Anda di halaman 1dari 23

1.

0 TAJUK KAJIAN
Mempertingkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran
yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play
Simulation).

2.0 NAMA PENGKAJI


Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak.
Nama-nama guru dalam jawatankuasa adalah:
1. Siti Zaleha Binti Ramli
2. Rozana Anak Kuat
3. Tuan Norhayati Binti Tuan Daud
4. Pilly Anak Man
5. Awang Syazwan Bin Awang Hassan

3.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata-

mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, motivasi murid untuk belajar
dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran
Sejarah kemahiran mengingati dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping
memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun
awal yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah
penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan penglibatan tersebut
merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan
guru akan menyebabkan mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses

penaakulan dan deep learning. P&P yang bersifat sehala dan berpusatkan guru dalam P&P
sejarah telah menjadi pelajar tidak melibatkan diri dalam P&P. Hal ini disebabkan mereka
merasakan P&P sejarah hanyalah mendengar guru berceloteh dari awal masa dan hingga loceng
menandakan tamatnya waktu P&P pada hari tersebut. Oleh yang demikian, pelajar hanya
mendengar celoteh guru dan tidak memperolehi pelajaran secara maksima kerana aktiviti yang
dijalankan lebih kepada kaedah syarahan yang memerlukan murid untuk mendengar dan tidak
melibatkan penglibatan fizikal dan mental pelajar.

Guru dalam tinjauan tersebut masih

berpegang kepada sistem lama iaitu pengajaran bersifat menghantar dan menerima maklumat
yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yang sama disampaikan di dalam
pengajaran. Guru menjadi pengarah kepada proses-proses maklumat kepada bahan pengajaran.
Sistem tersebut menjadi murid di dalam kelas menjadi bosan dan kurang motivasi untuk belajar
serta memberikan tumpuan.
Pendekatan bersifat student centered learning dalam menangani melalui kaedah simulasi
watak (Role Play Simulation) dicadangan dalam kajian tindakan tersebut. Kajian yang
dicadangkan terseebut melihat peranan guru untuk berkongsi peranan mengawal dan
pengendalan di dalam pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama
murid. Pendekatan tersebut memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas melibatkan
pelajar dengan gur bersifat dua hala dan secara tidak langsung menjana motivasi yang tinggi
dalam kalangan pelajar berbanding dengan sistem lama yang berpusatkan guru. Sistem
berpusatkan murid, murid turut memberikan tanggungjawab di dalam menyediakan sendiri dan
menyampaikan maklumat isi kandungan dengan lebih kreatif. Dalam hal tersebut, pengajaran
berpusatkan murid secara tidak langsung akan membantu murid mempertingkatkan prestasi
secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak maklumat dan pemahaman terhadap isi
kandungan dengan lebih mendalam.

4.0 PERNYATAAN MASALAH


Dalam memperkatakan isu tentang pengajaran pembelajaran yang berlaku di dalam kelas Sejarah
terutamanya, guru dilihat sebagai prospek besar dalam mempengaruhi proses P&P yang
dijalankan. Kecenderungan guru dalam memilih kaedah pengajarannya akan menentukan
sejauhmana berkesannya proses P&P tersebut. Jikalau guru tidak mementingkan aspek variasi

dalam pengajarannya, ianya akan mencernakan kebosanan dan tidak mampu menarik perhatian
pelajar-pelajar semasa mengajar Sejarah di dalam kelas. Oleh sebab itulah kaedah ataupun
penggunaan kaedah serta metode lakonan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Sejarah merupakan kaedah yang dirasakan mampu menampung lompang-lompang kelemahan
proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada hari ini. Kita harus sedar dengan dunia yang
dilanda fenomena kepesatan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi di dalam negara kita yang
semakin dimomokkan dengan konsep globalisasi dunia tanpa sempadan semakin menjadikan
setiap perkara yang menjadi komponen terpenting kepada agen kemajuan negara termasuklah
bidang pendidikan. Mata pelajaran Sejarah juga merupakan antara aspek terpenting dalam
Kurikulum Pendidikan negara kita. Disebabkan kemajuan dan kepesatan ini, maka minda dan
mentaliti masyarakat yang merangkumi setiap lapisan khususnya para pelajar juga akan
bertambah moden dan ideal sejajar dengan peredaran zaman yang mula berubah. Kita juga sedia
maklum bahawa satu transformasi di dalam arena pendidikan haruslah digubal dan dirangka
seterusnya diimplementasikan di dalam setiap mata pelajaran khususnya Sejarah agar para
pelajar tidak mula berasa bosan dengan pendekatan yang sedia ada dan disifatkan lapuk.
Selain itu, guru dilihat Cuma terikat dengan gaya pengajaran yang terlalu ortodoks
ataupun tradisional tanpa memuatkan nilai tambah di dalam pengajaran. Maka dengan adanya
perubahan ini, pastinya kerancakan dan kehangatan semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran
( P&P ) Sejarah berkekalan momentumnya. Kaedah lakonan dirasakan amat sesuai dalam
memantapkan lagi aktiviti pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini disebabkan sudah menjadi
adat manusia untuk mencari sesuatu yang baru dan semangat inkuiri manusia lebih
memungkinkan kaedah penyampaiab sesuatu dan dalam konteks ini para pelajar mula mencari
apakah kaedah yang boleh menarik perhatian mereka di dalam kelas lebih-lebih lagi di dalam
mata pelajaran Sejarah. Selain itu, apa yang hendak ditegaskan dan dipaksikan di sini adalah
bagaimana dengan kaedah lakonan ataupun simulasi dalam mata pelajaran Sejarah ini mampu
meningkatkan minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran guru Sejarah di dalam kelas.
Kemampuan manusia untuk memberi perhatian kepada sesuatu maklumat yang sedang
disampaikan adalah tidak konsisten dan keberkesanannya adalah bergantung kepada
sejauhmanakah karismatik ataupun tarikan sesuatu kaedah itu di dalam aspek penyampaian. Jadi
dengan adanya kajian ini kita akan dapat melihat keberkesanan kaedah lakonan di dalam mata
pelajaran Sejarah ini. Isu-isu yang wujud dan juga kaedah bagi menyelesaikannya semestinya

berbeza dan perkara ini penting untuk dikaji supaya murid-murid dari dua kawasan tersebut
mendapat faedah daripada penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
di dalam memperkasan sistem pendidikan Sejarah.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF AM
Untuk meningkatkan penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

sejarah supaya kualiti PEMBELAJARAN murid meningkat sewaktu dalam kelas.

OBJEKTIF KHUSUS

6.0

Bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam pengajaran Sejarah.


Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran sejarah.
Untuk mengubah sikap dan minda murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Untuk meningkatkan Kefahaman murid.
Untuk memperbaiki Pencapaian murid.
Untuk penglibatan murid dalam kelas semasa P&P berlangsung.

LITERATUR KAJIAN
Pengkaji membuat kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam

mata pelajaran Sejarah dengan kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu
pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation).

6.1

Latar Belakang Sejarah

Dalam P&P sejarah pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh
guru sejarah

bagi melibatkan murid dan pengajaran berpusatkan murid. Prinsip umum

pengajaran sejarah yang seharusnya difikirkan oleh guru sejarah agar pembelajaran disambut
baik oleh murid. Dengan ini, murid akan dapat memahami pengajaran guru dan dengan
sendirinya mereka akan tertarik dengan pengajian sejarah. Antara prinsip-prinsipnya ialah
kaedah mengajar perlulah bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar dan keadaan persekitaran
murid itu sendiri. Seterusnya, bahan-bahan pelajaran yang digunakan dapat menarik perhatian
dan minat murid dan sesuai dengan latar belakang dan keadaan hidup mereka. Guru juga perlu
mengajar daripada apa yang diketahui oleh murid dahulu sebagai asas pengajarannya kepada
yang belum diketahui oleh mereka. Guru juga perlu mengajar daripada perkara yang mudah
kepada yang kompleks dan abstrak.
Selain itu, guru perlu membuat persediaan, bijak dalam membuat pemilihan isi
kandungan pelajaran dan menggunakan alat bantu mengajar dengan baik. Guru juga perlu
menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan taraf pencapaian, kemampuan
dan kebolehan murid dalam menerima pengajaran guru. Di samping itu, guru perlu menyediakan
program aktiviti pembelajaran yang sesuai dan dapat melibatkan murid secara cergas dalam
pengajaran guru.
Seterusnya, pelbagai kaedah boleh digunakan guru walaupun dalam menyampaikan
sesuatu pengajaran. Contohnya, kaedah penyampaian pengajaran guru disesuaikan dengan
keadan pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan masa pengajaran sepenuhnya dan
guru dapat mengambil kira faktor masa dalam pengajarannya. Guru juga perlu memikirkan
perbezaan individu dalam pengajaran guru dengan menempatkan murid dalm kumpulan, jika
perlu mengikut tahap pencapaian, bakat, dan kebolehan pelajar dalam bidang akademik dan akhir

sekali guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid dengan menilai kaedah pengajaran
guru dan kesan terhadap pembelajaran murid. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa jika
guru sejarah mengamalkan prinsip-prinsip tersebut maka penglibatan pelajar aktif meningkat dan
P&P berjaya. Oleh sebab itu, setiap guru sejarah perlu mengamalkan prinsip-prinsip dalam P&P
bagi memantapkan lagi tahap kefahaman murid dan berpusat pelajar.

6.2

Latar Belakang Teoretikal


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Teoretikal didefinisikan sebagai berdasarkan teori

iaitu, tidak pada pengalaman atau amalan. Slavin (1987) telah mencadangkan 2 perspektif teori
yang dapat dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori
kognitif. Menurut Slavin (1990), dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti
dalam pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan hanya
dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya. Justeru, demi mencapai
matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada rakan-rakan sekumpulan serta
membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya.
Menurut Slavin (1987) juga dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk
menjelaskan kesan pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori
elaborasi (elaboration). Manakala menurut Damon (1987), teori developmental bermaksud
mengandaikan bahawa interaksi sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian
akan dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting Hal ini
kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan

membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya


membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.
Di samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul
semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman terhadap
konten yang dipelajari. Penjelasan dari perspektif teori elaborasi pula menekankan bahawa salah
satu cara pembelajaran yang paling berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari
kepada orang lain. Aktiviti pembelajaran koperatif seperti model STAD akan menggalakkan
pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan menerima penjelasan, justeru
dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan, dan
meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang (Johnson, Johnson, & Holubec, 1986).
Pengkaji telah menggunakan teori Konstruktivisme dalam P&P bagi meningkatkan
penglibatan murid dalam P&P. Teori konstruktivisme ini akan menyebab murid berpeluang
membina pengetahuan secara aktif

melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran


terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep
yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat
pengetahuan atau pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses
ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara.

Seterusnya, pengkaji menggunakan teori inkuiri bagi menyelesaikan masalah kajian.


Teori inkuiri iaitu teori penemuan, merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Oleh itu,
teori ini sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah kajian kerana penemuan baru akan
melibatkan penglibatan pelajar dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti
seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Selain itu,
teori Problem Bases Learning (PBL) juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah kajian.
Teori ini lebih kepada belajar berlandaskan masalah yang dihadapi. Murid belajar melalui
masalah yang ditimbulkan oleh guru. Dengan ini, murid akan melibatkan diri secara aktif.
Dengan ini jelaslah menunjukkan pengajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan dengan
menggunakan teori konstruktivisme, teori inkuiri dan teori PBL .
6.2

Kajian Terdahulu

Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran
pelajar. Antaranya, Humphreys dan Johnson (1982) membuat perbandingan strategi
pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil
kajian mereka menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat
mengingat dan mengekalkan ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbanding
dengan pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman
dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang
dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen dan Van
Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental dalam kalangan pelajar lemah pencapaian
akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan mendapati bahawa
pelajar lemah yang diajar berasaskan model STAD mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian
subjek Geografi Dunia. Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson,

Maruyama, Johnson, Nelson, dan Skon (1981) ke atas 122 kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan pembelajaran koperatif
berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif dan individulistik, dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Menurut kajian Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah (2005), pengkaji berfokus pada
kajian mengenai

Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam

Pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini pengkaji menekankan kepada penggunaan model
konstruktivisme dalam pembelajaran sejarah dan bagaimana cara ini dipraktiskan dalam
pengajaran sejarah. Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999)
kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif
melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh
pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif
seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pembelajaran
kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang
dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan
pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara. Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapat
menjadikannya sebagai sorotan kajian. Hal ini demikian kerana, penggunaan model
konstruktisme lebih kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini boleh
dijadikan panduan oleh pengkaji. Hasil kajian Lily Azian Abdullah (2005), mengenai
pembelajaran aktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam mata pelajaran
sejarah yang perlu diteruskan oleh gelung seterusnya. Oleh sebab itu, kajian ini dijadikan
sebagai sorotan kajian oleh pengkaji bagi mendapat sedikit input dan membuat penambahbaikan
ke atas kajian ini seterusnya, dijadikan sebagai panduan untuk pengkaji membuat kajian.
Berdasarkan kepada pembacaan pengkaji pula, dalam buku learner-Centerd Instruction:
Building Realtionships for student Success yang ditulis oleh Jeffrey H. D. Cornelisu White dan
Adam P. Harbaugh. Buku tersebut mengandungi pelbagai kaedah, strategi pengurusan bilik
darjah dan cara melibatkan pelajar dan membantu ke arah kejayaan mereka. Buku tersebut
memperkenalkan

kepada

guru-guru

untuk

menggunakan

kaedah

model

berdasarkan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar untuk mempertingkatkan perhubungan guru dengan

pelajar, ibu bapa, pentadbir dan guru lain dan ahli profesional organisasi yang lain. Guru turut
ditunjukan peranan untuk berkongsi peranan dalam mengawal dan pengendalan didalam
pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama. Penyelidikan yang terbaik
dan teori di dalam buku tersebut menekankan galakan, cabaran, dan adaptasi dalam setiap
pelbagai kaedah pengajaran seperti inkuiri dan kerjasama pembelajaran kumpulan kecil dan
kepercayaan serta usaha yang relevan. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang boleh
dipraktikan melalui kaedah kumpulan kecil dan pengurusan kendiri. Kaedah Think-Pair-Share
merupakan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam strategi pegajaran untuk mempertingkatkan
penyertaan berdasarkan interaksi sesama pelajar. Dalam kaedah tersebut, pelajar berkongsi
maklumat dan pendapat tentang isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru. Patilo and
Vaughn (1992) di dalam buku tersebut, ada menyentuh tentang pembelajaran berpusat yang
bermakna galakan perhubungan. Hal ini bermakna galakan antara pelajar tersebut sendiri akan
memperkembangkan pengelapastian pembelajaran di dalam komuniti

dan memahami

perhubungan sosial dengan pelajar lain untuk mencari jawapan kepada isi kandungan pelajaran.
Pembacaan seterusnya melibatkan buku Student-Centred Classroom Assessment yang
ditulis oleh Richard J. Stiggins. Buku tersebut memperkenalkan hasil dua puluh tahun persediaan
pendidikan cemerlang di peringkat rendah, tadika, junior tinggi, dan sekolah tinggi. Buku
tersebut secara relaliti memberikan kebijaksaan secara kolektif dalam menilai idea, ketidak
pastian dan kekecewaan dalam pengajaran. Kajian tersebut mengambil salah satu prinsip di
dalam penilaian positif kaedah persekitaran konstruk iaitu menekakan pelajar sebagai kunci
penilaian pengajaran di dalam mengetahui perbezaan di dalam prestasi dan pemahaman terhadap
kualiti prestasi. Hal ini lebih memberikan gambaran prestasi pelajar menjadi penilai kepada
kaedah konstruk yang dijalankan yang bersifat berpusatkan pelajar. Perbezaan yang ketara juga
diketengahkan di dalam sistem tradisonal dan sistem berpusatkan pelajar tersebut adalah
perlakuan iaitu kejayaan sasaran iaitu pelajar terlibat di dalam proses komunikasi. Perbezaan
antara sistem tersebut adalam sistem yang tradisonal bersifat menghantar dan menerima maklumt
yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yag sama disampaikan di dalam
pengajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar lebih kepada membawa kepada pembelajaran yang
lebih mendalam dan isu dibincangka secara serius di antara para pelajar. Selain itu, sistem lama
menyebabkan guru menjadi pengarah kepada proses, semua maklumat kepada bahan pengajaran.
Manakala sistem berpusatkan pelajar, pelajar turut bertanggungjawab di dalam menyedakan dan

menyampaikan maklumat. Pengajaran berpustakan pelajar secara tidak langsung akan membantu
para pelajar mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak
maklumat dan pemahaman terhadap is kandungan.
Buku berikutnya, How Student Lear: Reforming Schools Through Learner-Centered
Education yang diedit oleh Nadine M. Lamber & Barbara L. McCombs yang membincangkan
kaedah pengajaran yang unik dan pengenalan kepada perbezaan pelajar.

Buku tersebut

menyelidik tentang pembelajaran pelajar dan memperkenalkan perspektif teori danpenyelesaian


kepada psikologi pendidikan. Selain itu, buku mempersembahkan perbezaan hasil kerja yang
dilakukan oleh pendidik dan ahli psikologi dalam memperkembangkan dan penerangan ilmu
psikologi berdasarkan pendidikan yang paling relevan.
Berdasarkan laporan di American Psychogical Asociation (APA) di dalam pendididkan
1993, pembelajaran berpusatkan pelajar memaksimakan intellegent Challenged di dalam
menghubung kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada dalam kaedah yang
lebih bermakna. Ringkasnya, jangkaan positif terhadap perlaksaan latihan inovatif boleh dibuat
melalui elemen-lemen seperti kurikulum, kumpulan, penilaian, motivasi,tanggungjawab belajar,
perhubungan kelas dan sebagainya. Pendekata boleh dibuat secara inovatif adalah
memperkayakan bahan kurikulum pembacaan pelajar dan pengajaran kaedah yang pelbagai
kumpulan yang mengedit sesebuah penulisan dan mencipta bahan bersejarah. Dalam kumpulan
pula, aktivitiberkumpulan membolehkan para pelajar berkerjasama dengan semua orang.
Kumpulan yang pelbagai di dalam kelas mewujudkan penghargaan di dalmkelas dan galakan
kepada pelajar melibatkan diri dalam aktivit pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan dengan
presasi kepada kejayaan sesebuah role plays, dan drama. Motivasi digalakan dengan kerjasama
daripada strategi pemgajaran persaingan dan memfokuskan kepada motivasi intrisik iaitu galakan
kepada minat pelajar. Tanggungjawab di dalam pengajaran melibatkan lebih banyak peryertaan
pelajar. Mereka membuat pilihan di dalam isi kandungan aktiviti, bertanggungjawab memimpin
di dalam kumpulan kecil, maklum balas dalam setiap ahli kumpulan dan belajar
mempertingkatkan kemahiran belajar serta strategi konflik pengurusan. Perhubungan kelas
emperkembangkan perhubunga individu setiap pelajar di dalam penulisan tugasan dan
perbincanganserta mengalakan kepelbagaian bakat dan pandangan.

7.0

METODOLOGI KAJIAN

7.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti berikut :
Rajah 1: Model Kajian Tindakan
Mengenalpasti isu dan masalah kajian

Menganalis masalah
-Perbincangan penyeledik guru dengan
pensyarah.
-Tinjauan karya

Refleksi dan penilaian

Mengutip dan
menganalisis data

konseptualisasi Masalah :
Prinsip/Teori Berhubung
Dengan Masalah

Pembentukan pelan tindakan &


penetapan alat kajian/kaedah
penialain.

Perlaksanaan
Kajian ini akan dilaksanakan
mengikuttindakan
proses dan prosedur kajian tindakan mengikut
model Somekh (1989) seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan
kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian
kepada langkah 2.

Langkah 2- Mengumpul data


Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru sejarah yang terlibat dengan
sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu Azam
Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang.
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan
ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra
akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar kelas ini dalam menguasai
matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar.
Langkah 4- Merancang pelan tindakan
Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan kaeah
yang berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kalumpang. Contohnya , dengan menjalankan aktiviti pengajan seperti
kaedah lakonan atau simulasi watak.
Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan
Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Mengenalpasti ciri-ciri penduduk yang tinggal di kawasan Agraria
dan Maritim.
Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan
Aktiviti 3: Penekanan fakta semasa lakonan tersebut.
Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar
setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan

berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan ciri-ciri kerajaan Agariria dan
Maritim bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mengingati faktatersebut.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan
post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.

7.2

Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan

pengkaji, gur-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan 1. Kajian tindakan ini berfokus kepada 25
orang pelajar tingkatan 1 Azam yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran
Sejarah.
7.3

Instrumen Kajian
Dalam kajian akan digunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:

I.

Pemerhatian dan temubual- pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap


tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas 1 Azam semasa pengajaran
dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap murid semasa P&P sejarah,
bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui
latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif,
melalui penulis esei atau melaui aktiviti berkumpulan. Cara pemerhatian yang digunakan
ialah dengan menghasilkan video. Setiap aktiviti murid di dalam kelas dirakam.

II.

Soalan-soalan ujian- Pengkaji akan mengedarkan dua set soalan ujian iaitu Pra-ujian dan
Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik Ciri-ciri Kerajaan

Agraria . Pelaksanan ini dijalankan di dalam kelas melalui ujian pembacaan aktif,
pendengaran aktif, penulisan aktif, percakapan aktif, dan manipulasi. Tujuan pra ujian
dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian
tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau
tidak penggunan strategi aktiviti berpusatkan murid dalam pengajaran sejarah.
III.

Kaji selidik- Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid. Kaedah ini
bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana minat murid itu dalam mempelajari subjek
sejarah.
PEMBELAJARAN AKTIF
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN
(Borang soal selidik)
Sila tandakan jawapan anda berdasarkan
1. Tidak setuju
2. Setuju
3. Amat setuju
SOALAN

JAWAPAN

1) Saya merasakan matapelajaran Sejarah sangat sukar

2) Saya menganggap matapelajaran Sejarah tidak penting

3) Saya bosan belajar Sejarah

4) Saya sukar mengingat fakta Sejarah

5) Saya tidak pasti mengapa saya belajar Sejarah

6) Saya inginkan perubahan suasana belajar yang lebih bebas

7) Saya ingin diberi peluang utk melakukan proses

8) Saya suka suasana yang humor dan ceria ketika belajar

9) Saya mahu menyediakan sendiri nota sendiri dengan

pembelajaran sendiri

bimbingan guru

10) Saya mahu diberi peluang berinteraksi semasa belajar

7.4

Metod Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan

tindakan

kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:
Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan
pelajar kelas tibgkatan Satu ini dalam menguasai fakta dan menanam minat dalam
matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar bukan.
Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-pelajar
tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah
kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P.
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan
menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi
daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan

berkesan sehingga

meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.Semua peraturan am


tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaian
yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak
pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam
masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran
yang terdapat di sekolah ini.
Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh

dianalisis

melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi
dalam kumpulan sambil mengingtai fakta yang

betul menunjukkan keberkesanan

tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar
pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru.

7.5

PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tarikh

Mengenal pasti masalah.

8 Febuari 2011

Menulis proposal kajian.

11 Feb 2011

Merancang tindakan.

18 Feb 2011

Melaksanakan tindakan.

Mac 2011

Membincangkan masalah yang timbul

Mac 2011

Ujian untuk mengesan pencapaian murid.

Mac 2011

Refleksi kajian

Mac 2011

Menulis Laporan

April 2011

Pembentangan dapatan kajian.

April 2011

8.0

KESIGNIFIKAN KAJIAN
Apabila kita memperkatakan tentang kepentingan mahupun signifikan kajian tindakan

berhubung dengan penggunaan lakonan di dalam proses pengajaran dan pemebelajaran Sejarah,
pastinya kita tertanya-tanya kesesuaiannya dengan nilai-nilai Sejarah itu sendiri. Dapatan kajian
ini merupakan satu maklumat yang penting bagi dunia pendidikan kerana membantu pihak
pentadbiran di dalam bidang pendidikan di dalam menguruskan sekolah-sekolah berkenaan
dengan penggunaan kaedah lakonan di dalam mata pelajaran Sejarah ini. Selain itu, dapatan
kajian ini juga penting bagi rujukan guru-guru di sekolah di dalam mengaplikasikan kaedah
lakonan ataupun simulasi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolahsekolah. Perkongsian terhadap data kajian ini pastinya akan membantu guru-guru, para pelajar
dan pihak pentadbiran di dalam penggunaan kaedah lakonan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah kerana terdapatnya segala permasalahan yang telah dibincangkan serta
jawaban kepada permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang penting
dan perlu untuk dilaksanakan bagi memudahkan guru Sejarah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan adanya aplikasi lakonan yang mantap.

Selain itu, dengan kita membuat kajian terhadap penggunaan kaedah lakonan di dalam
P&P Sejarah, interaksi guru dengan para pelajar akan lebih dominan dan jelas kerana bukan
sahaja melenyapkan persempadanan antara guru dengan pelajar malah guru mampu mengetahui
masalah sebenar yang melanda diri pelajar. Pentingnya kajian ini adalah dengan dapatan yang
diperoleh nanti, kita dapat melihat bagaimana sebenarnya kefahaman dan pengetahuan para
pelajar itu dapat ditingkatkan. Walaupun terdapat alasan lain yang diluahkan oleh pelajar
menyebabkan mereka melabel sejarah sebagai matapelajaran yang membosankan tetapi majoriti
tetap menganggap kesusahan mengingat sebagai sebab nombor satu kepada permasalahan. Oleh
demikian fokus kajian hanya berpaksikan kepada bagaimana kaedah yang sesuai untuk
mengingat longgokan fakta-fakta sejarah yang sememangnya tidak boleh dipesongkan. Kita
sedia maklum bahawa pelajar sememangnya mempunyai masalah untuk mengingat dan
memahami. Dengan membantu pelajar mengingat fakta sejarah menggunakan pendekatan yang
berkesan seperti lakonan, ianya mampu membantu pelajar mengingat dan memahami peristiwa
sejarah serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Apabila pelajar berjaya mengingat
dan memahami fakta sejarah akan membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan
memperolehi keputusan yang cemerlang. Di samping itu, keadaan ini juga akan melahirkan
masyarakat yang holistik dan mempunyai semangat cintakan negara yang unggul. Selain itu, apa
yang menjadi jawapan ataupun kepentingan kajian ini adalah berhubung dengan konsep
pengajaran mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kita sedia maklum betapa sejak dari dulu lagi
konsep pengajaran Sejarah dikaitkan dengan hafalan dan ingatan semata-mata. Mata pelajaran
Sejarah seolah-olah dianggap berorientasikan hafalan dan jika tidak berjaya menghafal faktafakta penting maka akan gagal mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kita perlu tahu sebagai
guru, amanah yang disandarkan kepada kita dalam merealisasikan matlamat pembudayaan nilai
dan semangat patriotisme adalah intipati utama yang menjadi tunjang kepada pengenalan mata
pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah.
Jadi dengan pengenalan dan kajian terhadap keberkesanan kaedah atau metode lakonan
ini, para pendidik akan dapat mengetahui jalan ataupun solusi sebenar ke arah pembudayaan
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Para pendidik juga akan dapat melihat sejauhmanakah dengan pelaksanaan kaedah
lakonan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menyemai dan memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Sejarah. Kita juga akan dapat mengatasi masalah

mentaliti konsep Sejarah iaitu menghafal kepada menghayati serta meneroka sendiri.
Ketertinggian nilai-nilai yang terdapat di dalam mata pelajaran Sejarah juga akan dapat mendidik
para pelajar merasai sendiri dan mewujudkan indikator-indikator empati dalam memahami setiap
peristiwa-peristiwa Sejarah. Kajian sebegini juga dapat memaparkan kepada guru-guru
terutamanya tentang keberkesanan kaedah lakonan dalam P&P Sejarah dan dapat menilai sama
ada pelajar-pelajar Sejarah berpuas hati atau tidak terhadap cara sebegini. Secara umumnya kita
menjangkakan para pelajar akan berpuas hati kerana suasana pembelajaran akan menjadi lebih
menarik dan tidak terlalu memberi tekanan kepada para pelajar di dalam mengingati fakta-fakta
yang berlaku di dalam seseuatu peristiwa.

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan Kewangan


Setiap kajian tindakan yang dijalankan, sememangnya akan melibatkan kos dan
tanggungan perbelanjaan kewangan. Anggarang perbelajaan mengambil kira aspek kos
pengangkutan iaitu penggunaan kendereaan untuk ke sampai ke tempat kajiaan tersebut
merangkui aspke pergi dan balik. Kos turut mengambik kira aspek bahan dan alat bantu
mengajar (BBM). Seterusnya kos melibatkan aspek untuk menyalin sesuatu sumber dan bahan
untuk keperluan kajian tersebut. Kos untuk menjilidkan kajian tersebut dalam mengabungkan
semua aspek dan sumber dan bahan yang telah dikaji. Selain itu, kos juga mengambil kira aspek
mesyuarat yang diadakan iaitu melibatkan pertemuan sesama pelajar dan guru sebelum
melaksanakan sesuatu kajiaan tindakan. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan kewangan
kajian tindakan ini.

BIL

PERKARA

JUMLAH KOS

1.

Kos perjalanan

RM 50.00

2.

Bahan dan alat bantu mengajar

RM 20.00

3.

Fotostat

RM 20.00

4.

Penjilidan

RM 40.00

5.

Mesyuarat

RM 60.00

6.

Pelaksanaan

RM 50.00

Jumlah Keseluruhan

RM 240.00

Jadual 2 : Anggaran Perbelanjaan Kewangan Cadangan Kajian Tindakan

10.0

JADUAL KERJA

Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan


Sebelum menjalankan sesuatu kajian tindakan, pengkaji mestilah merancang dan meneliti
jadual pelaksanaan kajiannya. Hal ini bagi memberi pendedahan awal kepada pihak-pihak yang
akan terlibat dengan kajian tindakan ini seperti para guru sejarah, pihak pentadbiran termasuk
pengetua dan penolong kanan sekolah dan murid-murid yang akan digunakan sebagai sampel
utama kajian. Maka, dengan itu, pihak-pihak ini akan tersedia maklum mengenai peruntukan
masa dan takwim kajian tindakan ini untuk suatu tempoh tertentu agar mereka dapat membuat
perancangan masa yang baik dan turut serta secara aktif dalam kajian tindakan ini.
Berikut merupakan Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan yang akan dijalankan.
BIL. PERKARA

TARIKH

1.

Perbincangan Ahli Kumpulan

22 Februari 2011

2.

Pemerhatian awal ke SMK Kalumpang

24 Februari 2011

3.

Pembahagian Tugasan Cadangan Kajian Tindakan

4.

Menghantar kertas cadangan untuk semakan pensyarah

1 Mac 2011

5.

Membawa kertas cadangan untuk perbincangan bersama pengetua

3 Mac 2011

6.

Mesyuarat Jawatankuasa yang terlibat

9 Mac 2011

7.

Menjalankan Ujian Pra

10 Jun 2011

8.

Menjalankan sesi temubual dengan pelajar dan guru. (mendapatkan


nota & latihan setiap sampel murid)
11 Jun 13 Jun 2011
Mengaplikasikan kaedah jigsaw dalam p & p

9.

Menjalankan Ujian Post

10. Analisis data keputusan ujian Post


11.

26 Februari 2011

15 Jun 2011
16-17 Jun 2011
20 jun 24 Jun 2011

Menyiapkan laporan kajian tindakan


12. Hantar laporan kajian tindakan
salinan sekolah
salinan universiti/pensyarah

25 27 jun 2011

Jadual 3 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan Kajian Tindakan.


Bibliografi
Brophy, Jere. (2003). Teaching Problem Students. New York: The Guilford Press.
Cornelisu-White, Jeffrey H. D. dan Harbaugh. Adam P. (2010). learner-Centerd Instruction:
Building Realtionships for student Success. California: SAGE Publications, Inc.
David W. Johnson, Roger T. Johnson, Edythe Johnson Holubec 1986. Cooperation in the
classroom. Interaction Book Company.
Lambert, Nadine M & McCombs, Barbara L.(ed.) (1998). How Student Lear: Reforming
Schools Through Learner-Centered Education. Washington: American Pyschological
Association.
Robert E. Slavin 1987. Education for all. Lisse: Swets & Zeitlinger.

Stinggins, richard J. (1994). Student-Centred Classroom Assessment. New York: Macmillan


College Publishing Company.
William Damon, Richard M. Lerner 1987. Handbook of Child Psychology: Theoretical models
of human development. New Jersey, Hoboken: John Wiley & Sons, Inc.

Anda mungkin juga menyukai