Anda di halaman 1dari 60

0

Penyelamat
BUAT apa kau berdebar sangat? Ini bukannya kali pertama kau naik kapal terbang, kan? Berkerut-kerut wajah manisnya melayani hati yang ligat bermonolog. Gadis berpashmina ini kemudiannya melangkah tenang, mengikut panduan pramugari yang begitu profesional menjalankan tugas. Ya, memang ini sudah masuk kali ketiga dia menaiki kapal terbang. Tapi kali ini sangat berbeza. Buat julung kali dalam hidupnya, Sara bercuti tanpa ditemani keluarga tercinta. Termasuklah penyimpan rahsia terhormat kesayangannya. Sebut fasal penyimpan rahsia terhormat itu, menggebu pula rindu menerjah hatinya. Iyalah, kali ini sepupu yang paling akrab dengannya itu sedang menjalani latihan praktikal sebelum menamatkan pengajian. Kalau diikutkan, percutiannya adalah untuk menenangkan diri. Jadi elok jugalah jika dia bersendirian seketika. Bak kata orang, adakalanya bersendirian membantu kita lebih mengenali diri sendiri. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, dia segera mendapatkan teksi menuju ke Beckham Motel. Sebuah bilik telah ditempah secara online bagi mengelakkan sebarang masalah tempat penginapan sepanjang tiga hari percutian. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bilik, tiada lain yang ingin Sara lakukan buat masa ini kecuali berehat. Biar esok sahaja dia menjelajah bumi Taipei yang cukup terkenal
1

dengan pelbagai lokasi menarik. Semoga segala rencana percutiannya bakal berjalan dengan lancar. Sebelum terlupa, ada perkara paling utama yang harus dilakukan terlebih dahulu. Apa lagi kalau bukan memberi laporan kepada emak tersayang. Ya, mak janganlah risau. Sara baru sampai kat motel ni. Mak dengan abah jaga diri elok-elok ya. Kirim salam kat Shah. Assalamualaikum, ujarnya lembut sebelum memutuskan talian. Tersenyum-senyum Sara memandang telefon bimbitnya. Baru seketika berjauhan dengan emak dan abah, dia sudah terasa rindu. Tadi sewaktu menyebut nama Shahir, atau lebih mesra disapa Shah pun dia sudah sebak. Itulah gerangan penyimpan rahsia terhormatnya. Belum sampai sehari tidak melihat wajah ahli keluarganya dia rasa janggal. Entah apa-apa ajelah aku ni, emosi lebih, rungut dia kemudiannya. Lantaran dihambat kebosanan, Sara akhirnya menukar agenda. Malam ini juga dia bersiar-siar di sekitar Pasar Malam Nankan. Terhibur hatinya melihat ragam jurujual dan para pengunjung. Adakalanya pelbagai jenis makanan yang dijual membuatkan dia terliur, namun gadis ini hanya mampu menelan air liur sahaja. Sekadar ambil bau cukuplah. Untuk mencuba, tidak sekalikali. Dia sendiri tidak tahu bahan apa yang diletakkan dalam setiap makanan yang kelihatan begitu menyelerakan itu. Sudahnya dia menepuk-nepuk sahaja perut yang sudah berkeroncong.
2

Haish, rangsangan psikologi betullah! bebel Sara tanpa mempedulikan ragam jurujual dan para pengunjung di sekelilingnya. Apa yang paling penting baginya adalah, balik ke bilik untuk mengisi perut dengan mi segera dan beraneka jenis biskut yang dibawa. Rasanya bab makanan tidak menjadi masalah, kerana satu beg sandang Conversenya telah dikhaskan sebagai beg makanan. Dia juga masih belum meneroka sama ada terdapat restoran makanan halal di sekitar Taipei ini. Oleh sebab itulah dia membawa bekalan makanan sebanyak mungkin. Sewaktu Sara melalui jalan yang agak sunyi, setiap tindaktanduknya diperhatikan seseorang. Dia langsung tidak perasan akan kelibat seorang remaja yang menghampirinya bersama sebilah pisau. Sedar-sedar sahaja, telinganya menangkap bunyi seolah-olah objek dihentak ke dinding. Sepantas kilat dia berpaling. Kecil besar matanya meneliti apa yang sedang berlaku. Namun penglihatannya tidak begitu jelas. Keadaan jalan itu pun bukannya terang sangat, kebanyakan lampu jalannya sudah rosak. Namun semakin dia memerhatikan, semakin jelas kejadian itu menerpa ruang matanya. Berderau darah Sara tatkala melihat seorang remaja berusia belasan tahun dibelasah oleh seorang lelaki. Kasihan sungguh. Sudahlah baju remaja itu comot dan compang-camping, terpaksa pula menjadi mangsa buli. Manakala lelaki yang membelasah itu kelihatan sihat walafiat. Tinggi dan sedap dipandang susuk tubuhnya. Tidak terlalu kurus dan tidak terlalu tegap.
3

Sara melangkah menghampiri mereka. Nampak sangat penindasan sedang bermaharajalela di sini. Memang lelaki itu spesies manusia yang tidak bertamadun. Cubalah cari kerja yang lebih berfaedah. Bukannya membazirkan masa dengan melancarkan keganasan terhadap insan yang lemah. Dasar samseng jalanan! Berbakul-bakul Sara mengutuk dalam hati. Berhenti! Awak nak bunuh dia ke? tempik Sara yang sememangnya tidak boleh bersabar lagi. Entah mengapa, Bahasa Melayu juga yang meluncur keluar dari mulutnya. Tersasul. Tapi mana tahu, kalau-kalau ada tindak balas. Tak! Dia yang nak bunuh awak! ujar lelaki itu tanpa memandang Sara. Eh? Cakap Melayu? Terdetik pertanyaan itu dalam hati mereka berdua. Masing-masing berteka-teki lantaran belum melihat wajah masing-masing. Walau bagaimanapun, pisau yang terlepas dari pegangan remaja tadi telah membuktikan kebenaran dakwaan si penyelamat itu. Tangannya masih mencengkam kuat leher baju remaja lelaki tadi. Kenapa kau nak buat kerja yang tak bermoral ni? Kalau aku laporkan pada polis, kau tahu tak yang masa depan kau boleh musnah? Kedengaran begitu tegas suara lelaki itu berbicara dalam bahasa Mandarin.
4

Saya... saya terpaksa buat macam tu. Saya tak ada duit untuk beli makanan. Dah beberapa hari saya tak makan. Saya tak ada tempat tinggal. Keluarga saya dah buang saya. Tertunduk remaja itu membalas percakapan lelaki tadi. Timbul rasa kasihan di hati si penyelamat. Dia menyeluk saku seluar lalu mengeluarkan wang kertas. Tidaklah terlalu banyak tetapi cukup untuk remaja itu membeli makanan. Ambil ni. Pergi beli makanan. Lepas tu baliklah ke pangkuan keluarga kau. Mesti mereka sedang menunggu. Jangan biar aku nampak kau buat kerja ni lagi, tegas si penyelamat. Tercengang Sara dibuatnya. Kalau dia nak bunuh saya, kita kena laporkan pada polis. Bukannya lepaskan macam tu aje, luah Sara tidak puas hati. Dia tak berniat nak bunuh, dia cuma nak takutkan awak. Dia perlukan duit untuk beli makanan. Budak tu hanya sebahagian daripada remaja yang membesar tanpa perhatian keluarga, seorang pengemis jalanan yang tiada nilai di mata masyarakat, terang lelaki itu panjang lebar. Dia kemudiannya berpaling, betul-betul menghadap Sara. Namun suasana yang malap membuatkan Sara tidak dapat melihat raut wajah si penyelamat dengan jelas. Dia hanya mampu mengecam susuk fizikal si penyelamat sepintas lalu. Sebaliknya pula bagi si penyelamat itu. Wajah gadis yang berdiri di hadapannya direnung sesungguh hati.
5

Jadi itulah yang kau orang cakapkan tadi? soal gadis itu memecah kesunyian antara mereka. Nadanya kembali tenang. Ya. Saya tanya kenapa mesti dia buat macam tu? Tahu tak yang perbuatannya boleh musnahkan masa depan dia? Dan lepas tu saya nasihatkan dia, baliklah ke pangkuan keluarga. Pasti mereka sedang menunggu. Jangan biarkan saya nampak lagi dia buat benda yang sama untuk kali kedua. Tergambar simpati pada setiap tutur kata jejaka itu. Sara tidak terkata apa apabila mendengar bicara si penyelamat. Mindanya sedang ligat memproses data yang berkaitan tentang lelaki itu. Kerja apakah dia? Pakar kaunselingkah? Begitu mudah melenturkan hati remaja yang hampir sahaja melakukan rompakan sebentar tadi.

Tertarik
BUMI Taiwan bakal ditinggalkan sedikit masa lagi. Rasanya dia sudah mampu tersenyum lebar saat merebahkan punggung di tempat duduk. Senyuman yang dihadiahkan oleh beberapa orang pramugara dan pramugari cukup menyenangkan hati. Namun secara tiba-tiba ada kesayuan yang mengulir hatinya saat ini. Sepintas lalu terbayang tingkah si penyelamat itu di ruang matanya. Dia akan pulang ke Malaysia tanpa sempat mengucapkan terima kasih. Malah, nama lelaki itu juga langsung tidak diketahuinya. Sesal mula mendatangi hati tatkala mengingatkan betapa dia tergopoh-gapah melarikan diri dari bertembung dengan lelaki itu di Restoran Yunus tempoh hari. Namun saat itu dia keliru, adakah lelaki yang dijumpainya merupakan si penyelamat atau lelaki Taiwan lain yang langsung tidak pandai berbahasa Melayu? Yang terlintas di fikiran Sara pada saat genting sebegitu hanyalah melarikan diri. Dan kini dia yang menyesal. Sepatutnya waktu itu digunakan untuk berterima kasih. Kalaulah dia diberi peluang untuk menemui jejaka itu lagi. Sekali pun cukuplah. Sekurangnya dia tidak dicop ego kerana menolak pelawaan lelaki itu, juga ego kerana tidak mengucapkan terima kasih. Lagi satu, lelaki misteri yang memulangkan gelang tangan kepadanya. Siapakah gerangan yang begitu baik hati itu? Kalau hendak curi pun boleh saja. Hadiahkan kepada teman wanita, dan cakap bahawa gelang itu baru sahaja dibeli
7

sempena ulang tahun percintaan. Sara gigit bibir. Kalau bab berangan, dia memang terlajak. Tapi apa yang hendak dihairankan? Taipei kan luas. Kalau jumpa lelaki itu pun bukannya dia kenal. Cuma yang menghairankan bagaimana lelaki itu boleh mengenalinya? Adakah dia diperhatikan sepanjang berada di pusat membeli-belah berkenaan? Cepat-cepat Sara menggeleng. Siapa yang hendak perhatikan dia? Anggap sahaja semua itu suatu kebetulan. Would you like to have some orange juice, miss? pertanyaan pramugara menerbangkan segala khayalan Sara. Yes, sure, ujarnya sambil tersenyum mesra. Namun jantung Sara dipalu debaran kencang tatkala memandang wajah dan keseluruhan figura pramugara yang bertugas itu. Menggigil tangannya hendak menyambut minuman yang dihulurkan. Awak perempuan, saya lelaki. Serta-merta ayat itu bermain di telinganya. Benarkah pramugara yang sedang memberikan layanan kepadanya ini adalah si penyelamat? Macam mana pula si penyelamat tiba-tiba boleh jadi pramugara? Ah, mungkin mereka hanyalah pelanduk dua serupa. Lagipun pramugara ini kelihatan bersahaja. Langsung tidak terkejut seperti dirinya. Sara yang malas hendak berfikir
8

panjang tayang muka selamba. Namun sempat lagi matanya mengerling pada tag nama si pramugara. Faaeq. Sejurus selepas itu, cepat-cepat dia menghabiskan jus oren. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Dia tidak mahu berfikir tentang Faaeq ataupun si penyelamat. Sama ada mereka orang yang serupa, dia malas hendak mengambil tahu. Segala yang berlaku di Taipei harus dilupakan. Sara hanya ingin membuka mata apabila kapal terbang mendarat dengan selamatnya di bumi Malaysia. Walau hakikatnya dia tidak betah melelapkan mata walau sepicing pun. Sesekali Faaeq menjenguk ke tempat duduk gadis itu. Agar kelakuannya tidak menimbulkan sebarang kesangsian rakan setugas atau penumpang yang lain, dia buat-buat bertanya kepada mak cik yang duduk bersebelahan dengan gadis berpashmina itu. Kalau ikutkan hati, mulutnya begitu teringin hendak bertanyakan nama si dia. Namun etika profesionalisme tugas menghalangi anak muda bernama Faaeq ini dari berbuat demikian. Kau ni kenapa? Asyik usha awek tu aje, tegur Khai, teman baiknya sewaktu mereka sama-sama mengemas ruang kabin setelah semua penumpang menuruni pesawat. Usha awek? Awek mana pulak? Kita kan tengah bertugas. Dah jadi tanggungjawab aku untuk pastikan keselesaan semua penumpang, jawab Faaeq tenang.
9

Kau tak payah nak tipu kaki mengayat macam aku ni. Aku tahulah Iq. Cara kau pandang dia pun dah nampak lain. Kolot sangatlah taktik yang kau guna. Asyik-asyik tanya mak cik yang duduk sebelah dia tu, selesa ke tak? Nak air ke tak? Sejuk ke tak? Nanti kalau mak cik tu rimas, ada pulak dia buat aduan fasal kau. Sempat lagi Khai berseloroh. Faaeq sekadar tergelak mendengar bicara sahabatnya. Memang benar tekaan Khai, sekali gus membuktikan persahabatan yang terjalin antara mereka membuatkan kedua-duanya begitu memahami. Mungkin di mata Khai, dia nampak kekok apabila berpura. Ada baiknya juga dia berterus terang kepada Khai. Kalau tidak nanti, apa lagi telahan rambang yang dicipta oleh teman baiknya itu. Aku pernah jumpa dia kat Taipei. Tak sangka pulak dia naik penerbangan balik yang sama dengan kita, ujar Faaeq kemudiannya. Jadi? soal Khai buat-buat tidak faham. Sengaja hendak menguji isi hati Faaeq terhadap gadis yang dilihatnya tidur pulas sepanjang perjalanan itu. Aku ada tertarik sikit kat dia. Sikit aje, tak banyak pun, jelas Faaeq sambil mencantumkan jari telunjuk dan ibu jarinya. Aku rasa kau dah tertarik kat awek tu, ujar Khai lalu menepuk bahu Faaeq sebelum berlalu.
10

Mana kau tahu? laung meninggalkannya di belakang.

Faaeq

tatkala

Khai

Tanya hati kau! balas Khai tanpa berpaling. Faaeq terpinga sendiri. Sementara itu, di dalam KLIA Sara tersenyum lebar tatkala terpandangkan kelibat Shah. Awal-awal lagi jejaka itu sudah menantinya di balai ketibaan. Adik sepupunya ini memang seorang yang sangat prihatin. Belum pernah Shah membiarkan dia menunggu. Lelaki ini bersikap pelindung dan sentiasa mengutamakan kebajikan emak abah dan dirinya dalam apa jua perkara sekalipun. Mungkin tinggal berjauhan dari keluarga membuatkan Shah begitu akrab dengan mereka. Banyak perkara yang dikongsi bersama.Malah Shah sedia maklum tentang semua kelebihan dan kelemahannya. Tidak keterlaluan jika Sara katakan, Shah lebih rapat dengan keluarganya berbanding dengan keluarga kandung jejaka itu. Wah! Awalnya datang. Tak payah telefon, puji Sara sambil tersengih. Mak kau dah bising-bising. Bimbang sangat anak dara dia seorang ni kena culik. Nak tak nak terpaksalah aku tercongok kat sini. Kalau ikutkan, tunggu kau mesej baru aku datang, seloroh jejaka itu. Eleh, tak payah nak beralasan sangatlah, bidas Sara sambil mencebik.
11

Shah sekadar tersengih. Bagasi sudah berpindah tangan. Inilah kebaikan Shah yang membuatkan Sara begitu menyayangi sepupunya itu. Lelaki yang sentiasa berada di sisinya, tidak berganjak dari sisinya saat dia sedih. Shah sedia mendengar setiap rungutannya. Lelaki ini tidak pernah menunjukkan kebosanan. Mungkin berkongsi tarikh lahir dalam bulan yang sama, membuatkan mereka begitu memahami naluri antara satu sama lain. Kerana itulah mereka begitu serasi. Shah ibarat seorang adik, dan kadangkala abang baginya, lelaki teristimewa selepas abah. Seronok tengok negara orang? tanya Shah ceria. Mestilah. Rugi kau tak ikut. Ada satu restoran makanan halal tu, kerabu dia sedap gila! beritahu Sara sambil menayangkan ibu jarinya. Ah, tak kira. Tahun depan kau kena belanja aku makan angin kat Taipei, ujar Shah tersenyum.

12

Amat Cerewet
NISSAN Latio Sport milik Faaeq akhirnya selamat tiba di pekarangan rumah kayu kampung sederhana besar itu. Izzati yang baru sahaja keluar dari kereta, terus mendapatkan umi dan ayah mereka. Selepas bersalaman, gadis itu terus menerpa ke dalam rumah. Tergeleng Faaeq melihat gelagat adiknya. Rindu sangatlah katakan. Padahal bukannya lama sangat tak balik. Baru sahaja sebulan mereka tidak pulang ke kampung. Itupun kerana kesibukan Izzati menyiapkan tugasan. Kebetulan juga pada masa yang sama dia sedang mengikuti penerbangan ke Istanbul dan negara-negara Eropah. Assalamualaikum umi, ayah, ucap Faaeq lantas tunduk menyalami kedua-dua orang tuanya. Waalaikumussalam, along, jawab Puan Zurainah dan Encik Yusof serentak. Kedua-duanya menghadiahkan senyuman kepada anak sulung yang amat dikasihi ini. Umi dengan ayah sihat? tanya Faaeq prihatin. Alhamdulillah sihat. Tapi iyalah along, dah tua-tua ni biasalah sesekali sakit badan, jawab Encik Yusof seraya memaut bahu Faaeq. Masuklah dulu along. Rehat, kamu pun baru aje sampai. Si angah tu tak lain pergi main dengan Bulat agaknya, omel umi merujuk kepada kucing kesayangan mereka sekeluarga. Hanya seekor itu sahaja yang tinggal sementelah yang lain mati akibat sakit.
13

Petang-petang begini sudah menjadi kemestian buat mereka tiga beradik bersantai di luar rumah. Suasana yang redup dengan puputan bayu membuai-buai mata. Sudah beberapa kali Izzati dan adik bongsunya, Izzah menguap. Along mereka pula sudah punya agenda sendiri. Apa lagi kalau bukan memanjat pokok kelapa? Sudah menjadi rutin Faaeq, setiap kali pulang ke kampung pasti dia akan memanjat pokok kelapa di belakang rumah. Kedengaran kelakar bukan? Tapi itulah Faaeq yang sebenarnya. Sejak usia 10 tahun anak muda ini sudah mahir memanjat pokok kelapa. Dahulu, dia sering membantu abah memetik buah kelapa untuk tujuan kenduri-kendara. Kelapa banyak, tidak perlu ke kedai untuk beli santan. Itulah jawapan ayah setiap kali jiran-jiran bertandang ke rumah mereka untuk meminta kelapa. Ada rezeki haruslah dikongsi bersama. Tidak mewah tidak apa. Asalkan bahagia dan gembira. Begitulah didikan umi dan ayah yang tersemat kukuh dalam hatinya sehingga kini. Lagipun kelapa yang ditanam sendiri banyak kelebihannya. Malah seluruh ahli keluarganya begitu menggemari air kelapa. Isi kelapa muda yang lemak-lemak itu juga sungguh enak dimakan. Wah! Sikit lagi along! Sikit lagi! Sorak Izzah penuh semangat. Angah, kejap lagi dapatlah kita makan isi kelapa yang sedap tu. Bila masuk kat tekak, nyaman aje rasa kan? ujar
14

Izzah lagi membayangkan isi nyiur yang nipis dan menyegarkan itu. Tahu tak apa. Untung kita dapat abang yang sporting macam along ni. Agaknya siapalah yang kahwin dengan along nanti? Mesti bertuah kan? bicara Izzati. Mestilah! Tapi mesti ada satu benda yang bini along kena tahan nanti, tutur Izzah sambil menjongket kening. Apa dia dik? soal Izzati teruja. Alah angah ni. Takkan boleh lupa kot? gerutu Izzah yang sudah mencebir. Betullah angah dah lupa. Cepatlah beritahu dik. Along dah nak turun tu, gesa Izzati. Cepat-cepat Izzah merapatkan bibir ke telinga Izzati. Meletus ketawa dua beradik ini tidak lama selepas itu. Ehem... Kedengaran suara garau berdehem. Ini tak lain tak bukan mesti mengata aku ni, duga Faaeq dalam hati. Cepat-cepat Izzah dan Izzati menoleh. Rupanya along sudah berdiri di belakang mereka. Siap bercekak pinggang lagi. Kata nak minum air kelapa? Mana kole dengan cawannya? tanya Faaeq yang sudah berpeluh-peluh.

15

Memanjat pokok kelapa sememangnya tidak semudah yang disangka. Perkara ini memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Alamak! Adik lupa nak ambil. Kejap ya along, jawab Izzah seraya menepuk dahi. Bawak sudu sekali. Senang nak kokot isi kelapa, pesan Faaeq. Izzah meletakkan sudu di atas pangkin. memerhatikan setiap inci perbuatan adiknya itu. Faaeq

Sudu dah basuh belum? Tak ada alas ke? Kan kotor ni? tegur Faaeq tegas. Izzati yang mula menyedari sesuatu bergegas masuk ke rumah. Tahu sangat yang abang sulung mereka ini begitu peka tentang kebersihan. Pantang bagi Faaeq jika sudu mahupun cawan yang diambil tidak dibilas dengan air suam. Atau setidaknya air paip terlebih dahulu. Malah duduk di pangkin pun perlu beralas tikar. Jika tidak surat khabar pun kira bolehlah. Kalau ikutkan mulut, hendak sahaja Izzati mencadangkan agar mereka duduk di dalam rumah yang memang sudah terjamin kebersihannya. Bukan abang mereka tidak tahu bahawa angin yang berhembus akan menerbangkan pepasir dan debu ke atas pangkin. Mana mungkin mereka mampu mengekalkan kebersihan pangkin setiap masa. Kalau bersihkan guna penyapu lidi setiap kali hendak duduk pun pasir tetap ada juga.
16

Umi dan ayah mana pernah bising jika mereka bersantai. Tapi kalau dengan Faaeq jangan harap. Cerewetnya mengalahkan anak dara. Bukan setakat itu sahaja hikayat cerewet abang mereka. Faaeq begitu menjaga kebersihan sampaikan surat khabar dan tikar perlu diletakkan di dalam almari khas. Faaeq tidak mampu untuk bertolak ansur dengan apa jenis kekotoran waima habuk sekalipun. Faaeq dan kebersihan memang mustahil untuk dipisahkan. Masih jelas di ingatan Izzati sewaktu mereka bertiga masih kecil. Faaeq akan memastikan dia dan Izzah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan. Jangan harap mereka boleh curi makan tanpa basuh tangan. Okey. Itu yang baiknya tentang kecerewetan along. Sehingga kini mereka takkan berani makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Haish! Terlantun keluhan dari bibir Izzati. Ini baru perihal kebersihan umum. Belum lagi sentuh protokol zon larangan dan protokol pakaian. Kata umi, sejak berusia 12 tahun lagi along sudah pandai menguruskan pakaian sendiri. Bermula dari membasuh pakaian, melipat dan menyeterika baju segalanya along lakukan sendiri tanpa mengharapkan umi. Seakan sudah terbiasa berdikari, along tidak membenarkan sesiapapun menyentuh pakaiannya. Tetapi tidak pernah pula umi bising setiap kali masuk ke bilik abangnya. Tahulah Izzati bahawa along begitu rapi dalam menguruskan almarinya.
17

Jangan tidak tahu yang bilik along merupakan zon larangan baginya dan Izzah. Dilahirkan sebagai satu-satunya anak lelaki membuatkan along benar-benar menjaga privasinya. Dalam seumur hidup belum pernah mereka masuk ke bilik along. Setakat intai dari luar pintu atau lalu-lalang itu biasalah. Zon larangan itu hanya boleh dimasuki oleh ayah dan umi. Tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Mereka tidak dibenarkan untuk mengubah kedudukan barang dan mengemas bilik. Cuma sejak bekerja sebagai pramugara along membenarkan umi membersihkan bilik. Maklumlah anak muda itu jarang punya kelapangan untuk pulang.

18

Kemahuan Sebenar
SHAH memerhatikan sahaja gelagat sepupunya yang sedang sibuk menghadap komputer riba. Mungkin gadis itu terlalu asyik melayan Facebook. Tersenyum sahaja dari tadi. Tidak lain tidak bukan mesti tengah bersembang secara maya dengan Susanna. Tak habis dekat pejabat, sambung pula di Facebook. Biasanya jika tertekan, beginilah cara Sara untuk meredakan tekanan sebentar sebelum menyambung semula suntingannya. Weh, esok aku dah nak mula kerja. Kau tak nak bagi katakata semangat langsung ke kat sepupu kesayangan kau ni? Akhirnya Shah bersuara juga. Dia sudah resah gelisah, sebaliknya Sara kelihatan begitu senang hati melayan Facebook. Ya! Maaf... maaf, aku ada perbincangan sikit dengan Susanna. Maklumlah, lagi dua bulan aje dia nak kahwin, tutur Sara lalu mengalihkan perhatiannya kepada Shah. Aku macam tak yakinlah untuk esok, getus Shah. Sara menjegilkan mata. Nampak gayanya dia perlu menjalankan sesi basuh minda. Setelah banyak dugaan yang diharungi oleh adik sepupunya ini, baru sekarang Shah berasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri? Ini yang buat Sara rasa geram. Kenapa tidak dari dulu? Saat segalanya masih awal untuk berpatah balik. Apa sebab kau rasa tak yakin Shah? Cuba kau ingat, apa yang kau dah lakukan untuk sampai ke tahap ni? Kau kan
19

seorang yang degil, takkan mudah sangat untuk kau mengalah? tutur Sara tegas. Shah termangu. Ya, memang bukan sedikit rintangan yang dia lalui setelah memilih jalan ini. Bergelar chef adalah impiannya, namun bukanlah impian keluarganya. Lahir dalam keluarga yang menjadikan peguam sebagai kerjaya tradisi, menjadikan dia benar-benar berbeza berbanding mereka. Yang paling menyedihkan Shah, keluarganya telah melabelkan dia sebagai anak yang degil dan keras kepala. Tiada sesiapa yang faham tentang minat dan kemahuannya. Lahir sebagai anak tengah, menjadikan Shah lebih cenderung mengikut kepala sendiri. Baik abang dan kakak serta adik-adiknya, mereka semua menjurus dalam bidang perundangan. Bukannya Shah tidak layak, namun minatnya bukan di situ. Cintanya terpaut pada bidang masakan. Atas dasar mengejar cita-cita, Shah berhijrah dari Brunei ke Malaysia untuk menuntut dalam bidang masakan. Mujurlah dia mendapat sokongan Mak Andak, iaitu kakak kepada ayahnya. Mak Andak dan keluarga memberikan kasih sayang yang tiada tara terhadapnya. Pak Andak dan Sara pula sering menyalurkan semangat buat Shah. Sesungguhnya, peguam adalah cita-cita ibu bapanya terhadap dia dan adik-beradik, tetapi bukan citacitanya. Dia mahukan pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, bukan kerana terpaksa.
20

Aku cuma bimbang, aku tak dapat tunjukkan kemampuan sebenar aku. Aku takut aku gugup. Aku takut masakan aku tiba-tiba tak cukup rasa, hiasan aku tak cukup kreatif, tutur Shah satu per satu. Lepas tu pelanggan pulang balik apa yang kau masak, dia orang saman restoran tempat kau kerja. Macam tu? soal Sara geram. Shah terangguk-angguk. Gigit bibir Sara dibuatnya. Aduh! Ke manakah kedegilan dan sikap keras kepala sepupunya menghilang? Siapa yang sedang duduk di hadapannya ini? Siapa? Takkan kerana esok hari pertama bekerja, Shah gementar sehingga tidak lalu makan. Jejaka ini nampak tidak keruan sejak petang tadi. Aku tahu aku tak patut fikir macam tu. Tapi... Dah. Selagi ada tapi dalam kepala kau, selagi itulah kau fikir bukan-bukan. Sekarang kau naik atas, tidur. Jangan fikir lagi. Esok aku hantar kau. Upah hari pertama kerja, ujar Sara seraya mengenyit nakal. Shah tersenyum. Sedikit sebanyak resahnya beransur hilang apabila mendengar nasihat Sara. Jika difikir dengan teliti, istilah tapi dan kalau memang banyak memberi impak negatif. Manusia akan terus berfikir tentang perkara yang mungkin berlaku sebaliknya. Tetapi inilah yang dinamakan pro dan kontra kehidupan. Terima kasih Kak Sara, Shah naik dulu, ucap Shah dalam gelaknya.
21

Tolonglah jangan panggil aku kak. Poyo aje kau! gurau Sara. Mereka sama-sama tergelak. Memang dari kecil pun, Shah tidak pernah membahasakan dirinya sebagai kak. Begitu juga Sara. Dia tidak pernah memaksa adik sepupunya menggunakan panggilan itu. Mereka lebih selesa memanggil nama masing-masing. Cuma apabila menginjak dewasa, dua sepupu ini lebih senang beraku engkau. Perlahan-lahan dia menaiki satu per satu anak tangga. Sehinggalah langkahnya terhenti di hadapan sebuah kapal gergasi. Meski sudah dua kali menjejakkan kaki di restoran eksklusif ini, Shah masih belum mampu mengawal gugupnya. Nyata debaran yang dirasakan hari ini lebih kencang berbanding waktu ditemu duga. Anak muda berusia 21 tahun ini sedaya upaya menahan langkah kakinya yang terketar-ketar. Saat melangkah masuk, tidak berkelip matanya memerhatikan setiap inci ruangan kapal gergasi. Mulai hari ini, di sinilah dia akan menambah ilmu. Restoran Armada, bakal mengukur sejauh mana kehebatan dan kecintaannya terhadap bidang masakan. Merupakan sebuah restoran yang dibina dengan reka bentuk sebuah kapal, restoran ini berstrukturkan hampir 99 peratus kayu dan diserikan dengan sinaran malap lampu yang menerbitkan suasana harmoni santai. Peta perairan dan pelayaran turut diabadikan sebagai hiasan yang melambangkan minat pemiliknya.
22

Dia bergegas menukar pakaian seragam terlebih dahulu. Uniknya, chef di restoran ini tidak perlu mengenakan toque blanche, ataupun topi putih yang berasal dari istilah Perancis. Bahkan, tiada sesiapa pun yang menyarungkan seragam rasmi chef yang berwarna putih. Sebaliknya mereka mengenakan sehelai bajut-shirt dan seluar hitam berserta bandana merah hati bagi chef senior, coklat bagi chef junior, biru gelap bagi pembantu dapur, oren bagi pelayan restoran dan ungu bagi penjaga kaunter. Kesemua mereka diwajibkan memakai apron berwarna senada dengan bandana masing-masing. Sebelum melangkah keluar dari bilik persalinan, sempat lagi Shah menghantar pesanan ringkas kepada sepupunya. Doakan aku, kak! Harap hari pertama aku taklah teruk sangat. Tersengih Sara membaca kiriman mesej pada telefon bimbitnya. Segera dia menitipkan balasan buat Shah. Dia tahu, sepupunya itu perlukan semangat. Shah memang pandai dan mahir memasak, namun adakalanya adik kesayangannya itu terlebih gementar. Ya, dik! Kak sentiasa doakan kau. Jangan takut. Pasti boleh. Fokus. Lebar senyuman meniti di bibir Shah. Dengan adanya sokongan Sara, dia takkan gentar untuk memulakan tugas. Cita-cita yang digenggam sekian lama, takkan dilepaskan dengan mudah. Itu ikrarnya kepada diri sendiri.
23

Shah menyediakan manisan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Semoga keikhlasannya dalam menyiapkan pencuci mulut berjaya menambat hati pelanggan untuk terus datang ke restoran ini. Hirisan mangga yang cukup manis, disusun penuh cermat dan kreatif pada permukaan kastard karamel yang dibentukkan bulat terlebih dahulu.

24

Kenangan Silam
SARA gigit bibir. Matanya yang tadi terasa bagai dilekatkan dengan gam gajah mula menegang. Kenapa pula tak boleh tidur? Tadi mengantuk sangat. Esok sudahlah hendak kerja. Dia selalu praktikkan membaca empat Qul sebelum tidur berserta selawat dan doa. Namun matanya tetap enggan lelap. Agaknya nak kena cuba petua masa zaman budak-budak dulu kot? Dia mengomel sendiri. Selang beberapa saat kemudian, Sara mula mengira-ngira anak kambing. Mulamula di ladang, lepas itu di tepi jalan dan seterusnya di dalam kandang. Malangnya, semakin dia mengira semakin segar pula biji mata. Argh! Bantal busuknya ditepuk sekuat hati. Ni mesti budak tu punya fasal. Dah aku tak dapat tidur. Hisy! Geram betullah! Kalau tak layan tadi kan bagus! gerutu Sara. Dia terbayangkan Faaeq yang gemar menyakat. Kenapalah lelaki yang sering menunjukkan muka tanpa perasaan itu suka sangat berlagak tenang? Dia naik lenguh jari taip perkataan akak menggunakan huruf besar, tapi Faaeq selamba sahaja membahasakan dirinya Sara. Bertuah sungguh! Kalaulah budak itu ada dekat dengannya, memang dah kena dah. Apa yang susah sangat hendak panggil dia kakak pun tak tahulah. Memang kenyataan pun yang dia tua empat tahun
25

berbanding lelaki itu. Tunjukkanlah rasa hormat. Ini tidak, Faaeq Sara Faaeq Sara. Ingat aku sebaya dia ke? Sesungguhnya inilah kali pertama Sara bertemu lelaki yang berusia lebih muda, tetapi berusaha untuk menjadi matang dalam segala hal. Tapi maaflah. Kalau budak tu tetap budak juga. Dia hanya akan menganggap Faaeq sebagai seorang adik. Lagi jejaka itu tidak suka dia menggunakan gelaran kakak, semakin kerap dia akan menggunakan gelaran itu. Tengoklah nanti! Biar Faaeq bengang dengan dia. Bersama sengihan nakal, Sara memaksa matanya untuk pejam. Matahari sudah terbenam di ufuk barat. Awan malam mula berserakan melitupi langit Barcelona. Faaeq bangkit dari katil. Laungan azan yang kedengaran dari telefon bimbit MyIman nya menandakan telah masuk waktu Solat Maghrib. Inilah kelebihan MyIman yang baru dimiliki sejak beberapa bulan lalu, sebagai panduan buat dirinya ketika berada di luar negara. Berdepan dengan masalah perbezaan waktu solat, membuatkan Faaeq tercari-cari alternatif yang sesuai dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan bantuan MyIman, dia hanya perlu menetapkan aturan waktu solat negara berkenaan bagi mengetahui waktu solat. Peranti ini juga efektif dalam menentukan arah kiblat yang tepat. Bukan itu sahaja, MyIman turut dilengkapi dengan ayat-ayat suci al-Quran berserta terjemahan dalam 28 bahasa yang berbeza. Sewaktu Faaeq sedang bersiap-siap, kedengaran Samsung Wavenya mendendangkan lagu Rocketeer. Tidak lain tidak bukan, tentu teman setugas menelefon untuk mengingatkan
26

Faaeq tentang agenda makan malam mereka. Mengenangkan perut yang sudah berkeroncong, dia segera mengatur langkah. Rasanya tiada makanan lain yang menjadi hidangan kecuali mi segera, roti dan biskut bersama sambal tumis segera yang mereka bawa dari Malaysia. Paling tidak pun mereka akan membeli bahan makanan dari pasar raya berhampiran lalu mencipta resipi baharu. Krew kabin tidak boleh terlalu memilih. Cukuplah asalkan makanan itu halal dan mengenyangkan perut. JIKA waktu di bumi Barcelona menginjak malam, waktu di Malaysia pula menginjak dinihari. Bunyi jam penggera telefon bimbitnya menyedarkan Sara untuk menunaikan Solat Subuh. Dia menggeliat seketika sebelum menuju ke bilik air. Usai Solat Subuh, baru gadis ini perasan bahawa dia terlupa untuk menutup komputer ribanya. Patutlah lampu benda alah itu berkelip-kelip. Alang-alang aplikasi internet masih bersambung, dia membuka akaun Facebook. Hari ini dalam sejarah sebab Sara online lepas Subuh. Biasanya malam baru ada masa hendak mengambil tahu perihal perkembangan semasa. Satu demi satu suapan berita dibacanya, sehinggalah kepada status Faaeq. Tak tahukah dia yang aku sedang dilanda TE AMO? Hah, mana mungkin orang macam tu faham? Aku ni sebelah mata pun dia tak pandang ~ Faaeq Rifqi Yusof Amboi! Apa kenalah budak ini? Emosional habis statusnya. Ha...ha...ha! Sara ketawa dalam hati. Tak sangka, nampak tenang tapi rupanya senang terbawa oleh perasaan. Kalau
27

tak pandai bertenang, jangan nak berlagak tenang sangatlah. Gatal sahaja tangannya hendak menyampuk pada status itu. Te amo? Apakah? Boleh beritahu Kak Sara Irdina? Sara Irdina. Selepas itu Sara menutup komputer riba. Dia mahu melelapkan mata untuk tempoh satu jam setengah lagi sebelum bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Kalau emak bagi, bolehlah dia tolong wanita itu menyiapkan sarapan. Itu pun kalau emak tak menjerit tengok dia masuk dapur. Dinihari mula menyinsing. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Bermakna Faaeq mempunyai masa sebanyak satu jam untuk menyiapkan diri. Satu jam adalah waktu ideal untuk seorang pramugara bersiap. Manakala satu jam setengah ataupun dua jam adalah waktu ideal untuk seorang pramugari berdandan. Inilah salah satu antara teori asas yang dipraktikkan oleh mana-mana krew kabin. Bingkas Faaeq menuju ke bilik air untuk menyegarkan badan terlebih dahulu. Setelah mengenakan pakaian seragam dengan kemas, dia merapikan rambut pula. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Faaeq menyarung sepasang kasut yang sudah berkilat dikiwi. Tersengih dia tatkala merenung kasut itu. Terimbau di ingatannya tentang kenangan sepasang kasut dan seorang pramugara senior yang baik hati. Pada masa itu, kumpulan krew kabinnya baru sahaja dinaik taraf untuk berkhidmat dalam penerbangan antarabangsa setelah
28

hampir setahun bertugas dalam penerbangan domestik dan Asean. Mungkin lantaran teruja untuk mengikuti penerbangan antarabangsa buat kali pertama, Faaeq terlupa tentang kasut. Ya, kasut. Kerana sepasang kasutlah dia mengenali seorang pramugara senior yang menghulurkan kiwi kasut kepadanya saat mereka melakukan crew briefing. Masih tersemat pesanan lelaki itu agar dia sentiasa menjaga penampilan. Jangan abaikan kasut. Kena pastikan berkilat selalu. Orang akan pandang kita dari atas ke bawah. Syarikat harap kita nampak meyakinkan sepanjang masa, penumpang pun macam tu. Titik beratkan interpretasi mereka. Bersama nasihatnya tergaris senyuman mesra di bibir pramugara senior itu. Dari situlah persahabatan mereka terjalin. Cuma sekarang mereka sudah jarang berhubungan. Hanya tinggal Facebook sebagai medium perantara. Faaeq tersenyum menunggu kedatangan van yang dikhaskan untuk menjemput semua krew kabin ke pusat lapor diri. Sebaik sahaja menaiki van, bermulalah rutin kerja setiap krew kabin. Sesampainya di pusat lapor diri, mereka dikehendaki membuat pelaporan tugas. Amat penting bagi dia dan rakan setugas yang lain melaporkan diri tepat pada waktu yang telah ditetapkan serta mengemaskini dokumentasi penerbangan. Selepas selesai tugas-tugas penting itu, mereka perlu melaksanakan crew briefing bagi memastikan kelancaran tugas selain memupuk kerjasama kumpulan.
29

Kehendak Hati
SARA masih belum pulang. Dia termangu di hadapan komputer sambil merenung telefon bimbit. Ridhwan yang sedang mengemaskan beg kehairanan memandang Sara. Ada masalahkah gadis itu? Untuk bertanya Ridhwan sedar di mana kedudukannya. Dia bukan sesiapa lagi pada pandangan Sara setelah meninggalkan gadis itu dulu. Selama dia bekerja di sini, belum pernah sekalipun Sara senyum kepadanya. Nampak sangat Sara masih bencikan dia. -Iq baru sampai. Mesej itu ditatap berulang kali. Sara tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaannya kala ini. Bagaimana jika orang tua Faaeq tidak dapat menerima dirinya? Bagaimana jika hubungan mereka perlu diputuskan? Sesungguhnya dia enggan kehilangan Faaeq. Lelaki itu benar-benar menyerikan hidupnya. Faaeq adalah lelaki yang dia nantikan selama ini, sepanjang hampir 28 tahun kehidupannya. -Alhamdulillah. Jaga diri ya :D Akhirnya Sara menitipkan mesej itu. Semoga Faaeq tidak mengetahui akan gejolak hatinya kala ini. Kalau boleh, Sara mahukan yang terbaik untuk Faaeq, untuk hubungan mereka. Dia yakin, andai mereka diciptakan untuk antara satu sama lain, pasti ada jalan penyatuan yang menanti. Di ruang tamu sederhana besar rumah kayu itu, Faaeq tenang menjawab setiap pertanyaan dari umi dan ayahnya.
30

Anak muda ini benar-benar teguh dengan pendiriannya. Along betul-betul yakin dengan apa yang along cakap tadi? Lembut Puan Zurainah bertanya. Renungan penuh kasihnya tertumpah ke wajah Faaeq. Along yakin umi. Kalau along tak pasti, along takkan balik untuk beritahu umi dan ayah. Along dah habis fikir tentang perkara ni, ungkap Faaeq tenang. Tiada sedikitpun keraguan dari setiap bicaranya. Memang dia bersungguh dengan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Mengikut perancangan Faaeq, pada cuti akan datang dia ingin memperkenalkan wanita pilihannya kepada umi dan ayah. Kalau begitu kehendak along, ayah dengan umi ikut aje. Kami restui pilihan along, tutur Encik Yusof kemudiannya. Sebagai ayah, dia tiada sebarang masalah dengan permintaan anak sulungnya ini. Faaeq juga sudah menjelaskan secara terperinci mengenai gadis pilihannya. Bersungguh anak sulung mereka meyakinkan dia dan Puan Zurainah bahawa gadis bernama Sara Irdina itu adalah pilihan yang paling tepat. Beza usia empat tahun antara Faaeq dengan gadis itu tidak pernah menjadi halangan kepada mereka. Cuma sebagai seorang ayah, Encik Yusof tidak mahu anaknya tersalah pilih pasangan. Kalau boleh biarlah perkahwinan yang dibina oleh anaknya kelak kekal hingga ke akhir hayat.
31

Jangan lupa bawa Sara datang nanti. Umi teringin nak kenal dengan bakal menantu, ujar Puan Zurainah dalam senyuman. Faaeq ikut senyum. Hatinya benar-benar lega saat umi dan ayah menyatakan persetujuan. Debaran di dadanya juga tidak sekencang tadi. Dia begitu bimbang kalau-kalau umi dan ayah menentang hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Bukan beza usia antara dirinya dan Sara yang mereka persoalkan, tetapi kesediaan dirinya. Usia Faaeq yang baru menginjak 24 tahun membuatkan umi dan ayah sedikit gusar. Selain dari kesediaan, Puan Zurainah dan Encik Yusof turut mengambil kira beberapa lagi syarat utama. Semua itu penting untuk menentukan sama ada layakkah anak mereka bergelar suami. Hampir dua jam juga mereka anak-beranak berbincang tadi. Hujah demi hujah Faaeq bentangkan demi memuaskan hati umi ayahnya. Akhirnya umi dan ayah mengalah tatkala dia menyatakan bahawa dirinya sudah cukup syarat. Memiliki pengetahuan agama, mempunyai pekerjaan tetap, ada simpanan kewangan yang stabil, yang mana bererti dia mampu untuk menyara isteri. Jika dilihat pada usia, kebanyakan anak muda seusianya sedang gigih menuntut ilmu di menara gading ataupun baru sahaja hendak melangkah ke alam pekerjaan. Namun Faaeq berada di posisi yang berbeza. Dia sudah bekerja selama tujuh tahun, suatu masa yang cukup panjang untuk memberi ilmu dan pengalaman kepadanya. Sudah tertulis yang rezekinya di Wau Airlines, bukan di tempat lain.
32

Semoga selepas ini tiada lagi kesangsian Sara terhadap hubungan mereka. Dia telah membuktikan kepada gadis itu, bahawa setiap lafaz katanya bukanlah mainan tetapi sebuah janji. Sesungguhnya dia telah bersedia untuk menerima kelebihan dan kekurangan Sara Irdina sebagai isteri. KEDIAMAN dua tingkat itu sunyi sepi. Semua penghuninya telah pun melelapkan mata kecuali Sara yang termangu sendirian di dalam bilik. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Gelisah sungguh gadis ini. Manakan tidak, sejak pulang ke kampung Faaeq langsung tidak menghubunginya. Mungkinkah hubungan mereka mendapat tentangan hebat? Hendak menelefon Faaeq, dia bimbang mengganggu. Teman lelakinya itu sesekali bercuti, tentu inginkan rehat yang cukup. Bibirnya diketap berulang kali. Matanya yang belum mengantuk dipaksa untuk pejam. Kalau ikutkan hati, Sara begitu ingin hendak menelefon Faaeq. Biar tenang sedikit hatinya yang bercelaru. Namun dia bimbang andai Faaeq punya banyak perkara yang perlu difikirkan. Setelah beberapa kali berguling balik, akhirnya Sara terlelap juga. Suasana di meja makan tidak seceria selalu. Sara yang biasanya banyak mulut lebih senang mendiamkan diri. Gadis itu kelihatan seperti tidak begitu berselera menjamah sarapan.Padahal mi goreng merupakan makanan kegemarannya. Shah perasan akan kelainan tingkah laku sepupunya itu. Naik bosan dia melihat Sara yang asyik bermain dengan garpu. Melayang seleranya. Jom kita pergi kerja. Biar aku hantar kau, ajak Shah yang sudah tidak tahan lagi.
33

Eh?

Sekarang?

Awalnya,

gumam

Sara

hairan.

Namun cepat-cepat Shah membuat isyarat mata yang hanya difahami oleh mereka berdua. Lambat-lambat Sara mengekori langkah sepupunya itu. Baik sungguh hati Shah ingin menghantarnya pagi ini. Bukankah biasanya mereka lebih senang pergi kerja secara berasingan. Mak Andak, Pak Andak, kami pergi dulu ya, ujar Shah meminta diri. Puan Sufiah dan Encik Idham sekadar mengangguk. Mereka hairan dengan gelagat Sara yang kelihatan berbeza berbanding hari-hari biasa. Mungkin Shah yang sememangnya rapat dengan anak dara mereka lebih jelas tentang keadaan Sara. Tentu Shah ada cara tersendiri untuk mengendalikan Sara. Mereka tahu sangat, saat Sara kebuntuan hanya Shah tempatnya bercerita. Shah sekadar mendiamkan diri dan memandu seperti biasa. Namun sesekali dia mengerling ke arah Sara yang tidak sudah mengelamun. Naluri Shah kuat mengatakan bahawa sepupunya itu sedang dilanda kerunsingan. Pasti ada perkara yang perlu mereka bincangkan. Kalaupun Sara enggan memulakan cerita pada kali ini, biar dia yang tanya. Setelah memberikan isyarat, keretanya diberhentikan di bahu jalan. Kau ada benda nak beritahu aku? soal Shah bersahaja. Wajah muram sepupunya dipandang sekilas. Sara sekadar menggeleng. Dia tiada hati untuk bercerita. Dia hanya mahu
34

mendapatkan kepastian daripada Faaeq. Tetapi teman lelakinya pula menyepikan diri. Semakin hari dia semakin risau dengan hala tuju perhubungan mereka. Apa yang akan terjadi nanti? Bagaimana jika mereka harus berpisah? Aku tengok kau lain macamlah sejak kebelakangan ni. Kenapa Sara? Kau tahu kan aku tak suka tengok muka kau macam mempelam tak masak. Shah sudah memulakan mukadimahnya.

35

Lamaran Faaeq
SEDANG Sara asyik membaca manuskrip yang baru diterima, dia terdengar bunyi isyarat mesej masuk. Penuh debaran Sara membuka mesej yang dikirim Faaeq. Punyalah takut sampai dia sengaja memejamkan mata. Terlalu gubra sehingga tidak mengambil pusing terhadap Ridhwan yang sibuk memerhatikan setiap tindak tanduknya dari meja jejaka itu. Maaf tak mesej atau telefon, Iq baru ada kredit ni. Jom jumpa kat SC pukul 7.30 malam. Iq ada perkara penting nak beritahu. Harap Sara sedia. Akhiran mesej Faaeq mengundang debaran yang tidak terhingga. Berkali-kali Sara menghela dan menghembus nafas. Dia perlu bertenang. Ya, dia harus bertenang. Tidak kira apapun keputusan Faaeq, dia harus terima dengan hati yang terbuka. -Okey. Jumpa nantiBegitu sahaja Sara membalas. Gugup hatinya mengatasi kerinduan terhadap Faaeq. Dia harus menerima segala yang bakal berlaku dengan redha. Sebagai manusia, kadangkala apa yang kita inginkan tidak selalunya berjaya diperolehi. Begitu juga dalam soal jodoh. Tidak semestinya orang yang bercinta dengan kita adalah insan yang akan menikahi kita. Pegangan itulah yang menjadi prinsip Sara kala ini. Caramel Cream Frappuccino yang bersaiz sederhana
36

hampir habis diminum. Namun Faaeq masih belum menjelaskan duduk perkara sebenar. Dari riak wajah teman lelakinya, Sara tidak tahu hendak cakap sama ada jejaka itu sedih atau pun gembira. Memang salah satu daripada kemahiran Faaeq adalah menunjukkan muka tanpa perasaan. Ya! Faaeq memang suka mendera emosinya begitu. Sara nak makan kek tak? soal Faaeq kemudiannya. Sara menggeleng. Orang tengah kecut perut ada hati ajak makan kek. Tak kuasa aku! Rasa macam nak muntah dah ni, bebel Sara dalam hati. Sedari tadi dia sabar mengikut rentak Faaeq. Ajak jumpa di Starbucks dia datang. Ajak minum ice blended dia minum. Lepas itu ajak makan kek pula, mana boleh tahan. Kalau Faaeq hendak tengok dia muntah bolehlah. Sara memang begitu, tidak lalu makan kalau tengah risau. Kalau makan juga, jawabnya keluarlah segala khazanah yang ada di dalam perut. Okeylah, jom pergi tempat lain pulak. Kita perlukan suasana yang romantik, tutur Faaeq lalu bangun meninggalkan meja mereka. Sara semakin keliru. Apa yang sedang Faaeq cuba lakukan sekarang ini? Hendak beritahu perkara penting ataupun tidak? Dia sudah tidak senang duduk menanti keputusan yang bakal keluar dari mulut teman lelakinya. Sebaik sahaja sampai di Suria KLCC, mereka berdua menyertai para pengunjung lain menghayati pemandangan pancuran air berirama yang sungguh mempersona.
37

Faaeq kelihatan begitu teruja, sebaliknya Sara diam membisu. Melebar senyuman anak muda ini apabila merenung wajah serba gelisah teman wanitanya. Perlakuan Sara menunjukkan gadis itu benar-benar risau tentang masa depan hubungan mereka. Ini yang buat Faaeq rasa hendak peluk Sara sekarang juga. Tapi dia perlu kawal diri. Belum halal lagi. Kalau sudah kahwin bukan setakat peluk. Lebih daripada itu pun boleh. Sabar Faaeq, sabar... bisik hati anak muda ini. Sara, jom kita kahwin. Selamba sahaja intonasi Faaeq. Dia tayang wajah tanpa perasaan. Sara terjeda. Betulkah apa yang dia dengari? Atau Faaeq sebenarnya sedang cakap fasal benda lain? Apa dia? tanya Sara inginkan kepastian. Kahwinlah. Kahwin. Jom! ulang Faaeq. Terlopong Sara melihat gelagat teman lelakinya itu. Ajak kahwin macam ajak dia pergi tengok wayang. Tayang muka stok tak ikhlas. Ini tak boleh jadi! Banyak keraguan yang menerpa hati dan fikiran Sara. Tahukah Faaeq yang cara jejaka itu boleh mengubah keputusannya? Sepanjang mereka meluangkan masa bersama hari ini pun, dia sendiri keliru dengan keputusan Faaeq. Ikhlaskah bicara
38

teman lelakinya? Tanpa menunjukkan ekspresi wajah yang bersesuaian, Faaeq melamarnya pula. Iq ajak Sara kahwin ke Iq ajak Sara pergi kenduri kahwin? Serba salah Sara bertanya. Bagai ada gula-gula yang tersekat di kerongkongnya. Ya ALLAH, Iq tengah ajak Sara kahwinlah. Pergi kenduri kahwin buat apa? Ada pulak kan kenduri kahwin tengah malam macam ni, bengang Faaeq mendengar pertanyaan teman wanitanya. Ingatkan Iq ajak pergi kenduri kahwin tadi. Nampak selamba sangat, perli Sara. Habis tu Sara nak Iq buat macam mana? Nak melutut? Lepas tu pegang tangan Sara, cakap sudikah dikau menjadi peneman diri ini buat seumur hidup. Macam tu? Tu budaya orang putihlah. Bukan budaya kita, balas Faaeq tidak puas hati. Sara memegang-megang tekaknya. Ada jugak aku muntah kat sini kang. Tak payah nak mengayat bagai dengan akulah! Sekurangnya kasilah suasana harmoni sikit kalau pun tak boleh nak romantis sangat, rungut Sara dalam hati. Hisy! Ini yang dia keliru. Sebenarnya Faaeq sedang melamar atau sedang cari gaduh? Sara telan air liur. Sudahlah dia gugup, Faaeq pula buat perangai. Kalau sudah budak, memang budak jugalah!
39

Ish! Sara tak inginlah ayat-ayat geli macam tu. Tapi boleh tak kalau Iq cakap dengan nada yang tersusun sikit? Siapa nak terima kalau pakwe ajak kahwin macam ajak pergi pasar malam? Cuba bayangkan kalau Iq kat tempat Sara, Iq nak setuju ke tak? Dahlah tayang muka terpaksa, sembur Sara yang memang geram dengan sikap Faaeq. Faaeq menukar posisi. Jika tadi dia berdiri bersebelahan dengan Sara, kini dia berdiri betul-betul di hadapan Sara. Jari-jemarinya meraup rambut yang dibiar semula jadi tanpa calitan gel. Sepasang mata beningnya merenung tepat ke wajah teman wanitanya. Terkelu Sara dibuatnya. Sanggup tak Sara terima Iq sebagai suami? ringkas sahaja lamaran Faaeq. Namun kedengaran begitu ikhlas dan menenangkan. Tiada kiasan, tiada bicara puitis. Apa yang dia luahkan, itulah yang dia maksudkan. Faaeq bukanlah seorang lelaki yang pandai bermain kata. Kalau nak tahu jawapannya, jumpalah emak dengan abah Sara dulu. Kita kan ada adat? meleret senyuman Sara. Faaeq tersenyum penuh makna. Rasanya dia sudah tahu jawapan Sara. Buat pertama kali dia mendengar Sara berkias. Teman wanitanya sudah ada kemajuan. Tak naklah. Iq nak culik Sara macam tu aje. Boleh kita kahwin lari. Sengaja Faaeq mengenakan teman wanitanya.
40

Sara tidak terkata apa. Nakal sungguh Faaeq. Jejaka itu pula tergelak-gelak memandang wajah kelatnya. Jangan risaulah. Jom kita pergi jumpa mak abah Sara, tutur Faaeq serius.Sekarang? tanya Sara tidak percaya. Wajahnya sudah pucat lesi membayangkan reaksi emak dan abah terhadap hubungan mereka nanti. Dalam pada risaukan keluarga Faaeq, keluarga sendiri belum diberitahu. Taklah. Subuh esok, usik Faaeq lagi.

41

Gembira Di Hati
BERSERI semacam muka kau. Dari tadi tak berhenti senyum. Orang nak kahwinlah katakan, usik Khai yang sedang memastikan kebersihan kabin. Dalam beberapa minit lagi, penumpang akan masuk ke dalam pesawat untuk mengikuti penerbangan ke Amsterdam. Biasa. Kau tu kena jadi pengapit aku. Jangan lupa pulak, pesan Faaeq. Tersengih-sengih Khai mendengar pesanan sahabat karibnya. Setelah bergelar tunangan orang, Faaeq bakal diijab kabulkan dengan gadis pilihannya hujung minggu nanti. Kawan baik punya fasal, awal-awal lagi Khai sudah minta cuti. Ya, kau jangan risau. Lepas ni kau dah cuti kan? Jom bertugas baik-baik sempena hari terakhir jadi pramugara bujang, seloroh Khai. Tergelak besar Faaeq dan rakan-rakan yang kebetulan terdengar perbualan mereka. Setelah cukup masa, mereka berada di posisi masing-masing untuk mempersilakan ketibaan penumpang. Dalam apa jua keadaaan, penumpang adalah keutamaan bagi setiap krew kabin. Seboleh mungkin mereka berusaha untuk menunaikan permintaan penumpang. Asalkan permintaan tersebut logik dan mampu untuk dilaksanakan. Ruang kabin yang selesa dan paling hadapan merupakan sebahagian daripada kelebihan penerbangan kelas
42

pertama. Bahagian ini adalah bahagian yang paling kurang menerima kesan gegaran berbanding bahagian perniagaan dan ekonomi. Penumpang boleh berehat dengan selesa sepanjang perjalanan di tempat duduk yang luas. Faaeq menghidangkan minuman terlebih dahulu kepada para penumpang. Inilah antara kelebihan lain bagi penumpang penerbangan kelas pertama. Mereka mempunyai pelbagai pilihan minuman untuk membasahkan tekak saat memulakan perjalanan. Sudah menjadi tanggungjawab untuk setiap krew kabin memastikan keselesaan para penumpang. Sedari mula penerbangan lagi, Faaeq berusaha menjawab segala pertanyaan selain memenuhi keperluan penumpang. Dan dalam masa kurang daripada satu jam, pesawat dijadualkan mendarat di bumi Amsterdam. Faaeq benar-benar bersyukur mengenangkan penerbangannya kali ini berjalan dengan lancar. Langkah Faaeq terhenti apabila merasakan tangannya dipaut. Sekilas memandang penumpang berkenaan, dia sudah tahu bahawa wanita itu memerlukan bantuan segera. Sebagai krew kabin, dia perlu bijak mengawal keadaan. Kesabaran dan sikap tenang adalah kunci segalanya. Apatah lagi di saat air ketuban sudah membasahi sebahagian daripada baju mengandung wanita bertudung itu. Sir, I think your wife will enter labor soon. Her water has broken, maklum Faaeq kepada suami penumpang berkenaan.
43

Oh my god! How can that be? Our doctor said that my wife has four weeks to go. We both have to reach Amsterdam safely. We have to. We need to see my mother. Shes staying at the hospital now, awaiting surgery. Its our last hope for her to recover from cancer. Nyata lelaki itu terperanjat dengan pemberitahuan Faaeq. By all means, please, carry on talking like Im not here. The pregnant lady is obviously not in any pain! pekik penumpang wanita itu lantas mencengkam tangan suaminya pula. Pucat lesi wajah suami wanita berkenaan. Dont worry sir. We are about to land at Amsterdam Airport Schiphol in another 30 minutes. We are trained to handle this kind of situation, beritahu Faaeq tenang. Rakan setugas yang lain sudah memaklumkan kepada juruterbang mengenai situasi ini sementara Faaeq bersiap sedia untuk menyambut kelahiran. Biasanya penumpang yang sarat mengandung dibenarkan menaiki kapal terbang setelah diberikan surat kebenaran oleh doktor. Malah surat kebenaran itu juga perlu diserahkan kepada kapten pesawat sebagai pengesahan sepanjang mengikuti penerbangan. Okay mam, theres nothing you have to worry about. We are trained midwives. Just breathe. Exhale with each contraction. Come on, lets do it together, dorong Faaeq bagi menenangkan wanita berkenaan. Saya yakin pada awak, balas wanita itu. Dalam kesakitan sempat juga dia tersenyum.
44

Saya dah nampak kepala bayi. Puan terus teran, dorong Faaeq buat kesekian kalinya. Bertambah simpati Faaeq apabila penumpang itu. Buat pertama kali melihat sendiri kesusahan seorang melahirkan zuriat tersayang. Pada terbayangkan umi. mendengar erangan dalam hidupnya, dia ibu bertarung nyawa saat ini dia hanya

Sabar Iq, kau jangan nak emosi pulak kat sini. Tunggu bayi lahir dengan selamat dulu, bisik hati kecilnya. Berpeluh-peluh Faaeq menangani proses kelahiran ini. Kalau ikutkan, juruterbang telah bersedia untuk mendarat. Mungkin sekejap lagi mereka akan tiba di lapangan terbang dengan selamatnya. Lima belas minit selepas itu, tangisan bayi kedengaran. Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran oleh para penumpang dan krew kabin. Lebih-lebih lagi Faaeq. Tak pernah dia duga setelah tujuh tahun bekerja, penerbangan terakhir sebagai pramugara bujang menjadi detik paling bersejarah. Dia telah menyambut kelahiran seorang bayi lelaki! Terima kasih banyak-banyak dik, ungkap wanita yang berbaring di atas usungan itu. Faaeq meluangkan sedikit masa untuk berpamitan atas permintaan Puan Aliah, wanita yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di dalam pesawat Wau Airlines.
45

Sama-sama Kak Aliah. Tak sangka hari akhir saya bertugas sebagai pramugara bujang, saya sambut anak akak. Tersengih Faaeq membalas. Selamat pengantin baru. Semoga cepat-cepat timang anak. Sebenarnya, akak pun tak sangka dia nak keluar awal sangat. Mungkin dia nak jumpa neneknya, bicara wanita yang mesra disapa Kak Aliah itu. Alhamdulillah, yang penting akak dan anak selamat. Saya tolong setakat yang termampu. Kak, saya pergi dulu ya? Pick-up dah menanti. Insya-ALLAH kalau ada umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum, pamit Faaeq. Waalaikumussalam, balas wanita itu.

Congratulations, sir, ujar Faaeq mesra. Renungan anak muda ini tertumpu kepada bayi yang sedang lena di pangkuan si ayah. Lantas pipi mungil bayi berkenaan dicuit lembut. Thank you, Faaeq. We really appreciate your help, balas lelaki itu dalam senyuman. It is my responsibility to ensure passengers a safe journey, sir. Im so glad to have been able to welcome your son here. It was a truly beautiful moment; one that I will remember for the rest of my life. Oh, Im so sorry, but I really have to go now. Hope to see you again someday. May God bless your family, pamit Faaeq. Mereka kemudiannya bersalaman.Faaeq meninggalkan pasangan suami isteri itu dengan perasaan yang sukar
46

diungkapkan. Hari ini merupakan hari paling hebat dalam diari kerjayanya. Persediaan menghadapi situasi cemas yang telah dia pelajari seawal memasuki Akademi Wau Airlines akhirnya dimanfaatkan juga. Alhamdulillah. Penerbangan yang memerlukan dia menginap di Amsterdam selama dua hari telah berakhir pada hari ini. Faaeq meninggalkan KLIA dengan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Sesungguhnya setelah tamat penerbangan kali ini, secara rasmi dia telah menutup diari tugas sebagai pramugara bujang. Faaeq membersihkan badan dan menunaikan Solat Zuhur terlebih dahulu. Usai solat, dia merebahkan badan ke katil. Telefon bimbit pada tangan direnung lama. Ada rindu yang mengulit hati anak muda ini. Bertambah rindu apabila terpandang wajah si dia yang terpapar di skrin telefon bimbit. Tanpa menunggu lama terus Faaeq menelefon Sara.

47

Fahami Diri
TIDAK dapat Sara nafikan, betapa bahagia hatinya saat melihat Faaeq setiap kali dia terjaga dari lena. Wanita ini cukup pasti, Faaeqlah lelaki yang dia nantikan sepanjang 28 tahun kehidupannya. Faaeq sabar membimbing dirinya. Meski dia tidak begitu pandai melakukan kerja rumah, Faaeq rajin membantu dan menegur apa yang patut. Cuti masih berbaki sebanyak tiga hari lagi. Sebolehbolehnya juga pasangan pengantin baru ini mahu meluangkan masa bersama. Apabila masing-masing sudah memulakan tugas, tentulah dilamun rindu jawabnya. Faaeq pula setiap kali bertugas tentulah besar komitmennya. Bekerja tidak mengira masa. Belum masuk on-call, yang bererti Faaeq tahu dia akan bertugas pada hari yang telah ditetapkan. Tetapi suaminya hanya akan menerima sebarang makluman tentang masa dan destinasi penerbangan kemudian. Pendek kata, sepanjang hari berkenaan Faaeq perlu bersedia dan tidak boleh ke mana-mana. Inilah cabarannya menjadi seorang pramugara dan bersuamikan seorang pramugara. Sedapat mungkin Sara berusaha memahami suaminya. Dia sendiri juga perlukan masa untuk belajar menjadi isteri yang lebih baik dan menyenangkan hati suami. Masuk hari ini, sudah empat hari mereka bersarapan roti bakar. Dia sendiri sudah naik jemu. Tapi Faaeq langsung tidak merungut. Mak cakap kalau nak masak bukannya susah pun. Kena kreatif aje. Aku ada sosej, ada roti ni. Ha! pantas dia memetik jari.
48

Idea sudah datang, bolehlah buat sarapan yang istimewa sikit pagi ini. Buat kejutan untuk Faaeq sementara suaminya belum bangun. Jejaka ini menggeliat. Mulutnya yang menguap lantas ditutup dengan tangan. Sekilas dia mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Sedap betul tidur masa cuti. Bukan senang nak bangun lambat macam ini. Dia tersenyum sendiri saat terhidu bau hidangan yang lazat. Aroma itu seperti sesuatu yang digoreng. Tentu isterinya sedang menyediakan sarapan. Faaeq bergegas menuju ke bilik mandi. Perutnya sudah bergendang kelaparan. Sedapnya bau. Sara masak apa? tegur Faaeq dari ruang depan. Sara urut dada. Alamak! Suaminya bangun lebih cepat daripada yang dia jangkakan. Lambat-lambat dia berpaling. Jangan bagi Faaeq masuk dapur, jangan! Gesa hatinya. Sara masak sarapan istimewa untuk Iq. Kejap lagi siaplah. Iq duduk dulu ya, tutur Sara sambil tersenyum. Dia menghampiri Faaeq yang baru sahaja memasuki ruang dapur. Bahu suaminya dipaut erat, lalu mereka beriringan menuju ke meja makan. Iq nak tolong Sara. Takkan tu pun tak boleh? ujar Faaeq manja. Tak apa Iq. Sikit aje lagi. Dah nak siap pun. Lepas
49

ni kita boleh makan dah. Bersungguh-sungguh Sara meyakinkan suaminya. Dia hanya kembali ke dapur setelah memastikan Faaeq duduk diam-diam di meja makan. Bukan dia tidak mahu Faaeq tolong, tapi ada pemandangan yang kurang indah. Mungkin suaminya akan kegelian nanti. Dan akhirnya dalam keadaan kucar-kacir sendirian di dapur, Sara berjaya juga menyiapkan sarapan. Wow! Nampak sedap ni. Tak sabar Iq nak makan, puji Faaeq dengan sengihan lebar. Tengoklah siapa yang masak. Isteri Iq kan? balas Sara lalu menuang segelas teh O ke dalam cawan. Inilah minuman kesukaan Faaeq selain kopi. Fulamak, memang sedaplah. Walaupun ni kali pertama Iq makan, tapi serius sedap. Selera sungguh Faaeq mengunyah roti berinti sosej yang disalut dengan telur itu. Sebenarnya, kalau Iq nak tahu inilah kali pertama Sara masak macam ni. Nama resipi pun tak tahu nak letak apa, beritahu Sara jujur. Iq rasa Iq ada idea. Apa kata kita letak nama sausage roll? semangat Faaeq mencadangkan. Sara menggaru-garu dagu. Matanya dikecilkan tanda berfikir sejenak. Tergelak Faaeq melihat gelagat nakal isterinya. Boleh! Kena sangatlah dengan tuannya, sahut
50

Sara. Namun dia teringatkan kerja yang masih belum selesai di dapur. Sebelum Faaeq ternampak segala kerja sepah yang dibuatnya, eloklah dia bereskan apa yang patut dahulu. Iq makan ya. Sara nak ambil sos kat dapur kejap, dalih Sara. Faaeq meraih tangan isterinya. Terkanjal Sara dibuatnya. Takkan Faaeq hendak tolong ambilkan sos? Tak boleh! Dia takkan benarkan Faaeq jejak kaki ke dapur. Tempah nahas namanya. Makanlah dulu. Dari tadi Iq tak nampak Sara makan pun, ujar Faaeq. Lantas dia menyuakan sausage roll ke mulut isterinya. Nganga jugalah Sara walaupun dia sudah tidak sabar hendak masuk ke dapur. Kulit telur yang terjatuh di atas lantai dikutip penuh cermat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Faaeq tidak perlu tahu mengenai misi rahsianya ini. Bahagian tepi roti yang sudah kembang terendam dengan air di dalam singki dimasukkan ke dalam plastik. Selepas itu dia mengumpulkan semua pinggan dan mangkuk yang kotor. Macam lipas kudung Sara melaksanakan kerja pencucian. Senyap-senyap Faaeq mengintai isterinya. Dia tersentuh melihat Sara yang sanggup mengenepikan waktu makan demi menjaga kebersihan sebagaimana yang dia tekankan selama ini. Dia tidak pernah memaksa Sara untuk mengikut
51

rentaknya. Namun mementingkan

dia

juga

mahukan

isteri yang kebersihan.

Setiap tindak-tanduk isterinya terus diperhatikan. Sehinggalah Sara mengikat plastik itu dan meletakkannya di dalam tong sampah, Faaeq cepat-cepat duduk semula di meja makan. Sara tersenyum puas, dia bercekak pinggang. Rasanya tiada apa lagi yang tertinggal. Setelah berpuas hati, dia kembali ke meja makan untuk menikmati sarapan bersama suami. Sayang, jom kita basuh kereta. Dah lama Iq tak mandikan si Latio tu. Tanpa menunggu persetujuan isterinya, Faaeq memimpin tangan Sara. Nak basuh kat mana Iq? Takkan kat tempat letak kereta tu kot? lurus Sara menyoal. Iq tahu tempat yang strategik. Dah biasa pergi cuci kat sana, ujar Faaeq bersahaja. Kalau macam tu Iq tunggu kejap ya. Sara nak pakai tudung dulu, beritahu Sara. Tidak lama selepas itu dia muncul dengan menyarung tudung Syria. T-shirt lengan pendeknya turut ditukar kepada t-shirt lengan panjang. Sekejap-sekejap Faaeq memancutkan air paip ke arah keretanya. Sekejap-sekejap dia mencuri simbah Sara. Tergelak nakal Faaeq setiap kali melihat cebikan pada wajah isterinya. Sara tahu, agenda sebenar Faaeq bukan hendak cuci kereta, tapi hendak melencunkan dirinya. Tanpa membuang masa, dia mencuit hidung Faaeq dengan buih yang tebal di tangan.
52

Oh, serang balas ya? Hiyaak! persis kanak-kanak Faaeq menyimbah air paip ke arah isterinya. Iq! Mana aci! Habis basah seluar Sara. Nak naik macam mana nanti? Malulah kalau jiran nampak, rungut Sara. Semakin tinggi cebikan isterinya, semakin galak Faaeq ketawa. Bab tu jangan risau.Tahulah Iq uruskan nanti, bisik Faaeq ke telinga isterinya. Iq nak uruskan macam mana? Sara kena jalan naik atas sendiri. Nanti nak tunggu lif lagi, mesti orang sibuk pandang. Malulah macam... Belum sempat Sara menyudahkan bebelan, sebuah kucupan hinggap di pipinya.

53

Kerja Terlalu Berat


SARA mula runsing hendak menguruskan keadaan rumah yang bersepah. Banyaknya baju kotor yang belum dicuci. Entah apa yang dia lakukan sehingga pinggan mangkuk hampir memenuhi singki. Bukan itu sahaja, bilik tidur mereka juga kelihatan seperti baru dihentam ribut. Katil bersepah sana sini dengan majalah kesayangannya. Bukan itu sahaja, selimut yang tidak berlipat terjuntai hingga ke bawah katil. Aduh! Serabutnya keadaan. Dalam tempoh lima hari Faaeq terbang dari KL-Dublin-Perth, dia sudah kelam-kabut semacam. Semasa di awal perkahwinan dulu, dia masih dapat mengekalkan kebersihan rumah. Faaeq juga ringan tulang membantu. Tapi bila jadual penerbangan suaminya sudah semakin kerap, dia juga semakin sibuk dengan suntingan. Pendek kata, suntuklah masa untuk memberi perhatian kepada rumah. Sara gigit bibir. Dia mengamati pemandangan setiap inci ruangan bilik yang amat menyakitkan mata. Namun hendak mengemas, dia terasa malas sangat. Dulu bilik mak yang kemas, sekarang semua kena buat sendiri. Biasanya waktu bujang dulu, lepas balik kerja dia akan mandi. Lepas mandi dia akan makan, itupun mak yang masak. Kalau duduk sendiri macam ini, dia lebih suka makan mi segera sahaja. Senang untuk orang yang kejar masa sepertinya. Lepas itu dia akan solat dan seterusnya mula menyunting manuskrip.
54

Sara sudah terduduk. Dia hampir menjerit dengan lantang. Mujurlah dia masih teringatkan jiran-jiran. Kalau tidak mahunya bergema satu pangsapuri ini dengan jeritannya. Tak mengapa, dia masih punya masa untuk mengemas. Esok pun boleh, kerana Faaeq hanya balik pada minggu depan. Saat dia nyaris kehilangan punca, telefon bimbitnya berbunyi. Terkocoh Sara menggagau telefon bimbit yang diletakkan di dalam tas tangan. Hampir terjojol biji matanya melihat nama yang terpapar di skrin. Izzah! Apa cerita pula adik iparnya itu? Assalamualaikum dik. Debaran kencang menghuni dada Sara tatkala menjawab panggilan. Waalaikumussalam kak long. Kak long ada kat mana tu? Ceria sahaja suara Izzah. Kak long baru balik kerja. Kat rumah lah ni, kenapa dik? Kita orang dalam perjalanan nak pergi rumah kak long ni. Mungkin dalam setengah jam lagi sampai, beritahu Izzah. Hah! Terjegil biji mata Sara. Hampir pengsan dia mendengar perkhabaran itu. Mengapa mesti keluarga mentuanya datang tanpa memberitahunya terlebih dahulu? Hendak buat kejutan, kah? Mujur sahaja mereka masih belum sampai, kalau sudah ada di depan pintu baru telefon, tak ke haru? Dengan langkah longlai, Sara memaksa dirinya untuk mengemas apa yang patut. Tempat yang perlu diberi perhatian utama sudah tentulah dapur dan bilik air. Tidak
55

dapat tidak, dua lokasi penting itulah yang bakal menjadi kayu pengukur terhadap kebersihan rumah ini. Hampir menangis Sara sewaktu mengemop lantai. Terasa hendak patah pinggangnya. Itulah jadinya apabila orang yang jarang, a.k.a tak pernah mengemas, sekali mengemas mahu sakit satu badan. Gosok sana gosok sini, sampai hendak tercabut kedua-dua belah tangannya. Tidak habis dia memadan mukakan diri sendiri. Lagi ada kerja, lagi lengah. Sudahnya tanggunglah sendiri. Saat dia melepaskan lelah sambil meneguk air sejuk, kedengaran bunyi ketukan pintu. Ah, sudah! Mereka dah sampai! Sara menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskan dengan tenang. Dia perlu berlagak selamba. Walhal seluruh tubuhnya terasa sengal yang amat sangat. Inilah bahana menjalankan operasi mengemas rumah dengan kepantasan maksimum. Sara menapak perlahan-lahan menghampiri pintu depan. Dia menghadiahkan senyuman paling manis kepada adik ipar dan umi ayah. Kemudian tangan Puan Zurainah dan Encik Yusof dikucup penuh hormat. Kamu tak sihat kak long? tanya umi dan ayah serentak sebaik sahaja melihat kepala Sara yang berkoyot kiri kanan. Taklah umi, ayah. Kak long pening sikit aje. Kejap-kejap lagi eloklah. Angah mana? jawab Sara seselamba mungkin. Wajahnya turut dimaniskan agar mereka berasa senang hati. Tak apalah kalau macam tu. Umi ingat kak long demam. Angah tu ke mana lagi kalau tak sibuk dengan tuisyen dia
56

kak

long,

beritahu

Puan

Zurainah.

Boleh tahan ramai jugak ya anak murid angah? seloroh Sara. Tersenyum Puan Zurainah dan Encik Yusof. Pening? Tak makan ubat ke kak long? celah Izzah pula. Tak. Biasalah, sakit orang perempuan yang tiap-tiap bulan tu, bisik Sara kepada Izzah. Malu hendak memperkatakan tentang hal wanita di depan ayah mentuanya. Izzah terangguk-angguk. Sara tersengih melihat telatah adik iparnya itu. Umi ayah dengan adik duduklah dulu. Kak long buat air sekejap, Biar adik tolong. Cepat-cepat Izzah menawarkan bantuan. Lengan Sara dipaut mesra. Buat air bandung ya kak long, pesan Encik Yusof. Puan Zurainah ketawa sahaja melihat gelagat suaminya. Inilah masanya mereka hendak bermanja dengan menantu. Sara memang boleh harap orangnya. Untung Faaeq dapat isteri seperti menantu mereka ini. Entah-entah kak long dah lekat tak? teka Izzah yang sedang menyusun gelas ke dalam dulang. Berkerut dahi Sara. Lekat? Rasanya belum ada rezeki. Semalam dia baru datang bulan. Sebab itulah badan letih semacam. Kepala pun tidak kurang hebatnya berdenyut
57

rancak. Kalau ikutkan rasa tidak tahan, sudah lama dia telan panadol. Tapi Sara sudah terbiasa membiarkan sakit kepalanya berkurangan sendiri. Biasanya selepas bangun tidur, eloklah. Taklah. Kak long kan tengah uzur ni. Pendek sahaja jawapan Sara. Macam mana permohonan UPU? Dah keluar? Sengaja Sara mengalihkan topik. Belum. Bulan depan rasanya. Adik harap dapatlah, ujar Izzah penuh mengharap. Doa banyak-banyak dik. Insya-ALLAH dapat, dorong Sara seraya memaut bahu adik iparnya.

- Umi dengan ayah baru sampai. Adik pun adaSara menitipkan kiriman pesanan ringkas kepada suaminya. Kalau mesej sampai, maknanya Faaeq sudah membuka telefon tetapi jika belum maknanya Faaeq masih dalam penerbangan. Dia merehatkan diri di atas katil buat seketika setelah seharian berhempas pulas. Selepas Isyak nanti, Sara mahu membawa keluarga mentuanya menikmati makan malam di luar. Sungguh dia tidak larat memasak. Kalau larat pun, berapa jenis masakan sangatlah yang dia pandai sediakan. Kalau sedap tak apa juga, ini tidak. Mahu tercekik umi dan ayah
58

nanti.

Orang

tua,

selera

mereka

lain

sikit.

Seboleh mungkin Sara mahu memberi layanan terbaik kepada mereka. Sesungguhnya dia sayangkan keluarga suaminya sebagaimana dia menyayangi keluarga sendiri. Menurut umi, mereka akan berada di rumahnya selama tiga hari. Tidak sempatlah jumpa dengan Faaeq. Tapi tidak mengapa, umi sudah bekalkan siap-siap serunding daging kesukaan suaminya. Tinggal hendak buat lempeng ataupun nasi impit sahaja. Bab masaklah memang dia angkat bendera putih. Kalau hendak diukur tahap kesedapan masakannya dengan umi, beza memang berbeza. Ibarat langit dengan bumi.

59

Anda mungkin juga menyukai