Anda di halaman 1dari 1

DIALOG PERKAHWINAN

Athirah : Eh, Azraai sudah lama tak berjumpa.

Wani : Haah lah. Lama tak berjumpa. Awak apa cerita?

Azraai : Eh, Wani, Athirah sudah lama tak berjumpa! Saya baik-baik sahaja.

Wani : Dengar cerita awak dah berkahwin tetapi dengan siapa?

Athirah : Amboi, kahwin senyap-senyap tak jemput pun, tak merasa saya nasi minyak awak.

Azraai : Eh, macam mana awak tau. Setahu saya majlis saya buat kecil-kecilan je. Tak ramai yang
tahu.

Wani : Eh mestilah kami tau. Kami mendengar khabar angin dari kawan-kawan yang lain. Betul
ke? Sebab tu saya tanya.

Santhini : Hai, awak semua ni siapa? Kawan Azraai ke?

A&W : Ya, kami kawan baik Azraai. Kami berkawan sejak sekolah rendah lagi.

Azraai : Haaa. Inilah buah hati saya. Awak, mereka ini lah kawan-kawan saya.

Santhini : Oh, awaklah kawan2 yang Azraai selalu sebut-sebut tu. Tujuan kami ke sini untuk
membeli barang untuk rumah baru.

Santhini : Kalau ada kesempatan nanti, datanglah di rumah kami di Johor Bahru.

Azraai : Kalau ada masa datang ya.

Athirah : Baiklah nanti kami datang

Azraai : Kalian bila lagi mahu berkahwin?

Athirah : Kami tak bersedia lagi. Insyaallah kalau tiba masanya, kami pun akan berkahwin juga.

Wani : Kamu sudah berbulan madu kan? Ke mana kamu pergi?

Santhini : Pulau Pangkor. Cantik laut di sana. Lautnya berwarna biru.

Azraai : Betul, pemandangan di sana lawa sangat. Nanti kalian pergilah melancong ke sana. Rugi

kalau tak pergi.

Santhini : Ye, kami pun baru balik dari sana seminggu lalu, sekarang dalam persiapan beli barang
untuk rumah baharu.

Azraai : Nanti jangan lupa datang ke rumah kami, kami pun dah lambat ni untuk beli barang.
Jumpa nanti ya.

Athirah : Baik, kalian teruskanlah membeli belah.

Wani : Oh, saya lupa nak ucapkan selamat pengantin baru. Selamat pengantin baru. Semoga
kekal bahagia ke anak cucu.

Azraai : Terima kasih.

Wani : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai