Anda di halaman 1dari 38

Ilynn Nyra

Bab 1
Nur Qaira Shafyna menapak sedikit ke belakang tanpa sedar. Hancur luluh jantungnya mendengar kalimah yang keluar daripada mulut suaminya. Masih layakkah lelaki itu digelar suami ketika ini? Aku ceraikan kau dengan talak tiga, aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau boleh berhambus dari hidup aku! Benci aku tengok muka kau, tahu! tempelak Syed Ashraff Zafryl kuat apabila melihat wanita itu masih terpinga-pinga. Bergema bilik yang berhias cantik khusus untuk pengantin baru. Abang, apa salah Qaira? Kenapa buat Qaira macam ni? Tolong, bang! rayu Qaira tidak henti-henti di sisi Syed Ashraff. Lace di kepala ditanggal dan diletakkan di sisinya. Tidak sampai setengah jam dia menjadi isteri kepada Syed Ashraff Zafryl, dia terpaksa menerima gelaran janda. Gelaran yang tidak pernah dia impikan. Gelaran yang tidak pernah

KU ceraikan kau dengan talak tiga!

Cintai Aku, Boleh?

diidamkan oleh mana-mana wanita pun. Dia cuba menggapai tangan suaminya namun, dengan pantas Syed Ashraff menolaknya. Seakan-akan dia jijik dengan sentuhan Qaira. Kau tak payah berabang-abang dengan aku. Gelilah telinga aku dengar. Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi? Aku dah muak tengok muka kau. Jangan kau nak berangan jadi isteri akulah. Jadi orang gaji aku pun kau tak layak! hina Syed Ashraff. Bahu Qaira ditolak kasar. Dah kira baik hati aku lepaskan kau... ke kau nak aku seksa kau? Nak? Hei, kau kena cerai talak tiga. Jadi lepas ni, aku dengan kau dah takde kaitan. Keluarga kau mahupun abang kesayangan kau tak boleh nak suruh aku kahwin dengan kau balik. Qaira menyeka air mata yang tidak henti-henti menuruni pipi mulusnya. Dia amat berharap agar semua ini hanya mimpi. Apabila dia bangun daripada tidur, semuanya akan baik-baik sahaja. Syed Ashraff menarik tubuh Qaira dengan kasar dan mengheretnya keluar dari pintu biliknya. Dengan kuat dia menolak tubuh gadis itu hingga terdorong ke lantai. Berhambus! Aku tak makan air mata kau tu. Apa kata kau balik... kau tanya abang kesayangan kau tu. Sepatutnya kau marah dia, bukan aku. Kita ni dalam situasi yang sama. Aku tak nak kahwin dengan kau dan kau pun tak nak kahwin dengan aku. Unless, kau memang dah lama tergila-gilakan aku. Aku buat semua ni untuk kebahagiaan kau. Sekarang kau blah dari hidup aku! ucap Syed Ashraff lantang dengan senyum sinis terukir di bibirnya. Puas hati dia dapat menyahkan Qaira dari kehidupannya. Mudah sungguh percaturan hidupnya. Tiada sedikit pun belas kasihan di hatinya.

Ilynn Nyra

Awak nak tahu satu perkara? Awak akan menyesal. Saya jamin hidup awak takkan bahagia. Takkan! Satu saat nanti awak akan rasa macam mana sakit yang saya rasa. Awak tunggu ajelah. Tak lama lagi pun... ucap Qaira dengan muka yang merah menahan marah dan sakit hati. Blahlah! Pekik Syed Ashraff. Qaira bangun. Dia terus keluar meredah sanak saudara ibu mentuanya yang masih belum pulang. Yang dia tahu, dia ingin pergi jauh dari sini. Jauh dan jauh.

Cintai Aku, Boleh?

Bab 2
Qaira menoleh ke belakang. Memandang susuk tubuh yang begitu dikenalinya. Hidup dia hanya bersandarkan lelaki ini. Tiada yang lain. Disebabkan itulah dia hanya menurut kata-kata lelaki ini. Walaupun keputusan itu paling sukar dalam hidupnya. Walaupun dia marah, kesal dengan tindakan lelaki ini tetapi, jauh di sudut hatinya dia terlalu sayangkan lelaki ini. Hanya dia darah dagingnya yang tinggal. Qaira dah ready? soal Shazry. Dia memandang adiknya yang kelihatan sangat cantik namun, riak wajah yang mendung menggusarkan hatinya. Dia takut adiknya akan melarikan diri. Siapa tahu adiknya akan membuat keputusan sebegitu rupa pada hari yang bersejarah ini. Kenapa? Along takut Qaira lari ke? tanya Qaira seakan-akan tahu isi hati satu-satunya abang yang dipunyainya. Pandangannya dihalakan pada meja solek yang bertentangan dengannya. Tidak guna dia menangis meratap hiba nasibnya.

AIRA.

Ilynn Nyra

Jangan risau, along. Kalau perempuan lain, along boleh risau. Dengan Qaira, adik kandung along sendiri, along tak payah risau apa-apa. Kalau perempuan lain, mesti dia akan lari, tak pun dia dah gila. Cuba along kir, baru Ahad lepas Qaira kena cerai, tup-tup hari ni Qaira kena nikah dengan lelaki lain. Jarak masa yang terlalu dekat. Apa yang along nak dari Qaira? Along tak mampu tanggung Qaira? Along tak payah susahsusah. Qaira dah graduate, kan? Along tahu tak, Qaira sekarang ni tak ubah macam boneka bernyawa. Ikut aje apa yang along suruh. Along ada kir perasaan Qaira? Ada? tempelak Qaira. Dia melampiaskan kemarahan yang terbuku dalam hatinya. Kalau Umi Nazirah ada, mungkin Umi Nazirah dapat mengubah keputusan alongnya. Shazry bungkam mendengar kata-kata adiknya. Ya, adik yang selama ini begitu taat orangnya, boleh meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata seperti itu kepadanya. Along jangan terkejut kalau ini perangai Qaira sekarang. Qaira dah penat jadi boneka orang lain. Tapi kali ini, Qaira akan ikut cakap along. Tu.... Qaira menunjukkan pengantin lelaki yang memasuki pekarangan rumahnya dengan sepersalinan berwarna perak. Itu bakal adik ipar along. Sekarang, keinginan along akan tercapai... ucap Qaira panjang lebar menyindir abangnya. Tidak ada mana-mana perempuan pun yang mengimpikan berada di tempatnya. Air matanya sudah kering meratapi nasib sendiri. Mungkin ini suratan takdir. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan sesekali membenarkan air matanya menitis kerana lelaki lagi. Cukup!

Cintai Aku, Boleh?

Para jemputan di ruang tamu menadah tangan mengucap syukur. Akhirnya dua insan bersatu jua dalam ikatan perkahwinan. Masing-masing mempamerkan wajah yang cukup bahagia. Namun, tidak pada kedua-dua mempelai. Qaira menghulur tangan kanannya supaya cincin bertatahkan berlian tersarung di jemarinya. Itu pun mak andam yang memaksa dia menghulurkan tangan. Kalau tidak, jangan haraplah! Saat itu kedengaran Tengku Zareef mengeluh tanda protes. Dalam upacara itu, dia hanya meletakkan cincin di telapak tangan isterinya, tidak disarung sebagaimana lazimnya dalam istiadat seperti itu. Tengku Zareef hanya beriak selamba selepas itu. Dahi isteri yang baru dinikahi tidak dikucup seperti pasangan pengantin yang lain. Reef! Kedengaran suara si ibu yang malu dengan tindakan anaknya itu. Namun, Tengku Zareef tidak mempedulikan orang di sekitarnya walhal mereka yang hadir hanyalah saudara terdekatnya. Mukanya tidak terukir sebarang senyuman. Butang baju Melayunya dibuka kasar. Sekarang... kau dah musnahkan hidup aku, bisik Tengku Zareef di telinga Qaira. Qaira hanya membalas dengan pandangan tajam. Kau kir aku nak jadi isteri kau atau isteri lelaki lain? Kau kir aku ada pilihan? Kalau kau tak nak, kenapa kau tak protes? Tak bantah? Kan ke kau anak jantan... buat cara anak jantan. Aku dah muak jadi perempuan yang diam aje walau apa pun yang orang lain buat pada dia. Tak lama lagi, kau akan kenal siapa Nur Qaira Shafyna.

Ilynn Nyra

Selamat menjadi sebahagian dari keluarga mummy. Mummy bahagia sangat hari ni, sayang. Mari, mummy kenalkan adik-beradik Reef. Tengku Radziah mencapai tangan Qaira dan dia beriringan berjalan dengan menantu barunya. Tidak dihiraukan langsung anak lelakinya yang entah telah menghilang ke sudut mana. Ha... tu anak mummy yang tua, Tengku Zameer dengan isterinya, Tengku Shila. Yang pakai baju kurung merah hati tu anak kedua mummy, Tengku Zaleesa. Di sebelahnya, Tengku Zareen. Suami diorang tengah berborak tu hah, tunjuk Tengku Radziah dengan mesra. Dia cuba membuatkan menantu barunya selesa. Sungguh, dia benar-benar malu dengan perbuatan anak bongsunya tadi. Tetapi, dia terpaksa.... Hai, selamat masuk dalam keluarga kami. Harap perangai Reef tak menyusahkan Qaira la ye. Anyway, panggil Abang Mer aje... ucap Zameer lembut sambil menggendong anak keduanya, Tengku Balqis. Insya-Allah, Abang Mer. Ini anak Abang Mer dengan Kakak Shila yang kedua, kan? Yang sulung mana, Qaira tak nampak pun? soal Qaira sekadar berbahasa. Dia mengusap lembut pipi Tengku Balqis yang dalam dukungan ayahnya. Anak sulung akak tu... mana reti duduk diam, dik. Budak lelaki. Lasak bukan main. Tak menang tangan akak dibuatnya, jelas Tengku Shila dengan ramah. Dia senang dengan tingkah laku isteri adik iparnya itu. Sedikit demi sedikit hati Qaira lega. Ada juga manusia berperangai normal selain daripada Tengku Zareef. Hai, baru sah jadi suami isteri takkan dah kena tinggal kut! Hmmm... biasalah. Bukan taste Reef, kan

Cintai Aku, Boleh?

mummy? sindir Tengku Zareen dengan nada bongkak. Dia menjeling tajam pada adik iparnya. Qaira hanya memendam rasa. Mahu dia balas setiap kata yang keluar daripada mulut kakak iparnya itu. Mujur ramai orang di sekelilingnya. Tengku Radziah memberikan jelingan tajam pada anak ketiganya itu. Zareen, kenapa kau ni? Jangan nak buat hal. Mungkin Reef ada hal ke, kau bukan tahu. Dah, sudah! Lebih baik kau diam. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Jangan sibuk uruskan hal orang lain. Marah Tengku Zaleesa. Perangai adiknya yang seorang ini memang melampau. Tengku Zareen membalas kata-kata kakaknya dengan renungan tajam. Menyibuk aje dia ni. Ada aku kacau dia ke? Berlagak lebih, gerutu hati Tengku Zareen. Qaira jangan terasa, tau. Adik akak memang macam tu. Mulut laser! Qaira tersenyum hambar. Dia mahu acara ini berakhir secepat mungkin.

SHAZ, terima kasih sebab turutkan permintaan mummy. Mummy janji, mummy akan jaga Qaira macam anak mummy sendiri. Sebab Qaira berhak atas semua ni sejak dulu lagi... terang Tengku Radziah sambil menyeka air matanya yang hampir tumpah. Akhirnya dia berjaya menunaikan wasiat suaminya. Maaf, Tengku. Saya buat bukan sebab Tengku... tapi sebab arwah ibu. Segala-galanya demi ibu. Sampai saya korbankan adik saya sendiri. Tapi, Tengku jagalah Qaira baik-

Ilynn Nyra

baik. Walau macam mana pun, Qaira tetap adik saya. Kalau ada apa-apa berlaku pada adik saya, saya akan cari Tengku. Anggaplah kata-kata saya ni amaran untuk Tengku terutama Tengku Zareef. Saya tak nak adik saya menangis lagi. Setiap air matanya merupakan kelukaan untuk saya. Sayalah ibu, sayalah ayah bagi Qaira. Jangan Tengku Zareef menyakiti dia, ucap Shazry tegas dan berlalu dari belakang rumah. Mummy akan jaga Qaira, Shaz... mummy akan jaga.... Ikrar Tengku Radziah sambil melihat Shazry berlalu pergi.

