Anda di halaman 1dari 110

Rina Farizq

Bab 1
Miss XL tu gelaran dia kat sini. Takkan orang nak sebut XXL, panjang sangat! Nak gelar blue hyppo, karang macam menghina ciptaan Tuhan pulak. Anyway kat office kita ni XL dah cukup besar okey? Semua staf perempuan kat sini saiz XS. Paling gemuk pun saiz M. Even dalam building ni pun, kau ada nampak ke perempuan lain macam dia... ada? Penjelasan Sheera membuatkan yang lain-lain ketawa mengekek di dalam pantri itu. Aime yang sejak tadi berdiri di luar pantri itu hanya mampu mendengar perbualan mereka dengan hati yang cukup pedih. Tak sangka, rupa-rupanya aku ada gelaran! Miss XL? Huh! Jahatnya mereka. Depan aku semuanya bukan main mesra lagi, minta itulah, tolong buat inilah. Dia gigit bibir, geram. Hello everybody! Aku dengar... masih mendengar apa yang korang tengah umpatkan ni. Huh! Tapi, kan aku tengok lelaki-lelaki kat sini bukan

L? Kau rabun ke apa? bentak Farah.

Miss XL

main lagi, suka sangat berbual-bual dengan si gemuk tu. Kenapa, ya? Alah, lelaki-lelaki tu setakat berbual aje. Tapi kalau tanya diorang balik, ada ke yang nak jadikan dia tu girlfriend? Tak adanya. Kalau kau tanya pada Ramli Buncit tu pun, dia pun tak nak Si Miss XL tu. Hmmm... kalau bukan kerana dia tu rajin buat kerja tak ada maknanya aku nak layan dia. Gemuk! Eee... sakit mata aku. Kenapalah dia tak kuruskan badan dia tu? Tak penat ke bawak badan macam tu? Aku yang tengok ni aje pun rasa letih! sahut Farah sambil ketawa kecil. Aduh... sakitnya hati! Hati Aime merintih sendiri. Patut ke dia sergah mereka sekarang? Patut ke? Tapi untuk apa? Bukannya dapat sembuhkan hatinya yang sudah tercalar ini. Lagipun mereka tentu akan jawab balik, tak ada sebut nama pun... kenapa nak terasa, kan? Tapi siapa lagi perempuan gemuk dalam pejabat ni? Ada ke orang lain selain dirinya? Ada ke? Lantas, dia berlalu dari situ. Tak jadi nak masuk ke dalam pantri untuk membuat minuman. Separuh hatinya hancur, lebur! Dia sudah tidak ada mood untuk menghadap kerja-kerja yang melambak di atas meja. Semuanya hanya dipandang dengan pandangan kosong. Dia asyik teringat pada kata-kata yang mencalarkan perasaannya tadi. Miss XL! Salah ke kalau aku gemuk? Aku menyusahkan orang ke? Dia tak pernah rasa penat dengan dirinya sendiri. Malah, dia lebih rajin berbanding dengan orang yang lebih kurus di dalam pejabat ini. Orang minta tolong, dia tolong. Walau sibuk macam mana pun, dia sedaya upaya membantu. Baginya kerjasama dan saling membantu itu perlu. Satu keluhan dilepaskan. Dia menundukkan kepala,

Rina Farizq

memandang badannya sendiri. Merenung perut yang berlipat dua. Ada ke orang gemuk yang memang nak jadi gemuk? Tentu tidak! Semua orang nak kurus, tapi dia tak mahu mendesak dirinya untuk ke arah itu. Dah dia memang gemuk sejak dulu lagi, tentulah payah nak kurus. Lemak yang tersimpan pun dah tepu, memang jenuhlah nak cair. Akhirnya dia mencapai beg tangan, bingkas dengan malas sekali untuk pulang. Hari ini dia tak larat untuk berlama-lama di pejabat. Tak seperti kebiasaannya, dia selalu pulang jam tujuh atau lapan malam. Eh, Aime. Awalnya balik hari ni? Ni baru pukul lima, sapa Linda ketika dia bergegas menahan pintu lif untuk turut sama masuk. Hmmm... ada hal, jawabnya pendek kerana tiada mood untuk berbual mesra sebaik sahaja terpandangkan sekumpulan perempuan yang mengumpatnya di dalam pantri tadi. Kau nak pergi dating ke? soal Sheera dengan mesra. Perbuatan Sheera itu membuatkan Aime rasa meluat. Berlakon baik... huh! Aime sekadar angkat kening dan senyum. Sakit hatinya masih belum hilang. Amboi, diam-diam ada boyfriend hea... sikit pun tak cakap, giat Linda pula. Hesy... orang macam kau pun ada boy... Farah terhenti bersuara sebaik sahaja disiku oleh Sheera. Errr... maksud aku... aku.... Farah teragak-agak untuk menyambung kembali ayatnya itu. Aime faham benar kenapa Farah begitu. Dalam celopar, bimbang juga yang Aime akan terasa. Mungkin sebab

Miss XL

dia selalu membantu kerja-kerja perempuan itu. Terus terang, perempuan yang baru sahaja sebulan bekerja itu memang tak tahu apa-apa tentang akaun. Entah macam mana perempuan itu boleh bekerja di sini. Mungkin sebab kenal orang dalam kut? Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Aime terus keluar. Namun, dia tersenyum sendiri sebaik sahaja terpandangkan ada seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari pintu lif. Lelaki itu sedang membelek telefon bimbitnya. Lantas, Aime melajukan langkah dan terus sahaja memaut mesra lengan kanan milik lelaki itu. Hi, baby! Sorry sayang lambat... ujar Aime sambil tersenyum. Lelaki wajahnya. itu menoleh dan memandang tepat

Aime memberikan senyuman dengan renungan yang cukup bermakna. Kita nak ke mana ni? Tengok movie ke? soal Aime agak kuat sambil menjeling ke arah Farah, Sheera dan yang lain-lain. Sengaja nak bagi mereka dengar. Mereka yang berdiri tidak jauh daripadanya memandang dengan riak tidak percaya. Kenapa? Terkejut? Tak percaya? Perempuan gemuk macam aku ada kekasih? Dia mahu gelak tapi ditahan. Apa tidaknya, masing-masing melopong dengan mata yang membulat. Ya, tentu saja mereka terkejut dan tak percaya. Lelaki di sisinya itu bukan calang-calang lelaki. Sudahlah handsome, bergaya pula tu! Lelaki yang bergaya, kalau berdiri saja pun boleh terserlah kehebatannya. Kalau nak bandingkan lelaki itu dengan dirinya, memang tak sesuai langsung. Macam kera dengan penguin saja!

Rina Farizq

Errr... kami balik dulu, pamit Sheera teragakagak sambil berlalu bersama teman-temannya. Aime tersenyum puas. Esok pagi mesti tersebar gosip tentang dirinya. OMG! Miss XL ada boyfriend! Handsome pula tu! Eh, macam mana perempuan gemuk boleh dapat lelaki handsome dan bergaya, ya? Kemudian dia tergelak sendiri, membayangkan ayat-ayat seumpama itu tersebar dari mulut ke mulut. Ehem! Bunyi orang berdeham itu menyedarkan dirinya. Lantas, dia menoleh ke arah lelaki di sisinya itu yang merenungnya dengan tajam. Kemudian lelaki itu menarik kasar lengannya yang masih dikepit itu. Errr... sorry! Ujar Aime sambil membuka langkah seribu. Apa lagi yang dia boleh katakan, selain memohon maaf. Renungan tajam milik lelaki itu menakutkannya. Lebih baik dia cabut. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, sempat lagi dia menoleh. Mahu melihat reaksi lelaki tadi. Ternyata lelaki itu masih memandang kepadanya sambil bercekak pinggang. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Huiii... takutnya! Yang aku ni pun satu! Apesal boleh aje nak paut lengan orang? Entah lelaki itu baik ke tidak! Entah-entah penyamun, tak pun bapa ayam ke? Dia sendiri pun tak sangka, tiba-tiba saja idea gilanya datang begitu saja.

SUDAH beberapa kali Aime berpusing di hadapan cermin. Membelek dirinya untuk kesekian kalinya. Hari ini dia mengenakan sut warna hitam dengan skirt potongan A paras

Miss XL

lutut. Walaupun gemuk, dia masih tetap bergaya. Sentiasa menjaga penampilan diri kerana baginya, itu penting. Tak kurus tak mengapa asalkan penampilan terjaga. Mesti bersih dan kemas. Rambutnya yang lurus dan lembut disisir sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik. Entah kenapa, pagi ini dia begitu bersemangat. Luar biasa semangatnya hari ini daripada hari biasa. Hari ini dia akan datang ke pejabat dengan gembiranya. Seperti jangkaannya! Hari ini kecoh satu pejabat tentang hal semalam. Mahu tak kecoh... siapa sangka perempuan macam aku ada boyfriend yang handsome, kan? Dia tersengih, gembira. Tiba-tiba dia teringat lelaki yang dia jadikan sebagai boyfriendnya semalam. Lelaki yang handsome tapi punya renungan yang tajam. Memang menakutkan. Entah siapalah lelaki itu... takkan orang jahat kut? Dia berkira-kira sendiri. Agaknya lelaki itu bekerja di sini juga. Entah dia kerja kat tingkat yang mana satu, bahagian apa, Aime pun tak tahu. Selama dua bulan dia bekerja di sini, semalamlah kali pertama dia ternampak lelaki itu. Mungkin Tuhan sengaja mengirimkan lelaki handsome itu untuknya. Aku rasa macam nak bunuh diri tengok Miss XL semalam. Huh... tak boleh terima, tak boleh terima! Aime mengulum senyum sambil berpura-pura tak mendengar Farah sedang berbisik dengan gengnya. Bunuh diri? Isy, isy, isy... sampai macam tu sekali ke? Tak cium bau syurga tahu kalau buat macam tu. Bagus juga dia terdengar umpatan mereka semalam jadi, tahulah dia sekarang siapa Miss XL yang dimaksudkan. Dia senyum lagi. Entah kenapa rasa seronok sangat.

Rina Farizq

Aime.... Panggilan itu buat dia menoleh ke arah Sheera yang sudah bertenggek di hujung mejanya. Mentangmentang kurus, suka hati saja bertenggek macam tu. Agakagak kalau aku yang bertenggek macam tu, mahu terjongket meja! Emmm... sahutnya malas. Errr.... dah lama ke kau bercinta dengan dia? Pertanyaan Sheera buat dia hendak tergelak. Baru aje semalam! Boleh ke beritahu macam tu? Isy... mana boleh! Nanti pecahlah rahsia. Lamalah jugak, balasnya tanpa memandang Sheera. Berpura-pura sibuk dengan kerja-kerjanya. Macam mana boleh jumpa dan bercinta? Pengorek rahsia! Memang itulah kerja Sheera. Lepas korek rahsia orang nanti dijajanya satu bangunan. Dari tingkat atas sampai bawah semuanya tahu nanti. Adalah.... Takkan dia nak cerita. Sebab baru semalam dia jumpa lelaki itu. Bercinta apa kalau sekadar paut lengan tak sampai sepuluh minit. Itu pun nak rahsia.... Deringan telefon menyelamatkan Aime dan serentak itu Sheera berundur daripadanya beralih ke arah Farah pula. Aime sekadar menjeling sambil mengangkat gagang telefon. What happened to my claim? Satu suara keras bertanya. Menyebabkan dia terkejut namun, masih cuba memikirkan dan mengingati kalau-kalau dia mengenali suara itu. Bukannya nak beri salam atau perkenalkan diri!

Miss XL

Helo, selamat pagi. Dengan siapa saya bercakap ni? soalnya perlahan. Tidaklah bernada keras macam pemanggil di talian itu. Untuk seketika tiada sebarang jawapan. Senyap sahaja. Helo? Selamat pagi. Sekali lagi dia bersuara. Kau yang in charge on monthly claim? Errr... ya, saya. Siapa ya yang bercakap tu? Macam mana kau kerja ni, hah? Bayar claim tak betul! Lain yang orang claim, lain pulak yang kau bayar? Aime mula bingung. Dah kenapa orang dalam talian ni? Angin pasang ke? Tiba-tiba nak menjerit macam tu. Dia menarik nafas, mengawal dirinya agar tak terjangkit sama penyakit orang yang di talian itu. Maaf ya, dengan siapa saya bercakap ni? Berapa ramai claim orang lain yang kau bayar tak betul? Sampai kau tak tahu tengah bercakap dengan siapa? Maaf, encik. Saya memang tak cam langsung suara encik. Lagipun banyak claim yang saya handle. Tapi tak mungkin saya salah bayar melainkan saya potong claim encik kerana... Potong? Kau potong claim aku? Apa hal kau potong claim aku? Hey, kau buat kerja tak pakai otak ke? Suka hati kau nak potong-potong, ingat aku suka-suka nak claim kalau tak perlu?! Maaf encik, claim yang encik submit tu mungkin tak lengkap. Saya bukan suka-suka nak potong kalau tak ada sebab. Mungkin encik tak sertakan bukti pembayaran dan kalau tidak disertakan bukti pembayaran seperti resit ataupun bil, claim tersebut saya terpaksa cancelled.

Rina Farizq

Sejak bila perlu bukti pembayaran ni? Selama ni tak ada pun prosedur macam ni? Kau jangan nak pandaipandai buat prosedur sendiri. Ingat syarikat ni, bapak kau yang punya? Aduh! Dah melampau ni! Sampai nak melibatkan bapak pulak ni. Patut aku menjerit juga ke ni? Patut ke? Tak perlu kut. Nanti kalau aku sama naik macam pemanggil tu, tak ada bezalah aku dengan pemanggil yang biadab tukan? Sekali lagi dia menarik nafas, membetulkan sistem pernafasan sekali gus mengawal perasaannya yang sudah terbakar. Ya, itu memang prosedur. Saya telah diarahkan untuk reject claim yang tidak lengkap tapi memandangkan saya ni masih bertimbang rasa dan baik hati, saya tidak pulangkan claim encik tu, saya cuma potong aje. Jika encik masih ingin menuntut, sila serahkan semua resit atau bil yang berkenaan. Harap encik dapat menyerahkan claim yang lengkap pada masa akan datang agar tiada sebarang kesulitan seperti ini. Maaf, saya tak dapat nak layan encik lebih lama memandangkan saya ada kerja lain. Terima kasih kerana menghubungi saya. Serentak itu, dia terus meletakkan gagang telefon. Rasanya tak perlu dia nak layan lelaki biadab macam tu. Biarpun dia berjaya mengawal intonasinya ketika bercakap dengan pemanggil biadab itu tadi tetapi, dadanya rasa bagai nak pecah. Manakan tidak, suka hati saja dia ditengking begitu. Kalau dia yang bersalah, tak mengapa juga. Biadab betul! Siapalah manusia tu? Banyak tuntutan yang dia kendalikan dan bukan hanya si pemanggil itu seorang sahaja yang telah dipotong tuntutannya. Jadi, manalah dia tahu siapa yang menelefon.

Miss XL

Lagipun seingatnya, dia tidak pernah dengar suara si pemanggil itu tadi. Ingat aku ada magic ke boleh tahu pulak siapa yang call? Huh! It must be Azki, right? Tiba-tiba dia dikejutkan dengan soalan itu. Serentak itu dia menoleh ke arah Arsyida yang berdiri tidak jauh daripadanya. Huiii... takutnya tengok muka Puan Arsyida! Apa tidaknya, Arsyida sedang memberikan pandangan yang cukup serius. Errr... puan... saya... Aime terus bingkas dalam keadaan serba salah. Tentu Arsyida mendengar cara dia menjawab panggilan itu tadi. Tapi bagaimana Arsyida tahu yang pemanggil itu tadi adalah Azki? Tapi kalau betul, macam mana? Dia cuba mengingati kembali perbualan tadi. Rasanya dia masih menjawab dengan berhemah walaupun ditengkingtengking. Kini nafasnya semakin sesak. Its okay. Ujar Arsyida serius kemudian berlalu. Aime melepaskan nafas lega. Arsyida membuatkan jantungnya berdegup kencang. Rasa tak mampu nak bernafas dengan tenang. Semua orang tahu yang Arsyida sangat tegas dan serius. Jarang benar wanita itu tersenyum atau berbual kosong. Namun, dia sangat mengagumi wanita itu. Wanita itu cekal dan berani menguruskan sebuah syarikat sendirian. Dia bangga kerana semakin ramai wanita yang berjaya tetapi untuk berjaya tentu bukan mudah, kan? Walaupun sudah berusia namun, masih aktif dan anggun bergaya. Aime memandang sekeliling apabila terasa sunyi dan sepi. Patut pun. Semuanya sudah duduk di tempat masing-masing. Mungkin kerana kedatangan Arsyida sebentar tadi membuatkan kumpulan bergosip dan malas bekerja jadi

10

Rina Farizq

begitu rajin bekerja sekarang ini. Nak kena Puan Arsyida selalu datang ke department ni kut baru masing-masing jadi rajin? Dia tersenyum sendiri. Namun, mengenangkan kembali pemanggil biadab sebentar tadi, hatinya jadi sakit semula. Kalau benarlah pemanggil itu bernama Azki seperti yang dijangkakan oleh Arsyida, dia memang kenal sangat-sangat. Kenal pada nama saja, kerana dia banyak menerima tuntutan daripada lelaki itu. Kenal secara fizikal atau peribadi memang belum pernah. Tapi baru dengar suara saja dia sudah dapat agak bagaimana karakter lelaki itu. Biadab dan pendek akal! Apa salahnya kalau Azki bercakap dengan sopan? Selidik dulu apa sebabnya tuntutan lelaki itu tidak dibayar sepenuhnya. Macam manalah dia hendak membuat bayaran jika tuntutan yang diberikan tidak lengkap? Resit atau bil, tiada satu pun yang diberikan. Sudahnya dia cuma dapat membayar elaun perjalanan saja. Lagipun dia telah menghantar e-mel kepada lelaki itu, memberitahu yang semua tuntutannya itu terpaksa dipotong. Takkan lelaki itu tak baca e-mel yang dihantar? Tapi walau apa pun masalah lelaki itu, seharusnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Bukan menyerang orang melalui panggilan telefon macam tadi. Suka-suka saja nak marah dan tengking-tengking. Huh.... Satu keluhan berat dilepaskan bagi membuang rasa geramnya saat ini. Mana hilangnya rasa seronok yang sebentar tadi bermukim dalam hatinya? Mana?

11

Miss XL

Bab 2
AK guna! Siot! Azki menyumpah sambil melempar telefon bimbitnya ke atas meja. Dia belum habis bercakap, talian sudah dimatikan. Beraninya perempuan tu! Kalau aku jumpa, memang siap! Memang silap besar kalau nak cari pasal dengannya. Netbook di atas meja ditutup dengan kasar. Dia bingkas daripada duduk, langkahnya menuju ke balkoni. Dia mahu menenangkan dirinya yang kepanasan. Dia fikir tuntutannya hanya salah bayar, rupa-rupanya telah dipotong dengan sengaja. Memang dia tak boleh terima. Sebenarnya bukan baru kali ini saja dia perasan, bayaran yang masuk ke dalam akaunnya berkurangan daripada apa yang dia tuntut. Sudah banyak kali tapi dia tak punya masa nak tanya mengapa tuntutannya jadi begitu. Setelah mendengar penjelasan daripada perempuan yang bodoh itu, terus saja suhu kemarahannya meningkat. Dia rasa tercabar. Melampau! Suka-suka nak potong claim aku!

12

Rina Farizq

Azki melepaskan keluhan. Kalau saat ini dia berada di pejabat, memang dia sudah bersemuka dengan perempuan yang bodoh itu. Namun, sebentar tadi siapa sangka dia sempat tenggelam dalam kelunakan suara milik perempuan itu. Suara yang kedengaran sungguh lembut sekali. Buat dia terdiam sebentar dan hilang punca. Rasa senang mendengarkan suara yang lembut itu. Entah macam mana rupa tuan punya suara itu. Secara jujur, dia tak berniat nak marah apatah lagi menengking tetapi mendengarkan suara di talian semakin lembut dan lunak, dia harus bertegas. Memang enak didengar namun, dia tak mudah terpesona. Telefon berbunyi namun, dibiarkannya untuk seketika. Tanpa dilihat terlebih dahulu siapa pemanggil itu, dia sudah dapat meneka. Siapa lagi kalau bukan Arsyida? Tak pun Si Shahril, teman baiknya merangkap budak pesanan Arsyida. Untuk seketika, telefon berhenti berbunyi. Dia tersenyum. Senang dapat membiarkan keadaan jadi begitu. Dia pasti Arsyida akan sakit hati. Aku peduli apa! Akhirnya dia melangkah masuk ke dalam bilik semula. Hasrat untuk menyambung tidur tidak kesampaian apabila bunyi telefon terus mengganggunya. Nak tak nak dia terpaksa juga menjawabnya. Yes? soalnya sambil melangkah semula ke balkoni. Sengaja mahu orang yang menelefonnya dengar bunyi persekitaran luar kondonya itu. Senanglah kalau nak menipu, kata dia sedang buat kerja luar. Azki, where are you? Suara tegas itu sedikit pun tak menakutkannya. On the way to meet my client. Always with the same reason! Azki tersenyum. Dia tahu si pemanggil tidak bodoh.

13

Miss XL

Tahu alasan yang diberikan tidak berjaya membuatkan si pemanggil itu percaya tapi, dia tak kisah. Dia memang suka ulang alasan yang sama. Since youre the only one not working today please pick up Emili at the airport today at three pm. What?! jeritnya. Ah... ni yang aku kisah! Kenapa mesti aku? You heard what I said. Please be punctual, dont be late. Kesian dia nanti. Hai... teksi melambak, bukan dia tak boleh balik sendiri! Fetch her or else youll regret it! Is that clear, dear? Serentak itu Azki mematikan talian. Dia mendengus, geram. Ini yang dia cukup tak suka. Main gertakgertak! Memang dia tak takut pada gertakan itu tetapi dia terpaksa menurut sebelum sesuatu terjadi kepadanya. Arsyida pernah membekukan semua kemudahan yang dia ada termasuk menarik semula kereta sport kesayangannya kerana kegagalannya mematuhi perintah perempuan itu. Ada kalanya dia terpaksa akur dan tak dapat mengelak. Memang kejam! Sengaja gunakan kelemahannya itu untuk membuatkan dia terpaksa menurut. Arghhh! Jeritnya sekuat hati di balkoni itu. Mahu buang rasa geram dan sakit hati. Hari ini saja, berkali-kali dia menahan sakit hati. Semuanya kerana perempuan! Menyusahkan orang. Ni satu lagi perempuan yang tak cukup sifat aku kena hadap!

14

Rina Farizq

AZKI hanya memerhatikan Emili yang sendirian memunggah bagasinya ke dalam boot kereta. Tanpa melihat reaksi gadis itu, dia pasti Emili sedang membebel sendirian dan siap buat muka. Mungkin sedang mengeji dirinya. Hmmm... ingat aku tak tahu yang kau suka mengata dan buat muka? Dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu. Mama kata dia yang nak datang... ujar Emili sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Tanpa menoleh kepada empunya suara itu, Azki terus menekan pedal minyak. Kau ingat, apa yang dia kata semuanya akan jadi kenyataan ke? Kau lupa ke yang dia tu hanya pandai berjanji aje? Aku yang jadi mangsa! Macamlah kau tu cacat nak berjemput! selar Azki tanpa sedikit pun menoleh kepada gadis di sebelahnya itu. Tiada apa yang menarik pada gadis itu kalau ditatap lama-lama. Baginya, gadis itu biasa-biasa saja. Pakaian pula menyakitkan mata. Bukan dia nak sangat tengok gadis itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat tetapi cukuplah kalau sehari tidak mengenakan T-shirt dengan jean lusuh dan buruk. Serupa macam gadis berpelesiran. Nama saja belajar hingga ke oversea tetapi pakaian entah apa-apa. Seketika suasana di dalam kereta sepi. Dibiarkan saja Emili, ibarat hanya Azki seorang saja yang ada di dalam kereta itu. Dia tak mahu peduli langsung kerana baginya dia datang dan menjemput pun sudah cukup baik. Namun, dia terpaksa juga mengerling kepada Emili yang kini mengganggu perhatiannya. Kelihatannya Emili begitu leka melayan permainan Angry Birds melalu iPad yang dipegangnya. Siap ketawa dan mengomel sendiri. Hish... tak kena pulak. Nanti kau!

15

Miss XL

Itulah ayat yang diulang-ulang tanpa jemu oleh Emili. Nak main tu main ajelah. Mulut jangan bising! Aku tak suka orang memekak masa aku drive. Sengaja dia berkata begitu untuk membakar perasaan Emili. Biar gadis itu tahu yang dia memang sampai sekarang tidak senang atau pendek kata menyampah melihat Emili. Alah, itu pun nak berkira... bisik Emili sendiri namun, Azki masih dapat mendengar dengan jelas. Dia belum pekak! Aku tak suka orang mengganggu masa aku drive. Ganggu apanya? Cuit pun tak. Kau ni belajar aje sampai ke oversea tapi bodoh, kan? Serentak itu dia menjeling Emili. Sengaja mahu melihat reaksi gadis itu. Ternyata Emili memberikan jelingan yang cukup tajam. Dia tersenyum sinis, senang melihat gadis itu sakit hati dengan ayatnya sebentar tadi. Rasakan! Gangguan tu tak semestinya melalui sentuhan. Bunyi bising pun satu gangguan, sambungnya lagi dan kali ini Emili mencebik. Itu tak boleh, ini tak boleh! bentak Emili perlahan. Ini kereta aku. Kalau kau tak suka, aku boleh berhentikan kau tepi jalan. Bukan Azki tak tahu yang kini Emili sedang merenung tajam kepadanya. Malah, makin dia buat muka sombongnya. Biar gadis itu semakin panas dengannya. Dia mengulum senyum, senang apabila gadis di sisinya itu menutup iPad. Rasa kemenangan berpihak kepadanya. Dijeling sekilas untuk melihat reaksi Emili lagi. Kini, gadis itu berpeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.

16

Rina Farizq

Sebaik sahaja mereka tiba dan belum pun sempat enjin kereta dimatikan, Emili keluar dan menutup pintu kereta dengan kasar. Sekali gus mengejutkan Azki yang masih ada di dalam kereta. Lalu dia turut sama keluar dan menjerit pada Emili. Haaa... baguslah tu perangai! Macam tu ke perempuan? Emili mencebik, tidak menghiraukan Azki yang meninggikan suara saat ini. Terbit pula rasa menyesal sebab tidak tanggalkan terus pintu kereta milik lelaki itu. Kalau tanggal, barulah betul-betul ganas! Dia melajukan langkah tanpa mempedulikan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu. Baginya, Azki adalah seorang lelaki yang paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Tak tahu kenapa, semakin hari semakin tebal rasa menyampah dan benci terhadap lelaki itu. Sudahlah kasar, perasan bagus pulak tu! Ingat, kau sorang aje lelaki dalam dunia ni ke? Excuse me... ada puluhan juta lelaki yang lebih baik daripada kau la! Oi! takkan nak tinggal barang kau kat boot kereta aku macam tu aje? Kalau kau tak nak, kejap lagi aku campak kat longkang! Jeritan Azki sekali lagi buat Emili bengang. Arghhh!!! Emili mengetap bibir, menahan geram. Dia berpaling dan melangkah semula ke arah kereta tanpa mempedulikan pandangan Azki ketika ini. Kau jangan nak main hempas boot kereta aku tu. Karang aku tak jamin kalau kau tak dapat masuk rumah dengan selamat! Serentak itu Emili memandang Azki yang sedang merenung tajam ke arahnya. Entah mengapa tiba-tiba dia berasa gerun dengan ugutan itu. Nak-nak apabila lelaki itu

17

Miss XL

merenung dengan tajam, seolah-olah serius dengan ayat yang dilontarkan sebentar tadi. Pernah dulu dia mengabaikan ugutan Azki, sudahnya habis satu rumah dia dikejar oleh lelaki itu. Siap main tarik-tarik baju lagi. Begitulah ganasnya Azki suatu ketika dulu, langsung tak nak mengalah atau memberi muka kepadanya. Apa saja yang dia buat mendapat perhatian lelaki itu. Bukan dapat perhatian yang baik-baik tetapi, perhatian yang lelaki itu berikan menyakitkan hati. Setelah mengeluarkan bagasinya dengan penuh lemah gemalai lagi bersantun, boot kereta ditutup dengan cukup berhati-hati. Sengaja nak beri muka kepada Azki yang masih memerhatikannya. Puas hati? Soalnya kepada Azki yang hanya memandang kepadanya. Azki tidak bersuara tapi masih seperti tadi. Memerhatikannya macam dirinya itu penjenayah. Kali ini dia mengayun langkah lebih pantas daripada tadi. Tak mahu lama-lama bersama lelaki yang menjengkelkan itu. Oi! Kau tu masuk rumah orang Melayu. Dah tak reti-reti nak bukak kasut? Duduk oversea baru empat tahun, dah lupa diri! Sindiran Azki buat Emili tersentak, terus mati langkah yang sedang diayun. Serentak itu dia menunduk, memandang kakinya. Hish... macam mana boleh silap ni? Tanpa sedar, dia sudah masuk ke dalam rumah dengan berkasut. Sebab nak cepat sangat mengelak daripada lelaki itu, sampai terlupa nak menanggalkan kasut terlebih dahulu. Tentu Azki sedang tergelak! Dia berpatah semula ke muka pintu. Buat muka selamba, konon tak rasa apa-apa. Tanpa melihat lagi ke arah Azki, dia membuka kasut dan terus masuk semula ke dalam

18

Rina Farizq

rumah. Dia tahu Azki masih lagi berdiri di kereta sambil memerhatikannya. Nak balas pandangan lelaki itu? Tak payah! Karang ada aje yang nak dikomen. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik dan meletakkan bagasinya di tepi katil, Emili segera menjengah ke tingkap. Kereta milik Azki sudah meluncur laju keluar daripada pekarangan rumah. Entah kenapa dia jadi kesal kerana harapannya, lelaki itu akan berubah setelah sekian lama tak berjumpa. Kalau tak berubah dengan banyak, sedikit pun jadilah. Cukuplah sekadar tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan lelaki itu akan melayannya dengan baik dan mesra. Macam Abang Ishan melayannya dengan cukup sempurna. Ah... kenapa Azki tak sama macam Abang Ishan? Kenapa marah dan dendam Azki tak pernah surut?

19

Miss XL

Bab 3
ZKI mempercepatkan langkah. Ikutkan hati, dia masih mahu menyambung sehari dua bermalas-malas di rumah. Tidak mahu jejak ke pejabat pada waktu ini. Namun, berita yang Shahril sampaikan malam tadi benar-benar buat dia terbakar. Dia tahu ini angkara Arsyida. Siapa lagi kalau bukan perempuan kejam itu? Ketika dia menolak pintu utama pejabat, dia terpandang seorang perempuan gemuk sedang berjalan melintasi ruang reception. Ia membuatkan dia teringat sesuatu namun, kerana malas untuk berfikir dia teruskan saja langkahnya menuju ke bilik Arsyida tanpa meminta kebenaran Maisara, setiausaha Arsyida. What are you trying to do? soal Azki dengan keras. Arsyida yang sedang berdiri menghadap keluar tingkap tidak segera menoleh kepadanya. Is that true what Shahril told me? Arsyida menoleh dan tersenyum megah.

20

Rina Farizq

Azki bencikan senyuman itu. Yes, jawab Arsyida pendek sebelum duduk di kerusi. What is your game, Puan Arsyida? Is it a problem when company gives you a secretary? Secretary? ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy? I dont need a secretary! Tegas Azki. Yes, you do. What for? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa aje yang aku buat? Cuba pandang dari sudut positif. Youre too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary... tiada lagi alasan terrr... lupa kerana terrr... lalu sibuk menguruskan kerja sendirian. Thanks a lot! Sengaja Azki mengucapkan ayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengar alasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodoh itu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali mereka bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik namun, dia tidak bodoh untuk menerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakan sesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pasti merencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka ada orang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerja sendiri. Azki, make sure you treat her well. Shes a good girl.

21

Miss XL

Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arah Arsyida, dia membalas dengan sinis. Of course! I will. Kemudian dia menghempas pintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti, dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah! Tekadnya sudah membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuah dapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentu setiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akan datang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalau cantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya. Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambut tetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macam tu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengadaada. Naik kepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendeng saja. Lebih-lebih lagi kalau punya paras rupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan, rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia tak berkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi, pandang pun tak sudi. Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!

ARSYIDA mengeluh perlahan. Begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengan kasar dan biadab. Rasa hormat Azki

22

Rina Farizq

kepadanya sudah tidak ada. Mujur saja dia berkuasa. Jika tidak, tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, dia tetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Tak perlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akur juga kerana lelaki itu bergantung hidup kepadanya. Dia pasti, kalau bukan kerana bayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pasti sudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki dengan bayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada di syarikatnya. Itulah silapnya. Sepatutnya dia meletakkan syarat bukan hanya untuk bekerja sahaja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasama antara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawab Azki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakan kesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadir mesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain, dia kagum kerana Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azki pernah katakan kepadanya dulu. You tell me... mana satu yang lebih baik. Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkan pelanggan besar in one shot tapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang? Ya, tidak dinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perlu dia risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapi dia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidak mahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat

23

Miss XL

mendengar umpatan staf-staf yang lain tentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih dan membiarkan lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerja secara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perlu ambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu. Arsyida tersenyum sendiri. Tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azki ketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tetapi nakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak. Azki never change!

PUAS Emili mencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya di dalam beg sandang dan di dalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ. Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, tak juga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tidak tahu nak cari di mana lagi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Takkanlah tertinggal dalam kereta orang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Menyampah dan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya daripada Azki, tentu payah. Takkannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon kepadanya. Memang mimpilah Azki nak buat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melalui pagar rumah. Ah... jahanamlah jawabnya phone aku tu! Macam manalah aku boleh cuai sangat ni? Dia mengeluh. Kecewa. Banyak sangat benda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu.

24

Rina Farizq

Takkan nak dibiarkan begitu saja? Terpaksa juga dia cari jalan untuk mendapatkan semula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini, telefonnya itu sedang digodek oleh Azki. Ah! Kenapalah aku bodoh sangat tak letak password? Dia menggenggam rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!

AZKI tersenyum puas. Dibiarkan saja telefon itu berderingdering sejak semalam. Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untuk memulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedang meroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless! Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat kat badan, memang boleh jumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emili yang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihat gadis itu dengan selamba tertinggal baju dalamnya yang dilipat di hadapan televisyen. Tak tahu malu langsung! Kau ingat aku suka sangat ke nak tengok nasi lemak lima puluh sen kau ni? Kau ingat kau sorang aje yang duduk dalam rumah ni? soalnya sambil menolak baju dalam tersebut dengan hujung kakinya. Ada aku kisah? Siapa suruh tengok kalau tak suka? sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan baju dalam miliknya yang berwarna hitam itu. Kau ni nama aje perempuan, tapi tak tahu malu. Semua benda kau nak tunjuk ke?

25

Miss XL

Kau pun sama! Dah dua puluh tahun pun, boxer masih suruh Mak Eton yang basuh! Hei... geli! sahut Emili tak mahu mengalah. Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yang muda empat tahun daripadanya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memang selalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut kepadanya. Bukan sekali dua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itulah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik sahaja dia ada wang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ah... keluhan dilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksa tunduk kepada perempuan bernama Arsyida. Sebaik sahaja memarkir kereta, telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir harta benda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpun berkemeja, dia masih gemar mengenakan jean. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada di depan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejut dan nak pengsan pun ada. Namun, untuk berpatah semula sudah terlambat apabila tibatiba sahaja Arsyida menghampirinya dari belakang. Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary. Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Azki tiada pilihan, terpaksa mengekori langkah

26

Rina Farizq

Arsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin dia merasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuan lain ke yang boleh dijadikan setiausahanya?

27

Miss XL

Bab 4
ATA Aime membulat sebaik sahaja melihat lelaki yang berjalan mengekori Arsyida itu. OMG! Ah... macam mana ni? Agak-agak kalau sembunyi bawah meja ni sempat tak? Cepat-cepat Aime menunduk, cuba menyelitkan badannya di bawah meja sepantas yang mungkin. What are you doing? Pertanyaan itu membuatkan Aime mendongak. Baik Arsyida mahupun lelaki itu, mereka sama-sama sedang menjengahnya. Kantoi! Nampak juga ke? Dia tersengih seketika sebelum menelan air liurnya sendiri. Hai Aime, bodohnya kau. Kau ingat, kau dapat sembunyikan badan kau yang besar gedabak tu ke? Saya... cari pen yang jatuh. Alasan itu boleh pakai kut? Entah, dia tidak tahu. Yang pasti renungan lelaki itu semakin tajam. Perlahan-lahan dia bingkas dan berdiri tegak. Dia yakin, lelaki itu tentu kenal dengan dirinya apabila lelaki itu tidak berkedip merenungnya.

28

Rina Farizq

Ah, renungan lelaki itu sangat menakutkan. Sama seperti sebelum ini! Ketika Aime diperkenalkan kepada lelaki itu, dia sudah merasakan yang masa depannya semakin gelap. Lelaki itu tentu tidak akan melepaskannya begitu saja. Lihat saja pada renungan tajam lelaki itu. Memang penuh bermakna! Memang dia tahu, dia tak dapat lari lagi kali ini. Azki, be good to your secretary. Kata-kata Arsyida itu disambut dengan senyuman Azki yang cukup sinis lagi menakutkan Aime. I will! Haaa... dengar tu! Ayat dan nada lelaki itu sudah cukup jelas menerangkan yang lelaki itu pasti akan buat sesuatu kepadanya. Aime gigit bibir, sudah mula rasa takut. Alahai, kalaulah dapat putarkan masa. Tentu dia tak bertindak sesuka hati. Siapa nama kau? soal Azki sebaik sahaja Arsyida meninggalkan mereka berdua. Errr... saya, Aime. Apa? Aime. A.I.M.E. Aime siap mengeja namanya untuk lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. Ada suara, kan? Kenapa tak cakap dengan jelas? Kau ingat aku boleh dengar nama kau yang pendek tu? Aime agak terkejut apabila secara tiba-tiba lelaki itu meninggikan suara. Bertambah gemuruh dia jadinya. Belum pernah dia berdepan dengan orang yang begitu garang macam itu.

29

Miss XL

Sebenarnya nama saya panjang. Kalau saya beritahu lagilah encik susah nak ingat. Baik saya beritahu nama yang encik nak panggil nanti. Banyak cakap! Ada aku mintak kau explain? Serentak itu Aime menunduk. Terasa benar dengan bahasa yang cukup kasar itu. Tak boleh ke lelaki itu berbahasa sedikit sopan dan lembut kepadanya. Apa pun dia juga manusia, yang punya hati dan perasaan. Mahu dihormati seadanya. Marah sangat ke lelaki ni kepada aku? Berkali-kali dia bertanya kepada dirinya sendiri. Azki memang sengaja memberikan renungan yang tajam dan kata-kata yang cukup kasar untuk perempuan itu. Jangan harap perempuan itu akan dapat menerima renungan yang menggoda atau bahasa yang lembut daripadanya. Apa yang diberikan mulai saat ini, adalah yang selayaknya untuk perempuan itu. Aku tak suka orang banyak cakap, ujar Azki lantas berlalu masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, dia memandang ke arah Aime melalui dinding kaca yang memisahkan mereka berdua. Rasa janggal apabila pemandangan yang selama ini kosong tiba-tiba saja ada sebuah meja dan seorang perempuan. Gemuk pulak tu! Lama dia memerhatikan Aime, cuba mencari kelebihan yang mungkin ada. Dan, lima minit telah berlalu. Dia masih tak dapat mencari kelebihan perempuan itu. Yang dia nampak, tubuh yang besar... yang saiznya hampir sama dengan kabinet yang ada di belakang perempuan itu. Macam anak gajah! Namun, secara tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Manakan tidak, telatah perempuan itu tika ini mencuit hati.

30

Rina Farizq

Perempuan itu tidak dapat melepaskan punggungnya yang tersekat pada palang kerusi. Stupid! getusnya sendiri seraya menekan butang interkom. Serentak itu bunyi interkom di luar dapat didengar dari biliknya. Ya, encik? Kau tak pandang cermin ke? Kau perasan kau tu kurus? Errr.... Badan kau tu besar, kenapa pakai kerusi yang kecil? Baik kau tukar sebelum kerusi tu pecah pulak! ujarnya sebelum menekan semula butang interkom itu. Tanpa memandang lagi pada perempuan itu dia terus membuka lap-top yang telah tersedia di atas meja. Dia tidak peduli kalau perempuan itu terasa atau tidak dengan ayat-ayatnya tadi. Dia tidak perlu menjaga hati perempuan itu atau mana-mana perempuan yang mahu menjadi setiausahanya. Ah... kenapa Arsyida suka sangat menyakitkan hatinya? Kenapa dihantar anak gajah tu? Dah pupus ke perempuan kat dalam dunia ni? Kini, dia melirik ke arah meja yang kosong. Mana agaknya anak gajah tu pergi? Mungkin cari kerusi. Azki kembali memandang pada skrin lap-topnya. Untuk seketika dia khayal melayari laman web. Tak sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Encik nak suruh saya buat apa-apa? Pertanyaan itu mengejutkan Azki. Serentak itu dia memandang Aime yang sudah berdiri di hadapannya. Macam mana aku tak sedar anak gajah ni masuk bilik aku? Namun,

31

Miss XL

dia buat muka selamba. Mana boleh tunjuk reaksi terkejutnya itu. Jatuh standardlah nanti! Tak payah. Aku belum cacat, boleh buat sendiri kerja-kerja aku! balasnya sambil memberikan perhatiannya pada skrin lap-topnya semula. Memang dia bercadang nak memboikot perempuan itu. Biarkan perempuan itu duduk tanpa buat apa-apa sampai perempuan itu bosan dan akhirnya berhenti. Macam mana kalau perempuan tu tak berhenti? Tahulah nanti dia nak buat sesuatu yang lebih kejam. Encik, saya minta maaf kalau encik masih marahkan saya. Ayat itu buat Azki terhenti daripada memandang laman web namun, tidak pula dia mengalihkan pandangan. Dia masih juga memandang skrin lap-top walaupun sekarang ini tumpuannya tidak ada di situ. Maaf? soal Azki sambil meleretkan nadanya. Pertama, pasal saya jadikan encik boyfriend saya hari tu. Sumpah, saya bukan ada niat nak buat macam tu tapi sebab saya... Itu memang aku tak boleh terima! potong Azki sambil merenung tajam sekali gus buat Aime terkebil-kebil memandangnya. Ketika itu Azki dapat lihat sepasang mata yang cantik. Ya, dia dapat lihat ketika ini yang mata Aime cantik. Bersinar! Namun, dia cepat-cepat menyedarkan dirinya sendiri. Dia berdeham sebelum meneruskan bicara. Kau ingat aku tak ada taste ke? Suka hati aje nak panggil aku baby! Apa hal nak baby-babykan aku? Ah! Memang dia tak boleh melupakan detik dipaut

32

Rina Farizq

oleh perempuan gemuk itu secara tiba-tiba. Memang terkejut habis sampai tak terkata dia waktu itu. Memang mati-mati dia ingat perempuan gemuk itu perempuan gila! Tapi melihatkan perempuan gemuk itu seakan-akan mempunyai agenda, dia yakin perempuan itu sedang mempergunakan dirinya. Ah, tak pasal-pasal sahamnya jatuh dengan mudah. Satu syarikat pasti tahu yang kini kekasihnya adalah perempuan gemuk itu. Sukalah hati kau sekarang, ada boyfriend yang handsome... kan? So, satu company dah tahulah yang aku ni boyfriend kau... hah?! herdiknya dengan geram dan serentak itu Aime buat muka sedih sebelum menunduk memandang lantai. Ingat dia boleh termakan tengok muka sedih macam tu? Tak mungkin! Itu saya tak pasti... tapi sebenarnya saya tak tahu pun encik ni... Yang aku ni Marketing Manager kat sini? Kau tak perasan ke muka kawan-kawan kau yang terkejut hari tu? Oh... tentu kau ingat, kawan kau terkejut sebab tak sangka kau ada boyfriend handsome... hah? Manalah saya tahu.... Lirih saja Aime menjawab tapi belum cukup kuat menggugat perasaan Azki. Hatinya yang masih sakit itu belum sembuh pun. Kau ni memang perasan! Kau tak kenal aku siapa ke? Serentak itu Aime menggeleng perlahan. Hati Azki bertambah panas. Silap dia juga. Dia jarang-jarang masuk pejabat, tentu saja pekerja baru macam Aime tidak kenal dengannya.

33

Miss XL

Sekarang, apa lagi yang kau nak cakap? soal Azki dengan keras. Saya nak minta maaf juga pasal claim. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya dan ikut prosedur. Saya bukan suka-suka nak potong claim encik. Pengakuan itu buat Azki tersentak. Patutlah sejak tadi dia seakan-akan mengenali suara perempuan itu. Tibatiba rasa sakit hatinya semakin menjadi-jadi. Bagus... kau serah diri! Tak perlu aku cari orang yang kerja tak pakai otak tu! Tak sangka, dia dipertemukan dengan perempuan itu. Cukup mudah! Sebenarnya dia bukan terlupa untuk bersemuka dengan orang yang memotong tuntutannya tetapi tidak punya kesempatan sahaja. Dia menutup dengan kasar laptopnya sambil bangun dan mendekati perempuan itu. Saat ditatap wajah yang semakin keruh itu, hatinya membuakbuak rasa marah. Namun, dia tidak seharusnya melepaskan kemarahannya begitu saja. Perlu dia balas dengan sewajarnya. Kini, dilihatnya Aime mula resah dan serba salah. Mungkin kerana takut dengan renungannya yang tajam. Kemudian perempuan itu menunduk saja tanpa memandang kepadanya lagi. Tak sanggup agaknya mahu menatap wajahnya saat ini. Kau tahu apa kriteria yang harus ada pada seorang setiausaha? Azki memulakan pertanyaan. Tanpa memberi peluang kepada Aime untuk menjawab, Azki laju sahaja meneruskan bicara. Kriteria yang harus ada pada seorang setiausaha adalah perlu mengetahui pelbagai kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif. Termasuklah kemahiran

34

Rina Farizq

berkomunikasi yang baik supaya senang berurusan dengan orang ramai. Selain itu, harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan setanding majikan supaya pandangan dan pendapat boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat. Dan yang paling penting... paling penting! Seorang setiausaha itu perlu berpersonaliti unggul di tempat kerja. Aku ulang sekali lagi, berpersonaliti unggul! Azki memberikan pandangan yang cukup sinis. Sengaja mahu menyindir fizikal yang dimiliki oleh Aime. Ketika itu Aime sudah mempamerkan wajah yang cukup sedih. Dia tahu perempuan itu sudah cukup terasa, tetapi dia peduli apa! Dan kau tahu apa pula tanggungjawab dan tugas seorang setiausaha? Aime hanya mengerutkan dahinya. Azki sudah agak. Aime memang tak tahu apa-apa. Yang perempuan itu tahu hanya potong tuntutan orang! Setiausaha bukan setakat penerima arahan ketua, menyediakan minuman setiap pagi, membersihkan pejabat dan menguruskan segala urusan pejabat. Tetapi, seorang setiausaha harus berperanan sebagai penjaga ketua, pemikir, penapis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat. Setiausaha juga harus kuat menyimpan rahsia. Apatah lagi kalau ia berkaitan dengan rahsia pejabat dan juga hal peribadi ketuanya. Tapi kau jangan risau, aku tak harap pun kau akan buat semua itu untuk aku sebab aku tahu yang kau belum tentu dapat melakukannya. Sekali lagi Aime menunduk memandang lantai. Azki mendengus perlahan. Asyik pandang lantai!

35

Miss XL

Entah apa yang menarik pada lantai biliknya itu, dia pun tak tahu. Aku nak kau dengar baik-baik arahan aku. Kau tak perlu sibuk-sibuk tentang diri aku. Dalam erti kata yang lain, jangan jadi penyibuk! Faham?! Keras dia bersuara dan Aime cepat-cepat mengangguk. Dan sekarang ni tugas kau, cari balik resit, bil atau apa saja yang berkaitan dengan claim yang kau potong hari tu. Lepas tu aku nak kau pergi Finance Department dan cari balik claim aku yang kau potong tu. Pastikan semuanya dibayar semula. Settlekan hari ini jugak. Kalau tak, kau bermalam kat sini! Arah Azki. Serentak itu Azki kembali semula ke mejanya dan menarik semua laci. Pandangan tajam diberikan kepada Aime yang tercengang melihat laci yang terbuka itu. Padan muka!

AIME mengetap bibirnya. Geram! Marah, benci dan kecewa. Semuanya bercampur jadi satu. Sampai hati Azki melemparkan kata-kata yang cukup berbisa kepadanya. Mentang-mentanglah dia tak secomel Selena Gomez, tak seseksi Jennifer Lopez, suka hati saja kutuk dirinya. Buruk sangat ke aku ni? Aku bukan teruk sangat pun, cuma gemuk sikit aje! Kalaulah bukan kerana dia seorang yang penyabar dah lama dia angkat kaki. Tapi tak mungkin dia beralah begitu saja. Lagipun dia baru beberapa jam bersama Azki, tak sampai pun satu hari lagi. Nanti satu syarikat ni akan gelakkannya, nak-nak Farah dan Sheera. Terpaksa jugalah dia memulakan tugasnya. Pencarian bermula! Habis semua laci diselongkar.

36

Rina Farizq

Banyak betul khazanah yang Azki simpan. Macam-macam ada di dalam laci ni. Yang tak ada cuma beruang dan harimau. Memang payah nak mencari resit atau bil di dalam laci tu. Sudahnya, dia bukan buat apa yang disuruh tapi mengemas laci yang bersepah dengan bermacam benda itu. Selagi tak kemas, macam mana nak jumpa resit dan bil. Baru kemas laci, letihnya macam orang panjat gunung. Dalam mengemas tu sempatlah dia membelek harta karun milik Azki. Banyak juga kad dan hadiah yang masih berbalut tidak dibuka. Melihatkan saiz kotak hadiah yang masih berbalut, dia pasti isinya adalah pen, penyepit tali leher. Tak pun cincin berjenama terkenal. Tapi yang peliknya, kenapa hadiahhadiah itu tidak dibuka? Simpan aje dalam laci ni buat apa? Tak tahu nak menghargai pemberian orang, sombong! omelnya sendirian sambil menyusun semula kad dan hadiah-hadiah yang bersepah. Mujur saiz laci itu agak besar, memang boleh sumbat semua benda-benda itu. Kau tengah berdoa untuk aku ke? Aime terkedu. Terkejut sebenarnya apabila suara itu bergema di dalam bilik itu. Agak lambat dia mendongak untuk melihat Azki yang tiba-tiba muncul di sini. Pertanyaan berbaur sindiran itu buat Aime kehilangan kata-kata untuk menjawab apatah lagi melihatkan renungan Azki yang tajam. Mata pisau pun tak setajam renungan lelaki itu. Nasib baik dia duduk bersimpuh di lantai. Kalau sedang berdiri, tentu sudah jatuh terjelepok. Tak tahan dengan panahan mata yang tajam menikam sanubari itu. Secara jujurnya, lelaki itu sangat tampan. Walaupun tanpa senyuman. Aime segera menyelitkan rambutnya yang panjang

37

Miss XL

melepasi bahu itu di tepi telinga apabila terasa ia mengganggu pandangan. Rambutnya semula jadi lembut, licin berkilat macam orang yang buat teknik rebonding... mudah sangat jatuh dan menutup muka. Tak mahu kerana rambut, terganggu penglihatannya ketika ini. Dia mahu lihat lelaki itu dengan lebih dekat. Azki lelaki paling tampan yang dia pernah jumpa. Patutlah staf perempuan di sini selalu sebut nama Azki. Rupa-rupanya lelaki itu memang benarbenar memikat. Sudahlah tampan, kulit putih merah, tinggi, tubuhnya nampak tegap dan sasa. Tolong alih kedudukan kau ni. Aku nak jalan pun tak boleh. Menghalang laluan, ruang luas jadi sempit. Aduh, sadisnya! Terseksa batin Aime mendengar keluhan lelaki itu. Kalau tak suka dia menghalang laluan, tak payahlah suruh dia cari resit dan bil. Dia bingkas dan beralih ke tempat agak jauh daripada ruangan yang hendak dilalui oleh lelaki itu. Azki berasa kurang selesa apabila Aime memerhatikan tingkahnya. Sampai nak cari fail terasa macam mencuri pula. Dia membuka kabinet di belakang tempat duduknya. Fail yang dicarinya, dicapai dan sebaik sahaja dia berpaling, dilihatnya Aime cepat-cepat memandang ke arah lain. Mungkin tak mahu dia tahu yang perempuan itu sedang memerhatikan gerak-gerinya. Jumpa resit? Sengaja Azki menyoal. Ada... tapi mungkin ada lagi dalam laci tu, balas Aime. Kalau kau jadi aku, kau ingat aku ada masa nak selongkar laci cari resit macam ni? Aku ada banyak kerja lain nak buat daripada buang masa macam tu. Kalau ada yang cari aku, kata aku jumpa client.

38

Rina Farizq

Aime diam tidak berkutik. Matanya sahaja yang memandang wajah Azki. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? sergah Azki, mahu menghentikan tingkah Aime itu. Dengar, encik! jawab Aime dengan pantas. Tanpa menunggu lama, Azki segera berlalu. Tak ada apa yang boleh membuatkan dia berlama-lama di situ. Aime hanya mengiringi langkah Azki dengan ekor matanya. Betul ke nak jumpa klien? Entah-entah jumpa makwe. Bukan boleh percaya lelaki macam tu. Tengok pada kad dan hadiah yang bersepah tadi tu, tentu perempuan yang bagi. Dia kembali bersimpuh di lantai, mudah dan senang nak kemas laci yang bersepah. Nak berdiri tentu letih, nak duduk di kerusi milik lelaki itu tentu kurang sopan. Duduk sajalah di atas lantai ni. Lagipun dia tengok lantai di dalam bilik itu bersih dan licin berkilat. Lah... duduk lagi? Boleh tak jangan halang laluan? Karang kalau tersepak, aku yang tergolek. Serentak itu Aime mendongak, memandang sekali lagi kepada Azki yang kelihatan sedikit bengang. Dengan perasaan sebal, Aime bingkas dan beralih lagi. Memberi ruang untuk lelaki itu bergerak. Entah apa yang lelaki itu hendak ambil kali ini. Mana diari aku kat sini? Kau dah buang ke? Soal Azki sambil menyelongkar laci pertama yang telah dikemas. Bulat mata Aime melihat laci yang sudah kemas, bersepah semula. Dengan pantas Aime mendekati lelaki itu lalu menarik diari yang elok tersusun di laci pertama itu. Ni dia, encik. Aime menghulurkan diari itu kepada Azki.

39

Miss XL

Lelaki itu nampak serba salah, mungkin segan sendiri. Itulah... kelam-kabut sangat. Benda depan mata pun tak nampak! Tanpa sebarang bicara, lelaki itu mengambil diari itu dengan kasar dan terus berlalu. Aime hanya menggeleng kepala. Kerenah lelaki itu memang menguji kesabarannya. Walaupun dia sudah mengagak akan berdepan dengan situasi yang sukar namun, tak sangka lelaki itu begitu membencinya. Lihat cara pandangan mata dan ayat yang dituturkan oleh Azki, jelas menunjukkan lelaki itu benci terhadapnya. Kali ini dia tidak duduk di atas lantai lagi tapi duduk di kerusi milik lelaki itu. Lantaklah kalau nak dikata kurang sopan. Yang penting, mudah dia nak beralih kalau lelaki itu mahu masuk semula di ruangan ini. Setelah menyelesaikan arahan Azki tadi, dia berkemas-kemas untuk pulang. Namun, telefon pejabat berdering, memaksa dia mengangkat gagang telefon. Claim aku dah siap? Tiba-tiba dia disergah begitu. Kus... semangat! Mahu terlompat dia dibuatnya. Errr... dah encik. Pembayaran akan dibuat esok. Kau rasa senang nak buat claim tu? Senang! Kalau simpan dengan baik semua resit yang ada! Tak menyusahkan aku nak selongkar khazanah kau tu! Mahu saja dia berikan jawapan itu. Tapi membantu ke kalau dia jawab begitu? Tentu makin naik angin lelaki itu. Tak, encik. Tahu pun! Lain kali kalau buat kerja, pakai otak! Kau ingat aku diam sebelum ni, aku tak tahu bayaran claim aku kurang? Kau ingat aku tak check? Kau tahu tak yang aku

40

Rina Farizq

claim balik tu sebab aku dah guna duit aku. Kalau aku guna duit kau, tak apalah. Aku pun tak kisah kalau kena tolak. Dan selepas itu makin panjang Azki membebel hinggakan dia naik letih mendengarnya. Malah, ada ketikanya dia menjarakkan sedikit telefon daripada telinga. Aduh, tak sanggup nak dengar! Membebel satu hal, siap menjerit pula tu. Bila nak habis ni? Teruknya apabila lelaki membebel!

41

Miss XL

Bab 5
IKA dulu Aime bersemangat untuk ke tempat kerja, sekarang tidak lagi. Kalau boleh setiap kali dia bangun pagi, dia mahu tidur semula. Tak mahu masuk ke pejabat! Sekarang semua orang sudah tak berani nak berbual mesra sangat dengannya. Semua orang kata, dia girlfriend Azki. Mana boleh nak dekat-dekat selalu, nanti Azki marah dan naik angin. Ah, itu satu lagi masalah. Tak tahu macam mana dia nak membetulkan masalah yang dia ciptakan itu. Sampai sekarang, Azki marahkannya. Sudah hampir dua minggu Azki memulaukan dirinya. Azki buat dia macam tak wujud saja. Kalau bersuara pun, asyik nak menengking. Entah apa yang lelaki itu marahkan sangat pun, dia tak tahu. Besar sangat ke kesalahan dia kepada lelaki itu? Yang pelik tu, kalau tak sukakan dirinya untuk apa lelaki itu harus mengekalkan dia sebagai setiausaha? Transfer sajalah, tak pun pecat saja. Kerja sajalah sendiri. Macam yang lelaki itu kata.

42

Rina Farizq

Aku belum cacat, boleh buat sendiri kerja-kerja aku! Kini, setiap hari dia masuk ke pejabat tapi tak ada satu pun tugas yang Azki berikan kepadanya. Lelaki itu hanya duduk di dalam bilik, buat kerja sendirian. Sedangkan dia terpinga-pinga, tak tahu nak buat apa. Takkan asyik nak main game di komputer? Timbul juga rasa bosan kalau menghadap benda yang sama. Sudahnya, dia membeli bermacam-macam buku tentang bidang pemasaran. Maklumlah, kan ke dia setiausaha kepada pengurus pemasaran dan punya banyak waktu yang terluang. Adalah masa dia membaca buku dan membuat kajian tentang bidang itu. Sesekali dia mengerling Azki melalui dinding kaca. Kelihatannya lelaki itu sedang sibuk menguruskan sesuatu. Dia tak pasti apa, tapi tentu berkaitan dengan kertas kerja untuk pelanggan. Dia dapat melihat keseriusan lelaki itu ketika ini. Azki sudah tak hairan dengan keadaan sekeliling. Hanya sesekali saja lelaki itu melakukan regangan otot dengan melentokkan kepala ke bahu kiri dan kanannya. Menguakkan tangannya ke belakang dan berdiri seketika sebelum duduk semula. Tu la, sombong sangat! Tak nak minta bantuan aku. Kalau tak, tentu kau tak penat macam tu. Tentu saja dia akan membantu lelaki itu dengan sukarela. Dia kembali menghadap buku yang ada di hadapannya itu. Sesekali dia mewarnakan isi-isi penting dan cuba memahamkan mengikut fahamannya sendiri. Pintu bilik tertutup kuat, mengejutkannya. Dilihatnya Azki terus saja melangkah pergi tanpa pamitan. Jangan kata pamitan, nak pandang pun tidak. Tentu lelaki itu mahu pulang, tak pun jumpa kekasih. Ah... macam manalah

43

Miss XL

rupa awek dia ek? Mesti cun! Tentu kurus dan cantik macam model. Tak mungkinlah lelaki itu nak berkasih dengan perempuan yang gemuk macam dirinya. Tentu buat malu saja. Serentak itu dia terdengar bunyi deringan telefon namun, tak jadi dia hendak mengangkat gagang telefon apabila bunyi deringan sayup-sayup kedengaran. Dia yakin yang deringan itu bukan datang dari tempatnya. Lalu, dia membuka pintu bilik Azki dan ternyata deringan telefon itu memang datang dari bilik itu. Lantas, dia mendekati meja Azki tetapi tidak jadi juga mengangkat gagang telefon pejabat apabila terpandang telefon bimbit di atas meja bernyala dan bergerak-gerak. Dia pasti telefon itu milik Azki. Tertinggallah tu! Cuai betul! Helo? Dia menjawab panggilan itu. Bimbang kalau terlepas panggilan yang penting buat Azki. Nanti kena marah pula sebab kerja tak pakai otak. Tak boleh buat kerja semudah itu. Siapa tu? Ini telefon Azki, kan? Suara milik seorang perempuan kedengaran di hujung talian. Ya, ini telefon dia. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Dia ada tak? Anyway you are... Errr... saya Aime. Saya secretary dia. Encik Azki dah balik. Ada yang boleh saya bantu? Oh, thank god! Boleh tolong? Tolong apa, ya? Hantarkan telefon dia yang tertinggal ke rumah. Dia memang selalu macam tu, asyik tinggal barang aje.

44

Rina Farizq

Boleh, kan? Lagipun senanglah kalau dia nak jawab panggilan yang penting nanti. Oh... boleh. Tak ada masalah. Memang dia tiada masalah untuk lakukan itu semua memandangkan dia memang patut berbuat demikian. Susahlah kalau nanti ada panggilan penting buat Azki kalau telefon itu tidak dihantar ke rumah lelaki itu.

KENAPA lambat hari ni? Selalu balik awal? Soalan itu tidak mampu Aime jawab. Sebaliknya terus saja dia merebahkan badan di atas sofa. So, hows your day today, Miss Secretary? Sekali lagi Farid menyoal. Tired! jawab Aime pendek. Dipandang saja Farid yang ketawa. Memang ayahnya itu seorang yang mudah ketawa. Kadang-kadang perkara yang tak lucu pun boleh buat dia ketawa. Takkan hari ni bos baru bagi kerja pulak? Kan ke biasanya Aime goyang kaki aje? Memang tak ada kerja tapi, penat sebab cari alamat rumah. Ayah tahu, kan orang ni baru aje balik duduk JB ni, manalah tahu jalan-jalan kat sini. Yang orang tahu, jalan pergi dan balik dari rumah ke office aje. Aime melepaskan keluhan sambil memandang ayahnya yang tersengih. Dia memang letih sebab cari alamat rumah Azki semata-mata nak pulangkan telefon yang tertinggal. Hai, secretary nak apa tu dengan bos sampai cari ke rumah? Tiba-tiba Fads menyoal.

45

Miss XL

Adik lelakinya itu baru menjengahnya di ruang tamu dengan tersengih-sengih. Secretary gemuk macam tu la. Kalau cun dan kurus, bos yang datang ke rumah cari kita! Hai, orang gurau pun nak terasa. Emo pulak hari ni, selar Fads sambil duduk di hadapannya. Aime mengeluh. Bukan sengaja nak emo, tapi kecewa sebab dapat bos yang tak peduli dan kasar. Kenapalah sampai sekarang Azki marah dan bencikannya? Dia dapat merasakan yang lelaki itu bencikan dirinya kerana dia gemuk. Keluhan dilepaskan. Kalau dia tahu, tak dinaikkan gaji dan diserapkan ke bahagian pemasaran pun tak apa. Dia lagi seronok dengan kerjanya di bahagian kewangan sebelum ini. Should I quit? Akhirnya Aime menyoal perlahan. No! Serentak Farid dan Fads menjawab. Tapi orang rasa bos orang tu tak suka dan benci dengan orang. Maybe because Im fat! balas Aime. Memang dia dah lemah nak kerja dengan lelaki bernama Azki itu. Dia tak tahu apa lagi nak buat supaya Azki tak marahkannya lagi. Jangan putus asa dan berapa kali ayah pesan... jangan pandang rendah pada diri sendiri. Gemuk bukan satu masalah, gemuk hanya ukuran saiz... bukan ukuran hati. Yang penting, hati kena baik. Kalau rasa bos tak suka, tak apa. Aime buat kerja dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab. Satu hari nanti mesti dia suka. Pujukan Farid buat Aime bertambah gundah. Macam mana nak buat kerja dengan baik kalau satu kerja pun tidak diberi? Apatah lagi kalau dia nak buat Azki suka kepadanya. Memang tak mungkinlah! Orang ada idea supaya bos tak benci.

46

Rina Farizq

Aime pandang Fads yang nampak bersungguh-sungguh. Entah apa ideanya tu! hati dia.

begitu

Kata orang... benci boleh jadi suka kalau kita pikat Spontan Aime mencebik. Merepek betul Si Fads ni! Nak pikat macam mana? Belum pikat pun, Azki tak sudi nak memandang. Nanti kalau dia pikat, mahu lelaki itu yang lari. Ayahnya sudah ketawa panjang. Mesti ketawakan dirinya. Lawaknya. Aime menjeling geram. Betullah orang cakap ni. Tawan hati dia, barulah dia tak marah-marah lagi, kata Fads dengan bersungguhsungguh. Ingat pikat-memikat dan tawan hati orang ni senang ke? Kalau senang, dah lama awak tu dapat abang iparlah. Lagipun takkan nak tergedik-gedik kat dia. Pleaselah... walaupun orang ni gemuk but Im not that desperate! Siapa suruh tergedik-gedik? Kalau perempuan gemuk tergedik-gedik kat orang pun, orang geli. Memang larilah jawabnya. Betul tak ayah? Kurang asam! Serentak itu Aime membaling bantal kecil ke arah Fads yang sedang ketawa. Ayahnya apa lagi, sambung lagi ketawa. Helo... buatlah cara terhormat. Layanlah dia dengan lembut, tak kiralah dia marah pun. Lepas tu, tiap pagi sediakan minuman yang sedap-sedap. Lepas ni pergi belajar dengan ibu macam mana nak buat air. Buat air selalu fail! Cadangan Fads itu disambut dengan ilai tawa Farid yang makin menjadi-jadi. Ah... ayah, entah apa-apa!

47

Miss XL

Ayah ni asyik ketawa aje. Tak kelakarlah! Rengek Aime sambil buat muka. Then, bagi surprise present. Mana tahu nanti dia okey? Akhirnya Aime diam. Cadangan Fads itu rasanya macam tak menjadi tapi sekurang-kurangnya boleh dicuba. Agak-agak berjaya ke? Kalau dia seorang yang cantik dan kurus, adakah dia akan melalui semua ini?

XL? soal Azki tak percaya. Kau tak tahu ke budak-budak kat office gelar girlfriend kau macam tu? Dia orang kata, XL kira dah cukup besar walaupun saiz sebenar dia mungkin lagi besar. Ayat Shahril yang disusuli dengan tawa kecil mula menyakitkan hati Azki. Tak tahu pulak dalam diam kau bercinta! Sekali lagi Shahril mengusik. Kau jangan nak buat aku bengang! Kau ingat, aku dah gila ke apa? Dah tak ada perempuan lain nak dijadikan girlfriend? Shahril ketawa dan bukannya lelaki itu tidak tahu cerita sebenar. Azki sudah pun bercerita apa yang berlaku kepada dirinya sejak mereka berjumpa tadi. Best apa ada secretary. Ada orang layan, tolong buat kerja, buat air kalau haus. Best? Secretary orang lain saiz XS, aku punya secretary... XL! Baik tak ada daripada ada! Orait la tu, lain daripada yang lain. Lagipun bagus

48

Rina Farizq

juga macam tu. Tak adalah kau hilang tumpuan masa bekerja. Kalau secretary kau cun sangat pun, susah. Aku takut kau pendek umur, hari-hari jantung bekerja keras... kata Shahril. Ya... memang tak hilang tumpuan tapi masuk aje office terus hilang mood! balas Azki. Memang itulah yang dirasakan sekarang. Lebih baik tak ada sesiapa di depan biliknya daripada ada tapi menyakitkan mata. Tapi aku dengarlah orang cakap, orang gemuk ni berjiwa penyayang. Prihatin dan ambil berat. Kau tak payah susah-susah jaga dia, dia yang akan jaga kau. Tak untung tu? Banyaklah kau punya untung! Aku tak perlukan orang jaga aku. Aku tengok dia jalan aje, aku yang rasa semput. Jangan satu hari nanti dia betul-betul putus nafas, sudah! Aku nak tolong macam mana? Nak angkat pun tak kuat, silap-silap dia lagi kuat angkat aku. Tapi... Si XL tu sweetlah. Aku suka juga berbual dengan dia sebab dia ni ada satu karakter yang perempuan lain tak ada. Azki pandang Shahril dengan riak tak percaya. Apa kena dengan Shahril ni? Suka dengan anak gajah tu ke? Dia jenis yang tak maintain cun macam perempuan lain. Senang kata, tak plastiklah. Lepas tu kalau kau perasan, suara dia sedap. Agaknya kalau menyanyi mesti merdu. Nanti kalau kau boring-boring boleh suruh dia nyanyi, sambung Shahril. Banyaklah! Entah-entah bila nyanyi, siling office terus runtuh. Ni aku nak ingatkan. Jangan benci sangat, nanti jadi suka.

49

Miss XL

Ayat Shahril itu buat Azki ingin ketawa. Suka? Tak mungkin! Tengok pun tak berselera, manakan datang sukanya? Eh, aku bukan macam kau. Dari XS sampai ke XL kau nak test. Aku bukan senang-senang nak sukakan orang macam tu aje. Macamlah kau tak kenal aku... balas Azki dengan bersungguh-sungguh. Tak rela dan minta dijauhkan untuk jatuh suka kepada anak gajah yang Shahril panggil Miss XL itu. Hello... aku ingatkan kau aje. Cinta tukan buta, mana kenal usia dan saiz badan. Memang kau tak senangsenang nak suka orang tapi takut nanti kau tersuka pulak kat yang XL. Orang yang memilih dan cerewet ni biasanya dapat yang lain daripada yang lain! Azki terdiam mendengar ayat terakhir Shahril itu. Hatinya jadi tak sedap. Jadi tak enak! Macam mana kalau ayat Shahril itu bakal jadi kenyataan? Takkan aku akan suka anak gajah tu? Tak ada yang menarik pun! Ada! Tiba-tiba hatinya menjerit begitu. Anak gajah, bersuara lembut dan lunak. Memang boleh buat orang melayan perasaan tapi kena tutup matalah. Kalau tak buat macam tu, memang hilang mood. Alamak, bos call. Kejap, ujar Shahril sebaik sahaja telefon berdering. Ya, Puan Arsyida? Pesanan untuk Azki? Ya, dia ada dengan saya. Serentak itu Azki menendang kaki Shahril. Geram apabila Shahril kata begitu. Ah... apa hal pulak ni? Ingat bila tertinggal telefon di pejabat, tiada yang mengganggu. Puan Arsyida bagitau, suruh kau datang rumah ambil phone kau kat sana. Dan jangan lupa pulangkan phone Emili. Eh, kau tak bilang pun budak tu dah balik? beritahu

50

Rina Farizq

Shahril sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Arsyida. Phone aku? Siapa yang hantar ke sana? Azki mengeluh perlahan, terbayang anak gajah. Tengok, kan betul aku kata Si XL tu prihatin! Sampai dihantar phone kau tu ke sana. Untung ada girlfriend yang memahami, sakat Shahril sambil tersengih-sengih. Otak kau! Ah... menyibuk betullah anak gajah tu! getusnya geram. Dahlah dia tak suka nak menjejakkan kaki ke rumah Arsyida. Tak baik panggil macam tu... tak sopan. Oh... yang korang panggil dia XL tu sopan sangatlah, ya? tempelaknya pula. Shahril tersengih kemudian ketawa. Eh, seriously... kalau XL tu tak gemuk, kau akan suka pada dia tak? Soal Shahril. Azki menggeleng. Atas dasar apa yang membolehkan dia suka pada perempuan itu? Dia gemuk ke, kurus ke... kenapa aku nak kena suka? Aku tanya aje. Tapi aku jamin, kalau XL tu kurus... ramai lelaki suka padanya. Termasuk, kau! Aku atau kau? Azki menyoal sambil tersenyum sinis. Macamlah dia tak kenal Shahril! Shahril angkat kening dan tersenyum panjang.

51

Miss XL

Bab 6
ENDIDIH perasaan Azki melihat sekumpulan staf perempuan yang berlonggok di ruang reception itu bergosip tentang dirinya. Dia berdiri dan mendengarkan saja perempuan-perempuan itu bergosip. Mungkin kerana terlalu asyik bergosip, masing-masing tak menyedari kehadiran Azki. Macam mana Encik Azki boleh jatuh cinta dengan Si XL tu? Hesy... sampai sekarang aku tak boleh terima! Rasa tak percaya yang lelaki handsome macam dia boleh terpikat dengan perempuan gemuk macam tu. Hello... perempuan lain dalam dunia ni dah tak ada ke? Farah menyatakan rasa tidak puas hatinya. Memang dia betul-betul tak boleh terima. Agaknya memang macam tu taste dia tak? Suka dengan perempuan gemuk? Dah boring kut dengan perempuan kurus dan cun macam kita ni? duga Linda sambil tersengih sendiri. Eh, entah-entah dia kena manderem dengan XL tu tak? tanya Farah dengan serius.

52

Rina Farizq

Hesy... apalah kau ni! Tak baik main tuduh-tuduh macam tu! Dosa tahu tak? sanggah Linda. Eleh, mengata aku! Kau ingat kita mengumpat macam ni tak dosa? Linda tersengih apabila ditempelak oleh Farah. Hai... dari sudut manalah sampai Encik Azki boleh syok kat Si XL tukan? sampuk Sheera. Hai... kesiannya. Handsome macam tu tapi girlfriend? Hmmm... XL, sahut Linda dan kemudian mereka ketawa bersama. Company bayar gaji untuk bergosip ke? Azki bersuara dengan agak keras. Serentak itu, perempuan-perempuan tadi berpaling dan memandang Azki dengan riak terkejut. Mereka tak sangka perbualan mereka didengar oleh Azki. Azki merenung dengan tajam, tak tahan dia mendengarkan perbualan perempuan-perempuan itu sejak tadi. Kalau dah tak ada kerja, baik berhenti aje! Menghabiskan duit company bayar gaji tinggi-tinggi tapi kerjanya asyik mengumpat. Dah, pergi buat kerja! selar Azki sambil melangkah pantas. Hatinya memang panas saat ini. Perempuan! Di mana-mana, boleh mengumpat! Sebaik sahaja Azki memasuki bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah ternampak Aime yang tersenyum kepadanya. Sekali lagi tahap kemarahannya itu meningkat. Namun, dia cuba menahannya sebaik mungkin. Dia tak mahu naik angin kepada Aime begitu saja tanpa sebab. Nanti dikatakan gila pula. Setiap kemarahannya bersebab. Selamat pagi, encik.

53

Miss XL

Seperti biasa, setiap pagi Aime akan berkata begitu. Namun, dia tak pernah membalas, hanya menonong masuk ke dalam biliknya. Serentak itu dia menerima pesanan ringkas. Apabila pesanan ringkas itu dibuka, hatinya sakit kembali walhal dia sudah cuba membiarkan apa yang berlaku pagi tadi semasa dia ke rumah Arsyida untuk mengambil telefon bimbitnya di sana. Apa ko dah buat ngan handphone aku? Dia tersenyum, puas hati dapat mengenakan Emili. Habis semua nombor telefon yang tertera nama lelaki dipadamnya. Tak sangka perbuatannya itu berjaya buat Emili marah selepas gadis itu begitu gembira dapat mengenakannya. Ini semua pasal anak gajah yang menyibuk! Dia tak suruh pun telefonnya dihantar ke rumah Arsyida. Menyusahkan dia terpaksa ke sana saja. Sudahlah begitu, boleh pula dia terkena. Semasa telefon milik Emili diserahkan dan dia mengambil telefonnya, bunyi deringan telefon itu mengejutkannya. Sekarang, hanya kerana bunyi deringan telefon bimbitnya dia dapat malu besar. Tentu Emili di rumah sedang tergolek-golek kesukaan di atas katil. Tak apa, hari ini hari kau! Aime! jeritnya kuat. Serentak itu, dilihatnya Aime berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya. Termengah-mengah perempuan itu. Lari tak sampai 10 meter dah mengah! Dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar lalu diletakkan di atas meja. Kenapa hantar telefon aku ke rumah semalam? Sebab Cik Emili yang suruh... takut encik perlukan

54

Rina Farizq

telefon tu, mana tahu nanti ada panggilan yang penting untuk encik. Dia diam seketika. Dia pandang saja Aime yang hari ini tersenyum manis kepadanya. Anak gajah ni mengada-ada pulak nak senyum-senyum macam tu. Ingat aku boleh tergoda ke? Tak sangka Emili begitu bijak menggunakan kesempatan untuk mendapatkan semula telefonnya. Memang beberapa hari ini dia menerima panggilan daripada gadis itu, tapi tak diendahkan. Tak sangka, Aime boleh pula melayan. Kau ke yang tukar ringtone phone aku? soalnya ingin mendapatkan kepastian. Mana tahu kalau sebenarnya Emili yang mendajalkannya. Errr... saya cuma nak membezakan deringan telefon pejabat dengan handphone encik aje. Semalam masa phone encik bunyi, sebiji macam telefon pejabat. Saya confuse, tu yang saya tukar. Lagu Korea? Super Junior? soalnya lagi, benarbenar ingin mendapatkan jawapan. Eh, encik tahu rupanya. Lagu Mr. Simple tu best, kan? Saya memang minat Super Junior tu, nak-nak pada Siwon. Saya tengok encik pun adalah sama sikit-sikit macam Siwon tu. Hi hi hi.... Bukan main riang Aime bercerita, siap ketawa manja lagi. Macam ni ke gaya Aime yang Shahril kata lain daripada yang lain tu? Konon ada satu karakter yang perempuan lain tak ada. Memang pun tak macam perempuan lain sebab yang ada depan matanya ini, anak gajah! Best, ya? Kau ingat aku budak-budak ke? Gilakan sangat K-Pop yang entah apa-apa tu?! tengkingnya sambil merenung Aime dengan tajam. Dia masih terbayang saat

55

Miss XL

Emili mengekek, ketawakan dirinya pagi tadi apabila telefon bimbitnya itu berdering. Dia sendiri terkejut mendengar nada dering yang nyaring itu. Ha ha ha... muka karat pun minat K-Pop? Because you naughty, naughty. Hey Mr. Simple, simple, blow your mind! Emili siap menyanyikan sekali lagu itu dengan mengibaskan tangan kanannya berulang kali. Entah! Dia tak tahu apa yang Emili sedang buat waktu itu. Mungkin meniru salah satu jenis tarian lagu itu. Dia bukannya tahu pun pasal lagu-lagu Korea ni. Yang peliknya, macam mana Emili boleh tahu tentang lagu Korea tu? Adakah gadis itu mengikuti dunia muzik Korea? Namun, yang menambah sakit hatinya... Emili menyanyi tak henti-henti sampai keluar air mata. Waktu itu, macam nak dibalingkan saja telefon pada gadis itu. Lain kali jangan nak pandai-pandai sentuh barang aku, faham?! Akhirnya dia menengking. Kalau tak dihamburkan kemarahannya kepada perempuan itu ketika ini, siapa lagi? Sakit betul hatinya mengenangkan Emili dengan mudah mempersendakannya. Aime hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa lagi. Seperti biasa dia akan tunduk kesedihan memandang lantai. Dah. Ambilkan aku air, arah Azki sambil membuka lap-topnya. Encik nak air apa? Kau ada nampak ke aku minum air lain, selain Coke? Errr... saya rasa Coke yang encik minum semalam tu yang terakhir.

56

Rina Farizq

Azki mengeluh. Benda sesenang itu pun tidak boleh diuruskan. Kau dah tahu dari semalam, kenapa tak suruh orang beli? Nak tunggu bila baru beli? Esok? Tulat atau bulan depan? jerkahnya dengan menahan geram. Takkan benda semudah itu harus dijelaskan satu per satu. Ini yang Shahril katakan malam tadi perempuan gemuk, prihatin? Bertanggungjawab dan bijak ambil hati? Nak sediakan Coke pun tak boleh diharap. Semua aku nak kena beritahu ke? Sekarang ni aku nak minum apa? Air paip? Kalau saya buatkan kopi, boleh? Lagipun tak elok minum Coke selalu, nak-nak waktu pagi-pagi macam ni. Tak sihat untuk badan, nanti encik sakit perut. Kau cakap macam aku ni gemuk dan kau tu kurus pulak. Hey, suka hati akulah nak minum apa. Badan sendiri tak terbela, sibukkan orang lain pulak! tempelaknya dengan sinis. Memang dia sengaja nak kenakan Aime. Kini reaksi Aime mula berubah, wajah itu semakin keruh dari tadi. Mungkin kali ini benar-benar terasa dengan kata-katanya. Biarkan! Sakitkan hati aku lagi! Berdiri depan aku ni buat apa? Ingat boleh hilangkan haus aku ke? Tempelaknya lagi. Saya buatkan air kopi, ya? Lembut Aime bertanya biarpun pagi-pagi lagi Azki sudah naik angin. Tanpa memberi sebarang jawapan, Aime dijeling sekilas. Kemudian perempuan itu berlalu dari biliknya. Seolah-olah faham sendiri apa yang perlu dibuat. Takkan itu pun dia nak beritahu. Biarpun Aime begitu sabar dengan anginnya, dia sesekali takkan berlembut dengan perempuan itu. Sekali orang menyakitkan hatinya, seratus kali dia akan membalas.

57

Miss XL

Langkah Aime yang berdetap-detup itu memang menyakitkan telinga. Dah tahu badan tu gemuk jalanlah dengan perlahan dan teratur. Boleh pecah lantai!

AIME menyabarkan dirinya. Ikutkan hati, mahu dia cilicili mulut Azki. Mujur dia masih sedar yang lelaki itu bosnya. Memang tak ada harapanlah nak melawan. Melawan lebih-lebih nanti diberhentikan kerja pula. Aku juga yang malu. Sukalah nanti Si Farah dan Sheera. Boyfriend sendiri berhentikan aku kerja! Boyfriend? Hilang akal? Mahu kena sumpah dengan Azki? Sabarlah wahai hati! Selesai membancuh minuman, dia kembali semula ke bilik Azki. Air, encik... ujar Aime sambil meletakkan minuman di atas meja. Dilihatnya Azki mengerling minuman itu dengan ekor mata. Mulai sekarang kumpul setiap resit dan tugas utama kau, buat claim untuk aku. Jangan sampai ada yang tertinggal satu pun. Nanti claim aku kena potong pulak, kata Azki sambil menghamburkan resit-resit di atas meja. Apa salahnya lelaki itu serahkan saja sampul surat bersaiz A4 yang menjadi tempat simpanan resit itu kepadanya? Nampak sangat lelaki itu mahu menyusahkannya. Terpaksa dia kutip satu per satu dengan sabar. Terima kasih, encik. Saya keluar dulu, ya. Akhirnya dia bersuara. Masih tetap lembut dan berhemah. Ni kerana ikut cadangan Fads la ni! Dah berlembut habis pun tetap kena marah. Harap air yang dibuatnya tadi dapat menyejukkan perasaan Azki yang sentiasa panas.

58

Rina Farizq

Aime! Baru saja nak duduk, lelaki itu melaung namanya. Dia bukannya pekak, lagipun jarak dia dengan lelaki itu tidak jauh. Dia mengerling pada Azki yang sedang serius melalui dinding kaca yang memisahkan dirinya dengan lelaki itu. Dengan malas dia melangkah semula masuk ke dalam bilik Azki. Ya, encik? Kau nak aku mati cepat ke? soal Azki dengan keras. Terus saja Aime mengerutkan dahinya dan memandang Azki dengan riak tidak mengerti. Tak faham langsung dengan pertanyaan itu. Tentu kau suka kalau aku tak ada, kan? Sekali lagi lelaki itu menyoal. Kenapa pulak saya suka kalau encik tak ada? Jadi kau suka akulah? Pantas saja Aime anggukkan kepala dan ketika itu Azki nampak agak terkejut. Entah kenapa lelaki itu harus terkejut pula. Kau suka aku? Serius lelaki itu menyoal. Haaa? Errr... tak, tak. Soalan apa yang Azki sedang ajukan kepadanya? Tanya sama ada dia suka dengan lelaki itu. Buat malu saja! Tak? Kau tak suka aku? Jadi, betullah kau nak aku mati cepat? Eh, bukan. Saya suka encik. Eh, errr... tak suka, tak suka. Dia mula gelabah dan tak tahu macam mana nak membalas ayat Azki itu.

59

Miss XL

Yang mana satu ni? Suka atau tidak? Semakin keras nada suara lelaki itu, buat dia sedikit gugup. Dia semakin tak faham dengan lelaki itu. Tiba-tiba saja tanya soalan yang pelik. Sungguhpun Azki tak suka kepadanya tetapi, taklah dia sampai suka kalau lelaki itu mati cepat. Berilah waktu pada dia untuk kenal lebih lama lelaki itu walaupun baru kenal lelaki itu sudah berkali-kali menyakitkan perasaannya. Suka. Suka apa? Aime terdiam, berfikir tentang pertanyaan itu. Apa yang dia suka? Suka lelaki itu? Dia mula terasa soalan yang Azki tanyakan itu, soalan perangkap. Mungkin lelaki itu sengaja mahu main-mainkan dirinya. Saya suka kalau encik tak mati cepat. Encik, kan bos saya. Mana ada seorang pekerja mahukan orang atasannya mati cepat. Akhirnya dia menjawab perlahan. Azki memandang tepat ke arah Aime sambil mengangkat kening kirinya. Kalau macam tu, kenapa buat air manis sangat? Supaya aku mudah dapat penyakit? Supaya aku mati cepat, kan? Aime mengetap bibir. Geram dengan kerenah Azki saat ini. Dia mendekati meja Azki sebelum mengambil minuman di atas meja. Lelaki itu nampak agak kaget dengan tindakan spontannya. Mungkin tak sangka dia akan minum kopi yang dibuatnya itu tadi tanpa teragak-teragak. Yalah, dia mahu pastikan sendiri rasa minuman itu. Seingatnya tadi, air yang dia buat itu tidak manis sangat. Tak cukup sekali, dihirup sekali lagi kopi untuk

60

Rina Farizq

memastikan rasa dan tahap kemanisannya. Okey aje. Agaknya lidah Azki yang dah berkarat kut? Rasa biasa-biasa dikatakan manis sangat. Mana ada manis, sedang eloklah ni. Itu kata kau. Aku rasa air tu terlalu manis. Cuba encik rasa sekali lagi. Saya rasa okey aje, katanya sambil mendekati Azki lalu dihulurkan minuman itu kepada lelaki itu pula. Excuse me? Kau nak suruh aku minum bekas kau? soal Azki agak keras. Dan ketika itu barulah Aime tersedar dengan tindakannya itu. Segera dia menjarakkan diri daripada lelaki itu. Dia benar-benar lupa yang lelaki itu bosnya. Mana mungkin mahu berkongsi minuman dengannya. Tentulah Azki tak ingin nak buat begitu. Pandang dirinya pun terpaksa, apatah lagi kongsi minuman, kan? Buat yang lain dan jangan manis sangat! arah Azki tanpa memandang kepadanya. Aime mengeluh perlahan dan keluar dari bilik dengan perasaan sebal. Kenapalah cerewet sangat lelaki tu? Air ni biasa saja, mana ada manis sangat? Mengada-ada betul! Kali ini Aime bawakan minuman dengan botol gula sekali. Dia nak bancuh gula di hadapan Azki sendiri. Biar lelaki itu tengok sendiri berapa banyak sudu gula yang dia letak sampai lelaki itu kata tadi manis sangat. Ketika dia masuk ke dalam bilik Azki, lelaki itu langsung tak pandang kepadanya. Dia kira Azki sedar dan tahu dengan kehadirannya cuma malas nak pandang saja. Yalah, siapa yang nak pandang perempuan macam dia. Sebaik sahaja dia meletakkan minuman di atas meja, dengan pantas Azki mencapai minuman itu. Terbeliak

61

Miss XL

matanya melihat tindakan pantas Azki itu. Tak sempat dia nak menegah, minuman itu telah dihirup dan serentak itu Azki terbatuk-batuk. Alamak!!! Kau nak kenakan aku ke? soal Azki sambil meletakkan minuman itu dengan pantas. Lelaki itu mencapai tisu di hujung meja lalu mengelap bibirnya yang masih ada sisa minuman. Bibir Azki itu nampak comel saja. Saya belum letak gula lagi. Yang kau tak letak gula, kenapa? Saja nak balas dendam pada aku? Teruk benar lelaki itu berprasangka terhadapnya. Takkanlah dia sekejam itu. Tapi rasanya idea itu dia boleh gunakan lain kali kalau Azki mengada-ada merungut kopi manis sangat. Saya baru aje letak tapi encik cepat sangat capai cawan tu dan terus minum. Tak sempat saya nak tanya, berapa banyak sudu gula yang encik nak, terangnya sambil meletakkan botol gula di hadapan Azki. Mencerlung lelaki itu memandangnya, buat dia rasa takut. Tapi bukan salah dirinya, Azki yang gelojoh sangat tadi. Dua sudu gula dah cukup! Keras lelaki itu bersuara. Dan Aime segera mengikut arahan itu. Selesai dia mengacau minuman, cawan dihulurkan kepada Azki. Dengan kasar, lelaki itu menyambut. Dihirupnya minuman itu sedikit demi sedikit. Ketika itu, Azki nampak sungguh tenang. Agaknya minuman itu mampu mengendurkan urat-urat yang sering tegang di tepi pelipis lelaki itu.

62

Rina Farizq

Tampan, memang lelaki itu tetap tampan dalam apa jua keadaan pun. Siapalah yang dapat lelaki itu agaknya. Dia tersenyum sendiri, tak tahu kenapa. Dah kenapa pulak ni, terpacak depan aku macam tu? Nak aku tolong angkat kau letak kat luar ke? Suara Azki mengejutkannya. Serentak itu, dia mencapai botol gula dan berlalu keluar dari bilik itu. Hai... ada hati nak angkat aku? Larat ke? Tak nampak badan aku lagi besar daripada dia ke? Tapi nampaknya cadangan buat air tak juga jalan. Tak membantu sebab Azki tetap marahkannya. Apa lagi cara nak buat lelaki itu tidak marahkannya? Nak kena guna minyak pengasih baru berkesan kut? Isy, isy, isy... apa aku ni? Tak baik! Kan ke berdosa tu! Tapi kalau bubuh julap dalam minuman dia, boleh kut? Dosa pun kurang sikit. Hmmm... lain kali boleh guna idea tu. Bisiknya sendiri sambil tersenyum. Cuba membayangkan lelaki itu terkepit-kepit bila hendak ke tandas.

AZKI rasa ada sesuatu yang tak kena pada perutnya. Rasa semacam. Masih memulas-mulas walaupun sudah tiga kali masuk tandas. Dia cuba berfikir, apa yang membuatkannya sakit perut. Pagi ini dia hanya minum air kopi yang Aime bancuh. Takkan kerana air kopi itu dia jadi begini? Dah terlalu lama dia tak menyentuh kopi, mungkin juga kerana itu perutnya meragam. Dia masih lagi menahan rasa sakit itu dengan berdiam sebentar di tempat duduknya. Encik tak sihat ke? Tiba-tiba Aime menyoal, buat dia mendongak dan memandang perempuan itu. Aime nampak sangat resah,

63

Miss XL

mungkin risau tentang dirinya atau nak pastikan yang dia memang sakit. Mana tahu, memang perempuan itu sengaja nak kenakan dia pagi ini. Entah-entah kopi yang dia minum tadi dibubuh sesuatu. Encik sakit perut, hea? Sekali lagi suara lembut itu menyapa pendengarannya membuatkan dia terpaksa menjawab malas. Hmmm.... Encik nak ke klinik ke? Nak saya panggilkan driver tak? Tak payah. Aku nak rehat kejap, balasnya sambil menyandarkan badan. Mata ditutup rapat-rapat dan tangannya memegang perutnya. Berharap, sakit itu akan hilang sebentar lagi. Aime rasa tak senang hati melihat Azki begitu. Kasihan pula. Berpeluh-peluh Azki menahan sakit, siap ditekap tangan ke perut. Dia jadi serba salah kerana lelaki itu menahan sakit begitu. Sepatutnya lelaki itu ke klinik dan dapatkan rawatan, bukannya ditahan begitu saja. Dia menutup pintu bilik Azki, tak mahu mengganggu orang yang sedang sakit. Namun, dia masih curiga. Kenapa tiba-tiba saja lelaki itu sakit? Tadi elok saja. Takkan niatnya dimakbulkan Allah? Memang dia berniat dalam hati untuk letak julap dalam minuman Azki tapi dia belum buat lagi. Rancangan itu akan dilaksanakan pada hari lain kalau Azki buat hal dengannya. Tak sangka pula lelaki itu betul-betul sakit sekarang ini. Nampaknya Allah tu Maha Adil, dapat balasan sekejap saja. Itulah, aniaya aku lagi! Dia segera memandang Azki melalui dinding kaca. Lelaki itu masih tersandar sambil memejamkan mata. Wajah

64

Rina Farizq

Azki yang pucat menahan kesakitan, membuatkan dia berasa perlu buat sesuatu. Julia, ada ubat sakit perut tak? soalnya sebaik sahaja menelefon perempuan itu. Siapa sakit? Encik Azki. Dah tiga kali keluar masuk toilet. Kesian dia. Ya ke? Nanti I hantar. Dia meletakkan telefon dan memandang Azki semula. Dalam sakit pun wajah lelaki itu tetap nampak menawan. Namun, dia terperanjat dan cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila tiba-tiba saja lelaki itu membuka mata dan memandangnya. Terus saja dia jadi berdebar-debar. Mesti Azki ingat dia asyik merenung lelaki itu. Pantas saja dia menghadap komputer, buat-buat sibuk. Padahal tak ada kerja pun nak dibuat saat ini. Dia tersentak sebaik sahaja ada seseorang yang terus saja meluru masuk ke dalam bilik Azki. Tak sempat dia nak menahan namun, apabila dilihat dengan teliti, ruparupanya Ishan yang datang. Ishan menutup pintu dengan kasar dan dia tak dapat dengar perbualan mereka. Yang dia dapat buat, lihat sahaja dua beradik itu melalui dinding kaca. Kelihatannya Azki sedang merenung tajam ke arah abangnya yang sedang bercakap. Ada reaksi kurang senang dan marah pada wajah itu. Buat dia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku? Bukan sahaja Azki yang nampak marah, bahkan abangnya juga. Sampaikan Ishan bercekak pinggang. Namun, kedua-dua lelaki itu nampak sama tampan walaupun sedang marah. Eh, bukan... bukan. Azki nampak lagi tampan berbanding abangnya tu, bicaranya sendiri.

65

Miss XL

Hoi, tengok apa tu? Sergahan itu memeranjatkannya. Pantas Aime menoleh. Julia tersenyum sambil turut sama mengerling ke arah bilik Azki. Pegawai jualan itu kecil molek orangnya dan manis sekali dipandang mata. Hmmm... diorang memang macam tu la. Sekejap marah, kejap lagi okey. Nah, ubatnya. Julia menghulurkan ubat kepada Aime. Thanks. Nasib baik you ada ubat. Hmmm... boyfriend you tu memang dari dulu tak berubah, kan? Tak suka jumpa doktor! Actually dia tu bukan.... Ayatnya tergantung apabila Julia memintas bicaranya. Tak dapat dia nak menerangkan yang Azki bukan kekasihnya. Hmmm... you tak payah cakap I dah tahu dah. Dia tu memang degil, kan? Tak makan nasihat. Sakit pun sanggup tahan! Akhirnya dia hanya mendengarkan saja celoteh Julia. Tak hairan kalau Julia tahu segala-galanya tentang Azki kerana gadis itu pernah membantu Azki untuk seketika sebelum gadis itu ditukarkan ke bahagian jualan. Dengar cerita, Azki tak suka ada pembantu, apatah lagi seorang setiausaha. Tapi kenapa tiba-tiba dia harus jadi setiausaha lelaki itu pula? Atau Azki punya rancangan? Entah-entah Azki sengaja nak balas dendam kepadanya. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan. Sebaik sahaja Ishan keluar, Azki bersandar semula. Rasa sakit perutnya makin menjadi-jadi pula. Mungkin dicampur dengan kemarahan yang ditahan-tahan. Mujur juga

66

Rina Farizq

dia sedang menahan sakit. Kalau tidak, tentu satu per satu hujah abangnya itu dipatahkan dengan mudah. Nak apa?! herdiknya apabila melihat Aime berdiri di muka pintu. Perempuan itu tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang kepadanya dengan wajah sedih. Kenapa perempuan tu suka buat muka kesian? Adakah dia akan jadi kasihan? Tentulah tidak! Untuk apa tu? soalnya apabila melihat Aime menatang air kosong. Perempuan itu melangkah menghampirinya dan meletakkan air kosong itu bersama ubat di atas meja, betulbetul di hadapannya. Dia mengerutkan dahi, silih berganti pandangannya pada air dan ubat itu dengan Aime. Kan ke encik sakit? Makanlah ubat tu, ujar Aime perlahan, lembut sekali. Hmmm.... Pendek saja dia menyahut. Lepas tu dia menutup mata, tak pandang lagi air dan ubat di atas meja ataupun Aime. Makanlah ubat tu. Tiba-tiba suara lembut itu kedengaran lagi. Nanti aku makanlah... katanya perlahan tanpa membuka mata. Nanti lambat baik, encik juga yang sakit. Nampaknya Aime jenis yang tak faham bahasa. Masih memaksanya untuk makan ubat itu walaupun telah dia katakan akan makan kemudian. Aku tahulah nak makan, tak payah nak ajar aku, balas Azki tanpa membuka mata tetapi nada suaranya sengaja dikeraskan kembali. Dia pasti perempuan itu masih tidak

67

Miss XL

meninggalkannya, dia tak dengar pun derap kaki Aime melangkah. Tentu Aime masih berdiri di hadapannya. Eleh, ingat aku tak taulah tu. Takut makan ubat, sebab tu tak nak ke klinik, tak nak jumpa doktor. Azki dapat mendengar Aime mengomel, walaupun perlahan dan seakan-akan berbisik. Mungkin anak gajah itu tidak tahu yang dia memiliki pendengaran yang cukup tajam. Serentak itu dia buka mata dan ketika itu Aime baru saja berpaling. Sedap aje nak mengata aku! selarnya dan serentak itu Aime berdiri tegak bagaikan patung. Tak berani pula hendak menoleh kepadanya. Siapa kata aku takut makan ubat? Tengok ni, aku makan! ujarnya geram. Perlahan-lahan Aime menoleh dan memandangnya. Tengok betul-betul, jangan nak buat cerita pula yang aku takut makan ubat. Katanya sambil mencapai pil dan minuman. Untuk seketika, dia memandang pil kecil itu. Kalau bukan kerana nak buktikan yang dia cukup berani, tentu pil itu tak akan disentuhnya. Lalu dia menyumbat pil itu ke dalam mulut dan kemudian meneguk air kosong hingga habis. Nampak tak aku dah makan ubat? Nampak. mengangguk. Aime menjawab perlahan sambil

Kemudian dilihat saja Azki yang bersandar semula pada kerusi sambil menutup mata. Keletah lelaki itu persis anak kecil. Namun tanpa sedar, dia tersenyum. Entah kenapa ada suatu rasa yang mengusik jiwa. Azki comel, kan?

68

Rina Farizq

Bab 7
IME terkejut melihat seorang gadis sedang menjengah-jengah masuk ke bahagian pemasaran seperti sedang mencari seseorang. Dia masih ingat gadis genit itu. Gadis itu kelihatan comel apatah lagi dengan potongan rambut bob. Walaupun gadis itu berpenampilan cukup ringkas, mengenakan T-shirt dan jean saja namun, gadis itu tetap menarik perhatian. Cik Emili? Aime! Emili menoleh dan kelihatan cukup lega sebaik sahaja terpandang Aime. Dengan pantas Emili mendekati Aime. Sememangnya Aime masih tak percaya gadis itu boleh sampai ke sini. Entah apa tujuannya. Kenapa Cik Emili ke sini? Surprise! Aime terkedu seketika melihat keriangan gadis itu. Gadis itu kemudiannya tersengih menampakkan baris giginya yang tersusun rata. Sejujurnya dia memang terkejut, tak sangka gadis itu begitu mesra sekali. Masa mula-mula

69

Miss XL

berjumpa gadis itu sewaktu dia menghantarkan telefon Azki, Emili kelihatan biasa-biasa saja. Hmmm... dia tak ada, eh? soal Emili sambil menjengah ke bilik Azki yang kosong. Dia belum masuk, lambat sikit kut. Good! Jom temankan aku. Errr... ke mana? Makan! Makan? Tapi belum tengah hari. Lagipun nanti... Ala... jangan risaulah. Kalau dia marah nanti, aku cakap dengan mama. Jom. Aime memang tak faham. Kenapa tiba-tiba pula gadis itu datang dan mengajaknya keluar makan? Cepatlah... gesa Emili dengan manja. Kejap, saya nak tinggalkan note untuk Encik Azki, balas Aime sambil menulis nota pada kertas pelekat berwarna merah jambu lalu dia masuk ke dalam bilik Azki. Nota itu dilekatkan di atas lap-top Azki. Sudah menjadi rutin lelaki itu kalau masuk ke pejabat, perkara pertama yang dilakukan adalah menyentuh lap-top dahulu. Kenapa tiba-tiba ajak saya keluar makan ni? soal Aime sebaik sahaja mereka masuk ke dalam restoran yang tak jauh daripada bangunan pejabat. Emili tak segera menjawab sebaliknya gadis itu sedang asyik melihat menu. Hmmm... semua macam best. Dah lama betul tak makan ni, omel Emili perlahan. Cik Emili, saya...

70

Rina Farizq

Panggil aje Emili, aku tak sukalah suasana yang formal, kata Emili sambil memanggil pelayan. Kenapa ya ajak saya keluar ni? Sekali lagi Aime bertanya. Sebab aku boring duduk rumah sorang-sorang. Sebab tu aku ajak kau keluar. Kau tak kisah, kan? Aime hanya menatap wajah Emili. Sebaik sahaja pelayan datang, Emili membuat pesanan dan Aime ikut saja apa yang Emili pilih. I just came back from study, oversea. So, I dont have friends here. Will you be my friend? sambung Emili sambil membalas pandangan Aime. Jujur, Aime gembira masih ada orang yang cantik dan comel macam Emili sudi berkawan dengannya. Dia tersenyum dan mengangguk. Orang ajak berkawan takkan nak menolak. Lainlah kalau Emili ajak berperang atau merompak. For that... aku belanja kau hari ni. Lepas makan, kita pergi shopping. Tak pun kita pergi tengok movie. Isy... dah lama tau aku tak jenguk shopping complex kat JB ni. Tapi saya sedang bekerja sekarang. Ni keluar makan bukan waktu rehat pun dah kira curi masa syarikat. Wow... baiknya kau ni. Tak sia-sia syarikat ada orang macam ni. Alah... relakslah. Its okay, awal-awal lagi aku dah beritahu mama. Dia kata okey aje. Anyway, sesekali kau larikan diri dari Azki, apa salahnya... kan? Mesti dia selalu bagi kerja yang teruk-teruk, kan? Aime tersenyum dan membayangkan keadaan Azki di pejabat nanti tanpanya. Adakah lelaki itu akan rasa kehilangannya? Tentulah tidak! Entah-entah tak perasan pun

71

Miss XL

dia ada atau tidak. Kan ke selama ni Azki hanya bekerja seorang diri, mana pernah lelaki itu mempedulikannya. Hmmm... dia tak bagi kerja pun. Entah kenapa tiba-tiba saja ayat itu boleh melantun keluar. Meaning? Soal Emili sambil memeluk tubuh. Aime diam dan tunduk seketika. Sedang berkirakira sendiri, adakah perlu dia menceritakan bagaimana layanan Azki terhadapnya? Kalau cerita nanti, dah macam kutuk bos sendiri. Akhirnya dia memandang Emili dan tersenyum hambar.

WHAT?! getus Azki sambil merenung kertas pelekat yang melekat pada lap-topnya. Lantas dia menarik dengan kasar kertas pelekat itu. Dibaca sekali lagi dengan rasa tak percaya. En Azki, Saya keluar dengan Cik Emili. Coke ada dalam fridge, saya dah belikan petang semalam. Aime. Dia mendengus lalu merenyukkan kertas pelekat itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. Apa hal pula dia orang tu keluar? Dia betul-betul tak faham dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Lalu dengan pantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan mencari nama Aime. Dia memang tak puas hati Aime pergi tanpa mendapatkan

72

Rina Farizq

kebenarannya dahulu. Sekadar meninggalkan nota begitu, adakah Aime fikir itu sudah mencukupi? Aime Farissa Alia Binti Mohd Farid. Kau ke mana? soalnya sebaik sahaja terdengar suara Aime. Nada suaranya seperti selalu, keras dan meninggi. Cukup untuk buat anak gajah itu tahu yang dia sedang marah. Errr... saya keluar dengan Emili. Encik dah dapat, kan nota yang saya tinggalkan tadi? Suara Aime teragakagak tapi masih tetap lembut. Kau ni tak faham soalan ke? Tak dengar aku tanya, kau ke mana? Ada ke aku tanya kau keluar dengan siapa? Ada?! Saya tengah makan ni kat... Makan? Kau tengah makan? soalnya sambil melirik jam di lengan. Kemudian mendengus kasar. Baru pukul sebelas pagi! Siapa benarkan kau keluar? Ada aku benarkan? Kau ingat kau siapa boleh sesuka hati keluar masuk pejabat tanpa kebenaran aku? Semakin kasar dia berkata-kata dan untuk seketika Aime tidak menjawab. Diam dan sepi. Hei... kau dengar tak apa aku cakap? Hello Mr. Simple, why are you yelling? Tak ada orang pekak kat sini. Aku yang kat sebelah pun boleh dengar suara kau tu. Menyirap darah Azki apabila telefon itu beralih tangan. Emili! Gadis itu sengaja buat dia kepanasan. Hei! Kenapa kau yang sibuk pulak ni? Anyway, siapa suruh kau bawak secretary aku tu keluar? Suka hati aje buat secretary aku macam secretary kau pulak. Aku nak kau bawak dia balik office sekarang!

73

Miss XL

Emili hanya ketawa kecil, langsung tak mengendahkan arahan Azki itu. Janganlah marah, nanti pendek umur. Anyway, aku memang sengaja ajak dia temankan aku hari ni dan mama pun dah izinkan. Aku tak kira siapa yang izinkan kau bawak dia keluar. Yang kau perlu tahu, aku tak izinkan! Kau faham tu? Aime... dia kata kita boleh pergi shopping dengan gembira hari ni. Azki mengetap bibirnya, makin geram apabila terdengar Emili berkata begitu kepada Aime. Oi... kau jangan nak mengada-adalah! jerit Azki dengan kuat. Oh, hari ni tak payah masuk office? Apa? Kalau boleh, sambung esok pun tak apa? How sweet... thank you yea! Serentak itu talian terputus. Azki mengetap bibir menahan geram, tali lehernya dilonggarkan. Ternyata Emili sengaja mempermainkannya. Sengaja buat dia sakit hati. Atau mungkin mahu balas dendam kepadanya sebab semalam dia memadam beberapa nombor telefon yang terdapat di dalam telefon milik Emili. Arghhh! Jeritnya sendiri. Emili berjaya buat dia bengang. Kau tunggulah nanti! Dengan anak gajah tu jugak takkan terlepas!

AIME mula rasa tak sedap hati. Dia benar-benar bimbang kerana meninggalkan pejabat begitu saja. Memang silap dia juga kerana tak minta kebenaran daripada Azki. Azki tukan

74

Rina Farizq

ketuanya, mestilah kena dapatkan persetujuan lelaki itu dahulu. Ah... mati aku esok! Ala... janganlah takut sangat dengan dia tu. Dia memang macam tu, suka marah-marah. Kalau kau takut, dia lagi berani nak marah kita sesuka hati. Aime hanya memandang saja ke arah Emili. Ah... bercakap memang mudah! Cuba kalau Emili berada di tempatnya, takkan gadis itu nak melawan ketuanya sendiri. Kenapa ya dia suka marah-marah? Tiba-tiba saja soalan itu meluncur keluar daripada mulut Aime. Untuk seketika, Emili berdiam. Daripada riang terus bertukar jadi serius. Aime serba salah pula. Soalannya itu ada kenamengena dengan Emili ke? Tak apalah, lupakanlah soalan saya tu. Actually aku pun masih tertanya-tanya sampai sekarang. Kenapa dia suka marah-marah? Kenapa dia tak macam lelaki lain, kan? soal Emili perlahan. Aime terdiam. Dalam diam, dia bersetuju dengan Emili. Kenapa Azki tak macam lelaki lain? Azki punya pakej yang menarik tapi sayang suka marah-marah. Pada waktu bagaimana lelaki itu takkan marah ye? Boleh saya tahu, apa sebenarnya hubungan awak dengan dia? Tak nampak macam adik-beradik pun, soal Aime. Mungkin inilah peluang untuk dia mengenali Azki dan Emili dengan lebih dalam. Kita orang adik-beradik tiri, lain mak dan bapak. So, Puan Arsyida tu mak tiri Encik Azki? Emili tersenyum seketika. Manis! Ya, Emili memang manis orangnya. Comel macam anak patung!

75

Miss XL

Nope... dia mak tiri aku. Penjelasan itu buat Aime terdiam. Aku tahu kau mesti confuse, kan? Mak tiri aku tapi macam mak tiri Azki, right? Well... memang sejak dulu lagi hubungan kami sekeluarga tak berapa baik. Mungkin sebab mama Azki kahwin dengan papa aku. Azki tak pernah terima papa dan aku sebagai family. In fact, sampailah papa meninggal. He hates us so much! Ada kesayuan pada wajah Emili, buat Aime jadi simpati. Lalu dia menggenggam tangan Emili untuk seketika. Dia tak benci, tapi mungkin dia masih tak boleh terima aje. No! Dia memang bencikan kami especially aku! Mungkin sebab mama sayangkan aku macam anaknya sendiri. Mama, kan nak anak perempuan. Sebab tu mama sayangkan aku sangat-sangat dan aku bersyukur sebab masih ada orang yang sayangkan aku. Sekali lagi kata-kata Emili buat Aime rasa simpati. Azki cemburu tapi bukan benci kut? Entah kenapa dalam saat begini Aime masih ingin membela Azki. Mungkin kerana dia yakin, Azki tidak begitu. Pasti ada sesuatu yang Azki pendamkan, yang tak dapat diluahkan kepada sesiapa hingga menyebabkan perasaan lelaki itu menjadi begitu keras. Tapi tadi, perasaannya tercuit apabila Azki sudi menyebut nama penuhnya. Walaupun nada lelaki itu keras dan meninggi, tetapi itu sesuatu yang belum pernah Azki lakukan. Kenapa dia terasa namanya sendiri begitu indah apabila disebut oleh lelaki itu? Hmmm... kalau kau kenal dia dengan lebih dalam, youll know when he hates someone, balas Emili. Aime diam seketika, memikirkan kata-kata itu. Ya. Dia tak begitu mengenali Azki, tetapi dia juga boleh rasa yang

76

Rina Farizq

lelaki itu seakan-akan membenci dirinya. Ah... benci ke Azki kepada aku? Aku rasa dia memang bencikan aku! Aime melepaskan nafas panjang dan cuba untuk tersenyum. Tak mahu merosakkan emosinya, lebih-lebih lagi apabila melihat Emili yang kini kelihatan sedih. Gadis itu begitu polos, mudah mempamerkan reaksi. Senang untuk menduga emosi yang sedang dialami oleh Emili. Eh, jom makan aiskrim? Kali ni biar saya yang belanja, pelawa Aime sambil bingkas bangun. Emili terus tersenyum sambil mengangguk. Persis anak kecil. Comel! Anyway, kenapa awak dengan Azki ada satu habit yang sama? Apa yang sama? tanya Emili pula. Suka membahasakan diri, aku dan kau? soal Aime kembali. Oh, yang tu. Aku dah terbiasa ikut perangai dia yang kasar tu sejak kecil lagi, balas Emili sambil ketawa. Anyway, guna aku dan kau kan ke lebih mesra? Aime segera angkat kening. Ya ke? Kenapa setiap kali Azki membahasakan diri begitu, dadanya rasa nak pecah? Seakan-akan lelaki itu tidak menghormatinya sebagai perempuan dan rakan sekerja. Macam bila kita bersama kawan baik, kita akan gunakan ganti nama aku dan kau untuk rasa intim dan santai, kan? Rasa macam terlalu formal kalau gunakan ganti nama saya dan awak. Aime hanya tersenyum, tidak tahu untuk bersetuju atau tidak dengan kata-kata Emili. Mungkin sejak kecil dia sudah terbiasa untuk tidak menggunakan ganti nama aku

77

Miss XL

dan kau. Ibu pasti akan marah. Pernah sekali ibu pukul mulutnya ketika membahasakan diri, aku. Kau nak perisa apa? Aku rasa aku nak perisa coklatlah, soal Aime sambil memandang pelbagai perisa aiskrim. Hmmm... macam tu la! Baru mesra. Taklah aku rasa macam keluar dengan cikgu sekolah! sahut Emili. Aime tersentak. Dia tersalah sebut ke tadi? Okey, aku pun nak aiskrim perisa coklat macam kau! Putus Emili. Aime hanya tersenyum, senang bersama gadis itu. Emili, gadis yang hadir tepat pada masanya. Dia pun seperti gadis itu, tiada kawan di Johor Bahru ini. Semua kawankawannya di Kuala Lumpur. Memang dia kebosanan sejak berpindah ke sini tiga bulan lalu. Tanpa kawan, hidup memang kesunyian!

78

Rina Farizq

Bab 8
ZKI memang sudah tidak sabar untuk masuk ke pejabat hari ini. Hasratnya hanya satu. Melepaskan kemarahan yang terbuku sejak semalam. Dia memang cukup tidak puas hati dengan kejadian semalam. Baik dengan Emili mahupun Aime. Yang pasti, dia perlu kenakan Aime dahulu dan Emili... dia tahu bagaimana hendak mengajar gadis itu kemudian. Mana anak gajah ni? soalnya sendiri sebaik sahaja melihat meja Aime yang masih lagi kosong. Namun, melihatkan keadaan biliknya yang sudah terang, dia yakin anak gajah itu sudah datang. Lantas langkah diayun masuk ke biliknya. Matanya menangkap sesuatu yang terdapat di atas mejanya. Dia mencerlung, memandang sekotak coklat yang terdapat pelbagai bentuk dan perisa. Serentak itu, kad bersaiz kecil yang terselit pada celahan coklat itu ditarik. Dear boss,

79

Miss XL

Please forgive me for yesterday! Peace. :) Aime. Aime! Kau ingat aku akan lepaskan kau? Tak semudah itu! Lalu kad itu diselitkan semula pada celahan coklat. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung, Aime masuk dengan membawakan Coke untuknya. Wajah yang tersenyumsenyum itu dipandang dengan serius. Aime nak sogok aku dengan senyuman macam tu? Huh! Selamat pagi Encik Azki, sapa Aime dengan lembut. Azki hanya memandang saja anak gajah itu. Direnung saja wajah Aime hinggakan Aime kelihatan serba salah ketika meletakkan minuman di atas meja. Memang! Memang dia sengaja mahu buat anak gajah itu diburu rasa bersalah. Kau ingat, dengan cara macam ni aku akan lepaskan kau? soalnya dengan serius dan Aime hanya berdiri tegak di hadapannya. Kau tak rasa ke apa yang berlaku semalam tu, melampau? Aime diam tidak berkutik. Kau dengar tak? soalnya agak kuat apabila dilihat Aime hanya diam sambil terkebil-kebil memandangnya. Dengar. Dah tu tak reti-reti nak jawab? Saya bukan tak nak jawab tapi nanti kalau saya jawab, encik marah. Kan ke encik pernah kata yang encik tak suka dengan orang yang banyak cakap. Tergagap-gagap Aime bersuara.

80

Rina Farizq

Dalam keadaan begini pandai pula anak gajah itu berikan alasan. Dia mendengus geram. Sengaja Aime nak buat dia sakit hati. Tentu semalam puas kau berseronok, kan? soalnya lagi sambil terus merenung Aime. Errr... tak adalah seronok sangat pun encik. Aime cuba menafikan. Aime... Aime... kau berdepan dengan orang yang salah! Ini Harith Azki! Pukul berapa kau balik ke rumah semalam? Hmmm... saya tak pastilah encik. Petang atau malam? Errr... malam encik. Tak seronok sangat namanya tu kalau malam baru balik, hah? sergahnya lalu Aime terus menundukkan kepala. Dia tahu, anak gajah itu sudah tak berani nak pandang wajahnya saat ini. Serentak itu dia bingkas daripada duduk. Ikut aku! ujarnya sambil melangkah keluar dari bilik. Tutup pintu bilik aku dan bawak sekali handbag kau! Aime menurut tanpa banyak soal. Mendengarkan hentakan tapak kasut Aime yang kini bunyinya berterabur, dia pasti anak gajah itu kelamkabut mengekori langkahnya yang sengaja dilajukan. Kita nak ke mana ni encik? soal Aime dengan lembut. Tanpa menjawab pertanyaan itu, Azki terus saja masuk ke dalam lif. Dibiarkan saja Aime keresahan, dia memang suka lihat perempuan itu begitu.

81

Miss XL

Kat mana kau makan dengan Emili semalam? soal Azki sebaik sahaja keluar dari lif. Untuk seketika Aime diam, memandang Azki dengan tercengang-cengang. Kenapa kau suka buat aku ulang balik soalan? Kau ada masalah pendengaran ke? marahnya setelah melihat Aime tiada reaksi. Errr... saya... saya makan kat restoran... kat sana tu. Terus saja Aime bersuara sambil menuding ke arah restoran yang bertentangan dengan jalan. Azki mendengus dan terus saja melangkah melintasi jalan, menuju ke restoran yang ditunjukkan. Order apa yang kau dan Emili makan semalam! arahnya sambil meletakkan menu di hadapan Aime. Apa yang kami makan semalam? Ya, semua yang korang makan semalam! Okey. Azki mendengus, memandang geram pada Aime yang kini terkial-kial memesan makanan. Gila! Ni makanan untuk dua orang atau dua puluh orang? Azki tercengang melihat satu per satu makanan yang dihidangkan di atas meja. Naik kembang tekaknya melihat makanan yang berminyak dan berlemak itu. Dia memandang Aime dan makanan di hadapannya itu bergilir-gilir. Anak gajah dan budak tak cukup sifat tu memang kuat makan! Encik, kita nak buat apa makanan banyak-banyak ni? soal Aime yang mula resah. Semalam, ini yang kau makan dengan Emili? Aime mengangguk.

82

Rina Farizq

So, sekarang ni kau makanlah semuanya. Kan ke aku terlepas nak tengok masa seronok kau semalam. Aime tersentak lantas merenung Azki. Azki tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya. Hah? Tapi semalam saya tak makan sorang-sorang. Saya makan sikit aje, selebihnya Emili yang makan sebab dia kata dia dah lama tak makan semua ni. Itu bukan masalah aku. Aku nak kau habiskan semuanya, jangan tertinggal sikit pun! Ingat, bukan makanan ni saja. Apa saja yang kau buat semalam, kau kena ulang balik hari ni. Faham?! Arah Azki. Mata Aime semakin membulat, tak percaya yang Azki sekejam ini. Memang Azki sengaja buat demikian untuk kenakan Aime. Rasakan!

AIME tak dapat nak menahan matanya lagi. Apatah lagi saat ini lagu orkestra yang mendayu-dayu, dengan bunyi gesekan biola benar-benar buat dia mengantuk. Perutnya betulbetul senak, kekenyangan makan semua pesanan tadi. Dia menggosok mata berulang kali, tidak mahu tertidur di dalam kereta Azki. Sudahlah begitu, penyaman udara yang terpasang begitu kuat. Buat dia bertambah mengantuk. Oi, bangun! Sedap aje kau tidur! Suara Azki membuatkan dia terkejut. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya. Serentak itu dia memandang Azki yang sedang memandu. Kau ingat aku ni driver kau ke?

83

Miss XL

Errr... bukan macam tu encik. Saya bukan sengaja nak tidur, lagu dan aircond encik ni yang buat saya tertidur. Hmmm... logik tak alasan aku ni? Aime mengetap bibirnya, berharap Azki boleh terima alasannya. Kau jangan nak bagi alasan bodoh! Cakap aje yang kau tu sebenarnya suka tidur! Betul tak? Mana ada, encik. Selama ni, ada ke saya tidur kat office? Manalah aku tahu kau tidur ke tak sebab aku pun jarang masuk office! Sebab tu la encik kena datang hari-hari, encik boleh tengok sendiri saya ni kuat tidur ke tak. Amboi! Dah pandai melawan pulak! Hesy... macam mana ni encik? Kalau saya tak jawab, encik marah. Kata saya ada masalah pendengaran. Tapi bila saya jawab, encik kata saya melawan pulak. Mana satu ni saya kena ikut? Entah kenapa Aime berani bersuara sepanjang itu. Biasanya dia tak berani nak cakap panjang-panjang. Ah... mungkin sebab aku dah dimotivasikan oleh Emili. Gadis itu yang menyuruhnya agar lebih berani. Berani mempertahankan pendapat dan diri sendiri. Kali ini dia mengerling Azki sekilas, saja nak lihat bagaimana rupa lelaki itu selepas dia berkata demikian. Ternyata wajah Azki sudah kemerahan dan dahi berkerutkerut. Sah! Memang lelaki itu sedang menahan kemarahan. Ini ke yang kau dapat seharian dengan Emili? Cara kau bercakap dah serupa dengan dia! Ya ke encik? Hesy... tak adalah. Emili tak buat atau cakap apa-apa pun semalam. Saya cuma temankan dia aje.

84

Rina Farizq

Kau ingat aku bodoh ke? Macamlah aku tak kenal sangat Emili tu! Mesti dia hasut kau, kan? Astaghfirullahalazim.... kenapalah encik cakap macam tu? Dengan Emili memanglah encik kenal sangat dan saya tak boleh nak nafikannya. Tapi encik tu masih tak kenal saya lagi. Saya ni baik orangnya, boleh berfikir sendiri, tak semudah itu nak terima hasutan orang. Encik jangan risaulah, Emili tak ada pun cakap apa-apa yang buruk tentang encik. Dia puji encik lagi ada la! Ah, sudah! Aku dah makin berani nampaknya. Sekali lagi Aime mengerling Azki. Ternyata lelaki itu sedang mengulum senyum sambil menggelengkan kepala. Isy, comelnya dia kulum senyum macam tu. Kalau senyum lagi lebar, tentu bertambah manis. Puji ya? soal Azki perlahan. Yup! Dia kata encik ni kalau tak marah, lagi handsome! Encik tak perasan ke yang encik ada lesung pipit? Kalau encik senyum, terserlah lesung pipit encik tu. Manis aje nanti. Sengaja Aime kata begitu. Bukan mahu menyindir tapi mahu buat lelaki itu sedar. Lelaki itu kalau tak marahmarah nampak lebih tampan lagi. Selama dia bersama lelaki itu, belum pernah Azki tak marahkannya. Sepanjang masa asyik marah. Kalau tak marah pun muka tu serius saja. Tak pernah pun Azki hendak tersenyum. Apa hal kau ni? Aku cakap sikit, yang kau melalut tu kenapa? Sebab tu dari mula lagi aku dah cakap, aku tak suka orang banyak cakap! Orang banyak cakap ni, selalunya pembohong! Pembohong! Marah Azki. Aime terdiam seketika. Kali ini tak lagi pandang wajah Azki. Tentu Azki benar-benar marah saat ini. Tapi

85

Miss XL

macam mana Azki tahu dia berbohong? Memang semalam, Emili dan dia sama-sama mengutuk lelaki itu. Emili banyak memberi perangsang untuk dia jadi lebih berani. Haaa... itu bukan hasutan! Itu tip dan nasihat. Hai, susahnya nak melawan lelaki ni! Ada saja bangkangan lelaki itu. Kalau macam ni, bila dia boleh rasa kemenangan? Sewaktu kereta membelok dan masuk ke tempat parkir kereta bangunan City Square, hatinya diburu keresahan lagi. Hukumannya belum berakhir. Pasti Azki akan mengenakannya lagi macam di restoran tadi. Ah, jangan beritahu apa yang aku buat semalam! Dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba timbul satu idea yang buat dia gembira.

AZKI memandang Aime dengan rasa tak percaya. Berani sungguh anak gajah itu menarik tangannya agar dia masuk ke dalam bilik kecil itu. Dia masih merenung tajam Aime yang kini kelihatan sungguh gembira. Sinilah encik, dekat sikit. Senyum lawa-lawa tau. Peace... kata Aime sambil tarik lengan Azki dan buat isyarat peace dengan gembiranya. Serentak itu cahaya memancar. Bukan sekali tetapi berkali-kali dengan pantas. Sungguh Azki tak sangka, begitu cepat gambarnya bersama Aime terakam tanpa mampu dia mengelak. Inilah yang saya dan Emili buat semalam. Wow... cantiklah gambar saya ni. Eh... encik ni, seriusnya. Tengok tu. Gambar pandang depan cuma ada satu aje, yang lain semua pandang saya. Apalah encik ni! Kelihatannya Aime sudah terlupa sesuatu. Antara

86

Rina Farizq

dia dan lelaki itu seharusnya ada batas. Ada sempadan yang tak boleh dilangkaui. Suka hati Aime aje nak rapat-rapat dan memegang lengannya untuk bergambar. Jangan nanti gambar itu Aime post dalam Facebook sudah! Menjatuhkan saham saja. Seronok betul, ya? ujar Azki sambil merenung Aime yang sedang membelek gambar yang dirakam tadi. Hmmm... seronok... tapi tak sangka, dengan encik saya lagi seronok! Cik Aime, kau ingat aku ni bodoh sangat ke? sindir Azki. Hesy... apalah encik ni. Mana ada saya ingat macam tu? Kenapa encik cakap macam ni? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat semalam? Ambil gambar dalam bilik kecil macam ni tak ada dalam senarai aktiviti yang kau dan Emili buat semalam! Hah? Errr... senarai aktiviti apa pulak ni? Kini reaksi Aime berubah, sudah tak seceria tadi. Wajah itu sudah bertukar keresahan. Tentu saja! Sebab awalawal lagi Azki sudah tahu yang gadis itu menipu! Serentak itu Azki mengeluarkan telefon bimbit. SMS yang Emili kirimkan semalam ditayangkan kepada Aime. Dia tersenyum sinis melihat anak gajah itu sedang membacanya dengan terkejut sekali! Oi, Mr. Simple! Seronok gila! Gi makan kat kedai nasi padang, then gi shopping kat CT Square, tengok movie cite romantic. Ko mesti cakap; tak heran nak tengok cite macam tu! Tapi entah2 dalam diam ko suka! Aiskrim

87

Miss XL

coklat... nyummy2! Last sekali we all sempat listkan perangai buruk ko! Ha ha ha.... Mana list yang korang buat semalam? soalnya sebaik sahaja Aime menyerahkan semula telefon kepadanya. Aime menggeleng lemah. Kau nak cakap yang list tu tak ada pada kau? Macam tu? Aime tunduk. Itulah yang perempuan itu suka buat. Asal kena marah, tunduk pandang lantai. Baik kau bagi sebelum aku geledah beg kau. Cepat! Betul encik tak ada pada saya. Pada Emili.... Perlahan Aime menjawab sambil terkulat-kulat sendirian. Azki mendengus kasar dan bergerak meninggalkan anak gajah itu. Huh! Perempuan semua sama! Tak ada kerja lain, dalam kertas pun nak mengutuk dan mengumpat! Di dalam kereta, baik Azki mahupun Aime masingmasing membisu. Hanya sesekali saja Aime memandang Azki yang serius memandu. Hendak menegur, dia tak berani. Azki mengeluh, serentak itu dia menekan hon apabila kereta di hadapannya itu tiba-tiba membelok tanpa memberi isyarat. Perempuanlah tu! Kalau bawak kereta, ingat macam dia sorang aje kat jalan raya! getus Azki. Serentak itu Aime memandang kereta yang membelok secara tiba-tiba itu tadi. Errr... encik, tak baik

88

Rina Farizq

tuduh-tuduh. Yang perempuanlah.

bawak

kereta

tu

lelaki

bukan

Azki bengang. Mana kau tahu? Saya nampak. Lagipun takkan perempuan pakai kopiah kut? Azki terdiam. Sibuk betul anak gajah ni! Sudahnya dia hanya memandu tanpa bersuara lagi. Aime juga begitu. Dia hanya pandang ke luar tingkap sehinggalah kereta berhenti semula di bangunan pejabat. Lagipun dia tahu yang Azki masih marahkannya dan juga tak senang apabila dia membetulkan tuduhan lelaki itu tadi. Sewaktu Aime turun dari kereta Azki, lelaki itu turut ikut turun. Namun, dia tidak mahu bertanya ke mana lelaki itu mahu pergi. Akhirnya dia hanya pandang saja Azki yang masuk ke dalam lif. Mungkin lelaki itu mahu ke pejabat semula. Namun, hatinya jadi curiga, takkan Azki mahu sambung kerja? Biasanya lelaki itu tak pernah balik lewat lebih dari jam empat petang. Serentak itu jam di lengannya itu dipandang sekilas. Dah pukul enam setengah petang! Hai, dah buang tabiat bos aku ni tiba-tiba rajin pulak macam tu! Aime menghampiri keretanya namun, matanya terbeliak memandang tayar keretanya yang pancit. Dia mencangkung di tepi tayar sebelah pemandu itu. Mahu lihat sebab tayar keretanya pancit. Ada paku! Macam mana ni? Dia menggaru kepala sambil memandang tayar kereta itu. Pancit? Suara itu mengejutkannya. Dia mendongak memandang Azki yang berdiri berhampirannya sambil memegang sebuah fail.

89

Miss XL

Yup... jawabnya lemah sambil bingkas bangun. Dah tu, yang kau pandang aje tayar tu kenapa? Tak reti nak tukar tayar? Masalahnya saya tak ada tayar spare. Tayar spare kau mana? Errr... tayar spare pun pancit hari tu. Saya belum sempat ganti lagi. Serentak itu Azki mendengus kasar sambil angkat kening. Wajah Aime ditatap agak lama. Nilah masalah orang perempuan! Suka ambil mudah kalau pasal kereta. Tapi... kalau bab berseronok, bukan main lagi. Aime tunduk apabila mendengar bebelan bercampur sindiran itu. Marilah, ajak Azki sambil melangkah. Nak ke mana? Langkah Azki terhenti, ditoleh pada Aime yang belum berganjak itu. Ke balai polis! Hah? Kenapa nak bawak saya ke balai polis pulak? Bukan main terkejut Aime dan serentak itu dia terpandangkan sebaris senyuman milik Azki! Azki tersenyum? Lesung pipit turut kelihatan. Ah... manisnya! Aku hantar kau baliklah. Kali ini Azki bersuara agak perlahan. Aime rasa tak percaya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Encik nak hantar saya balik? Tak menyusahkan ke? Lagipun rumah saya dengan rumah encik jauh. Memang menyusahkan! Kalau macam tu, kau ajelah yang drive, sahut Azki sambil melemparkan kunci kereta kepada Aime.

90

Rina Farizq

Mujur dengan pantas Aime menyambut kunci itu biarpun terkejut dengan tindakan spontan Azki. Dia terpingapinga seketika namun, melihatkan lelaki itu sudah mula melangkah, cepat-cepat dia mengekori. Aku tak nak mati kat tangan kau so, pandu dengan berhemah. Pesan Azki dengan mendatar. Sejujurnya, inilah kali pertama dia membenarkan seorang perempuan memandu keretanya. Ini kerana lebih mudah. Aime tak perlu beri arahan kepadanya untuk ke rumah perempuan itu. Lagipun, dia cukup tak suka menerima arahan daripada seorang perempuan.

91

Miss XL

Bab 9
AH sampai! ujar Aime dengan gembira lalu mencapai beg tangan di tempat duduk belakang sebelum keluar dari dalam kereta. Enjin kereta dibiarkan hidup kerana sebentar lagi Azki akan menyambung pemanduan untuk pulang. Azki turut keluar dan dia memandang kediaman Aime yang tersergam indah. Walaupun tak sebesar banglo Arsyida, kediaman itu nampak cukup tenang. Seolah-olah kediaman itu dijaga dengan penuh kasih sayang. Dia melemparkan senyuman sebaik sahaja melihat seorang lelaki berusia mendekati pagar rumah. Tentu bapa Aime! Mana kereta? soal Farid kepada Aime. Kat office, tayar pancit. Tu la... hari tu ayah nak gantikan tayar spare tu, kata tak payah. Nak buat sendiri kononnya. Errr... ni siapa? Kawan office Aime ke? Aime kelihatan serba salah dan cepat-cepat menjawab. Haah... kawan Aime. Errr... tak nak balik ke?

92

Rina Farizq

Azki tercengang apabila Aime menghalaunya begitu. Sudahlah tak cakap terima kasih! Eh, jemputlah masuk. Kita minum dulu, pelawa Farid. Ketika itu juga Aime cepat-cepat menolak tubuh Azki untuk masuk ke dalam kereta. Siap dibukakan pintu kereta sekali. Eh, tak payah. Dia ni sibuk, tak ada masa nak minum. Lagipun dia ada appointment lain lepas nikan? Azki semakin curiga. Apa kena dengan anak gajah ni? Beria-ia menghalaunya dan berani pula tu menolak badannya begitu. You know what? Actually my appointment has been cancelled. So, I have an ample time to have a drink, sahut Azki sambil tersenyum. Lalu enjin kereta dimatikan dan pintu kereta ditutup sambil memandang Aime yang kini kelihatan sungguh terkejut. Dia jadi begitu curiga apabila sikap dan reaksi Aime tiba-tiba jadi begitu kalut. Haaa... baguslah kalau macam tu. Mari masuk, kita minum dulu dan makan malam terus. Kata Farid sambil membukakan pintu pagar selebarnya. Hah? Makan malam? Aime terkejut. Serentak dia memandang Farid yang tersenyum panjang. Apa ayah ni? Dari minum-minum membawa ke makan malam pulak! Adoi....

SUASANA di ruang makan itu agak sepi seketika. Masingmasing memandang antara satu sama lain. Namun, sebaik sahaja Syafiyah meletakkan hidangan terakhir di atas meja, barulah suasana mula kecoh.

93

Miss XL

Makanlah Azki, jangan malu-malu. Buat aje macam rumah sendiri, pelawa Syafiyah sambil tersenyum manis. Haah, makanlah. Mak Aime ni kalau masak, kita makan tak cukup sepinggan. Tengoklah anak-anaknya jadi macam mana... sampuk Farid sambil tergelak besar. Azki yang sejak tadi memerhatikan keluarga itu tersenyum saja. Memang! Yang sorang sebelah aku ni dah macam anak gajah! Kalau aku masuk keluarga ni, dengan aku-aku jadi gajah! Tapi kalau nak harap Aime yang masak, kena hatihati. Takut ada yang sakit perut! Sekali lagi Farid bersuara. Serentak itu Aime sudah tarik muka. Segan Aime jadinya. Kalau dengan orang lain dia tak kisah pun. Ni depan Azki, mahu nanti dijadikan bahan untuk menyindirnya. Kenapalah ayah ni, bukan main lagi! Patutlah aku minum kopi terus sakit perut, bisik Azki perlahan. Serentak itu Aime menoleh, memandang Azki yang duduk di sebelahnya. Kan? Sekarang jugak aku kena! Azki kerja satu department dengan Aime juga ke? soal Syafiyah. Ya... saya satu department dengan Aime. Tentu sibuk, kan? Sibuk sangat sejak kebelakangan ni, nak berehat pun tak sempat. Serentak itu Aime melepaskan batuk kecil dan sempat berbisik kepada Azki pula. Selalu cuti tak sempat nak berehat ya? Kali ini Azki pula memandang Aime.

94

Rina Farizq

Aime buat tak nampak pandangan itu. Dalam hati, suka gila dapat mengenakan lelaki itu. Teruk ya kerja kat department korang ni. Samalah macam Aime ni. Sejak dapat bos baru monyok aje muka tu. Bos dia tu garang, pemarah. Aime kata bos dia tu... Ibu ambilkan lauk ikan tu. Cepat-cepat Aime memintas bicara Syafiyah. Bahaya ibu ni! Matilah dia kalau Azki tau yang dia mengumpat dan mengata tentang lelaki itu kepada keluarganya. Eh, sejak bila makan ikan ni? Soalan Syafiyah buat Aime terkedu. Ya... aku tak makan ikan. Kenapa tak makan ikan? Allergic, ya? soal Azki kepada Aime. Teragak-agak Aime membalas. Lebih kurang macam tu la. Aku pun allergic dengan orang yang suka mengata belakang-belakang ni, sambung Azki dalam nada berbisik. Aime terbatuk kecil, tiba-tiba tekaknya gatal. Rasa seram pun ada juga. Serentak itu dia meneguk minuman. Apa aunty cakap tadi? Bos Aime tu garang? Pemarah? Azki sengaja mengulang ayat itu kerana mahu Syafiyah bercerita dengan lebih lanjut. Aime cakap, bos baru ni asyik nak marah aje. Ada aje yang tak kena. Suka membebel pula tu. Betul ke bos korang ni macam tu sekali? Oh... bos tu memang tegas orangnya, aunty. Memang kalau bekerja dengan dia, mesti kena perfect. Nanti dah lama-lama, Aime fahamlah kenapa bos macam tu. Satu lagi, bos tak suka orang yang cakap banyak sebab cakap

95

Miss XL

banyak ni biasanya pembohong. Sengaja Azki menekankan perkataan pembohong itu lalu menjeling Aime yang kini sudah pucat. Hmmm... dengar tu Aime apa yang Azki cakap? Kerja tu kena buat betul-betul, jangan asal boleh aje. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan bos pulak, pesan Syafiyah. Aime sudah kehilangan bicara. Tiada sebarang perkataan yang mampu terbit daripada bibirnya itu. Tapi Aime tak cerita ke yang bos dia tu masih bujang, handsome, bergaya, semua staf perempuan gilakan bos. Sampai Aime pun asyik curi pandang dia aje? Ayat Azki itu buat Aime terus tersedak. Nasi yang baru ditelannya itu tersangkut di tekaknya. Dia menggelupur sambil memegang tekaknya. Suasana jadi panik seketika. Azki dengan pantas menghulurkan minuman kepada Aime. Melihatkan Aime yang terkial-kial dan panik, Azki sendiri yang menuangkan minuman ke mulut Aime. Dengan harapan air itu dapat melarutkan makanan yang tersekat. Itulah, lain kali kunyah betul-betul sebelum telan. Nasib baik ada hero Malaya ni. Ujar Farid disusuli dengan senyuman. Tersedak ni mungkin sebab bos sebut kut? Sengaja Azki meleretkan nadanya. Aime menjeling geram. Kalau bukan kerana Azki, tak mungkin dia akan jadi begini. Lelaki ni makin teruk! Bukan saja pemarah tapi pendendam!

96

Rina Farizq

AZKI merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Untuk seketika, dia tersenyum sendiri apabila teringat kepada Aime dan keluarganya. Baru hari ini dia dapat melihat perempuan gemuk itu dari sudut yang lain. Aime kelihatan sangat manja apabila bersama keluarganya. Mereka sekeluarga juga sungguh akrab dan mesra. Dia jadi cemburu namun, tumpang gembira. Keluarga Aime melayannya dengan begitu baik walaupun itulah kali pertama dia bertemu dengan mereka. Malah, dia berasa senang bersama dengan ayah Aime, Farid. Buat dia jadi rindu kepada papanya yang telah lama meninggal. Dia sangat rapat dengan papanya sehingga dia tak dapat menerima kehilangan arwah. Pernah dia menyalahkan takdir. Dia jadi begitu rindu kepada papanya. Sungguh! Sehingga kini dia begitu rindu sekali. Bunyi SMS yang diterima mengganggu lamunannya. Serentak itu SMS itu dibuka. Sedikit mengejutkan namun, tiba-tiba saja dia tersenyum. Teringat kembali bagaimana rupa Aime yang tersedak tadi. Salam, sampai hati eh encik cakap kat family sy, sy ni suka curi pandang bos. Sampai sekarang, diorang masih gelakkan sy tau! Entah mengapa, apabila malam-malam begini, keseorangan pula tu, dia rasa ringan tangan untuk membalas SMS itu. Sapa suruh kau kutuk aku? Itu baru permulaan! Patut la kau suruh aku balik cepat2 rupanya kau takut tembelang pecah.

97

Miss XL

Dah agak, ada yg tak kena! Pandai aje kata aku ada appointment! Tak lama kemudian, akhirnya dia berbalas SMS dengan Aime. Sesekali dia tersenyum sendiri. Encik ni sensitif! Abis yang encik kutuk sy tu tak apa pulak? Bila aku kutuk kau? Encik ingat sy tak tau? Sy dgr yg encik gelar sy anak gajah masa cakap dgn Shahril. Kalo nak ikutkan, encik lg banyak kutuk sy. Bukan kat belakang sy je, kutuk direct pun selalu! Aku bos, takpe! Mana bole mcm tu? Tak adil! Encik kutuk sy, sy sabo aje tp kalo sy, encik bukan main lg balas dendam. Ingat encik, dosa wat cam tu.... Ada aku kisah? Sy kisah! please... jgn dera sy lg. Hari2 kena marah, lama2 hati sy kecut... tak kesian ke? Untuk seketika dia berhenti membalas. Entah

98

Rina Farizq

mengapa SMS Aime itu mengusik perasaannya. Namun, dia tak dapat menyembunyikan senyumannya. Boleh ke hati mengecut hanya kerana dimarah setiap hari? Aime! Banyak alasan! Kemudian dia segera membalas. Kenapa aku nak kena kesian? Yg kecut hati kau, bukan hati aku! Haah ek... kenapa la encik nk kena kesian? Tapi encik lupa ke, yg encik tu boyfren sy. Sy belum betulkan kenyataan tu pada org office! So, pls be kind to me. Nanti sy tambah cite lain baru tau! Ops, jgn marah... peace! Good nite. Dia mengerutkan dahi, rasa terganggu dengan pesanan itu. Beraninya Aime nak mengenakannya. Perempuan itu lupa ke siapa dirinya? Lupa yang dia boleh bertindak lebih kejam daripada sebelumnya? Lalu dia membalas pesanan Aime tadi. Jangan harap aku akan lepaskan kau mcm tu aje! Buat la cite kalo kau berani! Dia tersenyum, puas hati kerana Aime tidak lagi membalas ugutannya itu. Tentu anak gajah itu baru sedar, yang dirinya itu memang kejam. Dia akan buat apa saja untuk kenakan anak gajah itu. Apalah sangat yang anak gajah itu boleh buat memandangkan dia lebih berkuasa. Dia adalah ketua kepada perempuan itu.

99

Miss XL

Bab 10
EBAIK sahaja kaki menjejak ke atas lantai pejabat, bertalutalu ucapan yang menyapa pendengaran Azki. Sampai naik bosan dia mendengarnya. Kalau boleh, dia tak mahu ke pejabat. Tetapi awal-awal lagi Aime sudah mengingatkan untuk datang. Ada mesyuarat penting bersama Arsyida. Ah... bosan! Ketika melintasi meja Aime yang kosong, dia jadi sedikit curiga. Lalu langkahnya tidak jadi diteruskan untuk masuk ke biliknya. Dia berhenti seketika sambil memandang meja Aime. Biasanya, jika dia masuk ke pejabat Aime sudah menanti dengan sebuah senyuman dan ucapan selamat pagi. Azki mendengus. Perasaan geram sudah mula menular dalam dirinya. Mana anak gajah tu pergi? Suruh aku masuk pejabat tapi dia yang tak ada! Dia meneruskan langkah dan membuka pintu bilik dengan kasar. Serentak itu Aime yang sedang membelakangkannya sambil terbongkok menyimpan sesuatu di dalam almari menoleh kepadanya. Bukan Aime saja yang nampak terkejut, dia juga terkejut sama. Tak sangka, perempuan itu ada di dalam biliknya.

100

Rina Farizq

Terperanjat saya... keluh Aime perlahan sambil menutup pintu almari. Azki terus menuju ke mejanya tanpa memandang Aime. Entah kenapa, ada rasa segan tika melihat Aime terbongkok tadi. Dan rasa segan itu membuatkannya tidak mampu memandang anak gajah itu lagi saat ini. Apa tidaknya, dia dapat lihat dengan jelas punggung Aime yang bulat dan besar sewaktu membongkok. Dia rasa tingkah Aime itu seksi pula. Seksi? Dah gila ke aku ni? Mungkin bukan seksi, tapi seksa! Happy birthday, encik, ucap Aime dengan nada yang cukup riang. Hmmm... jawabnya tanpa memandang Aime. Tak sangka encik ni ramai peminat. Pagi-pagi lagi dah banyak hadiah yang sampai. Errr... encik tak nak buka ke hadiah-hadiah tu? Kenapa aku nak kena buka? Hadiah dua, tiga tahun sebelum ni pun aku tak buka lagi! Sebab tu saya ingatkan encik. Encik bukalah. Suara Aime seperti biasa, lembut dan lunak. Namun, Azki tak mahu menunjukkan dia terpegun kepada perempuan itu. Serentak itu dia menongkat dagu, memandang tajam Aime. Buka atau tidak, apa bezanya? Aku tak mintak pun orang hantar hadiah ni semua. Aku nak kau kemas semua hadiah yang menyemak ni. Aku tak nak benda ni ada atas meja aku. Pendek kata aku tak nak pandang satu pun. Sama ada kau nak ambil atau buangkannya. Faham? Kini dahi Aime berkerut, tak mengerti kenapa Azki begitu kejam.

101

Miss XL

Kemudian Azki mengalihkan perhatian dengan membuka lap-topnya. Mana air aku? Nanti saya ambilkan. Saya kemas hadiah ni dulu. Azki diam, membiarkan saja Aime mengemas mejanya. Namun, dia sempat menangkap sesuatu di antara hadiah yang sedang dikemas itu. Kejap! arah Azki sambil menarik sebakul marshmallow. Bulat matanya melihat hadiah itu. Rasa terkejut dan tak percaya. Yang menarik pada bakul itu bukan kerana marshmallow itu tetapi ada patung kera. Siapa bagi ni? soal Azki sambil memandang Aime. Aime sekadar angkat bahu dan buat muka selamba. Kemudian berlalu membawa semua hadiah yang ada di atas meja. Kini yang tinggal, hanya hadiah yang masih berada di tangan Azki. Azki menarik kad yang terselit dengan kasar. Membuak-buak rasa tidak sabar untuk membuka kad yang bersampul itu. Siap digam lagi. Untuk seketika dia tidak dapat menyembunyikan senyuman yang terukir secara tak sengaja. Belum pernah ada orang yang menghantar ucapan dengan bermadah begitu. Kalau di langit kau umpama bintang yang bercahaya, kalau di lautan kau umpama mutiara yang menyinar. Dia menyebut madah itu dengan perlahan. Entah siapalah yang hantar ni! Namun, senyuman yang tak sampai sepuluh saat terukir itu, menghilang. Kini diganti dengan kerutan di dahinya ketika membaca ayat terakhir yang tercatat di dalam kad itu.

102

Rina Farizq

Kalau di hutan kau umpama kera yang bergayutan! Dia terpinga-pinga sebentar. Kenapa kera? Rasa tak puas hati mula menerjah dirinya. Kenapa dia disamakan dengan kera yang bergayutan? Dia dan kera ada persamaan ke? Ah... siapa yang bodoh samakan aku dengan kera ni? Dia jadi geram, lalu bingkas tapi sempat mencapai patung kera itu. Dia tak faham. Kenapa dalam banyak-banyak haiwan, kera yang jadi pilihan? Dia keluar dari biliknya bersama patung kera. Aime yang baru saja hendak masuk, berhenti betulbetul di hadapannya. Betul, kau tak tahu siapa yang bagi ni? soalnya sambil menunjukkan patung kera itu kepada Aime. Perempuan itu hanya diam, memandang Azki dan patung kera itu. Entah apa yang sedang difikir saat ini hingga lama benar untuk menjawab soalannya yang mudah itu. Saya tak tahu, betul.... Akhirnya Aime menjawab dengan bersungguh-sungguh. Azki mengeluh kemudian berpaling. Encik tak suka ke dengan hadiah tu? Untuk seketika Azki pula yang terdiam apabila Aime menyoal begitu. Tak jadi Azki hendak menyusun langkahnya. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi tidak tahu sama ada dia suka atau tidak pada hadiah yang diterimanya itu. Yang nyata, dia geram apabila disamakan dengan kera. Dia berpaling semula, memandang tepat kepada anak gajah itu. Kau rasa aku dengan kera ada persamaan ke? soal Azki dengan serius.

103

Miss XL

Errr... kenapa saya nak kena samakan encik dengan kera pulak? Itulah yang aku tak faham. Kenapa nak samakan aku dengan kera? Aku dengan kera sama handsome ke? Aime tersentak dan pandang saja muka Azki yang nampak bengang dan tak puas hati. Entah kenapa Aime rasa ingin ketawa namun, terpaksa ditahan. Tak mahu lelaki itu jadi marah. Lagipun hari ini mood Azki agak baik. Walaupun masih dingin tetapi kurang menengking seperti hari-hari biasa. Berbalik dengan pertanyaan Azki, mana mungkin lelaki itu dan kera sama handsome. Apalah sangat si kera tu, kalau nak disamakan dengan lelaki itu. Lainlah kalau disamakan dengan David Beckham ke, barulah sepadan! Saya tak tahu nak bezakan encik dengan kera sama handsome ke tidak. Tak tahu nak bezakan?! pintas Azki dengan suara yang agak keras sambil mencekak pinggang, sekali gus buat Aime terkejut. Alamak, aku salah cakap ke? Bukan, bukan tu maksud saya. Errr... tak kisahlah apa maksud saya, yang penting encik tak sama pun macam kera. Cepat-cepat Aime bersuara dan berharap yang lelaki itu tak akan marah. Tau tak apa! Sahut Azki sebelum masuk ke dalam biliknya semula. Aime mengekori langkah Azki. Coke untuk Azki diletakkan di atas meja. Dia mengerling kepada Azki yang mencampakkan patung kera itu di hujung meja, nampak benar yang lelaki itu tidak suka pada hadiah itu.

104

Rina Farizq

Kalau encik tak suka, kenapa tak buang aje? Macam encik suruh saya buang semua hadiah yang encik dapat tadi tu. Azki yang baru saja hendak memulakan kerjakerjanya terus memandang Aime dengan wajah yang serius. Oh, okey... saya tak cakap lagi. Pantas Aime mengalah. Kalau Azki dah beri pandangan begitu, memang tak perlu tunggu lama. Lelaki itu pasti boleh meletup secara tiba-tiba. Mujur ketampanan lelaki itu tidak hilang walaupun dalam keadaan seperti itu. Akhirnya Aime keluar dari bilik Azki. Langkahnya terus menuju ke meja. Dari tempatnya, dia memandang semula Azki yang sedang serius bekerja. Dia tersengih apabila terpandang patung kera di hujung meja Azki. Patung kera itu comel, memang sesuai kalau bertenggek atas meja lelaki itu. Alamak! Boleh pulak Azki pandang aku! Cepat-cepat Aime mengalihkan pandangan pada komputer. Buat-buat tak perasan, tapi jantung sudah berdegup kencang. Azki macam tahu saja yang dia sedang memerhatikan lelaki itu. Mujur telefon berdering, tak adalah dia rasa bersalah kerana memerhatikan ketuanya itu. Hello, Aime speaking. Tak betul aku cakap kau suka curi pandang bos kau? Aime tersentak lalu pandangan dilontarkan kepada Azki yang sedang bercakap di telefon. Namun, lelaki itu tak pula memandangnya. Azki bercakap di talian sambil memandang skrin lap-top. Errr... mana ada! Kau ingat aku tak tau?

105

Miss XL

Saya bukan pandang encik, tapi saya pandang kera encik tu. Kera aku? Takkan kera saya pulak? Kan encik yang dapat kera tu. Entah-entah kau yang bagi aku kera ni tak? Eh, tak adalah. Habis tu, apa hadiah kau untuk aku? Errr... saya tak sempat lagi nak beli. Kalau saya belanja makan, boleh? Makan? Dalam kepala kau tak ada benda lain ke, asyik makan aje? Semalam kau makan sampai satu meja, tak kenyang lagi? Kan saya kata, saya yang belanja bukan saya yang makan. Encik ni, tak faham soalanlah. Entah kenapa, Aime tak dapat nak menahan diri untuk membalas ayat lelaki itu. Dia mula seronok sesekali melawan. Pandai menjawab! Serentak itu talian terputus. Aime mengerling Azki yang kelihatan serius. Aime meletakkan gagang telefon sambil tersenyum. Nampaknya Azki tak larat nak menengking hari ini. Mungkin juga kerana hari ini, hari istimewa lelaki itu.

EMILI melangkah dengan riang, terus saja dia menuju ke arah Aime yang sedang tekun membaca. Ketekunan Aime itu buat dia kehairanan. Buku apa yang sedang dibaca itu sampai

106

Rina Farizq

kehadirannya saat ini tidak disedari? Emili menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat tajuk buku yang Aime pegang itu. Marketing? ujar Emili perlahan. Serentak itu Aime menutup buku yang dibacanya. Emili? Surprise! jerit Emili sambil tersengih apabila melihat Aime yang terkejut dengan kehadirannya itu. Kenapa kau datang? Aha... jangan kata hari ini nak suruh aku ikut kau lagi macam hari tu. Emili senyum. Aime sudah membahasakan diri dengan ganti nama saya. Kalau ya pun, apa salahnya... kan? No... no... no. Aku serik. Nanti tak pasal-pasal aku kena lagi dengan bos aku tu, balas Aime sambil memuncungkan bibir ke arah bilik Azki. Alah, apa salahnya? Ni dah nak dekat waktu lunch, lagipun kan ke dia tak ada... sahut Emili sambil memandang bilik Azki yang kosong. Siapa kata aku tak ada? Tiba-tiba suara yang bernada keras itu kedengaran. Perlahan-lahan Emili menoleh. Azki sudah berdiri tidak jauh daripadanya sambil mencekak pinggang. Aime, tadi kau kata nak belanja aku makan, kan? Jom, kita keluar sekarang! Keras Azki mengarah. Apa ni? Aku yang ajak Aime keluar dulu. Lagipun kau takde hak nak halang dia, nikan waktu lunch. Dia boleh buat apa yang dia suka! bentak Emili yang geram. Dia boleh buat apa yang dia suka, hanya untuk tidak lagi

107

Miss XL

aku. Bukan untuk kau. Kau tak ada hak kat sini. Kau buta dan hilang ingatan ke? Tak nampak sekarang kau berada kat mana? Ini tempat kerja, office aku. Dia tu secretary aku dan hanya aku yang boleh arahkan dia. Baik kau balik sekarang sebelum aku panggil security! Azki mula menjerit. Emili membesarkan matanya, tanda tak puas hati. Dia tahu lelaki itu sengaja dengki. Excuse me... saya nak keluar makan sekarang. Siapa nak ikut, cepat sikit. Tapi siapa yang ikut tu, tak boleh pilih tempat. Let me decide where to go! Laung Aime, buat Emili dan Azki tersedar yang mereka berdua sudah ditinggalkan. Cepat-cepat Emili bergerak, mendahului Azki. Azki mendengus geram, tak mungkin dia akan membiarkan Emili menang dengan begitu mudah.

108

No. ISBN:- 978-967-0448-43-5 Jumlah muka surat:- 736 Harga Runcit:- S/M: RM26, S/S: RM29 Harga Ahli:- S/M: RM22, S/S: RM25 Sinopsis:Miss XL? Kenapa Miss XL? OMG! Tak sangka dapat title macam tu. Nama sebenar cukup indah, tapi diberi gelaran begitu. Sedihnya hati... kejamnya manusia yang menggelarkan sesama sendiri! Tolonglah! Jangan pandang seseorang dari bentuk fizikal sahaja tapi, pandanglah dengan mata hati. Di sebalik badan yang besar, masih terdapat sekeping hati yang ingin dikasihi dan dicintai.

Perempuan gemuk bersaiz XL pun masih ada kelebihannya yang tersendiri, tau! Kalau di langit, kau umpama bintang yang bercahaya. Kalau di lautan, kau umpama mutiara yang menyinar. Kalau di hutan, kau merupakan kera yang bergayutan! Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan MISS XL di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedaikedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337

Anda mungkin juga menyukai

  • Guy Next Door
    Guy Next Door
    Dokumen84 halaman
    Guy Next Door
    Penerbitan Kaki Novel
    95% (21)
  • Menantu Vs Mentua 1-10
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Dokumen52 halaman
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Dokumen126 halaman
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Dokumen38 halaman
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Dokumen139 halaman
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Dokumen64 halaman
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Mungkinkah?
    Mungkinkah?
    Dokumen97 halaman
    Mungkinkah?
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (5)
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • CMM
    CMM
    Dokumen114 halaman
    CMM
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 1-10
    Jurnal 1-10
    Dokumen30 halaman
    Jurnal 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • L&M 1-10
    L&M 1-10
    Dokumen32 halaman
    L&M 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • TKC
    TKC
    Dokumen85 halaman
    TKC
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Tomboy
    Tomboy
    Dokumen165 halaman
    Tomboy
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Penunggu
    Penunggu
    Dokumen111 halaman
    Penunggu
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • SHDM
    SHDM
    Dokumen108 halaman
    SHDM
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pisa
    Pisa
    Dokumen88 halaman
    Pisa
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • BYMTB
    BYMTB
    Dokumen99 halaman
    BYMTB
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Get
    Get
    Dokumen78 halaman
    Get
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • BYMTB
    BYMTB
    Dokumen99 halaman
    BYMTB
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pisa
    Pisa
    Dokumen88 halaman
    Pisa
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat