise!.I thought kita hanya
akan jumpa waktu pejabat saja.”mamat ni terus menerus membuka apa yang ditutup oleh mereka berdua. Lisa dan
Farisha hanya terdiam, menelan air liur yang ketika ini sangat pahit rasanya. Lisa pandang wajah mama , papa dan
Along silih berganti.

“Wah! menarik betul. Apa kaitan Joe dengan Farisha pulak?”Tanya mama minta kepastian.

“Oh! kat sini your name is Farisha…ok,so sweet!.well Anis, she is my partner. My best business
partner.Aik?takkan tak dengar berita kot?She is just received her third award for the best service client in
KL!.How amazing yeah!I meet both of you here. Both are my idol!.How surprise yeah!”Sangat teruja bunyi nya.
Mereka berdua hanya mampu tersenyum kelat.

“Mama tak sangka pulak both of you boleh pergi sejauh itu. Anyway,I’m very proud of both of
you.Well,you know Joe ni sebenarnya classmate Fazli waktu di Melaka dulu.I just invite him to come tonight.Tak
tau pulak yang dia pernah jadi rakan sekerja Lisa. Patutlah mama tengok Lisa jelita sangat. Farisha pun dah banyak
berubah, tak macam dulu dah. Hai, Along, nilah perempuan yang kau tanya-tanyakan minggu lalu. Mama dah kata
ituLisa, kau tak percaya.”Jelas mama sambil menjeling tajam pada Along yang asyik memerhatikannya
membuatkan Lisa sangat terganggu. Deringan telefon Farisha memecah keheningan. Cepat-cepat disambutnya dan
Lisa sudah dapat menjangka siapa pemanggilnya.

“Excuse me everyone, Sha kena pergi dulu sebab dah janji dengan member. Lisa,Aku pergi dulu. Apa –apa
hal nanti call. Mama,papa, Sha gerak dulu ye,thanks. Joe, harap kita boleh jumpa lagi lain kali, okey?”Farisha
bersalaman dengan Joe sambil merenung Fazli aka Along dengan penuh makna.

“Okeylah Lisa, korang boraklah dulu, mama dan papa nak layan tetamu lain.”Ujar mama sambil
mengenyitkan matanya. Apa maksudnya tu?. Lisa terpinga-pinga ditinggalkan bersama Along dan Joe.Along ni
pulak asyik merenungnya cukup membuatkan Lisa malu. Selendang nipis yang disangkut dibahu asyik terlondeh
saja. Sprotinglah sikit…

“Joe nak join member kat sana,have a nice night!”Lambai Joe.Parah dah ni…!

“Dah lama kita tak jumpa, rasanya hampir 3 tahun. Lisa macamana?sihat?”Along memulakan perbualan.
Rambut Lisa yang terurai di dadanya diselaknya kebelakang.

“Macam yang awak tengok sekarang, biasa je”

“Tak bawak husband ke sini,ke?”

“Suami?..Suami siapa?.

21
“Lisa la..”Along menundukkan badannya sedikit. Namun Lisa hanya tersenyum sinis.

“Awak pulak, mana wife tersayang?takkan nak sorok kat rumah, kot?”.Lisa membuat serang balas.

“Pandailah..! baru je menduda.”

“Siapa tinggal siapa?”

“Saya tinggalkan dia..”

“Tak berubah lagi ke perangai awak ni?”Lisa tergelak kecil sambil meletakkan gelas yang dipegangnya.
“Sudahlah..Lisa nak balik, see u..”Lambai Lisa penuh rasa puas hati.

“Nanti lah dulu..biar along hantarkan.”Pujuknya sambil memandang tepat ke matanya.

“Tak pe lah, nanti habis pulak minyak keta awak. Lagipun Lisa boleh pulang sendiri. Bye..” Lisa pantas
meninggalkan Along yang masih termanggu di situ. Lisa mencari kelibat mama ditengah orang ramai sebelum
berangkat pulang.Tak manis pulak beredar tak maklum tuan rumah. Hmmm…tak semudah itu,Fazli! Aku bukan
Elisa yang dulu!....

*************************

BAB 7
Kenangan itu..

22
Elisa merebahkan badannya di sosa.Beg kecilnya dilempar kemana pun tak tahu.Segalanya seakan kembali
padanya……

“Awak tak salam pun dengan saya hari ni?” Along menjingjing bungkusan terakhir yang dibawa dari
Klang tadi bersama razali yang dibawa dari rumah makcik Lisa . Lisa membongkok sambil menarik bungkusan
yang dipegang Along.

“Alah! Sorylah sayang…saya malu dengan bebudak tu tadi. Meh..saya salam..”Segera Lisa menarik tangan
kekasihnya itu namun sepantas kilatAlong menarik pinggang Lisa dan mendakapnya hampir ke dada. Dua insan
bercinta itu sedang melepaskan rindu yang terpendam sekian lama setelah berpisah semasa cuti Semester 2 bulan
lalu.

“I Miss you,honey..”Saat-saat kesukaran yang ditempuhinya kini berakhir.Along pasti akan


dimilikinya.Orang tuanya di Kampung sudah bersetuju dan cuba menerima hakikat bahawa Lisa dan Along tidak
dapat dipisahkan dan terlalu mencintai.

“Sayang…jangan tinggalkan saya,ye?”Pinta Lisa sambil tangannya menyapu wajah Along dengan penuh
harapan.

“Kalau saya tak sayangkan awak, buat apa saya ambik awak dari Klang?”

Lisa tersenyum puan.Thanks sayang…Dakapannya bertambah erat.

Namun, benarlah kata orang,sedangkan pantai lagikan berubah,inikan pula hati manusia yang imannya Cuma
senipis kulit bawang. Dari sehari ke sehari sikap Along mula berubah. Seperti sedang menunjukkan suatu petanda
bahawa ada benda tak baik akan berlaku. Tapi cepat-cepat dinafikannya dan terus memberi peluang walau
kengkadang ada jugak benda yang dilakukannya tak masuk akal.Hinggalah ke suatu hari…

“Sayang,awak kat mana ni?”Lisa sekadar ingin berbual menghilangkan kebosanannya.

23
“Kat Ofis,Apahal?Saya banyak kerja ni!” Nada tinggi suara Along membuatkan Lisa tersentak.

“Ye ke?Alah, saja nak call..”

“Awak, saya ingat saya nak berehat lah” Nada suara itu terus berubah. Perubahan yang sangat tidak
disangkanya.

“ Berehat?awak nak kemana?Lisa sedikit gusar.

“Saya nak lepaskan semua tanggungjawab saya!’Tegas Along

“Lepaskan semua tanggungjawab awak?termasuk tanggungjawab awak pada saya?”Lisa semakin rungsing

“Ya!semua sekali!” Keputusan yang drastik pernah dibuat Along.

“:Awak dah tak sayang saya lagi ke?”Nadanya agak sayu.

“Sebab saya sayangkan awaklah saya buat semua ni.Awak kena faham saya.Saya dahlah banyak kerja kat
ofis ni,awak pulak janganlah buat tak faham.”

“Ok,tapi sampai bila?”

“Saya pun tak pasti.Tapi saya taknak jumpa awak buat masa ni, ok?”

“Tapi sampai bila?”nada suara Lisa bertambah tinggi, risau akan keputusan yang dibuat oleh kekasihnya
itu.

“Tolonglah sayang! Saya nak berehat!.saya nak awak berdikari tanpa saya.”Jelas Along yang semakin
kebingungan. Seolah-olah melepaskan apa yang terpendam di hatinya.

“Okeylah..tapi jangan lama-lama sangat ye sayang?” Suara Lisa tersekat-sekat menahan sebak. Tak sangka
sejauh itu perubahan Fazli setelah balik bercuti baru-baru ni.

“Ok,bye…”Talian diputuskan tiba-tiba seolah-olah taknak bercakap dengannya.Lisa faham akan kesibukan
Along.Faham dengan sikap borosnya yang suka berbelanja pada akessori keretanya dan cukup faham dengan sikap
sebenar kekasihnya itu. Walaupun hubungan mereka baru mencecah 6 bulan, tapi Lisa sudah masak dengan
karenah Fazli. Lisa cuba menahan sebaknya menabahkan hatinya walaupun perkara ini bukanlah perkara yang
mudah untuk diterimanya.Tapi apa boleh buat,demi orang yang disayanginya,apa saja sanggup kulakukan.

***********************

24
H
“ ello Sayang…awak kat mana ni?”Suara itu sudah lama tidak mendail nombor kekasihnya.Rasanya hampir 2
minggu setelah keputusan itu dihadiahkan kepadanya.Rindu hatinya hanya tuhan saja yang tahu.Mau saja
dikhabarkannya kepada Fazli yang kini dia berada di Sunway,membeli pakaian-pakaian yang disukai oleh
Fazli.Fazli banyak mengatur caranya berpakaian.Walaupun tak senang dengan pilihan fazli yang agak seksi dan
stylo,namun lisa tetap patuh untuk memakainya.Lisa bukan begini orangnya.Lisa seorang yang simple dan taknak
menyusahkan diri dengan make-up and all those things.

“Hmm..kat opis.Nak gi Hulu Kelang, apahal ni?”Kata Fazli seperti acuh tak acuh,seperti malas nak
melayannya,lagaknya seperti orang yang mahu mengelak.

“Tak de apa lah..ok,bye..” Risau akan diherdik.

“Hmm..jaga diri baik-baik,awak kat mana ni?”Masih juga nak tau tentang dirinya.Lisa tersenyum dan
bersemangat semula.

“Kat Subang…”

“Awak tak boleh duduk kat rumah je ke?.Asyik berjalan je!” Suara fazli agak nyaring membuatkan Lisa
tersentak dan terkedu seketika.

“errr…errr..saya beli barang dapur…”Jawab Lisa ketakuatn.

“Oklah,saya sibuk ni..bye”Klik!talian sudah terputus tanpa sempat membalasnya. Lisa menangis
sedu.Kenapa sampai begitu sekali marah fazli kali ni agak berbeza dari yang sebelumnya. Lisa berjalan longlai dan
lesu, seolah-olah mengingati kembali apa salahnya yang pernah dilakukannya.

Fikiran berserabut memikirkan. Rumah Flat sekecil itu seperti terlalu sempit baginya. Sempit - sesempit otaknya
yang tidak dapat berfikir mengapa jadi begini. Lantas nombor Farisha didail laju.

“Hello..”Suara farisha kedengaran dicorong telinganya.Yang kedengaran hanyalah tangisan lisa yang
semakin tidak berhenti.Lisa tak tahu ayat apa yang [perlu disusun untuk menggambarkan perasaannya ketika
ini.Lisa terus menerus menangis tanpa menghiraukan Farisha yang tertanya-tanya apa yang berlaku. Di tangannya
sebilah pisau memotong buah yang baru dibelinya.Lisa nekad,apa nak jadi pun jadilah!..Peha itu ditikam berkali-
kali tapi kenapa dagingnya tak pecah?pecah seperti hatinya sekarang?Darah-darah pekat merah mula mengalir.Lisa
terlalu kecewa…

Menangis dan terus menangis.Sesekali meraung tapi bukan sebab kesakitan luka tikamannya tadi, tapi sakit hati
dengan apa yang didengarnya tadi.Selama ini Lisa cuba untuk memahami fazli kerana terlalu menyintainya malah
kasih sayangnya melebihi segalanya. Lisa cuba untuk memahami kernahnya,kesibukannya malah masalah-
masalahnya. Sebenarnya Lisa terlalu takut bila Fazli inginkan ‘berehat’.Apa maksudnya dengan rehat itu?Lisa tak
faham mengapa dia harus lalui semua ini. Aku jadi anak derhaka kerna fazli, ditampar keluargaku kerana Fazli dan

25
hamper dibunuh keluargaku kerana lelaki bernama FAZLI!.Aku terpaksa setuju dengan syarat –syarat keluargaku
semuanya kerana fazli.Bila Lisa sampai ke sini,Lisa harapkan agar dapat bersmanya.Tapi lihat sekarang…apa yang
Lisa dapat atas segala pengorbananannya?.Apa balasan yang Lisa terima dari orang yang paling dicintai?.Fazli tak
mahu berjumpa dengannya, tak mahu tahu tentang dirinya..mudah bukan?!.Fazli kata tak faham dia,sedangkan Lisa
sendiri tak faham apa yang fazli nak dia faham?. Bagaimana aku nak terangkan kepadanya yang aku sebenarnya
takut.Takut dengan masa depan kami. Takut menerima kenyataan yang bukan diimpikannya. Aku sudah banyak
kehilangan..dan itu membuatkan Lisa sentiasa ketakutan akan kehilangan sekali lagi..

Namun kini, Lisa kena terima hakikat yang kehilangan itu akan singgah lagi. Membawa pergi segala yang
diimpikannya.Kehilangan yang memaksa dirinya berpaut pada mana-mana dahan yang mampu membuatnya berdiri
semula.Lisa perlu terima kenyataan yang Fazli telah terlalu jauh dari hatinya. Walaupun perpisahan ini tidak
dilafazkan tapi yang nyatanya Fazli terlalu pengecut untuk memutuskannya di hadapan Lisa. Lelaki itu begitu
kejam kerana meninggalkannya tanpa sepatah kata.Berita perpisahan itu pun hanya disampaikan kepadanya oleh
orang yang tidak sepatutnya menyampaikannya.Sedih betul..

Berbekalkan sedikit kekuatan yang ada, Lisa bangun semula dan mengutip kembali bait-bait semangat yang
hilang.Mengumpul kembali sisa-sisa kegembiraan yang ditinggalkan fazli. Kesedihan itu lama-kelamaan bertukar
menjadi dendam. Hingga kini dendamnya itu tidak pernah pudar malah menunggu masa yang sesuai untuk
MEMBALAS DENDAM!!.....

***************************

26
BAB 8
Now what?!

H
“ ai…Good Morning Princess!” Kelihatan farisha sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Berat
sungguh kepala ni. Apsal rajin sangat ni?Lisa yang baru bangun mengeliat malas.

27
“Kau tertidur kat situ sepanjang malam.Malas aku nak kejutkan kau,kesian pulak.”sambung Farisha.

“Pukul berapa kau balik semalam?Tanya lisa yang kemudiannya merebahkan semula tubuhnya di sofa
dengan pakaiannya malam tadi yang masih tersarung.

“”Pukul 2.30,kau nak breakfast apa pagi ni?biar aku masak”.Wah! semakin rajin nampaknya.

“Belasahlah apa yang patut.Semua ada kat dapur tu”.Matanya dipejam semula seperti menyambung semula
tidurnya.

“wei!bangunlah!cuba kau tengok jam tu ha! Dah pukul berapa tu?”

“Alah..hari minggu,kan?bagi can lah…”Perangai lisa yang lambat mandi tu membuatkan Farisha kembali
meneruskan kerjanya.Sekejap mengelap,kejap-kejap menyapu lantai.Rajin pulak dia hari ni.

“Eh Lisa!....”Farisha berlari-lari anak mendapatkan kawannya yang mencari keselesaan tidur.

‘Kita main bowling,nak?Dah lama kita tak main sama-sama,kan?.Jomlah!bangunlah Lisa!”.Tubuh


kawannya digoyang-goyangkan nak bagi dia bangun cepat.

“Aaaaaa……”Lisa tidak mwemperdulikan kata-kata kawan baiknya tu dan kembali menyambung tidur.

“Lisa,jomlah!kali ni aku belanja.Jomlah bangun!Lagipun aku nak buat post mortem pasal malam tadi
ni…”Pujuk Farisha.

“Oklah,hmmm…nak main kat mana?”Sambil mengosok-gosok matanya.

“Alam Sentral!!”….

********************

“ Yesss!!...” Sorakan Farisha membuatkan orang di sekeliling memandang mereka berdua.Farisha berasa
seronok kerana Game kedua ni hampir dimenanginya.Lisa yang duduk di meja turut berasa bangga dengan
sahabatnya itu kerana sudah boleh bermain dengan baik jika dibandingkan waktu mula-mula main dulu.Asyik-
asyik masuk longkang. Rasanya bersih jugak longkang tu oleh bola-bola diorang ni.Gaya je lebih!.

“Nak main lagi tak?”Tanya Farisha dengan muka berlagaknya. Lisa yang sibuk membaca markah di papan
score sedikit kepenatan.

“Wah! Mentang-mentang nak menang, main aje. Aku on je, lagipun lepas ni nak kemana?”

“Any idea?”

“Tunggu bola aku ni strike dulubaru dapat idea”. Farisha hanya tersenyum sambil memerhatikan lontaran
bola bowling Lisa, Rasanya strike kot. Tiba-tiba meja di sebelah dikunjungi orang. Dah ada orang nak main lah tu.
Bujang ke family?. Kalau bujang boleh gak cuci mata sikit. Lisa yang selesai membuat spare terus berpaling pada
Farisha yang sedang minum air coke nya.

“Eh! Farisha!Lisa! dah lama sampai?”Sapa wanita itu.Alamak!macamana boleh jumpa ni?.

“Eh,mama!errr.. lama jugak.Dah nak habis game kedua.Baru sampai ke?”Tanya Farisha agak gugup.Ada
lagi?,kemana saja mereka pergi ada saja muka mama ni. Lisa hanya mampu tersnyum kerana dalam kepalanya pasti
Farisha juga akan memikirnya.

28
“wah! dah pandai main sekarang?”Tanya fazli yang baru sampai.Memandang lisa dengan senyuman yang
penuh makna.

“Biasa je,boring , takde benda nak buat. Well, oklah game dah habis, nak balik ah.” Kata Farisha tegas
sambil mengemas barang milik mereka.

“Alah, nantilah dulu, mama belum pun main lagi ni ha. Korang nak gi mana ni?”

“Tak tau lagi, tapi ingat nak pergi minum.”Balas Farisha yang perasan si Along ni asyik merenung dan
mencuri-curi pandang ke arah Lisa, namun Lisa buat selamba je..

“Tak pelah ma, mama mainlah dulu,Lisa dan Sha ada hal.Ok lah..bye..enjoy!!” Lisa dan Farisha melambai
mesra sambil mengheret beg berisi buah bowling masing-masing. Belum pun sampai ke muka pintu keluar, lengan
Lisa ditarik orang.

“Lisa, Along nak jumpa Lisa boleh tak?” Lisa yang terkejut dengan tindakan berani Fazli memandang
tajam seperti marah lagaknya.

“Ops! Sorry! Saya takut tak sempat tadi. Well, boleh tak?”Wajah Fazli membayangkan seribu harapan.
Lisa menjeling pada Farisha di sebelahnya, memberi isyarat agar menjarakkan dirinya. Dia yang faham dengan
bahasa tubuh Lisa beredar dari mereka.

“Aku tunggu kat Lif, ok?”Kata Farisha sambil berlalu.

“Ada apa hal, long? sampai tak nyempat-nyempat ni?”Lisa memeluk tubuhnya tanda marah dengan
tindakan fazli. Memandangnya dengan rasa marah.

“Saya nak bincang sesuatu..Penting!”

“Apa lagi yang perlu kita bincangkan?Rasanya antara kita dah tak de apa-apa,kan?”

“Hal kita,Lisa”

“Hal apa?. Antara kita tak ada perbincangan apa yang perlu dibuat”

“Please understand…”rayu fazli.

“Saya tak pernah faham orang!. Saya memang tak akan cuba memahami orang!...”Lisa terus menyentap
tangannya sebaik cuba disentuh Fazli dan berlalu meninggalkannya yang penuh mengharap.

*********

“Lisa, Fazli nak apa dari kau tadi?tanya Farisha ingin tahu sebaik saja Lisa menutup pintu kereta. Namun
tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.Kereta Lotus yang dipandu Lisa semakin kuat menderum. Farisha cukup
kenal dengan Lisa, ni tentu kes sakit hati lagi ni.

“Fazli tu gila talak!. Aku tau apa dia nak. Dia kata nak bincang dengan aku. Aku pun tak tahu apa yang
membuatkan fazli jadi begini” Lisa mula membuka mulut setelah gear diturunkan ke gear yang lebih tenang.

“Tu kes menyesal nak rujuk semula la tu. Jantan! jantan…ada saja helahnya..eh !cuti aku dah nak habis,ko
perasan tak yang aku kena balik esok?”

“Apa sha?kau dah nak balik tinggalkan aku kat sini?”Lisa pandang muka Farisha minta simpati.

29
“Kerja aku tu berlambak Cik Elisa oi!. Aku suruh kau jadi assistant aku kau taknak.”bebel Farisha yang
seakan ada skrip dihadapannya.

“Bukan aku taknak, aku belum habis fikir lagi, nantilah…”

“Bila masanya kau nak habis fikir ni?dah Radzie pinang kau besok?.Time tu sure kau dah jadi ibu sepenuh
masa. Masakan dia nak bagi kau kerja jauh-jauh ni. Dia kan sayang sangat kat kau, mesti dia suruh kau kerja kat
sabah nanti. Yelah, lagipun anak kau tu takkan nak suruh orang lain jaga kot?” jauhnya memikir…

“Dia ni,kan, kalau membebel, boleh tahan!. Bawak-bawak le sudah cik Farisha oi!. haii…aku suka dengan
kerja aku ni,dah cita-cita aku kan. Kalau betullah rezeki aku di sabah,apa salahnya?nanti kita jumpa kat sabah
pulak. Bolehlah kau jumpa baby aku!”Serangan balas dari Lisa sambil membuat muka lawaknya.

“ooo..dah pandai menjawab ye?”

“Esok balik malam ye?”Pujuk Lisa.

“Ish! ada pulak.Aku balik petanglah before lunch.Aku ada meeting pukul 3 kat Kuantan,ok.!”

Kena tinggal lagi….

*****************

“ Sunyi pulak rumah ni tanpa Farisha.Walaupun dia suka membebel,tapi bila sehari tak dengar bebelannya,macam
tak best pulak. Rindu rasanya nak balik zaman remaja. Sekarang umur aku dah 27 tahun ,tahun depan dah masuk
28 tahun. Tak sangka masa berlalu begitu cepat. Apa aku nak buat sorang-sorang kat rumah sebesar ini?. Nak
makan pun tak berselera. Kalau ada Farisha best jugak. Bunyi telefon bimbitnya membuatkan Lisa terkejar-kejar
mendapatkannya. Mesti Minah tu...

“Hello…ya mama…”

“Lisa kat mana tu?”

“”Kat rumah”

“Farisha mana?”

“Dah balik.mama kat mana ni?”

“Kat Ofis.errr…lisa…kita keluar lunch,nak?”

“Lunch?” Ajakan mama membuatkan Lisa berfikir sejenak.

“Okey gak.Kat mana?”

“Mama ada meeting petang ni kat Blue Wave.So jumpa kat sana je lah..”

“Sekarang?”

30
“I’ll give you 20 minutes,it’s that is okay?”

“Yup.ok,bye…”Segera dimatikannya telefon.Umpama Mr Bean yang gelabah, Lisa terus mencapai


tualanya dan mandi.Going for lunch!...Nak makan dengan mama private bukannya senang. Wanita sibuk dan
berkerjaya memang agak kekurangan jam bersama kengkawan.Lagipun Lisa akan balik dan kerja seperti biasa
esok,elok jugak jumpa sambil makan dan borak-borak. Mesti ada cerita ni. Kalau tak, takkan sanggup ajak makan
kat hotel.Apa pun..rezeki jangan ditolak!..

**********************

“ Wah! Sekarang port kat hotel pulak,ye?”Tanya Lisa sambil membetulkan kerusinya. Mama
yang berpakaian korporat duduk dihadapannya sambil membetulkan tudung.Cantik kakak angkat aku ni.

“Alah,lisa, bukannya selalu dapat jumpa kau ni. Flight balik bila?”Tanya mama pula.Suasana di café` hotel
tu kelihatan lengang.mungkin sekarang dah masuk waktu hi –tea jadi agak kurang pelanggan yang makan di situ.

“Esok, tunggu on-call. Papa mana?”sambil memandang-mandang ke kiri dan ke kanan.

“Kejap lagi sampai lah…ha! itu pun diorang!..” DIORANG? siapa diorang?.Lisa menoleh ke belakang.
Ada dua orang lelaki sedang menuju ke arah meja mereka.Tergamam seketika.

“Sorry, jamed kat TTDI tadi, dah lama sampai?Tanya papa dan mengambil tempat duduk di sebelah
mama.Lisa menelan air liur. Ni mesti plan mama,ni.Lisa pandang dalam-dalam wajah mama minta
penjelasan.mama tersenyum manja.

“Sesekali makan sama-sama,Lisa.Si Along ni yang beriya-iaya sangat nak makan dengan Lisa.Suruh ajak
sendiri dia segan.”mama menjeling pada papa yang duduk tersengih di sebelahnya. Patutlah pilih meja
double.Rupanya nak ajak mamat ni sekali.Kalau aku tau, tak perginya aku ke sini!.

“Makanlah Lisa,Fazli..nanti sejuk pula steak tu tak sedap pulak.”Pelawa papa sambil mencuit lengan
mama,macam ada sesuatu je yang mereka rancangkan.

“bila Lisa nak terbang balik?”Tanya Fazli.

“tengoklah dulu,esok kot”

“Kali ni fly ke mana pulak?”

“Tak pasti,Sarawak kot.”Jawabnya ringkas.

“Taknak terus kerja kat sini ke?”Pancing Nampak!

“Entahlah,tak tau lagi,tengoklah dulu”

Mama dan papa saling berpandangan.Menoleh jam di tangan,Bonia tu..

“Alah,dah lewat ni, jom hubby,nanti lambat pulak nak masuk balik.”Kata mama sambil memandang papa.

“Okeylah Along, Abang Nuar pergi dulu.err..ok lah Lisa,Papa dan Mama ada meeting ni kejap lagi,Ada
rezeki kita jumpa lagi ye. Bye..”Papa menghulurkan tangannya dan bersalaman.

“Mama dah lewat ni.Ok,Lisa, bye..see u again…jumpa lagi..jangan serik jumpa mama ok..”Mama sempat
berbisik ditelingaku.”Mama call Lisa malam nanti”.Lisa hanya senyum.Sah! ada sesuatu yang dibincangkan oleh
mereka.

31
“Lisa..masih marahkan Along lagi?”Along mengubah kedudukannya dan duduk berhadapan dengan Lisa.

“Bukan marah…”

“Habis tu?”

“Dendam!”

“Along betul-betul minta maaf atas apa yang along dah buat pada Lisa.Along akui Along buat salah
putuskan hubungan kita dulu!...”

“Kita putus eh?Along yang putuskan eh?”

“Lisa…”

“So?...”

“Along dan sambung kembali hubungan kita,Lisa. Along termakan hasutan Razali yang cemburukan
kita.Dia cerita macam-macam pada Along. Along tak tahu yang dia ada niat disebalik perpisahan kita. Ayu juga
dah mengaku yang dia juga bersubahat kerana merosakkan hubungan kita”. Ayu,adik Razali yang tinggal serumah
dengannya masa di Flat dulu. Sungguh kejam kau,ayu!

“Along terburu-buru menerima apa saja yang diorang katakan,ceritakan, khabarkan..Waktu tu fikiran along
berserabut. Serabut pasal kerja yang tak menentu,pasal nak cari duit,pasal keta,pasal keluarga lagi…Along tau Lisa
marahkan along.Tapi berilah peluang untuk Along perbaiki keadaan..”Rayu Along sambil menggenggam
tangannya.

Lisa sudah tidak tahan lagi. Sebak yang ditanggungnya semakin berat. Lisa terus berlari keluar dan Fazli
mengejarnya sambil memanggil namanya.

“Lisa!tunggu dulu!!...Along tak habis cakap lagi..”.Lisa terhenti dan berpaling pada Fazli yang sedang
termengah-mengah. Dipandangnya sekeliling tempat letak kereta yang luas itu,mujur tak de orang.

“Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu ketika Lisa merayu-rayu pada awak bagaikan peminta
sedekah?.Kenapa sekarang ketika Lisa baru membina impian hidup?...Along…Kenapa awak terlalu bodoh dalam
menilai cinta saya pada awak?.Sedikit pun saya tak pernah curang pada awak, tapi kenapa saya yang harus terima
semua ni?.Saya tak pernah merayu pada mana-mana lelaki tapi kenapa awak biarkan saya merayu pada awak
kembali pada saya dan akhirnya buang saya jauh-jauh dari hidup awak?. Awak lari ketika saya memerlukan
awak….saya bermati-matian berperang untuk mendapatkan awak dan ini balasan awak untuk saya?...”.Lisa
menekup mukanya sebentar dan menarik nafas gelisah sambil membelakangkan badannya tidak mahu melihat
wajah lelaki yang memusnahkan harapannya itu. Along yang sedari tadi terduduk di bangku simen. Kelihatan air
mata bergenang di matanya namun ditahannya.Kesal mungkin…

“Please along..leave me alone..why should I think of you?you don’t need me..Not anymore..I try so hard to
hate you as much as I can.So please,go away…!”Nada Lisa seolah-olah mengharap agar lelaki itu faham akan apa
yg meresahkannya.

“Lisa,I’m so sorry.And you know shat?I still loving you and always love you.I just want you to give me
another chance..”Along terus merayu.

“Chance?Chance for what?.Peluang untuk menyakiti hati Lisa lagi?.ah..semua bebudak kita tau betapa
teruknya kekecewaan yang Lisa alami. Awak tak pernah beri peluang pada lisa,so?untuk apa saya beri peluang
pada awak?..”

32
“Lisa,saya nak buktikan yang saya sebenarnya memerlukan awak. Saya ceraikan isteri saya pun sebab
awak..!”

“Sebab saya?hei! hal rumahtangga awak tak ada kena mengena dengan saya. Jangan libatkan saya dalam
hal ini.”

“Lisa..sebab saya rasa berdosa pada awaklah, saya tak boleh hidup tenteram. Saya tidak bertanggungjawab
pada awak. Saya tau,saya tak patut buat begitu. Setiap kali saya pandang isteri saya,saya teringatkan
awak.percayalah!saya mula merindui awak sejak kita tak berjumpa lagi. Sejak awak hilangkan diri,saya selalu cuba
untuk mencari awak dimana-mana.Tapi keegooan saya mengatasi segalanya.Kini, awak muncul semula dengan
suatu…err..perubahan !.Dan saya rasa saya tak patut lepaskan peluang ini sekali lagi. Tolonglah Lisa…bagilah saya
peluang untuk mencintai awak, menyayangi awak sekali lagi…”Bahu Lisa disentuh lembut. Masing-masing
memandang wajah masing-masing dengan seribu makna. Namun tiba-tiba Lisa segera berpaling dan melangkah
laju.

“Maaf Fazli..saya nak balik!..”Air mata wanita itu jatuh jua alhirnya.Meluahkan segala apa yang
terpendam sekian lama.Enjin lotus elise dihidupkan dan pantas memasukkan gear dan menekan minyak semahunya
meninggalkan sang lelaki yang kini sudah tahu akan jawapan dari wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dulu,
Jawapan bagi setiap pencariannya.

Lisa takut hatinya akan cair dengan pujukan Fazli. Bohonglah kalau lisa kata dia tak sayangkan Fazli, tapi tidak
bermakna fazli akan diterima semula dihatinya.Kenapa?Lisa sendiri tidak memahami jiwanya.Kusut!..

Air mata semakin ghairah menitis di pipi gebu Lisa. Sudah lama tak menangis begini. Mana lagi tujuan Lisa kalau
bukan Tasik Shah Alam. Tasik yang memberi 1001 ketenangan dan menyimpan sejuta harapan dalam jiwanya.
Fazli…benarkan aku bahagia bersama kenangan itu…

33
BAB 9
Selesai sudah..

“ M ama…please…jangan ungkit tentang hal ini lagi..Lisa tak mau dikaitkan lagi dengan along. Biarlah
Along dengan kehidupannya dan Lisa dengan kehidupan Lisa.”Lisa seakan sudah muak dengan nama itu yang

34
seringkali kedengaran sejak akhir-akhir ini. Telefon yang sedang berada di cupingnya seakan mahu dihempaskan
ke lantai.

“Lisa, mama ni bukan apa.Mama kesian nengok si Along tu.Macam orang yang dah tak betul.Sejak dia
tinggalkan Lisa dulu,dia dah banyak berubah.Mak dan ayah dia selalu tanyakan lisa.Apa yang berlaku tu semuanya
sebab si setan tu.Kalau bukan dialah yang menghasut si Along,semua ni takkan berlaku.”Jelas mama Anis sedaya
upaya cuba untuk meyakinkan bahawa along tidak bersalah. Kalau betul pun,mengapa Along tidak menyiasat
terlebih dahulu perkata ini?.Mengapa terlalu cepat percayakan suara-suara mereka yang ingin mendapatkan
kepentingan peribadi semata-mata. Lisa menghela nafas dan mula menyapu air matanya.

“Tapi saya bersyukur semua ini terjadi,ma”

“Apa maksud lisa?Lisa dah ada pengganti?”

“Ini bukan soal pengganti atau tidak.Kalau benda ni tak berlaku,Along takkan berfikir seperti ini.Yang dia
tahu berseronok saja.Dosa pahala tolak tepi.Tapi Lisa rasa nak berterima kasih padanya pun ada…”Ujar Lisa
sambil tergelak kecil.

“Berterima kasih?untuk apa?”

“Kalau bukan sebab kitorang clash,tentu lisa tak kenal dengan orang lain dan tak dapat berkawan dengan
kawan-kawan lisa semula. MungkinLisa takkan dapat jadi Pramugari kalau masih bersamanya.Mama tentu faham
perangai Along tu kan?I am very happy now..Happy with my new life..”

“Takkan Lisa tak maafkan along sampai sekarang?Takde peluang ke baginya”Tanya mama memancing
hatinya.

“Maaf?Lisa dah lama maafkan dia.Tentang peluang,usahlah difikirkan,Lisa dah buat keputusan.”.Jawapan
Lisa seolah-olah tidak dapat diubah lagi.B egitu keras hatinya.Lisa menenangkan fikirannya.Telefon bimbitnya
diletakkan di atas meja sambil melangkah perlahan ke anjung rumah.Melihat burung beterbangan membuatkan
dirinya berasa sangat ringan…

*********************

“ C ik Elisa,semuanya sudah diuruskan.Ada apa-apa lagi yang perlu saya bantu?”Tanya peguam muda
itu.Lisa membaca ayat-ayat terakhir dalam kertas putih itu.Dia menghela nafas panjang tanda berpuas hati. Ini
hadiah untuk kau Farisha. Entah kenapa hatinya sejak akhir-akhir ini seakan-akan ingin memberitahunya sesuatu,
tapi apa ye?.

“Terima kasih Encik Sufri, satu lagi.. tolong berikan surat ni untuk encik Fazli Izfan pada hari kepulangan
saya,ok?”Lisa menghulurkan sepucuk surat bersampul biru.Mungkin keputusanku ini akan melegakan semua
pihak. Esok, Lisa perlu berangkat ke Sarawak. Pulang ke kampung halamannya. Rasanya mahu saja Lisa bercuti
lama sikit kerana sudah sekian lama tidak mengunjungi kampung itu. Kerinduannya pada keluarga sudah tidak
tertanggung lagi…Rasa nak nangis ni…!

*****************

35
36
BAB 10
Kepulangan yang dinanti..

Pintu kayu itu diketuk keras. Melihat pada kualiti kayu pintu saja peguam muda itu sudah mengetahui akan status
kehidupan si penerima surat itu.

“Assalamualaikum, Saya nak berjumpa dengan Encik Fazli Izfan.”Kata Peguam yang berbaju biru dengan
tanda polo pada dadanya.Kemas dan berwibawa orangnya.

“Saya maknya,ada apa?” jawab wanita separuh umur itu dengan hairan sambil memerhatikannya dari atas
ke bawah.

“Tak pe mak,saya Fazli,kenapa?”Lelaki yang bertubuh kurus itu bukan setanding dengan peguam muda
dihadapannya yang jauh lebih kacak. Sempat juga dia membuat penilaian ..

“Ada surat untuk encik. Saya balik dulu,assalamualaikum..”Lelaki itu terus pergi meninggalkan flat polis
itu. Baginya dia sudah berjaya menyampaikan amanah dari pelanggannya.

Surat putih itu ditenung dalam.Merenung sampul tanpa alamat dan setem itu. Siapakah gerangan pemiliknya?
Masing-masing cuba meneka-neka siapa yang mengirimkannya di waktu-waktu begini. Bunyi dari corong
televisyen sedikit mengganggu perhatian mereka pada surat yang bertulis tangan itu.

37
“Angah! tolong perlahankan suara tv tu, jangan di off pulak, Along nak tengok berita,kot saham naik
pepagi ni..”terang Along kepada adik perempuannya.

Kertas putih wangi itu dibaca bersama-sama…

************************

Assalamualaikum,
Fazli..
Lisa tak tahu tujuan sebenar lisa menulis surat ini.Tapi Lisa perlu menulisnya sebelum Lisa pulang
ke Kampung.Maaf kerana Lisa tidak dapat menyerahkan sendiri surat ini. Mungkin ketika ini,lisa
sudah berada di tempat yang paling tenang…

Maafkan Lisa mungkin kekasaran Lisa tempoh hari membuatkan fazli tidak senang.Tapi percayalah,
Lisa tidak berdendam lagi pada fazli.Biarlah apa yang berlaku, kita jadikan pengajaran supaya tidak
akan berulang lagi di masa akan datang.

Along, Lisa menerima lamaran dari seseorang yang Lisa sayangi, namun, Lisa kurang pasti sama ada
Lisa akan menerimanya atau tidak.Tapi Lisa percaya kalau ada jodoh, tak kiralah untuk kelahiran
berapa pun,dia milik Lisa juga..

Lisa mohon ampun dan maaf sepanjang kita berkawan.Maaf, Lisa tidak dapat menerima Along
semula untuk kembali bertakhta di hati ini.Mungkin sudah suratan Nya. Doakanlah agar Lisa
menemui kebahagiaan.

Akhir sekali, sampaikan salam Lisa pada Keluarga Along. Hargai mereka sebaiknya.
Along..ingatlah…Lisa sentiasa menghargai kenangan kita walaupun Lisa pergi jauh..Wassalam

Elisa.

Surat dilipat, sejurus selepas itu telinga Fazli menangkap bait-bait berita terkini dari televisyen..

“Pesawat yang membawa 200 orang penumpang itu turut mengobankan dua orang juruterbang dan138
anak kapal. Manakala yang lain cedera parah. Mayat-mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah
siasat”…

Elisaaaaaaaaaaa…..!

~TAMAT~

38
Someone you used to know
It was helpless anyway
There's nothing much we could do or say
Darling don't you think it's a shame?
that it had to end this way

So here's to say goodbye,


our love is lost, and we cant figure why
maybe it really is about time
that we finally made up our minds

So Darling, here's to you


i hope that when you find someone new
that she would always be true to you
to love and understand you

Soon you'll build new memories


then slowly you'd forget about me
then i would slowly be
a distant memory

*Soon i'll just be


that someone you used to know

39
But darling you will thank me
for letting you go
time is not for wasting
i hope you'll find your intended
But i'm sorry
that your intended isn't me

it's not an easy thing


to shake off our history
i know that's what you want from me
but they will always stay with me

i admit i made mistakes


but darling with you it's just the same
if we stay there be more to make
i dont know how much more we can take

Darling, it would be unfair


to stay with something no longer there
its not that i no longer care
and feel like a burden you cannot bear.

Soon i'll just be


Someone you used to know
But darling you will thank me
for letting you go
time is not for wasting
i hope you'll find your intended
But i'm sorry
that your intended isn't me

Song by: Zee Avi

40

Anda mungkin juga menyukai