Anda di halaman 1dari 97

Hanni Ramsul

Bab 1
Arisa menyapu air mata yang membanjiri pipi. Wajah ayahnya yang kelihatan marah dipandang hiba. Ayahnya wajar marah dan dia wajar menerima balasan ini barangkali. Berat untuk dia bercerita tetapi, terasa beban yang ditanggung sudah tidak mampu digalas. Sudah terlalu penat dia melayan kerenah Radhi. Semakin hari semakin sulit untuk dia berdepan dengan perangai Radhi. Semakin hari Radhi semakin sengaja mahu menyakitkan hatinya. Semakin mencabar sabarnya. Dia berharap Radhi akan berubah. Dia berdoa agar Radhi menjadi lelaki yang pernah dicintai sepenuh hati sebelum mereka bergelar suami isteri. Tetapi semua itu mungkin cuma akan menjadi mimpi. Jauh sekali untuk digapai sebagai realiti. Itulah. Dari dulu lagi ayah tak berkenan kamu berkahwin dengan Radhi tu. Cinta konon. Tengoklah apa dah jadi dengan kamu sekarang ni? Kurus kering makan hati.

ILA ke suami kamu ni, Rissa?

Mungkinkah?

Inilah yang kamu dapat sebab nak pertahankan sangat cinta kamu tu. Kan? Arisa tunduk. Hujah ayahnya tidak mampu dia patahkan. Saat ini, dia akui kebenaran kata-kata ayahnya itu. Cinta bagaikan tidak membawa erti lagi padanya. Separuh mati dia pertahankan Radhi. Bermati-matian dia cuba yakinkan ibu dan ayahnya, Radhi adalah jodoh yang terbaik untuk dirinya. Tetapi, hari ini sudah terbukti dia silap. Dia silap dan ayahnya benar. Silap Rissa. Rissa mengaku semuanya salah Rissa. Tapi, sebelum kahwin dia tak macam ni, ayah. Dia baik. Perlahan dia bersuara. Haji Salleh mengeluh perlahan. Ikutkan geramnya, memang mahu dia hamburkan segala rasa marah yang terpaksa dipendam kerana sayangkan anak. Walaupun berat hatinya, dia akur dengan permintaan Arisa. Dengan separuh hati, akhirnya Radhi terpaksa diterima sebagai menantu. Tetapi, melihat kesedihan Arisa saat ini, dia tidak sampai hati. Segalanya telah berlaku. Walau diluahkan segunung marah sekalipun, mustahil kemarahan itu dapat memulihkan keadaan. Sudahlah. Tak guna nak cakap benda yang dah berlaku. Sudahnya, dia bersuara dengan nada sedikit kendur. Arisa terus menunduk. Dia dah jauh berubah, ayah dia bukan Radhi yang Rissa kenal dulu. Lemah luahan yang meniti di bibirnya. Lelaki ni, kalau dah dapat isteri gaji besar sikit, naik kepalalah dia. Nak pula, jenis yang malas kerja macam suami kamu tu. Tengoklah macam mana dia buat pada kamu? Nasib baik tak ada anak lagi. Kalau ada anak, macam

Hanni Ramsul

mana? Bertambah-tambah beban kamu. Yang seronok dialah. Siang malam tahunya berjoli berjudi. Arisa mengeluh panjang. Buntu memikirkan masalah yang semakin menyesakkan kepalanya. Sebolehbolehnya dia tidak mahu menyusahkan ayahnya. Tetapi, apabila semuanya sudah tidak mampu untuk dia harungi sendirian, cuma ayahnya yang dia ada untuk mengadu. Dan, kata-kata ayahnya itu ada benarnya. Jelas Radhi hanya mengambil kesempatan padanya. Dia menjadi tabung duit bagi Radhi. Dia menjadi tempat melampiaskan nafsu bagi Radhi. Dia menjadi tempat Radhi melepaskan amarah setiap kali pulang ke rumah dengan muka kelat disebabkan kalah judi. Semenjak berkahwin, dia seakan-akan tidak bermakna langsung pada lelaki itu. Kasih Radhi hilang dari matanya. Cinta Radhi juga ghaib entah ke mana. Yang tinggal cuma satu kenyataan yang membuat hatinya tersayat pilu. Dia bagaikan boneka untuk kesenangan Radhi. Sakit dada ayah ni tengok gelagat suami kamu tu. Bekerja malas! Orang kiri kanan duk sibuk bercerita. Angkut anak dara orang sana. Angkut anak dara orang sini. Sekarang dah gatal nak kahwin lagi pulak? Siapa yang nak tanggung isteri dia nanti? Kamu? Kali ini, sedikit keras suara yang meniti di bibir Haji Salleh. Berbaur geram nada yang sampai ke telinga Arisa. Arisa tersentap. Dia mengangkat muka merenung wajah ayahnya. Perlahan dia menggeleng. Tingkah Radhi sudah cukup menghancurkan perasaannya. Selama dua tahun dia menikmati cinta suci Radhi. Cinta yang penuh dengan caci maki dan air mata. Silap besar dia agungkan cinta sehingga sanggup ingkar pada teguran ayahnya, pada

Mungkinkah?

nasihat arwah ibunya. Rupa-rupanya cinta suci itu cuma omong kosong. Hakikatnya, cinta langsung tidak bernilai! Ayah tak fahamlah. Apa yang kamu tengok pada Radhi tu? Langsung tak ada masa depan. Tak cukup ke dia buat kamu selama ni? Dua tahun kahwin, paling lama ayah tengok dia kerja dua bulan aje. Lepas tu, jadi kutu rayau. Duduk rumah bapak mentua dah buat macam rumah sendiri. Nak keluar minta duit isteri. Balik marah-marah isteri. Kali ini, terlampias juga rasa geram yang terbuku di hati. Memang setiap kali nama itu melintas di benak, hatinya terasa sakit. Arisa menunduk. Kata-kata itu sedikit sebanyak membias rasa malu di hatinya. Malu dengan sikap suami sendiri. Mahu nakan, itulah kenyataannya. Cuma Radhi seakan-akan tidak pernah ada rasa malu pada ayahnya. Malu Rissa dengan sikap dia tu, ayah. Kenapa pulak kamu yang nak malu? Yang buruk perangai tu, suami kamu. Arisa mengeluh lagi. Perlahan menolak ke belakang rambut ikalnya yang disapa angin petang. Apa rancangan kamu sekarang? Nak ikutkan juga kehendak suami kamu tu? Nak bermadu? Sah-sah beban kamu yang bertambah nanti. Sekarang tanggung suami. Nanti madu pun kamu kena tanggung. Kalau beranak-pinak nanti, macam mana? Ayah ni, bukan apa. Ayah tak nak tengok kamu hidup macam ni. Tak ada guna kamu hidup dengan lelaki macam tu. Bukan ayah minta kamu runtuhkan rumah tangga kamu. Tapi, ayah tak sampai hati nak tengok kamu hidup makan hati macam ni. Keputusan macam ni, kamu kena kir masak-masak. Jangan kir untuk esok lusa. Kamu kena kir macam mana hidup kamu sepuluh tahun nanti kalau kamu setuju nak bermadu?

Hanni Ramsul

Rissa dah ambil keputusan, ayah. Keputusan apa? Rissa nak bercerai. Rissa tak nak hidup dengan Radhi lagi. Rissa tak nak bermadu. Rissa tak nak tambah beban dalam hati Rissa. Tak nak terus hidup makan hati macam ni. Haji Salleh mengeluh perlahan. Dia memandang wajah anak sulungnya itu dengan renungan simpati. Susah untuk dia memberi pendapat. Mahu Arisa teruskan perkahwinan itu, dia yakin Radhi tidak akan berubah. Dia yakin Radhi tidak akan berhenti menyusahkan Arisa. Mahu menyokong Arisa memutuskan hubungan itu, dia juga serba salah. Bukan elok bercerai-berai. Dia juga tidak mahu anaknya itu menempah gelaran janda pada usia semuda itu. Ayah tak tahu nak cakap apa. Serba salah ayah jadinya. Rissa buatlah keputusan yang paling baik untuk Rissa. Ini hidup Rissa. Apa aje keputusan Rissa, ayah tetap akan sokong. Arisa diam. Sepi waktu petang sebegini memberi dia peluang untuk bercakap panjang lebar. Ketiadaan adikadiknya membuat dia tergerak untuk berkongsi rasa dengan ayahnya. Dia perlu berbincang dengan ayahnya. Hal ini bukan hal kecil untuk dia simpan sendiri di hatinya. Keputusan yang ingin dia ambil juga satu keputusan yang akan mengubah jalan hidupnya seratus peratus. Tapi. Tapi apa pula? Arisa menghela nafas sedalam mungkin. Memandang wajah ayahnya yang kelihatan setia menunggu, dia menjadi sedikit serba salah. Perlukah dia berkongsi cerita ini dengan ayahnya? Atau dia perlu tanggung semua ini

Mungkinkah?

sendirian? Perlu bertanggungjawab kesilapan yang telah dia buat?

sepenuhnya

atas

Rissa? Ada apa ni? Cuba cerita dengan ayah. Radhi tak nak ceraikan Rissa. Dia nak madukan Rissa. Dia cakap kalau Rissa bagi dia duit, baru dia lepaskan Rissa. Kalau tak, dia tak mahu lepaskan Rissa. Haji Salleh merengus marah. Turun naik mengawal nafas yang tidak terkawal. Perlahan dadanya diurut. Sungguh sakit hatinya memikirkan perangai menantu sulungnya itu. Arisa bergerak menghampiri ayahnya. Memang hantu budak tu! Kalau bukan Rissa berdegil nak juga kahwin dengan dia, sebelah mata pun ayah tak ingin tengok muka dia tu. Ayah tahu dia memang jenis tak bertanggungjawab. Haji Salleh bersuara geram dengan nada tertahan. Dadanya yang mula terasa sempit, diusap lagi. Ayah tak apa-apa? Haji Salleh menggeleng perlahan. Arisa mengusap perlahan dada ayahnya. Sudah mula risau andai jantung ayahnya bermasalah lagi. Silap dia, membuka cerita sebegitu pada ayahnya. Timbul rasa menyesal di hati. Mungkinkah dia perlu menyimpan masalah ini sendiri? Dahlah. Kita tak payah cakap pasal ni lagi, ya? Haji Salleh menggeleng. Dia dan Arisa memang perlu berbincang. Ayah tak apa-apa. Berapa yang hantu tu nak? Arisa memandang wajah ayahnya yang jelas tegang melayan marah. Kita bincang lain kali ya, ayah. Ayah tak okey ni. Rissa tak nak nanti ayah jatuh sakit. Haji Salleh mengeluh perlahan. Mengurut perlahan dadanya. Matanya lari ke wajah anak sulungnya itu. Wajah itu

Hanni Ramsul

sudah hilang seri. Barangkali terlalu banyak derita yang dipendam sendiri. Ceritalah pada ayah. Ayah nak tahu. Ayah nak dengar. Sudah-sudahlah makan hati sebab nak lindung kesalahan Radhi tu. Arisa diam seketika. Tunduk mencari kekuatan untuk bersuara. Berdoa agar apa yang meluncur di bibirnya itu, tidak memberi kejutan berat pada ayahnya. Radhi nak duit. Lambat-lambat patah perkataan disusun. Melantun dalam nada seperlahan yang boleh. Berharap agar suaranya tidak sampai ke telinga Haji Salleh. Berapa yang Radhi mintak? Arisa mengangkat mukanya. RM20,000.00, ayah. Haji Salleh diam. Mengurut dada yang kembali terasa sesak. Arisa menggelabah. Ayah ayah tak apa-apa? Haji Salleh menggeleng perlahan sambil cuba bernafas setenang mungkin. Gila suami kau ni, Rissa. Air mata Arisa menitis laju membasahi pipinya. Dia memeluk tubuh tua itu sambil mengurut dada Haji Salleh. Mungkin benar suaminya itu sudah gila. Gila duit! Gila perempuan! Rissa minta maaf, ayah. Sepatutnya, Rissa dah tak jadi beban pada ayah. Ayah tak akan biarkan Radhi buat Rissa macam ni. Dia ingat dia tu siapa? Rissa ni anak ayah. Ayah tak akan biarkan Rissa tanggung semua ni sendiri. Ayah Rissa tak nak panjangkan hal ni. Rissa tak nak gaduh. Rissa tak nak dia cari pasal dengan ayah. Rissa tak nak ayah sakit sebab Rissa. Ayah sakit sebab melayan perangai Radhi tu. Rissa akan berikan apa yang dia nak. Banyak tu, nak.

Mungkinkah?

Rissa akan usahakan. Yang penting, lepas ni biarlah dia lenyap terus dari hidup Rissa. Rissa tak nak tengok muka dia lagi. Bagi duit macam tu aje pada lelaki tak guna tu? Tak cukup selama kahwin dengan kamu, dia peras duit kamu, sampai nak ceraikan kamu pun dia nak peras kamu jugak? Arisa tersenyum pahit. Memandang seketika wajah ayahnya. Mahu melihat keadaan ayahnya itu. Haji Salleh kelihatan sudah sedikit tenang. Perlahan dia tunduk sambil bermain dengan jari-jemari sendiri. Rissa dah serik, ayah. Rissa dah tak sanggup nak hidup dengan dia lagi. Radhi yang jadi suami Rissa, terlalu jauh bezanya dengan Radhi yang mencintai Rissa dulu, adu Arisa perlahan. Tidak pernah diluahkan kesengsaraan yang dilaluinya saban hari. Hari ini, dia mahu mengadu pada ayahnya. Dia mahu kosongkan hatinya yang tepu dengan kecewa. Kecewa pada sebuah ikatan perkahwinan. Angannya, perkahwinan dia dan Radhi akan menjadi satu perkahwinan yang paling indah. Angannya juga, dia mahu menjadi isteri Radhi yang paling bahagia rentetan hidupnya. Dia cuba menjadi isteri yang sempurna dan Radhi akan cuba menjadi suami yang sempurna juga. Namun, angan-angan itu cuma tinggal satu impian kosong. Terlalu jauh untuk dicapai menjadi kenyataan. Dulu dia sayang sangat kat Rissa, ayah. Gumamnya perlahan bersama air mata yang bertandang lagi. Dia buat Rissa rasa Rissa manusia paling bertuah dalam dunia ni. Haji Salleh diam seribu bahasa. Hatinya tersentuh melihat air mata itu. Jiwanya menangis mendengar rintihan

Hanni Ramsul

itu. Dia faham keperitan yang ditanggung oleh Arisa. Selama berkahwin, sepatah pun tiada rungutan daripada bibir itu. Semuanya didiamkan sendiri. Hari ini, apabila anaknya itu bersuara, dia mahu mendengar semua luahan hati Arisa. Luahkan semua yang Rissa pendam selama ni. Biar ayah dengar semuanya. Arisa menggeleng perlahan. Menyeka perlahan air mata yang membasahi pipi. Rissa dah tak tahu macam mana nak luahkan apa yang Rissa rasa ni, ayah. Rissa rasa macam orang bodoh. Cuba berusaha untuk pulihkan hubungan ini, sedangkan Radhi langsung tak mahu lihat perkahwinan kami jadi lebih baik. Dia cuma leka dengan hidup dia sendiri dengan dunianya sendiri. Ayah nak yang terbaik untuk anak ayah. Fikirlah apa yang terbaik untuk Rissa. Dulu, Rissa rasa Radhi yang terbaik untuk Rissa, ayah mengalah. Sekarang pun, ayah tak mahu buat keputusan untuk Rissa. Ayah yakin, Rissa lebih tahu apa yang hati Rissa inginkan. Arisa mengangguk perlahan. Merenung wajah tua di hadapannya itu. Mungkin ini balasan sebab Rissa ingkar pada cakap ayah dulu. Kan? Haji Salleh menggeleng perlahan. Jangan sesekali cakap macam tu. Memang ayah tak setuju bila Rissa pilih Radhi. Tapi, kalau cuma itu yang boleh buat Rissa bahagia, ayah restu. Ayah tak sampai hati nak buat anak ayah hidup susah. Ayah tetap sokong anak ayah. Rissa minta maaf, ayah. Rissa tak pernah jadi anak yang menyenangkan. Tak habis-habis Rissa bagi masalah pada ayah. Sekarang ni, Rissa kirkan masa depan Rissa. Bukan pandang ke belakang. Yang dah berlaku, kita tak

Mungkinkah?

mampu nak ubah. Tapi, kita mampu mengubah masa depan kita. Fikir dalam-dalam. Doa banyak-banyak. Apa pun keputusan Rissa, ayah akan tetap sokong anak ayah. Terima kasih, ayah. Perlahan Arisa berbisik sambil memeluk tubuh itu. Tenang hatinya apabila ayahnya menepuk perlahan belakangnya. Juraian air mata jatuh ke pipi. Membasuh semua kesedihannya. Lega hatinya apabila semua yang tersimpan kini terluah sudah.

10

Hanni Ramsul

Bab 2
RISA memerhati di balik pantulan cermin. Melihat Radhi yang sedang bersiap. Bersiul riang bagaikan seorang manusia yang paling bahagia di dunia. Bibirnya berat untuk bersuara. Malas mahu bertanya. Paling tidak, jawapan yang bakal menjamah telinganya pasti akan menyakitkan hatinya. Biarlah Radhi dengan caranya. Dia sudah bosan bertengkar. Juga sudah tidak kuat lagi untuk terus mempertahankan hubungan yang terjalin. Tak nak tanya aku nak ke mana? Arisa mengetap bibirnya. Berpaling mencari wajah Radhi. Soalan itu seakan-akan sengaja mahu memercikkan api kemarahannya. Mencetuskan pertelingkahan seperti biasa. Kalau ikutkan hati yang tidak pernah reda dengan rasa kecewa, undangan pertengkaran itu mahu saja disambut dengan senang hati. Namun, memikirkan pertengkaran demi pertengkaran tidak dapat mengubah apa-apa, dia memilih untuk diam. Merenung wajah selamba itu seketika. Rissa tak nak tanya. Rissa cuma nak bincang. Kita perlu berbincang, ucapnya dingin.

11

Mungkinkah?

Radhi menoleh. Bincang apa? Dah ada duit? Kalau tak ada, tak ada apa yang hendak dibincangkan. Selamba Radhi membalas kata-katanya dengan sebaris ayat yang amat menyakitkan hati. Arisa mengerutkan kening. Sakit di hati, dipinggirkan seketika. Setelah sedikit tenang, wajah Radhi ditatap lama. Abang kenapa abang berubah sampai macam ni sekali? Kenapa abang sanggup lukakan perasaan Rissa macam ni? Apa salah Rissa pada abang? Reaksi Radhi yang sekadar menjongket bahu, membuat hatinya membara. Mengundang geram yang tidak berpenghujung. Senyum sinis Radhi hampir membuat air matanya menitis. Tidak pernah ada ruang untuk dia berbincang dari hati ke hati dengan Radhi. Radhi tidak mahu berbincang tentang masalah mereka. Arisa? Are you okay? Imej Radhi perlahan-lahan menghilang. Dia mengangkat muka. Bertemu dengan senyum nipis majikannya. Encik Karim sorry. Encik Karim perlukan apaapa? Sedikit kalut dia bersuara. Membuang perasaan sedih yang mula menyelubungi hati. Tanpa sedar, masalah di rumah sudah diheret sama ke tempat kerja. Awak ada masalah? Arisa menggeleng. Gelengan Arisa bersambut dengan senyum lebar Encik Karim. Lembut renungan lelaki itu menjamah wajahnya sambil berpeluk tubuh. Awak bukan sehari dua bekerja dengan saya. Kalau ada masalah, selesaikan segera. Kalau perlukan bantuan saya, cerita pada saya.

12

Hanni Ramsul

Arisa tersenyum hambar. Sekali lagi dia menggeleng sambil menggaru kepala. Encik Karim perlukan mengulangi soalan yang sama. Sure okey ni? Saya okey. Kalau okey, baguslah. Dan, saya tak mahu apa-apa. Cuma nak bertanya dah lunch hour. Awak tak makan ke? Arisa termangu-mangu seketika. Mata dilarikan pada jam di dinding. Pukul satu tengah hari. Rupa-rupanya dia terlalu leka melayan lamunan. Melayan masalah yang membelenggu diri. Oh. Oh? Encik Karim bersuara sambil tersenyum. Arisa mengukir senyum terpaksa. Tak perasan, ujarnya perlahan sambil mengangkat punggung. Encik Karim tergelak kecil. Itu sebabnya saya cakap awak ada masalah. Awak hilang fokus. Pandailah Encik Karim ni. Arisa cuba berdalih bersama tawa kecil. Memang saya pandai. Dah. Jom join lunch dengan saya. Arisa menggeleng perlahan. Thanks but no, thanks. Saya makan sendiri. Jangan risau. Join me dengan my wife. Kami ada lunch date hari ni. Arisa tergelak kecil. Lagilah no, thanks. Bertiga nanti crowded, usik Arisa bersama senyum hambar. apa-apa ke? Arisa

13

Mungkinkah?

Ya ke? Saya berlima dengan anak-anak, kenapa tak rasa crowded pun? Arisa tergelak lagi. Pandai majikannya ini membuat dia lupa seketika pada masalah yang ditanggung. Okeylah, Encik Karim. Saya keluar lunch dulu. Enjoy your lunch ya. Kirim salam pada Puan Salma. Sambil mengeluh perlahan Encik mengangguk. Mengukir senyum manis buatnya. Karim

Silakan. Lelaki itu bersuara separuh berbisik. Arisa tersenyum sambil terus mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Melihat kebanyakan meja yang sudah kosong. Masing-masing hilang mencari hidangan makan tengah hari. Nampaknya dia makan sendirian hari ini. Rissa. Baru nak keluar makan ke? Sekilas dia menoleh. Tersenyum lebar melihat langkah laju Tasnim. Dia menjawab dengan anggukan perlahan. Good. Ada teman aku nak makan. Jomlah. Aku pun seorang ni. Tasnim tersengih sambil melangkah bersaing. Arisa tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya ada teman untuk dia makan tengah hari bersama.

MACAM tak ada selera aje? Arisa mengangkat muka. Sudu yang dikuis-kuis perlahan di pinggan, terhenti dengan sendiri. Diletakkan perlahan di tepi pinggan. Tak laparlah.

14

Hanni Ramsul

Tasnim tersenyum panjang. Menongkat dagu sambil merenung wajah Arisa. Cuba kau cerita apa masalah kau sebenarnya? Sejak akhir-akhir ni, makin murung aku tengok kau ni. Arisa diam. Memandang wajah Tasnim buat seketika. Kemudian melepaskan satu keluhan yang cukup panjang. Entahlah Nim. Susah aku nak cakap. Tasnim perlahankan suapannya. Memandang wajah Arisa yang jelas seperti sedang bermasalah. Pasal apa? Pasal kerja? Or peribadi? Tanpa menjawab, Arisa terus memandang wajah Tasnim. Seorang rakan sekerja yang agak rapat dengannya sejak akhir-akhir ini. Betul nak tahu? Kalau kau nak share. Arisa mengangguk perlahan. Radhi. Kenapa dengan Radhi? Apa yang dia dah buat? Dia nak kahwin lain. Kunyahan Tasnim terhenti. Bulat matanya memandang wajah Arisa. Dia kenal Arisa. Dia juga tahu sedikit sebanyak tentang Radhi, walaupun Arisa jarang bercerita soal rumah tangganya. Radhi mahu berkahwin lagi? Sukar untuk dia percaya. Kau ni. Cakap biar serius. Arisa diam. Cuma matanya memandang wajah Tasnim yang jelas terkejut besar. Dah dapat isteri macam ni punya cantik pun, still nak kahwin lain? tokok Tasnim sambil menggeleng. Memang di matanya Arisa tiada cela langsung. Arisa tersenyum sumbing. Dia nak kahwin dengan janda muda. Baru kematian suami.

15

Mungkinkah?

Tasnim diam seketika. Meneguk jus tembikai sambil menolak pinggan nasi. Dia mahu mendengar keseluruhan cerita temannya itu. Sungguh dia tidak percaya. Sorry bukan aku nak persendakan suami kau. Tapi, setahu aku Radhi tukan tak kerja. Nak kahwin lain pulak? Macam mana dia nak tanggung dua isteri sekali gus? Arisa diam. Satu lagi kenyataan yang membias rasa malu di wajahnya. Tidak terjawab soalan yang satu itu. Walaupun bukan dia yang membuka cerita namun, dia sedar cerita tentang Radhi memang berlegar di kalangan temanteman sekerja. Bukan kerja senang untuk menutup perilaku buruk lelaki itu. Kau setuju? Pandangannya dibawa ke wajah Tasnim sebaik sahaja soalan itu meniti di bibir Tasnim. Tersenyum kelat sambil melurut rambutnya yang jatuh ke bahu. Isteri mana yang setuju suami dia kahwin lain? Tapi kalau aku cakap, aku tak setuju pun dia bukan peduli. Tasnim mengeluh perlahan. Simpati pula melihat keadaan teman sekerjanya itu. Barangkali ini salah satu sebab kenapa Arisa sering bersendiri. Walaupun Arisa bukanlah teman rapatnya, dalam diam, dia sedar perubahan itu. Tetapi, apabila Arisa begitu berhati-hati tiap kali bercakap soal perkahwinannya, dia akur. Menghormati pendirian Arisa yang tidak mahu bercerita soal peribadinya itu. Lagipun sebelum ini, dia memang tidak rapat dengan Arisa. Cuma sejak akhirakhir ini, dia terpanggil untuk mendekati Arisa dan Arisa juga seperti sedang mencari-cari teman untuk berkongsi rasa. Masalah kau sebenarnya lebih besar dari nikan? Tasnim menebak. Soalan Tasnim dijawab dengan anggukan kecil. Dia

16

Hanni Ramsul

perlukan pendapat seseorang untuk keputusan yang telah dia ambil. Mungkin Tasnim calon paling layak untuk tujuan itu. Takkan kau nak tanggung seorang semua beban dalam hati tu? Aku nak tarik diri. Aku tak nak teruskan lagi perkahwinan aku dengan Radhi. Masa depan aku makin gelap kalau aku teruskan. Kalau aku ada anak macam mana? Apa akan jadi pada anak aku? Dengan perangai suka berfoya-foya dia yang tak pernah dia nak buang tu. Aku serik, Nim. Aku nak mulakan hidup yang lebih tenang. Kalau kau dapat anak tiri, macam mana? Mesti bertambah masalah, kan? Arisa tersenyum kelat. Hei! Aku seriuslah. Dia tak kerja. Siapa nak tanggung semua anak-anak dia? Kalau janda tu kaya, tak apa. Kalau kayap? Kau nak tanggung semua? Janda kaya. Sebab tu dia sanggup kahwin lain. I see gumam Tasnim bersama anggukan kecil. So? Sekarang ni, apa masalahnya? Dia bagi kata dua pada aku bila aku minta dia lepaskan aku. Kata dua? Arisa tunduk seketika sebelum mengangkat muka, menebarkan pandangan ke ruangan restoran yang luas. Rissa? suara Tasnim dengan nada kurang sabar. Aku bagi RM20,000.00 pada dia, baru dia akan lepaskan aku. What?! RM20,000.00? Masa kahwin dulu berapa hantaran yang dia bagi kat kau?

17

Mungkinkah?

RM5,000.00. Tu pun duit aku, balas Arisa bersahaja. Tasnim ternganga. Lelaki macam tu pun ada kat dunia ni? Tak sedar diri betul! Geramlah aku dengar. Aku tak nak kir semua benda yang dah berlalu. Sekarang ni, aku tengah buntu nak cukupkan RM20,000.00. Kemudian bagi kat dia. Aku pun bukan orang senang. Bukan mudah nak cari duit sebanyak tu. Tasnim menelan liur. Banyak tu, Rissa. Kau tak rasa sia-sia ke senangkan lelaki macam tu? Senang-senang dia dapat duit RM20,000.00. Apa kata kau cuba minta fasakh? Dengan rekod buruk dia, mungkin ada pembelaan untuk kau. Arisa mengeluh lemah. Kurang bersetuju dengan usul Tasnim. Panjang ceritanya nanti. Aku kenal Radhi. Dia suka menyusahkan aku. Kalau tak dapat apa yang dia nak, dia mesti terus susahkan aku. Aku tak kisah kalau aku yang kena hadapi semua tu. Tapi, aku tak sanggup tengok ayah aku tertekan dengan kerenah Radhi nanti. Ayah aku tak sihat, Nim. Perangai Radhi sekarang ni pun, dah cukup buat dia susah hati. Aku kasihankan ayah aku. Kalau boleh aku nak semua ni cepat-cepat berakhir. Aku nak Radhi berhenti ganggu aku dan ayah aku. Kesian ayah aku. Tasnim termenung. Kau dah cuba bincang elokelok? Tak ada apa yang nak dibincangkan. Dia dah tak macam dulu. Tak tahu ke mana hilang cinta dia dulu. Lagipun, tiap kali aku nak ajak dia berbincang mesti dia elak. Kau pula? Kau masih sayangkan dia? Masih cintakan dia?

18

Hanni Ramsul

Arisa menjongket bahu perlahan. Aku kecewa. Aku tawar hati. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku simpati dengan kau. Tapi, kau kirlah masak-masak. Banyak jumlah duit yang dia minta tu. Daripada aku terus makan hati sakit hati mungkin aku perlu korbankan duit aku. Apa kata kau minta nasihat dulu? Dengar apa kata pejabat agama. Refer ke sana dulu ke? Tasnim cuba memberi cadangan. Arisa mengeluh perlahan. Cadangan Tasnim dibiarkan menyapu perlahan gegendang telinganya. Waswas untuk mengheret Radhi ke pejabat agama dan membiarkan kes perceraian menjadi meleret dan tergantung andai permintaan lelaki itu tidak dipenuhi. Tidak mungkin Radhi akan lepaskan dia semudah itu. Pelik aku. Kau kahwin atas dasar cinta. Kenapa dia boleh berubah macam tu? Arisa menggeleng lemah. Dia sendiri tidak pernah menyangka Radhi akan berubah sebegitu sekali. Atau mungkin dari dulu lagi, Radhi tidak pernah serius mencintainya? Mungkin benar tekaan ayahnya. Radhi cuma mahu mendapatkan kesenangan dengan kelebihan yang ada padanya. Walau apa pun punca yang menyebabkan Radhi berubah, itu bukan lagi persoalan utama yang perlu dia kirkan saat ini. Ada perkara lain yang jauh lebih penting. Dia perlu memikirkan soal masa depannya. Dia perlu kirkan cara untuk menyenangkan hati ayahnya yang sudah begitu lama turut terseret dengan onar Radhi. Dia mahu hidup bersama dengan ayah dan adik-adiknya tanpa gangguan yang menyakitkan hati.

19

Mungkinkah?

Rissa. Lamunan Arisa terputus. Matanya melekat pada wajah Tasnim. Gadis itu seakan-akan mahu memberitahu sesuatu padanya. Apa kata kau pinjam dengan Encik Karim? Arisa jegilkan mata. Kau gila ke? Kau ingat Encik Karim tu gila nak bagi aku pinjam duit sebanyak tu? Jangan cakap yang bukan-bukanlah. Tasnim mengeluh perlahan. Insya-Allah, boleh. Encik Karim tu baik. Mungkin dia boleh tolong. Kau cubalah. Arisa menggeleng laju. Langsung tidak bersetuju dengan cadangan itu. Tidak mungkin dia akan menadah muka meminta bantuan majikannya itu hanya semata-mata mahu selesaikan masalah peribadinya. Lagipun, andai diceritakan semua masalah pada Encik Karim, itu hanya akan membuka pekung di dada sendiri. Tidak wajar rasanya.

20

Hanni Ramsul

Bab 3
Puan Zahra tersenyum panjang sambil matanya mengiringi gadis yang laju mendekatinya itu. Bella kenapa lambat? Nabila mengerutkan kening. Tangan diangkat sambil mata memandang jam di pergelangan tangan. Dia tersengih. Sepuluh minit aje. Dia beralasan sambil memeluk mesra tubuh yang santai bersandar di kerusi itu. Pelukannya berbalas. Sepuluh minit pun, lewat juga tu. Nabila tergelak halus. Yalah, yalah. Bella minta maaf ya. Sembang dengan mama sebelum datang tadi. Tak sedar terlambat janji temu kita, usik Nabila bersama senyum lebar. Puan Zahra menggeleng perlahan.

AI auntie. Bersama senyum lebar, suara itu menyapa ceria.

21

Mungkinkah?

Dah makan ke belum? Jom temankan auntie makan dulu. Piah ambilkan pinggan untuk Bella. Puan Zahra bersuara sedikit meninggi. Mahu suaranya sampai ke telinga pembantu rumahnya itu. Thanks but no, thanks. Bella diet. Diet apa lagi? Bukan gemuk pun. Dah. Temankan auntie makan ya? Nabila tersenyum. Tidak berhasrat untuk terus menolak. Matanya liar memerhati sekeliling. Zariff mana? Puan Zahra mencemik. Nabila tergelak kecil. Pasti ada tingkah Zariff yang tidak kena di hati wanita ini. Anak bertuah tu bukan tahu bangun awal-awal. Dekat nak subuh baru balik. Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti-reti nak bangun. Kalau letak bom dalam bilik pun, belum tentu dia boleh sedar. Nabila tersengih. Malam minggulah katakan. Takkan auntie tak faham ujarnya bersama senyum meleret. Aktiviti malam minggu Zariff memang sudah dia maklum. Apa malam Mengumpatlah nikan? minggu? Ni lain tak ada.

Satu suara menyapa dari belakang bersama tangan yang menarik perlahan rambutnya. Membuat Nabila sedikit terdongak. Pantas tangan itu ditepis. Mulutnya memuncung sambil menjeling lelaki yang kini tercegat di sebelahnya. Sakitlah, rungut Nabila sambil membetulkan rambut ikalnya.

22

Hanni Ramsul

Riff apa ni? Tak baik buat Bella macam tu. Entah. Tak baik tau berkasar dengan perempuan. Nak-nak dengan gadis cantik macam I ni, tau? Zariff tergelak besar. Perasan. Nabila menjeling sambil mencemik. Ni apa you buat kat rumah orang pagi-pagi macam ni? You tinggal kat mana? Kat Malaysia sekarang ni dah pukul dua belas lebih. Dah tengah hari. Tahu tak? Nabila membalas soalan berbaur sindiran daripada Zariff dengan nada menyindir juga. Betul. Dah tengah hari, sampuk Puan Zahra bersama jelingan tajam. Zariff tersenyum lebar. Melabuhkan punggung ke kerusi. Encik Zariff pun nak makan ke? Kak Piah ambilkan pinggan lagi satu. Piah yang muncul bersama pinggan kosong, melontarkan soalan sambil meletakkan pinggan di hadapan Nabila. Zariff menggeleng. No. Tak payah. Saya nak keluar. Piah mengangguk sambil terus berlalu. Puan Zahra mengalihkan perhatian pada wajah Zariff yang kelihatan cukup bersahaja. Ke mana lagi anak tunggalnya itu mahu pergi? Nak keluar ke mana? Jumpa girlfriend la auntie. Apa lagi? Kan ke hari minggu ni, sampuk Nabila sambil mencapai senduk nasi. Mulut tu boleh diam tak? Menyibuk aje. I nak jumpa siapa pun, I punya sukalah. Kenapa? Jealous?

23

Mungkinkah?

I? Jealous? Tunggu la bila cuma tinggal you sorang saja lelaki dalam dunia ni I cuba kirkan jawapan untuk soalan you tu. Perasan, balas Nabila bersama satu cebikan. Zariff tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya. Senyumnya semakin lebar melihat gelagat Nabila yang berpura-pura mahu muntah. Puan Zahra tergelak kecil. Pertengkaran kecil sebegitu sudah terlalu biasa menjamah telinganya. Sejak kecil, dua wajah itu memang pantang bertemu. Boleh tak jangan bertengkar depan rezeki ni? Nanti mama kahwinkan kamu berdua, baru tahu. Dengan buaya ni, auntie? Tolonglah! Jangan hancurkan masa depan Bella, auntie. Auntie dah tak sayangkan Bella ke? Zariff mengerling. Cakap main sedap mulut aje, kan? Siapa yang buaya? Eleh. Ingat I tak nampak? Siang you lunch dengan orang lain. Malam you heret perempuan lain pulak. I nampaklah you dengan siapa malam tadi. Nak pergi kelab ya? Oh ye ke? Siang you nampak I? Malam pun you nampak I? Nabila mengangkat kening. Senang apabila Zariff terperangkap dengan sikap buayanya sendiri. Hmmm you ikut I ya? Kalau suka kat I, mengaku ajelah. Jangan main ikut senyap-senyap macam tu, balas Zariff bersama senyum penuh sindiran. Sambil mengangkat kening, dia berlalu meninggalkan ruang makan. Hei! Perasanlah. Mana ada! I ternampaklah. Bukan I ikut you tak kuasalah nak spy you.

24

Hanni Ramsul

Puan Zahra tergelak kecil. Lucu melihat wajah Nabila yang tidak berpuas hati. Sekejap ya. Bella makan dulu. Auntie nak cakap dengan Zariff kejap. Perlahan Puan Zahra mengangkat punggung sambil sudu dan garpunya diletakkan di atas pinggan. Langkahnya maju menuju ke arah Zariff yang sudah siap menyarung sandal kulitnya. Nak ke mana ni Riff? Malam keluar siang keluar. Ini lain tak adalah ni. Nak angkut anak dara oranglah nikan? Mama ni. Tak baiklah syak wasangka kat anak sendiri. Percayalah sangat cakap Bella tu. Memang mama percaya cakap Bella. Bukan mama tak kenal siapa anak mama ni. Zariff tersenyum nipis. Saya nak pergi kondo la. Nak tengok renovation dah siap ke belum. Renovate buat apa pula? Siapa nak tinggal kat sana? Sayalah. Siapa lagi? Nak pindah? Kenapa? Panas sangat ke tinggal dengan mama? Sampai hati ya, nak tinggalkan mama sorangsorang kat rumah besar macam ni. Puan Zahra meluahkan rasa tidak puas hati. Zariff tersenyum sambil mengeluh pendek. Ala mama ni. Bukan jauh pun. Kan dah lama saya cakap nak tinggal sendiri. Mama ni, tiba-tiba jadi sentimental pula. Puan Zahra mengeluh panjang. Kalau dah tinggal sendiri tu, lagilah panjang langkahnya tukan? Mama risau tengok kamu ni, Riff. Tak sedap hati nak lepas kamu tinggal sorang-sorang. Mama tahu banyak yang tak elok daripada yang elok. Tinggal dengan mama pun, langkah kamu panjang

25

Mungkinkah?

bukan main. Kalau tinggal sendiri, tak tahulah nak cakap apa. Zariff meraup wajahnya. Mendongak melihat matahari yang terik memancar. Panas matahari yang menjamah wajahnya sudah sepanas telinga yang mendengar celoteh mamanya itu. Dah lambat ni. Saya pergi dulu, ya. Budak-budak tu cakap, dia orang tak lama hari ni. Nanti tak sempat nak jumpa diorang. Mama belum habis cakap lagi dengan kamu ni. Nanti kita sambung. Okey? Sekarang, saya kena pergi dulu. Bersama senyum lebar, Zariff meminta diri sambil mencium pipi mamanya. Puan Zahra merengus perlahan. Berpeluk tubuh sambil memandang Zariff yang tergesa-gesa melangkah menuju ke kereta. Sukarnya mengawal anaknya yang cuma seorang ini. Auntie kata kejap. Bella dah sudah makan dah. Auntie kat sini lagi. Puan Zahra berpaling. Kenapa ni, auntie? Sedih pula mukanya. Tak mahu sedih-sedih macam ni. Nanti nampak tua. Senyum sikit. Usikan itu menjemput senyum di bibirnya. Memang Nabila pandai mengambil hatinya. Auntie susah hati dengan Zariff tu. Bilalah nak berubah perangainya? Auntie ni, bukan memilih sangat, Bella. Mana yang dia suka, insya-Allah auntie akan suka juga. Mana yang boleh jaga dia, itu dah cukup untuk senangkan hati auntie ni. Tapi, tengoklah apa yang dia pilih. Berkawan keliling pinggang. Tapi, satu pun tak ada yang dia ambil serius.

26

Hanni Ramsul

Nabila tersenyum. Perlahan memaut bahu Puan Zahra. Bagilah masa untuk dia cari teman yang betul-betul dia suka. Bukan senang nak cari orang yang boleh jadi teman hidup ni. Teman berhibur tu, memang senang nak jumpa. Bella percaya, suatu hari nanti Zariff mesti berubah. Hmmm cakap memang senang, Bella. Auntie risau, terpesong jauh dia nanti. Tak tahu mana yang tak kena dengan asuhan auntie sampai dia boleh jadi macam tu, ujar Puan Zahra. Sabarlah, auntie. Auntie doa yang baik-baik. Doa auntie pasti dimakbulkan nanti. Puan Zahra membuang pandang. Melabuhkan punggung ke kerusi kayu jati. Kalau ikutkan hati auntie ni, nak saja auntie kahwinkan dia tu. Tapi, auntie tak nak nanti hilang masalah sebelum kahwin, timbul masalah lepas kahwin pula. Auntie tak nak paksa-paksa. Nabila menongkat dagu. Hmmm susah jugak tu. Apa kata auntie kurung aje Zariff tu dalam bilik? ujar Nabila sambil tersengih. Puan Zahra tergelak kecil. Kalau anak kucing, dah lama auntie kurung, Bella. Nabila tergelak besar. Anak kucing? Haah, balas Puan Zahra yang turut tergelak. Kalau Zariff tu anak kucing, mesti cute. Kan? Nak jaga pun, mesti senang tokok Puan Zahra bersama gelak yang panjang. Macam-macamlah auntie ni. Yang penting, auntie jangan kir sangatlah pasal Zariff. Nanti stress. Risau Bella kalau auntie stress nanti kurang jelita. Puan Zahra tersenyum nipis. Memandang wajah

27

Mungkinkah?

Nabila yang tersenyum nakal. Bijak membuang segala rawan di hatinya. Pukul berapa nak keluar ni, auntie? Dah tak sabar nak shopping ni. Yalah. Tunggu. Auntie bersiap sekejap. Nabila mengangguk sambil bersandar ke kerusi. Memandang Puan Zahra berlalu masuk. Lebar senyumnya sambil menghela nafas panjang.

28

Hanni Ramsul

Bab 4
BANG apa semua ni? Kuat tangannya memegang pintu pagar sambil matanya tajam merenung geram wajah Radhi yang selamba. Tidak mahu tubuh lelaki itu menerobos masuk ke halaman rumahnya. Sakit hati bukan kepalang melihat reaksi Radhi yang jelas sedang memperlekehkan perasaannya. Sedang mencabar kesabarannya. Aku nak masuk. Ya. Abang boleh masuk. Tapi, bukan dengan perempuan ni! bentak Arisa geram. Sedaya upaya dia cuba mengawal suara. Sabarnya kian hilang namun, dia tidak mahu menjemput jiran tetangga menjadi penonton. Tidak mahu keadaan menjadi kecoh. Tidak mahu ayahnya menyedari ada pertelingkahan sedang berlaku di sini. Kenapa pulak? Ini isteri aku. Kenapa aku tak boleh benarkan dia masuk? Kata-kata yang laju meniti di bibir Radhi membuat

29

Mungkinkah?

jantung Arisa bagaikan berhenti berdetak. Dengan nafas yang terhenti dia merenung wajah lelaki itu. Ternyata lelaki itu telah berkahwin tanpa pengetahuannya. Walaupun dia tahu keputusan Radhi, langsung tidak dia menduga Radhi akan hancurkan hatinya secepat ini. Terasa cintanya yang masih bersisa untuk lelaki itu, lebur perlahan-lahan. Senyum kemenangan Radhi benarbenar membuat dia berasa kalah. Benar-benar membuat hatinya merintih hampa. Sia-sia dia bersungguh-sungguh mempertahankan cintanya selama ini. Kenapa? Terkejut? Kan aku dah cakap, aku akan kahwin. Jadi, kenalkan ini madu kau. Azilah. Arisa mengetap bibirnya. Hatinya memang hampir menangis. Namun, melihat keangkuhan lelaki itu, terasa bodoh kalau dia terus melayan perasaan hiba yang bertandang. Dia harus belajar untuk menjadi tabah. Dia harus belajar untuk menjadi kebal menanggapi sikap Radhi yang menyebalkan. Dia perlu kuat. Dia perlu keraskan hati. Siapa pun perempuan ni, itu bukan masalah Rissa. Tapi, ingat. Ini rumah ayah Rissa dan jangan berani buat macam ni kat sini. Jangan berani bawa orang luar yang tak diundang ke dalam rumah kami! Tapi, isteri aku tinggal kat sini kan? So, aku berhak masuk. Dan, sudah semestinya isteri baru aku pun berhak masuk. Arisa merengus geram. Hatinya bertambah sakit melihat wanita yang diperkenalkan sebagai Azilah itu, tersenyum sinis di sisi Radhi. Membuat marahnya hampir tidak terkawal. Apa yang kau nak sebenarnya ni?! Apa tujuan kau datang sini bawa perempuan ni? Nak sakitkan hati aku?

30

Hanni Ramsul

Tiba-tiba melantun soalan itu daripada bibirnya, sambil tangannya menolak kuat dada Radhi yang berdiri di balik pagar rumah. Membuat lelaki itu terdorong ke belakang. Lupa sudah akan rasa hormat kepada seorang suami, yang perlu dia jaga. Kurang ajar! Bentakan itu membuat dia sedikit terkesima. Langkah laju Radhi membuat dia gerun. Dia tahu kekerasannya sebentar tadi mengundang marah lelaki itu. Dia sendiri tidak berniat untuk bertindak sekeras itu. Rissa! Apa yang bising tu? Pantas dia berpaling. Ayahnya tercegat di pintu gelangsar yang separuh terbuka. Dan, hatinya berasa tidak senang tiba-tiba. Tolonglah pergi, bang. Abang tahu, kan ayah bukan sihat sangat. Abang datang tunjuk perempuan ni, nanti dia sakit hati. Nanti dia marah. Tolonglah pergi. Nada marahnya segera berganti sendu. Memohon sedikit belas kasihan Radhi untuk ayahnya. Radhi merengus keras. Tubuh kecil Arisa ditolak dan pintu pagar yang sejak dari tadi dihalang dengan tubuh Arisa, segera dibuka. Arisa yang hampir terjatuh, tidak sempat berbuat apa-apa. Cuma dengar ayahnya kuat memanggil namanya. Pasti risau melihat dia hampir terjatuh ditolak oleh Radhi. Tujuan abang, apa sebenarnya ni? jeritnya dalam nada yang tertahan. Aku datang ni nak ambil barang-barang aku. Aku datang nak tunjuk isteri baru aku pada kau dan bapak mentua kesayangan aku tu. Faham? balas Radhi dengan bersahaja.

31

Mungkinkah?

Arisa menelan liur. Laju melangkah cuba menghalang langkah Radhi. Wajah ayahnya yang memerah di muka pintu benar-benar membuat dia risau. Abang kalau nak sakitkan hati orang, cukup Rissa seorang. Jangan libatkan ayah. Kau dengan ayah kau, sama aje. Sama-sama menyakitkan hati. Kalau menyakitkan hati, kenapa kahwin dengan Rissa? Radhi tergelak halus. Langkahnya mati untuk seketika. Wajah Arisa direnung bersama senyum mengejek. Kau yang beria-ia nakkan aku, kan? Kau yang sungguhsungguh nak sangat kita kahwin, kan? Bukan aku yang bersungguh-sungguh pun. Arisa kaku tanpa suara. Cuma terkebil-kebil memandang Radhi yang menyambung langkah menuju ke pintu. Terkebil-kebil melihat ayahnya bercekak pinggang menghadapi Radhi bersama amarah. Terkesima mendengar pengakuan kejam lelaki yang pernah dia cintai sepenuh hati. Baru hari ini dia tahu nilai sebenar cintanya di mata lelaki itu. Baru hari ini dia sedar, sejak dari awal lagi dirinya memang tidak membawa apa-apa makna pada Radhi. Air mata yang menitis tanpa sedar, perlahan-lahan menanam rasa benci yang bukan sedikit di hatinya. Dia tidak akan maafkan lelaki ini. Sungguh, dia tidak menyesal diperlakukan sebegini. Mungkin sebaiknya Radhi lenyap terus daripada hidupnya. Radhi! Siapa pulak yang kau bawak balik ni? Kau ingat rumah aku ni, apa? Haji Salleh membentak marah. Bentakan itu membawa kesedaran menyapa hati Arisa yang kaku. Ayahnya cuba menghalang Radhi yang mahu

32

Hanni Ramsul

masuk ke ruang tamu bersama wanita yang baru bergelar madunya itu. Ini isteri saya, ayah. Kenapa pulak dia tak boleh masuk? Kurang ajar kau ya? Berani kau bawak perempuan ni masuk ke rumah aku? Berhambus! Aku tak benarkan dia jejakkan kaki ke rumah ni. Kau pun boleh berhambus! Ayah ayah bertenanglah. Jaga jantung tu elokelok. Saya cadangkan ayah duduk elok-elok kat sofa tu. Duduk diam-diam, jangan marah-marah. Bersama senyum mengejek, Radhi bersuara separuh berbisik. Cukup hampir di telinga bapa mentuanya itu. Radhi! Suara Haji Salleh yang menengking kuat cuma disambut dengan gelak mengejek. Sayang, tak baik cakap macam tu. Alah jangan risaulah. Dia dah biasa marahmarah macam tu. Kejap lagi tidur kat ward la tu. Jom, ke bilik. Sayang tolong kemas barang abang ya. Abang! Jangan berani bawa perempuan tu masuk ke bilik Rissa! Arisa melangkah laju. Menghalang langkah Radhi yang cukup santai. Tidak mahu wanita yang kini bergelar isteri Radhi itu menceroboh biliknya. Bukan bilik kau sorang, kan? Jom sayang. Arisa tersandar ke dinding apabila ditolak kuat oleh Radhi. Cuba menghalang sekali lagi namun, panggilan Rianti menghalang niatnya. Dia menoleh. Tergamam melihat Rianti yang sedang memaut tubuh tua ayahnya. Ayah! Lupa pada Radhi yang sedang menceroboh biliknya bersama isteri baru, dia berkejar mendapatkan ayahnya yang

33

Mungkinkah?

berkerut muka sambil menekan dada. Kerisauannya menjadi kenyataan. Ayah ayah tak apa-apa? Melihat ayahnya yang tidak mampu menjawab, Arisa semakin cemas. Sedihnya hilang entah ke mana. Cuma selaut risau yang mengganti rasanya saat ini. Ati, ambil ubat ayah. Tanpa menjawab, Rianti berlari ke arah dapur. Tidak lama kemudian muncul bersama satu botol kecil berisi pil. Segera pil itu disua ke mulut ayahnya dengan pipi yang sudah mula basah. Perlahan dia mengurut dada ayahnya. Nafas ayahnya perlahan-lahan sekata sambil tubuh tua itu bersandar lemah di sofa. Arisa mengetap bibirnya. Air mata yang laju menitis, diseka perlahan. Sakit hati bukan sedikit dengan perbuatan Radhi. Ayah okey? Sebak suaranya bertanya. Haji Salleh mengangguk lemah. Lemah juga jarijemarinya menyeka air mata di pipi anak sulungnya itu, membuat makin laju deraian air mata bertandang di pipi Arisa. Sungguh, dia kasihan pada Arisa. Dia mahu sama-sama bangkit mempertahankan Arisa namun, dia tidak berdaya. Jahatlah Abang Radhi tu! Arisa mendongak. Memandang wajah Rianti yang mencuka. Kata-kata Rianti dibiarkan sepi. Hatinya membentak perkara yang sama. Cuma saat ini, fokusnya pada ayahnya. Kerisauannya cuma pada lelaki tua yang sedang berdepan dengan kesakitan gara-gara kerenah suaminya. Betul ayah tak apa-apa ni? Ayah rehat kat bilik ya? Haji Salleh menggeleng perlahan. Mustahil dia akan membiarkan Arisa berdepan dengan Radhi sendirian.

34

Hanni Ramsul

Pergi tengok apa yang mereka buat kat dalam tu. Nanti dengan barang kamu dia angkut sekali. Haji Salleh bersuara perlahan. Arisa diam. Mendongak memandang wajah adiknya. Ati tengok ayah kejap ya? Rianti mengangguk sambil terus melabuhkan punggung ke sofa. Arisa bangkit. Berdiri seketika sambil menghela nafas panjang. Bukan sedikit kekuatan yang dia perlukan untuk memulihkan hatinya yang hancur kini. Untuk berdepan dengan Radhi yang menyakitkan hati. Sedaya upaya cuba membuang perasaan yang berbaki di hatinya, dia melangkah menuju ke bilik. Menolak perlahan pintu bilik yang tidak begitu rapat. Sebaik sahaja melihat Radhi asyik menyelongkar beg tangannya, pantas pintu ditolak kuat. Menerpa ke arah Radhi sambil merampas beg tangan di tangan Radhi. Tak ada barang abang dalam beg Rissa! bentaknya marah. Radhi tergelak. Tapi, ada duit kau balasnya sambil melayang not-not duit kertas di tangan. Bagi balik duit tu! Ala buat kali terakhir bagi aku duit sebelum bagi durian runtuh kat aku, apa salahnya? Abang ni, memang tak guna! Radhi sekadar tersenyum sambil menyimpan helaian duit kertas itu ke dalam poket seluarnya. Kemudian, berpaling ke arah Azilah yang sudah selesai mengemas. Sudah, sayang?

