Anda di halaman 1dari 45

Cerpen : Cinta Si Kasanova

21 October 2012
Kategori: Cerpen
170 ulasan

Oleh : Ana Sofiya


1
Sepasang mata tajam merenung suami yang begitu asyik menghadap cermin rias. Suami
yang sudah menikahinya hampir tiga bulan. Suami yang bernama Rayyan Amzar. Suami
yang langsung tidak menyedari perlakuannya ini malah sememangnya tidak pernah
menyedari kehadiran dirinya sepanjang perkahwinan mereka.
Melihat Rayyan bersiap-siap, Fifi Adriana tahu bahawa, malam ini, lelaki itu ingin keluar lagi.
Seperti selalu! Silap besarlah Datin Amira menganggap bahawa perkahwinan antara dirinya
dengan Rayyan akan merantai kaki lelaki itu di rumah. Jauh, jauh terpesong andaian itu.
Langkah kakinya tetap memilih untuk ke sana juga. Berpeleseran, bermesraan dengan
yang haram sedangkan dia yang halal ini, dipandang sepi.
Fifi, kalau Rayyan tak setuju, mak cik tak akan pinang kamu. Jangan risau. Dia memang
nakkan kamu. Kamu pilihan dia!
Masih teringat kata-kata ibu mentuanya sewaktu melamar dirinya dahulu. Bodoh betul dia
kerana percaya. Tak kan Rayyan mahukan dirinya? Patut dia dah tahu. Tapi itulah! Dia tidak
sanggup menghampakan kehendak wanita yang amat menyayangi dirinya. Wanita yang
begitu banyak menabur jasa kepadanya. Yang mengangkat martabat dirinya bagaikan anak
sendiri meskipun dia hanya anak orang gaji. Masakan dia hendak membuat Datin Amira
bersedih pada hal nama yang dia pakai ini, Fifi Adriana, ialah nama yang diberi oleh wanita
itu.
Sepanjang meniti usia remaja, dia jarang berada di rumah besar milik Datin Amira dan
Datuk Faizul. Jadi, dia dengan Rayyan jarang bertembung. Dia memang tidak suka kepada
lelaki itu sejak dia kecil lagi sebab itu dia sentiasa mengelaknya. Kalau ditakdirkan dia balik
untuk menjenguk ibunya yang menetap di salah sebuah bilik di situ, Fifi akan pastikan dia
dan lelaki itu tidak berjumpa. Alah, bukan susah! Dia sudah hafal benar rutin hidup Rayyan.
Malam jadi burung hantu. Bila di rumah, lelaki itu hanya akan terjaga ketika mentari sudah
tegak di atas kepala. Jadi, waktu itu, dia akan bersembunyi agar kehadirannya tidak
mengganggu lelaki itu.

Fifi dah ada kekasih?


Kalau dia tahu ini nasib yang bakal diterima, baik dia angguk sahaja dulu. Kalau dia angguk
dan mengaku, tentu hidupnya bebas sekarang. Tidak dibelenggu oleh tali perkahwinan
yang entah apa-apa ini. Tapi, sebab dia bodoh, naif sangat, padanlah muka dia sekarang.
Orang tu, peduli pun tidak pada dia. Argghh, benci!
Okey, aku nak pergi dah. Tak payah tunggu aku balik,
Suara Rayyan mengejutkannya.
Fifi bangun, ingin mengejar lelaki itu. Mujur sempat!
Awak, kejap! panggilnya.
Rayyan menoleh. Mata tajam memandang Fifi. Nak apa? tanya dia kasar.
Fifi hulurkan tangannya. Nak salam tangan awak. Nak mintak maaf dengan awak,
jawabnya.
Rayyan ketawa. Helo, aku bukannya nak pergi mati, yang kau nak mintak maaf, mintak
ampun segala, sindirnya. Namun tangan dihulurkan juga. Bukan senang nak sentuh Fifi
Adriana, fikirnya. Takut sangat dengan dia, macam diri dia ni ada penyakit berjangkit
dibuatnya. Sebab itu, dia malas nak mesra-mesra. Boring dengan batang kayu ni!
Saya nak mintak maaf dengan awak. Kalau nanti ada yang awak naik angin dengan saya,
saya dah terlepas dosa tu sebab saya dah mintak maaf. Jangan pulak nanti awak kutuk
saya macam-macam. Tapi, kalau awak nak benci saya jugak, saya tak boleh nak kata apa,
Fifi lancar berkata-kata.
Rayyan tersenyum sinis. Ayat tu macam ayat nak lari dari rumah aje, Fifi,
Spontan Fifi menatap raut tampan itu. Hati jadi cemas. Tekak jadi kering. Macam tau-tau
aje?
Kalau kau tak puas hati dengan aku, kita bincang. Batalkan niat kau nak tinggalkan aku.
Kau dah merelakan diri kau kahwin dengan aku, kan? Kau dah tahu siapa aku. Jadi,
kenapa nak lari? Kau menyesal ke? Dah terlambat! Rayyan atur satu-satu ayat agar Fifi
jelas dengan maksud tersembunyi. Bahawa dia tidak suka pada perpisahan. Jangan beraniberani Fifi hendak tinggalkan dia.
Kalau aku pergi, kau kisah ke? Peduli ke? Kenapa? Kau nak menangis? Tapi, kenapa
pulak? Kau dah cakap yang kau kahwin dengan aku sebab mak kau suruh kita kahwin.
Semua cerita mak kau pada aku dulu, kau cakap, semua tu bohong belaka. Kau sayang
hidup kau. Kau sayang kebebasan kau. Kenapa kau nak halang aku pergi? Fifi bermonolog
sendiri.
Eh, Fifi? Kau dengar tak cakap aku ni? Kita mungkin suami isteri atas kertas saja tapi kita
tetap suami isteri. Tempat kau, di sisi aku. Faham? Suara sudah mula tinggi pitchingnya
apabila dilihat Fifi Adriana bagaikan orang mamai waktu ini. Isterinya seperti sedang berfikir
dengan amat mendalam. Risaulah pulak rasa hatinya.

Fifi terus tolak tubuh Rayyan keluar. Kawan-kawan awak dah lama tunggu. Baik awak
pergi sekarang, ujarnya. Bagus sangatlah tu! Bukan mengajak suami ke arah kebaikan,
malah Rayyan ditolak untuk keluar, ke disco atau kelab untuk clubbing. Hmm, memang
isteri mithali nih! Diri dimarahi.
Lama baru Fifi mendengar enjin kereta dihidupkan dan kemudian meluncur laju
meninggalkan pekarangan rumah berkembar milik lelaki itu. Bila rasa pasti yang Rayyan
sudah tiada, dia terus mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket baju kurungnya.
Segera nombor yang satu itu didail.
Mia, kau dengan Lili dekat mana? Cepatlah datang. Dia dah keluar dah!
Okey, roger!! Kau tu pulak cepat-cepat sikit, ya! Kita orang sampai aje, terus blah, tau!
suara di hujung talian membalas.
Yalah! Aku nak naik ambil beg aku sekarang, balasnya lantas berlari menaiki anak tangga
untuk masuk ke dalam bilik. Terus menungging ambil beg pakaian di bawah katil yang
sudah siap dikemaskannya beberapa hari sudah.
Tiba-tiba rasa sayu pula. Mahunya tidak? Walaupun seperti kata Rayyan, mereka berdua
hanya pasangan suami isteri pada nama sahaja, tetapi dia sudah menjalankan tugastugasnya dengan baik. Dia memang tukang masak yang sedap sebab Rayyan suka makan
nasi sampai dua tiga pinggan. Dia memang berjaya mengemas rumah dengan bersihnya
sebab lelaki itu tidak pernah merungut soal-soal kebersihan.
Habis tu, kenapa hendak pergi juga?
Dia mahu mengajar erti rindu pada lelaki itu. Dia hendak mengajar erti setia. Pelarian ini
bukan noktah perhubungan mereka. Malah ia adalah permulaan. Permulaan dalam usaha
memiliki cinta Rayyan. Permulaan dalam usaha memiliki cinta si Kasanova!!
2
Hari pertama tanpa Fifi di sisi
Rayyan mencelikkan mata sebaik telinga menangkap bunyi deringan telefon bimbitnya.
Sebelah tangan mencapai telefon itu, sementara sebelah tangan lagi memicit kepala yang
berdenyut-denyut. Fikiran masih belum berfungsi dengan baik. Misalnya, dia masih belum
dapat mencerna mengapa dia tidur di ruang tamu. Juga, tidak tahu mengapa pening benar
kepala dia sekarang. Namun sebaik melihat nama yang tertera di skrin, terus celik bijik
mata.
Fifi, di mana kau? Kau tahu tak yang aku ni risaukan kau sangat-sangat? Apa dah jadi?
Fifi menjauhkan telefon itu daripada telinga kanannya. Takut pekak bila suara nyaring itu
memekik-mekik. Garang juga suaminya ini. Selama ini dia tidak pernah tahu yang Rayyan
seorang yang kuat merampus.
Apabila suara itu hilang, Fifi terus bersuara, Awak dah jaga, ya? Alhamdulillah. Nanti, lepas
ni, pergi mandi. Lepas tu, solat. Lepas tu bersiap ke pejabat. Baju, seluar, tali leher

semua-semua dah saya siap sediakan kat dalam almari. Di tepi almari tu, ada saya tulis
nota. Bacalah. Lepas tu, turun. Masuk ke dapur. Air oren dah ada dalam peti ais, tinggal nak
tuang dalam gelas aje. Roti Gardenia saya dah letak kat atas meja. Maaf, hari ini saya tak
ada nak tolong sapukan jem. Jadi, awak buat sendiri, ya,
Lama dia menunggu respon daripada Rayyan akhirnya.
Kau memang dah rancang semua ni? Kau memang nak tinggalkan aku, kan? Kau lupa
apa aku cakap semalam? Suara Rayyan nyaring semula. Geram dia dengan Fifi. Rasa
macam nak cekik-cekik.
Waktu dia pulang sekitar jam tiga pagi tadi, dia terus naik ke bilik. Selalunya, ada alunan
muzik instrumental yang dapat didengar. Tiupan saksafon oleh Kenny G sering
berkumandang perlahan. Tetapi, tadi, senyap sunyi. Dia ingatkan Fifi sengaja tidak mahu
mendengar. Tetapi, sebaik lampu terpasang dia terkejut besar kerana Fifi tidak ada di atas
katil.
Puas mencari di setiap sudut rumah mereka, Rayyan memandu keluar. Dia terus menuju ke
rumah keluarganya. Namun, dia tidak jadi singgah bila melihat rumah itu gelap. Hatinya
kuat mengatakan Fifi tiada di situ. Dia balik semula ke rumah. Dan, sudahnya dia terlelap di
sofa.
Awak, saya mintak maaf. Tapi, saya kena jauh dari awak buat sementara,
Langkah kaki terhenti. Terpaku Rayyan berdiri di anak tangga ke lima. Apa? Apa maksud
kau, Fifi?
Awak, saya tahu, lari macam ni tak selesaikan masalah tapi, saya pergi jugak sebab saya
kena fikirkan diri saya. Saya tahu, apa saya buat ni, salah. Cuma, buat sementara, saya
harapkan awak faham saya,
Dahi Rayyan berkerut. Sukar untuk dia faham hati perempuan. Sudahlah tidak romantik,
langsung tidak tahu macam mana cara hendak memikat hati suami. Hampir bisu pulak tu!
Dan kini, dia pergi dengan alasan hendak fikirkan diri dia. Apa yang perlu difikirkan?
Kenapa baru sekarang hendak fikir itu ini?
Rayyan, bagi saya masa, ya! Sumpah, saya tak niat lain. Saya cuma nak baiki diri saya
sahaja. Saya janji saya jaga maruah sebab maruah saya ialah maruah awak. Dah, saya
nak chao dulu, jaga diri, ya!
Belum sempat Rayyan hendak membalas, Fifi sudah memutuskan hubungan. Termangu
dia seketika. Namun SMS yang masuk menyebabkan dia mengatur langkah lebih laju untuk
mengemaskan diri.
*Jangan menung kat atas tangga tu! Cepat-cepat bersiap. Nanti lambat pulak!*
Hisy, minah ni! Macam mana dia tahu aku ada kat atas tangga?

Rayyan pergi ke pejabat seperti biasa. Sampai sahaja terus sakit perut. Masakan tidak! Dia
hanya minum air perahan oren sahaja, tidak sempat hendak sapu jem atas roti kot! Jadi,
waktu ini, marahnya pada Fifi sudah tidak terkata.
Pukul satu tengah hari, sebaik habis mesyuarat, Datuk Faizul bersuara, Helo CEO, selalu
kalut aje nak balik makan tengah hari di rumah. Hari ini kenapa nampak tak semangat
pulak? Fifi mogok tak nak masak ke?
Soalan si bapa yang mencengkam perasaan. Hendak sahaja dia beritahu.. Bukan mogok
lagi dah, papa. Dah lari budak tu dah. Ke mana pun tak tahu la, namun, kalau bocor rahsia
tu, habislah dia! Mesti kena amuk punya! Jadi, lebih baik zip mulut rapat-rapat. Tetapi,
betulkah begitu? Betulkah yang selama sudah berkahwin, dia seronok sangat hendak balik
makan tengah hari di rumah?
Pening lagi..
SMS daripada Fifi diterima. Dahi berkerut sudah.
*Saya dah siap masak untuk awak. Baliklah makan!*
Tiba-tiba Rayyan senyum. Hmm, kau dah balik ke rumah, ya? Nanti kau! Lepas makan ni,
aku nak lecture kau cukup-cukup!
Dahi si ayah pula yang berkerut sekarang. Hairan dengan sikap Rayyan. Soalannya tidak
disahut dan sekarang menonong sahaja pemuda itu berjalan menghala ke lif. Namun
kemudian, dia tersenyum nipis. Baru teringat bahawa anaknya itu masih di dalam mood
berbulan madu. Baru tiga bulan kahwin, kan?
Mata melingas mencari kelibat Fifi Adriana, tetapi hampa. Dia berlari naik ke atas, kotkotlah Fifi main sorok-sorok dengan dia? Tak ada. Rayyan mengeluh. Melangkah longlai ke
arah ruang makan. Matanya mengecil melihat hidangan di atas meja. Lauk-lauk yang elok
terhidang di dalam mangkuk dan piring serta nasi, semuanya sudah siap untuk dia. Dia
hanya perlu membuka plastik dan wallah boleh terus suap. Entah mengapa, hati rasa
kosong. Selalu, si isteri akan jiruskan air basuh tangannya tetapi hari ini?
Tidak lalu hendak makan. Nak habiskan sepinggan, sorang-sorang? Entah mengapa, dia
terbayang Fifi pula. Senyumnya, keriuhannya bersembang entah apa-apa.
Awak nak ratah ikan sweet sour ni? Makanlah! Dia sambut huluran itu dan meratah
sampai tinggal tulang ikan itu sahaja. Hari ini? Masakan Fifi tidak kurang sedap tetapi,
ingatannya membuat perut jadi sebu. Namun dia paksakan diri menghabiskan tiap butir
nasi di dalam pinggan sebab dia tahu, Fifi tidak suka kalau dia biarkan nasi bertaburan.
Rezeki tu! Tahu tak, orang Somalia kurus kering tak makan, awak!
Fifi menggelengkan kepala melihat lauk yang tidak bertutup di atas meja. Rayyan, Rayyan!
Memanglah! Hendak angkat pinggan sebiji ke singki pun susah. Cepat-cepat dikemaskan
meja. Dia cuma ada masa selama dua jam sebelum lelaki itu balik ke rumah. Tadi, spy nya
beritahu bahawa muka Rayyan masam sahaja ketika masuk semula ke pejabat. Siapa spy

dia? Siapa lagi, Mia la! Mia, kawan baik sewaktu di sekolah, sampai sekarang! Tetapi, yang
sedihnya, Rayyan tidak pernah mengambil tahu. Rayyan tidak pernah ingin tahu apaapapun tentang dirinya!
Bagai lipas kudung, dia melakukan kerja rutinnya. Terpaksalah semua dibuat dalam
keadaan tergesa-gesa kerana dia harus pergi sebelum Rayyan balik. Namun, hatinya puas
dapat menyediakan makan malam dan dapat mengemas rumah untuk Rayyan.
Telefon bimbitnya berbunyi. Hati terus berdegup semacam tetapi, bila melihat nama Mia,
bukan Rayyan, rasa sebaklah pulak. Hmm, lelaki itu? Takkan dia nak telefon kau, Fifi. Kau
tu siapa pada dia? Haih.
Weh, laki kau mengamuk! suara Mia seakan berbisik.
Dahi Fifi berkerut. Kenapa? dia pun berbisik juga. Hehe
Ada sorang perempuan ni call dia. Kau kenal Nina, tak? Dialah. Dialah mangsa amukan
laki kau. Pelik kan?
Fifi angguk. Memang pelik. Kenapa nak marah-marah? Owhh, agaknya perempuan tu
mintak duit nak beli baju kot? hati mengomel.
Dia tahu semuanya. Bil-bil suaminya mencecah ribu-ribuan ringgit membeli segala macam
benda untuk semua perempuan-perempuan bergelar kekasihnya. Yang dia tidak pernah
jumpa ialah bil bilik hotel sahaja. Entah di mana disorokkan. Dia tidak tahu aktiviti nakal
Rayyan tetapi kenakalan lelaki itu menghilangkan keinginan untuk disentuh. Manalah tahu
kalau-kalau Rayyan ada HIV ke, Aids ke? Hisy, dia tidak mahu menjadi mangsa.
Hmm, sampai begitu sekali dia berfikir. Jadi, sebelum lebih banyak dosa kering dilakukan,
dia harus bersendirian. Rayyan tak apalah. Lelaki itu ada ramai bidadari di sekelilingnya.
Dia pergi atau tidak, apalah sangat, kan?
Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kali, Rayyan tidak keluar malam. Jam sebelas, dia
sudah baring di atas katil. Panggilan telefon dari Alan dan Hakim, dibiarkan sahaja. Dia
betul-betul tak ada mood malam ini. Biarlah dia orang berdua itu enjoy sendiri.
Dia mengiring ke kiri. Tangan meraba di sebelah. Bayangan Fifi tiba-tiba menjelma. Dengan
baju tidur nipisnya yang menggiurkan, dengan rambut panjangnya yang kadang-kadang
menutup wajah, anak rambut yang terjuntai, bibir yang penuh dan seksi Arghhh, kenapa
harus teringat semuanya?
Mummy tak nak perempuan lain jadi menantu mummy. Hanya Fifi!
Terngiang-ngiang suara ibunya tiga bulan dahulu.
Mummy, saya tak nak kahwin dengan dia. Dia anak mak Esah. Mak Esah tu orang gaji
kita. Jadi dia tu orang gaji kita. Tak layak untuk saya!
Terus kena pelempang. Terus diam. Hanya deru nafas yang laju menunjukkan betapa dia
menahan rasa marah.

Kamu tu yang tak layak untuk dia. Kamu ingat, kamu hebat sangat? Mentang-mentang
kamu tu lulusan Harvard, bangga sangatlah dengan ijazah kelas pertama kamu tu? Habis,
Fifi? Dia tu terima anugerah dekan setiap tahun. Dia pernah ditawarkan untuk ambil PhD di
Oxford tapi dia tolak. Kenapa? Sebab, dia rasa, dia ada tanggung jawab pada mummy. Dia
memang anak kak Esah tapi, dia jugak anak angkat mummy, tahu! Harta ni semua, kalau
mummy nak bagi pada dia, kamu pun tak boleh nak kata apa. Tapi, mummy tak kejam dan
tak akan buat macam tu. Cuma, mummy nak kamu kahwin dengan dia, hidup bahagia
sampai mati. Kenapa mumuy pilih dia? Kamu tahu sebabnya.
Ya, dia tahu. Di sudut agama, dia memang tewas dengan Fifi Adriana. Gadis itu kalau bab
mengaji, memang hebat. Setiap kali dia balik ke rumah, dia akan dengar alunan suara
merdu Fifi pada waktu dinihari. Kadang-kadang, dia akan duduk di kerusi dapur hanya
untuk mendengarnya. Tetapi, yang dia tidak tahan ialah renungan tajam Fifi. Renungan itu
seolah-olah menghukumnya. Dialah lelaki paling jahat di mata Fifi agaknya. Mungkin gadis
itu takut dengan dia. Mungkin di fikirannya Rayyan Amzar pembawa virus HIV atau Aids.
Baikkah itu kalau hati penuh syak wasangka? Penuh curiga? Kalau Fifi mahu bertanya, dia
akan beritahu bahawa dia tidak pernah melakukan dua perkara biar macam mana
sekalipun godaan yang diterima. Dia tidak minum. Dia tidak pernah berzina. Kenapa?
Manalah dia tahu? Dia cuma culas hendak sembahyang sahaja Dia cuma ada banyak
mak we. Biasalah cuit-cuit, cium-cium tetapi iman masih kuat di dada! Rayyan
mendabik dada. Dia lupa, bahawa apa pun alasan, yang haram itu tetaplah haram. dosa
kecil, dikumpul-kumpul membukit juga, kan?
Aku sunyi malam ini. Sunyi sangat! Kenapa, ya? hati berbisik.
Saya sunyi, Rayyan.. Selalu dapat jugak tengok muka awak. Tak kisahlah awak berkenan
ke tidak pada saya ni, tapi dapat tengok tubuh sasa awak kat sebelah, best juga. Ini.
Tidurlah, Fifi! Esok kan nak bangun awal? Lili menyuruh. Mia di sebelah sudah lama
berdengkur.
Selamat malam, Lili. Terima kasih jadi drebar aku hari ini. Assalamualaikum, bisik Fifi
sambil berpaling ke kanan. Selamat malam, Rayyan, hati menyeru nama suami yang
masih pejam celik di bilik tidur mereka.
.
3
Hari kedua
Rayyan sedang berdiri di balkoni. Dengan memakai seluar pendek Bermuda warna krim,
crisp shirt berlengan panjang yang disingsing lengannya hingga ke siku, dia tidak kelihatan
seperti hendak ke pejabat pagi ini. Ya, memang dia tidak berniat hendak pergi kerja pun.
Dia sudah menelefon Mia tadi memberitahu bahawa dia ambil cuti kecemasan!

Dia hendak menunggu Fifi Adriana. Dia hendak buat kejutan. Teringin tengok muka
perempuan itu apabila mereka bertembung nanti. Mesti Fifi akan terkejut sakan!
Hah, dia ingat otaknya geliga? Aku lagi cekap, hati berbisik.
Pagi ini, telefon bimbitnya berbunyi seperti semalam, ertinya si isteri menelefon untuk
mengejutkan sang suami daripada tidur. Namun, dia sengaja tidak menjawab panggilan itu.
Dibiarkan sahaja sehinggalah deringan itu berhenti sendiri. Namun hati mengira juga
berapa kali panggilan dibuat. Adalah lima kali juga. Hmm, sabar betul Fifi dengan
kedegilannya. Rayyan tersenyum lagi.
Rayyan turun untuk minum pagi. Alah, bukan tidak boleh buat sarapan sendiri. Di Amerika
dahulu, dia memang amat berdikari. Setakat hendak buat omelet, apalah sangat. Setakat
hendak bancuh kopi pekat tanpa gula, hanya krim ditambah, eleh kacang! Senang bah
tu!
Selepas sepuluh minit, dia membawa talam yang berisi sarapan pagi ke ruang tamu.
Sambil santai tengok astro, sambil mengunyah. Tidak pernah dilakukannya selepas
berkahwin. Hmm, seronok juga bila sesekali kembali ke zaman lampau, bebas. Namun
tetap sunyi. Aik?
Hai, astro ni! Tak ada cerita dah ke? Asyik ulang tayang cerita-cerita yang sama aje.
Melampau betul! Caj mahal-mahal tetapi bagi orang tengok benda yang sama. Grrr
Kuat mengomel juga si Rayyan ni, kan?
Terus buka netbook. Cari eurosport dahulu. Tengok muka Cristiano Ronaldo terpampang di
headline. Kalih! Tak minat si poyo tu, hati berdetik.
Buka Business Times pula. Hmm, di sini, dia asyik sangat. Rayyan tenggelam dalam
bacaannya. Tekun melihat pencapaian syarikat-syarikat, tekun melihat peranan dimainkan
CEO-CEO syarikat-syarikat yang berjaya itu agar dapat dia contohi. Menjadi cita-citanya
agar Syarikat Delima Holdings mampu dilonjakkan namanya. Mampu menjadi hab halal
yang boleh ketengahkan jenama Halal Malaysia di mata dunia. Dia yakin, dia mampu
melakukan. Hisy, kalau seorang graduan Harvard tidak mampu mencipta kejayaan dan
menjadi terkenal, baik tidak payah masuk Harvard! Belajar sahaja di dalam negara, itu
fikirnya. Sombong!
Dia ralit dengan apa yang dibuat sehinggalah ketika mendongak, baru terperasan yang jam
di dinding sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Hai, mana Fifi ni? Dia tahu
yang aku balik makan tengah hari pukul satu. Kenapa dia tak sampai-sampai lagi untuk
masak ni?
Fifi Adriana tersenyum kepada adik yang berada di kaunter. Nanti masa adik nak hantar,
akak nak kirim sesuatu, boleh? tanya dia.
Boleh aje, kak! Kenapa? Nak hantar surat cinta sekali ke? usik si penjaga kaunter. Hisy,
macam tahu-tahu saja. Soalan yang menyebabkan Fifi tersengih lebar.

Tepat jam satu. Rayyan terpisat-pisat mendengar bunyi alarm. Ada orang datang. Mesti
Fifi! fikirnya.
Terus meloncat dari sofa. Namun sebaik pintu pagar dibuka bukan Fifi yang dilihat. Adik
Piza yang berjalan dengan senyuman ke arahnya.
Special delivery from Pizza Hut, sir, kata pemuda itu sambil menghulurkan kotak yang
mengandungi piza yang sedang berasap.
Tapi, saya tak Rayyan segera mengetap bibir. Sudah tahu bahawa ini mesti kerja si Fifi.
Dah bayar ke belum ni? tanya dia kasar.
Dah, bang!
Tu, tunggu apa lagi? Blah la!
Bulat mata budak penghantar piza itu. Sedihnya hati. Beginilah nasib kalau tidak pandai
belajar, kan? Kena jerkah aje! Di tempat kerja, jadi mangsa bos. Tidak mengapalah tetapi,
si dia yang perasan bagus ni? Apa kes nak jerkah-jerkah orang? Rungutan itu hanya di
dalam hati sahajalah, sambil-sambil berjalan balik ke motosikal.
Kalau ikutkan hati, rasa hendak sahaja Rayyan campak piza itu ke dalam tong sampah.
Sakit hati pada Fifi punya fasal. Tetapi, sekali lagi, dia ingat pesan isterinya. Rezeki jangan
ditolak, jangan dibuang, jangan dibazirkan. Tak baik! Mujur Fifi beli saiz sederhana. Kalau
yang besar, manalah mampu nak habiskan sorang-sorang, bebelnya.
Waktu hendak membuang plastik, dia perasan ada satu plastik lain di dalamnya. Rayyan
ambil dan mendapati ada kad pula. Segera dibukanya.
Assalamualaikum, awak.
Waalaikum salam, Rayyan jawab dalam hati.
Sunyi tak ada awak. Selalu nampak awak kat sebelah tapi malam tadi
Rayyan menjuihkan bibir, Itulah! Siapa suruh merajuk dengan aku?
Awak tentu lena tak ada saya, kan?
Erkk, mana ada? Aku pun tak boleh lelap la! pengakuan berani mati tu. Tapi apa kisah.
Bukan Fifi dengar pun?
Ops, saya nak beritahu yang hari ini, saya tak dapat datang.
Pulak! Patut jenuh aku tunggu? omelnya lagi. Mata terus menyorot tulisan Fifi lagi.
Saya pergi temuduga. Maaf, tak cakap pada awak, Rayyan. Tapi, saya rasa, dari duduk di
rumah, lebih baik saya kerja, awak. Kalau kat rumah nanti saya selekeh aje. Boring awak
tengok. Bila kerja, dapatlah siap diri, sekurang-kurangnya tak lah pucat sangat muka ni
sampai tak selera orang tu pada saya, kan?
Mata Rayyan mengecil. Orang mana? Dia ada secret admirer ke? Atau dia maksudkan
aku ke? Dalam cerdik ada bodoh juga tu, hehe
Baca lagi!

Rayyan, malam ni, saya nak ajak awak makan malam dengan saya. Nak? Kalau nak,
datang ke Ristorante LOpera (Piccolo Mondo), Bukit Bintang, ya! Saya tahu, awak suka
makanan Itali. Dan, tempat tu memang one of the best places. Saya tunggu awak pukul
lapan, okey!
Kenapa jantung bergetar selepas membaca? Oh, sebab dia nak ber dating dengan Fifi
Adriana. Dating? Tak kuasa! Biarkan dia! Biar dia tunggu aku. Padan muka dia aku tak
datang.
..
4
Pertemuan
Terbeliak biji mata Mia dan Lili memandang Fifi. Macam nak terkeluar dari soket pun ada.
Mulut dah terlopong. Berpaling dan apabila Fifi melihat mereka, dia tergelak kecil.
Weh, korang ni kenapa? tanya dia berpura-pura tidak memahami. Tetapi, kalau kawankawan dia terpesona habis, tentu si dia yang bernama Rayyan pun sama juga nanti. Entahentah terus pengsan? Lantas ketawa kecil bertukar menjadi gelak yang lepas. Amboisuka
ya?
Cantiknya baju kau, Fifi. Beli di mana ni? tanya Lili sambil menyentuh fabrik berwarna
hitam itu dengan tangan. Lembutnya.
Aku order online di Zalora. Di situ semua ada, Lili. Baju aku ni, Musso. Bayar RM79, dalam
masa tiga hari, sampai kat depan pintu rumah. Sebenarnya, malam ni, semuanya aku
shopping di situ aje. Nak tengok kasut aku? Fifi mengeluarkan sepasang kasut dari kotak.
Nah!
Cantiknya! Stiletto la! Gila kau, Fifi. Tinggi ni! Mia terjerit kecil.
Dekat seminggu aku praktis, tahu tak? Masa masak di rumah pun aku pakai hari tu.
Memang gila. Empat inci tu! Fifi memberitahu.
Alah, kau beli yang tinggi-tinggi buat apa? Nanti, tinggi kau daripada Rayyan pulak, ujar
Lili.
Fifi menggeleng. Aku dah congak, beb. Campur tinggi kasut tu, aku baru 5 9. Kalah
dengan dia. Dia 5 11.
Kawan-kawannya ketawa. Kau ni, Fifi. Semua tentang Rayyan kau hafal. Tapi, sudahnya,
kau lari dari dia. Pelik kau ni!
Fifi Adriana ketawa. Lili, aku tak cukup kenal dia lagi. Kalau tidak, tentu aku dah dapat hati
dia, kan? Ingat senang ke nak pikat anak majikan mak aku tu? Dari aku kecik, sebelah
mata pun dia tak pernah tengok aku, tahu tak? Entah-entah nanti, dia tak datang ke
restoran tu. Yalah, siapa aku ni, kan?
Mia membaling teddy bear pinky ke arah Fifi. Konon! Tapi, kau berusaha nak pikat dia
jugak,

Habis, dah dia yang jadi suami aku, kan? Mestilah nak cuba curi hati dia walaupun dia dah
ada banyak perempuan lain di sekelilingnya, balas Fifi.
Selepas tiga bulan? Kenapa tak masa awal-awal kahwin dulu? tekan Mia lagi.
Fifi membiarkan Lili yang diam sedari tadi mengurus solekan di mukanya.
Masa baru kahwin tu aku malu dengan dia. Dia dah la tak banyak cakap dengan aku. Dah
tu, siang malam tak lekat kat rumah. Aku biarkan aje. Tapi, lama-lama, aku fikir. Aku ni siapa
pada dia? Orang gaji ke? His maid? Or his wife? Kalau aku ni isteri dia, hak aku mana? Hak
dia apa? Aku baca buku. Aku cari bahan di internet. Aku tanya ustazah. Dan, tahu apa
kesimpulan untuk isteri macam aku?
Mia geleng kepala.
Failed! Aku bukan isteri yang baik. Suami sorang pun aku tak dapat jaga. Tak dapat aku
nak tawan hatinya. Aku biarkan dia hidup gelumang dosa. Dia hanyut, aku lemas, Fifi
mengeluh.
Siapa suruh kau kahwin dengan playboy tu? Kan aku dah cakap, dia tukar perempuan
macam tukar baju. Ingat Nina? Budak tu yang terbaru, kau tau. Tapi, dah kena campak. Aku
tahu la. Dia pesan pada aku kalau Nina datang cari dia kat ofis, dia suruh aku panggil
guard, suruh halau! Mia bercerita dengan penuh kesungguhan.
Weh, Mia. Kau ni kalau bab mengumpat, bukan main lagi, ek? Lupa ke, yang kau kutuk tu,
bos kau. Kau cari makan di syarikat dia, tahu. Gaji kau, dia yang bayar, kutuk Lili. Wajah
Fifi jadi kelat. Hmm, betul tu. Mereka sedang mengumpat. Dia lagi teruk dari Mia kerana
yang diumpat itu ialah suami sendiri. Ampunn.
Kau buat semua ni untuk apa, Fifi? Kau dah jatuh cinta pada dia? Mia tidak peduli katakata Lili. Sekarang, dia ingin tahu hati dan perasaan kawan baiknya itu.
Jatuh cinta?
Habis, dah tiga bulan tidur sama dengan Rayyan tu?
Mia!!! Fifi dah blushing. Lili dengan Mia. Apa lagi? Mengekeh tengok kawan baik sudah
gelabah dan malu-malu.
Tengok muka dia, memang cair la, kan? Betul tak, Fifi, Lili mengusik.
Iskkk. korang ni! Eei, dah pukul berapa ni? Jom cepat! Kalau tidak, habislah aku nanti,
kelam kabut memakai inner neck Ninja sebelum mengenakan shawl chiffon silk polka dot.
Comel.
Hmm, kalau hati Rayyan tu tak cair lagi, entah la, bisik Mia pada Lili.
Lili mengangguk. Cucukkan aje mata dia, biar jadi Kasim Selamat, bisiknya.
Mia tersengih. Terus capai beg. Capai telefon juga. Satu nombor didail. Hai, B. You kat
mana? tanya dia. B singkatan untuk Bahrain. Bukan negara Arab tu. Bahrain, tunang Mia.
Kami dah ada betul-betul kat depan rumah you ni, honey, balas si tunang.
Mia terus menggelabah. Fifi, dia orang dah sampai,

Fifi angguk. Dalam hati berdoa, Ya Allah, permudahkan urusanku ini. Ampunkan aku,
Jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah malam. Setengah jam lewat daripada masa
yang ditulis oleh Fifi. Rayyan sengaja datang lambat. Alah, lebih baik lambat daripada tak
datang langsung, kan? Siapa suruh dia pilih area Bukit Bintang? Tempat paling sibuk di
dunia ni! gerutunya.
8.40 malam. Lebih baik dia masuk. Kang kalau Fifi merajuk, melepas pulak! Melepas apa,
Rayyan? Rayyan sengih sendiri. Melepas nak makan Pasta A La Lobster Royale. Mmm,
dah kecur liur dah ni.
Ketika di pintu masuk restoran yang terletak di ground floor, Wisma Peladang itu,
seseorang terlanggar bahu Rayyan.
Ops. Sorry, bro. kata lelaki itu sambil tersenyum sebelum meninggalkan Rayyan
membetulkan bajunya sedikit.
Rayyan angguk. Matanya melatari ruang. Dan, akhirnya, dia nampak si dia. Melekat
pandangan. Betulkah itu Fifi Adriana? Isteri dia? Makkk.
Lelaki seperti Rayyan yang sentiasa menilai kecantikan luaran, tentu sahaja nak pengsan
tengok transformasi yang Fifi lakukan pada dirinya. Padahal, masa akad nikah dahulu, Fifi
begini juga. Cuma, waktu itu, hati tidak suka jadi semua hambarlah jawabnya. Sekarang,
baru sedar bahawa yang mengelilinginya saban malam itu cantik, indah, menarik namun
Allah sudah tanamkan keimanan sikit dalam hati tu. Jadi, Fifilah yang terrrr.. semua
sekali!
Eh siapa pula lelaki itu? Yang tiba-tiba berhenti dan berbual dengan isterinya? Bukankah
lelaki itu yang melanggar dirinya tadi? Fifi! Kenapa awak gelak dengan dia? Awak patut
senyum pada saya sorang saja! Dengan lelaki lain, tak boleh!!!
Pantas kaki diatur mendekat.
Hmm, dah dekat. Satu, dua, tiga, Fifi menyebut kepada lelaki segak yang memakai Tshirt polo, yang sedang berdiri di sisinya.
Nanti I call you, Fi. Jangan off telefon you pulak. Kita sembang sepanjang malam ni, okey!
suara kuat lelaki itu melantun ke telinga Rayyan. Fuhh terus sentap. Muka kelat dah.
Rasa nak tumbuk pun ada pada lelaki yang selamba pergi dari situ. Hello, you are
tresspassing, man! bisik hati.
Duduklah, awak. LOpera ni tak runtuh lagi, tau, Fifi mengusik sambil tersenyum meleret.
Rasa macam faham bila tengok wajah Rayyan yang mencuka. Hmm, lelaki! Hak dia, hak
dia! Tapi, dia? Hak awam. Siapa-siapa boleh sentuh, boleh gigit leher, kasi love bite. Boleh
kucup bibir nipis tu nyampes!
Siapa tu? Rayyan tidak boleh hendak sembunyikan rasa yang sedang menyerang. Dia
pun tidak memahami mengapa itu jadi soalan yang pertama. Sepatutnya, dia tanyalah

khabar isterinya. Atau senyum sebab isteri sudi ajak dating. Tapi, lain pula yang dihadapi
kini.
Fifi tidak mempedulikan soalan itu. Dia terus sahaja merapatkan diri ke meja.
Order la cepat. Saya dah lapar. Tak sabar nak makan dengan awak. Pertama kali makan
berdua, di restoran Itali kegemaran awak ni. Saya nak kongsi makanan kegemaran Rayyan,
suami saya. Boleh?
Rayyan terkedu mendengar bisikan lembut Fifi. Tiba-tiba, dia rasa bersalah. Tiba-tiba, dia
rasa berdosa. Selfish benar dia selama tiga bulan mereka kahwin. Baru tersedar!
Apabila pelayan sampai, Rayyan terus memesan
Plato de principio.. ensalada de avomela de manzana, las pastas un royale de langosta de
la, y, para postres, yo deseo tiramisu,
S, seor. Drinks, sir?
Kau nak minum air apa? tanya Rayyan.
Tembikai?
Para m, el jugo de naranja. Para la seora, riegue jugo de meln, por favor,
Pelayan itu berlalu namun Fifi memandang Rayyan tidak berkelip.
Kenapa? Rayyan sudah serba salah. Renungan penuh kagum itu sungguh mendebarkan
hati. Bibir yang sedikit terbuka itu fuhh menggoncang naluri kelakiannya. Kenapalah
dengan perempuan ni?
You can speak Italian too? tanya Fifi.
Rayyan tergelak. Aiseyy, ingatkan kagum tengok dia yang hensem, rupanya terpesona
dengar dia bercakap dalam bahasa Itali. Sikit-sikit aje, dia merendah diri. Makanan barat
ni kan ada turutannya? Tu tadi, aku pesan starter, salad avomela epal. Lepas tu nanti, kita
makan pasta dia. Ni yang paling best. Aku nak kau rasa pasta a la lobster royale. Isi udang
galah campur fresh oregano, black pepper, dengan pasta. Mesti jilat jari nanti,
Alah, memang lepas makan, kita digalakkan jilat jari kita untuk elak dari sakit perut apa?
Fifi tidak mahu kalah. Ketawa Rayyan menyebabkan hati berdetak lebih kuat dari biasa.
Yang pasti, hari ini akan tercatat dalam diari hati sebagai hari paling bahagia dalam
hidupnya sejak bergelar isteri. Kalau boleh selalu begini.
Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba datang seorang lelaki ke meja. Fifi, my dear Fifi
Wah, kalau Fifi tidak cepat-cepat menghalang, mahu dipeluk oleh lelaki itu tadi.
Bahrain? B? Lamanya tak jumpa? Fifi baru mendapat suara selepas kejutan yang
diterima.
Eh, betul ke I dengar, you ni dah kahwin, Fifi? Alah kenapa you kahwin cepat sangat?
Rayyan sakit hati dah. Ditolak pinggan pastanya menjauh.

Hello, bila bercakap tu, boleh tak tengok arah sini sama? Kalau awak tengok saya, awak
tentu dah kenal suami Fifi ni. Dan, Rayyan berdiri. Mukanya dekat benar dengan Bahrain.
She is taken. Now, will you please leave us alone?
Bahrain ketawa. Of course! Dia kemudian mengenyitkan mata pada Fifi. Laki kau ni
cemburu nak mampus, Fi. Baik aku pergi sebelum kena lepuk. Enjoy yourselves, okay!
Fifi tersenyum manis. Manis sangat. Dan itu semakin membakar perasaan Rayyan. Napkin
dibaling ke meja.
Suka? Apa yang seronok sangat tu? Suka sebab dapat buktikan yang kau pun sebenarnya
ada ramai boyfriend? Kenapa tak kahwin dengan dia orang? Kenapa kahwin dengan aku?
..
5
Syy! Fifi meletakkan jari telunjuk di bibir yang merah. Tangan kiri menarik tangan Rayyan
agar duduk semula. Nasib baik tak ramai orang. Kalau tidak malu juga dengan sikap tak
senonoh Rayyan. Ada pulak hendak marah-marah masa makan? Memang otak tak cukup
center, nih hati Fifi mengomel.
Rayyan pandang wajah isteri lama-lama. Hmm, cantik betul! Patutlah ramai yang kenal. Ini
baru di restoran makanan Itali. Kalau di Seri Melayu? Kalau di KFC? Mc Donald ke? Sah,
mesti aku bertumbuk punya sebab nak pertahankan hak aku sebagai suami dia. Huh
Kita kahwin sebab kita berjodoh. Dah tertulis kat atas sana yang jodoh Fifi Adriana dengan
Rayyan Amzar. Demi Allah, saya pernah menolak jodoh ini sebagaimana awak pernah
menolaknya dengan mummy, Muka Rayyan merona merah. Terperangkap.
Fifi senyum. Saya tahu awak tak pernah suka saya. Saya tahu mummy paksa awak
kahwin dengan saya. Semua saya tahu, tapi, kita kahwin juga,
Kau nak cakap apa sebenarnya? Rayyan mencelah.
Fifi menarik nafas dalam-dalam. Rayyan, saya nak kita beri peluang kepada perkahwinan
kita ni. Dah tiga bulan kita kahwin, tapi apa erti perkahwinan ni pada kita, saya pun tak tahu.
Awak masih dengan cara awak. Berfoya-foya..
Rayyan bersandar di kerusi. Tawaran menarik ni Beri peluang kepada perkahwinan
mereka? Hmm Tetapi, ayat akhir tu tak berapa sedap didengar. Dia suka berfoya-foya.
Alamak! Sakit dada
Awak cemburu tengok kawan-kawan saya tadi, kan? Dia orang tu tegur aje. Pun awak
marah. Habis, saya? Tak cemburukah saya bila tengok kesan gincu kat baju awak? Tak
cemburukah saya bila tengok awak peluk-peluk dengan perempuan-perempuan lain?
Bercium depan mata saya, Rayyan? tanya Fifi sesungguh hati. Soalan yang menusuk
jantung Rayyan.
Rayyan tahu maksud soalan-soalan itu. Mereka pernah bertembung. Malah dia pernah
sengaja membawa Fifi keluar ke kelab dan kemudian menggomoli perempuan-perempuan

lain di hadapan isterinya itu. Dia mahu melihat Fifi melenting namun Fifi tidak marah. Fifi
hanya diam. Reaksi paling nyata pun, Fifi semakin menjarakkan diri daripadanya. Itu yang
membuat hatinya terlalu sakit. Benci dengan sikap gadis itu yang berpura-pura, seolah-olah
tidak punya apa-apa perasaan.
Kau tak suka apa yang aku buat? Kenapa kau tak halang? Kenapa kau tak marah?
soalnya.
Fifi senyum. Awak macam budak kecil, Rayyan. Kalau saya marah, pasti awak akan buat
lagi dan lagi. Budak kecil kan macam tu? Makin ditegah, makin naluri ingin tahu menyuruh
dia buat benda yang dilarang. Kata jangan, makin dibuat. Awak pun macam itu jugak!
tukasnya.
Rayyan mengetap bibir. Dia merapatkan muka ke muka Fifi. Mereka saling bertatapan kini.
Degup jantung amat laju. Hati bergetar hebat. Penangan apakah ini?
Jadi, ini apa? Kau nak apa sebenarnya? soal Rayyan sebaik dia duduk semula. Sebaik
gegaran jiwa hilang dan kembali tenang.
Macam saya cakap tadi, saya nak kekal jadi isteri awak. Saya nak bercinta dengan awak,
Malunya sebaik dia meluahkan. Tak pernah dibuat orang, isteri meminta izin untuk
mencintai suami mahupun untuk kekal sebagai isteri tetapi dia mesti melakukannya. Fifi
sudah bosan dengan rumah tangga yang kosong dan tidak bermakna ini.
Syaratnya?
Fifi pula jadi malu sekarang. Rayyan tahu bahawa dia akan meletakkan syarat. Ah, lelaki ini
memang bijak! Tahu sahaja yang Fifi hendak sesuatu sebagai balasan.
Mesti ada syarat, kan? Kalau tidak, tak kan kau sanggup hendak terus jadi bini aku? tanya
Rayyan.
Fifi angguk. Perlahan-lahan dia angkat muka. Pandangan mata Rayyan yang redup
dibalasnya. Susah sangat ke nak teka? tanya dia.
Aku nak dengar dari mulut kau sahaja, keras Rayyan bersuara.
Fifi lepaskan nafas yang terkumpul.
Syaratnya mudah saja, Rayyan. Saya nak awak lupakan kehidupan buas awak tu. Tukar
diri awak dan lepaskan semua perempuan-perempuan lain tu, ujarnya lembut.
Dan, apa aku dapat? tanya Rayyan dengan sepasang mata nakal itu merenung Fifi,
menjelajahi setiap inci yang dapat direnungi. Melampau betul!
A wife. A real wife in every sense of the word, jawab Fifi penuh ikhlas.
Rayyan tersenyum. Kacaknya dia
Tapi, sekali awak punahkan kepercayaan saya, awak akan kehilangan saya selamanya.
Saya akan pergi jauh dari hidup awak dan saya tak akan berpaling untuk melihat awak
lagi,
..

6
Di dalam pejabat Rayyan, dia sedang duduk menghadap dua orang teman yang sudah
agak lama tidak bertemu, Alan dengan Adam. Sejak dia membuat keputusan untuk
menerima pelawaan Fifi memaknakan rumah tangga mereka, dia memutuskan hubungan
dengan teman-temannya ini. Dia menolak pelawaan mereka untuk berpeleseran. Yalah,
janji dengan Fifi mesti dipegang dan dipatuhi. Kalau tidak, lari pulak budak itu nanti.
Bukannya dia lupa pada ugutan yang diberi!
Tak lama lagi, jadi ustaz la, kawan kita ni, bisik Adam kepada Alan. Sindiran yang
menyebabkan cuping telinga Rayyan semakin capang.
Untungnya dapat isteri baik, kan, Adam. Sanggup terima lelaki macam kawan kita ni, Alan
pula menyindir.
Korang ni dok perli-perli aku, apa hal? Sepatutnya orang nak jadi baik, korang kena
sokonglah. Tak pun, meh, ikut aku. Tinggalkan maksiat tu semua, Rayyan membalas.
Ketawa Alan dan Adam semakin kuat. Geli hati sangat bagai digaru-garu. Mereka datang
hendak mengajak Rayyan masuk geng semula, tiba-tiba Rayyan berdakwah pula. Amboi
Hei, Rayyan, aku nak tanya kau sikit. Kau tak rindu ke pada Sarah, Nina, Elly Dia orang
sentiasa tanyakan kau, tahu. Rindu sangat pada kau. Tambah si Nina tu. Asyik cakap dia
teringin nak peluk tubuh sasa kau lagi. Malah, kalau kau nak lebih-lebih pun, dia tak kisah.
Kan best tu? Alan menyucuk jarum.
Syaitan mula menghasut. Sudah dekat dua bulan mereka hilang Rayyan. Susah woo, bila
sudah tidak ada sponsor. Kalau tidak, semua ditanggung beres oleh Rayyan. Beribu-ribu
duit lelaki itu keluar untuk bayar semua jenis bil. Sekarang, kena bayar sendiri. Mana
tahan? Sebab itu, sehabis daya, kena pujuk juga si Rayyan ni. Kalau terpaksa tabur fitnah
tentang isterinya yang tidak pernah mereka temui pun, sanggup! Asalkan mereka senang
Rayyan sengih. Dalam hati dia teringin hendak beritahu bahawa dia sudah dapat yang
terbaik. Siapa lagi kalau bukan Fifi. Fifi melayannya bagaikan tiada cacat cela. Tidak pernah
menolak apa juga keinginannya. Namun, risau mengecilkan hati kawan-kawannya ini. Jadi,
dia diam sahaja.
Aku baru tahu, Rayyan. Rupa-rupanya, isteri kau tu anak orang gaji mummy kau, ya?
Wajah Rayyan berubah mendengar pertanyaan si Alan. Kenapa dengan kau, Alan. Kenapa
kalau Fifi tu anak orang gaji keluarga aku?
Soalan yang salah sebenarnya. Sebab, soalan itu membuka perangkap yang sedang
dipasang.
Patutlah dia cuba kawal pergerakan kau. Apa kau nak buat pun semua di bawah perhatian
dia. Kesian kau, Rayyan. Gerak geri kau diperhati isteri. Patutlah tak bebas kau sekarang,
Kan dah? Rayyan mana boleh dengar cakap-cakap sebegitu. Dia kan ego? Melentinglah!
Tak ada bilanya dia control aku, Alan, Adam. Aku saja yang nak berubah, tahu? balasnya.

Biar betul kau ni, Rayyan. Kau cakap aku, apa yang best sangat duduk terperuk kat rumah
tu. Eleh sebab dia layan kau, kan? Bahu Rayyan ditepuk, Hei, kawan! Itu kewajipan
isteri. Isteri melayan suami, memang hak kita apa! Tapi, langkah kita, soal kita keluar
malam, berkawan, enjoy, dia tak boleh campur! Kalau kau dengar cakap dia, ikut kehendak
dia, itulah yang jadi macam sekarang. Asyik duduk di rumah hadap muka dia. Kau tak
boring ke Rayyan? Kau ingat, berapa lama lagi kau boleh tahan buat macam tu? Adam
bertanya dengan wajah yang bersungguh-sungguh menunjukkan rasa simpati terhadap
Rayyan.
Dia guna kau, Rayyan. Dia nak kau jadi hak dia aje. Dia tak suka kau berkawan. Tengoklah
sekarang. Kau langsung tak peduli pada kami. Kau benci kami, Alan tunjuk muka sedih.
Rayyan segera bangun lalu memeluk Alan. Alan, kawan baik sejak zaman sekolah lagi.
Sedih rasa hati bila dituduh dia sudah melupakan. Aku tak pernah lupa pada korang. Kita
kawan. Sampai bila-bila pun, kita kawan. Not even my wife boleh rosakkan hubungan kita,
tahu! ujarnya penuh yakin.
Kalau macam tu, malam ni, kau datang tempat biasa, okey! Aku nak buat special party
untuk kau. Boleh kau datang? Ke, kau takut bini? Nanti, dah sampai rumah, tunduk macam
tikus mondok nampak kucing. Kecutt, sindir Adam sambil tergelak-gelak.
Hoi, ini Rayyan la! Aku tak takut bini, okey! Tak ada sebab aku nak ikut cakap dia,
balasnya penuh yakin.
Fifi duduk menghadap hidangan makan malam dengan wajah sedih. Setitis air mata sudah
jatuh di pipi. Sudah hampir sejam dia hanya mampu merenung. Seleranya jadi mati.
Keistimewaan yang ingin dicipta dan khabar gembira yang ingin disampaikan, terpendam
dalam hati kini. Sudah tidak memberi erti.
Aku cakap kau. Dia tak kan balik awal punya. Kawan-kawan dia datang dan dia orang dah
keluar sama-sama dah. Aku kenal Alan dengan Adam tu. Habislah kau! Laki kau tu mesti
buat perangai semula,
Panggilan daripada Mia yang diterima petang tadi mengocak jiwa. Menimbulkan keresahan.
Hati mula memikir dan bertanya apakah bahagia yang dikecapi sudah menemui titik
noktah? Apakah perjanjian mereka bakal dileraikan oleh Rayyan?
Masa terus berjalan. Sejam berlalu. Dua jam sehingga Fifi terlelap di atas sofa. Sewaktu
dia terjaga ketika jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi, Rayyan masih juga belum balik
lagi.
Ketika kaki ingin melangkah ke tingkat atas, deru enjin kereta kedengaran. Bukan satu,
tetapi dua. Cepat-cepat Fifi masuk ke bilik tetamu, menyarungkan tudung di kepala dan
memakai kardigan. Ketika dia keluar dari bilik, dia melihat Rayyan diusung oleh dua orang
lelaki. Mereka tersengih melihat dirinya.

Fifi, ya? Sorry, ek! Your hubby mabuklah! First time dia minum, terus kong! Tu kita orang
hantar ni. Nak masuk bilik ke? Adam bertanya. Hatinya berdetak pandang Fifi. Patutlah
Rayyan asyik sebut nama ini tadi. Macam bidadari, bisik hati nakalnya.
Fifi Adriana berlagak selamba. Dengan lembut dia menolak. Tak apa. Biar dia baring di
sofa dulu,
Nak kami tolong apa-apa ke?
Fifi masih mampu tersenyum. No, thank you. I can handle everything. Bukan nak halau
tapi, dah lebih pukul tiga pagi ni. Boleh keluar tak? Halau jugalah, kan? Cara halus, hehe
Kedua-duanya seolah-olah tidak mahu pergi. Agaknya, kalau Fifi suruh tidur kat atas lantai
dapur pun, mereka sanggup. Maklum, hati dah hitam. Tengok bini orang pun, kalau boleh
rembat mesti mahu!
Lamanya menunggu kedua-dua manusia itu pergi. Hendak menyarung loafers pun ambil
masa berjam-jam. Haisy!
Kini, Fifi sedang berdiri di hujung kaki suaminya. Perlahan-lahan stokin ditanggalkan. Entah
mengapa, sayu sahaja perasaannya.
Dulu, awak berpeluk, bersentuh dengan perempuan. Tapi, malam ni, awak minum,
Rayyan. Tahu tak? Arak tu haram. Pernah dengar satu kisah, Rayyan? Bagaimana syaitan
menggoda seorang alim? Biar saya cerita. Doa saya, moga minda separuh sedar awak
menangkap cerita saya ini.
Satu masa dulu, Rayyan, datang syaitan merupai manusia lalu berjumpa seorang alim ni.
Dia hendak menyesatkannya. Dia bawa duit.Tapi duit tak boleh beli keimanan. Dia datang
lagi, kali ini, dia bawa seorang perempuan yang sangat cantik. Tapi sekali lagi, iman orang
alim itu tidak tergugat. Tahu apa jadi? Dia bawa air minuman yang bercampur arak pulak.
Katanya sikit sahaja, takkan sampai memabukkan? Orang alim itu terpedaya, Rayyan. Dia
pun minum. Tahu apa jadi esok hari? Orang alim itu menangis, Rayyan. Menangis kerana
dia bukan sahaja sudah minum arak yang sememangnya haram malah, kerana arak itu, dia
jadi mabuk lalu membuat zina. Awak nampak tak, Rayyan? Apa yang sudah terjadi? Dia
dah buat dosa besar, Rayyan.
Air mata menitis lagi. Sedih sungguh dirasakan.
Kenapa semuanya berubah saat ini, Rayyan? Waktu saya dah tak boleh tinggalkan awak?
Waktu kita, Tuhan pilih untuk jadi papa dengan mama? Kenapa Rayyan?
Rayyan terjaga dari mimpi ngerinya. Tercungap-cungap akibat kepenatan mengejar
bayangan Fifi yang menjauh dari dirinya. Fifi yang memakai telekung, hanya merenung
sayu ke arah dirinya dan tidak mempedulikan laungannya. Jenuh dia menjerit namun Fifi
tetap melangkah pergi meninggalkan.
Fifi Fifi!!

Rayyan bangkit dan berlari ke arah dapur. Dia kelegaan demi melihat isteri yang sedang
berdiri di tepi singki. Langkah laju diatur mendekat. Terus tubuh itu didakap erat.
Abang ingat Fifi dah lari tinggalkan abang, bisiknya sambil menggigit cuping telinga isteri.
Harum rambut Fifi menggoda naluri.
Fifi berpaling. Menarik kepala Rayyan agar tunduk, untuk dia mengucup dahi. Dia kemudian
menyuruh Rayyan duduk di kerusi. Kemudian, secangkir kopi pekat yang panas diletakkan
di hadapan lelaki itu. Minum! dia menyuruh.
Dahi Rayyan berkerut. Tapi, abang belum gosok gigi lagi,
Fifi tersenyum. Tak apa! Minum dulu! suruhnya.
Rayyan minum dengan rakus. Entah mengapa, dia kemudian berasa perutnya
menggelodak. Terus bangun dan berlari menuju ke bilik air lantas memuntahkan seluruh isi
perut. Lima minit selepas itu, Rayyan melihat wajahnya di cermin. She knows! Dia tahu aku
minum semalam, bisiknya.
Mandi cepat-cepat, keluar, pakai seringkas mungkin kemudian dail nombor Adam.
Lambatnya nak jawab!
Rayyan, nak apa?
Dia marah korang ke?
Adam terus jaga. Siapa? Wife kau? Tak adalah. Dia okey aje. Kenapa? Kau kena marah?
dia meneka.
Tak! Okey la, aku chao dulu!
Rayyan ponteng kerja lagi. Sepanjang hari, dia menunggu Fifi memarahinya. Namun, mulut
Fifi terkunci rapat. Kebisuan Fifi membuat Rayyan tidak senang duduk. Sehingga waktu
minum petang, dia sudah tidak boleh menahan perasaan. Terus Fifi ditanya,Kenapa Fifi
diam aje? Kenapa tak marah abang pun?
Fifi pandang wajah suaminya tidak berkelip. Demi Allah, kalau tidaklah kerana saya
mengandung anak awak, saya pasti dah tunaikan janji untuk pergi tinggalkan awak,
Rayyan. Tapi,
Rayyan hanya mendengar perkataan mengandung. Dia terlalu gembira. Dia terus sahaja
memeluk isterinya. Mencium pipi mulus itu bertalu-talu. Fifi mengandung, sayang? Thank
you! Thank you,
Fif menahan sebak. Ya, saya mengandung, Rayyan. Dah dua bulan. Saya nak sampaikan
berita gembira ni pada awak tapi awak sibuk, balasnya perlahan.
Rayyan terus terduduk. Matanya mengecil. Ada sesuatu sedang berlaku. Fifi tidak bereaksi
seperti biasa. Kenapa panggil nama ni? Rayyan, Rayyan Apa hal?
Sikap selamba suami, mengguris hati. Sedikitpun tidak mahu meminta maaf berkaitan hal
semalam. Bagaikan apa yang terjadi itu, biasa-biasa sahaja. Tidak perlu diperbesarkan.

Saya dah pindahkan baju saya semua ke bilik tetamu, Rayyan, Fifi memberitahu ketika
dia memandang tepat wajah suaminya.
Bulat mata Rayyan. Kenapa?
Fifi senyum. Awak ada jawapannya.
Fifi terus bangun meninggalkan Rayyan sendirian.

7
Rayyan memarkir kereta dalam keadaan tergesa-gesa. Dia melangkah masuk dengan
muka yang masam. Tidak ada keceriaan langsung di raut wajahnya itu. Sesuatu sedang
bersarang dan mengganggu fikirannya.
Kunci kereta dicampak ke atas meja. Tali leher ditanggalkan rakus. Butang baju melayang
setelah dirasakan lambat benar hendak membukanya satu persatu. Dia kemudian baring di
atas sofa sambil memejamkan mata.
Tidak senang hatinya selagi dia tidak meluahkan kemarahan. Lantas, terus dia bangun dan
menuju ke dapur. Kosong. Fifi tidak ada.
Berlari dia menaiki anak tangga. Pintu bilik tetamu yang kini dihuni oleh isterinya itu ditolak
dengan kasar. Mata melingas mencari kelibat Fifi namun masih juga tiada. Apa lagi!
Semakin berasaplah kepala.
Dia kemudian terdengar bunyi enjin kereta. Terus menjenguk ke balkoni. Tu dia, terjegil biji
mata melihat Fifi turun daripada sebuah kereta Volkswagen. Kemudian, seorang lelaki
keluar dari tempat pemandu. Entah apa yang lelaki itu cakap, dia tak dengar namun
senyum yang menghias bibir Fifi menyakitkan hatinya. Laju sahaja dia berlari menuruni
anak tangga.
Fifi sudah masuk ke dalam rumah. Dia sedang berdiri hendak menutup pintu ketika
tubuhnya dipusingkan dengan kasar oleh Rayyan. Siapa jantan tu? Kenapa dia hantar kau
balik? tanya dia dengan suara yang keras.
Fifi melepaskan keluhan. Bahunya sakit dicengkam tangan Rayyan. Tidakkah Rayyan
nampak dirinya yang kepenatan?
Nama dia Izhar. Dulu, dia senior saya di universiti. Kami dah lama kenal. Sekarang, saya
kerja dengan dia. Dia bos saya. Hari ini, kami keluar bertiga, saya, Izhar dengan Lili, jumpa
pelanggan. Oleh sebab rumah awak ni lebih dekat dengan rumah Izhar, jadi Lili turun dulu,
lepas tu saya. Does that answer your questions? tanya Fifi sambil cuba menjarakkan
dirinya daripada suami. Dia berjaya. Terus langkah diatur menuju ke dapur. Dia ingin
minum.
Rayyan tercengang dengan sikap Fifi. Hati bebal bila isteri menuang air ke dalam gelas
hanya untuk dirinya tanpa langsung mempelawa dia. Kenapa dia rasa Fifi amat kejam
kerana mengabaikan dirinya sekarang?

Aku nak air! pintanya, menarik kerusi dengan kasar.


Fifi menoleh. Dia pergi ke peti ais semula dan mengeluarkan jag berisi air oren. Saya nak
naik mandi, ujarnya setelah meletakkan jag itu di hadapan Rayyan.
Gelasnya mana? jerkah Rayyan.
Langkah Fifi terhenti. Siapa yang mengandung? Saya atau awak? Berat sangat ke nak
bangun ambil gelas kat atas rak pinggan tu? soalnya. Tanpa menunggu jawapan daripada
Rayyan, dia terus melangkah, meninggalkan suami termangu.
Pukul lapan, Rayyan sudah terconggok di meja makan. Kosong. Kelibat isterinya tidak ada
di dapur. Ertinya, untuk satu malam lagi, isterinya tidak masak. Kalau dihitung, sudah
hampir seminggu dirinya dibiarkan begini. Sarapan? Tak ada. Fifi pergi kerja lebih awal
daripada dirinya. Makan tengah hari? Mestilah tidak sebab Fifi kerja. Bila pula dia hendak
balik masak. Makan malam? Hah, ini yang buat Rayyan bungkam. Apa masalah
perempuan tu? Sampai langsung tidak menjenguk dapur. Rayyan bukan seorang yang
susah. Lauk apa sahaja dia makan, yang penting sedap.
Berlari dia naik ke atas. Pintu bilik ditolak dengan kasar. Ingin menghambur kemarahan
namun terbantut demi melihat Fifi yang sedang bertelekung, lena di atas katil.
Haisy, tidur pulak! dengusnya langsung menarik pintu rapat. Pada ketika yang sama, dia
menerima panggilan daripada geng. Apa lagi? Perut pun sudah berkeroncong. Baik keluar.
Dalam rumah ni panasss
Keadaan berterusan sehinggalah kandungan Fifi masuk bulan ke tujuh. Rayyan baharu
bertemu dengan syurga dunia yang tidak pernah dinikmati sebelum ini. Fifi sudah malas
hendak menjadi isteri mithali. Masing-masing hidup bersama namun jiwa kosong tanpa
arah.
Rayyan tidak lagi menemui bahagia bila bersama Fifi. Fifi bukan lagi isterinya yang
romantis, yang pandai memikat hati. Fifi jijik dengannya. Setiap malam, bila dia pulang dan
ingin masuk ke dalam bilik Fifi, pintu bilik perempuan itu berkunci. Argh, perempuan itu fikir
dia terlalu suci? Apakah dia menyangka seorang Rayyan tidak layak untuk dirinya?
Fifi pula sudah tidak tahu cara-cara memikat hati suami sejak dia kecewa bila kali pertama
Rayyan minum arak dahulu. Dia kehilangan punca. Setiap kali dia ingin menjadi tabah, ada
suara menghalang dia daripada mengalah. Ya, benar! Kini, dia sangat bencikan Rayyan.
Benar, dia jijik dan tidak mahu disentuh oleh lelaki penuh noda itu. Bagaimana harus dia
memujuk hati agar sedar bahawa syurganya masih di bawah naungan suami meskipun
sang suami sezalim Firaun, setamak Namrud, sejahat-jahat manusia? Mengapa hatinya
tidak sesuci Asiah?
Fifi, kau tak boleh begini. Kau kena sedar yang Rayyan masih suami kau. Apa juga hak
dia, kau kena tunaikan. Berdosa kau mengasingkan diri begini, Lili menasihati.
Kekasihnya, Izhar hanya memandang tanpa kata. Ingin membantu, tidak tahu bagaimana.

Dulu, aku berusaha sebab bagi aku dia masih suci. Tapi,
Kau tak boleh menghukum! Yang menghukum ni, hanya Dia yang Esa. Kau, aku, Mia, Lili,
Izhar hanya hambaNya. Hamba yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan, Fifi. Kau
kena belajar memaafkan Rayyan, Bahrain mencelah. Risau dengan sikap Fifi yang
seakan-akan sudah berputus harap.
Korang tak rasa apa yang aku rasa, B. Tahu tak, aku terlampau seronok nak beritahu dia
yang aku mengandung. Siap candle lit dinner lagi. Tapi, dia balik dalam keadaan mabuk.
For the first time in his life, dia mabuk! Apa aku rasa? Korang faham tak? Aku rasa yang
aku gagal sebagai isteri dia. Aku ingat aku berjaya ubah seorang Rayyan jadi manusia yang
lebih baik tapi dia.
Air jernih yang ditahan menitis jatuh menuruni pipi, selebat rintik-rintik hujan yang turun
menyimbah bumi.
Dahi Fifi berkerut memasuki pekarangan rumah. Rumah milik Rayyan itu terang benderang
dengan suasana riuh rendah di dalamnya. Hati mula berasa tidak enak kerana dia tahu,
sesuatu yang tidak elok sedang berlaku.
Ketika di muka pintu, Rayyan melihatnya terlebih dahulu. Terus mampir lalu memeluk bahu
Fifi. Gelas berisi air syaitan, di tangan yang satu lagi. Well, well, well, my beloved wife is
here, everybody. Mari sini semua. Shake hands dengan Fifi,
Fifi menolak wajah Rayyan kerana dia tidak tahan bau masam itu. Hampir hendak
termuntah. Meloya tekaknya. Dia ingin lari namun Adam menghalang laluannya. Nak ke
mana, Fifi? Alah, sportinglah sikit! Kita enjoy sama-sama malam ni. Come!
Tangannya ditarik dan Fifi jatuh ke dalam pelukan lelaki itu.
Rayyan menghempas gelas ke atas meja. Adam, let go! Let go of my wife! Now! jeritnya.
Fifi memandang wajah suami dengan renungan yang sayu. Hati mengucap syukur kerana
Rayyan belum lagi mabuk. Tetapi, apa akan terjadi kalau dia hilang akal kerana banyak
minum. Apakah Rayyan akan biarkan dirinya dipeluk, dibelai lelaki lain?
Tapi, Adam? Ada dia kisah? Marah Rayyan sedikitpun dia tidak endah. Orang sudah
mabuk, katakan. Apatah lagi, sejak terpandang Fifi malam itu, dia memang teringinkan
tubuh ini. Bergetah sangat di matanya. Alah, Rayyan.. dia kan lebih mengutamakan kawankawan?
Rontaan demi rontaan tidak dipeduli. Adam ingin menyambar bibir cantik dan mungil milik
terpelihara Fifi. Lagi pula, dia mendapat perangsang daripada teman-teman. Alan, Nina,
Sally, semua sedang bersorak riang. Hanya Rayyan yang sedang berombak dada menahan
marah yang menggila.
Aku cakap, kau lepaskan bini aku, lepaslah! Adam! laju Rayyan menghampiri lalu
melepaskan penumbuk ke muka teman baiknya.

Adam terjatuh. Nina cuba menarik Rayyan yang sudah tidak mampu mengawal perasaan.
Ray, janganlah! Stop! Biarkan dia! You have me, remember!
Tapi, Rayyan tidak peduli. Entah mengapa, dia rasa dia harus mempertahankan haknya. Fifi
miliknya sahaja. Bukan untuk berkongsi.
Hey, Ray. Look at me! Me, Alan! Please, my friend. Stop! Kesian Adam! Alan pula
memujuk.
Kawan atau tidak, he is tresspassing! Fifi is my wife! jerkah Rayyan.
Fifi menangis dan menangis lagi. Hatinya sayu. Terima kasih kerana awak masih anggap
saya isteri awak, Rayyan. Terima kasih, ujarnya lemah sambil menaiki anak tangga. Perut
tiba-tiba rasa memulas.
Nina yang sakit hati kerana Rayyan tidak mengendahkannya hanya kerana perempuan
yang terboyot-boyot itu, terus menyerang Fifi. Dia mendahului Fifi, berdiri satu anak tangga
di atas. Sebab kau, Ray tak pernah nak sentuh aku. Kau ni elok mati aje, tahu! Serentak
dengan itu, dia menolak Fifi. Puas hatinya mendengar Rayyan menjerit.
Fifi

8
Fifi.
Rayyan berlari dan
Mujur dia sempat menahan tubuh isteri daripada jatuh di atas tangga dan berguling,
mahupun jatuh di atas lantai marble yang berkilauan. Badannya menjadi lapik seolah-olah
dia rela dirinya kesakitan daripada isteri dan anak yang sedang di dalam kandungan,
menjadi mangsa perbuatan perempuan tak guna yang sedang berdiri tegak, terpegun
dengan apa yang terjadi.
Yang diharap tidak berlaku. Sebaliknya, kini, Nina menjadi mangsa renungan tajam
Rayyan. Suara lelaki itu bergema lantang.
Berambus dari rumah aku, Nina. Berambus korang! Berambus! Aku tak nak tengok muka
korang lagi. Get lost!!
Alan memberi isyarat mata agar mereka keluar sebelum angin Rayyan menyerang lebih
dahsyat. Bukan tidak tahu perangai Rayyan kalau sedang marah. Semua hendak ditelan.
Nanti-nantilah dia akan memujuk lelaki itu lagi, fikirnya.
Rayyan sakit! perlahan suara Fifi meniti bibir.
Rayyan ingin bertanya di mana namun waktu itu dia telahpun melihat tompokan darah.
Dan, hati bergetar. Wajah menjadi pucat. Fifi ada darah ni. Oh no Jangan, Fifi. Jangan
jadi apa-apa! Jangan!! rayunya penuh sendu.
Rayyan hos hospital.. Sakit!!
Mujur pada ketika itu, telefon bimbit Fifi berbunyi. Rayyan terus menyambarnya.

Hello, siapa tu. Whoever you are, tolong telefon ambulans. Tolong datang rumah kami.
AkuFifi tolong Fifi, pleaseee,
Mia menelefon kerana dia bimbangkan Fifi. Tadi, Fifi pulang menaiki teksi. Jenuh dia dan
Bahrain hendak menghantar, Fifi berdegil. Katanya, dia hendak tenangkan fikiran. Kini, apa
pula bala yang menimpa? Suara bosnya kedengaran gusar.
B, kita pergi rumah bos. Ada benda buruk terjadi kot! Lain macam aje suara dia tadi, pinta
Mia.
.
Rayyan tahan dada. Sakit macam manapun pukulan Datin Amira, dia menahan kerana dia
sudah menyedari bahawa semua yang terjadi adalah kesilapan sendiri. Memang, memang
dia berhak kena pukul. Malah, kalau ada yang hendak membunuh dirinya ketika ini, dia
pasrah. Bunuhlah! Dia memang tidak layak hidup. Lelaki yang hanya menyusahkan isteri
dan anak yang bakal lahir, apa gelarannya? Hah lelaki tak guna! Dialah tu!
Mummy tak nak kamu ada kat sini lagi. Tak nak tengok muka kamu dah. Pergi, Rayyan!
Pergi! Pergi cari kawan-kawan kamu yang kamu sayang tu. Pergi!
Yang ini, dia tidak boleh terima. Pukullah dia lagi, tak apa! Suruh dia hentak-hentak kepala
kat lantai simen hospital sampai berdarah pun, dia sanggup. Atau suruh dia jerit minta
ampun pada Fifi, okey, dia akan buat. Tetapi, jangan suruh dia pergi tinggalkan Fifi. Itu dia
tidak mampu lakukan. Walaupun insan yang menyuruhnya itu ialah mummy tersayang.
Sudah macam drama Hindi bila Rayyan melutut, memeluk kaki ibunya. Namun, kali ini, air
mata yang menitis di pipi, bukan air mata palsu. Dia sudah benar-benar menyesal.
Ketakutan akan kehilangan kedua-dua insan terpenting dalam hidup, buat pertama kali
dirasai.
Tunggu apa lagi? Pergi!
Datin Amira sudah tidak dapat mengawal perasaan. Bila anak sendiri membuat onar, mahu
hati tidak berasa sakit? Pedih telinga mendengar cerita Mia. Sakit dan sesak dada.
Kemarahan turut terarah kepada Datuk Faizul. Macam mana suaminya boleh tidak
mengetahui apakah yang sedang berlaku? Itulah apabila mata hati digelapkan dengan
kemahuan memiliki harta dunia, tumpuan hanya untuk itu. Perkara lain? Semua terabai!
Mummy, saya mintak satu aje peluang. Tolong, mummy!
No!
Mummy, tolonglah Fifi is my wife!
Pang Hah, kan dah kena? Penangan Datin Amira, memang tidak ada tolak ansur. Datuk
Faizul pun tidak berani hendak berkata apa-apa. Hanya kesalan!
Your wife? Baru sekarang nak mengaku Fifi tu bini kamu, Rayyan? Selama ini? Mummy
serahkan yang halal tapi kamu cari juga yang haram. Pergi! Pergi pada yang kamu suka tu!
Anggap kamu tak ada bini! Tak ada anak! Tak ada mummy jugak!

Mummy! Jangan! Jangan cakap macam tu! Sumpah! Saya taubat, mummy. Sumpah! Saya
janji, saya tak ulang lagi, mummy. Saya janji!
Rayyan tidak dapat lagi mengawal rasa. Dia menangis semahunya. Sesungguhnya,
sesungguhnya.. demi Tuhan, dia benar-benar menyesal. Terbayang keadaan Fifi yang
kesakitan, dengan kondisi anak mereka yang masih tidak diketahui apa khabarnya, buat dia
insaf. Dia menyesal! Sangat-sangat menyesal.
Menyesal? Taubat? Taubat sambal belacan? Macam tu? Tidak, Rayyan! Kamu ni kena
diajar cukup-cukup. Mummy kesal sebab terlampau manjakan kamu. Sudahnya, kamu dah
kahwin pun, tapi masih pentingkan diri sendiri. Bini yang mama cari untuk kamu tu, yang
terbaik, tahu tak? Tapi, langsung kamu tak hargainya,
Rayyan angguk. Ya, saya tahu, mummy. Tahu! Saya silap, mummy!
Eeei, geramnya aku dengan budak ni! Dah tahu, kenapa buat jahat lagi? Kenapa, Rayyan?
Kamu tak takut pada Tuhan ke?
Suara kesalan seorang ibu menyebabkan ramai menitiskan air mata di luar kamar bedah,
Hospital Ampang Puteri itu. Mia dan Lili menangisi nasib teman baik yang malang. Bahrain
dan Izhar berasa kasihan kepada Rayyan yang sedang bergelut dengan kedukaan dan
penyesalan. Dan, di dalam sana, entah apa nasib Fifi Adriana serta anaknya. Apakah akan
selamat? Ataukah maut menanti?
Amira, Lembut suara mak Esah memanggil besannya.
Datin Amira berpaling, memandang sayu wajah mak Esah yang tenang. Wanita ini yang
cukup dihormati. Datin Amira mengkaguminya kerana biarpun seorang yang susah, namun
tidak pernah meminta-minta. Lihatlah, meskipun menyedari apa yang sudah Rayyan
lakukan kerana tadi Mia dengan Lili sudah menceritakan semua, namun, tidak langsung dia
marahkan Rayyan. Tidak langsung mahu menjerkah. Hanya kalimah Allah meniti bibirnya.
Berdoa, berzikir, meminta kepada Allah yang esa, agar Fifi dan anaknya selamat. Ya, pasti
itulah yang dipinta.
Cukuplah tu. Kalau hendak menghukum, berikan hak tu pada Fifi, Mira. Biar Fifi saja yang
lakukannya. Buat masa ni, biarkan Rayyan. Kesian dia!
Mak Esah melangkah ke arah menantunya. Bahu menantu diusap perlahan. Rayyan, kalau
kamu benar-benar sudah insaf, baliklah ke pangkal jalan. Carilah Tuhan kamu semula.
Carilah kasih sayangNya. Moga-moga dengan kasih sayang Allah, Fifi dapat menerima diri
kamu, kalau kamu masih hendak menjadi suami dia, pujuknya.
Dalam derai air mata penyesalan, Rayyan angguk. Izinkan saya tunggu Fifi di sini, mak.
Bila saya tahu keadaan dia dan keadaan anak kami, saya akan pergi. Saya akan jauhkan
diri saya yang kotor ni daripada mereka. Saya tahu, saya tak layak, mak
.
9

Dah sarapan? Sarapan pagi paling penting untuk kita, Fifi. Mulakan hari dengan bertenaga
supaya dapat beramal, bekerja dan membantu kepada yang memerlukan. Oh ya, apa
khabar Auni kita? Dah pandai senyum? Alhamdulillah. Agaknya, dia terpandang wajah
papa dia sedang solat kot?
Fifi memandang sayu pesanan yang baru masuk ke dalam inbox telefon bimbitnya.
Pesanan daripada Rayyan, entah untuk kali yang ke berapa, sudah lelah dia hendak
mengira. Tidak jemu-jemu lelaki itu menitipkan pesan biarpun tidak satu pernah Fifi balas.
Jari halus si comel dibawa ke bibir, dikucup dengan penuh kasih sayang. Hati tiba-tiba
dihantui rasa bersalah. Masakan tidak, anak dengan ayah tidak pernah berjumpa. Kata
ibunya, sebaik doktor memberitahu bahawa dia selamat melahirkan anak mereka, Rayyan
terus melangkah pergi, menunaikan janji untuk menebus dosanya sendiri. Sejak itu, hanya
titipan nasihat, ungkapan rindu, belaian kasih sayang di angin lalu untuk dirinya dan Auni.
Tengah hari ni, abang masak nasi ayam. Abang cuba ikut resepi yang Fifi tulis dalam buku
resepi yang abang jumpa, tapi tak jadilah, hehehe.
Air mata menitis jua. Di hari ke 100 perpisahan mereka, Fifi mengulang baca semua mesejmesej itu. Dan, setiap satu hanya menyebabkan dia menangis, menangis dan menangis
lagi. Hati membentak
Kenapa, Rayyan? Kenapa awak buat semua ni? Awak berhenti kerja dengan ayah, awak
jual rumah tu, awak duduk sendiri entah di mana, kereta pun awak jual jugak kenapa?
Apa yang awak nak buktikan pada saya? tangisnya.
Setiap pagi, kuntuman mekar mawar merah diterima. Kalau dia yang menyambutnya, akan
dihidu haruman mewangi namun jika Datin Amira yang bersemuka dengan Aizad, si
pemuda dari kedai bunga tersebut, pasti, pasti bunga itu akan dicampak datin masuk ke
dalam tong sampah. Ironinya, marah ibu mentua lebih banyak kepada Rayyan berbanding
dia yang menjadi mangsa. Aduhaii
Panggilan telefon daripada Mia mengejutkan lamunannya. Kau sihat?
Fifi tersenyum. Kalau mukaddimahnya begitu maka Fifi tahu bahawa ada sesuatu sedang
berbuku di dalam hati teman baiknya itu.
Alhamdulillah, aku sihat. Tak nak tanya khabar Auni? Fifi mengusik.
Si tembam tu? Kiss pipi dia untuk aku,
Fifi membawa telefon rapat ke pipi Auni, tangkap gambar dia cium pipi mulus gebu anaknya
lalu terus menghantar MMS. Dah tengok? Suka?
Hmm,
Dahi Fifi berkerut. Sebak suara Mia. Isk, isk dia pulak yang terlebih emo.
Fi, kau kau tak rindukan Rayyan?
Ah, sudah! Fasal Rayyan rupa-rupanya.
Kau rasa, dia rindu aku tak? Soalan Mia, dijawab dengan soalan.

Aku tahu dia rindu sangat pada kau, Mia memberitahu dengan riak sedikit teruja.
Fifi tersenyum. Kalau macam tu, aku pun rindukan dia jugak, balasnya penuh semangat.
Semalam, kita orang jumpa,
Dada bergetar, pipi merona merah, kerisauan menjengah. Rayyan? Mia? Uwaaaa.
jangan!
Fifi, kau dengar tak? Mia hairan kerana Fifi terus diam tanpa berkata sepatahpun.
Kau dating dengan suami aku, Mia? Cemburu tidak mampu disembunyikan. Lantaklah!
Rayyan suami dia, kan? Mestilah cemburu.
Mia mulanya tidak memahami namun seketika kemudian meledak tawanya. Geli hati
kerana sudah berjaya menebak isi hati Fifi untuk Rayyan. Hmm, tahu takut hilang suami
tu
Dia dengan B, bukan dengan aku la
Pulak? Lagilah Fifi risau. Si Rayyan ni makin teruk ke makin baik? Hati menyoal.
Dia orang berdua tu baru balik dari buat umrah sama-sama dengan beberapa orang
kampung B. Laki kau sponsor dia orang pergi, Fifi. Dekat tiga minggu dia orang ke Mekah
dan Madinah tu. Kata Rayyan, dia teringin nak bawak kau pergi ke sana dalam bulan puasa
nanti. Itupun kalau kau sudi,
Hati memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi. Tidak perlu lagi Mia lanjutkan, dia sudah tahu
bahawa Rayyan sudah bersalin kulit. Alhamdulillah. Dia Maha Berkuasa, bisa melembutkan
hati yang keras dan memberi hidayah kepada yang Dia inginkan. Bertuahnya Rayyan
kerana Allah memilih untuk putihkan hati yang sudah berkarat. Sebaik sudah memutuskan
talian, di sisi anak comel mereka yang sudah lena, Fifi mengerjakan sujud syukur,
memberitahu Allah bahawa dialah insan paling bahagia, sekarang ini.
..
Saya dah sediakan makan tengah hari untuk awak. Balik, ya! Mesti sampai tepat pukul
satu, tak boleh lewat. Nanti lauk sejuk, tak sedap!
Dia melangkah laju menuju ke arah lif. Dia hendak naik ke tingkat lima belas. Sekilas jam
tangan diintai, ada lagi lima minit. Syukur, dia tidak lewat.
Hadiah di tangan, digenggam kemas. Hadiah untuk si dia. Sebagai tanda terima kasih
kerana sudi menjemput dirinya untuk makan tengah hari. Apakah ini tanda mereka akan
bermula semula?
Terasa gemuruh dada bila loceng rumah ditekan. Gementar sungguh perasaan. Waktu
mereka dating kali pertama dulu pun, tidak begini degup jantungnya. Aiseyyy..
Pintu terbuka. Masing-masing saling memandang dan terpegun. Sudah lama tidak
berjumpa, kan? Tentulah gugup.
Rayyan yang terlebih dahulu mendapat suara, Assalamualaikum, terima kasih kerana Fifi
sudi datang. Jemput masuk! ujarnya sambil tersenyum, menyembunyikan gelodak rasa

yang bertingkah. Antara suka dan takut. Antara bahagia dan resah. Antara bimbang dan
pengharapan.
Fifi tidak tahu bagaimana hendak memulakan. Entah kenapa, dia rasa malu pula dengan
penampilan ringkas dirinya hari ini. Bersolek tetaplah bersolek, kan? Maklum hendak
bertemu suami. Tapi, Rayyan pula yang kelihatan lebih berseri.
Rayyan hulurkan tangannya. Jom, hari ini abang masak lauk special untuk Fifi,
Fifi jongket kening. Lauk special? Tahu ke Rayyan lauk kegemarannya?
Ta daa
Fifi menekup mulut. Tidak sangka Rayyan masakkan dia gulai lemak nenas dengan ketam.
Ada ulam-ulaman dan sambal kelapa? Awak buat semua ni? tanya dia.
Rayyan angguk. Dengan bimbingan emak mentua abang yang baik hati, puan Esah,
ujarnya sambil tersengih lawa.
Come! Kerusi Fifi ditarik sedikit ke belakang, kemudian ditolak ke hadapan sepertimana
yang anda lihat dilakukan pelayan restoran ternama kepada pengunjungnya. Pinggan berisi
nasi diletakkan di hadapan Fifi. Ketika Fifi hendak mencedok kuah, Rayyan terlebih dahulu
melakukan. Malah, Rayyan mencungkil isi ketam untuk diberi dan dimakan oleh isterinya
itu.
Awak, saya boleh buat ni. Tak selesalah macam ni. Jomlah makan sekali. Sama-sama, Fifi
cuba menghalang tetapi Rayyan hanya gelengkan kepala.
Satu masa dulu, Fifi pernah buat begini pada abang. Waktu tu, abang langsung tak hargai
Fifi. Tapi, bila dah hidup sendirian ni, abang asyik teringat. Abang nak Fifi pula rasa bahagia
bila abang buat yang sama untuk Fifi. Sebab, bila Fifi bahagia, itulah bahagia abang
sebenarnya, bisik Rayyan lembut sambil menundukkan wajah. Rasa segan pula bila Fifi
nampak sepasang mata yang sudah berkaca. Uisy, dah janji tak mahu sedih-sedih, tapi,
tetap juga sedih. Hmm.
Awak
Adoii rasa seram sejuk apabila Fifi memanggilnya lembut sebegitu. Awak pun awaklah
sebutan itu tetap merdu di telinga.
Rayyan merenung wajah ayu di sebelah.
Buka mulut tu. Aaaa Cepat la!!!
Sebaik Rayyan membuka mulutnya, Fifi terus menyuap sambil mengukir senyuman manis
di wajah. Ini yang ingin sangat Fifi lakukan pada abang dulu. Nak makan bersuap-suap
dengan abang. Allah dah makbulkan doa Fifi, bisiknya.
Rayyan menangis. Menangis kerana dia amat kesal. Dia tidak pernah menghargai. Dia
tidak pernah menjalankan tanggung jawab sebagai suami dengan betul. Dia hanya
pentingkan diri.
Kini, dia melutut di hadapan Fifi.

Fifi cepat-cepat mengelak. Dia turut sama berlutut. Menghadap suami sambil menyeka
manik-manik halus yang menitis di pipi yang cengkung.
Cukuplah! Jangan hukum diri abang lagi. Fifi masih bernyawa ni. Anak kita, anak kita
perlukan ayahnya,
Rayyan menggenggam tangan Fifi, melarikan jemari-jemari halus itu di pipinya. Berikan
abang syaratnya. Kali ini, abang janji, abang akan tunaikannya.
Fifi tersenyum nakal. Ermm, okey. Fifi nak bunga hari-hari tapi tak nak banyak2 macam
sekarang. Fifi nak sekuntum aje sehari, Boleh?
Rayyan angguk. Wajahnya serius bukan main. Lagi?
Abang dah tak nak kerja nine to five, kan. So abang nak tumpu pada rumah tangga kita,
so ermm,
Cakaplah, insyaAllah, abang akan buat,
Fifi sengih. Abang masak lunch, Fifi buat dinner. Okey tak?
Mengada-adalah pulak huhu Tapi, Rayyan? Tetap angguk. Rela kot!
Fifi memegang wajah suami dengan dua-dua tangannya. Anak matanya tepat ke anak mata
Rayyan. Menggoda perasaan. Namun, bukan itu tujuannya.
Kenapa asyik angguk ni? Tak best tau. Mana perginya Rayyan yang menggoda Fifi selalu
tu, hmm? tanya dia.
Jangan ingatkan abang pada Rayyan yang itu. Abang malu, Fi. Banyak benar
kelemahan khilaf, kesalahan yang dah dibuat. Rasa macam.
Fifi meletakkan jemari halusnya di bibir Rayyan. Jangan ulang. Lupakan saja!
Tapi,
Fifi bangun dan membasuh tangan. Rayyan ditarik lantas tangan suami juga dibasuhnya.
Selepas itu, dia menarik tangan suami supaya duduk bersama-sama.
Meh, Fifi nak cerita satu kisah pada abang. Dengar tau, jangan lena pulak,
Rayyan tergelak sambil memicit hidung comel Fifi.
Ada satu kisah di zaman Bani Israil. Dia ni dah buat maksiat kepada Allah selama 40
tahun. Dia tak pernah meninggalkan maksiatnya dan tak pernah sekalipun dia bertaubat.
Diizinkan Allah, datang satu tahun tu, kemarau panjang, hujan tak turun, ternakan semua
habis kurus kering, tanaman mati dan sungai kering kontang.
Orang-orang Bani Israil tu pun cakaplah dengan Nabi Musa a.s. Ya Musa, berdoalah
kepada Allah supaya menurunkan hujan.
Nabi Musa a.s. pun kumpulkan semua Bani Israil dan mengajak berdoa bersama: Ya Allah
turunkanlah hujanYa Allah turunkanlah hujan
Tahu apa jadi?
Rayyan geleng.

Hujan tetap tidak turun. Jadi Nabi Musa a.s. kan boleh bercakap dengan Allah. Baginda
pun bertanya: Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?
Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa: Aku tidak akan turunkan hujan kerana
ada seorang lelaki di antara kamu yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.
Kerana maksiatnya itu, Aku menahan hujan dari turun.
Nabi Musa a.s risaulah, kan. Katanya: Jika demikian, apa harus aku lakukan?
Maka Allah berfirman: Keluarkannya dari tempat ini.
Rayyan tekun mendengar. Dia ingin tahu apakah yang terjadi. Begitu bersungguh
wajahnya.
Fifi meneruskan, Nabi Musa pun terus cakap macam ni kepada kaumnya:
Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama
40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia
tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka,
keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!
Rayyan jadi sebak. Seakan-akan dialah si pemaksiat itu. Kasihan, kerana terpaksa
membawa diri meninggalkan kaumnya.
Abang, abang tahu tak apa yang terjadi? Orang tu tahulah kan yang Allah maksudkan diri
dia. Dia tengok sekeliling. Tak ada yang keluar. Sah, memang dialah, kan? Tahu apa dia
buat? Fifi bertanya sambil mengusap tangan suami, penuh kasih sayang.
Dia mula bermunajat kepada Allah SWT: Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu
selama 40 tahun Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai Dan jika aku
keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku Aku berjanji kepada-Mu aku tidak
akan kembali lagi melakukan maksiat ini Ampunilah aku ya Allah Tutupilah aibku ya
Allah
Rayyan pandang wajah Fifi tidak berkelip.
Ya, bang! Dia munajat, dia merayu dalam hati agar Allah menutup aibnya lagi. Sebab dia
ikhlas, dia jujur dan dia taubat, sesungguh taubat maka dengan kehendak-Nya, hujan
pun mula turun.
Jadi Nabi Musa pun hairan. Nabi Musa bertanya kepada Allah, Ya Rabb, Kau telah
turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami.
Kata Allah: Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat
hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu.
Nabi Musa balas: Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita
gembira ini.
Tapi, Allah SWT berfirman: Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun
dan Aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku, Aku akan
mendedahkan siapa dia?

Sayang, kalau Allah SWT boleh tutup aib seorang hambaNya yang dah buat maksiat
selama 40 tahun, Dia ampunkan dosa-dosa hambaNya itu bila lelaki itu bertaubat, kenapa
Fifi tak boleh tutup aib suami Fifi sendiri? Kenapa abang tak lupakan saja semuanya?
Mendedahkan aib tu satu dosa besar yang sangat dibenci Allah SWT, bang. Cukuplah!
Yang penting, abang tak akan ulang lagi semuanya. Kan? Fifi memujuk, membiarkan
Rayyan bersama tangisannya. Membiarkan si Kasanova menangisi perbuatan silam untuk
kali terakhir. Kerana, harapannya, biarlah selepas ini, perubahan suaminya menjadi total.
Untuk diri dan agamanya. Bukan lagi untuk Fifi atau dipaksa.
Fifi banyak dosa pada abang sebenarnya. Fifi bukan isteri yang baik juga. Selalu marah
dan mengumpat suami sendiri. Kalaulah abang tak ampunkan, kesian
Jangan cakap macam tu. Lupakan! Kita mula semula. Kali ini, abang akan naungi Fifi
dengan cinta abang. Sudi terima cinta si kasanova ni?
.
10
Sudi terima cinta si kasanova ni?
Fifi tersenyum mendengar soalan itu. Cinta si kasanova? Hmm
Kenapa Fifi senyum? Rayyan yang keliru bertanya. Sungguh, senyuman itu menyebabkan
hati tidak tenteram. Rasa macam Fifi sedang mengutuk dirinya di dalam hati.
Berapa banyak girlfriend abang sekarang? Fifi tidak menjawab soalan Rayyan sebaliknya
dia bertanya sesuatu yang menyebabkan Rayyan terasa nafasnya semput. Kenapa itu yang
Fifi tanyakan kepadanya? Masih tidak yakinkah Fifi dengan dirinya?
Fifi masih tak percaya pada abang. Fifi masih curiga lagi nampaknya, Rayyan bangun.
Ingin mententeramkan hati yang sedikit kecewa.
Fifi pantas sahaja memeluk tubuh suaminya daripada belakang. Fifi percaya dan tak lagi
curiga atau cemburu, bang. Cuma,
Apa? Cakaplah, Fi. Abang sedih kalau dalam hati isteri abang masih ada secubit rasa tak
percaya. Abang tak sanggup,
Fifi menekup mulut suaminya. Senyum tetap menari di bibir. Seronoknya apabila dapat
melihat suami yang hilang keyakinan diri hanya kerana bimbang dia menolak kasih yang
entah banyak mana sudah dihulurkan. Kali pertama melihat Rayyan gugah dalam menagih
cinta seorang Fifi Adriana. Tahu tak yang abang tak layak lagi bergelar kasanova? tanya
dia.
Dahi Rayyan berkerut sudah. Tak faham, katanya.
Fifi memicit hidung suaminya. Kenapa masih menggelar diri tu kasanova apabila perangai
playboy tu semua dah dibuang jauh? Abang bukan buaya darat dah, kan? Nina, Sally entah
siapa-siapa tu dah tak huni hati abang lagi, betul? Atau
Rayyan cepat-cepat mencelah, Tak ada! Dia orang tu dah mati semuanya. Sumpah!

Fifi ketawa mendengarnya. Ketawa bahagia bersama rasa syukur yang tidak pernah putus
kepada Ilahi yang membuka hati nurani Rayyan untuk berubah.
Abang nak buat confession, tapi, kita kena duduk kat sofa. Berpeluk macam ni, otak abang
kacaulah, sayang, bisik Rayyan di telinga. Mata dikenyitkan sebelum menarik tangan
isterinya untuk duduk. Duduk pun jauh-jauh sahaja kerana Rayyan tidak mahu hilang fokus.
Perkara yang hendak dibincangkan ini amat penting. Penting untuk masa hadapan mereka.
Penting untuk dia meyakinkan Fifi supaya perkahwinan mereka akan menjanjikan hanya
bahagia nanti.
Abang terlalu sombong, kan?
Dulu, balas Fifi.
Rayyan angguk. Dulu. Hati abang penuh kemarahan bila mummy suruh abang kahwin
dengan Fifi. Fifi yang sombong dengan abang,
Fifi mengecilkan sepasang mata. Fifi sombong dengan abang? Bila masa? soalnya penuh
keliru.
Fifi tak sedar kot. Mata Fifi tu bila tengok abang dulu, penuh kebencian, tahu tak? Fifi
macam jijik tengok abang. Tiap kali nampak abang, Fifi mesti mengelak. Abang sakit hati,
tahu tak?
Bulat sepasang mata bundar si isteri. Tidak menyangka bahawa itu yang Rayyan rasa. Tak
mengerti mengapa Rayyan mesti ambil pot tentang apa yang dia lakukan. Dia bukan
sesiapa???
Kita membesar dalam rumah yang sama tapi abang tak pernah dapat peluang mengenali
Fifi. Fifi asyik sembunyikan diri daripada abang. Geram tau, Rayyan meluahkan apa yang
dia rasa. Yang terpendam sekian lama.
Fifi kehairanan. Fifi tak sangka pulak semua tu buat abang kecil hati. Siapalah Fifi ni, bang.
Anak orang gaji abang aje, kan?
Mungkin itulah cinta yang tak terungkap, Fi. Cinta yang diterjemah dalam keegoan. Abang
rasa terhina dengan lirikan mata Fifi yang penuh benci jadi abang balasnya dengan
memiliki semua perempuan yang mahukan abang. Tapi, abang tak pernah tidur dengan
mereka, Fi. Tidak sebelum kita kahwin, tidak juga selepasnya, Rayyan memberitahu. Nafas
dihembus perlahan. Malu hendak mengungkap semua keburukan tapi ini yang terakhir kali.
Selepas ini tidak lagi!
Mungkin Fifi tak percaya cakap abang tapi ini kebenarannya. Abang tak tahu kenapa
abang mabuk pertama kali dulu tu. Tapi, percayalah, Fi. Entah kenapa, setiap kali abang
mabuk, abang teringat satu cerita tentang seorang alim yang akhirnya minum dan berzina.
Macam ada suara berbisik agar abang tak jadi seperti dia. Itu yang berlaku, Fifi. Sampai
abang rasa macam nak pecah kepala ni bila dengar bisikan tu. Kadang-kadang, abang rasa

bulu roma abang tegak dan abang jadi takut. Tapi, dalam masa sama, abang terus jugak
minum. Pelik betul!
Fifi menggelengkan kepala. Tak ada yang pelik dan mustahil apabila Dia menghendakinya.
Ada seorang mualaf ni, bang. Waktu dia kecil, tiap kali dia makan khinzir, dia muntah.
Semakin dia besar, semakin dia tak suka sehingga satu masa, bau benda tu pun dia tak
lalu nak hidu. Rupa-rupanya, Allah hendak dia menjadi seorang muslim. Ketika umurnya 19
tahun, dia masuk Islam. Nur Islam dah ada dalam dirinya sejak dia kecil lagi. Kan, bang?
Rayyan angguk. Bertuahnya dia. Berbanding abang. Abang lahir sebagai seorang Islam
tapi perbuatan langsung tak cerminkan diri seorang Muslim. Malunya!
Fifi mendekat, mencapai jemari suami dan mengucupi setiap satu dengan sepasang mata
yang berkaca. Dahlah! Allah itu pengasih dan penyayang. Penerima taubat hamba yang
sudah insaf dan bertaubat nasuha. Fifi dan anak-anak kita perlukan Rayyan yang baru ini.
Kami yakin dengan dia, dengan perubahannya. Insya-Allah, Rayyan ini mampu menjadi
imam kami. Menjadi pembimbing kami,
Rayyan mengucup dahi isteri penuh kasih sayang. Kucupan itu turun ke mata Fifi yang
terpejam. Dalam hati berbisik, Izinkan abang mencintai Fifi. Izinkan abang memiliki hati Fifi.
Kerana abang cintakan Fifi. Abang janji, abang akan berusaha menunaikan permintaan Fifi.
Insya-Allah, abang akan menjadi imam dan pembimbing Fifi dan anak-anak kita nanti.
.
You have changed,
Rayyan tersenyum mendengar kata-kata Alan. Ketika ini, dia, Alan dan Adam sedang santai
berehat di lounge selepas penat bermain golf. Dia yang mengatur pertemuan ini. Dia ingin
menyelesaikan semua perkara di antara mereka.
Biasalah, Alan. Orang takut bini! Adam menuduh. Mencabar sebenarnya. Tahu bahawa
Rayyan akan naik angin apabila dia berkata begitu.
Tetapi, itu dulu. Dulu, Rayyan akui dirinya pantang dicabar. Bagaimanapun, semua itu
sudah berubah.
Aku tak takut dia tapi aku takut kehilangannya, Adam. Aku pernah kehilangan dia sekali
dan pengalaman tu amat perit. Aku tak sanggup lagi nak rasainya, dia mengaku.
Alah, dia tu tak akan tinggalkan kau punya. Kau tu aje yang bodoh, Rayyan. Haira betul!
Perempuan macam dia tu pun, kau sanggup tunggu, sekali lagi Adam memprovok dan
sekali lagi, Rayyan tidak peduli. Dahi Adam berkerut. Tidak mengerti.
Sunyi kita orang kau tak ada, Rayyan, Alan guna reverse psychology pula. Tahu yang
Rayyan tak akan mampu ditewaskan dengan cara kasar Adam.
Rayyan hanya ketawa. Dalam hati sedih sekali. Sedih kerana mengetahui bahawa begitu
sekali jahatnya dia sehingga kawan-kawannya ini menggunakan pelbagai cara untuk
memujuk agar dia kembali kepada kesesatan.

Aku ni tak istimewa mana, Alan. Jadi, izinkan aku tarik diri. Aku bukan kata korang jahat
cuma aku yang hendak berubah. Kita tak sehaluan dah. Tapi, kalau korang nak ajak aku
main golf, okey aje. Aku akan temankan. Cuma my nightlife is with my family now. So
sorry,
Rayyan bangun menghulurkan tangan kepada dua teman yang disayangi. Sebaik
tangannya disambut Alan, tubuh Alan dipeluk rapat. Begitu juga dengan Adam. Dia
kemudian pergi. Meninggalkan teman-temannya dengan hati yang tersangat lapang.
Senyum menghiasi bibir. Dia bahagia.
..
Abang, boleh tak abang tengok arah lain? Fifi tak selesalah abang asyik tengok Auni
menyusu, pinta Fifi sambil menarik baju ke bawah, mengelak perhatian melampau Rayyan
kepadanya.
Fi, lemaslah Auni, Fifi buat dia macam tu, Rayyan ketawa sambil cuba mengusik lagi.
Kemarahan Fifi sedikit pun tidak diendahkan.
Datin Amira menepuk belakang bahu Rayyan. Terlompat dia kesakitan.
Mummy! jeritnya.
Padan muka kamu. Gatal sangat! datin pura-pura marah. Mak Esah yang membawa
minuman petang, turut tersenyum.
Rayyan kembali duduk di sisi isterinya. Memeluk bahu lantas mencium pipinya. Sebaik Auni
selesai menyusu, dia mengangkat tubuh anaknya, meletakkan si comel di atas bahu lantas
menepuk belakang Auni perlahan-lahan sehinggalah si comel sendawa.
Anak papa dah kenyang, ya? Dah ngantuk? Alah, mainlah dengan papa dulu. Ya! Ya!
Terharu melihat si ayah yang kini sedang mencium si anak dengan penuh kasih.
Sesungguhnya, Rayyan terlalu menyayangi. Kasih sayangnya tidak perlu dipertikai lagi.
Fifi, Fifi
Fifi mengerutkan dahi. Kenapa pula suaminya terjerit-jerit ni?
Fi, Auni senyum dengan abang la. Fi, tengok ni!
Semua menyaksikannya. Melihat anak comel itu tersenyum kepada ayahnya.
Rayyan? Air mata sudah bergenang. Seronok tak boleh hendak diluahkan. Tanpa kata,
tubuh isteri ditarik ke dalam dakapannya. Dipeluk erat. Mengungkap bahagia. Mengungkap
terima kasih melalui isyarat tubuhnya.
.
semoga lakaran ini memberi keindahan kepada hari anda. semoga puas kerana berakhir
dengan hepi ending.
Kata kunci karya: Ana Sofiya, Cerpen, Cinta Si Kasanova

NOVEL DI PASARAN

TEASER: MR.DUD NEXT DOOR


TEASER: TOLONG BAGI HATI AWAK
TEASER: MAMAT MUKA SELENGA
TEASER: ASSALAMUALAIKUM CINTA
TEASER: MELODI CINTA 3
KOMBO APRIL 2016
Mak! Tak Nak Kahwin
Tidak Tidak Sesal
Al- Wazir : Permata Terindah
Cinta Ajari Aku

RUANGAN IKLANEKA

Cerpen : Kau Ku Sayang


Cerpen : Cinta Si Patung Lilin

Komen dan ulasan karya

170 ulasan untuk Cerpen : Cinta Si Kasanova


1.

adilah azmi says:

22/12/2013 at 2:15 am

Best la cerpen niegud job!

2.

az-zahra says:

25/12/2013 at 2:06 pm

I like it!

3.

kiela says:

30/12/2013 at 2:49 pm

Best cerpen niy , terbaik yg pernah sye bce . Keep it up writer

4.

anon brutal says:

04/02/2014 at 11:28 am

hmm. best

5.

fawaa says:

17/04/2014 at 2:06 pm

Best La.cume,sometime dialog antara Fifi dgn kwn2 die,serabot sket


tapy pengakhiran cite ni busyan sikit
Good job writer!
keep it up =)

6.

humayra says:

27/04/2014 at 10:23 pm

Cerita ni memang best,ad moral y bole di buat contoh..n cerita2 teladan zaman nabi2
dulu.memang best n sedih..huhu

7.

ren says:

21/08/2014 at 5:11 pm

best gillerrrrr..tahniah 1,000 000 x .

8.

intan says:

23/12/2014 at 7:41 pm

Best..good job writer..

9.

asyuradarhan says:

31/12/2014 at 2:33 pm

BEST! best gila! buatlanovel. bukan saja sweet siap ada pengajaran dan ciri-ciri islamik
lagi.!

10.

Khairiah Khaizu says:

31/08/2015 at 10:25 pm

yuhuuuuu.terbaik..
Ulasan Terdahulu

Jom jadi pengulas


Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan
memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik
didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang
membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.
Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen
You must be logged in to post a comment.

LANGGAN CERITA MENERUSI EMAIL

PERCUMA karya cerpen, novel, cerita terbaru dan akan datang dari pihak kami terus ke
email anda:
Masukkan email anda..

Hantar

CARIAN CERPEN & NOVEL

Carian Karya Ikut Abjad


Carian Cerpen Terbaru
Carian Novel Terbaru
Carian Kata Kunci

TERBARU DILAMAN

TEASER: MR.DUD NEXT DOOR

TEASER: TOLONG BAGI HATI AWAK

TEASER: MAMAT MUKA SELENGA

TEASER: ASSALAMUALAIKUM CINTA

TEASER: MELODI CINTA 3

Cerpen : Terima Kau Seadanya

Cerpen : Mamat Red Velvet

Cerpen : Bisik Pada Bunga

Cerpen : Siapa di Hatimu?

Cerpen : Bukan Niatku Melukai Hatimu

Cerpen : Waris Di Mimbar Abah

Cerpen : Warkah Hati Nurhidayah

BESTSELLER TERKINI APRIL

TERBITAN EKSKLUSIF PBAKL 2016

KARYASENI & PENULISAN DI PBAKL 2016

KOMBO APRIL 2016

Mak! Tak Nak Kahwin

IKUTI KAMI DI LAMAN SOSIAL

RUANGAN SEMBANG

NOVEL PILIHAN MINGGU INI

Novel : Encik Gula 'Under Age'? Novel terbaru dari penulis SUAMIKU

PEMALU, Aku mula merasai.. Manisnya cinta Ilahi..


o
Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati Novel kedua dari penulis novel Suami
Yang Kubenci e-man Sufi, Jom Baca
o
Novel : I Love You, Stupid! Novel terbaru dari penulis novel Bestseller, I Love
You Stupid Melur Jelita Jom Baca
o
Novel : Kerana Terpaksa Aku Relakan Orang kata cintaku ini hanyalah kisah
dongeng.. tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada di sisi
o
Novel : Love You Mr. Arrogant! Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup
Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu
balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu
siang?
o

Novel : Pabila Cinta Memanggilku Karya yang mempunyai ramai peminat,


novel ke 2 dari penulis novel Terlanjur Mencintaimu

Novel : Perempuan Lindungan Kaabah Ahli korporat dan ustazah? Bisakah

kami disatukan?
o
Novel : Satu Peluru Cinta Dapatkan aku mengelak.. Mampukan aku
menolak sesuatu yang sukar untuk aku hadapi
o
Novel : Saya Kenal Sayang Saya! Siapa kata tak kenal maka tak cinta? bila
dah kenal, lagi gila jadinya!
o
Novel : Suami Aku Ustaz?! Bila suami menjadi ustaz, dibawa-bawanya
gelagat seorang ustaz dirumah, seperti diriku muridnya. Novel ini dijangka terbit bulan April
2012
o

Novel : Suami Paling Sweet Novel ke 2 dari penulis novel EKSPERIMEN

CINTA, novel terbaru terbitan karyaseni untuk november 2014


o
Novel : The Unsung Hero Sebuah lagi karya tahun 2014 dari penulis novel
bestseller MELUR JELITA

CATEGORIES

Aktiviti

Anugerah & Pemenang

Pemenang Peraduan

Pengulas Terbaik Bulanan

Penulis Terbaik Bulanan

Peraduan

Tip Penulisan

Cerpen

Info Terkini

Menarik Di Sini

Menarik Di Tv

Novel

Novel Di Pasaran

video Pilihan

ARCHIVES

April 2016

March 2016

February 2016

January 2016

December 2015

November 2015

October 2015

September 2015

August 2015

July 2015

June 2015

May 2015

April 2015

March 2015

February 2015

January 2015

December 2014

November 2014

October 2014

September 2014

August 2014

July 2014

June 2014

May 2014

April 2014

March 2014

February 2014

January 2014

December 2013

November 2013

October 2013

September 2013

August 2013

July 2013

June 2013

May 2013

April 2013

March 2013

February 2013

January 2013

December 2012

November 2012

October 2012

September 2012

August 2012

July 2012

June 2012

May 2012

April 2012

March 2012

February 2012

January 2012

December 2011

November 2011

October 2011

September 2011

August 2011

July 2011

June 2011

May 2011

April 2011

March 2011

February 2011

January 2011

December 2010

November 2010

October 2010

September 2010

August 2010

July 2010

June 2010

May 2010

April 2010

March 2010

February 2010

January 2010

December 2009

November 2009

October 2009

September 2009

August 2009

July 2009

June 2009

May 2009

April 2009

March 2009

February 2009

January 2009

December 2008

November 2008

October 2008

September 2008

August 2008

BLOGROLL

Alaf 21

Buku Prima

Creative

Dakwah2u

Fajar Pakeer

Istimewa2u

Jemari Seni

Kaki Novel

KarnaDya

KaryaSeni

KaryaSeni

Kelakar2u

Mymedia2u

NB Kara

Novel : Encik Gula 'Under Age'?

Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Novel : I Love You, Stupid!

Novel : Kerana Terpaksa Aku Relakan

Novel : Love You Mr. Arrogant!

Novel : Pabila Cinta Memanggilku

Novel : Perempuan Lindungan Kaabah

Novel : Satu Peluru Cinta

Novel : Saya Kenal Sayang Saya!

Novel : Suami Aku Ustaz?!

Novel : Suami Paling Sweet

Novel : The Unsung Hero

Nukilan2u

Penerbitan Penulisan2u

Penulisan2u

Semasa2u

Telaga Biru

ADMIN

Log in

WordPress

XHTML

ADVERTISEMENT
Blog Koleksi Cerpen & Novel dikuasakan dengan Wordpres

Anda mungkin juga menyukai