Anda di halaman 1dari 99

Hanni Ramsul

Bab 1
APUH? Hancur? Ya! Nyaris luruh hatiku. Kata-kata yang baru sahaja meniti lembut di bibir Encik Firdaus benar-benar membunuh sekeping hatiku yang selama ini begitu indah dengan jalur-jalur pelangi bahagia. Deruan ombak yang menghempas pantai bagai suara esakan yang tidak mampu aku luahkan saat ini. Kaku. Pegun. Tidak percaya! Tidak mungkin. Maafkan abang, Tiya. Sekali lagi Encik Firdaus bersuara. Menambahkan rasa sedih yang semakin berhimpun di sudut hati. Bukan kata maaf yang ingin aku dengar. Abang? Abang bergurau, kan? Abang saja nak usik Tiya, kan? Aku cuba bersuara. Walau payah, aku tetap lontarkan soalan itu bersama sedikit getar. Jemari Encik Firdaus segera aku capai. Aku pasti dingin jemariku dapat meresap ke kulit Encik Firdaus yang hangat. Erat aku genggam tangan Encik Firdaus yang kaku. Encik Firdaus langsung tidak membalas

Biarkan YM Terus Berbicara

genggamanku seperti selalu. Menanggapi Encik Firdaus yang dingin, aku teresak perlahan-lahan. Benar-benar sedih dengan tingkah Encik Firdaus. Kenapa jadi macam ni, bang? Kenapa abang macam ni? Sekali lagi aku bertanya. Kali ini sepasang mataku benar-benar mahukan penjelasan daripada Encik Firdaus. Aku perlu tahu kenapa?! Namun, Encik Firdaus memilih untuk diam. Diam yang membuat hatiku semakin tidak keruan. Kami tidak pernah ada masalah. Kami bahagia. Teramat bahagia! Kenapa tibatiba sahaja semuanya menjadi segawat ini? Kenapa tiba-tiba Encik Firdaus tega melukakan hatiku sebegini? Melihat Encik Firdaus yang membisu seribu bahasa, aku segera berpaling. Aku perlukan penjelasan. Aku berhak untuk satu penjelasan. Kalau tidak daripada mulut Encik Firdaus, mungkin aku perlukan orang lain untuk terangkan segala-galanya kepadaku. Mia? Semakin bergetar suaraku saat nama itu aku sebut. Mia yang berdiri tidak jauh dari kami, kulihat tertunduk. Langkah aku ayun mendekati gadis itu. Awak berpakat dengan Abang Firdaus, kan? Awak berpakat nak kenakan saya saja, kan? Aku menebak lagi. Diya, I am sorry. Aku tegak menahan nafas. Mia juga memohon maaf. Jadi, ini bukan lagi satu gurauan kejam. Ini satu kenyataan kejam. Kenapa semua orang nak minta maaf? Tiya nakkan penjelasan. Bukan kata-kata maaf. Apa sebenarnya yang berlaku ni, bang? Mia? Semuanya tak dirancang, Diya.

Hanni Ramsul

Aku kembali berpaling menatap wajah Mia. Apa? Apa yang tak dirancang? I tak rancang untuk jatuh cinta pada Firdaus. Aku ternganga. Mustahil! We are in love, Tiya. Aku hampir pitam. Bohong! Tipu! Abang cakap abang cintakan Tiya. Cuma cintakan Tiya. Abang cakap abang tak akan jatuh cinta pada Mia. And Mia, awak cakap awak tak akan jatuh cinta pada suami saya. Awak cakap awak cintakan Abang Kamal. Apa semua ni? Kami tak minta semua ni, Diya. Semuanya berlaku tiba-tiba. Runtuh rasanya istana bahagia yang tersergam indah di hati. Longlai rasanya langkah yang kuatur. Aku berdiri betul-betul di hadapan Encik Firdaus. Merenung jauh ke dalam sepasang matanya yang kelihatan ada secebis rasa bersalah. Cukup dalam aku meneroka renungan itu. Sedikit pun tidak aku duga prasangka aku selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Sampai hati abang.... Tiya, abang tahu Tiya kecewa. Tapi, tak mungkin kami boleh sembunyikan semua ni daripada Tiya. Abang tak nak Tiya dapat tahu semua ni daripada mulut orang. Sekarang Tiya dah tahu, so? Dengan nada kecewa berbaur marah, aku lontarkan soalan itu. Segunung janji yang pernah diberikan oleh Encik Firdaus terasa seperti ranap sama sekali. Tiya, abang harap Tiya mengerti keadaan kami. Abang harap Tiya dapat terima Mia dalam hidup kita? Aku tergelak kecil. Mudah sungguh. Selesai sudah

Biarkan YM Terus Berbicara

masalah ini bagi Encik Firdaus. Kemudian mataku mencari riak wajah Mia. Entah kenapa saat ini, wajah jelita itu cukup membuat hati aku sakit. Awak betul-betul mahukan Abang Firdaus ke Mia? Diya.... Kata-kata Mia mati tanpa penamat. Walau ada kesal di wajah itu, namun rasa benci di hatiku sedikit pun tidak berkurang. Kau orang dah ada kata sepakat, kan? Dah nekad nak bersama, kan? Okey. Tiya tak akan susahkan abang dan kawan baik abang ni. Tiya yang akan pergi. Kalau abang berharap Tiya setuju untuk berkongsi kasih dengan Mia, abang silap. Tiya sanggup hidup sendiri daripada hidup berkongsi suami. Tiya, jangan macam ni. Kita boleh bincang, kan? Tidak! Tak ada apa nak dibincangkan kalau ini soal hati abang yang dah berubah. Tiya tak nak bermadu! Tiya, abang tak akan lepaskan Tiya. Tak nak! Tiya tak nak bermadu. Tak nak! Tiya, dengar dulu. Jemari Encik Firdaus yang cuba mencapai tanganku, aku tepis kuat. Laju aku melangkah meninggalkan Encik Firdaus dan Mia. Sakit hati aku andai terus berada di situ. Tiya, tunggu! Aku terus berlalu. Air mataku mula menitis. Tiya, Tiya! Panggilan itu aku biarkan berlalu bersama bayu pantai. Air mata perlahan-lahan membasahi pipi. Tiya, Tiya....

Hanni Ramsul

Aku terus berlalu. Aku terus menangis. Membiarkan bahuku bergerak mengikut irama tangisan. Tiya... kenapa ni? Gerakan di bahuku terasa sedikit kuat dan soalan itu membuat hatiku semakin parah. Tiya... Tiya... kenapa ni? Mimpi ke? Sayup-sayup suara Encik Firdaus sampai ke telingaku ketika aku masih sedih melayan tangis. Terasa ada tangan yang kejap memegang bahuku. Bangunlah sayang. Mimpi ke? Perlahan aku membuka mata. Ada wajah Encik Firdaus di situ. Tetapi, di mana Mia? Yang ada cuma aku dan Encik Firdaus. Mana Mia? Melilau aku melihat sekeliling. Tiada lagi deruan pantai. Tiada lagi bicara menghiris hati daripada Encik Firdaus. Juga tiada lagi wajah Mia yang menyakitkan hatiku seketika tadi. Tiya? Aku memandang wajah Encik Firdaus yang kehairanan. Untuk beberapa saat seterusnya baru kusedar aku berada di bilik tidur. Di sisi Encik Firdaus. Dan, ternyata semua yang kualami seketika tadi cuma mimpi. Abang.... Tanpa menyambung bicara, tubuh Encik Firdaus kupeluk erat. Sungguh, mimpi itu seperti benarbenar berlaku dan aku tidak mahu semua itu menjadi realiti. Pelukanku dibalas perlahan. Perlahan juga Encik Firdaus mengusap rambutku sambil aku menyeka air mata. Kenapa ni? Tiya mimpi apa sampai menangis macam ni sekali? Mimpi ngeri ke? Aku diam. Cuma terus erat memeluk tubuhnya.

Biarkan YM Terus Berbicara

Sungguh-sungguh aku tidak mahu kehilangan Encik Firdaus. Mimpi hantu ke? soal Encik Firdaus lembut sambil meleraikan pelukan. Memandang wajahku dengan renungan redupnya. Perlahan jemarinya turut mengesat pipiku yang basah. Tersenyum memandangku. Aku diam. Kalau mimpi hantu, aku pasti hantu yang akan menangis, bukannya aku. Tiya? Tiya mimpi abang nak kahwin dengan Mia. Aku bersuara perlahan. Mata kupakukan kemas ke wajah Encik Firdaus. Wajah itu kelihatan sedikit terkejut pada mulanya, sebelum bibirnya mula mengukir senyum. Daripada senyum itu, dilanjutkan kepada gelak kecil. Aku menahan nafas. Gelak itu menyakitkan hatiku. Tiya seriuslah, bang. Sebab tu abang gelak, ujarnya sambil terus tergelak. Spontan menjemput muncung panjang di bibirku. Pandangan aku alihkan ke arah lain. Patut abang dengar marah-marah abang. Marah abang nak kahwin lagilah tu ya? Aku diam. Wajahku berona merah. Igauanku menjamah gegendang telinga Encik Firdaus? Malu sungguh. Okey... sorry sayang. Tapi, takkan sampai bawa ke dalam mimpi? Sarat sangat kepala fikir pasal Mia ke? Aku terus membisu. Mata terarah pada jam di dinding. Pukul dua tiga puluh pagi. Pantas aku kembali berbaring sambil menarik selimut. Soalan abang belum jawab? Mengantuk. Nak tidur.

Hanni Ramsul

Encik Firdaus tergelak menjatuhkan badannya di sisiku. Tiya?

lagi.

Turut

sama

Tak nak cerita kat abang, macam mana mimpi Tak nak. Aku menjawab pendek sambil mataku telus merenung siling. Kenapa? Takut nanti jadi kenyataan. Encik Firdaus tergelak kecil sambil menggeleng. Aku menoleh ke arahnya. Bukan main suka lagi abang, ya? Berharap nanti mimpi Tiya jadi kenyataan ya? Sinis aku bertanya. Geram sebenarnya melihat tingkah Encik Firdaus yang tidak serius. Dia ketawakan aku gara-gara aku mimpikan Mia. Lebih tepat lagi gara-gara aku bermimpi dia mahu berkahwin dengan Mia. Sungguh tidak patut. Tiya tengok muka abang, macam mana? Macam nak kahwin dengan Mia ke? Aku membuang pandang. Menarik selimut menutup muka sambil berpaling membelakanginya. Telingaku menangkap keluhan kecil daripada bibir Encik Firdaus. Mimpi tu mainan tidur aje. Jangan difikirkan sangatlah. Encik Firdaus bersuara lembut. Barangkali mahu sedapkan hatiku. Kalau jadi kenyataan macam mana? soalku dari dalam selimut. Kerisauan di hati tidak membenarkan aku untuk terus diam. Hmmm... kalau mimpi tu boleh jadi kenyataan. Kata-kata Encik Firdaus yang terhenti perlahan-

Biarkan YM Terus Berbicara

lahan, membuat aku semakin gelisah. Segera selimut kutarik ke bawah. Mata melotot merenung wajah Encik Firdaus. Kalau boleh jadi kenyataan? soalku sedikit marah. Merenung tajam wajah yang jelas kelihatan tidak serius itu. Encik Firdaus terus tersenyum sambil matanya sekilas menjeling ke arah jam di dinding. Hmmm... kalau mimpi Tiya ni boleh jadi kenyataan, sekarang baru pukul dua tiga puluh, kan? Lepas ni, Tiya tidur, Tiya mimpikan pula kita dapat baby. Abang doakan sekali mimpi tu jadi kenyataan. Selamba Encik Firdaus memberi cadangan membuat aku tersenyum tanpa sedar. Rupa-rupanya suamiku mahu mengusik. Aku mengeluh panjang. Ya, betul kata Encik Firdaus. Itu cuma mimpi dan mimpi cuma mainan tidur. Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil memandang wajah Encik Firdaus. Tersenyum manis kepadanya. Betul kata abang. Mimpi cuma mainan tidur. Tak perlu risau apa-apa, kan? Encik Firdaus mengangguk sambil mengangkat ibu jari. Gelagat yang kini menjemput tawa kecilku. Tiya buat abang terjaga ke tadi? Sorry ya bang. Aku bersuara apabila memikirkan mungkin tidur Encik Firdaus terganggu dek igauan ngeriku tadi. Taklah. Abang belum tidur. Baru lepas siapkan kerja sikit tadi. Lewatnya. Tidurlah. Tiya nak tidur ni. Okey sayang. Sweet dream ya, ucap Encik Firdaus bersama senyum mengusik. Perli aku barangkali. Sambil itu seperti biasa satu kucupan hinggap ke dahiku sambil mengelus rambutku

Hanni Ramsul

seketika sebelum dia turut sama menarik selimut ke paras pinggang. Aku mengerling sambil tersenyum. Good night. Tingkahku bersama satu ciuman di pipinya. Mengharapkan lenaku selepas ini tidak lagi diganggu oleh mimpi yang bukan-bukan.

Biarkan YM Terus Berbicara

Bab 2
Ugly Betty: Kau macam mana sekarang? Sherry_sweet: Okey. Tapi, aku tak berapa sihat la. Ugly Betty: Kenapa? Demam ke? Sherry_sweet: Qalisha nak dapat adik kut.... AH?! Aku ternganga. Biar betul. Sharifah mengandung lagi? Aku mula termenung di hadapan komputer riba milik Encik Firdaus. Mencongak-congak sendiri umur Qalisha. Ugly Betty: Kau biar betul. Qalisha baru nak masuk lima bulan weh! Sherry_sweet: Ha ha ha. Aku acah je la. Tapi, mmg aku kurang sihat sikit lately. Minta2 bukan sebab Qalisha nak dapat adiklah. Entah2 kau pregnant tak? Kita, kan bestfren. Kut2 kau pregnant, aku yang kena alahan?

10

Hanni Ramsul

Ugly Betty: Banyaklah kau punya alahan. Cakap buat orang suspens aje. Pergilah check. Kut2 betul kau nak tambah ahli keluarga, tambah lagi anak sedara aku. Sherry_sweet: Tak ada maknanya. Ok la. Got to go la. Qalisha dah buat perangai. Ugly Betty: Hmmm yalah. Sejak dah berkahwin ni, bukan main susah lagi nak sembang dengan kau. Sherry_sweet: Apa nak buat. Status dah berubah, kan? Ha ha ha. K sayang. Salam. Ugly Betty: Salam. Aku mengukir senyum. Memang agak sukar untuk membuat hubungan aku dengan Sharifah seakrab dulu. Dan aku faham, lantaran komitmen masing-masing, hubungan persahabatan ini agak terbatas. Tetapi, dia tetap Sharifah yang dahulu. Yang ceria dan selalu membuat aku gembira. Membaca semula tulisannya, membuat aku tergelak kecil kemudian menggeleng perlahan. Sharifah tidak pernah berubah. Sayang? Aku berpaling kemudian tersenyum lagi. Renungan Encik Firdaus menyedarkan bahawa aku tidak seharusnya terus berada di sini. Lupa. Laju aku bersuara sambil membetulkan duduk di kerusi empuk milik Encik Firdaus. Lupa? Soalan Encik Firdaus bernada geram walaupun senyum terhias di bibirnya. Laju dia melangkah mendekatiku.

11

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku pula laju berdiri cuba menjauhkan diri. Sudah tahu apa yang ada di kepala Encik Firdaus. Tadi cakap sepuluh minit. Aku tersengih. Terleka sembang dengan Sherry ni. Bukan salah Tiya. Aku bersuara bersama gelak kecil sebaik sahaja sepasang tangan Encik Firdaus erat di pinggangku. Sembang apa? Encik Firdaus bersuara sambil matanya menghala ke skrin komputer riba. Aku menggeleng perlahan. Sembang kosong dan aku rasa tiada pun perkara penting yang aku boleh kongsikan bersama Encik Firdaus. Dengan sedikit sukar, aku melangkah semula mendekati meja. Komputer riba aku matikan. Kemudian aku pusingkan badan menghadap wajah Encik Firdaus. Jom, ujarku pendek sambil mengusap pipi suamiku itu. Macam malas pula nak turun. Encik Firdaus bersuara perlahan. Redup renungannya memanah sepasang mataku. Aku tersenyum kecil. Mana boleh macam tu. Nanti kena marah. Abang tak kisah kena marah kalau Tiya ada dengan abang. Aku mengangkat kening. Jomlah. Tiya dah tak sabar nak makan ni. Aku bersuara lagi. Pelukan Encik Firdaus terlerai dan jemarinya segera aku capai. Menarik dia melangkah keluar dari bilik. Qalisha sihat? Encik Firdaus bersuara sambil memandang wajahku.

12

Hanni Ramsul

Aku mengukir senyum mendengar soalan itu. Tiap kali aku menghubungi Sharifah, pasti soalan itulah yang bakal keluar daripada bibir Encik Firdaus. Sihat. Sherry cakap mungkin Qalisha nak dapat adik dah kut. Aku memberi jawapan bersama tawa kecil. Wah! Mana boleh macam tu. Langkahku mati di anak tangga. Segera menatap wajah Encik Firdaus. Kenapa pula? Laju aku bertanya. Yalah. Sepatutnya kita yang kena dapat baby dulu sebelum Sherry dapat baby kedua, usul Encik Firdaus sambil tersenyum lebar. Aku merengus perlahan. Ingatkan ada perkara serius yang ingin Encik Firdaus katakan. Abang ni, buat suspens aje. Encik Firdaus tergelak cuma. Dah confirm ke? Dia sambung bertanya. Aku menggeleng. Taklah. Dia cuma cakap dia tak berapa sihat. Dulu masa dia mula-mula mengandungkan Qalisha, kan macam tu juga? Asyik demam aje. Mungkin itu yang buat dia terfikir kalau-kalau dia pregnant lagi. Tiya pula, bila nak demam-demam? Aku mengerling tanpa menjawab. Encik Firdaus tersenyum cuma. Kak long demam? Suara yang bertanya itu membantutkan hasratku untuk menjawab soalan nakal Encik Firdaus. Iecha sudah tegak berdiri di hadapanku. Memandang aku dengan wajah sedikit serius.

13

Biarkan YM Terus Berbicara

Taklah. Along Iecha ni, nak sangat kak long demam. Tak baik tau. Wajah Iecha sedikit mengendur. Ingatkan demam betul-betul. Gadis manis itu mengomel perlahan. Aku mengekori langkahnya menuju ke halaman. Bau ikan dan ayam bakar sudah menyucuk hidung. Agenda wajib bila tiba hari cuti. Acara makan-makan bersama keluarga. Lebih-lebih lagi kebetulan Iecha juga sedang pulang bercuti kini. Siapa sangka kini aku berada di sini bukan lagi sebagai tetamu yang dijemput oleh Encik Firdaus dengan menggunakan taktik yang cukup halus. Aku kini menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ini. Pandanganku terhala ke arah ibu dan bapa mertuaku yang sedang santai di dalam sebuah gazebo. Menikmati minuman sambil bersembang mesra. Abang nak makan apa-apa? Pandangan aku alihkan ke wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus menggeleng perlahan. Kejap lagi. Abang nak sembang dengan abah kejap. Aku mengangguk. Membiarkan Encik Firdaus melangkah meninggalkanku. Langkah aku ayun mendekati Farid yang sedang leka melayan asap berkepul-kepul. Segera membawa ingatanku pada peristiwa lama. Saat aku dan Farid sama-sama berjaya merentungkan ketulan ayam yang dibakar di atas bara. Peristiwa yang membawa senyum kecil di bibir. Bila nak masak kalau bakar pakai asap? usikku sambil mencapai penyepit besi. Membalikkan ketulan ayam di atas tempat pembakar. Farid mengangkat muka. Mengibas-ngibas asap yang semakin menyesak ke wajahnya.

14

Hanni Ramsul

Amboi... kalau pandai, nah buat ni, balas lelaki itu sambil menghulurkan kipas kepadaku. Aku tersengih sambil menggeleng. Masih belum mahir lagi untuk aku uruskan masalah asap dan bara itu. Tini. Awak buatlah. Pedih mata saya. Akhirnya Farid mengalah. Kipas dihulurkan kepada Tini. Sambil Tini uruskan bara-bara yang hampir padam, aku terus membalik-balikkan ayam dan ikan di atas pembakar. Farid mengambil tempat di sisiku. Tersenyum aku melihat dia menggosok-gosok matanya yang barangkali pedih. So, tak boring ke duduk kat rumah aje? Tak nak kerja balik? Farid bersuara tiba-tiba. Mengalihkan pandangan ke arahku. Aku terdiam seketika kemudian menjongket bahu perlahan. Permintaan Encik Firdaus setelah kami berkahwin, dia cukup senang andai aku menjadi surinya. Dia tidak mengharapkan aku sibukkan diri dengan kerjaya dan sudahnya dia akan berasa terabai. Memang agak sukar untuk aku lalui keadaan yang cukup baru ini. Sebelum ini, aku senang sibukkan diriku dengan urusan kerja dan kini tibatiba aku terpaksa berada di rumah sepanjang hari. Bosan? Sudah semestinya. Namun, untuk senangkan hati Encik Firdaus, aku tidak kisah. Apa maknanya tu? soal Farid sambil turut menjongket bahunya. Aku tergelak kecil. Mulai mesra dengan adik iparku ini. Lebih-lebih lagi kini, Farid sudah tinggal bersama-sama keluarganya. Sudah memulakan semula tugas di syarikat milik keluarga mereka.

15

Biarkan YM Terus Berbicara

Rindu juga. Tapi, kena buat pilihan terbaiklah, kan. Aku bersuara separuh mengeluh. Farid tersenyum kepadaku. Apa nak buat... along awak lebih suka saya duduk rumah aje, sambungku sambil tersenyum kecil. Mengumpat apa pula ni? Aku mengangkat muka. Baru sahaja sebut nama, Encik Firdaus sudah terpacul di hadapan mata. Senyum aku ukir selebar mungkin. Mana ada mengumpat, along? Mengata aje. Tu pun tak banyak. Selamba Farid bersuara membuat aku tergelak halus. Encik Firdaus menarik punggung hampir denganku. kerusi. Melabuhkan

Farid pula terus mencapai pinggan berisi ikan dan ayam yang sudah siap dibakar kemudian perlahan mengangkat punggung. Tak nak ganggulah, ujarnya sambil terus berlalu yang mengundang senyum di bibir Encik Firdaus dan juga Tini yang asyik menjaga bara. Cakap apa dengan Farid? Aku menggeleng. Encik Firdaus mencapai penyepit di tanganku lalu menyambung kerja membalikkan ketulketul ayam. Tak ada apa-apalah. Dia tanya Tiya tak boring ke duduk rumah aje? Tak kerja. Tiya boring ke? Sikit-sikitlah... jawabku ikhlas sambil tersenyum panjang.

16

Hanni Ramsul

Encik Firdaus mengeluh perlahan. Penyepit dihulurkan kepada Tini. Fokusnya kini terus pada wajahku. Dah tu, Tiya nak kerja ke? Abang tak halang, tapi abang lagi suka kalau Tiya tak kerja. Jaga abang. Aku menggeleng sambil tersenyum. Tiya ikut cakap abang. Tiya nak abang gembira. Abang pun nak Tiya gembira. Tiya gembira macam ni. Lama-lama mesti okey. Abang tak payah risau. Aku bersuara. Tidak seronok melihat wajah Encik Firdaus seperti serba salah. Aku tahu dia berasa bersalah andai permintaannya itu membuat aku tidak selesa. Betapa lelaki ini terlalu memikirkan tentang perasaanku. Senyum sikit, usikku sambil menyentuh dagunya. Tak boleh nak senyum. Banyak asap. Selamba jawapan itu meniti di bibirnya membuat aku tergelak. Siapa suruh datang kat sini? ujarku sambil terus tergelak. Tini kulihat turut tersenyum kecil. So, ikut abang ke Kuantan nanti, ya? Aku menggeleng perlahan. Tak naklah. Abang ke sana, kan sebab kerja. Nanti Tiya ganggu urusan abang aje. Lagipun abang pergi tak lama, kan? Betul ni? Tak takut nanti mimpi yang bukan-bukan lagi? usik Encik Firdaus membuat aku malu sendiri. Pasti dia mengungkit tentang mimpiku malam tadi. Abang tak baik tau. Janganlah cakap macam tu. Lepas ni, kalau mimpi apa-apa pun, Tiya tak akan cerita lagi. Tak apa. Kalau tak cerita pun, abang tahu. Aku mencemik.

17

Biarkan YM Terus Berbicara

Macam mana abang tahu? cabarku sambil mengangkat kening. Encik Firdaus bergerak lebih rapat padaku. Bibirnya dibawa hampir ke telingaku. Sebab Tiya bercakap masa mengigau, bisiknya membuat mataku membulat. Segera bahunya aku pukul. Abang tipu! Encik Firdaus tergelak besar. Aku menyentuh pipi. Tiba-tiba wajah terasa membahang. Betul ke aku bercakap semasa tidur? Abang gurau ajelah. Aku menjeling marah. Encik Firdaus tertawa lagi. Seketika cuma sebelum kami sama-sama diam memandang potongan ayam yang sedang Tini bakar. So, for the last time... betul Tiya tak nak ikut? Aku mengangguk. Encik Firdaus membuat muka hampa, menjemput senyum di bibirku. Ill miss you, ucapnya perlahan. Aku tersenyum bahagia sambil terus memandang sepasang matanya. Bukan dia sahaja, aku yakin, aku juga akan turut merinduinya. Me too. Balasku juga dengan nada yang cukup rendah. Tidak mahu sampai ke telinga Tini. Then, ikutlah sekali. Aku tersenyum sambil menggeleng. Dia pergi cuma untuk tiga hari dan aku tidak mahu mengganggu urusan kerjanya.

18

Hanni Ramsul

Bab 3
UNYI. Juga ada rindu yang berat mendera hati. Bingkai gambar di atas meja solek, aku capai. Merenung senyuman milik lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Perlahan wajah yang sedang erat memelukku itu, aku usap perlahan. Tersenyum sama, seolah-olah saat ini, senyum kaku itu tertuju khusus untuk aku. Bingkai gambar itu, aku letakkan semula ke meja. Bergerak malas menuju ke jendela. Pandangan ditebarkan seketika ke luar. Kalaulah saat ini, aku bersama dengannya. Perlahan aku mengeluh sambil bergerak ke katil. Kembali mendapatkan komputer riba yang terbiar sejak dari tadi. Menunggu mesej daripada yang tersayang. Medium yang menyatukan kami, akan kami teruskan. Kebahagiaan yang pernah kami rasakan dulu, akan terus kami rasai sampai bila-bila. Itulah yang pernah Encik Firdaus bisikkan di telingaku. Aku tersenyum panjang. Ternyata ada sesuatu untukku. Aku terus memakukan pandangan pada skrin komputer riba. Mesej rindu daripada yang tersayang. Rindu?

19

Biarkan YM Terus Berbicara

Tidak perlu untuk aku nafikan lagi. Rasanya tiga hari yang berlalu sudah seperti tiga minggu. Setiap saat terasa cukup lambat berlalu. Kalau boleh aku mahu lelaki ini muncul di hadapanku saat ini juga. Soalan Encik Firdaus tetap sahaja membuat jiwaku berbunga indah seperti dulu juga. Charmimg : Rindu abang tak? Ugly Betty : Tak rindu pun.... Sambil tersenyum aku sengaja mempermainkan perasaan Encik Firdaus. Mahu melihat reaksi Encik Firdaus. Diam. Dan terus diam. Tiada lagi jawapan daripada Encik Firdaus. Agak lama aku menunggu. Tetingkap Yahoo! Messenger di dada komputer ribaku terus menyepi. Membuat aku gundah sendiri. Aku mengharapkan jawapan dan usikan manja seperti selalu. Bukan sepi begini. Diam pulak. Merajuk ke? Atau ada kerja? Aku bersuara sendiri. Daripada meniarap, kini aku duduk bersila di atas katil. Menanti dengan sabar jawapan daripada Prince Charmingku. Namun, tetap hampa. Aku mengeluh perlahan. Mungkin Encik Firdaus sedang sibuk, sebab dia menyapaku pun hanya melalui aplikasi Yahoo! Messenger di telefon bimbit. Jawablah... Tiya main-main je. Aku mengomel lagi. Merenung skrin komputer bagaikan menanti Encik Firdaus muncul dari situ menemuiku. Bencilah macam ni. Baru nak chat, terus hilang. Menyampah... kalau ada kerja janganlah tegur. Ada rasa geram mula singgah di hati. Geram dibiarkan tertunggutunggu begini.

20

Hanni Ramsul

Cakap tak rindu. Segera aku berpaling. Suara itu! Aku terlalu kenal suara itu. Juga terlalu rindu pada suara itu. Senyum lebar Encik Firdaus di pintu bilik membuat aku segera turun dari katil. Berkejar mendapatkan suamiku yang muncul secara tiba-tiba. Betul-betul satu kejutan. Pantas jemarinya aku kucup dan pantas juga tubuh itu aku peluk dengan erat. Mahu melepaskan semua kerinduan yang terhimpun cuma untuknya. Senang hatiku mendengar Encik Firdaus tergelak halus. Membalas pelukanku dengan cukup mesra. Cakap tak rindu kat abang. Aku tersengih. Wajah ceria Encik Firdaus aku pandang lama. Mana mungkin tidak ada rindu untuk wajah kesayanganku ini. Wajah itu aku usap perlahan. Menentang renungan lembutnya yang sering membahagiakan aku. Acah aje, ujarku sambil meleraikan pelukan. Mencapai beg pakaian di kaki Encik Firdaus. Encik Firdaus cuma tersenyum sambil perlahan mengelus rambutku. Abang rindukan Tiya. Aku sekadar tersenyum. Tidak perlu aku balas ungkapan itu, kerana renunganku sudah cukup untuk menyatakan segunung rindu yang turut aku tanggung. Kenapa balik tak beritahu? Abang cakap esok baru balik. Encik Firdaus diam. Cuma melangkah masuk ke bilik. Aku mengekori dari belakang bersama beg pakaian miliknya. Urusan dah selesai, buat apa abang nak berlama kat sana? Baik abang balik jumpa isteri abang. Tak best asyik sembang dengan computer, dengan handphone aje. Aku mengangkat kening.

21

Biarkan YM Terus Berbicara

Encik Firdaus mengukir senyum sambil kenyitkan mata. Perlahan melabuhkan punggung ke sofa di tepi jendela. Dulu suka aje? dugaku sambil berpeluk tubuh. Dulu lain, sekarang lain. Aku mencemik. Abang nak minum? Tiya buatkan? Aku bertanya apabila melihat Encik Firdaus kelihatan begitu penat. Encik Firdaus menggeleng perlahan. Penat? Nak Tiya urut? Terima kasih sayang. Tapi, abang nak mandi. Nak solat asar dulu. Lepas tu, kita minum petang sama-sama, balas Encik Firdaus sambil mengangkat punggung. Sempat memberi satu kucupan di dahiku sebelum bergerak ke almari mencari tuala. Kalau macam tu, Tiya turun siapkan minum petang ya. Okey, sayang. Aku tersenyum. Memandang Encik Firdaus masuk ke bilik air, kemudian mula mengatur langkah keluar dari bilik. Terus menuju ke ruang dapur. Tini... buat apa tu? Pantas Tini berpaling. Puan... tengah goreng karipap. Puan nak apa ya? Aku menggeleng perlahan. Bergerak menghampiri Tini sambil menjenguk karipap di dalam kuali. Dah buat air? Belum puan. Nanti habis goreng karipap ni, saya siapkan. Tak apa. Biar saya buat. Tak apa, puan. Saya boleh buatkan.

22

Hanni Ramsul

Aku tersenyum. Jangan risau. Masak saya kurang mahir, tapi saya pandai buat air. Aku berseloroh sambil disambut tawa kecil Tini. Terima kasih, puan. Tanpa menjawab, aku berlalu mencapai balang berisi Milo dan juga susu. Sibuk menyediakan Milo panas untuk suami tersayang. Kak long! Sergahan itu membuat aku terjerit kecil. Segera aku berpaling sambil mengurut dada. Iecha tersengih. Terkejut kak long. Nasib baik tak terlepas teko ni tau, rungutku sambil meletakkan teko berisi Milo panas ke dalam dulang. Iecha tergelak halus. Sorrylah. Kak long buat air apa? Milo, nak? Nantilah. Along dah balik, kan kak long? Aku tersenyum. Tidak jadi menyusun cawan dan piring. Kini, pandanganku jatuh tepat ke wajah Iecha. Melihat senyum lebar Iecha, cukup untuk memberitahu ada sesuatu sedang berlegar di fikiran adik iparku itu. Perlahan aku bersandar pada kabinet sambil berpeluk tubuh. Iecha tersengih. Tini yang muncul bersama sepiring karipap panas mengalihkan sedikit tumpuanku pada Iecha. Along suka karipap ni. Biar Iecha tolong bawakan ya. Along nak minum kat mana ni, kak long? Kat sini ke kat laman? Iecha bersuara lagi sambil mencapai dulang berisi hidangan minum petang.