35

Mungkinkah?

Dah. Okey. Aku pergi dulu. Aku tunggu kau bagi duit tu kat aku. Kalau kau nak lengah-lengahkan nak juga turun naik mahkamah tuntut hak kau, kau pun tahu apa akan jadi pada ayah. Fikirlah masak-masak ya, sayang. Arisa tercegat menahan rasa. Mengiringi langkah Radhi bersama pandangan penuh kebencian. Sebaik sahaja pintu itu tertutup, dengan keras dia mencampak beg tangan ke katil. Berombak dadanya menahan marah. Menahan geram dan menahan sedih yang bercampur baur. Perlahan tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Mengetap bibir agar esakan yang mula bertandang, tidak sampai ke telinga ayahnya. Kau jahat Radhi aku tak akan maafkan kau, gumamnya perlahan sambil tersedu-sedu menahan esakan. Daun pintu yang terbuka, memaksa dia berpaling. Rianti bergegas merapatinya. Kak long. Dia tunduk sambil menyeka air mata. Pelukan lembut Rianti membuat dia sedikit tenang. Perlahan gadis itu mengusap belakangnya. Nangislah kak long. Tapi, janji lepas ni, kak long jangan lemah lagi. Kak long jangan tunduk pada Abang Radhi lagi. Ati benci Abang Radhi! Pujukan itu perlahan-lahan membuat jiwanya sedikit tegar. Pelukan terlerai. Jari-jemari halus Rianti lembut menyeka pipinya yang basah. Orang macam Abang Radhi tak layak untuk kak long. Terima kasih, dik. Ati sayang kak long. Ati tak nak kak long sedih macam ni.

36

Hanni Ramsul

Lepas ni, kak long takkan sedih lagi. Kak long akan buang Abang Radhi jauh-jauh dari hidup kita. Rianti tersenyum hiba. Memandang wajah kakaknya yang merah menahan tangis. Ayah mana, Ati? Ati bawa masuk ke bilik. Abang Radhi sakitkan hati ayah tadi. Dia memang melampaulah kak long. Arisa mengeluh perlahan. Esakannya kian mereda. Seketika, dia menghela nafas yang cukup dalam. Pergi tengok ayah. Perlahan dia bersuara dengan suara yang sedikit serak. Ati suruh Da tengokkan ayah. Kak long dah okey ke? Arisa tersenyum nipis. Kak long ada adik-adik yang sayangkan kak long. Mesti kak long okey. Jangan risau. Lepas ni, kak long takkan biarkan Abang Radhi ganggu hidup keluarga kita. Tak akan! Rianti diam. Kak long nak bersendirian sekejap. Ati pergi tengok ayah, ya. Kejap lagi kak long pergi jumpa ayah. Bersama senyum yang cuba dilebarkan, dia bersuara perlahan. Rianti mengangguk akur. Perlahan berdiri sambil memegang lengan Arisa. Menarik perlahan Arisa berdiri bersamanya. Ati keluar dulu, ya? Arisa tersenyum. Melabuhkan punggung ke katil bersama helaan nafas panjang. Ranjau yang menanti terasa semakin sukar.

37

Mungkinkah?

Bab 5
ELAIAN kertas yang sedikit berserakan di atas meja, dikemas dengan segera. Janji temu sudah selesai, perbincangan juga sudah tamat. Dan dia bersedia untuk pulang semula ke pejabat walaupun lemah semangatnya untuk meneruskan kerja. Tanpa disedari, tingkahnya diperhati dalam diam. Mata majikannya diam memerhati. Kita balik sekarang? Encik Karim? Dia bersuara sambil mengangkat muka. Bertentang mata seketika dengan majikannya itu. Lelaki itu tersenyum nipis. Arisa, ayah awak macam mana? Soal kerja perkembangan Arisa. diketepikan. Dia mahu tahu

Arisa diam seketika. Memandang wajah Encik Karim. Majikannya itu kelihatan seperti mahu berlama di restoran ini. Semalam dah boleh balik, Encik Karim. Perlahan

38

Hanni Ramsul

dia menjawab. Segera dia teringatkan ayahnya yang cukup lemah terbaring di atas katil. Kasihan ayahnya. Apa sebenarnya masalah awak ni? Cuba ceritakan pada saya. Kalau saya boleh tolong insya-Allah, saya akan tolong. Mendengar soalan itu, Arisa memilih untuk berdiam diri. Cuma matanya memandang wajah Encik Karim yang kelihatan ikhlas bertanya. Melihat wajah itu, membuat dia teringat pada cadangan Tasnim. Apa kata kau pinjam dengan Encik Karim? Kau gila ke? Kau ingat Encik Karim tu gila nak bagi aku pinjam duit sebanyak tu? Jangan cakap yang bukanbukanlah. Insya-Allah, boleh. Encik Karim tu baik. Mungkin dia boleh tolong. Kau cubalah. Kata-kata itu berlegar di mindanya. Perlukah dia senekad itu demi menghalang Radhi daripada terus mengganggu dia dan keluarganya? Sekali lagi pandangan dipaku kemas ke wajah Encik Karim. Namun, bibirnya begitu berat untuk meluahkan apa yang sedang dihadapinya. Tidak. Tidak mungkin dia akan meminta bantuan sebanyak itu daripada Encik Karim. Sudahnya hanya satu gelengan perlahan yang mampu diberi. Encik Karim mengeluh perlahan. Terlalu peribadi, Encik Karim. Insya-Allah, saya cuba selesaikan sendiri. Akhirnya dia memberi jawapan yang samar-samar. Cadangan Tasnim dilupakan terus. Ruparupanya dia tidak cukup gagah untuk meminta-minta. Encik Karim tersenyum lagi. Kali ini bersama gelengan perlahan. Dia tahu Arisa merahsiakan sesuatu.

39

Mungkinkah?

Awak pekerja kesayangan saya. Saya tak nak tengok prestasi kerja awak terganggu dengan masalah peribadi yang tak selesai-selesai. Saya tak suka pekerja yang gagal ketepikan masalah bila berada di pejabat. Arisa menunduk. Itu merupakan teguran Encik Karim yang kedua. Ketara sangatkah kegagalannya menjalankan tugas dek kerana masalah dengan Radhi? Saya faham, encik. Saya minta maaf. Saya akan cuba selesaikan masalah ni secepat mungkin. Macam mana? Arisa mengeluh perlahan. Kembali mencari wajah Encik Karim. Soalan itu tiada jawapan kerana dia sendiri masih buntu mencari jalan penyelesaian. Saya boleh pinjamkan awak RM20,000.00 tu. Arisa ternganga. Membuntang matanya memandang wajah majikannya itu. Adakah ini semua satu halusinasi? Mungkinkah dia tersilap dengar? Rasanya dia belum meluahkan apa-apa pada lelaki ini. Dari mana lelaki ini mendapat angka itu? Dan, bagaimana Encik Karim tahu tentang masalahnya itu? Arisa, tak salah kalau kita minta bantuan daripada orang lain kalau kita benar-benar perlukannya. Masalah tak akan selesai kalau awak pendam semua masalah awak ni sendiri. Suami awak terus ganggu awak. Keadaan kesihatan ayah awak pun semakin terganggu. Konsentrasi kerja awak turut terjejas. Sampai bila awak nak hadapi itu semua? Lembut sahaja suara lelaki itu meresap ke gegendang telinganya. Dengan penuh tanda tanya, dia merenung wajah majikannya itu. Tasnim. Hanya imej Tasnim yang memenuhi mindanya saat ini. Hanya Tasnim yang tahu segala-galanya. Mungkinkah Tasnim yang bercerita?

40

Hanni Ramsul

Tasnim? Sebaris nama itu meniti perlahan di bibirnya. Satu soalan untuk semua tanda tanyanya. Encik Karim tersenyum nipis. Sekuntum senyuman lelaki itu mengiakan teka-teki di kepalanya. Encik Karim. Dia benar-benar kehilangan kata-kata. Tiba-tiba muncul rasa malu untuk dia terus berdepan dengan lelaki ini. Tasnim cuma nak membantu awak. Arisa mengeluh perlahan. Memang ada sedikit rasa kecewa dengan sikap Tasnim. Namun, benar kata Encik Karim. Barangkali Tasnim cuba membantunya. Dan, barangkali juga dia patut singkirkan rasa malu itu. Jumlah tu bukannya sikit, Encik Karim. Banyak. Anggap saja saya pinjamkan pada awak. Awak bayar perlahan-lahan pada saya. Saya ikhlas nak bantu. Arisa menggeleng perlahan. Merenung wajah majikannya yang sentiasa tenang itu. Nanti apa kata staf lain? Encik Karim tergelak halus. Arisa Arisa. Takkan saya nak buat announcement pada semua staf kalau saya membantu salah seorang staf saya. Yang tahu, cuma saya awak dan Tasnim. Saya tak nampak di mana masalahnya kalau awak terima pertolongan saya. Tapi Awak nak terus hidup dengan suami awak? Arisa menggeleng. Memang perasaan untuk bersama Radhi sudah mati. Cuma satu yang dia harapkan daripada lelaki itu. Berharap agar Radhi terus lenyap dari

41

Mungkinkah?

hidupnya. Kalau boleh, nama lelaki itu pun dia ingin padam dari ingatannya. Geleng? Meaning? Tak tahu? Tak pasti? Tak mahu? Encik Karim bertanya lagi. Seketika Arisa terdiam. Bibir bagaikan terkunci. Pelik rasanya apabila hari ini Encik Karim mengajak dia berbincang soal seperibadi ini. Cukup Tasnim seorang yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Apabila Encik Karim turut menunjukkan sikap mengambil berat, dia benarbenar buntu. Benar-benar serba salah. Arisa saya mahu bantu awak. Awak kena benarkan saya bantu awak. Berdiam diri, memendam rasa, bukan cara untuk selesaikan masalah. Saya tak selesa berbincang soal peribadi macam ni. Arisa bersuara dengan nada kurang yakin. Awak kena percayakan saya. Saya ikhlas nak tolong awak. Awak memang perlukan seseorang untuk bantu awak sekarang ni. Awak tak akan boleh selesaikan semuanya sendirian. Saya tahu. So? Saya malu kalau sampai saya terpaksa pinjam duit Encik Karim. Tapi, saya tak tahu nak minta tolong dengan siapa. Saya tak nak bebankan ayah saya. Encik Karim tersenyum kecil. Awak memang tak mahu lagi hidup bersama suami awak? Sekali lagi soalan itu meniti di bibir Encik Karim. Tak nak. Awak tak cuba minta fasakh? Mungkin itu boleh membantu. Awak tak perlu bayar dia apa-apa pun.

42

Hanni Ramsul

Ayah saya masuk hospital sebab saya beritahu dia, saya nak minta fasakh. Tiap-tiap hari dia datang ganggu ayah. Arisa membuka sedikit kisah suramnya. Encik Karim mengangguk perlahan. Jadi, yang dia mahu cuma duit? Dengan bibir mengangguk perlahan. dia? Arisa mengangguk lagi. Tebus talak? Nampaknya saya terpaksa buat macam tu. Kalau tak, dia dah ugut dia akan terus ganggu kami sekeluarga. Satu keluhan yang keluar daripada mulut Encik Karim mendorong Arisa mengangkat muka. Memandang wajah lelaki itu kini sedikit mendung. Saya tumpang simpati dengan masalah awak. Arisa tersenyum kelat. Tak patut saya ceritakan semua ni pada Encik Karim. Kalau tak nak cerita pada saya, awak nak cerita pada siapa? Lelaki itu bertanya dengan nada sedikit berseloroh. Seloroh yang tidak mampu membuat senyum memekar di bibir Arisa. Kalau dah tak ada pilihan lain, awak terimalah bantuan saya. Selesaikan segera masalah awak. Saya harapkan yang terbaik untuk awak. Arisa membeku. Huluran pertolongan sebegini tidak mungkin akan datang untuk kedua kalinya. Apakah dia perlu menerima pertolongan daripada Encik Karim? Sememangnya tiada lagi sumber lain yang boleh dia mata mula memberat, Arisa

Dia cuma akan lepaskan awak, kalau awak bayar

43

Mungkinkah?

harapkan. Untuk membuat pinjaman bank, dia tidak mahu terus terbeban. Pinjaman untuk membeli kereta masih lagi belum lunas semuanya. Tapi, saya takut saya tak mampu nak bayar balik semuanya nanti. Encik Karim senyum. Just take your time. Bayar berapa yang awak mampu. Arisa mengeluh perlahan. Saat ini, memang dia malu mahu berhadapan dengan Encik Karim. Malu dengan dirinya yang berada dalam serba tak mampu. Namun, peluang ini mustahil dia tolak. Demi ayahnya, dia harus singkirkan Radhi secepat mungkin. Saya malu dengan Encik Karim. Tapi, saya memang perlukan bantuan ini. Saya cuba langsaikan pinjaman tu secepat yang saya mampu. Terima kasih, Encik Karim. Tak boleh bayar, kena jadi wife saya. Arisa terpempan. Tajam matanya merenung wajah lelaki itu yang tersenyum lebar. Tidak percaya yang majikannya itu boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Encik Karim. Encik Karim tergelak besar. Janganlah buat muka macam tu. Saya gurau aje. Arisa tersenyum kelat. Sungguh kurang senang dengan gurauan majikannya itu. Jangan risau. Saya ikhlas nak membantu. Terima kasih, Encik Karim. Lelaki itu membalas hanya dengan senyuman manis. Seketika saling berdiam diri, akhirnya dia mencapai beg tangannya. Berdiri tegak sambil mencapai beberapa helaian kertas bersama organizer. Saya rasa baik kita balik

44

Hanni Ramsul

ke pejabat sekarang? Atau Encik Karim ada hal lain? Saya boleh balik ke pejabat dengan teksi. Tak. Saya pun nak pulang ke os. Arisa mengangguk perlahan. Encik Karim tersenyum sambil turut mengangkat punggung.

45

Mungkinkah?

Bab 6
A r i s a mengerutkan kening. Matanya yang seketika tadi leka dengan kesibukan manusia yang lalu-lalang kini teralih pada Tasnim. Hairan mendengar soalan temannya itu. Wajah Tasnim yang leka meneguk minuman dipandang agak lama. Maksud kau? Yalah. Hidup bebas daripada Radhi. Bagaimana rasanya sekarang? Arisa tersenyum nipis. Menolak gelas jus tembikai yang sudah tinggal separuh. Bagaimana rasanya hidup tanpa gangguan Radhi? Barangkali tiada perkataan yang mampu menjelaskan bagaimana perasaannya sekarang. Lega dan tenteram. Aman. Akhirnya sepatah perkataan itu diluahkan bersama senyum panjang. Tasnim tergelak halus. Melihat wajah Arisa sudah cukup untuk memberitahu jawapan yang meniti di bibir itu lahir daripada hati. Senang hatinya melihat wajah Arisa yang

ACAM MANA hidup?

46

Hanni Ramsul

jelas sudah berubah sedikit ceria. Jelas menunjukkan kehidupan baru Arisa jauh lebih baik. Sepatutnya dari dulu lagi kau buat keputusan macam ni. Arisa diam. Melayan perasaan seketika sebelum dia kembali mencari wajah Tasnim. Kalau tidak ada Tasnim, belum tentu masalahnya boleh selesai. Besar pertolongan sahabatnya itu. Nim... sekali lagi aku nak ucap terima kasih ya. Kalau kau tak beritahu Encik Karim, aku pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah aku ni. Tasnim mengerling bersama senyum panjang. Kau tu, malu tak bertempat. Lagipun, sudah-sudahlah ucap terima kasih dengan aku. Bukan aku pun yang bagi duit tukan? Arisa tersenyum kelat. Memang mustahil dia akan meminta pertolongan daripada majikannya itu, andai Tasnim tidak membuka cerita. Tapi, kalau bukan sebab kau yang buka mulut pada Encik Karim, aku rasa masalah aku ni belum selesai lagi. Terima kasih, ya. Tasnim mengukir senyum. Menyentuh perlahan jari-jemari Arisa. Aku tak sampai hati tengok keadaan kau. Kau terlalu muda untuk hidup dengan masalah tak berkesudahan macam tu. Aku yakin, Encik Karim akan tolong kau. Sebab, dia tukan sayangkan kau. Arisa menghela nafas perlahan. Kurang enak mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Tasnim. Janganlah cakap macam tu. Aku berhutang dengan dia. Insya-Allah, aku akan langsaikan hutang aku tu perlahan-lahan. Nasib baik ada orang baik macam Encik Karim tu. Kalau tak, tak tahulah macam mana aku nak lepaskan diri dari masalah ni. Tasnim tersenyum. Radhi masih ganggu kau? Arisa menggeleng. Memang sejak perceraian

47

Mungkinkah?

rasminya dua bulan yang lalu, Radhi tidak lagi muncul. Hidupnya kembali aman. Ayahnya juga tidak perlu lagi terseret sama menanggung tekanan. Itulah yang amat melegakannya. Dia tidak perlu lagi membuat ayahnya tertekan. Kenapa kau tanya macam tu? Arisa pula melontarkan pertanyaan. Memandang tepat pada wajah Tasnim. Tak adalah. Aku ada terserempak dengan dia minggu lepas. Dia tanyakan kau. Aku marah dia. Aku cakap dengan dia, semata-mata nak ikut kehendak dia, kau terpaksa berhutang dengan Encik Karim. Arisa diam. Radhi bertanyakan tentang dirinya? Satu perkembangan yang tidak begitu menyenangkan hatinya. Dia cakap apa? Sengih-sengih buat aku sakit hati. Dia tu dia tu memang buat aku menyampahlah, getus Tasnim dengan nada sedikit geram. Arisa tersenyum sumbing. Dan perlahan Tasnim menutup mulut dengan telapak tangan. Memandang wajah Arisa dengan pandangan kesal. Sorry aku tak bermaksud nak cakap macam tu. Kau jangan ambil hati ya. Bersama gelak halus Arisa menggeleng perlahan. Kata-kata Tasnim tiada yang salah di telinganya. Kau betul. Hes annoying. Menjengkelkan. Lelaki paling tak guna pernah aku jumpa. Aku pun hairan macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia. Aku sanggup pertahankan dia walaupun ayah aku tak suka. Aku berkeras nak kahwin dengan dia, walaupun ayah aku tak restu. Sebab kedegilan aku, ayah terpaksa mengalah. Sebab kedegilan aku, ayah turut sama

48

Hanni Ramsul

terseret dalam masalah aku dengan Radhi. Sekali kir, bodoh betul aku ni. Kau tak bodoh. Tapi, bak kata pepatah cinta itu buta. Arisa tergelak sinis. Hatinya yang membutakan akal. Menerima sandiwara Radhi tanpa mampu berkir buruk dan baik. Tidak dapat dinakan, Radhi pernah muncul sebagai insan yang paling baik dalam hidupnya. Namun, semua itu cuma sandiwara sebelum pernikahan mereka. Betul cakap ayah aku. Penganggur macam Radhi tak mungkin akan berubah. Beria-ia aku pertahankan. Aku cakap, lepas kahwin Radhi akan berubah. Tapi, ternyata aku silap. Ayah aku yang betul, tokok Arisa bersama keluhan kecil. Lelaki macam Radhi tu, memang licik. Aku rasa cinta hanya perangkap untuk dia hidup senang. Mungkin ini cara dia dapatkan duit. Memeras duit perempuan sambung Tasnim bersama senyum sinis. Mungkin juga. Tapi, aku lega. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa sekarang. Aku harap, bayang dia pun tak akan datang ganggu aku lagi. Aku pun berharap macam tu. Suka aku tengok kau dah tak macam dulu. Dah boleh senyum. Dah boleh ketawa. Kalau tak, murung macam orang mati suami. Arisa mengerling sambil Tasnim melepaskan tawa senang. Harap-harap aku boleh terus tersenyum dan ketawa lepas ni. Tapi yang paling aku gembira, ayah aku tak perlu lagi stres dengan kerenah Radhi. Dan kau boleh cari pengganti Radhi. Cari lelaki yang benar-benar boleh bahagiakan kau.

49

Mungkinkah?

Arisa tersenyum tawar. Tidak mungkin dia perlukan seorang lagi lelaki dalam hidupnya lagi. Cukuplah sekali. Tidak rela dia mengulangi kesengsaraan ini lagi. Aku rasa hidup sendiri lebih baik. Cukuplah aku tumpukan pada ayah dan adik-adik aku. Itu lebih baik daripada terlibat dengan lelaki. Macam serik aje bunyinya? Bukan macam tapi memang aku dah serik. Serik sangat-sangat. Tak boleh macam tu. Tak baik cakap macam tu tau. Arisa mengeluh panjang. Menolak terus gelas di hadapannya. Jom. Aku tak nak sampai lewat sangat kat rumah. Dia menutup perbualan sambil mengangkat punggung. Tasnim menjongket bahu. Turut sama mengangkat punggung. Arisa mencapai beg tangan sambil mula mengatur langkah. Langkah laju seorang gadis yang melangkah keluar dari kafe sempat dielak. Dan, tubuhnya terdorong ke hadapan apabila tiba-tiba dia dilanggar dari belakang lalu terjatuh ke atas lantai dan dia sempat mendengar satu suara lelaki yang memanggil seseorang. Rissa kau okey? Tasnim bergerak laju memaut bahunya sambil dia mengangguk perlahan. Hei! Tak ada mata ke? Tasnim menjerit marah pada susuk tubuh yang terhenti beberapa langkah di hadapan Arisa. Tak nampak ke dia jatuh ni? Bukan nak tolong, minta maaf pun tak! Sorry. I tak sengaja.

50

Hanni Ramsul

Tasnim terdiam. Terkebil-kebil memandang wajah yang kini sedang merenungnya. What? I dah minta maaf. Arisa mengangkat muka mendengar suara yang sedikit garang itu. Pegangan Tasnim di bahunya seakan-akan mati. Mengundang rasa hairan di hatinya. Perlahan dia berdiri. Memandang wajah Tasnim yang terkebil-kebil. Diam tanpa suara. Im sorry miss. Tak sengaja. Satu suara menegurnya. Pandangannya dialihkan ke wajah yang kelihatan serba salah. Sekuntum senyum diukir agar lelaki di hadapannya itu tidak berasa terlalu bersalah. Tak apa. Saya pun tak apa-apa. Jom Nim. Nanti lewat. Arisa bersuara sambil menarik tangan temannya itu. Meninggalkan lelaki yang secara tidak sengaja membuat dia jatuh terduduk di dalam kaf itu. Menonong Tasnim mengikut tanpa suara. Sesekali menoleh ke belakang sambil tersenyum panjang. Dia pandang kau lagi la. Dia pandang kau kut. Kau tengok dia macam nampak hantu. Kau kenal dia ke? Tasnim menggeleng. Tapi, kau tingkahnya teruja. perasan tak? Dia lawa gilalah,

Arisa menggeleng perlahan. Memandang wajah Tasnim seketika kemudian menggeleng lagi. Tasnim mencemik geram. Arisa tergelak kecil. Rugi tak minta nombor telefon tadi.

51

Mungkinkah?

Gelak Arisa berubah nada. Lebih lantang sebaik sahaja mendengar rungutan itu. Berani ke kau nak minta? Tasnim tersenyum nipis. Menoleh sekali lagi. Dan, di kejauhan dia melihat lelaki itu masih terus tegak berdiri memerhati langkahnya dan Arisa. Dia masih pandang kita. Itu namanya mata keranjang. Jadi, batalkanlah niat kau nak minta nombor telefon tu ya. Dia tengah kejar girlfriend dia, tiba-tiba boleh beri perhatian pada perempuan lain. Tak ke satu spesies dengan Radhi tu? Tasnim mengangguk perlahan. Betul juga ya. Dan, ingat cincin di jari manis kau tu. Tasnim tersengih. Itu yang paling betul, balasnya mengekek. Arisa turut tergelak kecil. Mata keranjang, kan kau ni? Tasnim menggeleng. Mana ada. Ini namanya ujian alam bertunang. Arisa tergelak besar. Tasnim mengangkat kening. Kemudian sama-sama menyertai tawa Arisa.

SAMBIL meneguk Nescafe panas, sekali lagi dia mengangkat tangannya. Melihat objek yang terselit di celah jari-jemarinya. Sekuntum senyum spontan terukir di bibir. Hadiah untuk siapa tu? Sedikit terkejut dengan teguran yang datang dari belakang itu, Zariff berpaling perlahan. Tersenyum pada wajah mamanya yang seakan-akan tidak berperasaan itu.

52

Hanni Ramsul

Jadi spy ke mama? soal Zariff separuh mengusik. Belum sempat mengukir senyum lucu, wajahnya sudah berkerut menahan sakit. Perlahan dia menggosok lengannya yang terasa sakit dicubit oleh Puan Zahra. Gurau sikit pun tak bolehlah mama ni. Kenapa balik ke sini malam ni? Tak ada date dengan girlfriends ke? Mama ni. Balik salah, tak balik salah. Puan Zahra bergerak melabuhkan punggung ke kerusi. Memandang wajah anak tunggalnya yang kelihatan jauh melayan menung. Kalau nak cari perempuan yang sukakan bendabenda macam ni, baik kamu duduk rumah aje Riff. Tak ke mana kamu habiskan duit untuk perempuan-perempuan macam tu. Puan Zahra membuka topik sambil matanya terus tertumpu pada rantai halus di tangan Zariff. Cukup resah melihat tingkah Zariff yang semakin hari terasa semakin menjadi-jadi. Perempuan-perempuan macam ni, tak sesuai dijadikan isteri. Sesekali dengarlah cakap mama ni. Cuba serius sikit. Ini kerja main-main. Hidup pun main-main, sambungnya apabila melihat Zariff yang terus membisu sambil menilik rantai di tangan. Ini bukan saya punyalah mama balas Zariff perlahan sambil terus membelek rantai halus di tangannya. Kalau bukan kamu punya, siapa punya pulak? Takkan kekasih-kekasih kamu yang hadiahkan? Mama cuba jangan buat aksi PI macam ni. Sabarlah. Dengar saya cerita. Puan Zahra menjeling tajam.

53

Mungkinkah?

Arisa rantai ni Arisa punya, jelas Zariff sambil membaca sebaris nama yang menjadi loket rantai di tangannya itu. Siapa pulak Arisa ni? Kalau setakat perempuanperempuan yang Riff bawa ke hulu ke hilir, tak payah nak kenalkan dengan mama. Mama tak nak kenal. Siapa nak kenalkan pada mama? soal Zariff bersama gelak halusnya. Kalau tak nak kenalkan pada mama, kenapa sebutsebut nama dia depan mama? Mana pernah Riff beritahu nama kekasih-kekasih Riff pada mama? Ini bukan kekasih saya. Ini mungkin bakal isteri saya. Puan Zahra merenung wajah Zariff dengan riak yang jelas menunjukkan rasa tidak percaya. Zariff menyebut perkataan isteri? Sukar untuk dia percaya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Zariff sudah tergelak besar. Saya guraulah, mama. Kamu nikan! Siapa Arisa ni?! Puan Zahra mula menghamburkan rasa geramnya. Saya tak kenallah mama. Tadi, kat kaf, saya terlanggar seorang perempuan. Mungkin masa terjatuh, dia tak sedar rantai dia terjatuh sekali. Ini dia punyalah ni. Nak pulangkan pada dia, saya tak tahu kat mana nak cari dia. Panjang lebar Zariff bercerita dan perlahan-lahan Puan Zahra mula memproses cerita sebenar. Tapi perempuan ni cantik mama. Puan Zahra mencemik. Rugi tak minta number phone tadi, gumam Zariff sambil terus membelek rantai di tangannya.

54

Hanni Ramsul

Hentikanlah perangai buaya tu. Puan Zahra merengus marah sambil menampar bahu anak bujangnya itu. Mahu melepaskan rasa geram yang berhimpun di hati. Zariff tergelak kecil. Puan Zahra mengangkat punggung. Mama doakan saya jumpa Arisa ni sekali lagi ya. Mana tahu boleh jadi girlfriend saya. Puan Zahra mengerling. Kalau dia budak baik, mama doakan dia jumpa kamu dan ubah perangai hantu kamu tu. Kalau dia kaki kikis macam kawan-kawan kamu yang lain, mama doakan bayang dia pun tak datang pada kamu. Sinis bicara Puan Zahra sambil berlalu dari situ. Zariff tersenyum panjang. Menyambung renungannya pada rantai di tangan dan sekali lagi menjemput imej gadis pemilik rantai yang dilanggarnya petang tadi. Ada sesuatu tentang gadis itu yang membuat matanya kaku pada seraut wajah itu. Renungan gadis itu membuat dia terkesima seketika. Juga sikap bersahaja gadis itu yang terus mengayun langkah meninggalkannya juga membekas satu rasa di jiwanya. Belum pernah seorang perempuan pun berlalu begitu sahaja darinya. Berlalu dan terus berlalu tanpa menoleh. Apakah penampilannya siang tadi tidak cukup menarik pada pemerhatian gadis itu? Dia mengeluh perlahan. Sayangnya pertemuan itu pertemuan sementara yang tidak mungkin akan berulang lagi. Rugi. Arisa. Perlahan bibirnya mengalun nama itu. Suatu hari nanti kita jumpa lagi. Okey? Ucapnya bersama senyum nipis sambil rantai di tangan di bawa ke bibir. Benar-benar berharap agar wajah itu muncul sekali lagi di hadapannya.

55

Mungkinkah?

Bab 7
UARA Azilah yang bertanyakan menu pilihannya, langsung tidak diendah. Fokusnya kini cuma pada seraut wajah yang kelihatan tenang mendengar bicara seorang lelaki. Dia kenal lelaki itu. Dia lebih kenal pada seraut wajah bersama lelaki itu. Sukar hati lelakinya menerima hakikat saat ini Arisa sedang makan malam bersama majikannya. Mungkinkah ada sesuatu yang sedang berlaku antara Arisa dan lelaki itu? Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Tasnim, rakan sekerja Arisa beberapa hari yang lalu. Dia menarik nafas panjang. Abang! Suara sedikit keras itu, mengalihkan perhatiannya. Wajah Azilah mencuka merenungnya. Dengar tak Azie tanya ni? Suka hatilah. Order aje. Acuh tidak acuh sahaja Radhi menjawab sambil matanya kembali terarah kepada Arisa. Arisa semakin cantik dengan senyuman yang sering

56

Hanni Ramsul

menghiasi bibirnya. Ketara Arisa begitu gembira dengan perpisahan mereka. Dia tersenyum nipis. Senyuman Radhi itu mengundang rasa sangsi di hati Azilah. Menu di tangan diletakkan ke atas meja. Mahu sama-sama mencari sesuatu yang begitu menarik perhatian suaminya itu. Dan, pandangannya turut jatuh ke wajah Arisa. Menjemput rasa cemburu di hati. Tengok bekas isteri ke? Sinis dia bertanya sekadar mahu menarik perhatian Radhi. Radhi menjongket bahu. Terus memerhati pasangan yang sedang menikmati makan malam itu dari jauh. Biarkanlah dia. Apa pun dia nak buat dengan lelaki tu, dah bukan urusan abang, kan? Abang dengan dia dah tak ada apa-apa. Kan? Apa yang jadi urusan abang, juga bukan urusan Azie. Jadi, tolong diam dan tolong jangan masuk campur. Azilah terkedu mendengar kata-kata itu. Bagaikan tidak percaya Radhi baru sahaja mengucapkan kata-kata setajam itu padanya. I am your wife! Radhi mengeluh perlahan. Merenung tajam wajah Azilah yang semakin mencuka. Namun, apa dia kisah pada perubahan wajah itu? So? Abang ni, kenapa? Kenapa jadi sinis macam ni dengan Azie? Abang cakap isteri abang tu curang pada abang, jadi buat apa abang duk perhati dia lagi? Depan Azie pulak tu! Tak ada siapa yang boleh tentukan apa yang Radhi boleh dan tak boleh buat. Ingat tu. Perlahan Radhi bersuara sambil tersenyum nipis. Pipi Azilah diusap sebelum perlahan-lahan dia mencengkam pipi itu.

57

Mungkinkah?

Azilah menyeringai menahan sakit. Spontan tangan lelaki itu ditepis. Sakitlah! Sedikit membentak dia melontarkan rasa marah. Radhi tersenyum sinis. Azilah menggosok pipinya bersama jelingan tajam. Sakit di hati belum hilang, Radhi sudah menghantar rasa sakit di pipinya. Kali pertama Radhi berani menyakitinya. Apa kena dengan abang ni? Tiba-tiba jadi macam ni? Lebih dari ini pun kau boleh dapat kalau kau lebihlebih masuk campur urusan aku. Faham? Azilah terdiam lagi. Malam ini, Radhi benar-benar lain. Sekelip mata Radhi berubah menjadi tidak berperasaan. Sungguh dia keliru. Dan untuk dia bersuara lagi, dia tidak mahu. Tidak mahu mencetuskan kekecohan di restoran ini. Azie datang sini nak makan. Bukan nak tengok abang intip ex-wife abang. Radhi menghela nafas panjang. Merenung wajah Azilah sambil mengangkat jari telunjuknya lalu diletakkan ke bibir. Kalau nak makan, order. Jangan ganggu aku. Faham? Azilah merengus marah dan Radhi kembali memerhatikan Arisa. Tersenyum sambil menggeleng perlahan. Mustahil dia boleh biarkan Arisa segembira ini. Arisa tidak boleh sebahagia ini hidup tanpanya. Perlahan dia mengangkat punggung. Meninggalkan Azilah yang merah padam mukanya kerana menahan marah. Langkah santai diatur mendekati meja Arisa. Berdiri seketika di situ bersama senyum lebar. Hai sayang apa khabar? Sambil tundukkan kepala separas bahu Arisa, dia menegur lembut. Puas hati apabila wajah Arisa yang terkesima cukup menceritakan

58

Hanni Ramsul

betapa wanita itu terkejut dengan kehadirannya. Senyumnya semakin lebar. Dah lupakan abang? Arisa kaku di kerusi. Sungguh, kehadiran lelaki ini di luar jangkaannya. Juga terasa amat mengganggu. Sedang berbahagia nampaknya. Masa dengan abang, tak pernah pun Rissa nak senyum bahagia macam nikan? Betul-betul tak adil. Apa awak buat kat sini? Tolong pergi dan tolong jangan ganggu saya lagi. Radhi tergelak halus. Janganlah macam ni. Walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, kita masih tetap boleh berkawan. Kan? Arisa membuang pandang. Encik Radhi, rasanya tak sopan awak ganggu Arisa macam ni. Pandangan Radhi kini teralih. Tersenyum panjang sambil berpeluk tubuh. Selamba dia melabuhkan punggung ke kerusi. Encik Karim bertuah Arisa dapat bos yang baik macam Encik Karim ni. Kan? Mana nak cari bos yang sanggup pinjamkan berpuluh ribu sebab nak tolong staf. Kalau sepuluh orang staf ada masalah macam Arisa, banyak juga duit Encik Karim yang lebur, kan? Atau pinjaman tu cuma khusus untuk si cantik Arisa ni aje? Hmmm... Encik Karim? Arisa mengangkat mukanya. Awak boleh berhambus dari sini tak? Saya tak nak tengok muka awak lagi. Tak nak dengar suara awak lagi. Jangan nak mengarut kat sini. Sebab Rissa dah ada Encik Karim yang kaya? Encik

59

Mungkinkah?

Karim yang baik? Patutlah sanggup bayar berpuluh ribu pada abang. Rupa-rupanya Rissa dah dapat lebih dari itu ya? Kalau boleh abang tahu, sejak bila Rissa ada sesuatu dengan bos baik hati ni? Sejak Rissa masih isteri abang, atau. Awak jaga sikit mulut tu. Jangan nak reka cerita yang bukan-bukan. Kalau tak tahu hal sebenar, baik diam aje! Radhi tertawa lepas. Bersahaja bangkit semula dari kerusi. Kita tengok macam mana hal sebenarnya nanti. Okey, sayang? I miss you. Bersama satu kenyitan dia berlalu, meninggalkan rasa sebal di hati Arisa. Encik Karim maafkan saya. Laju Arisa bersuara sebaik sahaja Radhi kembali ke mejanya. Its okay. Saya faham. Dah lewat juga ni. Rasanya baik saya balik dulu. Terima kasih untuk makan malam ni. Saya hantarkan? No no... tak payah. Saya boleh balik dengan teksi. Saya balik dulu ya. Bersama senyum nipis, Encik Karim mengangguk perlahan. Terima kasih sebab sudi temankan saya makan malam ni. Arisa tersenyum nipis. Perlahan dia mengangkat punggung sambil mencapai beg tangannya. Saya balik dulu. Sekali lagi dia meminta diri dan mahunya kini cuma satu. Mahu segera beredar dari ruangan ini. Tidak mahu melihat wajah Radhi yang menyakitkan hati.

60

Hanni Ramsul

DENGAN perasaan terbuku, beg tangan dicampak ke sofa. Wajah suaminya direnung tajam. Geramnya masih belum hilang. Rasa sakit hatinya juga masih bersarang di jiwa. Kebahagiaan alam perkahwinan kali keduanya dirasakan kian menghilang. Wajah sebenar lelaki yang baru dikahwininya ini, bagaikan mula tersingkap. Hilang sudah Radhi yang penyayang. Hilang sudah Radhi yang cukup melindungi. Kenapa ni? Tiba- tiba nak marah-marah ni? Azilah tergelak besar. Merenung wajah Radhi dengan pandangan tidak percaya. Mustahil lelaki itu tidak tahu punca kemarahannya. Atau lelaki itu sengaja mahu membangkitkan lagi gelora marahnya? Kenapa? Abang boleh tanya kenapa? Jelas-jelas depan mata Azie abang tengok bekas isteri abang macam nak telan, abang tanya kenapa? Depan-depan Azie abang boleh pergi ke meja dia, abang tanya kenapa? Abang cemburu ya? Cemburu dengan bekas isteri abang tu? Masih sayangkan dia? Kalau masih sayangkan dia, kenapa kahwin dengan Azie?! Kenapa ceraikan dia?! Radhi menjeling sekilas. Perlahan bergerak ke jendela. Malas mahu melayan emosi Azilah. Rasa geram melihat Arisa bersama-sama dengan majikannya di restoran sebentar tadi, masih membekas di hati. Sakit hatinya tatkala melihat bibir Arisa tersenyum manis. Kenapa pulak tu? Termenung macam orang gila talak? Dah gila talak? Dah habis duit perempuan tu, tiba-tiba teringat balik kat perempuan tu?! Kata perempuan tu main kayu tiga, tapi yang abang macam terhegeh-hegeh pulak ni, kenapa?! Soalan Azilah yang separuh menjerit mula membingitkan telinganya. Mula mengganggu emosinya. Mula

61

Mungkinkah?

membangkitkan marah.

rasa

marahnya.

Jangan

buat

abang

Kenapa? Tercabar? Tak betul apa Azie cakap? Abang ni memang tak guna, kan? Entah-entah abang sengaja tuduh bekas isteri abang tu curang tak? Diam aku kata diam. Jangan sampai tangan aku naik ke muka. Jangan harap Azie nak diam. Abang kahwin dengan Azie, habiskan duit Azie. Konon janji nak bayar bila dapat duit dari bekas isteri abang tu! Dapat duit, satu sen pun tak bayar duit Azie! Azie diamkan sebab Azie sayangkan abang. Tapi sekarang ni, bila dah ada hati nak renung-renung bekas isteri, abang memang saja nak cari pasal dengan Azie la. Nak berbaik dengan bekas isteri abang tu? Ingat Azie ni tunggul? Ingat Azie ni bodoh?! Perlahan Radhi menghela nafas panjang sambil menggosok tengkuknya. Mulai rimas dengan leteran yang seakan-akan mahu berlarutan itu. Aku nak keluar. Akhirnya dia bersuara perlahan. Langkah diayun menuju ke pintu. Tidak mahu berlama mendengar omelan itu. Lebih baik dia mencari tempat yang tenang untuk dia kirkan tentang Arisa. Masih ada yang boleh dia harapkan daripada Arisa. Ke mana?! Nak berjudi? Lepas kalah, balik minta duit Azie?! Malulah sikit. Abang tu lelaki. Sepatutnya abang tanggung Azie, bukan Azie yang tanggung abang! Azilah menjerit marah. Tercabar dengan sikap acuh tidak acuh Radhi. Jeritannya itu berjaya membuat Radhi berpaling ke arahnya. Merenung tajam wajahnya. Langkah Radhi yang pantas merapatinya, membuat dia sedikit kecut.

62

Hanni Ramsul

Radhi tak akan tanggung sesiapa. Tapi, perempuan yang akan tanggung Radhi. Faham! bentak Radhi sambil menunjal kepala Azilah sehingga Azilah terdorong ke belakang. Dayus! Satu ketawa panjang pecah di bibir Radhi. Tersenyum sinis menanggapi kemarahan isterinya itu. Ini bukan dayus namanya. Ini bijak. Kalau hidup nak makan duit perempuan nak tipu duit perempuan, baik jangan jadi lelaki, bang. Pembetulan. Aku tak pernah tipu duit perempuan. Aku minta duit isteri aku. Tak salah, kan? Kau membentak. perdaya perempuan! aje tingkah Azilah Radhi mula sambil

Yang bodoh tersenyum kecil.

Dan kau kalau kau nak tahu, kau tu sama bodoh dengan Arisa. Kau tahu tak? Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau ke? Hei perempuan, cinta tak boleh kenyangkan perut yang lapar la. Aku kahwin sebab duit. Aku nak duit sambungnya bersama senyum sinis. Tak guna! Jeritan marah Azilah hanya membuat tawanya semakin kuat. Perlahan dia menggeleng. Salah tu sayang. Bukan aku yang tak guna. Kau tu yang dah tak guna. Dah tak ada gunanya untuk aku, kalau kau tak beri aku duit tiap-tiap bulan. Azilah merengus marah. Membuang pandang bersama sesalan yang menggunung. Menyesal kerana hanyut dalam pujuk rayu Radhi. Menyesal kerana hatinya cepat

63

Mungkinkah?

tertawan pada lakonan Radhi. Melihat layanan buruk Radhi pada Arisa, dia berasa semua itu wajar apabila Radhi bercerita tentang Arisa yang curang di belakangnya. Radhi sering mengadu Arisa ada hubungan sulit dengan majikan sendiri. Namun, kini dia yakin. Itu semua hanyalah cerita rekaan Radhi. Cara Radhi menagih simpatinya. Azie nak cerai. Akhirnya dia bersuara perlahan. Biarlah dia menjadi janda sekali lagi. Namun, untuk terus hidup menyenangkan lelaki itu, dia tidak mahu. Dia tidak ingin. Cerai? Kau nak cerai? Cerai aku mahal harganya. Nanti aku tentukan berapa harganya. Okey? Radhi bersuara lembut sambil mengelus pipi Azilah yang merah menahan marah. Sekali lagi dia mengukir senyum. Azilah cepat melenting. Azilah terlalu emosional. Tidak seperti Arisa yang lebih tenang menanggapi sikapnya. Jangan ingat Azie sama dengan Arisa. Kita tengok nanti. Sambil menjongket bahu dia bersuara selamba. Niatnya untuk keluar, terbatal begitu sahaja. Sudahnya dengan santai dia melabuhkan punggung ke sofa. Terus melayan bayangan Arisa bersama majikannya. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. Senyuman yang cukup lebar itu mengundang rasa menyampah Azilah. Pantas dia merentap kembali beg yang telah dicampak. Bergerak menuju ke pintu. Nak ke mana tu? Keluar. Menyampah tengok muka abang! Radhi tergelak lagi. Jangan tak ingat nak balik, dahlah ya.

64

Hanni Ramsul

Azilah menjeling tajam dan daun pintu ditutup kuat. Hoi! jerit Radhi pada pintu yang sudah tertutup rapat. Spontan tangannya mencapai kusyen lalu dibaling ke arah pintu yang sepi. Bodoh! gumamnya geram sambil bersandar santai. Namun, geram itu tidak dilayan. Azilah pun sudah tiada di depan matanya. Sia-sia dia menghamburkan marah pada Azilah. Saat ini, ada agenda lain yang lebih penting yang sedang bermain di kepalanya. Arisa bakal menyenangkan hidupnya sekali lagi. Itu sudah tergambar di ruang matanya dan bibirnya sekali lagi mengukir senyuman lebar. Arisa sayang tolong abang sekali lagi ya. Bisiknya perlahan sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Merenung seketika telefon di tangan sambil sekali lagi bibirnya tersenyum.

65

Mungkinkah?

Bab 8
ENYUMNYA yang tidak berbalas, menimbulkan sedikit rasa hairan. Wajah Puan Salma yang mencuka juga membuat dia tertanya-tanya. Dan, berdentum daun pintu bilik Encik Karim ditutup membuat dia tersentak. Tidak pernah wanita ini bereaksi sebegini. Arisa mengerutkan kening. Pelik. Namun, rasanya itu bukan sebahagian daripada masalahnya. Barangkali ada masalah peribadi antara majikan dan isterinya itu. Perlahan dia mencapai beg tangan. Bersiap untuk pulang. Dengan hati yang masih disapa tanda tanya, dia berlalu dari ruangan kerja. Masalah peribadi orang, jangan diambil peduli. Hatinya perlahan bersuara. Sudahnya dia mengatur langkah malas. Bertembung dengan Tasnim di pintu utama. Nak balik? Sapaan Tasnim dijawab dengan anggukan kecil. Puan Salma datang sini petang-petang ni, kenapa? Tergesa-gesa aje aku tengok. Soalan Tasnim dibiarkan sepi. Cuma langkahnya

66

Hanni Ramsul

dihala perlahan menuju ke tempat parkir. Diekori Tasnim dari belakang. Rissa aku tanya ni. Arisa menoleh. Tersenyum seketika. Tersedar dia mengabaikan soalan Tasnim. Entah. Aku pun tak tahu. Macam marah-marah. Tengok aku pun tak senyum. Tak macam selalu. Pelik aku tengok. Marah-marah? Pelik tu. Jarang Puan Salma nak emosi depan staf suami dia. Arisa mengangguk perlahan. Memang pelik. Teramat pelik. Dan, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Mungkinkah dia turut terlibat dalam perubahan emosi Puan Salma? Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Dia bersuara perlahan. Berhenti melangkah sambil matanya dalam merenung wajah Tasnim. Tasnim tergelak kecil. Kenapa? Kau ada affair dengan Encik Karim ke? Tiba-tiba pula kau nak rasa tak sedap hati? usik Tasnim bersama deraian tawa kecil. Isy, kau ni. Minta dijauhkan. Tapi aku rasa tak sedap hati. Takut-takut ini onar Radhi luah Arisa tiba-tiba. Entah kenapa begitu cepat imej Radhi terbentuk di mindanya. Cukup cepat dia simpulkan sesuatu yang buruk tentang lelaki itu. Tawa Tasnim juga hilang perlahan-lahan. Dapat merasakan ada kerisauan di hati temannya itu. Dan apabila nama Radhi terseret sama, ini bukan perkara main-main. Kenapa kau cakap macam tu? Dia masih lagi ganggu kau ke?

67

Mungkinkah?

Arisa diam seketika. Teringat pada pertemuannya dengan Radhi tempoh hari. Radhi telah membuat kesimpulan yang salah tentang dia dan Encik Karim. Juga teringat pada panggilan telefon dan beberapa pesanan ringkas daripada lelaki itu rentetan daripada pertemuan yang tidak menyenangkan itu. Lelaki itu mula meminta wang seperti biasa. Mula mengugut akan terus menyusahkan hidupnya. Dan, dia diamkan sahaja. Dia tidak peduli akan semua ugutan itu. Mungkinkah lantaran dia abaikan segala permintaan Radhi, kesimpulan itu telah Radhi bawa kepada Puan Salma? Jantungnya pantas berdetak laju. Tidak mustahil kalau Radhi yang mencetuskan masalah ini. Aku ingatkan bila dah dapat duit tu, dia akan duduk diam, sambung Tasnim sambil berpeluk tubuh. Tercegat berdiri mahu mendengar cerita daripada Arisa. Arisa menggeleng perlahan. Khuatir dan keliru. Dia ternampak aku makan malam dengan Encik Karim. Masa tu, kami baru lepas jumpa client. Dia macam syak aku dengan Encik Karim ada apa-apa. Kemudian dia call aku SMS aku. Minta duit. Dia ugut akan susahkan aku. Tapi, aku tak pedulikan dia. Aku tak layan ugutan dia tu. Tasnim mengeluh perlahan. Sangkanya kini, Arisa sudah benar-benar bebas daripada gangguan Radhi. Namun, nampaknya tidak semudah itu. Kalau dia cerita yang bukan-bukan pasal aku pada Puan Salma, macam mana Nim? Kalau dia tnah kami? Dalam khuatir, dia ajukan soalan. Jangan kir yang bukan-bukanlah. Mungkin Puan Salma ada masalah lain kut. Tapi, Puan Salma tak pernah bersikap macam ni dengan aku. Aku nampak dia macam marah betul tadi.

68

Hanni Ramsul

Harap-harap bukan sebab kau. Dan harap-harap Radhi tak sekejam tu, sampai sanggup tnahkan kau. Arisa mengeluh berat. Itulah yang dia tidak yakin. Tidak yakin akan ada secebis sifat mulia di hati lelaki itu. Lelaki itu cuma kirkan tentang diri sendiri dan tentang duit semata-mata. Apa lagi yang penting di mata Radhi selain daripada wang? Aku tak yakin Radhi sebaik tu. Tasnim turut diam seketika. Berat memikirkan kemelut hidup Arisa. Dah tu, apa kau nak buat sekarang? Akhirnya dia melontarkan soalan. Memandang wajah Arisa yang berkerut seribu. Jatuh simpati pada nasib Arisa yang begitu malang. Harap-harap aku salah. Aku tak sanggup nak hadapi lagi gangguan dari dia. Tak sanggup nak biarkan dia terus susahkan keluarga aku. Aku pun harap macam tu. Buat masa ni, kita jangan kir yang bukan-bukan. Okey? Berat Arisa mengukir senyum. Memang itu harapannya. Namun, kebimbangan tetap beraja di hati. Okeylah, Nim. Aku balik dulu. Hmmm jangan kir yang bukan-bukan. Okey? Kalau ada apa-apa masalah, aku ada kat sini. Thanks, Nim. Aku balik dulu. Tasnim tersenyum sambil mengangguk perlahan. Selangkah Arisa mengatur langkah, lengan temannya itu dicapai. Arisa berpaling. Be strong. Okey? Ucapnya lembut. Arisa tersenyum tawar. Namun, kata-kata semangat itu dibalas dengan anggukan kecil. Mahu atau tidak mahu,

69

Mungkinkah?

dia memang harus kuat untuk meneruskan kehidupan. Harus kuat untuk menghadapi apa juga badai yang bakal melanda. Tidak kuat, memang dia akan jatuh tersungkur. Dalam galau, langkah diteruskan ke arah keretanya.

ARISA memperlahankan langkahnya. Ayahnya yang tunduk di sofa sambil menekan dada, menarik perhatiannya. Beg tangan diletakkan di sofa. Kenapa ni, ayah? Perlahan dia bertanya sambil mengambil tempat di sisi ayahnya. Mengurut perlahan belakang ayahnya. Perlahan tangannya ditepis, membawa rasa pelik di hati. Ayahnya tidak pernah bertindak begitu. Berganda rasa pelik yang menimpa. Belum pun hilang rasa pelik dengan tingkah Puan Salma seketika tadi, kini di rumah ayahnya pula yang mengundang rasa aneh di hati. Wajah suram ayahnya direnung tanpa berkelip. Kenapa ayah? Ayah marahkan Rissa ke? Nafas ayahnya Menghantar resah di hati. turun naik lambat-lambat.

Ayah tak sihat ke? Kenapa tak suruh adik-adik call Rissa kat os? Rissa boleh balik... Sudahlah Rissa potong ayahnya perlahan. Kenapa ni, ayah? Lembut dia bersuara. Namun, ayahnya tetap membisu. Rissa ada buat ayah marah ke? Sekali lagi soalan itu meniti di bibirnya. Risau tanpa sedarnya, dia telah mengguris hati seorang ayah. Tetap juga soalannya tidak berjawab. Termangu-

70

Hanni Ramsul

mangu dia seketika menanggapi perubahan itu. Sekeping sampul surat bersaiz A4 yang terletak di atas meja, menarik perhatiannya. Perlahan dia mencapai. Diselak sampul itu dan matanya menjamah beberapa keping foto. Segera dikeluarkan dan ternyata foto itu mampu membuat dia tergamam. Dan, telahannya ternyata benar. Melihat gambar itu, sekali lagi cuma wajah Radhi yang melintas di kiran. Apa ni, ayah? Kamulah yang beritahu, apa semua tu. Arisa menahan nafas. Foto Encik Karim sedang memegang lengannya dan memaut bahunya. Nampak begitu intim, walaupun bukan itu sebenarnya kisah di sebalik foto itu. Siapa yang bagi semua ni? Radhi? Laju dia bertanya. Kenapa kamu sanggup buat semua ni, Rissa? Ayah tak percaya bila Radhi cakap kamu ada hubungan sulit dengan bos kamu. Ayah tak percaya bila dia cakap, bos kamu sanggup bagi kamu duit untuk tolong kamu bercerai dengan dia. Tapi, bila tengok gambar tu ayah terkir semula. Siapa kawan kamu yang sanggup tolong kamu tu, Rissa? Kenapa kamu sanggup rendahkan maruah kamu sampai macam ni sekali? Arisa terdiam. Jelas ini semua rancangan Radhi. Radhi muncul lagi untuk mengganggu hidupnya. Radhi datang lagi untuk menghuru-harakan keluarganya. Radhi bijak mencari peluang untuk membuat dia tersepit. Begitu teliti perancangan lelaki itu. Ayah Rissa anak ayah. Ayah jangan percaya cakap Radhi tak guna tu. Cakapnya ayah boleh tak percaya. Tapi, gambar tu? Kenapa nak ganggu rumah tangga orang, Rissa? Kenapa buat benda-benda macam tu? Kamu tak malu ke?

71

Mungkinkah?

Tak betul tu ayah. Rissa dengan Encik Karim ni, tak ada apa-apa. Dia cuma bos Rissa. Gambar ni pula, ini gambar curi. Dia ambil masa Rissa hampir terjatuh. Encik Karim cuma pegang Rissa supaya tak terjatuh. Itu aje. Rissa berani bersumpah, ayah. Jangan main-main dengan sumpah. Rissa sanggup. Sebab Rissa yakin Rissa tak bersalah. Salah Rissa cuma Rissa tak beritahu ayah, duit untuk Radhi tu, bos Rissa yang bagi. Tapi, itu pinjaman. Tiaptiap bulan, Rissa bayar balik pada Encik Karim. Dan, Rissa akan pastikan Rissa bayar semua duit tu. Encik Karim tolong Rissa sebab dia kasihankan Rissa. Tuduhan Radhi ni, langsung tak betul. Ini tnah. Beria-ia Arisa memberikan penjelasan. Kenapa dekatkan diri dengan tnah? Perlahan soalan itu meniti lambat-lambat di bibir Haji Salleh. Arisa tunduk. Dia tahu ayahnya kecewa. Kerja Rissa memang menuntut untuk Rissa selalu dengan Encik Karim. Tapi, atas urusan kerja. Radhi yang mereka-reka semua ni. Mesti sebab Rissa tak layan bila dia minta duit lagi. Haji Salleh memandang wajah Arisa yang sugul. Marahnya hilang seketika. Radhi masih mengganggu Arisa? Bila dia ugut kamu? Sejak akhir-akhir ni dia selalu call minta duit. Mesej kat handphone Rissa minta duit. Bila Rissa tak layan, dia ugut nak susahkan hidup Rissa. Mungkin inilah caranya kut. Haji Salleh mengeluh perlahan. Tidak pasti untuk terus terpengaruh dengan beberapa keping foto yang Radhi berikan atau untuk percaya pada luahan anaknya itu. Ayah tak percayakan Rissa?

72

Hanni Ramsul

Lirih soalan Arisa menusuk ke jiwanya. Tersentuh dengan soalan yang kedengaran cukup tulus di telinganya itu. Dalam renungannya pada wajah Arisa yang kembali mendung. Hilang sudah ceria yang membuat wajah Arisa berseri sejak kebelakangan ini. Betul Rissa dengan bos Rissa tu tak ada apa-apa? Rissa tak ganggu rumah tangga orang? Laju Arisa menggeleng. Nauzubillah. Minta jauhkan daripada semua tu. Rissa tak akan buat macam tu, ayah. Haji Salleh percayakan kamu. mengangguk perlahan. Ayah

Arisa lega mendengar pengakuan itu. Sungguh, dia gusar andai ayahnya terus terpengaruh dengan cerita Radhi. Siapa lagi yang dia ada untuk terus menyokongnya andai ayahnya terus meraguinya? Tapi, Radhi dah hancurkan semua. Perlahan dia bersuara. Kini dia benar-benar yakin, dia ada kaitan dengan kemarahan Puan Salma. Kenapa Rissa cakap macam tu? Rissa rasa, dia dah hantar gambar ni pada isteri Encik Karim juga. Tadi, Puan Salma datang ke os. Macam marah-marah. Rissa pun dia tak tegur. Rissa yakin, ini semua kerja Radhi. Haji Salleh mengeluh perlahan. Mulai risau dengan olah baru yang dibuat oleh bekas menantunya itu. Rissa tak tahu apa lagi yang Radhi nak dari kita. Kenapa dia tak bosan-bosan nak susahkan hidup kita, ayah? Tiada jawapan yang mampu diberikan. Cuma kerisauan yang semakin menghimpit perasaan. Dapat dia

73

Mungkinkah?

rasakan gangguan Radhi tidak akan berhenti di sini sahaja. Perlahan dia menekan dadanya yang terasa sesak. Menggosok perlahan sambil cuba mencari sedikit ketenangan. Wajah Arisa dipandang hiba. Simpati pada nasib yang menimpa anaknya itu.

74

Hanni Ramsul

Bab 9
ENGGOK langkah Tasnim yang santai, dipandang tanpa perasaan. Dia terus kaku di kerusi. Kepalanya tepu dengan masalah yang baru Radhi kirimkan. Bercerai dengan lelaki itu, bukan tiket untuk dia hidup dengan lebih aman. Radhi seakan-akan kekal menjadi mimpi ngerinya. Minumlah, pelawa Tasnim sambil mengambil tempat di sisi Arisa. Segelas sirap diletakkan di atas meja. Arisa tersenyum nipis. Aku tak mengganggu ke ni? Tak adalah. Aku kat rumah aje pun. Malas nak keluar hari ni. Housemate kau yang lain, ke mana? Tasnim mengeluh perlahan. Semua dah lesap. Keluar jalan-jalan. Keluar dating tinggallah aku seorang. Kejap lagi, kena jadi tukang masaklah jawabnya. Dia orang tu, kalau balik tahu cari makanan aje. Arisa tersenyum mendengar rungutan itu.

75

Mungkinkah?

Tak pernah kau datang rumah aku tiba-tiba hari ni mencemar duli datang ke sini ni, kenapa ya? Arisa mengerling. Tasnim tersengih panjang. Janganlah cakap macam tu. Aku gurau ajelah. Sensitif sangat. Arisa memandang tanpa suara. Usikan Tasnim bagaikan tidak berkesan di hatinya. Dia tidak betah untuk berada di rumah. Dia risau memikirkan masalah yang bakal menanti. Untuk meluahkan perasaan pada ayahnya, dia risau nanti dia cuma membuat ayahnya bertambah bimbang. Jadi, hanya Tasnim tempatnya mengadu. Walaupun tidaklah serapat mana, Tasnim teman yang paling dekat dengannya. Tasnim juga yang banyak mengetahui masalahnya. Kenapa ni? Takkan risau pasal Puan Salma belum hilang lagi? Tasnim mula serius dalam bicara. Keadaan Arisa membuat dia sedikit risau. Tak tahulah apa akan jadi lepas ni bisiknya perlahan sambil meraup wajahnya. Sungguh, dia gentar untuk ke pejabat. Gentar untuk berdepan dengan Encik Karim. Segunung rasa malu dengan perbuatan Radhi kini membebaninya. Lelaki itu bukan sahaja menyusahkan hidupnya. Tetapi, kini lelaki itu turut mengheret Encik Karim ke dalam masalah peribadinya. Bagaimana dia mahu menjernihkan keadaan yang telah dikeruhkan oleh Radhi? Andai sampai Encik Karim bertengkar dengan isterinya, bagaimana? Memikirkan hal itu, hatinya bertambah gelisah. Dia tidak mahu menjadi perosak rumah tangga orang. Sungguh-sungguh dia tidak mahu.

76

Hanni Ramsul

Kau kir yang bukan-bukan. Rilekslah. Kita belum pun tahu apa puncanya, kau dah gelabah macam ni. Think positive, okay? Arisa menggeleng perlahan. Bukan saatnya untuk dia berkiran positif saat ini. Dia buntu memikirkan keadaan Encik Karim. Buntu memikirkan perasaan Puan Salma. Juga gentar menghadapi dua wajah itu. Apa yang aku risaukan tu memang betul, Nim. Memang aku yakin Puan Salma marahkan aku. Tasnim mengeluh perlahan. Mulai tertanya-tanya punca keyakinan Arisa. Kenapa kau cakap macam tu? Rupa-rupanya dalam pada dia ugut aku, dia kacau juga ayah aku. Dia beritahu aku ada hubungan sulit dengan Encik Karim. Dia beritahu Encik Karim sanggup beri aku duit untuk aku bayar pada dia. Ayah aku tak layan sampailah dia bagi gambar kat ayah aku. Aku yakin sangat, dia mesti bagi gambar tu pada Puan Salma juga. Gambar apa? Laju Tasnim bertanya. Aku tak tahu macam mana dia boleh ambil gambar aku dengan Encik Karim. Masa tu aku nak terjatuh dan Encik Karim pegang bahu aku. Sekali tengok mesti boleh salah faham. Tasnim diam menilai. Kemudian mencari wajah Arisa yang kelihatan cukup tegang. Sukar untuk dia percaya sejauh itu tindakan Radhi demi untuk menghancurkan hidup Arisa. Agaknya dia memang mengintip kau dengan Encik Karim? Arisa menjongket bahu. Macam mana aku boleh tolong kau? Arisa menggeleng membuatkan Tasnim mengeluh.

77

Mungkinkah?

Perlahan dia memeluk bahu Arisa. Cuba tenangkan jiwa Arisa yang sedang kacau. Kau nak aku sama-sama dengan kau, berdepan dengan Puan Salma? Aku sanggup. Sebab, aku pun tahu cerita sebenar. Lagipun aku yang bagi cadangan tu pada Encik Karim, kan? Arisa menggeleng. Sebolehnya dia tidak mahu libatkan Tasnim dalam masalah ini. Tidak mahu Tasnim terseret sama menempah susah andai masalah ini gagal terlerai. Aku tak mahu libatkan kau. Nanti, kau pun turut sama susah. Aku tak kisah. Arisa menekup mukanya. Buntu. Risau. Dia kemudiannya mengeluh keras. Aku benci betul dengan lelaki tak guna tu. Aku tak faham. Kenapalah dia suka sangat susahkan hidup aku? Sungguh-sungguh aku tak faham! Arisa merengus separuh menjerit. Dalam marah, air mata sudah merembes keluar. Sungguh, dia bosan dengan gangguan sebegini. Sabar Rissa. Kau tak boleh emosi macam ni. Lembut Tasnim bersuara sambil menggosok perlahan belakang Arisa yang sudah mula beremosi. Aku sedih, Nim. Dia buat aku macam ni. Dia buat ayah aku macam tu. Tak cukup dengan itu, dia nak libatkan orang yang tak ada kena-mengena dengan aku pulak. Apa dia dapat dengan semua ni? Aku rasa dia cuma nak peras duit kau duit Encik Karim. Arisa merengus keras. Air mata diseka kasar. Ikutkan hati, aku nak lenyapkan dia terus dari muka bumi ni.

78

Hanni Ramsul

Jangan cakap macam tu la. Kita tunggu. Tengok apa kata Encik Karim. Insya-Allah, Encik Karim mungkin ada cara untuk selesaikan masalah ni. Lagipun hal ni dah melibatkan isteri dia, mesti dia tak akan pandang ringan. Takkan dia nak tengok rumah tangga dia hancur semata-mata kerana mulut lelaki tak guna tu. Arisa membisu. Geram yang bersarang di hatinya ternyata gagal berkurangan. Berdoa banyak-banyak. Moga tnah ni akan berakhir. Perlahan Arisa menghela nafas. Memandang wajah Tasnim agak lama. Thanks, Nim. Tak ada kau, aku tak tahulah macam mana nak hadapi semua ni. Semua ni terlalu berat untuk aku. Tasnim mengukir senyum. Aku mengharapkan yang terbaik untuk kau. Dah jangan kir sangat. Mungkin benda ni tak separah yang kau kirkan. Kita tunggu dan lihat aje. Sekarang, minum air tu. Penat aku buat tau. Arisa tergelak kecil. Air aje? Dah kau cakap nak air aje. Gelak Arisa kedengaran sedikit rancak. Senang dengan gurauan itu, walaupun hatinya masih berat memikirkan kemelut yang bakal melanda. Sekali lagi thanks Nim. Ujarnya perlahan sambil menggenggam jari-jemari Tasnim. Tasnim mengangguk perlahan.

ATI risaulah, kak long.

79

Mungkinkah?

Arisa memandang adiknya yang santai berbaring di katilnya. Ati risaukan apa? Ayah. Arisa mengangkat punggung. Meninggalkan meja solek, dan kemudian menyertai Rianti di katilnya. Kenapa dengan ayah? Rianti mengeluh perlahan. Ayah tu macam tertekan sangat dengan sikap Abang Radhi tu. Luahan adiknya membawa rasa kurang senang di hati. Dia ada datang lagi ke sini, ke? Lambat-lambat Arisa bertanya. Panjang lebar dia menghamburkan kemarahan pada lelaki itu melalui telefon sebaik sahaja dia mengetahui Radhi kembali mengganggu ayahnya. Bersungguh-sungguh dia merayu Radhi agar tidak melibatkan ayahnya dalam masalah mereka. Mungkinkah tawa yang dia terima daripada Radhi, memberitahu yang lelaki itu tidak akan mempedulikan permintaannya itu? Petang tadi, masa kak long tak ada dia datang lagi. Ati suruh dia pergi, tapi dia buat tak tahu aje. Dia cakap dengan ayah. Dia macam sengaja nak buat ayah marah. Ayah pulak, bukannya nak mengalah. Terus layan Abang Radhi tu. Macam tak tahu perangai Abang Radhi tu macam mana. Sukalah hati Abang Radhi tengok ayah marah-marah. Ati risau kalau-kalau nanti ayah jatuh sakit lagi. Rianti bercerita. Arisa mengeluh panjang. Kasihan ayahnya. Apa yang dia cakap dengan ayah? Pasal kak long dengan bos kak long la. Dia cakap

80

Hanni Ramsul

sekarang ni, isteri bos kak long dah tahu semuanya. Dia cakap kak long dah nekad nak kahwin juga dengan bos kak long tu. Bermadu pun kak long sanggup, dia beritahu ayah. Kuat dia cakap, kak long. Macam sengaja nak bagi jiran-jiran dengar. Itu yang buat ayah geram sangat tu. Perlahan dia pejamkan mata. Sakit hati bukan kepalang mendengar cerita yang enak direka oleh Radhi. Kalaulah dia mampu bisukan mulut lelaki itu. Betul ke kak long nak kahwin dengan bos kak long tu? Membuntang mata Arisa merenung wajah Rianti. Soalan daripada adiknya itu sukar untuk diterima. Mustahil dia akan bertindak segila itu. Kak long belum gila lagi, dik nak buat macam tu rosakkan rumah tangga orang. Tapi. Arisa mengeluh panjang. Putus asa sudah dengan musibah yang mendatang. Kak long tak tahu kenapa Abang Radhi buat macam ni. Mungkin dia harap kak long akan bagi dia duit untuk buat dia diam. Tapi, kak long dah tak mampu. Kak long bukannya ada banyak duit. Kak long sanggup penuhi permintaan dia dulu pun, sebab nak dia cepat-cepat pergi dari hidup kita. Kak long nak dia berhenti ganggu ayah. Tapi, nampaknya dia dah jadikan perkara ni jalan mudah untuk dia dapat duit. Tak sangka dia boleh datang dengan semua cerita mengarut ni. Rianti diam merenung wajah kakaknya yang sudah berubah kelat. Jelas di matanya kini bibir mata kakaknya itu mula digenangi air mata. Simpati mula menerpa. Dan, marahnya pada bekas abang iparnya itu semakin menggunung.

81

Mungkinkah?

Maafkan kak long, dik. Sebab kak long, hidup kita jadi huru-hara macam ni. Kak long jangan cakap macam tu. Kami semua sayangkan kak long. Kami mahu kak long happy. Abang Radhi tu yang jahat. Yang tak sedar diri. Bukan salah kak long. Arisa tersenyum hambar. Air mata yang menitis perlahan, diseka lemah. Melihat Rianti yang menawarkan satu pelukan, hatinya benar-benar sayu. Akhirnya dia menjatuhkan diri ke dalam pelukan Rianti dengan perasaan yang cukup hiba. Erat Rianti memeluknya. Memberi rasa damai di hatinya. Rasa damai yang meringankan sedikit beban perasaannya. Kita orang tetap ada bersama kak long, tau. Sepatah-sepatah kata itu menujah ke gegendang telinganya. Terima kasih, Ati. Pelukan dileraikan dan Rianti tersenyum nipis. Perlahan dia menyeka pipi kakaknya yang basah dengan air mata. Jangan menangis lagi. Ati tak suka tengok kak long sedih. Ati percayakan kak long. Ati tahu, ayah pun percayakan kak long. Arisa membeku. Terharu dengan pujukan adiknya yang sudah boleh melihat panorama dunia dengan kiran yang matang. Yang sudah boleh berkongsi rasa dengannya itu. Kak long tak perlukan kepercayaan orang lain. Kak long cuma nak orang yang kak long sayang, semuanya percayakan kak long. Rianti mengangguk. Ati harap satu hari nanti Abang Radhi akan dapat balasan yang setimpal. Arisa menunduk. Kata-kata Rianti penuh dengan amarah. Jiwanya pun turut dipenuhi dengan amarah yang

82

Hanni Ramsul

sama. Namun, saat ini bukan pembalasan untuk Radhi yang dia harapkan. Kak long cuma berharap sangat dia tak lagi datang ganggu ayah dan kamu semua. Macam manalah kak long nak buat dia faham yang dia memang langsung tak diperlukan lagi dalam hidup kita? Orang macam dia memang tak akan faham. Dia cuma tahu menyusahkan orang aje. Orang macam tu tak patut wujud dalam dunia ni! Suara Rianti yang sedikit membentak itu membuat Arisa sedikit tergamam. Dia faham Rianti cuba membelanya. Rianti cuba melindungi dia dan ayahnya. Ati tengok-tengokkan ayah ya. Jangan bagi ayah stres sangat. Pintanya lirih. Rianti mengangguk laju. Arisa mengeluh panjang. Masalah ini tidak akan berakhir dengan mudah. Dia tahu itu. Malah, dia teramat yakin tentang itu.

83

Mungkinkah?

Bab 10
Zariff mengerling untuk kali keempat. Bermakna sudah empat kali keluhan panjang itu muncul di bibir gadis yang sengaja melentok-lentok di hadapannya ini. Satu tindakan yang dia tahu sengaja mahu menjemput ungkapan yang boleh mengundang perselisihan kecil antara mereka. Hmmm. Sakit tekak ke? Akhirnya dia bersuara. Mengerling sekilas pada senyum meleret gadis yang bersandar santai di kerusi. Nabila tergelak halus. Ada pun suara. Ingatkan dah bisu. I tak ada moodlah nak gaduh dengan you hari ni. So, baik you duduk diam-diam. Minum air tu elok-elok. Nabila jelirkan lidah bersama senyum meleret. Seronok dapat mengusik lelaki itu. Peliklah. Malam minggu tapi seorang lelaki bernama Zariff ni, masih duduk

MMM.

84

Hanni Ramsul

kat rumah. Kat rumah mama dia pulak tu. Pelik sungguh pelik. Diam. Selamba Zariff meneguk kopi panas perlahan-lahan. menjawab sambil

Kenapa tak keluar malam ni? Girlfriend busy ke? Atau dah solo sekarang? Nabila terus mengusik sambil tersenyum senang. Cik Nabila suka hatilah I nak duduk rumah ke I nak keluar ke I nak keluar dengan perempuan ke I nak duduk rumah mama I ke. Semua tu bukan masalah Cik Nabila. Okey? Nabila mencemik. Namun, senyum segera memekar di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat Puan Zahra datang menghampirinya. Mama, please ma. Tolong bawak budak ni pergi jauh-jauh. Nabila tergelak besar dan bulat mata Puan Zahra jegilkan pada anak terunanya itu. Cukup lantang Zariff menghalau tetamunya itu. Tak baik cakap macam tu, Riff. Puan Zahra bersuara. Bersama dengan nada kurang senang. Tak apa auntie. Orang tengah stres tu agaknya. Macam perempuan datang bulan aje rupanya tu, sakat Nabila sambil ketawa mengekek. Mama tengok tu. Mulut tetamu mama ni, memang nak kena cili. Puan Zahra tergelak. Geramnya pada Zariff hilang serta-merta. Tahu kini punca Zariff bercakap sedemikian. Pasti ada pertelingkahan antara Nabila dan Zariff. Auntie pun perasan juga, Bella. Murung semacam.

85

Mungkinkah?

Moody semacam. Agaknya girlfriend dia yang datang bulan tak? Selamba sindiran itu ditujukan pada Zariff membuatkan wajah Zariff semakin tegang. Tiada guna dia mengadu pada mamanya. Mama dengan Bella ni, sama aje. Malas saya nak layan. Dah merajuk pulak anak teruna auntie ni. Nabila terus menyakat dan kini renungan tajam Zariff sudah melekat di wajahnya. Dia tersengih sambil mengangkat sebelah keningnya. Mama tak rasa dah lewat ke ni? Baik mama pergi cepat-cepat. Nanti tertunggu-tunggu pula kawan-kawan mama tu, ujar Zariff bersahaja. Mahu Nabila segera beredar dari rumahnya. Tak apa. Bukan selalu mereka nak tunggu mama. Lewat sikit pun tak apa, balas Puan Zahra pula dengan selamba. Zariff menjongket bahu sambil kembali mencapai majalah yang seketika tadi sudah dia campak ke meja. Tiada keinginan untuk terus membaca. Kamu tak keluar ke malam ni? Malaslah, mama. Ringkas jawapannya sambil membelek majalah tanpa ada niat untuk membaca. Hmmm pelik tu. Dahlah tiba-tiba malam minggu lepak kat sini. Tak nak keluar pulak tu. Zariff mengeluh. Memandang wajah mamanya yang anggun dalam kebaya berwarna biru. Bersedia untuk menghadiri satu majlis makan malam anjuran persatuan barangkali. Mama dengan Bella ni, kongsi kepala ya? Sama aje ayat yang keluar tu.

86

Hanni Ramsul

Nabila tersenyum lebar sedang Puan Zahra sekadar tersenyum nipis. Senang mendengar rungutan itu. Dah memang pelik. Sejak kamu pindah duduk rumah sendiri, mana pernah bermalam kat rumah ni bila tiba hari minggu? Takut mama bising-bising bila kamu lesap entah ke mana, kan? Alah mama ni. Balik salah, tak balik salah. Keluar salah, tak keluar pun salah. Saya malas nak keluarlah. Nak rehat kat rumah. Rehat kat rumah ke, angaukan rantai orang tu? usik Puan Zahra sambil mengerling. Apa pulak? Tak ada maknanya nak angau kat rantai orang. Ingat anak mama ni, apa? Ke situ pulak perginya. Rantai siapa, auntie? Laju Nabila bertanya. Bagaikan ada cerita menarik tentang Zariff yang dia belum tahu. Entah rantai perempuan mana yang dia jumpa. Asyik dengan rantai tu aje sejak akhir-akhir ni. Agaknya dia dah angau dengan tuan punya rantai tu kut. Nabila ketawa kuat. Zariff pula buat-buat tidak dengar. Dalam hati ada taman bunga mawar ruparupanya. Zariff diam. Malas mahu melayan usikan mamanya dan Nabila. Dah. Jom kita pergi. Biarkanlah dia layan taman bunga mawar dia tu. Itu lagi bagus daripada dia buang masa dengan badut-badut kat kelab. Elok tu. Saya setuju. Baik mama bergerak sekarang. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu ni.

87

Mungkinkah?

Puan Zahra sekadar mengerling sambil berlalu. Nabila pula cepat-cepat mengangkat punggung. Mencapai tas tangannya lalu mengekori langkah Puan Zahra. Sempat dia berpaling sambil membuat muka mengejek. Zariff membuang pandang dan Nabila terus berlalu bersama gelak halusnya. Hati-hati drive Bella, pesannya dengan nada agak tinggi. Tanpa berpaling, Nabila sekadar mengangkat tangan. Dia tersenyum nipis. Terus diam di kerusi sambil memerhati kereta Nabila bergerak perlahan menyusur keluar dari halaman rumahnya. Sempat membunyikan hon sebelum terus menyusur pergi. Sunyi. Tiada lagi suara usikan Nabila, juga tiada lagi sindiran halus daripada mamanya. Memang cukup serasi gabungan Nabila dan mamanya. Cukup untuk membuat dia sakit jiwa. Sekali lagi dia tersenyum nipis. Teringat pada katakata mamanya, perlahan dia menyeluk poket seluar pendek yang dipakainya. Mengeluarkan seutas rantai, yang dia akui memang tidak pernah berenggang dengannya sejak dia mengutip rantai itu di lantai kaf tempoh hari. Untuk kali yang entah ke berapa, bibirnya sekali lagi mengalunkan nama yang terukir di rantai itu. Rantai itu cukup biasa. Tiada yang istimewa dan pastinya, rantai di tangannya ini tidaklah semahal mana. Aku? Angau pada rantai ni? Memang mama merepek. Dia berbisik sendirian. Terus tersenyum sambil menyambung tatapannya pada rantai yang bukan miliknya itu.

88

Hanni Ramsul

Melihat rantai itu, sekali lagi imej pemiliknya terimbas di mindanya. Dan, dia terus melayan imej yang bermain di mindanya tanpa menghiraukan telefonnya yang mula menjerit minta diangkat. Dia tidak mahu keluar dengan sesiapa pun malam ini.

ARISA cuak. Sekali lagi beg tangannya diselongkar. Tiada! Segera dia membawa beg tangan itu ke katil. Mengeluarkan segala isi di dalam beg. Tidak mungkin tiada. Dia amat yakin, dia simpan di dalam beg tangannya. Puas dicari namun, tetap hampa. Dia mengeluh perlahan. Ketukan di pintu mematikan cariannya. Dia mengangkat muka. Dilihatnya Rianti sedang tercegat di muka pintu biliknya. Kak long cari apa tu? Rianti melontarkan soalan sambil melangkah masuk walaupun tidak dipelawa. Turut melabuhkan punggung ke katil. Memandang Arisa yang menggelabah seakan-akan mencari sesuatu. Cari apa ni, kak long? Rantai kak long, jawab Arisa sambil sekali lagi dia menyelongkar beg tangannya, walaupun dia yakin, usahanya itu pasti sia-sia. Rantai mana? Arisa mengeluh hampa. Sudah putus asa. Memang rantai itu sudah tiada lagi di tempat simpanannya. Rantai kak long. Dah hilang nampaknya. Sayu Arisa bersuara. Rasa sedih menjentik tangkai hatinya. Rantai hadiah arwah mak ke?

89

Mungkinkah?

Arisa mengangguk lemah. Cuainya dia. Tega dia menghilangkan barang sepenting itu. Macam mana boleh hilang? Kak long simpan dalam beg ni. Cangkuk rantai tu patah. Esok kak long ingat nak hantar ke kedai, baiki. Tengok-tengok dah tak ada. Rianti memandang wajah kakaknya yang jelas sedang risau. Mungkin juga sedang sedih. Dia tahu bagaimana kakaknya itu sayangkan rantai pemberian arwah ibu mereka itu. Berbelas tahun rantai itu setia melekat di leher kakaknya. Cuma kebelakangan ini leher kakaknya itu kosong tanpa perhiasan. Mungkin kak long simpan kat tempat lain kut? Dalam laci dah cari? usulnya kemudian. Arisa menggeleng. Kak long ingat betul, kak long simpan dalam beg. Cuai betullah kak long ni. Tak selesai masalah tu, masalah ini pula datang. Bersama keluhan panjang Arisa meluahkan rasa yang terbuku. Rianti tersenyum. Perlahan memaut bahu Arisa. Kak long tahu tak? Ada seorang kakak tu, selalu cakap macam ni tau kalau Ati merungut. Dia cakap, tak baik merungut-rungut. Mengeluh panjang-panjang pun tak baik. Sesuatu yang terjadi tu, pasti ada sebab. Jadi, tak perlu kita nak kesal atau nak merungut. Arisa tersenyum mendengar Rianti mengulang semula kata-katanya itu. Kata-kata yang sering dia ucapkan pada Rianti dan adik-adiknya tiap kali adik-adiknya itu mengeluh tentang sesuatu. Bagus adik kak long ni ya. Ingat pesan kak long.

90

Hanni Ramsul

Rianti tersengih. Dahlah. Jangan kirkan sangat. Kalau hilang tu, mungkin dah bukan rezeki kak long. Kalau memang rantai tu hak kak long, mesti kak long akan jumpa balik. Tapi, sayang dik. Itulah satu-satunya pemberian mak untuk jadi kenangan pada kak long. Sekarang dah tak ada. Tapi, kan ke arwah mak tetap hidup dalam hati kita semua? Itu yang kak long selalu cakap, kan? Arisa tersenyum nipis. Ternyata Rianti sudah benarbenar matang. Sudah boleh jadi peneman laranya. Perlahan dia mengusap rambut Rianti. Adik kak long dah besar. Rianti tersengih sambil mengangkat keningnya. Arisa tergelak halus. Lapang seketika dadanya. Hilang sebentar kekusutan yang mengekori hidupnya. Yalah, dik. Kak long yakin, kalau memang rantai tu milik kak long, pasti kak long akan jumpa nanti. Kalau tak, memang itu bukan rezeki kak long. Rianti mengangguk laju sambil mengangkat ibu jarinya. Sekali lagi Arisa tergelak. Macam-macam usiknya sambil menggosok kepala Rianti. Rianti turut tergelak. Sedikit senang di hatinya mendengar tawa Arisa. Kebelakangan ini, kakaknya itu kelihatan tertekan benar. Kusut memikirkan onar bekas suaminya yang masih belum selesai. Dia mengerti akan berat masalah yang ditanggung oleh Arisa. Oh, ya. Ati datang ni, nak ajak kak long makan. Jomlah. Ati masak special.

91

Mungkinkah?

Ati masak? Tak naklah kak long makan. Nanti kena food poisoning. Senyum Rianti hilang. Tiba-tiba muncul muncung panjang di bibirnya. Kak long ni. Tak baik tau. Penat Ati masak tau. Arisa tergelak besar. Usikannya berjaya mengundang rajuk Rianti. Kak long gurau ajelah. Sebab Ati yang masak, kak long sanggup kena tahan dekat wad. Kak long ni! Arisa terus tertawa. Beg tangan yang selesai dikemaskan, diletakkan di atas meja solek. Kemudian tangannya dihulurkan pada Rianti yang masih mencuka di katil. Jomlah. Tak sabar kak long nak makan ni. Ati masak apa? Rajuk Rianti terus hilang. Pantas melompat turun dari katil sambil memaut lengan Arisa. Ati buat nasi goreng. Hmmm bunyinya macam sedap. Abang! Cepatlah. Ikin nak masuk pulak. Langkah Arisa mati di meja makan. Terkebil-kebil memandang adik bongsunya yang mengetuk kuat pintu tandas. Kenapa ni Ikin? Sakit perut. Makan nasi goreng Kak Ati. Rianti jegilkan matanya. Arisa tergelak kecil. Cepatlah abang! Syikin terus menjerit-jerit. Pintu tandas terbuka. Da keluar sambil menekan perutnya. Tidak sempat keluar, tubuhnya sudah ditolak oleh Syikin.

92

Hanni Ramsul

Kenapa teruk sangat ni? Kenapa Da? Arisa bertanya. Sedikit risau melihat keadaan adik-adiknya itu. Kak long tanyalah Kak Ati. Apa yang dia masak entah. Tak pasal-pasal sakit perut. Apa pulak? Kak Ati masak nasi gorenglah. Kak Ati makanlah sorang-sorang. Da tak nak dah. Macam makan cili padi. Dahlah tak sedap. Tak nak makan sudah! Rianti bersuara sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Arisa menjengah ke meja. Melihat nasi goreng hasil tangan Rianti. Tanpa sedar dia tersenyum kecil. Nasi goreng yang dipenuhi minyak. Cili padi pun cukup banyak bercampur dengan nasi goreng. Patutlah sakit perut. Tengoklah cili padi tu, bukan main banyak. Minyak pun dah macam nak goreng ikan aje gayanya. Ati rasa ke tak nasi goreng ni? Rianti menggeleng sambil selamba mencapai sudu. Disudukan sedikit lalu dibawa ke mulutnya. Belum sempat dikunyah, nasi sudah tersembur ke mangkuk. Pedas! Da tergelak. Orang cakap tak percaya. Kak Ati makanlah sampai habis. Diamlah! Da jelirkan lidah sambil berlalu ke biliknya. Arisa tersenyum. Ingatkan nak buat special untuk kak long. Nak buat kak long happy. Tapi, tak jadi pulak. Rianti bersuara lemah. Arisa melabuhkan punggung ke kerusi. Memandang wajah Rianti yang hampa.

93

Mungkinkah?

Kak long dah happy ada adik-adik yang baik macam adik-adik kak long ni. Nanti kak long ajarkan Ati masak. Bahaya tau, bagi adik-adik sakit perut macam tu, usik Arisa bersama senyum panjang. Rianti mengerling perlahan. Perlahan-lahan juga turut tersenyum. Kesian dia orang, ujarnya sambil tergelak kecil. Arisa turut tergelak. Ayah mana? Tidur kut. Nasib baik ayah tak makan nasi goreng Ati ni. Arisa tertawa mendengar kata-kata itu. Namun, tawanya terhenti seketika sebaik sahaja pintu tandas terbuka perlahan. Syikin melangkah longlai keluar dari tandas. Ikin okey ke? Perlahan adik bongsunya itu menggeleng. Lepas ni, Kak Ati jangan masak apa-apa lagi tau. Perlahan Syikin memberi amaran sambil menekan perutnya. Rianti diam tidak menjawab. Arisa bergerak mendekati Syikin. Memaut bahu Syikin dengan lembut. Kesian adik kak long. Jom masuk bilik kak long. Kak long sapukan minyak angin, ya. Syikin mengangguk lemah. Ati tengokkan Da. Teruk ke tidak sakit perutnya tu. Saran Arisa sambil memimpin tangan Syikin. Rianti mengangguk perlahan. Ada sedikit rasa bersalah atas kegagalannya itu.

94

No. ISBN:- 978-967-0448-60-2 Jumlah muka surat:- 936 Harga Runcit:- S/M: RM32, S/S: RM35 Harga Ahli:- S/M: RM28, S/S: RM31 Sinopsis:Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan. Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.

Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci. Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila. Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff? Mungkinkah hati yang mati, kan bernafas kembali? Mungkinkah rasa yang hilang, kan mencari jalan pulang? Mungkinkah asa yang runtuh, kan kembali teguh?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan MUNGKINKAH? di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337

Anda mungkin juga menyukai