Cintai Aku, Boleh?

Bab 3
ELAMAT datang dalam dunia Tengku Zareef. Aku jamin hidup kau akan berubah selepas ni, ucap Tengku Zareef dengan sinis. Dia memandang Qaira yang berjalan ke arahnya. Ingin sahaja dia menghalau perempuan yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas. Tetapi dia tahu, mummynya akan membantah. Silap-silap segala kemewahannya ditarik dan jawatannya sebagai pemegang saham di syarikat keluarganya akan tergugat. Qaira memandang Tengku Zareef yang duduk bersandar di kerusi baldu berwarna merah darah. Hidup aku memang dah berubah sejak aku kena kahwin dengan kau. Dari mata kasar aku, aku yakin kau bukan lelaki yang baik. Kau ni lelaki yang perasan diri kau bagus. Padahal, takde apa pun. Kosong... balas Qaira dengan geram. Sengaja dia menyalakan api kemarahan lelaki itu. Jangan ingat dia mudah ditindas. Tengku Zareef tercabar dengan kata-kata Qaira itu.

10

Ilynn Nyra

Ikutkan hati, mahu sahaja dia tampar muka perempuan durjana ini. Dia berjalan mengelilingi Qaira sambil tersenyum mengejek. Whatever! Kalau aku ni tak baik, kau seribu kali lebih buruk daripada aku. Dasar perempuan murah! Kau ingat aku tak tahu, kau jadi janda pada hari pertama kau dinikahi. Talak tiga! Mesti ada sesuatu yang kau buat sampai bekas suami kau tak boleh terima. Aku rasa aku boleh teka. Muka Qaira terus berubah. Nafasnya turun naik menahan marah. Siapa tidak marah kalau maruahnya diperkutak-katikkan. Kau jangan risau. Aku, Tengku Zareef takkan ceraikan kau malam ni, apatah lagi talak tiga. Aku bukan lelaki macam tu. Aku akan buat sesuatu yang lebih advance lagi. Tu baru digelar cabaran hidup! balasnya. Suka dia melihat Qaira terkulat-kulat membidasnya. Dengan aku, simple. Aku takkan buat perjanjian. Tu semua nonsense! Tak boleh pakai. Malah, boleh menguntungkan kau. Aku pakai lawyer. Nanti kau berurusan dengan lawyer aku. And one thing, aku takkan teragak-agak nak hancurkan company abang kau. Masa tu, takde sesiapa boleh tolong. Kalau kau nak tengok abang kesayangan kau jatuh muis, cubalah. Kalau kau ingkar, kau akan berurusan dengan undang-undang. Time tu, mampuslah kau... sambungnya lagi. Kau tipu! sanggah Qaira. Tengku Zareef tersenyum. Tak percaya? Aku ada ramai contact. Ha, abang kau tengah berusaha nak dapatkan tender Tan Sri Akhbar, kan? Dekat-dekat dengan Klang Valley? Qaira mengetap bibirnya. Ya, dia tahu tentang itu. Malah, sudah lama alongnya berusaha mendapatkan tender

11

Cintai Aku, Boleh?

itu. Mata Qaira membuntang. Giginya diketap rapat. Dia cuba menahan amarah di dadanya. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada alongnya? Tidak! Dia sanggup lalui apa sahaja asalkan alongnya tidak apa-apa. Alongnya sudah bersusah payah menjaganya sejak kecil. Kau jangan sesekali kacau abang aku. Dia takde kena-mengena dalam hal ni. Tegas Qaira. Tengku Zareef angkat bahu. Kau, boleh berhambus dari bilik aku. Ni bukan bilik kau. Kotor! Macam perangai tuan punya badan jugak. Kata-kata Tengku Zareef langsung tidak menjadi kudis baginya. Dia sudah bersedia melalui kehidupan seperti ini. Dia berlalu keluar dan menghempas pintu kayu bilik Tengku Zareef. Tengku Zareef tersenyum lebar. Hatinya berasa puas.

12

Ilynn Nyra

Bab 4
AIRA, mummy nak tanya. Kenapa Qaira tidur di bilik sebelah? Tapi, Qaira jangan salah faham, bukan mummy tak suka. Kan ke Qaira dah jadi isteri Zareef? tanya Tengku Radziah ketika mereka berdua berada di dapur. Serba salah Qaira hendak memberikan alasan. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Itu keputusan Reef. Lagipun cukuplah mummy aturkan pernikahan mengarut ni. Takkan ini pun Reef kena ikut kata mummy? Mummy, perbuatan Reef ni kira berperikemanusiaan kalau nak dibandingkan dengan apa yang bekas suami dia buat selepas nikah, balas Tengku Zareef dari sudut dapur. Pedas! Terkedu Qaira dibuatnya. Kejadian malam pernikahannya dengan Syed Ashraff diungkit berkali-kali. Reef! Tunggu dulu, mummy nak cakap... panggil Tengku Radziah. Tengku Zareef! laung Tengku Radziah. Hati

13

Cintai Aku, Boleh?

tuanya penat menasihati anak bongsunya. Dia tidak pernah menyalahkan Tengku Zareef seratus peratus. Dia akui ini salahnya dan arwah suaminya mendidik Tengku Zareef. Mereka terlalu memanjakan Tengku Zareef, terutama arwah suaminya. Kini, dia akan memperbetulkan semuanya. Mummy... panggil Qaira lembut. Dia tahu ibu mentuanya cukup terasa dengan perbuatan Tengku Zareef. Qaira, mummy nak minta maaf. Perangai Zareef dah menjadi-jadi. Mummy mintak maaf, nak. Ucap Tengku Radziah bersungguh-sungguh. Qaira mengelus tangan ibu mentuanya penuh kasih. Dia tidak mahu Tengku Radziah rasa bersalah lagi. Kenapalah mummy baik sangat dengan anak dia ni? Tak tahu hormatkan orang tua. Kalau aku, aku dah campak anak aku kat lombong. Hidup guna harta kekayaan mak bapak bolehlah. Usaha sendirilah! Omel Qaira dalam hati.

14

Ilynn Nyra

Bab 5
ONDAS COOKIES AND CAKE. Bangga dia melihat kedainya sudah mula beroperasi. Hampir tiga bulan dia mengubah suai dan menghias kedainya di lot tepi itu. Kebetulan kawasannya strategik. Kini, segala penat lelahnya berbaloi. Amboi, cik kak! Kau nak tenung signboard sampai bila? Sampai esok pagi? Takpelah, kau tenunglah sampai tahun depan. Kedai kau, kan? ucap Farey seperti merajuk. Qaira mengibas perlahan tudung yang dipakainya. Panas pula hari ini. Kedai kau jugaklah, balas Qaira pendek. Adoi, dia dah merajuklah pulak. Aku tak pandai pujuk orang tau! seloroh Qaira. Sahabat merangkap ketua kewangan di bakerinya dikerling. Tak ada la. Aku macam terasa bangga dengan semua ni. Paling tak, ini perkara yang aku buat ikut kata hati aku sendiri. Tak jadi boneka bernyawa orang lain lagi. Perlahan Qaira bersuara.

15

Cintai Aku, Boleh?

Farey tersenyum hambar. Dia tahu liku-liku kehidupan yang terpaksa dilalui oleh sahabatnya ini. Dia sudah masak sangat dengan perangai Qaira. Susah hendak kongsi masalah. Yang Qaira tahu... pendam. Ini realiti, Qaira. Kau kena laluinya. By the way, kita boleh buat promosi hujung bulan ni. Aku dah tengok kewangan kita, tak jadi masalah nak buat promosi. Tambah lagi, dah nak Mothers Day, kan? Mesti ramai orang nak tempah kek. Especially cup cakes yang kau buat. Aku tengok jualan cup cakes kau kat blog memberangsangkan, ujarnya bersungguh-sungguh. Berbaloi juga menjual kek melalui blog. Sekarang sahabatnya itu tidak menang tangan menyiapkan tempahan dari blog. Tak rugi aku amik kau kerja dengan aku. Yelah, student ekonomilah katakan. Tapi, bukan kau boleh kerja tempat yang lebih baik ke? Kenapa nak kerja dengan aku? cungkil Qaira. Masakan graduan ekonomi hendak bekerja di kedai bakeri yang baru mula bertapak. Farey menarik tangan Qaira masuk ke dalam kedai. Terasa panas pula berbual di luar. Kau nak tau kenapa? Kan ke ekonomi merudum sekarang ni. Banyak pekerja kena buang kerja. Nak tak nak, aku kerjalah dengan kau... usik Farey. Qaira membulatkan matanya. Sepantas kilat dia mencubit pinggang sahabatnya. Eh, tak... tak. Bisanya kau cubit, Qaira.... Farey mengusap-usap cubitan berbisa Qaira di lengannya. Minah ni kalau bab mencubit memang juara. Aku, kan suka benda yang berkaitan dengan kek. Lagipun aku nak jugak bangunkan kedai kau ni. Kita mula

16

Ilynn Nyra

dari bawah. Bukan ke itu lebih baik? Aku rasa kedai kau ni berpotensi pergi jauh. Kau tengok sekarang, pekerja kau tak menang tangan layan pelanggan. Nampaknya kau kena amik pekerja barulah lepas ni. Lagi satu, kau kena hire assistant akulah. Tak larat nak buat kerja sorang. Usik Farey lagi. Dia gemar mengusik sahabatnya ini. Jarang dia melihat Qaira tertawa selepas episod sedih melanda hidupnya. Moga kau terus tertawa, sahabatku.

17

Cintai Aku, Boleh?

Bab 6
IA memandang kereta yang sedang berlumba di litar. Walaupun bunyinya agak bising, dia suka. Memang itu minatnya. Drifting. Dia menyandarkan tubuhnya di kereta miliknya yang sudah diubah suai. Sayang. You tak drift? tegur seorang perempuan dengan manja. Dengan baju sendat dan berskirt pendek bersama topi berwarna merah, bisa menggugat keimanan mana-mana lelaki. Tengku Zareef terus merangkul perempuan itu dan membawa ke sisinya. pinggang

Dah, baru tadi. I nak kasi kereta I rehat. You buat apa kat sini? soal Tengku Zareef sambil merenung dalam wajah Trisha. Renungan Tengku Zareef benar-benar membuat Trisha tergoda. Mungkin sebab itu dia mencintai lelaki ini. Atau lebih tepat, mencintai wang dan status lelaki ini. Kembang hatinya apabila ada orang mencemburui hubungannya dengan Tengku Zareef.

18

Ilynn Nyra

I dah tak boleh nak jumpa you dah. Itulah, I nak pergi rumah you, you tak bagi. Kan bagus macam dulu. Senang sikit. Hari-hari I boleh pergi rumah you... rungut Trisha yang semakin menggeletis di sisi Tengku Zareef. Sayang, bukan I tak bagi. You tahu mummy I, kan? Sejak daddy I meninggal, dia langsung berubah. Dulu, dia open aje. Tambah-tambah daddy I. I tak nak dia halau you keluar macam dulu, balasnya. Dia teringat betapa garang mummynya menghalau Trisha dari rumah. Yelah tu. Ataupun, you takut dengan wife you? Yes, I mengaku yang dia tu cantik tapi, takkan you terpikat kut? Tutup sana, tutup sini. Seingat I, la... tak pernahlah I tengok dia tak bertudung. Tak rimas ke? Dasar perempuan low class! cemuh Trisha. Tengku Zareef memandang teman wanitanya yang sudah menarik muka. Dia menarik dagu wanita itu perlahan supaya memandang ke arahnya. You jangan nak tuduh I dengan perempuan tu, okey? I, kan sayang you aje... tak ada perempuan lain, sayang. You perempuan yang ada harga diri. For your information sayang, I pun tak pernah tengok dia tak bertudung. I taklah terlampau jahil dalam agama. I, kan husband dia... tak berdosa, kan? Betullah kata you. Dia memang tak ada class. I ada title Tengku so, I nak cari perempuan yang ada status. Bukan sembarangan macam tu, umpat Tengku Zareef. Melalui matanya, dapat dilihat betapa dia benar-benar membenci Qaira. Trisha melirik ke arah kekasihnya sambil mengelus lembut muka Tengku Zareef. Paling tidak, hati Tengku Zareef hanya menjadi miliknya seorang. Peduli apa dengan isteri Tengku Zareef. Syaitan benar-benar menguasai hatinya.

19

Cintai Aku, Boleh?

DIA memandang kelibat adiknya dari jauh yang kelihatan sibuk berbincang dengan seorang pemuda. Barangkali teman sekerjanya. Ketika dia melihat adiknya seorang diri, dia menapak perlahan-lahan menuju ke kedai yang sungguh cantik hiasan dalamannya. Dia akui, adiknya mempunyai selera yang tinggi. Terselit rasa bangga seorang abang kepada adiknya. Namun, bukan itu harapannya selama ini. Dia menginginkan adiknya mengambil haknya sebagai salah seorang pewaris. Along... sapa Qaira tatkala melihat abangnya sedang berdiri di hadapan pintu. Dia tahu apa yang bakal dikatakan oleh abangnya itu. Duduk, along. Apa yang Qaira buat ni? tanya Shazry dengan nada yang tegas. Qaira menghirup coklat panas di hadapannya dengan tenang. Apa yang Qaira buat sekarang ni, keputusan Qaira. Kenapa? Qaira kena ikut kata-kata along lagi? Along, tanggungjawab along pada Qaira dah selesai. Qaira dah kahwin. In fact, dah dua kali kahwin. Along nak apa lagi? sindirnya. Along nak Qaira kerja di syarikat along. Along dengan Qaira pemegang saham terbesar. Along dah lama sediakan tempat Qaira sejak Qaira belajar lagi. Qaira, syarikat kita dah berkembang. Along nak teruskan perjuangan ayah. Dulu ayah meniaga kecil-kecilan aje. Tengok sekarang, dah berkembang maju. Along nak kita adik-beradik usahakan syarikat tu sama-sama... pujuk Shazry. Dia lakukan semua ini demi kebaikan mereka sekeluarga. Mahu menebus maruah keluarga mereka yang

20

Ilynn Nyra

pernah dipijak oleh orang terdekat mereka sendiri. Cukuplah penderitaan mereka sekeluarga selama ini. Dia tidak mahu adiknya merasakan derita yang pernah dirasai sepuluh tahun dahulu. Segala-galanya perlu dinoktahkan. Berkembang? Berkembang sebab keluarga Tengku Zainal? No wonder along suruh Qaira nikah dengan anak dia, bidas Qaira. Kenapa perangai Qaira macam ni? Qaira dah berubah! Tak macam adik along yang dulu. Qaira membuat muka bosannya. Marah alongnya dibiarkan berlalu sepi. Entah kenapa dia menjadi lebih berani. Lebih tidak berperasaan. Soalan apa ni? Along betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu? Qaira jadi macam ni semua sebab along. Sejak Qaira nikah dengan Tengku Zareef, Qaira janji yang Qaira takkan berlembut lagi. Qaira takkan nangis lagi. Qaira takkan biarkan orang lain pijak kepala Qaira lagi. Qaira tak nak orang buat keputusan untuk Qaira. Walaupun hidup Qaira akan susah, Qaira takkan salahkan orang lain sebab itu keputusan Qaira. Dan Qaira takkan salahkan along macam yang Qaira rasa sekarang atas perbuatan along... ujar Qaira. Dia sudah tidak tahan dengan semua ini lagi. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi jauh daripada semua orang. Tetapi, itu tidak mungkin. Dia sama sekali tidak mahu memalukan abangnya. Satu saat nanti Qaira akan faham. Along buat semua ni demi keluarga kita. Ini semua demi tebus maruah kita balik... ujar Shazry. Qaira menggeleng-gelengkan kepalanya. Mengarut!

21

Cintai Aku, Boleh?

Tebus? Walau apa pun alasan along, berbaloi tebus maruah dan korbankan adik along? Adik along sendiri! Soal Qaira penuh emosi. Shazry perlahan. Sudahlah along. Benda dah jadi, kan? Kita teruskan ajelah plan along tu. Qaira ada hal. Qaira pergi dulu. Shazry menghantar Qaira melalui ekor matanya. Adakah along salah mempercaturkan hidup adik along sendiri? Usiamu masih muda untuk lalui semua dugaan ini. Tapi bila mengenangkan ibu dan ayah... along terpaksa, Qaira. Maafkan along. Bisik hati kecilnya. kehilangan kata-kata. Dia mengeluh

22

Ilynn Nyra

Bab 7
Qaira yang mahu memusing tombol pintu bilik tersentak. Dia mengikuti langkah Tengku Radziah ke bilik bacaan. Macam-macam persoalan bermain di benaknya mengenai apa yang bakal disampaikan oleh ibu mentuanya itu. Duduk, nak... suruh Tengku Radziah. Qaira akur. Mummy tahu hubungan Qaira dengan Zareef tak baik. Tapi, kenapa Qaira tidur di bilik lain? Qaira jangan salah faham. Mummy hanya nak tahu, tutur Tengku Radziah dengan lembut. Bicaranya sama sekali berbeza dengan Tengku Zareef yang kasar tutur bicaranya itu. Mummy pun tahu kami nikah atas dasar apa. Kami tak saling mencintai. Lagipun Qaira nikan janda. Tak ramai lelaki yang ikhlas terima Qaira. Mummy pun lebih kenal bagaimana sikap Tengku Zareef. Biarlah dia dengan hidup dia

AIRA, mari sini. Mummy ada hal nak cakap.

23

Cintai Aku, Boleh?

sendiri dan Qaira dengan hidup Qaira sendiri. Sejujurnya, Qaira tak mahu menikah lagi, tapi disebabkan abang Qaira sendiri, Qaira turutkan aje. Seperti yang Qaira cakap tadi, mummy ibu kepada Tengku Zareef. Mummy tahu, kan sejauh mana anak mummy boleh pergi? jelas Qaira perlahan. Walaupun dia marah dengan Tengku Zareef, bukan bermaksud dia harus kurang ajar pula kepada ibu mentuanya. Tengku Radziah terkedu seketika. Dia berkir sejenak kata-kata Qaira. Benar. Dia terlalu mengharap kepada menantunya yang sudah dia sayang sejak pertama kali bersua muka. Seiras dengan wajah orang yang dia kenali. Mummy tahu, Zareef ada upah peguam pasal pernikahan kalian. Dan ini melibatkan undang-undang. Mummy pun tak sangka dia senekad ini. Tapi jangan risau, mummy takkan biarkan semua ini terjadi. Reef benar-benar dah melampau! luah Tengku Radziah. Qaira terdiam. Nampaknya semakin ramai orang tahu mengenai perikatan undang-undang yang Tengku Zareef cipta. Qaira tak risau, mummy... sebab Qaira takkan langgar apa yang Qaira dan Tengku Zareef dah persetujui. Maafkan Qaira, mummy. Qaira hormat mummy macam ibu Qaira sendiri. Qaira tak nak menipu mummy tentang hubungan Qaira dengan anak mummy. Kata Qaira. Tengku Radziah mengeluh berat. Kadang-kadang hati tuanya berasa bersalah kerana menarik anak sebaik Qaira masuk ke dalam permasalahan keluarganya. Tetapi, dia tiada pilihan lain. Ini satu-satunya cara. Sekali gus untuk menebus dosanya.

24

Ilynn Nyra

TENGKU ZAREEF! Nak ke mana tu? tegur Tengku Zaleesa di ruang tamu. Tengku Zareef memandang kakaknya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah, apa lagi ni? Ni mesti takde kerja lain. Nak marah aku aje. Tak nampak aku tengah letih ke? Kak, bila sampai? Kenapa tak call Reef? ujarnya pura-pura gembira. Akak dari hari Sabtu lagi datang, tau! Nampak sangat Reef dah lama tak balik rumah. Apa dah jadi ni? Reef sedar tak status Reef sekarang ni? Besar tanggungjawabnya! marah Tengku Zaleesa. Mujur dia tanya Mak Miah. Kalau hendak tanya Qaira, pasti tidak buka mulut. Dia kasihan dengan nasib Qaira. Tidak wajar seorang isteri diperlakukan sebegitu rupa. Ni mesti perempuan tak guna tu cerita kat akak, kan? Reef tak balik rumah sebab perempuan tu la. Semaklah, kak... balas Tengku Zareef beremosi. Reef! Mind your language. Kalau akak tak tanya Qaira pun, akak taulah. Akak perempuan. Reef ingat akak tak tau yang Reef berkepit dengan perempuan mana, entah. Reef tak payah ungkit pasal status. Perempuan yang Reef kepit tu, baik ke akhlaknya? bidas Tengku Zaleesa. Dahlah, kak. Kalau akak datang ke rumah ni hanya nak membebel, baik tak payah datang. Ini hidup Reeah. Kalau arwah daddy masih hidup, dia akan sokong tindakan Reef ni. Ucap Tengku Zareef lantas beredar dari situ. Marahnya meluap-luap. Sebab perempuan itu, dia harus bertegang urat dengan kakak kesayangannya. Kau tengoklah nasib kau lepas ni, bisik hatinya perlahan.

25

Cintai Aku, Boleh?

Bab 8
Qaira memandang lelaki yang perasan bagus itu berjalan ke arahnya. Aku mintak kat kau, jangan masuk campur hal aku boleh tak? ujar Tengku Zareef, kasar. Mana pernah dia bercakap dengan nada yang lembut. Dalam mimpi pun belum tentu. Qaira mendongak sedikit memandang wajah Tengku Zareef. Terasa loya untuk dia menghadap wajah itu saban hari. Kau ingat aku takde kerja lain ke? Nak hadap hal kau? Tolonglah! balas Qaira. Ingat Tengku Zareef sahaja boleh bertindak kasar. Hei, dia pun bolehlah! Aku tak pernah anggap kau tu isteri aku. Langsung tak. Jadi, kau tak payah nak mengadu kat kakak yang aku

OI, tunggu jap! arah Tengku Zareef dengan kasar.

26

Ilynn Nyra

selalu tak balik rumah. Gelilah telinga aku nak dengar. Nak jadi isteri solehah konon! bidas Tengku Zareef. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mencampak wanita ini ke lombong. Biar hilang terus dari hidupnya. Menyesakkan hidupnya sahaja. Wait, wait. Untuk pengetahuan kau, Tengku Zareef... aku tak pernah anggap kau ni suami aku. So, jangan nak perasan. Cermin diri kau tu dulu. Kalau selama ni hidup kau dikelilingi perempuan, itu perempuan lain. Yang pasti bukan aku. Aku belum terdesaklah! bidas Qaira sambil mengutuk Tengku Zareef. Tengku Zareef merentap kuat pergelangan tangan Qaira. Qaira terdorong ke hadapan. Mulut kau, jaga sikit! Macam-macam aku boleh buat kat kau. Sekarang pun boleh. Kau jugak yang menyesal nanti, perempuan murahan. Bisik Tengku Zareef keras di telinga Qaira. Qaira mengetap giginya melawan pandangan Tengku Zareef yang sarat dengan kebencian itu.

TENGKU ZAREEF mencampak telefon bimbitnya ke dinding hingga pecah berderai. Semua barang yang mampu dicapai, dilemparkannya ke tepi. Qaira menjengah ke bilik Tengku Zareef yang ternganga pintunya. Rasa ingin tahu menebal dalam dirinya. Mungkin dia sengaja mahu cari pasal. Sejak akhir-akhir ini dia suka mencari pasal dengan Tengku Zareef. Hobi baru baginya.

27

Cintai Aku, Boleh?

Tak habis-habis dengan perangai dia. Memang dasar orang kaya, omel hati Qaira. Argh!!! jerit Tengku Zareef. Perempuan dalam dunia ni memang sama. Asyik nak ikut kehendak sendiri aje! Kau ni kenapa? tegur Qaira dengan selamba. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada daun pintu bilik lelaki itu. Tengku Zareef mendengus kasar. Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka kau! Qaira tetap tenang. Bukan dia tidak biasa dengan bentakan suaminya itu. Dia sudah lali. Langsung tidak berbekas di hatinya. Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku. Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak cukup umur, kau pergi main kat luar! tunjuk Qaira ke luar balkoni. Tengku Zareef meraup wajahnya. Geram! Rambut yang rapi disikat, dikusutkan seperti kirannya bertambah kusut dengan ceramah percuma Qaira. Perempuan ini benarbenar sudah melampau! Sering mengundang kemarahannya. Eh, bukan dia juga begitu ke? Biarlah! Ini bilik aku, bukan bilik kau. Berhambuslah! marah Tengku Zareef. Mukanya merah menahan marah. Whatever. Aku tak tau apa masalah kau tapi, bawak-bawaklah pergi ambil wuduk. Pergi solat, nasihat Qaira. Memang payah hendak suruh orang yang sudah keras hati ini.

28

Ilynn Nyra

Kau tak payah nak berlagak baiklah. Perangai pun tak senonoh, ada hati nak mengajar aku. Kau tahu tak aku pernah solat? Selalu. Tak pernah tinggal. Tapi, lama-lama aku terkir kenapa aku kena solat kalau semua benda tak kena dengan aku. Qaira beristighfar panjang. Lelaki ini bercakap bagaikan manusia yang tiada iman. Kau sedar tak apa yang kau cakap sekarang ni? Tengku Zareef tersenyum sinis apabila Qaira mula berkata-kata. Dia mundar-mandir di biliknya. Dulu aku doa supaya daddy tak meninggal. Dia sentiasa ada untuk aku. Tapi, dia meninggal jugak. Apa guna aku solat, aku doa kalau daddy aku dah meninggal! Kau rasa berguna ke lagi? Kau tak payah tunjuk alimlah kat sini. Aku kenal sangat perempuan jenis apa kau ni. Depan berlagak baik, belakang macam perempuan murah! Ops! Kau memang perempuan murah. Aku lupa. Sebab itu agaknya suami kau ceraikan kau. Cuma aku aje yang malang tak boleh ceraikan kau. Ubat apa kau bagi sampai mummy aku sayang kau? kutuk Tengku Zareef. Pelik dia melihat mummy yang selalu menangkan Qaira dalam setiap hal. Hampir bernanah telinganya mendengar kata-kata nista lelaki itu. Mulut longkang! Sejujurnya, sampai hari ini dia tidak tahu kenapa dia diceraikan. Mungkin perasaan benci. Dulu, lelaki yang dipuja dalam diam memberi harapan, sampaikan dia menjadi pencinta yang setia. Kini, lelaki itu sendiri memusnahkan semuanya. Terutama pada hatinya. Kalau aku pernah kena cerai, kenapa? Susah bagi kau? Kalau aku perempuan murahan, kau susah ke? Hello

29

Cintai Aku, Boleh?

Tengku Zareef, kau jangan berlagak kau ni baik sangatlah. Kau cakap macam orang takde pegangan, ada hati nak hina orang lain. Sedarlah diri kau tu sikit! Bidas Qaira lantas berlalu dari situ. Memang sepatutnya dia tidak menegur lelaki itu lagi. Sekarang, hati siapa yang pedih mendengar caci maki lelaki itu tadi?

30

Ilynn Nyra

Bab 9
Q a i r a memandang ke arah Syed Ashraff yang sudah duduk di sebelahnya. Takdelah. Shiqa pergi tandas... tu yang duduk sini kejap. Abang takde kelas ke? soal Qaira dengan riang. Harinya terasa indah dapat berbual-bual dengan lelaki yang dicintainya dalam diam itu. Taklah. Abang nak ambik buku. Tup-tup Qaira ada kat sini. Tu yang abang duduk sini kejap. Kenapa? Tak suka ke? duga Syed Ashraff. Eh, taklah. Merepek aje abang ni. Mana ada macam tu. Bukan selalu dapat jumpa abang kat sekolah ni. Sibuk aje memanjang, dalih Qaira. Syed Ashraff tergelak. Ada-ada sahaja gadis ini. Dia selesa berbual dengan Qaira. Terasa seperti dia berbual dengan adiknya sendiri yang tidak pernah dipunyai. Hidupnya selalu kesepian. Mama dan papanya sudah lama bercerai.

AI, sorang aje? tegur Syed Ashraff dengan ceria.

31

Cintai Aku, Boleh?

Tinggallah dia keseorangan di rumah. Sebab itu juga dia rapat dengan Qaira walaupun jarak umur mereka berbeza. Qaira... tak lama lagi abang dah tamat sekolah menengah. Kita tak boleh jumpa macam ni selalu, kan? ucap Syed Ashraff tiba-tiba. Wajah Qaira menjadi sayu. Abang... jangan pergi! Qaira dah takde sesiapa nak ajak berbual lagi... rintih hati kecilnya. Yelah. Nanti abang dah tak ingatkan Qaira lagi. Abang sibuk belajar kat tempat lain. Hei, taklah. Mana mungkin abang lupakan orang yang abang sayang. Qaira tetap dalam hati abang tau, balas Syed Ashraff dengan lembut. Abang tetap dalam hati Qaira. Selamanya.... Farey menepuk lembut bahu rakannya yang jauh mengelamun. Hei, budak ni. Berangan aje kerjanya. Opocot! Qaira mengurut dadanya. Kus semangat. Kau ni kenapa? Boleh gugur tau jantung aku macam ni. Tak pasal-pasal keluar surat khabar. Front page lagi. Rakan membunuh rakan sendiri. Farey tersenyum sumbing. Fail biru diletakkan di atas meja. Kerjanya di bakeri semakin lama semakin banyak. Perniagaan baru hendak berkembang maju. Tidak menang tangan. Pekerja pun semakin bertambah. Helo kawan. Time kerja, kerja. Kau yang sibuk berangan. Dari tadi aku ketuk pintu bilik kau, kau buat dont know aje. Kau berangan apa ni? Kau jangan nak berdalih dengan aku. Kau kira sikit, kita dah berkawan berapa lama? Aku kenal sangat dengan kau ni. Qaira mengeluh lembut. Badannya disandarkan ke kerusi. Takde apa yang penting. Aku cuma terkenang kita masa sekolah aje. Salah ke?

32

Ilynn Nyra

Farey mengecilkan matanya. Boleh percaya ke kawan aku ni? Lebih pada mengelat aje ni. Tipu! tukas Farey. Tipu apa pulak? tanya Qaira seakan-akan tidak puas hati. Kau mesti terkenangkan mamat sengal tukan? teka Farey. Qaira menggelengkan kepalanya. Tahu sahaja Farey apa yang bermain di benaknya.Tak baik kau panggil dia mamat sengal. Dia ada nama. Farey mencemikkan bibirnya. Qaira... Qaira. Kau masih bela dia lagi? Dia dah sakitkan hati kau, tahu? Nampak sangat kau memang sayangkan dia lagi. Perangai dia yang kau kenal masa sekolah dengan sekarang, jauh bezanya. Macam dia bukan lelaki yang sama. Qaira terdiam. Ya, dia akui yang dia masih sayangkan Syed Ashraff. Perasaan yang sukar untuk dia singkirkan dari dulu lagi. Hatinya pernah remuk apabila mendapat tahu Syed Ashraff bercinta dengan perempuan lain. Entah mengapa dia masih menunggu pemuda itu biarpun jauh di sudut hati dia dapat merasakan penantiannya itu tidak berbaloi. Kau tak tau macam mana rasanya. Qaira membuka cerita. Dari dulu, dia satu-satunya lelaki yang rapat dengan aku. Cara dia ambil berat pasal aku... macam mana aku tak jatuh cinta. Dia bagi aku harapan. Aku tak sangka perasaan ini masih wujud. Sejak aku kecil lagi. Mata Qaira merah menahan tangis yang bila-bila masa akan gugur. Farey menggenggam erat tangan temannya. Bukan

33

Cintai Aku, Boleh?

niatnya membuatkan sahabatnya menitiskan air mata. Dia cuma mahu sahabatnya keluar daripada bayang-bayang lelaki yang bernama Syed Ashraff Zafryl. Fy, aku mintak maaf. Aku takde niat pun. Kau dah cukup terseksa. Aku tak nak kawan aku tutup pintu hati dia disebabkan lelaki macam tu. Kau tepis semua lelaki di depan kau semata-mata untuk beri ruang lelaki macam Ashraff tu. Lelaki yang tak layak untuk cinta kau. Pada aku, aku cuma nak tengok kau bahagia. Aku tak nak kenangan masa silam jerat kau. Luah Farey bernada sayu.

34

Ilynn Nyra

Bab 10
UASANA hiruk-pikuk, ditambah dengan lampu berwarna-warni, amat memeningkan. Namun, tidak menjadi masalah kepada para pengunjung. Masingmasing menari mengikut irama lagu yang rancak. Tidak kurang yang rebah di lantai tari dengan sebotol air kencing syaitan di tangan yang tidak diketahui jenisnya. Sayang, minum sikitlah... rengek Trisha di sisinya. Fikiran Tengku Zareef begitu serabut. Semua teman wanitanya menghilang gara-gara mengetahui yang dia sudah menikah. Cuma Trisha yang setia di sisinya. Tak naklah. I drive balik rumahlah hari ni. Mummy I suruh balik. You minum sorang ajelah, tolak Tengku Zareef. Gelas di tangan Trisha ditolak lembut. Trisha menggeselkan tubuhnya seperti mahu menggoda Tengku Zareef. Sebenarnya memang berniat menggoda pun! Sayang... sorry sangat-sangat I tak boleh bersama

35

Cintai Aku, Boleh?

dengan you. Mummy I dah warning awal-awal. Kalau tak, semua kemudahan I ditarik balik. You jugak yang susah nanti. Dia tak nak I buat macam-macam kat luar. Ala, orang tua... biasalah, pujuk Tengku Zareef. Trisha tarik muka. You ni, tak sportinglah. Kalau tak enjoy, bukan life namanya. Your mummy tak faham ni semua. Unless, you dah jatuh sayang dengan wife you. You jangan buat I marah. Masa I tau you nikah, hampir tercabut jantung I, tau.... Kata Trisha dengan suara gedik ala-ala manja terlebih. Sebenarnya, dia takut Tengku Zareef tidak beri perhatian kepada dia lagi. Egonya tercabar apabila mendengar segala cerita baik mengenai isteri Tengku Zareef. Sepatutnya dia yang berada di sisi Tengku Zareef, bukan perempuan itu. Kau tengoklah, perempuan... satu hari nanti aku buatkan hidup kau merana. Kau takkan dapat Tengku Zareef seutuhnya menjadi milik kau. Walaupun aku cintakan harta dia melebihi dirinya, aku takkan biarkan lelaki di genggaman aku terlepas begitu saja. Lebih-lebih lagi pada perempuan yang tak setanding dengan aku, bisik hatinya yang dipenuhi dengan hasutan syaitan. Trisha tersenyum sinis sambil mengerling kekasihnya yang dikelilingi rakan-rakan kelab yang lain.

36

No. ISBN:- 978-967-0448-62-6 Jumlah muka surat:- 568 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20 Sinopsis:Saat Qaira sudah sah menjadi isteri kepada Syed Ashraff Zafryl, dirinya diceraikan talak tiga sejurus selepas dinikahkan. Tengku Zareef menerima Qaira atas penghormatan kepada arwah ayahnya dan juga sedikit rasa hormat pada ibunya. Dia menyeksa Qaira secara mental dan zikal untuk membuatkan wanita itu tersungkur di kakinya. Kehadiran Tengku Hazwan menambah duka dalam hidup Qaira, kehadiran Trisha menambah sengsara. Semuanya membuatkan Qaira hampir-hampir rebah. Saat kasih Tengku Zareef berubah arah, pelbagai dugaan yang timbul dalam rumah tangganya.

Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai bahagia? Siapa Tengku Hazwan? Siapa Qaira? Apakah kaitan dia dengan keluarga Tengku Radziah? Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka kau! - Tengku Zareef. Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku. Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak cukup umur, kau pergi main kat luar! - Qaira. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CINTAI AKU, BOLEH? di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337

Anda mungkin juga menyukai