23

Biarkan YM Terus Berbicara

Tak payah, tak payah... macam ada niat tak baik aje kat mata tu. Cepat bagitau apa niatnya tu? Iecha mencemik sambil menarik tangannya apabila tangan mulus itu kujentik perlahan. Cepat bagitau, desakku sambil mengangkat kedua-dua kening. Iecha tersengih. Kak long tolonglah Iecha. Ajaklah along keluar malam ni, ya. Esok malam Iecha dah nak balik kampus. Iecha nak shoppinglah. Tak nak shopping sorang, nanti kena bayar sendiri. Ambil kesempatan, usikku serius. Alah. Bukan selalu. Kak long pun boleh shopping sama nanti.... Ajaklah sendiri, ujarku selamba. Iecha menarik muncung. Kalau Iecha ajak, samalah macam tak payah ajak. Macam-macam alasan nanti. Anak gadis itu mula merungut. Aku tersenyum. Adik bongsu suamiku itu sudah mula mahu merajuk. Tengoklah. Kalau along tak penat, nanti kak long tanyakan. Yes! Kalau kak long ajak, sure punya along tak akan penat. Girang gadis manis itu bersuara sambil bergerak laju meninggalkan ruang dapur. Tadi cakap nak tolong angkatkan ni. Aku bersuara sambil bercekak pinggang. Iecha ada kerja sikit. Sedikit kuat Iecha membalas bersama tawa mengekek. Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan. Tini yang sibuk membasuh kuali, turut tergelak.

24

Hanni Ramsul

Kenapa dengan Iecha tu? Aku mengangkat muka. Encik Firdaus sudah berwajah segar. Kemas bersama T-shirt hitam dan berseluar jean. Tanpa menjawab, cuma senyum manis aku hadiahkan buat Encik Firdaus. Abang nak minum kat mana? soalku sambil mengangkat dulang. Bergerak keluar dari ruang dapur sambil diiringi oleh Encik Firdaus. Kat luarlah. Tanpa bersuara, langkahku terus laju menuju ke arah gazebo di hujung laman. Meletakkan dulang di atas meja besi sambil perlahan melabuhkan punggung ke kerusi. Milo panas kutuang ke dalam cawan. Terus kuhulurkan kepada Encik Firdaus yang sudah mengambil tempat di sisiku. Thanks. Aku tersengih. Menongkat dagu sambil mengamati wajah Encik Firdaus yang sedang menikmati minum petang. Encik Firdaus mengangkat kening membuat aku tersenyum panjang. Cawan diletakkan perlahan ke meja. Kenapa? Saja. Lama tak tengok abang. Encik Firdaus tertawa lepas. Okey... tengoklah puas-puas, ujarnya kemudian sambil memeluk tubuh. Wajahnya sengaja dihalakan ke arahku. Aku menjeling dan dia tersenyum. So, selama abang kat Kuantan, apa isteri abang ni buat? Aku mengeluh perlahan.

25

Biarkan YM Terus Berbicara

Jadi Bettylah. Tu pun, sekejap-sekejap aje. Sibuk memanjang aje orang tu, rungutku separuh bergurau. Encik Firdaus tersenyum lebar. Tiya temankan mummy kat butik. Mummy ada ajak Tiya jaga butik. Saja isi masa terluang. Aku mula bercerita. Perkara baru yang aku lakukan setelah lebih kurang lima bulan aku menghabiskan masa di rumah besar ini. Seronok juga. Ada juga aktiviti. Kalau Tiya nak tolong mummy boleh ya, bang? Bosanlah duduk rumah. Nak kerja buat apa? Jadi isteri abang, dahlah. Tak boleh bang. Lagi lama Tiya duduk kat rumah ni, lagi bertambah saiz Tiya. Tiya tolong mummy, ya? Encik Firdaus diam. Merenung wajahku sambil menggosok dagu. Boleh, kan? Kalau abang cakap tak boleh? Tiya pujuk mummy, suruh mummy pujuk abang. Encik Firdaus tergelak. Aku mengangkat kening. Bosan sangat ke duduk rumah? Bosanlah bang. Aku menjawab sambil mengeluh panjang. Memang bosan. Itu satu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Aku perlukan udara segar dari luar. Aku perlukan aktiviti lain selain daripada berada di rumah dan menunggu kepulangan suami tersayang. Kalau tolong mummy, abang izinkan. Kalau kerja lain, abang tak benarkan. Abang nak Tiya selalu ada untuk abang. Aku tersenyum lebar. Thanks, bang.

26

Hanni Ramsul

Thanks aje? Aku kenyitkan mata. Juga karipap favourite abang ni. Balasku sambil menghulurkan sebiji karipap kepada Encik Firdaus. Encik Firdaus membelek karipap di tangannya. Karipap aje? Macam tak berbaloi.... Aku tersenyum kecil. Encik Firdaus menghadiahkan satu renungan yang cukup lembut. Renungan yang menghantar rasa kasih yang sarat ke dasar hatiku. Abang. Aku bersuara lembut. Hmmm... apa lagi ni? Lembut juga balasan yang Encik Firdaus berikan. Penat tak? Kalau untuk Tiya, abang tak pernah penat. Kalau macam tu, bolehlah keluar malam ni ya? Iecha ajak shopping. Patutlah happy semacam budak tu. Ada komplot dengan kakak ipar dia rupanya. Aku tergelak kecil. Mana ada komplot. Tapi, Tiya dah cakap, kalau abang penat, maknanya tak jadilah shopping. Boleh. Tapi ada syaratnya. Ada syarat pula. Apa syaratnya? Encik Firdaus mengukir senyum. Malam ni tak boleh. Esok pagi. Esok abang tak masuk office. Aku kerutkan kening. Tadi cakap tak penat. Memanglah tak penat. Tapi, abang rindukan isteri abang. Malam ni, abang nak isteri abang aje yang temankan abang.

27

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku tersenyum kecil. Sedikit segan melihat senyum Encik Firdaus begitu lebar. Senyum yang membuat pipiku membahang tiba-tiba. Hmmm... nanti Tiya beritahu Iecha. Encik Firdaus mengangguk perlahan. Perlahan juga aku menghulurkan sebiji lagi karipap kepada Encik Firdaus. Kali ini, tidak disambut tetapi cuma mulutnya yang terbuka minta disuap. Dengan senang hati, karipap aku suapkan ke mulut Encik Firdaus.

28

Hanni Ramsul

Bab 4
AMPIR sepuluh minit aku setia berada di sisi Puan Junaidah. Memandang kelincahan jemarinya membelek utas demi utas rantai tangan pelbagai rekaan. Sesekali aku bersuara memberi pendapat. Boleh tahan cerewet ibu mertuaku ini. Memberi ruang untuk dia membuat pilihan yang tepat, aku mengalihkan pandangan pada susunan rantai leher pula. Sekadar menjamu mata. Tiya nak apa-apa tak? Aku mengangkat muka. Memandang wajah ibu mertuaku. Kemudian aku menggeleng perlahan. Bagai ada satu perasaan halus yang menjalar di hatiku tiap kali ibu mertuaku itu mengalun nama Tiya. Satu perasaan indah yang membuat aku berasa tidak pernah jauh dengan ibuku. Panggilan itu sering mengingatkan aku kepada ibu. Dan, syukur di sini aku juga memiliki seorang lagi ibu yang begitu menyayangiku. Takkan tak ada yang berkenan? Kan ke banyak pilihan ni.

29

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku tersenyum. Pandanganku jatuh kembali pada deretan barang kemas di kedai emas terkemuka itu. Memang cantik-cantik. Namun, bukan hobiku mengumpul koleksi barang kemas. Juga aku tidak gemar memakai perhiasan sebegitu. Tiya tak suka sangatlah, mummy. Tapi, Tiya boleh tolong pilihkan untuk mummy. Aku bersuara sambil tersenyum lebar. Puan Junaidah turut tersenyum. Tak apa. Biar mummy pilihkan untuk Tiya. Bersungguh Puan Junaidah bersuara. Aku diam. Tidak terus menolak. Bimbang andai nanti wanita itu tersinggung dengan penolakanku. Sudahnya aku cuma tersenyum dan Puan Junaidah mula tekun meneliti koleksi rantai yang ada. Satu demi satu dia minta untuk ditilik sepuas hati. Aku sekadar memandang sambil sesekali memberi komen apabila diminta. Akhirnya seutas rantai halus berloket kecil menjadi pilihan apabila cuma yang itu sahaja mampu membuat aku tertawan. Juga untuk tidak menghampakan ibu mertuaku sebenarnya. Hadiah untuk menantu mummy. Tapi, kenapa kecil sangat? Tak menyesal ni? Aku tergelak besar. Lucu mendengar komentar itu. Tentu saja aku tidak menyesal. Puan Junaidah tersenyum. Mummy ni, ke situ pula. Mana boleh menyesal. Aku bersenda masih bersama gelak kecil. Selesai urusan jual beli, kami bergerak keluar mencari haluan lain pula. Tugas aku hari ini, menemani ibu mertua membeli-belah. Sedikit penat sebenarnya, namun aku

30

Hanni Ramsul

seronok. Kemesraan Puan Junaidah tidak pernah berubah dan aku yakin, aku adalah menantu yang paling bertuah kerana mendapat ibu mertua sebaik Puan Junaidah. Tidak banyak bersungut walaupun aku terlalu banyak kekurangan. Mummy nak cari apa lagi? Aku bertanya sambil melangkah perlahan seiring dengan langkah ibu mertuaku itu. Cari baju nak? Dah lama juga mummy tak shopping baju ni. Aku mengangguk setuju. Sambil mata memerhati persekitaran kompleks membeli-belah yang tidak begitu sesak. Terasa rutin harianku semakin berubah sejak bergelar isteri. Pasal cadangan mummy tu, Tiya dah tanya Fir? Puan Junaidah mengajukan soalan sambil matanya terus menikam wajahku. Membuat aku terpinga-pinga seketika. Cadangan? Cadangan apa pula? Puan Junaidah mengangkat kening dan aku pula mula kerutkan kening. Menantu mummy lemah daya ingatanlah. Aku bermonolog sendiri. Hmmm... belum tanya ya? Cadangan? Aku mengulangi soalan ibu mertuaku. Dan, wanita itu mengangguk perlahan sambil berpeluk tubuh. Membuat aku semakin serius memerah otak. Cuba mengingati sesuatu yang pernah dicadangkan oleh ibu mertuaku. Sejenak sebelum aku tersenyum lebar. Oh, tolong mummy di butik tukan? Dah. Tiya dah tanya. Aku memberi jawapan bersama senyum lebar. Apa kata Fir? Abang setuju.

31

Biarkan YM Terus Berbicara

Puan Junaidah tersenyum lebar. Good. Sepatah bicara Puan Junaidah sambil mencapai lenganku. Laju melangkah menuju ke sebuah butik. Sapaan mesra pekerja butik tersebut, cukup memberitahu ibu mertuaku barangkali pelanggan tetap di situ. Mummy memang selalu ke butik ni, ya? Puan Junaidah mengangguk. Mummy suka pakaian di sini. Kena dengan cita rasa mummy. Memang mummy ada butik sendiri. Tapi, mummy suka shopping kat butik orang lain. Kalau mahu tempah baju, pun mummy suka tempah di sini. Nanti, kalau Tiya nak tempah baju, boleh tempah di sini. Ibu mertuaku bercerita sambil tergelak halus. Aku tersenyum kelat. Di tempat eksklusif sebegini? Tiba-tiba terasa hidupku memang telah banyak berubah. Dulu mummy selalu ke sini dengan Mia. Lancar Puan Junaidah menyambung cerita sambil mula membelek baju-baju yang bergantungan. Cerita yang membuat senyumku mati perlahanlahan. Nama Mia yang dialun oleh ibu mertuaku, menghantar satu perasaan kurang enak di hati. Tiba-tiba teringat tentang hasrat Puan Junaidah yang mahukan Mia menjadi menantunya. Kecewakah Puan Junaidah apabila hasratnya tidak menjadi kenyataan? Mustahil. Aku yakin Puan Junaidah menerima kehadiranku sebagai ahli keluarga, dengan tangan terbuka. Barangkali cerita itu muncul di bibir Puan Junaidah, hanya kerana Mia pernah akrab dengannya. Hatiku cuba memujuk lembut. Tiya? Kenapa ni? melayan Aku sedikit tersentak. Sempat mengelamun perasaan rupanya. Sambil menggeleng aku

32

Hanni Ramsul

mengukir senyum. Tiya, jangan mudah berprasangka yang bukan-bukan. Hatiku terus memujuk. Berangan pula dia. Cepat pilih yang mana satu Tiya nak. Mummy ni... nak shopping untuk mummy ke untuk Tiya? Asyik tanya apa Tiya nak. Aku bersuara lembut. Untuk mummy dan untuk Tiyalah. Mummy suka blouse ni. Mummy belikan untuk Tiya, nak? Tadi, kan dah belikan rantai untuk Tiya. Aku bersuara perlahan. Sedikit serba salah untuk menerima satu lagi pemberian daripada Puan Junaidah. Puan Junaidah tersenyum. Perlahan menyentuh bahuku. Mummy memang suka hadiahkan sesuatu untuk orang yang mummy sayang. Iecha dah balik kampus. Tiyalah yang ada untuk mummy. Farid dengan Firdaus lain. Orang lelaki tak suka shopping macam ni. Aku tergelak kecil. Besar hati mendengar pengakuan itu. Mummy baik. Baik sangat-sangat. Puan Junaidah tidak menjawab. Cuma mencapai blaus berbunga kecil lalu dilayangkan di hadapanku. Apa kata Tiya cuba yang ni? Yang ni sesuai dengan jean. Tiya kan suka pakai jean. Aku mencapai blaus di tangan ibu mertuaku. Dirapatkan ke tubuhku. Cantik. Tiya suka. Okey, ini mummy belikan untuk Tiya. Now, mummy pilih untuk mummy pula. Tiya hadiahkan untuk mummy. Puan Junaidah tertawa halus. Tak payah sayang. Hari ni, mummy belanja semuanya. Satu pun tak boleh? Dugaku sambil mengangkat kening.

33

Biarkan YM Terus Berbicara

Puan Junaidah tersenyum sambil menggeleng. Tak boleh. Aku mengeluh sambil membuat wajah kecewa. Puan Junaidah terus tertawa sambil memeluk erat bahuku. Kemesraan yang membuat aku terus lupa pada Mia yang pernah hampir menjadi menantunya. Pada Mia yang hampir membuat denyut jantungku berubah rentak sebentar tadi.

PERLAHAN aku mengurut kakiku yang terasa sedikit lenguh. Seharian berjalan ke sana sini memang memenatkan. Penat ya? Aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum memandangku. Melabuhkan punggung ke katil sambil perlahan tangannya menolak jemariku. Kini jemarinya yang mengurut lembut kakiku. Lenguh sikit aje bang. Tak payahlah urut. Abang mungkin lebih penat daripada Tiya. Aku bersuara sambil menarik kakiku. Rasa tidak kena apabila Encik Firdaus tenang mengurut. Tidak pantas rasanya membiarkan suami mengurut kaki yang tidak sesakit mana. Namun, Encik Firdaus bagai tidak membenarkan aku menarik kaki. Pegangannya sedikit keras dan aku diam tidak bergerak. Memandang dengan rasa serba salah. Terlalu baik layanan ini. Seharusnya aku yang perlu tanyakan soalan itu kepadanya. Mummy dera Tiya hari ni? Dia membuka mulut. Aku tergelak halus. Taklah. Tak baik cakap mummy macam tu, tau. Encik Firdaus mengukir senyum. Terus mengelus lembut betisku. Memberi rasa lega yang bukan sedikit.

34

Hanni Ramsul

Kejap bang. Aku tiba-tiba bersuara. Menarik kaki sambil bergerak turun dari katil. Segera aku mencapai beg kertas di atas meja solek dan kembali semula ke katil. Encik Firdaus tenang menunggu. Aku keluarkan blaus yang dibeli oleh ibu mertuaku siang tadi. Melekatkan ke dadaku sambil aku memandang wajah Encik Firdaus. Mummy belikan. Cantik tak? soalku ceria. Encik Firdaus memandang sambil menggosok dagu. Hmmm... tak berapa seksi. Aku jegilkan mata dan Encik Firdaus tergelak riang. Nak Tiya pakai seksi-seksi ke? Mestilah. Untuk abang mestilah kena seksi-seksi. Aku mencemik. Blaus itu aku masukkan semula ke dalam beg kertas. Cantik. Tiya pakai apa pun mesti cantik. Suara Encik Firdaus kendur memujuk. Mungkin dia risau aku merajuk. Aku buat-buat tidak dengar. Sibuk menyelongkar, mencari kotak kecil untuk ditunjukkan kepada Encik Firdaus. Ini pun mummy belikan untuk Tiya. Aku bersuara lagi sambil membuka kotak kecil yang sudah berada di tangan. Encik Firdaus bergerak merapatiku. Menarik aku rapat ke dadanya sambil menyentuh kotak yang masih di tanganku. Abang nak belikan barang kemas untuk Tiya, Tiya tak nak.... Aku memandang wajah Encik Firdaus yang sedang merenungku. Aku tersenyum. Encik Firdaus mencapai rantai halus di dalam kotak. Aku bersandar di dadanya. Tiya pun tak nak. Tapi, Tiya tak berani nak tolak banyak kali. Takut mummy kecil hati.

35

Biarkan YM Terus Berbicara

Dengan abang? Tak takut abang kecil hati? Tiya tahu hati abang besar. Jadi Tiya tak takut sangat. Aku bersuara separuh bergurau. Gurauan yang membawa jemari Encik Firdaus ke pinggangku. Aku terjerit kecil. Segera melompat turun dari katil. Pantang aku digeletek begitu. Nasib baik aku yang melompat turun dari katil dan bukan Encik Firdaus yang aku tendang ke bawah. Abang! Encik Firdaus tergelak besar. Sekali lagi... Okey, okey... abang tak buat lagi. Jadi, jangan nak buat lawak dengan abang, faham? Laju Encik Firdaus bersuara sebelum sempat aku habiskan bentakan geramku. Segera aku menarik muka masam. Come, abang tak buat lagi. Promise. Sekali lagi Encik Firdaus bersuara bersama senyum yang mekar di bibir. Aku menjeling. Namun, kaki kembali melangkah menuju ke katil. Jemariku dicapai lembut, menarik aku duduk semula di sisinya. Marah ke ni? bisik Encik Firdaus lembut. Yalah. Janganlah buat macam tu. Tiya tak suka. Geli tahu tak? Encik Firdaus terus tergelak halus. Apa gelak-gelak? Nak Tiya buat abang macam tu juga ke? soalku sambil menjeling. Masih tidak berpuas hati. Pantas Encik Firdaus mengangkat kedua-dua tangan sambil menggeleng. Tahu takut... gumamku perlahan. Maklum yang Encik Firdaus pun lebih kurang denganku. Pantang digeletek.

36

Hanni Ramsul

Bukan takut. Tapi geli, sayang. Aku mencemik. Satu ciuman dilayangkan ke pipiku. Cantik rantai ni, ujar Encik Firdaus lembut. Aku mengerling. Encik Firdaus memandang rantai di telapak tangannya.Abang pakaikan? Sekali lagi suara lembut Encik Firdaus menyapa gegendang telingaku. Menghalau semua rasa geram yang singgah seketika. Segera aku menarik rambut ke hadapan sambil duduk membelakangkan Encik Firdaus. Membenarkan Encik Firdaus memakaikan rantai ke leherku. Rantai hadiah daripada ibu mertuaku kini menghiasi leherku. Perlahan aku menyentuh loket kecil yang terhias indah di leherku. Cantik. Aku tersenyum lebar. Cantik, kan? soalku laju sambil bergerak berdepan dengan Encik Firdaus. Perasan.... Senyumku terus mati. Sekali lagi wajah itu kujeling sekilas. Memang pun... balasku selamba sambil menyambung senyum yang terbantut dek usikan Encik Firdaus. Abang call mak petang tadi. Laju aku berpaling. Topik paling aku gemar. Kita balik tengok mak hujung minggu ni. Nak? Aku tersenyum lebar. Inilah yang buat aku sayang sangat-sangat pada Encik Firdaus. Segala tindakannya membahagiakan aku.

37

Biarkan YM Terus Berbicara

Nak! Mestilah nak. Terima kasih bang. Ujarku riang. Encik Firdaus tersenyum sambil jari telunjuknya menyentuh pipi sendiri. Faham dengan isyarat itu, laju satu ciuman singgah ke pipinya bersama erat pelukannya. Aku tersenyum gembira. Hujung minggu ini dapat jumpa mak!

38

Hanni Ramsul

Bab 5
EBAIK sahaja kereta berhenti, segera aku membuka pintu kereta. Ibuku yang tercegat di pangkin di bawah pokok manggis bagai menggamit aku untuk segera sampai kepadanya. Separuh berlari aku mendapatkan ibuku. Sebaik sahaja tiba di hadapannya, satu cubitan singgah di lenganku. Membantutkan hasrat untuk memeluknya. Lengan yang terasa perit aku gosok perlahan. Apa ni mak? Sampai-sampai dah kena cubit. Aku mengomel sambil mengucup tangan wanita kesayanganku itu. Dah jadi isteri orang, nak berlari-lari lagi ke? Aku tergelak besar sambil terus memeluk ibuku. Itu rupanya punca cubitan singgah di lengan. Tubuh itu aku peluk semahunya. Melepaskan rindu yang bukan sedikit. Rindu mak... ujarku manja sambil pipi tua itu aku kucup bertalu-talu. Ibuku tersenyum lebar. Pasti senang dengan kepulanganku. Bahagia memenuhi ruang jiwa apabila jemari ibu perlahan mengusap wajahku.

39

Biarkan YM Terus Berbicara

Mak sihat? soalku sambil memandang wajah ibuku yang jelas ceria. Alhamdulillah, sihat. Tak rindu Tiya? soalku lagi sambil terus memeluk pinggangnya. Mestilah rindu. Anak mak cuma seorang. Mestilah mak rindu. Aku tersengih. Senang mendengar jawapan yang memang sudah aku tahu itu. Mak.... Aku berpaling. Encik Firdaus sudah hampir ke sisiku. Pelukan erat pada ibu, aku leraikan perlahan. Apa khabar mak? sapa Encik Firdaus sambil turut mengucup tangan ibuku. Sihat. Alhamdulillah. Sekali ibuku mengulang jawapan yang sama. Atok mana? soalku sambil melilau mencari Atok. Ada kat dapur agaknya. Tadi mak bagi makan. Mummy dengan abah kirim salam, ujar Encik Firdaus sambil mencapai semula beg pakaian yang diletakkan seketika sewaktu dia menghulurkan tangan bersalaman tadi. Waalaikumussalam. Mereka sihat, Daud? Encik Firdaus mengangguk dan aku tersengih. Kekal rupanya panggilan Daud itu di bibir ibuku. Dah, marilah naik ke atas. Ada pula bersembang kat bawah. Kamu mesti penat, kan? Naik kat atas... rehat. Ibuku bersuara sambil mengatur langkah

40

Hanni Ramsul

meninggalkan pangkin. Aku segera bergerak menuju ke pintu dapur. Mahu mencari Atok. Encik Firdaus aku biarkan berjalan bersama ibuku menuju ke pintu depan. Atok, kakak balik ni. Aku bersuara riang sambil menjenguk ke ruang dapur. Mencari-cari bayang Atok. Tiada. Pinggan makanannya juga sudah kosong. Tiada di dapur, aku bergerak menuju ke ruang tamu. Tersenyum melihat Atok berlingkar tidur di atas sofa. Segera aku menghampiri sambil mengelus lembut bulu Atok yang sudah tidak begitu lebat. Tidur rupanya. Akak alihkan kat tempat lain ya. Nanti pak cik nak duduk sini. Aku bersuara perlahan sambil perlahan juga mengangkat tubuh Atok yang sedang lena. Tidak mahu Encik Firdaus tidak selesa dengan Atok nanti. Sebaik sahaja berada di dalam pelukanku, lena Atok jelas terganggu. Mengiau lembut apabila diangkat. Alolo... sorry Atok. Kakak kacau tidur Atok. Atok tidur sini kejap ya, ujarku sambil meletakkan Atok ke atas bantal lembut yang memang menjadi tempat tidur Atok. Seketika Atok menggeliat dan kemudian menyambung semula tidurnya membuat aku tersenyum lucu. Suara ibuku dan Encik Firdaus membuat aku berpaling. Encik Firdaus terus melabuhkan punggung ke sofa sambil ibuku laju bergerak menuju ke dapur. Aku mengorak langkah mendapatkan Encik Firdaus. Atok Tiya sihat ke? usik Encik Firdaus mengundang senyumku. Atok tidur, balas aku selamba sambil mencapai beg pakaian di kaki Encik Firdaus. Segera beredar ke bilik untuk menyimpan beg tersebut. Kemudian aku berlalu menuju ke dapur. Sebelum ibuku bising, lebih baik aku tunjukkan muka di dapur. Tonjolkan imej isteri yang baik.

41

Biarkan YM Terus Berbicara

Hmmm pandai pun cari dapur. Buatkan air untuk suami Tiya. Ni, kebetulan mak ada buat pisang goreng tadi. Bawa sekali nanti. Aku akur tanpa banyak bicara. Setakat buat air, mudah sangat. Tiya macam mana? Duduk dengan mertua? Setakat ni, tak ada apa-apa masalah, mak. Mummy dengan abah okey. Mereka terima Tiya seadanya. Lega mak dengar. Pandai-pandai jaga perangai tu. Jangan buat benda bukan-bukan. Kena pandai bawa diri kalau tinggal sekali dengan mertua ni. Hormat mereka macam Tiya hormat mak. Aku tersenyum. Menyusun piring dan cawan di atas dulang. Piring berisi pisang goreng turut disusun bersama. Anak mak nikan, memang anak yang baik. Usikku sambil mengangkat kedua-dua kening. Dah belajar masak ke belum? Soalan ibu membuat aku tersengih. Tengah belajarlah ni, mak. Ibuku menggeleng perlahan. Kena belajar. Jadi isteri kena pandai masak untuk suami. Aku diam. Apabila ibu mahu memberi nasihat, sebaiknya aku diam mendengar. Memang aku mahu menjadi isteri yang terbaik. Dengar ke tidak ni? Dengar mak. Insya-Allah, Tiya akan belajar nanti. Mak ajarkan ya. Aku bersuara lembut. Hmmm... dah cepat hantarkan air pada suami kamu. Kasihan dia menunggu tu.

42

Hanni Ramsul

Aku mengangguk perlahan. Menatang dulang sambil melangkah menuju ke ruang tamu. Encik Firdaus tersandar ke sofa dengan mata terpejam. Perlahan aku meletakkan dulang ke atas meja. Kemudian perlahan juga melabuhkan punggung ke sofa. Bang... tidur ke? Mata Encik Firdaus terbuka perlahan. Abang nak rehat, pergilah masuk ke bilik. Aku bersuara perlahan. Barangkali Encik Firdaus penat memandu. Encik Firdaus menggeleng perlahan. Mak mana? Kat dapur. Kejap lagi mesti panggil Tiya tu. Paksa Tiya masak untuk menantu kesayangan dia. Encik Firdaus tergelak kecil. Aku pula, tersenyum panjang. Sesekali dapat balik menjenguk ibu, bahagia rasanya.

AKU tergelak besar melihat Encik Firdaus kerutkan wajah. Mata sudah terpejam rapat. Masam. Tak paksa pun makan, ucapku selamba sambil menarik semula mangkuk di tangan Encik Firdaus. Buah cermai yang sudah aku tumbuk kasar, terus aku suap ke mulut. Tak eloklah makan masam-masam ni, sayang. Mana ada masam sangat. Abang tu, lidah manja sangat. Masam sikit pun tak tahan. Encik Firdaus menggeleng perlahan. Laju

43

Biarkan YM Terus Berbicara

tangannya mencapai kopi. Meneguk perlahan kopi kurang manis yang dimintanya sebentar tadi. Nanti kalau pregnant, jangan makan masam ni, tau. Alah, abang ni. Bukannya selalu dapat makan cermai ni pun. Balik kampung sesekali aje, baru dapat jumpa. Encik Firdaus diam. Cuma matanya memandang sekitar halaman rumahku. Terima kasih bang. Sebab abang selalu temankan Tiya balik jenguk mak. Aku bersuara tiba-tiba. Membuka topik yang lebih serius. Bertuah aku mendapat suami yang begitu memahami. Mak, kan seorang kat sini. Mestilah selalu kena jenguk, kan? Aku mengangguk perlahan. Kalau mak dapat tinggal sekali dengan kita, kan bagus.... Encik Firdaus memandang wajahku. Agak lama. Tiya nak mak tinggal dengan kita ke? Aku tersenyum. Mana boleh. Takkan nak ajak mak tinggal dengan family abang, balasku sambil tersenyum. Pasti aku senang andai ibu dapat tinggal bersamaku. Namun, aku faham situasi Encik Firdaus. Dan aku juga tahu ibu tidak akan setuju untuk tinggal bersama keluarga Encik Firdaus. Kita boleh pindah. Then, kita ajak mak tinggal dengan kita, saran Encik Firdaus lembut. Aku pandang wajah itu dengan rasa tidak percaya. Nanti apa kata mummy dengan abah? Encik Firdaus mengukir senyum. Jemariku dibawa ke genggamannya. Abang dah ada Tiya. Dah ada family

44

Hanni Ramsul

sendiri. Mummy dengan abah pasti faham. Tiya cuba cakap dengan mak. Tanya mak, okey? Aku terdiam sekejap. Benar-benar terharu. Kenapa Encik Firdaus begitu memahami? Panas bibir mataku mendengar saranan yang penuh dengan rasa tanggungjawab itu. Abang tak kisah ke? Tak kisah kalau mak tinggal dengan kita? Tak kisah kalau abang terpaksa tinggal berasingan dengan mummy? Abang cuma kisah kalau Tiya yang tak ada dengan abang. Encik Firdaus mula berseloroh. Abang, Tiya serius ni. Okey, okey... abang yakin mummy akan faham dan mak Tiya, mak abang juga. Abang pun lebih suka kalau mak selalu ada dengan kita. Kini air mata menitis tanpa sedar. Syukur pada Tuhan dengan kurniaan sesempurna ini untukku. Jemari Encik Firdaus menyapu air mata di pipi. Abang tak marah, kenapa nak menangis? usiknya membuat aku tertawa kecil. Hilang rasa terharuku. Encik Firdaus memaut bahuku. Menarikku rapat ke pelukannya sambil dia terus santai mengambil angin petang di atas pangkin. Aku pula, meriba mangkuk cermai sambil perlahan-lahan menyuap ke mulut bersama Atok yang terlentok lena di hujung kakiku. Tiya! Aku tersentak. Rosak sudah mood romantik aku. Kepala aku jengah ke arah pintu dapur. Ibuku sudah bercekak pinggang. Kat situ rupanya dia. Mari tolong mak masak. Aku tersengih.

45

Biarkan YM Terus Berbicara

Garang betul mak mertua abang. Aku merungut sambil meletakkan mangkuk cermai ke atas pangkin. Encik Firdaus tergelak. Aku bergerak turun dari pangkin. Tiya tolong mak kejap. Encik Firdaus mengangguk perlahan. Cubalah tanya mak sekali. Pesannya sebelum aku melangkah. Aku balas dengan anggukan juga. Kemudian berlari-lari anak menuju ke dapur. Mahu menemani ibuku memasak hidangan istimewa buat menantu kesayangannya.

46

Hanni Ramsul

Bab 6
Aku berpaling. Wajah tidak semanis mana. Melihat kereta Mia perlahan mengekori kereta Encik Firdaus memasuki halaman rumah, hatiku tiba-tiba menjadi gelisah. Tertanya-tanya tujuan Mia muncul pada lewat petang begini. Emosi juga sedikit sukar dikawal, lebih-lebih lagi apabila teringatkan mimpi aku tempoh hari. Kenapa ni? Tak sihat ke? Laju Encik Firdaus bertanya. Mungkin melihat wajahku yang tidak ceria. Aku menggeleng perlahan sambil sekuntum senyuman untuk muncul di bibir. Betul ni? Kali ini aku mengangguk sambil perlahan mendekati Encik Firdaus. Mencapai jemarinya lalu kukucup lembut. Seperti biasa, usapan lembut menyentuh rambutku bersama satu kucupan di dahi sebaik sahaja aku mengangkat muka. Mia ada kat luar. Encik Firdaus mula berbicara. memaksa

IYA....

47

Biarkan YM Terus Berbicara

Tak payah beritahu pun, Tiya dah tahu. Aku merungut dalam hati. Mia datang nak jumpa abang ke? soalku sambil cuba mengawal suara. Tidak mahu rasa kurang senang ini muncul bersama nada suaraku. Encik Firdaus menggeleng. Dan gelengan itu menarik perhatianku. Kalau bukan mahu berjumpa dengan suamiku, apa tujuan Mia ke sini? Mungkin mahu berjumpa dengan ibu mertuaku. Mindaku mencari jawapan. Dia cakap nak jumpa Tiya. Dia tunggu kat luar. Penjelasan yang meniti di bibir Encik Firdaus membuat aku pegun seketika. Mahu berjumpa denganku? Wajah Encik Firdaus aku tatap lama. Memberi renungan tidak percaya dan Encik Firdaus mengukir senyum nipis. Hatiku tiba-tiba menjadi tidak enak. Mungkinkah Mia mahu memberitahu yang dia sedang bercinta dengan Encik Firdaus? Dia mahu berkahwin dengan Encik Firdaus? Sama seperti apa yang berlaku dalam mimpiku? Tiya, kenapa ni? Pucat. Are you sure, you okay ni? Aku tersentak. Kepala kugeleng laju. Pergilah, dia tunggu Tiya tu. Aku menjenguk sambil menyelak langsir. Mia sedang santai di taman mini. Kenapa Mia nak jumpa Tiya? Aku bertanya sambil pandangan terus kupakukan pada tingkah Mia. Tidak mendapat jawapan daripada Encik Firdaus, aku berpaling. Encik Firdaus tercegat memandangku sambil berpeluk tubuh. Aku tersenyum kelat. Pasti ada tingkahku yang tidak kena di mata lelaki itu. Perlahan aku bergerak menjauhi jendela sambil menggaru kepala.

48

Hanni Ramsul

Kenapa terintai-intai macam tu? Aku tersenyum kecil. Tahu Encik Firdaus kurang senang dengan tindakanku itu. Pelik. Sebab tiba-tiba Mia nak jumpa Tiya, balasku masih dengan rasa hairan. Abang tahu kenapa? sambungku sambil menatap wajah Encik Firdaus. Sedikit hampa apabila Encik Firdaus cuma menjongket bahu. Kalau nak tahu, apa kata Tiya pergi jumpa Mia. Terjenguk-jenguk macam ni, nanti kalau Mia tengok, apa pula yang dia fikir. Dah, pergilah... jangan buat Mia tertunggu-tunggu macam tu. Tak baik. Aku diam. Cuma kepala mengangguk perlahan. Oh, ya. Abang nak apa-apa? Nak minum? Encik Firdaus menggeleng. Abang nak mandi. Pergilah jumpa Mia dulu. Nanti abang menyusul. Sekali lagi aku mengangguk. Tersenyum memandang Encik Firdaus melangkah menuju ke anak tangga. Aku pula, perlahan menghela nafas sambil bergerak meninggalkan ruang tamu. Mahu berjumpa dengan Mia. Juga mahu tahu apa yang ingin Mia sampaikan kepadaku. Seketika aku tercegat di belakang Mia. Merenung Mia yang santai di kerusi. Cuba mendidik minda untuk berfikiran positif. Assalamualaikum. Sapaanku membuat Mia menoleh. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Waalaikumussalam, Adiya. Aku tersenyum sambil perlahan melabuhkan punggung di sebelah Mia. Abang Fir beritahu Mia nak jumpa saya? Laju Mia mengangguk.

49

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku tersenyum kecil. I tak mengganggu you, kan? soal Mia sambil memandang wajahku. Aku menggeleng laju. Dan, Mia pula mengangguk perlahan. I need your help. Tanpa berbasa-basi, Mia terus ke agenda pertemuan. Aku diam. Mahu menjadi pendengar terlebih dahulu. Pertolongan apa yang Mia perlukan daripadaku? Boleh? Mia bertanya lagi. Aku tergelak kecil. Boleh, insya-Allah kalau saya boleh tolong, saya pasti tolong. Mia tersenyum. Namun, kali ini senyum itu tidak seceria tadi.Diya tahu, kan minggu depan birthday Kamal? Soalan Mia meresap perlahan ke gegendang telingaku. Jadi, pertemuan ini ada kaitan dengan Abang Kamal. Aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tibatiba berasa bodoh kerana berprasangka yang bukan-bukan kepada Mia. Kenapa aku selalu lupa yang Mia begitu suka kepada Abang Kamal? I ingat nak masak special untuk dia. Nak buat jamuan kecil untuk dia. Tapi, dia tak nak. Mia meluahkan hasrat itu bersama nada suara yang tidak begitu ceria. Wajah itu juga sudah sedikit murung. Abang Kamal memang tak berapa suka nak sambut birthday sendiri, ujarku lambat-lambat. Tidak mahu Mia salah anggap kepada Abang Kamal. Kenapa? Aku termangu. Kenapa ya? Aku sendiri tidak tahu. Mungkin itu bukan satu kebiasaan bagi Abang Kamal. Dia

50

Hanni Ramsul

disibukkan dengan tanggungjawab sebagai anak sulung sejak dari kecil. Barangkali itu yang membuatkan dia tidak pernah menganggap sambutan hari jadi itu satu perkara penting baginya. Mungkin Abang Kamal tak ada masa nak sambut birthday sendiri kut? Pandai-pandai aku membuat andaian sendiri. Lebih kepada mahu bergurau sebenarnya. Mia memandangku dengan renungan pelik. Membuat aku turut berasa pelik. Tidak lucukah gurauanku tadi? Mana ada orang yang tak ada masa nak sambut hari penting macam tu? Jangan cakap you pun tak suka sambut birthday... I love birthday party. I suka celebrate birthday kawan-kawan I, birthday orang-orang yang I sayang, itu bukti kita ambil berat tentang mereka. Dont you think so? Aku membeku seketika. Soalan Mia membuat aku turut terfikir kenapa selama ini Abang Kamal tidak pernah sibuk dengan tarikh kelahirannya tetapi cukup hafal tarikh hari lahirku. Itu tandanya dia mengambil berat tentang diriku. Dan, aku pula, tidak pernah mengacuhkan tarikh lahir Abang Kamal. Memikirkan situasi itu, perlahan-lahan aku mula berasa bersalah. Juga berasa simpati kepada Abang Kamal. Rasanya, selama ini, dia banyak menghabiskan masanya dengan memikirkan tentang aku. Sudahnya, dia kecewa dengan keputusan aku walaupun dia akur. Akur bahawa cinta itu sebenarnya tidak mungkin boleh dipaksa-paksa. Diya? Dengar tak apa I cakap ni? Soalan Mia membawa aku ke alam sedar. Spontan aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. So, awak nak saya buat apa? soalku lambatlambat.

51

Biarkan YM Terus Berbicara

Mia mengukir senyum. Walaupun senyum itu amat jelas bagai hilang manisnya. Melihat tingkah Mia, hati aku tertanya-tanya sendiri. Sejauh mana harapan Mia terhadap Abang Kamal? Juga, tertanya-tanya kenapa Abang Kamal gagal melihat kesungguhan Mia cuba mendekatinya? Pelik betul. Mia cuba mencapai sesuatu yang dia suka namun, sepertinya tidak berjaya. Abang Kamal pula, seperti lebih selesa membuai perasaan dengan kisah-kisah silam sehingga dia buta. Buta untuk melihat ada segaris sinar yang pasti akan menerangi jalannya andai dia memberi kesempatan kepada Mia. Pujuk Kamal? Aku mengangkat muka. Merenung wajah Mia buat seketika. Pujuk? Soalku meminta kepastian. Pujuk Kamal supaya dia benarkan saya sambut birthday dia. Boleh, kan? Aku diam. Sedikit berat untuk tunaikan permintaan Mia. Aku tidak suka menjadi orang tengah. Lebih-lebih lagi apabila hal itu berkait rapat dengan perasaan. Juga, tidak selesa untuk cuba mendekatkan Abang Kamal dengan Mia walhal aku cukup tahu perasaan Abang Kamal kepadaku. Pasti tindakan itu akan menyakitkan hati Abang Kamal. Aku tahu itu. Boleh, kan Diya? I tahu Kamal akan dengar cakap you. Nada suara Mia sudah separuh memujuk. Semakin membuat aku tersepit. Insya-Allah. Tengoklah nanti saya cuba. Senang betul bibirku memberi harapan, sedang otakku masih

52

Hanni Ramsul

berkecamuk mencari alasan untuk hindarkan diri daripada situasi sebegini. Mia tersenyum lebar. Laju tangannya menyentuh jemariku. Thanks, Diya. I hargai sangat-sangat pertolongan you ni. Aku tersengih. Bibir sudah terlepas cakap. Apa lagi yang mampu aku katakan.

CUITAN lembut di hidungku mematikan lamunan yang beraja di kepala. Perlahan aku berpaling. Bersua dengan senyuman Encik Firdaus. Senyum itu aku balas hambar. Berpaling semula sambil menyambung menunganku. Kenapa ni? Aku berpaling semula. Kemudian menggeleng perlahan. Pasal Mia ke? Kenapa Mia nak jumpa Tiya? Mendengar soalan itu, aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba terus teringat pada permintaan Mia. Beratnya untuk aku berdepan dengan Abang Kamal dan meminta sesuatu yang aku tahu memang tidak disukai oleh Abang Kamal. Mia cakap apa dengan abang? Aku pula bertanya. Encik Firdaus mencemik sambil menjongket bahu. Dia cuma cakap nak minta tolong sikit dengan Tiya. Aku mengeluh lagi. Bergerak hampir kepada Encik Firdaus yang berdiri tegap di balkoni. Kepala aku lentokkan ke dada Encik Firdaus. Susahlah bang.... Aku bersuara separuh mengadu.

53

Biarkan YM Terus Berbicara

Seperti biasa, apabila suaraku sudah selemah itu, pasti ada gelak kecil yang meniti di bibir Encik Firdaus. Perlahan tangan Encik Firdaus memeluk erat tubuhku. Kenapa ni? Cerita kat abang? Takkan mimpi Tiya dah jadi kenyataan? usik Encik Firdaus yang spontan membuat aku muncung panjang. Dadanya kupukul perlahan. Janganlah cakap macam tu. Tiya tak suka. Encik Firdaus tergelak lepas. Okay, now tell me. Apa yang susah sangat tu? Aku mengeluh lagi. Mendongak, memandang wajah Encik Firdaus yang tenang menanti ceritaku. Mia minta Tiya tolong pujuk Abang Kamal. Tolong apa? Minggu depan birthday Abang Kamal. Dia nak sambut. Nak masak special untuk Abang Kamal tapi Abang Kamal tak nak. Then? Aku membuang pandang. Pelukan Encik Firdaus aku leraikan. Bergerak sedikit menjauhi Encik Firdaus sambil bercekak pinggang. Then? Then... Mia suruh Tiya tolong pujuk Abang Kamal. Itulah yang susahnya, ujarku bersungguh-sungguh. Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kalau Tiya tak nak tolong, cakap saja tak nak. Abang yakin Mia tak akan berkecil hati. I know her. Aku mengeluh sambil terduduk di kerusi kayu di anjung balkoni. Masalahnya Tiya dah setuju. Dah tercakap akan tolong dia.

54

Hanni Ramsul

Encik Firdaus mengangguk lagi. Dia meraup perlahan wajah sambil berpeluk tubuh. Perlahan dia bergerak menghampiriku. Jadi, itu masalahnya? Aku mendongak. Memandang wajah Encik Firdaus sambil mengangguk lemah. So, apa tindakan Tiya sekarang? Sekali lagi mataku cuma terkebil-kebil memandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus menarik nafas perlahan sambil mengambil tempat di sebelahku. Tangan jatuh ke bahuku dan menarikku rapat padanya. Tiya tengok tu, bisiknya perlahan. Jari telunjuknya terarah pada langit yang kelam. Aku akur. Terkebil-kebil memandang langit tanpa sebarang tujuan. Cantik tak? Aku mencemik sambil menjongket bahu. Tak cantik. Tak ada bintang, jawabku acuh tidak acuh. Kepalaku berkecamuk dengan permintaan Mia, Encik Firdaus mahu bercakap tentang langit yang gelap-gelita pula. Kenapa tak ada bintang? Aku mengeluh perlahan. Encik Firdaus memang nak kena! Sabar Tiya, sabar. Hatiku memujuk lembut. Sebab nak hujanlah abang sayang, jawabku berlagu panjang. Geram! So, itu perkara baik atau tak baik? Abang ni kenapa? Kita cakap pasal permintaan Mia, kan? Janganlah sibuk dengan langit, dengan hujan, dengan bintang dulu. Aku sudah separuh membentak. Wajah pun

55

Biarkan YM Terus Berbicara

sudah kelat semacam. Encik Firdaus yang tersenyum, aku jeling tajam. Abang tanya, jawab ajelah. Kalau malam, nak hujan... tak ada bintang, tak bestlah nak tengok langit. Dalam tidak mahu, aku menjawab juga. Kalau hujan, dan esoknya pokok-pokok bunga yang layu segar semula, itu macam mana pula? soal Encik Firdaus lembut. Aku berfikir seketika sambil bersandar di bahu Encik Firdaus. Eloklah.... Akhirnya aku menjawab malas. So? Aku ternganga. So? soalku balik sambil memandang wajah Encik Firdaus untuk kesekian kalinya. Depends pada Tiya. Tiya nak pandang tindakan tu dari sudut positif atau negatif. Kalau Tiya harapkan bintang, hujan tu akan jadi petanda kurang baik. Kalau Tiya harapkan bunga-bunga segar semula, hujan yang datang tu akan jadi penyelamat. Aku termangu seketika. Dalamnya bicara suamiku ini. Sayangnya aku kurang bijak dalam subjek sastera. Jadi kata-kata itu tetap juga membuat aku terkulat-kulat mencari makna. Tak faham? Aku menggeleng dengan jujurnya. Sungguh aku tidak faham. Encik Firdaus tersenyum panjang. Jemariku diusap

56

Hanni Ramsul

lembut. Tiya beritahu abang, kenapa Tiya berat nak tolong Mia? Sebab Tiya takut Abang Kamal akan tersinggung? Aku mengangguk perlahan. Tiya tahu perasaan Abang Kamal pada Tiya. Tiya tak nak nanti Abang Kamal rasa Tiya sengaja nak sakitkan hati dia. Kenapa Tiya tak fikir dari sudut lain pula? Sudut macam mana, bang? Mungkin bantuan Tiya akan dapat dekatkan dia dengan Mia? Mungkin nanti dia dapat cari pengganti Tiya? Dapat bahagia dengan orang lain sebab Tiya cuma milik abang seorang? Tiya tak nak tengok Abang Kamal Tiya tu bahagia? Aku diam. Tekun memikirkan kata-kata Encik Firdaus. Ada benarnya kata-kata itu. Mungkin ini boleh jadi satu usaha untuk buat Abang Kamal lupakan aku. Pandailah suami Tiya, ujarku senang sambil menarik perlahan hidung Encik Firdaus yang mancung. Kenapalah aku tidak berfikir ke arah itu tadi? Suami Tiya memang pandai, balas Encik Firdaus sambil mengangkat kening. Aku tersenyum. Memeluk erat tubuh Encik Firdaus bersama satu helaan nafas lega. Seperti kata Encik Firdaus, aku mesti berfikiran positif. Positif! Abang bagi cadangan, kan? So, berjaya tolong selesaikan masalah Tiya tak? Aku mengangguk senang. Angguk aje? Upahnya, tak ada? Ada, jawabku sepatah. Melihat senyum Encik Firdaus pun sudah kutahu apa yang bermain di kepalanya.

57

Biarkan YM Terus Berbicara

Ada? Aku diam sambil buat-buat tidak dengar. Terus memandang ke hadapan tanpa mengacuhkan soalan Encik Firdaus. Tetapi cuma seketika apabila jemari Encik Firdaus mula menggeletek pinggangku. Pantas aku bingkas bangun lalu berlari menuju ke bilik. Meninggalkan Encik Firdaus melayan tawanya.

58

Hanni Ramsul

Bab 7
bibir.

ELAMAT HARI LAHIR, abang, ucapku bersama senyuman yang mekar di

Abang Kamal cuma menjawab dengan sekuntum senyuman. Senyuman yang tidak begitu lebar. Pasti masih ada rasa geram kepadaku. Selamat hari lahir, Kamal. Encik Firdaus pula menghulurkan ucapan. Aku sekadar memerhati tangan Encik Firdaus yang erat menjabat tangan Abang Kamal. Abang Kamal cuma mengangguk. Kemudian melabuhkan punggung ke sofa, bersama-sama dengan Encik Firdaus. Birthday boy mana boleh serius sangat, tegurku cuba mengusik Abang Kamal yang memang kelihatan serius. Abang Kamal tersenyum nipis. Memandang sekilas kepada Encik Firdaus sebelum pandangannya jatuh ke wajahku.

59

Biarkan YM Terus Berbicara

Tak perlu semua ni sebenarnya. Tiha pun tahu abang bukan suka sambut benda-benda macam ni. Ini tidak, Fir... tengoklah apa yang dah Tiha buat? Abang Kamal bersuara. Dengan nada kurang serius, tetapi aku yakin dia memang bersungguh-sungguh dengan apa yang diucapkannya itu. Cuma dia tidak mahu nanti Encik Firdaus berfikir yang bukan-bukan. Aku tersengih. Mendengar bunyi pinggan disusun di ruang dapur rumah Abang Kamal, aku tahu Mia sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam. Aku yang memaksa, dan seperti biasa, Abang Kamal terpaksa setuju pada permintaanku. Terpaksa akur pada pujukanku. Mungkin juga sebab Abang Kamal tidak mahu aku mengganggu waktu malamnya selama tiga hari berturut-turut. Berkali-kali aku menelefon memujuknya. Pelbagai alasan yang dia berikan dan sudahnya dia terpaksa mengalah. Tiha nak tolong Mia kejap. Aku bersuara sambil mengangkat punggung. Meninggalkan Abang Kamal bersama Encik Firdaus. Perlahan aku menjenguk ke ruang makan. Mia sedang leka menyusun hidangan. Hai, boleh tolong? Mia mengangkat muka. Serentak senyum riang terpamer di wajahnya. Diya, awal sampai. Hidangan belum siap. Tapi, bagus juga you dah sampai. Kamal dah nak keluar lagi tadi. Dia balik tadi, tengok you dengan Fir belum sampai, dia tak nak duduk dalam rumah. Aku tersenyum. Memandang hidangan makanan barat di atas meja. Pasti Mia sendiri yang sediakan. Nak saya tolong apa-apa ke? Aku bertanya lagi. Mia menggeleng.

60

Hanni Ramsul

Dah hampir siap pun, and thanks ya... sebab tolong pujuk sepupu you tu. I cakap I nak masakkan special untuk birthday dia, terus dia reject. Kecil hati I tau. Mia terus berceloteh. Sama laju dengan pergerakannya yang langsung tidak nampak kekok berada di dapur. Cukup jelas membuktikan bahawa dia sudah terlalu mahir di dapur. Aku pula memandang kagum pada kelincahannya juga pada hidangan yang tersedia. Awak masak semua ni? Mia mengangguk dengan wajah berseri-seri. Nampak benar dia gembira dengan apa yang sedang dia lakukan saat ini. Tapi, dia sudi izinkan I masak semua ni pun, sebab you yang pujuk dia. Kalau tak, memang dia tak nak celebrate pun birthday dia. Even for me, I nak jemput kawan-kawan rapat yang lain pun dia tak bagi, tau. Aku diam sejenak. Kata-kata Mia bagai sedikit berjauh hati. Walaupun itu semua ulangan luahan minggu lepas, namun hati ini tetap tersentuh. Perlahan aku melabuhkan punggung ke kerusi. Abang Kamal memang macam tu. Dari dulu pun, dia memang tak berapa suka sambut birthday sendiri. Tapi, birthday orang, tak pula dia lupa. Dia cakap, dia tak nak ingatkan diri sendiri yang umur dia dah makin tua. Aku sedikit berseloroh. Mia tersenyum kecil. Nasiblah Diya. Dah kita ni, bertepuk sebelah tangan. Terpaksalah buat muka tebal macam ni. Aku pandang wajah Mia yang sedikit suram. Rasanya tidak wajar kata-kata itu meniti di bibir wanita yang sesempurna Mia. Memang bodoh Abang Kamal, kalau dia menolak wanita seperti Mia.

61

Biarkan YM Terus Berbicara

Jangan cakap macam tu. Saya yakin Abang Kamal tahu awak istimewa di matanya. Mia tersenyum cuma. Mengangkat muka sambil memandang wajahku. Tapi, tak seistimewa you, Diya. I tahu dia masih belum boleh lupakan you. Setiap kali I bercerita pasal you, I nampak ada cahaya bahagia dalam mata dia. Youre so lucky, Diya. Fir betul-betul crazy about you. Kamal pun sama. Aku sedikit terkesan dengan luahan hati Mia. Tibatiba hati jatuh simpati kepada gadis di hadapanku ini. Mia, mungkin Abang Kamal keras hati sikit. Tapi, saya nampak dia dah mula bawa awak masuk ke dalam hidupnya. Dia tak pernah ada kawan perempuan. Dan, dia tak pernah layan perempuan seperti dia layan awak. Dia dah kenalkan awak dengan mak long dan pak long. Kenalkan sebagai rakan setugas. Sedikit hambar Mia menyampuk. Awak betul-betul cintakan Abang Kamal? Mia tergelak halus. I tak pernah seserius ni... cuma I tak nak mendesak. I tak nak memaksa. Kalau ada jodoh antara kami, I nak jodoh tu datang secara natural. Bukan kerana desakan I, bukan kerana terpaksa, ujarnya perlahan. Aku mengangguk perlahan. Kagum dengan kesabaran Mia. Juga, sedikit geram dengan hati batu Abang Kamal. Tidakkah Abang Kamal nampak betapa sempurnanya wanita yang saban hari cuba memenangi hatinya ini? Oh, ya. Jom tengok kek I buat. I buat cheese cake. Kalau untuk Fir dulu, wajib chocolate cake la, tapi you cakap Kamal suka cheese cake, kan?

62

Hanni Ramsul

Aku tersenyum. Sedikit kelat senyumanku tatkala nama Encik Firdaus turut dibawa bersama. Adakah setiap kali ulang tahun kelahiran Encik Firdaus, Mia akan sediakan kek untuk lelaki itu? Diya? Aku termangu-mangu seketika. Kemudian segera mengangkat punggung menuju ke arah ruang dapur basah. Melihat kek yang dihias indah. Cantik. Pujiku kebolehan gadis ini. ikhlas. Cemburunya pada

Kalaulah saya pun pandai masak macam awak. Aku bersuara lagi. Mia ketawa kecil. Bolehlah. Mana ada benda mustahil. You boleh belajarlah. Aku tersenyum kecil. Terus memandang ukiran kata-kata ucapan selamat hari lahir buat Abang Kamal. Begitu sekali Mia mahu menyambut hari lahir Abang Kamal. Semoga Abang Kamal menghargai setiap apa yang telah Mia lakukan ini. Semua dah siap. You duduk dulu. I panggil Kamal and Fir. Aku mengangguk. Memandang kosong pada langkah Mia yang anggun menuju ke ruang tamu. Jauh di sudut hati, aku ingin sekali berkebolehan seperti Mia. Mia bagai ratu cantik yang berkebolehan dalam semua perkara. Juga dihadiahkan dengan sekeping hati yang cukup baik. Syukur tiada rasa cinta di hati Encik Firdaus untuk Mia. Kalau tidak, tentu aku tidak akan mampu memiliki lelaki itu. Jujurnya, aku tidak mampu menandingi Mia. Antara aku dan Mia umpama langit dan bumi.

63

Biarkan YM Terus Berbicara

ABANG bertuah. Mia sanggup lakukan semua ni, untuk abang. Aku membuka bicara setelah makan malam berakhir. Setelah sambutan hari ulang tahun kelahiran yang dibuat serba ringkas itu berakhir. Abang Kamal kulihat tersenyum cuma. Lebih senang menikmati suasana malam dari halaman rumahnya itu. Mia meminta diri ke dapur untuk menghidangkan sedikit pencuci mulut dan Encik Firdaus meminta diri ke tandas. Kesempatan yang kurasakan sesuai untuk aku katakan sesuatu kepada Abang Kamal. So, apa pendapat abang tentang Mia tu? bisikku perlahan sambil tersenyum nakal. Abang Kamal sekadar menjongket bahu. Membuat aku sedikit geram. Seperti tiada perasaan. Takkan abang tak rasa apa-apa? Abang Kamal mencemik pula. Well, bila ada seorang kawan yang begitu bersungguh-sungguh nak adakan sesuatu yang istimewa macam ni, untuk abang, memanglah ada rasa terharu sikit. Lebih-lebih lagi dia sanggup minta tolong dari adik abang ni.... Abang Kamal bersuara bersama nada menyindir di hujungnya. Kawan aje? soalku tanpa mempedulikan sindiran Abang Kamal. Abang Kamal mengangguk. Ya. Kawan aje. Aku merengus geram. Abang janganlah keras hati sangat. Peluang untuk abang kenal gadis baik macam Mia tu, cuma datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Jangan sampai abang menyesal nanti.

64

Hanni Ramsul

Abang Kamal tergelak kecil. Dah tukar kerja ya? Aku kerutkan kening. Tukar kerja apa? Jadi matchmaker.... Aku tarik muncung. Sedikit geram dengan nada main-main Abang Kamal. Tiha seriuslah bang. Sampai bila nak membujang macam ni? Dia sendiri yang cakap, tiap kali sambut birthday, maknanya umur dah makin meningkat. Dah makin tua, tapi tak pernah fikir nak cari teman hidup. Aku mula mengomel. Abang Kamal tersenyum lagi kemudian mengeluh perlahan. Memandang wajahku dengan riak yang sedikit serius. Biar makin tua. Jangan tersilap memberi harapan. Aku pandang wajah Abang Kamal. Apa maksud Abang Kamal? Tidak mngkin Abang Kamal masih mengharapkan aku yang kini sudah pun bergelar isteri orang! Kenapa abang cakap macam tu? Tiha, terima kenyataan hidup mungkin mudah. Tapi, nak padam apa yang ada dalam hati, tak mudah. Abang tak mahu nanti baik abang atau Mia, kami sama-sama menyesal dengan keputusan yang abang ambil. Abang tak berani nak terima sesiapa selagi hati abang belum terbuka untuk sesiapa. Lebih-lebih lagi untuk gadis sebaik Mia. Aku tunduk seketika. Sebegitu parahkah luka yang aku tinggalkan di hati Abang Kamal? Perlahan aku mengangkat muka. Memandang wajah Abang Kamal yang tenang. Semuanya sebab Tiha ke, bang? Abang Kamal tersenyum kecil. Dah tentulah bukan sebab Tiha. Semuanya sebab abang. Kedegilan hati abang. Abang boleh terima kenyataan yang Tiha memang bukan milik abang. Tapi, hati abang tak boleh melupakan semua

65

Biarkan YM Terus Berbicara

perasaan yang terbina sekian lama. Bila abang tak boleh lupakan semua tu, macam mana abang nak terima Mia dalam hidup abang? Tak adil bagi Mia, kan? Kasihan Mia. Kan ke lebih kasihan kalau abang terima dia hanya semata-mata sebab abang nak buang Tiha dari hidup abang. Itu lagi tak adil untuk dia, kan? Kalau abang tak berjaya lupakan Tiha, apa akan jadi pada dia? Aku mengeluh berat. Bila soal perasaan yang dibincangkan, pastinya tiada satu kata putus yang melegakan boleh diambil. Bincang apa ni, serius betul muka? Pantas aku berpaling. Melihat senyum lebar Mia bersama sepiring oren yang sudah siap dipotong. Sembang kosong. Pantas Abang Kamal menjawab. Dapat kulihat senyum di bibir Mia seakan tidak begitu ikhlas. Mungkinkah Mia mendengar perbualan kami? Sungguh aku bersimpati dengan Mia. Dan, kenapa aku yang menjadi punca Mia gagal mendapat cinta Abang Kamal? Mungkinkah kalau aku menerima Abang Kamal, Mia masih ada peluang untuk mendapatkan cinta Encik Firdaus? Tibatiba mindaku bergerak cukup jauh mencari konklusi. Satu konklusi yang membuat jantungku berdetak laju. Mana boleh! Encik Firdaus cuma milikku. Hanya akan menjadi milikku sampai bila-bila! Tiya? Aku tersentak. Lamunanku pecah perlahan-lahan. Encik Firdaus sudah pun berada di hadapanku. Melamun? soalnya sambil tersenyum. Aku tersengih.

66

Hanni Ramsul

Encik Firdaus mengalihkan pandangan ke arah Abang Kamal. Kamal, I rasa, baik kami beredar dulu. Thanks for the dinner, and Mia your dinner macam selalu the best among the best. Ucapan untuk Abang Kamal membuat hati aku riang, namun ucapan untuk Mia tiba-tiba membuat aku sesak nafas. The best among the best? Aku mengerling ke arah Encik Firdaus. Kemudian kepada Mia yang tersenyum lebar. Tetapi, makan malam tadi memang sedap. Rasanya pujian itu memang wajar. Cuma apabila mulut Encik Firdaus yang memuji, hatiku sudah gundah-gulana. Thanks for coming. Ucapan basa-basi Abang Kamal sudah tidak melekat di hati. Kepala asyik memproses pujian Encik Firdaus kepada Mia. Aku mengeluh perlahan. Parah kau Tiya! Bila nak belajar kurangkan cemburu buta tu? Tiba-tiba satu herdikan pecah di hatiku. Membuat aku malu sendiri. Fokus kini kualihkan semula kepada tiga insan di hadapanku. Encik Firdaus sudah mencapai jemariku. Memberitahu aku yang sudah sampai masanya untuk kami beredar. Tiha balik dulu, bang. Mia, saya balik dulu. Betul kata abang Fir, masakan awak memang superb. Aku bersuara sambil tersenyum. Mia tergelak panjang. Ada-ada ajelah. Biasa saja Diya, balas Mia riang. Kemudian pandangan Mia beralih ke arah Abang Kamal. And, tuan rumah... rasanya I pun patut balik kut, sebelum kena halau. Takut betul dia nak duduk berdua dengan I, usik Mia sambil mengerling ke arah Abang Kamal. Encik Firdaus tergelak kecil.

67

Biarkan YM Terus Berbicara

Bukan takut... tapi, kurang manis. You jangan salah faham pula. Mia mencemik. Betul, apa pun, thank you so much. Maybe ini sambutan ulang tahun yang tak akan I lupakan sampai bilabila. Sambutan yang ke... Tiga puluh tiga. Laju aku menyampuk. How about... tolak tiga kat belakang tu? Abang Kamal berseloroh. Mengundang tawa aku dan Mia. Perasan nak mudalah tu. Ejekku masih bersama tawa yang panjang. Encik Firdaus sekadar tersenyum. Sedikit lebar berbanding senyum Abang Kamal.

68

Hanni Ramsul

Bab 8
EBAIK sahaja melangkah masuk ke bilik, beg tangan aku letakkan perlahan di atas meja solek. Sejak membantu ibu mertuaku di butiknya, masaku sedikit terisi. Seperti kehendak Encik Firdaus, tepat pukul lima, aku harus berada di rumah. Itu syarat yang dia letakkan. Perlahan aku melabuhkan punggung di katil. Memandang sekeliling bilik yang cukup luas. Bersendirian di bilik, membuat aku teringatkan ibu di kampung. Segera aku bergerak semula ke meja solek. Mencari telefon bimbit di dalam beg tangan. Sebaik sahaja telefon bimbit tergenggam di tangan, segera aku mencari nombor telefon rumahku. Membuat satu panggilan. Sambil melekapkan telefon ke telinga, aku bergerak semula ke katil. Menanti panggilanku berjawab. Assalamualaikum, mak. Aku bersuara laju sebaik sahaja panggilan berjawab. Waalaikumussalam. Aku tersenyum lebar. Bersandar pada kepala katil. Mak sihat?

69

Biarkan YM Terus Berbicara

Sihat, alhamdulillah. Anak mak sihat? Sihat, cuma rindu kat mak aje. Dah jadi isteri orang, tak bolehlah rindu-rindu sangat. Kenapa pulak? Kahwin ke tak kahwin ke, mak tetap mak Tiya. Terdengar ibuku ketawa kecil. Kalau boleh tiap-tiap minggu Tiya nak balik jenguk mak. Mana boleh macam tu. Kesianlah suami Tiya. Mak kat sini baik-baik aje, Tiya tak payah risaulah. Aku mengeluh kecil. Tiya ajak tinggal dengan Tiya, mak tak nak. Aku bersuara separuh merajuk. Teringat pada saranan Encik Firdaus yang aku sampaikan kepada ibuku sebulan yang lalu. Ibuku menolak mentah-mentah. Mana boleh mak nak tinggal kat bandar tu. Rumah kita ni, macam mana? Sesekali, kan boleh balik tengok rumah. Mak sayanglah nak tinggalkan rumah ni. Semua ada kat sini. Tak apalah. Mak sihat lagi. Tak perlu Tiya risau sangat. Nanti, kalau mak dah sakit-sakit, tak ada orang yang nak jaga, bolehlah mak tinggal dengan Tiya. Aku diam. Susah betul mahu memujuk ibuku ini. Tiya telefon ni, kenapa? Nak beritahu mak berita gembira ke? Berita gembira apa? Manalah tahu kut-kut mak nak dapat cucu. Aku tergelak besar.

70

Hanni Ramsul

Mak ni. Ada pula ke situ perginya. Tak adalah. Tibatiba Tiya teringatkan mak, jadi Tiya telefonlah. Tiya baru balik ni. Tiya tolong mummy kat butik dia. Bosanlah duduk rumah.... Hmmm... eloklah tu. Jaga suami elok-elok. Jaga mertua elok-elok. Baik mak, ujarku berlagu. Nanti senang-senang Tiya call lagi ya, mak. Tiya nak mandi. Kejap lagi Abang Firdaus balik. Yalah... sampaikan salam mak pada Daud, ya. Aku tergelak lagi. Gelak pulak? Mana ada orang nama Daud kat sini, mak, sakatku girang. Terdengar ibuku merengus perlahan di hujung talian. Main-mainkan mak, ya. Aku tergelak lagi. Okeylah mak. Insya-Allah, nanti Tiya sampaikan salam pada Daud tu. Assalamualaikum, mak. Ibuku menjawab salam sambil mengomel kecil. Seketika kemudian talian terputus. Aku merenung telefon bimbit di tangan bersama senyum yang belum hilang. Daud... bisikku bersama tawa kecil. Firdaus sudah bertukar menjadi Daud. Perlahan aku menggeleng. Mengatur langkah menuju ke arah meja solek. Telefon bimbit aku letakkan di atas meja solek, sambil mata menyapu wajah yang terpantul di cermin. Kapas muka aku capai lalu dibasahkan dengan susu pembersih wajah. Perlahan-lahan aku sapukan pada wajah. Menghilangkan bekas solekan nipis yang melekat di wajah. Rambut yang terikat elok, aku leraikan. Mencapai sikat lalu disikat perlahan-lahan. Bunyi pintu dibuka menarik perhatianku. Segera

71

Biarkan YM Terus Berbicara

mata teralih ke arah pintu bilik. Bersua dengan wajah Encik Firdaus. Assalamualaikum, sayang. Aku senyum sambil perlahan menjawab salam itu. Sikat aku tinggalkan di meja solek, sambil terus mendapatkan Encik Firdaus. Mengucup tangannya sambil mencapai beg komputer riba yang tersandang di bahunya. Awal abang balik? Encik Firdaus mengeluh panjang. Penat sikitlah. Rasa macam tak larat. Aku pandang wajah itu agak lama. Perlahan meletakkan jemariku ke dahi lelaki itu. Kemudian beralih ke lehernya. Agak panas. Abang nak demam ya? Panas ni. Penat sikit aje kut. Abang tak apa-apalah. Encik Firdaus berdalih sambil bergerak menuju ke katil. Aku mengerling tidak puas hati. Melabuhkan punggung di sebelah Encik Firdaus yang sudah terbaring. Jelas menunjukkan yang lelaki itu benar-benar tidak larat. Tiya ambilkan ubat ya? Encik Firdaus menggeleng perlahan. Aku pula mengeluh panjang. Dah tak sihat, tak nak makan ubat pula. Aku merungut perlahan. Mengundang senyum di bibir Encik Firdaus, walaupun mata lelaki itu terpejam rapat. Jangan cakap abang aje, Tiya pun sama. Sempat Encik Firdaus perli dalam lembut. Aku mahu menjawab, namun melihat keadaan suamiku itu, tidak sampai hati pula. Kepala abang pening sikitlah. Boleh tolong picitkan tak?

72

Hanni Ramsul

Tanpa banyak bicara, perlahan aku memicit kepala Encik Firdaus. Tadi Tiya call mak. Dia kirim salam kat Daud. Spontan gelak kecil pecah di bibir lelaki itu. Gelak yang membuat aku turut tersenyum. Waalaikumussalam, mak sihat? Sihat. Abang dah solat asar ke belum ni? Aku bertanya sekadar mengingatkan apabila terpandang jam di dinding hampir menunjukkan pukul enam petang. Dah, di office. Abang rehat dulu ya. Tiya belum solat. Nanti Tiya sambung picit kepala abang ya? Aku bersuara lembut. Memohon diri untuk meninggalkannya seketika. Tanganku dicapai sambil dibawa ke bibirnya. Mata yang terpejam dibuka perlahan. Thanks, dah kurang sikit. Pergi solat dulu, abang nak tidur kejap. Nanti kejutkan abang. Kata Encik Firdaus. Aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. Mengusap lembut rambut Encik Firdaus yang lebat sambil satu kucupan singgah di dahinya sebelum aku berlalu meninggalkannya.

PUAN JUNAIDAH sudah mengerutkan kening. Aku pula menjengah bubur nasi yang Tini siapkan. Jarang Fir tu demam. Tiba-tiba saja demam. Ibu mertuaku meluahkan rasa tidak puas hatinya. Aku cuma tersenyum kecil. Demam Encik Firdaus nampaknya tidak semakin baik. Makan pun tidak lalu. Tiya ajak pergi klinik, abang tak nak.

73

Biarkan YM Terus Berbicara

Bagi Fir tu makan ubat dulu. Kalau tak kurang juga, baru pergi klinik. Tuan Rashid memberi saranan. Aku mengangguk perlahan. Bapa mertuaku sudah mengangkat punggung meninggalkan meja makan. Puan, buburnya dah siap ni. Aku berpaling memandang Tini. Semangkuk bubur sudah diletakkan di atas dulang bersama segelas Milo panas. Terima kasih, Tini. Tini, buatkan kopi panas satu untuk tuan. Nanti hantar ke depan. Puan Junaidah memberi arahan. Satu kebiasaan bapa mertuaku. Minum kopi panas selepas makan malam. Tini bergegas menuruti arahan ibu mertuaku. Tiya naik dulu, mummy. Kasihan abang, tadi tak makan. Yalah. Kejap lagi mummy tengok Fir. Aku mengangguk. Dulang terus aku capai sambil melangkah meninggalkan ruang makan. Mahu segera sampai ke bilik. Pintu bilik aku tolak perlahan. Dulang aku letakkan di atas meja sisi di tepi katil. Abang, panggilku perlahan sambil menyentuh jemarinya. Punggung aku labuhkan di birai katil. Encik Firdaus membuka mata. Sempat mengukir senyum walaupun tidak selebar mana. Tini buatkan bubur. Abang makan sikit ya. Tadi, langsung abang tak makan. Lepas makan bubur, makan ubat ya? ujarku sambil membetulkan bantal. Memberi keselesaan untuk Encik Firdaus bersandar. Abang okeylah.

74

Hanni Ramsul

Okeylah sangat, omelku sambil mencapai mangkuk bubur. Bubur yang masih berasap itu, aku kacau perlahan-lahan. Encik Firdaus tergelak halus. Tiya suapkan. Dia bersuara lembut. Mahu bermanja barangkali. Aku tersenyum lebar. Boleh. Tapi, ada syaratnya. Apa dia? Kena habiskan bubur ni. Aku bersuara separuh bergurau. Perlahan bubur nasi, aku suap ke mulut Encik Firdaus. Hai... teruk nampaknya demam ni. Sampai makan kena bersuap. Aku berpaling. Ibu mertuaku sudah tercegat di pintu bilik. Melangkah masuk bersama senyum lebar di bibir. Sekali-sekala nak bermanja, apa salahnya mummy. Encik Firdaus bersuara bersama senyum kecil di bibir. Puan Junaidah mencemik. Macam mana boleh demam ni? Jarang sangat Fir demam, tau. Pelik mummy. Dah nak demam, nak buat macam mana? Cuaca panas sangat agaknya campur penat dengan kerja bertimbun. Hmmm... kerja tu jangan sampai abaikan kesihatan. Tiya, pastikan Fir makan ubat tau. Dia ni susah sangat kalau suruh makan ubat. Tak payah ubat, mummy. Tak elok manjakan sakit dengan ubat ni. Nanti, sakit sikit nak ubat. Jangan dengar alasan dia, bantah Puan Junaidah.

75

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku tergelak kecil. Mummy keluar dulu. Lepas makan ubat, rehat, sambung wanita separuh umur itu sambil melangkah keluar dari bilik. Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, satu tawa kecil terlepas dari bibir. What? soal Encik Firdaus bersama senyum di bibir. Aku menggeleng. Terus suapkan bubur yang sudah tinggal separuh. Abang bukan macam Tiya, takut makan ubat. Abang cuma tak suka biasakan diri dengan Paracetamol ni. Tak tanya pun, usikku nakal. Lemah jemari Encik Firdaus jatuh ke kepalaku. Mengusap lembut rambutku. Cukuplah. Abang tak nak dah. Encik Firdaus menolak suapanku seterusnya. Aku pula tidak mahu memaksa. Mangkuk bubur aku letakkan ke dulang, kemudian menghulurkan gelas berisi Milo panas kepada Encik Firdaus. Makan ubat ya, bang. Takkan abang nak demam lama-lama. Okeylah, mengalah. sayang. Akhirnya Encik Firdaus

Aku tersenyum sambil terus mencapai dua biji Panadol yang sudah aku sediakan. Menghulurkan tablet itu kepada Encik Firdaus. Tak nak potong kecil-kecil ke? usik Encik Firdaus. Aku jegilkan mata. Encik Firdaus tergelak lemah sambil membuka mulut.

76

Hanni Ramsul

Aku suapkan Panadol ke mulut Encik Firdaus dan segera Encik Firdaus telan bersama air Milo di tangan. Thanks, sayang, ucap Encik Firdaus begitu hampir di telingaku. Wajah lelaki itu aku usap perlahan. Masih panas. Abang rehat ya? Temankan abang. Bisiknya sambil menarikku rapat padanya. Aku diam. Cuma bantalnya aku betulkan dan membantu dia berbaring dengan selesa. Perlahan dia pejamkan mata sambil erat tangannya memeluk pinggangku yang bersimpuh di sisinya. Lama aku merenung wajah yang kelihatan penat itu. Membelai lembut rambut yang jatuh ke dahinya. Mahu suamiku itu lena dengan tenang.

77

Biarkan YM Terus Berbicara

Bab 9
KU garu kepala. Yang mana satu ni? Sesekali aku menjenguk ke pintu dapur. Mahu bertanya, tetapi aku malu. Malu kepada Mia yang tekun menemani Abang Kamal. Sudahnya aku terduduk di tunggul kelapa yang sudah kontot. Memandang Atok yang melingkar di kaki. Memang satu kesilapan aku ingkar pada nasihat ibuku yang satu ini. Yang mana satu ni, Atok? Akak tak tahu ni. Atok cuma mengiau halus. Aku mengeluh risau. Pasti Atok pun sedang keliru macam aku. Sekali lagi aku menggaru kepala. Nanti kalau akak tanya, mesti Mia gelakkan akak. Malulah akak. Atok mendongak merenung wajahku dengan matanya yang bercahaya. Tumpang simpati untukku barangkali. Haaa... kenapa akak lupa ya. Kan Sherry ada. Aku terjerit lega. Teringat kepada tetamuku yang baru tiba itu. Senyum melebar tiba-tiba. Memang cutiku untuk menjengah ibu, kali ini cukup meriah. Kebetulan hari ini Abang Kamal

78

Hanni Ramsul

datang ke rumah, Sherry pula baru pulang menjenguk ibunya. Jadi, riuhlah rumahku hari ini. Sejak berkahwin, memang jarang sekali aku dapat berjumpa dengan Sherry dan Abang Kamal. Kenapa sayang? Aku tersentak. Segera berpaling. Encik Firdausku sudah tercegat di belakang. Aku tersenyum panjang. Mana Sherry? Laju aku bersuara. Ada kat atas, kenapa? Mendengar soalan Encik Firdaus, kepala kugeleng perlahan. Nak pegang baby? Encik Firdaus bertanya lagi. Soalan yang membuat aku tersengih sambil melihat Qalisha yang selesa di dalam pelukan Encik Firdaus. Perlahan aku mengangkat punggung. Melayangkan satu ciuman ke pipi gebu Qalisha. Tembam dan comel. Comelnya dia. Comelnya dia, agahku sambil menyentuh hujung jari Qalisha yang kecil. Kedekutlah Mama Tiya ni. Untuk Lisha aje. Untuk Papa Fir tak ada pun. Apa yang tak ada? Encik Firdaus tersenyum sambil suakan pipi. Aku tersenyum lebar sambil jelirkan lidah. Kedekut, rungutnya separuh bergurau. Aku cuma tersenyum. Kenapa cari Sherry? Soalan itu membuat aku sedar yang aku hampir terlupa pada pesanan Abang Kamal. Errr... nak tanya dia, mana satu daun limau purut ni?

79

Biarkan YM Terus Berbicara

Encik Firdaus tergelak besar. Apa? Tak tahu daun limau purut ke? soalnya kuat membuat mataku membulat. Abang ni. Nanti orang dengarlah. Okey, okey, apa? Tak tahu daun limau purut ke? Encik Firdaus mengulang soalan yang sama dengan nada perlahan. Aku menjeling. menyindir. Abang ni.... Tahu, dia memang sengaja

Encik Firdaus terus menyambung gelak. Itulah. Suruh duduk rumah, sibuk nak ikut mummy jaga butik. Kalau duduk kat rumah, kan boleh belajar masak. Mummy yang ajak. Bukan Tiya nak ikut. Encik Firdaus mengukir senyumnya yang sentiasa menawan itu sambil menggeleng perlahan. Gelengan pun seperti mahu menyindir. Abang tahu ke? soalku sambil berpeluk tubuh. Geram pula melihat senyum yang menghiasi bibir itu. Encik Firdaus bergerak ke arah pagar kecil yang dipenuhi pelbagai jenis pokok di dalamnya. Yang ni, sayang. Mataku mengikut arah telunjuk Encik Firdaus. Segera aku memetik beberapa helai daun yang didakwa oleh Encik Firdaus sebagai daun limau purut. Betul la kut. Aku membuat penilaian sendiri. Betul ni, bang? Betul la. Macam mana abang tahu? Dulu abang selalu temankan Mia shopping barang dapur. Mia suka memasak. Ooo... balasku kaku. Seperti biasa, apabila nama

80

Hanni Ramsul

Mia yang disebut-sebut, hati ini pasti menjadi murung. Teruk betul. Padahal Mia tidak pernah menganggap dirinya pesaing aku. Cemburu butakah aku ini? Hmmm... Mama Tiya dah tarik muncung, dah jealouslah tu. Tak lah. Laju aku bersuara sambil berpaling. Bersua dengan wajah jelita Mia. Aku tersengih. Ada tak? Mia bersuara bersama senyumnya yang sentiasa manis. Bertuah Abang Kamal. Ada. Laju aku menjawab sambil menghulurkan beberapa helai daun di tanganku kepada Mia. Mia tersenyum. Helaian daun bertukar tangan. Abang Kamal you risau, takut you tak kenal daun limau purut. Mia bersuara bersama gelak halus. Aku tersengih. Gelak Mia bagai satu sindiran, walaupun aku tahu gadis itu langsung tiada niat sebegitu. You ni takkanlah wife I ni, tak kenal daun limau purut kut. Kan, sayang kan? Encik Firdaus pula bersuara, menambahkan lagi rasa malu pada diri sendiri ini. Mia tergelak. Encik Firdaus tersenyum panjang. Okay, I nak masuk. Kamal is waiting for this. Dia nak masak paprik campur. You? Hari ni, I jadi assistant aje. Encik Firdaus tersenyum. Mia berlalu masuk ke dapur.

81

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus. Lama. Kenapa? soalnya perlahan. Aku tersenyum. Mengalihkan pandangan ke wajah mungil Qalisha. Langsung tidak meragam berada di dalam dukungan Encik Firdaus. Encik Firdaus pula, langsung tidak kelihatan kekok menggendong tubuh kecil Qalisha. Kenapa Tiya? Mesti ada something bermain kat kepala tukan? Tak ada apa-apa. Encik Firdaus tersenyum tidak percaya. Tell me. Aku mengeluh. Bukannya aku boleh berahsia dengan Encik Firdaus. Perlahan aku melangkah, menyaingi langkahnya yang tidak begitu laju. Tiya tanya sikit, boleh? Boleh, tapi dengan satu syarat. Aku menjeling. Lebih kepada jelingan mengada-ada sebenarnya. Pegang Lisha, penatlah. Aku tersengih. Melihat tubuh kecil Qalisha aku jadi sedikit gerun. Jadi sedikit trauma bila teringatkan aku berjaya membuat Qalisha tergolek dari ribaku tiga bulan yang lalu. Cuak betul aku selepas kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan tangisan Qalisha yang nyaring. Takutlah bang. Aku bersuara perlahan. Dari riba ke lantai, tidaklah tinggi mana. Tapi, bila aku bayangkan dari dukunganku ke tanah, aku jadi gerun. Tinggi tu! Takut kenapa? Nanti jatuh macam dulu. Encik Firdaus tergelak.

82

Hanni Ramsul

Tak adalah. Masa tu, Lisha baru tiga bulan. Sekarang dah besar sikit. Dah tak susah nak pegang pun. Kan Lisha kan... ujar Encik Firdaus sambil mengagah anak kecil itu. Aku tersenyum senang. Jelas terpamer sifat kebapaan suamiku ini. Dalam rasa sedikit bimbang, aku mendukung Qalisha. Erat kupeluk ke dada. Bimbang terlepas dari peganganku. Boleh, kan? Aku mengangguk. Encik Firdaus regangkan kedua-dua tangannya. Betullah penat agaknya. Semangat betul anak dara Cik Sherry ni ya. Aku bersuara separuh mengagah. Lebar senyumku melihat Qalisha tersenyum. Dia senyum, bang. Encik Firdaus tersenyum. Perlahan memaut pinggangku sambil turut mengagah. Melihat senyum Qalisha kami sama-sama tergelak. Cutenya. Aku bersuara sambil terus mengagah. Hai, kat sini ya anak dara mama, ganggu Papa Fir dating ya? Aku mengangkat muka. Sharifah melangkah santai menghampiri kami. Aku baru nak dukung. Nak dukung, mengandunglah. Kemudian bersalin. Selamba Sharifah bersuara sambil mengambil anaknya dari peganganku. Aku mencemik membuat Sharifah tergelak. Encik Firdaus tersenyum cuma.

83

Biarkan YM Terus Berbicara

Dah berapa bulan ya? Enam bulan dua puluh tiga hari setengah. Malam sikit cukup dua puluh empat hari. Selamba Encik Firdaus yang menjawab soalan yang aku tujukan kepada Sharifah. Amboi, bukan main ingat lagi. Aku bersuara separuh kagum. Mestilah. Sama usia dengan perkahwinan kita. Aku tersenyum panjang. Lupa. Qalisha menjengah dunia pada malam perkahwinan kami. Mama Tiya ni, memang tak sayang papa. Berapa lama kahwin dengan papa pun dia tak ingat. Sharifah tergelak. Aku pamerkan senyum bersalah. Bukan tak ingatlah. Tapi, tak perasan. Encik Firdaus menjeling. Lembut jelingannya membuat aku yang tersenyum malu. Aku nak bagi susu kat Qalisha ni. Aku ke atas dulu. Saya pergi dulu, Encik Firdaus. Aku cuma mengangguk sambil memandang Sharifah berlalu bersama Qalisha. Kemudian tersenyum apabila terasa pautan tangan Encik Firdaus makin erat di pinggangku. So, apa Tiya nak tanya abang tadi? Tanya? Encik Firdaus merenung wajahku. Tadi cakap nak tanya sikit. Sikit sangat kut, sampai Tiya pun dah lupa. Aku berseloroh sambil tergelak kecil. Encik Firdaus menghadiahkan satu renungan tidak

84

Hanni Ramsul

puas hati. Membuat mindaku bekerja keras cuba mengingati apa sebenarnya soalan yang ingin aku ajukan. Terdengar gelak Mia di dapur, aku jadi teringat. Namun, baru sahaja aku ingin membuka mulut, aku batalkan niat itu. Memberi perhatian kepada langkah laju ibuku yang tiba-tiba muncul di halaman. Lajunya mak, nak ke mana ni? Tanya pula, kan dah nak masuk time makan tengah hari ni. Mari tolong mak masak. Boleh belajar sekali. Tak boleh mak, Tiya baru kena halau. Kena halau? Abang Kamal booking dapur. Tak mahu orang kacau dia masak. Mia aje yang dia izinkan. Bila Kamal datang? Lepas mak pergi kelas agama tadi. Sherry pun ada kat atas tu, mak. Baru sampai. Ya ke? Aku mengangguk. Mak jenguk mereka kejap. Aku mengangguk lagi. Seperti biasa, laju kaki ibuku melangkah, meninggalkan kami. Yalah tu, kena halau. Encik Firdaus bersuara separuh mengusik. Aku tersenyum. Betul la bang. Lagipun, Tiya segan nak tolong sebab Mia ada. Nanti Mia tahu Tiya tak pandai masak. Bukan tak pandai.... Dah tu? Tak pandai langsung, balas Encik Firdaus bersama gelak besar.

85

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku jegilkan mata. Abang.... Encik Firdaus terus tergelak. Dah tahu Tiya tak pandai masak, kenapa kahwin dengan Tiya? Aku merungut. Sudah separuh merajuk. Abang cari isteri, bukan cari tukang masak. Encik Firdaus bersuara. Lembut dan merdu bunyinya di telingaku. Rajukku hilang entah ke mana. Berpaling memandang wajah Encik Firdaus. Abang, kenapa abang tak pilih Mia ya? soalku lambat-lambat. Memang itu pun soalan yang ingin aku tanyakan kepada Encik Firdaus tadi. Sebab abang dah pilih Tiya. Yalah. Maksud Tiya, sebelum abang kenal Tiyalah. Abang, kan dah lama kenal Mia. Mia tu, sempurna tau. Baik, pandai masak, bijak, cantik.... Hmmm... nanti abang fikirkan. Fikirkan apa? Nak kahwin dengan Mia. Aku ternganga. Encik Firdaus gelak besar. Namun, cuma seketika, kerana selepas itu dia menyeringai kesakitan. Padan muka. Sekuat hati hati aku mencubit lengannya. Sakit sayang. Aku menjeling. Ada hati nak fikirkan? Memang sengaja buat aku marah. Memang saja cari penyakit. Marah ke? Encik Firdaus berbisik lembut. Tak. Geram aje. Encik Firdaus tersenyum. Memalingkan tubuhku menghadap wajahnya. Nurul Adiya Fatiha. Cinta ni, bukan

86

Hanni Ramsul

boleh dipaksa. Abang dah jumpa cinta abang. Susah nak dapat. Takkanlah bila dah dapat, abang nak sia-siakan pula. Abang cintakan Tiya. Tak perlu kesempurnaan kalau hati kita dah suka, kan? Aku termangu. Kemudian tertunduk malu. Biasalah. Bila Encik Firdaus dah mula romantis sebegitu, kelulah jadinya lidah ini. Berbunga-bunga hati ini mendengar bicara itu. Cuma... satu saja. Cuma apa bang? Abang teringin nak dukung baby. Baru dukung tadi, nak dukung lagi? Pergilah dekat Sherry. Aku bersuara sambil tergelak kecil. Menggeleng sekali. Betul-betul kemaruk baby suamiku ini. Encik Firdaus tersenyum. Abang nak baby kita. Gelakku mati serta-merta. Kita? Yalah, kenapa? Aku sudah tersenyum kelat. Mendengar cadangan itu membuat hatiku kecut. Teringat cerita ngeri Sharifah. Pengalaman Sharifah mengandungkan Qalisha. Pengalaman melahirkan. Pengalaman berpantang. Semuanya menakutkan. Nantilah dulu. Kita baru aje kahwin. Tak salah pun, kan? Aku tersenyum. Tiba-tiba perut terasa memulas. Parah. Darah gemuruhku sudah datang. Itu baru mendengar cadangan. Takkan dengar cadangan abang sampai pucat macam ni sekali mukanya. Nak tangguh sebab baru kahwin ke, Tiya takut nak pregnant? Aku menyentuh wajah. Pucatkah?

87

Biarkan YM Terus Berbicara

Pucat ke? Soalku sambil menampar pipi yang terasa kebas. Ya, sayang. Aku tersenyum nipis. Ketara benarkah ketakutanku ini? Abang tak paksa, sayang. Jangan risau sangat ya. Aku diam. Melihat senyum lebar Encik Firdaus, aku jadi bahagia. Teringatkan cadangan untuk mengandung, perutku memulas lagi.

88

Hanni Ramsul

Bab 10
Aku mengangguk dan Encik Firdaus bergerak meninggalkan aku. Menyertai Taufik yang kulihat sedang bersiap-siap dengan joran untuk pergi memancing. Aku pula terus menuju ke anak tangga. Dari halaman kulihat pak long sedang termenung di beranda rumah bersama cawan di tangan. Tiya! Aku menoleh. Encik Firdaus memberi isyarat mahu pergi bersama Taufik. Aku mengangguk sambil tersenyum. Sejak jadi orang kampung, Encik Firdaus bukan main suka lagi dengan aktiviti-aktiviti orang kampung. Assalamualaikum, pak long. Aku memberi salam sambil menanggalkan sandal di kaki. Pak long mengalihkan pandangan ke arahku. Waalaikumussalam Adiya, sorang saja ke? Dengan Abang Firdaus. Tapi, dia ikut Taufik pergi mancing kut. Mak long ada, pak long? ujarku sambil meniti

BANG jumpa Taufik kejap.

89

Biarkan YM Terus Berbicara

anak tangga. Langkah terhenti seketika di beranda sambil mataku menjengah ke dalam. Hmmm... mak long kamu ada dekat dapur tu haaa... entah apa kena pula hari ni. Termenung panjang tu. Tengok ni, kopi pak long pun kurang manisnya. Mesti buat sambil mengelamun ni. Aku tergelak kecil apabila pak long suakan cawan di tangannya kepadaku. Mak long sayang pak long tu. Tak nak pak long kena kencing manis. Pak long sekadar mencemik. Membuat aku tersenyum lebar. Kamu bawa cawan ni ke dapur ya. Tak selera pak long nak minum kopi tawar ni. Cakap dengan mak long kamu, pak long nak ke sungai, ya. Aku mengangkat kening. Merajuk dengan mak long ke ni, pak long? Sekali lagi pak long mencemik. Cawan yang dihulur aku capai. Pak long terus mengangkat punggung. Pak long nak cari rebung. Firdaus suka makan rebung, kan? Terlanjur korang ada kat kampung ni, pak long carikan kejap. Aku tersengih. Laju aku mengangguk. Bukan Encik Firdaus saja yang sukakan rebung. Aku pun gila rebung! Cari banyak sikit ya, pak long, usikku sambil tersengih. Pak long yang sedang menyarung selipar di kaki cuma berdeham perlahan. Melihat pak long melangkah meninggalkan halaman, aku segera melangkah masuk ke dalam. Laju bergerak menuju ke dapur. Sebaik sahaja terpandang mak long yang termenung panjang di meja makan, aku

90

Hanni Ramsul

perlahankan langkah. Seketika aku tercegat di belakangnya tanpa dia sedar. Mak long! sergahku sambil menyentuh bahunya. Mak aku sedih... sungguh aku sedih! Aku tergelak besar. Mak long menoleh sambil mengurut dada. Diya! Terkejut mak long. Aku tersenyum. Cawan kopi yang bagai tidak berusik di tangan, aku letak ke atas meja. Bukan kopi pak long kamu ke ni? Kenapa tak diminumnya? Tadi, bising nak kopi. Pak long merajuk. Dia cakap mak long buat kopi tawar. Ya ke? Laju cawan kopi diambil lalu diminum. Kemudian termenung seketika. Ni bukan tawar sikit. Agaknya mak long lupa letak gula ni. Aku tergelak lagi. Lupa? Lama aku pandang wajah mak long yang berkerut sambil meletakkan semula cawan kopi. Macam mana boleh lupa ni? Mak long mengeluh perlahan. Mak long duk fikir ni, apalah nasib Si Idayu tu nanti. Idayu? Idayu mana pula ni mak long? Berkerut kening aku bertanya. Pantas cuba mengingati kalau-kalau ada orang kampung yang bernama Idayu. Sampai hati Si Hisyam. Buta hati lelaki tu. Ada ke dia ceraikan Idayu tu. Sakit hati mak long. Kesian Idayu tu. Aku memandang mak long yang perlahan mengupas bawang di tangan. Rasanya kerja itu terhenti dek lamunannya tadi. Kena cerai?

91

Biarkan YM Terus Berbicara

Ya! Cemburu butalah tu. Dia main kayu tiga, tak ada pun Idayu tu mengamuk. Kena tang batang hidung dia, nak melenting pulak. Geram sungguh. Aku melabuhkan punggung ke kerusi. Seperti serius cerita ibu saudaraku ini. Orang kampung kita ke, mak long? Diya tak pernah dengar nama tu. Baru pindah ya? Mak long mengangkat muka. Bawang diletakkan semula ke dalam pinggan. Siapa yang baru pindah? Tu, Idayu tu. Taklah. Dah tu, siapa? Kesiannya kena cerai dengan suami dia. Sekarang dia kat mana? Tak tahu lagi. Baru sampai kat dia kena cerai. Nak sambung baca sampai habis, sibuk pak long kamu minta buat kopi. Tak tahu lagi? Sambung baca? Yalah. Mak long tak habis baca lagi novel tu. Aku terlopong. Begitu beria-ia mak long bercerita, rupa-rupanya hanya satu kisah di dalam novel? Novel ke mak long? Yalah. Kamal belikan masa dia balik semalam. Aku tergelak. Rupa-rupanya aku sudah tertipu. Dan, aku terfikir, sejak bila pula ibu saudaraku ini minat membaca? Kamu datang sorang saja ke? Selalu tak boleh nak berenggang dengan suami tu. Mak long ni, tak baik cakap Diya macam tu, tau. Tapi, memang datang dengan abang pun tadi. Dia ikut Taufik pergi mancing kut. Mak long, Abang Kamal mana? Kereta dia

92

Hanni Ramsul

ada kat laman tu. Tapi, kereta Mia tak ada. Dia keluar dengan Mia ke? Bertingkat-tingkat soalanku sambil menjenguk ke halaman dari tingkap dapur. Ada tadi. Solat asar kut. Mana ada Mia tidur sini pun. Datang semalam, balik dari rumah kamu tu, dia terus balik KL. Suruh Abang Kamal kamu pelawa bermalam pun, tak dilayannya. Ehem, ehem... tak baik mengumpat. Aku mengalihkan pandangan. Tersenyum kepada Abang Kamal yang kelihatan segar wajahnya. Mak long kulihat mengangkat kening kepadaku. Aku tersengih. Takut benar orang mengumpat kamu ya? Mak long bersuara sambil mengangkat punggung. Bergerak menuju ke arah peti sejuk. Mengeluarkan sesuatu dari situ sambil terus bergerak ke singki. Abang Kamal mengambil tempat ibunya. Bekas bawang dihulurkan kepadaku. Pinggan berisi bawang turut terhulur kepadaku. Kupas bawang ni. Belajar jadi suri rumah, usik Abang Kamal bersama senyuman. Aku jegilkan mata sambil sebiji bawang merah kulontar ke arahnya. Abang Kamal mengelak sambil tergelak kecil. Cepat Mia balik. Ingatkan dia bermalam kat sini. Aku bersuara. Abang Kamal terus diam. Cuma perlahan dia menjongket bahu. Wajah ceria sudah berganti sedikit kelat. Puncanya pasti topik tentang Mia. Tak baik tau, buat muka macam tu. Kasihan Mia. Tiha, please....

93

Biarkan YM Terus Berbicara

Aku merengus perlahan sambil mencemik. Kalau sepatah lagi bicara tentang Mia meniti di bibirku, pasti bibir Abang Kamal tidak akan mengukir senyum petang ini. Abang, sejak bila mak long suka baca novel? Aku separuh berbisik. Nampaknya topik baru ini lebih membuat Abang Kamal selesa. Buktinya, dia mampu tersenyum semula. Sejak Taufik berjinak-jinak beli novel. Aku kerutkan kening. Taufik pun suka baca novel juga? Macam perempuan. Tapi, mak long emosi betul ya? Abang Kamal mengangguk perlahan. Sekarang ni, kalau dia tengah baca novel, ayah aje yang boleh minta macam-macam. Permintaan anak-anak tak akan dilayan, bisik Abang Kamal membuat aku tergelak halus. Mak long dengar ada orang mengumpat mak long. Dari singki, mak long bersuara. Ops... ucapku sepatah sambil menutup mulut dengan jari. Abang Kamal tersenyum. Mak long pula menjeling. Daripada penat fikirkan kamu yang tak nak kahwin-kahwin, baik mak baca buku cerita. Hilang tension mak ni, tau. Aku tersengih. Abang Kamal mengeluh berat sambil perlahan menggosok belakang leher. Tengok muka dia tu Diya, tengok. Macam tu la bila mak long buka mulut pasal kahwin. Mak... tak kahwin tak bermakna dunia ni dah nak

94

Hanni Ramsul

kiamat mak. Lagipun, kalau ada jodoh, saya tetap akan kahwin. Aku diam tidak bersuara. Cuma kepalaku sekejap berpaling ke arah mak long di singki, sekejap berpaling pula kepada Abang Kamal di hadapanku. Jangan-jangan kamu ni gay tak? Mak! Spontan Abang Kamal terjerit. Aku ternganga. Melihat reaksi terkejut Abang Kamal juga wajah serius mak long, sungguh aku mahu tergelak. Lebih melucukan lagi apabila tiba-tiba ibu saudaraku menjadi wanita serba tahu tentang segala informasi sebegitu. Mak cakap apa ni? Mak baca buku cerita. Ada orang lelaki kalau kecewa bercinta, dia jadi macam tu. Mak tak nak kamu pun jadi macam tu. Mak, selama tiga puluh tiga tahun mak bela saya ni, ada ke ciri-ciri saya nak jadi macam tu? Mengarutlah mak ni. Baik jangan baca novel lagi. Nampaknya novel bagi pengaruh tak baik kat mak. Mak long sudah bercekak pinggang. Abang Kamal mengangkat punggung. Nak pergi mana tu? Nak pergi mengurat anak dara kat kampung ni. Terhambur gelak di bibirku. Eloklah tu. Kalau nak mengurat anak dara, mak sokong. Abang Kamal berpaling. Memandang geram ke arah ibunya. Kemudian matanya teralih padaku.

95

Biarkan YM Terus Berbicara

Pengaruh berlalu.

novel,

ucapnya

kepadaku

sambil

Aku tergelak sakan. Melihat mak long mencapai senduk, laju Abang Kamal berlari ke ruang tamu. Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum lebar. Payah benar nak pujuk Abang Kamal kamu tu Diya. Aku tersenyum kecil. Mak long sabarlah. Bagi masa pada Abang Kamal. Macam dia cakap tadi, kalau ada jodoh dia pasti akan kahwin. Mak long mengeluh perlahan. Kemudian mengangkat muka memandangku. Berapa hari kamu balik kampung ni? Esok balik KL. Mak long diam. Aku mengangkat punggung. Bergerak mendekati mak long. Nak Diya tolong? Aku bersuara. Mak long pula dengan senang hati menghulurkan sayur sawi yang baru selesai dibersihkan. Potong ni. Aku tersenyum. Dengan senang hati mahu menolong mak long sementara menanti Encik Firdaus pulang bersama Taufik.

96

No. ISBN:- 978-967-0448-20-6 Jumlah muka surat:- 664 Harga Runcit:- S/M: RM24, S/S: RM27 Harga Ahli:- S/M: RM20, S/S: RM23 Sinopsis:Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka. Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya. Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan

Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur. Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka. Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan

BIARKAN YM TERUS BERBICARA di rangkaian kedai buku Popular yang berhampiran dengan anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai